Christchurch macam zon perang
KUALA LUMPUR – Seperti zon perang. Itulah gambaran yang diberi pelajar Malaysia di Christchurch, New Zealand selepas gempa bumi dengan kekuatan 6.3 pada skala Richter melanda wilayah itu pukul 12.51 tengah hari waktu tempatan kelmarin (waktu Malaysia pukul 8.19 pagi semalam).
“Keadaan seperti kena bom dan seolah-olah di zon perang. Saya tercampak beberapa meter dari tempat bekerja hingga menyebabkan kaki saya lebam teruk serta kasut koyak,’’ kata Abdullah Mohd. Nawi ketika dihubungi Bernama.
Pelajar ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Universiti Canterbury itu sempat berlindung di bawah meja bagi mengelakkan dihempap oleh benda yang jatuh.
“Sebaik keluar dari bangunan itu, saya agak hilang arah, rasa takut jangan cakaplah apatah lagi apabila melihat keadaan sekeliling orang berlari-lari untuk selamatkan diri serta bunyi siren bomba, polis dan ambulans,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai melarikan diri ke kawasan lapang bagi mengelakkan diri daripada ditimpa runtuhan.
Abdullah bagaimanapun tetap bersyukur isteri serta dua anaknya yang berada di kediaman mereka juga terselamat.
Kejadian gempa yang melanda itu menyebabkan sekurang-kurangnya 65 terbunuh serta ramai lagi terperangkap di celah-celah runtuhan.
Gempa bumi kuat di New Zealand
CHRISTCHURCH - Kerja-kerja menyelamat dilakukan semalam selepas satu gempa bumi kuat melanda bandar raya ini yang merupakan antara bandar terbesar di New Zealand dengan menyebabkan bangunan-bangunan tinggi dan gereja runtuh, banyak kenderaan musnah dan sekurang-kurangnya 65 orang terbunuh.
Gempa bumi tersebut berlaku semasa orang ramai sedang sibuk melakukan kegiatan harian di bandar yang dihuni 350,000 orang itu pada pukul 12.51 tengah hari kelmarin (8.19 pagi waktu Malaysia semalam).
Ia merupakan antara bencana alam yang paling dahsyat pernah melanda New Zealand.
Gempa bumi itu adalah yang kedua terkuat melanda bandar raya ini yang dihuni oleh 350,000 orang dalam tempoh lima bulan.
Ia yang sekuat 6.3 pada skala Richter mencetuskan kemusnahan jauh lebih besar berbanding gempa bumi yang terkuat yang melanda sebelum subuh pada September tahun lalu.
Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan gempa itu berpusat pada kedalaman 2.5 kilometer di bawah tanah pada jarak lima kilometer dari sini.
Menurut kenyataan agensi itu, selepas gempa bumi tersebut, dua gegaran susulan, setiap satu berukuran 5.6 dan 5.5 pada skala Richter melanda bandar ini.
Setakat malam semalam, lebih 100 orang termasuk 12 pelajar Jepun yang melawat bandar ini dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan ketika hujan turun.
"Situasi di sini penuh dengan kemusnahan," kata Perdana Menteri New Zealand, John Key selepas beliau tiba di bandar ini beberapa jam setelah gempa bumi berlaku.
Menurutnya, angka kematian setakat ini adalah 65 orang dan berkemungkinan besar akan terus meningkat.
"Kita sedang menyaksikan hari paling gelap dalam sejarah New Zealand," ujarnya.
Sebuah gereja batu yang menjadi mercu tanda bandar ini ranap manakala bangunan-bangunan tinggi runtuh dan jatuh bertindih dengan jalan-jalan raya dipenuhi dengan serpihan konkrit dan batu bata.
"Bencana kali ini amat mengerikan. Orang ramai ditindih dengan runtuhan, runtuhan seberat beberapa tan," kata seorang penduduk tempatan Nathanael Boehm.
Menurutnya, beberapa mangsa mati akibat dihempap konkrit.
Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Bandar Christchurch, Bob Parker mengisytiharkan darurat di bandar ini dan mengarahkan orang ramai meninggalkan pusat bandar.
Lapangan terbang juga turut ditutup manakala Hospital Christchurch dikosongkan buat seketika sebelum dibuka semula.
Bekalan elektrik dan perkhidmatan telefon terputus dengan paip bawah tanah bocor dan menyebabkan banjir di beberapa batang jalan raya di sini.
Sejumlah kereta yang diletakkan di tepi jalan kini tertimbus di bawah timbunan runtuhan. - Agensi
Gempa kuat bunuh 65 mangsa
|
|
WELLINGTON 22 Feb. – Sekurang-kurangnya 65 orang terkorban dalam satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter yang melanda bandar raya kedua terbesar di New Zealand, Christchurch hari ini.
Angka korban dijangka meningkat kerana ramai mangsa yang masih terperangkap di dalam bangunan yang runtuh dan pasukan penyelamat giat menjalankan gerakan untuk mencari mereka.
Gempa bumi itu adalah yang kedua melanda Christchurch selepas gempa bumi kuat pada September lalu dan malapetaka paling dahsyat di negara ini dalam tempoh 80 tahun.
“Kita mungkin menyaksikan hari paling tragik dalam sejarah New Zealand. Jumlah kematian yang saya terima buat masa ini ialah 65 orang dan angka itu boleh meningkat,” kata Perdana Menteri, John Key di televisyen tempatan.
Gempa bumi itu berlaku sekitar waktu makan tengah hari iaitu 12.51 petang (7.51 pagi waktu Malaysia) ketika jalan-jalan dan kedai penuh sesak dengan orang ramai dan pekerja masih berada di pejabat.
Datuk Bandar Christchurch menggambarkan bandar raya yang mempunyai hampir 400,000 penduduk ini sebagai zon perang.
“Kita akan menyaksikan banyak kematian, kecederaan dan kesedihan di bandar raya ini,” kata Bob Parker kepada televisyen Australia menerusi telefon.
Beliau kemudian memberitahu radio tempatan, sehingga 200 orang mungkin terperangkap dalam runtuhan bangunan.
Gempa bumi itu adalah malapetaka terburuk di negara ini sejak 256 orang maut dalam gempa bumi di bandar Napier, North Island pada 1931.
Gegaran hari ini berpusat kira-kira 10 kilometer ke barat daya Christchurch, yang mengalami kerosakan meluas akibat gempa bumi 7.1 pada skala Richter pada September lalu tetapi tiada kematian. – Reuters
Christchurch Seperti Zon Perang: Pelajar Malaysia
KUALA LUMPUR: Seperti zon perang. Itulah gambaran yang diberi pelajar Malaysia di Christchurch, New Zealand selepas gempa bumi dengan kekuatan 6.3 melanda wilyah itu, Selasa.
"Keadaan seperti kena bom dan seolah-olah berada di zon perang. Saya tercampak beberapa meter dari tempat bekerja hingga menyebabkan kaki saya lebam teruk serta kasut koyak," kata Abdullah Mohd Nawi ketika dihubungi Bernama.
Pelajar ijazah Doktor Falsafah (PhD) Universiti Canterbury itu berkata, beliau sempat berlindung di bawah meja bagi mengelakkan dihempap oleh benda yang jatuh.
"Sebaik keluar dari bangunan itu, saya agak hilang arah dan tidak tahu hendak ke mana, rasa takut jangan cakaplah apatah lagi apabila melihat keadaan sekeliling orang berlari-lari untuk selamatkan diri serta bunyi siren bomba, polis dan ambulans," katanya.
Beliau berkata orang ramai berpusu-pusu melarikan diri ke kawasan lapang bagi mengelakkan diri daripada ditimpa runtuhan bangunan jika berlaku gempa susulan.
"Ketika itu, hendak jalan memang sukar kerana terpaksa mengharungi air yang keluar di sebalik rumput akibat gempa bumi dan difahamkan ia adalah air kumbahan yang pecah di bawah tanah dan bayangkan situasi ketika itu yang amat busuk," katanya.
Beliau juga dapat melihat beberapa orang yang masih terperangkap dalam bangunan meminta tolong dengan melambai-lambai menggunakan baju agar dapat dilihat oleh pihak penyelamat.
Abdullah bagaimanapun tetap bersyukur kerana selain beliau, isteri serta dua anaknya yang berada di kediaman mereka juga terselamat.
Kejadian gempa yang melanda pada waktu tengah hari waktu tempatan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 65 terbunuh serta ramai terperangkap dalam bangunan yang runtuh.
Bagaimanapun Wisma Putra melaporkan semua rakyat Malaysia termasuk 390 pelajar berada dalam keadaan selamat. Ini merupakan kali kedua bandar raya itu dilanda gempa bumi dalam tempoh enam bulan, selepas gegaran sekuat 7.1 pada skala Richter pada September lepas yang mengakibatkan kerosakan serius pada bangunan dan infrastrukturnya.
Sementara itu bekas editor bersekutu The Star, Hah Foong Lian yang mengikuti pengajian peringkat PhD di sana berkata, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Saya berada dalam keadaan baik. Agak terkejut dengan kejadian itu. Rumah yang saya diami juga masih utuh, tetapi di hujung jalan seorang wanita terbunuh di bawah runtuhan kedai buku," katanya menerusi emel kepada Bernama.
Katanya laporan media menyebut 65 terbunuh manakala 100 lagi dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
"Keadaan seolah-olah bukan realiti kerana begitu banyak kemusnahan, tetapi tempat saya OK. Saya ke rumah jiran saya untuk mengikuti laporan berita. Kami semua berkumpul di situ bagi melihat kemusnahan yang melanda bandar raya menerusi televisyen.
"Memang sukar dipercayai kejadian ini berlaku lagi. Saya fikir kami berjaya mengharungi kejadian pertama tetapi kali ini agak teruk," katanya.
Hah berkata sesetengah daripada mereka juga takut untuk duduk bersendirian di dalam rumah kerana bimbang dengan gegaran susulan.
"Kita tidak tahu bila gegaran besar seterusnya akan berlaku, dan amat menakutkan jika anda terbangun dan mendapati anda berada di bawah timbunan runtuhan. Saya fikir tidak ada siapa pun di sini yang dapat tidur nyenyak malam ini," katanya.
Seorang lagi pelajar PhD dari Universiti Lincoln, Tuan Ahmad Tuan Ismail berkata situasi di sekitar bandar Lincoln yang terletak kira-kira 20 km dari Christchurch agak huru-hara.
"Jalan raya sesak, ada kawan saya terperangkap dalam kereta selama tiga jam semasa hendak ambil anak dia di tadika...situasi kacau-bilau apatah lagi sudah keluar arahan darurat yang mana semua kena duduk di rumah dan tidak dibenarkan keluar.
Katanya semua kedai dan pasar raya juga ditutup ekoran kejadian itu.
"Nasib baiklah saya baru beli baru-baru (keperluan harian) ini jadi adalah sedikit stok makanan," katanya. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment