Saturday, July 14, 2012

BAGAIMANA ALLAH CATU AIR DAN CATU REZEKI SERTA BALA....SEBAB SEBAB MAKSIAT KITA....SEBAB MENOLAK HUKUM ALLAH SERTA SEBAB BONGKAK DAN SOMBONG KITA....TERUK LAGI MALAS BERIBADAH IAITU TIDAK TAAT PADA ALLAH SWT.....,

Bekalan air dicatu


RUSLAN Hasan (dua dari kiri) mengagihkan bekalan air mineral kepada penduduk Taman Sungai Besi Indah di Seri Kembangan dekat Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Masalah bekalan air bersih yang dihadapi oleh lebih sejuta penduduk di sekitar Lembah Klang yang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak sebulan lalu kini bertukar menjadi krisis apabila mereka bakal berdepan catuan secara besar-besaran dalam masa terdekat.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Datuk Ruslan Hassan (gambar kecil) berkata, catuan tersebut melibatkan sebanyak 209,678 pemegang akaun terdiri daripada pemilik kilang, kedai dan rumah.
Catuan tersebut membabitkan empat kawasan utama iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Klang dan Hulu Langat.
Bagaimanapun, katanya, Syabas akan mengemukakan cadangan itu terlebih dahulu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada minggu hadapan sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.
"Kita terpaksa mengambil langkah ini kerana paras air di beberapa kolam utama atau Loji Rawatan Air (LRA) turun secara mendadak akibat peningkatan permintaan oleh pengguna.
"Keadaan jadi tambah buruk apabila jumlah rezab bekalan air bersih di LRA sedia ada kurang dua peratus berbanding minimum 20 peratus yang ditetapkan.
"Sebenarnya krisis bekalan air telah mula melanda negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,'' katanya.

Samun 11 dulang emas RM1 juta



ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan rapi dalam kedai emas yang disamun di sebuah pasar raya di Batu Caves, Gombak semalam.



GOMBAK - Dalam tempoh tidak sampai lima minit, sekumpulan tiga penjenayah yang bersenjatakan pistol berjaya melarikan 11 dulang emas yang dianggarkan bernilai RM1 juta dalam kejadian samun di sebuah kedai emas di pasar raya besar Giant di Batu Caves di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, suspek mencederakan seorang pengawal keselamatan kedai emas tersebut dan merampas selaras senapang patah serta dua butir peluru hidup.
Ketika kejadian, pengawal keselamatan yang berusia lingkungan 50-an itu sedang mengawal di ruang pameran barang kemas yang terletak beberapa meter dari premis emas tersebut.
Selepas mencederakan pengawal keselamatan itu, ketiga-tiga suspek yang memakai cermin mata hitam dan topi kemudian mengheret lelaki itu masuk ke dalam kedai emas dan mengarahkan pekerja-pekerja premis itu memasukkan barang kemas ke dalam beg yang mereka bawa.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, selepas mendapat habuan, ketiga-tiga suspek terbabit melarikan diri melalui pintu tengah pasar raya tersebut.

Wanita ramai hidap radang sendi

BENTONG - Penyakit radang sendi atau artritis reumatoid (RA) khususnya dalam kalangan wanita di negara ini dilihat semakin meresahkan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) berkata, ia semakin membimbangkan kerana penyakit itu menyerang wanita tiga kali ganda berbanding lelaki.
"Sehubungan itu, kesedaran mengenai penyakit berkenaan perlu disebarluaskan kepada masyarakat agar mereka mendapat rawatan awal bagi mengelak kecacatan.
"Penyakit RA dalam kalangan rakyat Malaysia adalah serius dan kira-kira 52 peratus pesakit tidak dapat kembali bekerja kerana mengalami kecacatan akibat gagal mendapat rawatan awal," katanya kepada pemberita selepas Program Meet My Wira (Malaysian Women In Rheumatoid Arthritis) di Hospital Bentong, Pahang semalam.

Anak lelaki Sylvester Stallone ditemui mati



Sage Stallone


LOS ANGELES - Anak lelaki bintang aksi Hollywood, Sylvester Stallone ditemui mati pada Jumaat di rumahnya di Hollywood, Amerika Syarikat (AS).
Pihak polis dan peguam Sage Stallone, 36, bagaimanapun memberikan kenyataan bercanggah bagaimana mayat pelakon dan pembikin filem itu dijumpai.
Jurucakap polis Los Angeles, Leftenan Andy Neiman memberitahu, mayat Sage ditemui di rumah selepas satu panggilan meminta pihak berkuasa memeriksa keadaannya. Sementara peguam George Braunstein pula menyatakan mayat dijumpai oleh seorang pembantu rumah.
"Ahli keluarga dan rakan-rakannya bimbang kerana tidak melihat Sage selama beberapa hari," kata Braunstein.
Sage merupakan anak kedua Stallone dengan isteri pertamanya, Sasha Czack. Dia pernah muncul dalam beberapa buah filem seperti Rocky V dan Daylight.
Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai seranta Stallone menyatakan: "Sylvester Stallone amat sedih atas kematian anaknya, Sage Stallone. Sage ialah seorang anak muda yang sangat berbakat dan baik. Kehilangannya akan dirasai selama-lamanya."
Polis dan Braunstein tidak memiliki sebarang perincian mengenai kematian Sage. "Kami tidak mempunyai sebarang maklumat terperinci. Ini adalah kemalangan tragis. Sage tidak mengalami kemurungan atau sebagainya," jelas Braunstein. - Reuters

100 rentung cuba cedok minyak tumpah


ORANG ramai dan pasukan penyelamat melihat mayat-mayat mangsa yang rentung berikutan sebuah lori tangki yang membawa minyak terbakar dan meletup.
100 rentung cuba cedok minyak tumpah



PELABUHAN HARCOURT, Nigeria - Lebih 100 orang yang cuba mengambil minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik, maut apabila kenderaan itu disambar api.
Wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang rentung. Sementara berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius. Sebelum itu, pasukan tentera memberi amaran bahawa kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja.
Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur.
"Lori tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan," jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju.
Tidak lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa yang mati ialah pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada.
Beberapa buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.
Kebocoran minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak - AFP

Anak bekas ikon politik AS ditangkap





NEW YORK - Kerry Kennedy (gambar), anak kepada ikon politik Amerika Syarikat (AS) Robert F. Kennedy ditahan pada Jumaat selepas dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan didapati memandu di bawah pengaruh dadah.
Kereta Lexus yang dipandu Kennedy bertembung dengan sebuah trailer traktor di lebuh raya wilayah Westchester, utara New York.
Kerry yang berusia 52 tahun itu kemudian meninggalkan lokasi kejadian. Dia ditemui di satu lorong keluar lebuh raya terbabit. Panggilan-panggilan ke talian 911 menyatakan Kerry memandu dalam keadaan aggresif dan berbahaya.
"Polis yang membuat siasatan mendapati Kerry memandu dalam keadaan khayal akibat dadah," jelas satu kenyataan polis negeri. Jenis dadah yang diambil oleh Kenndy tidak didedahkan.
Penahanan Kennedy menjadi tamparan terbaharu kepada keluarga ahli politik AS yang terkenal dan bermasalah itu. Kennedy merupakan seorang penulis dan peguam hak asasi manusia. Dia pernah berkahwin dengan Gabenor New York, Andrew Cuomo dari tahun 1991 hingga 2003. - AFP

China tawar AS$160tangkap ikan piranha



IKAN piranha memang terkenal dengan sifatnya yang ganas dan lahap.



BEIJING - Kerajaan tempatan Liuzhou di wilayah Guangxi, China kini menawarkan wang sebanyak AS$160 (RM509) untuk setiap ekor ikan piranha yang ditangkap sama ada sudah mati atau masih hidup.
Tawaran itu dibuat berikutan dua orang mengalami kecederaan serius setelah diserang oleh ikan pemakan daging tersebut di Sungai Liujiang. Mereka diserang ikan daripada spesies piranha Amerika Selatan ketika mengayuh sampan di sungai terbabit, lapor akhbar China Daily. - Reuters


Terpaksa makan pasir

Oleh RASHIDI KARIM
am@hmetro.com.my

PADANG BESAR: Masalah kebuluran rakyat Somalia sehingga mengakibatkan kanak-kanak kelaparan, termasuk makan pasir, menyentuh perasaan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Beseri, di sini, untuk mencari dana bagi membantu mereka.
Penderitaan kanak-kanak Somalia itu didedahkan sukarelawan Mercy Malaysia, Dr Iqbal Muhamad, yang menyertai misi bantuan di negara itu pada Majlis Taklimat Komuniti Inovatif MRSM yang dihadiri lebih 200 pelajar maktab berkenaan di sini, semalam.

Dr Iqbal yang juga Pengarah Pusat Kesihatan, Universiti Malaysia Perlis (Unimap) berkata, sejuta rakyat Somalia berdepan konflik perang saudara dan secara tidak langsung, turut terdedah dengan masalah kebuluran melampau serta sangat memerlukan bantuan.
“Berdasarkan maklumat terkini, ramai rakyat Somalia, terutama kanak-kanak, meninggal dunia setiap hari disebabkan masalah kebuluran selain penularan penyakit cirit-birit.

“Menerusi misi bantuan Mercy baru-baru ini, saya terkejut apabila berdepan beberapa kes kanak-kanak yang mengalami masalah ketagihan pasir. Kami dimaklumkan kanak-kanak ini terpaksa makan pasir kerana tiada makanan,” katanya.

Turut hadir, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Jamsari Jamaludin yang mewakili beliau untuk merasmikan majlis itu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Muhammad Azip Mustafa; Ketua Pegawai Eksekutif Al Niaga Sdn Bhd, Mazlee Md Ramli dan Pengetua MRSM Beseri, Mohd Salim Lebai Bulat.

Justeru, Dr Iqbal mengharapkan pembabitan pelajar MRSM untuk menjayakan kempen kutipan dana membantu mangsa kelaparan di Somalia menerusi peranan mereka dengan memikirkan kaedah dan inovasi terbaik untuk mengumpul sumber kewangan.
Lebih 10,000 pelajar membabitkan 46 MRSM di seluruh negara menjayakan pertandingan mencari dana anjuran bersama Al Niaga, YIM, Mercy Malaysia dan Persatuan Bekas Pelajar MRSM (Ansara).

Program dikenali Ideapreneur MRSM akan memilih MRSM yang melakukan kaedah mencari dana paling berinovasi dengan pemungut jumlah terbesar sebagai pemenang bagi menerima Anugerah Inovasi Perdana 2012 pada November depan.

PADA KITA BAWAH UMUR...BAGI ISLAM KALAU DAH BALIGH@MUKALAF...MAKA HUKUM DAH TERPIKUL....SOLAT...PUASA...DLL...NI KESAN MENDAHULU DUNIA DARI AKHIRAT....NI KESAN MENOLAK ATAU MENANGGUH2 HUKUM2 ALLAH SWT...

Pesta liar bawah umur

Oleh HADZLAN HASSAN, SHAMRAN SARAHAN dan NURUL HUSNA MAHMUD
metahad@hmetro.com.my

RISAU... Zulkifli bersama laporan polis yang dibuatnya.
RISAU... Zulkifli bersama laporan polis yang dibuatnya.
LUCAH... antara perbualan anaknya dalam laman sembang.
LUCAH... antara perbualan anaknya dalam laman sembang.
KUALA LUMPUR: Sekumpulan remaja, majoritinya masih di bawah umur, dikesan membentuk satu forum sosial lebih 3,500 ahli di facebook dan twitter semata-mata untuk bergabung menyertai beberapa siri pesta liar.
Kumpulan lelaki, perempuan, pondan dan lelaki lembut itu menggunakan laman sosial terbabit untuk berinteraksi bagi menetapkan tarikh dan lokasi pertemuan mereka.
Yang menakutkan, pertemuan dirancang rangkaian sosial itu bukan keraian biasa, sebaliknya pesta liar dinamakan ‘parti lolipop’ yang diadakan di beberapa pusat hiburan.

Difahamkan, ada pusat hiburan menganjurkan parti dengan nama lolipop sama seperti sambutan ‘ladies night’, dan lolipop didakwa merujuk kepada ahlinya yang sebahagian besar remaja bawah umur.


Lebih menyedihkan, parti berbaur maksiat dari satu lokasi ke satu lokasi itu turut menghidangkan arak selain pil khayal yang dikhuatiri boleh membawa kepada hubungan seks haram.

‘Arwah sempat peluk saya’

Oleh SITI FATIMAH HASSAN
sfhassan@hmetro.com.my

MUHAIMIN... sedih hilang sahabat baik. Gambar kecil, Khafiz, maut.
MUHAIMIN... sedih hilang sahabat baik. Gambar kecil, Khafiz, maut.
TANAH MERAH: “Ketika berada di hospital, arwah sempat memeluk saya walaupun percakapannya sudah tidak jelas. Sudah enam tahun kami kenal rapat dan saya terpaksa menerima pemergiannya sebagai takdir.”
Demikian menurut Abdul Muhaimin Yahya, 25, mengenai kejadian menimpa rakan baiknya, Abdul Khafiz Mohamed Norok, 25, yang disahkan meninggal dunia selepas cuba menyelamatkan diri ketika dirompak di Kaherah, Mesir, awal pagi Rabu lalu.
Kedua-dua pelajar Universiti Al-Azhar itu berdepan detik cemas ketika menaiki sebuah van dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Shoubra selepas menghadiri perjumpaan pelajar Malaysia di Abud di pinggir Kaherah, kira-kira jam 1.30 pagi.

Menurut Abdul Muhaimin, dia pada awalnya sudah mengesyaki ada sesuatu tidak kena apabila pemandu van terbabit membuat pusingan U selepas menaiki kenderaan terbabit.


“Sepatutnya tidak perlu buat pusingan U. Kami hanya berani naik van itu kerana ada satu keluarga bersama bayi turut sama dan menganggap mungkin ia selamat.

Penyamun putih mata


SIASAT... pengawai polis dan pegawai dari syarikat kewangan melihat mesin deposit wang yang  diumpil oleh penjenayah.

SIASAT... pengawai polis dan pegawai dari syarikat kewangan melihat mesin deposit wang yang diumpil oleh penjenayah.
SHAH ALAM: Seorang penyamun berputih mata apabila gagal menyamun sebuah mesin deposit tunai (CDM) di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Kemuning, di sini, awal pagi semalam.
Kejadian dipercayai berlaku jam 2 pagi selepas suspek masuk ke premis berkenaan namun tidak berjaya melarikan wang tunai kerana gagal membuka CDM itu sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian jam 7.50 pagi daripada seorang pengawal keselamatan yang kebetulan lalu di tempat kejadian.
Katanya, polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati pintu mesin berkenaan mempunyai kesan umpilan.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek menggunakan alat pemotong besi untuk membuka pintu mesin tetapi gagal membuka tempat simpanan wang.

“Suspek kemudian membatalkan niat untuk menyamun dan meninggalkan mesin begitu saja selain bimbang perbuatannya diketahui pengawal keselamatan bertugas,” katanya.

Zahedi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.

“Kita akan meneliti keadaan sebelum dan selepas kejadian menerusi CCTV bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian ini.
“Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan polis akan menyiasat kejadian terbabit daripada segala aspek,” katanya.

Menurut Zahedi, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri di dalam bangunan.

Sementara itu, seorang pekerja premis berhampiran yang enggan dikenali berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian oleh pihak bank, jam 9 pagi.

Katanya, selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu, seorang pekerja wanita datang untuk membuka kedai jam 9 pagi sebelum ternampak pintu mesin deposit tunai terbuka dengan kesan umpil.

Pedang di leher



KUANTAN: Dua sahabat hanya terbayang maut apabila leher masing-masing diacu tiga pedang samurai selepas kafe siber tempat mereka bekerja dimasuki tiga penyamun di Bukit Setongkol, di sini, tengah malam kelmarin.
Dalam kejadian 12 tengah malam, mangsa berusia 20 tahun bersama rakannya terpaksa menyerahkan wang tunai RM2,000 hasil perniagaan hari berkenaan kepada tiga penyamun terbabit.

Mangsa sebelum itu mengalu-alukan kedatangan tiga penyamun terbabit kerana menyangka mereka pelanggan tetapi sebaik berada di premis, mereka mengeluarkan pedang dan mengacukannya ke leher mangsa.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, mangsa bersama rakannya yang ketakutan terpaksa menyerahkan wang tunai di dalam mesin juruwang kepada penyamun.

Menurutnya, sebaik mengambil wang tunai itu, dua daripada penyamun melarikan diri dengan kereta jenis Perodua Viva berwarna hitam, manakala seorang lagi menunggang motosikal.

Ditetak angkara futsal

Oleh WAN ASRUDI WAN HASAN
wanas@hmetro.com.my

IPOH: Pertengkaran kecil membabitkan perlawanan futsal bertukar tragis apabila seorang pelajar kolej putus dua jari tangan selepas ditetak dengan parang, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 1 pagi, mangsa berusia 20 tahun turut ditetak bertalu-talu oleh 20 lelaki hingga bermandi darah berhampiran padang futsal Bandar Baru Putra, Tanjung Rambutan, di sini.

Lebih malang apabila adik mangsa berusia 18 tahun turut diserang kumpulan samseng hingga retak tulang kaki dan hampir putus tangan kanannya.
Sumber berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang juga penuntut jurusan komputer bermain futsal bersama adiknya di padang futsal berhampiran rumah mereka.

Menurutnya, berlaku salah faham kecil antara mangsa dengan seorang rakannya, dipercayai ada kaitan dengan kekasaran ketika perlawanan diadakan.

“Namun suspek didakwa beredar sebelum muncul kembali bersama sekumpulan lelaki menaiki motosikal beberapa minit kemudian.

“Kumpulan suspek kemudian menyerang mangsa dan adiknya dengan parang. Mangsa hanya mampu mempertahankan diri dengan tangan ketika ditetak kumpulan samseng,” katanya.

Menurutnya, mangsa ditetak dua jari tangan kirinya hingga putus selain turut dilibas dengan parang pada lutut kirinya.
“Adik mangsa yang juga penuntut kolej cuba membantu abangnya, namun turut diserang dan ditetak. Kumpulan samseng kemudian bergegas melarikan diri,” katanya. Sementara itu, adik mangsa ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh berkata, kumpulan suspek terlalu ramai dan dia tidak mampu berbuat apa-apa.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Setia, 18, berkata, seorang penyerang menetak kaki kirinya hingga menyebabkan tulang kakinya retak, selain lengan tangannya parah.

“Saya dan abang yang berlumuran darah kemudian dibawa dengan ambulans ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, pihaknya segera menubuhkan pasukan khas bagi memburu kumpulan penjenayah sejurus menerima laporan berhubung kes serangan itu.

Menurutnya, hasil tindakan pantas dilakukan, polis menangkap lima lelaki di kawasan itu yang dipercayai melakukan serangan.

“Semua suspek ditahan reman empat hari untuk disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Polis masih memburu saki baki kumpulan itu yang dipercayai menyembunyikan diri,” katanya.

Pendatang lari tinggalkan anak isteri

Oleh YUSMAWATI MHD YUSOF
yusmawati@hmetro.com.my

MELAKA: Seorang lelaki warga Indonesia sanggup lari meninggalkan isteri dan anak lelakinya berusia tiga tahun yang tidur bagi mengelak dicekup penguat kuasa Jabatan Imigresen, awal pagi semalam.
Difahamkan, dalam Operasi Bersepadu 6P jam 2 pagi di Bukit Piatu, lelaki berusia 24 tahun itu memanjat siling rumah sewanya selepas menyedari rumah didiami bersama beberapa rakan senegara diserbu anggota jabatan itu.

Bagaimanapun, cubaan buruh binaan dari Lampung itu gagal apabila derap langkahnya yang berjalan di atas siling disedari anggota penguat kuasa yang mengepung rumah.
Dia yang hanya berseluar pendek bersembunyi di atas siling sebelum dibawa turun anggota penguat kuasa yang terpaksa memanjat melalui lubang kecil di biliknya.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamaluddin Ismail berkata, ketika serbuan, lelaki itu berada di dalam bilik bersama isterinya berusia 20-an dan anak lelakinya yang tidur.

“Anggota kami terpaksa memanjat siling melalui lubang di dalam bilik itu selepas mengesan pergerakan di atasnya selain ada kesan panjat pada dinding bilik sebelum menemuinya,” katanya pada sidang media selepas berakhirnya operasi itu, semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu dan anaknya tidak mempunyai dokumen, manakala isterinya tinggal lebih masa di negara ini,” katanya pada sidang media selepas berakhirnya operasi itu, semalam.

Menurutnya, seorang wanita warga Indonesia berusia 40 tahun yang juga menyewa di sebuah bilik rumah itu turut ditangkap kerana dipercayai memberi perlindungan kepada pendatang warga asing.
Katanya, dalam serbuan berasingan di sebuah pub di Malim, sembilan wanita warga Vietnam berusia 19 hingga 26 tahun yang bekerja sebagai GRO turut ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini.

“Empat daripada mereka ditahan di dalam pub manakala bakinya di tingkat atas sebuah lot kedai bersebelahan yang dipercayai menjalankan aktiviti persundalan kerana ketika serbuan ada empat pelanggan lelaki warga tempatan di premis sama,” katanya.

Tumbuk tunang

Oleh SITIE NURHAJATULZIEMAH MOHD NOR
metahad@hmetro.com.my

REMBAU: Gara-gara cemburu melihat tunangnya berbalas SMS, seorang lelaki tergamak menumbuk muka wanita itu hingga cedera di Kampung Bongek Acheh, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam, Siti Halimah Jasni, 17, menerima tiga jahitan di dahi dan lebam mata kiri selepas dikejarkan ke Hospital Tampin (HT) untuk menerima rawatan.

Siti Halimah berkata, ketika kejadian, dia berada di rumahnya sebelum didatangi tunangnya berusia 22 tahun untuk mengajak makan malam.
“Bagaimanapun, sebelum keluar dari rumah, saya terima SMS daripada seorang kenalan lelaki yang hanya menanyakan saya buat apa.

“Tunang yang kebetulan ada di sebelah berang dan terus rampas telefon bimbit saya sebelum membaca kandungan SMS dihantar lelaki itu,” katanya ketika ditemui di HT, di sini, semalam.

Dia yang mengikat tali pertunangan Mei lalu berkata, tunangnya yang cemburu tidak boleh menerima perbuatan kenalannya.

“Saya cuba menerangkan keadaan sebenar sehingga kami bertengkar. Namun tunang tetap tidak dapat menerima dan terus menumbuk mata serta mencederakan dahi saya sehingga luka sebelum melarikan diri.

“Ini kali ketiga dia cederakan saya. Kerana sayangkan dia, saya terima segala kekurangannya, termasuk sikap barannya,” katanya.

Meniarap ketakutan

Oleh ZAITIE SATIBI
am@hmetro.com.my

BATU CAVES: “Perompak terbabit mengacu pistol dan mengarahkan semua orang tunduk, menyebabkan saya terpaksa meniarap kerana ketakutan,” kata jurujual pakaian, Yuli Mahd, 28, ketika ditemui, semalam.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi, sebuah kedai emas dalam pasar raya hiper di sini, dirompak empat lelaki bersenjatakan pistol dan melarikan pelbagai barangan kemas mengakibatkan kerugian bernilai antara RM1 juta hingga RM2 juta.

Perompak turut mencederakan seorang pengawal keselamatan kedai emas itu berusia 40-an dan merampas senapang miliknya.

Menurut Yuli, dia tidak berhenti berdoa supaya tidak diapa-apakan berikutan tapak kedai baju dijaganya paling hampir dengan kedai emas itu.


“Perompak itu memukul kepala pengawal keselamatan yang berkawal di gerai pameran kira-kira 20 meter dari kedai emas itu sehingga berdarah sebelum mengheretnya masuk ke premis.

Kasino ladang

Oleh HADZLAN HASSAN dan SHAMRAN SARAHAN
metahad@hmetro.com.my

KUALA KUBU BHARU: Selepas berselindung di sebalik kolam udang dan rumah burung walit, sindiket judi mesin slot kini dikesan turut memancing kaki judi di kalangan warga asing terutama mereka yang bekerja dalam sektor perladangan.
Tindakan itu nyata menjadi kerana premis terlindung di kawasan ladang dekat Kalumpang, dekat sini, tidak pernah diserbu pihak berkuasa sejak ia beroperasi beberapa tahun lalu menyebabkan ia menjadi lokasi perjudian paling selamat di kalangan warga asing dan warga tempatan.

Aktiviti perjudian ini didedahkan kepada Metro Ahad melalui seorang penduduk mahu dikenali sebagai, Razif, 38, yang mendakwa warga tempatan sudah naik muak dan berang dengan aktiviti haram itu yang makin menjadi-jadi. Menurutnya, anak muda di kawasan itu banyak menghabiskan masa dan wang di pusat perjudian berkenaan, malah kawasan itu sering menjadi tempat warga asing berkumpul terutama pada Sabtu.
“Biasanya apabila mereka berkumpul, mulalah menunjuk lagak menyebabkan penduduk tempatan seperti berada di negara asing kerana dimarahi jika menegur perbuatan mereka.

“Ramai penduduk tidak senang dengan kewujudan pusat judi berkenaan, namun tiada tindakan daripada pihak berkuasa walaupun kami sudah membuat aduan,” katanya. Berdasarkan maklumat diterima, wartawan Metro Ahad mengunjungi pusat perjudian itu dan tinjauan mendapati kedai berkenaan beroperasi di kawasan tersorok antara ladang kelapa sawit dan rimbunan kebun pisang di deretan rumah teres.

Keadaan itu dipercayai menjadi punca ia sukar dikesan pihak berkuasa. Selain dipenuhi mesin slot, ia turut menempatkan kediaman, warung dan tiga meja snuker.

Sekali imbas, deretan rumah tiga blok berkenaan kelihatan tidak mendatangkan syak kepada orang ramai meskipun ramai yang melepak di situ.

Bagaimanapun, di bahagian belakang warung itu terdapat meja snuker dan sebuah bilik menempatkan komputer permainan judi.
Bilik judi terbabit dijaga seorang wanita Indonesia yang mendakwa menerima gaji RM300 sebulan untuk menguruskan tempat terbabit. “Kalau saya bekerja di ladang gajinya lagi besar tapi belanjanya juga besar kerana perlu bayar sewa rumah dan bil lain tapi di sini tidak perlu bayar sewa, malah kerap menerima tip daripada pengunjung,” katanya.

Wanita berkenaan juga mengakui pusat judi itu dipenuhi pengunjung setiap hujung minggu, lebih-lebih lagi hujung bulan selepas pekerja ladang menerima gaji bulanan. “Ada juga orang luar yang datang bermain mesin (komputer) di sini. “Tempat ini selamat dan jauh serta tak pernah ada serbuan,” katanya. Menurutnya, pendapatan hasil perjudian di situ juga tidaklah terlalu besar kerana ia hanya membabitkan kira-kira RM1,000 pada hari biasa tetapi pernah satu ketika ada pengunjung memperoleh kemenangan RM12,000 menyebabkan dia terpaksa memanggil tauke membuat bayaran.

‘Hujan batu’ dua tahun

Oleh ANIZA ZAINUDIN
anizazainudin@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Selepas dua tahun dilanda ‘hujan’ batu binaan dan sampah-sarap hasil pembinaan dua blok apartmen 24 tingkat di Jalan SS9A/4, kira-kira 20 penduduk rumah teres di Jalan 241/51A di sini, mengadakan bantahan berikutan risiko keselamatan yang makin meningkat.
Penduduk, Nor Ashikin Mohd Dali Jinah, 33, berkata masalah rumah rosak dan kesihatan terjejas meningkat sejurus pembinaan apartmen berkenaan dimulakan pada 2010.

“Saya menetap di sini sejak tujuh tahun lalu, ini kali pertama masalah ini berlaku. Pada mulanya, penduduk mengalami masalah debu berterbangan akibat pembinaan dan lori pasir yang turut melalui jalan utama.
“Sejak pembinaan dijalankan, saya tak pernah buka tingkap dapur dan bilik di bahagian belakang kerana habuk memasuki ruang rumah. Malah kereta dan motosikal yang diparkir di depan rumah turut dilitupi habuk.

“Saya ingatkan masalah hanya berkaitan dengan debu, namun sebaliknya berlaku apabila hujan lebat beberapa bulan lalu, rumah saya dinaiki air sedalam dua sentimeter. Selepas membuat pemeriksaan, barulah saya tahu rupa-rupanya bumbung pecah akibat ditimpa runtuhan batu-bata dari projek itu.

“Bukan itu saja, saluran paip di bumbung juga dipenuhi serpihan batu-bata menyebabkannya tersumbat. Permulaannya, pemaju bertanggungjawab, tetapi apabila masalah kerap berulang memaksa saya mengeluarkan wang sendiri untuk membaiki kerosakan berkenaan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Nor Ashikin yang juga seorang jurutera awam berkata, jarak tapak pembinaan dengan rumah penduduk berhampiran terlalu dekat membahayakan keselamatan mereka.

Selain itu, pemaju juga tidak menghormati penduduk apabila pembinaan diteruskan sehingga lewat malam.
Ketua Persatuan Penduduk Kawasan Impian Baiduri, Tambi Chik Hassan, 50, kecewa dengan kejadian berlaku walaupun pelbagai saluran aduan digunakan namun pembelaan sewajarnya gagal diperoleh.

“Saya pernah membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) beberapa kali, namun tiada tindakan diambil, justeru laporan polis dibuat Selasa lalu dengan tujuan keselamatan sekiranya sesuatu terjadi ke atas penduduk.

“Walaupun pemaju meletakkan jaring keselamatan pada bangunan, bahaya masih wujud. Tambahan lagi, mereka kerap menjalankan kerja pembinaan sampai lewat malam hingga penduduk tidak selesa,” katanya yang ditemui bersama Penyelaras Kampung Tunku, Kelvin Chong Seng Foo.

Cemar agama, bangsa

Oleh YUSLIZA YAKIMIR ABD TALIB
yusliza@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang wanita Melayu menjadi penari gelek hanya mencemarkan nama baik agama dan bangsanya walaupun dia mungkin hanya bertujuan mencari rezeki.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abd Malek berkata, mereka yang ingin meraih pendapatan lumayan tidak semestinya boleh melakukan apa saja tanpa mengira halal atau haram.

“Banyak lagi sumber rezeki halal yang boleh dicari di negara ini daripada melakukan kerja mudah dan menyeronokkan tapi dimurkai Allah.
“Perbuatan keji itu akibat kegelojohan mereka untuk bermewah-mewah hingga sanggup menggadaikan maruah diri dan lebih teruk, seolah-olah tidak takut azab yang bakal menimpa baik di dunia mahupun akhirat kelak,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas muka depan Harian Metro semalam mengenai pengakuan seorang penari gelek berbangsa Melayu yang bekerja di sebuah restoran Arab di ibu kota yang mendakwa tidak malu melakukan aksi gelek kerana pendapatan diterima sangat lumayan.

Difahamkan, kemunculan penari gelek Melayu berikutan peningkatan pelancong dari Timur Tengah yang mengunjungi Malaysia, sama ada untuk melancong atau urusan perniagaan.

Putri (bukan nama sebenar) berkata, dia seronok bekerja sebagai penari gelek untuk menghiburkan pengunjung yang majoritinya masyarakat Timur Tengah.

Malah, dia tidak kisah tubuhnya dijamah mata lelaki yang asyik memandang lenggok pinggul dan dada separuh bogelnya.
Hanafi berkata, kebanyakan mereka yang terjebak dalam kegiatan tidak bermoral seperti ini memberi alasan kesempitan hidup serta mahu mendapatkan kesenangan dengan cara mudah dan segera.

“Malah, sebelum ini ada kes membabitkan penari tiang, apabila ditanya mengenai pekerjaannya itu, beranggapan tiada salahnya terjebak dalam pekerjaan seperti itu selagi tidak menyerahkan tubuh kepada lelaki untuk ditiduri.

“Hakikatnya, mereka tidak sedar hasil pendapatan daripada pekerjaan berunsur maksiat tetap haram di sisi agama, walaupun mereka kata tidak terbabit aktiviti pelacuran,” katanya.

Justeru, Hanafi menasihatkan wanita terbabit berhenti terus melakukan pekerjaan itu kerana bukan saja menggadaikan maruah dirinya sebagai wanita Melayu dan Islam, malah turut memalukan ibu bapa dan keluarganya.

“Mereka perlu sentiasa beringat bahawa Allah boleh mengambil nyawa pada bila-bila masa. Andai kata ketika asyik melakukan pekerjaan itu ditakdirkan nyawanya dicabut, tidakkah nanti dia mati dalam keadaan melakukan maksiat,” katanya

ITU BARU MATAHARI....BAGAIMANA NERAKA ALLAH..MENURUT RIWAYAT NERAKA HUTAMAH DIBAKAR 3000 TAHUN HINGGA BERTUKAR JADI WARNA HITAM....SEDANGKAN DIDUNIA TIADA API BERWARNA HITAM....BERTAUBATLAH.....BERTAQWALAH SEBELUM TERLAMBAT......

Qari Malaysia johan tilawah



Muhammad Anuar dan Hasnae bersama piala kemenangan masing-masing pada majlis penutup Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-54 di PWTC, Kuala Lumpur malam tadi.



KUALA LUMPUR - Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-54 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengukir sejarah kepada peserta Malaysia, Muhammad Anuar Ghazali, 36, apabila dinobatkan sebagai juara kategori qari (lelaki).
Muhammad Anuar yang berasal dari Kelantan dan memperdengarkan bacaan Surah al-Hud, memperoleh markah 95.33 peratus. Naib johan disandang qari Iran Amin Pouya dengan 91.67 peratus manakala tempat ketiga milik Indonesia menerusi Raden Harmoko Baharudin (90.16 peratus).
Bagi kategori qariah (wanita), peserta Maghribi Hasnae Khoulali, 19, yang memperdengarkan bacaan Surah al-Israk memperoleh 94 peratus sama seperti markah yang diperoleh naib johan dan pemenang ketiga.
Hasnae menewaskan qariah Indonesia, Rahmawati Bakri Hunawa dan qariah Malaysia, Che Aminah Che Awang menerusi cara bacaan, tajwid, kefasihan serta suara dalam menentukan perkiraan markah mereka.
Pemenang tempat pertama bagi kedua-dua kategori membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 serta piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Rakan dituduh bakar Yogambika


VIJENDRAN dituduh membunuh Yogambika di Mahkamah Majistret Ampang semalam.



AMPANG JAYA – Seorang juruteknik kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh kerani bank yang merupakan bekas rakan baiknya dengan membakar wanita itu di hadapan rumahnya di koridor Apartmen Mesra Prima di sini bulan lalu.
B. Vijendran, 33, memberitahu dia faham terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Vijendran didakwa membunuh P. Yogambika, 27, di koridor Tingkat 9, Blok B, Apartmen Mesra Prima pada pukul 10 malam 28 Jun lalu.
Timbalan Pendakwa Raya Eliana Ismail mengemukakan dakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tiga lelaki larikan barang kemas RM3 juta



DUA anggota polis mengawal kedai emas yang dirompak
di pasar raya Carrefour, Seberang Jaya semalam.



BUTTERWORTH - Tiga lelaki yang menyamar sebagai pelanggan melarikan barang kemas bernilai lebih RM3 juta dari sebuah kedai emas dalam pasar raya Carrefour Seberang Jaya di sini semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh berkata, kejadian berlaku pada pukul 2.15 petang ketika tujuh pekerja dan seorang pelanggan berada di dalam kedai.
Katanya, ketiga-tiga lelaki terbabit menyamar sebagai pelanggan dan meminta pekerja mengeluarkan rantai-rantai emas kononnya untuk dibeli.
"Secara tiba-tiba tiga lelaki terbabit mengeluarkan tiga pucuk pistol dan mengacukannya kepada pekerja serta pelanggan sambil memberi amaran kepada mereka supaya jangan bergerak," katanya kepada pemberita di sini.
Katanya, perompak itu menjadikan seorang pekerja kedai emas sebagai tebusan dengan mengacu pistol di kepalanya manakala pekerja lain diarah memasukkan barangan kemas dalam sebuah beg sebelum mereka melarikan diri.

Malu digelar muka gajah


Chan Mong Ping (kanan) menerima kunjungan rakannya, Leong Chee Ming yang turut menghidap penyakit Port Wine Stain di Seri Kembangan dekat Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Seorang bapa menitiskan air mata apabila mengenangkan nasib anak perempuannya yang sering dicerca dan dihina oleh orang lain kerana mengalami kecacatan teruk pada wajahnya akibat penyakit yang sukar diubati.
Bagi Chan Hoong Yee, 67, dia sudah tidak sanggup lagi melihat anaknya, Chan Mong Ping, 43, dipinggirkan masyarakat akibat penyakit Port Wine Stain atau Haemongiomas Rata yang dialaminya sejak lahir.
Hoong Yee yang merupakan seorang buruh binaan berkata, dia dan keluarga sudah kering air mata mengenangkan masa depan anak perempuan sulung daripada lima beradik itu.
"Mong Ping tidak pernah mendapat sebarang rawatan sama ada moden mahupun rawatan tradisional ekoran masalah kewangan yang saya hadapi.
"Akibat tiada sebarang rawatan, kini tangan kanannya menjadi lemah dan penglihatannya juga terjejas," katanya ketika ditemui semasa lawatan Penyelaras MCA Parlimen Serdang, Datuk Liew Yuen Keong ke rumahnya di Kampung Seri Kembangan dekat sini semalam.

Peluk keluarga sebelum maut

JASIN – Seorang pemuda bisu dan cacat pendengaran seolah-olah mengetahui dirinya akan menemui ajal apabila dia bertindak bersalaman dan mencium tangan ahli keluarga dan rakan-rakannya sebelum dia maut selepas terlibat dalam kemalangan di Taman Bukit Tembakan Indah di sini kelmarin.
Mohamad Falzali Mohd. Nasir, 21, maut apabila motosikal jenis Suzuki RR Sport yang ditungganginya terbabas lalu terhumban ke dalam parit menyebabkan lelaki berstatus orang kelainan upaya (OKU) itu lemas dalam kejadian pukul 11.30 malam.
Sebelum kejadian, pencuci kereta itu ingin pulang ke rumahnya di Bukit Tegoh, Pernu selepas keluar minum bersama rakan-rakannya di Bukit Tembakau di sini.
Difahamkan, ketika terjatuh, mangsa masih bernyawa tetapi gagal menyelamatkan diri kerana mengalami kecederaan saraf di kaki dan tangan selepas terjatuh ke dalam parit yang mempunyai kedalaman kira-kira dua meter itu.

220 maut di Treimsa, Syria


SEORANG mangsa cedera dalam keganasan tentera Syria di Kampung Treimsa kelmarin.



BEIRUT – Seramai 220 maut kebanyakan orang awam terbunuh di Kampung Treimsa, tengah Syria apabila beberapa helikopter dan kereta kebal serta sekumpulan lelaki bersenjata membunuh sejumlah keluarga, menurut sumber kumpulan pemberontak semalam.
Ketua Pemantau Syria Untuk Hak Asasi yang menentang rejim Presiden Bashar Al-Assad, Rami Abdel Rahman menyatakan tentera pemerintah dan askar-askar separa tentera membunuh penduduk di kampung tersebut.
Pasukan misi pemantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan dalam laporannya bahawa serangan di kampung tersebut merupakan operasi Tentera Udara Arab Syria.
Kampung itu terletak dalam wilayah Hama.
Seorang aktivis Rangkaian Berita Sham menyatakan kebanyakan yang terbunuh itu ialah anggota pemberontak dalam serangan yang berlaku kelmarin.
Sementara itu, White House semalam menyatakan ‘kekejaman’ di Syria oleh tentera Bashar itu sepatutnya menghapuskan sebarang keraguan tentang perlunya satu tindak balas antarabangsa.
Jurucakap White House, Josh Earnest memberitahu para pemberita dalam pesawat Air Force One bahawa keganasan yang dilakukan berulang kali itu terhadap penduduk awam menunjukkan Bashar kehilangan kelayakan untuk mengetuai Syria.
Di Geneva, Switzerland, Utusan Khas Keamanan PBB dan Liga Arab, Kofi Annan turut mengutuk pemerintah Syria ekoran kejadian pembunuhan itu.
Annan mendakwa pemerintah Syria melanggar rancangan pelan damainya ekoran kejadian tersebut. – Agensi

Terowong dadah ditemui



TEROWONG yang ditemui di bandar San Luis, Arizona.



LOS ANGELES - Sebuah terowong untuk menyeludup dadah yang dilengkapi lampu dan ruang pengaliran udara ditemui di bandar San Luis, Arizona Amerika Syarikat (AS) yang bersempadan dengan Mexico, kata beberapa pegawai kelmarin.
Tiga orang ditangkap dalam operasi yang dilakukan oleh agensi-agensi penguat kuasa undang-undang AS.
Terowong itu setinggi 1.8 meter dan menuju ke sempadan Mexico.
Laluan masuk ke terowong itu ditemui di bawah tangki air di sebuah bilik stor di dalam sebuah bangunan satu tingkat di San Luis.
Askar-askar Mexico turut menemui sebuah lagi terowong dadah yang sedang dalam pembinaan di bawah sinki di sebuah rumah gudang di Tijuana, 300 meter dari sempadan Arizona. - AFP

Imej nyalaan kuat di matahari



GAMBAR yang dirakamkan kelmarin menunjukkan nyalaan matahari (dalam bulatan).



MIAMI - Gambar yang disiarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat menunjukkan nyalaan kuat yang berlaku di matahari kelmarin.
Menurut beberapa saintis cuaca angkasa lepas, nyalaan itu memberi kesan yang kecil terhadap bumi.
Ia mungkin memberi kesan terhadap sistem komunikasi berfrekuensi tinggi. - Agensi


سُوۡرَةُ الهُمَزة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَيۡلٌ۬ لِّڪُلِّ هُمَزَةٍ۬ لُّمَزَةٍ (١) ٱلَّذِى جَمَعَ مَالاً۬ وَعَدَّدَهُ ۥ (٢) يَحۡسَبُ أَنَّ مَالَهُ ۥۤ أَخۡلَدَهُ ۥ (٣) كَلَّا‌ۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِى ٱلۡحُطَمَةِ (٤) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا ٱلۡحُطَمَةُ (٥) نَارُ ٱللَّهِ ٱلۡمُوقَدَةُ (٦) ٱلَّتِى تَطَّلِعُ عَلَى ٱلۡأَفۡـِٔدَةِ (٧) إِنَّہَا عَلَيۡہِم مُّؤۡصَدَةٌ۬ (٨) فِى عَمَدٍ۬ مُّمَدَّدَةِۭ (٩)
Surah Al-Humaza
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, (1) Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; (2) Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! (3) Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah". (4) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu? (5) (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya); (6) Yang naik menjulang ke hati; (7) Sesungguhnya api Neraka itu ditutup rapat atas mereka. (8) (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. / (9) 

 

WALAUPUN KITA TAK LAKSANA HUKUM ALLAH...ALLAH BOLEH HUKUM JUGA...DENGAN BERBAGAI CARA...ALLAH MAHA BIJAKSANA DAN MAHA ADIL....BERBALOI KAH UPAH DENGAN DOSA DAN BAKARAN API NERAKA...BELUM MALU IBUBAPA...KITA JADIKAN MEREKA DAYUS...ATAU SUAMI JIKA DAH BERSUAMI...IBUBAPA DISEKSA DALAM KUBUR JIKA MEREKA DAH MENINGGAL DUNIA....WAHAI PIHAK BERKUASA TAK SEDAR KAH....

‘Tak malu gelek’

Oleh Elrafaei Sapi dan Mior Azlan Mior Kamarulbaid
am@hmetro.com.my

LIGAT...Putri mempersembahkan tariannya.
LIGAT...Putri mempersembahkan tariannya.
KUALA LUMPUR: “Saya tidak malu melakukan aksi gelek kerana pendapatan yang saya terima cukup lumayan,” kata penari gelek berbangsa Melayu yang bekerja di sebuah restoran Arab di ibu kota.
Pekerjaan sebagai penari gelek yang sebelum ini asing bagi masyarakat Melayu dan hanya boleh ditonton di kaca televisyen dan di negara Asia Barat, kini menjadi punca pendapatan lumayan bagi segelintir penduduk di Malaysia.
Difahamkan kemunculan penari gelek Melayu berikutan peningkatan pelancong dari Timur Tengah yang mengunjungi Malaysia sama ada untuk melancong atau urusan perniagaan.

Putri (bukan nama sebenar) berkata, dia seronok melakukan pekerjaan sebagai penari gelek untuk menghiburkan pengunjung yang majoriti terdiri daripada masyarakat Timur Tengah.


Malah, dia tidak kisah tubuhnya dijamah mata lelaki yang asyik memandang lenggok pinggul dan dada separuh bogelnya.

DARI FB

PERSOALANNYA… SUDAH BERAPA RAMAI ANAK MELAYU YANG MENJUALKAN MARUAH DIRI SEBEGINI????

PERSOALANNYA… DIMANAKAN PIHAK BERWAJIB AGAMA???

1. MANA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN????
2. MANA JAKIM????
3. MANA JAMIL KHAIR????
4. MANA MASHITAH SI CUKUR KENING????
5. MANA MUPETI HARUSSANA SINI????
6. MANA HASAN JATI AQIDAH????

UMNO PERJUANGKAN BANGSA, AGAMA & TANAH AIR???? TUIHHHHHHHHHHH


Fokus gerak pinggul



KUALA LUMPUR: Tarian gelek yang sinonim dengan budaya masyarakat Arab bukan lagi menjadi persembahan pentas semata-mata. Menariknya, tarian ini yang lebih fokus pada pergerakan pinggul turut menjadi satu aktiviti senaman.
Jurulatih tarian, Rosbiyatil Akma Ramli berkata, persepsi pengikut atau pengamal tarian gelek tidak memfokuskan apa yang dilakukan sebagai simbol seks pada golongan Adam, tetapi mementingkan penjagaan kesihatan diri menerusi aktiviti tarian.

Katanya, wanita memilih tarian gelek untuk merehatkan diri sebagai aktiviti senaman yang sihat. Malah, mereka percaya senaman menerusi tarian gelek mampu mencantikkan bentuk badan sehingga kelihatan langsing.
“Sejak mengajar pada 2006, tarian gelek belum popular di kalangan masyarakat tempatan. Ketika itu tarian ini baru diperkenalkan dan apabila mereka didedahkan menerusi televisyen dan laman web, baru timbul minat untuk belajar,” katanya.

Pada peringkat awal, Rosbiyatil menerima 10 pelajar, tetapi kini bertambah melebihi 100 orang. Kategori pelajar ini pula terdiri daripada wanita berusia 30-an ke atas.

Remaja maut tercampak atas bumbung kereta



PERIKSA...anggota polis memeriksa mayat mangsa di atas bumbung kereta.
PERIKSA...anggota polis memeriksa mayat mangsa di atas bumbung kereta.
KOTA BHARU: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun menemui ajal di atas bumbung kereta apabila motosikal ditunggangnya berlanggar sebuah kereta di hadapan Masjid Al-Taqwa, Paya Bemban, Jalan Hospital, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, mangsa, Muhammad Elfie Farhan Mohd Nasir, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan mayatnya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan.

Mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 125Z bersama seorang rakannya dalam perjalanan ke Kota Bharu sebelum berlanggar sebuah kereta Proton Saga BLM menyebabkan mangsa tercampak ke atas bumbung kereta itu.
Bagaimanapun, rakan mangsa cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian berlaku apabila kereta dari arah lampu isyarat Berek 12 menghala lampu isyarat Kampung Cherang secara tiba-tiba membelok ke kanan sebelum motosikal ditunggang mangsa melanggar bahagian hadapan kereta itu.

“Mangsa tercampak di atas bumbung kereta dan meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Nasir Zaminuddin, 39, berkata, dia dimaklumkan kejadian itu oleh anak sulungnya ketika dalam perjalanan untuk berniaga di pasar.

“Saya berpatah balik menuju tempat kejadian untuk melihat anaknya.
“Pada mulanya saya ingatkan ia kemalangan biasa, tetapi apabila tiba di tempat kejadian saya lihat anak saya terbaring di atas bumbung kereta dan sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di HUSM, semalam.

Menurutnya, dia dan anak kedua daripada empat beradik itu rapat seperti rakan karib.

“Kami rapat dan masih terngiang-ngiang hasrat arwah yang mahu menyambung pelajarannya selepas memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Bagaimanapun, hasratnya itu tidak kesampaian. Pemergiannya amat dirasai, tetapi saya reda,” katanya.

Tangan ditetak lelaki mengamuk



CEDERA...urat bahu Mohd Fauzi putus akibat ditetak pemandu lori.
CEDERA...urat bahu Mohd Fauzi putus akibat ditetak pemandu lori.
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang abang mahu menyelamatkan adik perempuan dan anak saudaranya berusia empat bulan daripada ditetak seorang lelaki yang mengamuk berdekatan Flat Sri Sabah, Cheras, di sini, membawa padah apabila bahu kanannya ditetak dalam kejadian berkenaan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa Mohd Fauzi Yu Amril, 25, ditetak di bahu kanan hingga menyebabkan urat bahunya putus manakala adik iparnya, Azrul Zainal Abidin, 24, bengkak di muka akibat diserang lelaki sama.

Menceritakan kembali kejadian berkenaan, adik mangsa, Noraini Yu Amril, 24, berkata sebelum kejadian, mereka sekeluarga pergi membeli barang dapur di Pasar Chow Kit sebelum pulang ke rumah ibu mentuanya di Cheras.
Katanya, ketika hendak keluar dari simpang jalan menghala ke Jalan Cheras, kereta dinaiki mereka dihimpit lori pasir yang enggan memberi laluan menyebabkan mereka memperlahankan kenderaan.

“Namun, pemandu lori itu seperti tidak puas hati dengan kami dan asyik menjeling hingga tidak perasan lampu isyarat sudah bertukar ke warna merah sebelum melanggar sebuah kereta di hadapannya.

“Selepas berlanggar, pemandu lori itu tidak melihat kerosakan kenderaan di hadapannya sebaliknya menuju ke arah kenderaan kami dan mengetuk cermin pemandu sebelum menumbuk muka suami saya bertubi-tubi sebaik dia menurunkan cermin,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurutnya, suaminya sempat menolak lelaki itu ke belakang sebelum membuka pintu kereta dan abangnya yang duduk di bahagian penumpang hadapan turut membantu suaminya daripada terus menjadi mangsa amukan lelaki itu.

Katanya, dengan tiba-tiba lelaki itu kembali ke lorinya sebelum membawa sebilah parang dan melibas ke arah suaminya namun bernasib baik sempat mengelak.
“Berang kerana sasarannya tidak mengena, lelaki itu menjerit akan melibas saya dan anak berusia empat bulan yang sedang duduk di perhentian bas berdekatan sebelum berlari menuju ke arah saya.

“Abang saya yang risau dengan keadaan saya mendukung anak ketika itu cuba menahan lelaki berkenaan dan akibatnya terkena tetakan di bahu kanannya,” katanya.

Beliau berkata, walaupun cedera, abangnya sempat melarikan diri ke arah pondok polis berdekatan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan membantu memujuk lelaki terbabit supaya bertenang.

“Selepas memujuk lebih 30 minit, lelaki itu akhirnya menyerahkan parang sebelum orang ramai menghubungi polis,” katanya.

Gigit jari rugi RM150,000

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Gara-gara percaya pada pemberian sehelai cek bernilai RM700,000, seorang warga emas mengalami kerugian sebanyak RM150,000 selepas melabur dalam skim ‘Pelaburan Dana Tajaan Kerajaan’ yang dikendalikan seorang ahli perniagaan dan penjawat awam.
Sumber polis berkata, mangsa berusia 60-an itu didatangi seorang kenalan yang merupakan penjawat awam ke rumahnya pada hujung tahun lalu dan ketika itu, dia menyatakan mengenai skim pelaburan berkenaan yang dikendalikan seorang ahli perniagaan.

Beliau berkata, mangsa yang percaya pada penjawat awam itu membuat keputusan untuk menyertai pelaburan yang menjanjikan hasil lumayan dengan hanya menyerahkan wang tunai yang kononnya akan dilaburkan dalam projek kerajaan serta dijanjikan tidak akan rugi.

Menurutnya, mangsa turut dipertemukan dengan ahli perniagaan berkenaan bagi memberi keyakinan penuh kepadanya dan mangsa diminta memasukkan wang pelaburan melalui akaun bank sahaja.


“Secara berperingkat mangsa sudah memasukkan wang berjumlah RM150,000 ke dalam akaun lelaki itu dan sebagai balasan, mangsa diberikan cek bernilai RM700,000 yang diminta ditunaikan selepas setahun.

Lawan tarik beg dengan peragut

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Seorang lelaki bertindak nekad mengejar dua peragut yang terjatuh daripada motosikal ketika cuba meragut beg isterinya dalam kejadian di Jalan Klang Lama berhampiran Taman Petaling Utama, di sini, semalam.
Menurut saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Arif, 30-an, lelaki berkenaan bersama isterinya sedang menunggang motosikal apabila dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki dari arah belakang dalam kejadian jam 10 pagi.

Katanya, seorang lelaki terbabit tiba-tiba bertindak meragut beg tangan diletakkan atas riba pembonceng wanita menyebabkan mangsa cuba mempertahankan beg tangannya dan berlaku tarik-menarik dengan lelaki itu.
“Ini menyebabkan motosikal ditunggang peragut terbabit hilang kawalan lalu terjatuh sebelum pasangan suami isteri itu memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan dan mengejar mereka. “Namun, kedua-dua peragut itu tidak dapat melarikan diri kerana kaki mereka dihempap motosikal dan orang ramai yang melihat kejadian itu segera menangkap dan menyerahkannya kepada anggota polis peronda (MPV) yang tiba sejurus kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan dua lelaki terbabit kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Semakan awal mendapati kedua-dua suspek berusia 20-an itu tiada rekod kesalahan lampau. Bagaimanapun, polis masih menyiasat sama ada mereka ada kaitan dengan jenayah ragut dan samun di kawasan berkenaan,” katanya.

‘Balai maksiat’

Oleh Mohd Husni Mohd Noor dan Wan Asrudi Wan Hasan
am@hmetro.com.my

BETONG: Wanita pekerja seks dari daerah ini atau digelar ‘wanita kawad cam’ menjadi pilihan golongan lelaki ‘hidung belang’ dari Malaysia untuk dilanggan dengan bayaran antara RM200 dan RM300 bagi tempoh 12 jam kerana didakwa boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu berbanding wanita dari daerah lain di selatan Thailand.
Pada kebiasaannya, pekerja seks berkenaan akan dikumpulkan dalam bilik khas di sepanjang deretan premis pelacuran di kawasan itu yang dimiliki tauke warga Thailand sebelum dipilih pelanggan melalui kaedah ‘duduk dan pilih’.

Pelanggan yang berminat akan dibawa masuk ke dalam premis sebelum dipelawa duduk di sofa disediakan pemilik premis sebelum pekerja seks yang ditempatkan di tingkat atas premis dipanggil dan diarah berdiri dalam barisan di depan pelanggan.

Perbuatan kumpulan antara lapan hingga 15 wanita terbabit yang berdiri tidak ubah seperti proses kawad cam penjenayah dilakukan polis terhadap suspek kes jenayah.


Bapa ayam kemudian akan memperkenalkan nama setiap wanita berkenaan sambil memberitahu harga bayaran dikenakan.

Datuk kejam dijel

Oleh Norasikin Daineh
norasikin@hmetro.com.my

KOTA KINABALU: Perbuatan kejam seorang datuk menghempas cucu perempuannya berusia dua tahun ke lantai dan katil berulang kali, terbalas apabila dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Mahkamah Majistret, semalam.
Tertuduh, Mijon Yusuf, 49, mengaku bersalah mendera cucunya di rumah mereka di Kampung Lonou, Menggatal, kira-kira jam 3.50 petang pada 7 Jun lalu.

Mengikut fakta kes, seorang daripada anak pengadu mendakwa melihat tertuduh mengangkat mangsa lalu menghempasnya ke lantai dan katil.

Bagaimanapun kanak-kanak itu sempat diselamatkan ibu saudaranya yang kebetulan berada di rumah daripada terus dibelasah.


Ibu mangsa yang mengetahui perbuatan itu kemudian membuat laporan polis pada hari sama selepas tidak tahan melihat keadaan anaknya itu.

Sesal lepas hidap sifilis

IPOH: Gara-gara sering melanggan pelacur warga Thailand yang popular dengan jolokan ‘wanita kawad cam’, seorang pemandu lori mendakwa kini menderita akibat dijangkiti penyakit kelamin, sifilis.
Mangsa mendakwa dijangkiti penyakit menular seksual (PMS) itu selepas sering melanggan pelacur dari jiran itu tanpa memakai kondom.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Bob, 39, berkata, tidak menyangka terkena penyakit sifilis itu yang sebelum ini dianggap hanya demam dan selesema biasa saja.
Menurutnya, dia yang sering diarah menghantar barangan ke Grik dan Pengkalan Hulu, Perak sering mengambil kesempatan bermalam di Betong, Thailand bersama rakannya berikutan kedudukan bandar itu hanya 10 minit perjalanan dari pintu sempadan negara.

“Ramai lelaki tempatan datang ke Betong untuk berhibur terutama mencari keseronokan berikutan bandar itu ‘hidup’ dengan aktiviti pelacuran pada waktu malam.

“Kemudahan sewa bilik hotel yang murah serta lambakan pelacur disediakan puluhan rumah pelacuran menjadi tarikan kepada kami melanggan mereka,” katanya.

Katanya, dia mengaku pernah ‘melancong’ ke Betong tidak kurang 10 kali sejak awal 2011 hingga Mei lalu.

“Namun, saya mula berasa perubahan pada badan apabila radang sakit seperti ulser dan ruam berwarna kemerah-merahan kerap muncul pada zakar. Bagaimanapun bengkak kegatalan itu hilang beberapa minggu kemudian selepas saya meletakkan antibiotik.
“Bagaimanapun saya berasa tidak sedap badan apabila kerap diserang selesema dan demam, malah badan lenguh selain kaki sering kebas ketika memandu lori walaupun tidak sampai satu jam.

Menurutnya, rakan sekerja kemudian menasihatinya menjalani pemeriksaan kesihatan berikutan bimbang kemungkinan mengidap gout atau kolesterol tinggi.

“Namun doktor yang melakukan ujian darah mendakwa saya menghidap penyakit sifilis. Saya terkejut dan terpaksa menceritakan kepada doktor aktiviti seks rambang dilakukan sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

‘Dah situ jodohnya’

Oleh Noor Faizal Ghazali
am@hmetro.com.my

PARIT BUNTAR: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, 52, sah bergelar suami kepada pemenang Gadis Melayu Musim Kedua, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 23, apabila selamat diijabkabulkan di rumah keluarga perempuan di Taman Seri Semarak di sini, semalam.
Pasangan itu dinikahkan Naib Kadi Parit Buntar, Mohd Khori Junus, jam 10.30 pagi dengan disaksikan lebih 50 tetamu.

Pada majlis sederhana tetapi meriah itu, Siti Nur Syafiqa atau lebih mesra disapa Fiqa menerima mas kahwin telekung serta al-Quran dan wang hantaran dalam bentuk cek yang tidak didedahkan jumlahnya.
Fiqa menerima sembilan hantaran dan membalas 11 dulang hantaran.

Zainal Abidin, bapa kepada empat anak menduda selepas kematian isteri, Datin Shazarina Shamsuddin di Hospital Selayang akibat barah hati dan paru-paru pada 22 Disember 2010.

Fiqa berkata, dia lega pernikahan berjalan lancar selepas setahun menyulam kasih.

“Saya bertemu suami selepas diperkenalkan kenalan rapat sebelum kami berhubung melalui telefon,” katanya yang baru menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Sarjana Muda Sains Mikrobiologi. Mengulas jodohnya dengan orang kenamaan, Fiqa berkata, semuanya ketentuan Allah dan dia menerima seadanya.

Sementara itu, Zainal Abidin berkata, melalui kenalan, dia mengenali Fiqa sebelum hubungan mereka bertambah intim terutama apabila anak bongsunya sering menghubungi Fiqa.
“Mungkin ini dikatakan jodoh. Apapun saya bersyukur dipertemukan dengan Fiqa. Dia penyayang dan mengambil berat serta lebih matang berbanding usianya. “Fiqa memahami kerjaya saya, malah banyak membantu saya menguruskan hidup. Begitulah selayaknya wanita dijadikan isteri,” katanya.

Zainal Abidin yang juga Ketua Umno Bahagian Nibong Tebal berkata, anak dan keluarga merestui hubungan mereka. Majlis persandingan diadakan hari ini di Dataran Sungai Kerian, di sini, bertema perkahwinan dalam taman.

Buntu anak tunggal ghaib

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang bapa kini resah apabila anak gadisnya berusia 13 tahun menghilangkan diri selepas keluar dari rumah di Semenyih, dekat sini, sejak seminggu lalu.
Nur Izatul Yazmin Rosli yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih, sudah tidak hadir ke sekolah sejak seminggu lalu menyebabkan keluarganya kini buntu memikirkan nasib anak mereka yang hilang tanpa khabar berita itu.

Bapanya, Rosli Ahmad, 41, berkata, anak tunggalnya itu dipercayai bertindak sedemikian selepas mengenali seorang lelaki berusia 20-an dikenali sebagai Jeffri berasal dari Sarawak hingga sanggup menipu mereka sekeluarga kononnya ingin menghadiri majlis jamuan makan di rumah rakannya pada 7 Julai lalu sebelum mengikut lelaki berkenaan.

Beliau berkata, pada mulanya, anak gadisnya itu meminta izin untuk pergi ke rumah rakannya di Kampung Sentosa, Semenyih, namun dia dan isteri tidak membenarkannya.


“Namun kasihan melihat Nur Izatul yang tidak berputus asa memujuk kami berdua menyebabkan saya bersetuju dengan syarat saya yang akan menghantarnya ke rumah rakannya itu.


Kejutan tangki air pecah

Oleh Rosli Ilham
am@hmetro.com.my

DUNGUN: “Saya menekan brek dengan kuat sebaik melihat air melimpah ke atas jalan,” kata Mohamad Abdullah, 35, menceritakan detik cemas sebuah tangki air di Sekolah Kebangsaan Paka, dekat sini, pecah dan nyaris mencederakan penduduk yang melalui kawasan itu, semalam.
Katanya, kejadian berlaku pada jam 12.45 tengah hari ketika dia melalui jalan belakang sekolah berkenaan untuk menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran.

"Ketika kejadian, saya yang memandu kereta mengekori sekumpulan penduduk yang berbasikal dan bermotosikal sebelum terdengar satu letupan kuat.
“Selepas itu, saya melihat serpihan tangki air berkenaan berkecai dan jatuh ke tanah dengan air di dalam tangki melimpah memenuhi memenuhi jalan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Mohamad berkata, selain itu keseluruhan atap sebuah bangunan sekolah yang berada bersebelahan tangki air berkenaan rosak teruk akibat ditimpa bebanan air dan serpihan tangki itu.

“Beberapa penunggang basikal dan motosikal di depan saya kelam kabut dan mengelak daripada melanggar serpihan dan air yang laju.

“Keadaan itu menyebabkan saya yang mengekori di belakang terpaksa menekan brek sekuat hati bagi mengelak melanggar mereka,” katanya.

Mohamad berkata, dia menjangkakan sebanyak 300,000 liter air berada di dalam tangki setinggi kira-kira 20 meter itu dan kejadian berkenaan juga menyebabkan sebahagian pagar di belakang sekolah itu runtuh.

Hampir maut dilarikan dua penyamun



KUANTAN: Seorang pemandu lori hampir mati kelemasan apabila diikat dan dipaksa masuk ke dalam but kereta oleh dua penyamun yang melarikan lori membawa muatan tayar yang dipandunya di Lepar Hilir, dekat sini, pagi kelmarin.
Dalam insiden kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa yang berusia 48 tahun dan berasal dari Shah Alam, Selangor, terpaksa bertarung nyawa untuk mencari bekalan udara selepas empat jam meringkuk di dalam but kereta milik penyamun terbabit.

Mangsa hanya berjaya melepaskan diri ketika kereta milik penyamun berkenaan berhenti di tepi jalan di Felda Bukit Kuantan, di sini, akibat masalah enjin.
Sebelum itu, mangsa yang berseorangan dan memandu lori membawa muatan 181 tayar baru untuk dihantar ke Dungun, Terengganu, dikatakan berhenti di tepi jalan untuk melelapkan mata.

Bagaimanapun, beberapa minit kemudian, pintu lori mangsa dibuka dan dua lelaki tidak dikenali mengacu pisau di lehernya sambil mengarahkan mangsa supaya tidak melawan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata seorang daripada lelaki itu kemudian mengambil tali untuk mengikat mangsa sebelum mengarahkannya turun dari kenderaannya dan masuk ke dalam but kereta yang dibawa kedua-dua penyamun terbabit.

“Seorang daripada suspek memandu lori yang dirampas dari lelaki itu, manakala seorang lagi memandu kereta. Mereka menghala ke arah bandar Kuantan dan sebaik tiba di Felda Bukit Kuantan, kereta suspek mengalami masalah enjin dan terpaksa berhenti di tepi jalan.

“Kesempatan itu digunakan mangsa untuk meleraikan ikatan di badannya dan membuka but kereta itu dari dalam. Selepas melihat kedua-dua penyamun itu tiada, dia mengambil kesempatan itu untuk menyelamatkan dirinya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, mangsa berjaya mendapatkan bantuan orang awam yang melalui jalan berkenaan dan membuat laporan di Balai Polis Panching kira-kira jam 8 pagi kelmarin.

Sepasukan polis yang bergegas ke tempat kejadian berjaya menemui 118 tayar baru yang dipercayai dibuang oleh suspek di tepi jalan, manakala lori dan kereta yang digunakan kedua-dua suspek sudah tiada.

“Siasatan awal mendapati, baki 63 lagi tayar itu masih ada di dalam lori berkenaan dan anggaran kerugian adalah sebanyak RM90,000. Kami masih menjalankan siasatan berhubung kejadian terbabit dan mengklasifikasikannya mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

10 laman web disekat

Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyenaraikan 10 laman web yang membenarkan aktiviti muat turun filem dan video secara tidak sah untuk disekat.
SKMM dalam satu kenyataannya memaklumkan perkara itu kepada penyedia perkhidmatan Internet (ISP) untuk berbuat demikian.

Menurut SKMM, pihaknya menerima permintaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mencegah capaian kepada laman web yang dikesan melanggar Akta Hak Cipta 1987 itu.
“Suruhanjaya sudah memaklumkan kepada pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mengenai permintaan ini dan tindakan sedang diambil secara berperingkat,” katanya.

Mengikut akta berkenaan, pemegang lesen berkewajipan membantu SKMM mencegah perbuatan melakukan kesalahan atau percubaan melakukan kesalahan.

“Sehubungan itu, pematuhan kepada undang-undang ini tidak harus diertikan sebagai penapisan,” katanya.

Maklumat mengenai surat daripada SKMM dipercayai untuk ISP sudah bocor dan disiarkan di laman blog.

ZINA..CURI DLL TAK SELESAI SELAGI RAGU2 NAK LAKSANA HUKUM ALLAH...TAK LAKSANA KITA MENAFI SIFAT ALLAH YANG MAHA BIJAKSANA DAN MAHA ADIL

Pelajar dicekup serumah dengan duda
Wartawan Sinar Harian
14 Julai 2012
Pelajar dicekup serumah dengan duda
Pasangan duda bersama pelajar yang dicekup, semalam.
AMPANG - Helah seorang lelaki mengaku sudah berkahwin dengan kekasihnya, seorang penuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) kepada pemilik kediaman disewanya, terbongkar selepas pasangan itu dicekup bersedudukan awal pagi, semalam.

Duda berusia 35 tahun itu didakwa menipu pemilik rumah tersebut dengan menyatakan dia sudah berkahwin, namun sebenarnya dia tinggal bersama teman wanitanya berusia 21 tahun di bilik sewa rumah berkenaan sejak  seminggu lalu.

Pasangan itu dicekup kerana disyaki berkhalwat di rumah berkenaan pada jam 2.30 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuainya memeriksa kediaman berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju serta berseluar pendek sedang berselimut di atas tilam dalam bilik berkenaan,” katanya.

Pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Balai Daerah Ampang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum siasatan lanjut.
Anak gadis hilang selepas berbual dengan ibu
Wartawan Sinar Harian
14 Julai 2012
Anak gadis hilang selepas berbual dengan ibu
Nor Afifa
KUANTAN – Seorang ibu mengesyaki anaknya menjadi mangsa culik apabila gadis itu tiba-tiba hilang dari tempat duduknya beberapa minit selepas mereka berbual.

Ana Zali, 45, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 11.30 pagi Selalu lalu, dia sedang memeriksa barang dalam sebuah bangunan di tempat kerja di Taman Tas sambil melayan Nor Afifa Abd Rahman, 20, yang ketika itu berada di sebelahnya.

Bagaimanapun dia menyedari kehilangan Nor Afifa selepas tidak mendengar suara anaknya.

“Saya terkejut kerana dia tiba-tiba hilang dari tempat duduknya. Saya keluar mencarinya di semua kawasan di bangunan itu termasuk bertanya kepada mereka yang berada di situ tetapi tidak menemui sebarang kesan,” katanya.

Ana berkata, dia terpaksa membawa Nor Afifa ke tempat kerja kerana bimbang dengan keadaan anaknya yang demam sejak dua minggu lalu dan tidak mahu meninggalkannya sendirian di rumah.

Katanya, ketika anaknya hilang, dia memakai baju merah jambu dan hitam, berseluar dan bertudung hitam.

Ibu kepada empat anak itu juga mengakui Nor Afifa seorang gadis yang bukan sahaja patuh kepada ibu bapa tetapi sentiasa berhubungan rapat dengan keluarga.

Bimbang dengan keselamatan anaknya, Ana membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kira-kira jam kira-kira jam 4.30 petang.

Menurutnya, mereka sekeluarga masih berusaha mencari Nur Afifa di sekitar Kuantan dan mengesyaki anaknya masih berada di daerah ini.

“Kami tidak pernah jemu mencarinya dan mahu dia selamat pulang ke pangkuan keluarga,” katanya yang buntu dengan kejadian itu.

Ana berharap, orang ramai boleh membantunya mengesan Nor Afifa dengan menghubunginya di talian 019 – 6076242  jika ternampak anaknya di kawasan mereka.
Polis: Kematian warga emas semalam akibat dibunuh

13 Julai 2012
KUANTAN - Polis mengesahkan wanita warga emas yang ditemui mati di rumahnya di Lorong Alor Akar 30 di sini petang semalam, adalah akibat dibunuh.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata bedah siasat oleh Hospital Tengku Ampuan Afzan pagi tadi mendapati Goh Eng Mooi, 60, mati akibat dicekik.
  
"Polis masih menyiasat kes berkenaan secara terperinci," katanya ketika dihubungi Bernama.
  
Dalam kejadian pada 4 petang itu, mangsa sendirian kerana semua lima anaknya yang tinggal bersama, berada di tempat kerja masing-masing.
  
Kejadian hanya disedari anak lelakinya yang berusia lingkungan 40-an, ketika pulang untuk membawa mangsa menjalani pemeriksaan rutin di sebuah hospital pakar di sini.
  
"Siasatan awal mendapati kejadian melibatkan kes samun apabila beberapa barangan termasuk dua komputer riba, sebuah telefon bimbit dan wang tunai kira-kira RM200 hilang," kata Narenasagaran.
  
Beliau berkata polis juga masih menyiasat sama ada kes itu melibatkan lebih daripada seorang suspek.
  
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh. - Bernama
OKU mati lemas dalam parit
Wartawan Sinar Harian
14 Julai 2012
OKU mati lemas dalam parit
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jasin.
UMBAI - Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) maut akibat lemas selepas dia bersama motosikal ditungganginya terhumban dalam parit di Taman Bukit Tembakau Indah, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, Mohamad Falzeli Mohd Nasir, 21, yang cacat pendengaran dan bisu dalam perjalanan dari sebuah kilang, ke rumahnya di Bukit Pegoh.

Mangsa yang bekerja sebagai pencuci kereta itu dikatakan masih bernyawa, namun disebabkan mengalami lemah saraf di kaki dan tangan kanan, menyebabkan dia tidak berupaya untuk bangun sendiri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Shahidi Abdullah berkata, motosikal yang ditunggangi mangsa terbabas sebelum masuk ke dalam parit sehingga membuatkan mangsa meninggal dunia.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat," katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Puspa Muhamad Diah, 49, berkata, tidak menyangka perbuatan pelik anaknya yang dipanggil 'Abang' bersalaman dengan semua ahli keluarga menjadi petanda akan pergi buat selama-lamanya.

“Abang menunjukkan sikap pelik dua tiga hari ini apabila bersalaman dengan saya dan ayahnya sebelum pergi kerja," katanya.
Disamun sebelum sampai bank
Wartawan Sinar Harian
14 Julai 2012
KUALA PILAH – Seorang kontraktor berputih mata apabila wang berjumlah RM110,000 yang baru dikeluarkan dari sebuah bank dekat sini, disamun dua perompak di tempat letak kenderaan.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari, Rabu lalu itu menyebabkan mangsa berumur 37 tahun, cedera di bahagian tangan kiri akibat bergelut dengan seorang suspek dipercayai menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, ketika kejadian, mangsa baru sahaja mengeluarkan wang dan mahu memasukkan semula wang itu ke dalam sebuah bank berdekatan.

Menurutnya, namun setibanya di tempat letak kenderaan berhadapan bangunan kosong, mangsa didatangi seorang lelaki berkulit gelap berumur 30-an sebelum bertindak merampas beg duit yang diletakkan di tepi tempat duduk hadapan.

"Selepas itu, mangsa yang cuba merampas semula beg berkenaan bergelut dengan suspek sehingga cedera di bahagian tangan kiri akibat dikelar senjata tajam disyaki pisau.

“Suspek dipercayai melakukan kegiatan bersama seorang lagi lelaki yang menunggu di dalam kereta jenis Proton Iswara berwarna hijau. Selepas berjaya merampas beg itu, kedua-dua suspek memecut kereta menuju ke arah Tampin,” katanya ditemui Sinar Harian  di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah, semalam.

Jaafar berkata, mangsa dipercayai diekori dari bank sehingga ke tempat letak kenderaan yang agak jauh daripada orang ramai.

“Sejurus kejadian, mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini dan dirawat sebagai pesakit luar.

"Selepas itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Melang dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 394 kerana mendatangkan kecederaan ketika samun tanpa senjata api,” katanya.

Katanya, oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar bijak merancang pengeluaran wang dalam jumlah banyak dan tidak meletakkan barang berharga di dalam kenderaan yang mudah dilihat individu lain.
Suami isteri penyamun aksesori Kancil
SYAMILAH ZULKIFLI
13 Julai 2012
Suami isteri penyamun aksesori Kancil
Osman (kiri) melihat aksesori Perodua Kancil yang berjaya ditemui semula.
SEREMBAN – Sepasang suami isteri sanggup membawa bersama seorang kanak-kanak ketika menjalankan kegiatan curi kereta di daerah ini sejak April lalu.

Mereka berbuat demikian dipercayai untuk mengaburi mata orang ramai agar kegiatan mereka tidak dapat dikesan pihak berkuasa. Bagaimanapun, kegiatan mereka akhirnya dihidu polis sehingga membawa kepada penangkapan dua  lelaki serta 12 kenderaan dipercayai dicuri.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, modus operandi suspek adalah mencuri kereta jenis Perodua Kancil yang sudah diubahsuai, mengambil aksesori dalam kenderaan berkenaan, sebelum meninggalkannya di lokasi lain.

“Sasaran suspek adalah Perodua Kancil yang telah diubah suai kerana aksesori digunakan agak lumayan untuk dijual di pasaran.

“Selepas selesai mengambil barangan aksesori ini, kereta ini akan ditinggalkan di tepi jalan dan antara lokasi yang kita jumpa kenderaan ini ialah di sebuah pasaraya Giant, Jalan Pekan Tampin, Bandar Baru Nilai dan Batu Berendam, Melaka,” katanya.

Menurutnya, polis berjaya menahan suspek di pekan Kajang, Selangor sebelum menahan seorang rakan mereka di Melaka dipercayai rakan kongsi dalam kegiatan itu.

Berikutan penahanan itu, katanya. sebanyak 11 Perodua Kancil serta sebuah Honda Stream ditemui semula dan sebahagian besarnya menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Manakala, katanya, beberapa aksesori dijumpai semula termasuk lima komputer riba, rangka motosikal dan kamera.

Menurutnya, barangan dijumpai itu melibatkan lima kes di Negeri Sembilan, selain Kuala Lumpur (empat) dan masing-masing dua di Selangor dan Melaka.

“Sebelum ini polis menerima lima kes laporan kehilangan Perodua Kancil di daerah ini. Dari maklumat itu kita membuat siasatan agresif terhadap kemungkinan wujudnya satu kumpulan mencuri kereta jenis Perodua Kancil.

“Pada masa sama, kita menerima maklumat daripada seorang lelaki yang baru kehilangan Perodua Kancil di Seremban ternampak keretanya dibawa lari satu pasangan dengan membawa seorang kanak-kanak,” katanya pada sidang media di Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini semalam.

Osman berkata, kedua-dua lelaki yang ditahan berumur 20an dan 30an itu berasal dari Melaka.

Menurutnya, polis kini mencari isteri suspek yang beralamat terakhir di Linggi bagi membantu siasatan.

Hadir sama pada sidang media berkenaan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid.
Dituduh rogol, liwat remaja
Wartawan Sinar Harian
14 Julai 2012
Dituduh rogol, liwat remaja
Ketiga-tiga tertuduh menutup wajah masing-masing ketika dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
JOHOR BAHRU – Tiga rakan yang bekerja sebagai pembantu kedai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas 12 tuduhan meliwat dan merogol seorang remaja perempuan pada 29 dan 30 Jun lalu.

Tertuduh pertama, Norizam Bahri, 22, berhadapan tiga tuduhan meliwat dan tiga tuduhan merogol ke atas mangsa yang berusia 15 tahun enam bulan bertempat di asrama pekerja di Jalan Sena 9, Taman Rinting, di sini.

Norizam dituduh melakukan kesalahan itu di antara jam 2 petang pada 29 Jun hingga 8 malam 30 Jun.

Tertuduh kedua, Mohammad Fauzi Rahmad, 20, dikenakan dua tuduhan meliwat dan dua tuduhan merogol ke atas mangsa yang sama di antara jam 10.45 malam pada 29 Jun hingga jam 3 pagi pada 30 Jun lalu.

Manakala tertuduh ketiga Abdul Halim Rahamat, 20, dituduh meliwat dan merogol mangsa pada jam 10.30 malam pada 29 Jun lalu di tempat yang sama.

Ketiga-tiga tertuduh tidak mengaku salah atas semua pertuduhan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dzul Iswari Mohd Jaafar mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan, dan Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Zamri Bakar menetapkan 27 Julai ini sebagai sebutan semula kes dan beliau menetapkan tertuduh pertama dan kedua dikenakan ikat jamin sebanyak RM22,000 setiap seorang, manakala ikat jamin RM11,000 bagi tertuduh ketiga.

"Ikat jamin ini bertujuan memberi peluang kamu bergaul bersama masyarakat dan meluangkan masa bersama keluarga,” katanya.

Ketiga-tiga tertuduh yang turut ditemani keluarga masing-masing diwakili peguam Hussin Othman.
Remaja perempuan antara ditahan curi besi
Wartawan Sinar Harian
13 Julai 2012
Remaja perempuan antara ditahan curi besi
Harun menunjukkan barangan rampasan dalam kejadian mencuri besi di sebuah kilang di kawasan perindustrian Tanjung Agas, Sungai Mati 21 Jun lalu.
MUAR – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun antara 11 suspek yang ditahan kerana terbabit dalam kegiatan mencuri besi di sebuah kilang dalam kawasan perindustrian Tanjung Agas, Sungai Mati, dekat sini.

Lima ditahan pada 21 Jun lalu, jam 2.40 petang, manakala enam yang lain ditahan jam 4.30 petang, pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, ketika ditahan kesemua suspek sedang asyik mencuri besi dalam kilang berkenaan.

Menurutnya, empat daripada suspek yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia dan kegiatan tersebut didalangi warga tempatan yang juga merupakan seorang kontraktor berusia 39 tahun.

“Kilang ini yang menyimpan banyak besi lama menjadi tumpuan suspek sejak beberapa bulan lalu. “Namun, kegiatan mereka terbongkar apabila pengawal keselamatan kilang ini melihat sekumpulan individu mencurigakan memasuki kawasan kilang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, semalam. Beliau berkata, berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pengawal keselamatan itu, sekumpulan anggota polis dari IPD Ledang dan Balai Polis Sungai Mati ke kilang berkenaan dan menahan kesemua suspek.

Katanya, turut dirampas ialah sebuah fork lift, tujuh tong silinder gas besar, empat tong gas memasak, satu gulung kabel getah berserta nozel, sebuah lori, sebuah kenderaan pacuan empat roda, sebuah motosikal dan 10 keping besi.

“Kesemua suspek yang berusia 17 hingga 39 tahun, kemudiannya dibawa ke IPD Ledang untuk siasatan lanjut. “Hasil siasatan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan bebas dadah selepas  ujian air kencing dilakukan ke atas mereka,” katanya.