Saturday, July 21, 2012

AMPUNAN DUNIA SUDAH...AMPUNAN AKHIRAT KUASA ALLAH SWT...MELIBATKAN MANUSIA...HAQ ITU TERPULANG PADA MANUSIA IAITU WARIS...

Nikmat cahaya Ramadan

INSAF... Shamsuddin bersama Mohd. Ali (tengah) dan Sapuan (kanan) memanjatkan doa kesyukuran di hadapan Penjara Kluang, Johor selepas dibebaskan semalam.


JOHOR BAHRU - Lapan banduan yang telah ditahan antara 22 tahun hingga 37 tahun dibebaskan dari beberapa buah penjara di Johor, Pahang, Kedah dan Selangor semalam selepas masing-masing mendapat pengampunan penuh daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Kesemua tahanan itu melakukan kesalahan di negeri Johor satu masa dahulu dan dibebaskan pada hari pertama umat Islam berpuasa semalam selepas mendapat perkenan Lembaga Pengampunan Negeri Johor yang dipengerusi oleh baginda pada 19 Januari lalu.
Di Kluang, warga Singapura, Shamsuddin@Botak Baharin, 55, memegang rekod sebagai banduan paling lama menjalani hukuman penjara di Malaysia dengan tempoh tahanan selama 37 tahun.
"Bila sudah terlampau lama dalam penjara, saya jadi putus asa untuk hidup bebas.
"Syukurlah, sesungguhnya Ramadan ini yang paling bererti kepada saya," katanya sebak ketika ditemui di Penjara Kluang semalam.
Selain Shamsuddin, turut dibebaskan dari Penjara Kluang ialah Sapuan Hanin, 58, dan warga Indonesia, Mohd. Ali Nordin, 63.
Shamsuddin yang pernah menjadi orang buruan polis Johor dan Singapura dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru atas kesalahan menembak dua anggota polis yang cuba menahannya.
Dia didakwa di bawah Seksyen 5 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan.
Untuk perancangan masa hadapan, Shamsuddin bercadang membuka kedai jahit.
Sapuan pula menganggap dirinya umpama bayi baru lahir setelah terlepas daripada hukuman gantung sampai mati kerana mengedar 6.71 kilogram kanabis di sebuah surau di Jalan Parit Ismail, Benut, Pontian pada tahun 1987.

Dua mayat ditemui, satu masih hilang


Anak Peter (dua dari kiri) tidak dapat menahan sebak ketika melihat mayat bapanya di Jeti Sebuyau, Samarahan semalam.


SAMARAHAN – Mayat dua daripada tiga penumpang helikopter jenis Eurocopter EC 120 yang terhempas di muara Batang Lupar berhampiran Sungai Tereso dekat Sebuyau kelmarin ditemui dalam keadaan masih sempurna semalam.
Mayat juruukur, Siti Khuzaimah Anuar, 27, yang berasal dari Kuching, ditemui pada pukul 9.20 pagi oleh nelayan tempatan di perairan Sungai Tereso berhampiran Muara Batang Lupar kira-kira satu jam perjalanan menggunakan bot laju dari lokasi kejadian.
Ketika ditemui, wanita itu lengkap berpakaian tanpa jaket keselamatan. Mayatnya dibawa ke Sebuyau pada pukul 11.10 pagi.
Sementara itu, mayat jurutera Sebiro Holdings, Peter Ato Mayau, 53, dijumpai tersangkut pada akar kayu di muara Sungai Tebelu oleh pasukan penyelamat pada pukul 2 petang.
Lelaki itu yang ditemui dengan hanya memakai baju putih tanpa lengan, berseluar dalam dan berstoking dipercayai menanggalkan pakaian lain bagi memudahkan dia berenang untuk menyelamatkan diri. Difahamkan, muka dan tangan kanan mangsa seperti melelas dipercayai kesan gigitan ikan.
Seorang lagi mangsa yang masih hilang ialah arkitek, Henry Lau Tee Yong, 42. Sehingga pukul 5.30 petang semalam, mayat lelaki itu belum ditemui.

Kosmo! semalam melaporkan sebuah helikopter milik seorang ahli korporat tempatan yang membawa empat penumpang dan seorang juruterbang warga Jerman terhempas.
Dalam kejadian itu, juruterbang Rico Steger, 35, terselamat manakala tiga mangsa lain termasuk seorang wanita hilang.
Steger terselamat selepas terapung sebelum dibawa arus Laut China Selatan selama empat jam, kira-kira 20 kilometer dari lokasi terhempas. Dia diselamatkan oleh sekumpulan nelayan tempatan di Sungai Kampung Tebelu.
Ketika kejadian, helikopter itu baru berlepas kira-kira 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Ia dalam penerbangan ke Nanga Merit, Kapit dipercayai untuk melawat projek bagi sebuah sekolah di kawasan itu.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon yang berada di Sebuyau bagi mengetuai operasi mencari dan menyelamat mengesahkan penemuan dua mayat tersebut yang kemudian dihantar ke Hospital Simunjan untuk bedah siasat.
“Operasi masih diteruskan untuk mencari seorang lagi mangsa yang hilang,” katanya di sini semalam.
Gerakan mencari dan menyelamat disertai oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan dan IPD Sri Aman; Maritim Malaysia; Tentera Udara Diraja Malaysia; Bomba dan Penyelamat serta Ikatan Relawan Rakyat Malaysia.

Bekas pemimpin UMNO cawangan mati dikelar

ALOR SETAR – Bekas Ketua Wanita UMNO cawangan Bukit Hangus ditemui mati berlumuran darah di dalam bilik tidur rumah teres dua tingkat di Kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik di sini kelmarin.
Mayat Halimah Yunus, 65, yang tinggal bersendirian ketika kejadian ditemui oleh suaminya, Mee Hashim, 63, selepas lelaki itu pulang daripada menunaikan solat tarawih pada pukul 9.20 malam.
Mee mendakwa, sebaik sampai, dia terkejut melihat isterinya terbaring dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dengan kesan kelar di leher kiri.
“Dia masih mampu beritahu kena tikam dengan seorang lelaki tapi tak kenal (suspek),” katanya yang memberitahu mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Sik.
Menurut Mee, dia percaya lelaki tersebut memasuki rumah mereka melalui bilik air berdasarkan kesan pecah di kawasan itu namun tiada barang berharga dilarikan.
“Saya tidak tahu apa motifnya kerana arwah merupakan seorang yang baik dan dikenali dalam kalangan penduduk di kawasan ini,” katanya.

Ismail Hutson meninggal dunia


ISMAIL bermesra dengan orang utan semasa bertugas di Zoo Negara pada tahun 2004.


KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS) yang juga seorang pelakon veteran, Datuk Ismail Hutson meninggal dunia akibat komplikasi penyakit jantung pada pukul 1.13 pagi di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya semalam.
Menurut isteri keduanya, Hafidzah Khasbullah, Ismail atau nama sebenarnya Ismail Omar, 73, dimasukkan ke Unit Rawatan Kritikal (CCU) pada Selasa lalu di pusat perubatan yang sama selepas 10 hari mengalami demam panas yang teruk.
Katanya, kematian Ismail sangat mengejutkan ahli keluarga kerana keadaan arwah semakin baik sebelum dipindahkan ke wad biasa.
Allahyarham menghidap penyakit jantung sejak lima tahun lalu, namun sepanjang tempoh itu, dia tidak menunjukkan tanda sakit teruk.
Presiden Persatuan Artis Veteran itu meninggalkan dua isteri termasuk isteri pertama, Zaiton Osman dan tujuh orang anak.

Geng curi barang kemas tumpas


TUN HISAN menunjukkan imej kamera litar tertutup seorang suspek wanita mencuri barangan kemas bernilai RM2 juta di KLIA pada sidang akhbar di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Polis berjaya menahan tujuh warga asing termasuk dua beranak yang didakwa mencuri barangan kemas bernilai RM2 juta di kaunter teksi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dekat sini pada 18 Julai lalu.
Mereka terdiri daripada tiga warga Costa Rica termasuk seorang wanita, dua lelaki anak-beranak dari Colombia, seorang wanita Mexico dan seorang wanita Uganda yang ditahan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Semantan, Kuala Lumpur pada pukul 2.22 petang kelmarin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya turut menemui semula beg berisi 309 barang kemas dan perhiasan bertatah berlian serta rambut palsu di dalam rumah yang disewa oleh sindiket berkenaan.
Menurutnya, ujian air kencing juga menunjukkan tiga daripada empat lelaki yang ditahan positif ganja.
“Polis KLIA menerima aduan daripada seorang pengurus syarikat berumur 53 tahun yang baru tiba dari Hong Kong pada 18 Julai lalu mengatakan beg yang dibawa berisi barang kemas untuk pameran barang kemas di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dicuri semasa dia berurusan di kaunter tersebut.

Rezeki nira kelapa RM3,000 sebulan


MAT NOR mengumpul air nira manis dari pokok kelapa bagi memenuhi permintaan pelanggan di daerah Pasir Puteh, Kelantan. Gambar kecil, air nira yang dijual.


PASIR PUTEH - Kehadiran Ramadan bukan sahaja memberi peluang kepada umat Islam untuk meningkatkan amalan bagi mendapat ganjaran pahala tetapi bulan ini turut dianggap rahmat yang melimpahkan rezeki berlipat kali ganda.
Seorang petani, Mat Nor Ismail, 64, dari Kampung Gong Kulim dekat sini yang memegang falsafah itu terus mengerah kudratnya melakukan kerja-kerja memotong mayang kelapa bagi memperoleh nira manis untuk dijual sebagai juadah berbuka puasa.
Walaupun usianya sudah lanjut selain bekerja dalam keadaan lapar dan dahaga kerana berpuasa, permintaan tinggi terhadap nira manis daripada pelanggan menjadikan Mat Nor semakin sibuk sehingga terpaksa memanjat purata 30 batang pokok kelapa sehari.
"Permintaan nira manis akan terus meningkat menjelang Aidilfitri apabila ramai anak perantauan yang kembali ke kampung halaman tidak melepaskan peluang untuk menikmati minuman tradisional ini," katanya ketika ditemui di kampung tersebut semalam.
Mat Nor berkata, pada bulan Ramadan tahun lalu dia berupaya meraih pendapatan sehingga RM3,000 sebulan, meningkat tiga kali ganda berbanding bulan-bulan lain.

Otak-otak, pulut panggang Shamsuddin menjadi tumpuan


SHAMSUDDIN sibuk membakar otak-otak dan pulut panggang di gerainya di Bazar Ramadan Kampung Peramu, Kuantan semalam.


SEDAP. Gerai otak-otak milik seorang peniaga, Shamsuddin Yunus, 43, sememangnya menjadi tumpuan pengunjung Bazar Ramadan Kampung Peramu di Kuantan, Pahang.
Menurut Shamsuddin, selain otak-otak yang dijual pada harga RM1 untuk tiga keping, dia juga menjual pulut panggang pada harga RM2 untuk lima biji.
Juadah tradisi itu mendapat sambutan menggalakkan setiap kali Ramadan terutamanya daripada masyarakat Islam di negeri Pantai Timur itu untuk berbuka puasa.

Awal Ramadan di Ipoh lebih meriah tahun ini


AHMAD ZAWAWI menunjukkan buah kabung yang laris dijual sempena kedatangan Ramadan di Ipoh semalam.


IPOH - Awal Ramadan yang kebetulan jatuh pada hujung minggu memberi kesempatan kepada warga bandar raya ini membuat persiapan membeli barangan harian untuk bersahur dan berbuka puasa.
Tinjauan Kosmo! Ahad di Pasar Besar Ipoh, Pasar Jelapang, dan Pasar Gunung Rapat di sini semalam mendapati ia sesak dengan orang ramai yang mencari barangan keperluan seperti ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran.
Permintaan terhadap sayur, timun, betik dan buah kabung yang sering menjadi pilihan utama sajian pencuci mulut penduduk tempatan sewaktu berbuka puasa juga laris dijual.
Seorang pengunjung Pasar Besar Ipoh, Rohani Muhammad, 33, dari Taman Jati di sini berkata, hari pertama Ramadan yang jatuh pada Sabtu memudahkan dia membeli keperluan dapur bagi menyediakan juadah berbuka dan bersahur untuk keluarga yang lebih istimewa berbanding hari biasa.
Ramli Samsuddin, 45, dari Silibin di sini pula berkata, selain barang keperluan keluarga, dia turut membeli bahan membuat kuih untuk disedekahkan sebagai moreh di surau berhampiran rumahnya.

Suspek penembak pelajar Ph.D

ANGGOTA polis berkawal di luar pawagam di mana 12 orang terbunuh ketika asyik menonton filem Batman:The Dark Knight Rises di Aurora, Colorado kelmarin. Gambar kecil, James Holmes.


AURORA, Colorado - Lelaki yang disyaki menembak mati 12 orang pada tayangan filem baharu Batman di negeri Colorado, James Holmes kerap dilihat berulang-alik dari kediamannya di sini dengan membawa senjata api.
Holmes, 24, kelmarin juga disifatkan sebagai kera sumbang ekoran tidak suka bercampur dengan masyarakat.
Dia mendaftar sebagai pelajar kedoktoran jurusan sains saraf di Universiti Colorado sejak tahun 2011 tetapi dilaporkan sedang dalam proses untuk membatalkan program Ph.Dnya.
"Pemuda ini sentiasa dilihat memakai seluar berceloreng tentera dan topi," kata seorang wanita berketurunan Mexico, Gabriel Macias yang bekerja di sebuah kilang daging di sini.
Menurutnya, dia kerap melihat Holmes berulang-alik dari apartmennya sambil membawa senjata dan sarung senjata.
"Kami tidak kenal Holmes kerana dia tidak bercakap dengan sesiapa. Dia gemar berkurung di apartmennya," kata Macias.
Polis memberitahu wartawan bahawa suspek tiada rekod jenayah lampau dan cuma pernah disaman pada tahun 2011 kerana memandu laju.
Ketua Polis Aurora, Dan Oates berkata, pemuda itu membeli lebih 6,000 butir peluru melalui internet sejak dua bulan lalu.
Menurutnya, jumlah tersebut merangkumi 3,000 butir peluru raifal, 3,000 butir peluru pistol Glock dan 300 butir peluru senapang patah.
Kata Oates, semua pembelian itu termasuk empat pucuk senjata api yang dibeli Holmes di beberapa buah kedai senjata di sini sejak 60 hari lalu, sah di sisi undang-undang.
Beliau turut memberitahu bahawa 70 orang cedera dalam insiden itu termasuk tiga rakyat Indonesia.
"Hampir semua orang ditembak dalam serangan kejam ini," katanya.
Dalam kejadian kelmarin, Holmes ditangkap selepas melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penonton yang sedang asyik menonton tayangan filem Batman: The Dark Knight Rises pada tayangan tengah malam di pawagam Century 16.
Serangan berdarah itu berlaku di sebuah pusat beli-belah di sini.
Polis kini memburu seorang lagi lelaki bersenjata yang terlibat dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai itu.
Bandar ini terletak hampir 32 kilometer dari lokasi kejadian pembunuhan beramai-ramai di Sekolah Tinggi Columbine pada tahun 1999.
Dalam insiden tersebut, dua pelajar menembak mati 13 orang sebelum membunuh diri. - Agensi

12 maut helikopter tentera udara Brunei terhempas


Peta menunjukkan lokasi Kuala Belait
di Brunei.


BANDAR SERI BEGAWAN - Sejumlah 12 petugas tentera terbunuh apabila sebuah helikopter milik Tentera Udara Diraja Brunei terhempas dengan kebanyakan mangsa terdiri daripada kadet tentera yang diterbangkan pulang selepas menjalani latihan di hutan.
Kementerian Pertahanan Brunei menyatakan, helikopter Bell 212 itu terhempas di daerah Kuala Belait, pedalaman Brunei ketika dalam perjalanan menuju ke sini kelmarin.
"Seramai 12 orang maut dalam nahas ini. Dua kadet tentera terselamat," kata jurucakap tentera udara Brunei, Norudin Salleh.
Ketika nahas berlaku, helikopter tentera itu membawa 14 orang termasuk juruterbang.
Kementerian Pertahanan berkenaan tidak menyatakan punca nahas berlaku.- Agensi

DERITA...DERITA JUGA..AURAT KENA JAGA...MARUAH SUAMI ATAU BAPA KENA JAGA GAK...DUK DUNIA SEKALI...SALAH LANGKAH TAK BOLEH ULANG SEMULA...

Jangan Kahwin!

Pesan Rasulullah s.a.w kepada kaum Adam.."Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Basaqah dan yang Syadaqah”.

1. Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah:
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar baginya.

5. Wanita Basaqah (ada 2 makna):
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa.Duitnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya. Inilah wanita-wanita Basaqah (minta dijauhkan… aminnn)

6.Wanita Syadaqah:
Banyak cakap,ketawa besar,cakap yang tidak bermanfaat,tidak menjaga lisannya,suka membuat bising untuk menarik perhatian orang lain dan tidak ada perasaan malu dengan lelaki lain walaupun kawan baik (bukan muhrim).

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali…

Nikahilah seseorang itu kerana agamanya

Derita berkekalan

Oleh NORAINON OTHMAN dan NORIAH IDRIS
metahad@hmetro.com.my

RITA... bakal timang cahaya mata.
RITA... bakal timang cahaya mata.
KUALA LUMPUR: Insan mana tidak marah dan berdendam terhadap pembunuh ibunya, apatah lagi kematiannya dalam suasana sungguh tragik.
Itu yang dialami Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 27, dan lima adiknya yang masih terkenangkan kejadian pembunuhan ibu mereka, jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya pada Ramadan, dua tahun lalu.
Lebih memilukan, kejadian berlaku ketika umat Islam melakukan persiapan untuk menyambut Aidilfitri beberapa hari lagi.

Walaupun cuba melupakan tragedi berkenaan, namun dendam itu masih terus membara, malah ingatan terhadap ibu mereka semakin kuat apabila tiba 1 Ramadan, semalam.


Menurut Erni yang lebih mesra disapa Rita, sebagai kakak sulung, dia paling terkesan melihat adiknya sedih mengenangkan emak, terutama menjelang Ramadan, apatah lagi lebaran bakal tiba.

Gadis Jurong enggan lakon seksi




SEORANG lagi bakat muda dari seberang tambak, Siti Elfaeza Mohmed Ehsan Ul Haq atau mesra disapa Elfa perlahan menyusup masuk ke dalam industri lakonan Malaysia.
Sekadar mencuba nasib pada mulanya, ujar Elfa yang ditemui ketika penggambaran drama bersiri Adam & Hawa di Cameron Highlands, Pahang baru-baru ini, gembira bukan kepalang apabila namanya tersenarai sebagai calon yang berjaya melepasi sesi uji bakat drama itu.
"Disember tahun lalu saya mendapat panggilan daripada produksi Adam & Hawa menyatakan saya berjaya mendapatkan watak Azie iaitu teman rapat Ain Hawani dalam drama itu.
"Ketika itu saya mula nampak bintang saya makin menyinar untuk menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur sementelah sekian lama saya idam-idamkan," katanya yang terlibat dalam 63 episod daripada drama rantaian 80 episod itu.
Berdepan cabaran untuk menyesuaikan diri dengan suasana kerja dan sepasukan produksi yang belum pernah bersua sebelum ini berjaya diatasi perlahan-lahan.
Namanya tidak sepi di Singapura malah dia sudah pun aktif berlakon sejak lebih lima tahun lalu di sana. Namun, fokusnya lebih kepada drama berbahasa Melayu.
Terlibat dengan naskhah-naskhah seperti Jeritan Sepi, Alfie dan The Pupil, gadis yang berasal dari Jurong, Singapura itu mempunyai cara sendiri dalam melakar kariernya.
"Saya akan cuba membina nama di Malaysia sebaik mungkin, jika diberikan peluang saya teringin berlakon filem atau menulis skrip drama atau filem.
"Dalam masa yang sama saya juga ingin menyambung pelajaran di Malaysia," kata lulusan rekaan media digital daripada Politeknik Nanyang Singapura.
Tambah Elfa, buat masa sekarang dia hanya mampu berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Singapura sepanjang pembabitannya dengan produksi Adam & Hawa sejak empat bulan lalu.
Soal watak dia tidak pernah memilih namun dia punyai prinsip untuk menggalas peranan yang selesa dengannya dan tidak melanggar etika termasuk cara berpakaian.
"Saya tidak suka terlampau terdedah tapi jika ditanya tentang watak, saya sukar mengulas panjang kerana saya masih baharu dan perlu sampai ke tahap tertentu untuk cerewet atau memilih-milih," katanya.
Elfa sebelum ini pernah mencuba bakat dalam bidang nyanyian menerusi program realiti pencarian bakat nyanyian Singapura, Anugerah pada tahun 2003 yang melayakkannya ke tahap suku akhir.
"Keinginan saya untuk merakamkan sebuah lagu berbisa yang akan diingati semua orang sampai bila-bila, itu sudah memadai," ujarnya yang mahu merakamkan lagu berentak balada.
Dalam pada itu, Elfa pernah mengacarakan sebuah rancangan kanak-kanak Krayon yang turut disiarkan di RTM1 sebelum ini.

Barang kemas ditemui semula

Oleh RIADZ RADZI
riadz@hmetro.com.my

INI DIA...pegawai polis menunjukkan antara barangan kemas yang ditemui semula.
INI DIA...pegawai polis menunjukkan antara barangan kemas yang ditemui semula.
SHAH ALAM: Gara-gara leka ketika berurusan di kaunter, seorang pengurus syarikat barang kemas di Hong Kong menerima padah apabila sebuah beg miliknya berisi barang kemas bernilai RM2 juta dilarikan perompak, dipercayai sindiket rompakan barang kemas antarabangsa, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Rabu lalu.
Dalam kejadian jam 6.30 petang, pengurus wanita warga Hong Kong berusia 53 tahun itu baru tiba di negara ini untuk menghadiri pameran barang kemas di Kuala Lumpur, Khamis lalu, sebelum sebuah beg yang diletakkan dalam troli dilarikan penjenayah ketika dia sibuk berurusan di kaunter di KLIA.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, susulan laporan dibuat mangsa serta pemantauan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di KLIA, polis menyerbu sebuah kondominium di Jalan Semantan, Kuala Lumpur, petang kelmarin, dan menahan tujuh warga asing yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.

Katanya, mereka yang ditahan adalah empat lelaki dan tiga wanita berusia 25 hingga 48 tahun iaitu tiga warga Costa Rica, seorang Mexico dan seorang Uganda serta dua anak beranak warga Colombia berusia 48 dan 29 tahun.


Dalam serbuan jam 2.25 petang, polis menemui semula 309 barang kemas pelbagai jenis yang dicuri daripada mangsa, selain merampas empat telefon bimbit dan sebuah kereta Perodua Myvi yang disewa suspek.

Tahan bapa

Oleh MARY VICTORIA DASS
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Seorang bapa terpaksa menyambut 1 Ramadan di dalam lokap semalam, selepas ditahan polis, Khamis lalu, bagi membantu siasatan kes penderaan dua anak lelakinya, termasuk memukul menggunakan tali pinggang berkepala besi serta kes memiliki dadah jenis ganja.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, bertindak atas laporan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, beberapa anggotanya menjalankan siasatan di kediaman mangsa, Khamis lalu.

Menurutnya, ketika siasatan dijalankan di Kampung Teluk Serdang Taman Perling di sini, bapa mangsa turut berada di kediaman terbabit.
Katanya, anggota polis menyelamatkan dua kanak-kanak berusia sembilan dan 11 tahun, dipercayai menjadi mangsa penderaan bapa mereka yang juga penganggur.

“Ketika pemeriksaan dilakukan di sebuah bilik di situ, anggota polis menemui sekotak rokok yang diselit kertas lut sinar dan di dalamnya mengandungi daun kering, disyaki dadah jenis ganja.

“Oleh itu, bapa kanak-kanak berkenaan ditahan bagi siasatan dua kes berbeza, termasuk penderaan terhadap dua anak lelakinya, selain memiliki dadah.

“Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan reman sementara dua mangsa dera dirujuk ke sebuah hospital awam di bandar raya ini bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai JKM Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab bapa kanak-kanak itu terbongkar apabila seorang jiran membuat aduan di talian Nur, Rabu lalu.
Menurutnya, jiran yang kerap melihat kanak-kanak itu didera bapanya, terutama ketika ibu mangsa keluar rumah, melaporkan kejadian itu menerusi talian Nur.

Bagaimanapun, katanya, lelaki itu cuba mengaburi pihaknya dengan memberikan alasan kononnya memukul anak untuk mendisiplinkan mereka yang nakal.

“Lelaki itu mempunyai empat anak, iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

“Pada awalnya, JKM berusaha menasihati bapa mangsa tetapi dia bertindak agresif dan enggan memberi kerjasama hingga memaksa kami membuat laporan polis.

“Kanak-kanak itu kemudian diselamatkan hasil kerjasama polis sebelum dirujuk ke sebuah hospital awam,” katanya yang masih menunggu laporan kesihatan dua beradik itu.

Tarawih berdarah

Oleh MUHHAMAD SAUFI HASSAN
saufi@hmetro.com.my

PILU... Mee bersama anaknya, Nurliza tidak dapat menahan sebak atas tragedi yang menimpa isteri   di Kampung Bukit Hangus.
PILU... Mee bersama anaknya, Nurliza tidak dapat menahan sebak atas tragedi yang menimpa isteri di Kampung Bukit Hangus.
ALOR SETAR: Kepulangan seorang suami daripada menunaikan solat sunat Tarawih ‘disambut’ dengan tragedi apabila melihat isterinya terbaring tidak bermaya dengan kesan kelar di leher di atas katil bilik mereka di Kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam, Halimah Yunus, 66, ditemui dalam keadaan berlumuran darah sebelum disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sik untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan, Halimah adalah bekas Ketua Cawangan Wanita Umno Bukit Hangus sekitar 1990-an namun sudah bersara berikutan keadaan kesihatannya.
Suami mangsa, Mee Hashim, 63, berkata dia pulang daripada mengerjakan solat Tarawih jam 9.20 malam sebelum dikejutkan dengan jeritan isterinya yang meminta tolong.

“Sebaik mendengar jeritan arwah, saya bergegas masuk ke bilik dan terkejut melihat isteri berlumuran darah dan tidak bermaya.

“Ketika itu, arwah masih boleh bercakap dan memberitahu seorang lelaki menyerangnya namun tidak mengenalinya,” katanya kepada pemberita di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam.

Mee berkata, selepas melihat keadaan isterinya, dia berlari keluar untuk meminta pertolongan orang kampung sebelum menghubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, arwah biasanya pergi bersamanya untuk menunaikan solat sunat tarawih, namun pada malam kejadian dia tinggal di rumah berseorangan berikutan masalah kesihatan.
Anaknya, Norliza Mansor, 46, berkata dia sempat berjumpa arwah Rabu lalu dan arwah menyatakan hasrat memakai jubah dan barang kemas perhiasan sempena Aidilfitri, namun tidak menyangka itu hasrat terakhir ibunya.

“Saya sudah membeli jubah namun tidak sempat berjumpa emak untuk menyerahkannya. Selain itu, saya bercadang membeli barang kemas perhiasan hari ini (semalam) dan menyerahkan kedua-dua barang itu ketika berbuka puasa, namun tidak kesampaian.

“Kami sekeluarga menerima tragedi ini sebagai takdir Tuhan dan reda dengan ketentuan-Nya, tambahan pula kejadian berlaku pada malam pertama Ramadan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, mangsa cedera parah berikutan kesan kelar di kiri leher dan kehilangan banyak darah sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, pihaknya menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada percubaan samun berikutan barang kemas mangsa masih ada di tubuhnya.

Menurutnya, suspek dipercayai masuk melalui pintu bilik air di belakang rumah mangsa berdasarkan kesan pecah masuk.

“Kami masih menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes ini, termasuk motif serangan, sehingga membawa kepada kematian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya.

Maut kereta tembung



GUA MUSANG: Seorang peniaga maut selepas kereta yang dipandu bertembung dengan sebuah lagi kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dekat Kampung Lepan Tupai, Gua Musang, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa, Hermang Ahmad, 59, dikatakan memandu kereta Proton Iswara dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Lipis.

Ketika tiba di jalan itu, keretanya gagal dikawal lalu bertembung dengan sebuah kereta Toyota Vios dipandu seorang guru, Azrul Nizam Omar, 20.
Hermang dari Taman Tas, Kuantan, Pahang maut di tempat kejadian manakala Azrul Nizam cedera parah dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk rawatan.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang yang diketuai Ketua Operasi, Ab Ghani Yaacob dengan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 9.09 pagi.

Menurut Ab Ghani, ketika tiba di tempat kejadian mangsa masih tersepit di tempat duduk dalam keadaan cedera parah dan mengambil masa lima minit untuk dikeluarkan.

Katanya, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian untuk melakukan operasi menyelamat.

"Mangsa berjaya dikeluarkan tetapi meninggal di tempat kejadian," katanya.
Mayat mangsa dihantar ke HGM untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya, petang semalam.

Jurucakap polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.

Mati kena renjatan elektrik

KUALA LUMPUR: Seorang maut, dua lagi cedera selepas terkena renjatan elektrik dalam kejadian di KL Sentral di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi, dua penuntut lelaki dari sebuah universiti di Melaka berusia 20-an dan seorang penyelia berusia 40-an dilaporkan sedang melakukan penyelenggaraan elektrik di bangunan itu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, lelaki yang maut di tempat kejadian ialah seorang daripada pelajar yang sedang menjalani latihan praktikal.
“Mangsa yang cedera dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk diberikan rawatan lanjut dan keadaan mereka dilaporkan stabil,” katanya.

Polis tahan 35 GRO

Oleh HADZLAN HASSAN dan SHAMRAN SARAHAN
metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun antara 35 pelayan pelanggan (GRO) muda yang ditahan polis dalam serbuan berasingan di dua pusat hiburan di Jalan Pudu, di sini, Selasa dan Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohan Singh berkata, serbuan dilakukan 10 anggota cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras bersama dua pegawai diketuai Inspektor Zaili Zakaria.

“Kami menahan 35 individu dalam dua serbuan berkenaan dan memang mengejutkan kerana gadis bawah umur dibenarkan bekerja di situ.
“Kebanyakan wanita yang ditahan berasal dari Vietnam, China, Thailand, serta empat lelaki tempatan dan mereka ditahan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959 dan Peraturan 11(7) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Semua mereka dibawa ke IPD Cheras untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, polis masih mengumpul maklumat daripada semua yang ditahan selain mengalu-alukan maklumat orang ramai bagi membolehkan pihaknya mengekang kegiatan jenayah serta membanteras pusat hiburan yang sering melanggar syarat ditetapkan.

“Hanya itu yang dapat saya katakan dan operasi seperti itu akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

Difahamkan, kebanyakan GRO berkenaan disediakan pusat hiburan terbabit bagi melayan lelaki hidung belang yang gemarkan wanita muda, menyebabkan ada penjaga (mummy) sanggup mengambil remaja bawah umur.
Sementara itu, Zaili yang ditemui ketika serbuan berkata, operasi dilakukan bagi memastikan pusat hiburan mematuhi syarat lesen dengan tidak membenarkan remaja bawah umur mengunjungi premis itu.

Metro Ahad minggu lalu melaporkan, sekumpulan remaja, majoritinya masih di bawah umur, membentuk satu forum sosial lebih 3,500 ahli di facebook dan twitter semata-mata untuk bergabung menyertai beberapa siri pesta liar.

Kumpulan lelaki, perempuan, pondan dan lelaki lembut itu menggunakan laman sosial terbabit untuk berinteraksi bagi menetapkan tarikh dan lokasi pertemuan mereka yang dinamakan ‘parti lolipop’ dan diadakan di beberapa pusat hiburan.

Dua sahabat disimbah asid



KUALA LUMPUR: Dua wanita yang juga rakan baik berusia lewat 30-an cedera di seluruh badan selepas disimbah asid dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di Jalan Dewan Bahasa, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, kedua-dua mangsa dilaporkan berjalan ke tempat letak kereta di kawasan itu bagi mengambil kenderaan mereka untuk pulang ke rumah.

Menurut sumber, ketika mangsa dan rakannya sudah menghampiri kenderaan, dua lelaki menaiki motosikal lengkap memakai topi keledar dilihat dipandu laju menuju ke arah mereka.
“Sebaik menghampiri mangsa, pembonceng motosikal itu mengeluarkan satu botol mengandungi cecair dipercayai asid lalu menyimbah ke arah mereka.

“Seorang daripada mereka terkena di belakang badan, tangan dan kaki manakala rakannya pula terkena di dada dan kaki,” katanya.

Sumber berkata, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, sebelum diberikan rawatan susulan.

Katanya, keadaan mangsa kini dilaporkan stabil dan masih dirawat di hospital.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Dang Wangi, di sini, oleh mangsa menuntut siasatan lanjut dilakukan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, pihaknya percaya kejadian itu dipercayai bermotifkan cemburu.

2 sahabat temui mayat

SEBUYAU: “Ketika baru beberapa minit bot kami bergerak, kami ternampak satu objek terapung tidak jauh dari kedudukan kami. Apabila menghampirinya, objek itu adalah mayat seorang wanita dalam keadaan terlungkup di permukaan air,” kata Saifuddin Wan Noh, 39.
Dia bersama rakannya, Wan Fadillah Saiyid Abdillah, 34, menemui mayat Siti Khuzaimah Anwar, 26, yang dilaporkan hilang selepas helikopter Eurocopter Dauphin 2 dinaikinya terhempas di Sungai Lupar dan Lingga, pagi kelmarin.

Dua sahabat terbabit memberitahu, mayat Siti Khuzaimah ditemui berdekatan lokasi nelayan memasang pukat obor-obor, Kuala Batang Lupar dengan berpakaian lengkap serta memakai kasut, jam 9 pagi sebelum mereka menghubungi penduduk untuk memaklumkan penemuan itu.
“Kami turun ke laut sekitar jam 8 pagi. Baru beberapa minit bergerak, kami melihat sesuatu yang pelik terapung tidak jauh dari kedudukan kami.

“Kami terus bergerak ke arah objek terbabit dan mendapati ia mayat seorang wanita sebelum memaklumkan penduduk lain dan meminta mereka menghubungi polis.

“Bersama penduduk, kami membantu mencari dan menyelamat sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon mengesahkan sehingga jam 3 petang, dua mayat mangsa nahas ditemui.

Ismail meninggal

PETALING JAYA: Bekas Presiden Seniman yang juga pelakon veteran, Datuk Ismail Hutson, 73, meninggal dunia pada jam 1.13 pagi semalam di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, akibat komplikasi jantung.
Allahyarham yang dimasukkan ke wad kecemasan hospital itu kerana demam panas Selasa lalu, menghembuskan nafas terakhir sebaik umat Islam menyambut hari pertama Ramadan.

Isteri kedua Allahyarham, Hafidzah Khasbullah berkata, arwah dimasukkan ke wad kerana demam.
“Mula-mula, dia cuma demam biasa sebelum menjadi semakin teruk. Selepas diberi rawatan, dia dipindahkan ke wad biasa.

“Sebelum ini arwah tidak menunjukkan tanda sakit teruk. Lagipun, selama ini dia mempamerkan semangat kuat melawan penyakit jantung dihadapinya.

“Saya tak sangka dia meninggalkan kami secepat ini. Walaupun sedih tidak dapat berpuasa dan menyambut Aidilfitri bersama, saya tetap reda dengan ketentuan Allah,” katanya.

Selain Hafidzah, Allahyargam meninggalkan isteri pertamanya, Zaiton Osman dan tujuh anak mereka.

Jenazah dibawa ke rumahnya di Taman Nusa Subang Bistari, Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara, selepas Zuhur, semalam.
Hampir 20 tahun bergiat aktif dalam bidang seni, Allahyarham juga bekas Presiden Zoologikal Malaysia.

Antara filem lakonan Allahyarham ialah Layar Lara (1997), Cinta Kita (1995), Hantu Siang (1986) dan Dayang Suhana (1978).

Empat rentung satu keluarga

Oleh ABNOR HAMIZAM
am@hmetro.com.my

JEMPOL: Identiti empat individu yang rentung selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka berlanggar dengan lori tangki diesel di Kilometer 37 Jalan Bahau-Keratong, petang kelmarin, sudah dikenal pasti.
Jurucakap polis berkata, mangsa ialah pemandu pacuan empat roda jenis Nissan Navara, Tan Tiong Cheng @ Tiong Aik dan isterinya, Yu Lay Tieng, kedua-duanya berusia 51 tahun, serta dua anak lelaki mereka, Zi Hou, 18, dan Zi Yuan, 20.

Menurutnya, semua mangsa beralamat di No 1761, Taman Kuala Krai, Kuala Krai Kelantan, manakala pemandu lori, M Raja Priyan, 45, yang cedera kini dirawat di Hospital Pakar Mawar, Seremban.
Beliau berkata, hasil siasatan lanjut didapati semua mangsa dalam perjalanan pulang ke Kuantan selepas menjemput anak bongsu mereka yang belajar di kolej matrikulasi di Melaka.

Katanya, siasatan juga mendapati kemalangan berlaku apabila lori tangki dari arah Keratong hilang kawalan, menyebabkan ia melintang jalan lalu berlanggar dengan kereta dipandu Tan.

“Nissan Navara itu bagaimanapun tidak terus terbakar, sebaliknya kita percaya kebakaran bermula daripada tumpahan minyak lori yang mengalir ke kenderaan mangsa.

“Tangki lori itu juga dipercayai terbelah dua, menyebabkan berlakunya tumpahan minyak yang serius dan aliran minyak itu terkena kenderaan mangsa,” katanya ketika ditemui.

Jurucakap polis berkata, pihaknya percaya hanya penumpang di sebelah pemandu yang tersepit manakala yang lain pengsan akibat pelanggaran itu.
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi pekarangan bilik mayat Hospital Jempol apabila sebahagian ahli keluarga mereka menunggu bedah siasat dilakukan.

Kakak mangsa, Bee Leng, 55, berkata, kali terakhir dia berjumpa adiknya, Tiong Cheng sekeluarga pada Mei lalu ketika menyambut ulang tahun kelahiran ibu mereka.

“Adik saya bekerja sebagai penyelia syarikat pembinaan manakala isterinya suri rumah sepenuh masa.

“Saya difahamkan, dia sekeluarga menjemput anak saudara saya, Zi Hou yang menyambung pelajaran di kolej matrikulasi di Melaka selepas mendapat 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia manakala abangnya, Zi Yuan menuntut di Kolej Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur,” katanya.

Pasar kerugian RM21,000

Oleh RIADZ RADZI
riadz@hmetro.com.my

KLANG: Sebuah pasar raya di Kampung Jawa, Seksyen 36, di sini, mengalami kerugian apabila wang tunai RM21,000 yang disimpan dalam peti besi keselamatan lesap dilarikan penyamun, awal pagi semalam.
Kejadian hanya disedari pengurus pasar raya yang mendapati pintu peti besi itu terkopak ketika dia bersiap-siap untuk memulakan perniagaan, jam 6.45 pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Mazlan Othman, berkata suspek dipercayai memecah masuk ke premis perniagaan itu melalui tingkap belakang selepas memotongnya dengan sejenis peralatan.
Katanya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati perbuatan jam 2 pagi itu dilakukan seorang suspek memakai topi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan curi, serta orang ramai yang ada maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55102222.

KELIRUAN MASALAH MULA BERPUASA SEJAK DULU TAK SELESAI...SEDANGKAN PERHUBUNG KIAN CANGGIH

Sebahagian besar Negara mula berpuasa pada hari Jumaat


Jutaan Umat Islam di seluruh dunia menyambut awal bulan Ramadhan pada hari Jumaat, Julai 20, sedangkan beberapa negara pula menyambut kehadirannya satu hari berikutnya. 
Darul Iftaa Mesir mengumumkan bahawa bulan baru / hilal Ramadhan dilihat pada Khamis, 19 Julai.

"Oleh kerana itu, hari ini adalah hari terakhir Sya'ban dan Jumaat, 20 Julai akan menjadi hari pertama Ramadhan."

Kuasa keagamaan di Arab Saudi, tempat kelahiran Islam, juga mengumumkan bahawa hari pertama Ramadhan jatuh pada hari Jumaat, 20 Julai. Hal yang sama juga berlaku di Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Kuwait. Ramadhan juga akan bermula 20 Julai di Jordan, Sudan dan Yaman, demikian laporan onislam.net, Khamis 19 juli.
Bulan Ramadhan juga akan bermula hari Jumaat di Palestin, Sheikh Mohamed Ahmed, Mufti Jerusalem, mengumumkan.

Minoriti Islam di Barat juga akan merayakan hari pertama Ramadhan pada hari Jumaat, 20 Julai.

Fiqh Council of North America (FCNA) dan Islamic Society of North America (ISNA) mengumumkan bahawa Ramadhan akan bermula pada hari Jumaat. Majlis Eropah tentang Fatwa dan Penyelidikan juga mengumumkan bahawa Ramadhan akan bermula pada hari Jumaat, 20 Julai. Islam di Turki juga memulakan Ramadhan pada hari Jumaat, 20 Julai. Islam di Kosovo, Macedonian, Romania, Bosnia, Serbia, Bulgaria, Montenegro, Albania dan Slovenia juga akan merayakan hari pertama Ramadhan pada hari Jumaat.

Namun, beberapa negara akan memulakan hari pertama Ramadhan pada Sabtu, 21 Julai. Pihak berkuasa di Oman mengumumkan bahawa hari pertama Ramadhan akan bermula pada hari Sabtu, tarikh 21 Julai.
Kerajaan Syria juga mengumumkan bahawa Ramadhan akan bermula pada Sabtu. Islam di Malaysia juga mengumumkan bahawa Ramadhan akan bermula pada Sabtu, Julai 21. Islam di Filipina juga akan mula Ramadhan pada hari Sabtu. Kerajaan Indonesia juga mengumumkan bahawa bulan suci Ramadhan akan bermula pada Sabtu, Julai 21.

Penampakan Bulan selalu menjadi isu kontroversi di antara negara-negara Muslim, dan bahkan ulama nampaknya berbeza pendapat atas masalah ini.

Satu kelompok mengatakan bahawa umat Islam di mana-mana harus mematuhi kalendar hijriah Arab Saudi. Pendapat kedua, menyatakan bahawa yang bertanggung jawab penetapan kalendar hijriah adalah lembaga-lembaga rasmi di negara masing-masing.

Saudara Seislam kita di Sudan Sambut Ramadhan dalam Kesedihan


Tidak seperti berjuta-juta Umat Islam di seluruh dunia, Islam Sudan menyambut bulan Ramadhan dengan rasa keprihatinan atas kenaikan harga dan kesengsaraan ekonomi yang mencengkam negara Arab itu.

"Ini adalah Ramadhan yang paling sukar kami hadapi kerana semuanya sangat mahal," kata Huda Abdullah, yang bekerja di sebuah universiti negeri, kepada Reuters hari Khamis, 19 Julai Semalam.

"Kami membeli daging jauh lebih sedikit tahun ini kerana kami tidak mampu membelinya."

Ramadan, bulan suci dalam kalendar Islam, diharapkan akan bermula pada hari Jumaat, 20 Julai. Rakyat Sudan biasa menggunakan daging, rempah-rempah dan gula-gula untuk mempersiapkan iftar bagi keluarga selama bulan puasa suci. Tapi kenaikan harga sayur-sayuran dan daging menjelang Ramadhan telah menjadi ujian buat rakyat Sudan dalam menghadapi bulan puasa.

"Saudara saya empat, saya dan ayah saya berkongsi pendapatan tapi itu tidak cukup untuk membeli makanan yang cukup untuk keluarga," kata Abdullah, yang tengah memeriksa harga limau di pasaran makanan di pusat bandar Khartoum.

Sudan telah menghadapi krisis ekonomi yang sukar sejak pemisahan diri Sudan Selatan yang kaya minyak tahun lalu. Pendapatan minyak telah memburukkan kekurangan Dollar, mencetuskan inflasi kerana Sudan perlu mengimport sebahagian besar keperluannya . Walaupun mempunyai mata wang sendiri, tapi transaksi di Sudan sudah terbiasa menggunakan Dollar. Pedagang di pasar utama mengatakan harga untuk barang-barang runcit seperti gula telah naik dua kali ganda sejak tahun lalu.

"Pengeluaran makanan Sudan terlalu kecil untuk menghasilkan bekalan makanan yang cukup," kata Sherji, seorang peniaga kepada Reuters.
Tindakan demo sempat dilakukan beberapa minggu terakhir sebelum bulan Ramadhan. Protes setakat ini terhad kepada mahasiswa, peguam, intelektual dan aktivis pro-demokrasi yang jarang mengerahkan lebih daripada beberapa ratus orang sekaligus. Presiden Omar Bashir, yang berkuasa sejak 1989, telah menolak aksi protes, mengatakan Sudan tidak akan melihat musim semi Arab sebagaimana negara Arab lain yang sedang melakukan reformasi, hanya musim panas saja.

Rakyat Malaysia Benci Mamak sebab Mahathir ?


Sekarang kalau kita lihat, dah banyak masalah dibawa oleh Mahathir. Dahulu orang suka Mahathir. Sekarang dia dilihat seperti orang tua yang gila nak jadi PM semula.

Sekarang ini mana-mana Mamak saya lihat di Malaysia saya rasa malas nak pandang. Penuh rasa benci terhadap Mahathir sehingga terbawa-bawa pada seluruh kaum Mamak di Malaysia.

Namun ini tak berlaku langsung di Singapura. Di sana, semua Melayu dan Mamak masing-masing cukup makan. Walaupun ada yang berkata mereka tertindas di bawah pemerintahan Lee Kuan Yew, walaubagaimana pun mereka masih kaya dan boleh bershopping di Johor.

Di sini kita dapat lihat di mana apabila semua orang cukup ada duit, maka tak timbul isu nak berbalah antara Mamak dan Melayu.

Masalah di Malaysia ialah, ada kaum Melayu, Mamak dan Arab elit dalam UMNO yang dah makan terlebih. Jadinya yang Melayu kebanyakannya masih merempat dan marah dengan keadaan yang berlangsung sekarang. Sekarang ini Melayu merempat di bumi sendiri. Tapi bila di tanya bagaimana hidup di Malaysia? Macam biasa Melayu akan tipu diri mereka dengan berkata, "Oh, kita hidup OK! No problems!"

Secara jujur saya cakap, saya lebih senang untuk tambah berat badan di Singapura, berbanding di negara sendiri. Nak tahu lebih lanjut kerjalah di Singapura. Berkenaan dengan isu memilih majikan dan menukar majikan itu bukan isu. Itu satu kebiasaan. Orang Singapura sendiri tukar-menukar majikan. Mereka tak macam orang Malaysia, bersikap seperti lembu. Disebat, ditarik dan diherdik pun masih akur. Mereka guna akal.

OKlah, baru-baru ini ada kes Mahathir bersurat-menyurat dengan pemimpin Israel. Saya tak kisah apa jua isi surat itu. Namun, kita tetap kecewa dengan tindakan berkomunikasi itu.

Ini tak adil. Mana mungkin adil. Kita semua rakyat Malaysia dilarang untuk ke Israel, sedangkan pemimpin kita boleh senang-senang berhubungan pula?

Dari ekonomi sampailah ke kes liwat dan ini belum dilibatkan isu protes kaum Mamak di Pulau Pinang yang berkala. Saya sudah meluat dengan kaum ini di Malaysia. Jelas kaum Mamak di Malaysia jauh ketinggalan dengan standard Mamak di Singapura.

Saya menyeru agar kaum Mamak Malaysia mula merantau ke Singapura. Ini penting bagi membuka minda anda semua. Usah kita berbalah antara Melayu dan Mamak lagi. Kenapa di Singapura kita semua boleh bersatu? Kerana cukup makan! Semua badan berisi.

Jadi kita perlu humbankan Mahathir ke Sri Lanka secepat mungkin. Jika tidak kita perlu merantau ke Singapura sampai tahun 2020, malah mungkin lebih atau pun selama-lamanya!
Pisau diacu ke perut
Wartawan Sinar Harian
21 Julai 2012
Pisau diacu ke perut
Kedai tetap beroperasi seperti biasa semalam.
Pisau diacu ke perut
Ariana (kanan) menunjukkan cara bagaimana salah seorang lelaki itu mengacukan pisau ke arah pekerjanya.
Pisau diacu ke perut
Supriyanni menunjukkan mesin wang yang digeledah penyamun.
KARAK - Seorang pembantu kedai runcit di Taman Sentosa, dekat sini, tidak menyangka dua lelaki yang masuk ke kedainya kira-kira jam 9 malam kelmarin rupanya penyamun.

Supriyanni, 30, berkata, ketika kejadian dia sedang duduk di kaunter sebelum menyedari terdapat dua lelaki masuk ke kedai, namun tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka mereka adalah pelanggan.

Menurutnya, ketika itu terdapat seorang lagi pelanggan yang sedang membeli barangan, namun berlalu pergi selepas membuat bayaran. “Secara tiba-tiba, seorang daripada dua lelaki tadi menerpa ke arah saya yang berada di kaunter bayaran sambil mengacukan pisau ke bahagian perut.

“Lelaki itu minta saya diam dan ke tepi. Selepas itu dia bertindak menggeledah bahagian kaunter terutama tempat simpanan wang,” kepada Sinar Harian.

Supriyanni berkata, seorang lagi lelaki yang ketika itu memakai cermin mata hitam pula berkawal di depan kedai dan bertindak menghalang beberapa pelanggan masuk ke kedai.

Katanya, dalam keadaan cemas itu dia sempat melarikan diri ke bilik belakang kedai bagi memaklumkan majikannya berhubung kejadian yang berlaku.

“Selepas beritahu majikan, kami keluar dari bilik dan melihat kedua-dua lelaki tadi sudah melarikan diri di percayai menaiki sebuah kereta yang
berada di luar kedai. “Selepas diperiksa, mereka dipercayai mengambil wang tunai anggaran RM700 termasuk duit syiling,” katanya.

Sempat simpan duit

SEMENTARA itu, majikan Supriyanni, Ariana Zambri, 34, berkata, sebelum kejadian berlaku, dia sempat menyimpan sebahagian daripada hasil jualan menyebabkan tidak banyak wang yang ditinggalkan di kaunter.

Menurutnya, kejadian itu sememangnya tidak disangka, namun bersyukur kerana pekerjanya tidak Supriyanni menunjukkan mesin wang yang digeledah penyamun. diapa-apakan.

“Ini kali pertama kejadian samun melibatkan senjata berlaku di kedai saya, memandangkan sebelum ini ada kes curi biasa tetapi tidak melibatkan penggunaan senjata.

“Saya tidak sangka kedua lelaki itu bertindak begitu berani sedangkan pada waktu kejadian, masih ramai orang berada di sekitar kawasan kedai,” katanya kepada Sinar Harian.

Ariana berkata, kejadian itu tidak mematahkan semangatnya kerana kedai tetap dibuka seperti biasa pagi semalam.

Siasatan lanjut dijalankan

SEMENTARA itu Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterima terdapat dua lelaki terlibat dalam kejadian itu dan mereka menggunakan pisau untuk menakutkan mangsa.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kerjasama orang awam sangat diharapkan untuk menyalurkan maklumat,” katanya

Pelakon veteran Ismail Hutson meninggal dunia

21 Julai 2012
Pelakon veteran Ismail Hutson meninggal dunia
Ismail Hutson
KUALA LUMPUR - Pelakon veteran dan Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS) Datuk Ismail Hutson atau nama sebenarnya Ismail Omar, meninggal dunia awal hari ini.
 
Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara di sini tengah hari ini.
 
Ismail, 72, meninggal dunia pada pukul 1.05 pagi di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya akibat komplikasi penyakit jantung, kata isteri kedua Allahyarham Hafidzah Khasbullah kepada Bernama di sini hari ini.
 
Beliau berkata suaminya dimasukkan ke Unit Rawatan Kritikal (CCU) pusat perubatan itu sejak Selasa ekoran demam panas yang berpanjangan.
 
"Sudah ketentuan Ilahi untuk Allahyarham pergi meninggalkan kami (keluarga) pada awal Ramadan ini, dan sudah pasti sambutan raya tahun ini berbeza dengan ketiadaan beliau," katanya.
 
Selain Hafidzah, Allahyarham turut meninggalkan isteri pertama Zaiton Osman dan tujuh orang anak. 
 
Ismail, yang juga Presiden Persatuan Artis Veteran mewarnai dunia perfileman tanah air sejak tahun 1970-an dan pernah berlakon dalam filem dan drama. Antara filem lakonan beliau ialah Dayang Suhana (1978), Tujuh Biang Keladi (1984), Hantu Siang (1986), Cinta Kita (1995), Layar Lara (1997) dan Mr Cinderella 2 (2003). - Bernama
Bapa didakwa rogol anak OKU
Wartawan Sinar Harian
21 Julai 2012
KLANG – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tiga tuduhan merogol anak kandungnya yang orang kurang upaya (OKU) berusia 24 tahun, Jun lalu.

Lelaki berusia 43 tahun itu yang bekerja sebagai pencari udang mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Nor Sharidah Awang.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa merogol anaknya di tepi parit Jalan Saring Tebuk Jawa, Sabak Bernam di sini, pada awal Jun lalu.

Dia didakwa mengulangi perbuatan sama kira-kira jam 2 petang di rumahnya di Sabak Bernam, pada pertengahan Jun lalu.

Pendakwaan rogol dibuat mengikut Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan manakala pertuduhan seks oral mengikut Seksyen 377C Kanun sama.

Kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin memohon mahkamah untuk tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh atas alasan keselamatan mangsa kerana mereka tinggal serumah.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan menetapkan 4 September depan untuk sebutan semula kes.
Mayat reput sebalik ranting
Wartawan Sinar Harian
21 Julai 2012
Mayat reput sebalik ranting
Lokasi mayat lelaki ditemui di ladang getah dekat Padang Lembu.
PADANG LEMBU, GURUN - Mayat lelaki ditemui orang awam dalam keadaan dilitupi dengan rimbunan pokok dan ranting kayu di sebuah ladang getah dekat Padang Lembu, Gurun, jam 6 petang kelmarin.

Mayat yang tidak mempunyai sebarang identiti itu berkemungkinan mati beberapa hari lalu berdasarkan keadaannya sudah berbau dan berulat.

Mayat berkenaan ditemui orang awam selepas mendapati bau busuk sekitar lokasi kejadian.

Difahamkan, kedudukan mayat yang tersembunyi dengan jarak ladang getah terbabit kira-kira satu kilometer dari jalan raya menyukarkan iaditemui sedangkan laluan itu digunakan penoreh getah setiap pagi.

Ketika ditemui mayat lelaki itu hanya memakai seluar jean dan tidak berbaju, sementara di sekitar mayat turut ditemui tali yang ditinggalkan berkemungkinan digunakan suspek untuk mengikat mangsa.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, mangsa ditemui penduduk dekat sebuah ladang getah.

“Sebaik sahaja mangsa ditemui, mereka memaklumkan kepada polis dan kini siasatan masih diteruskan.

“Disebabkan tiada sebarang identiti pengenalan diri ditemui, kita terpaksa menunggu hasil bedah siasat untuk mengenal pasti identiti mangsa,” katanya.

Mayat dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Bob Lokman: Artis sudah celik politik
Wartawan Sinar Harian
21 Julai 2012
bob lokman
$entry.content.caption.value
ROMPIN – Pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman atau Mohd. Hakim Lokman mengajak rakan artis lain supaya menyertai Pas atas alasan hanya parti itu yang mampu mentadbir negara ini dengan cekap berlandaskan syariah Islam.

Bob Lokman berkata, trend artis yang kini berdiri di pentas politik bersama Pas membuktikan bahawa golongan artis di negara ini sudah celik dan berpandangan jauh selain yakin mereka mampu melontarkan idea bernas untuk kebaikan parti.

Menurutnya, jika dahulu ramai artis hanya memikirkan kepada sumber pendapatan sebagai penghibur semata-mata, namun pada hari ini, golongan itu sudah berubah dan semakin berani tampil di khalayak dengan gagasan perjuangan parti politik masing-masing.

“Mereka ini sudah mula buka fikiran kepada perkara lain selain daripada soal cari makan dan sudah mula menunjukkan kecenderungan mereka ke arah politik.

“Sepatutnya hal ini sudah lama berlaku, mungkin ada artis yang berasa takut kerana sumber pendapatan mereka bergantung kepada stesen televisyen yang dinaungi kerajaan,” kata beliau kepada Sinar Harian pada Ceramah Umum di Markas Pas Kampung Mentara dekat sini.

Bob Lokman berkata, sejak menyertai Pas beliau sudah beberapa kali berjumpa artis yang berkempen untuk bersama-sama berjuang dengan parti itu termasuk rakan baik beliau yang juga pelakon filem, Hairie Othman.

“Saya ada bertemu Hairie dan dia sendiri ada beritahu saya yang dia masih banyak perkara hendak dibuat dalam parti ini termasuk mengeluarkan pendapatnya sebagai artis,” katanya.

Selain itu, katanya, beliau yakin artis seperti Hairie boleh menjadi ahli politik jika serius dalam bidang itu kerana melihat rakannya itu mempunyai keterampilan dalam berhujah dan mengeluarkan pendapat.

“Hairie juga yakin dengan perjuangan Pas kerana beliau nampak kejujuran dan keikhlasan Pas yang akan memperjuangkan nasib umat Islam serta tidak meminggirkan kaum lain di negara ini.

“Jika dia mahir dalam sepak terajang politik, tidak mustahil suatu hari nanti Hairie juga boleh menjadi orang politik yang boleh menerangkan dasar parti kepada rakyat,” katanya.
Pasangan bogel dicekup berasmara depan rumah
Wartawan Sinar Harian
17 Julai 2012
PETALING JAYA – Sepasang kekasih yang asyik dengan tanpa segan silu berasmara dalam kenderaan di hadapan rumahnya di Jalan SS 5a/15, Kelana Jaya dicekup oleh anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) SS 5a dalam keadaan berbogel.

Perbuatan tidak bermoral yang dilakukan pada jam 12 malam itu disedari penduduk  yang  melakukan rondaan di sekitar kawasan tersebut.

Pada mulanya, mereka tersentak selepas melihat sebuah  kenderaan pelbagai guna yang terletak di bahu jalan bergoyang.
Ahli  Jawatankuasa  KRT Zuhri Othman  berkata,  hasil intipan dilakukan mendapati terdapat bayangan orang  seperti sedang menari  dalam kenderaan itu.
Mengesyaki terdapat aktiviti tidak bermoral berlaku, penduduk menghampiri kereta terbabit dan dapat melihat dengan  jelas, lelaki dan wanita bertelanjang bulat sedang terbaring berpelukan.

“Bila kami ketuk cermin, kedua-duanya bingkas bangun dan hanya sempat menutup anggota sulit masing-masing  dengan pakaian dan tangan,” katanya
Zuhri  berkata, remaja lelaki berusia 19 tahun yang dicekup berkenaan adalah penuntut sebuah kolej swasta
Katanya, remaja  itu  mengaku baru pulang  menonton wayang mahu menghantar teman wanitanya pulang.
Ketika kejadian, ibu bapa remaja perempuan itu sedang nyenyak tidur dan tidak langsung menyedari kelakuan sumbang anaknya di luar rumah.
“Mereka merayu meminta supaya tidak dikenakan tindakan tegas dan penduduk  menasihati pasangan itu supaya tidak mengulangi perbuatan terbabit.
“Rekod dan butiran diri mereka diambil sebelum dibenarkan pulang,” katanya.
Anak dicabul, ibu tunggal dakwa dihalau guru besar
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
19 Julai 2012
Anak dicabul rakan sekelas
Maryam menunjukkan laporan polis dan borang aduan salah laku murid yang dibuat berhubung kejadian cabul melibatkan anak perempuannya, baru-baru ini.
SHAH ALAM – Seorang ibu tunggal mendakwa bukan hanya dimarahi malah dihalau guru besar ketika dia cuba mendapatkan penjelasan berhubung kejadian cabul melibatkan anaknya, baru-baru ini.

Wanita yang mempunyai tiga anak itu, dikenali Maryam, 32, dihalau guru besar di sebuah sekolah agama di sini, kira-kira jam 9.30 pagi, kelmarin.

Maryam mendakwa, guru besar sekolah tersebut memarahi dan menghalaunya kerana dia membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku terhadap anak perempuannya yang berusia 9 tahun itu.

Menurut Maryam, kejadian cabul itu berlaku ketika anaknya berada di sekolah pada 8 Mei lalu.

“Apabila pulang daripada sekolah dia (anak) menceritakan rakan sekelasnya sering usik payu dara dan kemaluannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Maryam yang juga kerani Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah itu berkata, keesokannya dia bertemu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) dan menceritakan kejadian itu.

Menurutnya, dia diarahkan mengisi borang aduan salah laku murid dan PKHEM berjanji akan merujuk perkara tersebut dengan guru disiplin serta guru besar.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mendapat sebarang berita berhubung aduan yang dibuat.

“Sekali lagi saya bertemu dengan PKHEM iaitu tiga minggu selepas aduan dibuat, tetapi jawapan yang diberikan amat mengecewakan.

“Setelah berfikir dan mendapatkan nasihat, saya terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis lalu,” katanya.

Maryam mendakwa, dia yang bekerja di pejabat PIBG di sekolah tersebut bagaimanapun diarahkan keluar daripada sekolah selepas laporan polis itu diketahui oleh guru besar.

“Dia (guru besar) kata sekiranya saya tidak berpuas hati dan ada masalah, saya perlu keluar serta membawa semua barang di dalam pejabat,” dakwanya.

Menurutnya, disebabkan itu, dia membuat satu lagi laporan polis di IPD Shah Alam, kelmarin.

Katanya, dia juga sudah membuat aduan di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga.

“Saya terkilan dengan apa yang berlaku. Saya mahu menuntut keadilan bagi anak saya tetapi tidak disangka diri saya turut menjadi mangsa,” katanya.

MUNGKIN LAGI HEBAT YANG PUNYA KILANG ARAK SERTA PERASMI KILANG ARAK...

Serangan dalam pawagam tayang filem Batman




WASHINGTON - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 50 lagi cedera semalam apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penonton yang sedang asyik menonton tayangan filem Batman di pusat beli-belah di Aurora, negeri Colorado, kata Ketua Polis Aurora, Dan Oates.
Oates berkata, lelaki bersenjata itu, James Holmes, 24, kemudian ditangkap ekoran kejadian tersebut semasa para penonton menonton filem terbaharu Batman, The Dark Knight Rises pada tayangan tengah malam di pawagam Century 16.
Saluran berita CNN melaporkan, lelaki itu yang menggunakan empat senjata api termasuk sepucuk raifal dan pistol melepaskan tembakan semasa adegan tembak-menembak filem tersebut ditayangkan.
Dia berkata, pawagam tersebut juga dipenuhi dengan asap.
Polis kini memburu seorang lagi lelaki bersenjata yang turut terlibat dalam kejadian pembunuhan itu.
Menurut media Amerika Syarikat (AS), antara mangsa yang cedera termasuk enam kanak-kanak dengan mangsa paling muda berusia enam tahun.
Seorang saksi memberitahu saluran televisyen bahawa sebanyak 10 hingga 20 tembakan kedengaran dan terdapat letupan kecil.
"Sejurus kemudian, kami mendengar orang ramai menjerit.
"Selepas itu, pengumuman dibuat menerusi sistem audio yang meminta setiap orang keluar dari pawagam," katanya.
Saksi itu menyatakan, selepas keluar, sejumlah orang kelihatan berlari dan menjerit.
Laporan Radio KOA 850 menyatakan beberapa saksi menyatakan salah seorang penyerang itu yang memakai topeng turut membawa bom asap.
Motif serangan masih belum diketahui.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Barack Obama yang dimaklumkan tentang kejadian tersebut oleh penasihat Keselamatan Dalam Negara, John Brennan, menggesa rakyat AS supaya bersatu bersama penduduk Aurora pada waktu sukar ini.
"Michelle (isteri Obama) dan saya terkejut dan sedih berhubung insiden tembakan yang dahsyat dan tragis di Colorado. Pihak berkuasa persekutuan dan tempatan masih menyiasat dan pentadbiran saya akan melakukan apa saja yang terdaya untuk membantu penduduk Aurora pada detik yang sukar ini," kata Obama. - Agensi

Ditembak ketika tunggu isteri

BULATAN menunjukkan lokasi Asnan mati ditembak di depan pusat karaoke di Bandar Utama, Segamat semalam. Kereta dalam gambar ini bukan kereta dipinjam Asnan untuk menjemput isterinya.


SEGAMAT - Sebuah keluarga tidak menduga kehilangan ketua keluarga menjelang Ramadan hari ini apabila lelaki itu maut ditembak di depan sebuah pusat karaoke di Jalan Muhibah 3, Bandar Utama di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 2.50 pagi, mangsa, Asnan Yunus, 28, dari Kampung Jawa Segamat maut di tempat kejadian akibat terkena tembakan di rusuk, tengkuk dan bawah telinga yang semuanya di sebelah kiri badan.
Kejadian tersebut berlaku hanya kira-kira 1.5 kilometer dari rumah mangsa dan kira-kira sepuluh minit sebelum isteri mangsa habis waktu bekerja.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Md. Anuar Ismail berkata, sebelum kejadian Asnan berdiri di luar kereta Proton Wira yang dipinjam daripada seorang rakan menunggu isterinya keluar dari pusat karaoke tempat wanita itu bekerja.
Bagaimanapun, menurut beliau, belum sempat isteri mangsa keluar dari pusat karaoke tersebut, Asnan tiba-tiba ditembak dengan beberapa das tembakan oleh penyerangnya.
"Polis yang menerima maklumat mengenai kejadian tersebut tiba di lokasi kejadian pada pukul 2.53 pagi dan siasatan mengesyaki sebelum kejadian terdapat sebuah kenderaan menghampiri mangsa sebelum melepaskan tembakan," kata beliau ketika dihubungi.

Helikopter terhempas, 3 hilang


INILAH model helikopter Eurocopter EC 120 yang sama dengan yang terhempas di Muara Batang Lupar berhampiran Sungai Tereso dekat Sebuyau semalam. Gambar kecil: Rico.


SAMARAHAN – Sebuah helikopter jenis Eurocopter EC 120 yang dinaiki empat penumpang termasuk seorang juruterbang terhempas di muara Batang Lupar berhampiran Sungai Tereso dekat Sebuyau di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 9.20 pagi itu, juruterbang warga Jerman itu terselamat manakala tiga mangsa lain yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita dilaporkan hilang.
Ketika kejadian, helikopter milik seorang ahli korporat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada pukul 8.57 pagi itu dalam penerbangan ke Nanga Merit, Kapit dipercayai untuk melawat projek bagi sebuah sekolah di kawasan itu.
Jarak antara lokasi kejadian dengan KIA kira-kira 190 kilometer.
Juruterbang, Rico Steger, 35, dikatakan terapung sebelum dibawa arus Laut China Selatan selama empat jam, kira-kira 20 kilometer dari lokasi terhempas.

Rakan maut, Koperal didakwa

KLANG – Kematian Koperal Mustaghini Tabri yang pada mulanya dipercayai akibat dirempuh dan dilibas dua pelesit rempit dalam satu operasi pada Jun lalu bertukar kepada satu dakwaan kecuaian oleh rakan sekerja mangsa sehingga membunuh anggota polis trafik berkenaan.
Tertuduh Koperal Mohd. Sedi Mat, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Hurman Hussain di sini semalam atas tuduhan membunuh tanpa niat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.
Mohd. Sedi sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh namun kemudian tuduhan terhadapnya diubah kepada Seksyen 304 kanun sama.
Dia didakwa menyebabkan kematian Mustaghini, 58, iaitu melakukan perbuatan gopoh atau cuai sehingga menyebabkan kematian mangsa di Jalan Lingkungan, Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang di sini pukul 1.45 pagi pada 3 Jun lalu.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

'Serambi Mekah' jadi sarang arak

SEBAHAGIAN arak dan tuak masam yang dirampas di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Arak yang menjadi antara barangan larangan keras dijual kepada orang Islam di Kelantan kini begitu mudah diperolehi di sini.
Hanya dengan beberapa kod rahsia, bekalan arak dikesan boleh dibeli secara mudah di deretan rumah di Kampung Cina di sini pada harga serendah RM3 sebungkus dan difahamkan majoriti pelanggan terdiri daripada kalangan orang Islam.
Senario yang mencemarkan imej negeri ini yang digelar Serambi Mekah terbongkar selepas lima premis di kawasan tersebut diserbu dalam operasi bersepadu melibatkan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Kastam dan Polis Diraja Malaysia petang kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang itu, premis terbabit didapati bukan sahaja menjual arak jenis bir di dalam botol dan tin tetapi turut memproses tuak masam iaitu air nira yang diperam.
Setiausaha MPKB-BRI, Mohd. Anis Hussin memberitahu, pada hujung tahun lepas, pihaknya telah membuat serbuan terhadap lima premis tersebut dan mengenakan denda kerana beroperasi tanpa lesen.


Polis bantuan tiada kuasa soal siasat


MORTADZA (dua dari kanan) memeriksa perbarisan anggota polis bantuan yang sedang menjalani latihan di Pulapol, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Polis bantuan yang ditempatkan di pusat-pusat beli-belah hanya mempunyai kuasa menahan penjenayah dan sebarang tindakan lanjut perlu diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene berkata, mereka tidak diberi kuasa untuk menyoal siasat.
"Kehadiran polis bantuan di pusat beli-belah ini merupakan satu usaha yang dijalankan bagi membantu PDRM mencegah serta mengurangkan kes-kes jenayah di kawasan tersebut," katanya kepada pemberita di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini semalam.
Mortadza berkata, 22 polis bantuan dari pusat beli-belah di ibu kota adalah antara 97 peserta yang menjalani latihan di Pulapol ketika ini.
Latihan yang diberikan antaranya, kursus kawad, latihan jasmani, seni mempertahankan diri, menembak, undang-undang, penyeliaan dan rondaan bagi meningkatkan kemahiran pelatih-pelatih polis bantuan daripada pelbagai agensi, katanya.

BILA MAUT MENJEMPUT KITA.....ORANG BIJAKSANA...DIMANA IA SERING INGATKAN KEMATIAN

Dosa ‘Tanggang’ dibalas tunai

Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my

INSAF...Abdul Rahman kini tinggal di Rumah Sejahtera, Batu Bertangkup.
INSAF...Abdul Rahman kini tinggal di Rumah Sejahtera, Batu Bertangkup.
PADANG BESAR: “Sekarang baru saya sedar dosa saya terhadap ibu dibalas tunai, tidak perlu tunggu di akhirat,” kata Abdul Rahman Talib, 60, yang kini tinggal di Rumah Sejahtera, Batu Bertangkup, di sini, selepas diabaikan isteri dan anaknya.
Kira-kira 10 tahun lalu, ibunya, Allahyarham Lijah Kasa menghuni rumah kebajikan sama selepas Abdul Rahman terlalu mengikut kehendak isteri dan membiarkan isterinya menghalau ibunya keluar dari rumah.
“Saya mengakui terlalu mengikut telunjuk isteri hingga mengabaikan ibu. Saya langsung tidak mengambil peduli nasib ibu dan hanya mengetahui arwah ditempatkan di sini (Rumah Sejahtera) selepas setahun arwah dihalau keluar dari rumah yang didiami bersama isteri di Bukit Kecil, dekat sini.

“Malah, bilik ibu sebelum ini bersebelahan bilik saya duduki sekarang,” kata Abdul Rahman ketika ditemui.


Menurutnya, sebelum ini dia difahamkan ibunya bergelandangan beberapa hari selepas dihalau keluar dari rumah dan ada ketikanya dia bermalam seorang diri di kandang kerbau yang diubah suai buat sementara sebelum diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Empat rentung

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

RENTUNG...keadaan lori tangki dan pacuan empat roda selepas terbabit kemalangan.
RENTUNG...keadaan lori tangki dan pacuan empat roda selepas terbabit kemalangan.
JEMPOL: Empat individu rentung selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka bertembung sebuah lori tangki sebelum terbakar di Kilometer 37, Jalan Keratong-Bahau, dekat sini, petang semalam.
Difahamkan, dalam kejadian jam 4 petang itu, semua mangsa yang belum dikenal pasti identiti, maut di tempat kejadian, manakala pemandu lori diesel terbabit yang turut cedera dapat menyelamatkan diri.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, mangsa yang menaiki kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara dalam perjalanan dari Bahau ke Keratong, Pahang, manakala lori tangki itu dari arah bertentangan menghala ke Felda Serting.
Menurutnya, difahamkan, pemandu lori tangki terbabit cuba membelok di tempat kejadian selepas satu objek dipercayai tayar ganti terjatuh.

Bagaimanapun, katanya, lori tangki itu dipercayai terbabas lalu merempuh pacuan empat roda dinaiki keempat-empat mangsa menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbakar.

“Pertembungan itu menyebabkan tiga mangsa rentung akibat tersepit dan gagal keluar apabila kenderaan itu terbakar, manakala seorang mangsa dikatakan tercampak keluar di bawah kereta dan turut rentung.

“Bagaimanapun, pemandu lori terbabit yang cedera berjaya keluar dari kenderaannya,’’ katanya.

Menurut jurucakap itu, siasatan polis mengesyaki keempat-empat mangsa terbabit adalah dari satu keluarga, namun masih menunggu laporan bedah siasat lanjut kerana identiti mereka gagal dikenal pasti kerana rentung sama sekali.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun tidak dapat mengulas lanjut kerana belum menerima laporan lengkap.

Mati dibedil jarak dekat

Oleh Ahmad Ismail
am@hmetro.com.my

MAUT...anggota polis memeriksa mayat mangsa.
MAUT...anggota polis memeriksa mayat mangsa.
SEGAMAT: Seorang lelaki maut akibat ditembak tiga das dipercayai dari jarak dekat ketika menunggu isterinya pulang dari kerja di sebuah pusat karaoke di Bandar Utama di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, Asnan Yunos, 28, dari Palong Timur di sini, dikatakan sedang merokok berhampiran kereta Proton Wira rakannya ketika menunggu isterinya keluar dari sebuah bangunan kedai dua tingkat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Anuar Ismail berkata, sebelum isterinya berusia 27 tahun keluar, seorang lelaki menaiki kenderaan yang belum dikenal pasti tiba-tiba muncul dan melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa.

“Ketika kejadian, mangsa berada dalam Proton Wira berwarna kelabu dipandunya yang diletak di bawah khemah sebuah petak bazar Ramadan bertentangan bangunan yang menempatkan pusat karaoke isterinya bekerja.


“Polis difahamkan, isteri mangsa pergi dan pulang daripada kerja dengan menunggang motosikal dan ketika pulang, mangsa biasanya memandu mengekori motosikal isterinya hingga ke rumah mereka di Kampung Jawa, empat kilometer dari tempat kejadian,” katanya.

Dentuman gegar dapur

Oleh Zaid Salim dan Nazdy Harun
am@hmetro.com.my

TERBABAS...kereta  mangsa  remuk selepas terperosok di ruang dapur kedai makan di Jalan Sultan Mahmud. Gambar kecil, Mohd Shahrizal, maut.
TERBABAS...kereta mangsa remuk selepas terperosok di ruang dapur kedai makan di Jalan Sultan Mahmud. Gambar kecil, Mohd Shahrizal, maut.
SEDIH...Wan Ezereen tidak dapat menahan kesedihan ditenangkan ahli keluarganya.
SEDIH...Wan Ezereen tidak dapat menahan kesedihan ditenangkan ahli keluarganya.
KUALA TERENGGANU: “Saya dengar bunyi dentuman dan terkejut apabila melihat kedai makan ayah runtuh serta ada sebuah kereta terperosok dalam dapur,” kata Abdul Hadi Hamzah, 21, anak pemilik kedai makan yang dirempuh kereta seorang anggota polis di Jalan Sultan Mahmud di sini, awal pagi, semalam.
Mangsa, Mohd Shahrizal Muhammad, 30, terbunuh selepas kereta Proton Inspira dipandunya merempuh kedai makan berkenaan di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, di sini, pada jam 3.05 pagi semalam.
Kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman itu meranapkan kedai makan itu dan gerai menjual pisang goreng selain merosakkan lima kenderaan iaitu dua kereta dan tiga motosikal.

Menurut Abdul Hadi, bunyi rempuhan itu amat kuat menyebabkan mereka sekeluarga terjaga daripada tidur lalu bergegas keluar rumah selepas bekalan elektrik terputus.


Penuntut kimpalan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai, Marang, itu berkata ketika kejadian bapanya, Hamzah Harun, 51, dan ibu, Zainon Abdullah, 51, serta kakak tidur dalam bilik manakala dia dan dua adik tidur di ruang tamu. katanya.

Polis cari anak perempuan mangsa



KLANG: Polis masih mengesan dua individu iaitu anak perempuan mangsa dan seorang rakannya yang dipercayai berada di rumah ketika seorang wanita warga emas berusia 72 tahun ditemui mati di Kapar, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, polis sudah mengenal pasti wanita berusia 28 tahun dan 20-an itu serta usaha mengesan mereka giat dijalankan. Katanya, pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dipercayai mencekik ibunya ketika cuba merampas gelang emas yang dipakai mangsa kini dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan keterangan diberikan.

Semalam Harian Metro melaporkan seorang remaja perempuan berumur 15 tahun bersama dua rakan sebayanya menjerut dan mencekik ibu angkatnya hingga mati ketika cuba merampas gelang emas dipakai wanita itu sebelum membiarkan mayat terbabit terlantar selama tiga hari di rumah mereka di Kapar, di sini.
Dalam kejadian Sabtu lalu itu, remaja terbabit bersama dua rakannya datang ke rumah dihuni ibu angkatnya untuk meminta wang, tetapi wanita terbabit enggan memberikannya.

Berikutan itu, remaja terbabit dan rakannya bergelut dengan mangsa hingga menjerut dan mencekik mangsa hingga pengsan sebelum meninggalkan rumah tanpa menyedari perbuatan mereka itu menyebabkan mangsa sesak nafas dan meninggal dunia.

Tiga hari selepas itu, remaja terbabit pulang semula ke rumah ibu angkatnya itu sebelum terkejut apabila menemui mayat ibunya itu dalam keadaan sudah mereput dan berbau busuk.

Tipu RM400,000

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Berbekalkan skim pemberian wang kepada warga emas, dua lelaki termasuk seorang bergelar Datuk dipercayai sudah menipu lebih lima warga emas dan melarikan wang tunai lebih RM400,000 sejak awal bulan lalu.
Difahamkan, skim terbabit merangkumi wang tunai, wang untuk kos pengebumian, wang sara hidup dan kad perubatan yang memerlukan mangsa membayar antara RM10,000 hingga ratusan ribu ringgit untuk menikmati skim itu.

Seorang warga emas yang menjadi mangsa dan mahu dikenali sebagai Cheah, 82, berkata, dia didatangi dua lelaki terbabit ketika baru keluar dari sebuah bank di Taman Midah, Cheras, yang memperkenalkan diri rakan kepada anak lelakinya.
Menurutnya, ketika itu lelaki terbabit menyatakan pihaknya memperkenalkan sebuah skim pemberian wang kepada warga emas dan dia perlu membayar RM10,000 untuk tujuan berkenaan.

“Lelaki itu berjanji jika saya membayar RM10,000, saya akan diberi wang RM5,000, kos pengebumian RM3,000, kos sara hidup RM600 sebulan hingga saya meninggal dunia dan kad perubatan yang akan menanggung kos perubatan berjumlah RM60,000 setahun,” katanya, semalam.

Beliau berkata, dia tanpa syak wasangka mengeluarkan RM10,000 dan menyerahkan kepada mereka dan dia dibawa ke sebuah bank lain untuk urusan pembukaan akaun.

Katanya, wang tawaran itu akan dimasukkan dalam akaun baru dan mereka berdua meninggalkannya bersama pemandu lelaki bergelar Datuk itu dan menguruskan pembukaan akaun baru tanpa tandatangannya.

“Ketika itu, saya sangka mereka mempunyai kenalan dalam bank dan pemandu berkenaan bertanya sama ada saya mempunyai wang simpanan lagi dan apabila saya mengaku, dia menyatakan sekiranya saya membayar RM150,000 saya akan menerima lebih banyak faedah.
“Ketika saya hendak mengeluarkan wang RM150,000, pegawai bank sangsi dengan tujuan pengeluaran itu dan ketika itu, lelaki bergelar Datuk itu mendakwa dia cucu saya dan wang berkenaan digunakan untuk membeli rumah,” katanya.

Menurutnya, selepas itu, dia dibawa ke bank lain untuk memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun baru dan ketika mereka berdua berada di dalam bank, dia diarahkan untuk keluar dari kereta dan menunggu di luar meskipun hujan lebat ketika itu.

Cheah berkata, kira-kira 15 minit kemudian, pemandu berkenaan meminta dia masuk dalam bank semula untuk menandatangani buku simpanan sebelum lelaki itu meninggalkan bank berkenaan. Ketika masuk ke bank, dia terkejut apabila mendapati kedua-dua lelaki itu sudah hilang.

Katanya, selepas bertanya pegawai bank, dia baru sedar dirinya tertipu sebelum membuat laporan di Balai Polis Cheras untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Asisten Komisioner Izhany Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Buruh maut dihempap lori bawa baja sawit



KUANTAN: Seorang buruh Indonesia yang duduk bersama sembilan rakannya di belakang lori membawa muatan baja, maut selepas kenderaan berat itu terbalik sebelum menghempapnya di jalan ladang kelapa sawit dekat Felda Tersang 1, Raub, semalam.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Bahrudin, 47, dari Indonesia yang parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, ketika kejadian, mangsa bersama sembilan lagi rakan sekerjanya berada di belakang lori terbabit bersama muatan baja sawit untuk dihantar ke kilang.
Menurutnya, siasatan mendapati ketika lori itu yang dipandu Mohd Halmi Dzulkafli, 29, melalui jalan tanah merah yang licin dan berbukit, tayar belakang kiri kenderaan terbabit tergelincir.

Katanya, kenderaan itu terbalik ke tebing bukit mengakibatkan semua penumpang di belakang lori terjatuh ke atas jalan kecuali mangsa yang gagal menyelamatkan diri, tersepit di bawah lori yang terbalik itu.

“Mayat mangsa dikeluarkan beberapa pekerja ladang sebelum dihantar ke Hospital Raub (HR).

“Polis sudah mengambil keterangan pemandu lori berkenaan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu dan jenazah mangsa akan diserahkan kepada majikannya untuk proses penghantaran pulang ke negara asal.

Mengaku salah jerut pelacur



SHAH ALAM: Seorang pelacur dan pemandu lori dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam, selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lagi pelacur yang dijerut di leher dengan selendangnya, empat tahun lalu.
Hakim Nurchaya Arshad memerintahkan V Mareiyama, 30, dan J Sanmugam, 31, menjalani hukuman itu berkuat kuasa daripada tarikh mereka ditangkap iaitu Mareiyama pada 19 Julai 2008 dan Sanmugam pada 20 Julai 2008.

Kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama menyebabkan kematian L Kamala, 49, di rumah No 41-3 Blok C, Jalan PJS 3/46, Taman Sri Manja, Petaling Jaya, jam 4 petang, 16 Julai 2008.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh juga didenda jika sabit kesalahan.


Kedua-dua tertuduh sebelum ini dibicarakan atas tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

4 penyangak kebas 17 lembu

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

ALOR GAJAH: Empat penyangak tidak sempat berjoli dengan hasil lembu dicuri apabila dicekup pihak berkuasa di sebuah kampung di Sungai Petai, di sini, awal pagi semalam.
Difahamkan, empat lelaki warga tempatan berusia antara 20 hingga 52 tahun itu mencuri 17 lembu di sebuah ladang ternakan di Ayer Hitam, Johor, Rabu lalu.

Sindiket itu dipercayai mencuri lembu berkenaan berikutan permintaan tinggi daripada peraih yang membeli daging dengan harga murah sebelum menjualnya mengikut harga pasaran.
Sumber berkata, dalam kejadian jam 9 pagi itu, seorang penternak lembu berusia 42 tahun membuat laporan polis di Ayer Hitam apabila mendapati semua lembunya hilang.

“Bertindak atas maklumat itu, beberapa anggota dari Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, Johor, berjaya mengesan penyangak terbabit di daerah ini, jam 12.15 tengah malam tadi (semalam). “Berdasarkan maklumat, polis menyerbu sebuah rumah di kampung itu dan menahan dua suspek berusia antara 20 dan 29 tahun bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan lanjut kemudian membawa kepada penahanan dua lagi suspek lelaki berusia antara 34 dan 52 tahun di kampung sama,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, selain sebuah telefon bimbit dan dua kad sim, kunci sebuah lori turut dirampas.

“Lori jenis Toyota Hino itu disyaki digunakan untuk mengangkut lembu yang dicuri dan terdapat kesan pecah pada lampu depan sebelah kanan.
“Suspek kemudian menunjukkan lokasi lembu dicuri itu dan mendakwa sebahagian daripada binatang berkenaan sudah dijual atau disembelih,” katanya.

Kata sumber itu, beberapa lembu yang ditemui dirampas, manakala semua suspek ditahan untuk tindakan lanjut.

Harian Metro difahamkan, dua suspek lain turut ditahan bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 379, Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin mengesahkan perkara berkenaan dan kes disiasat oleh IPD Batu Pahat.