Thursday, July 12, 2012

TAK BERHATI PERUT JUGA KITA...JIKA TAK MAHU LAKSANAKAN UNDANG2 ALLAH@HUDUD

Bisnes laris hanya tiga hari

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my

CONTOH...Labu menunjukkan contoh kertas A4 seperti digunakan suspek.
CONTOH...Labu menunjukkan contoh kertas A4 seperti digunakan suspek.
KUALA LUMPUR: Dengan bermodalkan sekeping kertas A4 tertera tulisan tangan berbahasa Arab kononnya boleh dijadikan azimat, seorang lelaki warga Pakistan berusia 30-an dikatakan sudah menipu sekurang-kurangnya 10 peniaga tempatan yang mahu menggunakan kertas berkenaan untuk melariskan perniagaan masing-masing.
Difahamkan, lelaki terbabit menjual kertas azimat itu dengan harga RM30,000 setiap satu sejak enam bulan lalu sebelum menghilangkan diri dan gagal dikesan hingga kini.
Suspek juga bijak meyakinkan mangsa untuk mendapatkan azimat berkenaan dengan memberi tempoh tiga hari untuk cuba menggunakannya sebelum menuntut bayaran selepas tamat tempoh berkenaan.

Selepas mendapatkan bayaran, suspek menghilangkan diri manakala ‘azimat' disimpan peniaga juga lesap menyebabkan perniagaan mangsa merosot mendadak berbanding sebelumnya, malah ada juga segelintir peniaga yang gulung tikar.


Dalam kejadian terbaru, seorang peniaga dikenali sebagai Labu, 20, membuat laporan di Balai Polis Puchong, di sini, kelmarin selepas mendakwa diperdaya lelaki terbabit hingga kerugian RM30,000.

Trauma perompak kelar leher anak

Oleh Elrafaei Sapi dan Mior Azlan Mior Kamarulbaid
am@hmetro.com.my

TRAUMA...Hasrin tidur dalam kereta.
TRAUMA...Hasrin tidur dalam kereta.
KUALA LUMPUR: “Anak saya masih trauma sehingga tidak boleh tidur, manakala saya dan isteri tidur dalam kereta setiap malam, sejak kejadian” kata Hasrin Abdullah mengenai kes pecah masuk rumahnya dan cubaan merogol anaknya seminggu lalu.
Hasrin berkata, ketika kejadian jam 3.50 pagi pada 4 Julai lalu, dia bersama isteri dan anaknya nyenyak tidur sebelum dikejutkan jeritan anak perempuan berusia 17 tahun dari biliknya.
Dia tambah terkejut melihat leher anaknya berlumuran darah akibat dikelar perompak menggunakan pisau pemotong buah.

Kejadian itu berlaku tiga hari selepas keluarganya berpindah ke rumah baru di Blok A, Pangsapuri Kos Rendah, Pandan Perdana, di sini.


Katanya, dia marah terhadap penjenayah itu bukan kerana barang peribadi dicuri, tetapi kerana anak perempuannya dicederakan dan nyaris menjadi mangsa rogol.

 


Tiada hati perut

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

HIBA...ahli keluarga mangsa menunggu di pekarangan hospital  untuk menuntut mayat.
HIBA...ahli keluarga mangsa menunggu di pekarangan hospital untuk menuntut mayat.
MAUT...mayat Tan dibawa keluar selepas bedah siasat.
MAUT...mayat Tan dibawa keluar selepas bedah siasat.
GEORGETOWN: Tindakan kejam dua lelaki bermotosikal menjadikan seorang warga emas mangsa ragut di kawasan parkir motosikal Flat Padang Tembak, Air Itam, di sini awal pagi kelmarin, menyebabkan wanita itu mati akibat kecederaan di kepala selepas terhentak pada lantai simen.
Lebih malang orang ramai hanya membiarkan wanita itu terbaring sebelum ada pihak berusaha membantunya.
Dalam kejadian itu, Tan Kim Chuan, 60, dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kedai makan apabila diragut sebelum terjatuh.

Dia yang cedera di kepala, disahkan meninggal dunia selepas hampir 10 jam bertarung nyawa ketika dirawat di hospital.


Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipertontonkan kepada wakil media oleh penduduk flat itu semalam menunjukkan mangsa berada di kawasan parkir terbabit jam 6.02 pagi dengan menggalas beg tangannya.


Laung takbir ketika ditahan

Oleh Mohamad Naufal Mohamad Idris
am@hmetro.com.my

PENGSAN...wanita warga asing yang pengsan ketika ditahan, semalam.
PENGSAN...wanita warga asing yang pengsan ketika ditahan, semalam.
PELABUHAN KLANG: Seorang wanita warga Indonesia menjerit sambil melaungkan ‘Allahuakbar’ selepas ditahan Jabatan Imigresen dalam Ops 6P di sebuah spa dalam hotel di Persiaran Raja Muda Musa, di sini, semalam.
Wanita berusia 24 tahun itu antara 30 warga asing termasuk enam lelaki warga Myanmar ditahan dalam operasi diketuai Penolong Pengarah Imigresen Pelabuhan Klang, Tarmizi Talib Ali, jam 3.30 petang.

Turut ditahan dua lelaki tempatan berusia 55 dan 52 tahun dipercayai penjaga premis berkenaan. Selain wanita terbabit, seorang lagi wanita warga Indonesia berusia 24 tahun pengsan dalam lori Jabatan Imigresen kerana terlalu takut selepas ditahan. Timbalan Pengarah Imigresen Selangor, Azrul Izham Hamzah berkata, operasi itu menahan 18 warga Indonesia, China (enam) dan enam warga Myanmar berusia 22 hingga 30 tahun. “Semua wanita terbabit bekerja sebagai tukang urut di spa hotel berkenaan dan disyaki menawarkan khidmat seks manakala enam lelaki itu pula bekerja sebagai penjaga spa berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Azrul berkata, spa terbabit mengenakan caj RM68 sejam untuk satu sesi urutan selain menyediakan khidmat seks pakej berharga RM188, RM480 dan RM600 bergantung kepada usia dan rupa paras wanita itu. Beliau berkata, pihaknya membuat intipan selama seminggu di premis itu selain mendapat maklumat awam.

“Jika dilihat kepada kehidupan mereka, kami percaya mereka mangsa sindiket pemerdagangan orang kerana hidup berkurung dan diawasi setiap masa dan penjaga tidak membenarkan mereka tinggal di luar.

“Mereka hidup dalam keadaan bersesak berikutan ditempatkan beramai-ramai di dua bilik hotel yang dijadikan rumah mereka,” katanya Azrul berkata, dua lelaki tempatan itu disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010).

Semua warga asing itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Bayi lelaki ditemui dalam rumah kosong di Georgetown



GEORGETOWN: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di sebuah rumah kosong di Lorong Kulit di sini hari ini.
Bayi yang dipercayai baru berusia seminggu itu ditemui oleh pengembala lembu pada jam 1.25 petang.

Jeffri Sabaruddin, 27, yang menemui bayi itu, berkata beliau yang ingin memeriksa rumah lama milik keluarganya itu terlihat seorang wanita meninggalkan rumah kosong itu secara tergesa-gesa.

"Keadaannya mencurigakan, dia terus lari dan naik bas yang kebetulan lalu di situ apabila nampak saya mengekorinya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Jeffri berkata beliau menemui bayi yang lengkap berpakaian itu apabila masuk ke rumah berkenaan.

"Bayi itu diletakkan di tengah-tengah rumah berlapikkan kain batik dan guni. Botol susu berisi susu turut ditinggalkan di situ," katanya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata bayi berkenaan dihantar ke Hopsital Pulau Pinang.

"Polis sedang mengesan seorang wanita dipercayai rakyat Indonesia berusia 30-an yang dipercayai menuju ke Kompleks Tun Razak (Komtar) atau jeti. Wajah wanita terbabit telah dikenal pasti menerusi fotofit polis," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan, katanya. - Bernama

‘Saya sangka dia lelaki’



PASIR PUTEH: “Saya ingatkan lelaki, tetapi rupa-rupanya perempuan,” kata seorang penghuni rumah kongsi di kawasan tapak pembinaan dekat Selising, di sini.
Dia yang mahu dikenali sebagai Abdul, 32, dari Jawa Timur yang juga buruh di tapak pembinaan berkenaan berkata, dia ternampak kelibat seorang remaja di kawasan rumah kongsi yang didiaminya sejak seminggu lalu, tetapi tidak mengendahkannya kerana menyangka remaja itu lelaki, apatah lagi gayanya ‘berambut pacak’.

“Bagaimanapun, beberapa hari lalu, rakan saya bertanya nama remaja itu dan baru rahsia terbongkar. Remaja itu memaklumkan kepada rakan saya, namanya Ira.
“Selepas rakan saya memaklumkan nama remaja itu, saya teringat pernah membaca kisah seorang ibu yang melaporkan anaknya hilang. Apabila saya lihat kembali laporan akhbar itu, saya terkejut, nama dan wajah seperti yang dipaparkan dalam akhbar sama dengan remaja itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Abdul, rakannya memaklumkan perkara berkenaan kepada ketua pengawal keselamatan tapak pembinaan sebelum remaja itu ditahan bersama pasangannya kelmarin.


Staf dakwa dicabul doktor



KUALA LUMPUR: Seorang pembantu klinik membuat aduan polis selepas mendakwa dicabul dan diganggu secara seksual oleh majikannya, seorang doktor klinik swasta, kelmarin.
Mangsa berusia 22 tahun mendakwa kali terakhir majikannya berusia 40-an mencabul dan melakukan gangguan seksual terhadapnya pada jam 7 petang kelmarin menyebabkannya nekad membuat aduan di Balai Polis Cheras, di sini.

Mangsa mendakwa dicabul ketika dia membantu suspek merawat seorang pesakit di bilik rawatan klinik berkenaan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan berkata, siasatan lanjut masih dilakukan.

No comments:

Post a Comment