Saturday, January 7, 2012

BANYAKLAH SOAL..BANYAK CAKAP...BEGINILAH..BEGITULAH..CAMNILAH..CAMTULAH...LAKSANAKAN HUKUM HUDUD...HUDUD HUKUM ALLAH...YANG SURUH BUKAN MANUSIA TAPI ALLAH YANG BUAT MANUSIA...KENAPA KITA BANYAK SOAL...MATI NANTI JAWABLAH...JANGAN CAKAP BERPUSING2...PATUT FIKIR MACAM MANA NAK LAKSANAKAN....

Datuk gila seks simpan gambar kemaluan cucu



KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ibu selepas mendapat tahu anak perempuannya yang berusia sembilan tahun dicabul bapa mentuanya sejak beberapa hari lalu.
Sumber polis berkata, kejadian itu terbongkar selepas ibu mangsa yang bekerja sebagai eksekutif jualan membawa anaknya untuk membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik swasta selepas kanak-kanak itu mengadu sakit perut, kelmarin.

Bagaimanapun, ketika menunggu untuk menerima rawatan, mangsa mula menangis.
“Ketika cuba ditenteramkan, kanak-kanak itu mengadu dicabul datuknya ketika berada di rumah lelaki itu dan terkejut dengan penjelasan itu, ibu mangsa memaksa anaknya itu menceritakan lebih lanjut mengenai tindakan tidak berperikemanusiaan warga emas itu,” katanya.

Sumber berkata, warga emas gila seks itu juga merakam gambar kemaluan cucu perempuannya itu dan disimpan di dalam telefon bimbit selain mengugut kanak-kanak itu untuk tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa.

Sebagai tindakan susulan, wanita itu membawa anaknya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut dan sebelum membuat laporan di Balai Polis Pantai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


Terbakar hidup-hidup kereta terbabas



BUTTERWORTH: Lutut kanan seorang pengurus syarikat bas kilang terkulai manakala cebisan dagingnya melekat pada pintu yang tertanggal selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh tembok konkrit sebelum terbakar di Kilometer 6.2, Jalan Lingkaran Luar Butterworth (BORR) yang menyebabkan dia terbunuh, di sini, semalam.
Kejadian berlaku jam 3.45 petang ketika mangsa yang memandu Perodua Kelisa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di bandar ini.

Mangsa dipercayai memandu laju sebelum gagal mengawal kenderaannya sebaik menghampiri susur keluar ke Jalan Bagan Luar lalu merempuh tembok konkrit menyebabkan keretanya berpusing dan terbakar.
Difahamkan, beberapa pengguna yang melalui tempat kejadian cuba membantu mengeluarkan mangsa, namun gagal berikutan dia tersepit di tempat duduk pemandu selain api marak.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Superintendan Suhaimi Md Noor berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan sudah dikenalpasti warisnya.


Meronta-ronta sebelum lemas

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Wan Asrudi Wan Hasan dan Suraya Roslan
am@hmetro.com.my

KAMPUNG GAJAH: Menyayat hati apabila sepasang suami isteri mati lemas dengan berpelukan dalam kereta Perodua Kelisa mereka yang tenggelam di dalam parit, berhampiran Kampung Raja, di sini, awal pagi semalam.
Lebih menyedihkan apabila kedua-dua mangsa dipercayai meronta-ronta cuba menyelamatkan diri sebelum lemas apabila bahagian dalam kereta mula dimasuki air melalui cermin depan yang pecah.

Mangsa, Mohd Shahrin Ismail, 33, dan isterinya, Norazimah Abdul Aziz, 34, dipercayai terperangkap selama beberapa jam dan hanya ditemui kira-kira jam 6.25 pagi selepas penduduk kampung ternampak bahagian belakang kereta mangsa di dalam parit berkenaan.
Mohd Shahrin bertugas sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, manakala isterinya pegawai di Unit Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan, Jabatan Pertanian Titi Gantung, dekat sini.

Kedua-dua mangsa yang berkahwin pada 2005 dalam perjalanan pulang ke kediaman kakitangan kerajaan di Lumut selepas menghantar pulang tiga anak mereka ke kampung Norazimah di Felda Gugusan Raja, Jempol, Negeri Sembilan.

Pasangan terbabit yang mempunyai tiga anak kecil mengambil cuti beberapa hari bagi menguruskan persekolahan anak perempuan sulung mereka yang berusia enam tahun, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohd Fakri Che Sulaiman berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Mohd Shahrin hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan antara laluan Teluk Intan-Bota Kanan.

“Kereta mangsa terus menjunam masuk ke dalam tali parit menyebabkan sebahagian besar kereta itu tenggelam di dalam lumpur.
“Bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat lemas. Tubuh mangsa tidak mengalami sebarang kesan kecederaan serius,” katanya.

Sementara itu, pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Iskandar, Mohd Sharip Kasim berkata, seramai tujuh anggota dan satu jentera bomba bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

“Selepas kereta ditarik ke tebing, mayat kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan berpelukan. Mayat mangsa kemudian dihantar ke bilik mayat Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat,” katanya.

Jenazah kedua-duanya kemudian dibawa ke Masjid Nur, Pangkalan TLDM Lumut untuk dikafan dan disembahyangkan sebelum dihantar pulang ke Jempol, Negeri Sembilan bagi urusan pengebumian. Bagi Pemangku Leftenan Komander Ismail Noor Abdullah dari Pangkalan TLDM Lumut, kematian Mohd Shahrin satu kehilangan besar dan amat dirasai kerana Allahyarham terkenal sebagai anggota yang warak dan kuat beribadat.


Bekas gengster buka cerita



ALOR SETAR: “Kehidupan saya kini diselubungi ketakutan dan tertekan sejak cuba menjauhkan diri daripada kumpulan ini sebaik mengetahui kegiatan sebenar mereka.”
Begitu kata seorang lelaki mahu dikenali sebagai Rizal, 25, yang menetap di negeri ini apabila mendakwa pernah mengenali dan berkawan rapat dengan beberapa individu yang disyaki turut terbabit dalam kegiatan gengster. Rizal berkata, anggota kumpulan berkenaan pernah dua kali bertindak agresif terhadap dirinya berlaku pada 23 Ogos 2010 apabila cermin tingkap rumah keluarganya dipecahkan.

Dalam kejadian terbaru pada Isnin lalu, katanya, cermin kereta keluarganya juga dipecahkan sekumpulan lelaki menaiki motosikal termasuk bertopi keledar dipercayai sebagai tanda amaran atau ugutan selepas dia cuba menjauhkan diri.
“Akibat itu, adik perempuan saya berusia 12 tahun yang turut menyaksikan kejadian terbabit kini trauma setiap kali mendengar bunyi deruman motosikal ataupun salakan anjing kerana dia akan menangis dan lari bersembunyi di bilik.

“Saya ada membuat laporan di Balai Polis Alor Setar berhubung dua kejadian yang menimpa keluarga kami kerana amat bimbang keselamatan keluarga jika anggota kumpulan terbabit bertindak lebih agresif,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, semalam.

Berikutan itu, Rizal turut menyatakan laporan akhbar ini berhubung ‘Salam Gangster’ dilaporkan beberapa hari lalu memang benar kerana dia pernah menyaksikan anggota kumpulan berkenaan menggunakan simbol atau bersalaman cara tertentu.

Menurutnya, anggota kumpulan itu ada mengajarnya teknik berjabat tangan berkenaan.


2 hari lapar wang RM150 dihanyut banjir



PASIR PUTEH: Seorang warga emas terpaksa mengikat perut selama dua hari selepas dibenarkan pulang ke rumahnya di Gong Ara, Kampung Nara, dekat sini, dari pusat pemindahan sementara banjir, Selasa lalu apabila wang simpanannya dihanyutkan dalam banjir kilat, Ahad lalu.
Minah Awang Besar, 69, sedih sebaik mendapati wang disimpannya dalam bungkusan plastik hilang dipercayai dihanyutkan selepas rumahnya dinaiki air ketika dia dan anaknya, Norashaikin Nasir, 39, sedang tidur.

“Terkejut melihat air memenuhi ruang rumah, saya dan anak terus keluar menyelamatkan diri dengan membawa sehelai dua baju tanpa sempat mengambil wang RM150 yang disimpan.
“Apabila pulang ke rumah, Selasa lalu, saya terkejut apabila mendapati wang itu hilang dihanyutkan hingga terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kerana ketiadaan wang membeli barangan dapur,” katanya.

Menurutnya, lebih menyedihkan, anaknya yang bekerja buruh dan menerima gaji harian kehabisan wang selepas tidak bekerja kerana hujan.

“Nasib baik, ketika pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Pasir Puteh, Khamis lalu, saya diberikan pendahuluan wang bantuan berjumlah RM80 yang sepatutnya diterima minggu depan.

“Dengan wang itu, saya membeli satu kilogram beras dan setengah kilogram ikan kembung serta sedikit barangan keperluan dapur lain,” katanya ketika ditemui di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil, di sini, semalam.

Ibu tunggal kepada dua anak itu terharu dan bersyukur sebaik menerima bantuan daripada konvoi Tabung Bencana The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan Media Prima (NSTP-Media Prima), semalam, yang turut menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir lain.


SPRM panggil individu ‘penting’ lain



IPOH: Kemelut kes rasuah membabitkan pegawai Jabatan Perhutanan Perak belum lagi selesai apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Perak bakal memanggil beberapa lagi individu ‘penting’ untuk disoal siasat.
Siasatan akan dilakukan bagi mengenal pasti sekiranya masih ada individu yang berkemungkinan turut terbabit dalam kegiatan rasuah dan pecah amanah membabitkan nilai jutaan ringgit itu.

Tindakan diambil susulan penahanan pegawai kanan jabatan berkenaan yang menyembunyikan wang tunai berjumlah RM720,000 dan beberapa buku amanah saham membabitkan pelaburan bernilai RM4 juta di kediamannya di Gerik, awal pagi kelmarin. Susulan penahanan itu, pegawai kanan Jabatan Perhutanan berkenaan ditahan direman tujuh hari bermula semalam bagi siasatan lanjut.
Pengarah SPRM Perak, Nooraziah Abdul Manaf berkata, beberapa kakitangan termasuk pegawai jabatan berkenaan akan disoal siasat dalam membantu usaha pihaknya melakukan siasatan berhubung kes rasuah itu.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan akan dilakukan selepas ini jika semua bukti yang dikemukakan sudah jelas.

“Kami akan memanggil beberapa orang lagi untuk membantu memberi keterangan kes itu,” katanya yang enggan mengulas lanjut ketika dihubungi di sini, semalam. Awal pagi kelmarin sepasukan lebih 10 pegawai SPRM melakukan serbuan mengejut di kediaman pegawai Jabatan Perhutanan itu di Gerik. Hasil pemeriksaan, pegawai SPRM menemui sejumlah wang yang disembunyikan dalam bilik, dapur dan ruang tamu rumahnya, selain disembunyi dalam telekung.

Serbuan itu dilakukan susulan penahanan seorang lagi pegawai kanan Jabatan Perhutanan negeri dan seorang tauke balak oleh SPRM Rabu lalu, bagi membantu siasatan kes kecurian balak bernilai lebih setengah juta ringgit.

Kedua-dua mereka yang berusia 40-an dan 50-an ditahan bagi membantu siasatan berikutan penemuan lebih 300 batang balak yang siap dipotong bernilai kira-kira RM600,000 di kawasan pembalakan di Hutan Kuak Luar, berdekatan Pengkalan Hulu, kira-kira 190 kilometer dari sini.


Jiran tak tahan leteran belasah warga emas

KUALA LIPIS: Perangainya yang sering berleter setiap kali melihat orang melalui depan rumahnya membawa padah kepada seorang wanita warga emas apabila dibelasah oleh jirannya menyebabkan hidungnya patah selain cedera di kepala dan dada dalam kejadian di Kampung Tanjung, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.15 malam itu, wanita berusia 65 tahun itu dikatakan dibelasah seorang pelajar kolej berusia 18 tahun yang juga jirannya mengakibatkan hidung mangsa berdarah dan remaja yang gagal mengawal kemarahannya turut memijak dada dan kepala mangsa sebaik dia terjatuh akibat tidak tahan ditumbuk.

Difahamkan, mangsa sering memarahi remaja terbabit yang perlu melalui depan rumahnya setiap kali mahu ke jalan besar dan wanita berkenaan dipercayai tidak suka dengan bunyi bising motosikal remaja berkenaan yang tinggal kira-kira 100 meter dari rumahnya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata remaja terbabit dikatakan tidak tahan mendengar leteran mangsa setiap kali melalui depan rumah warga emas itu.

Menurutnya, remaja berkenaan kemudian menghampiri mangsa dan memarahinya sambil mempersoalkan tindakan wanita itu yang didakwa turut menghina keluarganya.

Katanya, siasatan awal mendapati remaja itu tidak dapat menahan kemarahan kerana dihina sebelum terus menumbuk hidung mangsa beberapa kali hingga warga emas itu tersungkur.

“Tidak cukup dengan itu, dia memijak dada dan kepala mangsa beberapa kali sebelum perkelahian itu dileraikan suami mangsa berusia 75 tahun serta seorang anak perempuannya berusia 30 tahun.

“Remaja terbabit kemudian beredar dari tempat kejadian sebelum mangsa dibantu anak perempuannya dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk rawatan akibat patah hidung dan cedera di kepala serta dada,” katanya di sini, semalam.


Belasah bekas isteri guna lampu kalimantang



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sanggup membelasah bekas isterinya malah, membaling lampu kalimantang gara-gara cemburu wanita terbabit menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, wanita terbabit berusia 34 tahun datang ke rumah bekas suaminya di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Sentul untuk mengambil anak dan menghantarnya ke sekolah.

Menurut sumber, mangsa yang tiba di rumah itu terkejut apabila tiba-tiba bekas suaminya mengamuk dan menendangnya sehingga terjatuh sebelum memukul beberapa kali.
“Terkejut dengan tindakan itu, mangsa meminta penjelasan sebelum mengetahui puncanya disebabkan perasaan cemburu bekas suami yang mengetahui hubungannya dengan orang lain.

“Mangsa menjelaskan hubungan antara mereka sudah berakhir dan lelaki itu tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusannya. Malah, tanpa berlengah mangsa terus mengambil anak dan menuju ke lif,” katanya.

Sumber berkata, tindakan itu menyebabkan bekas suami mangsa itu yang masih tidak berpuas hati mengambil lampu kalimantang yang berada di luar rumah sebelum mengejar dan membalingnya hingga terkena badan mangsa.

“Terkejut dengan tindakan itu, mangsa bersama anak terus melarikan diri sebelum membuat laporan di Balai Polis Sentul,” katanya.


Remaja, ibu dicekup

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

SIBU: Polis yakin siasatan ke atas kes pembunuhan kejam empat sekeluarga di sebuah rumah di Jalan RTM, di sini, pada 3 Januari lalu, selesai berikutan penahanan pasangan ‘anak-beranak’ yang juga jiran keluarga malang berkenaan, kelmarin.
Seorang remaja 17 tahun ditahan 10.30 malam, manakala ibunya 44 tahun ditahan dua jam kemudian, di rumah mereka selepas polis menemui bukti kukuh bagi mensabitkan mereka dengan pembunuhan empat sekeluarga terbabit.

Difahamkan, pada hari kejadian remaja yang bekerja sebagai kelindan lori itu dipercayai menceroboh rumah keluarga terbabit melalui bumbung rumah teres dua tingkat berkenaan sebelum membunuh mangsanya seorang demi seorang.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon berkata, dengan penahanan dua beranak terbabit, polis menyifatkan kes pembunuhan empat sekeluarga terbabit sudah selesai.

“Untuk makluman, kes berlaku pada Selasa lalu, diselesaikan. Suspek dikenal pasti dan kini dalam tahanan kami.

“Sekarang kami menyiasat bagi mendapatkan keterangan diperlukan menyelesaikan kes serta mengemas kini kertas siasatan sebelum dirujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan arahan selanjutnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Sibu, di sini, semalam. Mengulas lanjut, beliau berkata, polis sudah mendapat kebenaran mahkamah bagi menahan reman kedua-dua suspek bagi tempoh tujuh hari.

Dalam kejadian Selasa lalu, empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak ditemui mati bergelimpangan, masing-masing di dapur dan bilik tidur dengan tiga daripada mereka didapati pecah di kepala dan kesan kelar di leher.

Ketika kejadian, keluarga malang terbabit dikatakan baru bangun tidur sebelum diserang dengan objek tajam dan tumpul.
Mangsa yang maut, seorang ahli perniagaan, Ling Tong Hock, 36, dua anaknya iaitu Amy Ling Zi Ju, 7; David Lung Chei Qi, 10, serta ibunya, Leong Nyuk Lan, 76.

Seorang lagi anak Tong Hock, Kelvin Ling Chei You, 8, terselamat dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat parah di kepala.

Law berkata, pada masa sama, siasatan polis mendapati kedua-dua suspek tidak memiliki rekod jenayah dan polis akan menjalankan ujian air kencing ke atas mereka.

“Pada masa sama, wanita berusia 28 tahun yang juga isteri ahli perniagaan dibebaskan selepas dia tiada kaitan dengan kejadian ini. Apa yang pasti, polis turut menemui kesan ceroboh pada rumah mangsa sebelum kejadian itu berlaku,” katanya sambil meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.


Menangani buang bayi

Oleh Ahmad Saufi Mansor

WAJAH comel seorang kanak-kanak perempuan yang ditinggalkan bapanya di tepi bilik air sebuah kompleks membeli-belah di Melaka, November tahun lalu pasti masih menggamit memori golongan wanita terutama si ibu.
Sudah tentu fikiran mereka terbayang mengapa seorang bapa tergamak membiarkan anaknya tinggal seorang diri sekali gus menimbulkan tanda tanya di mana kewarasan dan nilai kemanusiaan kita? Raut wajah kanak-kanak itu, Sofea atau nama sebenar, Anna Hii kelihatan bersahaja, tetapi yang menghairankan mengapa dia ditinggalkan sedemikian rupa atau ada kisah di sebaliknya? Maka, timbul persoalan, adakah apa yang berlaku itu menjadi salah satu kaedah melepaskan tanggungjawab sebagai penjaga atau ‘membuang anak’ dengan cara terhormat.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye dipetik berkata, ini adalah kali pertama beliau dimaklumkan mengenai kes seumpama itu membabitkan kanak-kanak yang dibuang.
Beliau melihat kemungkinan besar perkara itu dilakukan sendiri ibu bapa kanak-kanak terbabit berdasarkan modus operandi serta maklumat awal diterima.

“Walaupun kanak-kanak menjangkau usia setahun dan bukan lagi bayi, ia tergolong dalam kategori kes buang bayi atau kanak-kanak yang boleh dikenakan hukuman serius,” katanya.

Ini adalah sekelumit kisah yang ada hubung kait dengan masalah sosial yang kian parah di kalangan masyarakat dan tindakan segera perlu dilakukan bagi membendung daripada menjadi tidak terkawal.

Justeru, langkah pihak berkuasa menetapkan kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan antara tindakan terbaik mengatasi gejala berkenaan yang turut membabitkan pelajar sekolah.

Ini berikutan berita 73 kes buang bayi termasuk yang dibunuh kejam dicatatkan di seluruh negara sepanjang lapan bulan pertama tahun lalu.
Jumlah itu menjadikan 571 kes pembuangan serta 'pembunuhan bayi' direkodkan di seluruh negara bagi tempoh lima tahun lalu dengan 318 bayi disahkan mati, manakala 253 pula ditemui masih hidup.

Perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu turut termasuk kes seorang bayi perempuan mati dikelar dengan kejam di asrama sebuah sekolah di Betong, Sarawak akibat hubungan terlarang si ibu berusia 16 tahun dan teman lelakinya.

Malah, kejadian seorang bayi perempuan ditemui mati dalam longkang selepas dicampak dari tingkat dua flat di Selayang, Kuala Lumpur juga menjadi bualan.

Sebagai insan yang dikurniakan Allah akal untuk berfikir dan membuat keputusan, kita kadang kala bertanya mengapa perkara ini boleh berlaku, apakah ‘jahiliyah moden’ masih bersarang dalam hati masyarakat kita? Kadang kala kita patut memuji sikap haiwan yang dianggap liar dan tidak mempunyai pemikiran, tetapi masih sayangkan anak dan sanggup menggadai nyawa jika menghadapi bahaya atau terancam.

Memang mengharukan kerana bayi yang tidak berdosa, dilahirkan seperti kapas putih menjadi mangsa manusia berhati binatang yang sanggup memperlakukan perbuatan ganas atas dorongan nafsu syaitan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dipetik berkata, daripada 73 kes buang bayi sehingga Ogos tahun lalu, seramai 44 bayi ditemui mati, manakala 29 masih hidup.

Katanya, daripada jumlah itu, 26 daripadanya adalah lelaki, 30 perempuan selain 17 lagi tidak dapat dikenal pasti jantinanya kerana sudah reput.

“Siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atau Seksyen 307 kanun sama iaitu cubaan membunuh, namun usaha membendung gejala itu daripada terus berlaku perlu membabitkan pelbagai pihak “Paling penting peranan ibu bapa dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan selain menjadi contoh terbaik kepada anak-anak. Mereka juga perlu mengawal pergaulan anak-anak bagi memastikan tidak terbabit dengan seks bebas.

“Selain itu, penyebaran filem pornografi turut menjadi punca aktiviti seks bebas ini terus menular di dalam masyarakat,” katanya.

Baru-baru ini, di sidang Parlimen, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie memaklumkan terdapat 152,182 anak luar nikah atau anak tak sah taraf direkodkan antara 2008 dan 2010.

Menurutnya, statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan Sabah mencatatkan kelahiran anak tak sah taraf tertinggi iaitu 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983), Sarawak (17,570), Johor (16,298) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095).

Katanya, berdasarkan kajian kes, antara punca berlaku keadaan itu termasuk pengaruh rakan sebaya, rela melakukan hubungan seks tanpa paksaan dan tidak mempunyai pengetahuan berhubung kesihatan reproduktif dan seksual.

“Punca lain adalah kurangnya perhatian ibu bapa, menonton video dan laman web lucah, kurang didikan agama, perasaan ingin mencuba dan diperkosa saudara sendiri,” katanya.

Situasi menakutkan ini mungkin disebabkan masyarakat kita hilang adab dan budaya ketimuran, tipis didikan agama akibat momokan pengaruh Barat sekali gus bergelumang dengan naluri seksual yang tinggi.

Musibahnya, ia membawa kepada kehancuran golongan generasi muda yang menjadi harapan memimpin negara suatu hari nanti.

Secara sedar atau tidak, sesuatu yang drastik dan positif selain penguat kuasaan undang-undang lebih tegas perlu dilakukan sebelum kerosakan serta keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat menjadi lebih parah.

Pada masa sama, setiap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan gejala negatif ini mampu ditangani secara baik.

Apa yang penting, setiap ibu bapa perlu mengawasi pergerakan anak mereka dengan memberi didikan dan bimbingan agama secukupnya, bukan ditaburkan dengan nilai kehidupan longgar dan songsang.

Penulis Ketua Biro Kedah/Perlis

Friday, January 6, 2012

SEMUA INGINKAN KEMEWAHAN@KEKAYAAN...CARILAH DENGAN JALAN YANG HALAL...JIKA BEROLEH KEKAYAAN GUNALAH KEJALAN ALLAH...ITU TANDA2 KITA MENSYUKURI NIKMAT ALLAH SWT...JANGAN KAYA TAPI KEDEKUT SERTA TAK SUMBANG KEJALAN ALLAH..KERETA MELAUT BESAR...HARGA RIBUAN@JUTAAN RINGGIT...TAPI TAK PERNAH PI SURAU ATAU MASJID DENGAR PENGAJIAN@MENADAH KITAB..TAPI GUNA UNTUK MENUNJUK2 KEMEWAHAN...DAH TABIAT RAJIN SOLAT TAPI MALAS MENUNTUT ILMU....DUA2 MALAS LAGI TERUK...

Kak Wok mati dibunuh kejam

KLANG – Hajat seorang wanita warga emas untuk menunaikan umrah buat kali pertama tahun ini tidak kesampaian apabila dia ditemui mati dibunuh dengan kejam di rumahnya di sini kelmarin.
Rahimah Mohd. Noh yang berusia 74 tahun dan tidak pernah berkahwin menemui ajal dengan lehernya dijerut rantai emas dipercayai miliknya sendiri.
Wanita malang itu dipercayai menjadi mangsa pembunuhan kejam seorang suspek yang menyamunnya pada waktu siang sebelum mayat mangsa ditemui pada pukul 10 malam.
Siasatan polis turut mendapati kepala wanita malang itu dihentak ke lantai sehingga mengakibatkan mangsa mati dalam kejadian di rumahnya di Jalan Wan Hassan, Kapar di sini.
Mangsa yang tinggal bersendirian turut kehilangan seutas rantai emas dan sebentuk cincin yang dipakainya dipercayai dilarikan penjenayah.
Ketua Polis Dearah Klang Utara, Suprintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, kejadian disedari oleh beberapa adik-beradik Rahimah yang tinggal berdekatan rumah mereka apabila pelik melihat kediaman mangsa gelap.
Menurutnya, mereka kemudian berusaha mencari mangsa di surau berdekatan yang sering dikunjungi si mati namun arwah didapati tiada dan mereka mengambil keputusan untuk kembali semula ke lokasi kejadian.
"Setelah pintu rumah dibuka, mereka yang mencari mangsa di dalam rumah tersebut terkejut apabila menemui mangsa telah dibaluti dengan kain tebal di dalam sebuah bilik.
"Mangsa yang mengalami cedera di muka dipercayai akibat dihentak ke lantai didapati sudah tidak bernyawa lagi dan laporan polis terus dibuat," katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Wanita nyaris maut ditikam duda


ANGGOTA polis menahan suspek ketika dia dihantar ke Hospital Melaka untuk dirawat selepas mengelar betisnya sebaik menikam Norliza.


MELAKA – Perasaan cemburu dan tidak puas hati yang meluap-luap terhadap kekasihnya yang mahu memutuskan hubungan mendorong seorang duda anak satu bertindak menikam perut wanita itu sebelum dia ditahan setengah jam selepas melakukan perbuatan itu kelmarin.
Kejadian pukul 10 malam di belakang sebuah restoran makanan segera di Lebuh Ayer Keroh di sini itu menyebabkan pekerja premis berkenaan, Norliza Alismadi, 22, nyaris kehilangan nyawa sebelum diselamatkan oleh rakan sekerjanya yang bergegas membawanya ke Hospital Melaka di sini.
Difahamkan, Norliza ingin memutuskan hubungan yang terjalin sejak lapan bulan lalu selepas tidak tahan dengan sikap suspek yang tidak bekerja selain mangsa dipaksa membayar ansuran bulanan sebanyak RM420 ke atas kereta suspek jenis Perodua Viva.
Sebelum menikam mangsa, suspek yang naik hantu sempat memarahi kekasihnya itu dengan mengatakan orang lain tidak akan dapat memiliki mangsa jika cintanya ditolak.
Mengimbau semula kejadian itu, Norliza memberitahu, sebelum kejadian, dia dan suspek bertemu di belakang tempat kerjanya untuk memulangkan motosikal jenis Yamaha milik lelaki itu selain bertanya mengenai telefon bimbitnya yang diambil duda berkenaan.
Katanya, tanpa diduga, suspek terus bertanya sama ada dia mahu lagi meneruskan hubungan atau memutuskannya.
“Sebaik saya jawab hendak putus dan sempat menasihatinya supaya mencari wanita lain, dia terus memarahi saya dan mengeluarkan sebilah pisau dari dalam bajunya lalu menikam perut saya.
“Suspek cuba pula mengelar leher saya namun dapat dielak. Dia yang tidak berpuas hati kemudian menendang dan menikam perut saya sekali lagi menyebabkan saya terduduk sebelum dia melarikan diri dengan menunggang motosikal yang saya bawa itu,” katanya ketika ditemui.


Pekerja maut pemampat peti sejuk meletup



Seorang anggota polis memeriksa kedai besi buruk yang meletup dan mengorbankan seorang pekerjanya di Kampung Bukit Lanchong, Putra Heights, Subang Jaya semalam.



SUBANG JAYA - Seorang warga India terbunuh manakala dua rakan senegaranya cedera parah apabila pemampat sebuah peti sejuk di sebuah premis mengumpul besi buruk di Kampung Bukit Lanchong, Putra Heights di sini meletup secara tiba-tiba semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, Ganesan Selvakumar, 25, yang putus tangan kiri dan cedera parah di muka dan badan mati di tempat kejadian.
Dua lagi rakan mangsa, Thiruvattachelvam Ayyachamy, 28, dan Marimuthu Chinnathambi, 37, cedera parah dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.
Menurut beliau, kejadian pada pukul 8.45 pagi itu berlaku ketika Ganesan mengetuk pemampat peti sejuk manakala dua rakannya yang berada tidak jauh dari Ganesan mengetuk beberapa barangan besi lain.
"Ketika pemampat peti sejuk diketuk Ganesan, barang itu tiba-tiba meletup menyebabkan mangsa tercampak beberapa meter dengan tangan kirinya terputus," kata beliau di sini semalam.


Jeritan empat lelaki berapi

JERTEH – Bagaikan aksi lagak ngeri apabila empat lelaki yang hampir seluruh badan mereka terbakar berlari sambil menjerit kesakitan selepas badan mereka terbakar disambar api daripada sebuah belon gas yang meletup di tapak Karnival Jalur Lebar 1Malaysia di Jerteh Souq di sini malam kelmarin.
Empat mangsa itu ialah Mohamad Hanif, 17, Yap Chi Keong, 30, Kalidasan, 23, dan Mohd. Nor Jusoh, 55. Mohamad, Chi Keong dan Kalidasan merupakan pekerja kontraktor yang melakukan kerja-kerja di tapak karnival yang sepatutnya berlangsung semalam.
Seorang lagi mangsa, Mohd. Nor dari Kampung Lampu, Kuala Besut kebetulan berada di tempat kejadian ketika belon itu pecah.
Kontraktor di tapak karnival terbabit, Kenny Soo berkata, kejadian tersebut berlaku pukul 9.15 malam ketika Mohamad dan Kalidasan sedang mengisi gas hidrogen ke dalam belon itu manakala Chi Keong dan Mohd. Nor, melihat belon tersebut.
“Entah macam mana, belon tersebut tiba-tiba meletup mengakibatkan tiga pekerja itu dan seorang penduduk di situ disambar api,” kata Kenny ketika ditemui di sini semalam.
Menurut beliau, mangsa-mangsa yang disambar api hampir seluruh badan dan kepala berlari beberapa meter dari tempat kejadian sebelum dibantu orang ramai dan dihantar ke Hospital Daerah Besut.
Kesemua mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (HUSM) di Kelantan.


Pemuda ditemui mati dengan gitar di sisi badan

KUANTAN - Seorang pemuda ditemui mati dengan muka berbalut plastik manakala sebuah gitar berada di sisi badannya di sebuah resort di Pantai Batu Hitam, Beserah di sini kelmarin.
Mayat Kok Kah Leong, 28, dari Taman Pandan Perdana, Kuala Lumpur ditemui pada pukul 5 petang oleh pengusaha resort yang hanya mahu dikenali sebagai Wong selepas curiga apabila mangsa tidak mendaftar keluar kelmarin.
Menurut Wong, dia terpaksa menggunakan kunci pendua untuk membuka bilik disewa mangsa selepas mangsa tidak mendaftar keluar pada pukul 12 tengah hari kelmarin selepas mendaftar masuk pada 4 Januari lalu.
"Sebaik pintu bilik dibuka menggunakan kunci pendua, saya terkejut mendapati mangsa terbaring dengan kepala diserkup plastik manakala terdapat satu tiub disambung ke satu tong kecil dipercayai mengandungi gas helium," kata Wong.
Gas helium kebiasaannya digunakan untuk menerbangkan belon panas.
Wong memberitahu, mangsa juga ada meninggalkan sekeping nota ditujukan kepada ibu bapanya dengan antara isi kandungannya adalah meluahkan dia keletihan dengan semua perkara yang dilaluinya dan mahu berehat dengan aman.


Jualan BMW atasi Mercedes di AS



GAMBAR menunjukkan kereta BMW yang kesejuta dikeluarkan di sebuah kilang pengeluar kenderaan itu di Leipzig, Jerman pada 9 Disember lalu.



CHICAGO, Amerika Syarikat (AS) - Pengeluar kereta Jerman, BMW mencipta kejutan kelmarin dengan mengatasi saingan terdekatnya, Mercedes-Benz untuk menduduki tempat teratas jenama kereta mewah paling laris pada tahun 2011 di AS.
Perkembangan di luar dugaan tersebut berlaku selepas penerbitan automotif AS, Autodata mengisytiharkan Mercedes juara kategori berkenaan pada Rabu lepas berdasarkan "data daripada sumber industri yang boleh dipercayai" ekoran tidak memperoleh laporan statistik terbabit daripada kedua-dua pengeluar BMW dan Mercedes.
"Saya memiliki keyakinan penuh bahawa tahun 2012 akan menjadi lebih baik terutamanya apabila kereta BMW 3 Series baharu tiba di AS pada Februari depan disusuli model-model baharu yang lain beberapa bulan kemudian," kata Ketua Pegawai Eksekutif BMW bagi rantau Amerika Utara, Ludwig Willisch dalam satu kenyataan.
Mercedes mendahului BMW pada November tahun lalu dengan pelancaran kereta sedan C-Class baharu untuk tahun 2012. Mercedes pada mulanya dijangka mengekalkan kedudukan teratas tersebut sehingga akhir tahun 2011.
Namun, BMW memintas Mercedes untuk menduduki tempat pertama dengan kelebihan cuma 2,600 buah kenderaan pada bulan berikutnya.
Dalam laporan kelmarin, BMW menyatakan jualan kenderaannya di AS sepanjang tahun 2011 meningkat kepada 247,907 buah kenderaan.
Mercedes pula melaporkan ia mencatat 13.3 peratus kenaikan jualan apabila menjual sebanyak 245,231 buah kenderaan di AS untuk tahun sama.
Mengekori di belakang dua jenama Jerman itu untuk berada di tempat ketiga adalah jenama Lexus keluaran Toyota yang sebelum ini mengungguli kategori tersebut selama 11 tahun berturut-turut.
Namun, jualan kereta Lexus terjejas pada tahun lalu akibat bencana gempa bumi kuat dan tsunami yang melanda timur laut Jepun pada 11 Mac tahun lalu. - AFP


Pelajar kejuruteraan Indonesia hasil kereta di bengkel



SEORANG pelajar jurutera menunjukkan enjin kereta Kiat Esemka di Solo, Jawa Tengah semalam.



SOLO - Kereta prototaip buatan pelajar-pelajar kejuruteraan Indonesia telah mendapat sambutan menggalakkan daripada beberapa pegawai kanan pentadbiran negara ini yang mahu membelinya.
"Sepuluh buah kereta Kiat Esemka dihasilkan di bengkel Kiat Motor di bandar ini," kata pemilik bengkel tersebut, Sukiyat.
Model pertama dikeluarkan pada 2009 tetapi laporan media menyatakan Datuk Bandar Solo, Joko Widodo telah membeli sebuah kereta tersebut untuk kegunaan pejabat.
Beberapa pegawai lagi mula menunjukkan minat untuk membeli kereta tersebut yang dibina untuk lapan tempat duduk dan empat tempat duduk.
Kereta tersebut mendapat pujian Presiden Susilo bambang Yudhoyono.
Menurut Sukiyat: "Buat masa ini, ia mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk menghasilkan sebuah kereta."
Sebanyak 80 peratus komponen kereta itu dibuat di Indonesia dan kos pengeluaran pada skala kecil ialah di antara AS$8,200 (RM25,797) hingga AS$10,400 (RM32,718).
Kereta itu dikeluarkan sebagai satu latihan untuk pelajar sekolah tinggi vokasional dan bengkel itu belum bersedia untuk membuat pengeluaran pada skala besar-besaran. - AFP

JIKA WANITA@ISTERI.... CARI YANG BERAGAMA@TAAT PADA ALLAH@TAKWA...MAKA MEMILIH SUAMI BEGITU JUGA...

Dendam cinta ditolak

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad dan Yusmawati Mhd Yusof
am@hmetro.com.my

DITAHAN...suspek yang menikam teman wanitanya menggunakan pisau pemotong sayur (gambar kecil).
DITAHAN...suspek yang menikam teman wanitanya menggunakan pisau pemotong sayur (gambar kecil).
MELAKA: “Kalau aku tak dapat kau, aku pastikan orang lain pun tak dapat.” Itu kata seorang lelaki sebelum menikam kekasihnya dengan sebilah pisau selepas mereka bertengkar berikutan mangsa tidak mahu lagi meneruskan percintaan mereka.
Kejadian berlaku berhampiran tempat letak kereta sebuah restoran berhadapan bangunan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Ayer Keroh di sini, kira-kira jam 10 malam kelmarin.
Akibat dua tikaman oleh teman lelakinya itu, mangsa, Norzila Alismadi, 22, yang bekerja sebagai juruwang restoran makanan segera, cedera parah di perut serta rusuk kiri dan kini menerima rawatan di Hospital Melaka (HM).

Suspek yang bekerja sebagai penarik kereta dikatakan nekad menikam Norzila menggunakan pisau pemotong sayur kerana cemburu selepas wanita itu berkawan dengan lelaki lain serta mahu memutuskan hubungan mereka yang dijalin sejak lapan bulan lalu.


“Sebelum itu dia (suspek) tanya betul saya tak nak dia lagi? Saya kata kalau hendak pun, dia kena bekerja dan saya minta dia cari perempuan lain. Dia kemudian berkata kalau dia tak dapat saya, dia akan pastikan orang lain pun tak dapat.


Lari tangan terbakar

Oleh Muhamaad Razis Ismail
am@hmetro.com.my

DERITA...Yap melecur 17 peratus di tangan dan muka.
DERITA...Yap melecur 17 peratus di tangan dan muka.
KOTA BHARU: “Kedua-dua tangan saya terbakar sebelum api turut menyambar muka dan rambut. Dalam keadaan api masih menyala di tangan, saya melarikan diri dari kawasan belon yang terbakar,” kata pekerja kontrak, Yap Chee Keong, 30.
Yap seorang daripada tiga mangsa kejadian belon gas pecah dan terbakar di tapak Karnival Jalur Lebar 1Malaysia di Jerteh Souq, Jerteh, Terengganu, kelmarin.

Menurutnya, ketika kejadian dia sibuk melakukan kerja memasang wayar di karnival berkenaan dan berada kira-kira 1.5 meter dari kawasan belon dipasang. “Saya melihat dua lelaki memasukkan gas ke dalam belon itu sebelum tiba-tiba ia pecah dan meletup. Saya tidak sempat berbuat apa-apa dan api menyambar hingga terkena kedua-dua tangan, muka dan rambut.
“Sambil berlari dari tempat kejadian, saya mengibas-ngibas api yang masih menyala di tangan untuk memadamkannya. Ketika itu, tangan dan muka terasa panas dan perit,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, semalam.

Yap yang berasal dari Jalan Ipoh, Kuala Lumpur berkata, dia mulanya dikejarkan ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke HRPZ II.

Katanya, dia melecur 17 peratus di bahagian tangan dan muka.

Seorang lagi mangsa, Mohamad Hanif, 17, yang melecur di muka, badan dan tangan mendakwa api rokok dihisap seorang pengunjung karnival berkenaan kemungkinan punca belon yang sedang dimasukkan gas itu pecah dan terbakar.

“Ketika saya dan seorang lagi rakan setugas memasukkan gas ke dalam belon, mungkin ada pengunjung merokok di kawasan berhampiran dan api rokok terkena pada belon menyebabkan ia pecah dan terbakar.
“Kejadian berlaku terlalu pantas dan saya terbakar di bahagian muka, badan dan tangan,” katanya ketika ditemui di Unit Kebakaran, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini.

Bagaimanapun, Mohamad tidak dapat mengulas lanjut kerana masih lemah dan sakit.

Rakan Mohamad dikenali sebagai Kalidasan, 23, turut ditempatkan di hospital berkenaan.

Dalam pada itu, seorang lagi mangsa, Mohd Nor Jusoh, 55, dari Kampung Lampu, Kuala Besut yang turut ditempatkan di HUSM sudah dibenarkan pulang.


Umpan populariti artis

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my

IDENTITI...antara logo kumpulan kongsi gelap dikenal pasti polis.
IDENTITI...antara logo kumpulan kongsi gelap dikenal pasti polis.
KUALA LUMPUR: Kumpulan kongsi gelap seperti geng Double Seven (77), 36, 08, 04 dan 108 dikesan turut menggunakan populariti golongan artis tanah air sebagai tarikan merekrut ahli baru.
Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan siasatan pihaknya mendapati golongan artis digunakan untuk membuat persembahan dalam sesuatu program yang dianjurkan mereka.
“Mereka menyebarkan maklumat kepada golongan sasaran kononnya menganjurkan konsert mini tertutup dan hanya orang tertentu akan dijemput.

“Pada masa sama ahli kumpulan kongsi gelap yang senior mengatakan ada artis popular yang hadir ke majlis itu, sama ada penyanyi atau pelakon bukan saja akan membuat persembahan malah artis itu itu juga kononnya ahli kumpulan mereka,” katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya, taktik digunakan geng kongsi gelap terbabit disifatkan berkesan kerana pembabitan artis dalam aktiviti dianjurkan mereka memang berjaya menarik kehadiran ramai terutama golongan remaja.

Thursday, January 5, 2012

MEREKA DAH TAK TAKUT NERAKA LAGI...JUMLAHNYA MEMANG MELAMPAU...NI YANG TERTANGKAP YANG TERLEPAS ALLAH SAJA YANG TAHU....MEREKA TAK MENGAJI AGAMA...KALAU MENGAJI SYAITAN DAH KAN KUDA MEREKA NI..MEMANG JENIS DEGIL ...MAKLUMLAH TAK PERNAH PI NERAKA...PATUT FIKIR..KENA ASID PUN DAH SANGSARA..NI KAN NERAKA ALLAH...MEMANG AHLI MAKSIAT NI...FIKIRANNYA TAK SAMPAI KESITU...MUNGKIN DIRINYA SENDIRI MENJAUHKAN DIRI DARI RAHMAT ALLAH...

Perlu ikrar kongsi isteri



KUALA LUMPUR: Rela berkongsi isteri. Itu antara sumpah atau ikrar yang dilafazkan ketika upacara khas atau ritual untuk merekrut ahli baru bagi satu kumpulan kongsi gelap.
Perkara itu didedahkan seorang bekas pengikut kumpulan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Burn, 23 dan pemuda terbabit juga meminta nama kumpulan itu dirahsiakan demi keselamatannya.
Burn yang menganggotai kumpulan itu selama tiga tahun, nekad meninggalkannya pertengahan tahun lalu selepas sering diugut rakan sekumpulan kerana gagal melunaskan bayaran bulanan selain diarah melakukan jenayah seperti memukul orang dan bergaduh.

Menceritakan lebih lanjut mengenai upacara merekrut ahli baru kumpulan dianggotainya itu, Burn berkata, dia dan beberapa bakal ahli dibawa ke sebuah tokong di selatan tanah air yang terletak jauh dari pusat bandar.


“Upacara merekrut ahli baru ini dilakukan dalam skala besar atau kecil mengikut berapa ramai ahli baru yang akan direkrut dan kebiasaannya dilakukan pada lewat malam,” katanya sambil menjelaskan penyertaannya dalam kumpulan itu disebabkan terpengaruh dengan pujukan rakan.


‘Saya bukan Nur Amalina’

Oleh Salman Hamat dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
am@hmetro.com.my

PALSU...akaun facebook menggunakan nama Nur Amalina.
PALSU...akaun facebook menggunakan nama Nur Amalina. 
JOHOR BAHRU: Belum pun reda isu penulisan blog memfitnah dan memburukkan pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri, 23, kini timbul pula individu menyamar sebagai gadis itu di laman sosial facebook hingga mengelirukan pengguna lain.
Selain menggunakan nama dan biodata sama, individu berkenaan dilihat menggunakan gambar Nur Amalina sebagai profil gambar akaun itu hingga menarik perhatian pelayar Internet lain yang menyangka laman itu milik pelajar terbabit.
Bagaimanapun, ketika ditanya individu yang curiga dengan kesahihan akaun berkenaan, pengendali akaun palsu itu berterus terang dan berani mengaku dia bukan Nur Amalina dan mendaftar akaun berkenaan hanya untuk suka-suka.

Antara persoalan pengguna kepada pengendali itu termasuklah ‘Gara-gara keluar berita kau berubah, ramai nak add kau sebab nak tahu cerita sebenar, ini Amalina real (tulen) ke Fake (tidak tulen) ni?


Bagaimanapun, pengendali akaun itu dengan selamba menjawab ‘trully fake’ (sah tidak tulen) terhadap soalan individu terbabit.
 

RM4j dalam akaun keluarga

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Wan Asrudi Wan Hasan
am@hmetro.com.my

BERTIMBUN...pegawai SPRM mengira wang hasil suapan yang dirampas, semalam.
BERTIMBUN...pegawai SPRM mengira wang hasil suapan yang dirampas, semalam.
IPOH: Seorang pegawai Jabatan Perhutanan Perak dikesan menyembunyikan wang tunai lebih RM700,000 disyaki hasil suapan diterimanya di merata lokasi di kediamannya termasuk dalam kain telekung, selain di bilik tidur, ruang tamu dan dapur.
Suspek yang berusia dalam lingkungan 50-an dikatakan turut mengagihkan wang suapan yang keseluruhannya dipercayai melebihi RM4 juta di dalam beberapa akaun bank milik anggota keluarganya, berdasarkan buku bank yang turut ditemui di rumahnya.
Perbuatan jijik suspek terbongkar apabila sepasukan lebih 10 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), melakukan serbuan mengejut di kediaman anggota perkhidmatan awam itu di Gerik, awal pagi semalam.

Sumber berkata, suspek yang bekerja di Jabatan Perhutanan Perak, ditahan ketika berada di rumahnya bersama isteri dan anak-anaknya.


“Hasil pemeriksaan, pegawai SPRM menemui sejumlah wang yang disembunyikan suspek di dalam bilik, dapur dan ruang tamu rumahnya, selain dalam telekung.

 

MENGAJAK ORANG BERBUAT TAAT BEGITU SUKAR..PERLU TULIAH...ADAKAH BEGINI SUSAH MENYEBAR DAKWAH@TAKWA...ADAKAH ALLAH TAK MURKA KEPADA ORANG YANG BERKUASA DALAM BAB INI...TAKUT NANTI ALLAH MASUK DALAM NERAKA SEBAB NI..TAK ADA TAULIAH...MAKA BERILAH TAULIAH...ALLAH BAGI REZEKI BERJUTA2 DAN TAK TERNILAI...MALANGNYA MANUSIA MENYEKAT PERKEMBANGAN AGAMANYA...MEMANG ORANG NI DALAM RANGKA MENEMPAH NERAKA ALLAH SWT...SEDANGKAN MUNGKAR DIKELILING DIBIAR...AKHIRAT NANTI KAUORANG SIAP...JAWABLAH...TAK BOLEH JAWAB..NERAKALAH TEMPAT PALING AULA UNTUK ORANG2 MACAM NI...

Sorok wang dalam telekung

IPOH – Sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyerbu rumah seorang pegawai kanan Jabatan Perhutanan Negeri Perak terkejut apabila menemui wang yang diragui statusnya berjumlah RM720,000 di dalam kain lipatan telekung, dapur dan ruang tamu.
Serbuan di kawasan Gerik pukul 10 malam kelmarin itu turut menemui beberapa akaun saham amanah atas nama ahli keluarga suspek berusia 50 tahun itu yang bernilai hampir RM4 juta.
Satu sumber memberitahu, serbuan dilakukan selepas pihaknya menyoal siasat rakan sekerja suspek dan seorang tauke balak di Hutan Kuar, Pangkalan Hulu beberapa jam sebelum itu.
Katanya, pihaknya turut menyita 300 batang balak yang ditebang di luar kawasan yang dibenarkan daripada dua suspek tersebut.
“Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan. Sebelum ditahan, berlaku sedikit kekecohan di rumah itu apabila seorang anak suspek cuba menghalang bapanya daripada dibawa SPRM pada pukul 2 pagi.
“Selain wang dan saham amanah yang diragui statusnya itu, kita juga akan menyiasat mengenai kewujudan dua kereta mewah jenis Honda Accord dan Volvo yang berada di rumah suspek,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana menerima rasuah. Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.
Timbalan Pengarah SPRM negeri, Shaharom Nizam Abd. Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.


Selesaikan segera kes curi ubat


TIONG LAI (kiri) bersama Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor melihat replika bangunan IKN di Putrajaya semalam.



PUTRAJAYA - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berharap pihak polis dapat menyelesaikan segera siasatan berhubung kes kecurian ubat-ubatan yang bernilai kira-kira RM1 juta dari stor Farmasi Neuro Sains Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 25 Disember lalu.
Menurut beliau, ubat-ubat tersebut amat diperlukan oleh pesakit dan ia perlu disimpan dengan baik bagi mengelakkannya daripada rosak.
"Kita mahu pihak polis percepatkan siasatan kes ini supaya ubat itu dapat segera dipulangkan kepada kita dan kita akan membuat analisis sama ada ubat ini boleh dipakai atau tidak.
"Lagi pun ubat-ubat ini memang mahal dan kita perlukan untuk memberi rawatan kepada pesakit," katanya selepas melawat tapak Institut Kanser Negara (IKN) di sini semalam.
Pada Ahad lalu, ubat-ubatan bernilai RM1.078 juta yang dilaporkan dicuri dari stor Farmasi Neuro Sains HKL telah ditemui disembunyikan di dalam sebuah tong sampah besar di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Ubat-ubatan tersebut ditemui hasil soal siasat terhadap dua pekerja lelaki di HKL iaitu seorang kakitangan Farmasi Neuro Sains dan seorang tukang cuci warga Indonesia.


Polis kepung kasino lima jam



Sebuah meja dan peralatan judi turut dirampas polis dalam serbuan ke atas kasino rimba Mount Erskine.



GEORGE TOWN – Selepas dikepung lebih lima jam oleh sekumpulan anggota polis akhirnya operasi kasino rimba di kawasan tersorok berjaya ditumpaskan melalui Ops Dadu di Mount Erskine, Pulau Tikus dekat sini malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, sebelum serbuan dijalankan kira-kira pukul 8.30 malam itu, pihaknya mengepung kawasan puncak bukit berkenaan sejak pukul 3 petang.
Pihaknya berbuat demikian bagi memastikan serbuan diadakan tidak dapat dihidu oleh tujuh tonto yang mengawal di sekitar kawasan berkenaan.
“Semasa serbuan, sekumpulan kaki judi yang menjadikan kawasan rimba tersorok itu sebagai mini kasino sejak tiga hari lalu terkejut. Ketika diserbu mereka sedang leka berjudi,” ujarnya ketika dihubungi semalam.
Menurut Kong Meng, kesemua 25 kaki judi warga tempatan berusia 20-an hingga 50-an itu ditahan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) hasil risikan dan maklumat awam.
Ketika ditahan, tiga daripada kaki judi melarikan diri di dalam hutan tetapi berjaya dicekup semula beberapa minit kemudian setelah gagal melepasi kepungan polis.
Kasino rimba itu dibina beratapkan kanvas dan bertiang kayu serta dilengkapi meja dan kerusi serta diterangi lampu kalimantang.
Ia dipercayai mampu memuatkan kira-kira 40 kaki judi pada satu-satu masa.


7 tahun kena tipu



SEBAHAGIAN pembeli rumah mengadakan protes secara aman menuntut pemaju menyerahkan kunci rumah di Ampang kelmarin.



KUALA LUMPUR - Sebahagian daripada 660 pembeli Pangsapuri Sungai Sering, Ampang dekat sini sudah muak dengan alasan pemaju.
Rata-rata mereka sanggup menunggu lama untuk melihat rumah idaman masing-masing dibina selepas tujuh tahun terbengkalai.
Namun apabila siap, mereka tidak dibenarkan masuk oleh pemaju atas alasan bekalan air dan elektrik belum disediakan.
Meskipun masih tidak menerima penyerahan kunci rumah seperti yang dijanjikan pemaju, pemilik tetap berkeras untuk berpindah.
Salah seorang daripadanya, Mansor Khamis, 49, berkata, pemaju tidak membenarkan pembeli memasuki rumah sebelum membayar deposit bekalan air dan elektrik berjumlah RM620 dalam tempoh dua minggu.
"Jika tidak bayar pemaju kata rumah kami akan dilelong. Kami rasa seolah-olah tertipu dengan alasan pemaju," katanya ketika ditemui selepas mengadakan protes secara aman di kawasan kediaman kos rendah itu di sini kelmarin.
Pemilik juga terkilan apabila pengawal keselamatan menghalang mereka memasuki kawasan perumahan dan menurut Zainab Ariffin, 64, pula tindakan itu menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk tidak mempedulikan arahan pemaju.


MAIJ bantu keluarga anak berpenyakit misteri



NOR HISHAM (kanan) berbual dengan Salleh selepas menyampaikan sumbangan di Flat Sri Setulang, Johor Bahru semalam.



JOHOR BAHRU - Kesengsaraan hidup keluarga Salleh Othman yang mempunyai anak berpenyakit misteri mendapat perhatian Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) semalam.
Sebaik membaca laporan Kosmo! mengenai kesusahan hidup Salleh yang tidak mampu bekerja selepas patah kaki akibat terjatuh di bilik air kira-kira dua bulan lalu, MAIJ yang diwakili Penolong Amin Baitulmal cawangan Johor Bahru, Nor Hisham Md. Sawal tampil menghulurkan bantuan kilat berjumlah RM420.
Menurut Nor Hisham, bantuan tersebut diharap dapat meringankan beban Salleh yang hanya bergantung kepada isteri, Siti Nurjannah Dudu, 46, bekerja di stesen minyak dengan pendapatan RM500 hingga RM800 sebulan.
"Kami juga membantu keluarga ini mengisi borang permohonan bantuan sara hidup agar bantuan dapat disalurkan secara bulanan," katanya.


Bob Lokman minta tangguh beri keterangan kes ceramah tanpa tauliah



BOB LOKMAN diberi notis oleh pegawai JAIP setelah didakwa memberi ceramah tanpa tauliah di Batu 11, Jalan Gambang pada 24 Disember lalu.



KUANTAN - Pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd. Hakim Lokman gagal hadir untuk memberi keterangan berkaitan kes mengadakan ceramah tanpa tauliah di Jabatan Agama Islam (JAIP) di sini semalam.
Jurucakap JAIP berkata, Bob, 47, tidak dapat hadir kerana mempunyai alasan yang munasabah dan minta kes itu ditangguhkan.
"Bob telah berunding dengan kami melalui telefon dan menghantar surat kepada JAIP bagi menangguhkan tarikh memberi keterangan yang sepatutnya diadakan hari ini (semalam).
"Dalam surat itu, dia telah memberi beberapa alasan munasabah. Oleh itu, pihak kami telah memberi satu tarikh yang baharu kepadanya untuk memberi keterangan," katanya di sini semalam.


Ikan tuna gergasi dilelong RM2.3 juta



KIYOSHI KIMURA (kanan) bergambar di sebelah ikan tuna gergasi di pasar ikan Tsukiji, Tokyo semalam.



TOKYO - Seekor ikan tuna gergasi sirip biru seberat 269 kilogram (kg) yang ditangkap di luar perairan wilayah Aomori, utara Jepun mencipta rekod apabila dilelong dengan harga 56.49 iuta yen (RM2.3 juta) pada lelongan pertama hidupan laut itu dalam tahun ini.
Menurut agensi berita AFP, ikan itu dibeli oleh presiden sebuah syarikat yang mengendalikan rangkaian restoran popular Zushi-Zanmai, Kiyoshi Kimura.
"Saya mahu memenangi ikan tuna yang terbaik supaya pelanggan Jepun dan bukan pelanggan dari luar negara yang akan menikmatinya," kata Kimura.
Dia merujuk kepada seorang pemilik restoran sushi di Hong Kong yang membeli seekor ikan tuna sirip biru yang dilelong pada harga 32.49 juta yen (RM1.32 juta) di Tsukiji, Jepun.
Penduduk Jepun makan tiga suku daripada ikan tuna yang ditangkap di seluruh dunia. - AFP

Wednesday, January 4, 2012

ALLAH TAHU MANA YANG BENAR..KITA BOLEH TIPU MANUSIA...TAPI KITA TAK BOLEH TIPU YANG PUNYA MANUSIA@MAKHLUK DAN SEGALA2NYA IAITU 'ALLAH SWT'...

Rugi RM35,000

Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my

SELONGKAR...mangsa menunjukkan bilik yang diselongkar penyamun.
SELONGKAR...mangsa menunjukkan bilik yang diselongkar penyamun.
SHAH ALAM: Gara-gara percaya individu yang datang ke rumahnya adalah kontraktor pendawaian yang diupah neneknya, seorang remaja lelaki kerugian kira-kira RM35,000 selepas barang kemas milik ibunya dan barangan elektronik miliknya dilarikan tiga lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian samun di Seksyen 19, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, anak mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Ashvindren, 18, sedang menonton televisyen seorang diri di rumah sebelum mendengar bunyi bising di tingkat bawah rumahnya.

Pelik dengan bunyi itu, mangsa turun ke tingkat bawah sebelum mendapati tiga lelaki berpakaian seperti kontraktor pendawaian di hadapan pintu rumahnya.
Katanya, dia bertanyakan tujuan mereka dan meminta mereka beredar.

“Seorang daripada suspek menunjukkan surat kononnya mereka diarahkan nenek membuat pemeriksaan pendawaian elektrik.

“Sebaik masuk, seorang daripada suspek memegang kolar baju dan meminta menunjukkan tempat simpanan barangan kemas. Dalam masa sama dua lagi suspek mengambil parang yang diletakkan dalam van di depan rumah,” katanya.

Beliau berkata, suspek meletakkan parang dilehernya dan mengugut dicederakan jika enggan menunjukkan barangan kemas. Disebabkan bimbang dicederakan, dia membawa suspek ke biliknya di tingkat atas dan suspek merampas komputer riba dan telefon bimbitnya.

Katanya, ketika suspek memunggah biliknya, ibunya Kalavathi, 42, pulang ke rumah selepas menghantar adik ke sekolah dan terkejut melihat suspek turun dari tingkat atas sebelum mengacukan parang dan meminta ibu menyerahkan barang kemas seperti gelang, rantai dan cincin jika tidak mahu dicederakan,” katanya yang mengakui masih lagi trauma.
Ashvindren berkata, ibunya yang ketakutan dan bimbang dicederakan kemudian menyerahkan semua barang kemas yang disimpan di dalam bilik dan barang kemas berkenaan dianggarkan bernilai kira-kira RM30,000.

Suspek melarikan diri bersama barangan milik mangsa.

Mangsa kemudian menghubungi pihak berkuasa sebelum sepasukan polis tiba di rumahnya bagi menjalankan siasatan dan mengesan cap jari suspek di sekitar kawasan rumah.

Bimbang kejadian sama berulang mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 9, di sini, untuk tindakan selanjutnya.


D7 pantau rapi

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Dadah, pelacuran, parkir haram dan along (ceti haram). Itulah aktiviti jenayah ahli kongsi gelap...tiada satu perkara yang baik pun,” tegas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan.
Menurutnya, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan khasnya, Unit D7 tidak pernah memandang ringan kepada kewujudan kumpulan kongsi gelap biarpun semuanya masih dalam kawalan.

“Semua aktiviti mereka dipantau dan tiada yang terlepas daripada tindakan undang-undang,” katanya turut memberitahu satu mesyuarat diwakili ketua jabatan D7 seluruh negara baru diadakan baru-baru ini bagi membincangkan masalah kongsi gelap.
Abd Jalil berkata, D7 seluruh negara sentiasa bekerjasama dengan bahagian jenayah lain seperti Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memastikan pemantauan berterusan dilakukan.

“Jika babitkan dadah kita akan minta bantuan daripada JSJN, along pula daripada JSJ dan jika babitkan kegiatan parkir haram, PBT (pihak berkuasa tempatan) akan diminta bekerjasama dengan polis untuk menyelesaikannya,” katanya.

Menurutnya, selepas sesuatu operasi dilakukan di sebuah pusat hiburan, spa atau rumah kedai yang menyediakan khidmat pelacuran, polis akan segera memaklumkan kepada PBT bagi memotong bekalan elektrik dan air di kawasan itu.

Abd Jalil juga berharap kerjasama PBT lebih jitu dengan memastikan pengusaha pusat hiburan dan spa yang sudah diserbu polis kerana terbabit dalam aktiviti dadah serta pelacuran tidak diberikan semula lesen perniagaan mereka.


‘Saya tetap Melayu Islam’

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

KOTA TINGGI: “Saya tetap Melayu Islam. Walaupun saya seorang yang suka berfesyen dan mengayakan pelbagai jenis pakaian, saya tetap mengutamakan batasan budaya dan agama dalam apa juga perkara dilakukan, malah tidak pernah terjebak dengan aktiviti sosial atau budaya negatif ‘mat salleh’.
“Sebagai umat Islam saya tetap bersolat lima waktu dan setiap malam Jumaat, saya membaca surah Yasin bagi mendapat petunjuk dalam pelajaran dan keberkatan hidup,” kata pelajar genius Nur Amalina Che Bakri, 23, ketika menjelaskan kontroversi laporan sebuah blog mengatakan dia seorang suka bersosial dan gagal dalam pelajaran serta pulang ke Malaysia secara senyap-senyap.

Nur Amalina atau lebih manja dengan panggilan Ina, ditemuramah menerusi sidang video ‘Skype’ selama hampir 45 minit bermula kira-kira jam 5.30 petang di rumah ibunya, Sabariah Hassan, 52, di Taman Sri Saujana di sini, semalam.
Malah, gadis pintar itu masih merendah diri dan berharap rakyat Malaysia terus menyokong dan mendoakan kejayaannya walaupun selepas penyebaran fitnah mengenainya itu.

Dalam temu bual yang dilakukan dalam bahasa Melayu, Ina meminta orang ramai tidak mudah percaya dengan apa disebarkan dan jangan menghukum seseorang berdasarkan perwatakannya.

“Memang ini diri Ina yang sebenar, Ina suka bergaya serta berfesyen dan ia bukan perkara baru, malah dilakukan sejak kecil lagi, mungkin timbul salah faham berikutan penampilan di khalayak seperti di sekolah atau majlis rasmi sebelum ini kerap bertudung sedangkan di rumah atau bersama keluarga, Ina tidak (bertudung).

“Ibu Ina sendiri tidak pernah melarang hobi Ina, malah membelikan pelbagai pakaian berfesyen untuk dipakai dan tidak mungkin seseorang ibu akan membelikan pakaian tidak senonoh untuk anaknya sendiri.

“Terima kasih kepada ibu kerana memberikan didikan agama yang lengkap sebagai bekalan sebelum berangkat ke United Kingdom (UK) bagi melanjutkan pelajaran, syukur sepanjang lapan tahun di sini pesanan itu masih kuat dan segar dalam ingatan,” katanya.
Nur Amalina berkata, berita negatif itu diibaratkan sebagai serangan peribadi yang tersebar di Internet namun sedikitpun tidak menjejaskan tumpuan pada pelajaran, sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya kerana sudah lali dengan tohmahan pelbagai pihak. Dia juga berharap pihak berkenaan membuang gambar disiarkan sebelum ini dan menganggapnya sebagai perkara peribadi namun disiarkan kepada umum melalui Internet tanpa kebenarannya.

Tidak mudah melatah dengan berita negatif itu, Nur Amalina sebaliknya berkata, individu berkenaan mungkin berniat baik, tetapi cara penyampaian digunakan tidak betul hingga menyentuh sensitiviti pihak lain.

“Selain itu, pihak terbabit diharap memahami maksud ‘bersosial’ dengan lebih mendalam dan berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan atau andaian.

“Jika bersosial bersama rakan untuk melepaskan tekanan, rasanya itu tidak salah kerana pada masa sama saya tetap berpegang teguh pada ajaran agama dan tahu batasannya. Saya bukannya melakukan perkara melalaikan atau terjebak dengan kelakuan negatif seperti berfoya-foya atau maksiat sedangkan sepanjang di sini saya lebih banyak meluangkan masa di perpustakaan untuk mengulang kaji. “Tidak dinafikan itu adalah gambar saya, tetapi ia dirakam ketika Ina keluar bersiar-siar dengan rakan untuk melepaskan tekanan belajar dan bagi mereka yang pernah belajar di sini, mungkin mereka faham bagaimana susahnya berada di negara asing dengan jadual padat sedangkan semua insan memerlukan rehat.

“Memang Ina terkilan selepas membaca dan melihat gambar disiarkan...mungkin itu adalah nasihat kepada Ina, tetapi jika berniat baik gunakanlah cara betul dan bukannya menyiarkan perkara berunsur negatif,” katanya.

Nur Amalina turut mengaku kerap menghabiskan masa antara empat dan lima jam setiap hujung minggu bermain luncur ais dan boling bersama rakan sekuliah.


Ibu tak tegah Nur Amalina berfesyen



KOTA TINGGI: “Ina jaga diri baik-baik nak, sabar dengan dugaan yang menimpa...jangan mudah patah semangat dan terus berusaha mencapai kejayaan,” demikian pesanan Sabariah Hassan, 52, ibu kepada pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri, 23, ketika dua beranak itu berhubung menggunakan panggilan video ‘Skype’ di kediaman Sabariah di Taman Sri Saujana di sini, petang semalam.
Sabariah, yang terkilan dengan penyebaran berita negatif berhubung anaknya melalui laman blog sejak beberapa hari lalu, turut memberi peluang kepada wakil media menemu bual sendiri Nur Amalina secara langsung bagi mendapatkan penjelasan dan komen berhubung penulisan serta gambar di dalam blog berkenaan.

Sabariah mengaku tidak pernah melarang Nur Amalina bergaya dan berfesyen kerana ia adalah kegemaran gadis berkenaan sejak kecil.
“Nur Amalina aktif dengan aktiviti seperti tarian dan nyanyian pada zaman persekolahannya, seingat saya dalam satu majlis dia pernah menyampaikan lagu ‘rock’ tetapi pakaian dikenakan pada waktu itu tidak melampaui batasan atau tidak senonoh.

“Jangan menghukum orang lain berdasarkan penampilan, bertudung atau sebaliknya kerana ia tidak menggambarkan keperibadian seseorang itu hingga membuat andaian negatif berdasarkan apa dilihat,” katanya.


Aksi jenayah

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

IPOH: Perbuatan jenayah seorang penganggur terbongkar apabila kerja jahatnya itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV), yang dipasang di kediamannya sendiri.
Lelaki berusia 49 tahun itu ditahan polis di kediamannya di Taman Lapangan Perdana Panorama, Simpang Pulai, di sini, jam 5.30 petang semalam berhubung penemuan mayat seorang wanita di sebuah hutan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands pada petang Isnin lalu.

Siasatan awal polis mendapati, rakaman CCTV berkenaan memaparkan aksi jenayah suspek terhadap mangsa yang dipercayai dilakukan di kediaman berkenaan sebelum mayat mangsa dicampak di hutan kecil berhampiran Perkampungan Orang Asli Kampung Juang, Simpang Pulai, di sini.
Pada petang Isnin lalu, mangsa dikenali Indeer Kaur, 22, berasal dari Persiaran Indah Rokam 3, ditemui mati dalam keadaan berbungkus selimut tebal oleh sekumpulan penduduk Orang Asli selain turut berulat dan cedera serta lebam di beberapa bahagian akibat kesan dipukul benda tumpul.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, pihaknya mengambil masa 26 jam untuk menyelesaikan kes berkenaan selepas mendapat maklumat mengenai suspek.

Beliau berkata, siasatan mendapati, suspek dan mangsa adalah pasangan kekasih, malah pihaknya juga tidak menolak kemungkinan pembunuhan bermotif cemburu.

“Ketika tangkapan dibuat, kami turut merampas beberapa bahan bukti daripada suspek termasuk dekoder CCTV, dua buah telefon bimbit, sebuah kereta jenis BMW, sebilah parang, sepasang gari, hos getah sepanjang 172 sentimeter dan gunting.

“Kami percaya bahan bukti itu digunakan suspek untuk membunuh mangsa. Siasatan juga mendapati, suspek turut mempunyai 10 rekod jenayah termasuk tiga kes (Seksyen 392 Kanun Keseksaan); Seksyen 420 KK (empat kes); Seksyen 353 KK (satu kes); Seksyen 363 KK (satu kes) dan Seksyen 380 KK (satu kes),” katanya.
Katanya, suspek ditahan reman tujuh hari berakhir 10 Januari ini bagi membantu siasatan.

Mohd Shukri berkata, pihaknya menemui beberapa keping MyKad dan lesen memandu beberapa individu bersama suspek.

“Kami percaya MyKad berkenaan disimpan suspek dipercayai diperoleh menerusi beberapa kes jenayah yang dilakukannya sebelum ini,” katanya.


Isteri kedua direman untuk siasatan

SIBU: Empat sekeluarga yang dibunuh kejam sehingga tiga daripadanya pecah kepala menimbulkan kecurigaan pihak berkuasa kerana ia disyaki didalangi individu tertentu.
Ini berikutan ketika polis tiba di rumah mangsa, tidak berlaku sebarang pencerobohan kerana kedua-dua pintu depan dan belakang dikunci dari dalam.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang wanita yang juga isteri kedua kepada ahli perniagaan itu bagi membantu siasatan.
Pada masa sama, Mahkamah Sesyen Sibu membenarkan wanita berusia 28 tahun yang juga warga China direman tujuh hari bermula semalam.


Tarung nyawa

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

SIBU: “Dia seorang murid pintar, malah sifatnya cukup baik,” kata seorang guru sebaik menerima khabar anak muridnya, Kelvin Ling Chei You, 8, koma selepas diserang di rumahnya menyebabkan kematian empat ahli keluarga, pagi kelmarin.
Guru wanita berusia 20-an itu yang enggan dikenali ketika ditemui melawat keluarga mangsa di Hospital Sibu berkata, empat hari sebelum kejadian, Chei You bersama mendiang bapanya, Ling Tong Hock, 36, sempat mendaftar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Sing bagi sesi kemasukan 2012.

“Saya hanya mendapat tahu berita menimpa Chei You serta empat ahli keluarganya melalui akhbar pagi tadi (semalam). Saya bersama guru lain bergegas ke hospital menziarahi keluarganya.

“Di sekolah, Chei You antara murid pintar, malah sering mendapat kedudukan terbaik dalam kelas. Kami menumpang kesedihan di atas kejadian menimpa Chei You dan ahli keluarganya,” katanya.


Dalam kejadian pagi kelmarin, empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak ditemui mati bergelimpangan masing-masing di dapur dan bilik tidur dengan tiga daripadanya didapati pecah di kepala dan ada kesan kelar di leher dipercayai dibunuh dengan kejam di rumahnya di Jalan RTM.


Peniaga daging mati ditikam



KUALA LUMPUR: Seorang penjual daging di Pasar Keramat, di sini mati dibunuh di depan rumah jirannya di Lorong Keramat 7, ketika dalam perjalanan ke tempat berniaga pagi semalam.
Pembunuhan itu dipercayai bermotif cemburu kerana mangsa dikatakan menjalinkan hubungan dengan isteri orang.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa ditikam dua kali pada perut dan belakang dengan pisau oleh seorang lelaki yang menaiki motosikal.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Rizal, 40, sempat menjerit meminta tolong sebelum jirannya keluar dan mendapatinya terbaring di atas jalan manakala suspek dilihat memecut laju motosikal meninggalkan lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, mangsa yang parah akibat tikaman itu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Berdasarkan pemeriksaan awal, polis mendapati tiada barang berharga milik mangsa dilarikan dan tidak menolak kemungkinan pembunuhan itu bermotifkan dendam atau cemburu.

“Setakat ini, hasil keterangan saksi mendapati suspek memakai t-shirt putih dan topi keledar berpenutup penuh.

“Bagaimanapun, jenis motosikal serta nombor pendaftaran tidak dapat dipastikan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Beliua berkata, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Berikutan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes berkenaan diminta menghubungi Rakan Cop Polis KL di talian 03-21159999 bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa yang berasal dari Indonesia dan mendapat taraf penduduk tetap serta berkahwin dengan wanita tempatan itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk di bedah siasat.


‘Tengok Youtube, nilai sendiri’



PUTRAJAYA: “Tuan-tuan tengok sendiri, kita dah siarkan video itu di laman Youtube...nilai sendiri siapa bercakap benar dan siapa tak bercakap benar...nilai sendiri,” tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Beliau mengulas dakwaan bahawa polis mengasari mahasiswa ketika demonstrasi haram di depan kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Ahad lalu.

Ismail menegaskan polis bertindak profesional menangani kejadian berkenaan dan menafikan berlaku kekasaran terhadap mahasiswa seperti didakwa segelintir pihak.
“Pertama sekali saya nak jelaskan apa yang dikatakan baru-baru ini, tak ada kekerasan langsung dilakukan polis (terhadap mahasiswa) dan saya sendiri menyiasat perkara itu.

“Saya berpuas hati iaitu kalau kita tengok betul-betul (video), Ketua Polis Daerah beri lebih 40 minit untuk kumpulan itu bersurai... tetapi mereka ‘provoke’, berpura-pura pengsan, panjat pagar universiti dan sebagainya.

“Ada juga dakwaan mahasiswa yang cedera dikatakan nazak, mana ada nazak. Periksalah dengan doktor...cedera ringan saja, itu pun akibat rempuh pintu klinik,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat pasca kabinet di Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, semalam.

Pemerhatian Harian Metro mendapati polis memuatnaik empat video bertajuk ‘Demonstrasi Mahasiswa Dihadapan UPSI 1/4 hingga 4/4’ di laman Youtube sejak kelmarin.

KEBAIKAN BOLEH DILIHAT DIDUNIA BEGITU JUGA KEJAHATAN...AMALAN YANG BENAR SYURGA BALASANNYA...KEJAHATAN TIADA TAUBAT YANG BENAR NERAKA TEMPATNYA....

Kereta curi ditanam dalam tanah



SEORANG anggota polis melihat rangka kereta yang ditanam di belakang rumah di Kampung La, Besut semalam.



KUALA TERENGGANU – Taktik terbaharu sindiket curi kenderaan yang melupuskan rangka kereta dengan menanamnya di dalam tanah berjaya dikesan pihak polis.
Kegiatan tersebut terbongkar selepas polis menyerbu sebuah rumah di Kampung La, Hulu Besut, Besut kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin dan menemui rangka kereta ditanam di belakang rumah berkenaan.
Bagaimanapun, jenis kereta yang dipercayai dicuri itu masih belum diketahui.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manorahan berkata, taktik itu terbongkar susulan penahanan seorang penagih dadah pada 27 Disember lalu di depan sebuah rumah di kampung itu.


903.2 kilogram syabu RM630 juta dirampas



ZAINUL ABIDIN (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian pil syabu bernilai RM630 juta yang dirampas daripada empat lelaki pada sidang akhbar di Sepang semalam.



SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merampas lima juta pil syabu bernilai RM630 juta jika diproses semula Sabtu lalu.
Penolong Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan), Datuk Zainul Abidin Taib berkata, rampasan tersebut dilakukan di susur keluar tol Bukit Tagar, lebuh raya PLUS, menghala ke utara dari Klang, kira-kira pukul 8.30 malam.
"Pil seberat 903.2 kilogram yang boleh menghasilkan lebih 80 juta pil sekiranya diproses semula, berjaya dirampas dalam satu operasi yang dilakukan empat hari lalu oleh JKDM dan PDRM.
"Dua lelaki iaitu warga Singapura dan Taiwan serta dua lelaki warga tempatan yang berusia di antara 40 dan 50 tahun turut ditahan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Dibunuh lepas hantar isteri bekerja



PEGAWAI polis menjalankan siasatan di tempat Achmat Rizal yang mati dibunuh di Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Seorang lelaki sempat menjalankan tanggungjawab terakhir sebagai suami dengan menghantar isteri tercinta ke tempat kerja sebelum dia menemui ajal apabila ditikam sampai mati di Lorong Keramat 7 berhampiran Pasar Datuk Keramat di sini semalam.
Kejadian pukul 7.30 pagi itu menyebabkan lelaki Indonesia, Achmat Rizal, 40, mati di tempat kejadian akibat ditikam sebanyak dua kali di perut dan belakang badan.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa menghantar isterinya yang mendapat taraf penduduk tetap (PR) ke pasar tersebut dengan berjalan kaki.


Hero selamat 10 penumpang bas



Inilah salah sebuah bas syarikat Town Bus Services Sdn. Bhd. yang dipandu D. Laganathan yang terbakar di Lebuh AMJ berdekatan Medan Selera Semabok, Melaka semalam.



MELAKA – Seorang penunggang motosikal bagaikan seorang ‘hero’ apabila dia tanpa menghiraukan keselamatan diri memecut motosikalnya bagi menyelamatkan nyawa penumpang dan pemandu sebuah bas henti-henti yang sedang terbakar di Lebuh AMJ berhampiran Semabok di sini semalam.
Tindakan berani Zulkifli Abd. Latip (gambar kecil), 48, ternyata berbaloi apabila pemandu bas tersebut dan semua 10 penumpang warga asing terselamat daripada mati terbakar dalam bas itu.
Kejadian pada pukul 12.25 tengah hari itu disedari oleh Zulkifli apabila dia ternampak enjin bas henti-henti milik Syarikat Town Bus Services Sdn. Bhd. yang dalam perjalanan dari Ujong Pasir ke Melaka Sentral melalui Lebuh AMJ sedang terbakar.


Kolah air penyelamat warga emas

ALOR SETAR – Tindakan seorang warga emas yang mempunyai masalah penglihatan dan pendengaran bersembunyi dalam kolah yang penuh air ketika rumahnya di Jalan Merah, Kampung Berjaya di sini dijilat api menyelamatkan mangsa daripada turut mati rentung bersama isteri dan anak perempuannya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi semalam, Lim Eng Geap, 60, ditemui selamat oleh pasukan bomba dan penyelamat dalam kolah air di bilik air di tingkat bawah rumah tersebut.
Mangsa yang hanya melecur di kedua-dua belah bahu ditemui pada pukul 3.15 pagi sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).


'Pendamping' punca anak murung

JOHOR BAHRU – Rohaya Salleh merupakan anak sulung daripada tiga beradik yang menjalani kehidupan normal sebaik sahaja dia dilahirkan kira-kira 38 tahun lalu.
Dia gemar bermain ketika zaman kanak-kanak malah ketika zaman remaja, dia juga membantu meringankan beban keluarga dengan bekerja di sebuah kilang di sini.
Namun segala-galanya berubah ketika dia berusia 17 tahun apabila gadis dari Flat Stulang Baru di sini diserang penyakit misteri yang menyebabkan dia kini menjalani kehidupan dalam dunianya yang tersendiri.


Deposit kereta terpakai jutaan ringgit lesap



KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat jualan kereta terpakai di Klang dipercayai mengaut keuntungan hampir mencecah jutaan ringgit dengan penipu sekurang-kurangnya 85 mangsa dengan cara melengah-lengahkan kereta dipesan sehingga memaksa pembeli membatalkan urus niaga, sekali gus mengakibatkan deposit mereka hangus.
Kebiasaannya, pengusaha itu menabur pelbagai janji seperti memudahkan wang pinjaman bank, tetapi apabila deposit diberikan, kereta terlalu sukar dikeluarkan dengan macam-macam alasan sehingga menyebabkan pembeli ‘berpatah arang’.

Semalam, seramai 11 pembeli yang menjadi mangsa mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat bagi mendapatkan khidmat nasihat bagi mendapatkan semula wang mereka.
Wakil kepada semua mangsa terbabit, Izhab Ismail, 52, berkata, mereka ditipu syarikat terbabit sejak tiga tahun lalu dan terpaksa berputih mata untuk menggunakan kenderaan baru daripada pelbagai jenis bernilai antara RM20,000 hingga lebih RM100,000.

Katanya, tidak berpuas hati dengan tindakan syarikat itu, mereka bersemuka dengan pemiliknya dan meminta penjelasan selain ingin wang deposit dikembalikan kerana urus niaga dibatalkan atas pelbagai alasan termasuk pinjaman tidak diluluskan.

“Bagaimanapun, rungutan kami tidak dilayan sebaliknya kami diminta untuk menambahkan beberapa lagi bayaran tertentu kononnya bagi memudahkan proses mendapatkan semula kenderaan diinginkan,” katanya.

KAHWIN ITU BOLEH MENGELAKKAN ZINA SERTA MAKSIAT2 LAIN..HIDUP TERATUR SELAIN ZURIAT...DUNIA AKAN DITINGGALKAN..ZURIAT ITU PENTING..KITA YANG SIFAT SEBAGAI MAKHLUK...KECUALI ALLAH YANG MAHA AGONG YANG TIDAK MEMERLUKAN ZURIAT

Tanda geng kongsi gelap

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my

KEPALA HARIMAU...jari membentuk seakan binatang.
KEPALA HARIMAU...jari membentuk seakan binatang.
PELIK...satu lagi cara bersalam ahli kumpulan 77.
PELIK...satu lagi cara bersalam ahli kumpulan 77.
KUALA LUMPUR: Awasi dan perhatikan cara anak remaja anda bersalam dengan rakan, rantai kunci digunakan serta pelekat yang ditampal pada beg sekolah atau motosikal kerana itu semua petanda penting untuk mengesan kemungkinan mereka menjadi ahli kumpulan kongsi gelap.
Itu mesej penting disampaikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan kepada ibu bapa selepas siasatan polis mendapati beberapa kumpulan kongsi gelap kini aktif merekrut ahli termasuk di kalangan pelajar sekolah.
Menurutnya, biarpun kegiatan itu masih dalam kawalan pihak berkuasa, kesedaran dan kerjasama ibu bapa serta pihak sekolah penting bagi menyekatnya daripada terus berleluasa.

“Pengetahuan ini penting kepada ibu bapa bagi membolehkan mereka mengesan pembabitan anak masing-masing dalam kegiatan kongsi gelap. Kalau ibu bapa tidak tahu, macam mana mereka hendak menghalang dan mengawal pergerakan anak,” katanya ketika ditemui Harian Metro di pejabatnya, di sini.


Menurutnya, antara kumpulan kongsi gelap yang dikesan cuba meluaskan pengaruhnya di kalangan remaja termasuk geng Double Seven (77), 36, 08, 04 dan 108.


Terjun elak rentung

Oleh Muhammad Saufi Hassan
saufi@hmetro.com.my

MUSNAH...anggota bomba memeriksa keadaan rumah mangsa.
MUSNAH...anggota bomba memeriksa keadaan rumah mangsa.
ALOR SETAR: “Ketika itu saya baru melelapkan mata, namun tersedar selepas mendengar seperti bunyi mercun di luar bilik lalu bingkas bangun untuk memeriksa apa yang berlaku sebelum melihat api marak di bahagian bawah rumah.”
Begitu kata warga emas, Ooi Kim Bock, 64, mangsa kebakaran yang meragut nyawa seorang wanita, Chow Choo Mei, 60, dan anak perempuan, Lim Yee Chu, 26, dalam kejadian di Kampung Berjaya, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi, suami Chow, Lim Eng Geap, 60, terselamat apabila hanya cedera ringan di bahu kanan, manakala empat jiran lain cedera ringan.

Ooi berkata, sebaik menyedari api mula marak, dia berlari ke anjung rumahnya lalu menumbuk bahagian atas cermin tingkap bagi membolehkan keluarganya menyelamatkan diri.


Katanya, dia bersama isteri, Chi Kim Lian, 60 dan anak perempuan, Ooi Chee Kong, 26, nekad terjun dari tingkat atas rumah setinggi tiga meter itu kerana bimbang berlaku kejadian lebih buruk.


Apek sedia kahwin 2012

Oleh Ismail Muhamad
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Tanpa menyebut siapa bakal permaisuri hidupnya, penjaga gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat, 22, mengakui dia kini bersedia menamatkan zaman bujangnya seawal-awalnya pada tahun ini.
Jika tidak berkahwin pada tahun ini, Khairul yang lebih mesra dengan panggilan Apek berkata, dia mungkin mendirikan rumah tangga pada tahun depan. Menurutnya, hasrat itu bakal menjadi kenyataan jika dia bertemu wanita pilihan hatinya, namun tumpuannya kini hanya mahu memajukan lagi kariernya sebagai pemain bola sepak.

“Kalau ada rezeki (ada jodoh), insya-Allah kahwin tahun ini atau tahun depan,” katanya tanpa mahu menyebut siapa wanita yang berjaya mencuri hatinya.
Khairul Fahmi yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke-23 pada 7 Januari ini ditemui selepas menerima kunci banglo daripada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai hadiah kerajaan negeri di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim; Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Ismail Md Noor serta ibu bapa Khairul Fahmi, Che Mat Hussin, 60, dan Bidah Ibrahim, 56.

Banglo dianggarkan bernilai RM200,000 itu dibina syarikat Binaraya Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan dihadiahkan kerajaan negeri selepas Khairul Fahmi berjaya membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki pada 2010. Terdahulu, Nik Abdul Aziz ketika berucap pada majlis berkenaan berharap Khairul Fahmi segera mendirikan rumah tangga kerana itu lebih sempurna kehidupan dan terhindar daripada perkara tidak diingini.

MATI ITU PASTI...CUMA CARA JE BERLAINAN..INGATLAH MATI SUPAYA TAK BERBUAT JAHAT DIDUNIA...BAHKAN BUAT AMALAN2 YANG BAIK DAN TAK MEMBUANG MASA KETIKA BERADA DIDUNIA...DAN MELAKUKAN KEZALIMAN

Lelaki diberkas berhubung kes mayat wanita dalam selimut di Simpang Pulai



IPOH: Polis menahan seorang lelaki berhubung pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui digulung dengan tilam di kawasan belukar berhampiran perkampungan Orang Asli, Juang, Simpang Pulai di sini, dua hari lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Shukri Dahlan berkata lelaki berusia 49 tahun itu, yang mempunyai 10 rekod jenayah lampau, ditahan di rumahnya di Taman Lapangan Legenda di sini pada 5.30 petang semalam.

"Polis menemui sebilah parang, sepasang gari, dua telefon bimbit, sebuah decorder, satu hos getah, gunting dan sebuah kereta jenis BMW di rumah lelaki itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Shukri berkata siasatan awal mendapati motif pembunuhan adalah sikap cemburu suspek terhadap mangsa.


Katanya lelaki itu direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Dalam kejadian Isnin lepas, Indeer Kaur a/p Jeswant Singh, 23, yang tinggal di Sungai Rokam di sini, ditemui mati akibat hentakan objek tumpul di kepala dan badan.

Mayatnya yang sudah berulat itu ditemui oleh seorang lelaki Orang Asli ketika mencari burung pada 2.30 petang.

Dalam kes lain pada Isnin, polis menahan tiga lelaki dan merampas dadah jenis heroin seberat 9.2 kg bernilai RM160,000 di dalam sebuah kereta yang dinaiki mereka di Taman Muhibbah di Sungai Siput.

Shukri berkata polis turut merampas wang tunai RM3,830 dan sebuah kereta daripada mereka.

Katanya ketiga-tiga suspek itu yang tidak bekerja dipercayai terlibat dalam kegiatan mengedar dadah sekitar Ipoh dan Sungai Siput sejak dua bulan lepas. -- BERNAMA


Saintis temui ikan jerung hibrid


GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan seekor ikan jerung hibrid hitam di perairan Australia.



SYDNEY - Sekumpulan saintis semalam mendedahkan mereka telah menemui jerung hibrid pertama di dunia di perairan Australia.
Ketua penyelidik berkenaan, Jess Morgan berkata, jerung hibrid tersebut terhasil daripada proses mengawan antara jerung muncung hitam Australia dengan jerung muncung hitam biasa sekali gus merupakan satu penemuan mengejutkan di bidang sains.
"Ia amat mengejutkan kerana tiada siapa pernah melihat jerung hibrid sebelum ini, Inilah bukti proses evolusi," kata Morgan.
Menurutnya, penemuan jerung hibrid itu dibuat semasa kerja merekodkan spesies jerung di perairan timur Australia baru-baru ini.
Jerung muncung hitam Australia cuma hidup di kawasan beriklim tropikal tetapi jerung hibrid tersebut ditemui di perairan lebih sejuk pada jarak 2,000 kilometer dari pantai.
Saintis percaya proses mengawan antara dua baka berlainan itu berlaku kerana adaptasi bagi membolehkan jerung muncung hitam terus hidup walaupun suhu air laut kini berubah akibat pemanasan global. - AFP


Bertan-tan ikan mati di utara Norway



SEEKOR anjing berjalan di atas timbuan ikan di sebuah pantai di Kvennes, utara Norway kelmarin.



OSLO - Para saintis dan penduduk tempatan keliru tentang kejadian beberapa tan ikan herring terdampar di sebuah pantai di utara Norway, lapor media kelmarin.
Seorang penduduk setempat, Jan-Petter Jorgensen yang memeriksa pantai berkenaan di Kvaenes, Nordreisa bersama anjingnya pada hujung minggu lalu berkata, terdapat beberapa tan bangkai ikan tersebut.
Antara punca kematian besar-besaran itu termasuk ikan tersebut terperangkap di dalam air pasang selepas dikejar ikan-ikan pemangsa tepian pantai.
Teori yang lain menyatakan sekawanan ikan herring itu hanyut ke tepi pantai semasa ribut baru-baru ini. Terdapat teori lain yang menyatakan ikan-ikan berkenaan terperangkap di dalam air cetek dan mati kerana terperangkap dalam air tawar dari sebatang sungai yang mengalir ke pantai berkenaan. - Dpa


Ash, Dira runding hak penjagaan anak


DIRA bersama anaknya, Tengku Anggun Deandra.



KUALA LUMPUR – Hos program sensasi Melodi, Dira Abu Zahar, 28, mengakui dia kini dalam proses perbicaraan di mahkamah untuk menuntut hak penjagaan terhadap anaknya, Tengku Anggun Deandra Tengku Shafiz-Rullah, 4, yang masih dijaganya hingga kini.
Dira yang merupakan bekas isteri kepada penyanyi kumpulan popular Gabba Gabba, Ash atau nama sebenarnya Tengku Shafiz-Rullah As Syafiee Tengku Mohd. Shahidd, 28, bercerai pada tahun 2007.
Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar yang berkahwin dengan pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof pada 11 November tahun lepas, memberitahu, segala urusan masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.
“Seelok-eloknya biar mahkamah yang putuskan, saya tidak berhak memberikan sebarang komen mengenai isu ini,” ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.
Selepas Dira dan Ash bercerai, tiada sebarang perjanjian dibuat mengenai hak penjagaan anak sebaliknya Dira mengambil alih menjaga anaknya atas dasar tanggungjawab sebagai seorang ibu.
“Sepanjang saya menjadi ibu tunggal, saya yang menjaga anak saya dan suami saya sekarang pun tidak kisah,” katanya yang enggan mendedahkan kisah peribadinya.
Bagaimanapun, menurut beliau, sekiranya mahkamah memutuskan hak penjagaan anaknya jatuh ke tangan bekas suami yang melangsungkan pernikahan bersama pelakon Sherie Merlis kelmarin, dia tidak terkilan.


Ubat curi HKL dijual kepada pasaran gelap



TIONG LAI diiringi oleh Ketua Pusat Perubatan Chempaka, Ch'ng Liang Hock semasa melawat pusat perubatan itu di Taman Sea, Petaling Jaya semalam.



PETALING JAYA - Ubat-ubatan bernilai RM1 juta yang disedari hilang ketika kakitangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) membuat pemeriksaan stok di HKL pada 28 Disember lalu dipercayai dicuri untuk dijual di pasaran gelap di negara ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tong Lai berkata, pihaknya percaya ubat berkenaan yang dijumpai semula di sebuah premis di Jalan Duta, Kuala Lumpur tiga hari lalu adalah untuk dijual secara tidak sah bagi mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda berbanding nilai sebenar ubat itu.
Katanya, kes berkenaan adalah serius kerana apabila ubat itu berada di pasaran gelap dan dijual secara tidak sah, ia akan menyebabkan ubat tersebut bercampur dengan ubat-ubatan tiruan dan berkualiti rendah.
Oleh itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya untuk membeli ubat-ubatan di pasaran gelap yang mungkin datang daripada hasil curi atau kualitinya tidak elok.
"Apabila sudah bercampur-campur dalam pasaran gelap, mungkin ada yang asli dan tidak, jadi sukar untuk dipastikan mana satu yang betul. Nasihat saya jangan beli terus ubat yang tidak tahu asal usulnya," katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.


Salleh Majid meninggal dunia




KUALA LUMPUR - Bekas Presiden, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) (kini Bursa Malaysia) Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid meninggal dunia semalam akibat barah usus dan kegagalan buah pinggang.
Mohd. Salleh, 62, meninggal dunia kira-kira 10.20 pagi di Hospital Kuala Lumpur di sini.
Allahyarham menjadi Presiden BSKL pada 1996 dan bersara daripada badan itu pada 2003.
Menurut anggota keluarga, jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke rumah ibunya di Kampung Pasir, Hulu Klang dan dikebumikan kira-kira pukul 5.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar-Ridhuan, Hulu Klang.
Antara yang menziarahi jenazah Allahyarham ialah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.
Memperoleh Master of Business Administration daripada Northern Illinois University, Amerika Syarikat sekitar 1971, Mohd. Salleh memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Sekolah Perniagaan dan Pengurusan, Institut Teknologi Mara.


Amah kerabat mati tergantung



CHHOUY ditemui mati tergantung di jeriji tingkap (gambar kecil) yang terletak di belakang Balai Polis Desa Jaya.



KUALA LUMPUR – Dua anggota polis di Balai Polis Desa Jaya, Kepong kelmarin tergamam apabila menemui mayat seorang amah warga Kemboja yang bekerja dengan sebuah keluarga kerabat diraja sebuah negeri di utara tanah air tergantung di jeriji tingkap tandas balai polis itu.
Mayat wanita yang dikenali sebagai Chhouy Ren, 33, itu ditemui pada pukul 6.40 petang dalam tandas tersebut dengan lehernya terjerut pada sehelai seluar yang diikat pada jeriji tersebut.
Difahamkan, dia datang ke negara ini sejak lima bulan lalu dan baru bekerja dengan majikannya yang merupakan seorang Datin berusia 45 tahun minggu lepas.
Dua hari sebelum kejadian, pembantu rumah berkenaan telah ditahan oleh pengawal keselamatan di kawasan perumahan majikannya di Valencia, Desa Jaya dekat sini pada pukul 4 petang selepas dia dikatakan telah melarikan diri sejauh dua kilometer kerana memberontak untuk berhenti kerja.
Dia melarikan diri selepas hasrat dia untuk berhenti kerja pada hari berkenaan memerlukan dia menunggu tempoh beberapa hari berikutan ejennya gagal dihubungi manakala pejabat agensi itu pula tutup sempena cuti umum.
Pihak kedutaan Kemboja pula memaklumkan pihaknya memerlukan satu hingga dua minggu untuk urusan antara amah berkenaan dengan ejen itu.
Tanpa diduga, mangsa kemudian menjerit lalu terus berlari keluar rumah sebelum dia ditahan oleh pengawal kawasan perumahan dan ditempatkan di sebuah bilik.
Keesokan harinya, pengawal berkenaan membawa mangsa ke balai polis kerana bimbang dia akan mencederakan sesiapa ekoran kemurungan yang dialaminya. Mangsa kemudian meminta tumpang sementara di balai polis itu kerana tiada tempat tinggal.


Mati ditembak masa tengah makan



POLIS mengawasi sebuah restoran yang menjadi tempat penjenayah menembak mati seorang pekerja kedai keranda di Johor Bahru.



JOHOR BAHRU - Belum pun selesai kes pembunuhan seorang Pegawai Perhubungan Awam (PRO) yang ditemui mati diparang ketika sedang minum teh tarik di sebuah restoran di Taman Puteri Wangsa di sini pada 25 Disember lalu, satu lagi kes serupa menimpa seorang pekerja kedai keranda semalam.
Cuma bezanya, kejadian pukul 7.13 pagi itu menyebabkan Ong Chin Loo, 48, mati di tempat kejadian dipercayai ditembak sebanyak enam das di badan oleh seorang lelaki memakai topi keledar ketika mangsa sedang bersarapan di sebuah restoran di Jalan Nakhoda, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, siasatan di tempat kejadian menemui enam kelongsong peluru.
"Kita akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di premis berkenaan selain mendapatkan maklumat daripada dua lelaki yang ditahan selepas kejadian itu untuk membantu siasatan," katanya yang menyiasat kes bunuh itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, seorang saksi memberitahu, kejadian itu berlaku begitu pantas.
"Pelanggan juga panik dan tidak mampu berbuat apa-apa," ceritanya yang memberitahu polis tiba di tempat kejadian tidak lama selepas kejadian berlaku.


Gadis 15 tahun didera mertua dihantar ke India


MENTERI Hal Ehwal Wanita Dr. Husn Banu Ghazanfar melawat Sahar gul di sebuah hospital di Kalbul, Afganhistan pada Sabtu lalu.



KABUL - Seorang gadis Afghanistan, Sahar Gul yang berusia 15 tahun dan didera selama beberapa bulan oleh mertuanya sebagai cara untuk memaksanya menjadi pelacur akan dihantar ke India untuk dirawat, kata seorang pegawai negara ini semalam.
Ibu mertua dan kakak ipar Sahar ditangkap dan suami gadis tersebut diburu, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sediq Sediqi.
Kes itu telah mengejutkan penduduk negara ini.
Presiden Afghanistan, Hamid Karzai menyatakan sesiapa yang didapati menggunakan kekerasan terhadap Sahar akan dihukum.
Menurut beberapa pegawai di wilayah Baghlan, mertua Sahar mengurung dia di ruang bawah tanah selama enam bulan, mencabut kukunya dan menderanya dengan menggunakan seterika panas serta mematahkan jarinya.
Polis membebaskan Sahar pada minggu lalu.
Sahar dibebaskan selepas bapa saudaranya menghubungi polis.
"Ia merupakan satu tindakan ganas dan tidak dapat diterima pada abad ke-21," kata Sediq kepada pemberita.
"Kami berterima kasih kepada bapa saudara Sahar," tambahnya.
"Jika polis tidak tiba pada masa yang tepat, dia mungkin telah mati," kata Sediq.
Semua anggota badan Sahar mengalami kecederaan, tambahnya.
Menurut Sediq, terdapat tanda-tanda tubuhnya terbakar.
Dia berkata, mertua Sahar dan beberapa anggota keluarganya dilaporkan terlibat dalam apa yang dianggapnya sebagai aktiviti jenayah termasuk menjual minuman keras dan alkohol.
Sahar telah berkahwin tujuh bulan lalu.
Jurucakap polis wilayah Baghlan, Jawad Basharat menyatakan, waran tangkap telah dikeluarkan untuk menangkap suami Sahar.
Suami Sahar kini berkhidmat dengan tentera Afghanistan.
Menurut Jawad, mertua dan beberapa anggota keluarga Sahar cuba memaksanya terlibat dalam kancah pelacuran tetapi dia tidak bersetuju menyebabkan ia menjadi salah satu punca gadis tersebut dikurung. - Agensi


Lelaki ditemui mati dalam kereta

03/01/2012 6:22pm

KUANTAN - Seorang lelaki ditemui mati dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi Jalan Kuantan-Gebeng, dekat Pelabuhan Kuantan di sini hari ini.
Ketua Siasatan Jenayah Polis Daerah Kuantan, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, mangsa yang belum dikenali itu berusia dalam lingkungan 30an ditemui pada kira-kira pukul 9 pagi oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan.
"Mangsa dilihat dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta berkenaan tetapi didapati sudah meninggal dunia semasa polis memeriksa,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.
Punca kematian masih dalam siasatan polis. - BERNAMA


Mangsa ke-enam kereta terjunam ditemui

03/01/2012 6:33pm

LAHAD DATU - Mangsa ke-enam kereta terjunam ke dalam sungai di Kilometer 30, Jalan Lahad Datu-Sandakan di sini semalam ditemui pagi ini, kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supritendan Shamsudin Mat.
Beliau berkata, mayat bayi perempuan berusia 12 hari, Dhiaamanina Zahirah Mohd. Shahril Azman dijumpai pada pukul 7 pagi tadi, kira-kira 300 meter dari lokasi kereta berkenaan dijumpai.
Bayi itu yang merupakan anak pasangan Mohd. Shahril Azman Lajahamad dan Nurhidayah Chin Abdullah yang turut maut dalam nahas itu, dijumpai tersangkut pada timbunan kayu oleh pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada anggota bomba dan polis.
Beliau berkata, operasi mencari disambung pagi tadi setelah anggota keluarga mangsa memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa masih ada mangsa yang masih hilang selain mayat lima beranak yang telah ditemui semalam.
Lima mangsa yang ditemui semalam ialah Mohd. Shahril Azman, 24, pemandu kereta, isterinya Nurhidayah,21, anak perempuan mereka Nuramani Zafirah berusia setahun, ibu mentua Mohd. Shahril, Rosmina Ritwan, 45, dan adik Nurhidayah, Majelin Chin, 7.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi semalam, kereta yang dipandu Mohd. Shahril Azman gagal dikawal lalu terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai dan dihanyutkan arus deras sejauh kira-kira 200 meter.
Kejadian berlaku dalam keadaan hujan lebat dan kesemua mangsa mati lemas akibat terperangkap di dalam kereta. - BERNAMA



4 dibunuh kejam
Oleh M Hifzuddin Ikhsan dan David Tengah
bhnews@bharian.com.my
2012/01/04

 Usahawan, dua anak serta ibu dipukul hingga mati angkara perniagaan

SIBU: Empat beranak, termasuk dua kanak-kanak berusia 7 dan 10 tahun dipukul hingga mati menggunakan objek tumpul di rumah mereka di RTM Road Lane di sini, semalam, dipercayai akibat pertelingkahan perniagaan.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa adalah ahli perniagaan yang juga pengarah sebuah syarikat, Ling Tong Hock, 36; ibunya, Leong Nyuk Lan, 76; serta dua anaknya, Amy Ling Zi Jiun, 7 dan David Ling Chei Qi, 10.
Seorang lagi anak Tong Hock, iaitu Kelvin Ling Chei You, 8, selamat, tetapi terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu akibat koma selepas cedera di kepala, manakala isterinya, Li Xiao Lan, 28, seorang warga China sempat menyelamatkan diri melalui tingkap.

Difahamkan, polis menahan seorang wanita warga China yang mempunyai kaitan dalam perniagaan Tong Hock petang semalam, bagi membantu siasatan.

Wanita itu ditahan berdekatan lokasi kejadian sebelum dibawa ke IPD Sibu dan dijangka ditahan reman pagi ini. Suspek berusia 30-an itu dipercayai sudah menetap lama di negara ini dan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga mangsa termasuk menguruskan perniagaannya.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail, dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, berkata semua mangsa dipercayai dibunuh sekumpulan penjenayah yang menceroboh rumah berkenaan ketika ada antara mangsa sedang tidur.
“Siasatan mendapati mangsa dipukul beberapa kali dengan senjata tumpul di kepala dan badan. Ahli perniagaan itu turut dikelar lehernya,” katanya.

Beliau berkata, polis yakin penjenayah memasuki rumah itu untuk membunuh semua penghuninya dan menolak kemungkinan motif rompakan kerana semua barang berharga milik mangsa langsung tidak disentuh.

Kanak-kanak itu dan nenek mereka dibunuh dalam bilik di tingkat atas, manakala mayat Tong Hock ditemui di bilik tidur utama. Difahamkan, ahli perniagaan itu sempat mengarahkan isterinya keluar melalui tingkap dan menyembunyikan diri sebelum pembunuh memasuki bilik mereka.

Anggota Unit Forensik dan Unit Anjing Pengesan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, dihantar ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan, termasuk mengesan suspek yang dipercayai masih berada di negeri ini.

Shafie berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku salah faham atau pertelingkahan membabitkan Tong Hock dengan musuh perniagaan menjadi motif pembunuhan kejam itu.

“Kita masih menyiasat motif dan siasatan dibuat dari pelbagai sudut, termasuk persaingan perniagaan. Satu-satunya saksi ketika ini adalah isteri mangsa dan kita masih menunggu keadaannya stabil bagi meneruskan siasatan,” katanya.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh, manakala gerakan memburu suspek sudah dilancarkan di seluruh negeri.