Monday, February 21, 2011

DADAH JUGA MENJADI MASALAH...NI KESAN INGINKAN KEHIDUPAN YANG MEWAH....NI PENGARUH SEKELILING...MEREKA TAK NAMPAK@GHAIB...SYURGA YANG HAKIKI...KITA TIDAK BEREBUT2 DAN BERLUMBA2....UNTUK MENDAPATKANNYA...

Dadah dalam perut wanita bogel

KUALA LUMPUR – Tanda tanya mengenai penemuan seorang wanita warga Guinea dalam keadaan berbogel di depan sebuah restoran di Cheras dekat sini pada 7 Februari lalu terjawab apabila dia rupa-rupanya seorang penyeludup dadah.
Difahamkan, dia berbogel selepas mengalami gangguan mental apabila salah satu daripada 65 kapsul syabu yang ditelan pecah dalam perut.
Wanita berusia 22 tahun tersebut ditemui dalam keadaan sedemikian pada pukul 1.10 petang oleh orang ramai yang memaklumkan kejadian itu kepada polis.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, ketika ditahan, pihaknya hanya mengesyaki suspek mengalami masalah mental.
Katanya, selepas diperiksa di Hospital Kuala Lumpur, doktor mendapati ada imej mencurigakan di dalam perut wanita tersebut.
“Selepas ia dikeluarkan, kita mendapati sebanyak 65 kapsul syabu seberat 927 gram bernilai RM180,000 berada di dalam perutnya. Salah satu daripada kapsul itu didapati telah pecah.


Ruang khas wanita Iran



GEORGETOWN: Kelicikan dua wanita warga Iran meloloskan diri buat kali ketiga dipercayai untuk menyeludup masuk syabu seberat 6.2 kilogram (kg) bernilai RM1.55 juta yang disembunyikan dalam dua beg pakaian tidak kesampaian apabila dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam itu, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri menerima maklumat awam mengenai ketibaan kedua-dua wanita berusia 21 dan 34 tahun itu di negara ini menerusi penerbangan Silk Air dari Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakub berkata, kedua-dua suspek ditahan sebaik tiba di LTABL selepas transit di Dubai dan Singapura sebelum meneruskan penerbangan ke negeri ini.
Beliau berkata, kedua-dua warga Iran itu tiba dengan masing-masing membawa beg pakaian dan hasil pemeriksaan mendapati beg berkenaan diubahsuai dengan satu ruang sulit.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati dadah berkenaan dibungkus dengan plastik lutsinar dan dilindungi pakaian suspek bagi mengaburi mata pihak berkuasa ketika mereka masuk ke negara ini melalui LTABL.

“Kedua-dua suspek masuk ke negara ini kali pertama pada Disember tahun lalu dan bulan lalu.

“Ekoran kekerapan memasuki negara ini tanpa sebarang tujuan mahupun pekerjaan akhirnya mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan aktiviti mereka dipercayai didalangi sindiket tempatan yang menjalin kerjasama dengan sindiket dadah luar negara,” katanya.

Ayub berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti aktiviti sebenar sindiket berkenaan selain menjadikan negara ini serta Pulau Pinang sebagai pintu masuk untuk transit penyeludupan dadah.

Dua wanita Iran ditahan bersama syabu RM1.55j


AYUB (dua dari kiri) menunjukkan dua bagasi diisi syabu oleh dua wanita warga Iran yang ditahan
di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Sabtu lalu.


GEORGE TOWN - Taktik licik dua wanita warga Iran yang cuba menyeludup syabu bernilai RM1.55 juta ke negara ini dengan menggunakan dua bagasi pakaian yang telah diubah suai menjerat diri sendiri apabila mereka diberkas polis pada Sabtu lalu.
Kedua-dua wanita yang berusia 21 dan 34 tahun itu ditahan pada pukul 8.10 malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini sejurus tiba dari Singapura.
Dua wanita itu disyaki pernah menyeludup dadah ke negara ini pada Disember dan Januari lalu dengan menggunakan modus operandi sama tetapi mereka dapat meloloskan diri.
Namun cubaan mereka pada kali ini tidak berhasil apabila sepasukan polis melihat kedua-duanya dalam keadaan mencurigakan. Mereka kemudian ditahan di LTAPP untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, ketika pemeriksaan, polis menemui dua bungkusan plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki syabu yang disorokkan di dalam dua bagasi yang dibawa oleh kedua-dua wanita itu.
"Pemeriksaan mendapati beg pakaian berwarna biru dan hitam itu telah diubah suai dengan meletakkan kertas jenis gentian bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
"Kedua-dua bungkusan dadah seberat 6.2 kilogram bernilai RM1.55 juta itu disyaki dibawa dari Dubai untuk dipasarkan di negeri ini," kata beliau pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.


Pengawal terkejut jolok mayat bayi



KEJAM...anggota polis membawa mayat bayi yang ditemui di atas pam tandas.
KEJAM...anggota polis membawa mayat bayi yang ditemui di atas pam tandas.
PONTIAN: Seorang pengawal keselamatan mahu membuang air kecil terkejut menemui mayat bayi lelaki diselimuti tudung dan selendang di atas pam tandas sebuah stesen minyak di Jalan Pontian-Benut, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Abdullah Kasek, 72, berkata, dia terpandang objek terkulai di atas pam itu sebelum mengambil kayu untuk menjolok.

“Biasanya, sebelum memulakan tugas, saya akan memeriksa kawasan sekeliling bagi memastikan dalam keadaan baik termasuk tandas.
“Ketika masuk ke tandas untuk membuang air kecil, saya terpandang objek mencurigakan dan cuba menjolok sebelum terkejut apabila ia mayat bayi yang cukup sifat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Warga emas itu keluar dan memaklumkan penemuan itu kepada kakitangan wanita stesen berkenaan sebelum orang awam menghubungi polis.

“Saya tidak sangka ada manusia berperangai lebih keji daripada haiwan di muka bumi ini, jangan diperlakukan bayi tidak berdosa itu sedemikian rupa,” katanya.

Seorang pekerja yang enggan dikenali berkata, dia mendapati mayat bayi itu dalam keadaan bersih.

“Tiada kesan darah, malah tali pusatnya sudah dipotong dan saya berharap polis mengheret individu terbabit ke muka pengadilan,” katanya.


Pro-Aspirasi menang besar di UPM, tewas di UM


PELAJAR melihat poster calon pilihan raya kampus yang digantung di hentian bas UPM, Serdang semalam.


SERDANG - Bahang pilihan raya kampus bagi Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini berakhir apabila kumpulan Pro-Aspirasi menang besar setelah menewaskan Pro-Mahasiswa (Pro-M).
Kumpulan tersebut berjaya memenangi 31 kerusi umum dan fakulti berbanding Pro-M yang cuma memperoleh 11 kerusi sahaja.
Bagaimanapun keputusan tersebut masih tidak rasmi kerana tempoh untuk membuat bantahan dan rayuan terhadap calon hanya akan berakhir pada hari ini dan keputusan rasmi hanya akan diumumkan setelah proses tersebut selesai.
Pemilihan kali ini menyaksikan 21,646 orang pelajar telah menunaikan kewajipan mereka.
Naib Canselor UPM, Datuk Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata, sesiapa sahaja yang terpilih harus bersedia mulai sekarang untuk melaksanakan tugas masing-masing.
Dalam pada itu, bagi Universiti Malaysia (UM) berlainan pula ceritanya apabila barisan Pro-M berjaya mengungguli pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu.
Pada pemilihan itu, Barisan Penggerak (dulu dikenali Pro-Aspirasi) hanya berjaya memenangi lima kerusi sahaja.

Calon pilihan raya UM ditemui lemah di Bangi


MASTURAH (kiri) ditemani ibunya, Mariam pada sidang akhbar mengenai kehilangannya di UM, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pelajar Universiti Malaya (UM), Masturah Abu Bakar, 22, yang hilang pada petang Sabtu lalu dijumpai awal pagi semalam dalam keadaan lemah di tepi jalan berdekatan sebuah masjid di Teras Jernang, Bangi.
Menurut ibunya, Mariam Abdul Rashid, 50, Masturah telah menghubunginya dengan meminjam telefon bimbit seorang pemilik kedai makan yang berada bersebelahan masjid di situ.
"Dia hanya panggil saya umi, umi, lepas itu saya suruh dia panggil pemilik telefon bimbit sebab Masturah seolah-olah tidak boleh bercakap lagi," katanya pada satu sidang akhbar di Akademi Pengajian Melayu UM di sini semalam.
Mariam memberitahu, selepas diberitahu oleh pemilik kedai makan itu mengenai lokasi Masturah berada, beliau sekeluarga terus menjemput anaknya di masjid berkenaan.
"Keadaan Masturah lemah dan tidak bermaya sebab tidak makan. Dia ditinggalkan di situ oleh seseorang selepas hilang sejak petang Sabtu lalu... dia anak yang baik dan saya percaya dia tidak buat perkara yang tidak betul," tambahnya.


Calon 'ghaib' menang



KUALA LUMPUR: Meskipun punca kehilangannya masih dianggap misteri, calon pro mahasiswa, Masturah Abu Bakar berjaya meraih undi apabila menang kerusi umum pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM) 2010/2011 dengan kelebihan 4,097 undian.
Pengumuman dibuat Naib Canselor, Prof Dr Datuk Ghauth Jasmon jam 6 petang semalam di Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu, UM selepas sesi pembuangan undi yang dilaksana mengikut sistem atas talian atau e-undi yang ditutup tepat jam 5 petang.

Selain Masturah, calon pro mahasiswa lain dikatakan menyerlah apabila sumber tidak rasmi memberitahu mereka memenangi semua sembilan kerusi umum dan 14 lagi kerusi fakulti menjadikan jumlah keseluruhan 23 kerusi daripada 41 dipertandingkan.
Ketika calon bersama penyokong asyik meraikan kejayaan, kelibat Masturah yang juga penuntut Akademi Pengajian Islam tidak kelihatan, difahamkan berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana menjalani pemeriksaan kesihatan.

Dia ditemui dalam keadaan bingung, tetapi selamat pada jam 12.30 tengah malam semalam di Masjid Teras Jernang, Bangi.

Ketika mengulas kehilangan itu, Ghauth menyifatkannya sesuatu yang misteri berikutan tidak mendapat maklumat jelas bagaimana insiden boleh berlaku selain maklum balas diberikan keluarga mangsa juga tiada gambaran resah.

“Kehilangan ini begitu misteri kerana saya menerima mesej daripada pegawai khas mengatakan ada calon bertanding hilang dan laporan polis dibuat pada malam kejadian (kelmarin), tetapi hanya sedikit maklumat diterima.

“Saya mengarahkan Prof Datuk Dr Rohana Yusof (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar) bertanyakan khabar dan sama ada keluarga mangsa memerlukan bantuan, namun reaksi ibu mangsa tidak menunjukkan tanda serius.

“Atas sebab itu kami menyerahkan soal ini kepada polis untuk menyiasat, tetapi pagi ini (semalam) saya diberitahu pula bahawa ibu mangsa membuat solat hajat di sini (UM) semalam (kelmarin) dan kemudian berucap seolah-olah berkempen.

“Jadi, ada pelbagai kemungkinan, tetapi tidak tahu kebenaran di belakang andaian ini, cuma berharap ada penjelasan lebih rasional dan tiada motif yang tak elok,” katanya ketika ditemui selepas membantu pelajar orang kurang upaya dan cacat penglihatan membuang undi di Kolej Kediaman Ketujuh, UM.


Pro-M menang bergaya di UM, tewas di UPM
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 20 Feb: Keputusan Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Malaya (UM) hari ini memihak Kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) yang memenangi 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Pro-M menyapu bersih semua 9 kerusi umum yang dipertandingkan manakala 14 di kerusi fakulti.

Lawan mereka pula, yang dikenali sebagai Penggerak hanya mendapat 16 kerusi fakulti, manakala bebas menang di dua kerusi.

Calon Pro-M Masturah Abu Bakar yang hilang sebelum ini turut menang.

Keputusan itu diumumkan Naib Canselor kampus itu, Datuk Profesor Dr. Gauth Jasmon di Akademi Pengajian Melayu, jam 6 petang tadi.

Bagaimanapun sesi bantahan tetap dibuka sehingga jam 8 malam ini dan kesemua bantahan yang diterima akan diteli pagi esok.

Dengan keputusan itu, bermakna mereka boleh menubuhkan kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) di kampus itu.

Pengumuman itu disambut penuh syukur kumpulan Pro-M yang menerima pelbagai tekanan dan halangan sejak bahang PRK bermula awal Februari lalu.

Selepas sahaja keputusan itu diumumkan, mereka terus berarak menuju ke Dewan Tuanku Canselor (DTC) bagi meraikan kemenangan.

Satu majlis solat hajat turut diadakan selepas solat Maghrib tadi.

Ketua Jentera Pro-M UM saudara Farid Jalpah ketika dihubungi Harakahdaily untuk mengulas kemenangan itu berkata, ianya merupakan isyarat jelas sokongan mahasiswa kampus itu terhadap perjuangan Pro-M yang membawa aspirasi mereka.

"Kita rasa syukur atas kejayaan ini selepas diuji dengan pelbagai perkara.

"Kemenangan kali ini sebagai bukti bahawa sokongan mahasiswa terhadap Pro-M tidak pernah luntur dan tidak mampu dijatuhkan dengan sistem yang korup," katanya.

Sementara itu, pada malam ini juga semua calon Pro-M menyampaikan pidato sulung mereka dalam satu majlis khas yang diadakan di hadapan DTC.

"Kemenangan ini kita akan gunakan sebagai peluang untuk menjalankan tugas kebajikan kepada mahasiswa," kata Farid.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM) pula, Pro-M terpaksa akur apabila kalah kepada kumpulan Pro-Aspirasi.

Kumpulan Pro-M hanya berjaya mendapatkan 12 kerusi daripada 44 yang dipertandingkan manakala Pro-Aspirasi pula mendapat 31 kerusi.

No comments:

Post a Comment