Monday, July 16, 2012

DAH MENGAKU...TAK SABIT KE UNTUK HUKUM HUDUD...DARI EMPAT TAHUN...CUBA KITA BAYANGKAN...YANG MISKIN...MISKIN...YANG KAYA LUPA ORANG SUSAH...

Kuat ingat wajah ibu

Oleh Hadzlihady Hassan dan Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my

LAPOR...ibu mangsa menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya. Gambar kecil, Halimah.
LAPOR...ibu mangsa menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya. Gambar kecil, Halimah.
KEPALA BATAS: “Wajah ibu dan kitab al-Quran dalam beg menaikkan semangat saya untuk meronta sekuat hati sebelum berjaya melepaskan diri daripada genggaman lelaki berbadan besar itu,” kata murid tahun tiga yang nyaris menjadi mangsa culik tiga lelaki menaiki sebuah van putih, Khamis lalu.
Kejadian berlaku ketika mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Halimah, 9, baru pulang dari sekolah agama tidak jauh dari rumahnya, dekat sini, jam 11.20 pagi.
Ketika kejadian, mangsa baru turun daripada kereta jiran yang diupah mengambilnya dari sekolah setiap hari dipercayai mahu melintas jalan untuk pulang ke rumahnya sebelum dihampiri sebuah van putih dinaiki tiga lelaki.

Menceritakan saat menakutkan itu, anak bongsu dua beradik itu berkata, seorang daripada lelaki terbabit menarik tangan kanan sambil mengarahkannya masuk ke dalam van menggunakan bahasa Melayu.

Tak sedar pencuri masuk

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

TERKEJUT...Ijoi dan isterinya tiada 
di rumah ketika kejadian.
TERKEJUT...Ijoi dan isterinya tiada di rumah ketika kejadian.
KUALA LUMPUR: “Saya sangat bersyukur kerana ketika kejadian, anak-anak tidak diapa-apakan, malah mereka langsung tidak menyedari rumah kami sebenarnya sedang dirompak menyebabkan kehilangan barang kemas milik anak dianggarkan bernilai RM1,500,” kata pengacara dan pelakon, Sharifah Shahira Syed Abu Bakar, 38.
Ketika kejadian malam kelmarin itu, semua anaknya, Allisya, 14, Airell, 8, Airra, 5, serta Auddra, 3, berada bersama pembantu rumah dan langsung tidak menyedari rumah mereka di Taman Melawati, dekat sini, dipecah masuk manakala Shahira berada di Miri, Sarawak dan suaminya, Ijoy Azhari, menghadiri majlis perkahwinan rakan.
Shahira yang pulang bersama Ijoy jam 2.30 pagi semalam, mengesyaki ada sesuatu tidak kena selepas pintu bilik tidur gagal dibuka sedangkan ia tidak berkunci sebelumnya.

Menurutnya, suaminya keluar semula dan memanjat balkoni dari luar untuk masuk ke dalam bilik sebelum terkejut mendapati pintu terkopak dan baru menyedari kediaman mereka dipecah masuk.

‘Saya dah penat sendirian’

Oleh Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my

BAHAGIA...Suleiman dan Senang bersama anak  serta  saudara selepas bernikah di Masjid Ungku Mohamad, Skudai Kiri, kelmarin.
BAHAGIA...Suleiman dan Senang bersama anak serta saudara selepas bernikah di Masjid Ungku Mohamad, Skudai Kiri, kelmarin.
JOHOR BAHRU: “Saya diperkenalkan dengan Senang pada 2 Julai lalu oleh anak dan mengambil keputusan bernikah dua minggu kemudian selepas dipersetujui keluarga kedua-dua pihak.
“Saya beranggapan Senang sesuai dan serasi dengan saya. Kerana itu saya gembira dan bersyukur kerana dapat memperisterikannya,” kata Suleiman Shahdan, 76, selepas bernikah dengan pasangannya, Senang Saidak, 71, ketika ditemui di Masjid Ungku Mohamad, Skudai Kiri, di sini, kelmarin.

“Saya sudah penat bersendirian selama ini. Sebagai manusia biasa, walaupun sudah tua kita tetap perlukan teman hidup bukan saja boleh menemani, malah menjaga kita.
“Saya anggap pernikahan kali ini anugerah yang tidak ternilai dan berharap ia berkekalan sehingga hujung nyawa kami,” katanya.

Berkongsi kegembiraan bertemu jodoh pada lewat usia, Suleiman menyifatkan ia satu anugerah tidak ternilai buat dirinya selepas menduda lapan tahun.

Menurut Suleiman yang juga pembantu imam Masjid Ungku Mohamad, Skudai Kiri, sejak menduda, dia berdoa pada setiap hari supaya dipertemukan dengan wanita solehah yang boleh diperisterikan seterusnya menemaninya melayari sisa hidup.

Berbeza dengan Senang yang sebelum ini tertutup pintu hati selepas menjanda dua kali akibat kematian suami, dia tidak menyangka perkenalan singkat itu membuka kembali hatinya untuk menerima teman hidup.

“Selepas bekas suami meninggal dunia akibat sakit tua kira-kira 10 tahun lalu, pintu hati saya tertutup untuk berkahwin lagi walaupun sering didesak anak.
“Saya memang tidak sangka akan bernikah lagi pada lewat usia, mungkin inilah yang dikatakan jika jodoh memang tidak ke mana,” katanya.

Menurut Senang, dia terpikat dengan sikap kepemimpinan yang ada pada Suleiman dan membuatkannya sudi menerima lelaki berkenaan untuk menjadi suami.

Senang berasal dari Sungai Danga, di sini, dan Suleiman yang berasal dari Skudai Kiri, masing-masing dikurniakan lima dan enam anak berusia 30 hingga 46 tahun hasil perkahwinan lalu.

Majlis pernikahan pasangan itu meriah dalam suasana hujan renyai dengan dihadiri lebih 300 tetamu.

Suspek mengaku perkosa wanita hamil



GOMBAK: Seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan reman bersabit kes dadah pada 6 Julai lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak mengaku pernah memperkosa seorang ibu hamil lima bulan yang ditemui mati, baru-baru ini.
Mangsa E Vally, 25, ditemui dalam keadaan mukanya berulat jam 3 petang di belakang sebuah stor besi di Jalan Rawang, Batu Arang, Sungai Dua, di sini, 5 Julai lalu.

Keputusan bedah siasat di Hospital Sungai Buloh turut mendapati mangsa dari Bandar Country Homes, di sini, mati akibat dijerut leher selain ada kesan air mani pada kemaluannya. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek terbabit didapati positif dadah jenis ganja melalui ujian saringan awal air kencing yang dijalankan sebelum dia direman.
“Berikutan penahanan itu, pada Khamis lalu hasil soal siasat ke atas suspek mengaku terbabit dalam satu kes pembunuhan membabitkan seorang wanita hamil. Siasatan lanjut suspek mengaku memperkosa mangsa bersama tiga lagi rakannya.

“Suspek turut mendakwa seorang rakannya dikenali Jahat berusia 34 tahun menjerut leher mangsa menggunakan tali pinggang milik mangsa hingga mati,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan mayat seorang wanita mengandung lima bulan ditemui dalam keadaan muka berulat di kawasan semak berhampiran sebuah stor besi di Batu 2, Rawang, dekat sini. Mangsa yang berusia 30-an ditemui jam 3 petang oleh sekumpulan pekerja kilang yang melalui kawasan berkenaan sebelum seorang daripadanya menghubungi polis.

‘Nak buang air pun susah!’

Oleh Riadz Radzi
riadz@hmetro.com.my

RAJIN...dua kanak-kanak mengambil air melalui lori tangki air Syabas.
RAJIN...dua kanak-kanak mengambil air melalui lori tangki air Syabas.
BERAT...seorang penghuni rumah pangsa Sri Sementa, Kapar mengangkat air.
BERAT...seorang penghuni rumah pangsa Sri Sementa, Kapar mengangkat air.
KLANG: Krisis air yang dikatakan makin serius di Lembah Klang semakin dirasai apabila penduduk di daerah ini mengalami masalah terputus bekalan air dan tekanan air rendah sejak dua bulan lalu.
Tinjauan Harian Metro semalam mendapati penduduk di rumah pangsa Sri Sementa, Kapar, di sini, terputus bekalan air sejak pagi kelmarin.

Penduduk rumah pangsa berkenaan, Norah Tamsir, 52, berkata, kawasan itu terputus bekalan air sejak jam 10 pagi kelmarin hingga 3 pagi semalam.
“Selepas jam 3 pagi, bekalan air kembali pulih, tetapi terputus kembali pada jam 9 pagi tadi (semalam) dan hingga kini (petang semalam) rumah kami masih terputus bekalan air,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Norah yang tinggal di tingkat tiga rumah pangsa itu berkata, ekoran masalah itu penduduk blok empat rumah pangsa itu menghubungi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang kemudian menghantar air dengan menggunakan lori tangki.

“Rumah saya ada tujuh orang. Bila bekalan air tiada, nak masak, mandi, buang air pun susah! Malah, kami sekeluarga terpaksa mandi di Taska Sungai Kapar Indah kira-kira 800 meter dari sini,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Meor, 29, berkata, sejak awal tahun ini, gangguan bekalan air kerap berlaku.

“Sekurang-kurangnya sebulan sekali dan antara sehari hingga tiga hari air tiada.
“Khamis lalu, saya perasan air sudah mula perlahan dan saya menghubungi Syabas yang memaklumkan tekanan air rendah menyebabkan air tangki tidak penuh,” katanya.

Beliau yang sudah dua tahun menetap di situ, berkata Syabas menghantar lori tangki membekalkan air kepada penduduk bermula pagi semalam hingga ke petang.

Akhbar semalam melaporkan Syabas bercadang melaksanakan catuan air di Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang berikutan krisis air makin serius di Lembah Klang sejak April lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ruslan Hassan berkata, cadangan itu dikemukakan berikutan rizab air di kawasan tadahan sekitar Selangor berada pada peringkat kritikal menyebabkan banyak penduduk di tiga kawasan berkenaan terputus bekalan air.

3 pelanggan patahkan tangan tauke restoran

GOMBAK: Pemilik sebuah restoran di Desa Jaya, dekat sini, patah tangan kiri dibelasah tiga pelanggan yang tidak berpuas hati selepas dia meminta bayaran tambahan kerana tiga lelaki itu membawa minuman keras dari luar menyebabkan mereka mengamuk sebelum menyerangnya dengan kerusi plastik, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa berusia 30 tahun melayan pelanggan apabila mereka masuk dalam restorannya dengan membawa beberapa botol minuman keras.

Menurut sumber, dia menghampiri tiga lelaki itu dan memberitahu restoran mengenakan bayaran tambahan jika membawa makanan atau minuman dari luar.

Sikap biadab bongkar rahsia diperkosa abang



PETALING JAYA: Keprihatinan seorang guru yang pelik melihat sikap liar seorang murid perempuan dalam kelasnya di sebuah sekolah rendah di sini, membongkar rahsia budak berusia 11 tahun itu dirogol abang kandung sejak empat tahun lalu.
Difahamkan, guru wanita itu yang tidak tahan dengan murid berkenaan kerana masih mengulang sikap sama walaupun sudah berulang-kali ditegur supaya berkelakuan baik, membawa kanak-kanak itu untuk dirujuk kepada guru kaunseling, 12 Julai lalu.

Menurut sumber, pada sesi pertemuan dengan guru kaunseling, murid berkenaan hanya mendiamkan diri dan enggan menjawab ketika ditanya mengapa dia bersikap tidak menghormati guru dan rakan dalam kelas.
“Ketika disoal lagi, tiba-tiba murid itu menangis dan keadaan itu membuatkan guru kaunseling berkenaan semakin hairan. “Selepas didesak, budak perempuan itu mendedahkan rahsia dia dirogol abang kandungnya yang berusia 20-an sejak dia berusia lapan tahun,” katanya.

Katanya, pelajar berkenaan menyatakan perbuatan jijik itu dilakukan abangnya ketika keluarga mereka tiada di rumah di Taman Petaling Utama, di sini, dan kali terakhir dirogol, awal bulan ini.

“Berasakan dirinya sudah tidak berharga menyebabkan murid berkenaan memberontak. Sebenarnya kanak-kanak itu mahukan perhatian dan nasib baik gurunya mengesan masalah itu.

“Sebaik mengetahui perkara itu, guru kaunseling berkenaan membawa pelajarnya membuat pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan laporan itu dan pihak polis kini sedang memburu abang mangsa.
Katanya, suspek melarikan diri sebaik mengetahui dirinya dicari polis bagi membantu siasatan kes rogol itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

‘Merengek bagai anak kecil’

Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
rnorain@hmetro.com.my

KUANTAN: Dia dilahirkan normal, namun akibat demam panas yang dihidapinya ketika berusia tujuh bulan, tumbesarannya terganggu sekali gus tidak mampu berjalan mahupun bercakap.
Sekali imbas ketika melihatnya terlantar di katil, pasti ramai yang menyangka Mohd Badrul Hisham Mahmud baru berusia tiga tahun, tetapi hakikatnya dia sebenarnya sudah berusia 15 tahun.

Ketika rakan lain yang seusianya kini sedang sibuk melakukan persiapan bagi menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Mohd Badrul Hisham atau lebih dikenali dengan nama Syam oleh keluarganya, hanya mampu merengek seperti anak kecil dan tidak berupaya menguruskan dirinya sendiri.
Ibunya, Rosli Ramli, 52, berkata dia terpaksa menguruskan anak bongsu daripada enam beradik itu sama seperti bayi termasuk dipakaikan lampin dan diberi makan makanan bayi seperti nestum.

“Ketika dilahirkan, berat Syam normal iaitu sekitar 3 kilogram (kg) namun apabila menginjak usia tujuh bulan segala-galanya berubah apabila dia menghidap demam panas sehingga menyebabkannya lumpuh dan cacat.

“Doktor mengesahkan Syam menghidap sejenis penyakit Cerebral Palsy (lumpuh otak) dan hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak yang dilahirkan normal berubah menjadi begini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Tanah Putih, di sini, kelmarin.

Rosli berkata, dia sekeluarga sudah mencuba pelbagai cara termasuk menggunakan perubatan alternatif untuk mengubati penyakit anaknya itu namun keadaannya tidak berubah.

Katanya, Syam tidak berupaya menelan makanan pejal dan hanya diberi makanan yang lembut seperti nestum atau bubur yang dikisar sehingga menyebabkan badannya berubah menjadi kurus melidi dan hanya mempunyai berat kira-kira 20 kg.
“Syam akan merengek atau menangis sekiranya dia lapar ataupun berasa tidak selesa. Jadi saya perlu sentiasa berada di sampingnya bagi memastikan keperluannya terjaga.

“Tidak sukar untuk menjaga Syam cuma ia memerlukan cara penjagaan yang betul dan hanya saya serta suami saja yang boleh mengangkatnya kerana anak-anak saya yang lain tidak berani berbuat demikian kerana keadaan tubuhnya yang lemah dan lembik,” katanya.

Katanya, Syam menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan tetapi jumlah itu tidak mencukupi kerana keperluan Syam mencecah RM700 sebulan termasuk ubat-ubatan, susu dan lampin pakai buang.

Rosli berkata, suaminya, Mahmud Awang, 56, hanya bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan RM700 sebulan dan ada kalanya mereka berdua terpaksa mengikat bagi memastikan anak-anak mendapat makanan secukupnya.

Walaupun sudah berusia 15 tahun, Syam hanya menggunakan sijil kelahiran sebagai dokumen pengenalan diri berikutan dia masih lagi tidak mempunyai MyKad.

Rosli berkata, dia pernah menyuruh seorang anaknya ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), di sini, untuk bertanya mengenai proses memohon MyKad Syam, namun pegawai yang bertugas tetap menyuruh Syam hadir sendiri ke pejabat JPN.

“Dengan keadaan Syam yang begini, manalah mampu saya membawanya ke JPN, lebih-lebih lagi kami tidak mempunyai kenderaan untuk berbuat demikian.

“Sehingga kini permohonan untuk mendapatkan MyKad Syam masih lagi tertangguh dan saya sendiri tidak tahu adakah Syam berkesempatan untuk memiliki MyKad ataupun tidak,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohamed Suffian Awang ketika melawat Syam di rumahnya menggesa supaya JPN mengambil inisiatif untuk ke rumah keluarga Syam untuk menguruskan proses permohonan MyKadnya.

5 penyamun ancam bunuh bawa lari RM60,000



SERDANG: Lima penyamun masing-masing bersenjatakan pisau pemotong daging menceroboh masuk sebuah rumah di Puncak Jalil di sini, dan mengancam seorang isteri dan dua anaknya sebelum membawa lari wang tunai serta barangan kemas berjumlah RM60,000, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, wanita itu, Kuna, 45, baru pulang daripada mengambil anaknya dari pusat tuisyen dan berehat di ruang tamu apabila lima lelaki bertopeng menceroboh masuk.

Menurutnya, ketika dia menonton televisyen dan lima lelaki berkenaan masuk ke dalam rumah melalui pintu depan selepas memecahkan pintu jeriji besi.
Katanya, setiap lelaki itu memegang pisau pemotong daging dan mengancam membunuh mereka sekeluarga jika melawan dan memaksa memberitahu tempat wang tunai dan barangan berharga disimpan.

“Mereka menolak saya dan dua anak masuk ke dalam bilik tidur sebelum mengikat tangan dan kaki kami menggunakan kabel elektrik.

“Selepas itu mereka menggeledah bilik tidur dan mengambil wang tunai serta barang kemas,” katanya.

Ketika kejadian suaminya tiada di rumah kerana urusan kerja.

Menurut Kuna, selepas mendapat barang kemas dan wang, lima penyamun itu melarikan diri melalui pintu depan.
Kuna yang membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan sejurus kejadian, kehilangan RM500 dan barangan kemas termasuk lapan gelang, empat subang dan lima rantai emas.

Sekeluarga dikurung

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

GOMBAK: Satu keluarga berdepan detik mencemaskan apabila kediaman mereka di Taman Rawang Perdana, dekat sini diceroboh masuk tiga lelaki tidak dikenali yang menyamun barangan berharga dalam rumah menyebabkan kerugian dianggarkan RM50,000.
Suspek turut melarikan kereta Toyota Estima milik keluarga terbabit untuk melarikan diri sebelum meninggalkannya di tepi jalan berhampiran kediaman mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, wanita berkenaan berusia 50 tahun yang sedang menyiapkan cucunya untuk ke sekolah terkejut apabila tiga lelaki bersenjatakan pisau dan pistol masuk ke dalam rumah.

Menurut sumber, mangsa yang terkejut menjerit memanggil suami dan anaknya yang berada di dalam bilik sebelum suspek kemudian mengacukan parang ke lehernya dan mengarahkan dia supaya mendiamkan diri jika tidak mahu dicederakan.

Merana sejurus tengah malam

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

IPOH: Seorang pelajar berusia 16 tahun dibelasah bertubi-tubi oleh 18 pelajar di asrama sebuah sekolah agama terkemuka di Kampung Gajah di sini, selepas disyaki mencuri wang RM100 milik pelajar lain di sekolah itu.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi kelmarin, mangsa dikenali sebagai Hanafi mendakwa dibelasah hampir lima jam di bilik asrama.

Akibat kejadian itu, mangsa pelajar tingkatan empat sekolah berkenaan lebam pada muka, paha, belakang badan dan betis disyaki dipukul dengan objek keras termasuk penyapu.

Menurutnya, dia dipukul tanpa henti berikutan enggan mengaku mencuri wang RM100 milik seorang daripada pelajar yang mendakwa wangnya dicuri.

Chow Kit ‘dijajah’

Oleh Riadz Radzi
riadz@hmetro.com.my

SISI baik dan buruk, semuanya ada di Chow Kit. Tepuk dada tanya selera. Itu antara kupasan ruangan ini, semalam. Bagaimanapun, kawasan legenda itu kini sudah berubah ‘wajah’ seolah-olah mini Jakarta angkara warga tempatan yang sanggup mengalibabakan lesen perniagaan mereka bagi mengaut keuntungan atas angin.
KUALA LUMPUR: Lagu berirama dendangan Rhoma Irama, papan tanda pengurup wang Rupiah, kemudahan perbankan khas untuk warga Indonesia dan kaunter tiket perkhidmatan feri ke Batam dan Dumai yang memenuhi setiap sudut Jalan Tuanku Abdul Rahman di sekitar Chow Kit di sini, menjadikan kawasan itu seperti Jakarta serta Surabaya.

Itulah realiti yang berlaku di Chow Kit sejak lebih dua dekad lalu apabila ia ‘dijajah’ warga Indonesia terutama dari Acheh.

Jika dulu pelbagai kuih-muih tempatan dijual warga tempatan di kawasan itu, tetapi kini kita boleh membeli juadah Indonesia seperti bakso dan soto dengan lebih mudah apabila muncul ramai peniaga warga Indonesia di situ.


Tidak cukup dengan memonopoli perniagaan pakaian dan makanan, warga asing terbabit juga semakin berani menjadikan Chow Kit seperti milik mereka dengan menjalankan pelbagai perniagaan seperti menjual buah-buahan, sayuran, pelbagai barang keperluan dan macam-macam lagi.

Lima kali tinggal anak

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Siti Nur Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Kesempitan wang dipercayai punca sepasang suami isteri meninggalkan dua anak lelaki mereka berusia satu dan tiga tahun di sebuah bilik hotel di Jalan Pudu, di sini, dua hari lalu.
Lebih menyedihkan, kejadian itu adalah yang kelima dilakukan pasangan suami isteri berusia 30-an itu kerana sebelum ini mereka sudah beberapa kali meninggalkan dua beradik itu di bilik atau di lobi hotel bajet sekitar ibu kota sejak setahun lalu.

Si bapa berasal dari Sabah manakala isterinya berasal dari Lembah Klang dikatakan tiada pekerjaan tetap dan sering meninggalkan anak mereka tanpa pengawasan dengan alasan mencari wang.

Pasangan suami isteri itu mendaftar masuk ke sebuah hotel di Jalan Pudu, di sini, Khamis lalu dan dua beradik malang itu dilaporkan ditinggalkan sejak Khamis lalu di hotel berkenaan manakala pasangan suami isteri itu keluar mencari kerja.

‘Ore nok bini’

Oleh Azlan Hafeedz
am@hmetro.com.my

PASIR MAS: “Abah..bila kepala ore (saya) sudah ok, ore nok (nak) bini (kahwin),” kata Mohd Izanuddin Hisham Muhamad, 24, secara berseloroh kepada bapanya, Muhamad Mohd Noor, 52, sebaik dimaklumkan mengenai pembedahan kepalanya yang dijangka dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, hari ini.
Bagaimanapun, Muhamad hanya mampu tersenyum sebaik mendengar celoteh anak sulungnya itu walaupun hakikatnya, Mohd Izanuddin atau lebih dikenali sebagai Hisham, tidak pernah mempunyai teman wanita atau calon isteri selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 2009.

Akibat kemalangan ngeri itu, Hisham terpaksa menanggung derita selama tiga tahun apabila hidup dengan separuh tempurung kepala saja hingga menimbulkan ketakutan kepada sesiapa yang tidak pernah melihatnya secara lebih dekat.
Bagaimanapun penderitaannya bakal berakhir hari ini apabila satu keluarga dari Pulau Pinang yang enggan mendedahkan identiti mereka, bersetuju membiayai pembelian tempurung kepala tiruan atau ‘skull match’ berharga RM8,500 untuk dicantumkan dengan tempurung kepala asal Hisham.

Muhamad yang bekerja kampung berkata, dia sekeluarga bersyukur ke hadrat Ilahi kerana keluarga terbabit sudi membiayai pembedahan Hisham walaupun keluarganya bukan darah daging mereka.

Katanya, ketika menerima panggilan telefon daripada wakil keluarga terbabit dua bulan lalu, dia terkejut dan seolah-olah tidak percaya yang Hisham akan dibantu untuk menjalani pembedahan.

“Berulang kali saya bertanyakan namanya (penderma), tetapi dia enggan memberitahu, sebaliknya sekadar memaklumkan dirinya adalah ‘hamba Allah’ yang prihatin dengan nasib menimpa Hisham.

“Mengalir air mata saya sebaik mengenangkan keprihatinan mereka dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada dia sekeluarga, termasuk Harian Metro kerana sudi membantu Hisham meneruskan kehidupannya semula,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Harian Metro pada 7 April lalu melaporkan, bahagian depan kepala Hisham cukup untuk memuatkan dua gelas air atau satu blok kayu berukuran segi empat selepas separuh tempurung kepalanya terpaksa dikeluarkan doktor kerana cedera parah akibat kemalangan jalan raya.

Selain kehilangan separuh tempurung kepala dan otak, Hisham turut juling mata kiri, namun mengakui penglihatannya masih jelas.

Dalam pada itu, di sebalik kegembiraan anaknya bakal dibedah, Muhamad mengakui dia dan isteri, Shamsiah Yatim, 57, pernah ditipu RM1,000 oleh seorang lelaki dikenali sebagai Wan, seminggu selepas berita mengenai anaknya disiarkan di Harian Metro.

Katanya, pelbagai janji manis ditaburkan lelaki terbabit, termasuk sanggup membiayai pembedahan Hisham di Brunei dengan menanggung kos rawatannya yang dianggarkan berjumlah RM5,000.

“Bagaimanapun lelaki itu mengenakan satu syarat kepada saya supaya membayar RM1,000 dan selebihnya akan ditanggung olehnya.

“Percaya dengan kata-katanya, selain ingin melihat Hisham kembali pulih, isteri saya rela menggadaikan satu-satunya rantai emas miliknya sebelum memasukkan wang berkenaan ke akaun simpanan lelaki terbabit,” katanya.

Menurutnya, selepas wang yang dimasukkan cukup RM1,000, isterinya terus menghubungi lelaki itu, namun kecewa apabila dia gagal dihubungi.

“Menyedari kami ditipu oleh lelaki berkenaan, isteri saya membuat laporan polis.

“Saya sekeluarga sedih kerana masih ada anggota masyarakat cuba mengambil kesempatan untuk menipu kami,” katanya.

Sementara itu, ‘hamba Allah’ yang membantu Hisham ketika dihubungi berkata, tempurung kepala tiruan itu ditempah dari Singapura.

Katanya, dia sekeluarga mendoakan Hisham supaya selamat di sepanjang pembedahan itu.

“Saya sekeluarga terpanggil untuk membantu Hisham sebaik membaca mengenai penderitaan Hisham menerusi akhbar Harian Metro,” katanya.

No comments:

Post a Comment