Monday, July 16, 2012

SAPE YANG EGO DAN DEGIL NI...SYABAS AMBIK DARI BEKALAN AIR SELANGOR...KELENGKAPAN SEKALI...SEKARANG KERAJAAN NAK AMBIK...ASAL SAPE PUNYA..

Rekod bersih sarjan tercalar kerana rasuah

KUALA TERENGGANU - Rekod bersih seorang anggota polis berpangkat sarjan yang tidak pernah dikenakan tindakan tata tertib sejak menyertai pasukan polis 31 tahun lalu tercalar apabila dia didapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM500 oleh Mahkamah Sesyen di sini.
Semalam, Esah Ismail, 52, yang juga pernah dianugerahkan Pingat Kebaktian oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra pada 2006 dijatuhi hukuman denda RM5,000 selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.
Mengikut fakta kes, pegawai penyiasat di Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Besut itu menerima suapan RM500 daripada Zamri Sharifuddin pada pukul 6.20 petang 11 September tahun lalu.
Perbuatan tidak bermoral itu dilakukan di kedai Denova Beauty (Avon) lot 232 Jalan Haji Jusoh, Jerteh, Besut dengan tujuan untuk mengubah keputusan ujian air kencing Zamri yang didapati positif dadah pada 17 April 2011.
Tertuduh sebelum itu memberitahu Zamri yang dia dapat mengubah keputusan air kencing tersebut dan meminta RM1,000 untuk melakukan perkara tersebut.

Cerita duka keluarga Zubaidah


ORANG ramai melihat anggota polis memeriksa mayat salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh AMJ, Melaka semalam.


MELAKA – Seorang ibu yang masih bersedih atas kematian anak kedua kerana kanser usus bulan lalu sekali lagi diuji apabila kehilangan anak keempatnya pula yang maut dalam kemalangan di lampu isyarat Peringgit/Melaka Sentral Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) dekat sini semalam.
Kejadian pukul 2.50 pagi itu mengakibatkan Muhammad Firdaus Md. Said, 19, maut di tempat kejadian apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh oleh sebuah kereta jenis Proton Saga Aeroback yang terbabas.
Turut maut ialah penumpang kereta itu, Abdul Rahup Yusof, 19, akibat cedera parah dan tersepit.
Ibu Muhammad Firdaus, Zubaidah Ghani, 47, berkata, dia menerima suratan takdir walaupun hatinya hiba kerana kehilangan dua anak dalam tempoh sebulan.
“Bulan lalu, abang Firdaus, Mohd. Hafis, 28, meninggalkan kami buat selama-lamanya kerana kanser usus dan hari ini (semalam) dia pula pergi dalam keadaan mengejutkan.
“Sehari sebelum kejadian, Firdaus berselubung dengan selimut arwah abangnya selain memeluk erat badan saya secara tiba-tiba seolah-olah dia ingin memberitahu yang ajalnya semakin hampir,” cerita ibu kepada enam anak itu dalam nada sebak.

Syria nafi laku pembunuhan besar-besaran di Treimsa

GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan seorang budak berjalan dekat sebuah rumah yang mempunyai kesan bedilan di Kampung Treimsa.


DAMSYIK - Syria menafikan tenteranya melakukan pembunuhan besar-besaran di Kampung Treimsa ketika kumpulan pemantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kembali ke kampung itu semalam untuk membuat penyiasatan.
Beberapa aktivis menyatakan lebih 150 orang maut di kampung tersebut, tengah Syria.
Jika disahkan ia akan merupakan salah satu kejadian yang melibatkan pembunuhan paling ramai sejak kebangkitan rakyat bermula 16 bulan lalu.
Tentera Syria menyatakan hanya 37 lelaki bersenjata dan dua orang awam terbunuh.
Utusan Khas Keamanan PBB/Liga Arab, Kofi Annan dan Setiausaha Agung PBB, ban Ki-moon akan mendesak Rusia dan China untuk menyertai tindak balas terhadap rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad ekoran kejadian tersebut.
Pembunuhan itu berlaku pada Khamis lalu.
Sementara itu, Iran menyatakan persetujuan untuk menjadi orang tengah antara pemerintah Syria dengan kumpulan pemberontak yang menentang kepimpinan Bashar.
"Iran bersedia untuk mengundang pemberontak Syria ke Teheran untuk berunding dan juga bersedia untuk berbincang dengan mereka dan pemerintah Syria," kata Menteri Luar Iran, Ali-Akbar Salehi.
Lebih 17,000 orang dilaporkan terbunuh sejak pemberontakan berlaku di Syria. - Agensi

Diperdaya pegawai zakat palsu

RAHMAH menunjukkan laporan polis yang dibuatnya selepas didakwa diperdaya seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai PUZ di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Sudahlah wang RM700 bersama kad pengenalan diri, kad ahli orang kelainan upaya (OKU) suami dan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dikebas, malah dia juga ditinggalkan seorang diri di Sungai Nibong di sini.
Itulah nasib yang menimpa seorang warga emas, Rahmah Mohamad, 61, apabila mendakwa diperdaya seorang lelaki yang mengaku kakitangan dari Pusat Urus Zakat (PUZ) di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) kelmarin.
Sedangkan, cawangan PUZ di kawasan Pulau Pinang hanya terdapat di Lebuh Buckingham, Sunway Tunas, Bayan Baru; Masjid Daerah Balik Pulau dan Masjid Negeri Pulau Pinang di Jalan Ayer Itam.
Difahamkan, selain Rahmah dan suaminya, Abdul Rahman Abdullah, 67, seramai tiga lagi warga emas di kawasan terbabit berdepan nasib sama tetapi terselamat selepas mereka menolak tawaran lelaki bergelar Azlan itu.
Dakwa Rahmah, kejadian berlaku pada pukul 12 tengah hari apabila lelaki tempatan itu mengunjungi kediamannya di Blok 22, flat Bukit Gedung, Bayan Baru di sini.
Menurutnya, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu memberitahu, dia dan suaminya yang merupakan OKU akan menerima wang zakat bernilai RM3,000 serta barangan keperluan dapur dan makanan dari pejabatnya.

Pelajar cedera dibelasah 18 rakan


MUSTAPA UTHMAN menunjukkan kecederaan yang dialami anaknya, Muhammad Fareez Akmar yang dibelasah rakan asrama di Ipoh semalam.


IPOH – Seorang pelajar tingkatan empat cedera selepas mendakwa dibelasah oleh 18 rakannya kerana dituduh mencuri wang tunai RM100 milik seorang pelajar lain dalam kejadian di asrama Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah di Kampung Gajah semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Fareez Akmar Mustapa, 16, pelajar sekolah agama berasrama penuh tersebut bukan sahaja ditumbuk, disepak dan diterajang, malah dibelasah dengan batang penyapu oleh kumpulan pelajar terbabit.
Berikutan kejadian, mangsa yang merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik itu lebam dan bengkak di muka dan seluruh badan.
Menceritakan kejadian, Muhammad Fareez Akmar berkata, semasa berada di dalam bilik asramanya, seorang pelajar datang dan menyuruhnya ke sebuah bilik asrama lain.
“Apabila tiba, saya nampak ada lima pelajar lelaki menunggu kehadiran saya. Salah seorang daripada mereka memberitahu ada orang hilang duit dan bertanya jika saya yang mencurinya.
“Saya jawab tidak, lalu mereka terus menarik dan memukul saya kira-kira setengah jam. Mereka kemudian bawa saya ke sebuah bilik asrama lain dengan lebih 10 orang pelajar lelaki sedang menunggunya,” dakwanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Gugusan Manjoi di sini semalam.

Kerajaan Selangor degil, ego

SHAH ALAM – Sikap degil dan ego Kerajaan Selangor dengan tidak membenarkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) diteruskan, nyata menyusahkan rakyat apabila mereka akan berhadapan catuan bekalan air bersih.
Ketua Sekretariat Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Zubir Zainudin berkata, kehidupan rakyat akan lebih merana selepas ini jika projek itu tidak diteruskan.
“GPRS yang mewakili rakyat Selangor amat kesal dengan sikap pakatan pembangkang di Selangor yang sanggup mempolitikkan isu air.
“Jika tiada jawapan daripada kerajaan negeri dalam tempoh seminggu, GPRS bersama rakyat akan mengadakan bantahan di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) untuk mengenakan catuan bekalan air bersih secara besar-besaran di Kuala Lumpur, Putrajaya, Klang dan Hulu Langat ekoran krisis air yang semakin serius di Lembah Klang.

Rumah Shira dipecah masuk


SYIRA kerugian RM1,500 apabila rumahnya dipecah masuk di Taman Melawati, Ampang Jaya semalam.


KUALA LUMPUR - Penjenayah yang terdesak tidak kira rumah siapa yang hendak dipecah masuk dan terbaharu, rumah artis popular, Sharifah Shahira atau Shira di Taman Melawati di sini menjadi mangsa perompak yang melarikan sejumlah mata wang asing dan barang kemas bernilai RM1,500 semalam.
Kejadian tersebut disedari Shira ketika dia bersama suaminya, Ijoy Azhari pulang ke rumah pada pukul 2.30 pagi selepas menjalani sesi penggambaran di Miri, Sarawak.
Ketika kejadian, tiga anaknya berusia antara tiga hingga lapan tahun berada di tingkat bawah kediaman berkenaan bersama pembantu rumah.
Shira berkata, dia yang keluar rumah pada pukul 7.30 pagi kelmarin terkejut apabila mendapati pintu balkoni di bilik tidur utamanya di tingkat atas telah diumpil.
Katanya, pemeriksaan mendapati sejumlah mata wang asing dan barang kemas miliknya telah dilarikan.
"Kejadian dipercayai berlaku pada waktu malam dan tidak disedari pembantu rumah yang ketika itu berada di tingkat bawah bersama tiga anak saya.
"Suspek dipercayai memecah masuk rumah saya dengan memanjat balkoni tingkat atas rumah sebelah," katanya ketika dihubungi semalam.

Tanjung Piai mungkin lenyap


OMBAK kuat menyebabkan masalah hakisan di Tanjung Piai, Pontian berlaku secara berleluasa.


PONTIAN - Taman Negara Tanjung Piai di sini yang disenaraikan sebagai Tapak Ramsar iaitu Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa mungkin hanya tinggal pada nama sahaja dalam tempoh kurang 10 tahun lagi.
Ia berikutan kerakusan manusia termasuk faktor alam semula jadi seperti hakisan teruk menjadi sebab untuk taman yang diliputi kira-kira 325 hektar kawasan bakau dan 400 hektar dataran berlumpur itu lenyap dalam peta dunia.
Pengurus Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ), Khalid Zahrom berkata, Taman Negara Tanjung Piai yang berkeluasan 926 hektar berdepan dengan empat kemelut utama iaitu habuk kayu yang dibawa oleh kapal-kapal yang melalui perairan, tumpahan minyak, sampah sarap dan masalah hakisan yang semakin meruncing.
"Ekoran masalah itu, taman ini mungkin akan ditelan laut pada tahun 2022 sekiranya masalah-masalah tersebut tidak diatasi dengan segera.
"Kesan daripada aktiviti mencuci kapal, habuk kayu yang digunakan sebagai pencuci merebak ke pesisir pantai dan akibatnya, 7,000 batang pokok bakau yang ditanam di kawasan sebelah Selat Melaka mati dan kajian dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia mengesahkan bahawa lima hektar tanah di sini berasid," jelasnya.

Rogol, bunuh, campak

KUALA LUMPUR – Siasatan polis berhubung pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui dengan seluar terlondeh berhampiran pagar sebuah stor menyimpan besi di Kawasan Perindustrian Sungai Dua, Rawang, 5 Julai lalu mendapati dia telah dirogol oleh empat lelaki sebelum dibunuh dan dicampak.
Sumber memberitahu, cara pembunuhan kejam terhadap E. Valley, 25, itu diketahui polis selepas pihak berkuasa itu menahan seorang lelaki berusia 21 tahun yang turut terlibat merogol mangsa yang sedang hamil anak lelaki berusia lima bulan ketika itu.
Katanya, selepas merogol, suspek telah menjerut leher wanita itu menggunakan tali pinggang milik mangsa sebelum mayatnya dibuang dalam keadaan memalukan di dalam semak dekat kilang berkenaan.
“Suspek ditahan di sekitar kawasan Rawang pada pukul 5 petang sehari selepas kejadian hasil daripada petunjuk yang kita perolehi ketika memeriksa tempat penemuan mayat.
“Soal siasat mendapati suspek bersama tiga lagi rakannya bergelar Boy, Jahat dan Botak bertindak merogol mangsa sebelum membunuhnya. Susulan itu, kita kemudian menahan pula Jahat, 34, pada pukul 12 tengah hari Khamis lalu,” katanya kepada Kosmo! semalam.

No comments:

Post a Comment