Saturday, February 26, 2011

MASUKLAH ISLAM...ALHAMDULLILLAH....TAPI AMALKANLAH AJARAN ISLAM DENGAN SEPENUHNYA....JANGAN BERPILIH2...MAKA JANGAN JADIKAN AMALAN KITA ITU SIA2...BUATLAH APA SAJA YANG KITA NAK BUAT...AKHIRNYA KITA MATI JUGA...JADIKAN AMALAN KITA...AMALAN2 YANG DITERIMA ALLAH...BUKAN BUAT AMALAN2 YANG ALLAH MURKAI......

Pameran alam mistik haram


PAMERAN mistik menarik perhatian ramai tetapi dari sudut agama ia dikhuatiri boleh merosakkan akidah. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR – Penganjur satu pameran di Kuala Terengganu yang bakal mengetengahkan artifak mistik seperti anak kerak, jenglot dan jin diminta membatalkan sahaja program itu memandangkan ia ditegah dalam Islam.
Setiausaha Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, jawatankuasa itu sudah membuat ketetapan bahawa pameran seperti itu adalah haram sejak tahun 2007 lagi.
“Jawatankuasa Fatwa membuat ketetapan itu atas kepentingan tidak mahu lagi melihat umat Islam di negara ini terus disogok dengan perkara-perkara tahyul serta khurafat yang tidak mendatangkan faedah,’’ katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengulas mengenai laporan akhbar semalam terhadap pameran bertemakan Masyarakat Berakidah yang dijadual berlangsung tiga bulan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu mulai April ini.
Pameran dikendalikan Dynasty Event Sdn. Bhd. itu turut mendapat kerjasama agensi kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Kebudayaan Terengganu, Majlis Penggalakan Pelancongan dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.


Dua beranak mati dalam kebakaran





Ean Lee dan Xin Yu yang terkorban dalam kebakaran di Kepong semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang ibu dan anak perempuannya ditemui mati disyaki lemas akibat terhidu asap tebal selepas terperangkap di dalam rumah mereka yang terbakar di Jalan Helang Putih, Taman Sri Sinar, Kepong dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, kedua-dua mangsa ditemui oleh pasukan bomba dan penyelamat di dalam sebuah bilik tidur rumah teres terbabit.
Mayat mangsa, Ong Ean Lee, 33, ditemui di atas katil manakala kanak-kanak perempuan, Artina Lake Xin Yu, 2, pula ditemui di atas tilam di lantai tidak jauh dari lokasi mangsa pertama dijumpai.
Kedua-dua mereka yang berpakaian lengkap itu ditemui dalam keadaan baik dan tidak mengalami apa-apa kecederaan kerana disyaki mati akibat terhidu asap tebal.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Othman Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.11 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama 27 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang dan Sri Hartamas.
Pihak bomba bagaimanapun mengalami sedikit kesukaran kerana pintu pagar untuk masuk ke kawasan rumah mangsa berkunci.
"Hampir 80 peratus rumah teres satu tingkat itu musnah dijilat api," katanya di sini semalam.
Menurut Othman lagi, pemeriksaan lanjut pihaknya di dalam rumah itu membawa kepada penemuan dua mayat perempuan yang ditemui di dalam bilik tidur rumah tersebut.


Terperangkap dalam bilik

Oleh MUHAMMAD APENDY ISSAHAK
apendy@hmetro.com.my

HANGUS... anggota bomba menyiasat punca kebakaran.
HANGUS... anggota bomba menyiasat punca kebakaran.
WAI... sempat hubungi isteri sebelum pergi.
WAI... sempat hubungi isteri sebelum pergi.
KEPONG: Malang tidak berbau apabila seorang ibu dan anak perempuannya ditemui mati dalam bilik berikutan gagal keluar dari rumah yang terbakar di Taman Sri Sinar, di sini, pagi semalam, biarpun suaminya pengerusi sukarelawan bomba di Jinjang, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi semalam, Ong Ean Lee, 33, ditemui terlentang di atas katil, manakala anak perempuannya, Artina Loke Xin Yu, 2, terbaring atas lantai bersebelahan katil dalam bilik sama.

Mangsa dikatakan sempat menjerit meminta bantuan jiran, namun gagal diselamatkan kerana api marak dengan cepat, selain pihak bomba sukar memasuki kawasan perumahan itu kerana palang keselamatan di pondok pengawal berkunci dan pengawal tiada di situ.
Ibu malang itu tinggal bersama anak tunggalnya ketika kejadian manakala suami, Calven Loke Wai, 36, mempunyai urusan di Melaka.

Calven yang juga Setiausaha Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Kuala Lumpur berkata, kali terakhir dia bertemu isteri dan anak ketika keluar dari rumah kira-kira jam 8 pagi kelmarin.

Dia juga sempat menghubungi isteri sebelum bertolak kira-kira jam 6 petang bagi menghadiri mesyuarat di Melaka.

“Semalam (kelmarin), saya berada di Melaka atas urusan kerja dan sempat telefon isteri sebelum bertolak. Dalam telefon isteri ada memberitahu dia dan anak akan makan malam di rumah emak mentua saya.

“Itulah kali terakhir saya bercakap dengan mereka. Saya tidur kira-kira jam 1 pagi dan dikejutkan pada jam 6.30 pagi dengan panggilan telefon daripada seorang anggota bomba sukarela memberitahu mengenai kebakaran di kawasan kediaman saya.


“Tidak berapa lama selepas itu, jiran pula telefon beritahu rumah saya terbakar dan maklumat itu disahkan bomba. Setibanya di rumah kira-kira jam 8 pagi, saya lihat rumah musnah terbakar dan isteri serta anak terkorban dalam kebakaran,” katanya.

Difahamkan juga, mangsa mendirikan rumah tangga lima tahun lalu dan menetap di situ bersama suami sejak berkahwin.

Jiran mangsa, A Arenthan, 34, yang ditemui di lokasi kejadian berkata, dia tidur ketika kejadian berlaku sebelum mendengar satu letupan kuat, namun tidak mengendahkannya.

“Bagaimanapun, tidak lama kemudian, saya terhidu bau asap dan terdengar jeritan sebelum bergegas keluar dari rumah untuk memeriksa.

“Saya dapati rumah jiran terbakar lalu menghubungi bomba untuk bantuan serta cuba memadam api namun api marak terlalu cepat, menyebabkan saya dan beberapa penduduk lain gagal menyelamatkan dua beranak itu,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.05 minit pagi sebelum tiga jentera dari Jinjang dan Kepong bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba ke kawasan itu, pihaknya mengalami kesukaran memasuki kawasan perumahan itu kerana palang keselamatan di pondok pengawal berkunci dan pengawal tiada di situ.

“Kita ambil masa kira-kira dua minit untuk memotong kunci palang itu dan sebaik sampai ke rumah yang terbakar, kerja memadam api dijalankan.

“Mayat kedua-dua mangsa ditemui di dalam bilik dan dipercayai mati akibat sesak nafas selepas terhidu asap tebal.

“Operasi memadam kebakaran mengambil masa 30 minit dan hampir 80 peratus kediaman dua tingkat itu musnah dijilat api. Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Dua beranak malang itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat sebelum dituntut suaminya.

Rita mimpi ibu

Oleh NORAINON OTHMAN, IBRAHIM ISA dan FIRDAUS SAHAT
metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Enam bulan selepas pemergian ibu tercinta, anak sulung jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, bermimpi Allahyarham datang ke pejabat, seolah-olah menggambarkan impian arwah supaya anaknya melebarkan empayar perniagaannya.
Berkongsi rasa hati meniti hari mendatang tanpa insan tersayang di sisi, Erni atau lebih mesra dipanggil Rita berkata, dia tidak menganggap musibah menimpa keluarganya sebagai bebanan, malah menjadikan dirinya lebih kuat. Kematian sadis ibunya bersama tiga individu lain di Banting memang mengejutkan, tetapi dia reda dengan takdir Allah.

“Selepas ketiadaannya, Rita dan adik-beradik pernah bermimpi emak. Dalam mimpi itu, emak datang ke pejabat, melihat Rita bekerja. Emak tidak pernah bercakap tetapi sering mengajak Rita berjalan-jalan dengan memberi isyarat tangan. Sebagai hamba-Nya, kita tidak tahu ketentuan Allah.
“Walaupun emak tiada, Rita berasa seolah-olah dia masih hidup kerana sentiasa teringatkannya. Emak memang sentiasa hidup dalam hati Rita. Mungkin Rita bermimpi sebab rindukan emak. Biasanya apabila bangun daripada tidur, Rita menceritakan mimpi berkenaan kepada adik lain, begitu juga mereka. Bermimpi ibu satu kepuasan bagi Rita.

“Rita juga sering teringat sikap emak yang suka memasak makanan kegemaran kami. Sayangnya, kini kami tidak dapat rasa air tangan emak lagi. Kalau rindu emak, Rita pergi ke tempat yang emak suka pergi.

“Terlalu banyak kenangan bersama emak yang sering bermain di ingatan. Bilik (pejabat) yang Rita duduk ini pun bilik emak. Rita tidak pernah ubah apa-apa susun atur di bilik emak kerana ini akan mengingatkan Rita pada emak,” katanya ketika ditemui Metro Ahad, di sini.


Kerana rasa bertanggungjawab untuk meneruskan legasi Allahyarham, Rita yang bertindak sebagai Pengarah Urusan Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd membuat keputusan membahagikan tugas perjalanan syarikat itu di kalangan adik-beradiknya, Erwan Suwari Rizuwan, 25, Md Erwan Nasri, 24, Erni Erinawati Sofia, 22, dan Erni Rineelawati, 21.

“Kami bahagikan tugas sama rata dan tahu kerja masing-masing. Rita mengaku tidak mampu buat kerja seorang kerana Rita pun manusia biasa. Bantuan adik diperlukan. Rizuwan menggalas tugas sebagai eksekutif pemasaran, Erwan (eksekutif operasi), Rina (eksekutif pentadbiran) dan Rinee (duta Nouvelle Visages). Tugas ini berkuat kuasa sejak kes yang menimpa emak kerana sebelum itu Rita dan emak menguruskan perniagaan,” katanya.

Matang dalam membuat keputusan, gadis itu tidak menghalang adiknya, Rina dan Rinee menyambung pengajian jurusan perniagaan menerusi Program Jarak Jauh (PJJ) Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Mereka ada cita-cita yang ingin dicapai. Rita tidak mahu disebabkan kes itu (pembunuhan ibunya bersama tiga individu lain), cita-cita mereka terkandas di tengah jalan.

“Bagaimanapun, pada hari biasa, mereka bekerja dan mengikuti pengajian PJJ hanya pada Ahad,” katanya yang mengakui masih tidak dapat mengikis rasa kesal tidak sempat memohon maaf kepada ibu buat kali terakhir.

Dia yang kini bertanggungjawab menjaga kebajikan lima adiknya serta perniagaan berkenaan berkata, kenangan suka duka bersama arwah membakar semangatnya untuk berjaya.

“Perasaan Rita, sebagai anak, kadangkala kita tidak sedar ada sikap atau perlakuan kita mengguris hati emak. Rita terkilan kerana tidak sempat meminta maaf dengan mencium tangan dan dahi emak buat kali terakhir,” katanya.

Menurutnya, dia kini memberi lebih tumpuan terhadap promosi jenama kerana masih ramai tidak tahu mengenai Nouvelle Visages.

“Ketika turun padang di satu pameran di Mid Valley baru-baru ini, Rita dapati ramai belum mengenali Nouvelle Visages. Rita akui bukan semua orang membaca akhbar, jadi usaha lebih giat perlu dilakukan untuk memperkenalkan jenama ini,” katanya.

Mencontohi sikap dermawan ibu, Rita meneruskan amalan pengasas Nouvelle Visages menyalurkan sumbangan kepada badan kebajikan dan tiga sekolah anak angkat di Johor.

“Rita akan teruskan apa yang emak lakukan sebelum ini. Malah, keperluan orang kampung emak, Kampung Seri Menanti, Batu Pahat, tidak kami abaikan sebab di situ tempat emak dibesarkan.

“Baru-baru ini kami memberi sumbangan wang ringgit dan makanan kepada mangsa banjir di kampung itu dan berpesan kepada ketua kampung, jika inginkan bantuan, jangan segan beritahu kerana ibu lahir di situ,” katanya.

Diusik mengenai soal hati, Rita enggan mengulas lanjut tetapi mengakui dia kini dalam tempoh berkawan dan mengenali hati budi seseorang. Ditanya perancangan hidup berkeluarga, Rita berkata, dia tidak menetapkan sasaran bila akan berkahwin kerana baginya, jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

Mengenai kes tuntutan wang dan modal pelaburan saham amanah bernilai RM1.38 juta yang diberikan jutawan kosmetik itu kepada bekas suaminya, Nash, Rita berkata, dia tidak berani membuat keputusan sendiri kerana membabitkan ramai pihak.

“Kami adik-beradik akan mengadakan perjumpaan dengan peguam emak, Datuk Zaidi Zain dalam masa terdekat ini untuk membuat keputusan sama ada meneruskan kes berkenaan atau sebaliknya,” katanya.

Disebabkan kesibukan menguruskan perniagaan selepas ketiadaan ibu, Rita mengakui tidak sempat bertemu rakannya seperti dulu, tetapi masih berhubung melalui facebook dan twitter.

“Rita berharap kawan faham, Rita bukan berniat memutuskan silaturahim yang terjalin tetapi cuma mahu memberi lebih fokus terhadap tugas dan amanah sekarang. Apapun, Rita ingat setiap kawan Rita daripada sekolah rendah hingga zaman universiti,” katanya.

Dalam menghadapi situasi sedih dan mencabar, bapanya, Bukhari Mohamad, selalu ada di sisi.

“Sejak dulu, emak tidak pernah menghalang kami berjumpa ayah. Sampai sekarang, apabila berlaku kes seperti ini, yang paling dekat ialah ayah kami yang berperanan sebagai penasihat dalam semua hal ehwal, berkaitan rumah dan pejabat,” katanya yang masih menetap bersama adik-beradiknya di rumah agam Allahyarham Sosilawati di Gombak.

Rita yang akan mengerjakan umrah bersama tiga adiknya Mac ini berhasrat memanjatkan doa untuk ibunya di depan Kaabah.




Gitaris Sera meninggal

Oleh SHAMRAN SARAHAN dan RIDZUAN ABDUL RAHMAN
shamss@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Gitaris kumpulan rock yang popular pada 1990-an, Sera, Zainuddin A Karim, 46, atau lebih dikenali dengan panggilan Uban kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10 pagi semalam akibat kanser hati dan usus.
Uban menghembuskan nafas terakhir di kediamannya yang terletak berhampiran masjid di Taman Bukit Cheras, dekat sini. Allahyarham dikebumikan selepas waktu Asar semalam.

Bekas penyanyi Sera, Mohammed Zamree Abidin, 44, atau dikenali juga sebagai Oyee menyatakan rasa sedih berikutan kehilangan rakannya.
“Semua ini ketentuan Allah, apapun saya bersyukur kerana sempat juga bertemu arwah pada Khamis lalu selepas terbaca laporan akhbar ini (Harian Metro) mengenai keadaan Uban yang menderita kerana kanser.

“Saya sedih, lebih-lebih kami tidak berjumpa sejak 1996. Tiada siapa dapat melawan takdir, mungkin Allah lebih menyayangi arwah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan bekas gitaris kedua kumpulan Sera menderita barah usus peringkat akhir dan berharap rakan lama, terutama di kalangan anggota kumpulan Sera, melawatnya ketika masih berpeluang.

Kumpulan Sera yang pernah muncul ketika era rock kapak dulu popular dengan Di Badai Asmara. Album pertama Sera, Sentuhan Rasa diterbitkan pada 1991.

Kumpulan ini berkubur selepas anggota kumpulan terbabit berpecah dan membawa haluan masing-masing sekitar 1996 dan 1997.


Sudah lama berminat

Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my

DAPHNE... memeluk Islam kerana keindahannya.
DAPHNE... memeluk Islam kerana keindahannya.
KUALA LUMPUR: “Jangan salah sangka kerana saya tidak memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan lelaki Melayu. Saya sudah lama terdedah kepada agama ini dan kerana keindahannya, saya tertarik untuk menjadi seorang Muslimah,” kata pelakon dan personaliti terkenal, Daphne Eleanor Iking.
Sebelum ini, gosip mengenai bintang filem Belukar berusia 32 tahun itu memeluk Islam menjadi tajuk hangat di laman web hiburan tempatan. Bagaimanapun, tidak lama kemudian Daphne menjelaskan kepada media, dia memeluk Islam awal bulan lalu selepas mempelajari selok- belok agama itu, Disember lalu.

“Selepas memeluk agama Islam, saya membuat keputusan berkahwin dengan lelaki pilihan hati, iaitu Azmi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Joe. Majlis resepsi dilakukan di kampung halaman saya di Keningau, Sabah 8 Januari lalu.
“Majlis perkahwinan itu hanya dilakukan kecil-kecilan. Bagi saya, tidak perlu mengadakan majlis besar- besaran kerana yang penting adalah keutuhan rumah tangga berkenaan dan bukan majlis perkahwinan,” katanya, semalam.

Menurut Daphne, dia dan Joe adalah rakan kongsi dalam perniagaan.

Katanya, sejak mengenali hati budi masing-masing, mereka tertarik antara satu sama lain dan membuat keputusan menamatkan hubungan yang terjalin ke jenjang pelamin.


“Suami saya bersikap rendah diri dan tidak mahu terlalu menonjol di khalayak ramai mahupun media. Malah, saya mencintainya kerana sifatnya yang lemah lembut dan penyayang,” katanya.

BILA SIFAT KEJI DITAMBAH LAGI SIFAT SUKA MELANGGAR HUKUM ALLAH SWT...MAKA BERTAMBAH PARAHLAH....

Pemilik letak kenderaan tepi jalan sepak penguat kuasa



KESAL...Muhammad Hafizuddin menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
KESAL...Muhammad Hafizuddin menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
KUALA LUMPUR: Seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cedera selepas dipukul dan diterajang seorang pemilik kereta dalam operasi menyita kenderaan di Dang Wangi, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi Jumaat lalu itu menyebabkan penguat kuasa berkenaan, Muhammad Hafizuddin Sharif, 27, cedera ringan di tangan dan perut selepas dipukul bertalu-talu oleh suspek yang berusia 20-an.

Beliau berkata, dia tidak menyangka pemilik kenderaan terbabit memukul dan menerajangnya selepas rayuan untuk mengambil kembali kenderaannya tidak dilayan.
Katanya, sebelum kejadian, mereka sudah memberi amaran kepada pemilik yang meletak kereta di tepi jalan supaya mengalihkan kenderaan, tetapi lelaki terbabit tiada di tempat kejadian.
“Oleh itu, kami menyita kenderaannya dengan menggunakan kren tunda sebelum dia muncul dan merayu supaya mengembalikan keretanya, tetapi kami memintanya hadir ke depoh tunda DBKL di Jinjang untuk menyelesaikan masalah itu.

“Ketika itu, lelaki terbabit tiba-tiba mengamuk dan menendang perut saya hingga terjatuh,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, sebaik terjatuh, lelaki terbabit terus menerus menendang perutnya menyebabkannya cedera.
“Dalam pergelutan itu, dua rakan saya sempat menggari lelaki terbabit sebelum anggota polis dari Balai Polis Dang Wangi datang membawanya ke balai polis untuk diambil keterangan.


“Selepas kejadian itu, saya dan rakan membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan.



Kerja dajal dua rakan

KUALA LUMPUR: Dua lelaki dipercayai mencampurkan pil khayal dalam minuman seorang ahli perniagaan sebelum melarikan kenderaan miliknya ketika mangsa tidur.
Lebih malang apabila mangsa hanya tersedar keesokan harinya sebelum mendapati kenderaannya sudah tiada dipercayai dilarikan dua lelaki terbabit.

Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang Rabu lalu, mangsa yang berusia 31 tahun keluar minum dengan dua lelaki yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu.
Menurutnya, suspek mempelawa mangsa ke sebuah hotel mewah di Jalan Changkat Thamby Dollah, di sini, sebelum dibawa masuk ke dalam sebuah bilik hotel disewa itu.

“Di hotel berkenaan, mangsa mendakwa diberi minum oleh seorang daripada suspek sebelum pening dan tidak sedarkan diri. Difahamkan, mangsa pengsan akibat meminum air yang dicampurkan pil khayal.

“Mangsa yang tertidur hanya sedarkan diri sehari kemudian sebelum mendapati dua rakannya itu sudah tiada,” katanya.
KUALA LUMPUR: Dua lelaki dipercayai mencampurkan pil khayal dalam minuman seorang ahli perniagaan sebelum melarikan kenderaan miliknya ketika mangsa tidur.
Lebih malang apabila mangsa hanya tersedar keesokan harinya sebelum mendapati kenderaannya sudah tiada dipercayai dilarikan dua lelaki terbabit.

Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang Rabu lalu, mangsa yang berusia 31 tahun keluar minum dengan dua lelaki yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu.
Menurutnya, suspek mempelawa mangsa ke sebuah hotel mewah di Jalan Changkat Thamby Dollah, di sini, sebelum dibawa masuk ke dalam sebuah bilik hotel disewa itu.

“Di hotel berkenaan, mangsa mendakwa diberi minum oleh seorang daripada suspek sebelum pening dan tidak sedarkan diri. Difahamkan, mangsa pengsan akibat meminum air yang dicampurkan pil khayal.

“Mangsa yang tertidur hanya sedarkan diri sehari kemudian sebelum mendapati dua rakannya itu sudah tiada,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang keliru keluar dari hotel itu untuk ke keretanya sebelum terkejut apabila mendapati Toyota Avanza milik abangnya hilang.

“Mangsa menghubungi kedua-dua rakannya itu, namun suspek mematikan telefon. Berikutan itu, mangsa yakin diperdaya suspek yang membuatnya pengsan sebelum melarikan kenderaan itu.


“Mangsa menghubungi abangnya bagi memaklumkan kejadian itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini. Susulan itu, polis melakukan siasatan dengan mengambil keterangan mangsa selain cuba mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari hotel berkenaan,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan seorang pelajar lelaki berusia 30 tahun membuat laporan polis selepas mendakwa ditumbuk rakannya selepas dinasihati supaya memperbaharui visa bagi membolehkannya tinggal secara sah di negara ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, mangsa berjumpa suspek di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, di sini, sebelum berlaku pertengkaran selepas suspek enggan mendengar nasihatnya.

Suspek yang naik berang menumbuk muka mangsa berulang kali menyebabkan mata sebelah kiri mangsa lebam. Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum membuat laporan polis.


Tujuh siswa iblis

KANGAR: Dua penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, diburu polis manakala lima rakan mereka ditahan kerana disyaki merogol seorang penuntut perempuan yang juga rakan sekuliah dua daripada suspek, baru-baru ini.
Tujuh suspek berusia 19 tahun itu didakwa merogol mangsa berusia 19 tahun di sebuah rumah di Taman Seri Mawar, Arau dekat sini, 15 Februari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, dua siswa diburu itu dikenali sebagai Muhammad Naim Mohd Kamaruzzaman, 19, dan Ahmad Amirul Amin Rosley, 19, yang kini menghilangkan diri.
Menurutnya, dua suspek yang diburu itu bersama lima lagi rakan mereka disyaki merogol mangsa yang juga penuntut IPTA secara bergilir-gilir di rumah disewa seorang daripada suspek di Taman Seri Mawar.

“Kami sudah menahan lima suspek dari IPTA di sini dalam operasi khas dilancarkan selepas menerima aduan daripada penuntut perempuan berkenaan. Bagaimanapun, Muhamad Naim dan Ahmad Amirul melarikan diri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis di sini, semalam.

Beliau berkata, alamat terakhir Ahmad Amirul Amin ialah Jalan Raja Dewa Hilir, Kota Bharu, Kelantan manakala Muhammad Naim pula berasal dari Kampung Bonggol Kemian, Paloh Rawa, Machang, Kelantan.


“Mangsa dalam keadaan trauma akibat kejadian itu,” katanya sambil memaklumkan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Nashir meminta kedua-dua suspek menyerah diri dan orang ramai yang ada maklumat mengenai mereka diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Arau, Asisten Superintendan Jamalulail Ibrahim di talian 012-520 3977 atau menghubungi balai polis berhampiran.

Polis turut mengedar gambar kedua-dua suspek untuk siaran media.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya turut memburu tiga lelaki bagi membantu siasatan kes mencuri dan menyeludup kenderaan ke negara jiran serta kes menyebabkan kecederaan parah.

Katanya, dua daripada tiga lelaki berkenaan ialah Mohd Saidi Man, 44, dari Kampung Tersusun Padang Besar dan rakannya, Mariswandy Mohamad, 32, dari Rancangan Perumahan Awam (RPA) Chuping, disyaki aktif menjalankan kegiatan mencuri dan melupuskan kenderaan ke negara jiran.

“Kedua-dua suspek disyaki sudah menyeludup beberapa kenderaan mewah jenis Toyota dan Honda ke negara jiran selepas mencurinya di sini. Seorang daripada suspek adalah anggota penguat kuasa sukarela di sini,” katanya.

Beliau berkata, turut diburu seorang lelaki, Lim Yew Thong, 47 dari Pekan Sayur, Padang Besar yang didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang awam di pekan itu, Januari lalu.


Mayat rakan tercampak 500 meter dari kereta


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUANTAN: “Saya tidak mampu menggagahkan diri dan berjalan ke arah arwah selepas tercampak keluar dari kereta,” kata Wan Zulkanain Wan Abdullah, 21, rakan mangsa yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuantan-Pintasan Pelabuhan, dekat Bukit Rangin, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, mangsa, Sabri Che Saadon, 26, dari Kampung Pandan, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Difahamkan, Sabri yang bekerja sebagai pemandu lori memandu Proton Saga turut tercampak keluar sebelum mayatnya ditemui kira-kira 500 meter dari kereta.
Menceritakan semula kejadian itu, Wan Zulkanain berkata, dia yang berada di kerusi penumpang depan terkejut selepas kereta dinaiki dilanggar sebuah kereta BMW yang datang dari belakang ketika menghala Indera Mahkota dari Kampung Pandan.

Menurutnya, akibat rempuhan itu, kereta dinaikinya terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung Toyota Innova dan bergesel pula dengan sebuah lori membawa bahan kimia.

Katanya, kereta dinaikinya itu kemudian bergesel dengan sebuah Proton Wira sebelum dia bersama mangsa tercampak keluar.


“Selepas terjatuh di permukaan jalan, saya tidak mampu berdiri kerana tidak dapat menahan kesakitan sebelum dibantu orang awam yang mengangkat dan meletakkan saya di atas pembahagi jalan.

“Saya tidak dapat lihat arwah kerana dia tercampak terlalu jauh dan kejadian berlaku terlalu pantas,” katanya yang berasal dari Kampung Kubang Bemben, Jertih, Terengganu dan menuntut di Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas), dekat Semambu, di sini.

Menurutnya, sebelum kejadian itu, dia bersama arwah dalam perjalanan ke Indera Mahkota dari Kampung Pandan dan sepanjang perjalanan arwah tidak banyak bercakap.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata susulan kejadian terbabit, polis sudah mengambil keterangan empat pemandu dan seorang rakan mangsa yang selamat bagi membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, ketika kejadian cuaca baik serta permukaan jalan kering.

Katanya, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Perompak larikan van bawa rokok

BEHRANG: “Saya berjalan ke pintu van untuk mengambil rokok dipesan pemilik kedai dan tiba-tiba didatangi seorang lelaki tidak dikenali memegang pinggang serta menolak saya ke dalam van sementara seorang lagi lelaki menumbuk muka serta menendang saya,” kata K Kumaran.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari semalam, Kumaran, 26, dirompak sekumpulan lapan lelaki ketika berhenti di hadapan sebuah premis untuk menghantar rokok di Bandar Behrang, dekat sini.

Beberapa orang awam yang menjamu selera di restoran berdekatan tempat kejadian hanya menyaksikan insiden berkenaan kerana bimbang dicederakan kumpulan penjenayah menaiki dua Proton Waja.
“Seorang daripada perompak terbabit merampas beg di pinggang saya sebelum mereka cuba menolak saya masuk ke dalam van. Ketika itu saya nekad bergelut dan melepaskan diri daripada kepungan mereka lalu berlari ke premis berhampiran meminta tolong.

“Beberapa orang awam cuba membantu, tetapi perompak memberi amaran jangan campur tangan. “Perompak itu memunggah semua bungkusan rokok pelbagai jenama dalam van saya ke dalam kereta mereka sebelum melarikan diri. Ketika memecut kereta mereka, perompak terbabit mencampakkan beberapa kotak rokok ke atas jalan,” katanya.

Kumaran yang ditemui di Balai Polis Behrang selepas membuat laporan kira-kira jam 1.30 tengah hari, berkata itu kejadian pertama dia dirompak sepanjang bekerja sebagai penjual rokok di kawasan Slim River-Behrang.


Bagaimanapun, dia bersyukur kerana nyawanya masih panjang dan hanya cedera ringan di kening kirinya akibat ditumbuk seorang daripada perompak terbabit.

Sementara itu, pemilik kedai runcit, AK Subramaniam, 43, berkata dia terkejut apabila dimaklumkan seorang pelanggan mengenai kejadian terbabit.


Maut ditikam tegur motor bising



NIBONG TEBAL: Akibat meluahkan rasa tidak puas hati dengan bunyi motosikal, seorang lelaki berusia 21 tahun maut ditikam dipercayai dengan senjata tajam, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 pagi itu, mangsa, U Yuganthan, 21, bersama rakannya berehat di sebuah pondok di Lima Kongsi, Sungai Bakap, dekat sini, sebelum beberapa motosikal lalu di depan mereka membuat bising.

Berikutan itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dengan beberapa lelaki yang menunggang motosikal berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat berkata pertengkaran itu menyebabkan pergaduhan berlaku sebelum rakan mangsa melarikan diri untuk menyelamatkan diri.

“Rakan mangsa sempat melarikan diri, tetapi berpatah balik untuk melihat mangsa yang ketika itu terbaring berlumuran darah sebelum dia menghubungi polis.

“Mangsa dikenali Yuganthan mati beberapa jam selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Sungai Bakap (HSB) dengan kesan tikaman senjata tajam di dada, perut dan rusuk,” katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

Menurutnya, berikutan kejadian itu, polis melancarkan gerakan mencari suspek dan menahan empat lelaki berusia 20-an di rumah mereka di Lima Kongsi beberapa jam selepas kejadian.

Katanya, berdasarkan siasatan, semua lelaki terbabit dalam kejadian itu penduduk kawasan sama dan mereka mengenali antara satu sama lain.

“Sehingga jam 3 petang tadi (semalam) kami menahan empat lelaki dan masih menjejaki mereka yang terbabit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.


Salam terakhir


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
GOMBAK: “Anak saya sempat bersalam dan mencium tangan saya sebaik diberi wang belanja sebelum ke sekolah. Tindakan itu agak pelik kerana sebelum ini anak saya jarang berbuat demikian,” kata bapa mangsa lemas yang hanya mahu dikenali sebagai Jamaluddin, 57.
Anaknya, Noor Heiman Jamaluddin, 12, lemas ketika bermain air bersama rakannya di Tasik Taman Seri Gombak, di sini, petang kelmarin.

Jamaluddin yang bekerja sendiri berkata, sebelum pergi ke sekolah, anaknya itu masuk ke dalam bilik meminta wang belanja dan terus keluar namun berpatah balik dan menghulurkan tangan untuk bersalam.
Menurutnya, dia pada mulanya berasa pelik namun tidak mengesyaki apa-apa kerana beranggapan anaknya ingin menunjukkan pakaian baju Melayu warna kuning yang dipakai bersama samping dan songkok.

“Dia berpakaian demikian kerana pada hari kejadian di sekolahnya ada menganjurkan program Maulidur Rasul.

“Namun tidak menyangka itu adalah kali terakhir kami bertemu sebelum mendapat tahu anak saya itu mati lemas,” katanya.

Katanya, kehilangan anaknya itu disedari selepas tidak pulang ke rumah pada petang kejadian dan mereka sekeluarga keluar mencarinya di sekolah dan kawasan sekitar, tetapi gagal.

Menurutnya, mereka hanya menyedari anaknya lemas selepas menerima panggilan daripada seorang anggota polis memaklumkan anaknya itu lemas kira-kira jam 11 malam. Sementara itu, saksi kejadian, Sivaneswaran, 19, berkata, dia bersama rakan yang baru pulang dari kolej berhampiran singgah sebentar di taman rekreasi berkenaan kerana hujan lebat ketika itu.

Menurutnya, dia bersama rakannya yang berteduh di pondok di taman berkenaan kira-kira jam 2.30 petang ternampak dua kanak-kanak sedang bermain buah kelapa di tepi tasik berkenaan.

“Bagaimanapun, selang sejam kemudian saya hanya nampak seorang sahaja kanak-kanak yang mundar-mandir di sekeliling tasik.

“Saya kemudian memanggilnya dan bertanyakan di mana rakannya namun dia memberitahu tidak tahu. Saya juga meminta dia memberitahu jika ada masalah namun dia hanya diam dan menyatakan tiada ada apa-apa berlaku,” katanya.

Sivaneswaran berkata, dia kemudian menyuruh kanak-kanak terbabit pulang ke rumah dan hanya menyedari kehilangan mangsa pada sebelah malam selepas pulang dari makan.

Sementara itu, Ketua Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba, Japari Tajudin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis kira-kira jam 11.58 malam.

Menurutnya, pihak bomba kemudian menjalankan usaha mencari mangsa namun tidak berhasil sebelum operasi mencari ditangguhkan pada jam 1.45 pagi.

“Kami menyambung semula pada sebelah pagi dan berjaya menemui mangsa kira-kira jam 11.14 pagi,” katanya.

BILA NYAWA TIADA HARGA LAGI...BILA JENAYAH AGAK SUKAR DIBENDUNG....KESAN HUKUM ALLAH TIADA MENJADI SUMBER UTAMA HUKUM....

Beratur panjang dalam kebun

Oleh Ahmad Ismail
am@hmetro.com.my

RAMPAS...Abd Majid (kanan) menunjukkan barang yang dirampas daripada wanita terbabit.
RAMPAS...Abd Majid (kanan) menunjukkan barang yang dirampas daripada wanita terbabit.
SEGAMAT: Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.
Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu.

Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata Nina Montok dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit pada jam 10 malam kelmarin.

“Ketika serbuan, wanita itu melayan seorang pelanggan manakala lima lelaki membabitkan dua warga tempatan dan tiga warga asing berada di tepi pondok berkenaan dipercayai menunggu giliran.


“Kedua-dua lelaki tempatan terbabit yang berusia 42 dan 51 tahun serta semua warga asing yang berusia 22 hingga 40 ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati Nina Montok turut menghantar SMS secara rawak kepada beberapa penoreh getah di kebun berkenaan untuk mempromosi khidmat seksnya.

Abd Majid berkata, polis turut menemui tiga peket kondom yang belum digunakan di dalam beg tangan wanita itu, telefon bimbit dan selain wang RM394 dipercayai hasil kegiatan pelacuran.

“Pemeriksaan mendapati wanita itu masuk ke negara ini secara sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.


Kucupan terakhir sebelum lemas


ANGGOTA bomba mengangkat mayat Heiman yang ditemui lemas di tasik Taman Sri Gombak semalam.


GOMBAK - Seorang bapa tidak menyangka tindakan anak bongsunya bersalam dan mengucupnya selepas mengambil wang saku untuk ke sekolah merupakan petanda yang pelajar tahun enam itu akan pergi selama-lamanya apabila dia ditemui lemas kelmarin.
Kejadian pukul 3 petang itu berlaku ketika Heiman Jamaludin, 12, dikatakan bermain di tasik Taman Sri Gombak di sini selepas tamat waktu persekolahan bersama seorang rakan dalam hujan lebat sebelum terjatuh.
Jamaludin, 59, memberitahu, sebelum ini, anaknya tidak akan berpatah semula ke rumah jika terlupa hendak salam atau mengucupnya ketika hendak ke sekolah.
Namun pada hari kejadian katanya, anaknya sanggup berpatah balik ke rumah walaupun telah separuh jalan menaiki motosikal bersama ibunya ke sekolah.
"Selalunya dia tidak begitu, kalau sudah terlupa salam dia akan terus pergi sekolah tetapi semalam (kelmarin) dia beriya-iya menyuruh ibunya pusing semula ke rumah untuk bersalaman dengan saya.
"Kami sekeluarga reda dengan kejadian ini. Heiman merupakan anak yang disayangi keluarga dan disenangi rakan-rakannya," ceritanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata di sini semalam.



Mayat wanita berlumuran darah di tempat letak kereta

26/02/2011 8:51pm

GEORGETOWN - Mayat seorang wanita berlumuran darah ditemui di tingkat dua kawasan letak kereta sebuah pangsapuri di Lorong Madrasah, Jelutong di sini, semalam.
Jurucakap polis berkata, orang ramai menemui mayat itu berusia lingkungan 20an yang berpakaian lengkap dengan beberapa kesan kecederaan teruk terutama di bahagian kepala kira-kira pukul 7.30 malam.
Katanya, berdasarkan maklumat beberapa saksi, mereka sebelum itu terdengar bunyi kecoh seperti orang bergaduh di tingkat 11 perumahan itu dan tiba-tiba terdengar satu bunyi dentuman kuat.
"Orang ramai bergegas ke kawasan tempat letak kereta berkenaan dan menemui mayat dalam keadaan terlentang serta mengalami pendarahan yang teruk di kepala,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama


Wanita pergi kerja mati

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
ANGKAT...anggota polis forensik mengangkat mayat Alamelu.
ANGKAT...anggota polis forensik mengangkat mayat Alamelu.
JOHOR BAHRU: Seorang tukang cuci maut apabila tiga lelaki yang menunggang motosikal menghimpit motosikal diboncengnya dalam satu cubaan meragut di Jalan Skudai-Jalan Tun Razak di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, R Alamelu, 52, mati di tempat kejadian selepas terjatuh dari motosikal yang ditunggang adik iparnya, D Ganesh, 36.

Ketika kejadian, Ganesh dalam perjalanan menghantar mangsa ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (KIK) Bangunan Sultan Ibrahim untuk berjumpa suaminya yang menaiki kenderaan berasingan sebelum mereka bersama-sama ke Singapura untuk bekerja.

Difahamkan, Ganesh menyedari diekori sekumpulan lelaki dipercayai warga asing sebelum membelok ke stesen minyak di Jalan Padi, Bandar Baru Uda.

Bagaimanapun, ketiga-tiga lelaki itu terus menghimpit motosikal ditunggangnya sebelum seorang daripada mereka cuba menarik beg pinggang dipakai mangsa.


Tindakan itu menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya menyebabkan ketiga-tiga lelaki terbabit melarikan diri tanpa dapat meragut beg pinggang mangsa.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Kamil, 30-an berkata, akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa terjatuh di atas jalan raya menyebabkan pengguna jalan raya lain memperlahankan kenderaan.

“Pada awalnya saya menyangka ia hanya kemalangan biasa. Bagaimanapun, saya hanya mengetahui ia cubaan ragut selepas dimaklumkan mangsa. Ada pengguna jalan raya cuba mengejar tiga peragut itu tapi gagal,” katanya.

Menurut Kamil, pada waktu puncak, dianggarkan lebih 30,000 penunggang motosikal akan ke Tambak Johor melalui Jalan Skudai dan ketika itulah ada di kalangan peragut mengambil kesempatan menjalankan kegiatan.

“Kami berharap polis mengambil perhatian berkaitan perkara ini dan lebih kerap mengadakan sekatan jalan serta rondaan bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, siasatan lanjut dilakukan bagi mengenal pasti sama ada kes berkenaan benar-benar membabitkan kejadian ragut.

“Berdasarkan siasatan awal, barangan milik mangsa gagal dilarikan penjenayah, ada kemungkinan mangsa maut akibat serangan jantung.

“Polis akan mengambil keterangan dan menjalankan siasatan menyeluruh berkaitan kejadian. Mayat mangsa juga sudah dihantar ke Hospital Sultan Ibrahim (HSI) untuk bedah siasat,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu tampil membantu siasatan.

Maut bergaduh: Polis tahan dua lagi remaja

26/02/2011 7:09pm

NIBONG TEBAL – Polis hari ini menahan dua lagi remaja untuk membantu siasatan berhubung kes seorang remaja lelaki yang mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan sekumpulan remaja lain di Lima Kongsi di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat berkata, kedua-dua lelaki berusia 15 dan 20 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 pagi ini di dua lokasi berasingan di kawasan Lima Kongsi.
Beliau berkata, polis menubuhkan sebuah pasukan khas untuk mengesan kumpulan remaja yang terbabit dalam pergaduhan berkenaan selepas berjaya menahan empat rakan mereka semalam.
"Polis telah mengenal pasti beberapa lagi rakan mereka yang berusia antara 21 dan 24 tahun dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu dan usaha mengesan sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga mangsa, U. Yuhanthan, di rumahnya di Lima Kongsi di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, Yuhanthan, 21, yang cedera parah di dada, perut dan rusuk akibat dipukul serta ditikam, mati ketika dirawat di Hospital Sungai Bakap di sini.
Beberapa jam selepas pergaduhan yang berlaku kira-kira pukul 1.50 pagi itu, polis berjaya menahan empat remaja yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan. – Bernama


Polis temui mayat lelaki dalam beg pakaian

26/02/2011 6:24pm

IPOH — Polis hari ini menemui mayat lelaki dalam sebuah beg pakaian di dalam parit berhampiran sebuah kilang di Batu 8, dekat Chemur dipercayai dibunuh.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, mayat tersebut ditemui pada pukul 3.35 petang oleh orang awam yang kemudian menghubungi polis.
Polis percaya mangsa dibunuh di tempat lain kemudian dimuatkan dalam sebuah beg pakaian sebelum dibuang di situ katanya kepada pemberita.
Azisman berkata, tiada sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat itu dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian atau mengetahui mengenai mangsa supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di nombor telefon 05-2451500. — Bernama


Lelaki mati dengan lebih 10 kesan tikaman

26/02/2011 4:20pm

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki ditemui mati dengan terdapat lebih 10 kesan tikaman pada dada dan perutnya di rumahnya di Wangsa 11, Bukit Antarabangsa di sini pagi ini.
Lee Soong Chin, 56, ditemui berlumuran darah di dalam bilik tidur oleh isterinya seorang warga British kira-kira 6.40 pagi.
Polis setakat ini mengklasifikasi kes tersebut sebagai bunuh diri.
"Siasatan polis mendapati terdapat lebih 10 tikaman di dada dan perutnya yang dipercayai dilakukan oleh Lee sendiri dengan menggunakan pisau yang ditemui berhampiran dengannya.
"Siasatan awal polis mengklasifikasikan kes ini sebagai bunuh diri berdasarkan keterangan keluarganya yang menganggap kejadian berkemungkinan berpunca dari masalah kemurungan atau tekanan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, ketika kejadian, tiga anak mangsa turut berada di dalam rumah itu. — Bernama



Wanita mati terkejut diragut




JOHOR BAHRU – Hasrat seorang wanita untuk menyelamatkan beg tangannya daripada diragut tiga lelaki warga asing berkecai apabila dia mati selepas terjatuh daripada motosikal yang ditunggang bersama seorang rakan anak lelakinya di Bandar Baru UDA di sini semalam.
Kejadian pukul 5.50 pagi itu menyebabkan seorang tukang cuci, R. Alamelu (gambar), 49, mati di lokasi kejadian.
Difahamkan, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun kematiannya lebih kepada rasa terkejut dengan kejadian itu.
Anak mangsa, R. Mugash, 20, berkata, rakannya, Ganesan yang menunggang motosikal itu memberitahu, ketika kejadian, mereka telah didekati oleh dua buah motosikal yang ditunggang oleh tiga lelaki warga asing lalu cuba meragut beg tangan ibunya.
Bagaimanapun katanya, ibunya enggan melepaskan beg tersebut sebelum berlaku adegan tarik menarik.




Lelaki bergaduh mati ditikam




NIBONG TEBAL - Seorang lelaki mati selepas ditikam dalam satu pergaduhan dengan sekumpulan enam lelaki lain di tepi jalan berhampiran ladang kelapa sawit di Lima Kongsi, Sungai Bakap di sini semalam.
Kejadian pukul 1.50 pagi itu mengakibatkan U. Yuhanthan, 21, maut setelah cedera di dada, perut dan rusuk akibat tikaman tersebut.
Polis tidak menolak kemungkinan pergaduhan itu bermotifkan salah faham selepas suspek tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang menegur mereka ketika sedang merempit dan membuat bising di situ.
Ketua Polis daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafien Mamat berkata, sebelum kejadian, mangsa sedang minum di sebuah pondok di situ sebelum menegur suspek.
Katanya, kumpulan lelaki itu yang tidak berpuas hati kemudian telah bertengkar sebelum rakan mangsa melarikan diri ekoran bimbang dibelasah.
"Mangsa yang terperangkap kemudian telah dibelasah dan ditikam di dada, perut dan rusuk dengan sejenis senjata tajam. Mangsa mati ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap beberapa jam kemudian," katanya di sini semalam.


Pengemis raih simpati di masjid kena berkas


BEGINILAH keadaan beberapa pengemis warga asing apabila ditahan JKM Wilayah Persekutuan dalam operasi di Masjid Zaid Harithah di Gombak semalam.


KUALA LUMPUR - Tangisan kuat beserta air mata yang bercucuran tidak menjadikan kanak-kanak warga asing dengan ibunya yang mengemis di Masjid Zaid Harithah, Gombak dekat sini terselamat daripada tindakan penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Biarpun meronta-ronta untuk cuba melarikan diri ketika didatangi oleh pegawai JKM secara mengejut namun lima wanita berusia di antara 30 hingga 45 tahun dan empat kanak-kanak warga Myanmar itu berjaya dikawal dan ditahan atas kesalahan mengemis.
Malah ada antara mereka yang dilihat seperti cuba merayu kepada pegawai JKM meminta agar mereka dilepaskan dengan bahasa yang tidak fahami.
Menurut Timbalan Pengarah 2, JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabar Puteh Mahadi, dalam operasi yang dinamakan Ops Masjid itu, pihaknya menerima aduan daripada jawatankuasa masjid tersebut mengenai kewujudan pengemis-pengemis asing yang meminta sedekah di situ sejak tiga bulan lalu terutama pada hari Jumaat.
Katanya, pengemis di situ bertindak agak agresif apabila ada dalam kalangan mereka yang cuba memaksa jemaah supaya memberikan mereka wang.
"Kesemua wanita yang mempunyai status UNHCR (Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian) itu akan ditempatkan selama 30 hari di Desa Bina Diri Kuala Kubu Bharu.


'Lanun' cuba lupus bukti dicekup


ANGGOTA polis menahan seorang lelaki yang cuba membakar 1,170 keping VCD dan DVD cetak rompak ketika serbuan di pusat beli-belah Prangin Mall di George Town kelmarin.


GEORGE TOWN – Cubaan seorang ‘lanun’ untuk membakar 1,170 keping cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak gagal apabila niat untuk melupuskan bukti itu dipatahkan polis dalam kejadian di pusat beli-belah Prangin Mall di sini kelmarin.
Kejadian pukul 5 petang itu berlaku apabila lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu cuba membakar VCD dan DVD tersebut selepas mencurahkan petrol ke atasnya bertujuan untuk melupuskan bukti. Simbahan itu turut terkena pada salah seorang anggota polis yang melakukan serbuan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, tindakan suspek amat berbahaya kerana ia bukan sahaja mengakibatkan premis lelaki itu terbakar malah boleh memusnahkan pusat beli-belah itu.
Katanya, kejadian itu merupakan yang pertama kali berlaku sepanjang pihaknya melakukan operasi membanteras penjualan dan pengedaran VCD dan DVD haram.

Friday, February 25, 2011

ARAK IBU SEGALA MAKSIAT....HUKUM ALLAH SUDAH ADA....KENAPA TAK DIJALANKAN....KITA BANYAK SOGEL....NAK MEMBELA DAN MEMPERTAHAN ORANG MAKSIAT DAN PEMINUM ARAK...PENZINA DLL...BUKAN NAK MEMPERTAHANKAN HUKUM ALLAH SWT....ADAKAH DAH BERSEDIA MASUK NERAKA KERANA MEMPERLEKEH SERTA MEMPERSENDA HUKUM ALLAH....

Pemabuk tidak gentar



KUALA LUMPUR: Hukuman terhadap pesalah berkaitan arak termasuk peminum di kalangan orang Islam masih ringan, malah kurang memberi kesan, kata Timbalan Bahagian Ketua Penasihat (Syariah), Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara, Mahamad Naser Disa.
Menurutnya, sudah tiba waktu untuk mengenakan hukuman lebih berat, terutama apabila berdepan statistik kes berkaitan minuman itu yang semakin meningkat.

“Sekarang hukuman terhadap individu yang bersalah berkaitan arak masih rendah. “Orang tidak takut, sedangkan mabuk disebabkan minuman itu didapati antara punca jenayah antara kaum,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Arak dan Pencegahannya: Pengalaman Jabatan Peguam Negara.

Mahamad Naser berkata, undang-undang berkaitan arak juga perlu disatukan supaya impak kawalan terhadap bahan itu lebih efektif.

“Berbanding sekarang, undang-undang mengenai arak berselerak, contohnya dalam akta eksais dan pihak berkuasa tempatan yang kadangkala menyukarkan tindakan diambil.

“Menyatukan undang-undang seperti memperkenalkan terma Akta Kawalan Arak akan meningkatkan kesedaran umum, malah dipandang negatif sebagaimana Akta Dadah Berbahaya yang menggerunkan orang ramai,” katanya.


Makin ramai wanita ketagih

KUALA LUMPUR: Wanita dikesan semakin mengambil minuman beralkohol, sekali gus menyaingi golongan lelaki, kata Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Penyalahgunaan Alkohol, Kementerian Kesihatan, Dr Rozanim Kamarudin.
Menurutnya, kajian yang dilakukan pihaknya juga mendapati orang Melayu mengambil minuman haram itu walaupun peminum di kalangan kaum lain lebih tinggi.

“Sebanyak 24.6 peratus peminum sebab mabuk, menyebabkan mereka ketagih,” katanya pada Persidangan Meja Bulat Arak dan Pencegahannya di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), di sini, semalam.
Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah Ikim dan Penasihat Perundangan Syariah Seksyen Syariah, Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman.

Persidangan dipengerusikan Timbalan Ketua Pengarah Ikim, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin membabitkan lapan pembentangan kertas kerja daripada pelbagai agensi, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

Dr Rozanim berkata, alkohol banyak membawa mudarat, malah individu ketagih alkohol tidak boleh berhenti serta-merta seperti ketagihan dadah.

Katanya, kajian pihaknya mendapati 48 peratus daripada keseluruhan kes kecelaruan mental dan tingkah laku berpunca daripada pengambilan alkohol di samping bahan psikoaktif lain.

“Alkohol adalah punca risiko besar bagi kemabukan dan penyakit kronik. Jika diambil setiap hari ia akan menyebabkan ketagihan pada masa depan.
  “Mereka yang ketagih tak boleh berhenti serta-merta kerana boleh menyebabkan penyakit kronik seperti sawan dan maut.

“Jadi, nasihat saya, pergi ke hospital untuk berhenti, dapatkan nasihat dan ubat untuk berhenti. Namun, lebih baik tak ambil alkohol langsung,” katanya.

Hasil minuman keras tiruan elak cukai tinggi



KUALA LUMPUR: Pelbagai taktik digunakan pengimport dan pengilang minuman keras bagi mengelak membayar cukai yang tinggi kepada Kastam Diraja Malaysia (KDRM) termasuk memperkenalkan arak tiruan.
Penolong Kanan Pengarah Kastam, Bahagian Penguatkuasaan, KDRM, Habsah Harun berkata, hasil risikan pihaknya mendapati ada yang membotolkan dan menjual arak tiruan kepada pengguna.

Namun, katanya, arak tiruan memberikan mudarat lebih tinggi kepada kesihatan pengguna kerana ramuannya daripada pelbagai bahan kimia.
“Pengimportan haram banyak berlaku disebabkan penyeludupan berleluasa dan penjualannya yang tidak berlesen.

“Risikan kami juga menunjukkan ada pengeluar menggunakan botol berjenama mahal sedangkan kandungan hanya dibuat dalam negara, bukan diimport,” katanya pada Persidangan Meja Bulat Arak dan Pencegahannya, di sini, semalam.

Habsah berkata, minuman keras adalah komoditi yang dikenakan cukai tinggi selepas kereta dan rokok.

“Minuman keras memang menyumbang hasil negara. Ia ketiga selepas cukai rokok dan kereta. Banyak pihak mahu lari dari cukai,” katanya. Beliau berkata, disebabkan masalah untuk mengelak dikenakan cukai, rampasan minuman keras oleh KDRM juga makin meningkat kebelakangan ini.

Satu badan gatal-gatal



GATAL...kesan merah di lengan Hasanah.
GATAL...kesan merah di lengan Hasanah.
JOHOR BAHRU: Hasrat ibu kepada empat anak mendapatkan bentuk badan langsing bagi memikat suami bukan saja tidak kesampaian, malah kerugian RM10,000 apabila rawatan dijalani itu tidak berkesan.
Lebih memburukkan keadaan, wang dibelanjakan bukan saja tidak melangsingkan badan, malah menyebabkan tubuh wanita yang juga guru sekolah itu gatal-gatal hingga suami mula menjauhinya.

Hasanah (bukan nama sebenar), guru di bandar raya ini berkata, dia mengalami tekanan perasaan apabila suaminya bersikap dingin dan geli melihat badannya gatal-gatal terutama di bahagian berlipat pada tubuhnya.
Katanya, selain suami, anak muridnya menegur apabila setiap kali mengajar dia tidak berhenti menggaru di serata badan serta rimas apabila menahan gatal akibat berpeluh terutama ketika cuaca panas.

“Suami memberi RM10,000 bagi mendapatkan rawatan pelangsingan badan ‘hot blanket’ di sebuah pusat kecantikan terkenal di Taman Johor Jaya, akhir November tahun lalu.

“Selepas menjalani rawatan sebanyak tiga kali, saya nampak kesan negatif apabila gatal-gatal satu badan terutama belakang lutut, lengan, tangan kanan, siku, paha dan perut,” katanya.
“Saya tidak mengendahkan perubahan itu dan meneruskan rawatan hingga kali ketujuh kerana keadaan bertambah buruk walaupun pakej diambil 10 sesi rawatan.

“Sejak mengalami penyakit kulit suami bersikap dingin dan menjauhi saya, malah anak selalu bertanya sama ada masakan saya bersih atau tidak,” katanya.


Dua penipu bank dicekup



KUALA LUMPUR: Dua suspek yang disyaki menjadi dalang kes penipuan licik membabitkan pinjaman wang RM19 juta dari sebuah bank terkemuka kepada dua syarikat tempatan berjaya ditahan untuk siasatan lanjut Isnin lalu.
Difahamkan, suspek pertama yang ditahan berusia 40-an adalah dalang utama penipuan berkenaan manakala seorang lagi suspek yang juga berusia 40-an adalah pegawai bank yang menguruskan pinjaman berkenaan.

Sumber berkata, siasatan mendapati, suspek utama yang menyamar sebagai ahli perniagaan terkemuka itu sengaja menghantar permohonan pinjaman terbabit dengan bantuan suspek kedua yang menyerahkan permohonan itu kepada pegawai atasannya.
Menurutnya, suspek utama mendakwa menjalankan perniagaan membekalkan peralatan alat ganti pertahanan kepada Kementerian Pertahanan terutama membabitkan pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Melalui dokumen diserahkan, suspek mendakwa menerima kontrak daripada Kementerian Pertahanan untuk membekalkan alat ganti bagi 16 jet pejuang MIG-29N milik TUDM.

“Suspek dipercayai menyerahkan dokumen kontrak ditandatangani antara kedua-dua pihak bagi meyakini pihak bank berhubung permohonan pinjaman berkenaan. Urusan permohonan pinjaman bank terbabit turut dibantu suspek kedua yang turut dijanjikan imbuhan oleh suspek pertama,” katanya.

Menurutnya, pihak bank yang berjaya diyakini kemudian meluluskan pinjaman berjumlah RM19 juta itu sebelum dipindahkan ke akaun milik syarikat suspek pertama.

“Suspek sengaja menggunakan sebahagian duit pinjaman yang diterimanya itu untuk menjelaskan bayaran ansuran pinjaman bulanan bagi mengelakkan penipuan itu dibongkar. Berdasarkan siasatan, suspek menggunakan kira-kira RM9 juta daripada jumlah keseluruhan pinjaman dibuat untuk membayar ansuran bulanan itu.

Isteri terpedaya



KUALA LUMPUR: Seorang lagi wanita menjadi mangsa kasanova yang menggunakan ketampanan dan ayat cinta bagi memperdayakan mangsa sebelum melarikan wang mangsa.
Sebelum ini, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Ken, 31, memperdayakan wanita yang termakan ayat-ayat cinta sebelum mengikis wang mereka dengan menggunakan taktik kononnya menghadapi masalah perniagaan. Terbaru, seorang wanita dari Singapura yang juga isteri kasanova terbabit dikenali sebagai Chen, 33, berkata, dia mengenali suaminya pada jamuan makan malam di sebuah hotel.

Menurutnya, sejak perkenalan itu hubungan mereka semakin rapat kerana dia tertarik dengan sikapnya yang romantis sehingga bersetuju berkahwin.
“Kami melangsungkan perkahwinan pada 2008, namun kini dalam proses perceraian selepas tembelangnya memperdayakan ramai wanita lain terbongkar. “Malah, saya turut mengalami kerugian apabila memberi wang kepadanya RM200,000 selepas kasihan dengan masalahnya. Namun, saya tidak sangka semua itu hanya sandiwaranya,” katanya ketika membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA, Wisma MCA, di sini.

Chen berkata, suaminya memberitahu ibunya sudah meninggal dunia dan memerlukan wang untuk menguruskan pengebumiannya.

“Saya pada mulanya ingin mengikutnya pulang ke kampung di Malaysia, namun tidak dibenarkan dan memberitahu akan menguruskan sendiri masalah itu.

“Saya beralah dan meminjamkan wang itu kepadanya untuk menguruskan hal keluarga, namun terkejut tidak lama kemudian apabila diberitahu suami saya itu kasanova oleh rakan dan melalui media massa,” katanya.

Beliau berkata, taraf penduduk tetap (PR) suaminya di Singapura juga dibatalkan gara-gara perbuatannya sehingga dia kini menjadi buruan polis Singapura.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang lelaki layak digelar kasanova apabila menggunakan ketampanan dan ayat cinta bagi menipu empat wanita dalam satu masa.

Namun pihak bank dikatakan mula curiga apabila suspek gagal membayar ansuran bulanan seterusnya mengikut masa ditetapkan sebelum melakukan siasatan dalaman.

“Bagaimanapun pegawai bank yang terbabit dengan kes terbabit dikatakan sudah berhenti kerja menyebabkan pihak bank segera membuat laporan polis minggu lalu. Pihak polis kemudian segera membuka kertas siasatan sebelum berjaya memberkas kedua-dua suspek terbabit,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, yang dihubungi mengesahkan penahanan suspek untuk siasatan lanjut.


Gadis diperkosa abang rakan



HULU SELANGOR: Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun bukan saja dirogol malah diliwat abang rakannya di sebuah tempat pembuangan sampah di Serendah, pada Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa yang kini sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihubungi rakan sekelasnya meminta untuk tidur di rumahnya di Serendah.

Bagaimanapun, mangsa yang tidak mempunyai kenderaan meminta rakannya itu menjemputnya di rumahnya di pekan Rawang.
Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy berkata, oleh kerana rakannya itu tidak memiliki lesen memandu, dia meminta suspek yang juga abangnya yang berusia 22 tahun pergi mengambil mangsa.

“Atas dasar hormat sebagai abang kepada rakannya, mangsa setuju mengikut suspek menunggang motosikalnya,” katanya. Bagaimanapun, sebelum tiba di rumah rakannya itu, suspek singgah di sebuah kedai untuk minum minuman keras bersama dua rakannya.

“Suspek yang ketika itu sedang mabuk kemudian mengheret mangsa ke kawasan sunyi berhampiran sebuah ladang kelapa sawit yang juga tempat pembuangan sampah sebelum dirogol dan diliwat,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang ketakutan cuba melawan tetapi dipukul dengan topi keledar sebelum dia pasrah dan hanya menuruti arahan suspek.

Katanya, selepas dirogol dan diliwat, suspek menghantar mangsa pulang semula ke rumahnya di Rawang dan bertindak mengugut supaya mangsa tidak menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarganya jika mahu selamat. Bagaimanapun, mangsa bersama keluarganya kemudian membuat laporan di Balai Polis Serendah, kira-kira jam 11 malam, Isnin lalu.


  Dua peragut direman


KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang ditahan beberapa minit selepas menyamun tiga beradik dan melarikan wang tunai milik mangsa yang baru dikeluarkan dari bank berjumlah RM3,000, kelmarin direman sehingga Isnin ini.
Timbalan Ketua Polis Subang Jaya, Superintendan Abdul Aziz Abdul Majid, berkata kedua-dua suspek direman lima hari bagi membantu siasatan.



Datuk rugi RM300,000

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan berstatus Datuk berusia 50-an kerugian lebih RM300,000 selepas dua pekerjanya yang diamanahkan membawa wang berkenaan bagi satu pelaburan mata wang asing disamun tiga lelaki warga Afrika bersenjata parang di sebuah rumah di Batu 9, Cheras, di sini, kelmarin.
Beliau yang enggan dikenali berkata, dia yang diyakinkan dua pekerjanya itu bersetuju membuat pelaburan mata wang asing yang dijalankan sepasang suami isteri yang juga kenalan pekerjanya itu.

Katanya, pada hari berkenaan, dia sepatutnya pergi bersama-sama pekerjanya itu berjumpa pasangan suami isteri terbabit, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana perlu menghadiri satu temujanji perniagaan di pejabat.
“Oleh itu, saya menyerahkan wang tunai AS$100,000 (RM300,000) dan RM14,500 kepada pekerja terbabit untuk diserahkan kepada suami isteri berkenaan sebagai pelaburan awal kerana dijanjikan pulangan hingga RM500,000,” katanya. Katanya, sebaik pekerjanya tiba di rumah pasangan berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari, mereka terpaksa menunggu hingga jam 4 petang sebelum seorang lelaki warga Afrika yang didakwa kenalan pasangan suami isteri terbabit tiba untuk menerima wang pelaburan itu.

“Sebaik lelaki Afrika itu tiba, dia memberitahu dua lagi rakannya dalam perjalanan membawa sejumlah wang bernilai lebih RM500,000 kononnya pulangan awal pelaburan yang dibuatnya itu.

“Tidak lama selepas itu, rakan dimaksudkan lelaki Afrika itu masuk ke dalam rumah membawa sebuah beg pakaian kononnya mengandungi wang tunai,” katanya.

Katanya, lelaki terbabit membuka beg berkenaan sebelum mengeluarkan tiga parang panjang dan melibasnya ke arah mangsa dengan tujuan menakut-nakutkan mangsa.

Menurutnya, suspek kemudian mengikat keempat-empat mangsa sebelum melarikan diri.

Mangsa membuat laporan polis dan Timbalan Ketua Polis Kajang Superintendan Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kini siasatan sedang dijalankan



Tindakan UPM tak munasabah



PUTRAJAYA: Tindakan Universiti Putra Malaysia (UPM) membatalkan kemenangan sekumpulan mahasiswa atas alasan berkempen berkumpulan tidak munasabah kerana pilihan raya kampus (PRK) seharusnya dijadikan medan terbaik memberi pendidikan politik dan demokrasi kepada mahasiswa.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, (gambar) berkata beliau menghubungi Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi, kelmarin sebaik dimaklumkan kemenangan sekumpulan mahasiswa dalam pilihan raya kampus dibatalkan universiti.

Katanya, pendidikan politik dan demokrasi seharusnya merintis ke arah amalan demokrasi lebih matang, malah kementerian mahukan ia menjadi gelanggang politik yang sihat dan menyuburkan idealisme mahasiswa, selain dijalankan secara adil, telus dan licin serta meningkatkan penyertaan mahasiswa dalam proses berkenaan.
“Jadi alasan membatalkan kemenangan sekumpulan mahasiswa itu tidak wajar dan munasabah kerana umum mengetahui pihak yang membuat bantahan itu sendiri sebuah kumpulan juga, dan ini diakui seorang daripada mereka dalam perbincangannya dengan saya hari ini (semalam).

“Malah, pembatalan itu dibuat tanpa memberi peluang kepada pihak dibatalkan itu membela diri. Jika berlaku pembatalan atas alasan yang tidak munasabah ini, saya bimbang dilabelkan sama seperti Burma yang tidak mengiktiraf kemenangan Parti Liga Demokrasi Kebangsaan pimpinan Aun San Su Kyi dalam pilihanraya 1990, atau Amerika Syarikat, negara Kesatuan Eropah (EU) dan Israel yang tidak mengiktiraf Hamas dalam pilihanraya Palestin pada 2006,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.



Tidak cadang ambil tindakan



KUALA LUMPUR: Universiti Putra Malaysia (UPM) tidak berhasrat mengambil tindakan ke atas penuntutnya yang berhimpun beramai-ramai di pintu masuk Bangunan Pentadbiran dan merusuh hingga mengakibatkan berlaku kejadian tidak diingini, kelmarin.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan menganggap tindakan kira-kira 150 penuntut terbabit ‘berkampung’ di bangunan menempatkan pejabatnya sebagai melahirkan amarah tetapi tidak hingga melakukan perkara buruk.


Usah bosan berbakti kepada ibu bapa



SESEORANG anak yang dilahirkan adalah hasil perkongsian hidup suami isteri yang dikenali sebagai ibu bapa.
Ibu bapa banyak berjasa. Mereka yang mendidik, mengasuh serta memberi pendidikan dunia dan akhirat kepada anak.

Ibu bapa berkewajipan mendidik dan memberi pelajaran agama kepada anak. Mereka juga memberikan makan minum, pelajaran, pendidikan kesihatan, pendidikan akhlak dan akal, budi bahasa dan perbelanjaan sehingga anak meningkat remaja.
Lukmanul Hakim pernah menasihati anaknya dalam usaha mendidik, antara katanya: “Hai anakku. Aku wasiatkan engkau dengan sifat-sifat, jika engkau berpegang teguh dengan sifat-sifat berkenaan, nescaya engkau sentiasa menjadi kepala antara teman-temanmu: Lapangkanlah budi pekertimu kepada orang dekat dan jauh. “Peganglah kebodohanmu daripada orang mulia dan orang tercela. Jagalah teman-temanmu, sambungkanlah silaturahim dengan kerabat-kerabatmu. Amankan mereka daripada menerima perkataan pembawa fitnah atau mendengar orang zalim yang menghendaki kerosakan dan bermaksud menipumu. “Hendaklah teman-temanmu itu, orang yang apabila engkau berpisah dengan mereka dan mereka berpisah dengan engkau nescaya engkau tidak berpisah dengan mereka, tidak memalukan mereka dan mereka tidak memalukan engkau.” Kebanyakan remaja pada masa kini kurang menghargai jasa ibu bapa. Faktor perpindahan remaja dari kampung ke kota menyebabkan ibu bapa terpinggir dan tidak dipedulikan di desa.

Hal ini tentulah berlawanan dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat penyayang di kalangan rakyat. Masyarakat penyayang yang ingin diwujudkan mestilah ada timbal balik antara anak dan ibu bapa. Hanya melalui pendidikan dan bimbingan yang berterusan keadaan ini dapat diwujudkan.

Ibu bapa tentulah sudah mendidik anak dengan sifat-sifat terpuji antaranya jujur, amanah, sabar, berakhlak mulia, berjiwa besar, bertoleransi, suci hati, rendah diri, sifat malu, menepati janji, belas kasihan, memuliakan jiran tetangga, mengeratkan hubungan persaudaraan dan mengenang jasa.

Sifat-sifat kebaikan ini tidak lengkap jika tidak dipraktikkan oleh anak, terutama anak remaja kepada ibu bapa mereka yang sudah tua dan terlalu uzur. Mereka perlu mendapat perhatian, kasih sayang bagi menguatkan semangat untuk menghadapi hari-hari tua.

Hal ini pernah disuarakan oleh Prof Hamka mengenai jasa ibu bapa kepada anak remaja, katanya: “Kalau ada seseorang yang berbuat jasa kepadamu, meskipun jasa itu dipandangnya sebagai kewajipan saja, wajib atasmu bertekad akan membalasnya dan mensyukurinya serta mengingatinya, tetapi niat itu kau simpan sepenuh rahsia mungkin dan tolonglah dia sewaktu mendapat kesusahan sebagai ganjaran yang menjadi hak yang menerima.” Pendidikan dan kehidupan berkait rapat secara akrab. Jika pendidikan itu lengkap dan bermutu, maka manusia dapat menjalani kehidupannya dengan baik dan sejahtera. Dari segi matlamat dan tujuan pendidikan adalah untuk melahirkan insan soleh, insan yang beriman dan bertakwa, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab dan berbakti.

Sebagai seorang anak yang soleh dengarkan perkataan orang tua dengan sebaik-baiknya. Jalankan dan taati perintah mereka apabila perintah itu sesuai dengan syariat Allah s.w.t.

Datanglah lekas jika mereka memanggil. Tundukkan kedua lengan bahu dan rendahkan diri di hadapan kedua-duanya seperti yang diperintahkan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan rendahkan dirimu terhadap mereka berdua (ibu bapa) dengan penuh kasih sayang…” (Al-Isra:24) Jangan merasa bosan berbakti kepada mereka. Jangan pula merasa bosan menjalankan perintah mereka. Jangan memandang mereka dengan pandangan sebelah mata. Janganlah sampai ada meninggikan suara di hadapan mereka atau berkata dengan suara keras ketika berbicara dengan mereka.

Jangan pula anda mengherdik atau berkata ‘cis’ kepada mereka apalagi kalau sampai menyalahi, tidak mengindahkan perintah dan anjuran mereka.

Lukmanul Hakim memberi nasihat kepada anaknya antara katanya: “Hai anakku! Jangan kamu mempersekutukan Allah kerana perbuatan mempersekutukan Allah itu adalah satu kezaliman yang besar.

Hendaklah kamu patuh dan berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa kamu. Jika kedua orang tuamu memaksa untuk mempersekutukan Allah maka janganlah kamu mengikutnya.” Jelaslah bahawa seseorang anak itu mestilah patuh kepada kedua-dua ibu bapa mereka kecuali perkara yang melanggar syariat Allah s.w.t.

Seseorang anak atau remaja mestilah patuh dan mengikut nasihat ibu bapa mereka untuk kebaikan di dunia dan akhirat.

Masyarakat Malaysia secara umumnya sering diperkatakan sebagai masyarakat yang bertimbang rasa, berbudi pekerti dan gemar berbakti kepada kedua-dua ibu bapa.

Ini ada kaitannya antara hubungan anak dan ibu bapa sebagai teras masyarakat penyayang. Islam mengambil berat perihal hubungan yang murni antara anak dan ibu bapanya. Islam menganggap persoalan ini sebagai teras kepada pembinaan masyarakat yang harmonis dan berjaya.

Selain inginkan kekayaan dan kemajuan, Islam juga mahukan kekayaan perwatakan yang cemerlang dan tinggi budi pekertinya di kalangan umatnya.

Dalam Islam, menghormati, menyayangi, berbelas kasihan dan menjaga kebajikan ibu bapa adalah sesuatu yang wajib. Dan melaksanakan sesuatu yang wajib adalah ibadah.

Allah berfirman yang maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan.” (Surah Luqman:14) “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya mengandungkannya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah.” (Surah Al-Ahqaf:15) Daripada kedua-dua ayat itu, jelas bahawa tugas berbuat baik kepada ibu bapa kita adalah wajib dan bukan pilihan peribadi. Seseorang anak juga patut menjaga makan minum, kesihatan, kebajikan dan perbelanjaan ibu bapa yang sudah tua. Anak tidak boleh membiarkan ibu bapa melarat dan tidak dijaga dengan sebaiknya.

Ada anak yang menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan apabila ibu bapa mereka sudah tua dan uzur. Perkara ini tidak seharusnya boleh terjadi dalam masyarakat Malaysia yang mengamalkan nilai murni dan pembentukan masyarakat penyayang.

Allah menegaskan dalam al-Quran yang maksudnya: “Jika salah seorang daripada kedua-duanya (iaitu ibu bapa kita), atau kedua-dua sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pemeliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ha!’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka, perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah Al-Isra:23) Natijahnya, seseorang anak mempunyai tugas dan tanggungjawab yang berat untuk menjaga dan memelihara kedua-dua ibu bapa mereka apabila mereka sudah tua, namun tugas dan tanggungjawab itu adalah suatu ibadah dan perbuatan yang sangat mulia serta patut mendapat sokongan dan sanjungan semua ahli masyarakat ke arah membentuk masyarakat penyayang.
Penulis berkelulusan PhD Persuratan Melayu



Thursday, February 24, 2011

ALLAH BOLEH BERI APA SAJA...BOLEH BERI NIKMAT DAN BOLEH BERI MUSIBAH....JANGAN LANGGAR ATAU LAWAN HUKUM ALLAH SWT.

Pengacara Daphne Iking peluk Islam bulan lalu




KUALA LUMPUR - Pengacara terkenal yang juga pelakon filem Belukar, Daphne Eleanor Iking (gambar) mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam awal bulan lepas.
Pemenang anugerah Aktres Harapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 itu turut mengakui beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang usahawan, Azmi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Joe, 30-an, pada 8 Januari lalu.
Ini merupakan perkahwinan kedua Daphne, 31, yang sebelum ini mengahwini Ryan Chong Yiing Yih, 33 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Isobel Daniella Iking, 4.
"Saya memeluk Islam bulan lalu dan kemudian bernikah pada 8 Januari. Majlis kesyukuran secara kecil-kecilan telah diadakan di kampung halaman saya di Keningau, Sabah," akui Daphne.




Serangan gengster Kuantan


BEGINILAH keadaan seorang lelaki yang parah ditetak dan dilanggar dengan sebuah kereta Proton Gen2 kelmarin.


KUANTAN – Penduduk di Taman Tunas Jaya 5 di sini gempar kelmarin apabila menyaksikan seorang lelaki diserang ala mafia oleh dua gengster bersenjatakan sebilah parang panjang hingga mengakibatkan tangannya hampir putus manakala keting kaki kanannya pula parah ditetak.
Kejadian menggemparkan di Lorong Air Putih 106 itu berlaku pada pukul 5 petang apabila pekerja kedai menjual makanan sejuk beku berusia 33 tahun diserang oleh dua lelaki berkulit gelap di depan rumahnya.
Difahamkan, polis percaya serangan ganas itu dilakukan bertujuan hendak membunuh mangsa tetapi pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian sama ada disebabkan dendam.
Seorang saksi yang dikenali sebagai Talib, 35, memberitahu, dia tergamam melihat bagaimana mangsa ditetak menggunakan parang panjang sebelum dilanggar dengan sebuah kereta Proton Gen2 yang dinaiki dua suspek.
Katanya, mangsa yang bekerja di Semambu di sini telah ditetak oleh salah seorang suspek hingga mengakibatkan tangan kanannya hampir putus dari paras siku.


Dihukum mati dera anak kekasih


MOHD. NIZAM dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kangar semalam.


KANGAR – Mabuk dadah yang dijadikan alasan oleh seorang penganggur yang didakwa membunuh anak kekasihnya tidak mendapat simpati Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kangar di sini semalam apabila dia diperintah menjalani hukuman gantung sampai mati.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab memutuskan hukuman tersebut ke atas Mohd. Nizam Mohammad, 32, setelah pihak pendakwa raya berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Menurut Mohd. Zaki, tertuduh dalam pembelaannya gagal menimbulkan keraguan munasabah dengan hanya memberi kenyataan dia berada di bawah pengaruh dadah ketika melakukan kesalahan tersebut.
“Dalam kenyataan tanpa bersumpah yang dibuat tertuduh, tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan itu tetapi berada di bawah pengaruh dadah
“Pembelaan tertuduh itu bersifat memabukkan diri, oleh itu saya terpaksa menjatuhkan satu-satunya hukuman dalam pertuduhan ini iaitu menggantung tali di leher,” kata beliau.



NEGARA


Banjir kilat landa ibu negara


PENUNGGANG motosikal terpaksa meredah air akibat banjir kilat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di ibu negara dilanda banjir kilat menyebabkan kesesakan teruk petang semalam. Laluan terlibat ialah Jalan Tun Razak bermula di hadapan Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) menghala ke Cheras, Jalan Ampang dan Jalan Semarak.
Banjir kilat akibat hujan lebat itu turut menyebabkan 12 buah rumah di Taman Sri Rampai dan sebuah lagi di Taman P. Ramlee, Setapak dinaiki air.
Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, banjir kilat itu menyebabkan ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
"Hujan lebat pada petang ini (semalam) menyebabkan air di Sungai Gombak dan Sungai Bonus melimpah.
"Akibatnya berlaku banjir kilat sedalam kira-kira 0.7 meter sekali gus menyebabkan banyak kenderaan ringan terperangkap di beberapa jalan-jalan utama di ibu negara," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

KES ZINA KIAN MENINGKAT...PENEKAN TUBI SEDAP...HILANG ATAU GHAIB...WANITA TERSEKSA@SAKIT DAN MALU....DAN HUKUM...LELAKI LEPAS...ADAKAH KITA BANGGA MENAFIKAN HUKUM ALLAH...ADAKAH KITA BANGGA JADI ULAMAK BISU...DAN ULAMAK KAKI BODEK...MEMANG JENIS TAK TAKUT NERAKA....

Siswi tunggang motor 300km

Oleh Salman Hamat
am@hmetro.com.my

PONTIAN: Misteri ibu kepada bayi yang ditemui dalam mangkuk tandas di stesen minyak di Jalan Api-Api di sini, Ahad lalu, terbongkar selepas polis menahan seorang pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di rumah keluarganya, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin ketika dihubungi berkata, gadis berusia 20-an itu ditahan selepas pihaknya mendapatkan gambarannya daripada pekerja stesen minyak berkenaan tidak lama selepas penemuan mayat bayi terbabit.

“Hasil maklumat, lokasi kediamannya dikesan dan kami ke sana jam 9 malam Rabu lalu, sebelum menahannya bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati gadis itu melahirkan bayi lelaki berkenaan di dalam tandas rumah sewanya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan,” katanya, semalam.


Menurut Zahaliman, siasatan mendapati pelajar tahun akhir itu menunggang motosikal seorang diri sejauh kira-kira 300 kilometer dari rumah sewanya untuk ke stesen minyak berkenaan.

Beliau berkata, gadis terbabit bimbang rahsianya melahirkan anak terbongkar dan nekad untuk cuba menutup perkara terbabit.

“Siasatan mendapati bayi itu dipercayai meninggal dunia sehari selepas dilahirkan, gadis terbabit kemudiannya diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi, sabit kesalahan membawa kepada hukuman penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam kejadian jam 9 malam Ahad lalu, seorang pengawal keselamatan berusia 72 tahun terkejut apabila terjumpa mayat bayi di dalam tandas sebelum memaklumkannya kepada pekerja stesen minyak itu.

Polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati bayi yang dibungkus dengan kain berkenaan sudah meninggal dunia.


Bayi 3 bulan tanpa identiti nyaris dijual



COMEL...kakitangan JKM, Morliza Ismail mendukung bayi sambil diperhatikan Mohamad Zarir.
COMEL...kakitangan JKM, Morliza Ismail mendukung bayi sambil diperhatikan Mohamad Zarir.
BUKIT MERTAJAM: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan nyaris menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang apabila ditemui dalam jagaan pasangan yang bukan ibu bapa kandung dan tidak mempunyai identiti diri sejak dilahirkan.
Bayi comel itu ditemui dalam serbuan dijalankan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seberang Prai Tengah (SPT) di sebuah rumah di Alma, Bukit Mertajam pada 24 Januari lalu.

Dalam serbuan itu, polis menemui bayi perempuan berusia dua bulan bersama pasangan Cina warga tempatan berusia 50-an yang dipercayai tiada pertalian darah dengan bayi terbabit.

Polis menahan pasangan terbabit selepas mengesyaki bayi berkenaan bukan milik mereka kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri bayi berkenaan ketika diminta berbuat demikian selain gagal menjawab dengan tepat bagaimana boleh berada di rumah mereka.


Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) SPT, Mohamad Zarir Mohamad Khozali berkata, bayi perempuan itu diserahkan kepada JKM pada 18 Februari lalu selepas sebulan ditempatkan di Hospital Seberang Jaya.


“Berdasarkan siasatan polis mengesyaki bayi ini dipercayai dilahirkan wanita warga asing dan ditempatkan di Rumah Kanak-kanak Taman Bakti, Kepala Batas atas perintah mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, pihak JKM meminta ibu bapa kehilangan bayi serta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan menghubungi JKM di talian 04-5382584, 04-5385705, 04-5385707 atau 04-5385709.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Memperdagangkan Orang 2007.

Beliau berkata, susulan penemuan bayi berkenaan, polis menahan seorang lelaki dan seorang perempuan disyaki orang perantaraan yang bertindak menyerahkan bayi berkenaan kepada pasangan Cina.