Inspektor ditahan bantu siasatan
Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my
amir@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 2.50 pagi itu, lelaki berusia 32 tahun berkenaan pada mulanya bertikam lidah dengan dua pekerja hotel di kaunter lobi akibat tidak berpuas hati atas sebab tertentu.
Kejadian itu turut dirakam selama 10 minit menerusi kamera rakaman litar tertutup (CCTV) hotel.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes itu, namun menafikan dakwaan pihak tertentu pegawai polis itu berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.
“Ujian air kencing yang dibuat menunjukkan pegawai polis berkenaan tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol. Kami juga menafikan dakwaan kononnya dia turut mencederakan seorang daripada mangsa menggunakan pemegang pistol.
“Selain itu, kita masih menyiasat dakwaan mengenai pegawai polis itu turut merosakkan kenderaan di luar hotel itu.
“Punca dia bertindak demikian juga masih disiasat. Selain itu, kawad cam akan dilaksanakan dan ketika ini pegawai polis berkenaan ditahan untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Difahamkan kejadian itu menyebabkan seorang daripada mangsa terpaksa dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) kerana cedera di bahagian belakang telinga kiri akibat dihentak objek tumpul oleh pegawai polis itu.
Duda warga emas ditemui mati di bilik hotel
Kejadian disedari rakan mangsa jam 9.30 pagi selepas mendapati panggilan untuk mengajak mangsa keluar minum kopi tidak dijawab sebelum meminta pekerja hotel membuka pintu bilik menggunakan kunci pendua.
Difahamkan, mangsa, Tan Weng Keoi, 59, seorang peniaga di Johor Bahru datang ke Klang untuk bertemu dengan rakannya itu dan mendaftar masuk bersendirian di hotel berkenaan untuk menginap.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, sebaik pintu dibuka, rakannya menemui mangsa terbaring di atas katil dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah berlaku dan pada masa sama polis meminta rakannya menghubungi keluarga mangsa untuk membuat pengecaman.
“Polis percaya lelaki terbabit dipercayai mati tidak sampai dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui.
“Hasil siasatan lanjut juga mendapati bekas isteri mangsa dan tiga anaknya hasil perkahwinan 10 tahun lalu tinggal di Taman Chi Liung, Klang,” katanya.
Wanita rugi RM123,000
Oleh Rosyahaida Abdullah
rosyahaida@hmetro.com.my
rosyahaida@hmetro.com.my
Terbaru, seorang wanita berusia 58 tahun mengalami kerugian RM123,000 selepas terpedaya dengan kaedah penipuan terbabit yang dipercayai didalangi sindiket tertentu.
Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abu Samah Shabudin berkata, sebelum kes terbabit dilaporkan kepada pihaknya, warga emas yang juga pesara kerajaan itu sudah melakukan empat transaksi pengeluaran wang dari bank dalam tempoh tiga bulan untuk diserahkan kepada suspek.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa ingin masuk ke keretanya yang diletakkan di hadapan Pasar Moden Gombak dekat sini Mac lalu selepas selesai berurusan di bank berdekatan.
Menurut Abu Samah, mangsa didatangi suspek yang memaklumkan dia baru saja memenangi baucar tunai RM300, namun perlu mengikutnya ke pejabat terletak di Laman Rimbunan, Kepong untuk mendapatkan hadiah itu.
“Saya difahamkan, mangsa terus mengikut suspek malah turut menunjukkan jumlah wang yang tertera dalam buku akaunnya kepada suspek sebanyak RM148,000 yang mana ia sebenarnya duit EPF (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) mangsa. Kes ini dalam siasatan kami sekarang.
“Dalam hal ini, sindiket penipuan gores dan menang memang jelas masih aktif di ibu kota. Di Kuala Lumpur saja, 81 kes membabitkan penipuan kaedah ini sudah pun dilaporkan sejak 1 Januari lalu hingga semalam (kelmarin) dengan jumlah kerugian RM649,025,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Forum Kepenggunaan Penipuan Internet di Pusat Belia Antarabangsa di sini, semalam.
Hadir sama Pengerusi Bersama Gerakan Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Rahim Baba dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Gerakan Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Putrajaya, Zalinah Mohd Yusoff.
Katanya, antara kawasan ‘panas’ bagi kegiatan terbabit termasuk stesen monorel, stesen komuter, Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) dan Bukit Bintang dan beliau meminta orang ramai supaya menjauhi mana-mana individu yang cuba menawarkan sebarang hadiah.
“Penipuan maya yakni menerusi Internet mungkin kita boleh kata mangsa mudah ditipu, tetapi lebih menyedihkan ialah apabila pengguna tertipu dengan individu yang memang jelas di depan mata,” katanya lagi.
Sementara itu, Rahim berkata, bagi empat bulan pertama tahun ini, 1,172 kes jenayah siber dilaporkan kepada pihak polis di seluruh negara dengan nilai kerugian RM23 juta.
“Kita dapati kebanyakan masyarakat kurang menghebahkan mereka ditipu dalam bentuk wang, namun apabila mereka memenangi wang, ia dihebahkan satu kampung. Sikap ini perlu diubah atau lebih ramai pengguna menjadi mangsa sekali gus menguntungkan si penipu,” katanya.
Mat Karpet kurang asam
Oleh Hamid Karim
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Kasimah berkata, lelaki Bangladesh atau ‘Mat Karpet’ itu seolah-olah tidak menghormati budaya tempatan apabila tetap mahu memasuki rumahnya walaupun menyedari tiada lelaki lain dalam rumah itu.
“Kami bimbang dengan kehadiran mereka, bukan dengki dengan perniagaan mereka. Mereka datang hampir setiap hari dan ada kalanya ketika suami atau anak-anak tiada di rumah kerana bekerja atau ke sekolah,” katanya ketika ditemui. Katanya, lelaki Bangladesh itu juga selamba memanggil wanita tempatan sebagai ‘adik manis’ atau ‘cantik’ dengan tujuan menggoda supaya mereka membeli karpet yang dijual. Tinjauan Harian Metro mendapati, sebahagian besar warga asing itu menggunakan motosikal menjual permaidani dari rumah ke rumah walaupun menyedari ada penduduk tempatan semakin rimas dengan kehadiran mereka.
Tinjauan juga mendapati kehadiran golongan itu semakin ramai sejak seminggu lalu manakala sesetengahnya didapati gagal bertutur dalam bahasa Malaysia kecuali beberapa istilah seperti ‘murah’, ‘cantik’, ‘adik manis’, ‘abang’ dan ‘belilah’.
Apa yang pasti, kehadiran mereka mencetuskan pertanyaan di kalangan penduduk tempatan mengenai status mereka selepas mendapati sebahagiannya yang menunggang basikal dari pagi hingga ke petang menjual karpet dari rumah ke rumah hingga merimaskan penduduk.
Sebahagian besar warga asing itu juga menggunakan motosikal menjual karpet dari rumah ke rumah walaupun menyedari ada penduduk tempatan semakin rimas dengan kehadiran mereka.
Seorang lagi penduduk, Sahoni Abong, 48, mendakwa kehadiran warga asing itu memang satu pemandangan ‘tahunan’ yang berlaku setiap kali menjelang Ramadan.
Katanya, ia tidak boleh dibiarkan kerana sebahagian besar penduduk curiga dengan latar belakang mereka, terutama yang menaiki basikal memasuki pelosok kampung.
“Kami pelik dari mana mereka datang dan siapa di belakang kumpulan penjual karpet ini hingga jumlahnya lebih 10 orang pada satu-satu masa. Kami mahu pihak berkuasa menyiasat kehadiran mereka ini kerana dibimbangkan ada di antara mereka menyalahgunakan pas lawatan ke negara ini dengan mengambil kesempatan berniaga,” katanya.
Dalam pada itu, seorang ‘Mat Karpet’ yang ditemui, berkata mereka mendapat bekalan karpet itu daripada rakan-rakan mereka dan penduduk boleh membelinya secara tunai atau ansuran. Sehubungan itu, penduduk mahu pihak berkuasa memantau pergerakan kumpulan warga asing ini bagi memastikan hanya yang layak mendapat kebenaran dibenarkan berniaga bagi mengelak perasaan curiga di kalangan penduduk tempatan.
No comments:
Post a Comment