Saturday, January 26, 2013

MENGHINA ISLAM SAMA MENGHINA ALLAH SWT

200 keluarga diarah pindah

Shah Alam: Hujan lebat sejak petang menyebabkan lebih 200 keluarga terutama sekitar Taman Indah, Kampung Baru Hicom dan Kampung Kebun Bunga, di sini diarahkan berpindah, malam tadi.
Keadaan dilaporkan bertambah buruk apabila tebing sungai di Kampung Baru Hicom dilaporkan pecah menyebabkan air melimpah ke kawasan penempatan dan kerja memindahkan penduduk masih dilakukan.

Setakat ini, penduduk yang paling teruk terjejas adalah mereka yang tinggal berhampiran Sungai Klang apabila rumah mereka dinaiki air sedalam hampir satu meter.
Bendahari BN Kota Raja, Datuk Rosli Mohd Amin berkata, usaha menyelamat kini membabitkan pasukan polis, bomba, Ikatan Relawan Rakyat (RELA), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan seluruh jentera UMNO serta BN Kota Raja.

“Semua pihak kini membantu mengikut kemampuan masing-masing dan saya dimaklumkan berlaku limpahan pada tebing sungai di satu daripada tiga kampung berkenaan,” katanya.

Sementara itu, pekerja HICOM Wan Masri Wan Ismail, 39, berkata, ribut yang diikuti hujan lebat hampir tiga jam sejak jam 7 malam menyebabkan air naik dengan cepat di kawasan rumahnya dekat Kota Kemuning.
Katanya, sehingga jam 10 malam tadi, paras air kelihatan semakin naik meskipun hujan mulai reda.

“Penduduk terkejut dengan situasi ini kerana jarang berlaku banjir sebegini rupa. Memang sebelum ini, taman kami pernah dinaiki air tetapi hanya separas tidak sampai 0.5 meter.
“Lebih kasihan, penduduk yang mempunyai anak kecil yang tinggal berhampiran sungai. Mereka terpaksa mencari kawasan tinggi memandangkan air mencecah paras pinggang,” katanya.

Beliau berkata, penduduk di perumahan itu termasuk di pangsapuri mengalami nasib sama.



سم الله الرحمن الرحيم
UMAR BIN KHATTAB R.A BERKATA:

1-Allah SWT menyembunyikan keredhaan dalam ketaatan Allah SWT tidak menzahirkan penerimaan atas amalan-amalan ketaatan yang kita persembahkan kepadaNya suapaya kita tidak kecewa diatas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut, walaupun terdapat sedikit kecacatan yang kita tidak ketahui.

2- Allah SWT menyembunyikan Kemurkaan diatas kemaksiatan kita. Allah SWT tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah SWT masih bersifat rahmat didunia. sedangkan sebenarnya Allah SWT Murka kepada kita.sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.

3- Allah SWT menyembunyikan kedatangan malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu agar hambaNya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja dan berpesta maksiat pada malam-malam yang lain. Oleh itu Allah SWT menghendaki hambaNya melakukan ketaatan sepanjang ramadhan dan sepanjang hayatnya.

4- Allah SWT menyembunyikan wali-wali Allah atau hambanya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut. Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.

5- Allah SWT menyembunyikan tarikh kematian hambaNya dengan hikmah agar hambaNya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja.

Jika Allah SWT zahirkan tarikh dan tempat kematiannya pasti hamba-hambanya tidak dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna, lihatlah banduan yang berada dibilik akhir sebelum dihukum gantung, mereka telah hilang akal dan melakukan perkara-perkara diluar akal kita kerana akal mereka sudah tidak berfungsi lagi.

6- Allah SWT menyembunyi solat kita yang terbaik disisiNya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadaNya sepanjang hayat.Jika Allah SWT zahirkan penerimaan solat kita pasti kita akan bermegah-megah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk melakukan maksiat.

Begitulah luasnya rahsia disisi Allah Yang Maha Esa.


6 perkara yang Allah rahsiakan???
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain
menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat
atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud.
"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia
merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah
bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al- Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
*
Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).

*
Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di
dalam semua hari.

renung2kan...dan selamat beramal...=)

Bimbang pelajar terjebak

Ipoh: Kewujudan beberapa kedai gunting rambut yang menawarkan perkhidmatan ‘manja-manja’ kepada lelaki tempatan termasuk pelajar sekolah di bandar raya ini dibimbangi akan menggalakkan aktiviti seks.
Aktiviti yang tidak jauh bezanya dengan kerjaya pelacuran itu dikhuatiri akan menyebabkan golongan pelajar sekolah terjerumus ke dalam ketagihan seks hingga menjejaskan tumpuan pada pelajaran.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan berharap ia mampu dihalang daripada merosakkan minda belia serta remaja.
“Saya berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi yang terbabit dapat memantau aktiviti tidak bermoral ini lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan pelajar.

“Ibu bapa, keluarga dan guru di setiap sekolah perlu mengambil berat berhubung isu ini yang boleh memberikan kesan negatif kepada pelajar,” katanya.

Beliau berkata, semua pihak perlu memberi perhatian kepada perkara ini bukan hanya kerana ia membabitkan pelajar sekolah, malah lelaki yang sudah berumah tangga.

‘Peluk, sayang-sayang, semua ada’

Ipoh: “Mau manja, mau peluk, mau sayang-sayang, semua ada di sini!” pujuk wanita warga emas dikenali sebagai Rina, 58, yang juga tukang gunting rambut di premis di Jalan Theatre, di sini.
Wartawan Harian Metro yang melakukan penyamaran mendapati sekurang-kurangnya lima salun di kawasan itu menawarkan perkhidmatan sampingan iaitu belaian dan urutan manja dengan harga sama iaitu RM20 bagi sesi sejam atau RM10 bagi sesi selama setengah jam.

Kebanyakan kedai gunting terbabit cuba mengaburi aktiviti sebenar apabila menggunakan cermin gelap pada pintu hadapan premis selain meletakkan bangku menggunting rambut usang. Sebaik memasuki kedai terbabit, wartawan segera disapa penuh mesra oleh pekerja terbabit yang bertanya sama ada wartawan mahu menggunting rambut atau terus ke ruang sofa disediakan untuk dilayan manja persis ‘raja’.
Kelihatan beberapa pekerja dalam kedai itu mengalu-alukan kedatangan wartawan memandangkan saingan daripada beberapa kedai lain yang turut menawarkan perkhidmatan geli-geli itu.

Seorang pekerja yang berusia lewat 40-an melayan penuh mesra sambil memegang tangan dan bertanya sama ada mahu dibelai atau menggunting rambut.

Ketika wartawan melangkah masuk ke kedai terbabit, beberapa pekerja asyik melayan pelanggan.
Ketika itu, kelihatan beberapa pelanggan tanpa segan silu memeluk dan bergurau senda dengan pekerja di kedai itu.

Sambil minum, pelanggan turut merangkul tubuh pekerja wanita yang berada dalam premis perniagaan itu.
Berikut adalah perbualan wartawan dengan seorang pekerja wanita tempatan dikenali sebagai Lina yang sudah bekerja lebih tiga tahun di premis terbabit. LINA: Hai, you (awak) mau gunting rambut, cuci rambut dan cuci telinga ke? Atau mau manja-manja? WARTAWAN: Saya mahu gunting dan cuci rambut saja.

LINA: Boleh duduk. You tak mahu manja sama urutkah? Murah saja, RM20 satu jam? WARTAWAN: (mengambil tempat duduk yang disediakan) Saya mahu gunting rambut dulu. Manja banyak sedapkah? LINA: Mestilah sedap, sekejap saja. Boleh pilih setengah jam atau satu jam? Manja dekat sofa belakang kasi you relaks dan rehat.

WARTAWAN: Ok la kalau macam tu.

LINA: Nasib baik you datang awal boleh relaks sikit. Biasa tengah hari macam ini orang ramai datang.

WARTAWAN: Ohhh ya ke? Orang datang buat apa? LINA: Macam-macam la, ada mau manja.. ada suka peluk dan ada yang gunting rambut dan ada yang lepak minum-minum saja.

Henti tabiat jika sayang keluarga

Kuala Lumpur: Suami yang ingin mengubah tabiat keji seperti berjudi boleh melafazkan taklik terhadap isteri berjanji untuk tidak mengulanginya jika pasangan terbabit masih mahu bertolak ansur bagi menyelamatkan rumah tangga.
Perunding Keluarga Islam Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berkata, berbeza dengan taklik yang dilafazkan selepas akad nikah, taklik itu boleh dilafazkan meskipun pasangan sudah lama berkahwin.

“Sebagai contoh, isteri membenci perangai suami yang suka berjudi. Jika dia tidak mahu berpisah dan masih berhasrat untuk hidup bersama, suami boleh melafazkan taklik tidak akan berjudi atau jatuh talak.
“Talak satu akan jatuh sekiranya suami tadi kembali berjudi dan ada bukti seperti kertas nombor ekor pada bila-bila masa sepanjang tempoh perkahwinan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas berhubung laporan Harian Metro, semalam berhubung tindakan seorang isteri yang terpaksa menyembunyikan wang RM42,000 hasil jualan nasi lemak kerana takut diambil suami yang kaki judi.

Antara lain, wanita itu, Mashitah, 42, terpaksa berbuat demikian dengan cara menyorokkan wang dalam tin yang menanamnya dalam lubang dalam rumahnya.
Malah, wanita itu pernah cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam lombong dan mengambil dadah akibat tertekan dengan perangai keji suaminya yang gemar berjudi.

Mohd Zaidi berkata, taklik itu adalah salah satu jalan penyelesaian sekiranya suami isteri sepakat untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga tanpa terburu-buru untuk berpisah.
Beliau berkata, ia juga dilihat sebagai satu perlindungan terhadap wanita bagi mengelak pasangannya hanya menabur janji manis untuk berubah.

Bagaimanapun katanya, talak itu sekiranya jatuh dikira sebagai perceraian di luar mahkamah.

“Lebih bagus jika taklik terbabit direkodkan menggunakan kertas, ditandatangani oleh suami dan ada dua saksi yang menyaksikan lelaki melafazkan taklik kepada wanita,” katanya.

Pada masa sama katanya, wanita terbabit boleh membuat aduan ke pejabat agama dan menggunakan saluran kaunseling terlebih dulu sebelum membuat sebarang tindakan lanjut.

Ditanya berhubung cadangan isteri meletakkan syarat tambahan dalam lafaz taklik selepas akad nikah, Mohd Zaidi berkata, langkah itu boleh menimbulkan curiga dan ketidakselesaan kepada suami.

Sementara itu, Kaunselor Berdaftar Hushim Salleh berkata, isteri yang mengalami tekanan akibat masalah rumah tangga perlu meluahkan perasaan dengan saluran yang betul.

Beliau berkata, sekiranya wanita terbabit tidak berbuat demikian, ia mungkin mengakibatkan seseorang mengalami gangguan emosi.

Penculik sumbat peluru dalam mulut

Dibelasah dan sebutir peluru dimasukkan ke dalam mulut, itu penderitaan dialami seorang ahli perniagaan yang menjadi mangsa culik empat lelaki yang turut melarikan kereta BMW dan mengambil wang miliknya menyebabkan kerugian RM413,600.
Lebih malang mangsa dikenali sebagai An, 37, turut dikurung dua hari di sebuah hotel di Petaling, dekat sini, selepas diculik Sabtu lalu di sebuah medan selera di Jalan Kuchai Lama.

Bagaimanapun mangsa dapat melarikan diri Isnin lalu dan terus menghubungi rakannya meminta pertolongan sebelum dia sekeluarga yang trauma berpindah dari ibu kota dan membuat laporan kejadian di Balai Polis Tapah, Perak, sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk tindakan lanjut.
An berkata, pada hari kejadian, dia yang memandu kereta BMW singgah di medan selera di Jalan Kuchai Lama namun ketika keluar dari kenderaan, tiba-tiba sebuah kereta Proton Perdana dinaiki empat lelaki berhenti di hadapannya.

Menurutnya, mereka terus menariknya masuk ke dalam kereta sementara seorang daripada mereka merampas kunci kereta dan terus ke keretanya.

“Malah ketika berada dalam kereta, lelaki terbabit turut mengacukan pistol sebelum seorang daripada mereka memasukkan sebutir peluru ke dalam mulut saya sambil mengugut mahu membunuh saya.
“Saya ketika itu hanya menggigil ketakutan dan tidak tahu hendak berbuat apa-apa malah mereka juga memaksa saya mengeluarkan beberapa pengeluaran wang di mesin juruwang automatik (ATM) di sekitar ibu kota,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Menurutnya, dia kemudian dibawa ke sebuah hotel di Petaling dan diugut akan dibelasah jika melawan atau cuba melarikan diri.
“Ketika dikurung, saya diarahkan mengeluarkan lima kali pengeluaran wang yang keseluruhannya berjumlah RM13,600.

“Bimbang dengan keselamatan, saya nekad melarikan diri ketika semua lelaki terbabit tiada di hotel sebelum terus menghubungi rakan bagi meminta bantuan,” katanya.

Beliau kini trauma dengan kejadian itu dan mengambil keputusan berpindah dari ibu kota namun tidak memberitahu di mana dia tinggal bagi mengelakkan dirinya sekali lagi menjadi mangsa.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan sedang menyiasat motif sebenar serta siasatan lanjut sedang dijalankan.

Penumpang kereta miliki pistol, peluru ditahan

Teluk Intan: Kecurigaan orang ramai mengenai kemunculan sebuah kereta yang berlegar-legar di sebuah pusat pengumpulan kelapa sawit, di sini, tengah hari kelmarin, terjawab apabila pemeriksaan polis mendapati seorang daripada penumpang kenderaan itu memiliki sepucuk pistol dan beberapa butir peluru.
Pemeriksaan polis terhadap pemandu kereta berusia 40 tahun di ladang kelapa sawit di Sungai Tiang, Selekoh itu, menemui sepucuk pistol bersarung kulit hitam jenis Colt MK 1V Series 80 Government Model 380 Auto bernombor siri RS52422 serta kelopak senjata, terselit di pinggang kanannya, kira-kira 1 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, pihaknya menemui tiga butir peluru di tempat duduk belakang berhampiran seorang penumpang kenderaan berusia 45 tahun.
Beliau berkata, siasatan mendapati, pemandu kereta tidak mempunyai pekerjaan tetap selain memiliki satu rekod jenayah, manakala suspek kedua yang bekerja di pusat karaoke di Teluk Intan, pula positif dadah.

“Polis merampas RM4,500 dari poket pemandu itu, manakala RM4,720 ditemui dalam dompet suspek kedua, selain cek Maybank RM10,000,” katanya, semalam.pix_topright

Kereta, bayi dikebas pencuri

Seorang bapa hanya mampu menjerit apabila pencuri melarikan keretanya bersama bayi baru berusia tujuh minggu, semalam.
Tom Moulsdale, 24, baru saja keluar dari kereta berkenaan untuk menghantar barang di rumah rakannya apabila seorang pencuri datang dan melarikan kenderaan berkenaan.

Sebaik saja pencuri terbabit memecut kereta Subaru Impreza itu, Moulsdale berlari dan menjerit sekuat hati kerana anaknya ada di dalam kenderaan itu. Kata Moulsdale, dia sempat membuka pintu penumpang kereta itu dan cuba menyelamatkan anaknya, Leo, tetapi penjenayah terbabit tidak mengendahkannya.
“Dia memecut kereta itu dan saya terseret seketika,” katanya. Sebaik saja menerima aduan mengenai kecurian itu, polis melancarkan gerakan mengesan Leo serta kereta Moulsdale.

Kira-kira 15 minit kemudian, polis menemui kereta Moulsdale ditinggalkan di luar sebuah pub lima kilometer dari tempat kejadian.

Jurucakap polis berkata, mereka dihubungi seseorang yang memaklumkan mengenai kereta dan seorang bayi ditinggalkan berhampiran sebuah pub. “Leo diserahkan kepada Moulsdale dan pasangannya, Louise Waine, tidak lama kemudian,” katanya. Sementara itu, Moulsdale berkata, kejadian itu pengalaman paling menakutkan pernah berlaku dalam hidupnya.
Louise, 24, berkata, dia tidak boleh bernafas dengan baik sebaik saja tunangnya, Moulsdale, memberitahu mengenai insiden itu. “Saya cuma mahukan Leo semula dan membayangkan bagaimana jika kami tidak lagi dapat melihatnya,” katanya. Sejurus selepas diberitahu polis bahawa kereta dan Leo ditemui, Louise berkata, dia amat lega. “Saya juga bersyukur kerana sepanjang kejadian itu, Leo tidur dan tidak dicederakan,” katanya.

Kereta, suami isteri terjunam ke sungai

London: Seorang lelaki terbunuh, semalam ketika isterinya bertungkus-lumus menyelamatkan keadaan apabila kereta kedua-dua mereka terbabas dan terjunam dalam sungai berais, lapor media semalam.
David dan Ruth Cox memandu kereta masing-masing untuk menghantar anak mereka ke dua sekolah berbeza apabila keadaan jalan yang licin menyebabkan kenderaan itu gagal dikawal.

Saksi berkata, kedua-dua kereta itu terjunam hanya berselang beberapa minit. Ruth, 39, dan dua anaknya, Ioan, 9, serta Tess, 11, berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke tebing, tetapi Cox tidak dapat berbuat apa-apa kerana pengsan di tempat memandu. Menurut saksi, Ioan berlari kira-kira satu setengah kilometer untuk mendapatkan bantuan.
“Orang ramai dan Ruth cuba menarik Cox keluar tetapi mereka hanya dapat membawanya ke tebing 40 minit kemudian,” katanya. Saksi berkata, Cox, 42, diberikan bantuan pernafasan tetapi ia gagal menyelamatkan nyawa lelaki terbabit.

“Saya tak dapat bayangkan apa perasaan Ruth ketika ini, tetapi dia melakukan apa yang termampu untuk menyelamatkan suaminya,” katanya. Sementara itu, beberapa pihak berkata, masalah talian telefon bimbit di kawasan itu menyebabkan pasukan penyelamat hanya tiba 30 minit selepas insiden berlaku.

Saksi berkata, mereka dapat melihat kedua-dua kereta keluarga itu - Toyota Aygo dan Toyota Rav4 - terbalik sepenuhnya dalam sungai berkenaan hampir satu kilometer dari rumah mereka di Blackwell Mill, Buxton. - DM

Hakim persenda mangsa rogol mungkin dipecat

Jakarta: Seorang calon hakim Mahkamah Agung Indonesia yang menyarankan kepada panel soal jawab bahawa mangsa rogol seronok dengan perbuatan itu tidak dipilih untuk jawatan dipohon dan mungkin kehilangan pekerjaannya sebagai hakim.
Anggota Suruhanjaya Kehakiman, badan perundangan tertinggi di negara itu semalam berkata, dia mengesyorkan hakim Muhammad Daming Sunusi dipecat. Timbalan Pengerusi suruhanjaya itu, Imam Anshori Saleh berkata Daming perlu disingkirkan kerana kenyataan rogol dikeluarkannya melanggar kod etika kehakiman. Daming memberitahu panel pemilihan Parlimen pada 14 Januari lalu, “memandangkan penyerang dan mangsa rogol ‘mungkin menikmati perbuatan itu, kita perlu berfikir masak-masak untuk mengenakan hukuman mati” atas kesalahan merogol. Dia meminta maaf selepas kenyataannya itu mencetuskan kemarahan ramai dan berkata, ia hanya satu jenaka. Seramai lapan hakim baru diluluskan Dewan Suruhanjaya III Rabu lalu. Daming tidak memperoleh sebarang undian.

Mahkamah Agung mempunyai 14 hari untuk memutuskan nasib Daming. Dia kini menjawat jawatan Ketua Mahkamah Tinggi Sumatera Selatan.
Anggota Dewan Suruhanjaya III dilaporkan mentertawakan Daming ketika dia membuat kenyataan itu, tetapi komennya mencetuskan kemarahan rakyat di Indonesia, negara Islam dengan penduduk seramai 240 juta. - Jakarta Post

Bakar janin dekat parkir

Satu janin manusia terbakar ditemui dekat parkir kosong di daerah Samut Prakan, semalam.
Polis berkata, janin berlumuran darah itu mempunyai tali pusat yang masih terlekat.

Menurut pakar forensik, janin lelaki berusia lima hingga enam bulan itu belum rentung sepenuhnya.
Polis mengesyaki ibu janin itu menggugurkan kandungan sebelum membakarnya. Janin itu dibawa ke Institut Forensik dan Perubatan untuk siasatan lanjut.

Penduduk, Thongsuk Vejabhumi yang tinggal di kondominium berhampiran dengan tempat janin ditemui berkata, dia melihat dua lelaki dan seorang wanita tiba dengan motosikal sebelum membakar sesuatu. Mereka berdiri dan melihat api membakar bahan dibakar seketika sebelum beredar. Bimbang api menyambar bangunan berdekatan, Thongsuk dan jirannya pergi untuk memadamkan api itu sebelum mendapati bahan dibakar ialah janin bayi. Mereka kemudian menghubungi pihak berkuasa.

NGO lapor ke Jawi bantah filem tamil hina Islam

Posted on the January 25th, 2013 under Tempatan by admin

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebajikan An-Nasr hari ini membuat laporan di Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubungan dengan sebuah filem Tamil, Vishwaroopam lakonan Kamal Hassan kerana didakwa menghina komuniti Islam.
Pengerusinya, Salim Hassan ketika dihubungi HD mendakwa filem tersebut sudah pun dihalang penayangannya di beberapa negera seperti Singapura, Sri Lanka dan UEA namun ia terus ditayang di negara ini.
“Kita telah membuat satu laporan di JAWI pagi ini mengenai sebuah filem Tamil yang didakwa telah menghina komuniti Islam, perkara ini akan disiasat oleh pihak JAWI sebelum mereka mengambil tindakan.

“Walaupun beberapa negara telah pun menghalang penayangan filem tersebut, namun Malaysia masih lagi meneruskan tayangan di seluruh negara,” jelasnya.
Beliau mendakwa, filem tersebut telah mengambarkan bahawa umat Islam sebagai penganas kerana ajaran yang ditunjukkan dalam Al-Quran.
Mahkamah Tinggi Madras masih menggantung filem ini sehingga 28 Januari ini dan akan menonton sendiri filem itu pada 26 Januari sebelum membuat keputusan.
“Adalah amat memalukan apabila Malaysia dijadikan sandaran penerbit India apabila kes tersebut dibawa ke mahkamahdengan mempersoal kenapa Malaysia sebuah negara Islam pun membenarkan penayangan filem tersebut tetapi tidak di Sri Lanka (India),” katanya.
Sementara itu, bererapa NGO akan berkumpul di Dataran Merdeka pada jam 2.30 petang ini sebelum berarak ke Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bagi penyerahan memorandum.
Harakahdaily.net

Ibu kesal gambar ‘mesra’ Liyana Jasmay, tunang tersebar

Posted on the January 25th, 2013 under Artis by admin

KURANG dua minggu saja lagi, pelakon berbakat besar, Liyana Jasmay, 24, menanti detik bahagia bergelar isteri.
Memilih ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan, 28, sebagai pasangan hidup, pelantun lagu Cinta Bersatu, ini bakal disatukan pada 2 Februari depan.
Namun, dalam keterujaan itu, pasangan ini dihimpit kontroversi menjelang hari pernikahan tidak lama lagi.
Menerusi gambar pra perkahwinan yang dirakam di Hyatt Regency Kuantan Resort, Isnin lalu, ia mengundang kontroversi apabila ramai pihak mula mengkritik tindakan pelakon dan penyanyi ini.
Gambar yang menampilkan babak romantik itu turut merakamkan aksi mesra mereka dan sekali gus mengundang rasa tidak puas hati ramai pihak kerana ianya dilihat bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat kita.
Zass cuba mendapatkan penjelasan daripada tuan badan, akhirnya, ibu Liyana, Datin Habsah Simpon, mengeluarkan rasa terkilan berikutan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu.
“Saya dan keluarga kesal dengan apa yang berlaku. Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku ketika ini memandangkan majlis bakal berlangsung tidak lama lagi,
“Gambar itu sepatutnya tidak boleh dipaparkan kepada umum kerana perkara ini telah dijanjikan sejak awal lagi. Ia hanyalah untuk simpanan peribadi sahaja.
“Kami kesal dengan tindakan jurugambar berkenaan. Namun, tidak perlu diperkatakan lagi kerana ianya telah berlaku dan kami akui kesilapan itu,” katanya dengan nada kesal.
Persiapan kahwin
Tidak mahu memanjangkan kontroversi itu, Habsah mengakui dia dan keluarga lebih tertumpu kepada persiapan perkahwinan.
“Saya malas nak fikir banyak mengenai perkara itu. Begitu juga dengan Liyana, lebih baik kami endahkan sahaja dan fokus kepada majlis yang bakal berlangsung.
“Alhamdulillah, segala persiapan termasuk undangan telah siap dibuat dan kini hanya tinggal yang picisan sahaja.
“Memandangkan majlis itu dibuat pada hari yang sama, saya hanya berharap agar perjalanan majlis itu berjalan dengan lancar mengikut apa yang telah dijadualkan,’ katanya yang turut mengakui bakal menantunya tidak akan menghalang karier seni Liyana.
Bibit perkenalan
Mungkin ramai tidak tahu, kisah cinta antara pelakon filem, Papadom dan tunangnya itu, mula berputik dengan satu pesanan ringkas (SMS) sahaja dan mereka berjiran.
Dari saat itu, mereka terus berhubung melalui telefon dan pertemuan pertama mereka bertempat di restoran dengan ditemani rakan.
Fathuddin pernah menghadiahi Liyana satu bakul bunga mawar merah dengan seleksi coklat kegemarannya.
Mereka juga pernah bersekolah di sekolah yang sama dan Fathuddin adalah seniornya.
Pada 29 Mac lalu, mereka membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan dan menetapkan 24 Januari sebagai tarikh pernikahan.
Namun, atas sebab-sebab tertentu, majlis itu ditunda pada 2 Februari ini setelah Liyana pulang ke tanah air setelah menamatkan kursus enam bulan dalam bidang lakonan dan pengarahan di New York Film Academy, Amerika Syarikat.
Majlis akad nikah dan persandingan mereka akan diadakan pada hari sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Sinar
Saiful Nang Tempelak Ibu Liyana Jasmay
Susulan luahan ibu kepada pelakon Liyana Jasmay, Datin Habsah Simpon yang tidak berpuas hati apabila gambar-gambar pra perkahwinan anaknya disiarkan dalam beberapa blog hiburan sehingga mendapat kritikan peminat, jurugambar terkenal yang bertanggungjawab dalam sesi fotografi itu, Saiful Nang membalas kenyataan tersebut di akaun Facebook miliknya.
Berikut MH Online paparkan kenyataan penuh Saiful Nang;
Betul ke makcikkk?? Atau kerana saya tak beri hak ekslusif tu kepada wartawan BH kegemaran Makcik Si Jaydee tu? Kalau makcik malu kerana gambar itu untuk tontonan peribadi, mengapa pula Makcik sekeluarga minta saya berikan foto itu kepada BH untuk siaran ekslusif hari Ahad 20 Januari 2013? (belum kahwin lagipun tarikh tu) Takkan tersebar di internet tak boleh, tapi masuk paper pegang-pegang tak kisah pula? Adakah kerana makcik rasa bingit baca komen yang semuanya panas mendidih menghentam anak sendiri? Bilakah masa kita persetujui tentang apa yang makcik katakan itu? Saya tak pernah diberitahu dan tidak pernah bersetuju tentang hak ekslusif BPop
Tentang gambar pra-perkahwinan yang tersebar dan disebarkan. Saya bukanlah selebriti, kata-kata saya bukanlah suratkhabar lalu nak ambil untuk kilas perkara ini. Maka saya gunakanlah facebook untuk memberi penerangan ini.
BIAR SAYA CERITA DARI MULA…
Saya ingin mudahkan ceritanya. Kurang 3 hari dari 14 Januari (tarikh pra-perkahwinan) itu, Izuan Mokhtar yang menguruskan wedding LJ menguhubungi saya dan bertanya jika berminat untuk penajaan fotografi. Setelah melihat jadual saya nyatakan saya akan ke Mekah pada tarikh itu. Walaubagaimanapun beliau menyatakan tentang sessi pra perkahwinan dan saya jawap yang itu boleh dijalankan kerana masih sempat untuk dilakukan. Semuanya melalui telefon dan Izuan sendiri berkata akan meminta Liyana sendiri menghubungi saya tetapi hingga ke hari pengambaran masih tiada panggilan (Izuan tidak beri nombor Liyana kepada saya).
Kami satu pasukan CandidSyndrome pergi ke sana dengan call time pada jam 9 pagi. Kami tiba tepat pada masanya di Hyatt Kuantan. Tetapi Liyana hanya tiba jam 1 petang dengan alasan yang dinyatakan oleh Izuan Mokhtar kerana “overslept”. Beliau sampai tanpa kesal dan tanpa maaf terus sahaja berlalu. Pengambaran dilakukan bermula jam 5 petang.
Mungkin umum kenal gaya CandidSyndrome yang tidak mengambil foto pra-perkahwinan yang intim. Disebabkan terlalu penat menunggu dan semua pra-visual yang kami sediakan tidak boleh digunakan disebabkan kesuntukan masa yang hanya membenarkan pengambaran dilakukan hanya disekitar kawasan hotel sahaja, maka kami hanya mengambar mengikut flow dengan kurang intervensi dalam pengaturan gaya. Apa mereka pose kami shoot. Kerja kami hanya mendapatkan detik yang terbaik. Itu juga adalah permintaan LJ sendiri kerana Fathuddin digambarkan orang yang sangat pemalu untuk posing. Ia melanggar prinsip saya sebab itu saya sendiri tidak publish foto-foto intim mereka itu di facebook saya (pernah cuba sekali, terus kena hentam. Saya pun remove terus untuk jaga airmuka LJ dan keluarga juga tidak mau cacatkan prinsip saya sendiri)
Sehingga habis pengambaran, TIADA TERMS & CONDITION kami yang mereka setujui dan tiada T&C mereka yang telah diberitahu kepada kami. Malah semua email perhubungan saya dengan pihak mereka melalui Izuan Mokhtar juga terus dengan LJ juga tidak pernah dibalas. Kami di CandidSyndrome International memang mengamalkan sistem semuanya perlu dituliskan agar tidak menjadi kekeliruan pada masa mendatang. Tetapi mereka tidak respon dan masa juga semakin singkat. Mudah kata, semua tu berlaku macam kawan-kawan pergi shoot sama-sama. Tak ada apa-apa yang mereka mahu jadikannya saksi bertulis walaupun sekadar email.
Hak foto adalah milik fotografer (selagi tidak dipindah hak dengan pembayaran atau klausa tertentu yang dipersetuji secara bertulis dan berbukti) dan hak penerbitan masih pada muka mereka. Bermakna, kami berkongsi hak kerana kami menaja. Maka kami tidak setuju dengan hak ekslusif yang diberi kepada BH TANPA ADA PENGATURAN ROI (Return of Investment). Kami minta kepada BH menerusi wartawannya Jaydee (Zaidi) untuk memberikan kami beberapa artikel kepada syarikat kami, tetapi beliau tidak mengendahkan langsung email itu sehingga hari dateline. Pada hari dateline beliau cuba kacau saya untuk dapatkan foto-foto itu dari saya dan apabila tak dapat, habis semua mak, ayah, liyana, kakak liyana, izuan semuanya dihubungi.
Saya berdiri tetap dengan pendirian saya, dah lah saya hanya boleh ambil untuk pra-perkahwinan sahaja dan semasa perkahwinan mereka saya sudah ada urusan satu lagi perkahwinan yang akan berlangsung di Mekah. Jika mereka pada mulanya suka akan foto-foto yang kami ambil, kemudiannya mereka mahukan hak foto itu sehingga kami tinggal tiada apa-apa yang boleh diharap untuk membalas semula penajaan itu.
Begini mudahnya, bila semua foto nak diberi kepada BH secara EKSLUSIF dan tiada yang lain boleh dapat DAN BH tidak mahu memberikan kami publisiti, di manakah mahu kami perolehi pulangan penajaan?
Pada 17 Januari lalu saya menghubungi seorang Penolong Editor di sebuah akhbar lain yang kemudiannya terus mengatakan “Yes, kami akan berikan publisiti kepada anda, lebih dari yang anda minta” jika kami bekerjasama dengan mereka untuk foto-foto itu. Ikutkan ranking akhbar, saya lebih suka pilihan ini.
Sepanjang perkahwinan selebriti yang kami buat sebelum ini dari Ning Baizura, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, Awal & Scha dan lain-lain semuanya berurusan secara yang mudah. Kami ambil foto, dan wartawan yang mahu akan hubungi kami dan kami respon dalam masa kurang 4 jam mereka dah dapat foto yang diminta. Dalam masa yang sama kami juga dapat publisiti yang diminta. Tahu tahulah, fotografer dan video ni biasa mana sebut sangat dalam kredit pun. Kalau Wedding planner dapat 3 perenggan, designer dapat 2 perenggan, juruseolek pun dapat 1 perenggan, kami-kami ni biasa dapat kredit kecil yang satu ayat seperti “fotografi dijalankan oleh candidsydrom” (siap salah eja lagi selalunya).
Pada malam yang sama, 17 Januari, Izuan menelefon saya dan menyampaikan satu pesanan yang saya anggap angkuh yang kurang lebih berbunyi
“Kalau susah sangat berurusan dengan Saiful Nang dan CandidSyndrome ni, tanya dia berapa fees dia haritu, kita bayar sahaja…senang cerita”
Lalu saya jawap kepada Izuan, “Jangan ingat duit boleh beli hormat. Jangan cakap tentang duit dengan saya kerana saya tahu mereka bukan dalam golongan pelanggan saya”.
Izuan tetap mahukannya lalu saya mengarahkan pejabat saya, Azman Salikin untuk membuat sebutharga seperti biasa. Pada keesokannya 18 Januari Izuan menelefon saya dan menyatakan
“Liyana kata sampai sini sahaja, dan kami tak berhajat untuk teruskan dengan CandidSyndrome dengan HARGA YANG RIDICULOUS”.
Saya senyum dan saya katakan kepada Izuan, bukankah saya dah beritahu Liyana bukan dalam kalangan pelanggan saya (Saiful Nang) kerana khidmat Saiful Nang tak sama dengan team CandidSyndrome. Jika seharian pengambaran dengan saya dengan caj RM12,000 dikatakan ridiculous, saya hanya ulang kata kepada Izuan “Saya dah kata, jangan main soal duit dengan saya, saya tahu siapa pelanggan saya dan saya pilih pelanggan juga. Saya pernah tolak tawaran kerja puluhan ribu ringgit dari jutawan ternama yang tidak pandai hormat kami sebagai manusia, maka jangan sekali-kali main harga diri kami dengan harga dalam ringgit”.
Hari berikutnya, Izuan menghubungi saya semula, katanya kalau saya nak publish semua itu hak saya tapi semuanya sampai di sini sahaja. Kerana foto itu juga akan digunakan oleh BH. Akhirnya BH dapat juga jadi yang PERTAMA publish foto itu. Menanglah sudah perjuangan Jaydee yang berjaya memporakperandakan hubungan yang awalnya baik, kerja kami juga mereka sukai. HANYA KERANA KAMI TIDAK MAHU MEMBERIKAN HAK EKSLUSIF KEPADA BH SAHAJA (kerana kami tidak diberitahu sebelum pengambaran tentang itu dan juga BH tidak mahu memberikan pulangan publisiti kepada kami) HABIS SEMUA yang awalnya elok dan hujungnya bengkok.
Kecoh dengan perkara itu, saya tanyakan kepada Izuan MENGAPAKAH LIYANA DAN KELUARGANYA TIDAK PERNAH MAHU MENELEFON SAYA?
Diberi kepada saya gambaran dari Izuan, mereka ini telahpun mempercayai semua yang Wartawan Hiburan BH, Si Jaydee itu katakan. Maka semua hasil buat kami masuk longkang tanpa saya mampu menyatakan cerita ini LANGSUNG kepada Liyana. Hingga hari ini pun saya tidak mahu bercerita kepada umum tentang ini, tetapi apabila Makcik dah mula bagi statement, saya pun bagilah juga statement ni.
Manalah tidak sentap, mereka lari dari berhubung dengan saya. Minta no telefon dari Izuan pun tak dapat. Macammana masalah kecil macam ni boleh diselesaikan dengan cara pengantara. Jadinya macam sekarang ni lah, masalah tak selesai tapi dah mula kecoh belakang-belakang.
Takkan kerana hangit orang hentam anak pegang-pegang dalam pra-perkahwinan jadi isu besar pasal masuk dalam blog tapi dalam newspaper boleh pun.
Kepada newspaper, blogger hiburan silalah ambil cerita ini kalau sudi ye. Saya ni bukan Artis glemer, kalau saya bersuarapun bukannya orang nak pandang. Tapi kalau anda pandang, saya suka dengan anda kerana terbukti anda memberikan LAPORAN TELUS ;)
Kepada Izuan, anda seorang yang sangat professional. Saya selesa bekerja bersama Izuan. Cuma saya yakin Izuan juga ada masalah kerana beliau menerima arahan dari RAMAAAAIIIII BOSS di belakangnya.
Saya minta keluarga Liyana tidak teruskan melatah dan sila jangan jawap lagi isu ini. Saya pelawa untuk telefon saya kerana saya tak boleh telefon anda. Selesaikan cara baik, pasti ada jalan.
SAIFUL NANG
Pengasas
CandidSyndrome International
CandidSyndrome.Com

Mayat ditemui di jeti sah William Yau

Posted on the January 25th, 2013 under Tempatan by admin


William Yau Zhen Zhong
SUBANG JAYA – Polis sahkan mayat kanak-kanak ditemui di jeti Kampung Sungai Sireh Pelabuhan Klang malam tadi adalah William Yau, 6, yang dilaporkan hilang di Putra Heights minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, ia berdasarkan pengecaman dibuat kedua ibu bapa mangsa, Goh Ying Ying dan Yau Kok Kang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pagi tadi.
Bagaimanapun, menurutnya pihak polis masih menunggu ujian DNA, yang dijangka diperoleh dalam tiga hari lagi untuk pengesahan lanjut.

Yahaya berkata, ibu bapa William sahkan seluar pendek, seluar dalam, parut di dahi serta di bahagian belakang kepala mayat mirip anak mereka.
Jelas Yahaya, pegawai perubatan tidak dapat menentukan sebab-sebab kematian kerana mayat reput dan percaya ia sudah meninggal sejak seminggu lalu.
Katanya, sampel tulang dan rambut diambil untuk ujian DNA mangsa kerana organ dalaman lain sudah reput.
Tiada kecederaan luar di tubuh mayat itu. Cuma bekas gigitan binatang yang menjamah mayat ketika berada di air.
“Polis yakin 75 peratus mayat ditemui adalah kanak-kanak yang hilang itu, apapun tunggu laporan ujian DNA sama ada wujud pertalian antara mayat ditemui dengan William. Kalau benar mangsa adalah mayat yang ditemui, kita akan hentikan pencarian dan tumpukan kepada sebab-sebab kematian pula,” katanya.
Yahaya berkata, setakat ini pihaknya mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.
Sehingga kini katanya, belum ada suspek atau maklumat konkrit untuk kaitkan kes itu dengan sesiapa.
Abang William yang berusia tujuh tahun akan dipanggil untuk diambil keterangan semula.
Polis katanya, akan melakukan siasatan dari setiap sudut.
“Tiada parit monsoon besar di lokasi William dilaporkan hilang, kalau ada pun sungai terletak tiga kilometer dari Putra Heights. Tempat mayat kanak-kanak ditemui semalam pula terletak kira-kira 30 kilometer dari tempat William dilaporkan hilang,” katanya.
Sinar

Remaja dibelasah separuh mati

Posted on the January 26th, 2013 under Tempatan by admin


Keadaan muka Muhammad Rahim yang cedera parah akibat dibelasah 10 lelaki.
PORT DICKSON – Seorang remaja lelaki cedera parah di muka dan badan apabila dibelasah separuh mati oleh 10 individu tidak dikenali dalam kejadian yang berlaku pada 20 Januari lalu.
Menurut mangsa, Muhammad Rahim Omar, 20, dari Taman Sri Lukut di sini, segala-galanya bermula selepas dia menerima panggilan telefon daripada seorang wanita bernama Linda pada jam 8 malam .

“Dia mengajak saya berjumpa di Dataran Telok Kemang. Saya pun pergi dan berjumpanya di sana. Saya datang seorang diri, manakala dia ditemani seorang rakan wanita lain. Kami hanya duduk berborak macam biasa kerana masih tak kenal antara satu sama lain,” katanya.
Bagaimanapun, detik hitam bermula apabila tiba-tiba muncul seorang lelaki yang kemudian menuduh mangsa mengganggu isterinya.
“Saya menafikan yang saya kenal perempuan itu, tetapi dia terus memukul saya. Di belakang ada lebih kurang sembilan lagi lelaki lain yang mengiringinya.
“Mana mungkin saya dapat melawan dengan tenaga sepuluh lelaki. Saya dibelasah sampai lembik. Dalam pada itu mereka sempat memberitahu yang saya ganggu isteri seorang pegawai tentera,” katanya.
Muhammad Rahim berkata, selepas puas dipukul, dia dibawa ke satu lokasi dengan menaiki kereta dan kemudian dibelasah lagi.
“Ketika dibelasah kali kedua, orang itu suruh saya buka seluar, tapi saya tak mahu. Mereka kata, kalau saya tak nak ikut arahan, mereka akan potong ‘anu’ saya dan campak ke laut,” katanya.
Menurutnya, gambarnya juga dirakam sekumpulan lelaki terbabit, selain telefon bimbit miliknya dirampas.
“Saya kemudian merayu dihantar ke Balai Polis Telok Kemang. Agak terkejut juga apabila mereka menuruti permintaan saya sebelum ditinggalkan di luar balai itu.
“Saya minta tolong anggota polis bawa saya ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk rawatan kerana muka saya berlumuran darah akibat teruk dibelasah. Saya menerima beberapa jahitan di muka dan dahi,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, Omar Mahmood, 52, berkata, dia hanya mahukan keadilan untuk anaknya.
“Saya harap mereka akan menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka. Negara kita ada undang-undang, bukan sesuka hati membelasah orang. Saya serahkan kepada polis untuk menyelesaikan kes ini.
“Anak saya mengalami luka teruk di bahagian mata dan dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk pemeriksaan pakar. Saya akan tuntut keadilan di mahkamah kerana yakin anak saya bukanlah orang yang mereka cari,” katanya.
Sinar Harian turut difahamkan, lapan telah ditahan termasuk dua wanita yang terlibat dalam kejadian itu.
Ketua Polis Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut dan kes masih dalam siasatan.
Sinar

ARAK ITU IBU SEGALA MAKSIAT...ISLAM HARAMKAN...HUKUM ISLAM DIROTAN 40X ROTAN DIZAMAN RASULLULLAH SAW...80X DIZAMAN SYAIDINA UMAR R.A

pix_topright

SALUN UNTUK BERMANJA

Ia dilabel sebagai kedai gunting rambut atau salun, namun anehnya sebahagian besar pelanggan bukan ke situ untuk menggunting rambut, sebaliknya kerana ingin menikmati pakej belaian manja daripada wanita separuh umur yang sebahagiannya layak digelar nenek.
Dengan bayaran serendah RM10 untuk pakej selama 30 minit, deretan kedai di Jalan Mustafa Al Bakri, di sini, amat popular dalam kalangan lelaki.

Ini kerana pakej disediakan itu termasuk boleh memeluk dan baring di atas riba ‘tukang gunting’ wanita berpakaian seksi biarpun berusia 40-an dan 50-an, selain diurut seluruh tubuh di atas sofa khas.
Tinjauan Harian Metro di satu daripada premis itu mendapati di ruang depan disediakan kerusi untuk menggunting rambut yang sudah usang, namun ia jarang digunakan.

Ini kerana kebanyakan pelanggan yang melanggan pakej belaian manja dibawa ke bahagian belakang premis yang dilengkapi sofa empuk, selain bar mini menjual minuman.

Bagi Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak (Wawasan) Fauzi Muda, aktiviti tidak sihat salun belaian manja itu wajar segera dihentikan kerana ia satu kerja maksiat dan boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan.
“Nyata mereka bukan menjalankan perniagaan menggunting rambut, tetapi lebih kepada khidmat berorientasikan seks, biarpun bukan 100 peratus khidmat pelacuran. “Memandangkan kegiatan ini sudah lama berlaku, tindakan drastik perlu segera dilakukan untuk menghentikannya. Jika tidak kesan negatifnya kepada masyarakat pasti menjadi lebih buruk,” katanya.

Menurutnya, ketika ini sebahagian besar pelanggan membabitkan golongan dewasa, namun ada kemungkinan pada masa akan datang, remaja termasuk pelajar sekolah turut bertumpu ke salun belaian manja itu.
“Ini kerana caj dikenakan murah iaitu RM10 dan saya percaya faktor ini menyebabkan kegiatan tidak bermoral terbabit amat laris,” katanya.

Seorang pekerja restoran berhampiran deretan salun terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Harun, 40, berkata, kegiatan maksiat di situ seolah-olah sudah menjadi mercu tanda di jalan berkenaan sejak lebih 10 tahun lalu.

Menurutnya, apa yang ditawarkan pekerja wanita yang sebahagiannya layak digelar nenek itu bukan kepakaran menggunting rambut, tetapi lebih kepada khidmat belaian kasih sayang untuk lelaki yang kemaruk.

“Mungkin pelanggan terdiri daripada lelaki sepi atau tidak mendapat kasih sayang daripada pasangan masing-masing. Mereka biasanya datang jam 12 tengah hari hingga 7 malam.

“Di dalam salun, pelanggan dilayan bagai raja kerana mereka boleh baring di atas riba wanita separuh usia itu sambil dibelai.

“Malah, pelanggan bebas merasai kehangatan pelukan dan urutan manja daripada wanita terbabit tanpa membabitkan hubungan seks,” katanya.

Seorang pelanggan salun yang hanya mahu dikenali sebagai Wan, 35, berkata, dia sering ke situ kerana khidmat disediakan disifatkannya lain daripada lain. “Di sini, saya dilayan bagai raja. Mereka (pekerja kedai gunting) ini pandai mengambil hati, bijak berkomunikasi dan memanjakan lelaki. “Walaupun tua, tapi mereka ini banyak pengalaman. Ringkas kata, mereka tahu apa yang lelaki mahukan,” katanya yang belum berkahwin.

Ditanya sama ada dia berasa jijik berdamping wanita warga emas terbabit, Wan hanya tersenyum dan mendakwa ia ‘terapi minda’ untuk menghilangkan tekanan kerja.

“Saya dapat tahu ada pelanggan yang berantakan rumah tangga selepas isteri mereka mengetahui hubungan mereka dengan wanita kedai gunting ini.

“Malah, saya pernah melihat ada wanita datang menyerang pekerja kedai gunting ini yang didakwa menjadi punca suami mengabaikan tanggungjawab mereka,” katanya.pix_topright

Memang anak kami...William

Oleh Narimah Mohamad
SUBANG JAYA: Berdasarkan pengecaman ahli keluarga Zheng Zhong, polis mengesahkan mayat ditemui di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, adalah William Yau yang dilaporkan hilang di Putra Height, 16 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pengecaman dibuat ibu bapa mangsa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang berdasarkan pakaian dan kesan parut, pagi tadi.
Mayat William, 6, ditemui tersangkut di sebuah bot berhampiran jeti Sungai Sireh, dekat sini.

Kanak-kanak berkenaan dilaporkan hilang pada Rabu minggu lalu selepas keluar dari kenderaan ibu bapanya ketika mereka sekeluarga singgah di kedai alatan elektrik di Jalan Putra Mahkota, Putra Height.

KRONOLOGI KEHILANGAN WILLIAM YAU

16 JANUARI 2012- William Yau Zhen Zhong berusia enam tahun hilang ketika ibu bapa kanak-kanak itu bersama tiga lagi anak yang lain singgah di kedai menjual barangan elektrik di Putra Heights.

18 JANUARI 2012 - Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dipercayai hilang di Jalan Putra Mahkota 7/6c Putra Heights.

20 JANUARI 2012 - Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli mengadakan sidang media menjelaskan individu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan (KK) kerana melarikan mangsa daripada penjaga yang sah yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

21 JANUARI 2012 - Keluarga William menerima panggilan daripada individu yang mendakwa mempunyai maklumat mengenai anak mereka. Bagaimanapun, individu terbabit meminta keluarga mangsa memberikan sejumlah wang terlebih dulu sekiranya mahu mendapatkan maklumat lanjut.

22 JANUARI 2012 - Polis meneliti lebih 10 kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kejadian William dilapor hilang, namun kelibat mangsa tidak dapat dikesan.

Keterangan lebih 10 individu termasuk ahli keluarga mangsa juga diambil dan belum menemui sebarang petunjuk berkenaan kehilangan kanak-kanak terbabit malah, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) turut mengambil inisiatif melakukan rondaan selepas menerima maklumat daripada orang awam mengenai kanak-kanak itu di kawasan Segambut Dalam, di sini.

23 JANUARI 2012 - Gerakan mengesan William masih diteruskan polis menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) dengan mencari di kawasan kejadian di Jalan Putra Mahkota 7/6C, Putra Heights bermula kira-kira jam 9.30 pagi.

24 JANUARI 2012 - Mayat seorang budak lelaki berbaju kuning ditemui yang tersangkut di sebuah bot berhampiran jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, kira-kira jam 6.30 petang.

Berdasarkan ketinggian, kanak-kanak lelaki itu berusia di antara enam atau tujuh tahun. Dia memakai baju T berwarna kuning, berseluar pendek dan berkulit putih. Di baju T tersebut tertera tulisan 'Active Group' berwarna putih dan 'Best Team' berwarna biru.

25 JANUARI 2012 - Berdasarkan pakaian yang dicam ahli keluarga, mayat budak lelaki yang dijumpai di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, lewat petang 24 Januari, disahkan William yang dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu.

 

 pix_topright

Tahan parang perompak

Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun boleh digelar ‘hero cilik’ apabila cuba melawan seorang daripada tiga perompak yang memasuki rumah keluarganya di sini, Rabu lalu.
Bagaimanapun, tindakan beraninya itu berakhir tragedi apabila dia cedera di kedua-dua belah tangan selepas menahan libasan parang dihayun suspek menyebabkan remaja itu terpaksa menerima 15 jahitan.

Mangsa yang juga murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah di daerah ini, terpaksa dibawa ke Hospital Batu Gajah bagi mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan keluar kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang di Taman Bemban Raya itu, mangsa yang tinggal bersendirian di rumah didatangi tiga lelaki kononnya pekerja Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang ingin menukar meter elektrik.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mangsa sempat menelefon ibu yang sedang bekerja di sebuah kilang bagi memaklumkan kehadiran tiga lelaki itu. Beliau berkata, mangsa terkejut apabila tiga lelaki itu memasuki rumah dan mencekik lehernya sebelum menggeledah rumah bagi mencari barangan berharga menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong.

“Jeritan mangsa didengari seorang jiran yang kemudian datang membantu. Sebelum beredar, seorang daripada suspek sempat melibas kanak-kanak berkenaan dengan parang.
“Jiran mangsa sempat bergelut dengan suspek sebelum seorang daripada suspek berjaya diberkas selepas dibantu beberapa jiran lain,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Katanya, suspek berusia 33 tahun dari Taman Seri Ara, Parit itu ditahan reman tujuh hari berakhir 30 Januari ini bagi membantu siasatan.
Shaharon berkata, suspek turut mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah, manakala identiti dua lagi suspek gagal diperolehi sehingga kini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kumpulan berkenaan mula bergiat aktif sejak akhir tahun lalu selain terbabit dalam modus operandi sama iaitu menyamar sebagai pekerja TNB.

“Siasatan awal mendapati tindakan suspek sukar diragui memandangkan suspek lengkap berpakaian seperti pekerja TNB dan membawa perkakasan membaiki meter elektrik.

“Kami juga akan bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berkaitan jenayah dilakukan kumpulan sama di Chemor sekitar Disember lalu,” katanya.

Katanya, beliau menasihatkan kepada orang awam supaya berwaspada dengan individu tidak dikenali dan tidak sesekali membenarkan mereka masuk ke dalam rumah tanpa sebab.

 pix_topright

Gaduh dua geng

Tindakan pantas kakitangan bertugas di Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, menghubungi polis berjaya menamatkan kekecohan yang hampir mencetuskan pergaduhan dua kumpulan membabitkan 20 lelaki, kelmarin.
Difahamkan, kejadian jam 11 malam itu tercetus selepas dua penunggang motosikal cedera akibat pergaduhan di Kota Sentosa.

Sumber berkata, sebelum kejadian seorang lelaki yang cedera, pekerja kafe siber berusia 25 tahun menunggang motosikal di Muara Tuang sebelum terserempak dua penunggang motosikal lain.
“Ketika itu, dua penunggang terbabit mengejek sambil menimbulkan provokasi sebelum menyepak motosikal lelaki berkenaan menyebabkan mereka bergaduh di kedai serbaneka di Kota Sentosa.

“Akibat pergaduhan itu, pihak terbabit turut cedera dan mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak sebelum bertemu sekali lagi hingga berlaku perang mulut,” katanya.

Keadaan menjadi semakin panas apabila masing-masing membawa rakan dan kekecohan ditimbulkan menyebabkan kakitangan hospital terpaksa menghubungi polis meminta bantuan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Sebuah kereta peronda polis (MPV) tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian menyebabkan kumpulan terbabit bersurai.

 pix_topright

Niat berseronok berakhir duka

Niat dua remaja perempuan 13 tahun melarikan diri dari pusat perlindungan swasta untuk minum minuman keras dengan tiga rakan lelaki membawa padah apabila mereka dipercayai dicabul dan hampir menjadi mangsa rogol di sebuah hotel di sini, selepas mabuk.
Dalam kejadian pada jam 5 pagi, 13 Januari lalu, seorang daripada remaja itu melihat dua daripada tiga lelaki itu menanggalkan pakaian rakannya yang mabuk sebelum dia menjerit meminta tolong.

Mangsa dikenali sebagai Moi, 13, berkata, sebelum kejadian, dia bersama rakan seusia dikenali sebagai Lam serta 13 penghuni pusat perlindungan itu melawat sebuah sekolah di daerah ini.
Bagaimanapun, katanya, dia dan Lam mengambil keputusan keluar minum minuman keras bersama rakan lelaki dikenali sebagai R.

Katanya, mereka minum di sebuah kedai di Kampung Abdullah sebelum R serta dua rakan lelaki berusia 20-an tiba dan minum bersama.

“Tidak lama kemudian R beredar meninggalkan kami berempat terus minum minuman keras dan akibatnya, saya dan Lam mabuk. Kami dibawa ke sebuah hotel di Jalan Genuang, di sini.
“Saya tidak sedarkan diri dan apabila terjaga pada jam 5 pagi, saya dapati seluar panjang tiada manakala baju terselak menyebabkan saya mengesyaki dicabul dua lelaki berkenaan,” katanya.

Menurutnya, dia mengajak Lam meninggalkan hotel itu sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.
Sementara itu, Lam berkata dia tidak begitu mabuk kerana tidak banyak minum seperti Moi dan ketika di bilik hotel, dia masih sedar serta berpura-pura tidur.

“Saya nampak dua lelaki itu membuka baju dan seluar Moi. “Melihat keadaan itu, saya menegur perbuatan mereka, namun tidak dipedulikan dua lelaki berkenaan, saya mengejutkan Moi mengajaknya keluar dari bilik itu dan membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, penjaga Pusat Perlindungan Pelajar swasta yang diduduki mangsa dikenali sebagai Low, 40-an, berkata, pengurusan membawa 15 pelajar pusat itu melawat sebuah sekolah di daerah ini sebagai aktiviti harian mereka.

“Kami beroperasi sejak lebih 10 tahun lalu dan setiap pagi menghantar semua 15 pelajar kurang berkemampuan di pusat kami ke beberapa sekolah bukan kerajaan.

“Bagaimanapun, pada hari kejadian dua pelajar itu tiada di lokasi ketika pemandu van menjemput mereka menyebabkan dia mengambil keputusan menghantar 13 pelajar lain pulang ke asrama. “Pada tengah hari 17 Januari lalu, dua pelajar berkenaan pulang ke asrama dan menceritakan kejadian berlaku,” katanya.

Menurutnya, semakan rekod mendapati dua pelajar itu mendaftar masuk ke pusat berkenaan awal 2012 dan ibu seorang daripada mereka dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kurang berkemampuan.

Sementara itu, Jurucakap Penguatkuasaan Bahagian Taska dan Pusat Perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor berkata, semua Taska dan pusat perlindungan perlu berdaftar dan memaklumkan kepada JKM.

Menurutnya, pengurusan perlu mengikut garis panduan ditetapkan bukannya mengikut peraturan sendiri hingga membahayakan keselamatan penghuni.

“Kami menyiasat sama ada pusat berkenaan berdaftar dengan JKM atau tidak sebelum mengambil tindakan.

“Kami memandang serius kejadian itu kerana remaja berkenaan hilang melebihi 24 jam, namun tiada tindakan dilakukan pengurusan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Hanafi Daud mengesahkan laporan dibuat mangsa dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Katanya, bertindak atas laporan itu, polis menahan seorang suspek tiga hari lalu yang direman bagi membantu siasatan.


Mengapa Arak Diharamkan Di Dunia Tetapi Dihalalkan Di Syurga

 
Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, memuliakan manusia dengan semulia-mulianya, melebihkannya daripada sekalian ciptaan yang lain, mempermudahkan kepada mereka segala benda di bumi dan di langit  (taskhir) dan menjadikannya sebagai khalifah di muka bumi.

Al-`Izz bin Abd al-Salam berkata: “Ketahuilah sesungguhnya Allah s.w.t. tidak mensyariatkan satu hukumpun melainkan untuk maslahah dunia, maslahah akhirat atau untuk maslahah dunia dan maslahah akhirat sekaligus sebagai limpahan kurniaan-Nya kepada manusia. Bukanlah termasuk dalam tanda-tanda limpahan, rahmat, hikmat dan kemudahan daripada Allah, jika dibebankan manusia dengan kesukaran yang tidak mempunyai faedah dunia dan akhirat”. ( Syajarah al-Ma’arif Wa al-Ahwal, hal. 401)

Syariat dibina di atas prinsip menjaga lima kepentingan dharuri iaitu agama, nyawa, keturunan, akal dan harta. Imam al-Ghazzali berkata: Ada lima maksud Syariat terhadap para makhluk iaitu menjaga agama mereka, nyawa mereka, akal mereka, keturunan mereka dan harta mereka. Oleh itu setiap perkara yang mengandungi penjagaan terhadap lima asas ini dikatakan maslahah dan setiap menghilang lima asas ini disebut sebagai mafsadah dan menghindarinya adalah maslahah. (Al-Mustasfa, jil 1 hal. 289)
Merujuk kepada arak dan pergaulan bebas, tidak dinafikan bahawa sememangnya manusia mahu hidup dalam kenikmatan dan keseronokan. Bagi seorang mukmin, alam dunia dan alam syurga amat jauh perbezaannya. Sifat hidup di dunia adalah terbatas, terikat dengan hukum syarak, penuh dengan ujian. Kenikmatan yang dikecapi tidak diperolehi dengan senang tetapi memerlukan pengorbanan dan perjuangan.

Arak diharamkan kerana ‘illah atau sifat yang ada padanya iaitu memabukkan. Sifat memabukkan ini relevan dengan penjagaan akal. Mengambil arak bererti menutup kewarasan akal untuk berfikir sehingga diri sendiri dan masyarakat terdedah kepada bahaya dan mudarat. Objektif pengharaman arak dilihat kepada kesan daripada arak yang membawa kepada kemudaratan. Pengambilan arak akan menjejaskan kesihatan terutamanya kerosakan hati. Selain itu, arak menyebabkan ketagihan sehingga peminumnya sanggup membelanjakan jumlah wang yang banyak untuk mendapatkannya. Di sini berlaku pemborosan dan pembaziran sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain.

Arak yang ada di akhirat lain pula sifatnya yakni tiada sifat memabukkan. Oleh kerana sifatnya yang berbeza di dua alam itu, maka dibenarkan arak di syurga sebagai suatu nikmat bukan minuman yang menyakitkan.

Sementara zina pula, persetubuhan yang tidak berdasarkan kepada aqad perkahwinan yang sah tetapi semata-mata memenuhi hawa nafsu. Ia merosakkan akhlak, meruntuhkan maruah (keperibadian) dan sistem kekeluargaan. Ia menjejaskan kesihatan manusia dan mendedahkannya dengan pelbagai penyakit. Keturunan menjadi celaru sehingga tiada diketahui siapa ayahnya yang sebenar sehingga anak mengalami gangguan emosi dan psikologi.

Oleh sebab itu, Islam mensyraiatkan perkahwinan supaya seseorang itu ada jalan untuk memenuhi tuntutan seksualnya dengan cara yang halal, selamat, suci, beradab dan terhormat. Mencari keseronokan di luar perkahwinan akan menafikan nilai-nilai ketamadunan dan peradaban. Perkahwinan lebih bersifat membina sistem kekeluargaan seterusnya membentuk masyarakat yang sejahtera.

Bidadari di syurga umpama isteri yang menjadi milik mutlak penghuni, tidak berkongsi dengan sesiapa, tiada yang pernah menjeling kepadanya. Hanya menanti kedatangan orang mukmin. Dia tidak melahirkan anak, tidak mengalami haidh dan segala macam yang dialami oleh manusia. Kenikmatan bersamanya tidak mengakibatkan sebarang risiko. Hal ini berbeza sama sekali dengan pergaulan bebas.

Ringkas kata, pengambilan arak dan pergaulan bebas hanya membawa kepada porak peranda, kekacauan dalam kehidupan manusia baik pada tingkat indivdu mahupun masyarakat.

Sewajarnya, manusia itu mengetahui bahawasanya dia diikat dengan hukum supaya mengetahui bahawa ada kehidupan satu lagi yang lebih utama, lebih kekal (Surah al-Dhuha, Surah al-A’la). Jikalau dunia ini berjalan tanpa ada peraturan dan undang-undang bahkan yang ada undang-undang rimba, kelangsungan hanya untuk orang yang kuat maka hancur dan musnah kebahagiaan manusia.

Di syurga tiada lagi keterikatan dengan  hukum kerana, perjalanan hidup di sana atas sifat sejahtera tidak memudaratkan, aman dan penuh kenikmatan.

Allah s.w.t. berfirman:

إِلَّا مَنْ تَابَ وَآَمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَأُولَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ شَيْئًا (60) جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدَ الرَّحْمَنُ عِبَادَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّهُ كَانَ وَعْدُهُ مَأْتِيًّا (61) لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا إِلَّا سَلَامًا وَلَهُمْ رِزْقُهُمْ فِيهَا بُكْرَةً وَعَشِيًّا (62) تِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي نُورِثُ مِنْ عِبَادِنَا مَنْ كَانَ تَقِيًّا (63)

Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun, - (Iaitu) syurga " ‘Adn " yang telah dijanjikan oleh (Allah) Ar-Rahman kepada hamba-hamba-Nya disebabkan kepercayaan mereka akan perkara-perkara yang ghaib; Sesungguhnya Tuhan itu, janjinya tetap berlaku. Mereka tidak akan mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia tetapi mereka sentiasa mendengar perkataan yang baik-baik; dan makan minum untuk mereka disediakan di dalamnya, pagi dan petang (sepanjang masa). Itulah taman syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang. yang bertaqwa dari hamba-hamba kami. (Surah Maryam: 60-63)

Kesimpulannya, sebagai seorang muslim, terutamanya yang sering interaksi dengan masyarakat sewajarnya dia mengetahui matlamat pensyariatan hukum atau falsafah di sebalik perintah dan larangan serta hikmat syariah supaya dakwahnya itu lebih berkesan dan menyakinkan.

والله أعلم بالصواب



Disediakan oleh Muhammad Hanief Awang Yahaya


Punca arak diharamkan dalam Islam


Pernahkah kita bertanya kepada diri kita sendiri kenapa arak membawa kesan yang sangat buruk dalam kehidupan manusia dan kenapa ia diharamkan oleh Islam? Sebahagian sebabnya adalah:
1. Merosakkan akhlak dan akidah dengan memalingkan manusia daripada beriman kepada Allah SWT dan merosakkan syakhsiahnya.
2. Dari aspek sosial boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia, memporak-perandakan rumah tangga, keluarga, masyarakat dan negara.
3. Merosakkan kesihatan manusia seperti tekanan darah tidak menentu, rosaknya urat saraf, menyebabkan hepatitis, sakit jantung, rosak buah pinggang, kanser, angin ahmar, lumpuh, keracunan dan gila.
4. Ketagihan arak atau alkohol akan mengakibatkan kehilangan nyawa serta menyebabkan kesengsaraan kepada jutaan manusia di seluruh dunia.
5. Kesan jangka panjang alkohol akan membawa perubahan metabolisma kepada akal fikiran, organ hati dan menyekat peranan otak dari berfungsi dengan baik.
6. Kes zina, rogol, sumbang mahram dan AIDS lebih tinggi di kalangan peminum alkohol. Menurut kajian Biro Keadilan. Mangsa Jenayah Kebangsaan( Jabatan Keadilan Amerika Syarikat ) pada tahun 1996 sahaja, purata 2713 kes rogol berlaku setiap hari. Statistik ini menunjukkan bahawa kebanyakkan perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut.
7. Menurut statistik rasmi di United Kingdom, alkohol menyebabkan hampir 45-46 peratus kejadian jenayah, ia juga melibatkan 39 peratus keganasan dalam rumah tangga dan kajian juga menunjukkan hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.
8. Minum arak adalah ibu segala kejahatan dan merupakan sebesar-besar dosa. Ini dijelaskan oleh Rasulullah saw menerusi sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At- Tabrani yang bermaksud “Arak adalah ibu segala kejahatan dan ia adalah sebesar-besar dosa”.
9. Sesuatu yang banyak memabukkan sekalipun sedikit hukumnya tetap haram berdasarkan hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Ahmad, Tirmizi, An Nasai dan Abu Daud yang bermaksud: “Tiap-tiap sesuatu yang memabukkan dalam jumlah yang banyak atau sedikit maka hukumnya adalah haram”. Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk atau pun setitik.
10. Orang yang minum arak dan melaksanakan urusan yang berkaitan dengannya akan dilaknat dan dimurkai oleh Allah SWT. Sabda Nabi saw yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi, Ibnu Majah daripada Anas ra bermaksud: ” Sepuluh orang yang dikutuk Allah berkaitan dengan arak ialah pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.”
Dengan itu jelaslah kepada kita bahawa semua urusan yang berkaitan dengan arak menjadi haram dan dilaknat oleh Allah SWT.
Sumber Siasah 10-16 oktober 2010


KENAPA ISLAM HARAMKAN ARAK?

Larangan arak sebetulnya telah wujud dari zaman awal-awal lagi, arak telah menghabiskan begitu banyak perbelanjaan serta menyebabkan kesengsaraan yang begitu dasyat di dunia ini. Arak telah menyebabkan masalah sosial dan hubungan kejiranan, mengikut statistik jenayah dan perceraian meningkat disebabkan oleh arak.
I. Islam melarang minum arak secara bertahap. Sila rujuk ayat di bawah ini :
Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya (An-Nahl 16;67).

Ayat di atas memberi peringatan tentang bahaya arak secara halus dan belum diharamkan. Sila rujuk ayat larangan seterusnya :

Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah (Muhammad) pada keduanya ada dosa yang cukup besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya... (Al-Baqarah 2;219).

Ayat ini membuktikan bahawa bahaya arak lebih besar daripada manfaatnya. Sila rujuk ayat seterusnya:

Jangan kamu menghampiri solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu sedar apa yang kamu ucapkan (An-Nisaa' 4;43).

Larangan minum arak dalam ayat ini terhad dalam shalat sahaja. Perintah larangan dalam ayat ini sudah tegas sungguhpun dalam masa terhad sehingga turunlah ayat di bawah ini :
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, Qurban untuk patung berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu memperolehi kejayaan (AL-Maidah 5;90)
II. Bible juga melarang meminum arak seperti tersebut dalam ayat di bawah ini:

Minuman keras membuat orang mabuk dan merepek. Bodohlah orang yang menjadi mabuk (Proverb 20;1)

Arak adalah minuman untuk orang-orang yang hampir mati dan sengsara. Biarlah mereka meminumnya untuk melupakan kemiskinan dan kesengsaraan (Proverb 31;6-7)

Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu(Ephesians 5;18)

Ayat-ayat di atas tidak mengharamkan arak secara langsung tetapi peringatan tentang bahaya arak.

III. Kesan minum arak
1. Pusat kawalan manusia terletak pada otak, otak yang mengawal atau menghalang manusia jika bertindak salah. Manusia yang tidak sedar diri kerana pengaruh arak akan menggunakan bahasa kesat/kotor terhadap ibubapa atau saudara-mara serta anak-anak mereka. Semasa manusia mengambil arak, maka kawalan otak tidak dapat berfungsi dengan sepatutnya. Ini adalah satu sebab kenapa orang mabuk akan melakukan sesuatu di luar kebiasaan harian. Ia akan menggunakan kata-kata kesat dan tak dapat mengawal kesilapan yang dilakukan bahkan terhadap ibubapa sendiri. Bahkan sampai kencing dalam seluar, jalan tidak terkawal dan berperangai buruk.

2. Kes pelacuran, rogol, sumbang mahram (incest) dan pesakit AID berlaku pada peminum arak.

Mengikut soal selidik yang dibuat oleh U.S. Department of Justice pada tahun 1996 setiap hari ada 2.713 kes rogol di USA. Statistik menunjukkan kebanyakan perogol adalah mabuk (di bawah pengaruh arak) yang melakukan pelbagai jenayah lain. Mengikut statistik juga 8% rakyat Amerika melakukan sumbang mahram maknanya 1 daripada 12 rakyat Amerika melakukan sumbang mahram. Begitu juga dengan penularan penyakit AID pesakit utamanya adalah peminum arak.

3. Semua peminum arak bermula daripada parti sosial. Pada mulanya mereka hanya berjinak-junak dengan minum sedikit arak, mereka mendakwa dapat kawal diri dalam pengambilan arak sehingga tidak akan mabuk. Mengikut kajian semua peminum arak bermula dengan social drinker, tidak ada seorangpun peminum arak berniat untuk menjadi peminum arak sejati. Peminum arak tidak pernah berkata selepas lama minum arak dengan dapat kawal diri tidak pernah mabuk.

4. Sekiranya peminum arak mabuk dan melakukan satu kesilapan maka dia akan menyesal seumur hidup. Sekiranya peminum arak melakukan satu kesilapan sebab tak dapat mengawal dirinya sebab mabuk misalnya rogol atau sumbang mahram, sungguhpun selepas itu insaf dan bertaubat maka manusia akan pulaukan seumur hidupnya. Mereka dianggap sebagai penjenayah berat dan tidak dapat dipulihkan semula dan melakukan kerusakan yang tak dapat ditebus semula.

III. Arak juga diharamkan oleh Muhammad. Muhammad berpesan :

a. Arak adalah ibu daripada segala kejahatan dan itu adalah kejahatan yang cukup memalukan (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3371)

b. Barang yang memabukkan diharamkan maupun sedikit ataupun banyak (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3392)

c. Bahkan bukan hanya orang yang minum arak sahaja mendapat dosa bahkan yang menjual atau memudahkan transaksi untuk mendapatkan arakpun sama.
"Allah akan melaknat sepuluh kumpulan manusia termasuk yang menjual atau memudahkan transaksi membekalkan arak. Orang yang menghasilkan, menghantarnya, orang yang tolong membelinya, orang yang melayannya untuk minum, orang yang menjualnya, orang yang menggunakan wang hasil jualan arak, orang yang membelinya dan juga orang yang membeli arak daripada seseorang" (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3380 dilaporkan oleh Anas).

IV. Penyakit yang disebabkan oleh arak.
Pelbagai hasil kajian menguatkan lagi kenapa minum arak dilarang, kematian tertinggi di dunia ini disebabkan oleh arak. Beberapa contoh penyakit yang disebabkan minum arak seperti :

a. Penyakit Limpa dan hati yang disebabkan oleh minum arak

b. Kanser Osofagus/kerongkong, Kanser kepala dan leher, kanser hati (Hepatoma), dan kanser usus.

c. Penyakit osofagus, gastrik, sakit pankreas, dan Hepatitis disebabkan oleh pengambilan alkohol.

d. Kardimiopati, tekanan darah tinggi, Koroni Arteroklerosis, Angina dan kerosakan hati disebabkan pengambilan arak berlebihan.

e. Penyakit Stroke, Apofleksi, sawan dan pelbagai jenis Paralisis yang disebabkan oleh arak

f. Pheripheral Neuropathy, Cortical Atrophy, Cerebeller Atrophy merupakan sindrom yang disebabkan oleh pengambilan arak.

g. Wernicke; sindrom Korsakoff serta amnesia kehilangan kawalan dalam bercakap dan hilang daya ingat disebabkan pengambilan arak

h. Beriberi dan Pellagra disebabkan oleh pengambilan arak.

i. Meracau yang melampau semasa atau selepas minum arak bahkan dapat menyebabkan kematian,

J. Penyakit kulit, Eczema dan pelbagai penyakit lain yang cukup serius.
 


Halal dan Haram dalam Islam

 

2.1.18.3.3 Kalau Binatang Itu Didapati Sudah Mati

Kadang-kadang terjadi, seorang pemburu melepaskan panahnya mengenai seekor binatang, tetapi binatang tersebut menghilang, beberapa saat, kemudian dijumpainya sudah mati. Hal ini bisa jadi sudah berjalan beberapa hari lamanya.
Dalam persoalan ini, binatang tersebut bisa menjadi halal dengan beberapa syarat:
1) Bahwa binatang tersebut tidak jatuh ke dalam air.
Seperti yang dikatakan oleh Nabi s.a.w.:
"Kalau kamu melemparkan panahmu, maka jika kamu dapati binatang itu sudah mati, makanlah, kecuali apabila binatang tersebut kamu dapati jatuh ke dalam air, maka kamu tidak tahu: apakah air itu yang menyebabkan binatang tersebut mati ataukah panahmu?" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
2) Tidak terdapat tanda-tanda mati karena bekas panah orang lain yang menjadi sebab matinya binatang tersebut.
Seperti apa yang pernah ditanyakan Adi bin Hatim kepada Rasulullah s.a.w.:
"Ya Rasulullah! Saya melempar binatang, kemudian saya dapati pada binatang tersebut ada bekas panahku yang kemarin, apakah boleh dimakan? Maka jawab Nabi, 'Kalau kamu yakin, bahwa panahmulah yang membunuhnya dan tidak ada bekas (digigit) binatang buas, maka makanlah.'" (Riwayat Tarmizi)
3) Binatang tersebut belum sampai busuk; sebab menurut tabiat yang wajar akan menganggap kotor dan jijik terhadap binatang yang sudah busuk, lebih-lebih kalau hal itu dimungkinkan akan membawa bahaya.
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Abu Tsa'labah al-Khasyani sebagai berikut:
"Kalau kamu melemparkan panahmu, kemudian binatang itu menghilang sampai tiga hari dan kamu dapati sudah mati, maka makanlah selama binatang tersebut belum busuk." (Riwayat Tarmizi)

2.1.19 Khamar (Arak)

KHAMAR adalah bahan yang mengandung alkohol yang memabukkan.
Untuk lebih jelasnya, di sini akan kami sebutkan beberapa bahaya khamar terhadap pribadi seseorang, baik akalnya, tubuhnya, agamanya dan dunianya. Akan kami jelaskan juga betapa bahayanya terhadap rumahtangga ditinjau dari segi pemeliharaannya maupun pengurusannya terhadap isteri dan anak-anak. Dan akan kami bentangkan juga betapa mengancamnya arak terhadap masyarakat dan bangsa dalam existensinya, baik yang berupa moral maupun etika.
Sungguh benar apa yang dikatakan oleh salah seorang penyelidik, bahwa tidak ada bahaya yang lebih parah yang diderita manusia, selain bahaya arak. Kalau diadakan penyelidikan secara teliti di rumah-rumah sakit, bahwa kebanyakan orang yang gila dan mendapat gangguan saraf adalah disebabkan arak. Dan kebanyakan orang yang bunuh diri ataupun yang membunuh kawannya adalah disebabkan arak. Termasuk juga kebanyakan orang yang mengadukan dirinya karena diliputi oleh suasana kegelisahan, orang yang membawa dirinya kepada lembah kebangkrutan dan menghabiskan hak miliknya, adalah disebabkan oleh arak.
Begitulah, kalau terus diadakan suatu penelitian yang cermat, niscaya akan mencapai batas klimaks yang sangat mengerikan yang kita jumpai, bahwa nasehat-nasehat, kecil sekali artinya.
Orang-orang Arab dalam masa kejahilannya selalu disilaukan untuk minum khamar dan menjadi pencandu arak. Ini dapat dibuktikan dalam bahasa mereka yang tidak kurang dari 100 hama dibuatnya untuk mensifati khamar itu. Dalam syair-syairnya mereka puji khamar itu, termasuk sloki-slokinya, pertemuan-pertemuannya dan sebagainya.
Setelah Islam datang, dibuatnyalah rencana pendidikan yang sangat bijaksana sekali, yaitu dengan bertahap khamar itu dilarang. Pertama kali yang dilakukan, yaitu dengan melarang mereka untuk mengerjakan sembahyang dalam keadaan mabuk, kemudian meningkatkan dengan diterangkan bahayanya sekalipun manfaatnya juga ada, dan terakhir baru Allah turunkan ayat secara menyeluruh dan tegas, yaitu sebagaimana firmanNya:
"Hai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, berhala, dan undian adalah kotor dari perbuatan syaitan. Oleh karena itu jauhilah dia supaya kamu bahagia. Syaitan hanya bermaksud untuk mendatangkan permusuhan dan kebencian di antara kamu disebabkan khamar dan judi, serta menghalangi kamu ingat kepada Allah dan sembahyang. Apakah kamu tidak mau berhenti?" (al-Maidah: 90-91)
Dalam kedua ayat tersebut Allah mempertegas diharamkannya arak dan judi yang diiringi pula dengan menyebut berhala dan undian dengan dinilainya sebagai perbuatan najis (kotor). Kata-kata His (kotor, najis) ini tidak pernah dipakai dalam al-Quran, kecuali terhadap hal yang memang sangat kotor dan jelek.
Khamar dan judi adalah berasal dari perbuatan syaitan, sedang syaitan hanya gemar berbuat yang tidak baik dan mungkar. Justru itulah al-Quran menyerukan kepada umat Islam untuk menjauhi kedua perbuatan itu sebagai jalan untuk menuju kepada kebagiaan.
Selanjutnya al-Quran menjelaskan juga tentang bahaya arak dan judi dalam masyarakat, yang di antaranya dapat mematahkan orang untuk mengerjakan sembahyang dan menimbulkan permusuhan dan kebencian. Sedang bahayanya dalam jiwa, yaitu dapat menghalang untuk menunaikan kewajiban-kewajiban agama, diantaranya ialah zikrullah dan sembahyang.
Terakhir al-Quran menyerukan supaya kita berhenti dari minum arak dan bermain judi. Seruannya diungkapkan dengan kata-kata yang tajam sekali, yaitu dengan kata-kata: fahal antum muntahun? (apakah kamu tidak mau berhenti?).
Jawab seorang mu'min terhadap seruan ini: "Ya, kami telah berhenti, ya Allah!"
Orang-orang mu'min membuat suatu keanehan sesudah turunnya ayat tersebut, yaitu ada seorang laki-laki yang sedang membawa sloki penuh arak, sebagiannya telah diminum, tinggal sebagian lagi yang sisa. Setelah ayat tersebut sampai kepadanya, gelas tersebut dilepaskan dan araknya dituang ke tanah.
Banyak sekali negara-negara yang mengakui bahaya arak ini, baik terhadap pribadi, rumah tangga ataupun tanah air. Sementara ada yang berusaha untuk memberantasnya dengan menggunakan kekuatan undang-undang dan kekuasaan, seperti Amerika, tetapi akhirnya mereka gagal. Tidak dapat seperti yang pernah dicapai oleh Islam di dalam memberantas dan menghilangkan arak ini.
Dari kalangan kepala-kepala gereja bertentangan dalam menilai bagaimana pandangan Kristen terhadap masalah arak, justru karena di Injil ditegaskan: "Bahwa arak yang sedikit itu baik buat perut."
Kalau omongan itu betul, niscaya yang sedikit itu perlu dihentikan, sebab minum arak sedikit, dapat membawa kepada banyak. Gelas pertama akan disambut dengan gelas kedua dan begitulah seterusnya sehingga akhirnya menjadi terbiasa.

2.1.19.1 Setiap Yang Memabukkan Berarti Arak

Pertama kali yang dicanangkan Nabi Muhammad s.a.w. tentang masalah arak, yaitu beliau tidak memandangnya dari segi bahan yang dipakai untuk membuat arak itu, tetapi beliau memandang dari segi pengaruh yang ditimbulkan, yaitu memabukkan. Oleh karena itu bahan apapun yang nyatanyata memabukkan berarti dia itu arak, betapapun merek dan nama yang dipergunakan oleh manusia; dan bahan apapun yang dipakai. Oleh sebab itu Beer dan sebagainya dapat dihukumi haram.
Rasulullah s.a.w. pernah ditanya tentang minuman yang terbuat dari madu, atau dari gandum dan sya'ir yang diperas sehingga menjadi keras. Nabi Muhammad sesuai dengan sifatnya berbicara pendek tetapi padat, maka didalam menjawab pertanyaan tersebut beliau sampaikan dengan kalimat yang pendek juga, tetapi padat:
"Semua yang memabukkan berarti arak, dan setiap arak adalah haram." (Riwayat Muslim) Dan Umar pun mengumumkan pula dari atas mimbar Nabi, "Bahwa yang dinamakan arak ialah apa-apa yang dapat menutupi fikiran." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

2.1.19.2 Minum Sedikit

Untuk kesekian kalinya Islam tetap bersikap tegas terhadap masalah arak. Tidak lagi dipandang kadar minumannya, sedikit atau banyak. Kiranya arak telah cukup dapat menggelincirkan kaki manusia. Oleh karena itu sedikitpun tidak boleh disentuh.
Justru itu pula Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan:
"Minuman apapun kalau banyaknya itu memabukkan, maka sedikitnya pun adalah haram." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi) "Minuman apapun kalau sebanyak furq6 itu memabukkan, maka sepenuh tapak tangan adalah haram." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi)

2.1.19.3 Memperdagangkan Arak

Rasulullah tidak menganggap sudah cukup dengan mengharamkan minum arak, sedikit ataupun banyak, bahkan memperdagangkan pun tetap diharamkan, sekalipun dengan orang di luar Islam. Oleh karena itu tidak halal hukumnya seorang Islam mengimport arak, atau memproduser arak, atau membuka warung arak, atau bekerja di tempat penjualan arak.
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. pernah melaknatnya, yaitu seperti tersebut dalam riwayat di bawah ini:
"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)
Setelah ayat al-Quran surah al-Maidah (90-91) itu turun, Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak, maka barangsiapa yang telah mengetahui ayat ini dan dia masih mempunyai arak walaupun sedikit, jangan minum dan jangan menjualnya." (Riwayat Muslim)
Rawi hadis tersebut menjelaskan, bahwa para sahabat kemudian mencegat orang-orang yang masih menyimpan arak di jalan-jalan Madinah lantas dituangnya ke tanah.
Sebagai cara untuk membendung jalan yang akan membawa kepada perbuatan yang haram (saddud dzara'ik), maka seorang muslim dilarang menjual anggur kepada orang yang sudah diketahui, bahwa anggur itu akan dibuat arak. Karena dalam salah satu hadis dikatakan:
"Barangsiapa menahan anggurnya pada musim-musim memetiknya, kemudian dijual kepada seorang Yahudi atau Nasrani atau kepada tukang membuat arak, maka sungguh jelas dia akan masuk neraka." (Riwayat Thabarani)

2.1.19.4 Seorang Muslim Tidak Boleh Menghadiahkan Arak

Kalau menjual dan memakan harga arak itu diharamkan bagi seorang muslim, maka menghadiahkannya walaupun tanpa ganti, kepada seorang Yahudi, Nasrani atau yang lain, tetap haram juga.
Seorang muslim tidak boleh menghadiahkan atau menerima hadiah arak. Sebab seorang muslim adalah baik, dia tidak boleh menerima kecuali yang baik pula.
Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu guci arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:
Rajul: Bolehkah saya jual?
Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.
Rajul: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?
Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.
Rajul: Habis, apa yang harus saya perbuat?
Nabi: Tuang saja di selokan air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)


Halal dan Haram dalam Islam
Oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi
Alih bahasa: H. Mu'ammal Hamidy
Penerbit: PT. Bina Ilmu, 1993