Thursday, July 12, 2012

KAN NAMPAK SOLEHAH SERTA SOPAN BILA MEMAKAI TUDUNG

Penduduk gempar penemuan separuh badan manusia di atas jalan

Posted on the July 10th, 2012 under Jenayah by admin
PETALING JAYA – Penemuan mayat separuh badan yang terkeluar dari longkang berhampiran pasar raya Atria di Jalan SS22/21 di sini hari ini akibat limpahan air hujan menggemparkan penduduk sekitar.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata mayat lelaki separuh badan dari paras pinggang hingga ke pergelangan kaki itu ditemui orang ramai pada 12 tengah hari tadi sebelum memaklumkan kepada polis.
“Mangsa dipercayai dihanyutkan ke longkang terdekat berikutan hujan lebat dan terkeluar akibat limpahan air longkang ke jalan,” katanya kepada Bernama melalui sistem pesanan ringkas, hari ini.
Beliau berkata mangsa memakai seluar jeans berwarna biru dan pihak polis masih mengesan sebahagian lagi mayat dengan menggunakan khidmat unit pengesan anjing K9.




Arjunaidi berkata berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai mati lebih dari 24 jam sebelum ditemui dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat. – Bernama

Lelaki baru keluar penjara tidak serik curi tabung masjid

Posted on the July 10th, 2012 under Tempatan by admin
Suspek kes curi tabung Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh (kanan) dan dua lagi suspek diberkas.
BESUT – Polis berjaya menahan seorang suspek yang memiliki 12 rekod jenayah selepas dia diburu sejak akhir bulan lalu kerana dipercayai mengulangi tabiat buruknya mencuri wang tabung masjid.
Suspek berumur 34 tahun ditahan oleh sepasukan anggota polis di hadapan Masjid Ibnu Abbas, Pengkalan Nyireh, di sini pada jam 4 petang, semalam.




Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek yang baru dibebaskan dari penjara pada 2009 atas kesalahan pecah rumah diburu kerana disyaki sebanyak dua kali memecah tabung masjid sama sebelum ini.
Menurutnya, kali pertama suspek dipercayai memecah tabung masjid itu pada 29 Jun lalu dan kali kedua pada 2 Julai antara pukul jam 8 hingga 8.30 pagi. “Polis dan Jawatankuasa serta kariah masjid sudah mengenali pasti suspek melalui imej video kamera litar tertutup (CCTV) yang dirakam dalam masjid itu.
“Suspek yang sudah berkeluarga dipercayai cuba mengulangi perbuatannya untuk kali ketiga semalam, namun tidak sempat berbuat demikian apabila diberkas sepasukan pegawai dan anggota polis di depan masjid tersebut hasil kerjasama kariah masjid melalui Program 1 Masjid 1 Polis,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di sini semalam.
Noorzainy berkata, hasil pemeriksaan dalam satu beg yang dipegang suspek, polis mendapati di dalamnya mengandungi sebatang besi bulat, sebatang besi tajam, lampu suluh, dawai dan tunai berjumlah RM74.
Menurutnya, kesemua peralatan tersebut dipercayai digunakan suspek untuk membuka tabung masjid itu manakala tunai yang dirampas dipercayai wang hasil curi di masjid sama sebelum ini.
Modus operandi suspek adalah berlakon hendak mendirikan solat dan menunggu semua jemaah keluar sebelum memecah tabung.
Dalam kes berasingan polis turut berjaya memberkas dua lelaki berumur 23 dan 18 tahun kerana disyaki sedang cuba mencuri wang tabung Masjid Jabi, kelmarin.
“Anggota polis kereta peronda polis (MPV) yang melakukan lawatan di masjid itu ternampak sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan yang diletakkan di dalam masjid.
“Apabila anggota polis membuat pemeriksaan di dalam masjid didapati seorang suspek sedang memancing duit dalam tabung masjid manakala rakannya yang menyedari kehadiran polis melarikan diri ke arah tandas,” katanya.
Katanya, suspek yang sedang asyik memancing tabung masjid itu akhirnya berjaya diberkas dan rakannya dari Dungun (23 tahun) dan Rompin, Pahang berjaya ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan RM5,000 seorang oleh Mahkamah Rendah Majistret Besut, semalam.
Bagi kes pertama disiasat di bawah Seksyen 451 Kanun Keseksaan dan kes kedua di bawah Seksyen 379/511 kanun yang sama.
Suspek kes curi tabung Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh (kanan) dan dua lagi suspek diberkas.
Sinar

Pelajar dakwa dirogol ‘Awie’

Posted on the July 10th, 2012 under Tempatan by admin

BESUT – Rahsia seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini yang sering keluar melalui tingkap bilik tidurnya untuk bertemu teman lelaki pada awal pagi pecah tembelang apabila perbuatan itu disedari ibunya.
Rahsia itu terbongkar pada jam 2.30 pagi, Sabtu lalu oleh ibu remaja itu apabila dia terjaga daripada tidur kemudian selepas memeriksa bilik tidur anaknya namun mendapati anaknya tidak ada di dalam bilik manakala pintu tingkap terbuka.
Lebih malang, gara-gara tindakan mencuri keluar pada awal pagi menyebabkan pelajar itu mendakwa dirogol teman lelakinya yang dikenali dengan panggilan Awie yang tinggal bersebelahan rumahnya di sebuah kampung dekat Kuala Besut.




Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor mengesahkan menerima laporan tersebut dan memberitahu, sebaik menyedari anaknya tidak ada di dalam bilik, ibu mangsa pergi ke rumah jirannya itu dan mendapati mangsa berada di ruang tamu rumah bersama Awie. Menurutnya, ibu mangsa terus membawa anaknya pulang.
“Ibu mangsa turut mengesyaki Awie melakukan hubungan seks dengan anaknya kerana anaknya mengaku beberapa kali pergi ke rumah suspek ketika ibu dan ahli keluarganya sedang tidur,” katanya
Noorzainy berkata, polis sudah mengenal pasti suspek berumur 35 tahun yang sudah berkahwin itu dan usaha memburunya sedang giat dilakukan.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Sinar

[Video] Culik Kanak-kanak Dalam Masa 40 Saat!

Posted on the July 10th, 2012 under Luar Negara by admin

Tertidur ketika dalam perjalanan sementara menunggu keretapi, kapal terbang atau seseorang adalah satu rutin biasa.
Bagaimanapun, video menggemparkan di stesyen keretapi Mumbai, India ini membuatkan kita harus berwaspada terhadap keselamatan kanak-kanak atau barang-barang di bawah jagaan tidak kira kita dalam keadaan penat atau mengantuk manapun.
Rakaman CCTV di atas menunjukkan bagaimana penculik berkeliaran selama beberapa minit untuk mencari dan mengenalpasti mangsa. Penjenayah duduk di sisi mangsa selama 40 saat dan mengdukung kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun pergi bersamanya tanpa sesiapapun menyedari.




Ibu-bapa dan kanak-kanak tersebut sedang tidur di stesyen berkenaan, berkemungkinan kanak-kanak tersebut merasakan ibunya yang sedang mendukung. Kejadian ini berlaku pada lewat malam 10 Jun 2012.
Selepas laporan polis dibuat, polis menjejak sehingga ke Haridwar, Uttarakhand dan menyelamatkan kanak-kanak perempuan tersebut pada 7 Julai 2012.
Penculik tersebut juga berjaya ditangkap dan mengakui tujuannya menculik untuk memaksa kanak-kanak menjadi pengemis. -RR/PjO

 


Sumber: Putrajaya Online


Bayar RM250,000 untuk pulih

Posted on the July 11th, 2012 under Tempatan by admin
BILANGAN pesakit buah pinggang semakin ramai serta penderma yang sedikit mendorong segelintir pesakit berusaha mendapatkan organ itu secara haram. – Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Kesukaran memperoleh penderma organ di negara ini menyebabkan segelintir pesakit buah pinggang sanggup menghabiskan sehingga RM250,000 bagi mendapatkan buah pinggang baharu dan menjalani pembedahan di luar negara melalui broker organ haram.
Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendaftaran Renal Kebangsaan (NRR), Datuk Dr. Ghazali Ahmad berkata, kos pembedahan pemindahan buah pinggang di hospital kerajaan cuma RM500 tetapi prosedur yang sama menggunakan organ haram di luar negara boleh mencecah RM250,000.




Katanya, perbuatan tersebut bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi juga menimbulkan komplikasi kesihatan.
“Kami tidak ada statistik jumlah pesakit Malaysia yang menjalani pemindahan organ secara haram di luar negara memandangkan ia pembedahan tidak rasmi tetapi kita dapat maklumat kegiatan itu didalangi broker haram.
“Masalahnya dalam setahun hanya ada 20 hingga 30 penderma organ sedangkan senarai menunggu sudah seramai 16,000 orang. Dalam keadaan ini orang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan buah pinggang baharu,” katanya pada sidang akhbar selepas sesi ceramah Risiko/Realiti Pemerdagangan dan Perniagaan Organ oleh Prof. David Matas dari Kanada di sini semalam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Polis Diraja Malaysia baru-baru ini menafikan Malaysia antara tempat pemindahan organ haram.
Tiong Lai dipetik berkata, keyakinan itu berdasarkan syarat bahawa semua hospital kerajaan mahupun swasta perlu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan sebelum melakukan pemindahan organ.
Pada masa ini pembedahan buah pinggang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan beberapa hospital swasta di sekitar Lembah Klang.
Kosmo

Sasha (Elite) Sah Cerai Talak Satu

Posted on the July 10th, 2012 under Artis by admin

KUALA LUMPUR: Ikatan perkahwinan selama lima tahun antara bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin dan Salyo Priyanto terlerai selepas mereka sah bercerai pada Selasa.
Salyo, 37, seorang warga Indonesia melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Sasha, 36, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak di sini, selepas kedua-keduanya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.
Lafaz yang dibuat dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin itu dibuat pada pukul 2.55 petang dan mahkamah yang menyabitkan lafaz cerai itu sebagai sah memerintahkan Sasha untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.




Sasha dan Salyo yang merupakan warganegara Indonesia telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia tiga tahun.
Sebelum perkahwinan itu Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.
Berita selanjutnya selepas ini.
mStar

Gambar Neelofa Menunaikan Umrah di Mekah

Posted on the July 10th, 2012 under Artis by admin
Kalau anda sebut nama Neelofa saat ini, pasti pertelingkahan dengan Anzalna Nasir muncuk di’fikiran anda semua.
Isu tersebut sudah pun selesai awal minggu lalu apabila Anzalna Nasir secara terbuka meminta maaf kepada Neelofa atas ketelanjuran kata beliau melalui akhbar Berita Harian.
Kini Neelofa sedang berada di kota suci Mekah mengerjakan umrah mengambil peluang sempena jadual lakonan beliau yang melibatkan beberapa lokasi di’sana.



Neelofa terlibat dalam penggambaran drama bersiri sebanyak 26 episod bertajuk Kau Yang Terindah yang di’arahkan oleh pengarah & penerbit popular Erma Fatima.
Berikut adalah beberapa keping gambar peribadi Neelofa ketika mengerjakan umrah saat ini yang beliau kirimkan kepada peminat melalui akaun Twitter. Enjoice!


Sumber: Informasi & Fuzore

No comments:

Post a Comment