Thursday, July 19, 2012

BILA KITA TAK TAHU PUNCA...SAPE YANG MEMBERI LESEN...KEMUDIAN NAK SALAHKAN ORANG...ALLAH TAHU SAPE PENGGALAK PERKARA2 MAKSIAT NI...

Bapa sedih Siti Norzana kena jual


NORDI bersama Nurul Safiza Fitri (kanan), Muhammad Nurhan dan Nurmasyita masih menunggu kepulangan Siti Norzana (gambar kecil) di kediamannya di Kempas, Johor Bahru.


JOHOR BAHRU – Bapa kepada Siti Norzana Nordi, 12, yang dipercayai telah dijual dan menjadi mangsa pemerdagangan orang terkejut dan terlalu sayu mendengar nasib malang yang menimpa anak kesayangannya itu.
“Saya tidak tahu hendak kata apa, saya cukup sedih. Bila menatap wajahnya di akhbar, saya dapat rasa beban yang sedang ditanggungnya,” kata Nordi Adi, 40, ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Nordi yang telah menceraikan isterinya, Karsini Kaslam, 25, percaya, perbuatan menjual anak sulungnya itu didalangi oleh bekas ibu mertua dan bekas iparnya yang menetap di Mesuji, Lampung, Jawa Timur tidak jauh dari kediaman Karsini.
“Saya hampir pasti dan anak saya, Nurul Safiza Fitri turut beberapa kali maklum kepada saya tentang hal ini,” ujarnya sebak.
Nordi yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sini juga mengesyaki sesuatu yang lebih buruk berlaku ke atas Siti Norzana namun tidak mahu mendedahkannya selagi anaknya tidak kembali ke Malaysia bersamanya.
Kosmo! sebelum ini melaporkan Siti Norzana bersama tiga adiknya iaitu Nurul Safiza Fitri, 11, Muhammad Nurhan, 9, dan Nurmasyita Amiera, 8, dijadikan tebusan oleh Karsini bagi memeras ugut Nordi.
Hasil bantuan Biro Aduan Komuniti UMNO, kesemua mereka kecuali Siti Norzana dapat dibawa pulang dari Lampung, Indonesia dan selamat tiba di tanah air pada 30 Jun lalu. Dia ketika itu dikatakan tinggal berasingan dengan saudara ibu tirinya di Temusuci, Indonesia.
Kelmarin, Pengerusi biro berkenaan, Datuk Muhd. Khairun Aseh mendedahkan bahawa kanak-kanak berkenaan menjadi mangsa pemerdagangan dan dipercayai dijaga seorang lelaki yang telah membelinya dan dipaksa menjadi buruh kasar.
“Kami sekeluarga berdoa agar Zana dapat diselamatkan dan saya berhasrat menemui Zana di sana jika diberi peluang,” kata Nordi.u.

Selangor enggan tutup pusat urut

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor tidak boleh menutup operasi semua pusat urut di negeri ini kerana tindakan itu dianggap tidak adil kepada pengusaha premis yang menjalankan perniagaan dengan bertanggungjawab.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu mendakwa, kerajaan negeri sekarang juga tidak lagi mengeluarkan lesen kepada pusat urut sebaliknya hanya diberi kepada pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan mengikut Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan.
Berdasarkan laporan, terdapat 571 rumah urut di Selangor pada masa ini.
“Semua pusat urut yang ada sekarang diberi lesen sejak dahulu, kita tidak boleh tutup selagi mereka mematuhi undang-undang kerana dilihat tidak adil (kepada pengusaha),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di sini semalam.
Kosmo! kelmarin mendedahkan mengenai kegiatan pelacuran yang berleluasa di bandar Puchong dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini sehingga imejnya sebagai bandar pengeluar barangan industri bertukar kepada bandar yang menyediakan khidmat urut dan seks. Puchong kini digelar Hatyai Selangor.
Bagaimanapun, pusat pelacuran tersebut digempur oleh polis malam Isnin lalu dalam serbuan dinamakan Ops Noda. Polis menahan seramai 20 orang pelacur warga asing, dua penjaga premis dan 12 pelanggan tempatan berusia 20-an hingga 30-an.
Ketika ditahan, mereka sedang memberikan perkhidmatan seks di sebuah pusat urut yang terletak di sebuah bangunan kedai tiga tingkat.
Ronnie memberitahu, pihaknya bagaimanapun bersedia menutup semua operasi pusat urut dengan syarat pihak berkuasa negeri lain turut mengambil tindakan serupa.
“Jangan asyik cabar Selangor supaya tutup pusat urut, tutup dulu di negeri-negeri lain kerana saya lihat Kuala Lumpur juga masih ada pusat urut,” dakwanya.


Esha bogel depan umum


ESHA GUPTA


MODEL yang kini sedang meningkat naik sebagai pelakon, Esha Gupta menceritakan pengalamannya berbogel di hadapan 300 orang yang begitu asing baginya.
Perkara itu dilakukan oleh Esha untuk salah satu babak dalam filem lakonannya, Raaz 3.
Menurut Esha, dia perlu memenuhi tuntutan skrip filem seram Vikram Bhatt tersebut walaupun pada mulanya mahu meminta pengarah membatalkan babak bogel itu.
"Karakter saya memerlukan saya memakai gaun yang seksi sewaktu menghadiri sebuah majlis. Tiba-tiba saya dirasuk dan untuk menjayakan babak rasuk tersebut, saya perlu menjerit selain mengoyakkan gaun yang dipakai," ceritanya mengenai babak bogel yang perlu dilakonkannya.
Dia juga menambah berasa cukup kekok apabila terpaksa menampakkan bahagian atas badannya di hadapa 300 pelakon tambahan serta kru filem tersebut.
Tambahnya: "Vikram begitu yakin bahawa saya mampu melakukan babak itu dengan sempurna. Walaupun pada mulanya berdebar, namun selepas ditenangkan oleh seorang kawan, saya mampu melakukan babak tersebut."

Ibu bingung bayi koma

MUHAMMAD TAUFIQ terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan selepas koma disyaki akibat kecuaian pengasuh di Alor Setar bulan lalu.


ALOR SETAR - Seorang ibu bingung dan pada masa sama sedih apabila memikirkan mengenai bayinya yang berusia lima bulan kini koma selepas didakwa mengalami pendarahan otak akibat hentakan kuat pada kepalanya ketika dalam jagaan pengasuhnya di Taman Kota Kenari, Kulim bulan lalu.
Rosmira Ramli, 28, memberitahu, bayinya, Muhammad Taufiq Daniall Amriizwan kini kritikal di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di dalam otaknya pada 20 Jun lalu.
Katanya, sehingga kini, bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan masih belum sedarkan diri dan mempunyai peluang yang tipis untuk sembuh.
"Setakat hari ini (semalam), saya masih tidak tahu punca sebenar bayi saya jadi begini dan hanya dimaklumkan pengasuh yang Muhammad Taufiq tiba-tiba tidak sedarkan diri dan kebiru-biruan ketika berada di bawah jagaannya.
"Pengasuh memberitahu yang dia sempat memberikan susu dan sendawakan bayi saya sebelum meninggalkannya untuk melihat kanak-kanak lain yang dijaga di situ," ceritanya ketika ditemui di HSB semalam.
Bagaimanapun tambahnya, tidak lama kemudian pengasuh memberitahu yang dia mendengar Muhammad Taufiq menangis dengan kuat dan mendapati bayi malang tersebut bertukar kebiru-biruan dan pengsan.

DNA penentu waris bayi dilarikan amah

JOHOR BAHRU - Polis masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi menentukan waris sebenar bayi berusia lapan bulan yang dilarikan seorang amah dari rumah majikannya di Taman Impian Emas, Skudai di sini Ahad lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, keputusan ujian itu akan membantu menyelesaikan pertikaian berhubung status bayi tersebut, Qaleesya Wan Mohd. Farid.
"Keputusan DNA itu akan mengambil masa antara seminggu hingga sebulan," katanya di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan polis menahan seorang pembantu rumah dan suaminya di sebuah rumah di Taman Sri Jenjarom, Kuala Langat Isnin lalu dan menemui seorang bayi yang diculik dari rumah keluarga angkatnya di Skudai di sini Ahad lalu.
Qaleesya diserahkan kepada keluarga itu oleh bapanya iaitu seorang lelaki tempatan yang kesempitan wang manakala ibu kandungnya yang merupakan warganegara Indonesia telah pulang ke negara asal setelah bercerai.
Bagaimanapun, amah yang bekerja dengan keluarga angkat tersebut mendakwa bayi yang dilarikannya itu adalah anak kandungnya.

Konstabel maut terjatuh menara telekomunikasi


ANAK panah menunjukkan arah Mohd. Urin terjatuh lalu mati dari ketinggian 60 meter dari sebuah menara telekomunikasi di IPD Sepang semalam.


SEPANG – Sekumpulan anggota polis yang sedang menghadiri kursus di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini tergamam apabila menemui mayat seorang rakan mereka yang terjatuh dari sebuah menara telekomunikasi semalam.
Mayat konstabel Mohd. Urin Subaiton, 27, dari Semporna, Sabah ditemui pada pukul 10.15 pagi.
Mangsa yang berketurunan Bajau itu, genap tiga tahun menjadi anggota polis pada 16 Julai lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Superintendan Zaldino Zaludi berkata, mangsa merupakan salah seorang peserta kursus dan bertugas di Bahagian Tugas Am Balai Polis Sungai Buloh, Petaling Jaya.
Katanya, sebelum kejadian, mangsa yang menjalani kursus motosikal ringan kelas B2 selama lima hari di situ meminta diri untuk keluar ke tandas. Kursus akan berakhir Jumaat ini.
“Dia tidak pergi ke tandas sebaliknya berlegar-legar di bawah menara sebelum memanjatnya sehingga sampai pada ketinggian kira-kira 60 meter sebelum duduk. Beberapa pegawai dan anggota yang melihat tindakan mangsa kemudian memujuknya supaya turun.

Banglo bekas menteri diceroboh


ANGGOTA polis menjalankan siasatan di banglo Allahyarham Megat Junid yang diceroboh tiga perompak di Kelana Jaya semalam. Gambar kecil, Mustafar.


PETALING JAYA - Balu bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub (gambar kecil), Puan Sri Faizah Shuaib mengalami detik cemas apabila dia ditawan oleh tiga perompak yang memecah masuk rumahnya di Jalan SS7/4 Kelana Jaya di sini semalam.
Kejadian pukul 5.40 pagi itu turut menyaksikan pembantu rumah wanita itu ditampar tiga kali apabila cuba melawan arahan perompak yang bersenjatakan pemutar skru. Dia dan Faizah diikat dengan wayar sebelum dikumpulkan di ruang tamu.
Pengawal keselamatan, Mustafar Md. Noor, 63, turut dijadikan tawanan sebelum diikat dengan wayar di luar rumah.
Mengimbau semula kejadian itu, Mustafar memberitahu, 10 minit sebelum kejadian, dia yang sedang meronda dikepung oleh tiga perompak berkenaan sebelum suspek mengikat kaki dan tangannya menggunakan wayar yang dibawa.
"Dia mengugut akan membunuh saya jika saya bising. Mereka kemudian masuk ke dalam rumah dengan memecahkan pintu belakang.
"Selepas mengikat Puan Sri bersama pembantu rumah di ruang tamu, mereka menggeledah bilik tingkat bawah," ceritanya ketika ditemui.
Tambahnya, ketika suspek sedang asyik menggeledah, dia mengambil kesempatan berguling-guling sehingga ke luar kawasan rumah untuk meminta bantuan.

Hentak kepala guna pistol


GAMBAR rakaman CCTV menunjukkan seorang anggota polis menghentak kepala seorang pekerja hotel dengan pistol dalam kejadian di Seremban 2 semalam.


SEREMBAN - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang menghentak kepala seorang pekerja hotel dengan pistol hanya kerana salah faham mengenai pemulangan baki wang pembelian ais krim ditahan kelmarin.
Kejadian pukul 2.50 pagi di sebuah hotel bajet di Seremban 2 itu berlaku apabila pegawai berusia 32 tahun tersebut datang bersama tiga rakannya untuk menginap di hotel tersebut.
Ketika hendak mendaftar masuk hotel, pegawai terbabit dikatakan bertengkar dengan dua pekerja hotel kerana salah faham di kaunter lobi. Kejadian itu dirakamkan selama 10 minit menerusi kamera rakaman litar tertutup (CCTV) hotel.
Menurut laporan polis yang dibuat mangsa, akibat tidak berpuas hati, pegawai terbabit bertindak memanjat kaunter lobi lalu menunjukkan pistol sebelum menghentak kepalanya dengan belakang pistol selepas berang dengan ugutan mangsa yang ingin membuat laporan polis.
Selain kepala, hentakan itu turut mengenai telinga mangsa.
Suspek kemudian ditahan selepas dua anggota polis yang menaiki sebuah kereta peronda tiba. Mangsa turut dihantar ke hospital oleh polis.

Wanita kudung menang tuntutan berjuta dolar


ROWE yang duduk di atas kerusi roda meninggalkan Mahkamah Tinggi di Melbourne semalam.


SYDNEY - Seorang wanita yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki selepas ibunya mengambil ubat thalidomide semasa hamil berjaya memenangi satu penyelesaian di Mahkamah Tinggi di sini melibatkan ganti rugi berjumlah berjuta-juta dolar daripada pengedar ubat itu dari Britain.
Wanita itu, Lynette Rowe, 50, dari Melbourne mendakwa keadaan yang menimpa dirinya disebabkan ibunya mengambil ubat thalidomide.
Thalidomide diberikan kepada wanita hamil pada tahun 1950-an dan 1960-an sebagai rawatan untuk sakit pada waktu pagi.
Namun, ubat tersebut kemudian ditarik balik daripada pasaran pada tahun 1961 kerana ia didapati menyebabkan kecacatan pada bayi.
Ubat tersebut menyebabkan ribuan bayi di seluruh dunia mengalami kecacatan.
Rowe membuat tuntutan undang-undang itu terhadap tiga pihak iaitu pembuat ubat dari Jerman, Grunenthal, syarikat Distillers Ltd., dari Britain yang menjual ubat tersebut di Australia dan Diageo Scotland Ltd.
Diageo Scotland Ltd. mempunyai aset dalam syarikat Distillers.
Peguam Rowe, Peter Gordon menyatakan anak guamnya itu telah mencapai penyelesaian dengan Diageo dan Distillers.
Syarikat Grunenthal enggan mencapai penyelesaian dalam kes tersebut.
"Jumlah penyelesaian masih rahsia tetapi saya boleh menyatakan ia mencukupi buat Rowe untuk seumur hidupnya," kata Gordon. - Agensi

Dapat penyakit selepas tarik tikus dari mulut kucing


GAYLORD terlantar di sebuah hospital di Bend pada 5 Julai lalu.


BEND, Oregon - Seorang tukang pateri, Paul Gaylord dijangkiti penyakit hawar selepas dia menarik seekor tikus daripada mulut kucing.
Ketika kejadian, kucing peliharaannya yang bernama Charlie tercekik tikus yang dimakannya.
Gaylord, 59, kemudian menarik tikus tersebut dari mulut kucing itu.
Kejadian itu berlaku di rumah trelernya.
Kucing tersebut kemudian mati manakala Gaylord terpaksa dirawat di sebuah hospital di sini.
Namun, Gaylord semakin pulih daripada penyakit itu. - Agensi

Pemberontak semakin agresif


BEBERAPA wartawan menunggu di luar lokasi serangan bom berani mati di bangunan Keselamatan Nasional di Damsyik semalam.


DAMSYIK - Abang ipar Presiden Syria, Bashar Al-Assad, Assef Shawkat terbunuh dalam serangan bom berani mati, menurut sebuah stesen televisyen semalam.
Shawkat yang juga Timbalan Menteri Pertahanan dan bekas ketua perisikan tentera merupakan antara ketua keselamatan kanan Syria.
Beliau berkahwin dengan kakak Bashar, Bushra.
Turut terkorban dalam letupan tersebut adalah Menteri Pertahanan, Dawoud Rajha.
Stesen televisyen rasmi Syria melaporkan, pengebom berani mati itu melancarkan serangan ke atas bangunan Keselamatan Nasional di sini semasa satu mesyuarat melibatkan menteri Kabinet dan pegawai kanan keselamatan berlangsung.
Dalam perkembangan berkaitan, dua kumpulan pemberontak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut yang meragut nyawa beberapa pegawai kanan Syria dan mencederakan sebahagian lagi.
Kumpulan pemberontak Liwa Al-Islam atau Briged Islam dalam satu kenyataan di laman Facebook memberitahu, pihaknya menjadikan bilik kawalan krisis di dalam bangunan tersebut sebagai sasaran serangan berkenaan.
Selain Liwa Al-Islam, Tentera Pembebasan Syria (FSA) turut mengaku mendalangi serangan tersebut.
"Inilah letusan gunung berapi yang kami katakan, kami baru bermula," kata seorang jurucakap FSA, Qassim Saadedine.
Pemberontakan menentang kepimpinan Bashar bermula sejak Mac lalu.
Menurut pihak berkuasa Maghribi, 20,000 orang telah terbunuh ekoran pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Bashar.
Kelmarin, FSA menyatakan usaha membebaskan ibu kota Damsyik daripada cengkaman tentera Bashar telah bermula.
Sementara itu, Setiausaha Luar Britain, William Hague menyatakan serangan pengebom berani mati itu menunjukkan satu resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diperlukan untuk menamatkan krisis di Syria.
Perancis turut mengutuk Bashar kerana masih berkeras untuk memegang jawatan ketika situasi di negaranya semakin buruk.
Jurucakap Kementerian Luar Perancis, Bernard Valero berkata, Bashar perlu memahami bahawa perjuangannya untuk mengekalkan kuasa adalah sia-sia.
- Agensi

Ekor tikus dalam burger dibeli di McDonald’s

Posted on the July 19th, 2012 under Luar Negara by admin

  • Share
SANTIAGO (Chile): Pihak berkuasa kesihatan di Chile, mengesahkan apa yang didakwa oleh seorang lelaki sejak berminggu-minggu lalu, dia menemui ekor tikus dalam burger McDonald’s.
Jun lalu, lelaki itu perasan sesuatu yang asing ketika dia menggigit burger yang dibeli di restoran McDonald’s di bandar Temuco, kira-kira 700 kilometer di selatan ibu negara Chile, Santiago.
Dia berkata, ia kelihatan seperti ekor tikus dan memfailkan aduan kepada pihak berkuasa kesihatan tempatan.




Kelmarin, Ketua Jabatan Kesihatan Wilayah, Waldo Armstrong mengesahkan perkara yang ditakuti oleh pelanggan.
“Terdapat kesan ekor tersepit antara keju dan roti dan ekor itu telah dimasak,” katanya kepada wartawan.
Restoran itu ditutup dan siasatan mendedahkan, tahi tikus di dalam restoran itu, dan ekor tikus diletak di dalam burger dengan sengaja. – AFP

No comments:

Post a Comment