Saturday, July 14, 2012

PADA KITA BAWAH UMUR...BAGI ISLAM KALAU DAH BALIGH@MUKALAF...MAKA HUKUM DAH TERPIKUL....SOLAT...PUASA...DLL...NI KESAN MENDAHULU DUNIA DARI AKHIRAT....NI KESAN MENOLAK ATAU MENANGGUH2 HUKUM2 ALLAH SWT...

Pesta liar bawah umur

Oleh HADZLAN HASSAN, SHAMRAN SARAHAN dan NURUL HUSNA MAHMUD
metahad@hmetro.com.my

RISAU... Zulkifli bersama laporan polis yang dibuatnya.
RISAU... Zulkifli bersama laporan polis yang dibuatnya.
LUCAH... antara perbualan anaknya dalam laman sembang.
LUCAH... antara perbualan anaknya dalam laman sembang.
KUALA LUMPUR: Sekumpulan remaja, majoritinya masih di bawah umur, dikesan membentuk satu forum sosial lebih 3,500 ahli di facebook dan twitter semata-mata untuk bergabung menyertai beberapa siri pesta liar.
Kumpulan lelaki, perempuan, pondan dan lelaki lembut itu menggunakan laman sosial terbabit untuk berinteraksi bagi menetapkan tarikh dan lokasi pertemuan mereka.
Yang menakutkan, pertemuan dirancang rangkaian sosial itu bukan keraian biasa, sebaliknya pesta liar dinamakan ‘parti lolipop’ yang diadakan di beberapa pusat hiburan.

Difahamkan, ada pusat hiburan menganjurkan parti dengan nama lolipop sama seperti sambutan ‘ladies night’, dan lolipop didakwa merujuk kepada ahlinya yang sebahagian besar remaja bawah umur.


Lebih menyedihkan, parti berbaur maksiat dari satu lokasi ke satu lokasi itu turut menghidangkan arak selain pil khayal yang dikhuatiri boleh membawa kepada hubungan seks haram.

‘Arwah sempat peluk saya’

Oleh SITI FATIMAH HASSAN
sfhassan@hmetro.com.my

MUHAIMIN... sedih hilang sahabat baik. Gambar kecil, Khafiz, maut.
MUHAIMIN... sedih hilang sahabat baik. Gambar kecil, Khafiz, maut.
TANAH MERAH: “Ketika berada di hospital, arwah sempat memeluk saya walaupun percakapannya sudah tidak jelas. Sudah enam tahun kami kenal rapat dan saya terpaksa menerima pemergiannya sebagai takdir.”
Demikian menurut Abdul Muhaimin Yahya, 25, mengenai kejadian menimpa rakan baiknya, Abdul Khafiz Mohamed Norok, 25, yang disahkan meninggal dunia selepas cuba menyelamatkan diri ketika dirompak di Kaherah, Mesir, awal pagi Rabu lalu.
Kedua-dua pelajar Universiti Al-Azhar itu berdepan detik cemas ketika menaiki sebuah van dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Shoubra selepas menghadiri perjumpaan pelajar Malaysia di Abud di pinggir Kaherah, kira-kira jam 1.30 pagi.

Menurut Abdul Muhaimin, dia pada awalnya sudah mengesyaki ada sesuatu tidak kena apabila pemandu van terbabit membuat pusingan U selepas menaiki kenderaan terbabit.


“Sepatutnya tidak perlu buat pusingan U. Kami hanya berani naik van itu kerana ada satu keluarga bersama bayi turut sama dan menganggap mungkin ia selamat.

Penyamun putih mata


SIASAT... pengawai polis dan pegawai dari syarikat kewangan melihat mesin deposit wang yang  diumpil oleh penjenayah.

SIASAT... pengawai polis dan pegawai dari syarikat kewangan melihat mesin deposit wang yang diumpil oleh penjenayah.
SHAH ALAM: Seorang penyamun berputih mata apabila gagal menyamun sebuah mesin deposit tunai (CDM) di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Kemuning, di sini, awal pagi semalam.
Kejadian dipercayai berlaku jam 2 pagi selepas suspek masuk ke premis berkenaan namun tidak berjaya melarikan wang tunai kerana gagal membuka CDM itu sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian jam 7.50 pagi daripada seorang pengawal keselamatan yang kebetulan lalu di tempat kejadian.
Katanya, polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati pintu mesin berkenaan mempunyai kesan umpilan.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek menggunakan alat pemotong besi untuk membuka pintu mesin tetapi gagal membuka tempat simpanan wang.

“Suspek kemudian membatalkan niat untuk menyamun dan meninggalkan mesin begitu saja selain bimbang perbuatannya diketahui pengawal keselamatan bertugas,” katanya.

Zahedi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.

“Kita akan meneliti keadaan sebelum dan selepas kejadian menerusi CCTV bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian ini.
“Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan polis akan menyiasat kejadian terbabit daripada segala aspek,” katanya.

Menurut Zahedi, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri di dalam bangunan.

Sementara itu, seorang pekerja premis berhampiran yang enggan dikenali berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian oleh pihak bank, jam 9 pagi.

Katanya, selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu, seorang pekerja wanita datang untuk membuka kedai jam 9 pagi sebelum ternampak pintu mesin deposit tunai terbuka dengan kesan umpil.

Pedang di leher



KUANTAN: Dua sahabat hanya terbayang maut apabila leher masing-masing diacu tiga pedang samurai selepas kafe siber tempat mereka bekerja dimasuki tiga penyamun di Bukit Setongkol, di sini, tengah malam kelmarin.
Dalam kejadian 12 tengah malam, mangsa berusia 20 tahun bersama rakannya terpaksa menyerahkan wang tunai RM2,000 hasil perniagaan hari berkenaan kepada tiga penyamun terbabit.

Mangsa sebelum itu mengalu-alukan kedatangan tiga penyamun terbabit kerana menyangka mereka pelanggan tetapi sebaik berada di premis, mereka mengeluarkan pedang dan mengacukannya ke leher mangsa.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, mangsa bersama rakannya yang ketakutan terpaksa menyerahkan wang tunai di dalam mesin juruwang kepada penyamun.

Menurutnya, sebaik mengambil wang tunai itu, dua daripada penyamun melarikan diri dengan kereta jenis Perodua Viva berwarna hitam, manakala seorang lagi menunggang motosikal.

Ditetak angkara futsal

Oleh WAN ASRUDI WAN HASAN
wanas@hmetro.com.my

IPOH: Pertengkaran kecil membabitkan perlawanan futsal bertukar tragis apabila seorang pelajar kolej putus dua jari tangan selepas ditetak dengan parang, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 1 pagi, mangsa berusia 20 tahun turut ditetak bertalu-talu oleh 20 lelaki hingga bermandi darah berhampiran padang futsal Bandar Baru Putra, Tanjung Rambutan, di sini.

Lebih malang apabila adik mangsa berusia 18 tahun turut diserang kumpulan samseng hingga retak tulang kaki dan hampir putus tangan kanannya.
Sumber berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang juga penuntut jurusan komputer bermain futsal bersama adiknya di padang futsal berhampiran rumah mereka.

Menurutnya, berlaku salah faham kecil antara mangsa dengan seorang rakannya, dipercayai ada kaitan dengan kekasaran ketika perlawanan diadakan.

“Namun suspek didakwa beredar sebelum muncul kembali bersama sekumpulan lelaki menaiki motosikal beberapa minit kemudian.

“Kumpulan suspek kemudian menyerang mangsa dan adiknya dengan parang. Mangsa hanya mampu mempertahankan diri dengan tangan ketika ditetak kumpulan samseng,” katanya.

Menurutnya, mangsa ditetak dua jari tangan kirinya hingga putus selain turut dilibas dengan parang pada lutut kirinya.
“Adik mangsa yang juga penuntut kolej cuba membantu abangnya, namun turut diserang dan ditetak. Kumpulan samseng kemudian bergegas melarikan diri,” katanya. Sementara itu, adik mangsa ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh berkata, kumpulan suspek terlalu ramai dan dia tidak mampu berbuat apa-apa.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Setia, 18, berkata, seorang penyerang menetak kaki kirinya hingga menyebabkan tulang kakinya retak, selain lengan tangannya parah.

“Saya dan abang yang berlumuran darah kemudian dibawa dengan ambulans ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, pihaknya segera menubuhkan pasukan khas bagi memburu kumpulan penjenayah sejurus menerima laporan berhubung kes serangan itu.

Menurutnya, hasil tindakan pantas dilakukan, polis menangkap lima lelaki di kawasan itu yang dipercayai melakukan serangan.

“Semua suspek ditahan reman empat hari untuk disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Polis masih memburu saki baki kumpulan itu yang dipercayai menyembunyikan diri,” katanya.

Pendatang lari tinggalkan anak isteri

Oleh YUSMAWATI MHD YUSOF
yusmawati@hmetro.com.my

MELAKA: Seorang lelaki warga Indonesia sanggup lari meninggalkan isteri dan anak lelakinya berusia tiga tahun yang tidur bagi mengelak dicekup penguat kuasa Jabatan Imigresen, awal pagi semalam.
Difahamkan, dalam Operasi Bersepadu 6P jam 2 pagi di Bukit Piatu, lelaki berusia 24 tahun itu memanjat siling rumah sewanya selepas menyedari rumah didiami bersama beberapa rakan senegara diserbu anggota jabatan itu.

Bagaimanapun, cubaan buruh binaan dari Lampung itu gagal apabila derap langkahnya yang berjalan di atas siling disedari anggota penguat kuasa yang mengepung rumah.
Dia yang hanya berseluar pendek bersembunyi di atas siling sebelum dibawa turun anggota penguat kuasa yang terpaksa memanjat melalui lubang kecil di biliknya.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamaluddin Ismail berkata, ketika serbuan, lelaki itu berada di dalam bilik bersama isterinya berusia 20-an dan anak lelakinya yang tidur.

“Anggota kami terpaksa memanjat siling melalui lubang di dalam bilik itu selepas mengesan pergerakan di atasnya selain ada kesan panjat pada dinding bilik sebelum menemuinya,” katanya pada sidang media selepas berakhirnya operasi itu, semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu dan anaknya tidak mempunyai dokumen, manakala isterinya tinggal lebih masa di negara ini,” katanya pada sidang media selepas berakhirnya operasi itu, semalam.

Menurutnya, seorang wanita warga Indonesia berusia 40 tahun yang juga menyewa di sebuah bilik rumah itu turut ditangkap kerana dipercayai memberi perlindungan kepada pendatang warga asing.
Katanya, dalam serbuan berasingan di sebuah pub di Malim, sembilan wanita warga Vietnam berusia 19 hingga 26 tahun yang bekerja sebagai GRO turut ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini.

“Empat daripada mereka ditahan di dalam pub manakala bakinya di tingkat atas sebuah lot kedai bersebelahan yang dipercayai menjalankan aktiviti persundalan kerana ketika serbuan ada empat pelanggan lelaki warga tempatan di premis sama,” katanya.

Tumbuk tunang

Oleh SITIE NURHAJATULZIEMAH MOHD NOR
metahad@hmetro.com.my

REMBAU: Gara-gara cemburu melihat tunangnya berbalas SMS, seorang lelaki tergamak menumbuk muka wanita itu hingga cedera di Kampung Bongek Acheh, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam, Siti Halimah Jasni, 17, menerima tiga jahitan di dahi dan lebam mata kiri selepas dikejarkan ke Hospital Tampin (HT) untuk menerima rawatan.

Siti Halimah berkata, ketika kejadian, dia berada di rumahnya sebelum didatangi tunangnya berusia 22 tahun untuk mengajak makan malam.
“Bagaimanapun, sebelum keluar dari rumah, saya terima SMS daripada seorang kenalan lelaki yang hanya menanyakan saya buat apa.

“Tunang yang kebetulan ada di sebelah berang dan terus rampas telefon bimbit saya sebelum membaca kandungan SMS dihantar lelaki itu,” katanya ketika ditemui di HT, di sini, semalam.

Dia yang mengikat tali pertunangan Mei lalu berkata, tunangnya yang cemburu tidak boleh menerima perbuatan kenalannya.

“Saya cuba menerangkan keadaan sebenar sehingga kami bertengkar. Namun tunang tetap tidak dapat menerima dan terus menumbuk mata serta mencederakan dahi saya sehingga luka sebelum melarikan diri.

“Ini kali ketiga dia cederakan saya. Kerana sayangkan dia, saya terima segala kekurangannya, termasuk sikap barannya,” katanya.

Meniarap ketakutan

Oleh ZAITIE SATIBI
am@hmetro.com.my

BATU CAVES: “Perompak terbabit mengacu pistol dan mengarahkan semua orang tunduk, menyebabkan saya terpaksa meniarap kerana ketakutan,” kata jurujual pakaian, Yuli Mahd, 28, ketika ditemui, semalam.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi, sebuah kedai emas dalam pasar raya hiper di sini, dirompak empat lelaki bersenjatakan pistol dan melarikan pelbagai barangan kemas mengakibatkan kerugian bernilai antara RM1 juta hingga RM2 juta.

Perompak turut mencederakan seorang pengawal keselamatan kedai emas itu berusia 40-an dan merampas senapang miliknya.

Menurut Yuli, dia tidak berhenti berdoa supaya tidak diapa-apakan berikutan tapak kedai baju dijaganya paling hampir dengan kedai emas itu.


“Perompak itu memukul kepala pengawal keselamatan yang berkawal di gerai pameran kira-kira 20 meter dari kedai emas itu sehingga berdarah sebelum mengheretnya masuk ke premis.

Kasino ladang

Oleh HADZLAN HASSAN dan SHAMRAN SARAHAN
metahad@hmetro.com.my

KUALA KUBU BHARU: Selepas berselindung di sebalik kolam udang dan rumah burung walit, sindiket judi mesin slot kini dikesan turut memancing kaki judi di kalangan warga asing terutama mereka yang bekerja dalam sektor perladangan.
Tindakan itu nyata menjadi kerana premis terlindung di kawasan ladang dekat Kalumpang, dekat sini, tidak pernah diserbu pihak berkuasa sejak ia beroperasi beberapa tahun lalu menyebabkan ia menjadi lokasi perjudian paling selamat di kalangan warga asing dan warga tempatan.

Aktiviti perjudian ini didedahkan kepada Metro Ahad melalui seorang penduduk mahu dikenali sebagai, Razif, 38, yang mendakwa warga tempatan sudah naik muak dan berang dengan aktiviti haram itu yang makin menjadi-jadi. Menurutnya, anak muda di kawasan itu banyak menghabiskan masa dan wang di pusat perjudian berkenaan, malah kawasan itu sering menjadi tempat warga asing berkumpul terutama pada Sabtu.
“Biasanya apabila mereka berkumpul, mulalah menunjuk lagak menyebabkan penduduk tempatan seperti berada di negara asing kerana dimarahi jika menegur perbuatan mereka.

“Ramai penduduk tidak senang dengan kewujudan pusat judi berkenaan, namun tiada tindakan daripada pihak berkuasa walaupun kami sudah membuat aduan,” katanya. Berdasarkan maklumat diterima, wartawan Metro Ahad mengunjungi pusat perjudian itu dan tinjauan mendapati kedai berkenaan beroperasi di kawasan tersorok antara ladang kelapa sawit dan rimbunan kebun pisang di deretan rumah teres.

Keadaan itu dipercayai menjadi punca ia sukar dikesan pihak berkuasa. Selain dipenuhi mesin slot, ia turut menempatkan kediaman, warung dan tiga meja snuker.

Sekali imbas, deretan rumah tiga blok berkenaan kelihatan tidak mendatangkan syak kepada orang ramai meskipun ramai yang melepak di situ.

Bagaimanapun, di bahagian belakang warung itu terdapat meja snuker dan sebuah bilik menempatkan komputer permainan judi.
Bilik judi terbabit dijaga seorang wanita Indonesia yang mendakwa menerima gaji RM300 sebulan untuk menguruskan tempat terbabit. “Kalau saya bekerja di ladang gajinya lagi besar tapi belanjanya juga besar kerana perlu bayar sewa rumah dan bil lain tapi di sini tidak perlu bayar sewa, malah kerap menerima tip daripada pengunjung,” katanya.

Wanita berkenaan juga mengakui pusat judi itu dipenuhi pengunjung setiap hujung minggu, lebih-lebih lagi hujung bulan selepas pekerja ladang menerima gaji bulanan. “Ada juga orang luar yang datang bermain mesin (komputer) di sini. “Tempat ini selamat dan jauh serta tak pernah ada serbuan,” katanya. Menurutnya, pendapatan hasil perjudian di situ juga tidaklah terlalu besar kerana ia hanya membabitkan kira-kira RM1,000 pada hari biasa tetapi pernah satu ketika ada pengunjung memperoleh kemenangan RM12,000 menyebabkan dia terpaksa memanggil tauke membuat bayaran.

‘Hujan batu’ dua tahun

Oleh ANIZA ZAINUDIN
anizazainudin@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Selepas dua tahun dilanda ‘hujan’ batu binaan dan sampah-sarap hasil pembinaan dua blok apartmen 24 tingkat di Jalan SS9A/4, kira-kira 20 penduduk rumah teres di Jalan 241/51A di sini, mengadakan bantahan berikutan risiko keselamatan yang makin meningkat.
Penduduk, Nor Ashikin Mohd Dali Jinah, 33, berkata masalah rumah rosak dan kesihatan terjejas meningkat sejurus pembinaan apartmen berkenaan dimulakan pada 2010.

“Saya menetap di sini sejak tujuh tahun lalu, ini kali pertama masalah ini berlaku. Pada mulanya, penduduk mengalami masalah debu berterbangan akibat pembinaan dan lori pasir yang turut melalui jalan utama.
“Sejak pembinaan dijalankan, saya tak pernah buka tingkap dapur dan bilik di bahagian belakang kerana habuk memasuki ruang rumah. Malah kereta dan motosikal yang diparkir di depan rumah turut dilitupi habuk.

“Saya ingatkan masalah hanya berkaitan dengan debu, namun sebaliknya berlaku apabila hujan lebat beberapa bulan lalu, rumah saya dinaiki air sedalam dua sentimeter. Selepas membuat pemeriksaan, barulah saya tahu rupa-rupanya bumbung pecah akibat ditimpa runtuhan batu-bata dari projek itu.

“Bukan itu saja, saluran paip di bumbung juga dipenuhi serpihan batu-bata menyebabkannya tersumbat. Permulaannya, pemaju bertanggungjawab, tetapi apabila masalah kerap berulang memaksa saya mengeluarkan wang sendiri untuk membaiki kerosakan berkenaan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Nor Ashikin yang juga seorang jurutera awam berkata, jarak tapak pembinaan dengan rumah penduduk berhampiran terlalu dekat membahayakan keselamatan mereka.

Selain itu, pemaju juga tidak menghormati penduduk apabila pembinaan diteruskan sehingga lewat malam.
Ketua Persatuan Penduduk Kawasan Impian Baiduri, Tambi Chik Hassan, 50, kecewa dengan kejadian berlaku walaupun pelbagai saluran aduan digunakan namun pembelaan sewajarnya gagal diperoleh.

“Saya pernah membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) beberapa kali, namun tiada tindakan diambil, justeru laporan polis dibuat Selasa lalu dengan tujuan keselamatan sekiranya sesuatu terjadi ke atas penduduk.

“Walaupun pemaju meletakkan jaring keselamatan pada bangunan, bahaya masih wujud. Tambahan lagi, mereka kerap menjalankan kerja pembinaan sampai lewat malam hingga penduduk tidak selesa,” katanya yang ditemui bersama Penyelaras Kampung Tunku, Kelvin Chong Seng Foo.

Cemar agama, bangsa

Oleh YUSLIZA YAKIMIR ABD TALIB
yusliza@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang wanita Melayu menjadi penari gelek hanya mencemarkan nama baik agama dan bangsanya walaupun dia mungkin hanya bertujuan mencari rezeki.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abd Malek berkata, mereka yang ingin meraih pendapatan lumayan tidak semestinya boleh melakukan apa saja tanpa mengira halal atau haram.

“Banyak lagi sumber rezeki halal yang boleh dicari di negara ini daripada melakukan kerja mudah dan menyeronokkan tapi dimurkai Allah.
“Perbuatan keji itu akibat kegelojohan mereka untuk bermewah-mewah hingga sanggup menggadaikan maruah diri dan lebih teruk, seolah-olah tidak takut azab yang bakal menimpa baik di dunia mahupun akhirat kelak,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas muka depan Harian Metro semalam mengenai pengakuan seorang penari gelek berbangsa Melayu yang bekerja di sebuah restoran Arab di ibu kota yang mendakwa tidak malu melakukan aksi gelek kerana pendapatan diterima sangat lumayan.

Difahamkan, kemunculan penari gelek Melayu berikutan peningkatan pelancong dari Timur Tengah yang mengunjungi Malaysia, sama ada untuk melancong atau urusan perniagaan.

Putri (bukan nama sebenar) berkata, dia seronok bekerja sebagai penari gelek untuk menghiburkan pengunjung yang majoritinya masyarakat Timur Tengah.

Malah, dia tidak kisah tubuhnya dijamah mata lelaki yang asyik memandang lenggok pinggul dan dada separuh bogelnya.
Hanafi berkata, kebanyakan mereka yang terjebak dalam kegiatan tidak bermoral seperti ini memberi alasan kesempitan hidup serta mahu mendapatkan kesenangan dengan cara mudah dan segera.

“Malah, sebelum ini ada kes membabitkan penari tiang, apabila ditanya mengenai pekerjaannya itu, beranggapan tiada salahnya terjebak dalam pekerjaan seperti itu selagi tidak menyerahkan tubuh kepada lelaki untuk ditiduri.

“Hakikatnya, mereka tidak sedar hasil pendapatan daripada pekerjaan berunsur maksiat tetap haram di sisi agama, walaupun mereka kata tidak terbabit aktiviti pelacuran,” katanya.

Justeru, Hanafi menasihatkan wanita terbabit berhenti terus melakukan pekerjaan itu kerana bukan saja menggadaikan maruah dirinya sebagai wanita Melayu dan Islam, malah turut memalukan ibu bapa dan keluarganya.

“Mereka perlu sentiasa beringat bahawa Allah boleh mengambil nyawa pada bila-bila masa. Andai kata ketika asyik melakukan pekerjaan itu ditakdirkan nyawanya dicabut, tidakkah nanti dia mati dalam keadaan melakukan maksiat,” katanya

No comments:

Post a Comment