Polis gagalkan cubaan amuk
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, kedua-dua suspek berjumpa anggota polis bantuan yang mengawal pintu masuk kompleks itu untuk meminta kebenaran masuk ke pejabat Perdana Menteri.
“Apabila tidak dibenarkan, dengan tiba-tiba lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahadi itu mengeluarkan pedang samurai sebelum mengacukan kepada anggota polis bantuan bertugas.
“Kedua-dua mereka terus bergerak sehingga ke kawasan blok B1 sebelum mengamuk dengan memecahkan cermin beberapa kereta yang berdekatan dengan blok itu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Utusan Malaysia difahamkan, lelaki yang tidak berbaju itu dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan bertakbir beberapa kali.
Kejadian itu menyebabkan orang ramai dan penjawat awam tidak dapat memasuki bangunan tersebut apabila pintu pagarnya ditutup oleh pihak polis bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
Serentak itu, Chin Wah berkata, sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dikejarkan ke tempat kejadian.
“Anggota-anggota MPV yang sampai cuba memujuk, tetapi diserang oleh kedua-dua suspek dan mereka kemudian ditembak oleh anggota polis berkenaan.
“Suspek perempuan cedera di paha kanan manakala lelaki pula di bahagian tangan dan ari-ari bahagian kiri," katanya.
Beliau berkata, kedua-dua suspek ditangkap dan dihantar ke hospital untuk rawatan dan butir-butir suspek serta motif kejadian dalam siasatan.
“Suspek lelaki disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid pada sidang akhbar di pejabatnya berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, manakala suspek wanita adalah Muhdalina Ahmad, 28.
Katanya, kedua-dua suspek yang menganggur itu dikatakan mengenali satu sama lain sejak seminggu lalu dan Muhdalina adalah bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
“Kami juga dimaklumkan bahawa lelaki terbabit memiliki seorang anak manakala suspek perempuan mempunyai dua anak," katanya.
Ketika ditanya adakah kedua-dua suspek mempunyai kaitan dengan jaringan pengganas, beliau berkata, perkara itu masih dalam siasatan polis.
“Begitu juga dengan dakwaan suspek adalah seorang penulis blog yang dikatakan mengutuk pihak berkuasa," katanya.
Budayawan Azah Aziz meninggal
Menurut sahabat baiknya, Zubaidah Abdul Rahman, 71, Azah yang berusia 84 tahun meninggal dunia kerana sakit tua.
Katanya, Allahyarham telah diserang angin ahmar sejak beberapa bulan lalu dan sering berulang-alik ke sebuah hospital swasta di sini untuk mendapatkan rawatan.
“Dia melayan saya bagaikan seorang anak dan sahabat. Allahyarham juga adalah mentor saya ketika zaman belajar di Universiti Malaya pada tahun 60-an dan seorang yang tidak kedekut ilmu malah sangat prihatin dengan kawan-kawannya.
“Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat saya," katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini hari ini.
Jenazah Allahyarham dikebumikan sebelum solat Asar.
Antara yang hadir pada majlis itu ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta anggota keluarga dan kenalan rapat.
Terdahulu, solat jenazah disempurnakan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq, Bangsar.
Zeti Akhtar merupakan anak tunggal beliau.
Anak sarjan maut kemalangan awal pagi
Affifi Emara Abdullah, 21, yang juga anak lelaki seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Sarjan Abdullah Ahmad mati di tempat kejadian setelah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu rakannya, Mohd. Firdaus Umar Bakhri, 21, hilang kawalan dan melanggar penghadang lebuh raya sebelah kiri, kira-kira pukul 2 pagi.
Ketika kejadian, mangsa berada di tempat duduk belakang sebelah kiri manakala seorang lagi rakannya, Mohd. Hazmi Kasturi, 21, turut berada di sebelahnya. Sementara itu, seorang lagi rakan, Mohd. Hazim Suffian, 21, berada di sebelah pemandu.
Difahamkan, besi penghadang lebuh raya itu terperosok ke bahagian belakang kereta menyebabkan kerusi diduduki Affifi Emara terlipat ke kanan.
Menurut Mohd. Firdaus, mereka ketika itu dalam perjalanan ke kampus UTP di Seri Iskandar, Perak dengan menaiki kereta milik Mohd. Hazmi namun ia terbabas akibat terlanggar lopak air bertakung ketika hujan lebat.
"Saya, Mohd. Hazmi dan Mohd. Hazim masing-masing dari Johor dan kami mengambil arwah Affifi di ibu negara sebelum pulang ke kampus kerana ada kuliah esok.
"Saya memandu pada kelajuan biasa di lebuh raya tetapi ketika itu hujan lebat dan secara tiba-tiba kereta tidak dapat dikawal kerana terlanggar lopak air. Ia kemudian berpusing menyebabkan kereta menghentak penghadang lebuh raya," katanya ketika ditemui di Balai Polis Trafik Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.
Menceritakan lebih lanjut, Mohd. Firdaus berkata, sebelum kemalangan, kesemua mereka sedang berbual malah ketika kereta itu hilang kawalan, masing-masing bersuara meminta dia segera mengawal kenderaan.
"Bagaimanapun, kereta dinaiki kami terbabas dan selepas rempuhan itu, Mohd. Hazmi dan Affifi tidak sedarkan diri namun saya bertindak mengeluarkan semua mereka ke kawasan selamat kerana mula terbau minyak petrol.
"Tetapi hanya Mohd. Hazmi sahaja yang memberi maklum balas namun Affifi tidak sedarkan diri. Kami juga sempat mengajarnya mengucap," katanya yang masih trauma dengan kehilangan rakan baik yang juga teman sekuliah sejak tiga tahun lalu.
‘Imam Mahdi’ ditembak mati
Suspek dikenali Khalil Afandi Abd Hamid, 47, dan seorang kenalan wanitanya, Muhdalina Ahmad, 28, mulanya ke Pondok Pengawal JPM sambil menghunus pedang sebelum dihalang anggota Polis Bantuan di situ, tetapi selepas tidak mengendahkan arahan menyerah diri, polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran. Tembakan amaran
Dua daripada tembakan itu masing-masing mengenai bahagian tangan dan ari-ari suspek lelaki dan satu lagi mengenai paha kanan Muhdalina. Walaupun terkena tembakan, Khalil dikatakan mengacu pedang samurai ke leher salah seorang anggota Polis Bantuan sambil memaksa dibenarkan masuk ke pejabat kerajaan itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata suspek kemudian meluru masuk ke perkarangan Blok B1 sambil melibas pedang dan cuba menetak kenderaan serta orang ramai di situ.
Berikutan itu, katanya, sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah serta Unit Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dikerah ke situ untuk mengawal keadaan, namun Khalil terus agresif dan bertindak lebih ganas menetak sebuah kereta HYUNDAI Accent dan PERODUA Kancil milik seorang anggota Polis Bantuan.
“Lelaki itu turut menetak cermin PROTON Waja polis walaupun anggota yang tiba memperkenalkan diri. Tidak lama kemudian, sebuah lagi MPV datang membantu dan cuba memujuk suspek, tetapi diserang dengan pedang samurai sehinggalah polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kedua-dua suspek,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Dua suspek itu kemudian dihantar ke Hospital Putrajaya, tetapi Khalil disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan kira-kira jam 3 petang, manakala keadaan Muhdalina dilaporkan stabil.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata polis yang turut merampas sebilah keris kecil dan tiga pisau lipat daripada kedua-dua suspek, masih menyiasat motif kejadian itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Baru berkenalan
Katanya, Khalil dan Muhdalina yang masing-masing mempunyai seorang dan dua anak, tidak bekerja tetapi wanita itu dikatakan bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan dikatakan baru seminggu berkenalan menerusi laman blog.
Pelajar hilang lepas solat Subuh
Kuantan: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua Maahad Tahfiz Pahang di Tanjung Lumpur, di sini, dilaporkan hilang selepas selesai menunaikan solat Subuh, kelmarin.Kehilangan Zuhairatul Jannah Md Zulkifli, 14, dari Tanah Putih, Pekan yang juga anak pegawai kanan Jabatan Pelajaran negeri disedari rakan sebiliknya kira-kira jam 6.30 pagi. Kejadian itu menimbulkan tanda tanya berikutan pakaian dan barangannya termasuk dompet masih berada di bilik, tetapi tiada kad ATM dan wang dalam dompet berkenaan, malah sepasang kasut yang sering dipakai gadis itu juga tidak kelihatan.
Seluruh kawasan dan bangunan sekolah kemudian diperiksa, namun gagal menemui pelajar terbabit sebelum pengurusan sekolah menggunakan khidmat seorang pengamal perubatan Islam yang kemudian memaklumkan kemungkinan Zuhairatul disembunyikan makhluk halus.
Difahamkan, rakan sebilik mangsa sebelum itu melihat gadis berkenaan seperti dalam keadaan resah dan gelisah, tetapi tidak mengesyaki sesuatu yang buruk sebelum mereka ke surau untuk solat Subuh.
Sementara itu, Pengarah Maahad Tahfiz Pahang, Datuk Zulkifle Ali, mengesahkan kehilangan Zuhairatul dan satu laporan sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kira-kira jam 4 petang kelmarin.
"Kita juga sudah memaklumkan ibu bapa pelajar berkenaan,” katanya sambil menambah Zuhairatul tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sepanjang belajar di sekolah berkenaan, malah prestasi akademiknya cukup memberangsangkan.
Katanya, mereka juga mengambil inisiatif mengedar gambar gadis itu di sekitar kawasan berhampiran, meminta bantuan orang ramai menghubungi ibu bapa Zuhairatul atau polis jika melihat atau menjumpainya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani, ketika dihubungi memaklumkan siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dilakukan, manakala bapa Zuhairatul, Zulkifli Soh, 57, pula enggan ditemubual.
Saya Tetap Mahu Debat Dengan Abdul Rani - Hasan Ali
Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, beliau akan menunggu kesediaan Abdul Rani sekiranya tidak mahu berdebat pada Rabu ini.
"Saya tetap akan tunggu Abdul Rani. Jika digantikan dengan Khalid Samad (Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor), pastikan dia jadi Pesuruhjaya PAS Selangor dahulu," katanya ketika dihubungi mStarOnline pada Isnin.
Hasan mengulas mengenai Khalid yang akan mewakili Abdul Rani sekiranya beliau masih mahu berdebat.
Hasan dalam satu kenyataannya pada Isnin berkata, beliau bukan mengusulkan debat itu tetapi hanya menerima jemputan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atas kapasiti sebagai bekas Pesuruhjaya PASSelangor.
"Saya difahamkan Abdul Rani tidak bersedia menerima undangan tersebut atas alasan yang sukar diertikan seperti saya menggunakan kaedah gangsterisme terhadap PAS.
"Sepatutnya Abdul Rani menyambut baik jemputan debat itu menggunakanpeluang yang ada untuk mempertahankan kepimpinannya sebagai pemimpin nombor satu PAS di Selangor," katanya.
Selain itu, Hasan berkata, debat itu juga dapat menjelaskan apa yang PAS negeri tawarkan untuk mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan institusi Raja di Selangor dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Saya harap Abdul Rani akan menukar pendiriannya sebaliknya dapat bersama dengan saya pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sekiranya beliau ingin mencadangkan nama yang lain untuk menggantikan beliau,saya syorkan beliau menghubungi penganjur," katanya.
"Tetapi debat ini akan diwakili oleh Khalid Samad. Ini keputusan mesyuarat semua ADUN PAS Selangor. Ini adalah keputusan muktamad.
"Beliau boleh pilih sama ada mahu berdebat dengan Khalid atau tidak perlu diadakan debat langsung. Beliau seharusnya bersikapprofesional," katanya.
Menurut Abdul Rani lagi, sekiranya Hasan masih berminat dan bersetuju untuk berdebat dengan Khalid, beliau perlu memaklumkannya dua minggu lebih awal.
"Di pihak kami (PAS Selangor) tidak dapat meneruskan debat pada 11 Julai ini (Rabu) kerana banyak kerja yang perlu diuruskan. Apapun, ia tetap diwakili oleh Khalid Samad," katanya.
Debat Perdana yang bertajuk "PRU-13: Di Manakah PAS Selangor?" anjuran sebuah NGO di Meru, Klang pada Rabu ini didakwa melibatkan Hasan dan Abdul Rani.
Bagaimanapun PAS Selangor menolak pelawaan debat itu dan tidak pernahmemberi persetujuan untuk berdebat dengan Hasan.
Rita-Aidil Dinasihatkan Bincang Masalah Rumah Tangga Secara Baik
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad berkata, pasangan itu sewajarnya berbuat demikian bersempena kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi.
"Bersempena kedatangan bulan Ramadan adalah lebih baik Rita dan Aidil ambil keberkatan itu dengan berbincang secara baik mengenai masalah rumah tangga mereka.
"Tambahan pula kedua-dua mereka adalah selebriti terkenal dan patut menjadi contoh baik kepada masyarakat khususnya.
"Kalau tidak boleh selesai juga tiada masalah untuk bercerai secara baik," ujarnya.
Dalam pada itu, peguam Syarie defendan (Rita), Datuk Mohd Zaidi Md. Zain menjelaskan kepada mahkamah, anak guamnya bersedia untuk berbincang secara baik dengan plaintif (Aidil) menerusi perintah mahkamah dan dibawah seliaan peguam masing-masing.
"Sebelum ini kita juga sudah membuat satu perbincangan menerusi Jawatankuasa Pendamai (JPK) yang dianggotai seorang wakil keluarga terdekat kedua-dua pihak tetapi pihak plaintif menarik balik kerana tidak jadi untuk bercerai dengan defendan.
"Bagaimanapun pihak anak guam saya sangat terbuka dengan perbincangan untuk menyelesaikan kemelut ini dan berharap pihak plaintif akan bersetuju dan memberikan komitmen," katanya.
Sementara itu, pihak defendan telah mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan plaintif berhubung tuntutan nusyuz (perintah kembali taat) yang dikemukan.
Wan Mahyuddin juga mengarahkan pihak plaintif mengemukakan jawapan terhadap bantahan awal yang dikemukakan oleh pihak defendan.
Peguam Syarie plaintif memohon 14 hari untuk mengemukakan jawapan balas terhadap bantahan awal tersebut.
Aidil bagaimanapun tidak hadir pada sebutan tersebut kerana tidak dapat pelepasan kerana terikat dengan latihan untuk menentang pasukan Arsenal pada 24 Julai depan.
Sebutan kes pasangan itu ditangguhkan pada 7 Ogos depan pukul 9.30 pagi.
Pada 16 Mei lalu, Aidil telah menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.
Aidil juga dalam mahu Rita dan anak-anak berpindah dari kediaman mereka ketika ini di Damansara ke rumah yang baru tajaan ATM yang didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya, dekat sini.
Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan perkahwinan itu tidak mendapat restu keluarga.
Sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
No comments:
Post a Comment