Saturday, July 14, 2012

ZINA..CURI DLL TAK SELESAI SELAGI RAGU2 NAK LAKSANA HUKUM ALLAH...TAK LAKSANA KITA MENAFI SIFAT ALLAH YANG MAHA BIJAKSANA DAN MAHA ADIL

Pelajar dicekup serumah dengan duda
Wartawan Sinar Harian
14 Julai 2012
Pelajar dicekup serumah dengan duda
Pasangan duda bersama pelajar yang dicekup, semalam.
AMPANG - Helah seorang lelaki mengaku sudah berkahwin dengan kekasihnya, seorang penuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) kepada pemilik kediaman disewanya, terbongkar selepas pasangan itu dicekup bersedudukan awal pagi, semalam.

Duda berusia 35 tahun itu didakwa menipu pemilik rumah tersebut dengan menyatakan dia sudah berkahwin, namun sebenarnya dia tinggal bersama teman wanitanya berusia 21 tahun di bilik sewa rumah berkenaan sejak  seminggu lalu.

Pasangan itu dicekup kerana disyaki berkhalwat di rumah berkenaan pada jam 2.30 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuainya memeriksa kediaman berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju serta berseluar pendek sedang berselimut di atas tilam dalam bilik berkenaan,” katanya.

Pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Balai Daerah Ampang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum siasatan lanjut.
Anak gadis hilang selepas berbual dengan ibu
Wartawan Sinar Harian
14 Julai 2012
Anak gadis hilang selepas berbual dengan ibu
Nor Afifa
KUANTAN – Seorang ibu mengesyaki anaknya menjadi mangsa culik apabila gadis itu tiba-tiba hilang dari tempat duduknya beberapa minit selepas mereka berbual.

Ana Zali, 45, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 11.30 pagi Selalu lalu, dia sedang memeriksa barang dalam sebuah bangunan di tempat kerja di Taman Tas sambil melayan Nor Afifa Abd Rahman, 20, yang ketika itu berada di sebelahnya.

Bagaimanapun dia menyedari kehilangan Nor Afifa selepas tidak mendengar suara anaknya.

“Saya terkejut kerana dia tiba-tiba hilang dari tempat duduknya. Saya keluar mencarinya di semua kawasan di bangunan itu termasuk bertanya kepada mereka yang berada di situ tetapi tidak menemui sebarang kesan,” katanya.

Ana berkata, dia terpaksa membawa Nor Afifa ke tempat kerja kerana bimbang dengan keadaan anaknya yang demam sejak dua minggu lalu dan tidak mahu meninggalkannya sendirian di rumah.

Katanya, ketika anaknya hilang, dia memakai baju merah jambu dan hitam, berseluar dan bertudung hitam.

Ibu kepada empat anak itu juga mengakui Nor Afifa seorang gadis yang bukan sahaja patuh kepada ibu bapa tetapi sentiasa berhubungan rapat dengan keluarga.

Bimbang dengan keselamatan anaknya, Ana membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kira-kira jam kira-kira jam 4.30 petang.

Menurutnya, mereka sekeluarga masih berusaha mencari Nur Afifa di sekitar Kuantan dan mengesyaki anaknya masih berada di daerah ini.

“Kami tidak pernah jemu mencarinya dan mahu dia selamat pulang ke pangkuan keluarga,” katanya yang buntu dengan kejadian itu.

Ana berharap, orang ramai boleh membantunya mengesan Nor Afifa dengan menghubunginya di talian 019 – 6076242  jika ternampak anaknya di kawasan mereka.
Polis: Kematian warga emas semalam akibat dibunuh

13 Julai 2012
KUANTAN - Polis mengesahkan wanita warga emas yang ditemui mati di rumahnya di Lorong Alor Akar 30 di sini petang semalam, adalah akibat dibunuh.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata bedah siasat oleh Hospital Tengku Ampuan Afzan pagi tadi mendapati Goh Eng Mooi, 60, mati akibat dicekik.
  
"Polis masih menyiasat kes berkenaan secara terperinci," katanya ketika dihubungi Bernama.
  
Dalam kejadian pada 4 petang itu, mangsa sendirian kerana semua lima anaknya yang tinggal bersama, berada di tempat kerja masing-masing.
  
Kejadian hanya disedari anak lelakinya yang berusia lingkungan 40-an, ketika pulang untuk membawa mangsa menjalani pemeriksaan rutin di sebuah hospital pakar di sini.
  
"Siasatan awal mendapati kejadian melibatkan kes samun apabila beberapa barangan termasuk dua komputer riba, sebuah telefon bimbit dan wang tunai kira-kira RM200 hilang," kata Narenasagaran.
  
Beliau berkata polis juga masih menyiasat sama ada kes itu melibatkan lebih daripada seorang suspek.
  
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh. - Bernama
OKU mati lemas dalam parit
Wartawan Sinar Harian
14 Julai 2012
OKU mati lemas dalam parit
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jasin.
UMBAI - Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) maut akibat lemas selepas dia bersama motosikal ditungganginya terhumban dalam parit di Taman Bukit Tembakau Indah, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, Mohamad Falzeli Mohd Nasir, 21, yang cacat pendengaran dan bisu dalam perjalanan dari sebuah kilang, ke rumahnya di Bukit Pegoh.

Mangsa yang bekerja sebagai pencuci kereta itu dikatakan masih bernyawa, namun disebabkan mengalami lemah saraf di kaki dan tangan kanan, menyebabkan dia tidak berupaya untuk bangun sendiri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Shahidi Abdullah berkata, motosikal yang ditunggangi mangsa terbabas sebelum masuk ke dalam parit sehingga membuatkan mangsa meninggal dunia.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat," katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Puspa Muhamad Diah, 49, berkata, tidak menyangka perbuatan pelik anaknya yang dipanggil 'Abang' bersalaman dengan semua ahli keluarga menjadi petanda akan pergi buat selama-lamanya.

“Abang menunjukkan sikap pelik dua tiga hari ini apabila bersalaman dengan saya dan ayahnya sebelum pergi kerja," katanya.
Disamun sebelum sampai bank
Wartawan Sinar Harian
14 Julai 2012
KUALA PILAH – Seorang kontraktor berputih mata apabila wang berjumlah RM110,000 yang baru dikeluarkan dari sebuah bank dekat sini, disamun dua perompak di tempat letak kenderaan.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari, Rabu lalu itu menyebabkan mangsa berumur 37 tahun, cedera di bahagian tangan kiri akibat bergelut dengan seorang suspek dipercayai menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, ketika kejadian, mangsa baru sahaja mengeluarkan wang dan mahu memasukkan semula wang itu ke dalam sebuah bank berdekatan.

Menurutnya, namun setibanya di tempat letak kenderaan berhadapan bangunan kosong, mangsa didatangi seorang lelaki berkulit gelap berumur 30-an sebelum bertindak merampas beg duit yang diletakkan di tepi tempat duduk hadapan.

"Selepas itu, mangsa yang cuba merampas semula beg berkenaan bergelut dengan suspek sehingga cedera di bahagian tangan kiri akibat dikelar senjata tajam disyaki pisau.

“Suspek dipercayai melakukan kegiatan bersama seorang lagi lelaki yang menunggu di dalam kereta jenis Proton Iswara berwarna hijau. Selepas berjaya merampas beg itu, kedua-dua suspek memecut kereta menuju ke arah Tampin,” katanya ditemui Sinar Harian  di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah, semalam.

Jaafar berkata, mangsa dipercayai diekori dari bank sehingga ke tempat letak kenderaan yang agak jauh daripada orang ramai.

“Sejurus kejadian, mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini dan dirawat sebagai pesakit luar.

"Selepas itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Melang dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 394 kerana mendatangkan kecederaan ketika samun tanpa senjata api,” katanya.

Katanya, oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar bijak merancang pengeluaran wang dalam jumlah banyak dan tidak meletakkan barang berharga di dalam kenderaan yang mudah dilihat individu lain.
Suami isteri penyamun aksesori Kancil
SYAMILAH ZULKIFLI
13 Julai 2012
Suami isteri penyamun aksesori Kancil
Osman (kiri) melihat aksesori Perodua Kancil yang berjaya ditemui semula.
SEREMBAN – Sepasang suami isteri sanggup membawa bersama seorang kanak-kanak ketika menjalankan kegiatan curi kereta di daerah ini sejak April lalu.

Mereka berbuat demikian dipercayai untuk mengaburi mata orang ramai agar kegiatan mereka tidak dapat dikesan pihak berkuasa. Bagaimanapun, kegiatan mereka akhirnya dihidu polis sehingga membawa kepada penangkapan dua  lelaki serta 12 kenderaan dipercayai dicuri.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, modus operandi suspek adalah mencuri kereta jenis Perodua Kancil yang sudah diubahsuai, mengambil aksesori dalam kenderaan berkenaan, sebelum meninggalkannya di lokasi lain.

“Sasaran suspek adalah Perodua Kancil yang telah diubah suai kerana aksesori digunakan agak lumayan untuk dijual di pasaran.

“Selepas selesai mengambil barangan aksesori ini, kereta ini akan ditinggalkan di tepi jalan dan antara lokasi yang kita jumpa kenderaan ini ialah di sebuah pasaraya Giant, Jalan Pekan Tampin, Bandar Baru Nilai dan Batu Berendam, Melaka,” katanya.

Menurutnya, polis berjaya menahan suspek di pekan Kajang, Selangor sebelum menahan seorang rakan mereka di Melaka dipercayai rakan kongsi dalam kegiatan itu.

Berikutan penahanan itu, katanya. sebanyak 11 Perodua Kancil serta sebuah Honda Stream ditemui semula dan sebahagian besarnya menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Manakala, katanya, beberapa aksesori dijumpai semula termasuk lima komputer riba, rangka motosikal dan kamera.

Menurutnya, barangan dijumpai itu melibatkan lima kes di Negeri Sembilan, selain Kuala Lumpur (empat) dan masing-masing dua di Selangor dan Melaka.

“Sebelum ini polis menerima lima kes laporan kehilangan Perodua Kancil di daerah ini. Dari maklumat itu kita membuat siasatan agresif terhadap kemungkinan wujudnya satu kumpulan mencuri kereta jenis Perodua Kancil.

“Pada masa sama, kita menerima maklumat daripada seorang lelaki yang baru kehilangan Perodua Kancil di Seremban ternampak keretanya dibawa lari satu pasangan dengan membawa seorang kanak-kanak,” katanya pada sidang media di Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini semalam.

Osman berkata, kedua-dua lelaki yang ditahan berumur 20an dan 30an itu berasal dari Melaka.

Menurutnya, polis kini mencari isteri suspek yang beralamat terakhir di Linggi bagi membantu siasatan.

Hadir sama pada sidang media berkenaan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid.
Dituduh rogol, liwat remaja
Wartawan Sinar Harian
14 Julai 2012
Dituduh rogol, liwat remaja
Ketiga-tiga tertuduh menutup wajah masing-masing ketika dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
JOHOR BAHRU – Tiga rakan yang bekerja sebagai pembantu kedai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas 12 tuduhan meliwat dan merogol seorang remaja perempuan pada 29 dan 30 Jun lalu.

Tertuduh pertama, Norizam Bahri, 22, berhadapan tiga tuduhan meliwat dan tiga tuduhan merogol ke atas mangsa yang berusia 15 tahun enam bulan bertempat di asrama pekerja di Jalan Sena 9, Taman Rinting, di sini.

Norizam dituduh melakukan kesalahan itu di antara jam 2 petang pada 29 Jun hingga 8 malam 30 Jun.

Tertuduh kedua, Mohammad Fauzi Rahmad, 20, dikenakan dua tuduhan meliwat dan dua tuduhan merogol ke atas mangsa yang sama di antara jam 10.45 malam pada 29 Jun hingga jam 3 pagi pada 30 Jun lalu.

Manakala tertuduh ketiga Abdul Halim Rahamat, 20, dituduh meliwat dan merogol mangsa pada jam 10.30 malam pada 29 Jun lalu di tempat yang sama.

Ketiga-tiga tertuduh tidak mengaku salah atas semua pertuduhan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dzul Iswari Mohd Jaafar mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan, dan Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Zamri Bakar menetapkan 27 Julai ini sebagai sebutan semula kes dan beliau menetapkan tertuduh pertama dan kedua dikenakan ikat jamin sebanyak RM22,000 setiap seorang, manakala ikat jamin RM11,000 bagi tertuduh ketiga.

"Ikat jamin ini bertujuan memberi peluang kamu bergaul bersama masyarakat dan meluangkan masa bersama keluarga,” katanya.

Ketiga-tiga tertuduh yang turut ditemani keluarga masing-masing diwakili peguam Hussin Othman.
Remaja perempuan antara ditahan curi besi
Wartawan Sinar Harian
13 Julai 2012
Remaja perempuan antara ditahan curi besi
Harun menunjukkan barangan rampasan dalam kejadian mencuri besi di sebuah kilang di kawasan perindustrian Tanjung Agas, Sungai Mati 21 Jun lalu.
MUAR – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun antara 11 suspek yang ditahan kerana terbabit dalam kegiatan mencuri besi di sebuah kilang dalam kawasan perindustrian Tanjung Agas, Sungai Mati, dekat sini.

Lima ditahan pada 21 Jun lalu, jam 2.40 petang, manakala enam yang lain ditahan jam 4.30 petang, pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, ketika ditahan kesemua suspek sedang asyik mencuri besi dalam kilang berkenaan.

Menurutnya, empat daripada suspek yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia dan kegiatan tersebut didalangi warga tempatan yang juga merupakan seorang kontraktor berusia 39 tahun.

“Kilang ini yang menyimpan banyak besi lama menjadi tumpuan suspek sejak beberapa bulan lalu. “Namun, kegiatan mereka terbongkar apabila pengawal keselamatan kilang ini melihat sekumpulan individu mencurigakan memasuki kawasan kilang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, semalam. Beliau berkata, berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pengawal keselamatan itu, sekumpulan anggota polis dari IPD Ledang dan Balai Polis Sungai Mati ke kilang berkenaan dan menahan kesemua suspek.

Katanya, turut dirampas ialah sebuah fork lift, tujuh tong silinder gas besar, empat tong gas memasak, satu gulung kabel getah berserta nozel, sebuah lori, sebuah kenderaan pacuan empat roda, sebuah motosikal dan 10 keping besi.

“Kesemua suspek yang berusia 17 hingga 39 tahun, kemudiannya dibawa ke IPD Ledang untuk siasatan lanjut. “Hasil siasatan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan bebas dadah selepas  ujian air kencing dilakukan ke atas mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment