Sunday, July 8, 2012

APA DIKURNIA YANG OLEH ALLAH DAH SESUAI UNTUK KITA...BERSYUKURLAH...TAK PAYAH UBAH2....KECUALI UNTUK MEMPERBAIKI KESIHATAN...

Semakin popular

Oleh NORAINON OTHMAN dan HIDAYATUL AKMAL AHMAD
metahad@hmetro.com.my

MANGSA KECANTIKAN... Solange (kanan) dan Claudia maut selepas menjalani pembedahan membesarkan punggung.
MANGSA KECANTIKAN... Solange (kanan) dan Claudia maut selepas menjalani pembedahan membesarkan punggung.
KUALA LUMPUR: Fenomena membesarkan punggung yang popular di Britain dan Amerika Syarikat kini mula menular di negara ini, terutama di kalangan selebriti, orang kenamaan dan model, supaya kelihatan lebih seksi dan montok.
Trend ini semakin menjadi-jadi selepas personaliti popular Britain, Pippa Middleton secara tiba-tiba dilihat memiliki punggung seksi ketika menjadi pengapit kakaknya, Kate pada majlis perkahwinan dengan Putera William, tahun lalu.
Faktor itu menyebabkan ramai mendakwa dia menjalani pembedahan atau suntikan membesarkan punggungnya yang sebelum itu leper.

Selain pengaruh Pippa dan selebriti Barat lain, trend membesar dan memantapkan punggung turut dikaitkan dengan artis Korea dan Jepun yang makin popular di kalangan remaja negara ini.


Pakar kulit, Dr Ko Chung Beng berkata, selepas penggunaan silikon, teknologi terkini bagi membesar dan mencantikkan punggung yang semakin menjadi pilihan ialah melalui pemindahan lemak dari tubuh ke punggung.

Guna 760 jarum



DERITA... proses membuang kolagen pada wajah Pian yang disiarkan pada facebook artis itu.
DERITA... proses membuang kolagen pada wajah Pian yang disiarkan pada facebook artis itu.
MENYESAL... Pian menunjukkan kesan suntikan kolagen.
MENYESAL... Pian menunjukkan kesan suntikan kolagen.
KUALA LUMPUR: “Saat itu, saya berasa sakit yang tidak tertanggung. Bayangkan, saya dalam keadaan sedar ketika jarum ditusuk ke kulit.
“Sebelah punggung saja memerlukan kira-kira 380 batang jarum dan bayangkan saya suntik kedua-dua belah. Ini bermakna ada 760 batang jarum pada punggung,” kata artis kontroversi, Pian Cecupak menceritakan kesakitan ditanggung ketika membuat suntikan kolagen pada punggung.
Selain punggung, Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafiq Abdul Rahman, 41, turut melakukan suntikan kolagen pada kedua-dua pipi, dagu dan hidung dengan kos mencecah puluhan ribu ringgit.

“Saya mengaku membuat suntikan itu lapan tahun lalu. Namun, itulah kali pertama dan terakhir saya lakukannya. Disebabkan mahu kulit lebih mulus dan anjal di samping bentuk punggung menarik, saya tak fikir risiko yang bakal ditanggung,” katanya kepada Metro Ahad.

Tidak dendam

Oleh RABI ‘ATUL ‘ADAWIYAH ISMAIL dan ADI SAFARMAN
rabiatul@hmetro.com.my

JUMPA... anggota Rela dan polis mengangkat mayat Drahman  yang ditempui nelayan di seberang Sungai Kampung Medang.
JUMPA... anggota Rela dan polis mengangkat mayat Drahman yang ditempui nelayan di seberang Sungai Kampung Medang.
BELADIN: “Kami sekeluarga anggap kejadian ini sebagai ujian Allah dan tidak menyimpan dendam mahupun memburu buaya yang membaham suami saya,” kata Latifah Nen, 53, isteri kepada Drahman Chali, 55, mangsa serangan buaya di tebing Sungai Medang, Khamis lalu.
Pendirian Latifah turut disokong keenam-enam anaknya, Nor Hasiah Derahman, 24; Norafidah, 22; Mohd Asrul 20; D Ramlee, 19; Mohd Qusyairi Arifin, 7, dan Jamalludin, 1.

Bersyukur kerana akhirnya sebahagian jasad arwah suaminya ditemui jam 7 pagi semalam, Latifah berkata, tiada gunanya mereka berdendam pada buaya kerana itu takdir Allah.
“Sampai bila manusia dan buaya mahu saling berdendam, sebaik-baiknya kita sama-sama berdoa supaya tiada lagi manusia menjadi mangsa serangan buaya,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

Latifah menafikan laporan mengatakan dia mahu mendapatkan khidmat bomoh seperti disiarkan beberapa akhbar, semalam.

Menurutnya, mereka sekeluarga juga tidak pernah terfikir mahu mengupah bomoh buaya seperti didakwa akhbar terbabit.

Katanya, sebagai umat Islam, beliau percaya kepada qada dan qadar Allah serta apa yang menimpa keluarganya ditakdirkan.

“Biarpun mayatnya tidak sempurna dan separuh badan hilang dibaham buaya, saya tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya ada kuburnya untuk kami sekeluarga ziarah selepas ini,” katanya.
Mayat Drahman yang diserang Bujang Saribas, Khamis lalu, ditemui jam 7 pagi semalam oleh dua nelayan di tebing Sungai Medang, Saribas, enam kilometer dari lokasi kejadian di Tanjung Lilin, Pusa, jam 8 pagi Khamis lalu.

Mayatnya hanya tinggal bahagian kepala dan kiri badan, manakala bahagian kanan dari paras bahu ke bawah termasuk tangan kanan dan kaki kanan, hilang.

Gaya hidup punca tubuh menawan



KUALA LUMPUR: Individu yang terlalu taksub kecantikan dinasihat menggunakan cara lebih efektif mendapatkan kulit serta tubuh badan sihat dan menawan, berbanding melakukan pembedahan dan suntikan hingga memudaratkan.
Pakar Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Hussain Habil berkata, antara pendekatan yang diamalkan tidak merokok, bersenam, mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, selain memperbanyakkan aktiviti riadah.

“Cara ini lebih selamat dan berkesan. Sayangnya, ramai terlepas pandang serta mentaliti masyarakat kita yang sentiasa mahukan benda segera dan tidak bersabar.
“Lumrah dunia, ramai mahu kelihatan sentiasa muda, namun fitrah semula jadi, kita pasti akan tua. Cuma ada cara lebih efektif untuk melambatkan penuaan,” katanya.

Beliau berkata, suntikan ke dalam anggota tubuh boleh memudaratkan jika si pemakai tidak tahu isi kandungan sebenarnya.

“Kajian membuktikan suntikan vitamin mahupun kolagen mampu membuatkan buah pinggang rosak, di samping berisiko mendapat kanser kulit.

“Ini kerana kandungan bahan kimia pada cecair itu berbahaya. Kita ada kala tidak tahu berapa peratus kandungan kolagen sebenar atau tiruan dalam cecair yang bakal disuntik pada wajah atau badan.

“Ia bukan saja memudaratkan, malah membuang duit, masa dan tenaga,” katanya Beliau mengulas tindakan segelintir individu yang semakin ligat membuat suntikan dan pembedahan, termasuk di punggung, bagi mendapatkan tubuh badan menawan tanpa memikirkan risiko bakal ditanggung.
Katanya, pengaruh media juga antara faktor yang menyumbang kepada gejala ini berikutan iklan yang menekankan bentuk badan langsing terlalu banyak di pasaran.

“Kita lihat sama ada di media cetak atau elektronik, semua memaparkan imej individu bertubuh cantik dan berkulit mulus. Cara ini secara tidak langsung mendorong individu yang merasakan mereka bermasalah melakukan suntikan.

“Ada kala apabila terlalu ghairah, ada yang tidak mengira hukum dan menghalalkan cara. Bagi saya, apabila bertekad melakukan suntikan atau perubahan pada tubuh atau muka, mereka juga harus bersedia berdepan risiko jangka panjang yang akan memudaratkan.

“Ramai tidak nampak kesan jangka panjang apabila melakukan suntikan pada kulit. Yang mereka tahu hanya mahu cantik dan kesan jangka pendek yang cepat,” katanya.

Katanya, ia berpunca daripada tindakan kawan yang suka mengejek atau memberi pendapat negatif hingga mereka rasa tercabar. , seterusnya memilih jalan singkat dengan membuat suntikan meskipun berisiko.

Apapun, katanya, masyarakat seharusnya tidak memilih jalan mudah untuk kekal cantik dan muda.

“Tidak guna hanya cantik luaran. Kalau boleh, biar luaran dan dalaman seiring, baru terpancar aura seri sebenar,” katanya.

Pakar Motivasi dan Kaunseling, RKH Motivasi and Services, Dr Robiah Kulop Hamzah berkata, suntikan hanya boleh dilakukan jika ada parut, wajah dan tubuh yang mencacatkan dan memudaratkan jika tidak dilakukan suntikan.

“Apapun, paling penting, semuanya bergantung kepada niat. Jika baik, tidak salah, tapi kalau sebaliknya, ia dikira tidak betul.

“Jika anda dilahirkan dengan tubuh badan dan wajah yang tiada cacat cela, mengapa mahu mengubah ciptaan Allah kerana ia sebaik-baik kejadian.

“Mengubah kejadian Allah bermakna anda melawan ciptaan-Nya. Jika mahu membuat suntikan menarik perhatian, ia salah dan tidak dibenarkan,” katanya.

Elak kesan jangka panjang



KUALA LUMPUR: “Saya akui membuat suntikan pada wajah, tapi tidak di punggung,” kata Ifa Raziah.
Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Panas itu, tidak pernah terdetik dalam hatinya mahu melakukan suntikan atau pembedahan di bahagian berkenaan kerana bersyukur dengan anugerah dikurniakan.

“Saya faham jika bercakap soal suntikan, pasti ramai mengaitkan dengan Ifa Raziah. Senang kata, suntikan atau pembedahan kosmetik sudah sinonim dengan diri saya.

“Namun sekurang-kurangnya saya tidak hipokrit. Akibat pengakuan dibuat, ramai datang berjumpa saya untuk mendapatkan nasihat dan pandangan sebelum mengambil suntikan baik di muka atau tubuh badan,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Doktor tipu guna cecair silikon industri



KUALA LUMPUR: Cantik yang diidamkan, azab yang ditanggung. Kurang pengetahuan mengenai kaedah dan bahan digunakan bagi prosedur membesarkan punggung menyebabkan ramai pengguna yang mahu memiliki bentuk badan sempurna terpedaya hingga menanggung kesan mudarat.
Ketua Jabatan Pembedahan Plastik Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yap Lok Huei berkata, mereka yang memasang niat berbuat demikian perlu mendapatkan khidmat pakar berlesen dan bertauliah.

“Individu yang ingin menjalani prosedur membesarkan bahagian tertentu tubuh perlu berhati-hati bagi mengelak ditipu. Ini kerana ada pusat kecantikan atau doktor tidak berlesen dan bertauliah menawarkan perkhidmatan kononnya memasukkan kolagen tetapi sebenarnya menyuntik cecair silikon.

“Selepas cecair silikon disuntik di bawah kulit, potensi pelanggan mengalami alahan dan parut lebih tinggi. Cecair silikon digunakan sebenarnya bukan gred perubatan, sebaliknya untuk industri yang digunakan dalam mesin. Anggaran kos ialah RM1,000 untuk silikon perubatan bersamaan RM1 untuk industri. Pengusaha yang menawarkan perkhidmatan itu (menggunakan silikon industri) membuat banyak keuntungan,” katanya kepada Metro Ahad.

Kekasih pelajar lahir bayi di tandas dicekup

Oleh ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
zatuliffah@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai kekasih kepada seorang pelajar tingkatan empat yang melahirkan bayi di tandas asrama sebuah sekolah menengah berasrama di bandar raya ini, semalam.
Suspek berusia 19 tahun dari Perumahan Awam Kos Rendah Kampung Durian Guling, Marang, itu ditahan polis di rumahnya, jam 5 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek yang tidak bekerja ditahan hasil soal siasat dijalankan terhadap pelajar berusia 16 tahun terbabit.
“Siasatan awal mendapati suspek dan pelajar itu mengenali antara satu sama lain dan pernah berjumpa beberapa kali serta dipercayai melakukan hubungan seks sekitar Oktober atau November tahun lalu.

“Suspek direman selama tujuh hari sehingga 13 Julai ini dengan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Bagaimanapun, pelajar berkenaan masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya.

Ibu jadi model



KUALA LUMPUR: “Sepatutnya ibu dijadikan model ikutan anak, bukannya penyebab kehancuran sehingga menjejaskan masa depan. Itu adalah asasnya, jika asas ini sudah tidak betul ia menyebabkan sistem masyarakat rosak,” kata perunding motivasi, Hushim Salleh.
Menurutnya, sebagai anak, sesiapapun tidak pernah meminta terjebak dalam gejala tidak sihat seperti pelacuran dan bohsia, namun kurangnya dorongan ibu bapa serta keluarga mempengaruhi keputusan awalnya. Mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai pengakuan Fiza, 17, yang menjadi mangsa belasahan ibunya sehingga mendorong dia mendampingi Mat Rempit dan mengamalkan pergaulan bebas, Hushim berkata, dalam konteks ini, asas agama sesebuah keluarga perlu dijadikan ukuran.

“Persekitaran yang dicipta ibunya mengakibatkan dia diperangkap dan akhirnya menyerah kalah. Dari segi psikologi, sebenarnya dia mengalami tekanan yang tidak sepatutnya ditanggung ketika usia sebegitu.
“Saya berasa dia sendiri tidak suka melakukan kerja terkutuk tapi sebagai jalan melepaskan tekanan, dia mencari kepuasan lain,” katanya.

Hushim berkata, masyarakat atau kenalan perlu membimbingnya mendapat khidmat kaunseling serta kembali kepada ajaran agama.

No comments:

Post a Comment