Wednesday, February 23, 2011

ALHAMDULLILLAH DISUDAHI DENGAN KERJA KEBAIKAN SERTA KEBAJIKAN...BERIBADAH@SOLAT...JANGAN DISUDAHI DENGAN KERJA2 MUNGKAR SERTA PERBUATAN MELAWAN HUKUM ALLAH SWT...

Bekas Naib Canselor UMT menang tuntutan RM14,986



SULAIMAN dan Noor Rohani memenangi tuntutan daripada syarikat rawatan rambut di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) semalam memerintahkan syarikat pakar pemuliharaan rambut Yun Nam Hair Care Sdn. Bhd. membayar balik RM14,986 kepada bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Emeritus Datuk Dr. Sulaiman Md. Yassin dan isterinya.
Presiden tribunal itu, Datuk Abu Bakar Awang membuat keputusan tersebut selepas mendapati syarikat tersebut melanggar kod perniagaan dan memerintahkan bayaran perlu dilakukan kepada pasangan berkenaan dalam tempoh 14 hari.
Sulaiman berkata, beliau dan isterinya, Datin Noor Rohani Mohd. Noor mengambil pakej rawatan rambut bernilai RM15,600 (RM7,800 bagi setiap orang) dengan bayaran ansuran RM650 sebulan ekoran masalah kulit kepala, kekurangan nutrisi, berminyak serta berkelemumur.

Sikap kejam pencuri beras


AHMAD ROZLIN yang dirawat di HRPB, Ipoh semalam menceritakan kekecewaannya dibiarkan selama sejam atas jalan oleh orang ramai.



IPOH – Seorang pemandu treler kecewa dengan sikap orang ramai yang ghairah mengutip beras yang bertaburan dalam satu nahas daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu kelmarin.
Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan kaki kiri.
Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengutip 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan. Ketika itu dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor dari Perlis.


Maut selepas tunai solat Isyak


BAGINILAH keadaan kereta Proton Saga Aeroback yang merempuh pasangan suami isteri, Omar dan Aishah di Jerlun, Kedah kelmarin.



JERLUN - Kelmarin mungkin merupakan hari yang paling memilukan buat seorang lelaki apabila dia menyaksikan ibu dan bapa mentuanya menemui ajal dalam keadaan ngeri selepas motosikal yang ditunggang pasangan itu dirempuh sebuah kereta.
Kejadian pukul 9.15 malam di Jalan Kuala Sanglang, Kampung Tok Mengkula di sini itu mengakibatkan Omar Ismail, 59, tercampak ke kanan jalan manakala isterinya, Aishah Teh, 65, melekat pada cermin hadapan kereta. Wanita itu kemudian diseret sejauh kira-kira 30 meter.
Pasangan itu mati di tempat kejadian.
Difahamkan, sebelum itu, pasangan tersebut baru sahaja pulang dari surau yang terletak kira-kira 60 meter dari rumah mereka selepas menunaikan solat Isyak dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5 Class.


Pelajar serang pejabat TNC UPM


SEKUMPULAN pelajar merempuh sekatan di pintu masuk bangunan pentadbiran UPM kerana tidak berpuas hati dengan pembatalan kemenangan 11 calon Pro-Mahasiswa di Serdang semalam.



SERDANG - Sekumpulan 200 orang pelajar Pro-Mahasiswa (Pro-M) bertindak merempuh pintu kaca bangunan pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini semalam.
Tindakan itu diambil kerana mereka tidak puas hati dengan pembatalan kemenangan 11 calon Pro-M.
Rempuhan itu menyebabkan tiga kakitangan universiti termasuk dua pengawal keselamatan cedera di tangan terkena serpihan kaca.
Seramai 10 pengawal keselamatan berada di pintu masuk berkenaan untuk mengawal keadaan yang kecoh sewaktu insiden itu berlaku.
Sumber universiti memberitahu, kumpulan terbabit yang turut disertai oleh gabungan Pro-M dari universiti lain yang mula berkumpul di sekitar pejabat tersebut sejak pukul 10.30 malam kelmarin bagi menunjukkan protes terhadap keputusan pembatalan kemenangan 11 calon mereka dalam pilihan raya kampus yang diadakan kelmarin.



Mati imamkan solat

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

ANGKAT...peserta PLKN Kem Tondong, Bau mengangkat jenazah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, malam tadi.
ANGKAT...peserta PLKN Kem Tondong, Bau mengangkat jenazah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, malam tadi.
SEDIH...Abdul Hadi (kanan) bertemu ibu bapa Syed Abdul Rahman, semalam.
SEDIH...Abdul Hadi (kanan) bertemu ibu bapa Syed Abdul Rahman, semalam.
RAWANG: Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Temasya Rimba Templer, Rawang, di sini, rebah ketika mengimamkan solat Zuhur di surau kem berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia di hospital, kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.45 tengah hari dan sejurus Syed Abdul Rahman Wan Ahmad, 17, rebah, dia dibantu rakan-rakannya mendapat rawatan di klinik kem berkenaan.

Remaja itu yang berasal dari Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah, diberi bantuan pernafasan (CPR), namun keadaannya yang kritikal menyebabkan pihak kem menghantarnya ke Hospital Selayang sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Jenazah Syed Abdul Rahman dihantar ke Hospital Kuala Lumpur pagi semalam untuk dibedah siasat dan polis mengesahkan kematian remaja itu tidak membabitkan unsur jenayah, sebaliknya disebabkan serangan sawan.


Bapa Allahyarham, Wan Ahmad Wan Yasin, 50, ketika dihubungi berkata, dia menerima berita kematian anaknya daripada pengurusan kem berkenaan kira-kira jam 2.45 petang kelmarin dan tiba di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Wan Ahmad, dia berbual dengan anaknya ketika menghubunginya untuk bertanya khabar, Ahad lalu.

“Dalam perbualan itu anak saya tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, malah memberitahu gembira tinggal di kem berkenaan. Anak saya juga memberitahu dia sihat dan ramai kawan baru serta selesa berada di kem itu.

“Namun, saya tidak menyangka keceriaannya itu hanya sementara kerana kini dia meninggalkan kami,” katanya.

Wan Ahmad berkata, ketika berbual dengan Syed Abdul Rahman, Ahad lalu, dia berpesan kepada anaknya supaya menjaga diri, jangan lupa solat serta selalu berdoa.

“Setakat ini, saya belum dimaklumkan punca kematian anak saya. Saya cuma diberitahu anak saya menjadi imam solat Zuhur, namun tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata mangsa yang berasal dari Sabah menjalani latihan di kem berkenaan sejak 2 Januari lalu dan akan tamat pada 13 Mac depan.

Menurutnya, mangsa yang pengsan dihantar ke Hospital Selayang, namun gagal diselamatkan sebelum mayatnya dibawa ke HKL untuk bedah siasat.

“Kami mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia kerana sawan,” katanya.

Abdul Rahim berkata, keluarga mangsa sudah menuntut jenazah Syed Abdul Rahman yang dijadual dikebumikan di kampung neneknya di Kampung Masjid Sebuyau, Kota Samarahan, Sarawak, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata berdasarkan rekod, Allahyarham pernah menerima rawatan sekali akibat batuk di kem itu.

Katanya, setakat ini, pihaknya menunggu laporan penuh bedah siasat pelatih terbabit yang dijangka siap dalam dua minggu.

“Berikutan itu, keluarga pelatih berkenaan layak menerima khairat kematian RM5,000 dan insurans nyawa RM50,000,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan JLKN meminta mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu sehingga laporan lengkap mengenai kematian pelatih berkenaan diketahui.


NEGARA


Penyamun tidak sempat berjoli


ANGGOTA forensik memeriksa senjata yang ditemui dalam kereta penjenayah yang ditangkap selepas menyamun pelanggan bank di Subang Jaya semalam.



SUBANG JAYA – Hasrat empat penyamun untuk menikmati wang hasil samun mereka sebanyak RM3,000 tidak kesampaian apabila dua daripada mereka berjaya dicekup polis ketika cuba melarikan diri selepas menyamun pelanggan bank di Jalan USJ 10 di sini semalam.
Ketika kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, suspek yang bersenjatakan parang dan tukul besi telah bertindak memecah cermin kereta Honda Accord yang dinaiki tiga beradik sebelum meragut beg salah seorang mangsa selepas mengeluarkan wang daripada bank tersebut.
Suspek yang tidak memakai topeng selepas itu melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta mewah jenis BMW.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supritendan Abdul Aziz Abdul Majid berkata, suspek dipercayai memerhatikan dua beradik perempuan itu ketika mengeluarkan wang daripada bank tersebut


Lagak alim kucing

Oleh Rosli Ilham
am@hmetro.com.my

LANGGAR...Norlaila menunjukkan keretanya tercalar selepas melanggar pagar rumah ketika disamun.
LANGGAR...Norlaila menunjukkan keretanya tercalar selepas melanggar pagar rumah ketika disamun.
DUNGUN: “Saya tidak sangka lelaki berkopiah yang memandu kereta itu geng penyamun,” kata Norlaila Sulong, 32, selepas disamun seorang daripada sekumpulan empat lelaki di Kampung Gong Pasir dekat sini, kelmarin.
Kejadian jam 1.15 tengah hari itu membabitkan kerugian wang tunai berjumlah RM43,500 milik syarikat Norlaila bekerja yang disimpan di dalam beg tangannya.

Norlaila berkata, dia diarah majikannya mengambil wang itu di sebuah bank di bandar ini untuk membayar gaji pekerja dan selesai membuat urusan pengeluaran wang berkenaan pada jam 12.45 tengah hari.

“Saya sepatutnya segera balik ke pejabat, tapi membatalkan hasrat itu lalu ke sekolah untuk menjemput anak,” katanya.


Menurutnya, ketika memasuki lorong ke rumah ibunya di Kampung Gong Pasir bagi menghantar anaknya yang berusia sembilan tahun, dia berselisih dengan seorang lelaki yang berjalan kaki.


“Sebaik anak saya keluar dan menutup pintu kereta, lelaki yang berselisih tadi dengan pantas membuka kembali pintu sebelah penumpang dan bertanya di mana saya letak duit sambil mengancam mahu membunuh saya,” katanya.

Katanya, lelaki tidak bersenjata itu merampas beg tangan yang diletak di bawah kerusi depan sebelah pemandu dan berlaku tarik-menarik antara dia dengan suspek.

“Enjin kereta ketika itu masih hidup dan akibat pergelutan itu kereta bergerak ke hadapan dan terlanggar pagar rumah ibu menyebabkan saya terlepas pegangan tali beg tangan,” katanya.

Norlaila berkata, lelaki terbabit berlari sambil membawa beg tangan itu menuju ke sebuah motosikal Yamaha RXZ yang ditunggang rakannya tidak jauh dari rumah ibunya.

“Tidak jauh dari motosikal itu, ada sebuah kereta Proton Wira dinaiki dua lelaki dengan pemandunya memakai kopiah. Saya menjerit meminta tolong dengan harapan mereka akan membantu.

“Namun saya tidak sangka kedua-dua lelaki dalam kereta itu sebenarnya rakan penyamun terbabit kerana sebaik saya meminta tolong, pemandu kereta itu memecut kenderaannya mengiringi motosikal itu melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.

Beliau menasihatkan orang ramai yang membuat urusan pengeluaran wang yang banyak di bank supaya mendapatkan pengiring bagi mengelak kejadian sama berulang.

No comments:

Post a Comment