Sunday, May 27, 2012

CINTA ITU DARI ALLAH...DAH DIJADIKAN TAKDIR...KENA TERIMA...TAPI CINTA JADIKAN TAQWA BUKAN DERHAKA PADA ALLAH IAITU BUAT MAKSIAT...MAKA ITU SYAITAN SESATKAN...SESAT SEBAB JAUH DARI ALLAH...DENGAN MENINGGAL AJARAN2 ISLAM...AMAN SAJA...ADAKAH AMAN DENGAN MAKSIAT...DIKHUATIR PERKENALAN DIIKUTI DENGAN ZINA...KITA MENYUBUR MAJLIS2 MAKSIAT...AKHIRAT KAUORANG JAWABLAH..DOSA YANG SENDIRI PUNYA TAK TERTANGGUNG...NI NAK TANGGUNG DOSA ORANG LAIN...DAPAT SEBAB KITA TAUKEHNYA

Kaki pukul pecah rahsia

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Angkara cemburu buta, seorang wanita berusia lewat 20-an membelanjakan ribuan ringgit semata-mata untuk mengupah sekumpulan ‘samseng’ bagi memukul suami sendiri yang disyaki curang.
Difahamkan, wanita terbabit nekad berbuat demikian selepas terserempak suaminya berusia 31 tahun yang bergaul mesra dengan seorang wanita tidak dikenalinya berhampiran sebuah restoran di Jinjang, di sini, seminggu lalu.
Akibat tindakannya itu, mangsa cedera ringan di seluruh tubuh selepas dipukul dua lelaki diupah wanita terbabit dalam kejadian jam 10 malam berhampiran rumah mangsa di Jinjang, di sini, Jumaat lalu.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Cinta tak kenal usia

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
ahmadtajol@hmetro.com.my

BAHAGIA...pasangan pengantin bersama ahli keluarga masing-masing.
BAHAGIA...pasangan pengantin bersama ahli keluarga masing-masing.
BATU PAHAT: “Kami menggunakan panggilan ‘abang’ dan ‘sayang’ dan kehadirannya dalam hidup saya membuka buku baru dalam hidup ini.
“Saya berdoa perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan menemaninya hingga hujung nyawa,” kata Salmah Saimon, 53, yang melangsungkan perkahwinan dengan warga emas, Mohd Hassim Ahsan, 76, semalam.

Pasangan yang menjalin hubungan cinta selama lima bulan sebelum dinikahkan, sebelum ini hanya melepaskan rindu melalui telefon bimbit berikutan Mohd Hassim berada di Beroleh di sini, manakala Salmah bekerja di Kuala Lumpur.
Cinta jarak jauh itu mendapat restu keluarga sebelum melangsungkan perkahwinan di Kampung Lubuk, Jalan Batu Putih di sini, semalam.

Mohd Hassim berkata, dia beruntung apabila disatukan dengan Salmah menerusi majlis pernikahan dan persandingan yang dihadiri lebih 1,000 ahli keluarga.

“Ini adalah ketentuan Allah dan siapa sangka pada usia begini, jodoh saya masih ada dan dikurniakan pasangan yang cukup memahami.

“Sepanjang tempoh perkenalan mulai awal tahun ini, kami hanya berhubung menerusi telefon dan mengenali hati budi,” katanya ketika ditemui pada majlis perkahwinan mereka, semalam.

Katanya, dia mempunyai enam anak dan 16 cucu, manakala Salmah, tiga anak dan tiga cucu.
Mengimbau detik perkenalan mereka awal Januari lalu, Hassim yang juga pesara guru berkata, dia diperkenalkan dengan Salmah menerusi saudaranya.

“Hasil perbualan menerusi telefon, saya dapati Salmah penyayang dan memahami diri saya.

“Sebaik mengetahui kami serasi bersama, kami mengambil keputusan bertunang tiga bulan lalu. “Alhamdulillah, tiga bulan kemudian (hari ini) kami sah menjadi suami isteri dan lebih bermakna semua ahli keluarga bersetuju dengan keputusan kami,” katanya. Pada majlis berkenaan, pasangan pengantin warga emas yang lengkap persalinan serba ungu jelas tersipu malu apabila diusik ahli keluarga.

“Saya berdoa perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan menemaninya hingga hujung nyawa.

“Saya mengambil keputusan berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa bermula hari ini,” kata Salmah.

Harian Metro yang berkunjung ke kediaman keluarga perempuan mendapati, tetamu terutama keluarga dan jiran tidak melepaskan peluang menghadiri majlis pernikahan yang disambut penuh meriah itu.

Kasihan Wardina

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya rasa nak cari dia, kalau boleh nak kenal dan tahu dia anak siapa,” kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, mengulas mengenai panggilan berunsur lucah dan mengaibkan yang diterimanya daripada seorang lelaki tidak dikenali, pagi semalam.
Personaliti televisyen itu yang masih trauma dengan panggilan berunsur lucah itu mendakwa terkilan dengan sikap lelaki terbabit yang dipercayai dilakukan seorang lelaki tempatan dan beragama Islam.
“Saya ada anak. Saya pernah rasa melahirkan anak dan pasti sangat sedih apabila anak sudah besar jadi seperti itu (melakukan gangguan seksual).

“Malah, saya simpati dengan dia kerana bersikap sedemikian. Saya pasti dia seorang Muslim, kenapa perlu melakukan perbuatan mengaibkan dan sukar untuk saya luahkan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.


Menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku, Wardina memberitahu beliau menerima dua panggilan daripada nombor sama ketika dia berada di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini.

‘Resah fikir hal sebenar’



PUTRAJAYA: “Saya resah tak tahu nak buat apa. Keluar masuk rumah, fikir banyak kali. Apa sebenarnya yang terjadi pada anak saya,” kata Shaari Bujang, 59, bapa Mohd Iskandar Rasiq, 20, iaitu mangsa kemalangan perlumbaan drag kereta, tengah malam, semalam.
Menurutnya, dia menerima panggilan memaklumkan anak bongsu dari tiga beradik itu terbabit kemalangan jam 1.30 pagi ketika dia berada di rumahnya di Felda Bukit Rokan Barat, Bahau, Negeri Sembilan. “Sebaik saya terima panggilan, saya dah tak tahu nak cakap apa. Tak dapat saya bayangkan macam mana keadaan anak ketika itu. “Saya tak boleh tidur. Asyik terfikir dan terkenang kemalangan itu sampai tak boleh nak lelap mata sehingga saya membuat keputusan pergi ke Putrajaya untuk melihat keadaan anak,” katanya ketika ditemui selepas menerima lawatan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Hospital Putrajaya (HPJ), di sini, semalam.

Semalam, kemeriahan perlumbaan drag sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 bertukar mimpi ngeri apabila sebuah kereta yang menjalani sesi ujian hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kanan lalu merempuh sebahagian penonton. Difahamkan, kejadian yang berlaku sekelip mata itu menyebabkan 17 penonton yang berada tidak jauh dari situ cedera termasuk empat parah.
Mangsa parah ialah Mohd Iskandar Rasiq yang mengalami kecederaan organ dalaman serta menjalani pembedahan dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), hospital berkenaan.

Ami Nakim, 27, pula patah kedua-dua kaki dan tangan kiri, manakala Mohammad Fairuz Jamaluddin, 27, yang menjalani pembedahan ketika Ahmad Shabery melawat mangsa.

Sementara, seorang lagi yang belum dikenal pasti identitinya sudah dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan atas permintaan keluarga.

Henti spekulasi

PUTRAJAYA: Semua pihak diminta menghentikan spekulasi mengenai kemalangan membabitkan pelumba drag yang melanggar 17 penonton selepas terbabas bagi mengelakkan timbul salah faham.
Malah, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau sudah mengarahkan pegawainya bekerjasama dengan penganjur dan polis untuk menjalankan siasatan kejadian itu.

“Sebagai langkah awal kementerian mengarahkan perlumbaan dihentikan bagi membolehkan kita meneliti semula aspek keselamatan penonton,” katanya.

‘Bukti boleh berhimpun secara aman’



PUTRAJAYA: Perhimpunan kira-kira dua juta belia sepanjang lima hari di sini, membuktikan kumpulan itu boleh berhimpun secara aman tanpa membabitkan sebarang bentuk kekerasan atau keganasan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perhimpunan itu amat berbeza dengan perhimpunan Bersih 3.0, bulan lalu yang dicemari insiden keganasan, kekasaran dan kerosakan harta benda awam.

“Kita boleh lihat sendiri, walaupun perhimpunan ini mencecah dua juta, tetapi kita tidak nampak ramai polis yang berkawal.
“Ini jelas menunjukkan kita boleh berkumpul secara aman dan bertamadun berbanding pihak lain yang menyebabkan kekecohan walaupun tidak seramai yang berhimpun hari ini,” katanya pada sidang media selepas melawat Food Valley di Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena sambutan Hari Belia Negara 2012 di sini, semalam.

Pada lawatan itu, Ismail Sabri melawat beberapa gerai yang disediakan di Food Valley.

Sementara itu, beliau berkata, secara keseluruhannya program lima hari anjuran Kementerian Belia dan Sukan itu berjaya menarik minat golongan belia untuk sama-sama menyertainya.

Katanya, ia terbukti dengan kehadiran kira-kira dua juta belia sepanjang tempoh program itu berlangsung.

“Bukan itu saja, program yang dibuat juga berguna kepada golongan berkenaan yang menjadi generasi masa depan negara,” katanya.

Bapa mati lihat anak terbakar

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

PARIT BUNTAR: Anak mati rentung, bapa pula meninggal sakit jantung. Kejadian berlaku apabila si anak membakar tubuhnya dengan petrol menyebabkan bapanya rebah melihat keadaan lelaki itu bergelumang api.
Dalam kejadian jam 10 malam, Jumaat lalu, di Kampung Cina bagan Selatan, Tanjung Piandang itu, penjual ikan, Tan Chun Hock, 48, ditemui rentung manakala, bapanya, Tan Bak Lee, 78, dikejarkan ke Hospital Parit Buntar kerana tidak sedarkan diri.
Bagaimanapun, Bak Lee disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dipercayai terkena serangan jantung akibat terkejut dengan kejadian ngeri menimpa anak lelakinya itu.

Anak perempuan Chun Hock, Tan Hui tian, 19, ketika ditemui berkata, dia terkejut dengan tindakan bapanya membunuh diri dan tidak menyangka kehilangan dua orang tersayang sekali gus termasuk datuknya.


Pengarang eksekutif akhbar maut nahas



SRI AMAN: Perjalanan pulang seorang pengarang eksekutif sebuah akhbar tempatan bersama isteri ke kampung halaman sempena menyambut pra Hari Gawai berakhir tragedi apabila dia terbunuh selepas pacuan empat roda dinaiki bertembung sebuah lori sarat muatan tong gas di Selepong, berdekatan Bukit Begunan, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, Pengarang Eksekutif New Sarawak Tribune, Dunstan Melling Undau, 66, maut di tempat kejadian manakala isterinya, Jacqueline Bungai Gawan, 62, parah dan dikejarkan ke Hospital Sri Aman.

Difahamkan, sebelum kejadian, Dunstan yang memandu pacuan empat roda dipercayai dalam perjalanan dari Kuching ke Saratok, baru saja menuruni Bukit Begunan, sebelum kenderaannya bertembung dengan lori.
Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mat Jusoh Mohamad berkata, pertembungan itu menyebabkan Dunstan maut di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala isterinya cedera.

Beliau berkata, setakat ini, polis masih belum dapat mengenal pasti punca kemalangan itu dan difahamkan, ia berlaku sebaik kedua-dua kenderaan tiba di kawasan gelap.

“Siasatan awal mendapati mangsa bersama isteri dalam perjalanan pulang ke kampung, manakala lori itu dari Sri Aman menuju ke Kuching,” katanya.

“Isteri mangsa parah di beberapa anggota badan kemudian dihantar ke Hospital Sri Aman dan keadaannya kini dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mat Jusoh berkata, pemandu lori berusia 49 tahun sudah ditahan untuk membantu siasatan mengenai kejadian itu.
“Polis masih menjalankan siasatan berhubung kes ini dan orang ramai menyaksikan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya.



Lelaki lebih berisiko hidap kanser payudara

MUAR: Golongan lelaki di negeri ini perlu membuang perasaan malu dan melakukan pemeriksaan kanser payudara kerana mereka sebenarnya lebih terdedah kepada penyakit itu berbanding wanita.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri, Dr Robia Kosai, berkata masih ramai lelaki tidak mengetahui mereka sebenarnya lebih mudah terdedah kepada penyakit berbahaya itu.

Lebih menakutkan, katanya, ia (kanser) lebih sukar dirawat sekiranya seseorang lelaki menghidapnya kerana kekurangan sel berbanding wanita.
Menurutnya, walaupun jumlah lelaki dilaporkan menghidap penyakit itu di negeri itu masih kurang, langkah pencegahan awal seharusnya dilakukan.

“Jumlahnya tidak banyak (pesakit barah payudara lelaki), tetapi ia tidak boleh dipandang ringan dan disebabkan itulah, kami galakkan mereka melakukan pemeriksaan sendiri kerana ia amat berbahaya,” katanya selepas merasmikan program ‘Home Help’ Dijejaki Disayangi serta melancarkan ikon sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor di Bakri di sini, semalam.

Turut hadir dalam program itu, Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah dan ikon sukarelawan Johor iaitu pelakon dan pelawak, Abon atau nama sebenarnya Shahrizan Ahmad.

HURAIKAN HUKUM SUARA WANITA HARAM ATAU TAK...WANITA BERTUDUNG TAPI BERSOLEK...KITA PAPAR MUKA DIMEDIA2...TENTU BANYAK LELAKI GILA...TAK KIRA SAPE TAK BETUL...KIRA HUKUM HARUS ATAU HARAM...MASALAH BUKAN BALAK SAJA TAPI BUAT KAWASAN PERUMAHAN TAK JAGA ALAM SEKELILING...BUKIT BOTAK....BUKAN DIKEDAH MALAH NEGERI2 LAIN JUGA...PESTA ATAU HIMPUN BIAR TAHU HUKUM HALAL ATAU HARAM...KALAU BERCAMPUR GAUL LELAKI PEREMPUAN...DEDAH AURAT...CONFIRM MUFTI2 PUN KATA HARAM...TAK PAYAH TUNGGU FAKTWA...RAKYAT LAH NI BUKAN BUTA AGAMA..YANG BUTA...TU SAPE AGAK2..NYA...ALLAH TAHU...KALAU CAKAP RAMAI YANG TERASA...KALAU TAK CAKAP KITA TAK TAHU IA KAKI PENIPU...BILA CAKAP CONFIRM DIA KAKI TIPU....

Wardina diganggu lelaki misteri


WARDINA menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor semalam.



KUALA LUMPUR – Pengacara televisyen tidak asing lagi, Wardina Saffiyah Fadhlullah, 33, membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang semalam selepas diganggu dengan panggilan lucah daripada seorang lelaki bernama Arif.
Lelaki itu membuat panggilan sebanyak dua kali kepada Wardina sambil mendakwa dia merupakan kakitangan sebuah stesen penyiaran dan mahu menemubualnya.
Menurutnya, lelaki itu membuat panggilan pada pukul 5 pagi dan diikuti pada pukuk 9.15 pagi.
“Saya tidak menjawab panggilan telefon yang pertama. Pada pukul 9.15 pagi, lelaki itu menghubungi saya sekali lagi tetapi apabila saya tanya dia dari stesen mana, dia kata tidak boleh beritahu.
“Selepas itu dia mula mengeluarkan perkataan-perkataan yang saya sendiri malu untuk sebut.
“Saya tidak faham kenapa ada orang yang sanggup melakukan perkara seperti itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Kenangan indah tidak dilupa



LIMA pasangan pengantin merakam gambar kenangan dalam tren LRT di Salak Selatan, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Lima anggota polis merakamkan memori paling indah dalam hidup apabila mereka dan pasangan masing- masing diarak dengan paluan kompang dari Bandar Tasik Permaisuri di sini sebelum menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) secara serentak semalam.
Kesemua mereka yang merupakan anggota dari Balai Polis Salak Selatan di sini menaiki LRT tersebut dari stesen LRT Cheras ke stesen LRT Salak Selatan di sini.
Sejurus tiba di stesen LRT Salak Selatan, mereka dan pasangan masing-masing kemudian menunggang motosikal berkuasa tinggi untuk ke Balai Polis Salak Selatan bagi meneruskan majlis persandingan.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) dengan kerjasama Balai Polis Salak Selatan.
Pasangan tersebut terdiri daripada Lans Koperal Bahtiyar Bacho, 29, dan isteri Mashitah Mansor, 26; Konstabel Muhamad Ridzuan Abd. Halim, 28, dan isteri, Maslinda Masturi, 26, serta Konstabel Ridzuan Anuar Zakaria, 28, dan isteri, Nur Shiffa Azemi, 28.

Helah kutip hasil balak



AHMAD BASHAH menunjukkan gambar kawasan tadahan hujan yang tercemar akibat kerja-kerja pembalakan di kawasan hutan Baling di Alor Setar semalam.



ALOR SETAR - Pembukaan ladang rakyat hanya alasan kerajaan Pas Kedah untuk mengeluarkan kayu balak dari kawasan hutan di Baling, dakwa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah.
Beliau mendakwa, kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semakin rakus mengejar hasil balak tanpa memikirkan kepentingan memulihara kawasan tadahan air untuk kepentingan rakyat.
"Penerokaan kawasan tadahan air yang dipulihara sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) telah tercemar teruk sehingga penduduk Baling mengeluh.
"Mana lebih penting, pembukaan ladang rakyat atau sumber air," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Bapa, menantu maut serentak



BEGINILAH keadaan kereta Proton Wira yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan Mohd. Riduan dan Baharin maut di Sungai Buloh, Selangor semalam.



SUNGAI BULOH - Seorang wanita tidak menyangka akan kehilangan suami dan menantunya secara serentak apabila kedua-dua lelaki terbabit maut selepas kereta yang mereka naiki merempuh belakang sebuah bas di tepi jalan di Batu 18, Jalan Kundang menghala ke Tasik Biru di sini semalam.
Kejadian pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan Mohd. Riduan Ab. Razak, 32, dan Baharin Puteh, 59, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah selepas tersepit di dalam kereta jenis Proton Wira.
Mohd. Riduan merupakan anggota polis berpangkat Koperal yang bertugas di Cawangan D8 (Risikan Jenayah) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman manakala Baharin adalah pesara.

Pelajar lemas dalam tasik



KAKITANGAN hospital dan ahli keluarga mengangkat mayat Ahmad Nazmi yang ditemui lemas di dalam sebuah tasik di Nilai Springs, Nilai, Negeri Sembilan kelmarin.



NILAI – Tindakan nekad seorang pelajar jurusan Makmal Perubatan di sebuah kolej swasta di sini untuk menyelamatkan dua rakannya yang terjatuh ke dalam sebuah tasik berakhir dengan dia sendiri mati lemas dalam kejadian di Nilai Springs di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 3.15 petang itu, Ahmad Nazmi Zahari, 23, ditemui mati di dasar tasik oleh sepasukan anggota bomba, manakala dua rakannya yang terjatuh terselamat.
Mengimbau semula tragedi itu, rakan mangsa, Muhammad Sharif Saroni, 22, berkata, sebelum kejadian dia sedang meraikan majlis sambutan ulang tahun kelahiran rakannya di tepi tasik berkenaan yang turut dihadiri 13 lagi rakan mereka.
Katanya, entah bagaimana, dia dan seorang lagi rakan kemudian tergelincir ke dalam tasik ketika sedang bersiar-siar menyebabkan mereka terkapai-kapai kerana tidak tahu berenang.
“Beberapa rakan cuba membantu tetapi gagal sebelum Ahmad Nazmi terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkan kami tetapi dia pula yang lemas.
“Salah seorang rakan kemudian menghulurkan kayu kepada saya dan rakan sebelum kami dapat diselamatkan,” katanya ketika ditemui kelmarin.

WHF 2012 disambut meriah



ABANG JOHARI (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Ratu Cantik Malaysia Dunia 2010/11, Nadia Heng Min Dern sambil diperhatikan oleh Talib (kanan) dan Jane pada Miss WHF 2012 di Kuching malam kelmarin.



KUCHING – World Harvest Festival (WHF) 2012 berlangsung dengan penuh meriah di Kampung Budaya Sarawak (SCV) di sini selama dua hari yang melabuhkan tirainya semalam.
Kemuncak acara tersebut ialah Miss WHF 2012 anjuran SCV yang dimenangi oleh gadis berketurunan Kayan dan Iban, Magrina Awing George, 19, yang mengalahkan 13 peserta lain.
Selain pertandingan ratu cantik, acara tumpuan lain ialah persembahan drama tari, pameran makanan tradisional Sarawak, pertandingan Ironman selain acara kebudayaan.
Majlis penutup WHF 2012 malam kelmarin disempurnakan oleh Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.
Turut serta ialah isteri Abang Johari, Datin Amar Jumaani Tuanku Bujang, Menteri Muda Pelancongan Sarawak, Datuk Talib Zulpilip serta Pengurus Besar SCV, Jane Lian Labang.
Pada majlis itu, Jumaani turut menyampaikan hadiah kepada pemenang gelaran utama Miss WHF 2012.
Lebih 5,000 pengunjung memeriahkan acara tersebut yang diadakan selama dua hari itu.
One Drop Perfumes yang merupakan jenama haruman terkenal di Malaysia menjadi penaja utama Miss HWF 2012 manakala akhbar kompak Kosmo! sebagai rakan media.
Kosmo! menemui pembaca di Sarawak bermula 7 Mei lalu.
Acara itu mendapat sokongan Kementerian Pelancongan Negeri Sarawak, Tourism Malaysia, Lembaga Pelancongan Sarawak dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak.
WHF 2012 diadakan sempena perayaan Hari Gawai yang disambut di Sarawak pada setiap 1 Jun.

Sasaran dua juta tercapai



KIRI: Ribuan belia menyaksikan konsert Clash Of The Bands di Putrajaya malam tadi.



PUTRAJAYA - Himpunan Jutaan Belia yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara 2012 di sini menutup tirainya semalam dengan mencipta rekod tersendiri iaitu kehadiran dua juta belia sepanjang karnival lima hari itu.
Ini secara tidak langsung membuktikan usaha kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan untuk mendekati belia di negara ini berada pada landasan yang tepat.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, meskipun berpuas hati dengan pencapaian itu, beberapa perincian lain masih diperlukan sebagai persediaan untuk sambutan tahun depan termasuk dari aspek logistik serta penganjuran acara.
Menurut beliau, apa yang penting dan jelas ketara sepanjang perhimpunan mega belia itu ialah komitmen yang ditunjukkan oleh semua peserta yang terlibat dalam menjayakan aktiviti masing-masing.
"Saya kira matlamat dua juta belia sudah dapat dicapai, cuma kita akan dapatkan beberapa perincian lain dari segi acara mana yang perlu dikembangkan, acara yang kurang mendapat sambutan termasuk acara yang tidak perlu diteruskan pada masa akan datang.
"Saya turut melihat himpunan ini bersifat mesra peniaga. Ertinya kita akan lihat dari segi impak ekonomi kepada Putrajaya dan negara. Saya juga difahamkan ada peniaga peralatan sukan yang berjaya mencecah RM12,000 jualan sehari, jadi ini sesuatu yang baik dan memberi berita gembira kepada sesiapa yang akan terlibat pada himpunan pada tahun depan," katanya.


GRO Mekong River dicekup



SEBAHAGIAN daripada 14 GRO Vietnam yang ditahan ketika serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Kinrara, Puchong kelmarin.



PUCHONG - Pelbagai taktik digunakan oleh pengusaha pusat hiburan untuk menarik pelanggan dan terbaru mereka didapati menggunakan nama Mekong River (Sungai Mekong) sebagai isyarat yang mereka menyediakan perkhidmatan pegawai perhubungan pelanggan (GRO) dari Vietnam.
Taktik tersebut terbongkar selepas premis di Taman Kinrara di sini itu diserbu pada pukul 11 malam dan menahan seramai 14 GRO warga Vietnam berusia antara 19 dan 35 tahun yang sedang asyik melayan dan memeluk pelanggan.
Setiap pelanggan perlu membayar antara RM150 dan RM300 untuk mendapatkan khidmat mereka termasuk seks.
Serbuan diketuai Inspektor Joycelyn Liza Edmond dari cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah Selangor selepas melakukan risikan selama 24 jam.

Kedai emas dirompak RM200,000



RAMLI melihat keadaan peti besi yang dipecahkan oleh pencuri di Jalan Nara, Pasir Puteh semalam.



PASIR PUTEH - Sebuah kedai emas di Jalan Nara dekat sini kerugian sebanyak RM200,000 apabila dipecah masuk pencuri awal pagi semalam.
Kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 10 pagi ketika seorang pekerjanya, Ramli Husin, 28, yang juga tukang emas tiba di premis itu.
Ramli yang ditemui berkata, ketika membuka pintu kedai tersebut dia terhidu bau hangit seperti benda terbakar.
"Saya ingat berlaku kebakaran dalam kedai tetapi sebaik sahaja memeriksa dalam kedai, saya mendapati peti besi tempat simpanan emas ditebuk bahagian tepi dan pintu belakang telah dipotong.
"Selepas itu, saya memberitahu kepada majikan yang ketika itu masih berada di rumahnya di Bachok sebelum membuat laporan polis. Kedai ini baru dibuka setahun," katanya.


'Ulat' teksi masih berleluasa

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengusaha Teksi Dan Kereta Sewa Kuala Lumpur dan Selangor mempertahankan dakwaan ahli-ahlinya mengenai ada sesetengah kakitangan hotel yang menjadi 'ulat' bagi kegiatan teksi haram.
Presidennya, Datuk Aslah Abdullah berkata, perkara itu sememangnya berlaku di mana kakitangan hotel menetapkan harga kepada pelanggan untuk ke destinasi tertentu dan memperoleh komisen.
"Jadi pemandu teksi tiada pilihan melainkan 'berkerjasama' dengan pihak hotel untuk mendapatkan pelanggan. Bukan semua tetapi memang ada berlaku.
"Ia bukan sahaja berlaku di Kuala Lumpur, kegiatan ini juga sering berlaku sekitar hotel di Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pemandu teksi di sekitar Lembah Klang yang sebelum ini mendakwa terdapat sesetengah kakitangan hotel bersubahat dengan pemandu teksi haram.

Kybun bantu masalah sakit kaki



MULLER menunjukkan kasut yang terdapat di cawangan terbaharu J Nine di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - J Nine International Sdn. Bhd. (J Nine), pengedar eksklusif kasut terlembut dunia, Kybun, menyasarkan untuk menjual kira-kira 900 pasang kasut sebulan menerusi lapan kedainya menjelang tahun depan.
Pengarahnya, Jesse Tan berkata, pada masa sekarang, syarikat yang beroperasi di Taman Desa Aman, Cheras di sini telah menjual 60 pasang kasut sebulan.
"Kini, kami mengunjurkan untuk menjual 120 pasang kasut sebulan bagi setiap kedai baharu itu nanti," katanya pada majlis pelancaran cawangan kedua syarikat di Publika Shopping Gallery di sini baru-baru ini.
Turut hadir ialah Pengasas Kyburn, Karl Muller.
J Nine merupakan pengedar eksklusif jenama Kybun di empat negara di Asia Tenggara dan secara puratanya sebanyak 100,000 pasang kasut telah dijual di pasaran berkenaan dalam tempoh setahun oleh syarikat induknya, Kybun AG dari Switzerland.

Calon dakwa penipuan dalam pilihan raya Mesir



CALON pilihan raya Presiden, Hamdeen Sabahi berucap pada satu sidang media di Kaherah kelmarin.



KAHERAH, Mesir – Tiga calon utama dalam persaingan untuk jawatan Presiden Mesir membuat aduan kepada suruhan jaya pilihan raya kerana mendakwa berlaku penipuan dalam pusingan pertama pilihan raya Presiden di negara berkenaan.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon pergerakan Islam Ikhwanul Muslimin, Mohammed Morsi akan berdepan dengan bekas Perdana Menteri Ahmed Shafiq dalam pusingan penentu pilihan raya tersebut.
Keputusan rasmi pusingan pertama pilihan raya Presiden Mesir dijangka diketahui hari ini.
Shafiq yang berada di tempat kedua selepas Morsi mendakwa, undi untuk dirinya di sebuah wilayah tidak dikira pada pilihan raya minggu lalu.
Calon ketiga, Hamdeen Sabahi pula meminta pengiraan semula undi dilakukan selepas beliau berada di kedudukan dengan perbezaan 700,000 undi.
Aduan tersebut difailkan oleh seorang lagi calon pilihan raya Presiden Mesir, Abdel-Moneim Abolfotoh kelmarin.
Abdel-Moneim menduduki tempat keempat dalam pilihan raya berkenaan.
Peguamnya menyatakan, beliau memiliki bukti bahawa undian orang yang telah mati turut dikira dalam pilihan raya itu.
Tarikh akhir untuk aduan difailkan adalah semalam sebelum pusingan penentu diadakan pada 16 dan 17 Jun depan.
Pilihan raya tersebut diadakan oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir yang mentadbir negara selepas kejatuhan Presiden Hosni Mubarak pada awal tahun lalu.
Sekitar 50 peratus daripada 50 juta pengundi berdaftar keluar mengundi untuk memilih seorang daripada 12 calon yang bersaing pada pusingan pertama pilihan raya tersebut. – Agensi

AYAT QURAN DIBACA MASA TERTENTU..ADA ORANG MENINGGAL...RAMAHDAN...MUSABAQAH...BILA GANGGU SYAITAN ATAU JIN...HUKUM HUDUD TAK LAKSANA...SIBUK PASAL MURTAD KENAPA TAK PASAL HUDUD...BENGGANG BETUL ORANG MACAM NI...PERJUANG ISLAM KONON...PINTAR SESEORANG BILA IA MENGENAL ALLAH DAN BERTAQWA PULA....DAN SERING INGATKAN MATI

Tragedi sambut hari jadi
SYAMILAH ZULKIFLI
28 Mei 2012
Tragedi sambut hari jadi
Mayat mangsa dibawa ke HTJ, Seremban untuk bedah siasat, semalam.
NILAI – Niat seorang pelajar kolej mahu menyelamatkan dua rakannya bertukar tragedi, apabila dia lemas dalam sebuah tasik di Nilai Spring, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 3.15 petang itu, mangsa, mangsa Ahmad Nazmi Zahari, 23, bersama 12 rakan termasuk sembilan wanita yang lain sedang meraikan hari jadi dua rakan mereka di tepi tasik berkenaan.

Namun, ketika mereka sedang menikmati jamuan disediakan, dua daripada mereka tergelincir menyebabkan mangsa yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan Makmal Perubatan sebuah kolej swasta di sini, bertindak mahu menyelamatkannya.

Mangsa bagaimanapun dikatakan tenggelam lalu lemas dalam tasik berkenaan.

Salah seorang rakan mangsa, Muhammad Sharif Saroni, 22, berkata, mereka be-rada di tepi tasik berkenaan sejak kira-kira 2 petang.

Menurutnya, dia dan seorang rakannya tiba-tiba tergelincir sebelum terjatuh ke dalam tasik berkenaan.

“Saya memang tidak pandai berenang. Ketika itu, salah seorang rakan bergegas terjun untuk menyelamatkan kami, tapi dia pun nyaris lemas kerana keadaan tasik itu yang agak dalam," katanya.

Melihat keadaan kelam kabut, katanya, Ahmad Nazmi kemudian bertindak untuk menyelamatkan mangsa pula.

Namun, keadaan bertambah kelam-kabut apabila dia juga turut kerkapai-kapai,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Bilik Mayat Hospital Tuanku Ja'afar, di sini, semalam.

Muhammad Sharif berkata, mereka kemudian berjaya diselamatkan apabila seorang lagi rakan menghulurkan kayu dan menarik ke tepi tasik.

Bagaimanapun, katanya, Ahmad Nazmi tidak dapat diselamatkan, sebaliknya terus hilang dari pandangan menyebabkan mereka bergegas melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

“Saya rasa macam terputus nyawa apabila arwah ditemui sudah tiak bernyawa lagi.

Apaapa pun saya masih tidak boleh lupa bagaimana arwah cuba menyelamatkan saya dan rakan- rakan.

Ia satu kejadian mengharukan," katanya yang juga merupakan rakan sebilik dan sekuliah dengan mangsa.

Lebih menyedihkan, katanya, arwah ketika ini sedang menghadapi peperiksaan dan tidak sempat menamatkan pengajiannya yang dijadualkan berakhir dua minggu lagi.

Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Nilai, Ungku Abd Jalil Ungku Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 3.30 petang.

“Seramai enam pegawai dan anggota penyelamat dikerah ke lokasi kejadian.

Bomba mengambil masa kira-kira 40 minit sebelum menemui mayat mangsa," katanya. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusof Awang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian
Pelacur veteran kena cekup
Wartawan Sinar Harian
27 Mei 2012
Pelacur veteran kena cekup
Wanita dipercayai terlibat kegiatan pelacuran menyorokkan muka selepas ditahan
di sebuah bilik hotel bajet di Seremban, kelmarin.
SEREMBAN – Seorang nenek berusia 63 tahun antara 25 wanita yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran di hotel bajet di bandar ini, petang kelmarin.

Dalam operasi bermula 3.20 petang itu, warga emas berkenaan ditahan dalam serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan secara berasingan di tiga hotel bajet di bandar ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, serbuan dilakukan selepas polis melakukan risikan setelah mendapat maklumat mengenai kegiatan pelacuran yang ditawarkan di hotel berkenaan.

“Serbuan di dua hotel bajet, kita berjaya menahan 16 wanita tempatan termasuk lapan warga Indonesia yang disyaki pelacur.

“Bagi serbuan ketiga pula, sembilan wanita warga tempatan ditahan. Kesemua ditahan berusia 19 hingga 63 tahun,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Hamdan berkata, turut ditahan, tiga lelaki menjadi penjaga premis berusia 39 hingga 43 tahun bagi membantu siasatan.

"Selain itu, 14 pelanggan berusia 18 hingga 56 tahun, termasuk seorang warga asing yang berada di tiga-tiga hotel berkenaan turut ditahan," katanya.

Beliau berkata, polis akan mempergiatkan lagi operasi seumpama itu secara berterusan bagi memastikan aktiviti tidak bermoral di negeri ini dapat dibanteras sepenuhnya.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan seperti itu boleh menghubungi talian hotline IPK negeri iaitu 06- 7619999 atau balai polis berdekatan," katanya
Pelanggan leka judi ditahan
Wartawan Sinar Harian
26 Mei 2012
SEREMBAN – Seramai sembilan pelanggan lelaki termasuk tiga warga asing ditahan dalam satu serbuan pihak berkuasa terhadap tiga premis judi siber di sekitar Senawang, dekat sini, malam kelmarin.

Operasi bermula kira-kira jam 8.30 malam itu disertai sepasukan anggota termasuk pegawai daripada Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri hasil risikan dan maklumat awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, ketika serbuan, semua pelanggan ditahan ketika leka bermain judi siber.

“Seramai 12 individu yang ditahan termasuk tiga lelaki warganegara Myanmar itu berusia lingkungan 20 hingga 30-an, serta tiga daripada mereka adalah penjaga tiga premis berasingan tersebut.

“Kita juga turut merampas 67 set komputer yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan judi Internet,” katanya, semalam.

Menurutnya, operasi yang diketuai Pegawai Turus D7, Asisten Superintendan Yusharifuddin Mohd Yusop itu dilakukan di Taman Komersial Cempaka dan Taman Senawang Jaya, Senawang.

“Polis turut merampas wang tunai RM252, dipercayai hasil kutipan jualan ketiga-tiga premis terbabit.

“Mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk tindakan lanjut,” katanya.

Hamdan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda RM10,000 bagi setiap mesin yang dirampas atau penjara lima tahun jika sabit kesalahan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6 Enakmen Pusat Hiburan yang membawa hukuman denda minimum RM50,000 atau penjara sekiranya sabit kesalahan,” katanya.
Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar
Wartawan Sinar Harian
28 Mei 2012
misteri lembaga
Kelihatan imej lembaga berkenaan yang tertera di cermin belakang kereta.
Imej lembaga wanita dari jarak dekat.
Imej lembaga wanita dari jarak dekat.
KULIM - “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.

Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.

Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.

Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.

Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.

Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.

Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai
lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.

Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.

Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.

“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.

“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.

"Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya.
Pelajar pintar selesaikan teori Sir Isaac Newton

28 Mei 2012
Shouryya
Shouryya kini bergelar budak pintar selepas merungkai teori Sir Isaac Newton.
BERLIN - Teka-teki dibuat oleh Sir Isaac Newton sehingga merunsingkan dunia matematik sejak lebih 350 tahun lalu, akhirnya dirungkaikan oleh seorang remaja berumur 16 tahun di Dresden, Jerman.

Shouryya Ray, berjaya menyelesaikan dua teori dinamik zarah asas yang sebelum ini hanya dapat dihitung dengan menggunakan komputer berkuasa tinggi oleh ahli fizik.

Hasil penyelesaian Shouryya membuka peluang kepada saintis untuk menghitung laluan balingan bola dan kemudian meramal bagaimana ia akan menghentam serta melantun dari dinding ke dinding.

Anak kelahiran Kolkata, India, menyelesaikan permasalahan rumit itu, ketika menyertai lawatan sekolah di Universiti Dresden yang mana gagal dirungkaikan oleh profesor di situ.

Kebijaksanaan Shouryya dikesan sejak dia mula memasuki persekolahan di Dresden empat tahun lalu selepas berpindah dari Kolkata.
Hasan Ali: 4 negeri sasaran murtad
AMRAN ALI
27 Mei 2012
Hasan Ali: 4 negeri sasaran murtad
Dr Hassan Ali (empat, kiri) bersama pemimpin NGO dan pemimpin negeri pada program Himpun di MITC, Ayer Keroh, hari ini.
AYER KEROH - Empat negeri sudah dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan gerakan memurtadkan umat Islam, kata Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hassan Mohamad Ali.

Selain Selangor, turut terancam adalah Pulau Pinang, Perak dan Melaka apabila terdapat gerakan menyebarkan agama Kristian dengan menumpukan kepada umat Islam.

Menurutnya, maklumat itu diperolehi pihaknya berdasarkan pengakuan mereka yang terjebak dalam gejala murtad sebelum sedar dan kembali ke pangkal jalan.

“Satu daripada gerakan itu diterajui sendiri oleh orang yang membuat pengakuan. Setiap kumpulan dikatakan menarik 300 hingga 400 orang Melayu untuk dikristiankan.

“Dalam pengakuan itu, sekiranya seorang Melayu masuk Kristian, cuma hati dan akidah sahaja yang diKristiankan, namun pakaian, adat, cara makan, bahasa dan kahwain masih ikut cara Melayu," katanya.

Berikutan itu, katanya, Jati tidak akan berputus asa untuk bergabung tenaga bersama badan bukan kerajaan lain (NGO) lain dalam usaha memperjuangkan soal akidah umat Islam di negara ini yang dianggap semakin kritikal.

Menurutnya, kebangkitan Jati yang tiada kaitan dengan politik itu timbul selepas beliau merasakan perjuangan tersebut gagal dibawa Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

“Kita sudah berada dalam suasana yang hampir putus dan sangat kritikal.

"Bagaimana saya boleh diam, bila saya dengan setiap kumpulan sudah ada 300 hingga 400 orang Melayu yang masuk Kristian. Adakah saya sekadar senyap sahaja?” katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 hadirin di program Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Tiga penceramah lain turut berkongsi pandangan mengenai isu sama, Pengerusi Persatuan NGO Islam Pulau Pinang, Mohamad Hafiz Nordin; Pengurus Besar Operasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Kapten Dr Shamsudin Moner dan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka, Datuk Othman Mohamad yang juga Ketua Panel 1 Persatuan Penulis Negeri Melaka.
Kita semakin matang, tidak ‘emo’
Wartawan Sinar Harian
27 Mei 2012
*HAMPIR seminggu telah berlalu, orang masih bercakap mengenai debat terbuka KJ-Rafizi yang disiarkan secara langsung menerusi Bernama Radio 24 dan stesen TV Astro Awani. Stesen berkenaan mengulang tayang program tersebut sebanyak dua kali.

Baik media cetak, media elektronik juga media baru dalam talian dan blog beri liputan meluas terhadap pertikaman lidah yang begitu hangat mengenai isu penghapusan pinjaman PTPTN.

Kedua pendebat – Ketua Pemuda Umno dan Pengarah Strategik PKR – sama hebat dan masing-masing bertegang urat dan saling menuding jari antara satu dengan lain sepanjang sejam setengah bersama moderator, Dr Maszlee Malik. Ini bukan pertama kali KJ-Rafizi bersemuka, sebab sebelum ini mereka sudah pun bertemu dalam acara serupa di London.

Cuma, acara di Awani anjuran Sinar Harian itu adalah debat pertama antara seteru politik yang disiarkan secara langsung. Sebab itu ia menjadi perhatian.

Walaupun ada ketikanya para penyokong kedua pendebat bertindak agak emosional, secara keseluruhan mereka masih dikira beradab dan mematuhi peraturan. Memang ada jeritan, tetapi tidak sampai peringkat baling kerusi atau tungging punggung.

Ini bukti audiens kita sudah semakin matang, boleh mengawal diri dan perasaan. Maka, debat menerusi TV seperti ini boleh diteruskan.

*ADA stesen TV tidak berani siarkan debat KJ-Rafizi, atas sebab-sebab tertentu.  Mereka takut para penyokong naik semangat berkobar-kobar dan membuat onar ketika siaran berlangsung.

Mereka juga takut sekiranya dalam perdebatan itu terlepas perkataan yang tidak sepatutnya, dan pendedahan oleh pendebat yang menuduh dan memburukkan pihak-pihak tertentu.

Ternyata KJ dan Rafizi tidak lari jauh dari tajuk yang dibincangkan, dan masing-masing memberi hujah berdasarkan fakta dan angka. Ini sekali lagi menunjukkan cara kita berlawan idea sudah jauh matang, tidak hentam keromo memburukkan seseorang.

Masa sudah tiba untuk radio dan TV memberi ruang kepada acara-acara debat seperti ini. Dengan membuat secara langsung, tidak ada suntingan atau potongan, maka tidak timbul radio atau TV memihak atau bias.

Harap-harap lepas ini banyak lagi acara debat terbuka disiarkan secara langsung menerusi TV atau radio.

Kalau tokohnya berwibawa, topiknya menyentuh kepentingan umum, pasti acara seperti ini boleh menjadi pencambah minda.

Apa kata sekiranya debat Pas-Umno disiarkan secara langsung menerusi radio dan TV. Pemimpin kedua parti ini sama-sama matang dan diminati rakyat. Biar mereka berdebat dan penonton jadi saksi.

*KHAMIS lalu Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan penerbitan buku tulisan Irshad Manji bertajuk ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’, dan versi Bahasa Inggeris ‘Allah, Liberty and Love’. Seperti yang dijelaskan, perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya ‘boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.’

Tindakan tegas KDN itu dibuat selepas menerima laporan dan ulasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bahawa buku hasil penulis yang mengaku lesbian dan penyokong LGBT itu mengandungi perkaraperkara menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.

Sebelum diharamkan buku tersebut sempat dilancarkan di satu majlis di Dewan Perhimpunan Cina di Kuala Lumpur oleh penulisnya sendiri. Manji tidak lama di sini sebab diminta meninggalkan negara ini.

Dia mengaku lesbian, pendukung LGBT, dan ditolak oleh banyak negara. Macam mana dia boleh masuk ke sini? Siapa sahaja yang membawa masuk penulis kontroversi itu memang tidak memahami, atau buatbuat tidak faham, mengenai sensitiviti agama. Mereka seolah-olah mencabar Islam sebagai agama rasmi negara ini.

*AKHIR kalam, ada cakap-cakap Datuk Mukhriz Mahathir akan jadi Menteri Besar Kedah yang baru. Bagaimanapun Ahli Parlimen Jerlun yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu anggap itu hanyalah gosip. Beliau tidak kisah sama ada dipilih untuk bertanding peringkat Parlimen atau Negeri.

Ini bukan sangat soal Parlimen atau Negeri. Bukan juga soal dia jadi MB. Soalan penting sekarang ialah: 1. Bila PRU13. 2. Bolehkah BN menang di Kedah untuk membolehkan Mukhriz jadi MB baru?

MUFTI TAK DE NILAI...HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI UPACARA2 AGAMA AJE KOD....AGAMA PADA KAHWIN...WAKTU MATI...SOLAT JUMAAT...BULAN PUASA DAN PI HAJI....LAIN PANDAI2 KAUORANG LAH...BEGITU SEMPITNYA KEFAHAMAN MEREKA INI....

Pemandu bas jemaah tabligh maut ada 5 saman
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
27 Mei 2012
Pemandu bas ada 5 saman
Orang ramai mengambil peluang melihat bangkai bas yang masih tidak dialihkan
untuk tujuan siasatan pihak berkuasa di tempat kejadian
BALIK PULAU - Pemandu bas yang terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter malam kelmarin mempunyai lima saman berhubung kesalahan memandu melebihi had laju.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zain berkata, siasatan awal mendapati pemandu itu sudah membayar empat saman namun masih belum membayar baki satu samannya.

“Kelima-lima saman itu kerana kesalahan memandu melebihi had laju.
Polis juga mendapati cukai jalan bas yang disewa itu sudah tamat sejak tiga bulan lalu iaitu pada bulan Mac.
Kita sedang mencari pemilik bas berkenaan yang dipercayai berasal dari Kulim, Kedah untuk siasatan lanjut.
“Punca kejadian masih disiasat dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Sdn Bhd sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian.
Tetapi daripada keterangan saksi, bas berkenaan mengalami masalah brek sebelum terjunam ke dalam gaung,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Dalam kejadian awal malam kelmarin, sebuah bas yang membawa 44 jemaah tabligh terjunam ke dalam gaung ketika menuju ke Masjid Daerah Barat Daya dekat sini.
Kejadian  yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu mengorbankan seorang penumpangnya, Abdul Jathba Mamud, 47, sementara sekurang-kurangnya 12 lagi cedera parah.
Mangsa parah dirawat di HPP
Sinar Harian difahamkan, sehingga semalam, seramai 12 mangsa parah dan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Kesemua mangsa pada mulanya dibawa ke Hospital Balik Pulau namun mangsa yang kritikal dibawa ke HPP untuk rawatan lanjut.
Pengarah HPP, Dr Yasmin Sulaiman berkata, sehingga kini, seramai tiga mangsa masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala lapan dirawat di wad biasa.
“Tiga mangsa yang masih dirawat di ICU adalah pemandu bas, A Ambalagan, 45, dan dua penumpang iaitu Soe Myint, 22, dan Abdul Jalil Mohamed, 19, manakala Md Hussing, 36, sudah dibenarkan keluar dan dirawat di wad biasa,” katanya kepada media semalam.
Saksi nampak bas terhoyong-hayang
Saksi kejadian, Abdul Rahman Abdullah, 25, berkata, dia bersama keluarganya sedang di dalam perjalanan ke Hospital Balik Pulau untuk melawat saudaranya yang sakit.
Menurutnya, ketika itu, ada beberapa kereta sedang menuruni bukit di jalan itu termasuk bas terbabit.
“Saya berada kira-kira 10 meter di belakang bas itu. Pada mulanya saya perasan bas itu terhoyong hayang namun tidak menghiraukannya berikutan memikirkan tiada apa yang berlaku.
Namun sebaik menuruni bukit,saya dapati bas itu semakin laju dan dalam tidak terkawal.
“Dalam beberapa saat sahaja, bas itu mula merempuh dua batang lampu jalan serta pengadang bahu jalan sebelum terjunam ke dalam gaung.
Saya segera memberhentikan kereta dan terus berlari ke arah bas itu untuk cuba menyelamatkan mangsa yang sedang mengerang kesakitan.
Saya hanya mampu membawa seorang mangsa yang parah ke hospital,” katanya kepada Sinar Harian malam kelmarin.
Seramai 34 anggota bomba selamatkan mangsa
Seramai 34 anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat dari empat balai dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu.
Pengarah Bomba negeri, Azmi Tamat berkata, empat jentera dari empat balai dikejarkan ke tempat kejadian iaitu dari balai Jalan Perak, balai Paya Terubong, balai Balik Pulau dan
balai Sri Pulau.
“Panggilan kecemasan pertama diterima pada jam 8.05 malam. Selain anggota dan pegawai bomba, kita juga dibantu oleh 18 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan 38 anggota bomba sukarela.
“Kerja menyelamat tamat sepenuhnya kira-kira jam 1 pagi dan mangsa semuanya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.
Tinjauan sehari selepas kejadian
Tinjauan Sinar Harian mendapati bangkai bas masih berada di tempat kejadian dan beberapa pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Puspakom sedang melakukan siasatan.
Orang ramai yang melalui jalan berkenaan turut memberhentikan kenderaan mereka untuk melihat tempat kejadian dan keadaan bas berkenaan.
Mereka turut dilihat mengambil gambar bangkai bas
Surat mufti ‘tak laku’
KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
27 Mei 2012
Surat mufti ‘tak laku’
Dr Juanda menunjukkan surat sokongan daripada pihaknya yang diserahkan kepada
Mohd Noor Akhmal (kiri) untuk membantu dalam permohonan menasabkan anak
kepada JPN Perlis.
KANGAR - Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya terkejut apabila mendapati surat sokongan beliau dalam kes permohonan menasabkan anak oleh seorang bapa, Mohd Noor Akhmal Mat Isa, 27,  dianggap ‘tidak laku’ oleh Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Perlis.
Dr Juanda berkata, jabatan kerajaan itu sepatutnya menerima surat sokongan daripada jabatan kerajaan lain terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan sama ada untuk menerima atau menolak permohonan yang disertai surat sokongan itu.
Menurutnya, Perlis memperakui anak yang lahir kurang enam bulan daripada perkahwinan yang boleh dinasabkan oleh bapanya berdasarkan fatwa negeri Perlis yang dikeluarkan pada tahun 2008.
“Sekiranya anak itu tidak dinafikan nasab oleh bapanya kita terima pengakuan tersebut iaitu anak berkenaan boleh dibinkan kepada bapanya.
“Sebelum ini, saya mengeluarkan banyak surat sokongan seperti itu kepada ramai pemohon di seluruh negara sebelum ini yang mana diterima untuk diproses di JPN lain kecuali di Perlis,” katanya sewaktu ditemui media di pejabatnya di sini lewat petang kelmarin.
Justeru, Dr Juanda memohon JPN Perlis mempertimbangkan kembali kes permohonan menasabkan anak yang dikemukakan Mohd Noor Akhmal bagi mengelakkan masa depan kanak-kanak itu  terjejas.
Sementara itu, Pengarah JPN Perlis, Bakhtiar Effendy Khalid ketika ditemui media enggan mengulas lanjut mengenai kes itu dan meminta Mohd Noor Akhmar berhubung dengan Ibu  Pejabat JPN di Putrajaya untuk penjelasan lanjut
Pemandu bas parah tersepit
Wartawan Sinar Harian
27 Mei 2012
Pemandu bas parah tersepit
Orang ramai melihat keadaan bas yang terbabit dalam kemalangan di
Pantai Seagate, semalam.
BAYAN LEPAS - Lapan penumpang terselamat manakala pemandu bas kilang cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan berhampiran persimpangan lampu isyarat di Lebuhraya Lim  Chong Eu, Pantai Seagate, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang semalam, mangsa yang berusia lingkungan 60-an tersepit selepas bas yang dipandunya melanggar belakang sebuah lori yang ketika itu berhenti berhampiran lampu isyarat.

Difahamkan, pemandu bas tidak sempat menekan brek sebelum kenderaan awam yang membawa lapan pekerja kilang itu merempuh belakang lori menyebabkannya tersepit di tempat duduk pemandu.


Pemandu lori itu terkejut dengan kejadian berkenaan yang turut menyebabkannya terlanggar sebuah van dan sebuah kereta di hadapannya.


Ini adalah kejadian kedua dalam dua hari melibatkan bas.


Kelmarin, sebuah bas terjunam ke dalam gaung berdekatan Balik Pulau menyebabkan seorang maut dengan sekurang-kurangnya 12 lagi cedera.


Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru tiba di lokasi kejadian dan mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mangsa sebelum dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang.  


Mangsa dilaporkan parah  manakala semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Hatta Mat Zain mengesahkan kejadian berkenaan.

‘Tak hormat orang bersolat’
Wartawan Sinar Harian
26 Mei 2012
‘Tak hormat orang bersolat’
Anak kariah berkumpul di hadapan perumahan mewah berkenaan bagi menyatakan
kemarahan dibaling air dalam plastik.
BATU UBAN - Jemaah Masjid Batu Uban gempar apabila dibaling dengan tiga plastik berisi air selepas selesai menunaikan solat Jumaat semalam.

Kejadian berlaku ketika puluhan jemaah melangkah keluar dari pintu masjid kira-kira jam 2 petang.


Pengerusi Kariahnya, Sk Abdul Aziz Sk Mohamed berkata, semua jemaah terkejut setelah plastik berisi air pecah di hadapan mereka yang dipercayai dicampak dari salah sebuah rumah flat berdekatan.


Beliau berkata, kira-kira 10 minit kemudian, satu lagi plastik berisi air dicampak ke arah jemaah dan sekali lagi selang beberapa minit.


“Kejadian ini sememangnya menaikkan kemarahan kami yang baru selesai menunaikan solat Jumaat, Ini jelas menunjukkan mereka yang melakukan perkara itu tidak ada rasa hormat terhadap penganut Islam.


“Ini bukanlah kejadian pertama kali berlaku kerana sebelum ini masjid kami dibaling atau dicampakkan dengan bermacam-macam benda,”katanya.


Sementara itu, Setiausaha Masjid Batu Uban, Jamal Yahya berkata, kejadian berkenaan sememangnya menaikkan kemarahan jemaah serta penduduk kampung kerana sebelum ini penghuni flat terbabit mencampak pelbagai objek kepada jemaah dan masjid.


“Sebulan lalu, kami kena baling dengan buah kelapa muda. Sebelum ini, masjid ini juga adalah satu-satunya masjid di Batu Uban yang dibaling dengan botol dan najis.


“Kami memang marah namun apa yang kami boleh buat?, hanya buat laporan polis,” katanya.

 Berang dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab tersebut, hampir 30 anak kariah berkumpul di perumahan mewah yang dikatakan menjadi lokasi pembaling air berkenaan.

Kesemua berkumpul setelah selesai solat Jumaat untuk berjumpa dengan kakitangan pengurus perumahan berkenaan.


Setelah hampir empat jam menunggu, wakil daripada perumahan masih enggan berjumpa dengan kesemua anak kariah.


Seorang jemaah, Rashid Said berkata, mereka hanya berkumpul untuk berbincang dengan pihak perumahan bukannya untuk mencari gaduh. Mereka kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong.


Sinar Harian sebelum ini pernah melaporkan perkara sama apabila pelbagai jenis objek dibaling ke arah masjid berkenaan, terutama setiap kali azan , menyerlahkan sikap penduduk sekitar yang tidak mempunyai toleransi agama


Potong jari sebelum bunuh,campak mangsa atas jalan
Wartawan Sinar Harian
27 Mei 2012
Potong jari sebelum bunuh,campak mangsa atas jalan
Mayat Meena Kumar dicampak di tepi jalan berhampiran Jalan Song Ban Kheng,
awal pagi semalam.
BUKIT MERTAJAM – Seorang penarik kereta sambilan ditemui mati di tepi jalan dengan beberapa kesan tikaman di badannya, berhampiran Jalan Song Ban Kheng, di sini, awal pagi semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Meena Kumar, 40an, dari Butterworth dikatakan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di kawasan berkenaan.
Difahamkan, mangsa bukan sahaja ditikam, tetapi, dua daripada jarinya turut dipotong.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan keluar minum bersama beberapa rakan di Seberang Jaya, kira-kira jam 10 malam dan pulang ke rumah sejurus kemudian.


Bagaimanapun, mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak itu dikatakan menerima panggilan daripada seseorang, meminta bantuan mangsa untuk menarik kereta yang rosak dekat Taman Kimsar, Perai.


Sebaik tiba di sana, mangsa didatangi sekumpulan empat lelaki yang kemudian melarikannya dengan menaiki kereta jenis Proton Waja, dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu, sebelum dibunuh dan dicampak di Jalan Song Ban Kheng,  kira-kira jam 3.30 pagi.


Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk bedah siasat.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian.


Menurut beliau, polis tidak menolak kemungkinan motif dendam menjadi punca mangsa dibunuh dengan kejam.


“Siasatan dilakukan dari pelbagai aspek. Pelbagai kemungkinan boleh dikaitkan dengan kes ini.


Kita tidak menolak mungkin mangsa mempunyai masalah peribadi dengan suspek, mungkin dendam, mungkin dadah atau mungkin kerana perempuan.


“Setakat ini, masih belum ada tangkapan dibuat dan usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan suspek terlibat,” katanya.
Kuasa ALLAH semua boleh jadi
KU NOOR FAIZAH KU MUSTAFA
27 Mei 2012
Kuasa ALLAH semua boleh jadi
Oon melihat keadaan ayam itu sebelum disembelih sekali lagi sambil diperhati
Esomuddin.
Kuasa ALLAH semua boleh jadi
Beginilah keadaan leher ayam berkenaan selepas disembelih sembilan hari lalu.
PENDANG – Sudah disembelih, tapi tidak mati. Begitulah tanda kekuasaan ALLAH di mana ayam sabung kacukan selasih yang disembelih oleh seorang penduduk kampung sekitar kawasan Bukit Raya Dalam dua minggu lalu, masih hidup.

Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila pemilik ayam, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayam itu untuk dijadikan juadah, namun selepas disembelih, ayam itu tidak mati walaupun urat mareh, leher dan pedal telah putus.

Menurutnya, dia tidak menyangka ayam sabung kacukan selasih yang diberikan rakannya dari Parit Buntar Perak itu mempunyai keistimewaan.

“Sudah sembilan hari disembelih, ayam itu tak mati-mati.

“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati.

“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,” katanya.

Esomuddin berkata, ayam itu kelihatan segar dan kuat walaupun ia tidak boleh makan dan minum kerana semua urat pada bahagian leher putus.

“Semua rakan-rakan serta penduduk kampung tidak ketinggalan melihat ayam terbabit sehingga ada penduduk yang meminta saya menjual ayam itu dengan harga RM10,000 namun saya tidak mahu menjual kerana bimbang disalahgunakan untuk tujuan khurafat.

“Hari ini (hari ke sembilan) saya sembelih ayam terbabit. Saya simpati keadaan ayam itu yang tidak boleh makan atau minum,” katanya.

Persiapan menyembelih ayam terbabit dilakukan seorang penduduk, Oon Md Hussin, 74. Oon berkata, dia membaca beberapa surah al-Quran, selepas itu barulah ayam terbabit mati serta-merta.

“Kejadian seperti itu pernah berlaku kira-kira 60 tahun lalu.

“Saya percaya bahawa kematian itu bukan terletak pada pisau.

“Kuasa ALLAH semua boleh jadi. Oleh sebab itu tiada yang mustahil kerana kita dan semua makhluk lain hanyalah hamba di dunia ini,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan daripada pegawai agama daerah Pendang, Syeh Ahmad Shukri Mohamed.

“Kejadian itu menunjukkan keagungan ALLAH SWT. “Ia dianggap pelik memandangkan jangka masa mati agak lama namun dari segi hukum, kita boleh makan ayam terbabit memandangkan kita sudah menyembelih mengikut syarat dan cara Islam,” katanya.