Sunday, July 8, 2012

BILA KITA TAK MEMAHAMI TAKDIR ALLAH...KALAU KITA PERTIKAI BERMAKNA KITA PERTIKAI KERJA2 ALLAH...BOLEH KE

Gadis pakai lampin

Oleh Azlan Hafeedz
am@hmetro.com.my

MANJA...Siti Salwani bermanja dengan Abdullah.
MANJA...Siti Salwani bermanja dengan Abdullah.
KASIH ADIK...Saadon bergurau dengan kakaknya, Siti Salwani.
KASIH ADIK...Saadon bergurau dengan kakaknya, Siti Salwani.
PASIR MAS: Melihat susuk tubuhnya, dia bagaikan kanak-kanak berusia tiga tahun manakala tingkah laku pula seperti bayi apabila tidak dapat bertutur atau berdiri serta masih memakai lampin pakai buang.
Begitu nasib Siti Salwani Abdullah, dari Kampung Simpol, Tok Uban, dekat sini, yang berusia 19 tahun.
Dengan ketinggian cuma 83 sentimeter dan berat 14 kilogram, anak keempat daripada tujuh beradik itu terpaksa melupakan segala-galanya, termasuk alam persekolahan dan remaja.

Dia kini terperap di rumah bersama bapanya, Abdullah Salleh, 67, tiga adik, Mohd Khir, 18, Mohd Lutfi, 16 dan Saadon, 14, dan datuk, Salleh Awang Kechik, 90, selepas ibu mereka, Ramlah Ismail, meninggal dunia pada 2007 akibat barah hati.


Dua kakaknya, Nurul Asyikin, 27, dan Nurul Akmar, 24, bekerja di Kuala Lumpur, manakala seorang lagi kakak, Siti Adawiyah, 22, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Shah Alam.

15 minit rintih sakit

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

PARAH...Vasantha tersepit selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan lalu rempuh tembok.
PARAH...Vasantha tersepit selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan lalu rempuh tembok.
TERSEPIT...anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit.
TERSEPIT...anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit.
PORT DICKSON: “Sakit...sakit,” rintih seorang lelaki yang terpaksa menahan azab selama 15 minit akibat tersepit di tempat duduk penumpang sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat selepas kereta dinaiki bersama dua saudaranya terbabas lalu merempuh tembok di Jalan Pasir Panjang-Port Dickson, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, mangsa, V Vasantha, 24, patah kaki kiri dan cedera di bahagian muka manakala, M Janaki, 60, yang duduk di bahagian belakang patah kaki dan tangan. Namun pemandu kereta, T Vijayan, 27, hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun ketika dihubungi berkata, siasatan awal semua mangsa dalam perjalanan dari Pasir Panjang ke Port Dickson sebelum kereta Proton Saga dinaiki hilang kawalan.
“Kereta yang dipandu Vijayan dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tembok menyebabkan Vasantha iaitu penumpang depan terperosok di bawah tempat duduk. “Manakala, Janaki yang turut cedera parah dikeluarkan orang ramai sebelum dibawa ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Abd Wahab berkata, Vasantha yang kelihatan parah di muka dikeluarkan bomba dan terus dikejarkan ke HPD untuk rawatan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. “Siasatan tempat kejadian masih lagi diteruskan berikutan kemalangan ini membabitkan kenderaan mangsa saja,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya masih menyiasat punca sebenar kemalangan dan meminta mana-mana saksi kejadian tampil atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nor Athirah Abd Manaf di talian 016-4412831 bagi menyalurkan maklumat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu cuai dan menyebabkan kemalangan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Badrul Taman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.15 pagi dan satu jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian.
“Setibanya di tempat kejadian, dua mangsa sudah dikeluarkan oleh orang ramai manakala penumpang depan mengambil masa selama 15 minit untuk dikeluarkan akibat terperosok di bawah tempat duduk,” katanya.

‘Sampah’ RM133,300

Oleh Fardy Bungga
fardy@hmetro.com.my

DI SINI...Bahar menunjukkan lokasi dia menemui kotak berisi RM133,300.
DI SINI...Bahar menunjukkan lokasi dia menemui kotak berisi RM133,300.
TAWAU: Seorang pemandu lori perabot yang melakukan kerja sambilan mengutip kotak terbuang menjadi ‘kaya sekejap’ apabila mendapati satu daripada kotak yang diambil di tepi jalan mengandungi RM133,300.
Namun, lelaki berkenaan, Bahar Rauf, 55, yang terkejut dengan penemuan itu, akhirnya membawa kotak dan wang berkenaan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau sebelum diserahkan kepada pemiliknya.
Menceritakan penemuan kotak itu, Bahar berkata, dia melakukan kerja sampingan dengan mencari kotak terbuang sebaik tugasnya sebagai pemandu lori selesai jam 6.30 petang setiap hari.

“Selepas tamat waktu kerja, saya akan mengelilingi pusat bandar mencari kotak terbuang untuk dijual.


“Ketika melakukan rondaan, saya melihat satu kotak dibuang di tepi jalan dan terus mengambilnya untuk dibawa pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Buka mata lihat parang

MARANG: “Sebaik mendengar bunyi mencurigakan, saya membuka mata sebelum tergamam melihat sebilah parang panjang diacukan ke muka.
“Bimbang tiga cucu dan isteri dicederakan, saya terpaksa mendiamkan diri,” kata Kamarudin Hamzah, 71, yang menjadi mangsa samun empat lelaki bertopeng di Kampung Undang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi, banglo dua tingkat milik anak bongsunya, Nurhayati, 38, dan suami, Asri Ismail, 45, dimasuki empat penyamun bersenjatakan parang menerusi pintu belakang sebelum mengopak pintu bilik warga emas itu di tingkat bawah serta anaknya yang tidur di tingkat atas.
Ketika kejadian, Kamarudin dan isteri, Khatijah Saad, 67, bersama tiga cucunya masing-masing berusia tiga, lima dan 12 tahun tidur di tingkat bawah manakala anak serta menantunya tidur di tingkat atas bersama anak bongsu berusia sembilan bulan.

Selain melarikan barangan kemas, lima telefon bimbit, komputer riba dan kamera dengan kerugian dianggarkan bernilai RM70,000, keempat-empat penyamun itu sempat menikmati buah-buahan dalam peti sejuk termasuk tembikai dan epal.

Menurutnya, penyamun dipercayai menggunakan pemutar skru untuk memasuki biliknya manakala bilik anak dan menantunya dipecahkan menggunakan tong gas.

Kamarudin berkata, dia bersama menantu dan cucu berusia 12 tahun diikat tangan dan kaki dengan wayar panjang manakala yang lain hanya diawasi seorang penyamun yang bersenjatakan parang.

“Penyamun juga menutup kepala saya dan menantu dengan kain batik bagi mengelak kami melihat pergerakan mereka.
“Saya dan menantu hanya mampu mendiamkan diri serta membiarkan keempat-empat mereka menyelongkar semua barang dalam bilik dan ruang tamu.

“Selepas sejam, penyamun melarikan diri bersama barangan kemas, telefon bimbit dan komputer riba milik ahli keluarga,” katanya yang sudah enam tahun tinggal di rumah berkenaan.

Sementara itu, Khatijah berkata, dia yang sedang tidur dikejutkan dengan suara memintanya bangun dan mendiamkan diri sambil bertanya tempat barang berharga disimpan.

Katanya, penyamun turut melarikan rantai pusaka milik arwah ibunya selain mengambil satu bekas mengandungi pelbagai barangan kemas disimpan di bawah katil.

“Saya hanya mampu berdoa semoga kami sekeluarga tidak dicederakan, malah menantu turut meminta penyamun itu mengambil apa saja barang berharga yang ada tetapi tidak mengapa-apakan kami.

“Sebelum melarikan diri, penyamun sempat mengumpulkan kami sekeluarga di sebuah bilik di tingkat bawah sambil berpesan supaya jangan melihat mereka. Mungkin mereka tidak mahu kami nampak mereka melarikan diri,” katanya.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya yang dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berusaha memburu suspek.

Kepala berdarah ditetak perompak

KOTA BHARU: Seorang pekerja sebuah kedai runcit cedera parah di kepala, tangan kanan dan belakang badan selepas ditetak menggunakan senjata tajam dipercayai parang dalam kejadian samun di sebuah kedai runcit di Kubang Kerian, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa, Muhamad Firdaus Abdullah, 22, dari Kampung Chica, di sini, bersendirian dalam kedai sebelum didatangi dua lelaki berpura-pura membeli rempah masakan sebelum seorang daripada mereka menutup mulut mangsa.

Berlaku pergelutan antara mangsa dan penyamun sebelum ditetak lelaki yang menutup mulutnya. Seorang lagi suspek menggeledah kedai sebelum melarikan komputer riba, wang tunai RM2,000 dan sejumlah rokok.
Mangsa yang cedera parah ditetak cuba mengejar dua lelaki itu yang melarikan diri menggunakan sebuah motosikal, namun gagal. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) oleh seorang saudara pelayan restoran bersebelahan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Pelayan restoran itu, Kartini Ismail berkata, dia mendengar bunyi bising seperti pergaduhan di kedai runcit bersebelahan ketika sedang melayan pelanggan, tetapi tidak mengendahkannya kerana sibuk.

“Tiba-tiba saya dia (mangsa) berlari keluar dan beritahu mahu mengejar penyamun. Saya lihat wajahnya pucat dan melihat darah meleleh dari kepalanya.

“Saya minta dia duduk dan baru saya tahu kedai dijaganya disamun. Saya meminta seorang saudara menghantarnya ke HUSM,” katanya.

Ibu saudara mangsa yang enggan dikenali berkata, anak saudaranya itu bekerja di kedai runcitnya sejak lima bulan lalu.
“Saya dimaklumkan oleh anak saudara yang dia didatangi dua lelaki yang bertanya mahu membeli ‘awah’ (rempah untuk masakan), namun menjawab tiada sebelum seorang daripada lelaki itu menutup mulutnya. Anak saudara cuba melawan hingga berlaku pergelutan sebelum ditetak. “Seorang lagi lelaki menggeledah kedai dan sempat melarikan komputer riba, wang tunai RM2,000 dan sejumlah rokok sebelum kedua-dua mereka melarikan diri menggunakan sebuah motosikal. Anak saudara saya cuba mengejar mereka tetapi gagal,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan.

Bayar nyawa curi getah sekerap

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

KUALA KANGSAR: Cubaan seorang lelaki dipercayai penagih dadah untuk melarikan getah sekerap di sebuah kilang memproses susu getah di Jalan Taiping di sini, bertukar tragedi apabila dia maut terkena tembakan dilepaskan pengawal keselamatan kilang berkenaan, semalam.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa dipercayai menceroboh kilang itu sebelum perbuatannya disedari pengawal keselamatan yang melepaskan sedas tembakan senapang patah pada jarak 50 meter.

Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Kamarulzaman Zainal Abidin, 46, maut serta-merta akibat serpihan peluru tabur yang menembusi kepala, pinggang dan paha mangsa.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan ketika ditemui semalam, berkata, pengawal keselamatan berusia 40-an itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan. Beliau berkata, siasatan awal mendapati, pengawal keselamatan itu baru sebulan berkhidmat di kilang berkenaan.

“Pengawal keselamatan itu mendakwa terpaksa melepaskan tembakan apabila mangsa dikatakan cuba menyerangnya.

“Soal siasat dilakukan terhadap pengawal keselamatan itu mendapati kilang sama pernah diceroboh pencuri beberapa bulan lalu sebelum beberapa langkah keselamatan dilakukan termasuk pengawal dibekalkan senapang,” katanya.

Katanya, pihaknya menahan pengawal keselamatan itu serta merampas senapang yang digunakan dalam kejadian itu bagi membantu siasatan.

Mohd Shukri berkata, mayat Kamarulzaman dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.
Menurutnya, siasatan awal polis mendapati, Kamarulzaman berasal dari Padang Rengas, Kuala Kangsar dan turut mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk kesalahan memiliki dadah.

Peniaga naik harga tayar sejak BT1M diperkenal



KUALA LUMPUR: Pemandu teksi yang berdepan pelbagai masalah termasuk peniaga menaikkan harga ketika mahu menukar tayar melalui baucar Bantuan Tayar 1Malaysia (BT1M) diminta mengemukakan aduan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Ketua Pegawai Operasi SPAD, Azhar Ahmad berkata, peniaga tidak dibenarkan menaikkan harga sesuka hati termasuk mengenakan syarat tidak munasabah kepada pemandu.

“Tindakan tegas diambil ke atas pihak yang didapati melanggar peraturan,” katanya mengulas dakwaan beberapa pemandu teksi harga tayar dinaikkan ketika mahu menukar tayar teksi.
Pemandu teksi, Mohd Ali Hanafiah, 33 berkata, kenaikan harga berlaku sebaik saja kerajaan mengumumkan subsidi ke atas tayar dengan kemudahan baucar Bantuan Tayar 1Malaysia (BT1M).

“Baucar bernilai RM520 itu seperti tidak berbaloi apabila pengusaha menaikkan harga. Sebelum ini, satu tayar berukuran 13 inci dijual RM115, tetapi sejak BT1M diperkenalkan, harga terbabit dinaikkan RM145 di kebanyakan kedai di Lembah Klang.

“Dengan penggunaan baucar berkenaan, kami perlu menambah RM60 bagi setiap satu tayar. Kini, kami terpaksa mengeluarkan RM105 untuk satu tayar yang menyebabkan jumlah penukaran bagi empat tayar RM420 berbanding RM240,” katanya ketika membuat aduan kepada Harian Metro.

Mohd Ali mendakwa tayar berukuran 15 inci dan 16 inci turut mengalami kenaikan harga iaitu daripada RM215 bagi tayar berukuran 15 inci kepada RM245 dan RM270 bagi tayar 16 inci kepada RM330, malah harga bagi setiap kedai juga berlainan.

Seorang lagi pemandu teksi dikenali sebagai Ahmad, 34, berkata, bukan saja harga dinaikkan, malah pengusaha kedai tayar turut tidak membenarkan pemandu teksi menukar dua tayar, tetapi mereka dipaksa menukar empat tayar menggunakan kedua-dua baucar berkenaan.

Tembak kepala

Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Seorang rakyat Malaysia yang melancong ke pekan Sungai Golok, Selatan Thailand ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala dan dada, semalam.
Timbalan Ketua Polis Sungai Golok, Leftenan Kolonel Tawee Thongsongsri berkata, mayat mangsa, Tang Ah Loi, 50, dikatakan dicampak ke dalam semak di Ban Nam Tok, Tambon Pasemas, berhampiran pekan Sungai Golok oleh penyerangnya sebelum ditemui penduduk kampung.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku jam 3.30 pagi dan mangsa dikatakan disamun sebelum dibunuh.

“Mangsa yang berasal dari Kota Bharu pergi ke pekan Sungai Golok bersama dua rakannya yang juga rakyat Malaysia untuk melancong. Kali terakhir mangsa dilihat bersama dua rakannya itu menaiki kereta milik mangsa ke sebuah pusat hiburan sebelum ke lokasi tidak diketahui.


“Kami menerima laporan daripada penduduk kampung yang menemui mayat mangsa.
Satu pasukan khas dianggotai polis dan tentera bergegas ke tempat kejadian sebaik mendapat laporan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Lelaki 3 hari tidak pulang ditemui mati



KLANG: Seorang lelaki yang dilaporkan tiga hari tidak pulang ke rumah ditemui mati dalam keadaan mengerikan selepas terjatuh dari tingkat 10, Flat Permai Pandamaran Jaya, Pandamaran di sini, tengah hari semalam.
Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari itu, Chia Kok Seong, 31, ditemui orang ramai dalam keadaan tertiarap dengan kepalanya pecah di laluan masuk bangunan blok A flat 12 tingkat itu.

Difahamkan, mangsa keluar dari rumah sejak Khamis lalu untuk pergi bekerja, namun tidak pulang sehingga dia ditemui mati, semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, pada waktu kejadian, seorang penjaga kedai runcit yang berada di tingkat bawah terdengar bunyi kuat benda jatuh.

Katanya, apabila diperiksa dia mendapati seorang lelaki dalam keadaan tertiarap disyaki terjatuh dari tingkat 10 bangunan flat berkenaan sebelum mendapatkan bantuan.

“Kami menerima laporan daripada pengerusi penduduk beberapa minit selepas kejadian sebelum anggota polis dikejarkan ke tempat kejadian.

“Polis percaya mangsa terjatuh dari tingkat 10 berikutan penemuan sepasang kasut dan selepas melakukan pengecaman, keluarga berkata, kasut berkenaan milik mangsa.

“Setakat ini (semalam) kami belum kenal pasti apa motif kejadian dan hasil soal siasat terhadap keluarganya, mangsa tidak mempunyai masalah hutang atau mempunyai teman wanita,” katanya.
Mohamad berkata, siasatan awal juga mendapati mangsa seorang yang pendiam dan belum berkahwin.

Katanya, mangsa juga dilaporkan tidak pernah terbabit dalam mana-mana pergaduhan selain tidak mempunyai musuh.

“Mangsa tinggal bersama keluarganya di Jalan Papan, iaitu tidak jauh dari tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi yang enggan dikenali berkata, kejadian kali ini adalah kali kedua berlaku selepas kejadian bunuh diri di flat sama sebulan lalu.

Menurutnya, sebulan lalu seorang lelaki tempatan ditemui tertiarap dalam keadaan berlumuran darah dipercayai terjun dari tingkat dan blok yang sama flat berkenaan.

‘Iboh gago hal keluarga’

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

BELADIN: “Iboh gago hal keluarga kamek gik (Jangan sibuk hal keluarga saya lagi)“. Itulah amaran diluah Latifah Nen, 53, kepada segelintir pihak yang cuba menghasutnya supaya memburu buaya yang membaham suaminya, Derahman Chali, 55, di tebing Sungai Medang, Khamis lalu.
Baginya, apa yang penting jasad suaminya sudah ditemui serta dikebumikan dengan sempurna dan mereka sekeluarga boleh menziarahi kubur itu pada bila-bila masa.

“Beberapa kali saya nyatakan yang kami sekeluarga menganggap kejadian ini sebagai ujian Allah dan tidak menyimpan dendam mahupun ingin memburu buaya yang membaham arwah.
“Kami sekeluarga tetap dengan pendirian tidak mahu memanjangkan lagi masalah ini, malah enam anak lain turut bersetuju dan saya merayu supaya mereka yang tidak berkaitan, tidak masuk campur dalam hal keluarga kami,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Latifah mengakui ada segelintir pihak mencadangkan supaya mereka menggunakan khidmat bomoh buaya bagi menangkap buaya itu dan membunuhnya sebagai tindakan balas dendam.

Namun, baginya ia bukan jalan penyelesaian kerana sebagai umat Islam, dia percaya kepada qada dan qadar.

“Siapa saya untuk melawan atau mencabar takdir Allah dan seandainya buaya itu ditangkap serta dibunuh, arwah suami tetap tidak akan kembali lagi.

“Jika ada pihak ingin memburu buaya berkenaan, silakan, itu terpulang kepada mereka dan kami sekeluarga tidak mahu mencampuri urusan berkenaan,” katanya.
Latifah berkata, dia akan meneruskan hidup seperti biasa dengan mengambil upah menjahit langsir bagi menyara keluarganya.

Dalam kejadian pagi Khamis lalu, Derahman dilaporkan maut dibaham Bujang Saribas ketika mahu membasuh tangan untuk menikmati sarapan pagi.

Bagaimanapun, tiga hari selepas kejadian, mayatnya ditemui jam 7 pagi kelmarin oleh dua nelayan di tebing Sungai Medang, Saribas, 20 kilometer dari lokasi kejadian di Tanjung Lilin, Pusa.

Mayatnya hanya tinggal bahagian kepala dan kiri badan, manakala bahagian kanan dari paras bahu ke bawah termasuk tangan kanan dan kaki kanan hilang.

Culik abang ipar sendiri



KUALA LUMPUR: Akibat tidak puas hati dengan tindakan abang iparnya berkahwin lain, seorang lelaki berusia 30-an melarikan abang iparnya itu dalam kejadian di Selayang, kelmarin.
Bagaimanapun, mangsa berusia 36 tahun itu terselamat selepas melompat keluar dari kenderaan yang dinaiki suspek dan beberapa rakannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Jinjang.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 6 petang, mangsa menerima panggilan daripada adik iparnya ketika dia berada di rumah isteri keduanya di Batu Caves yang menyatakan niatnya untuk berjumpa mangsa.
Menurutnya, 30 minit kemudian adik ipar mangsa datang ke rumahnya bersama dua rakan dan dia mengajak mangsa untuk keluar minum kononnya untuk membincangkan masalah keluarga mereka.

“Selepas keluar minum di sebuah restoran berdekatan rumah, lelaki itu menolak mangsa masuk ke dalam kereta,” katanya, semalam.

Beliau berkata, ketika di dalam kereta mangsa cuba melepaskan diri, tapi gagal berikutan kereta berkenaan dipandu laju.

“Sebaik memasuki kawasan ibu kota, kenderaan suspek terperangkap dalam kesesakan menyebabkan mangsa mengambil kesempatan melarikan diri.

“Pada masa sama, lelaki itu menghubungi isteri kedua mangsa dan mendakwa mangsa dimasukkan ke hospital akibat kemalangan, selain diugut untuk dibakar hidup-hidup kerana menghancurkan kehidupan kakaknya.
“Isteri kedua mangsa tidak mempercayai helah lelaki itu dan beliau serta mangsa membuat laporan polis,” katanya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

No comments:

Post a Comment