Lelaki amuk di JPM dakwa dia ‘Imam Mahadi’
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, kedua-dua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan.
Bagaimanapun suspek lelaki meletakkan pedang samurai di leher polis tersebut.
Menurutnya, polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan kedua-dua suspek dan ketida berada di Kompleks B, suspek telah melibas pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.
“Setelah menerima maklumat dari Pusat Kawalan,anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) sampai di tempat kejadian dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun turut diserang oleh kedua-dua suspek guna pedang samurai.
“Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) sampai untuk bagi bantuan turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini lewat petang ini.
Abdul Razak berkata, suspek lelaki yang juga penganggur berasal dari Petaling Jaya berumur 47 tahun cedera terkena dua das tembakan di bahagian bawah perut (ari-ari) dan tangan kanan manakala suspek wanita juga seorang penganggur, berumur 28 tahun, cedera terkena tembakan di paha kanan.
“Suspek lelaki meninggal di hospital manakala suspek wanita menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berkenaan mengaku dirinya ‘Imam Mahadi’,” katanya.
Menurut Abdul Razak, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada suami suspek, isterinya yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru seminggu mengenali suspek lelaki berkenaan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh polis,” katanya.
Sinar
Pasangan mengamuk di perkarangan JPM, seorang mati
PUTRAJAYA – Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi.Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi meninggal dunia.
Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.
Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.
Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.
Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Sinar
Tokoh budayawan Azah Aziz meninggal dunia
9 Julai 2012
Azah Aziz atau nama penuhnya Sharifah Azah Mohamed Alsagoff, yang juga ibu kepada Gabenor Bank Negara, meninggal dunia pada usia 84.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan sanak saudara Azah Aziz.
Dipetik Bernama, Najib berkata, pemergian tokoh budaya itu, yang lebih dikenali sebagai Azah Aziz akan dikenang oleh masyarakat atas kegigihannya memartabatkan budaya dan kesenian bangsa.
"Kegigihan beliau untuk memartabatkan budaya dan kesenian akan dikenang oleh masyarakat," kata Perdana Menteri dalam kenyataan.
Azah Aziz menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira 10 pagi akibat serangan angin ahmar.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas solat Asar.
Antara yang berada di tanah perkuburan untuk pengebumian ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, serta anggota keluarga dan kenalan rapat.
Maut tertiarap bawah flat
9 Julai 2012
Adik mangsa, yang mahu dikenali Chia berkata, dia dan keluarganya terkejut dan bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja dimaklumkan mengenai berita buruk itu.
Dia berkata, abangnya itu, memaklumkan ingin ke Ipoh untuk bekerja, Khamis lalu.
“Kami sangka dia masih berada di sana dan kami tidak tahu bila dia balik ke Pandamaran.
“Dia tiada masalah dengan keluarga atau masalah hutang. Masalah dengan teman wanita juga tiada kerana setahu saya dia tiada teman wanita,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Chia berkata, abangnya seorang yang pendiam dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah kepada keluarga.
Sementara itu, rakan wanita mangsa, berkata, mangsa yang bekerja di Ipoh, Perak tiba di Pandamaran kelmarin dan bermalam di kediamannya, tidak jauh dari flat dia dijumpai mati.
“Sekitar jam 11 pagi tadi (semalam), sebelum dia (mangsa) keluar dari rumah, abang saya ajak dia sarapan tetapi dia enggan.
“Apabila saya tanya dia hendak ke mana, dia tidak jawab lalu menghidupkan enjin motosikal dan berlalu pergi," katanya.
Bagaimanapun katanya, pada jam 1 petang, beliau dikutkan dengan berita mangsa dijumpai mati di flat tersebut .
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, polis menerima maklumat kejadian daripada penduduk flat terbabit pada kira-kira jam 12.45 tengah hari.
“Anggota yang bergegas ke sana mendapati mangsa meninggal dunia dalam keadaan tertiarap.
“Sebelum kejadian itu, tiada sesiapa yang nampak mangsa berada di tingkat itu,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat keluarganya, mangsa yang masih bujang itu seorang pendiam dan tiada berlaku perselisihan faham dengan keluarga serta rakan.
Katanya, malah mangsa yang didakwa tiada musuh sebelum ini tinggal di Jalan Papan, Pandamaran bersama keluarganya.
Mohamad berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Penduduk gempar penemuan separuh badan manusia di atas jalan
9 Julai 2012
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata mayat lelaki separuh badan dari paras pinggang hingga ke pergelangan kaki itu ditemui orang ramai pada 12 tengah hari tadi sebelum memaklumkan kepada polis.
"Mangsa dipercayai dihanyutkan ke longkang terdekat berikutan hujan lebat dan terkeluar akibat limpahan air longkang ke jalan," katanya kepada Bernama melalui sistem pesanan ringkas, hari ini.
Beliau berkata mangsa memakai seluar jeans berwarna biru dan pihak polis masih mengesan sebahagian lagi mayat dengan menggunakan khidmat unit pengesan anjing K9.
Arjunaidi berkata berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai mati lebih dari 24 jam sebelum ditemui dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat. - Bernama
Kontraktor parah ditetak ketika minum
9 Julai 2012
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut DSP Noor Zainy Mohd Noor berkata dalam kejadian pukul 7.15 malam itu, mangsa yang berumur 28 tahun cedera parah di kepala dan tangan kanan manakala dua rakannya sempat melarikan diri.
"Ketika mangsa sedang minum bersama dua rakannya, tiba-tiba suspek meluru keluar dari dua buah kereta dan seorang daripadanya bertindak menetak mangsa menggunakan pedang.
"Dua rakan mangsa yang tidak dapat berbuat apa-apa melarikan diri dan melaporkan kejadian di Balai Polis Kuala Besut. Mangsa yang pengsan dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Noor Zainy berkata pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengetahui motif serangan tersebut.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menahan tiga lelaki yang dipercayai mencuri wang tabung dua buah masjid di Kampung Raja dan Jerteh, minggu lepas dan semalam.
Katanya dalam kejadian semalam, lelaki berumur 34 tahun yang merupakan penduduk tempatan di Kampung Raja, ditahan di kawasan masjid kampung berkenaan kira-kira pukul 4 pagi dan polis menemui peralatan pecah rumah dan wang tunai RM74, dipercayai diambil daripada tabung masjid itu.
Beliau berkata dua lagi suspek berumur 18 dan 23 tahun berasal dari Dungun dan Rompin, Pahang ditahan ketika sedang mencuri wang daripada tabung sebuah masjid di Jerteh, 2 Julai lepas. - Bernama
Janin ditemui dalam kotak kasut
Janin yang cukup sifat dipercayai berusia antara enam hingga lapan bulan itu ditemui lelaki tersebut yang memasuki tandas itu kira-kira pukul 8.10 pagi.
Pemandu berusia lingkungan 30-an itu curiga apabila melihat sebuah kotak kasut lalu membukanya dan terkejut melihat janin itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Supritendan Muhammad Koey Abdullah berkata, pemandu bas itu kemudian membawa kotak berisi janin bayi berkenaan dan menyerahkannya kepada pengawal keselamatan.
"Pengawal keselamatan kemudian memaklumkan penemuan janin itu kepada polis," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian hari ini.
Muhammad Koey berkata, polis percaya janin berkenaan diletakkan dalam tandas sejak pukul 5 pagi ini sebelum ia ditemui.
Katanya, ini kerana tandas di stesen itu ditutup pada waktu malam dan hanya dibuka kira-kira pukul 5 pagi.
Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di hadapan pintu masuk tandas berkenaan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab dalam kejadian itu.
"Janin yang belum diketahui keturunan ini telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian," katanya.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran.
'Bapa' bayi dalam beg sandang ditahan
KUALA TERENGGANU 7 Julai - Polis menahan seorang pemuda berusia 19 tahun yang dipercayai 'bapa' kepada bayi yang ditemui mati di dalam sebuah beg sandang di asrama sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, suspek ditahan di rumahnya di Kampung Cherang Guling, Marang pukul 4 pagi ini.
Menurutnya, remaja lelaki itu dipercayai individu yang bertanggungjawab menghamilkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun sehingga melahirkan bayi yang kemudian menyembunyikan bayi itu dalam sebuah beg sandang sehingga mati.
"Kita sedang berusaha untuk mendapatkan keterangan daripada pelajar perempuan terbabit, manakala suspek kini ditahan reman sehingga Jumaat depan," katanya di sini hari ini.
Beliau menjelaskan, hasil siasatan mendapati suspek dan pelajar perempuan berkenaan bukan pasangan kekasih tetapi mereka pernah dua kali melakukan hubungan seks pada tahun lalu.
Jumaat lalu, akhbar melaporkan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini terkejut apabila beg sandang yang diserahkan oleh seorang rakan sekolahnya untuk disimpan, mengandungi mayat seorang bayi perempuan yang baru lahir.
Galaxy Note 2 dilancar Oktober ini
Galaxy Note 2 dilaporkan bakal memiliki skrin yang lebih besar iaitu 5.5 inci dengan skrin resolusi super tinggi, 1680x1050.
Sebelum ini Galaxy Note menjadi kegilaan ramai dan model baru itu juga dijangka akan mengenepikan produk keluaran telefon pintar akan datang Apple iaitu iPhone 5 yang dilaporkan turut akan menggunakan skrin besar.
Model terbaru itu dilengkapi dengan kamera 12 mega pixel dan menggunakan sistem quad core processor, spesifikasi yang mengekalkannya mendahului teknologi yang akan digunakan oleh iPhone 5.
Telefon pintar Galaxy Samsung kini menjadi produk utama kepada syarikat Korea Selatan itu dan menyumbang kepada hasil pendapatan yang tinggi.
Galaxy telah mengenepikan pesaing hebatnya, sekali gus menyebabkan Samsung mencatat rekod jualan tertinggi. - AGENSI
Apple lancarkan iPad bersaiz mini?
NEW YORK 6 Julai - Apple dilaporkan sedang bersiap sedia untuk melancarkan versi iPad mini yang lebih kecil dan dijangka dipasarkan sebelum Krismas.IPad mini itu difahamkan hanya berukuran kurang daripada 20.32 sentimeter berbanding saiz asal sekarang, 24.63 sentimeter dan ia lebih murah.
Apple terkenal dengan sifat berahsia tentang inovasi teknikal produk mereka dan khabar angin berhubung iPad mini itu datang negara-negara timur, tempat gajet-gajet syarikat tersebut dihasilkan.
Khabar angin yang dilaporkan oleh Bloomberg dan Wall Street Journal itu memetik beberapa sumber dalaman Apple yang tidak mahu disebutkan namanya.
''Apple tidak akan memberi komen tentang sebarang khabar angin dan spekulasi,'' kata jurucakap dari United Kingdom.
Ketika ini, kos sebuah iPad adalah melebihi £399 (RM1,966) dan sumber dalam industri memberitahu, iPad mini itu adalah reaksi kepada pesaing tablet seperti Google yang melancarkan Nexus 7 dengan harga £159 (RM784).
Blog-blog teknologi dari negara-negara timur juga membayangkan Apple akan membuat satu majlis pelancaran tidak lama lagi.
Penganalisis Shaw Wu, Sterne Agee meramalkan pelancaran oleh Apple itu akan menjadi tamparan kepada pesaing Android.
''Ia akan menjadi mimpi ngeri mereka,'' kata Agee.
Pengasas Apple sebelum ini, mendiang Steve Jobs dilaporkan berkata pada 2010, dia berkeras menentang pelancaran iPad yang lebih kecil.
''Faktor utama kita tidak mahu menjual tablet bersaiz 17.78 sentimeter adalah kerana kita tidak mahu mencapai harga yang paling rendah,'' kata Jobs. - AGENSI
No comments:
Post a Comment