Saturday, February 11, 2012

BILA AGAMA KURANG DIDADA...HINGGA SANGGUP MENGHINA RASULLULLAH SAW...TAK KURANG ADA YANG MENGHINA HUKUM ALLAH SWT...PUSAT ZAKAT PATUT PEKA DENGAN ORANG MISKIN@ASNAF2 ZAKAT..JANGAN TERABAI INI HAK MEREKA...JANGAN KITA DIHUMBAN DALAM NERAKA SEBAB TAK JALANKAN TUGAS...ARTIS BILA PI HAJI ATAU UMRAH..MUDAH2AN TAHU YANG MANA MUNGKAR ...YANG MANA BUKAN MUNGKAR..BERHENTILAH DARI MEMBUAT PERKARA2 MAKSIAT DAN MUNGKAR NI...

Janda tiga anak Thailand ke tali gantung




SHAH ALAM - Seorang wanita warga Thailand dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kokain seberat 765.9 gram dengan cara menelannya dua tahun lepas.
Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan Raveeploy Sangkam, (gambar) 28, dari Bangkok gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tandas bilik Wad 6B, Hospital Serdang, di antara pukul 6.35 petang 5 November dan pukul 11.05 malam pada 8 November 2010.

Resort bertukar karaoke diserbu



INILAH resort yang diubah suai menjadi pusat karoake di Pantai Perupok, Bachok kelmarin.



BACHOK - Tidak serik. Tidak sampai sebulan selepas kali pertama diserbu, sebuah resort yang diubah suai menjadi pusat karaoke di Pantai Perupok dekat sini diserbu sekali lagi kerana didapati terus menjalankan kegiatan tersebut malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Ab. Rahim Che Ghani berkata, bertindak atas maklumat awam dan hasil risikan selama seminggu, sepasukan lapan anggota yang diketuai oleh Inspektor Mohd. Kamal Bawa menyerbu premis berkenaan pada pukul 12.10 malam.
Menurut beliau, dalam serbuan tersebut polis menahan enam orang pelanggan terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan berusia antara 19 hingga 51 tahun.
"Mereka yang ditahan termasuklah seorang guru dan dua pelajar termasuk salah seorang penuntut di sebuah kolej manakala yang lain merupakan nelayan dan peniaga.
"Ketika serbuan, terdapat tiga pelanggan termasuk seorang perempuan berada dalam sebuah bilik dan sedang menyanyi manakala tiga lagi juga termasuk seorang remaja perempuan berada di depan premis berkenaan dipercayai menunggu giliran untuk berkaraoke," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Dua bayi maut akibat wabak AGE di Hilir Perak



HANG SOON melawat seorang daripada enam pesakit AGE yang sedang dirawat di Hospital Tapah semalam.



TAPAH – Sebanyak dua kematian akibat wabak Acute Gastroenteritis (AGE) atau penyakit berjangkit bawaan air dan makanan direkodkan di daerah Hilir Perak di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, dua kes tersebut membabitkan kanak-kanak masing-masing berusia 10 dan dua bulan pada minggu lalu.
Katanya, walaupun Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) masih menyiasat punca sebenar kematian, pihaknya percaya ia disebabkan daripada renjatan akibat kekurangan air dalam badan.
“Kita tidak dapat buat spekulasi punca sebenar sama ada sebab bakteria atau virus kerana kedua-dua bayi berkenaan tidak pernah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan kerajaan sebelum kematian,” katanya selepas melawat pesakit-pesakit kes berkenaan di Hospital Tapah di sini semalam.

47 rumah rosak dilanda ribut



SEBUAH kereta rosak dihempap pokok durian akibat ribut di Kampung Padang Lalang, Nibong Tebal kelmarin.



NIBONG TEBAL - Sebanyak 47 rumah di beberapa kampung di sekitar kawasan Tasek di sini mengalami kerosakan teruk akibat dilanda ribut malam kelmarin.
Kawasan yang terlibat dalam kejadian selama 20 minit bermula pukul 8 malam itu ialah Kampung Tasek, Kampung Sekolah, Kampung Seberang Tasek, Kampung Padang Lalang, Kampung Kepala Gajah, Taman Puteri Gunung, Kampung Balik Bukit dan Kampung Sepulau.
Kejadian itu juga menyebabkan beberapa kereta dan motosikal rosak akibat dihempap bumbung dan pokok.
Bagaimanapun, tiada kehilangan jiwa dilaporkan.

Keluarga miskin terpaksa berlapar



RAHMATUNISA (dua dari kiri) memberi susu kepada anak bongsunya sambil diperhatikan Muhammad Nor (dua dari kanan) dan dua anak mereka di George Town semalam.



GEORGE TOWN - Kesempitan hidup menyebabkan sebuah keluarga yang tinggal di flat Sungai Pinang dekat sini kerap berlapar kerana kehabisan bekalan makanan.
Berikutan itu, Muhammad Nor Abdullah, 33, dan isterinya, Rahmatunisa Jeelani, 33, serta empat anak mereka yang berusia di antara dua hingga 15 tahun terpaksa mengharapkan sumbangan daripada jiran-jiran.
Malah, keluarga itu hanya menunggu masa untuk diusir keluar akibat tidak mampu membayar sewa rumah yang tertunggak sejak enam bulan lalu.
Rahmatunisa yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah bank di sini juga sedih apabila anak sulungnya, Muhammad Saiful Rahman, 15, terpaksa berhenti sekolah baru-baru ini disebabkan kekangan kewangan.
"Dengan pendapatan hanya RM500 sebulan, saya terpaksa menanggung semua perbelanjaan rumah kerana suami hanya mengambil upah menjaga gerai buah dengan gaji RM10 sehari," katanya di sini semalam.

Hamza hina Rasulullah ditangkap






KUALA LUMPUR - Seorang penulis Arab yang dikehendaki pihak berkuasa Arab Saudi kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW akan dihantar pulang ke negara itu selepas proses dokumentasi terhadapnya selesai.
Mohammad Najeeb A. Kashgari atau lebih dikenali sebagai Hamza Kashgari, 23, ditahan pada pukul 9.40 pagi di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang kelmarin ketika dia mahu meninggalkan Malaysia.
Sebelum ditahan, dia yang merupakan kolumnis akhbar Al-Bilad di Arab Saudi dipercayai telah berada di negara ini sejak dua hingga tiga hari lalu selepas melarikan diri dari negaranya.
"Hamza ditahan polis negara ini atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW pada sambutan Hari Maulidur Rasul baru-baru ini," kata satu sumber di sini semalam.

Artis tunai umrah


IRMA HASMIE



LEGA dan syukur Diva mendengar bila selebriti kita ramai yang mahu menunaikan umrah tahun ini. Tidak kira usia dan status, masing-masing punya masa tersendiri untuk mengerjakan ibadah dengan cara dan kudrat masing-masing.
Diva dengar antara artis yang akan mengerjakan umrah ialah Aizat, Noh, Altimet dan Youk Bunkface. Diva tumpang bangga kerana mereka ini muda-muda lagi dan sememangnya rajin bekerja.
Diva dengar, aktres cantik dan manis bertudung Irma Hasmie turut mengerjakan umrah buat kali ketiga. Begitu juga dengan Alyah yang akan menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Diva tumpang gembira dan senyum. Semoga nanti sampai juga masa Diva untuk ke sana.

MALAYSIA MENAJDI TUMPUAN PELACUR...NI SEBAB PELANGGAN DISINI BANYAK...PENCEGAHAN YANG DIBUAT TAK MENAKUTKAN PELACUR...DAN JUGA PUSAT PENGEDARAN DADAH...JADI BEGINI HARUS KITA FIKIRKAN...KENAPA...

Sanggup berhutang jadi pelacur

SEBAHAGIAN daripada 15 GRO dari China yang ditangkap dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Seremban pada
Disember lalu.


KUALA LUMPUR- Permintaan yang tinggi untuk khidmat seks mendorong sindiket yang menguruskan kemasukan wanita dari China mengaut keuntungan besar dengan mengenakan bayaran purata RM10,000 seorang untuk membantu mereka menjadi pelacur atau pegawai perhubungan pelanggan (GRO) yang memberi khidmat seks di Malaysia.
Sindiket tersebut mengumpul kekayaan dengan cara mudah memandangkan wanita China adalah kumpulan pelacur yang paling ramai ditahan dalam Ops Noda yang dijalankan oleh pihak polis di seluruh negara sepanjang tahun lalu.
Mengikut statistik Polis Bukit Aman, daripada 11,832 warga asing yang ditahan sepanjang tahun lalu, wanita China membentuk jumlah terbesar sebanyak 5,922 orang. Secara purata 16 orang wanita China ditangkap setiap hari.
Jika kesemua wanita China itu menggunakan khidmat sindiket dan membayar RM10,000 seorang, bermakna hasil kutipan organisasi haram yang menguruskan kemasukan pelacur negara berkenaan ke Malaysia adalah sebanyak RM59.2 juta.
Menurut sumber Kosmo! Ahad, wang tersebut dibayar bagi membiayai kos penerbangan, makanan dan tempat tinggal semasa berada di Malaysia.
Sebaik tiba di sini, wanita-wanita China itu akan disambut oleh ejen-ejen sindiket yang menguruskan segala keperluan termasuk mencari pelanggan.
Sumber itu memberitahu, terdapat juga wanita China yang telah melangsaikan hutang kepada sindiket dan pulang ke negara asal mereka sebelum memasuki semula Malaysia secara solo.
Biarpun pihak berkuasa khususnya Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi penguat kuasa kerap melakukan operasi, kegiatan tidak bermoral itu semakin berleluasa serta menjadi penyumbang kepada masalah sosial di negara ini.

Pemain bola telan 75 kondom berisi syabu


SITI Baya bersama pegawainya menunjukkan sebahagian dadah jenis syabu bernilai RM1.6 juta yang dirampas di KLIA semalam.


SEPANG – Seorang warga Nigeria dipercayai pemain sebuah kelab bola sepak di negara itu ditahan selepas cuba menyeludup dadah bernilai kira-kira RM200,000 dalam 75 kondom ke negara ini pada 9 Februari lalu.
Timbalan Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Siti Baya Berahan berkata, lelaki berusia 27 tahun itu yang baru tiba dengan penerbangan dari Lagos, Nigeria ditangkap selepas dikesan menyembunyikan 75 bungkus dadah jenis syabu.
“Lelaki itu menyembunyikan bungkusan syabu seberat kira-kira 800 gram dengan menelannya. Taktik suspek bagaimanapun disedari selepas anggota JKDM membuat imbasan badan suspek,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Siti Baya berkata, dadah berkenaan dibungkus menggunakan kondom sebelum ditelan.
Setakat ini hanya 35 bungkusan kondom itu berjaya dikeluarkan.
Suspek ditahan di Hospital Serdang dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Kepala Geng Botak curi kabel ditangkap


ANGGOTA polis membawa ketua Geng Botak (tengah) dan anak saudaranya bersama tiga lelaki yang mengedar dadah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu untuk disoal siasat semalam.


HULU TERENGGANU - Ketua Geng Botak iaitu kumpulan yang aktif menjalankan kegiatan curi kabel dan motosikal di sekitar daerah ini dan Dungun sejak setahun lalu tumpas apabila dia berjaya ditangkap kelmarin.
Suspek berusia 36 tahun itu berjaya ditahan dalam operasi Ops Lejang dan Ops Pintu kelmarin dan semalam di tepi jalan Kampung Durian Kassim dekat sini pada pukul 6 petang.
Dia ditahan bersama seorang lelaki berusia 20-an yang dipercayai anak saudaranya.
Pemangku Ketua Polis daerah, Asisten Superintenden Mohd. Rosli Mohd. Amir memberitahu, penahanan ketua kumpulan itu adalah hasil daripada tangkapan dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun pada 2 Februari lalu yang merupakan ahli kumpulan itu.
"Polis kini sedang mengesan seorang lagi lelaki berusia 20-an yang dipercayai ahli kumpulan ini bagi melumpuhkan sepenuhnya kegiatan kumpulan ini," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.
Sementara itu, jelasnya, dalam operasi itu juga, polis menahan tiga individu kerana terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Premis proses bawang goreng diserbu


GURBACHAN (kanan) bersama seorang anggotanya memeriksa minyak masak yang dirampas di sebuah kilang memproses bawang goreng di Jalan Hutan Petai, Machang Bubok, Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Seberang Perai Tengah menyerbu sebuah premis dekat Jalan Hutan Petai, Machang Bubok di sini dan merampas 3,500 kilogram minyak masak yang disimpan tanpa kebenaran semalam.
Timbalan Ketuanya, Gurbachan Kaur Dara Singh berkata, berdasarkan maklumat dan risikan, pihaknya menyerbu premis yang menjalankan perniagaan memproses bawang goreng itu pada pukul 9.45 pagi.
Katanya, ketika serbuan, terdapat tujuh pekerja asing sedang bertugas di premis yang beroperasi secara haram itu.
"Hasil pemeriksaan oleh lima penguat kuasa, kita menemui 205 tong minyak masak dengan setiap satunya mengandungi 17kg minyak.
"Siasatan juga mendapati kesemua minyak bernilai RM10,000 itu disimpan di premis berkenaan tanpa kebenaran," katanya.

KECANTIKAN SERTA BIJAK TAK CUKUP...SOLEHA LAH YANG JADI SEBUTAN DALAM HADIS...TAAT PADA ALLAH ..BAHGIA DIDUNIA DAN AKHIRAT...PENYANYI WANITA MALAYSIA PERLU INGAT..MEREKA PUN BOLEH KEMBALI PADA ALLAH BILA2 MASA..MAKA BERTAQWALAH...KERANA KITA SEMUA TAK BOLEH TONGKAT DUNIA...

Bijak dan cantik

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my

WAWASAN... Nur Eilunie mahu buka cawangan butik di Kuala Lumpur.
WAWASAN... Nur Eilunie mahu buka cawangan butik di Kuala Lumpur.
KOTA BHARU: Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, gadis yang tiba-tiba menjadi sebutan gara-gara dikaitkan dengan penjaga gawang pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, baru-baru ini, disifatkan mempunyai pakej lengkap ‘beauty with brain’ (jelitawan bijak).
Pada usia muda, dia bijak merangka masa depan dengan memiliki dua butik pengantin, mempunyai kemahiran dalam bidang solekan dan aktif menjalankan perniagaan menjual produk kecantikan di Internet.
Nur Eilunie atau mesra dengan panggilan Leuniey berkata, ketika rakan seusia melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan menikmati zaman muda dengan keluar bersama rakan, dia menumpukan hampir semua masanya dengan menguruskan perniagaan.

“Sepatutnya, selepas habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, tetapi saya memilih menguruskan perniagaan keluarga. Saya nekad untuk serius dalam bidang perniagaan untuk masa depan cemerlang.


“Saya juga mengambil kursus solekan di Jakarta, Indonesia sebagai pelengkap kepada perniagaan diuruskan. Selain itu, ibu dan ayah membantu memberi tunjuk ajar bagaimana menguruskan perniagaan butik pengantin,” katanya ketika ditemui di butiknya bersama ibunya, Noor Laila Abu Bakar, 43, di sini, semalam

Sukar atasi selera pelik

Oleh NORAINON OTHMAN dan HIDAYATUL AKMAL AHMAD
metahad@hmetro.com.my

TEKAD... Iza (kanan) bersama beberapa rakan yang ingin berubah mendapatkan perlindungan di Kewaja.
TEKAD... Iza (kanan) bersama beberapa rakan yang ingin berubah mendapatkan perlindungan di Kewaja.
KUALA LUMPUR: Menjijikkan apabila seorang gadis yang baru berusia 16 tahun mengaku mempunyai selera seks pelik, termasuk gemar melakukan hubungan kelamin ketika datang bulan, selain nafsunya meluap-luap setiap kali gigitan cintanya pada leher lelaki mengeluarkan darah.
Lebih mengejutkan, Iza yang berasal daripada sebuah negeri di utara tanah air mendakwa ketagih darah hinggakan nafsunya membuak-buak apabila memakan ayam yang masih ada darah kerana tidak dimasak dengan betul.
Menurut Iza, selera peliknya bermula selepas berkenalan dengan seorang remaja tidak bersekolah yang bekerja di kedai makan berhampiran rumahnya.

“Sebenarnya lelaki itu kawan baik bekas teman lelaki saya. Namun disebabkan kerap melakukan hubungan kelamin, saya jadi ketagih dan mudah ‘diayat’ lelaki.


“Dia lebih gemar melakukan hubungan intim ketika saya datang haid dan kami melakukannya dalam keadaan saya berlumuran darah.

“Namun peliknya setiap kali kami bersama, selepas itu tiba-tiba saya didatangi haid walaupun sepatutnya belum waktunya. Saya merasakan seolah-olah terkena sumpahan dan berasa takut dengan azab Tuhan.

“Saya teringat cerita bahawa dajal dilahirkan hasil hubungan bapa dengan ibunya ketika dalam haid. Terdetik di hati, jika saya mengandung, anak apakah yang akan lahir nanti?” katanya.

Ibu kering air mata

Oleh SALMAN HAMAT
salman@hmetro.com.my

PILU...Cassindra (kanan) dan anggota  keluarga selepas kehilangan bayi sulung.
PILU...Cassindra (kanan) dan anggota keluarga selepas kehilangan bayi sulung.
JOHOR BAHRU: “Kering air mata kerana menangis, tiada apa yang boleh dilakukan kerana anak tersayang pergi selama-lamanya,” kata Cassindra Gelungan, 24, selepas bayi perempuannya, Angel Cassandra yang berusia enam hari meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, kelmarin.
Lebih menyayat hati, Angel yang meninggal dunia tepat jam 4.20 petang di unit rawatan rapi (ICU) HSA baru beberapa jam diberikan nama.

Menurut Cassindra, hatinya luluh setiap kali melihat pakaian serta kelengkapan disiapkan untuk menyambut anak sulung itu yang langsung tidak disentuh berikutan pemergian Angel.
Yang membuatkan dia lebih terkilan, kejadian itu didakwa berlaku akibat kelalaian kakitangan HSA yang diamanahkan menjaga Angel.

“Saya melahirkan Angel ketika usia kandungan hanya lapan bulan pada jam 7.49 pagi, 4 Februari lalu di HSA dengan berat 1.85 kilogram.

“Bagaimanapun, saya tidak dibenarkan membawanya pulang berikutan Angel mengalami demam kuning tapi tidak serius,” katanya.

Menurut Cassindra yang berasal dari Gelang Patah, dia akur dengan arahan itu dan dijanjikan boleh membawa bayinya pulang pada 7 Februari.

Bagaimanapun, katanya, ia sekali lagi ditangguh pada keesokan hari berikutan Angel belum pulih sepenuhnya akibat demam kuning.
“Saya datang semula ke HSA, Rabu lalu dan terkejut mendapati Angel tidak bertindak balas ketika saya memegang kakinya dan pada masa sama ada kesan susu kering pada bibir dan mulutnya sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak hospital.

“Saya memang kecewa, kami faham petugas perlu jaga ramai lagi bayi lain tetapi pada masa sama, mereka boleh melakukan pemeriksaan sekali lalu.

“Jika ada yang tidak kena, pasti mereka boleh segera mengambil tindakan. Ini tidak, saya yang datang dari rumah terlebih dulu mengesan kejadian itu,” katanya.

Cassindra turut mendakwa, kakitangan HSA menyusukan bayi mereka menggunakan gelas kecil dan ia dipercayai punca Angel tersedak.

Selain itu, Cassindra mendakwa, bayinya tidak ditempatkan di dalam inkubator walaupun dilahirkan tidak cukup bulan, malah Angel hanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas kejadian terbabit.

Sementara itu, bapa Angel, Jacbelin Jemmy, 23, berkata dia kecewa apabila kakitangan HSA gagal memberikan sebab terperinci bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

Jacbelin yang bertugas sebagai jurukimpal berkata, dia tidak mengharapkan pampasan tinggi, sebaliknya mahukan keadilan supaya perkara sama tidak menimpa pasangan lain.

“Nilai nyawa manusia tidak boleh disamakan dengan wang ringgit, yang pergi tidak akan kembali, tetapi kami harap perkara ini tidak berulang. Cukuplah hanya kami yang merasai kesedihan akibat kehilangan insan tersayang.

“Kami juga bercadang mengambil tindakan undang-undang tetapi buat masa sekarang, kami perlu menguruskan soal pengebumian anak,” katanya.

Mayat Angel disempurnakan di Tanah Perkuburan Selesa Jaya, pagi semalam. Jacbelin turut membuat laporan berkaitan kejadian di Balai Polis Sentral Khamis lalu, untuk tindakan selanjutnya.

Whitney Houston meninggal dunia



Whitney Houston (Foto | Reuters)
Whitney Houston (Foto | Reuters)
LOS ANGELES: Penyanyi terkemuka Whitney Houston, meninggal dunia pada hari Sabtu.
Menurut publisisnya, Kristen Foster, lokasi dan sebab kematiannya belum dikenalpasti.
Houston terkenal dengan lagu-lagu seperti "How Will I know you," "Saving All My Love for You” dan “I Will Always Love You."

Beliau juga telah memenangi beberapa anugerah Grammy. - AP

BILA HUKUM ISLAM TAK DIJALANKAN..MAKSIAT KIAN BERTAMBAH..CERAMAH AGAMA MACAM BERCATU@BERSUKAT.....MAKSIAT TIADA LAGI KELIHATAN HARAM....

Pilih murtad

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my

INSAF...seorang daripada tiga gadis terbabit ditemu ramah wartawan Harian Metro.
INSAF...seorang daripada tiga gadis terbabit ditemu ramah wartawan Harian Metro.
KUALA LUMPUR: Kemaruk cinta keterlaluan, bukan saja menyebabkan segelintir gadis Melayu tanpa berfikir panjang menyerahkan tubuh kepada teman lelaki, malah lebih menyedihkan ada yang sampai tahap keluar daripada agama Islam atau murtad.
Fenomena itu berlaku selepas mereka yang masih muda dan mentah, kurang kawalan ibu bapa serta cetek didikan agama, bercinta dengan lelaki bukan Islam lalu dengan mudah terpengaruh anutan agama kekasih masing-masing.
Ikuti pengalaman tiga gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Rina, Azlin dan Laili kepada Harian Metro mengenai keterlanjuran mereka sebelum diselamatkan dan kini diberi bimbingan untuk kembali ke pangkal jalan.


RINA, 20, dari Melaka
“Saya bersekolah sehingga Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan tinggal bersama ibu selepas dia dan ayah bercerai ketika saya kecil. Sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, saya dimanjakan dan segala kemahuan dituruti.

Kerana tidak minat belajar, saya mengambil keputusan untuk bekerja pada usia masih muda dan daripada situ mula bergaul dengan rakan termasuk yang bukan Islam.

Hampir setiap malam saya keluar berhibur di kelab malam dan arak menjadi minuman biasa. Saya gembira dengan kebebasan dimiliki terutama selepas hidup menyewa dengan rakan.

Wabak serang 2,236 bayi

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my

PRIHATIN...Mah (berdiri kiri) melawat kanak-kanak yang dirawat di Hospital Tapah  dipercayai akibat wabak AGE.
PRIHATIN...Mah (berdiri kiri) melawat kanak-kanak yang dirawat di Hospital Tapah dipercayai akibat wabak AGE.
TAPAH: Punca kematian mengejut dua bayi awal minggu lalu, dipercayai akibat sejenis wabak dikenali sebagai Acute Gastroenteritis (AGE) yang dibawa virus rotavirus yang kini sudah menyerang 2,236 bayi di Perak.
Difahamkan wabak dibawa virus itu tersebar melalui air dan makanan dan hanya menjangkiti bayi di Teluk Intan, Hutan Melintang, Chenderong Balai, Langkap di Hilir Perak dan Batang Padang, Tapah, di sini.

Berdasarkan aduan diterima, rotavirus lebih mudah menyerang bayi berusia antara dua bulan hingga 10 bulan menyebabkan mangsa cirit-birit dan demam panas sebagai tanda awal.
Exco Kesihatan Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata penemuan punca wabak AGE itu diperolehi hasil ujian makmal sejurus dua bayi mati mengejut awal minggu lalu.

Katanya, virus berbahaya itu menyebabkan bayi menghidapnya hilang selera makan, sakit kepala, sakit perut, loya dan pelbagai tanda lain.

Dalam kejadian 30 Januari lalu, dua bayi, Tamil Selvan, sembilan bulan dan Varagaran Murugan, dua bulan, mati mendadak selepas diserang demam dan cirit-birit berulang.

Kedua-dua mangsa yang berasal dari Taman Julaiha dan Kampung Teluk Buluh, Hutan Melintang, di sini, mempunyai simptom sama iaitu cirit-birit, demam panas, mata bengkak dan badan bertukar kehijauan.

Menurut Dr Mah, sejak 27 Januari lalu sehingga semalam, 2,236 kes AGE dengan gejala cirit-birit dan muntah dikesan di dua daerah iaitu 1,397 kes di Hilir Perak dan 839 kes di Batang Padang.
“Bagaimanapun jumlah kes menunjukkan penurunan sejak seminggu lalu di hospital daerah itu. Kebanyakan kes AGE yang dikesan menunjukkan gejala cirit-birit dan muntah dan sebahagian besar bayi dijangkiti mendapat rawatan pesakit luar,” katanya pada sidang akhbar di Klinik Kesihatan Tapah, semalam.

Menurutnya, kajian sedang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri Perak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk mengenal pasti punca merebaknya wabak itu.

“Antara langkah berkesan bagi mengelak wabak itu merebak ialah memasak air sebelum diminum, membasuh tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas makan serta ke tandas. “Mengurangkan memakan makanan mentah seperti ulam atau tidak dimasak, memasak makanan dengan sempurna, membersihkan peralatan pemakanan dan minuman bayi dengan merebus terlebih dahulu sebelum digunakan,” katanya.

Mah berkata, orang ramai yang mengalami demam, cirit-birit, muntah, loya, sakit perut, sakit kepala serta hilang selera makan perlu segera mendapatkan rawatan.

Berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan lebih 440,000 kematian kanak-kanak dan bayi di seluruh dunia disebabkan rotavirus.

Putus tangan hutang RM500

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
am@hmetro.com.my

IPOH: Hanya kerana gagal melunaskan hutang RM500, seorang buruh putus tangan kiri dan cedera teruk di seluruh badan akibat diserang lima lelaki berhampiran Pangsapuri First Garden, Silibin, di sini, malam kelmarin.
Kejadian pada jam 7 malam itu menyebabkan mangsa yang dikenali sebagai Nantha Kumar, 41, lari menyelamatkan diri dengan meninggalkan tangan kirinya yang putus akibat ditetak dengan pisau memotong daging.
Bagaimanapun, doktor yang merawat mangsa di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, gagal menyambung semula tangan kiri mangsa yang putus itu.

Isteri mangsa yang hanya dikenali sebagai Susilawaty berkata, seminggu sebelum kejadian beberapa individu datang ke rumahnya untuk mengutip hutang RM500 daripada suami.


“Bagaimanapun suami saya merayu diberikan tempoh sedikit masa lagi memandangkan pekerjaan dan gajinya tidak menentu,” katanya.

Jumpa kepala dalam sungai

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

KUCHING: “Dia bukan adik saya,” kata Sudiro Roni, 20, selepas membuat pengecaman kepala manusia ditemui penduduk dan anggota operasi mencari adiknya, Mohd Idris, 13, dikhuatiri lemas di Sungai Midin, di sini.
Sudiro ditemani beberapa ahli keluarga hadir di Rumah Mayat Hospital Umum Sarawak (HUS), sebaik dimaklumkan penemuan kepala manusia itu di Ulu Sungai Samariang, kira-kira jam 5 petang, semalam, satu kilometer dari lokasi mangsa dikatakan hilang.

Pemuda itu berkata, dia yakin kepala manusia itu bukan milik adik bongsunya yang hilang sejak dua hari lalu itu berdasarkan giginya.

“Adik saya tidak mempunyai dua gigi depan yang panjang seperti yang ada pada kepala manusia itu. Naluri saya kuat mengatakan kepala itu bukan milik adik saya,” katanya.

Terdahulu, Sudiro dan beberapa ahli keluarganya dilihat tidak dapat menahan kesedihan ketika kenderaan polis yang membawa kepala manusia itu tiba di perkarangan bilik mayat hospital berkenaan.

Kepala manusia itu ditemui terapung oleh penduduk dan pasukan mencari Mohd Idris di Ulu Sungai Samariang selepas pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semerah Padi itu hilang ketika mencari ketam, petang Rabu lalu.


Kehilangannya disedari seorang rakan, Mohd Uzaed Safari, 9, sebelum itu bersama mangsa melihat bubu dipasang di sungai berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sambil dibantu penduduk kampung.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Abang Ahmad Abang Julai berkata, pihaknya akan menyerahkan kepada hospital untuk melakukan bedah siasat bagi mendapatkan kepastian.

Beliau berkata, jika pihak keluarga mangsa masih belum mendapat kesahihan, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebagai jalan terakhir bagi menentukan siapa pemilik kepala itu.

“Setakat ini, keluarga mangsa dipanggil untuk mengecam kepala ditemui itu, namun mereka menafikan ia milik mangsa. Jadi, kita akan meminta hospital melakukan bedah siasat secepat mungkin,” katanya.

Thursday, February 9, 2012

BERMAKNA HARI KEKASIH@SUAMI ISTERI ADALAH HARI2...BUKAN 14 FEBUARI..DIBARAT SUAMI ISTERI KEBANYAKAN BEBAS..TU MEREKA BEGITU...SAMBUTLAH HARI2 ATAU BILA ADA KELAPANGAN...

Bahagia atas riba

Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my

PASANGAN BAHAGIA...Drs Zainudin Awang Hamat bersama isteri dipilih antara lima pasangan ideal menerima penghargaan daripada Nik Aziz (dua dari kanan).
PASANGAN BAHAGIA...Drs Zainudin Awang Hamat bersama isteri dipilih antara lima pasangan ideal menerima penghargaan daripada Nik Aziz (dua dari kanan).
KOTA BHARU: Sering tidur di riba isteri setiap kali pulang ke rumah selepas menjalankan tugas harian antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurutnya, walaupun kadangkala pulang ke rumah pada jam 2 atau 3 pagi, isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak tidak pernah merungut dan sebaik meletakkan kepala di riba isterinya, semua masalah yang semak dalam benak seperti hilang begitu saja.

“Saya juga berselawat ke atas nabi sebanyak 41 kali setiap hari dan isteri perlu bersabar serta diam setiap kali melihat suami marah.
“Suami juga perlu menjaga kebajikan makan minum dan tempat tinggal keluarga, selalu membaca al-Quran serta sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Nik Abdul Aziz dan isterinya yang mempunyai lima anak lelaki dan lima perempuan serta 56 cucu, bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-50 pada 20 November ini selepas melangsungkan perkahwinan pada 1962.

Beliau turut dipilih sebagai Ikon Keluarga Mawaddah Peringkat Kelantan 2012 manakala lima pasangan lagi turut menerima Hadiah Pasangan Terpilih pada majlis berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz berkata, statistik menunjukkan terdapat lebih 234,000 anak tidak sah taraf, 81,000 daripadanya Melayu yang direkodkan di negara ini sejak 2006 hingga 2010 di seluruh negara amat mengejutkan.

Katanya, semua masalah itu timbul akibat tiada lagi wujud rasa takwa kepada Allah S.W.T.
“Masalah ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja bagi membina pusat perlindungan kepada anak ini (anak tidak sah taraf).

“Akibat tidak menjaga agama dan pergaulan terlalu bebas seperti sering ke kelab malam dan minum arak, maka ia boleh menjurus kepada zina,” katanya.

Pada masa sama, Nik Abdul Aziz turut mencadangkan sambutan Hari Valentine yang biasa disambut dengan pelbagai acara yang penuh maksiat diganti dengan Sambutan Hari Suami Isteri oleh umat Islam.

Sangkar asmara

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi dan Yusmizal Dolah Aling
am@hmetro.com.my

SEDIH...Hayati ketika ditemuramah wartawan Harian Metro.
SEDIH...Hayati ketika ditemuramah wartawan Harian Metro.
KUALA LUMPUR: Dia dipaksa menggugurkan kandungan, dibawa ke negara asal suaminya hanya untuk melihat lelaki itu berkahwin dengan wanita lain dan kini, terpaksa pula menanggung hutang kad kredit serta pinjaman bank RM120,000 yang dibuat warga asing itu menggunakan namanya.
Itu antara penderitaan seorang peniaga wanita selepas berkahwin dengan lelaki Pakistan yang mempunyai niat tersembunyi mahu mengikis hartanya dan mempermudahkan diberi taraf pemastautin tetap (PR).
Peniaga pakaian itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hayati, 47, berkata perkahwinan dengan Mat Pakistan berusia 44 tahun itu yang kedua baginya selepas perkahwinan pertama dengan lelaki tempatan gagal.

“Hubungan kami bermula sebagai rakan sekerja. Ketika itu, dia tak punya sebarang harta dan antara kami tidak wujud perasaan cinta, sebaliknya lebih kepada perasaan mahu melengkapi hidup antara satu sama lain.


“Saya setuju menerima lamarannya mungkin kerana masih kecewa dengan kegagalan perkahwinan pertama,” katanya ketika mengadu kepada Pegawai Khas (Ibu Tunggal), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Khaty Kassim, baru-baru ini

13 ‘pelayan rimba’ dicekup

Oleh Mohamad Naufal Mohamad Idris
am@hmetro.com.my

TAHAN...sebahagian wanita warga China dibawa keluar dari restoran di Jenjarom, Banting, malam kelmarin.
TAHAN...sebahagian wanita warga China dibawa keluar dari restoran di Jenjarom, Banting, malam kelmarin.
BANTING: Rahsia sebuah restoran makanan laut terpencil di Jenjarom, di sini, yang dikunjungi orang ramai terbongkar apabila didapati turut menawarkan pelayan pelanggan (GRO) dan pelacur dari China sebagai pelaris untuk mengejar keuntungan.
Pelanggan termasuk yang datang dari ibu negara dan Petaling Jaya dikatakan sanggup meredah jalan tanah merah dikelilingi ladang kelapa sawit sejauh lebih 500 meter dari jalan utama semata-mata untuk menikmati khidmat ‘pelayan rimba’ di restoran berkenaan.
Kegiatan pelacuran dipercayai dijalankan sejak sebulan lalu itu terbongkar selepas polis menahan 13 wanita warga China dan seorang wanita tempatan dalam Ops Noda, malam kelmarin.

Pegawai Turus Jabatan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Superintendan Izwan Abd Karim berkata, semua wanita warga China yang ditahan berusia antara 21 hingga 50 tahun itu didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO.

DIMANA PUSAT ZAKAT KUTIP JUTAAN RINGGIT...TAK KAN TERLEPAS PANDANG...ALLAH TAK TERLEPAS PANDANG BAGI ORANG YANG TAK AMANAH...MENGURUSKAN WANG ZAKAT...HUDUD TAK JALAN PELACUR DAN ZINA TAK DAPAT DIATASI

Enam beranak hidup menumpang di surau



NORMALIZA bersama empat orang anaknya ketika ditemui di surau Taman Rinting, Pasir Gudang semalam.



PASIR GUDANG - Gara-gara suami tiada kerja tetap dan sukar mendapat pekerjaan menyebabkan enam beranak terpaksa hidup merempat.
Itulah yang dialami pasangan Muhammad Shah Abdullah, 34, dan Normaliza Mustafa, 33, bersama empat anak mereka, Nor Diana Shafiza, 9, Muhammad Shariz Daniel, 8, Muhammad Shafiz Daniel, 7, dan Muhammad Aiman Daniel, 1.
Mereka sekeluarga sejak Selasa lalu terpaksa menumpang teduh di sebuah surau di Taman Rinting, Masai di sini.
Sebelum ini, mereka sekeluarga menyewa di sebuah rumah di Flat Tasek 64, Bandar Seri Alam sejak setahun lalu tetapi dihalau tuan rumah ekoran gagal menjelaskan sewa bulanan berjumlah RM270 sebulan yang tertunggak selama tiga bulan.
Keadaan mereka sekeluarga yang tidur di tempat solat bahagian luar surau amat menyedihkan kerana tidur beralas tikar tanpa bantal dan selimut.
Sejak dihalau keluar dari rumah sewa selepas Tahun Baru Cina lalu, tiga anaknya yang belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Alam 1, Bandar Seri Alam terpaksa ponteng sekolah.

Restoran hidang pelacur China


Sebahagian pelacur China yang ditahan kelmarin.



KUALA LANGAT - Siapa sangka di tengah kebun kelapa sawit di sini wujud sebuah restoran yang bukan saja menyajikan masakan Cina malah mempunyai pilihan untuk mendapatkan 'hidangan tambahan' berupa khidmat seks daripada pegawai perhubungan pelanggan (GRO).
Restoran itu baru sebulan beroperasi dan hanya dibina dengan kayu. Ia terletak 500 meter dari jalan besar dan kira-kira 3.5 kilometer dari pekan Jenjarom, Banting.
Kegiatan tersebut terbongkar, hasil risikan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sejak seminggu lalu sebelum membuat serbuan pada pukul 8.30 malam kelmarin.

Hilmi rayu tidak dihantar pulang



Hilmi ditahan di Kantor Imigresen Batam, Indonesia sejak Jumaat lalu.



KUALA LUMPUR - Azmin Helmi atau Hilmi, 37, yang hampir seminggu ditahan di Batam, Indonesia dikatakan tidak memberi kerjasama kepada pihak berkuasa republik itu kerana mendakwa terlalu takut jika dihantar pulang ke Malaysia.
Satu sumber berkata, Hilmi yang menjadi buruan polis negara ini kerana penyebaran gambar bogel ahli politik pembangkang, Elizabeth Wong masih ditahan di Jabatan Imigresen Indonesia di Batam Sentral bagi siasatan berhubung dokumen palsu dan tinggal melebihi tempoh di negara itu.
"Hilmi kurang memberi kerjasama kepada pihak Imigresen Indonesia kecuali ada jaminan dia tidak akan didakwa dan dibenarkan tinggal terus di Indonesia," kata sumber itu ketika dihubungi di sini semalam

Dua pegawai TH tawar Haji Ekspres



ROSLAN (kiri) dan Afizul (tutup muka) selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Dua pegawai Tabung Haji (TH), masing-masing seorang juruanalisa kanan dan kerani dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan terlibat sindiket Haji Ekspres dengan melakukan pengubahsuaian kandungan data serta menerima rasuah bagi melangkaui giliran mengerjakan ibadah haji, dua tahun lalu.
Tertuduh pertama, Afizul Md. Yasin, 34, dan Roslan Mohamed Som, 47, yang kini digantung kerja mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan dan mohon dibicarakan.
Afizul selaku juruanalisa kanan sistem, Jabatan Teknologi Maklumat TH didakwa atas tiga tuduhan berasingan menggunakan komputer didaftar dengan model Elite Book 6930p nombor siri 2CE841Z2TR serta Mac address 00-21-5D-A4-74-F6 (W) membuat capaian ke pangkalan data TH.

Pensyarah Matematik didakwa rasuah RM300


pensyarah sebuah kolej swasta Ipoh yang direman kerana kes rasuah semalam.


IPOH - Seorang pensyarah di sebuah kolej swasta di sini direman empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Nasarudin Mohamed pada pukul 11 pagi semalam.
Pada 2 petang kelmarin, pensyarah mata pelajaran Matematik itu ditahan SPRM di kolej berkenaan ketika menerima wang RM300 daripada seorang penuntut bagi membolehkan pelajar itu lulus dalam satu tugasan bagi tujuan peperiksaan.
Pensyarah lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Pihak SPRM sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan dan dipercayai akan ada lagi penuntut tampil memberikan maklumat di samping kerjasama penuh diberikan pihak pengurusan kolej itu.
Difahamkan pensyarah berkenaan menjadikan penuntut yang lemah dalam pengajian mereka sebagai mangsa.

Polis rampas lima pistol



MOHD. MOKHTAR (dua dari kiri) menunjukkan salah satu daripada lima pucuk pistol yang dirampas di Johor Bahru semalam.



JOHOR BAHRU – Polis menahan lima lelaki dan merampas lima pucuk pistol serta 22 butir peluru yang dipercayai digunakan dalam kes jenayah dan pemerasan baru-baru ini.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dalam kejadian pertama 29 Januari lalu, pihaknya merampas sepucuk pistol dan tiga butir peluru daripada seorang lelaki berusia 39 tahun di Tol Sedenak dekat Kulaijaya pada pukul 12.30 tengah hari.
“Suspek sebelum itu pergi mengutip hutang di sebuah rumah di Bukit Siput, Segamat sebelum bertengkar dan melepaskan tembakan yang terkena rumah jiran mangsa.
“Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah berkaitan kes perjudian serta dadah dan dia kini ditahan reman hingga Ahad ini bagi membantu siasatan,” katanya di sini semalam.

Sindiket ekstasi RM9.2 juta tumpas



MOHD. SHUKRI (kiri) menunjukkan sebahagian dadah dan peralatan memproses dadah yang dirampas di Malim Nawar di Ipoh semalam.



IPOH - Satu sindiket memproses dan mengedar dadah jenis pil ekstasi dipercayai antara yang terbesar di Lembah Kinta tumpas dalam serbuan polis di Malim Nawar, Kampar dekat sini pada 3 Februari lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, dalam serbuan di sebuah rumah yang dijadikan makmal dadah di Taman Malim Permai, Malim Nawar itu pihaknya berjaya merampas dadah bernilai hampir RM9.2 juta.
"Sebanyak 46.2 kilogram serbuk disyaki ekstasi yang mampu menghasilkan 462,000 pil dadah jenis sama berjaya dirampas.
"Seorang wanita berusia 31 tahun dipercayai anggota sindiket yang bersendirian di dalam rumah itu semasa serbuan turut diberkas," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini semalam.

Nikon sasar 50 peratus pasaran DSLR



DUA orang model menunjukkan model kamera DSLR terbaharu, D800 (kiri) and D800E semasa pelancaran rangkaian kamera terbaharu Nikon di Kuala Lumpur semalam.



TOKYO - Nikon Corporation Jepun (Nikon) yakin ia akan memperoleh penguasaan 50 peratus pasaran kamera refleks lensa tunggal digital (DSLR) di Malaysia tahun ini selepas operasi kilangnya di Thailand dijangka pulih sepenuhnya menjelang bulan Mac ini.
Penguasaan pasaran kamera DSLR Nikon di Malaysia menguncup kepada 40 peratus tahun lalu apabila bencana banjir yang berlaku pada bulan Oktober lalu telah menjejaskan operasi pengeluaran dan komponennya di Taman Perindustrian Rojana, Ayutthaya.
"Kilang di Thailand mula beroperasi sejak bulan lepas, namun masih belum pada kapasiti sepenuhnya," kata Pengurus Besar Komunikasi Nikon, Tetsuya Morimoto dalam temu bual bersama Bernama di ibu pejabat Nikon di sini baru-baru ini.

Wednesday, February 8, 2012

BILA AKHIR ZAMAN BANYAK PERKARA2 PELIK..BILA DAH BEGINI...BANYAK GUY..WANITA BAGAIMANA...BERLAKU PERKARA2 MAKSIAT YANG BANYAK...MANUSIA AKAN LEBIH JAUH DARI ALLAH...JAUH JUGA DARI RAHMAT ALLAH...MACAM KITA MENGUNDANG BALA@MUSIBAH

Wanita Makan 5 Ekor Ayam Hidup Setiap Hari

Posted on the February 6th, 2012 under Luar Negara by admin
Daging ayam sudah diletakkan sebagai salah satu makanan ruji dalam piramid makanan kesihatan kepada manusia.

Setiap hari, kita pasti akan menggunakan ayam sebagai menu utama dalam masakan kita tidak kira apa jenis lauk pauk yang dihidangkan.

Pun begitu, sukar untuk penulis bayangkan apabila seorang wanita pelik sanggup makan ayam hidup-hidup sebagai makanan hariannya tanpa disembelih dan dicabut bulunya terlebih dahulu!



Miskaulah, 38, berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih.

Malah, Miskaulah juga didakwa mampu memakan ayam hidup sebanyak lima ekor setiap hari!

Dia dikatakan perlu untuk memakan ayam hidup sebagai memenuhi nafsu gila dan peliknya itu.

Ini sememangnya benar-benar pelik memandangkan kita sebagai orang Islam, perlu menyembelih ayam terlebih dahulu dan membersihkan segala kekotoran yang ada sebelum dimasak.

Jangan pula kita mengamalkan ‘nafsu’ seperti ini.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Kemaruk raba sesama lelaki 


Oleh Muhd Izawan Baharin, Mior Azlan Mior Kamarulbaid dan Yusmizal Dolah Aling am@hmetro.com.my TUMPUAN...pengunjung beratur untuk memasuki kelab malam terbabit. TUMPUAN...pengunjung beratur untuk memasuki kelab malam terbabit. KUALA LUMPUR: Berkucupan, berpelukan dan raba-meraba sesama lelaki sambil berjoget mengikut rentak muzik menjadi lumrah di ruang tarian sebuah kelab malam di ibu kota yang sering dikaitkan dengan tempat golongan gay berpesta. Tanpa mempedulikan suasana panas, dianggarkan hampir 200 pemuda bersesak-sesak menari terlompat-lompat sambil meneguk arak, berpelukan dan berkucupan sesama mereka tanpa segan silu sebaik muzik dimainkan. Sebelum ini golongan homoseksual sering dikaitkan dengan hubungan cinta sesama jantina hingga melakukan hubungan seks luar tabii, namun tidak banyak diketahui mengenai aktiviti hiburan mereka. Berdasarkan maklumat, Harian Metro melakukan tinjauan pada awal pagi Sabtu lalu di sebuah kelab malam di ibu negara dan mendapati ratusan lelaki berusia 20 tahun menari serta berpelukan ghairah sesama jantina bermula jam 1 hingga 3 pagi. Disebabkan terlalu seronok, mereka mengajak orang yang tidak dikenali menari bersama, malah dalam suasana sesak itu ada di antara mereka ‘kemaruk’ meraba lelaki lain.


Maut bertembung lori tangki minyak

MIRI: Seorang pengurus sebuah syarikat pembalakan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya hilang kawalan sebelum bertembung dengan lori tangki minyak di Kilometer 22, Jalan Miri Bintulu, di sini, semalam. Sebelum kejadian, mangsa, Liong Kieau Sat, 52, dari Desa Pujut, Permyjaya, di sini, dipercayai memandu sendirian dan dalam perjalanan pulang dari Bintulu ke Miri, kira-kira jam 7 pagi. Jurucakap polis trafik Miri ketika dihubungi berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan termasuk kepala. Katanya, keadaan jalan yang licin akibat hujan dipercayai menyebabkan kereta dipandu mangsa memasuki jalan bertentangan sebelum bertembung sebuah lori tangki minyak. “Malah, kenderaan mangsa yang remuk itu diseret beberapa meter selepas pertembungan itu menyebabkan dia tersepit sebelum dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba,” katanya.

Rakan menjerit 

Oleh Idris Musa dan Hayati Ibrahim am@hmetro.com.my DI SINI...tempat mangsa maut tersepit dalam mesin pemampat sampah. Gambar kecil, Kamarudin Hussin. DI SINI...tempat mangsa maut tersepit dalam mesin pemampat sampah. Gambar kecil, Kamarudin Hussin. PUTRAJAYA: “Selepas mendengar seorang rakan menjerit, saya segera mematikan enjin dan bergegas ke belakang lori. Saya terkejut apabila melihat seorang pekerja tersepit sebahagian badan di mesin pemampat sampah dalam keadaan tidak sedar,” kata pemandu lori syarikat Alam Flora Sdn Bhd, Mohd Osman, 39. Dia menceritakan kejadian rakan sekerjanya yang maut di bahagian belakang lori ketika memunggah sampah di Apartmen Fasa 4, Presint 9, semalam. Ketika kejadian pada jam 11 pagi itu, Kamarudin Hussin, 41, berada di bahagian kanan belakang lori pengangkut sampah sebelum dia terjatuh ketika mesin itu sedang bergerak memampatkan sampah dalam lori berkenaan. Seorang rakan yang berada di sebelah kiri belakang lori bersama mangsa menjerit meminta enjin dimatikan. Mohd berkata, dia menghubungi penyelia sebelum mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan kecemasan. “Kejadian ini memang tidak terduga, malah mangsa juga seorang yang rajin bekerja. Kami tidak bersarapan bersama sebelum melakukan tugasan kerana mangsa membawa bekal sendiri. “Cuma apa yang saya perasan mangsa kelihatan berpakaian lebih kemas, berbanding sebelum ini. Biasanya, jaket dipakai dibiar terbuka, tetapi kali ini zipnya ditarik dengan kemas," katanya. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan sudah mengambil keterangan pemandu dan pekerja Alam Flora yang lain. “Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, tetapi punca kejadian masih disiasat. Mayat dihantar ke Hospital Putrajaya sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan,” katanya. Jurucakap Alam Flora ketika dihubungi berkata, pihaknya bersimpati atas kemalangan yang menimpa pekerja itu dan berharap kejadian tidak berulang. “Kami akan melakukan siasatan terperinci mengenai kejadian itu. Pada masa sama kami menasihati pekerja lain supaya utamakan keselamatan kerana nyawa lebih penting daripada segala-galanya,” katanya. Sementara itu, abang ipar mangsa, Mohd Azuan Abdul Rahman, 32, berkata, dia sekeluarga terkejut dan trauma dengan kejadian tragis itu. Menurutnya, dia menerima berita mengenai kejadian itu pada jam 11.20 pagi dan menelefon beberapa ahli keluarga termasuk adiknya yang juga isteri mangsa, Noraziah Abdul Rahman, 30, untuk mengesahkan kejadian itu. “Selepas adik ke Hospital Putrajaya, baru saya betul-betul percaya adik ipar sudah tiada. “Apa penting sekarang, kami sekeluarga perlu memberi semangat kepada adik dan dua anaknya yang kehilangan orang tersayang,” katanya. Mohd Azuan berkata, arwah bekerja lebih lima tahun dengan Alam Flora dan kali terakhir mereka berjumpa arwah dua minggu lalu. Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Alam Damai, Cheras, dekat Kuala Lumpur.

Bungkus bayi dalam plastik

Oleh Fardy Bungga
fardy@hmetro.com.my
TAWAU: “Mujur kami meronda sejam sekali, kalau tidak bayi ini pasti jadi habuan anjing yang banyak berkeliaran di sini,” kata pengawal keselamatan, Fredly Suman, 40, yang menemui bayi perempuan masih bertali pusat ditinggalkan di kaki lima bangunan berhampiran pejabat Jabatan Air di Tanjung Batu, di sini, awal pagi semalam.
Menurut Fredly, dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dia bersama rakannya, Umar Emat, 55, sedang melakukan rondaan di kawasan itu sebelum melihat satu bungkusan plastik di siar kaki bangunan terbabit.

“Pada mulanya, saya menyangka plastik ini berisi sampah dibuang penduduk atau digonggong anjing.
“Tetapi, sebaik membuka plastik ini, saya terkejut melihat wajah bayi yang comel,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Katanya, bayi perempuan itu kemudian menangis tanpa henti menyebabkan dia dan rakan membawanya ke pondok pengawal sebelum menghubungi polis.

Fredly berkata, dia melihat bayi itu seolah-olah kelemasan dalam plastik dengan berbantalkan kain batik ketika membuka bungkusan berkenaan.
“Sebaik dikeluarkan, saya lihat bayi ini masih bertali pusat namun keadaannya seperti sudah dimandikan dengan rambut disisir rapi serta tiada kesan darah di badan,” katanya.

Fredly berkata, sepanjang bekerja di kawasan itu sejak 18 tahun lalu, kejadian itu pengalaman pertamanya.
“Mujur saya cepat membuka ikatan plastik itu, jika tidak sudah pasti bayi itu akan mati kelemasan atau menjadi mangsa anjing liar,” katanya.

“Selama ini saya hanya membaca kejadian sebegini melalui media, tak sangka pula turut mengalaminya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin berkata, polis yang menerima laporan bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, bayi itu dipercayai baru dilahirkan serta berada dalam keadaan sihat dan polis yakin ia baru ditinggalkan di kawasan itu sebelum ditemui pengawal keselamatan berkenaan.

“Buat masa ini, bayi yang cukup sifat ini ditempatkan di Hospital Besar Tawau dan berada dalam pengawasan pihak hospital,” katanya pada sidang media di pejabatnya.

Ibrahim berkata, polis sudah menjalankan siasatan termasuk menggunakan khidmat anjing pengesan dari Unit K9 bagi mengesan individu yang membuang bayi itu.

“Mereka yang bertanggungjawab perlu diberkas dan dihadapkan ke mahkamah.

“Polis meminta kerjasama mana-mana hospital, klinik bersalin atau mereka yang mengetahui kejadian ini supaya menghubungi polis dengan segera,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya.

BILA SABAR TIADA PADA DIRI...SIKAP GOPOH GAPAH...TANPA USUL PERIKSA...DITAMBAH KEDUA2 ADA PERASAAN EGO...MAKA BERJAYA SYAITAN MENGUJUDKAN KEMARAHAN DAN PERGADUHAN...

Pawang minum darah ayam jantan



AFP 
RUSDI JAM TONI menghirup darah daripada seekor ayam jantan pada perarakan festival Cap Goh Meh di Jakarta kelmarin.



JAKARTA - Seorang pawang tempatan bernama Rusdi Jam Toni dari Sambas menghirup darah seekor ayam jantan semasa festival Cap Goh Meh di sini kelmarin.
Seorang lagi pawang yang dikenali sebagai Fasidami menyemburkan darah ayam jantan selepas dia menghirupnya daripada haiwan itu.
Cap Goh Meh merupakan hari penutup sambutan Tahun Baru Cina. - AFP

Janda, gadis pilihan sindiket dadah



NOOR RASHID (kiri) menunjukkan dadah yang disembunyikan dalam silinder piston kereta yang dirampas pada sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Sindiket pengedaran dadah didalangi warga Afrika kini memilih untuk merekrut keldai dadah dalam kalangan janda atau gadis-gadis yang bekerja di pasar raya atau berniaga secara kecil-kecilan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, modus operandi sindiket dadah itu adalah melantik wanita tempatan menjadi anggota sindiket dadah dan menyuruh mereka mencari keldai dadah lain di negara ini.
“Keldai dadah yang menjadi pilihan sindiket dadah masa ini adalah janda, gadis-gadis yang bekerja di pasar raya atau menjalankan perniagaan kecil sendiri,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut beliau, wanita-wanita yang bergaji kecil atau mempunyai masalah dalam kewangan diyakini lebih mudah direkrut menjadi keldai dadah.
Noor Rashid memberitahu, sepanjang tahun lalu, seramai 76 orang rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan dadah dan daripada jumlah itu 49 orang merupakan keldai dadah.
“Daripada 49 orang keldai dadah yang ditahan itu separuh daripada mereka merupakan wanita,” katanya.
Beliau berkata, kesemua 49 keldai dadah ditahan di negara asing seperti China seramai 13 orang, Indonesia (13), New Zealand (10), Thailand (5), Singapura (3) dan seorang masing-masing Australia, Belanda, Argentina, Macau dan Pakistan.
Kata beliau lagi, keldai dadah itu tahu bahawa kandungan barangan yang dibawa mereka ialah dadah dan mereka secara sukarela menjadi keldai dadah kepada sindiket itu demi mendapatkan puluhan ribu ringgit.

Lelaki disangka mati muncul semula



ADI SAIFUL (kanan) menunjukkan pasport membuktikan bahawa dia ke Singapura kepada Azizah di Kampung Bukit Sawa, Marang semalam.



MARANG - Misteri kehilangan seorang lelaki selepas menonton perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Kelantan dan Terengganu pada 11 Jun tahun lalu akhirnya terjawab.
Pada Ahad lalu, lelaki terbabit, Adi Saiful Che Kor, 27, pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Sawa di sini selepas lapan bulan menghilangkan diri kerana bekerja di Singapura.
Kemunculan semula lelaki itu melegakan seluruh ahli keluarganya selepas mereka dimaklumkan oleh beberapa bomoh bahawa Adi Saiful kononnya sudah meninggal dunia.
Mengimbau semula apa yang berlaku, Adi Saiful berkata, ketika itu dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kuantan.
"Selepas tengok bola di Bukit Jalil (Stadium Nasional), saya balik semula ke Kuantan. Saya kemudian dapat kerja di Singapura melalui seorang ejen.
"Sebelum bertolak ke Johor Bahru menaiki bas kira-kira seminggu kemudian, telefon bimbit saya hilang dan saya bercadang menghubungi keluarga setelah bekerja di sana," katanya di sini semalam.
Sepanjang berada di Singapura, dia bekerja di sebuah kedai dobi dengan gaji bulanan sebanyak S$1,200 (RM2,800), namun dia tidak dibenarkan meninggalkan negara itu dalam tempoh enam bulan pertama.

Kakitangan KFC tendang pelanggan



RAKAMAN pergaduhan antara kakitangan KFC dengan seorang pelanggan yang berlaku di sebuah restoran makanan segera di Shah Alam baru-baru ini.



KUALA LUMPUR – Gara-gara tidak sabar menunggu ayam goreng yang dipesan, seorang pelanggan bukan sahaja ditumbuk malah turut ditendang oleh seorang kakitangan KFC dalam satu kes pergaduhan baru-baru ini.
Kejadian tersebut yang didakwa berlaku di salah sebuah cawangan restoran makanan segera tersebut di Shah Alam itu sempat dirakam oleh orang ramai.
Rakaman pergaduhan selama 28 minit itu kemudian dimuat turun ke laman perkongsian video, YouTube yang juga disiarkan di beberapa laman blog.
Difahamkan pergaduhan itu berlaku ekoran pesanan yang dibuat oleh pelanggan tersebut tidak sampai setelah menunggu selama satu jam ekoran KFC cawangan tersebut didakwa telah kehabisan ayam.
Pelanggan tersebut yang marah telah meminta pihak KFC untuk memohon maaf namun tidak diendahkan sebaliknya kakitangan restoran itu telah menjerit ke arah pelanggan: “Kalau mau makan, buat sendiri lah.”
Menerusi video tersebut, pertengkaran yang bermula dengan berbalas cakap itu akhirnya berakhir dengan tindakan seorang kakitangan KFC menumbuk dan menendang pelanggan tersebut sebelum dileraikan oleh rakannya.
Sementara itu, KFC Holdings (Malaysia) Berhad memaklumkan bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung kes pergaduhan itu yang didakwa berlaku awal Februari lalu.

 

Selindung di sebalik kerja amal

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) mendapati kegiatan serpihan kumpulan Al-Arqam yang diharamkan kini bergerak melalui pelbagai nama syarikat, persatuan dan pertubuhan amal.
Ketua Pengarahnya, Datuk Osman Mustapha berkata, selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan kumpulan Al-Arqam yang bergerak melalui Syarikat Rufaqa Corporation pada tahun 2007 lalu, saki-baki ahli mereka dikesan bergerak melalui Syarikat Global Ikhwan Sdn. Bhd. (GISB) pada tahun 2008.
"Semuanya adalah usaha mereka (ahli-ahli) untuk terus menghidupkan semula ajaran yang telah diharamkan itu," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.
Menurut Osman, Jakim kini sedang giat menjalankan operasi membanteras saki-baki pengikut kumpulan itu yang cuba menyebarkan fahaman ajaran sesat mereka.
Jakim dengan kerjasama kesemua Jabatan Agama Islam Negeri menggunakan pendekatan secara bersepadu bagi tujuan berkenaan.
"Tindakan yang diambil bersama agensi kerajaan yang berkaitan adalah berlandaskan bidang kuasa masing-masing.
"Antara contoh tindakan yang telah diambil ialah pemeriksaan JAIP (Jabatan Agama Islam Perak) ke atas sebuah program anjuran Kelab Taat Suami di Rumah Tamu GISB Zon Ipoh baru-baru ini," ujarnya.

Tikus jadi haiwan peliharaan



GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan seekor tikus yang dipelihara oleh Kimberly Jackson di rumahnya di Falmouth, Maine.



WALTHAM, Amerika Syarikat (AS) - Tikus kini dijadikan haiwan peliharaan di AS dengan para pemilik haiwan itu menganggap ia bijak dan suka bermain.
Seorang pemilik haiwan itu, Robin Ruslau dari Dresden, negeri Maine, AS pada mulanya menyayangi tikus selepas seorang anak perempuannya meminta dia menjaga seekor haiwan tersebut.
Anak perempuannya itu membuat permintaan itu kerana tuan haiwan tersebut pergi bercuti.
"Saya seolah-olah tidak mempercayai betapa luar biasa haiwan itu. Selepas berakhirnya dua minggu (menjaga tikus itu), saya tidak mahu melepaskan haiwan itu," kata Ruslau.
Menurut para pemilik haiwan peliharaan itu, tikus suka bermain dan penyayang jauh berbeza daripada reputasi tikus yang dianggap binatang menjijikkan. - Agensi