Saturday, July 31, 2010

ALLAH DAH TENTUKAN HALAL DAN HARAM...HALAL DENGAN PENIKAHAN...JIKA TIDAK DIHUKUM BEGINI MANUSIA AKAN BERKELAKUAN MACAM BINATANG DENGAN BERZINA DENGAN SIAPA IA SUKA...BILA BERZINA...MENCURI..BERJUDI...RASUAH DAN SEWAKTU DENGANNYA....MAKA KETIKA IA MELAKUKANNYA IMANNYA TERBANG....BUKAN SAJA IMAN PERLU DIJAGA TAPI TERPAKSA ADA UNDANG2 MENGAWAL SUPAYA IMAN ITU TERPELIAHARA...IA YANG MENCIPTANYA (HUKUM ZINA)..... ALLAH JUGA YANG MENCIPTA DUNIA DAN SELURUH ISINYA...TAK MANUSIA YANG DICIPTA ITU LEBIH MAHIR DAN BIJAKSANA DARINYA....CUBA TUAN/PUAN FIKIR....

Ibu dihukum rejam rayu peluk anak



2010/08/01

LONDON: Wanita Iran yang dihukum rejam sampai mati kerana berzina merayu supaya diizinkan untuk memeluk anaknya, semalam.
“Saya Sakineh Mohammadi-Ashtiani dari penjara Tabriz memohon supaya saya diselamatkan daripada hukuman ini. Saya sangat rindu dan ingin bertemu serta memeluk anak saya. “Setiap malam sebelum tidur, saya sering berfikir, bagaimana untuk menghadapi hukuman rejam ini,” ujarnya dalam surat itu.

Sakineh menerima hukuman itu selepas didapati bersalah melakukan penzinaan ketika masih bergelar isteri pada September 2006. - AFP

NAIK PENAT MENYEBUT HUKUM YANG WAJIB DILAKSANAKAN...TUAN/PUAN DAH FAHAM MAKSUDNYA....ADAKAH TERUS NAK DIABAIKAN...TAK TAKUTKE KEMURKAAN ALLAH SWT

Tangisan kesejukan

Oleh MOHAMAD DANIAL MOHAMAD SAAD

2010/08/01

NIBONG TEBAL: “Saya sangkakan bunyi anak anjing yang dibuang, tetapi apabila memeriksa bungkusan plastik ini saya terkejut mendapati ia tangisan seorang bayi perempuan yang kesejukan,” kata pekedai, Ng Song Huat, 39.
COMEL...bayi perempuan yang ditinggalkan di depan kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat, semalam.
COMEL...bayi perempuan yang ditinggalkan di depan kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat, semalam.

Lelaki berkenaan yang tinggal di tingkat satu bangunan rumah kedai itu kebetulan keluar untuk membeli makanan sebelum menemui bungkusan mengandungi bayi yang masih bernyawa itu.

Beliau yang tergamam kemudian memanggil isterinya dan memberi bantuan awal dengan membalut bayi itu dengan kain bagi mengelak kesejukan.

“Ketika ditemui, bayi ini dibaluti kain lampin dan kertas surat khabar serta diletakkan dalam beg plastik sebelum saya mengambilnya dan terus membalut dengan kain tebal kerana dia kesejukan.

“Nasib baik saya jumpa lebih awal kerana jika lewat mungkin bayi ini dimakan binatang liar kerana banyak anjing berkeliaran di sekitar kawasan ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau kesal dengan tindakan ibu bapa bayi terbabit yang tidak bertanggungjawab dengan meninggalkannya di tepi kaki lima kedainya.

“Saya akan melawat bayi itu selalu selain berniat mengambilnya sebagai anak angkat jika diberi peluang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, bayi itu ditemui di kaki lima kedai berkenaan dan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum ditemui seorang lelaki.

“Bayi perempuan seberat 2.58 kilogram ini dipercayai dilahirkan di tempat lain dan dibersihkan sebelum ditinggalkan di tempat kejadian.

“Bayi malang itu yang belum dikenal pasti keturunannya dihantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan dalam keadaan sihat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan setakat ini polis tidak mendapat sebarang maklumat mengenai kelahiran bayi itu.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang ada maklumat mengenai kejadian itu dan mana-mana klinik serta hospital yang merawat wanita baru bersalin dalam keadaan mencurigakan supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan.

BERHENTILAH KERJA2 YANG MENDATANGKAN KEMURKAAN ALLAH SWT

ZAMAN MODEN...TAK MESTI PERBUATAN SYIRIK DENGAN BERBOMOH DAH DITINGGALKAN...INI ZAMAN KEMUNGKARAN,,,AKHIR ZAMAN ..FILEM LUCAH BOLEH DILIHAT DITELEFON BIMBIT

Kaedah jijik ikat nafsu

Oleh FIRDAUS SAHAT, MOHAMAD HUSSIN dan NAZDY HARUN

2010/08/01

KUALA LUMPUR: Takut kehilangan suami, terutama akibat godaan gadis menawan, ramai wanita di negara ini, termasuk artis, mengamalkan pelbagai pendekatan khurafat bagi menundukkan suami supaya rumah tangga sentiasa harmoni tanpa kehadiran orang ketiga.

Berikutan terdesak, tindakan syirik itu tetap dipraktikkan kerana diyakini kononnya mampu dijadikan benteng untuk menjinakkan suami daripada ‘makan luar’.

Pendekatan jijik itu terbongkar apabila beberapa wanita yang ditemui, termasuk seorang pelakon tempatan, mengaku menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional bagi mendapatkan ilmu sihir berkenaan, manakala dua lelaki pula mendakwa menjadi mangsa onar isteri mereka.

PELAKON A, 50-an:
“JUJUR saya katakan, artis juga tidak terlepas daripada isu ini. Malah, beberapa rakan saya pernah mendapatkan khidmat bomoh kerana kurang percaya terhadap suami.

Kebanyakan mereka bertujuan menjaga rumah tangga dan bukan untuk memperbodohkan suami. Lagipun, kerja dalam bidang seni ini menuntut komitmen berpanjangan. Mungkin disebabkan perkara itu mereka tergerak untuk mendapatkan khidmat bomoh supaya suami tidak berpaling kasih.

Terus terang, saya pernah guna khidmat pengamal perubatan tradisional untuk tujuan sama. Sebagai pelakon, masa untuk bersama suami dan keluarga tidak pernah tetap. Malah, saya sering ada di luar kawasan untuk memenuhi jadual penggambaran sehingga berhari-hari tidak berjumpa keluarga.

Kerana takut suami menjalin hubungan dengan wanita lain dan lebih teruk, meninggalkan keluarga, saya terpaksa mendapatkan khidmat bomoh bagi mengikat nafsu suami daripada berlaku curang dan tidak memandang wanita lain.

Bagaimanapun, saya tidak guna kaedah nasi kangkang, darah haid dan pelbagai perkara lagi untuk membuatkan suami mengikut kata seperti diamalkan rakan.

Hakikatnya, saya tidak tergamak memperbodohkan suami hingga ke tahap itu. Saya hanya guna kaedah batang keladi yang bertujuan mengikat nafsu suami daripada mencari wanita lain.

Itu sudah cukup bagi saya. Asalkan suami tidak ambil kesempatan terhadap kesibukan saya sebagai anak seni, ia sudah memadai. Tetapi untuk memperbodohkan suami, ia bukan cara saya.

Namun itu cerita dulu. Kini saya tidak lagi guna kaedah itu kerana ia berdosa. Walaupun tidak guna cara kotor seperti nasi kangkang dan darah haid, saya tetap rasa bersalah.

Kini saya bertaubat dan membuang segala ilmu sihir itu. Alhamdulillah, hubungan saya dengan suami dan keluarga masih utuh sehingga kini.”

ZURINA, 27:
“DIPUKUL dan dicampak dari tangga ke lantai menjadi perkara biasa kepada saya. Lebih-lebih lagi saya diperlakukan sebegitu selepas tiga minggu kami sah bergelar suami isteri. Sebelum berkahwin, perangai suami tidak seperti ini.

Saya takut perkara ini berterusan. Mungkin sesuatu yang lebih teruk akan menimpa saya jika tidak buat sesuatu. Rasanya kaedah batang keladi cara tepat untuk menjinakkan perangainya supaya kembali menyayangi saya.

Sebenarnya, saya mengambil keputusan menggunakan khidmat perubatan tradisional kerana tidak mahu mahligai yang baru dibina berkecai. Tambahan pula saya berasa perubahan terhadap suami ada kaitan dengan kehadiran orang ketiga.

Sewaktu bercinta, dia tidak seperti ini tetapi selepas bergelar suami isteri, macam- macam pula berlaku. Mungkin dia jemu dengan saya, lebih-lebih lagi kami bercinta sejak lima tahun lalu.

Mungkin juga ada wanita lain di hatinya menyebabkan perangainya berubah. Tambahan pula, pekerjaannya yang sering keluar kawasan memberi kesempatan untuknya mencari wanita lain.

Saya tidak berniat jahat. Saya masih menyayangi dan menghormatinya sebagai suami. Saya cuma mahukan keharmonian rumah tangga seperti mana keluarga lain. Saya sedar perbuatan ini salah.

Mungkin juga ia syirik sebab percayakan sesuatu perkara tahyul.
Namun jika tidak mencuba, apa akan jadi kepada saya?

Saya pernah terfikir untuk bercerai dengannya. Begitupun, memandangkan usia perkahwinan kami, saya terpaksa memilih cara ini untuk bertahan.

Rasanya penggunaan batang keladi serta jampi tujuh Jumaat berturut-turut akan melembutkan hatinya. Saya berharap perangai liar dan panas barannya akan berubah. Jika tidak buat seperti ini, saya akan menderita apabila terus diperlakukan seperti binatang.

Saya fikir ia akan membawa kebaikan. Lagipun, jika suami kembali baik seperti dulu, saya tidak boleh mengambil kesempatan ke atasnya dengan berlaku curang.

Jika saya berbuat demikian, semuanya akan menjadi seperti sedia kala dan akhirnya saya akan merasai nikmatnya apabila suami berubah jadi seperti dulu.”

KAMARUDDIN, 29:
“TAKTIK isteri menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan saya terbongkar apabila helahnya dihidu selepas beberapa bulan dia memperbodohkan saya menggunakan kaedah yang dilarang agama.

Saya mendirikan rumah tangga empat tahun lalu dengan seorang jururawat yang bertugas di hospital swasta di ibu negara.

Berikutan tuntutan tugas, kami tinggal berjauhan dan hanya bertemu apabila cuti. Rumah tangga kami tiada masalah tetapi selepas ditukarkan ke Terengganu, saya tiada banyak masa untuk diluangkan bersama isteri.

Secara diam-diam, isteri yang cemburu dan bimbang saya berlaku curang menggunakan sejenis minyak untuk ‘mengikat’ saya. Saya tidak sangka terkena minyak ‘pengikat’ digunakan isteri kerana kami tiada masalah rumah tangga.

Namun, pertemuan dengan seorang pengamal perubatan tradisional yang berlaku secara kebetulan merungkai tindakan isteri saya.

Selepas bertemu pengamal perubatan itu, baru saya tahu terkena ilmu penunduk isteri. Bimbang perkara itu berlarutan, saya mendapatkan khidmat pengamal perubatan terbabit untuk mengubati diri.

Patutlah saya sering mendapat mimpi menakutkan seperti bertemu hantu sepanjang tempoh terkena guna-guna isteri. Saya juga terasa seperti dikawal ‘pihak’ tertentu.

Fikiran saya juga hanya tertumpu kepada isteri, hinggakan saya kerap telefon atau SMS dia. Saya juga ‘hilang minat’ dengan wanita lain biar secantik mana sekalipun.

Selepas bebas daripada ilmu penunduk itu, saya bersemuka dengan isteri. Sebaik saya tanya perkara itu, isteri tersentak dan menundukkan kepala kerana tidak menyangka perbuatannya terbongkar.

Kami kemudian berbincang dan isteri mengaku kesilapannya menggunakan minyak itu dengan alasan takut ketika berada di negeri ini saya ada wanita simpanan atau akan berkahwin lain.

Kejujuran isteri mengaku kesilapan membuatkan saya rasa boleh menerima dan memaafkannya walaupun pada mulanya menyangka rumah tangga bakal musnah.

Isteri saya kemudian menemui pengamal perubatan untuk membuang minyak ‘pengikat’ yang dibeli ketika menyertai satu rombongan beli-belah di utara tanah air.”


DARUS, 49:
“SAYA dapat tahu bekas isteri membomohkan saya selepas berasa jauh dengan ibu. Sebelum ini saya rapat dengan ibu dan turuti apa saja keputusannya.

Saya tidak menyangka bekas isteri yang berusia 45 tahun bertindak demikian semata-mata cemburu melihat hubungan saya dengan ibu kandung begitu akrab.

Peristiwa ini terjadi 10 tahun lalu selepas bekas isteri berhenti kerja kilang kerana mahu menumpukan perhatian terhadap keluarga dan ingin membesarkan anak.

Hubungan saya dengan ibu memang akrab kerana saya anak sulung dan menjadi tanggungjawab saya menjaga kebajikan ibu. Pada masa sama, saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga sendiri.

Hasil perkahwinan 24 tahun, kami dikurniakan tiga cahaya mata berusia 15 hingga 22 tahun. Sejak bekas isteri berhenti kerja, dia mula menunjukkan taringnya selepas melihat hubungan saya dengan ibu begitu baik.

Dia marah kerana saya menuruti segala kehendak ibu, termasuk memberi wang belanja. Beberapa tahun selepas itu perubahannya begitu ketara kerana saya selalu dengar cakap ibu. Apa-apa keputusan saya merujuk kepada ibu sehingga membuatkan dia bertambah marah dan cemburu.

Bekas isteri marah sebab saya selalu menyebelahi keluarga sendiri dan tidak mempedulikan keluarga mentua. Dia marah dengan tindakan saya sehingga tergamak bomohkan saya supaya dengar cakapnya.

Dia mungkin memasukkan sesuatu dalam masakannya supaya saya melupakan ibu kandung. Sejak itu saya sentiasa mengikut telunjuk bekas isteri, termasuk membeli apa saja yang dia inginkan. Keluarga dan kawan pelik melihat sikap saya yang berubah, termasuk tidak pernah pulang ke kampung ibu.

Mereka perasan saya berkeadaan pelik tidak seperti biasa. Saya selalu membangkang cakap mak dan keluarga. Satu ketika apabila tersedar daripada tidur, saya terus teringatkan ibu kandung yang sudah lama terputus hubungan gara-gara perbuatan bekas isteri.

Saya marah kerana isteri sanggup bomohkan saya dan kami bergaduh besar sampai saya memukul isteri kerana geram. Saya mengambil keputusan menceraikannya kerana kecewa dengan perbuatannya. Akhirnya dia mengaku buat ubat ‘guna-guna’ dan memberi saya makan.”



Rumah tangga musnah



2010/08/01

KUALA LUMPUR: Niat mereka baik, tetapi tindakan golongan isteri mengamalkan ilmu hitam untuk menundukkan suami hanya memusnahkan rumah tangga, terutama selepas perbuatan itu terbongkar.
“Menurut kajian saya, isteri yang gemar guna khidmat bomoh untuk mendapatkan sihir bagi menundukkan suami sebenarnya terpengaruh daripada pengalaman rakan dan rancangan televisyen.

“Ia terjadi kerana pelbagai faktor yang mendorong isteri bertindak di luar batas. Antaranya tidak yakin dengan qada dan qadar, tidak percaya suami, tidak yakin dengan diri sendiri dan berasa terancam dengan si suami,” katanya.

Beliau berkata, perbuatan itu turut membabitkan kes wanita yang mempunyai suami berpengaruh dan kerjaya cemerlang.

“Kerana risau si suami menjalin hubungan dengan wanita lain, si isteri menggunakan khidmat bomoh untuk memperbodoh atau menundukkan suami,” katanya. Khairul Anwar berkata, isteri sepatutnya meletakkan asas perkahwinan di atas garis panduan tepat berdasarkan keimanan dan sakinah.
Katanya, jika isteri bijak mengawal suami, masalah itu dapat dibendung.

“Jika difikirkan, amalan khurafat membabitkan jin dan iblis bertujuan memperbodohkan dan menundukkan suami diamalkan sejak tamadun awal dunia dulu. Masyarakat jahiliah terdahulu turut tidak terlepas daripada perbuatan syirik ini.



Sihir dipuja bahaya



2010/08/01

KUALA LUMPUR: “Setiap sihir menjadi lebih bahaya jika dipuja ketika bulan mengambang setiap malam Jumaat,” dakwa seorang pengamal perubatan tradisional yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Hani.
“Biasanya kaedah nasi kangkang dilakukan pada waktu itu. Jika berjaya, si suami akan 100 peratus menurut perintah dan tunduk kepada isteri,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Menurutnya, selain nasi kangkang, pelbagai cara berbeza menjadi pilihan pengamal ilmu sihir.

“Antaranya penggunaan darah haid hari pertama si isteri datang bulan, air kencing isteri di waktu pagi selepas bangun tidur, tali pusat bayi cukup sifat yang meninggal dunia, air mani selepas bersama pasangan, titisan peluh di celah kangkang si isteri serta seluar dalam yang kotor.

“Ia dicampurkan dalam makanan atau minuman dan diberi kepada orang yang mahu disihir, diikuti jampi dan mantera khas,” katanya. Beliau berkata, kebanyakan mereka yang meminta sihir itu mempunyai masalah keluarga, namun golongan profesional mahupun GRO juga pernah mendapatkan khidmat itu untuk tujuan tertentu.
“Saya pilih pesakit berdasarkan niat mereka. Jika ia menyimpang dan cuba menganiaya individu lain, saya enggan meneruskan khidmat itu,” katanya.

Sementara itu, penjual minyak cenuai, Nor Rohani Yusuf, 45, berkata bagi wanita bersuami, minyak itu mampu menundukkan pasangan hanya dengan meletakkan beberapa titik minyak ke dalam makanan atau minuman suami.

“Bagaimanapun, sekiranya ingin digunakan, minyak ini perlu dihidupkan dengan langkah pertama, memasukkan beberapa titis darah daripada jari manis pemiliknya ke dalam minyak itu, langkah seterusnya memasukkan nama pemilik, nama ibu pemilik serta nama suami dan langkah terakhir minyak itu perlu dikemenyankan sebelum digunakan.

“Bagi suami pula, mereka hanya perlu mencalit minyak itu pada anggota badan isteri,” katanya yang memberitahu, sebotol minyak cenuai dan buluh perindu boleh didapati dengan harga antara RM300 hingga RM700,” katanya.

Sepanjang 20 tahun mengamalkan perubatan tradisional itu, Puan Hani berkata, beratus-ratus kes membabitkan perkara itu ditemuinya.

Menurutnya, mangsa yang terkena sihir boleh mendapatkan rawatan pemulihan untuk menghapuskan ilmu hitam itu.

“Setiap kaedah sihir boleh dibuang tetapi dengan cara berbeza. Contohnya jika mangsa terkena ilmu nasi kangkang, ahli keluarga yang perasan perkara itu harus membawa mangsa berubat.
“Biasanya saya guna dua atau tiga periuk tanah mengandungi garam, jarum dan perahan limau nipis dan bacaan jampi. Sebelum itu saya membersihkan mangsa dengan mandian bunga, memberi air zam zam serta bacaan ayat al-Quran. Kemudian periuk tanah itu dihanyutkan di sungai.

“Tidak kurang juga yang terkena pelbagai sihir lain. Begitupun, jika si suami menemui sihir berkenaan yang dibalut kain kuning dan kelihatan pelik, dapatkan bantuan mereka yang arif kerana ia perlu dibuang segera dan dihanyutkan di sungai atau air mengalir,” katanya.

Sementara itu, di Kuala Terengganu, penggunaan minyak cenuai dan buluh perindu menjadi kegemaran masyarakat, terutama Melayu, bagi menundukkan pasangan walaupun sedar tindakan itu menyalahi ajaran agama.

Penjual minyak itu, Nor Rohani Yusuf, 45, berkata bagi wanita bersuami, minyak itu mampu menundukkan pasangan hanya dengan meletakkan beberapa titik minyak ke dalam makanan atau minuman suami.

“Bagaimanapun, sekiranya ingin digunakan, minyak ini perlu dihidupkan dengan langkah pertama, memasukkan beberapa titik darah dari jari manis pemiliknya ke dalam minyak itu, langkah seterusnya memasukkan nama pemilik, nama ibu pemilik serta nama suami dan langkah terakhir minyak itu perlu dikemenyankan sebelum digunakan.

“Bagi suami pula, mereka hanya perlu mencalit minyak itu pada anggota badan isteri,” katanya yang memberitahu, sebotol minyak cenuai dan buluh perindu boleh didapati dengan harga antara RM300 hingga RM700.


Berubat cara pemujaan perbuatan syirik



2010/08/07

MASJID TANAH: Perbuatan segelintir individu yang mengamalkan perubatan cenderung kepada pemujaan untuk membuang badi dan saka sehingga sanggup melanggar hukum syarak dilihat amat membimbangkan kerana menjerumuskan mereka ke dalam kesesatan.
Pengasas Perubatan Islam Darul Ansar, Muhammad Rajab Akmal Abdul Halim, berkata beliau menyelar sikap individu terbabit apabila berubat secara melakukan pemujaan kerana ia adalah perbuatan syirik dan bidaah. “Masyarakat Melayu pada masa ini kebanyakannya lebih cenderung kepada cara bertentangan dengan hukum syarak untuk berubat bagi memulihkan sesuatu penyakit sehingga menyebabkan mereka mampu tersesat daripada landasan agama Islam.
“Berikutan itu, saya meminta orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan perbuatan individu seperti pawang atau bomoh yang cuba memesongkan akidah mereka, sekali gus membelakangkan hukum Allah,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan sekumpulan nelayan dan penduduk gempar apabila menemui objek disangka mayat bayi yang berbungkus dengan kain putih terapung di permukaan sungai di Kampung Baru, Kuala Sungai Baru.

Menurutnya, umat Islam seharusnya mengamalkan perubatan Islam berlandaskan al-Quran dan memohon petunjuk Allah agar terlindung daripada segala hasutan syaitan

QURAN DAN ZIKIR




 

DUA2 NI SEMUA KEMUNGKARAN YANG HUBUNG KAIT DENGAN ZINA

Bayi berbalut akhbar ditinggal depan kedai  
Jul 31, 10 3:13pm
Seorang bayi perempuan dipercayai baru lahir ditinggalkan berbalut dengan kain dan surat khabar di hadapan sebuah kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat di Nibong Tebal hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat berkata bayi yang masih bertali pusat itu ditemui pukul 7.56 pagi ketika pemilik kedai berkenaan hendak membuka kedainya.

"Bayi ini dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum dijumpai dan masih bertali pusat. Bagaimanapun keadaannya ketika itu agak lemah dan kebiruan kerana kesejukan," katanya kepada pemberita di Nibong Tebal.

Beliau berkata bayi seberat 2.58 kilogram itu dihantar ke Hospital Sungai Bakap di Nibong Tebal untuk rawatan lanjut.

"Setakat ini kita belum dapat kenal pasti keturunan bayi itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan bayi itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekat bagi membantu siasatan.

--Bernama




Lubuk pelacuran PJ diserbu polis
Jul 31, 10 1:16pm
Lima wanita warga China dan dua lelaki tempatan yang menjadikan sebuah kelab karaoke mewah sebagai lubuk pelacuran ditahan dalam satu serbuan polis di Petaling Jaya lewat malam tadi.

Seorang anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Petaling Jaya yang dihubungi hari ini berkata wanita warga China berumur 22 hingga 26 tahun dan dua lelaki tempatan berumur 30 dan 37 tahun yang bertindak sebagai bapa ayam itu ditahan dalam serbuan pukul 11 malam.

"Dalam operasi kira-kira dua jam itu, tindakan menyerbu kelab di tingkat lima dan enam bersebelahan hotel empat bintang itu dipercayai dapat dihidu lebih awal, ekoran beberapa pelacur dapat meloloskan diri melalui lorong tikus menghubungkan tangga kecemasan yang disembunyikan berhampiran tandas kelab terbabit," katanya.

Katanya, ketika serbuan pihak pengurusan kelab bagaimanapun menafikan wujudnya kegiatan pelacuran terbabit memandangkan kelab itu mempunyai pengaruh orang kenamaan serta dikujungi oleh ramai VVIP dan mendakwa kegiatan pelacuran dilakukan oleh pekerja-pekerjanya yang ingin mengambil kesempatan.

Difahamkan, pelacur kelas atasan itu menerima bayaran sekitar RM400 hingga RM500 untuk layanan di bilik karaoke bagi 'sesi perkenalan' sebelum dibawa ke hotel bersebelahan dengan bayaran lebih mahal bagi perkhidmatan seks yang mengikut jam, katanya.

"Kesemua wanita itu ditahan mengikut Seksyen 39 (b), peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial manakala dua lelaki tempatan itu ditahan mengikut Seksyen 55B, Akta Imigresen 1959 dan di bawa ke IPD Petaling Jaya untuk siasatan lanjut," katanya.

--Bernama

RAMADHAN NI HENTIKAN SEGALA KEMAKSIATAN DAN KEMUNGKARTAN SETERUSNYA DIBULAN2 LAIN HINGGA MATI MENJEMPUT KITA...

 

 
Lagu Raya - Raihan - Harapan Ramadhan
 


Salam Ramadhan

Allah Pictures, Images and Photos

Remember the hunger and the thurst of

The Day of Judgement with you hunger and

thurst of Ramadhan

There is no God But ALLAH , and Muhammad is his messenger ( in Arabic ) Pictures, Images and Photos

Break your fast with a date, or with water

because it is pure




Friday, July 30, 2010

NIAT BAGUS..CUMA CARA TAK BETUL...MUAFAKAT...BERTERUS TERANGLAH....APA SEBENAR YANG BERLAKU...

Guru silat paksa pelajar nikah

Oleh Rashidi Karim

2010/07/31

KANGAR: “Jika tak mahu ditimpa kejadian buruk, kami dipaksa bersetuju anak kami dikahwinkan dengan anak perempuannya,” kata seorang lelaki yang mendakwa anak lelakinya, penuntut sebuah universiti di Mesir, dilari dan dikurung seorang guru silat untuk dipaksa berkahwin dengan anak gadisnya.
BUKTI...Mohd Fuzi, menunjukkan laporan polis berhubung kehilangan   Firdaus.
BUKTI...Mohd Fuzi, menunjukkan laporan polis berhubung kehilangan Firdaus.
Mohd Fuzi Mohd Zain, 57, mendakwa guru silat berkenaan turut menetapkan tarikh pernikahan pelajar terbabit dengan anak gadisnya berusia 24 tahun, esok.

Menurut Mohd Fuzi, anaknya, Mohd Firdaus Mohd Fuzi, 27, pelajar Jurusan Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, pulang ke tanah air untuk cuti semester sebelum gagal dikesan sejak 15 hari lalu selepas berkunjung ke rumah guru silat berkenaan di Padang Besar, dekat sini.

“Kami gagal menghubungi Firdaus dan tidak tahu di mana dia berada. Namun, kami percaya dia disembunyikan guru silat berkenaan,” katanya yang tinggal di Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur.

Mohd Fuzi berkata, dia dan isteri (Jamiah Hamid) bergegas ke Perlis dan berjumpa guru silat berkenaan untuk mencari Firdaus namun kecewa apabila lelaki berusia 50-an itu enggan menyatakan di mana anak mereka berada.

“Sebaliknya, dalam pertemuan itu dia mengajak kami membincangkan urusan perkahwinan Firdaus dengan anak gadisnya yang ditetapkan pada 1 Ogos

“Saya terkejut besar apabila dimaklumkan anak saya akan dikahwinkan dengan anak gadisnya kerana sebelum ini Firdaus tak pernah menyebut mengenai perkahwinan walaupun mempunyai kenalan wanita ketika menuntut di Mesir,” katanya ketika ditemui bersama sepupunya, Ahmad Mustapa di sini, semalam.

Kata Mohd Fuzi, sudah banyak kali dia menghubungi Firdaus menerusi telefon bimbitnya, tetapi tidak dijawab dan hingga kini tidak mengetahui kedudukan sebenarnya.

“Firdaus anak sulung daripada lima beradik dan dia amat rapat dengan keluarga, terutama ibunya dan sering meluahkan perasaan kepada ibunya apabila menghadapi masalah. Saya dan keluarga kini bimbang dengan keselamatan Mohd Firdaus.

“Setakat ini, saya tak pernah lihat wanita yang bakal menjadi menantu saya serta status sebenarnya, sama ada janda atau dara. Fikiran saya bercelaru memikirkan nasib Firdaus, malah isteri saya sering menangis kerana tak bertemu anak sulungnya sejak 15 hari lalu,” katanya.

Mohd Fuzi membuat dua laporan berhubung kehilangan anak lelakinya itu di Balai Polis Arau pada 27 Julai dan semalam.

Laporan pertama dibuatnya berhubung kehilangan anaknya ketika hadir di rumah Ahmad iaitu bapa saudara Firdaus di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Kangar, di sini.

Laporan kedua pula berhubung ugutan dan paksaan untuk berkahwin diterimanya apabila bertemu guru silat berkenaan di Mata Ayer dekat sini pada 15 Julai lalu.

Menurutnya, Firdaus pernah menuntut di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) di Beseri, dekat sini, sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir dan mengenali guru silat berkenaan.

Katanya, Firdaus perlu menghabiskan pengajian peringkat ijazah selama setahun lagi di Mesir, bermula November ini dan dia bercadang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di universiti tempatan.

“Guru silat itu mengugut menyatakan ada pemuda sudah gila apabila menolak berkahwin dengan anak gadisnya dan berulang kali menyatakan jangan salahkan dia jika berlaku kejadian buruk terhadap Firdaus,” kata Mohd Fuzi




'Mereka dah berkenan'

Oleh Rashidi Karim

2010/08/02

KANGAR: “Saya mengesahkan bahawa saya menikahkan sendiri Mohd Firdaus Mohd Zain dengan anak gadis saya (Zuraida) semalam (kelmarin), dengan mas kahwin hanya RM50 tanpa belanja lain sehari lebih awal dari tarikh ditetapkan hari ini (semalam).
“Malah, saya juga melakukan pernikahan sama menyatukan anak keenam saya, Zakira, 17, dengan pasangannya, Bunyamin Abbas, 19, pada tarikh sama bersama hantaran mas kahwin sama iaitu RM50,” kata guru silat, Zubir Mat Isa, 47, semalam.
Katanya, pernikahan dua anak gadisnya itu disaksikan Imam I Masjid Ngulang di masjid berkenaan di Mata Ayer, dekat sini, kira-kira jam 6.30 petang, kelmarin.

Bagaimanapun, berlaku kontroversi baru apabila bapa Bunyamin juga membuat laporan di Balai Polis Padang Besar jam 12.30 tengahari semalam selepas tidak memaklumkan mengenai perkahwinan rahsia itu.

Zubir menafikan melarikan Mohd Firdaus, pelajar jurusan Usulludin dari Universiti Al-Azhar, Mesir, atau memaksanya berkahwin dengan anak gadisnya itu kerana mereka sudah lama ‘berkenan’.

“Jika perkahwinan ini terbatal, saya ada calon menantu untuk Zuraida iaitu seorang mualaf berbangsa Cina tetapi saya bersyukur berlangsung seperti dirancang,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pertubuhan Darul Islah, Mata Ayer, dekat sini, semalam.

Katanya, dia terpaksa mempercepatkan pernikahan Mohd Firdaus yang sedang belajar di Mesir kerana bimbang perkahwinan yang dirancang tidak menjadi kenyataan selepas kes itu disiarkan secara meluas di akhbar.

Selain itu, katanya, dia tidak mengenakan perbelanjaan besar cukup sekadar mas kahwin RM50 kerana didakwa itu sunnah Nabi Muhammad dan dituntut Islam.

Kelmarin, muka depan akhbar ini melaporkan Mohd Fuzi dari Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur, mendakwa anak sulungnya dibawa lari untuk dipaksa berkahwin dengan anak gadis seorang guru silat di sini.

Mohd Firdaus yang bercuti di Perlis dilaporkan hilang sejak 16 Julai lalu, selepas bertemu seorang guru silat di pejabat Pertubuhan Darul Islah, di sini.

Difahamkan, dua laporan polis di Balai Polis Arau dibuat selepas usaha menemui dan menghubungi Mohd Firdaus gagal pada 27 dan 30 Julai lalu

Zubir berkata, hasrat berkahwin terdetik dari hati Firdaus sendiri, tanpa dipaksa mana-mana pihak seperti didakwa keluarga pelajar itu.

“Saya tidak pernah memaksa Firdaus menikahi Zuraida, kerana dia sendiri menyuarakan hasrat itu.

“Malah, dakwaan saya melarikan Firdaus dari keluarganya tidak benar sama sekali,” katanya.

Ditanya kedudukan Mohd Firdaus sekarang, katanya: “Mohd Firdaus dan isterinya berbulan madu di Langkawi dan menetap di sebuah chalet di sini,” katanya



Bapa kesal anak nikah tanpa restu

MATA AYER - “Bunyamin masih terlalu muda dan baru menamatkan pengajian, apatah lagi belum mempunyai pekerjaan. Selama ini pun, hidupnya disara keluarga. Bagaimana dia mahu menyara hidup isteri, jika diri sendiri tidak terbela,” kata seorang kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Abas Mat, 56, berhubung pernikahan anaknya itu.

Abas Mat berkata, anak lelakinya berkahwin dengan anak gadis kepada seorang guru silat di Mata Ayer, di sini, petang Sabtu lalu.

Laporan itu dibuat Abas di Balai Polis Padang Besar kira-kira jam 1 petang, kelmarin selepas mendapat tahu anak lelakinya, Bunyamin Abas, 19, bernikah dengan anak gadis guru silat berkenaan yang baru berusia 17 tahun, sehari selepas itu.

Abas mendakwa, dia percaya anaknya itu berdepan dengan nasib serta masalah sama seperti yang dihadapi pelajar Universiti Al-Azhar, Mohd Firdaus Mohd Fuzi, 27.

Menurutnya, dia sendiri tidak tahu menahu mengenai perkahwinan berkenaan kerana tiada sebarang rundingan dibuat antara keluarganya dengan pihak pengantin perempuan.

“Pihak Pertubuhan Darul Islah ada menghubungi saya baru-baru ini untuk minta saya hadir bagi tujuan rundingan, tetapi ia tidak berlaku kerana saya berada di luar kawasan menghadiri kursus.

“Namun, saya sudah maklumkan kepada mereka saya tidak setuju Bunyamin dinikahkan dengan alasan masih terlalu awal bagi anak saya untuk berumah tangga,” katanya.

Bunyamin pernah memaklumkan hasrat untuk berkahwin kepada ibunya, Hamidah Hassan, 50. Namun, ia turut tidak dipersetujui.

“Sejak itu, Bunyamin tidak lagi berhubung dengan keluarga sehinggalah kami dapat tahu dia sudah bernikah Sabtu lalu,” katanya.

Difahamkan, berdasarkan laporan dibuat Abas menyatakan rasa tidak setuju dengan pernikahan anaknya.

Selain Abas, sebelum ini dua lagi laporan turut dibuat terhadap kejadian sama oleh Mohd Fuzi Mohd Zain, yang juga bapa kepada Mohd Firdaus, masing-masing pada 27 dan 30 Julai lalu di Balai Polis Arau.

Sementara itu, Abas turut mempersoalkan tindakan guru silat berkenaan yang dikatakan membuat keputusan bagi pihak Bunyamin dan menikahkan anaknya tanpa restu daripadanya.

“Saya minta pihak berkenaan melakukan siasatan ke atas guru silat berkenaan serta pusat di mana lelaki itu bernaung kerana khuatir lebih ramai anak muda akan mengambil tindakan sama,” katanya.

Terdahulu Sinar Harian siaran 2 Ogos lalu ada menyiarkan kenyataan guru silat itu yang menafi melarikan salah seorang pelajar yang bernikah dengan anak gadisnya.

Beliau berkata, hasrat berkahwin adalah terdetik dari hati pelajar itu sendiri, tanpa dipaksa mana-mana pihak seperti yang didakwa keluarga mereka.

Petang Sabtu lalu, Bunyamin dan Mohd Firdaus dinikahkan guru silat mereka dengan dua anak gadisnya yang berumur 24 dan 17 tahun dalam satu majlis ringkas di pejabat Pertubuhan Darul Islah, yang disaksikan Imam 1 Masjid Ngulang.

BENDA SAKIT SANGGUP BUAT...TAK MUSTAHIL IA SANGGUP BUAT BENDA YANG SEDAP....

Bukti cinta gadis remaja

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

2010/07/31

KUALA LUMPUR: Biarpun masih di bangku sekolah, ramai remaja perempuan kini dikesan mengelar lengan hingga berdarah untuk menulis nama kekasih masing-masing, kononnya atas nama cinta.
TOREH...trend remaja perempuan mengukir nama kekasih pada lengan.
TOREH...trend remaja perempuan mengukir nama kekasih pada lengan.
Mereka melakukan perbuatan itu menggunakan pisau kecil atau mencucuk lengan dengan jarum bagi menghasilkan kesan parut seolah-olah tatu.

Perbuatan itu yang menjadi ‘trend’ terkini di kalangan remaja perempuan didedahkan pakar motivasi dan kaunseling remaja, Ahmadi Din berdasarkan pengalamannya mengendalikan beberapa kes gadis bermasalah.

Ahmadi berkata, baru-baru ini sepasang suami isteri meminta khidmatnya untuk mengatasi masalah anak gadis mereka yang sukar dikawal selepas terjebak aktiviti tidak bermoral dan dia mendapati tangan remaja itu ada kesan torehan nama teman lelakinya.

“Ibu bapa gadis berusia 16 tahun mengadu anak mereka terjebak pelbagai kegiatan tidak bermoral termasuk menghidu gam, merokok, ponteng sekolah dan suka berfoya-foya di disko.

“Selepas mendekati gadis itu saya mendapati lengan tangan kirinya yang mempunyai tanda parut tertulis perkataan yang bermula dengan huruf A. Apabila saya tanya, dia memberitahu tulisan itu nama teman lelakinya,” katanya

Menurutnya, gadis terbabit mengaku sengaja melukakan tangannya menggunakan jarum sehingga berdarah bagi mengukir nama kekasihnya yang berusia setahun lebih muda daripadanya.

“Dia memberitahu perbuatan itu dilakukannya kerana terpengaruh perbuatan sama oleh rakan sebaya yang mengukir nama kekasih masing-masing pada lengan atau pergelangan tangan.

“Tanpa berselindung, dia mendakwa perbuatan menoreh lengan itu dilakukan bagi membuktikan kesetiaan dan rasa cintanya yang mendalam terhadap kekasihnya yang belajar di sekolah sama,” katanya.

Ahmadi berkata, remaja terbabit tanpa rasa bersalah mendakwa terlalu sayangkan teman lelaki menyebabkan dia hilang pertimbangan dan berani melakukannya.

“Perbuatan itu juga tidak ubah seperti pertandingan bagi membuktikan siapa paling hebat dan berani di kalangan gadis sebaya. Mereka langsung tidak ragu-ragu melakukannya hanya untuk bermegah. Siapa yang mempunyai parut nama paling panjang dianggap paling berani.

“Berdasarkan maklumat dikumpulkan, perbuatan gila mencederakan diri sendiri itu menjadi ‘trend’ baru yang tersebar meluas di kalangan remaja sekolah rendah dan menengah. Jadi, ibu bapa perlu lebih peka dan menyiasat aktiviti anak masing-masing,” katanya.

Ahmadi berkata, kegilaan terbaru itu mungkin diakibatkan kaedah lama menoreh nama pada batang pokok atau kerusi batu di taman rekreasi sebagai bukti cinta dianggap ketinggalan zaman.

“Lebih menyedihkan perbuatan menoreh nama teman lelaki pada lengan hingga berdarah ini sebahagian besarnya dilakukan gadis Melayu yang masih mentah untuk mengenal erti cinta,” katanya.

Menurutnya, perbuatan mencederakan tangan untuk menghasilkan parut tertera tulisan nama seseorang sama seperti membuat tatu dan Islam melarang keras amalan ini.

“Dalam Islam, apa saja perbuatan memudarat dan membahayakan diri adalah haram. Malah, terdapat hadis Rasulullah yang maksudnya Allah melaknat perempuan membuat tatu, perempuan yang meminta dirinya ditatu, perempuan yang meminta bulu keningnya dibuang dan perempuan yang mengikir giginya,” katanya.

Selain itu, kata Ahmadi, daripada sudut kesihatan perbuatan menoreh kulit menyerupai tatu itu boleh menyebabkan gejala bengkak dan gatal pada bahagian ditoreh yang mengundang jangkitan penyakit Hepatitis B atau C jika jarum digunakan tercemar.

BILA HILANG PERASAAN MALU....DAN BIADAP SERTA TAK BERAKHLAK

Dari bas ke balai polis

Oleh Mohd Fauzi Abdullah

2010/07/31

KUANTAN: Akibat kemaruk seks, seorang penumpang sebuah bas ekspres menerima padah apabila dia diturunkan pemandu bas berkenaan untuk ditahan di sebuah balai polis di Bentong, petang kelmarin.
Lelaki berkenaan dikatakan mencabul seorang wanita dalam bas ekspres berkenaan ketika dalam perjalanan dari Temerloh menuju ke Kuala Lumpur, dekat Bentong.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, penumpang lelaki berusia 49 tahun berkenaan menaiki bas dari Temerloh ke Kuala Lumpur atas urusan kerja namun mengambil kesempatan meraba tubuh dan payudara penumpang wanita berusia 24 tahun yang duduk di depannya.

Gara-gara tindakan gila itu, hajat lelaki terbabit untuk ke ibu negara tidak kesampaian apabila terpaksa turun di sebuah balai polis di Bentong selepas pemandu bas dimaklumkan perbuatan sumbang dilakukan penumpangnya itu.

Malah, penumpang bas kemaruk seks berkenaan turut terjerat apabila perbuatannya itu sempat dirakam seorang lagi penumpang yang melihat kejadian terbabit. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud, berkata ketika dalam perjalanan, mangsa yang juga seorang pelajar pada mulanya menyedari tubuh dan payu daranya diraba seorang penumpang yang duduk di belakangnya selepas terlihat ada tangan menjalar ke bahagian badannya.

Katanya, mangsa yang tidak selesa dengan perbuatan biadab lelaki berkenaan mengubah tempat duduk, bagaimanapun lelaki kemaruk seks itu terus mengulangi perbuatannya tanpa ada perasaan malu terhadap penumpang lain yang melihat kejadian berkenaan.

“Melihat perbuatan berterusan lelaki berkenaan, mangsa yang berang bangun dari tempat duduk dan memukul suspek dengan tangan sambil memarahinya sebelum menghubungi bapanya memaklumkan kejadian menimpanya,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam. Mohd Haris berkata, menyedari perbuatan sumbang dilakukan seorang penumpangnya, pemandu bas berkenaan mengambil langkah bijak menuju ke balai polis berhampiran dan menurunkan suspek untuk diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut. “Pihak polis kemudian mengambil keterangan daripada mangsa selain meneliti rakaman video yang sempat dirakam seorang penumpang berhubung kejadian itu bagi membantu siasatan,” katanya.

JIKA DAH KAYA DAN DUIT DAH TAK RETI NAK PAKAI...MUNGKIN JADI TREND JUTAWAN2 YG LAIN....ADAKAH MEREKA TIDAK MEMIKIRKAN ADA ALAM LAIN...IAITU AKHIRAT...SYURGA YANG ALLAH JANJIKAN KEPADA ORANG BERTAKWA....REBUTLAH PELUANG NI...

DUNIA


Kos kahwin anak Clinton RM9.54j







CHELSEA CLINTON





RHINEBECK, New York - Kos perkahwinan Chelsea Clinton berumur 30 tahun yang merupakan anak bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton di sebuah hartanah peribadi di New York hari ini dianggarkan mencecah lebih AS$3 juta (RM9.54 juta).
Walaupun pakar-pakar industri perkahwinan menganggarkan kosnya hampir AS$5 juta (RM15.9 juta), namun Timbalan Editor majalah Brides, Sally Kilbridge menyatakan Chelsea tidak akan bersikap begitu ekstrem.
"Saya fikir kosnya ialah di antara AS$2 juta (RM6.3 juta) hingga AS$3 juta (RM9.54 juta)," katanya.
Antara kos anggaran yang dinyatakan oleh Kilbridge ialah gaun perkahwinan Vera Wang berharga AS$20,000 (RM63,630), kek lima tingkat buatan Sylvia Weinstock berharga AS$20,000 (RM63,630), kos bunga-bungaan AS$250,000 (RM795,374) dan katering bernilai AS$750,000 (RM2.38 juta).
Anggaran lain meliputi khemah berharga AS$600,000 (RM1.9 juta), kos tandas bergerak AS$15,000 (RM47,722) hingga AS$20,000 (RM63,630) dan kos hiburan AS$40,000 (RM127,260).
Chelsea yang juga anak perempuan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton itu berkahwin dengan seorang pegawai bank pelaburan, Marc Mezvinsky berusia 32 tahun.
Kira-kira 500 orang tetamu diundang untuk menghadiri majlis itu.
Bill yang menjadi Presiden AS pada tahun 1993 hingga 2001 sebelum George W. Bush dan Barack Obama itu dilaporkan tiada masalah untuk membiayai perkahwinan tersebut kerana beliau memperoleh pendapatan AS$40 juta (RM127 juta) hanya dengan mengadakan ceramah sejak enam tahun lalu. Bagi memastikan majlis berjalan lancar, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan turut membantu dengan mengumumkan zon larangan terbang di sepanjang tebing Sungai Hudson.
Pihak polis juga menjangka kehadiran kumpulan wartawan dan orang awam namun ketua polis negeri, Mejar Michael A. Kopy yakin bahawa pelan-pelan trafik yang digunakan pada acara-acara besar sebelum ini adalah berkesan untuk memastikan kelancaran majlis berkenaan. - AP

DENGAN FILEM LUCAH...GAMBAR LUCAH DAN NI SEMBANG LUCAH...NI MENYUBURKAN LAGI ZINA DAN BUANG ANAK....

DUNIA


Sembang  lucah  di iPhone 4


Pelakon filem lucah, Teagan Presley menguji perkhidmatan sembang lucah dengan menggunakan iPhone 4 baru-baru ini.


NEW YORK - Orang ramai kini boleh bersembang lucah secara langsung menerusi panggilan video iPhone 4 keluaran Apple Inc., di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.
Dengan menggunakan perisian Face Time iPhone 4, banyak syarikat di AS termasuk firma pengiklanan lucah, Craiglist giat memajukan sidang video perbualan lucah.
Di lima bandar raya AS, firma Craiglist itu menyiarkan iklan-iklan mencari model khusus untuk sesi bicara video seks di Face Time.
Perisian FaceTime membolehkan pengguna iPhone 4 membuat panggilan video menerusi sambungan Wi-Fi dengan menggunakan kamera dan skrin telefon tersebut.
Baru-baru ini, seorang pelakon filem lucah, Teagan Presley menguji perkhidmatan Face Time dengan menggunakan iPhone 4.
Populariti perkhidmatan terbaru itu meningkat ekoran berlaku perubahan dalam industri pornografi global masa kini.
Pengguna-pengguna kini tidak mahu melihat model-model lucah di Internet sebaliknya mahu bersembang dengan mereka. Sesi bersembang itu dijangka mengenakan bayaran AS$5 (RM15.90) dan AS$6 (RM19.08) selama satu minit dengan bayaran dibuat menggunakan kad kredit. - Agensi

Thursday, July 29, 2010

MAKSIAT DIMANA2...INI PENGARUH NAFSU...SYAITAN...TERUS BEKERJA DAN MENGODA...YANG ISLAM TELAH LAMA TERIKUT2 PERKARA TIDAK BERMORAL...DAN TAK MEMPENDULI DOSA DAN PAHALA LAGI

DUNIA


Luna Maya digoda di ibu pejabat polis



LUNA MAYA



JAKARTA - Pengacara terkenal, Luna Maya yang menjadi suspek dalam skandal video seks melibatkan penyanyi band Peterpan, Ariel digoda oleh beberapa orang yang berada di sebuah ibu pejabat polis di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa orang itu mengerumuni belakang pagar ibu pejabat polis tersebut selepas mereka mendengar kehadiran Luna Maya.
Luna Maya yang merupakan kekasih Ariel itu keluar dari pintu belakang pejabat polis itu pada pukul 5.15 petang waktu tempatan.
"Luna. Luna! Apa kabar? Kok kamu cantik banget (sangat)," kata beberapa orang itu.
Mendengar namanya dipanggil, Luna Maya hanya menoleh dan tersenyum malu-malu sambil cuba menutup wajahnya dengan selendang berwarna ungu.
Selebriti itu cuma diam tanpa memberikan sebarang reaksi semasa ditanya sama ada dia sempat bertemu dengan kekasihnya yang kini ditahan di ibu pejabat berkenaan berhubung kes video tersebut.
Dia turut diam semasa ditanya mengenai keadaan kesihatannya.
Luna Maya meninggalkan ibu pejabat itu dengan menaiki sebuah kereta Honda CRV. - Agensi




DUNIA


Majalah siar foto bogel Jolie



GAMBAR menunjukkan majalah Star yang menyiarkan foto Angelina Jolie.



MIAMI - Sebuah majalah mingguan hiburan gosip terkenal Amerika Syarikat (AS) menyiarkan gambar-gambar bogel aktres sensasi Angelina Jolie yang belum pernah disiarkan lagi semasa dia berusia 24 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Majalah Star mendakwa memperoleh foto-foto eksklusif Jolie, 35, daripada buku terbaru, Angelina: An Unauthorized Biography, yang dihasilkan oleh penulis biografi ternama AS, Andrew Morton dan akan dijual bulan depan.
Salah satu gambar itu yang didakwa dirakamkan pada 1999 menunjukkan sekeping pita pelekat hitam menutup payu dara Jolie dengan seekor rantai anjing berada di lehernya.
Sekeping lagi gambar hitam putih memaparkan belakang badan Jolie yang berada di atas sebuah katil dengan dia memakai seluar dalam nipis G-string dan topi koboi.
Jolie pernah mengaku mengambil dadah jenis heroin pada zaman muda sebelum dia akhirnya meninggalkan tabiat itu.
Pendedahan itu dibuat ketika dia mempromosikan filem terbaru lakonannya, Salt. - Agensi




DUNIA


Mallika Sherawat dedah payu dara



GAMBAR Mallika Sherawat yang mendedahkan payu daranya di laman Twitter.



MUMBAI - Pelakon terkenal Bollywood yang pernah membintangi filem Hollywood, Mallika Sherawat menyiarkan gambar separuh bogelnya di laman Twitter di Internet, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Dalam gambar itu, payu dara Sherawat dilindungi oleh rambutnya manakala tubuhnya mengandungi corak seperti kulit ular.
Gambar itu merupakan sebahagian daripada promosi filem terbaru lakonannya, HISSS.
Dia memegang watak sebagai wanita ular dalam filem tersebut.
Pelakon itu yang kini tinggal di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) meminta pandangan peminat-peminatnya berhubung gambar berkenaan.
Dalam mesejnya di laman itu, dia bertanya kepada peminat-peminatnya sama ada gambar itu boleh dianggap sebagai keterlaluan kerana sebahagian payu daranya boleh dilihat. - Agensi




NEGARA


Pelajar diculik depan sekolah



NOOR ZAINY memeriksa kereta Perodua Kenari yang dirampas daripada dua lelaki selepas mereka terbabas ketika menculik seorang pelajar di Besut semalam.



BESUT - Niat jahat dua lelaki yang menculik seorang pelajar dipercayai untuk dirogol bukan sahaja tidak termakbul malah, kedua-dua mereka dapat diberkas ketika sedang bersembunyi dalam keadaan parah di dalam sebuah rumah di Kampung Alur Jejawi, Kuala Besut di sini kelmarin.
Kejadian pukul 4.30 petang itu berlaku apabila suspek berusia 15 dan 23 tahun yang menaiki sebuah kereta Perodua Kenari melarikan Nurmuni Ainun Izzati Mohd. Roslan, 15, ketika dia sedang menunggu ibunya di luar kawasan sekolah untuk menjemputnya pulang selepas tamat kelas tambahan.
Sebelum kejadian, abang mangsa telah datang ke sekolah berkenaan tetapi pulang semula ke rumah selepas mendapati adiknya masih belum keluar.
Nurmuni Ainun Izzati merupakan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di sini.
Sebaik sampai di sekolah berkenaan, salah seorang suspek tersebut terus menarik mangsa ke dalam kereta hingga menyebabkan pelajar berusia 15 tahun berkenaan cedera manakala beg sandangnya putus dan tertinggal di situ.
Kejadian itu turut disaksikan oleh beberapa pelajar lain tetapi mereka tidak sempat membantu kerana mendakwa kejadian berlaku begitu pantas.
Difahamkan, suspek berusia 23 tahun tersebut dipercayai dalam keadaan gersang kerana isterinya dikatakan masih berpantang kerana baru lepas bersalin.
Mangsa kemudian diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan dengan salah seorang suspek memeluknya dari belakang.
Nurmuni Ainun Izzati kemudian bertindak melawan dengan meronta-ronta dan menendang papan pemuka kereta menyebabkannya rosak manakala pemandunya pula gagal mengawal kenderaan tersebut.
Ekoran tindakan drastik mangsa, kereta tersebut kemudian terbabas hingga memasuki sebuah parit di Kampung Limbongan dekat sini iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Supritendan Noor Zainy Md. Noor berkata, kemalangan itu menyebabkan mangsa pengsan serta mengalami cedera parah di kepala dan leher.
Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Besut sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
"Polis yang melancarkan operasi tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian dan mendapati kedua-dua suspek sudah melarikan diri dan pelajar berkenaan pengsan dalam kereta.
"Hasil maklumat orang ramai, polis kemudian telah menyerbu sebuah rumah dan mendapati kedua-dua suspek yang cedera parah itu sedang bersembunyi di dalamnya," katanya pada sidang akhbar di sini semalam




NEGARA


Ibu buang bayi kena jel dua tahun



YANTI (kanan) dan Juliati dibawa keluar dari Mahkamah Majistret selepas dijatuhi hukuman di Johor Bahru semalam.



JOHOR BAHRU - Seorang wanita warga Indonesia yang tergamak membuang mayat bayi lelaki yang dilahirkannya terpaksa meringkuk di dalam penjara selama dua tahun selepas Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman tersebut di sini semalam.
Tertuduh, Juliati, 27, turut dipenjara empat bulan lagi atas kesalahan memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.
Majistret Mazana Sinin mengarahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang tidak bekerja didakwa secara rahsia telah membuang mayat seorang bayi lelaki yang dilahirkannya ke dalam semak selepas membungkus mayat itu dan dimasukkan ke dalam sebuah beg plastik.
Juliati didakwa melakukan perbuatan tersebut di rumah nombor 585, Kampung Teluk Serdang, Pinggir Jalan Camar 15, Taman Perling di sini pada pukul 4.30 pagi 10 Julai lalu.
Rakan serumah tertuduh, Yanti Yulianti, 27, yang bekerja di sebuah kedai makan turut dihukum penjara empat bulan berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap kerana bersubahat dengan tertuduh


NEGARA


Bersalah bunuh suami isteri




SEREMBAN - Seorang bekas petinju remaja Negeri Sembilan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita hamil lapan bulan dan suaminya di sebuah rumah di Senawang dekat sini tiga tahun lalu.
Mohamad Azli Azhari, (gambar) 23, dilihat tenang ketika mendengar keputusan yang dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yassin.
Ahmad Nasfy dalam penghakimannya berkata, pihak Pendakwa Raya berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan semua bukti menunjukkan tertuduh telah membunuh pasangan malang itu.
Azli dituduh membunuh Syed Herie Azmi Syed Kassim, 25, dan Aniza Ayob, 24, di sebuah rumah di Taman Desa Anggerik, Senawang di sini antara pukul 8 pagi hingga pukul 10 pagi pada 16 Jun 2007.
Pasangan berkenaan baru lapan bulan bergelar suami isteri dan Aniza semasa dibunuh sedang sarat mengandung.
Pasangan suami isteri itu dijumpai mati oleh dua rakan mereka dengan beberapa kesan tikaman di badan. Mayat mereka terlantar di ruang tamu rumah.
Ahmad Nasfy berkata, beberapa jam selepas kejadian itu, tertuduh telah mengaku kepada rakan-rakannya bahawa dia telah membunuh Syed Herie yang juga dikenali sebagai Along Santan.
"Malah ketika ditahan, polis menjumpai senjata pembunuhan yang masih mempunyai darah di dalam simpanan kamu," kata Pesuruhjaya Kehakiman itu.
Pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala peguam Hanif Hassan mewakili Azl

Wednesday, July 28, 2010

COPY PASTE DARI BLOG FENDI TAZKIRAH....TAK TAHU SAPE YG PEJAM DAN BISU...TUDUH2.... NANTI DIA KATA KITA DAH BETUL SANGATKE....SEDANGKAN KITA KATA HUKUM MEMANG JELAS HARAM...DAN DIKEHENDAKI MENINGGALKAN PERKARA2 YANG BERTENTANG DENGAN SYARAK

MASIH NAK BERDALIH LAGI...TENTANG HUKUM ALLAH

Lima murid sekolah dinodai

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my
2010/07/29
PETALING JAYA: Seorang pemandu van sekolah dipercayai merogol lebih lima murid perempuan berusia 10 tahun yang dibawanya di sekitar daerah ini sejak minggu lalu.
Suspek yang berusia 51 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terbabit dalam van sekolah dipandunya.
Difahamkan, suspek tidak segan silu merogol mangsa pada siang hari dan di kawasan sesak dengan orang ramai. Menurut sumber, dalam kejadian terbaru Isnin lalu kira-kira jam 12.40 tengah hari, seorang guru tadika yang melalui kawasan luar sebuah sekolah di Jalan Othman di sini, terkejut apabila melihat seorang murid perempuan yang masih berpakaian seragam dirogol dalam sebuah van.

Difahamkan, guru tadika berkenaan membuka pintu van dan menarik murid itu daripada menjadi mangsa rogol lelaki terbabit. Mangsa berjaya diselamatkan guru itu dengan bantuan dua anggota polis peronda yang melalui kawasan kejadian.

“Lelaki terbabit ditahan manakala mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan,” katanya.

Sumber berkata, mangsa mendedahkan perbuatan pemandu van terbabit yang merogol lebih daripada lima murid sekolah yang dibawanya. “Selepas pemandu terbabit mengambil murid yang menggunakan khidmatnya, dia akan menetapkan sasaran mangsanya dengan menghantar murid berkenaan terakhir sekali sebelum merogolnya.

“Pemandu itu turut mengugut mangsa supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya. Jurucakap polis berkata, pihaknya percaya suspek sudah lama aktif dan mungkin lebih daripada lima murid sekolah menjadi mangsanya. Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan itu dan suspek kini direman empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Kes ini masih dalam siasatan dan kami cuba mengesan mangsa lain,” katanya yang enggan mengulas lanjut. Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Kelana Jaya, Arjunaidi berkata, seorang murid tahun enam dicabul seorang pemandu van berusia 37 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, mangsa dipercayai seorang diri di dalam van sekolah sebelum suspek memegang kemaluan mangsa.

Menurutnya, mangsa yang terkejut dengan perbuatan itu menjerit meminta tolong sebelum keluar dari kenderaan itu dan melarikan diri.

“Setakat ini, kami masih mengesan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.



Remaja cabul sepupu 4 tahun ditahan



2010/07/29

KUALA LUMPUR: Seorang remaja menjadikan sepupunya yang berusia empat tahun sebagai mangsa pemuas nafsu peliknya apabila sanggup menjolok jari ke dalam kemaluan kanak-kanak itu.
Kejadian terbabit berlaku di sebuah rumah di Taman Keramat, di sini, Jumaat lalu ketika kanak-kanak malang itu ditinggalkan di rumah neneknya untuk dijaga kerana ibunya mempunyai urusan kerja.
Bagaimanapun, ibunya yang pulang dari kerja kemudian mengambil mangsa dan perbuatan keji dilakukan remaja berusia 17 tahun itu terbongkar ketika wanita itu mahu memandikan mangsa.

Menurut sumber, kejadian disedari apabila kanak-kanak terbabit mengadu kemaluannya sakit ketika ibunya itu mahu memandikannya.

“Ibunya yang hairan kemudian bertanyakan mangsa mengapa dia berasa sakit sebelum terkejut apabila diberitahu ia angkara sepupunya.

“Kanak-kanak itu menceritakan sepupunya memasukkan jari ke dalam kemaluan ketika mereka berada di rumah nenek,” katanya.

Menurutnya, mendengar pengakuan itu, wanita berkenaan kemudian terus menghubungi ibu mentua dan juga kakak iparnya untuk bertanyakan kesahihan cerita terbabit.

“Bagaimanapun, ibu mentua dan kakak iparnya mengatakan yang mereka langsung tidak tahu menahu berhubung kejadian berkenaan sebelum mereka meminta wanita terbabit membawa anaknya menjalani pemeriksaan di hospital.

“Wanita itu kemudian membawa anaknya menjalani pemeriksaan doktor sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat ibu mangsa dan juga penahanan remaja terbabit.

“Setakat ini kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan dan remaja itu berjaya ditahan kira-kira jam 3 petang kelmarin ketika dia berada di balai polis untuk membuat laporan

“Kami menyiasat kes ini mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.

Sehubungan itu katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap remaja terbabit.




Pusat hiburan umpan wanita asing montok kena serbu



2010/07/29
KUALA LUMPUR: Puluhan pelanggan yang memenuhi sebuah premis hiburan Kuchai Entrepreneur Park di sini, membawa kepada pembongkaran umpan wanita warga asing montok yang menjadi rahsia pelaris perniagaan mereka.
TAHAN...GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan, kelmarin.
TAHAN...GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan, kelmarin.
Wanita warga asing terbabit dipercayai bukan saja menjadi pelayan pelanggan (GRO), malah turut menawarkan khidmat seks dengan kadar bayaran serendah RM150 sekali perkhidmatan.
Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar selepas sepasukan anggota termasuk pegawai Bahagian Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menyerbu premis terbabit kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Dalam serbuan itu, beberapa wanita warga asing yang berpakaian seksi dan asyik melayan pelanggan terkejut, namun tidak sempat meloloskan diri sebaik menyedari kehadiran polis.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata operasi diketuai Cif Inspektor Kamarudin Mohd Yusof menahan 10 wanita warga asing iaitu tujuh warga China, Vietnam (2) dan seorang warga Thailand. Semua mereka berusia 19 hingga 35 tahun.

“Semua mereka didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial,” katanya



'Tak tahu halal haram'

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my
2010/07/29

SHAH ALAM: Seorang pemandu yang melakukan sumbang mahram dengan anak tirinya berusia 16 tahun di atas kusyen van di Hentian Rehat Karak, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Hakim Hasbi Hasan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berasal dari Balakong dekat sini mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu berjalan mulai semalam.

Hasbi dalam alasan penghakimannya, berkata mahkamah perlu mempertimbangkan fakta bahawa kes sumbang mahram yang semakin berleluasa di kalangan masyarakat.

“Sebagai seorang bapa tidak kiralah sama ada bapa kandung atau bapa tiri perlu mendidik dan melindungi anak dan bukannya merosakkan masa depan. “Saya harap hukuman ini memberi amaran kepada orang yang mempunyai niat sama. Orang kita sekarang sudah tidak kenal halal dan haram,” Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan mangsa dalam van di Hentian Rehat Karak, kira-kira jam 11 malam, pada Ogos tahun lalu.

Atas perbuatan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan mengikut akta berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian mangsa menemani tertuduh untuk ke Kuantan bagi menghantar barangan berhubung dengan pekerjaannya.

Dalam perjalanan, tertuduh dikatakan berhenti di hentian lebuh raya dekat Gombak itu, untuk membeli makanan sebelum melakukan perkara keji itu.

Hampir setahun selepas kejadian, mangsa bertindak keluar dari rumah antara 13 dan 16 Julai lalu.

Hanya pada 17 Julai, kakak mangsa yang mengetahui kejadian itu selepas adiknya menceritakan dia dirogol oleh bapa tiri mereka

Rentetan kejadian itu, kakak mangsa membawa adiknya membuat laporan polis pada hari sama, dan tertuduh ditahan dua hari selepas itu.

Pada prosiding semalam, pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nordin.



Jaguh boling didakwa merogol

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
2010/07/29

MELAKA: Bekas jaguh boling Kejohanan Remaja Kebangsaan ke-30 pada 2008 dan atlit Sukan Malaysia (Sukma) negeri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan merogol teman wanitanya yang juga remaja bawah umur pada Mac lalu.
Lelaki terbabit, Nor Afizal Azizan yang pernah mewakili Kedah dan Negeri Sembilan, bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu sejurus dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut kertas pertuduhan, Nor Afizal, 19, didakwa merogol mangsa berusia 13 tahun empat bulan antara jam 12.30 tengah malam hingga 5 pagi pada 5 Jun lalu di No 225, Tingkat 2, Kings Hotel, Ayer Keroh, dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin mencadangkan ikat jamin berjumlah RM10,000 dengan seorang penjamin, namun peguam tertuduh, Azrul Zulkifli Stork memohon jumlah itu dikurangkan.

Azrul memberi alasan bakal penjamin tertuduh iaitu bapanya kini tidak bekerja, manakala ibunya hanya penolong pengurus di sebuah pusat boling.

Ifa kemudian memohon tarikh sebutan baru berikutan pihaknya belum menerima laporan perubatan mangsa.

Hakim Abu Bakar Katar menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh yang ditangkap 21 Julai lalu



Rahsia suami kantoi

Oleh Salman Hamat dan Muhd Nur Hafidz Nordin
am@hmetro.com.my
2010/07/29

JOHOR BAHRU: Seorang isteri terkejut besar selepas mengetahui rahsia suaminya menjadi pengunjung setia ‘Rumah Kuning’ iaitu sarang pelacuran bagi kelas bawahan.
Sarang pelacuran berkenaan yang tersorok di sebuah kawasan perumahan di pinggir bandar raya ini hanya boleh diakses melalui tempahan istimewa telefon.
Selain itu, sarang pelacuran itu hanya mempunyai satu jalan keluar masuk menjadikan ia kubu paling selamat bagi mereka yang gemar menikmati tubuh montok pelacur warga Indonesia.

Kegiatan tidak bermoral pengusaha Rumah Kuning yang menjadi ‘resort’ lelaki hidung belang itu dibongkar seorang wanita yang berang selepas mengetahui suaminya menghabiskan hasil perniagaan mereka untuk mendapatkan layanan istimewa wanita asing terbabit.

Pendedahan itu bermula apabila wanita yang mahu dikenali sebagai Rashidah, 28, itu curiga dengan sikap suaminya yang cukup liat dan kerap menghilangkan diri ketika diminta menjaga premis menjual barangan am milik mereka.

Menerusi bantuan rakan, Rashidah mengintip pergerakan suaminya sebelum mendapati lelaki itu sering berkunjung ke sebuah kediaman di satu kawasan perumahan.

“Sebelum tembelangnya pecah, saya pernah beberapa kali bertanyakan hal itu padanya. Bagaimanapun dia enggan mengaku dan menyatakan dia sebenarnya melepak dengan rakan untuk menghilangkan rasa bosan.

“Saya turut menelefon suami ketika giliran menjaga kedai, tetapi ada masanya tidak berjawab dan selepas beberapa kali mencuba suami akan menjawab dan memberi alasan berada dalam tandas atau memutuskan perbualan kononnya tiada liputan,” katanya ketika ditemui di bandar raya ini.

Tidak tahan dengan sikap suaminya yang kaki kelentong itu, Rashidah mendesak lelaki itu menceritakan perkara sebenar sebelum mengaku pernah beberapa kali mengunjungi pusat pelacuran itu.

“Selepas didesak dia mengaku sering melanggan wanita dengan menggunakan hasil jualan di kedai kami.

“Ketika itu, hanya Tuhan yang tahu betapa hancurnya perasaan saya apabila suami tergamak melakukan perkara seperti itu.
“Tidak cukup pengakuan itu, dia membawa saya ke pusat pelacuran terbabit dan melihat sendiri keadaan dalam rumah berkenaan serta wanita pernah dilanggan suami. Namun, apa boleh buat, perkara ini sudah berlalu,” katanya yang masih bersabar dengan suami mengenangkan anak mereka baru berusia tiga tahun memerlukan seorang ayah.

Mengikut pengakuan daripada suaminya, Rashidah berkata, pusat terbabit bukan boleh dikunjungi sembarangan orang dan hanya mereka tertentu saja boleh masuk untuk melanggan.

“Tahap keselamatan ketat, jika ada orang luar yang ingin masuk penjaga pusat terbabit akan meminta mereka memberikan nombor telefon rakan atau kenalan yang pernah mendapatkan perkhidmatan di situ.

“Nombor diberikan akan dihubungi untuk mendapatkan pengesahan sebelum dibenarkan masuk,” katanya.

Bukan hanya mendapat layanan istimewa daripada gadis berkenaan, dia mendakwa pelanggan kebiasaannya terdiri daripada warga asing yang hanya dikenakan bayaran RM50 untuk melampiaskan nafsu di bilik yang dilengkapi katil, kipas dan bilik air.

Tinjauan semula Harian Metro ke Rumah Kuning mendapati lokasinya tersorok dan jauh dari jalan besar menjadikannya kubu ampuh bagi mereka yang inginkan belaian manja gadis warga asing tanpa risau diserbu pihak berkuasa.

Jika dilihat dari luar, orang ramai yang lalu lalang pasti tidak menyedari kegiatan maksiat di dalamnya berikutan persekitaran seperti rumah kampung didiami keluarga.



Didakwa izin jual tubuh di rumah



2010/07/29

SHAH ALAM: Seorang warga negara Cina dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan membenarkan tempat tinggalnya digunakan untuk aktiviti pelacuran.
Shen Nan Fang, 38, yang tidak bekerja bagaimanapun tidak mengaku salah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan premisnya bagi tujuan tidak bermoral.

Dia didakwa melakukannya di rumah nombor 20-34, Jalan OS 1/2, One Selayang, Batu Caves, Gombak, dekat sini, jam 11 malam 14 Julai lalu.

Atas perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 373 (1)(a) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum maksimum penjara 15 tahun dan denda.

Wan Mohd Norisham membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang warga negara Malaysia




21 pelajar hamil luar nikah



2010/07/29

KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 kes pelajar mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang dikesan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, 12 daripadanya berlaku di sekolah luar bandar dan sembilan di kawasan bandar.
“Siasatan kementerian menunjukkan 20 kes berdasarkan suka sama suka antara pasangan manakala satu kes membabitkan kes rogol,” katanya.

Ketika menjawab soalan Senator Datuk Azian Osman di persidangan Dewan Negara di sini, semalam, beliau berkata, semua kes berlaku dalam kawasan perumahan masing-masing.

Menurut beliau, maklumat itu diperoleh daripada Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah-sekolah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Sebagai usaha menyelesaikan masalah sosial membabitkan pelajar sekolah, kementerian menerusi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menganjurkan program penerangan mengenai seksualiti, perhubungan antara lelaki dan perempuan serta adab dan tatacara bagaimana untuk bergaul dengan kawan-kawan,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan kes berlaku kerana naluri kedewasaan yang ingin mencuba selain mendapat kebebasan keterlaluan daripada keluarga.

“Selain usaha pihak sekolah, kementerian juga menasihati ibu bapa atau penjaga supaya lebih prihatin dan mengambil tahu perhubungan anak-anak mereka dengan memantau perubahan tingkah laku harian mereka,” katanya. - Bernama


Seks suka sama suka


KUALA LUMPUR - Sebanyak 21 kes pelajar yang mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang telah dikesan oleh Kementerian Pelajaran.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, 12 daripadanya berlaku di sekolah luar bandar dan sembilan di kawasan bandar.

“Siasatan yang dilakukan kementerian menunjukkan bahawa 20 kes adalah berdasarkan suka sama suka antara pasangan manakala satu kes melibatkan kes rogol,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Azian Osman di persidangan Dewan Negara di sini, semalam.

Mohd Puad berkata, kesemua kes berkenaan berlaku di dalam kawasan perumahan masing-masing dan maklumat tersebut diperoleh daripada Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah-sekolah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah sosial membabitkan pelajar sekolah, kementerian menerusi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan program penerangan mengenai seksualiti, perhubungan antara lelaki dan perempuan serta adab dan tatacara bagaimana untuk bergaul dengan kawan-kawan,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan kes yang berlaku adalah kerana naluri kedewasaan yang ingin mencuba selain mendapat kebebasan keterlaluan daripada keluarga

Monday, July 26, 2010

CERITA NI..MELAMBAK2....CERITA ZINA ATAU HUBUNGAN SEX TERLARANG ...IKUT HUKUM ISLAM@HUKUM ALLAH IA DIREJAM JIKA DAH KAHWIN...DAN DIROTAN 100 KALI JIKA BELUM KAHWIN(SETELAH CUKUP SYARATN2YA)..KENAPA ULAMAK2/MUFTI2 MEMBISU(BUKAN SEMUA)...TIADA DIPERJUANGKAN HUKUM ALLAH INI...TAK SESUAIKAH?...ATAU TAK MAHU LAWAN TAUKEH NAK JAGA DUNIA/KEDUDUKAN SERTA KEMEWAHAN....ESOK DIAKHIRAT USAH DOK TEMBERANGLAH DGN ALLAH....

Dua didakwa

Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my
2010/07/27

AMPANG: Seorang penghantar surat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol tiga remaja berusia 12 tahun hingga 14 tahun sejak April lalu sehingga dia ditangkap pertengahan Julai lalu.
TERTUDUH...Lee (kanan) bersama Aidil dibawa ke mahkamah, semalam.
TERTUDUH...Lee (kanan) bersama Aidil dibawa ke mahkamah, semalam.
Aidil Rashid, 34, yang diwakili peguam Dr Mohd Radzuan Ibrahim, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad.
Bagi pertuduhan pertama, Aidil didakwa merogol remaja berusia 14 tahun sembilan bulan antara Mei hingga Jun lalu pada jam 3 petang di Taman Industri, Lembah Jaya.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Aidil didakwa merogol remaja berusia 13 tahun lapan bulan antara April hingga Jun pada jam 3 petang di tempat sama.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa merogol kanak-kanak berusia 12 tahun empat bulan antara Mei hingga Julai pada jam 6.30 petang, juga di tempat sama.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh, Lee Kwong Mun, 36, yang bekerja sebagai penarik kereta dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan merogol serta tidak mengaku bersalah.

Dia didakwa merogol remaja berusia 14 tahun sembilan bulan pada Mei lalu antara jam 9 malam hingga 9.30 malam di kawasan sama.

Selain itu, Lee juga didakwa merogol remaja berusia 13 tahun lapan bulan antara Ogos tahun lalu hingga Jun lalu pada jam 8 malam di kawasan sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan rotan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nordalina Ali tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan bimbang kedua-dua tertuduh akan mengganggu mangsa dan saksi memandangkan mereka berada di kawasan sama.

Bagaimanapun, Dr Mohd Radzuan yang mewakili kedua-dua tertuduh berkata, mahkamah mempunyai budi bicara dalam memberi jaminan dan boleh memberi syarat tambahan kepada anak guamnya.


Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 30 Ogos depan untuk sebutan semula.

Mahkamah juga membenarkan permohonan Nordalina untuk dua kes dibicarakan bersama memandangkan ia membabitkan mangsa dan saksi sama


Penganggur rogol pelancong dijel 16 tahun



2010/07/27

MELAKA: Seorang penganggur kejam yang memukul kepala pelancong warga Thailand sebelum mengheretnya ke rumah kosong di Bandar Hilir lalu dirogol dan dirompak pada awal pagi Hari Kemerdekaan dua tahun lalu, dijatuhi hukuman penjara 16 tahun serta 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, semalam.
Hakim Ahmad Kamar Jamaludin membuat keputusan itu, selepas mendapati tertuduh, PR Shanmuganathan, 28, bersalah terhadap dua tuduhan dihadapi.
Menurutnya, tertuduh memilih memberi keterangan bersumpah dan mahkamah perlu menilai keseluruhan hujahan sama ada terdapat keraguan munasabah ditimbulkan tertuduh terhadap kes pendakwaan.

Katanya, tertuduh dalam pembelaannya menyatakan mangsa saksi yang tidak boleh dipercayai, tiada keterangan sokongan dan hubungan seks suka sama suka kerana terdapat temu janji terlebih dulu, namun semua keterangan itu ditolak mahkamah.

“Mahkamah mengambil kira kes ini selepas perbicaraan penuh dan tertuduh disabitkan dengan dua kesalahan itu. “Kecederaan mangsa agak parah kerana pisau dan kayu digunakan dalam kejadian itu boleh mendatangkan kecederaan dan kematian. “Bagi kesalahan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan, manakala bagi pertuduhan kedua, lima tahun penjara dan lima sebatan dan hukuman berjalan berasingan dari tarikh jatuh hukum hari ini,” katanya. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa berusia 20 tahun ddalam rumah kosong di Bandar Hilir, pada 31 Ogos 2008, kira-kira jam 3.30 pagi yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, merompak telefon bimbit Nokia dan mendatangkan kecederaan terhadap mangsa pada jam 3.35 pagi di tempat dan tarikh sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Haslida Isamail berkata, tertuduh menghadapi dua pertuduhan serius yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 30 tahun dan sehingga 20 tahun dan mangsa cedera parah akibat dipukul di kepala dengan kayu

KEJAHATANNYA DAH LAMA.....JAHAT TAPI DIPUJA SERTA BANYAK PEMINAT...MEMUJA AHLI MAKSIAT

RJ miliki video Ariel sejak 2007



2010/07/27

JAKARTA: Dalang utama yang menyebarkan klip video seks Ariel Peterpan dengan dua pasangannya, RJ, memperoleh bahan itu sejak 2007 tetapi hanya baru-baru ini terdedah kepada umum.
Seorang anggota penyiasat menyatakan, RJ kemudian menunjukkan rakaman itu kepada seorang anak saudaranya, Anggit, dan mengingatkan lelaki itu supaya tidak mengambilnya.
“Tetapi mungkin Anggit mencuri bahan itu daripada RJ,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Indonesia, semalam.

RJ adalah pengarang muzik yang bekerjasama rapat dengan Ariel serta kumpulannya, Peterpan.

Kedua-dua mereka juga dikatakan berkawan baik.

Selepas kes itu didedahkan, polis menahan Ariel dan kini menunggu masa untuk mendakwanya mengikut undang-undang antipornografi.

Pasangan ranjangnya, Luna Maya dan Cut Tari, juga mungkin berdepan dengan tindakan sama.

Menurut sumber itu, RJ kini berada dalam tahanan polis dan diletakkan di dalam lokap polis Jakarta Selatan.

Katanya, Anggit juga ditahan, tetapi kedua-duanya tidak diletakkan bersama bagi mengelak mereka berkomunikasi.

“Jika RJ dan Anggit bertemu, mungkin mereka boleh mengganggu siasatan polis,” katanya.

RJ juga ditahan berasingan dengan Ariel

Kata penyiasat itu, RJ akan didakwa kerana bersubahat menyebarkan klip video berkenaan.

“Selain RJ, ada lima individu lain menjadi suspek, termasuk Anggit,” katanya. - Agensi




Ibu Luna Maya bersemuka dengan Ariel



2010/07/27

JAKARTA: Selepas hampir dua bulan kes video seks anaknya tersebar, ibu Luna Maya, Desa Maya, muncul di Ibu Pejabat Polis Indonesia, semalam, untuk bertemu Ariel.
Tiba di bangunan itu ditemani seorang lelaki berjaket kulit kira-kira jam 2.30 petang, wanita keturunan Austria itu dilihat memakai baju kuning.
Sumber mengesahkan Desa datang ke situ dari Bali untuk bersemuka dengan Ariel.

“Namun wanita itu hanya berada di situ kira-kira 22 minit dan keluar dari pintu tepi bangunan,” katanya.

Walaupun diserbu wartawan dengan pelbagai pertanyaan sebaik keluar dari situ, Desa mengambil sikap seperti Luna Maya - berdiam diri sambil bergegas ke keretanya. - Agensi



NI CERITA BAGAIMANA MANUSIA SUKA ZINA(SEX) TU SEBAB HUKUMNYA KERAS..CUMA TAK MACAM BINATANG...SEXNYA DIKHALAYAK RAMAI...INI RAKAM..LAGI RAMAI TENGOK...AGAK ELOK BINATANG ATAU ORANG@MANUSIA...


Gabenor langgan pelacur dipecat



2010/07/27

HANOI: Parti Komunis yang memerintah Vietnam menggantung seorang gabenor wilayah daripada jawatannya kerana didakwa melanggan pelacur.
Akhbar kerajaan, Nhan Dan, melaporkan Nguyen Truong yang mentadbir wilayah Ha Giang, dituduh melanggar kod etika sebagai anggota parti kerana menjalin ‘hubungan tidak sihat dengan pelacur.
“Akibat kelakuannya itu, tertuduh mengamalkan hidup mengikut nafsu peribadi,” lapor akhbar berkenaan.

Media tempatan mendakwa, polis memiliki cukup bukti menunjukkan Truong melanggan pelacur.

Antara bukti itu adalah gambar dan mesej dalam telefon bimbit. - AP

IBU MASIH TAK SERIK2...(menetap serumah bersama teman lelakinya yang juga rakan sekerjanya di sebuah pasar raya berusia 20-an.)

Diselamat JKM

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad, Norfaisal Jahuri dan Mohd Zaidi Ya’acob
am@hmetro.com.my
2010/07/27

MELAKA: Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan dipercayai didera berikutan mengalami kesan lebam dan kecederaan pada beberapa bahagian badan, diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sebuah rumah di Batu Berendam, semalam.
DUKUNG...bayi  dipercayai didera berikutan ada kesan lebam.
DUKUNG...bayi dipercayai didera berikutan ada kesan lebam.
Difahamkan, bayi malang itu diselamatkan selepas seorang penduduk menghubungi JKM selepas mengesyaki sesuatu yang buruk menimpa mangsa.

Pegawai JKM Melaka Tengah, Saidatul Aini Jafri berkata, sebaik menerima maklumat pengadu kira-kira jam 11 pagi, sepasukan pegawainya bergegas ke rumah dipercayai milik pengasuh kanak-kanak itu untuk menjalankan siasatan lanjut.

Menurutnya, pengadu memaklumkan bayi itu dalam keadaan lemah, selain mempunyai beberapa kesan kecederaan.

“Sejurus tiba, pegawai kami melakukan pemeriksaan dan mendapati aduan itu berasas apabila bayi berkenaan mengalami banyak kesan lebam pada beberapa bahagian badan termasuk di muka, kaki dan tangan. Dia dibawa ke Hospital Melaka (HM) untuk pemeriksaan lanjut.

“Setakat ini, bayi berkenaan masih dirawat dan diletakkan di bawah pemerhatian doktor sebelum tindakan susulan diambil,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Kecemasan HM, di sini, semalam.

Saidatul Aini berkata, setakat ini, pihaknya belum dapat menentukan individu terbabit menyebabkan bayi itu mengalami kecederaan.

“Kami masih menunggu laporan penuh doktor yang merawat bayi itu sama ada terdapat unsur penderaan atau sebaliknya. Apabila mendapat pengesahan perubatan sama ada bayi berkenaan didera atau sebaliknya baru kita membuat laporan polis untuk tindakan lanjut


“Ketika dibawa pemeriksaan, doktor mengarahkan bayi berkenaan ditahan di hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, daripada maklumat awal diperoleh, tiga wanita termasuk seorang pengasuh berada di rumah itu bagi menjaga lima anak kepada seorang wanita berusia 28 tahun termasuk bayi malang berkenaan.

“Saya difahamkan, pengasuh terbabit juga terkejut melihat kecederaan dialami bayi berkenaan sebelum kami menerima aduan kejadian itu,” katanya yang turut menjelaskan hasil semakan sijil kelahiran mendapati bayi itu disyaki anak tidak sah taraf kerana nama bapanya tidak dinyatakan.

Difahamkan, ibu bayi malang itu mendakwa ditinggalkan suaminya sejak setahun lalu, namun masih belum diceraikan dan menetap serumah bersama teman lelakinya yang juga rakan sekerjanya di sebuah pasar raya berusia 20-an.

Menurut wanita berkenaan, dia terkejut apabila mendapati anak bongsu daripada lima beradik itu mengalami kesan lebam.