Saturday, May 19, 2012

BAGAIMANA NAK BENTERAS PERAGUT..CURI TAK POTONG TANGAN...DAH BANYAK KORBAN...CEMERLANG DIAKHIRAT MASUK SYURGA NI CEMERLANG HAKIKI...PENDEKAR YANG HEBAT DAN MENEPIS SERANGAN SYAITAN...BAGAIMANA YANG MENCEMUH ISLAM...UNDANG2 ISLAM...YANG TAK YAKIN ADDIN ISLAM...ALLAH MAHA KUASA....KITA DIHIDUPKAN DAN DIMATIKAN OLEH ALLAH...JANGAN SILAP SOKONG DAH...

Peragut ‘tarik’ nyawa ibu

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

SAKIT...Kum menunjukkan sikunya yang cedera dalam kejadian.
SAKIT...Kum menunjukkan sikunya yang cedera dalam kejadian.
KUALA LUMPUR: “Lelaki itu tiada hati perut dan dia pembunuh,” kata Kum Kook Soon, 39, yang kehilangan ibu tersayang selepas wanita itu maut akibat cedera parah di kepala selepas terjatuh motosikal angkara kerakusan seorang peragut di Jalan Chow Sow Lin, di sini, pagi semalam.
Kejadian berlaku ketika Kum yang menunggang motosikal manakala ibunya, Chiew Kan Seng, 66, membonceng dalam perjalanan dari rumah mereka di Alam Damai, Cheras ke Pasar Imbi untuk berniaga yong tau fu.
Kum berkata, bukan setiap hari ibunya mengikutnya berniaga, tetapi semalam wanita itu menyatakan hasrat ingin menemaninya sebelum mereka berdua keluar rumah jam 6 pagi.

Menurutnya, ketika mereka menghampiri bulatan di Jalan Chan Sow Lin, muncul sebuah motosikal Honda EX5 ditunggangi seorang lelaki yang kemudian cuba merampas beg tangan ibunya yang diletakkan di tengah tempat duduk.


“Peragut itu nekad untuk mengambil beg tangan ibu, namun ibu cuba menghalang dengan menarik dengan kuat tali begnya.

“Tindakan ibu menyebabkan lelaki terbabit melepaskan semula beg secara kasar menyebabkan motosikal kami hilang kawalan dan terjatuh,” katanya

‘Kami mampu cemerlang’

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

SAKIT...Kum menunjukkan sikunya yang cedera dalam kejadian.
SAKIT...Kum menunjukkan sikunya yang cedera dalam kejadian.
KUCHING: “Saya mahu menjadi pakar psikologi bagi membantu masyarakat Penan dan membuktikan orang Penan juga mampu cemerlang seperti kaum lain,” kata Lerroy Lemen, 18, daripada kaum Penan yang menerima biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB), semalam.
Penganugerahan itu diberikan selepas Lerroy mencatatkan keputusan cemerlang iaitu 6A, 1B dan 1C dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini. Lerroy antara 15 pelajar Bumiputera Sarawak mendapat biasiswa YPPB yang jumlah keseluruhannya bernilai RM158 juta.

Berasal dari satu komuniti kecil Penan di Long Lamai, Marudi, iaitu kira-kira 200 kilometer (km) dari Miri dan 30 km dari sempadan Indonesia, bukan penghalang kepada Lerroy meraih keputusan cemerlang SPM, sekali gus layak menerima biasiswa itu.
Mengimbas kisah di sebalik kejayaan diraihnya, Lerroy berkata selepas tamat sekolah rendah, dia terpaksa meninggalkan kampung untuk melanjutkan pelajaran di sekolah menengah di Bario sehingga tingkatan tiga.

Dia kemudian menyambung pengajian tingkatan empat dan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi.

Dalam keputusan SPM baru-baru ini, Lerroy memperoleh A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah, Perdagangan, Sains dan Moral, manakala B untuk Matematik dan Bahasa Inggeris C.

“Bagi memenuhi cita-cita saya, langkah pertama ialah mendaftarkan di Kolej Taylor di bawah program prauniversiti Kanada yang bermula Julai ini. Saya dibesarkan dalam kehidupan ‘survival’, berdikari demi kelangsungan hidup dan memahami betapa sukarnya kehidupan di kampung.

“Mempunyai kehidupan survival adalah baik, tetapi tidak cukup untuk hidup di dunia moden ini dan saya bertekad mengubah cara hidup demi kesejahteraan masyarakat Penan,” katanya ketika ditemui pada Penyampaian Biasiswa YPPB, semalam.
Biasiswa itu memberi peluang kepada pelajar SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang meraih keputusan cemerlang dari kawasan pedalaman melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi dalam bidang pilihan masing-masing.

Penyampaian biasiswa itu adalah kali keempat membabitkan 225 pelajar terpilih selepas Melaka, Kelantan dan Sabah. Majlis disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Turut hadir, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Len Talif Salleh yang mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif YPPB, Raja Azura Raja Mahayuddin.

Terdahulu dalam ucapannya, Raja Azura berkata, objektif YPPB ialah menyediakan pendidikan berkualiti dan peluang pekerjaan lebih baik kepada pelajar cemerlang Bumiputera yang berprestasi tinggi.

“Kami bukan saja menawarkan biasiswa, malah memberi bimbingan serta kemahiran diperlukan dalam persekitaran kerja pada masa akan datang kepada pelajar terpilih,” katanya.

Sementara itu, Nor Mohamed berkata, kerajaan menyedari kesukaran pelajar luar bandar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi disebabkan masalah kewangan.

Pendekar kaki satu

Oleh Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my

TANGKAS...Zulkifli (kiri) dan Mohd Asri aktif bersilat.
TANGKAS...Zulkifli (kiri) dan Mohd Asri aktif bersilat.
PASIR MAS: Walaupun kudung sebelah kaki, dua sahabat layak digelar ‘pendekar kudung’ kerana mereka bukan saja mahir bersilat, malah menjadi tok guru atau tenaga pengajar seni mempertahankan diri itu.
Zulkifli Mamat, 49, yang kehilangan kaki kirinya akibat kemalangan dan Mohd Asri Daud, 33, yang cacat kaki kirinya sejak lahir, mampu bersilat seperti pesilat lain dengan tangkas.
Zulkifli yang menjadi tok guru Silat Minangkabau dan mula mempelajari silat itu sejak zaman kanak-kanak berkata, dia bersyukur dengan kelebihan dianugerahkan Allah dalam seni mempertahankan diri.

Katanya, dia kehilangan kaki kiri selepas dihempap besi ketika menjadi pekerja pembinaan jambatan Pasir Mas-Salor pada 1990.


“Akibat kemalangan itu, kaki kiri saya terpaksa dipotong. Saya mengambil masa hampir setahun memulihkan semangat dan kekuatan fizikal sebelum dapat kembali bersilat.

“Pada mulanya sukar membiasakan diri kerana perlu bersilat sambil memegang tongkat, tetapi Alhamdulillah, berkat kesabaran dan sokongan keluarga, saya mampu kembali mahir bersilat seperti orang normal,” katanya yang berasal dari Kampung Aur Duri, di sini.

‘Dia bukan ulat tiket’

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

SIASAT...anggota penguat kuasa SPAD menyoal siasat wanita  yang dipercayai ulat tiket.
SIASAT...anggota penguat kuasa SPAD menyoal siasat wanita yang dipercayai ulat tiket.
TAHAN...ulat tiket yang ditahan dalam operasi, semalam.
TAHAN...ulat tiket yang ditahan dalam operasi, semalam.
KUALA LUMPUR: Beberapa ‘ulat tiket’ yang memujuk orang ramai membeli tiket bas daripada mereka di Pudu Sentral, di sini, bertempiaran lari apabila pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjalankan operasi membanteras aktiviti mereka, petang semalam.
Menyedari kehadiran pihak berkuasa itu, ramai ulat tiket melarikan diri mengelak ditahan, namun lima daripada mereka berusia 20-an hingga 30-an ditahan dan pemeriksaan menemui beberapa tiket yang dipercayai untuk dijual kepada pengguna.

Malah, dalam operasi bermula jam 5 petang itu, berlaku insiden seorang lelaki warga emas tidak puas hati dan memarahi pegawai dan anggota bertugas ekoran mendakwa anak lelakinya berusia 20-an yang ditahan bukan ulat tiket.
Namun, lelaki itu kembali tenang apabila diberi penerangan mengenai operasi itu dan kelima-lima yang ditahan termasuk seorang wanita dibawa ke Balai Polis Tun H S Lee, di sini, untuk siasatan lanjut.

Ketua Penguat kuasa SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, operasi itu dijalankan bagi membasmi aktiviti haram ulat tiket.

“Kami hanya boleh mengekang dengan melaksana operasi penguatkuasaan secara berterusan, tetapi itu tidak langsung boleh membasmi kegiatan ini kerana selagi ada permintaan daripada penumpang, maka ulat terus menawarkan tiket untuk mereka.

“Semua orang perlu hormat undang-undang dan kami menjalankan tugas demi untuk kepentingan pengguna serta memastikan keselamatan dan mencegah daripada berlaku penipuan pembelian tiket,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, operasi penguatkuasaan yang berakhir jam 10 malam itu dilakukan dalam dua fasa iaitu fasa pertama operasi tangkapan ulat dan fasa kedua pemeriksaan di kaunter tiket dan bas.
Katanya, pemeriksaan di kaunter penjualan tiket terbabit dilakukan untuk memastikan lebih 40 syarikat bas yang membuka kaunter di situ melaksanakan penjualan sendiri dan tidak menggunakan ejen tidak mempunyai lesen.

Malah, beliau memberitahu mana-mana pengusaha bas yang melanggar syarat, SPAD tidak teragak-agak mengenakan tindakan tegas mengikut Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Ikhlas kesal peniaga asing monopoli lot niaga

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Bumiputera Malaysia (Ikhlas) kesal dengan kebanjiran peniaga asing yang memonopoli pusat beli-belah Jalan Tuanku Abdul Rahman (Tar), seolah-olah menyekat peluang peniaga Bumiputera untuk menjalankan perniagaan di situ.
Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya mendapati 80 peratus daripada keseluruhan lot niaga di situ dikuasai peniaga asing, termasuk dari Pakistan, Indonesia, Bangladesh, India dan beberapa peniaga dari rantau Asia Tenggara.

“Pusat beli-belah di Jalan Tar antara aduan yang paling banyak diterima membabitkan pekerja asing sehingga membabitkan persaingan di kalangan warga tempatan.
“Sepatutnya pengendali pusat perniagaan terbabit memberi peluang sama rata kepada peniaga Bumiputera untuk menjalankan perniagaan di situ kerana pusat itu dikunjungi ramai pengunjung tempatan,” katanya ketika dihubungi.

Ridzuan mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai lambakan warga asing di Jalan Tar dan Jalan Masjid India yang memonopoli perniagaan di kawasan berkenaan sehingga melenyapkan identiti kawasan yang menjadi syurga beli-belah yang menawarkan pelbagai barangan tempatan dengan harga murah.

Jejak pasangan samun ejen hartanah

KUALA LUMPUR: Polis menjejaki sepasang kekasih yang dipercayai menyamun dan mencabul seorang ejen hartanah wanita pada minggu lalu di sebuah unit kondominium mewah di Mont Kiara, di sini.
Mangsa yang berusia 34 tahun itu, dilaporkan membawa pasangan yang menyamar sebagai bakal penyewa terbabit bagi melihat kondominium untuk disewa itu sebelum dia diikat, dibogelkan, dicabul dan ditampar sebelum disamun kedua-dua suspek terbabit. Wanita terbabit bagaimanapun diselamatkan pada jam 3 pagi Jumaat lalu, kira-kira 10 jam selepas dikurung apabila polis menerima aduan daripada penghuni lain yang terdengar tangisan dan jeritan meminta tolong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, hasil siasatan polis mendapati pasangan penyamun itu menggunakan kereta Mitsubishi Lancer putih dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu ketika melakukan jenayah samun terbabit.
“Kami juga mendapatkan gambaran kedua-dua individu terbabit melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mengedarkan gambar mereka serta menggesa orang ramai yang mengenali pasangan terbabit supaya menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Najeeb bin Mohd Esan di talian 012-7293533 atau Balai Polis Travers atau balai berhampiran,” katanya.

Hantar ke hospital lepas belasah



IPOH: Sekumpulan samseng sengaja berlakon tidak ubah seperti ‘masyarakat prihatin’ apabila menghantar seorang lelaki yang teruk dibelasah mereka ke hospital untuk rawatan kecemasan.
Suspek yang berusia 18 hingga 49 tahun itu berpura-pura terserempak mangsa, Sulaiman Aliah, 21, di tepi jalan berhampiran pusat pembuangan sampah di Bercham, di sini, sebelum menghantarnya ke wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Dalam kejadian jam 8.50 malam kelmarin, kumpulan suspek dipercayai memukul mangsa yang juga kenalan mereka bermotifkan wang menyebabkan mangsa parah.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, mangsa yang bekerja sebagai pemasang khemah dihantar ke wad kecemasan HRPB sebelum disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian akibat parah.

Menurutnya, pihak hospital yang curiga terhadap punca kematian mangsa memaklumkan anggota bertugas di pondok polis HRPB selepas mengesyaki mangsa dibunuh.

“Hasil bedah siasat mendapati ada kesan lebam dan luka di seluruh badan mangsa dipercayai akibat dipukul dengan senjata tumpul.

“Mangsa turut tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri ketika dibawa ke hospital. Polis mengambil cap jari mangsa bagi mengenal pasti identitinya,” katanya.

Susulan itu, beliau berkata, polis melakukan siasatan dan menahan tujuh suspek dipercayai terbabit kejadian itu di empat lokasi berasingan sekitar Bercham melalui bantuan rakaman kamera litar tersembunyi (CCTV).

Wanita maut lihat sepupu kemalangan



ALOR SETAR: “Kami tidak sangka niat arwah untuk melihat sepupunya yang kemalangan berakhir tragedi apabila dia terbabit kemalangan,” kata Ahmad Nazri Ismail, 29, suami Zahidatul Akmam Che Lah, 28, yang maut selepas kereta dinaikinya terbabas dalam longkang di Alor Pudak, Pendang, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, mangsa yang menaiki Proton Wira dipandu sepupunya, Mohd Haris Mohd Sobri, 17, dalam perjalanan ke Alor Punti, Pendang, untuk melihat keadaan adik Mohd Haris, Mohd Hanif, 15, yang terbabit kemalangan kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

Mangsa yang juga kerani di Jabatan Pengangkutan Jalan Kedah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, manakala Mohd Haris parah pada badan dan kaki.
Difahamkan, Mohd Haris yang menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan ke pusat tuisyen di Tanah Merah, Pendang, sebelum terbabit kemalangan dengan sebuah kereta.

Ahmad Nazri yang juga inspektor Penjara Alor Setar berkata, dia mengetahui kemalangan menimpa isterinya melalui penduduk yang melalui Alor Pudak yang bertemunya ketika di tempat kemalangan Mohd Hanif di Alor Punti.

Pemuda cabar lelaki cemuh PM berdebat isu Bersih



KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno mencabar Hiu Woong Sin, rakyat Malaysia yang mencemuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada program Sepetang Bersama Perdana Menteri di Arena O2, London Selasa lalu untuk berdebat mengenai isu Bersih secara terbuka selain mengemukakan fakta sebenar situasi yang berlaku di dalam negara.
Sambil menyatakan rasa kesal dengan insiden itu, Exconya, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti keperluan berdebat dengan lelaki itu yang tidak menghormati kunjungan ketua kerajaan dalam majlis di negara luar.

Katanya, perbuatan itu jelas menunjukkan kebiadapan Woong Sin yang sengaja mencetuskan provokasi sejurus Datuk Seri Najib memulakan ucapan di hadapan hampir 1,000 hadirin termasuk rakyat negara ini yang menetap di United Kingdom sempena lawatan kerja dua hari.
“Kita begitu sedih dengan kejadian itu kerana sepatutnya Perdana Menteri diberikan sokongan kerana sebagai pemimpin utama, beliau sudah menjalankan tugas dengan baik termasuk bertemu warga kita di luar negara.

“Saya akan menghantar surat jemputan berdebat itu hari ini (semalam) dan memberikan tempoh kepada Woong Sin untuk menjawab dalam tempoh seminggu. Jika dia gagal, maka rakyat sendiri boleh menilai apa motifnya mengganggu majlis pada hari itu,” katanya pada sidang media di Menara Dato' Onn semalam.

Muhd Khairun berkata, apa yang berlaku pada hari kejadian menunjukkan lelaki terbabit tidak mempunyai nilai keintelektualan tinggi dan bertujuan memalukan Perdana Menteri dengan laungan menyokong perhimpunan Bersih di negara ini 28 April lalu.

Tertipu sangka suami kuat agama

ALOR SETAR: “Saya tertarik dengan suami kerana dia seorang yang kuat agama dan memberi tunjuk ajar kepada saya.
“Namun, ia palsu kerana selepas kami berkahwin barulah saya tahu dia seorang yang panas baran dan sering memukul dan menendang saya tanpa belas kasihan,” kata Rozita Said (gambar), 41, yang bersembunyi bersama dua anaknya, Muiz Abdul Majid, 19, dan Nasuha, 13, di sebuah lokasi rahsia di negeri ini kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Rozita berkata, dia mengenali suaminya melalui laman sosial sejak 2010 tanpa pernah bertemu sekali pun sebelum berkahwin pada 28 April 2011.
Katanya, sebelum berkahwin suaminya duda beranak satu dan mereka bernikah di Hatyai, Thailand tetapi selepas bersama baru tahu suaminya mempunyai dua isteri dan seorang anak.

Dia yang berasal dari Pulau Pinang berkata, Februari lalu, dia mengikut suami ke kediaman sewanya di Kampung Pasir, Johor Bahru dan bekerja di sebuah kilang.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan hasrat seorang suami menikmati makan malam romantik sempena ulang tahun perkahwinan pertama dengan isteri musnah selepas wanita itu bersama dua anaknya keluar dari rumah sehari sebelum sambutan itu, 27 April lalu.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Syed Hassan Syed Abd Hamid, 42, berkata dia tidur ketika isteri dan dua anak tirinya keluar dari rumah di Kampung Pasir, Johor Bahru.

“Saat saya mula didera selepas suami menuduh saya menjalin hubungan cinta bersama rakan melalui laman sosial dan memaksa saya mengakuinya sedangkan tidak pernah berbuat demikian,” katanya.
Menurutnya, akibat kejadian itu, setiap hari dia bukan saja dipukul di muka tetapi turut diterajang termasuk ketika memandu bersama suaminya.

“Selain dipukul, suami mengawal setiap pergerakan termasuk menghantar dan mengambil saya di tempat kerja, malah ketika di rumah, dia hanya mahu saya berada di sisinya tanpa membenarkan saya melakukan perkara lain termasuk tidak membenarkan bersolat.

“Suami bertambah baran hanya kerana saya tidak mahu mengaku menjalin hubungan melalui laman sosial. Dia juga pernah melafazkan talak satu kerana insiden berkenaan tetapi kembali memujuk saya dalam 24 jam tanpa merujuk mahkamah syariah,” katanya.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan hasrat seorang suami menikmati makan malam romantik sempena ulang tahun perkahwinan pertama dengan isterinya musnah selepas wanita itu bersama dua anak mereka keluar dari rumah sehari sebelum sambutan itu, 27 April lalu.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Syed Hassan Syed Abd Hamid, 42, berkata dia tidur ketika isteri serta dua anak tirinya keluar dari rumah di Kampung Pasir, Johor Bahru.

‘Tiada maaf buat lelaki itu’

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
am@hmetro.com.my

TAIPING: “Saya tidak akan maafkan perbuatan keji lelaki Lombok itu kerana apa yang dilakukannya terhadap Afifah satu ‘pembunuhan’ dan menghancurkan hati kami sekeluarga,” kata Hasliza Ismail, 45, ibu kepada remaja perempuan, Nur Afifah Mohd Zuhari, 16, yang dilarikan seorang lelaki Lombok, kira-kira tiga minggu lalu sebelum akhirnya meninggal dunia di Lombok, 6 Mei lalu.
Menurutnya, tindakan lelaki dikenali Mohamad Yani, berusia 20-an itu ibarat sengaja membawa anaknya ke jalan maut berikutan Nur Afifah memang menghidap kencing manis kronik dan perlu mengambil suntikan insulin setiap minggu.

“Saya sekeluarga amat sedih dan terkilan berikutan Afifah mati dalam keadaan penuh azab kerana tidak diberikan rawatan sewajarnya sejak dilarikan, kira-kira jam 11.45 malam, 18 April lalu,” katanya.
Difahamkan, Nur Afifah disahkan meninggal dunia akibat kencing manis di Rumah Sakit Bhayan Kara, Bolda, Lombok, Indonesia pada 6 Mei lalu.

Bagaimanapun, jenazah pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Panglima, Kamunting, di sini, masih ditempatkan di bilik mayat rumah sakit itu sejak 12 hari lalu dan gagal dibawa pulang ke Malaysia hingga kini.

Berita kematian Nur Afifah diketahui Hasliza dan suami, Mohd Zuhari Idris, 47, selepas Ketua Imigresen Taiping, Ahmad Fitri Ahmad Rabudzi memaklumkan kepada mereka pada petang, 11 Mei lalu selepas Kedutaan Malaysia di Jakarta menerima salinan sijil lahir dan MyKad milik arwah.

Hasliza berkata, dia tidak dapat melupakan perbualan terakhir dengan Mohamad Yani yang melarikan anaknya seminggu sebelum kematian Afifah.

“Dia menghubungi saya bertanya khabar sebelum meminta saya mengirimkan sekeping gambar saya konon bagi mengubat adik (Nur Afifah) yang demam.
“Saya mempersoalkan tindakannya dan meminta dia segera memulangkan adik ke pangkuan kami secepat mungkin,” katanya. Menurutnya, ketika itu, lelaki itu memarahinya dan enggan berbincang mengenai Nur Afifah yang dipercayai sudah dibawa keluar dari Malaysia dan berada di Lombok.

“Pada masa sama, seorang lelaki mendakwa dukun di Lombok turut menghubungi saya dan meminta segera menghantar gambar dengan alasan jampi mantera sudah disiapkan.

“Saya jadi kaget dan tidak percaya kerana mana mungkin adik yang sakit kritikal dapat disembuhkan dengan jampi serapah bomoh tanpa dirujuk ke hospital, malah saya tidak dibenarkan bercakap dengan adik,” katanya.

Menurutnya, kencing manis dihidapi Nur Afifah begitu serius berikutan arwah sentiasa berpeluh, sesak nafas sebelum pitam.

“Kejadian itu sudah kerap berlaku ketika Nur Afifah membantu saya berniaga di kedai. Bagaimanapun, nyawanya sempat diselamatkan selepas segera dibawa ke Hospital Taiping.

“Firasat buruk saya akhirnya menjadi kenyataan apabila Nur Afifah disahkan meninggal dunia hanya kira-kira tiga minggu selepas dilarikan lelaki itu,” katanya.

Katanya, kehilangan Nur Afifah amat dirasai apabila suaminya sering mengigau dan menyebut nama Nur Afifah berulang kali ketika tidur.

“Suami pernah bermimpi Nur Afifah pulang ke rumah dan terus menuju ke dapur sebelum menjamah makanan sepuas-puasnya. Ketika itu, dia merasakan mimpi itu seolah-olah benar dan memanggil nama adik berulang kali sebelum tersedar.

“Malah, saya turut didatangi mimpi sedih apabila adik tiba-tiba muncul tanpa berkata sepatah ayat sebelum baring dalam dakapan. Dalam mimpi itu, saya memeluk dan menciumnya sebelum cuba mencari telefon bimbit memaklumkan berita gembira kepulangannya kepada sanak-saudara,” katanya.

Menurutnya, anak bongsunya, Mohd Zulhelmi, 13, yang rapat dengan kakaknya turut mengalami mimpi sama.

“Paling mendukacitakan apabila lelaki yang bertanggungjawab melarikan hingga menyebabkan kematiannya terus menghilangkan diri selepas kejadian. Dia gagal dihubungi termasuk oleh kakitangan Kedutaan Malaysia,” katanya.

Katanya, tindakan biadab dan tidak perikemanusiaan lelaki itu perlu menerima hukuman setimpal dengan penderitaan dialami mereka sekeluarga.

“Saya amat berharap lelaki jahanam itu dibawa pulang ke Malaysia dan dihukum seberat mungkin. Itu harga atas apa yang dilakukan kepada kami,” katanya.

Hasliza yang kudung kaki kiri akibat kencing manis kini tidak dapat lagi berniaga sejak lebih seminggu lalu kerana terlalu sedih.

Menurutnya, dia kini menunggu kepulangan jenazah anaknya itu yang dijangka tiba beberapa hari lagi.

“Saya berterima kasih pada Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie yang bertungkus-lumus menguruskan penghantaran pulang jenazah anak saya,” katanya.

NALURI MANUSIA SEBENAR TIDAK SUKA PERKARA2 MAKSIAT...DAN BERBENTUK JAHAT...MENIPU..MEMBELIT...KAKI SONGLAP....DAN PERKARA2 YANG SEWAKTU DENGANNYA....

Ditembak mati selepas larikan kereta peronda

19/05/2012 3:43pm

KUANTAN - Seorang penjenayah yang melarikan kenderaan polis ditembak mati dalam satu kejadian tembak menembak di KM249.2 dekat Jabor, di sini, awal hari ini.
Suspek, Chiang Hon Hing, 39, berasal dari Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur mati akibat terkena tembakan di perut.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, suspek sebelum itu bertindak melarikan kenderaan anggota peronda trafik Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di jalan susur masuk ke tol Lanchang menghala ke Kuantan.
"Kira-kira 1.10 pagi, dua anggota peronda trafik LPT telah membuat pemeriksaan ke atas kereta suspek yang berhenti di tepi jalan susur masuk tol Lanchang menghala ke Kuantan.
"Semasa pemeriksaan, tiba-tiba suspek mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan ke arah anggota polis berkenaan tetapi tidak mengenai anggota peronda terbabit,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - BERNAMA

Polis tahan 3 lelaki berhubung kes culik peguam

19/05/2012 3:12pm

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga lelaki yang didakwa menculik seorang peguam sebelum membebaskannya Rabu lepas setelah menerima wang daripada keluarga mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, tiga lelaki tersebut ditahan semalam di sekitar ibu negara dalam kes yang pada mulanya dilaporkan sebagai penculikan tetapi siasatan mendapati kes itu lebih terarah kepada masalah hutang.
"Mungkin peguam tersebut berhutang dengan kumpulan lelaki terbabit dan bukan kerana mahukan wang tebusan. Ketiga-tiga lelaki itu mendakwa peguam tersebut berhutang sebanyak RM180,000 dengan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sukan Rakyat Polis Bersama Masyarakat sempena sambutan Hari Polis ke-205 di Kerinchi, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dan timbalannya Datuk Amar Singh Ishar Singh serta ketua-ketua ibu pejabat polis daerah. - BERNAMA

Mati terkejut gerai terbakar

BEBERAPA peniaga hanya mampu melihat gerai mereka musnah dijilat api di Pasar Borong Kangar semalam.


KANGAR - Seorang pemborong sayur meninggal dunia akibat diserang sakit jantung selepas terkejut melihat gerai sayur miliknya di Pasar Borong Kangar di sini terbakar pagi semalam.
Kamaruddin Bahari, 72, (gambar kecil) sebelum itu, mengadu sakit dada sebaik gerai sayurnya musnah dijilat api dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu.
Abang mangsa, Kafeli Bahari berkata, selepas tidak tahan dengan kesakitan dialaminya, Kamaruddin beredar pulang dan tidak lama selepas itu dia rebah ketika menunaikan solat Subuh di rumahnya di Kampung Sanglang di sini.
Ujarnya, mangsa yang ketika itu tenat terus dibawa oleh anaknya ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk mendapatkan rawatan.
"Bagaimanapun, sejam selepas dirawat, Kamaruddin meninggal dunia di HTF akibat serangan jantung," katanya di sini semalam.
Kafeli yang juga merupakan Setiausaha Pasar Borong itu berkata, abangnya terlalu sedih kerana gerai dan stor sayur miliknya yang diusahakan sejak 20 tahun lalu musnah dalam kebakaran itu.

Dadah 12.4kg RM14.9j dirampas


NOOR Rashid menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Sebanyak 736,330 biji pil dipercayai dadah sintetik eramin 5 dan serbuk putih dipercayai Ephedrine seberat 12.4 kilogram (kg) dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat dekat Kapar, Klang di Selangor kelmarin.
Kesemua dadah tersebut yang dianggarkan bernilai RM14.9 juta dirampas di rumah tersebut yang dijadikan stor menyimpan bahan tersebut pada Rabu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, serbuan tersebut dilakukan susulan penahanan 25 individu pada 12 Mei lalu kerana terlibat dengan sindiket memproses dan pengedaran dadah antarabangsa.
Dalam serbuan itu juga, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun dipercayai penjaga rumah tersebut untuk membantu siasatan.
“Serbuk putih itu dipercayai Ephedrine yang merupakan bahan utama untuk memproses dadah.

Jualan kenderaan tempatan terus menyusut


jumlah jualan kenderaan Perodua tidak menggalakkan kebelakangan ini.


KUALA LUMPUR - Jualan kenderaan bermotor bulan lepas menyusut kepada 47,736 unit daripada 50,936 unit atau 6.5 peratus pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automobil Malaysia (MAA).
Segmen kenderaan penumpang mencatatkan 41,436 unit berbanding 45,335 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Bagaimanapun, menurut MAA dalam satu kenyataan akhbar semalam, bagi tempoh yang sama, jualan kenderaan komersial pula meningkat kepada 6,300 unit daripada 5,601.
Jualan kenderaan bermotor merosot selepas Bank Negara Malaysia mengeluarkan garis panduan baharu pada 21 November 2011 yang menetapkan institusi kewangan perlu membuat penilaian kelayakan berdasarkan pendapatan bersih individu.
Pendapatan ataupun gaji bersih itu bermaksud jumlah gaji sebenar yang diterima oleh individu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) dan termasuk segala hutang-hutang lain yang belum habis dibayar.

Asni jumpa botol arak cederakan pelancong


KERATAN Kosmo! semalam.


KUANTAN - Saksi pendakwaan memberitahu mahkamah, Asni Omar, 37, yang dituduh membunuh Stephanie Foray, 30, (gambar kecil) mencari dan menjumpai sendiri botol arak jenama Malibuyang dijadikan senjata untuk mencederakan mangsa ketika tertuduh dibawa oleh polis ke tapak pelupusan sampah Sarang Tiong di Rompin dekat sini.
Perkara tersebut diberitahu saksi kedua pendakwaan, Lans Korporal Jef Anashrul Mohd. Jaafar ketika dia disoal peguam bela Hisham Abd. Rahim yang mewakili tertuduh semasa perbicaraan yang masuk hari kedua kes pembunuhan pelancong wanita warga Perancis di Mahkamah Tinggi Kuantan di sini semalam.
Jef berkata, sebelum menemui botol arak itu, dia merupakan antara beberapa anggota polis yang mengiringi tertuduh ke lokasi pelupusan sampah itu untuk mencari barang bukti.
Kata saksi itu, polis meminta tertuduh mencari botol arak itu selepas usaha mencari botol arak yang diberitahu tertuduh digunakan sebagai senjata untuk mencederakan Stephanie gagal ditemui oleh polis yang mencari satu jam di lokasi sama.
Jef memberitahu, tertuduh menemui botol arak itu hanya selepas kira-kira 10 minit tertuduh diiringi mencari botol itu di tapak pelupusan sampah tersebut.

Lima terbunuh nahas Land Cruiser

Anggota polis memeriksa Land Cruiser yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 71.5, Jalan Sri Aman-Kuching dekat Simunjan Sri Aman semalam.


SRI AMAN - Lima lelaki termasuk tiga beradik terbunuh apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 71.5, Jalan Sri Aman-Kuching berhampiran Simunjan dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 4.15 petang, kelima-lima mangsa yang terbunuh itu menaiki pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser dan sewaktu kejadian kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Kuching menghala ke Sri Aman.
Lima mangsa yang maut ialah tiga beradik, Chiu Siong Kai,32, Chiu Chi Siong,42, dan Chiu Seow Khong,38.
Dua lagi yang terbunuh ialah pemandu Land Cruiser, Wong Siew Yung, 36, dan seorang lagi penumpangnya Allan Richard Wan, 40.
Semua mangsa tersepit dalam Land Cruiser dinaiki mereka dan mayat kesemua mangsa terpaksa dikeluarkan pasukan bomba dan penyelamat.
Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mat Jusoh Muhammad berkata, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada Land Cruiser yang dipandu laju ketika hujan.
"Sampai di tempat kejadian yang berbukit dan sedikit berselekoh Land Cruiser itu terbabas memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah treler yang menghala ke arah Kuching.
"Pertembungan itu menyebabkan Land Cruiser tersebut remuk teruk manakala treler itu pula terbabas ke bahu jalan," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Bell Boy jadi 'ulat' teksi haram sekitar ibu kota


KELIHATAN beberapa kakitangan hotel yang membantu pelancong asing menaiki teksi haram di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Masalah "ulat" teksi haram tidak pernah selesai terutama di Jalan Bukit Bintang di sini.
Kali ini modus operandinya didalangi oleh kakitangan hotel terutama mereka yang bekerja sebagai pelayan atau Bell Boy.
Tinjauan Kosmo! mendapati, peluang berinteraksi dengan pelancong yang menginap di hotel digunakan mereka memujuk menaiki teksi haram.
Selain itu, kakitangan hotel itu juga mempunyai rangkaian sesama mereka di kebanyakan hotel utama di Kuala Lumpur dan berpakat mengenai caj yang dikenakan sesama sendiri.
Pendedahan itu dibuat oleh pemandu teksi sendiri yang mendakwa kegiatan itu seakan-akan mencurah pasir ke dalam periuk nasi mereka.
Seorang daripadanya, Manpreet Singh, 30, berkata, kakitangan hotel didakwa menetapkan harga kepada pelancong untuk ke destinasi tertentu dan memperoleh komisen sebanyak 20 peratus daripada bayaran dikenakan teksi haram.
"Mereka (pekerja hotel) juga beritahu pelanggan tambang teksi berlesen tinggi dan mereka mengesyorkan perkhidmatan teksi haram.

Maut kereta masuk longkang


BULATAN menunjukkan lokasi di mana kereta yang dipandu Zahidatul Akmam terbabas dan terhumban ke dalam longkang di Alor Pudak, Pendang semalam.


ALOR SETAR - Seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabas ke dalam longkang di Alor Pudak, Pendang dekat sini ketika dalam perjalanan untuk melawat sepupunya yang terlibat dalam kemalangan.
Kejadian pukul 8 pagi semalam itu berlaku ketika Zahidatul Akmam Che Lah, 28, memandu kereta Proton Wira bersama sepupunya, Mohd. Haris Mohd. Sobri, 17, dalam perjalanan ke Alor Punti untuk melihat keadaan adik Mohd. Haris, Mohd. Hanif, 15.
Bagaimanapun, semasa dalam perjalanan, kereta dipandu Zahidatul Akmam terbabas ke dalam longkang menyebabkan wanita itu cedera parah dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Jarak lokasi kemalangan yang membabitkan Zahidatul Akmam dan Mohd. Hanif kira-kira satu kilometer.
Ibu mangsa, Som Abd. Ghani, 57, berkata, pada pukul 7.30 pagi, keluarganya menerima berita mengenai Mohd. Hanif yang menunggang motosikal berlanggar dengan sebuah kereta ketika dia dalam perjalanan ke tempat tuisyen di Tanah Merah, Pendang.
Dalam kejadian itu, Mohd. Hanif hanya cedera ringan di beberapa anggota badan.
"Sebaik menerima berita kemalangan membabitkan Mohd. Hanif, saya, menantu (Ahmad Nazri Ismail, suami Zahidatul Akmam) dan keluarga remaja itu bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki sebuah kereta.

Besi tembus kereta


ROZIANA menenangkan suaminya, Mohd. Ali selepas kereta mereka ditembusi besi penghadang lebuh raya di Kilometer 214.9, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan susur keluar Changkat Jering di Taiping semalam.


TAIPING - Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang berlaku kepada tiga beranak yang terselamat walaupun kereta Proton Saga yang dinaiki mereka ditembusi besi penghadang lebuh raya sepanjang 15 meter selepas kenderaan itu terbabas ke tepi lebuh raya.
Semasa kejadian pada pukul 2.30 petang di Kilometer 214.9, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan susur keluar Changkat Jering itu, pemandu kereta, Mohd. Ali Mohd. Hussin, 33, isterinya, Roziana Abu Samah, 29, dan anak lelaki pasangan itu, Mohd. Haziq, 3, dalam perjalanan ke Petaling Jaya, Selangor.
Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, Mohd. Ali yang memandu kereta dipercayai mengantuk menyebabkan kenderaan itu merempuh penghadang lebuh raya.
Kejadian itu menyebabkan, Mohd. Ali tersepit dalam kereta dipandunya dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan orang ramai.
Difahamkan keluarga itu berasal dari Kulim, Kedah dan mahu ke Petaling Jaya untuk menziarahi kakak Roziana di Petaling Jaya.
Roziana yang sedang memangku anaknya ketika kejadian berkata, sebelum terbabas kereta dipandu suaminya bergerak terhuyung-hayang.
"Suami ketika itu juga memberitahu dia mahu berhenti rehat di kawasan Rehat dan Rawat Changkat Jering yang terletak 10 kilometer dari tempat kejadian.
"Bagaimanapun, sebelum sempat berhenti rehat, kereta kami terlebih dulu terlibat dalam kemalangan," katanya yang hanya cedera ringan.

Penganut Kristian Filipina berhimpun bantah konsert Lady Gaga


SEJUMLAH penduduk berhimpun di Manila semalam bagi membantah konsert Lady Gaga yang akan berlangsung pada Isnin depan.


MANILA - Kira-kira 70 penganut Kristian yang terdiri daripada golongan muda di Filipina menjerit dalam satu perhimpunan di sini semalam bagi meminta konsert Lady Gaga dibatalkan.
Ketua protes yang juga bekas Ahli Kongres Filipina, Ben Abante berkata, kumpulan itu merancang untuk memfailkan kes terhadap Lady Gaga dan penganjur konsert itu.
Menurutnya, pihaknya akan berbuat demikian jika Lady Gaga menyanyikan lagu Judas semasa dia membuat persembahan pada Isnin dan Selasa depan.
Lagu itu dianggap menghina Nabi Isa.
Bekas Datuk Bandar Manila, Jose Atienza berkata, penyanyi dan pihak penganjur boleh dihukum kerana menyinggung perasaan bangsa dan agama.
Sebelum ini polis Indonesia enggan mengeluarkan permit untuk konsert Lady Gaga di Jakarta ekoran bantahan daripada beberapa kumpulan Islam. - Agensi

CAKAPLAH APA KITA NAK CAKAP...ALLAH TAHU SAPE KITA SEBENARNYA...NAFILAH...ALLAH TAHU SEMUA KERJA KITA DIDUNIA...SAPE KITA SUKA...SAPE PULA KITA BENCI...KITA KERJA KERANA ALLAH ATAU KERANA APA...DIAKHIRAT PENENTU SEGALA2NYA....BAGUS TU...PERASUAH LAIN CAMNE...YANG MAKAN RASUAH MACAM MANA PULA....PILIH2 BULU KE....ATAU LAIN PEJAM MATA...TUTUP TELINGA...ALLAH TAHU NAK HUKUM ORANG2 MACAM NI

Lelaki mati dipukul
NOOR’AINON MOHAMED YUSOF
19 Mei 2012
Lelaki mati dipukul
Ahli keluarga mangsa melihat mayat mangsa di Unit Forensik, HRPB.
IPOH – Seorang lelaki yang dipercayai menjadi mangsa pukul maut dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas ditemui seorang lelaki di tapak pelupusan sampah di Bercham, Isnin lalu.

Ketika kejadian pada jam 8.50 malam itu, mangsa dikenali sebagai Sulaiman Aliah, 21, di bawa ke wad kecemasan oleh lelaki berkenaan sebelum pihak hospital memintanya membuat laporan polis berhubung penemuannya itu.

Bagaimanapun, tiada laporan polis dibuat lelaki berkenaan sebelum doktor memaklumkan tentang kematian mangsa di pondok polis hospital.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, hasil pemeriksaan, terdapat kesan lebam pada seluruh badan dan kematian dikatakan berpunca daripada kecederaan serius akibat penggunaan senjata tumpul.

“Tiada sebarang pengenalan diri ditemui bersama mangsa menyebabkan cap jari mangsa diambil untuk mengenal pasti identitinya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di hospital, polis menemui petunjuk sebelum berjaya menahan tujuh suspek berusia antara 18 tahun hingga 49 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu di empat kawasan berasingan sekitar Bercham.

“Tiga lelaki ditahan di hadapan Balai Polis Bercham, dua lelaki ditahan di Pusat Bandar Baru Bercham dan masing-masing seorang di sebuah rumah di Kawasan Persiaran Bercham Utara dan Taman Pakatan.

“Kesemua mereka direman selama tujuh hari sehingga 24 Mei ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Azisman berkata, polis berjaya merampas beberapa barangan milik mangsa dan senjata yang disyaki digunakan dalam kejadian itu.

“Antara barang yang dirampas adalah pakaian mangsa iaitu seluar pendek, tiga helai baju, dua batang paip, kaki meja dan papan meja yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya.
Harussani: Tuduhan itu tidak benar
Wartawan Sinar Harian
19 Mei 2012
Harussani: Tuduhan itu tidak benar
HAIRUSSANI ZAKARIA
IPOH – “Tuduhan itu tidak benar, selama ini saya tidak pernah mencampuri mana-mana parti politik, bahkan tidak pernah pun mendaftar sebagai ahli mana-mana parti.”

Demikian tegas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terhadap tuduhan Pas bahawa beliau mencampuri urusan parti.

Harussani berkata, apa yang diluahkan sebelum ini, tidak lain hanya mahu rakyat membuka mata.

Katanya, Islam yang diperjuangkan Pas sejak akhir-akhir ini banyak dikaitkan dengan perkara-perkara negatif .

“Situasi yang berlaku ini menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat, jadi kerana itu sebagai seorang mufti bukan kerana politik, saya memberi nasihat dan memberitahu bahawa tunjuk perasaan dengan niat untuk mengguling kerajaan itu satu perkara salah,” katanya.

Harussani berkata, dalam hal ini, beliau tidak mengatakan siapa yang benar atau siapa yang salah, sebaliknya melihat sesuatu perkara yang dilakukan itu bertentangan dengan hukum syarak.

Menurutnya, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sememangnya wajar ditegur kerana kerap memberi pelbagai gelaran terhadap mufti.

Beliau berkata, meskipun Nik Aziz seorang ulama, ada ketikanya mungkin terlajak kata.

“Apabila ibadat disamakan dengan tunjuk perasaan ini semuanya salah, jadi kita jangan telan bulat-bulat perkara yang salah, walaupun dia seorang ulama, mungkin dia terlajak maka itu saya memberi peringatan.

“Kalau tak mahu dengar itu terpulang, kita hanya menyampaikan,” katanya.

Terdahulu, dalam sebuah akhbar, Harussani menyifatkan perjuangan Pas sudah menyeleweng daripada matlamat asal dan mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan agar mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama parti.

Bagaimanapun, Nik Aziz menyifatkan cadangan itu sebagai satu ‘pandangan lapuk seorang mufti’ dan menggesa agar Mufti Perak itu tidak campur soal politik apabila memberi kenyataan.
Bekas polis ditemui maut dipercayai dibunuh
Wartawan Sinar Harian
19 Mei 2012
Bekas polis ditemui maut dipercayai dibunuh
Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kesan kecederaan di kepala,
di tepi jalan Medan Bistari, di sini, semalam.
IPOH – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tertiarap dengan kesan kecederaan di kepala, di tepi jalan Medan Bistari, di sini, semalam.

Mangsa dikenali sebagai M Shankar, 28, merupakan bekas polis dari Singapura dan dipercayai baru sebulan menetap bersama keluarga di Tanjung Rambutan selepas kontraknya tamat di negara itu.

Bapa saudara mangsa, K Manivellu, 58, berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan polis yang memberitahu keadaan anak saudaranya itu pada jam 5 pagi, semalam.

“Shankar keluar makan bersama rakan-rakannya pada jam 10 malam dan selepas itu kami tidak menyedari dia tidak pulang ke rumah sehinggalah kami menerima panggilan polis pagi tadi (semalam),” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, dipercayai mangsa dibunuh, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke HRPB untuk besah siasatan dan kami masih belum mengenal pasti suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Kakitangan JPJ maut kereta terbabas
Wartawan Sinar Harian
19 Mei 2012
Kakitangan JPJ maut kereta terbabas
Keadaan kereta mangsa yang terbabas ke dalam longkang. Foto: Shahful Bakri Abd Razak.
ALOR SETAR – Niat seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah untuk melihat sepupunya yang terbabit dalam kemalangan tidak kesampaian­ apabila maut setelah kereta yang dinaikinya terbabas ke dalam longkang di Alor Pudak, Pendang di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Zahidatul Akmam Che Lah, 28, yang menaiki kereta Proton Wira bersama sepupunya, Mohd Haris Mohd Sobri, 17, dalam perjalanan menuju ke Alor Ponti untuk meninjau keadaan adik Mohd Haris, Mohd Hanif, 15, yang terlibat dalam kemalangan di situ.

Mangsa meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) manakala Mohd Haris pula mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

Ibu mangsa, Som Abd Ghani, 57, berkata, pada jam 7.30 pagi, mereka menerima berita mengenai kemalangan yang menimpa Mohd Hanif sewaktu dia sedang dalam perjalanan menaiki motosikal untuk ke tempat tuisyen di Tanah Merah, Pendang.

“Saya, suami Zahidatul Akmam, Ahmad Nazri Ismail, 29, serta ahli keluarga Mohd Hanif menaiki kereta berlainan untuk melihat keadaan Mohd Hanif.

“Anak saya serta Mohd Haris pula berada dalam kereta berasingan mengikut kereta kami dari belakang namun bila tiba di lokasi kemalangan di Alor Ponti, kereta yang dinaiki anak saya masih belum tiba,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di bilik mayat HSB.

Menurutnya, dia mula risau apabila Zahidatul Akmam yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu tidak menjawab panggilan telefon.

“Saya dan suaminya telefon mereka banyak kali namun tidak dijawab dan saya mula terasa ada sesuatu yang tidak elok berlaku.

“Telahan saya betul kerana tidak lama kemudian saya menerima berita mengenai kemalangan yang menimpa anak saya di Alor Pudak yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kemalangan yang menimpa Mohd Hanif,” katanya.

Katanya, dia masih terkejut dengan kejadian yang menimpa anaknya kerana tidak menyangka anaknya pula yang akan maut dalam kemalangan namun dia reda dengan apa yang berlaku.
Jenazah mualaf dikebumi cara Islam
MOHD ISKANDAR OTHMAN
18 Mei 2012
GEORGETOWN - Jenazah seorang lelaki mualaf, Khoo Boo Soo yang sebelum ini ditempatkan di rumah mayat Leong San Tong , Ayer Hitam di sini selama empat hari selamat dikebumikan secara Islam di Tanah Perkuburan Islam Dato Keramat, Jalan Perak di sini kira-kira jam 3 pagi tadi.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul  Malik Abul Kassim berkata, jenazah lelaki berkenaan dituntut sepasukan pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang daripada keluarganya kira-kira jam 1.30 pagi sebelum dibawa ke Masjid Hashim Yahya,Jalan Perak untuk dimandi dan dikafan.

Menurutnya, urusan pengebumian jenazah dilakukan di kariah masjid berkenaan berjalan dengan lancar sambil disaksikan anak lelaki serta ahli keluarganya yang beragama Buddha.

"Tiada sebarang masalah yang timbul dan ahli keluarganya dengan rela hati menyerahkan jenazah itu untuk disempurnakan secara Islam.

"Mereka juga diberi kesempatan untuk melihat jenazah itu dimandi,dikafan dan dikebumikan mengikut cara Islam" katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Kematian Boo Soo, 55, akibat sesak nafas Isnin lalu mencetuskan kontroversi apabila mayatnya diletakkan di sebuah tokong di Farlim,  Ayer Itam untuk disemadikan mengikut agama Buddha.

Ahli keluarganya yang tidak tahu menahu tentang pertukaran agama Boo Soo terkejut apabila seorang lelaki yang juga bapa saudara isteri kedua Boo Soo datang untuk menuntut mayat bagi dikebumikan secara Islam.

Sebelum itu, si mati dikatakan memeluk Islam pada tiga tahun lalu di Indonesia dan mendirikan rumah tangga dengan wanita dari republik itu.

Status agama barunya bagaimanapun tidak dimaklumkan ahli keluarga termasuk tidak mendaftar perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
NGO buat laporan polis tawaran kepada Tunku Abdul Aziz
MOHD IDROS MOHD ALI
19 Mei 2012
NGO buat laporan polis tawaran kepada Tunku Abdul Aziz
Zulkifl i (tengah) menunjukkan salinan laporan polis kepada media semalam.
JAWI - Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan agar polis menyiasat Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengenai tawaran jawatan dan wang tunai kepada bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Seberang Perai Selatan (SPS), Zulkifli Musa berkata siasatan itu perlu kerana tindakan Guan Eng mencemarkan nama baik Tunku Abdul Aziz yang juga bekas Pengerusi Transparency International Malaysia.

Beliau berkata antara NGO yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPS di sini ialah Perkasa, Sekretariat Melayu Pulau Pinang dan Kelab Warisan Melayu Pulau Pinang.

Beliau berkata laporan polis itu dibuat berdasarkan berita dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris 16 Mei lalu, memetik pendedahan Tunku Abdul Aziz yang ditawarkan oleh Setiausaha Agung DAP itu dengan jawatan Felo Kanan di Penang Institut dan habuan RM50,000 jika setuju menerima jawatan itu.

“Tawaran ini boleh dianggap sebagai merasuah Tunku Abdul Aziz oleh Guan Eng dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Penang Institute, Zairil Khir Johari untuk memujuk beliau supaya tidak keluar DAP,” katanya kepada media selepas membuat laporan polis.

Menurutnya, tawaran itu perlu disiasat kerana mencemarkan nama baik Tunku Abdul Aziz.

“Tunku Abdul Aziz menganggap tindakannya keluar parti itu tepat selepas Guan Eng menawarkan jawatan kanan di sebuah agensi kerajaan negeri serta RM50,000 kepadanya,” katanya.

Tunku Abdul Aziz bertindak meninggalkan DAP selepas menerima kecaman hebat daripada pemimpin parti itu susulan kenyataan peribadinya berhubung perhimpunan yang bertukar ganas di ibu kota pada 28 April lalu.

RAKYAT HIDUP TERIMPIT@SUSAH...ADA PEMIMPIN HIDUP KAYA RAYA...PENUH KEMEWAHAN...TUNGGU LAH HISAB ALLLAH DIAKHIRAT KELAK...PUSAT ZAKAT APA PULA PERANAN...URUS WANG PEMBAYAR ZAKAT....BUKA HASIL PERNIAGAAN KITA...AKHIRAT KAUORANG JAWAB JUGA..APA INGAT TAK MATI...TAK DIBANGKITKAN SEMULA KE...

Tidur di kaki lima, bersesak dapatkan borang permohonan tapak bazar
IZWAN ROZLIN
19 Mei 2012
Sanggup tidur di kaki lima, bersesak dapatkan borang permohonan tapak bazar
Ragam yang dapat dilihat ketika kaunter penjualan borang bazar Ramadan dibuka
di Stadium MBPJ, Kelana Jaya di sini.
PETALING JAYA – Ada yang sanggup tidur semalaman sama ada di dalam kereta atau di kaki lima stadium semata-mata untuk mendapatkan borang permohonan tapak bazar Ramadan yang mula dijual semalam.

Tidak kurang yang hadir seawal jam 4 pagi untuk beratur untuk memastikan mereka mendapat borang.

Itu antara ragam yang dapat dilihat ketika kaunter penjualan borang bazar Ramadan dibuka di Stadium MBPJ, Kelana Jaya di sini.

Rata-rata mereka yang ditemui berpuas hati apabila berjaya mendapatkan borang, tidak kurang yang pulang dengan tangan kosong selepas borang yang dijual habis dalam masa tiga jam sejak kaunter dibuka jam 9 pagi.

Mohd Hashim Salleh, 50, berkata, setiap tahun sejak empat tahun lalu dia tidak pernah ketinggalan mencari rezeki tambahan berniaga nasi lemak di bazar Ramadan Taman Medan.

“Saya bekerja hantar ikan ke pasar pada setiap pagi, masa terluang pada waktu petang pada bulan puasa saya gunakannya untuk berniaga,” katanya yang tidur semalaman di dalam kereta.

Seorang lagi peniaga, Mohd Husin Salleh, 40, berkata, jika tahun lepas dia berniaga putu piring pada tahun ini dia bercadang mahu berniaga burger bakar.

“Timbul idea hendak jual burger bakar kerana ia istimewa dan kini diburu, jadi saya berhasrat untuk menghasilkan burger istimewa pada kadar harga berpatutan,” katanya.

Sementara itu, berhubung penjualan borang permohonan itu, Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Zainun Zakaria berkata, setakat ini 1,673 borang habis dijual.

“Tiada lagi borang dijual, jika ada yang berminat mereka boleh memohon selepas tarikh tutup 24 Mei akan datang sekiranya terdapat kekosongan,” katanya.

Menurutnya, MBPJ setakat ini bercadang menambah 20 tapak di Kelana Jaya jika ke semua lebih 200 tapak yang ditawarkan habis, begitu juga di Taman Medan.

Difahamkan kedua-dua kawasan adalah bazar Ramadan terbesar di Petaling Jaya.
Pemandu teksi didakwa miliki dadah
Wartawan Sinar Harian
19 Mei 2012
SEPANG - Seorang pemandu teksi didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas dakwaan memiliki dadah.

Tertuduh, Zulkefli Isa, 38, dari Puchong, didakwa memiliki campuran tembakau dan tumbuhan kering dadah jenis ganja dengan anggaran berat 2.0 gram yang disimpan dalam lipatan akhbar.

Dia didakawa melakukan kesalahan itu di kawasan Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) sekitar jam 1.45 petang, kelmarin.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Mahkamah Majistret, Wan Mohd Norhisham Wan Yaakob.

Mahkamah membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM1,500 oleh seorang penjamin, selain menetapkan tarikh 16 Julai depan untuk laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farahah Mohd Suah.
Sorok dalam tempat sauna elak dicekup
Wartawan Sinar Harian
18 Mei 2012
Sorok dalam tempat sauna elak dicekup
Bekas rawatan sauna yang digunakan remaja lelaki itu untuk bersembunyi.
PETALING JAYA – Sepasang kekasih yang sanggup ponteng sekolah semata-mata mahu berasmara terbantut selepas diserbu pegawai Masjid Al-Muhtaden di sebuah apartmen di Damansara Damai, kelmarin.

Sumber berkata, pegawai masjid dan penduduk terpaksa mengetuk pintu selama lebih 10 minit sebelum pintu dibuka seorang remaja perempuan yang hanya berkemban dengan tuala.

Menurutnya, remaja perempuan berusia 15 tahun pada mulanya mengaku berseorangan namun pemeriksaan lanjut kemudian menemui seorang lelaki yang hanya berseluar pendek bersembunyi di dalam dalam bekas rawatan sauna.

“Tidak dapat menyembunyikan perkara sumbang yang berlaku, kedua-dua mengaku adalah pasangan kekasih dan sudah bercinta sejak setahun lalu,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan, pasangan itu yang mengaku belajar di sekolah sama dipercayai sering mengambil kesempatan untuk memadu asmara ketika ibu bapa perempuan keluar bekerja.

Pasangan remaja itu kemudiannya dibawa ke masjid dengan menggunakan van jenazah untuk tujuan kaunseling dan kedua-dua ibu bapa pelajar terbabit turut dipanggil.
Khalwat dalam rumah sewa
Wartawan Sinar Harian
18 Mei 2012
PUCHONG – Bengang apabila salah seorang penyewa enggan melunaskan tunggakan sewa dan menjadikan bilik disewanya port maksiat, seorang pemilik rumah bertindak mengunci pasangan itu dalam satu ‘operasi cegah maksiat’ dilakukannya sendiri, di Kampung Seri Langkas Tambahan, Selasa lalu.

Difahamkan, keengganan penyewa berusia 27 tahun itu membayar sewa mengundang kemarahan pemiliknya sehingga memaksa dia mengadakan kunjungan ke bilik yang disewakan.

Pemilik itu mendapat maklumat penyewanya seorang lelaki bujang turut menghuni bilik disewakan bersama seorang remaja perempuan berusia 17 tahun sejak seminggu lalu.

Sumber berkata, geram dengan tindakan penyewanya, pemilik itu kemudian melakukan rondaan sehingga jam 12.30 malam Isnin lalu di kawasan rumah tiga tingkat yang turut disewakan kepada belasan penyewa lain.

Bagaimanapun, ketika rondaan dibuat kedua-dua remaja lelaki dan perempuan yang dikatakan tinggal sebumbung itu tidak pulang ke rumah seperti biasa.

“Lebih kurang jam 7 pagi keesokan harinya, pemilik rumah itu melakukan rondaan sekali lagi untuk mengesahkan perbuatan penyewanya.

“Malang kepada penyewanya apabila pemilik terdengar suara lelaki perempuan berbual di dalam bilik yang disewanya ketika melakukan intipan dari luar,” katanya.

Beliau berkata, pemilik rumah itu mengunci pintu jeriji bilik dari luar rumah dan menghubungi jawatankuasa masjid.

Menurutnya, ketika ‘dipenjarakan’ dari luar, remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu menangis dan meminta pertolongan jiran.

Sinar Harian difahamkan, pasangan berkenaan kemudian dinikahkan di Shah Alam, kelmarin.
2 askar dituduh kes dadah
SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
19 Mei 2012
2 askar dituduh kes dadah
$entry.content.caption.value
AYER KEROH - Dua askar dituduh dalam dua prosiding berbeza di Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana memiliki dan memberikan kepada diri sendiri dadah berbahaya, tahun lalu.
Rumuzan Ibrahim, 37, mengaku bersalah terhadap pertuduhan memberikan dadah kepada diri sendiri, sementara rakannya, Zakaria Mamat, 35, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan yang didakwa ke atasnya.
Berdasarkan pertuduhan, Rumuzan didapati memberikan dadah kepada diri sendiri di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, kira-kira jam 12.45 tengah malam pada 26 Mei 2012.
Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dibaca bersama Seksyen 38 B akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, Rumuzan memohon hukuman diringankan dengan alasan perlu menyara isteri dan dua anak.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal sebelum Majistret Syajaratudur Abd Rahman menjatuhkan hukuman denda RM1,300 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda dan dua tahun pengawasan terhadap tertuduh.
Sementara itu, Zakaria didakwa memiliki dadah berbahaya jenis methamphetamine dengan berat 0.68 gram di kedai cuci kereta, Jalan Sungai Udang kira-kira jam 11.45 malam pada 25 Mei 2011.
Dia dituduh mengikut Seksyen 12(2) hukum dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Zakaria turut dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dibaca bersama Seksyen 38 B akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun kerana didapati memberikan kepada diri sendiri dadah jenis methampehtamine.
Rosli meminta mahkamah memberikan jaminan RM3,000 sebelum peguam dari YBGK memohon jaminan terhadap tertuduh dikurangkan kerana berpendapatan kira-kira RM2,00 sebulan.
“Tertuduh yang bertugas selama 18 tahun di dalam tentera mempunyai seorang isteri dan anak kecil berusia 3 tahun," katanya.
Syajaratudur kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 bagi seorang penjamin dan menetapkan 28 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Tinggal di pondok ternak ikan
Wartawan Sinar Harian
18 Mei 2012
Ruangan kecil bekas pondok ternakan ikan menjadi tempat berteduh empat sekeluarga berkenaan.
Ruangan kecil bekas pondok ternakan ikan menjadi tempat berteduh empat
sekeluarga berkenaan.
MASJID TANAH - Hidup melarat menyebabkan empat sekeluarga di Kampung Ayer Limau, di sini terpaksa menjadikan pondok konkrit tidak berdinding yang sebelum ini digunakan untuk projek ternakan ikan, sebagai kediaman mereka.

Rosli Baba, 50, yang turut menderita sakit tulang belakang terpaksa tinggal dalam pondok tidak selesa itu bersama isteri dan dua anak tirinya, cukup untuk berteduh daripada panas matahari serta hujan.

Akibat kemiskinan juga, dia dan isterinya, Mariana Kharudin, 32, terpaksa menyerahkan tiga anak tirinya yang bersekolah kepada keluarga mertua, manakala dua lagi, Eiman Fiqrie, 4, dan Nur Alisa Fathah, 2, tinggal bersamanya.

Rosli menikahi Mariana Oktober lalu, selepas bekas suami isterinya itu yang merupakan sahabat baik Rosli meninggal dunia akibat lemas dalam sungai semasa menjaring ikan, awal tahun lalu.

Mariana juga sedang mengandung empat bulan, hasil perkahwinan mereka berdua.

Menurut Rosli, dia sebelum ini menyewa di sebuah rumah, bagaimanapun mengalami masalah tulang belakang selepas terbabit kemalangan sehingga tidak berupaya melakukan kerja berat.

Penderitaannya bertambah apabila dipaksa keluar dari rumah sewa yang didiami dalam kampung berkenaan, Oktober lalu.

“Disebabkan keadaan saya sebegini, saya tidak dapat mencari pendapatan mencukupi untuk menyara keluarga, lebih-lebih lagi isteri tidak bekerja.

“Sebelum ini, kami menyewa di sebuah rumah dalam kampung ini dengan bayaran RM150 sebulan, namun jumlah itu terlalu besar untuk saya jelaskan setiap bulan sehingga memaksa kami sekeluarga keluar dari rumah itu,” katanya.

Rosli berkata, dia terpaksa membersihkan pondok terna­kan ikan milik kakaknya untuk dijadikan rumah, walaupun tanpa dinding dan berhampi­ran semak samun.

“Mujur kakak saya mengizinkan saya dan keluarga untuk menggunakan tempat ini. Buat masa ini, saya hanya melakukan kerja kampung dan menoreh getah untuk menyara hidup.

"Bagaimanapun ia sekadar sampingan bergantung kepada keupayaan saya,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini, dia pernah memohon rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) menerusi salah seorang saudaranya, namun sehingga kini belum ada sebarang maklum balas.
20 kanak-kanak tak sekolah
Wartawan Sinar Harian
18 Mei 2012
jalan xturap
Keadaan jalan di kampung berkenaan yang belum diturap.
ULU JELEBU - “Gara-gara masalah jalan yang tidak diturap, hampir 20 kanak-kanak di kampung ini tidak bersekolah kerana mengalami kesukaran untuk berulang-alik dari sekolah,” kata Tok Batin Kampung Banir Tengkor, Jasni Ngongok.

Menurutnya, dahulu ada van yang disediakan untuk mengambil dan menghantar anak-anak Orang Asli di kawasan itu ke sekolah. Namun kini perkhidmatan itu dihentikan kerana pemandunya tidak sanggup untuk berulang-alik ke sini ekoran jalan yang teruk.

“Malah disebabkan selalu ponteng sekolah, ramai anak-anak di kampung ini hilang minat untuk belajar,” katanya.

Jasni berkata, kampung itu sudah wujud lebih 50 tahun lalu, namun penduduk di kawasan berkenaan masih ketinggalan dari segi kemudahan jalan.

“Berikutan masalah itu, setiap hari kami berdepan risiko kemalangan apabila laluan utama sejauh lebih 1 kilometer menghubungkan Kampung Ulu Jelebu curam.

“Walaupun begitu kami terpaksa juga melaluinya untuk melakukan rutin harian dan keluar ke pekan,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini, beliau pernah mengadukan masalah itu pada mesyuarat Jawatan­kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Ulu Jelebu, namun jawapan yang diterima ialah tiada peruntukan untuk membuat jalan di kampung berkenaan.

Jasni berkata, namun ber­lainan pula dengan kampung Orang Asli lain seperti di Ulu Kelaka, Lakai dan Tohor semuanya ada peruntukan untuk membina jalan.

“Malah, jalan baru turut dibina di Kampung Chennah sedangkan keadaan jalan di sana tidaklah seteruk di sini," katanya.

Menurutnya, motosikal milik penduduk juga sering kali rosak gara-gara melalui jalan berbatu itu.

“Sekiranya hujan , keadaan jalan di kawasan ini akan berlumpur dan ia merbahaya untuk digunakan,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Razif Abu Hassan, 26, berkata, berikutan masalah jalan itu, dia juga mengalami kesukaran menghantar isteri yang hamil untuk membuat pemeriksaan di klinik.

Razif berkata, masalah itu bertambah rumit sekiranya ada wanita yang mahu bersalin pada malam hari.

“Kawasan di sini sangat gelap dan jalan pula teruk, namun saya terpaksa melaluinya kerana bekerja di luar kampung. Jika hujan, saya tak dapat pergi kerja dan ini menjejaskan pendapatan saya yang terima gaji hari,” katanya.

Peniaga kedai runcit, Mohd Khaidir Abdul, 50, berkata, keadaan jalan tersebut turut membebankannya apabila kenderaan yang digunakan untuk menjual barangan runcit di kawasan itu sering rosak.

“Saya berniaga di sini atas permintaan penduduk memandangkan mereka sukar untuk ke kawasan luar akibat jalan yang teruk," katanya.
Terjatuh di tangga flat, Effan kini terbaring koma
AZIZAN INCHE HARUN
19 Mei 2012
Terjatuh di tangga flat, Effan kini terbaring koma
Shamsul dan Hasanah sedih dengan nasib yang menimpa anak bongsunya.
PASIR GUDANG – Suara rengekan manja anak kecil berusia empat tahun, Effan Shamsul kini tidak lagi kedengaran selepas disahkan koma akibat kecederaan setelah terjatuh dari tangga di Flat Taman Cendana, di sini 2 Mei lalu.

Ibunya, Hasanah Peli, 35, berkata, mereka yang baru empat bulan berpindah ke flat itu dari Majidee, Johor Bahru tidak sangka berhadapan dengan kemalangan yang hampir meragut nyawa anak bongsunya.

Menurutnya, pada hari kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, dia turun ke tingkat bawah untuk menghantar payung kepada anaknya yang hendak ke sekolah, manakala Effan yang turut serta bersama pada mulanya, naik semula ke rumahnya di tingkat empat.

“Kemudiannya, saya temui Effan sedang duduk sambil menahan kesakitan dan memberitahu terjatuh dari tangga, tetapi hanya ada kesan benjol di bahagian kepala.

“Keadaannya selepas itu semakin lemah sehingga saya terpaksa membawanya ke klinik kesihatan di Pasir Gudang dan seterusnya dikejarkan ke hospital,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, bapanya, Shamsul Majang, 35, berkata, selama 17 hari Effan ditahan di Unit Rawatan Rapi dan disahkan koma kerana mengalami kecederaan otak yang serius.

Menurutnya, walaupun Effan telah dibenarkan pulang, tetapi dia hanya mampu terbaring dan bergantung kepada susu yang disalurkan melalui tiub ke hidung.

“Walaupun kerap namanya kami panggil, namun dia (Effan) hanya terbaring tanpa sebarang tindak balas.

“Sedih bila kenangkan nasib Effan kerana dia dulu seorang yang aktif dan manja dengan kami, tetapi kini selepas abang dan kakaknya ke sekolah, keadaan rumah terasa begitu sunyi tanpa gurau-senda dia,” katanya.
Katanya, perbelanjaan keluarga mungkin akan bertambah untuk menampung kos susu dan lampin pakai buang anaknya, sedangkan perbelanjaan keluarga hanya bergantung harap kepada rezekinya sebagai pekerja kontrak kilang di Pasir Gudang.

Sementara itu, Gerakan Belia 4B dan Kelab Rakan Muda Parlimen Pasir Gudang yang turut membuat lawatan ke rumah Effan, semalam akan melancarkan Tabung Sumbangan Kasih Adik Effan dalam masa terdekat.

Naib Pengerusi Gerakan Belia 4B Pasir Gudang, Mohd Farid Abd Razak berkata, individu atau pihak korporat diharap dapat menghulurkan bantuan untuk membantu dari segi menampung kos pemakanan kesihatan Effan memandangkan pendapatan keluarga sederhana.

Menurutnya, pihaknya bimbang tiga lagi adik-beradik mangsa terjejas dari segi pelajaran dan keperluan hidup keluarga berkenaan kerana pendapatan keluarga beralih kepada kos yang diperlukan Effan.

“Kita mengalu-alukan masyarakat yang prihatin supaya menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank Shamsul Majang 101552052910 untuk membantu meringankan beban yang ditanggung," katanya.
Mesin judi RM10.3j dirampas
Wartawan Sinar Harian
19 Mei 2012
JOHOR BAHRU - Polis merampas 3,421 buah komputer yang diubahsuai menjadi mesin judi bernilai RM10.3 juta dalam serbuan ke atas 556 buah premis di bandar raya ini sejak awal tahun sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, dalam serbuan berkenaan, seramai 194 orang disyaki pemilik dan pekerja premis berkenaan turut ditahan.

"Polis turut meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik premis yang diserbu bagi mengelakkan kegiatan sama berulang," katanya.
Geng samun kedai 7-Eleven ditahan

18 Mei 2012
JOHOR BHARU - Lima lelaki termasuk pelajar Tingkatan Tiga yang dipercayai aktif menyamun kedai serbaneka 7-Eleven di sekitar bandar raya ini ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Zainuddin Yaacob berkata mereka yang menaiki sebuah kereta Perodua Myvi ditahan berhampiran Terminal Larkin Sentral oleh dua kereta peronda polis kira-kira 1 petang.

"Polis menemui empat bilah parang yang disorokkan di bawah tempat duduk penumpang kereta berkenaan. Kelima-lima mereka sebelum itu dipercayai menyamun sebuah kedai rangkaian 7-Eleven di Taman Mount Austin di sini kira-kira 5 pagi," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan di sini hari ini.

Zainuddin berkata mereka yang berumur 15 hingga 20 tahun dipercayai turut terlibat dalam kejadian yang sama di Seri Alam dan Nusajaya.

Mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - Bernama

MAKSIAT SENANG DIIKUTI...DARI BERTAKWA KEPADA ALLAH...REMAJA MASIH SEKOLAH DAH BERJINAK2 DENGAN MAKSIAT...BAGAIMANA NANTI APABILA TELAH KELUAR SEKOLAH...DAH MASUK BIDANG PEKERJAAN...DAH PEGANG DUIT SENDIRI...SEKATAN UNDANG2 ALLAH TIADA PULAK....JAWAB JE LAH...WAHAI PEMERINTAH

Penjenayah ditembak mati

19 Mei 2012
KUANTAN - Seorang penjenayah yang melarikan kenderaan polis ditembak mati dalam satu kejadian tembak menembak di Km249.2 dekat Jabor, di sini, awal hari ini.
  
Suspek, Chiang Hon Hing, 39, berasal dari Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur mati akibat terkena tembakan di perut.
  
Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata suspek sebelum itu bertindak melarikan kenderaan anggota peronda trafik Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di jalan susur masuk ke tol Lanchang menghala ke Kuantan.
  
"Kira-kira 1.10 pagi, dua anggota peronda trafik LPT telah membuat pemeriksaan ke atas kereta suspek yang berhenti di tepi jalan susur masuk tol Lanchang menghala ke Kuantan.
  
"Semasa pemeriksaan, tiba-tiba suspek mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan ke arah anggota polis berkenaan tetapi tidak mengenai anggota peronda terbabit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
 
Beliau berkata suspek kemudiannya melarikan kenderaan polis itu manakala sebuah lagi kereta peronda LPT yang melalui kawasan berkenaan bertindak mengejar suspek yang menghala ke Kuantan.
  
"Sampai di KM 113.6, suspek telah berhenti di tepi LPT dan menyamun sebuah kereta Proton Waja yang dinaiki dua lelaki. Kedua-dua lelaki berkenaan tidak dicederakan," katanya.
  
Sharifuddin berkata suspek terus melarikan diri sehingga ke Tol Jabor dan apabila ternampak sekatan jalan raya di situ, dia bertindak berpatah balik menghala ke arah Kuala Lumpur.
  
Katanya apabila tiba di KM 249.2 dekat Jabor, suspek memberhentikan kenderaannya yang dipercayai mengalami kerosakan dan ketika diperiksa oleh anggota peronda trafik LPT, dia bertindak melepaskan tembakan yang mengenai tangan kanan Lans Koperal Mohd Jarizan Md Jid.
  
"Polis berjaya menembak mangsa di bahagian perutnya dan disahkan mati ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan (HTAA)," katanya.

Beliau berkata polis turut menemui sepucuk pistol jenis Baretta, yang digunakan suspek dalam kejadian berbalas tembakan itu.
  
"Siasatan awal mendapati suspek terbabit dalam beberapa kes jenayah sebelum ini seperti curi kereta dan dadah. Kereta jenis Honda yang digunakan suspek di Lanchang itu juga adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang malam tadi," katanya.
  
Sementara itu, Mohd Jarizan ketika ditemui di HTAA berkata dia bersyukur kerana selamat dalam kejadian tembak menembak itu. - Bernama
Tercampak 79 meter, motosikal dirempuh lori
Mohd Taha Yaacob
19 Mei 2012
Tercampak 79 meter, motosikal dirempuh lori
Orang ramai melihat pelana motosikal yang dinaiki Che Abd Ghani yang melekat
depan lori yang melanggarnya dalam kemalangan yang berlaku di Pekan Jabi, pagi semalam.
JABI- Seorang penoreh getah maut setelah tercampak sejauh 79 meter sebelum terhempas di atas jalan akibat motosikal yang ditunggangnya dirempuh dari arah belakang oleh sebuah lori dalam kejadian di pekan Jabi pagi semalam.

Akibatnya, kepala mangsa Che Abd Ghani Che Wel, 53, mengalamai kecederaan parah menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

Mangsa beralamat di Kampung Kerandang dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Jertih untuk ke kebun getahnya di Kampung Pondok Nyamuk tidak jauh dari situ.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, motosikal mangsa diseret sejauh 256 meter oleh lori tersebut mengakibatkan motosikal itu terlekat pada tayar depan sebelah kiri lori sebelum pemandunya memberhentikan kenderaannya.

Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di muka, kepala dan meninggal dunia.

Arwah makan banyak: Isteri

“SEHARI sebelum kejadian arwah suami saya menunjukkan sedikit perubahan yang ketara apabila dia makan nasi lebih banyak daripada biasa,” kata isteri kedua Che Abd Ghani, Roslija Yusoff, 44, ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Besut, semalam.

Katanya, pada petang kelmarin suaminya makan nasi dalam jumlah banyak dan dia tidak pernah melihat arwah suaminya itu makan sebanyak itu sebelum ini.

“Saya masak tiga tin nasi dan dia hampir menghabiskan nasi itu selepas saya beritahu tidak mahu makan.

“Kemudian, arwah simpan segenggam nasi dan minta saya berikan nasi itu untuk diberikan kepada ayam peliharaan,” katanya yang tinggal di pekan Jabi.

Roslija berkata, arwah suaminya juga berkali-kali meminta maaf dengannya selain berubah sikap menjadi lebih ceria.


Biasa minum milo tetapi minta nescafe

“SIKAP arwah juga pelik apabila dia meminta untuk minum nescafe sedangkan sebelum ini dia minum milo sejurus arwah pulang ke rumah isteri pertamanya di Kampung Kerandang.

“Saya tidak menyangka perubahan tersebut petunjuk suami akan pergi buat selama-lamanya,” katanya.

Roslija mengakui pemergian suaminya satu kehilangan besar yang sukar dicari ganti kerana arwah seorang yang baik dan ringan tulang,” katanya.

Katanya, sebelum kejadian, suaminya datang dari rumah madunya di Kampung Kerandang dan mahu menoreh getah dekat Pondok Nyamuk, Jabi.

“Kalau ikutkan simpang masuk ke Pondok Nyamuk hanya terletak beberapa meter sahaja lagi dari tempat dia dilanggar.

“Namun, arwah suami saya tidak sempat membelok kerana dia terlebih dahulu dilanggar lori itu,” katanya.


Tidak tolak kemungkinan pemandu lori mengantuk

SEMENTARA itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, mangsa menunggang motosikal seorang diri dilanggar sebuah lori tanpa muatan dari arah sama.

“Pemandu lori berumur 27 tahun dan kelindannya berusia 22 tahun tidak me­ngalami kecederaan membuat lapo­ran di Balai Polis Trafik Daerah Besut,” katanya.

Kamaruddin berkata, polis menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian termasuk menjalankan saringan air kencing pemandu lori dan tidak menolak kemungkinan pemandu lori mengantuk.

Kata beliau, akibat rempu­han kuat itu pelana motosikal mangsa terlekat pada palang depan lori.

Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Besut untuk bedah siasat.
Khalwat: 5 pelajar didenda RM1,500
Wartawan Sinar Harian
19 Mei 2012
BESUT - Lima pelajar termasuk tiga pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah di sini, didenda RM1,500 seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah selepas mengaku salah melakukan perbuatan tidak bermoral dalam sebuah rumah di Kampung Gong Tengah, 27 Mac lalu.
Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof menjatuhkan hukuman tersebut apabila beliau berpuas hati terhadap pengakuan salah dan rayuan tertuduh.
Mereka ditahan dalam sebuah rumah di kampung tersebut dekat Kuala Besut pada jam 9.15 pagi dan tiada ikatan yang sah ketika kejadian, sehingga menimbulkan syak melakukan khalwat.

Semua tertuduh termasuk dua lelaki berumur 18 tahun itu dibicarakan di bawah Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir), Negeri Terengganu 2001 yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.

Nik Mohd Shahril Irwan ketika membacakan fakta kes memberitahu, bertindak atas maklumat, penguat kuasa melakukan serbuan berwaran di sebuah rumah di Kampung Gong Tengah.

Penguat kuasa syariah terpaksa ke bahagian dapur rumah setelah pintu utama tidak dibuka oleh tertuduh ketika pihak berkenaan mengetuk pintu tersebut.

Pemeriksaan di dalam rumah mendapati, pintu sebuah bilik berkunci dari dalam dan selepas beberapa minit diketuk, ia dibuka oleh seorang remaja perempuan dan pemeriksaan mendapati terdapat tiga remaja perempuan di dalam bilik itu.

Nik Mohd Shahril berkata, remaja tersebut memberitahu penguat kuasa hanya mereka bertiga di dalam rumah itu namun, pemeriksaan lanjut mendapati dua lelaki sedang menyorok di atas siling rumah.

Ketiga-tiga pelajar perempuan itu tinggal di sebuah kuarters perumahan di Gong Keda.

Salah seorang lelaki terbabit adalah anak pemilik rumah tersebut manakala rakannya dari Kampung Gong Manok, Pasir Puteh, Kelantan
Lelaki disamun dibogelkan
Wartawan Sinar Harian
19 Mei 2012
Lelaki disamun dibogelkan
Tali pinggang yang digunakan untuk mengikat mangsa ditemui di lokasi kejadian, pagi semalam.
RANTAU PANJANG - Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila dipukul dan diikat pada tiang elektrik di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang kira-kira jam 4.30 pagi semalam.

Mangsa diikat dengan tali pinggang yang dipakainya dipercayai oleh tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Wira berwarna biru.

Bukan itu sahaja lelaki malang ini turut dibogelkan sementara pakaian bertaburan tidak jauh dari tempat mangsa diikat.

Sementara itu, penduduk dikenali Ripin, 48, yang dalam perjalanan ke kebun getah di Gual Pasong Hantu, terkejut melihat sebuah motosikal tanpa pemiliknya berhampiran jambatan.

Ripin berkata, hanya beberapa meter dari situ dia dapat melihat kelibat manusia berhampiran balai bomba.

Menurutnya dia dan isteri tidak berani untuk menghampiri mangsa kerana bimbangkan keselamatan mereka.

“Saya dan isteri terus ke pejabat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan memaklumkan perkara itu kepada anggota bertugas.

“Selepas itulah kami melihat dari jauh mangsa diikat pada tiang dan tidak berpakaian,” katanya kepada Sinar Harian.

Mangsa yang cedera pada bahagian muka dihantar ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang untuk mendapatkan rawatan.

Sinar Harian difahamkan beg duit mangsa tanpa wang tunai dan pengenalan diri turut ditemui tidak jauh dari tempat mangsa ditemui.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Haliludin Rahim memberitahu, pihaknya masih menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Penyamun sorok hasil dalam rumah
Wartawan Sinar Harian
18 Mei 2012
Penyamun sorok hasil dalam rumah
Jalaludin mengetuai aktiviti ‘walkabout’ bersama anggota polis mendengar luahan
dan aduan penduduk Pasir Mas, semalam.
PASIR MAS – Seorang lelaki ditahan polis bersama wang RM10,000 hasil samun melibatkan kes di Bachok, jam 10.40 pagi, semalam.

Suspek, Mohd Nizam Abd Manaf, 32, ditahan di rumahnya dekat Kok Lanas, bersama wang dan beberapa pil dipercayai dadah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, dua rakan suspek yang turut terlibat dalam beberapa kejadian samun itu juga berjaya ditahan di daerah berbeza, kelmarin.

“Nizam merupakan ketua kumpulan samun, mengaku terlibat dalam tujuh kes samun di Bachok, dalam masa tiga hari.

“Modus operandi mereka menggunakan senjata dan meletakkan pisau di leher mangsa ketika melakukan jenayah,” katanya semalam.

Jalaludin berkata, tiga hari lalu, seorang suri rumah di Kampung Kandis, Bachok kerugian kira-kira RM10,000 apabila wang tunai, barang kemas dan telefon bimbit disamun.

Menurutnya, kesemua suspek direman dan siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Jalaludin turut mengetuai aktiviti ‘walkabout’ bersama pegawai dan anggota polis Pasir Mas.

Beliau meluangkan masa hampir dua jam, berjalan kaki bermula Stadium Mini sehingga ke dataran Kereta api Pasir Mas, untuk bertemu peniaga dan penduduk Pasir Mas.

Jalaludin berkata, pihaknya sentiasa mendengar luahan serta aduan penduduk, dan mengambil serius bagi menangani masalah yang timbul.
Buruh tidak mengaku salah rogol gadis bawah umur
Wartawan Sinar Harian
18 Mei 2012
Buruh tidak mengaku salah rogol gadis bawah umur
Tertuduh diiringi polis menuju ke mahkamah, semalam.
KOTA BHARU - Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol gadis bawah umur di sebuah pondok di sini, Mac lalu.

Mohd Jahari Razmi,22, dituduh mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan merogol mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun tiga bulan. Berdasarkan pertuduhan, kejadian berlaku di sebuah pondok di kampung tertuduh di Wakaf Mek Zainab di sini, pada jam 10 pagi, 14 Mac.

Mohd Jahari berdepan penjara antara lima dan 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dia yang diwakili peguam bela, Ahmad Ridhuan Awang, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Salam Yusof tidak membenarkan sebarang jaminan dikenakan ke atas tertuduh berikutan dakwaan serius yang dihadapi.

”Sekiranya mahkamah membenarkan jamin, saya mohon jaminan berjumlah RM15,000 dengan syarat tertuduh tidak boleh menganggu mangsa dan saksi-saksi pihak kami,” katanya.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Kes disambung 17 Jun depan.
Hidup daif, penduduk Matau tuntut janji
Wartawan Sinar Harian
19 Mei 2012
Hidup daif, penduduk Matau tuntut janji
Hidup daif, penduduk Matau tuntut janji
BANDAR TUN RAZAK - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bakal diadakan tidak lama lagi, namun lebih 100 keluarga di Matau, di sini masih hidup dalam keadaan daif tanpa sebarang perubahan sepertimana dijanjikan kerajaan pada PRU lalu.

Semua keluarga terbabit kini menunggu keputusan mahkamah untuk mendapatkan hak milik tanah diusahakan ibu bapa mereka di awal penubuhan bandar ini.

Enggan gambarnya dirakam kerana bimbang dipersalahkan, penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Liza berkata, mereka kini hidup dalam dilema sementara menunggu keputusan mahkamah.

“Orang luar pasti pelik apabila melihat keadaan kawasan ini yang serba daif. Bukan tidak mahu ia dibangunkan, tetapi sehingga kini kami masih belum mendapat hak milik tanah ini sepenuhnya,” katanya.

Dia berkata, keadaan itu juga menyebabkan mereka tidak dapat membina kediaman lebih selesa kerana bimbang tanah tersebut diambil kerajaan semula.

Menurutnya, janji hanya tinggal janji dan usaha dilakukan kerajaan ibarat ‘melepaskan batuk di tangga’.

“Kami juga tidak menerima bekalan air paip sempurna dan masih menggunakan air telaga. Kami akui kerajaan memberikan keutamaan untuk kami memiliki rumah dan kedai. Namun pinjaman itu tidak diluluskan berikutan kerja dan gaji kami tidak menentu.

“Selain itu kedai diberikan kepada kami bukan sahaja kecil, malah lokasinya tidak sesuai berbanding kedai di Matau yang menjadi laluan utama ke Bandar Jengka,” katanya.


Masalah Matau isu besar

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu adalah isu besar perlu dititikberatkan.

“Lebih 40 tahun menetap di situ, tetapi mengapa hak mereka untuk memiliki tanah tersebut tidak dapat ditunaikan?

“Kerajaan kata hendak membangunkan kawasan itu malahan penduduk juga bersetuju untuk berpindah, tetapi dengan syarat tanah itu dikembalikan semula kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata, Matau kini sering dibandingkan dengan pekan Sungai Jerik yang didiami majoriti masyarakat Cina, namun kawasan itu masih dapat dibangunkan sebaiknya.

“Sepatutnya Matau juga dibangunkan dengan kemudahan penempatan dan infrastruktur sempurna,” katanya.


Tiada janji dapatkan hak milik tanah

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jengka, Wan Salman Wan Ismail berkata, segala apa dijanjikan dalam PRU lalu bukan untuk mendapatkan hak milik tanah, sebaliknya membantu penduduk Matau membangunkan kawasan itu memandangkan ia sebahagian dari Jengka.

“Kami membuat pelbagai perancangan untuk mereka. Seramai 36 penduduk mendapat kelulusan memiliki rumah di Taman Jengka Impian dan ada antara mereka mengambil kedai disediakan.

“Namun akibat tindakan mahkamah diambil mereka, pembangunan dirancang terpaksa dihentikan sehingga perbicaraan itu selesai nanti,” katanya.

Menurutnya, pelbagai perancangan dibuat untuk membangunkan kawasan itu, namun ia terpaksa dihentikan buat seketika berikutan kegagalan menyampaikan notis kepada sesetengah pihak di samping tindakan mahkamah dibuat penduduk.
Tiga beranak selamat daripada maut
Wartawan Sinar Harian
19 Mei 2012
Tiga beranak selamat daripada maut
Kereta yang dinaiki mangsa tiga sekeluarga remuk teruk dalam kejadian di Jalan Pekan-Chini.
PEKAN - Sepasang suami isteri bersama seorang anak lelaki mereka berusia empat tahun nyaris maut apabila kereta yang dipandu terbabas ke bahagian kiri jalan dan terjunam ke tebing jalan kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Ahli keluarga mangsa, Sam Pas Long, 35, berkata, dia menerima panggilan daripada salah seorang ­kawannya memaklumkan mengenai kejadian yang menimpa Mohd Rizuan Abdullah, 23, bersama isteri dan anak mereka di Jalan Pekan-Chini, dekat sini.

Menurutnya, Rizuan bersama isteri yang hanya dikenali dengan nama Ema, 20, dan anak mereka, Mohd Iqbal sedang menuju ke Kuantan dari rumah mereka di Felda Chini Timur 3.

“Rizuan sekeluarga kini dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk mendapat rawatan lanjut akibat kecederaan yang dialami mereka.

“Isterinya mengalami ­kecederaan patah kaki manakala dia dan anak ­lelakinya mengalami ­kecederaan di ­bahagian kepala dan beberapa ­bahagian badan,” katanya.

Sam berkata, kereta jenis Honda Civic yang dinaiki Rizuan ­sekeluarga terbabas dan melanggar satu tiang elektrik konkrit sebelum menjunam ke tebing jalan berhampiran ladang kelapa sawit di sini.

“Saya dan ahli keluarga lain bersyukur kerana dia sekeluarga ­selamat dan hanya mengalami kecederaan ­ringan walaupun keadaan kereta ­mereka ­remuk teruk,” katanya.
Mayat lelaki hampir reput ditemui
Wartawan Sinar Harian
19 Mei 2012
Mayat lelaki hampir reput ditemui
WAN MOHD ZAHARI
CAMERON HIGHLANDS - Mayat dipercayai milik seorang lelaki yang hampir reput ditemui di Sungai Tringkap Batu 47.5 berhampiran ladang strawberi Al Mashyor, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu ­berkata, ­setelah menerima maklumat daripada orang ramai, ­pihak polis bergegas ke tempat ­kejadian bagi mengenal pasti mayat terbabit.

“Keadaan mayat sudah reput dari bahagian pinggang hingga ke kaki manakala ­bahagian pinggang ke kepala terbenam ke dalam air sungai.

“Mayat tersangkut di celah batu-batu ­besar dan kita mengambil sedikit masa untuk ­membawa keluar mayat berkenaan berikutan keadaannya yang sudah reput,” katanya, di sini, semalam.

Wan Mohd Zahari berkata, mayat di bawa ke hospital untuk bedah ­siasat dan forensik dari Kuantan dipanggil bagi mengenal pasti identiti mangsa.

“Usaha mengenal ­pasti identiti mangsa masih diteruskan dan kita percaya ia milik seorang lelaki namun bangsa serta umur tidak dapat ­dikenal pasti.

“Buat sementara ini, kita mengklasifikasikan kes ber­kenaan sebagai laporan ­kematian mengejut (SDR) sementara ­menunggu ­hasil penuh bedah siasat untuk mengetahui ­punca kematian mangsa,” katanya kepada Sinar Harian.

Wan Mohd Zahari berkata, laporan orang hilang yang dibuat sebelum ini akan disemak untuk membantu siasatan.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta ­tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands bagi membantu siasatan.
62 polis terlibat kes dadah, calar imej pasukan
Nik Amirulmu’Min Nik Min
19 Mei 2012
62 polis terlibat kes dadah, calar imej pasukan
Mohd jasmani (kanan) menyampaikan surat penghargaan kepada salah seorang
anggotanya sempena perhimpunan bulanan IPD itu di sini, semalam.
KUANTAN - Seramai 62 pegawai dan anggota polis dari Kontinjen Pahang ditangkap kerana terlibat dalam pengedaran dan penyalahgunaan dadah sepanjang tempoh kajian dua tahun empat bulan bermula 2010 hingga April 2012.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani berkata, perbuatan segelintir pegawai dan anggota polis dari kontinjen Pahang itu mencalarkan usaha pucuk pimpinan dalam memperjuangkan maruah pasukan.

Menurutnya, masih ada pegawai dan anggota menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi walaupun tahu bahawa perbuatan itu menyalahi undang-undang.

“Ada juga dalam kalangan warga kontinjen Pahang terlibat dalam kesalahan jenayah sedangkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.,” katanya melalui teks ucapan yang dibacakan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff sempena perhimpunan bulanan IPD itu di sini, kelmarin.

Sharifuddin berkata, sikap segelintir mereka yang menyalahgunakan kuasa ini menyebabkan pasukan dipandang sinis oleh sesetengah pihak sekali gus memberikan gambaran serong bahawa polis Pahang memiliki integriti yang rendah.

“Penekanan kepada penyeliaan hendaklah sentiasa berterusan dan sentiasa diadakan bagi mengawal gejala ini daripada berleluasa,” katanya.

Beliau berkata, pembaharuan yang dibuat kerajaan termasuk kenaikan tangga gaji sebanyak13 peratus baru-baru ini sebagai imbuhan bagi mengelak penjawat awam menerima rasuah dan menjalankan kerja kotor untuk kepentingan diri.

“Tiada sebab untuk warga kontinjen Pahang terus terlibat dalam gejala ini atas alasan tekanan kos hidup sebaliknya mereka perlu berbelanja secara berhemah mengikut gaji yang diterima,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pilihan Raya Umum Ke-13 yang semakin dekat merupakan ujian besar kepada pasukan untuk memastikan keamanan negara berada di tahap terbaik.

“Penekanan keselamatan setempat merupakan aspek penting ketika ini justeru semua pegawai terutama ketua polis daerah perlu bijak dalam memanipulasikan keadaan sekeliling bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin,” katanya.

Sempena perhimpunan bulanan peringkat IPD Kuantan itu, Mohd Jasmani turut menyampaikan surat penghargaan kepada beberapa anggota selain sagu hati kepada enam bekas polis zaman darurat.
Restoran ala hiburan kena sita
Wartawan Sinar Harian
18 Mei 2012
Restoran ala hiburan kena sita
Anggota penguat kuasa menyita barangan yang terdapat dalam premis itu.
KUANTAN - Sikap licik dua pemilik sebuah premis hiburan yang berselindung di sebalik lesen perniagaan restoran akhirnya terpaksa berputih mata apabila diserbu pihak berkuasa dalam Operasi Bersepadu Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di sini, malam kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Pelesenan dan Peniaga Kecil MPK, Datuk Suhaimi Sulung berkata, pemilik premis berkenaan memohon lesen perniagaan restoran namun beroperasi seperti sebuah pusat hiburan.

Menurutnya, dalam operasi di Jalan Haji Ahmad itu, premis tersebut diserbu dan disita atas kesalahan menjalankan aktiviti hiburan tanpa kelulusan MPK.

“Dalam serbuan yang dijalankan, premis terbabit bukan sahaja berfungsi sebagai pusat hiburan, tetapi tidak mempunyai dapur selain menggunakan lampu seperti di disko.
“Sebanyak 99 kerusi, dua pengadun bunyi dan tiga pemain cakera liut disita selepas lesen operasi dibatalkan,” katanya.

Suhaimi berkata, dalam operasi sama, sebanyak 37 set komputer di pusat siber yang mempunyai unsur perjudian turut disita ketika serbuan di dua premis di Jalan Datuk Lim Hoe Leck dan Tanjung Lumpur.

“Tindakan sita dikenakan apabila mendapati terdapat unsur perjudian di dalam komputer ketika operasi dijalankan.

“Selain itu, sebuah pusat snuker turut dibatalkan lesen dan sita kerana beroperasi tanpa lesen di Tanjung Lumpur,” katanya.

Katanya, orang ramai dialu-alukan menyalurkan maklumat kepada MPK dan pihak berkuasa untuk menangani kegiatan tidak bermoral itu selain kerjasama daripada agensi yang bertanggungjawab.

“Kita tidak akan membiarkan kegiatan yang menyalahi peraturan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berleluasa di bandar ini,” katanya.

Operasi membabitkan 40 anggota termasuk anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang itu bermula jam 10 malam dan berakhir jam 3 pagi.