Tuesday, January 3, 2012

YANG TAK ADA...BERUSAHA DAPATKAN ANAK WALAUPUN ANAK MISTERI@TIADA NASAB YANG SAH...YANG ADA DIDERA...MAKA HUKUMNYA AKAN DIDERA JUGA DALAM NERAKA ALLAH.....JUAL TUBUH DAH JADI BIASA..SERAH TUBUH DAH JADI BIASA...MENENGGEK TUBUH JADI BIASA...KERANA HUKUM TAK MENYERIKKAN PERLAKU@PENZINA...AGAK2 SAPA SALAH...

Siang jual nasi ayam, malam jadi GRO


Empat wanita warga Vietnam ditahan dalam operasi di sebuah restoran di Jalan Inai, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Siang jual nasi ayam, malam jadi pegawai perhubungan pelanggan (GRO).
Rahsia tersebut terbongkar apabila sebuah premis di Jalan Inai di sini diserbu sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur semalam.
Serbuan dari pukul 1 hingga 4 pagi itu membawa kepada penahanan lima GRO warga Vietnam yang berusia dalam lingkungan 20-an.
Ketika ditahan, kelima-lima gadis itu sedang ghairah melayan pelanggan-pelanggan dalam restoran yang berubah konsep ala pub pada sebelah malam.
Ketua Operasi D7, Deputi Supritendan Azman Mat Isa berkata, serbuan dilakukan selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan di premis itu dan hasil risikan yang dilakukan sejak seminggu lalu.
“Pemilik restoran makanan nasi ayam itu hanya menyediakan khidmat GRO di premis miliknya pada waktu malam bagi mengelakkan kegiatannya dihidu pihak berkuasa,” kata beliau ketika ditemui selepas serbuan itu semalam.


Dua beradik dijaga bapa saudara


TERSENYUM...Munawar bersama dua anak saudaranya selepas menerima hak penjagaan sementara di Mahkamah Majistret Butterworth semalam.


BUTTERWORTH – Dua beradik malang yang dikurung dan dirantai kaki oleh bapa mereka di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini diserahkan untuk dijaga oleh bapa saudara mereka semalam.
Hak penjagaan sementara itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Zamir Suhaimee selepas mendapat permohonan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Utara (SPU).
Timbalan Pegawai JKM SPU, Syed Mohd. Abdul Ghani Syed Ali berkata, permohonan dikemukakan selepas bapa saudara kanak-kanak itu, Munawar Tan Abdullah, 48, menyatakan kesediaan menjaga dua beradik itu.
“Mahkamah bersetuju memberikan perintah hak jagaan sementara selama sebulan kepada Munawar bermula hari ini (semalam),” kata beliau ketika ditemui di mahkamah semalam.
Sementara itu, Munawar Tan ketika ditemui berkata, dia bersedia untuk menjaga anak saudaranya sementara menunggu keputusan mahkamah sama ada adiknya yang juga bapa kepada dua beradik itu akan dibebaskan atau didakwa di mahkamah.
Beliau juga percaya adiknya tidak sengaja melakukan perkara itu (merantai kedua-dua anaknya) kerana dia merupakan seorang bapa yang penyayang.


Suspek dera anak botak kepala elak dicekup


SUSPEK yang dipercayai mendera anak dibawa ke Mahkamah Majistret George Town semalam untuk direman.


GEORGE TOWN – Seorang pekerja barang lusuh yang cuba menukar penampilan dengan membotakkan kepala gagal mengaburi mata polis apabila dia yang disyaki terbabit dengan kes penderaan anak perempuannya ditahan semalam.
Jurucakap polis berkata, suspek yang berumur 49 tahun itu ditahan ketika cuba melarikan diri di Pasar Jelutong pada pukul 12.30 pagi. Dia ditangkap dengan bantuan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).
Katanya, semasa ditahan suspek dipercayai cuba mengubah identitinya dengan membotakkan kepalanya untuk mengelak daripada dikenali namun cubaan itu tidak berhasil apabila dia diberkas ketika sedang menungga

Restoran JB makin sepi


RESTORAN ini yang terletak berdekatan tempat seorang lelaki ditembak mati di Skudai kelmarin kosong tanpa pelanggan petang semalam.


JOHOR BAHRU – Kejadian tiga pelanggan restoran di sini mati ditembak dan di tetak dalam tempoh dua bulan lalu mula memberi kesan terhadap perniagaan makanan khususnya di sekitar Skudai apabila banyak premis kelihatan lengang walaupun pada waktu puncak.
Senario itu turut membimbangkan para pemilik restoran yang terpaksa beroperasi tanpa keuntungan sementara menunggu keadaan kembali normal.
Kes serangan terbaru dilaporkan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai membabitkan pekerja kedai keranda, Ong Chin Loo, 48, yang mati terkena enam das tembakan yang dilepaskan oleh seorang lelaki memakai topi keledar ketika mangsa bersarapan di sebuah restoran pada pukul 7.13 pagi.
Seorang pengusaha restoran di kawasan itu yang enggan identitinya disiarkan mengakui ada tanda-tanda orang ramai mula menjauhi tempat itu dan menjamu selera di kawasan lain yang lebih selamat.
“Perniagaan saya terjejas terutama pada hari kejadian, dan hari ini (semalam) pun bilangan pelanggan berkurangan sampai 50 peratus.
“Ini kes yang terpencil, saya harap orang ramai tidak takut. Semoga keadaan kembali menjadi seperti biasa dalam masa beberapa hari akan datang,” katanya ketika ditemui semalam.
Seorang lagi peniaga di kawasan tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 46, mendakwa dia kehilangan sebahagian besar pelanggan kelmarin apabila orang ramai takut untuk datang ke kawasan tersebut.
ng motosikal.

Empat suspek kes tembak ditahan

JOHOR BAHRU - Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes tembak mati seorang pekerja kedai keranda yang sedang menjamu selera di sebuah restoran di Jalan Nakhoda, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, keempat-empat suspek berusia antara 29 tahun hingga 52 tahun itu ditahan selepas gerakan menjejaki penjenayah kes itu diperhebatkan menerusi penubuhan pasukan khas polis Johor Bahru.
"Dua suspek ditahan pada pukul 11 pagi semalam (kelmarin) manakala dua lagi selang sejam kemudian di sekitar Skudai.
"Polis percaya penahanan keempat-empat lelaki ini dapat membantu siasatan kes tersebut," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan mangsa, Ong Chin Loo, 48, maut selepas dipercayai terkena enam das tembakan di badannya yang dilepaskan oleh seorang lelaki memakai topi keledar ketika mangsa bersarapan di sebuah restoran di situ pada pukul 7.13 pagi.
Mangsa dipercayai ditembak menggunakan pistol automatik sebelum suspek melarikan diri dengan menunggang motosikal.
Kejadian itu adalah antara tiga kes tembak mati yang dilaporkan berlaku di restoran sekitar Johor Bahru dalam tempoh dua bulan lalu.


Ubat RM1 juta ditemui


Mohmad (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian ubat-ubatan yang ditemui semula pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kontroversi kehilangan ubat bernilai RM1.078 juta dari stor Farmasi Neuro Sains Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 27 Disember lalu mula terungkai apabila kesemua ubat-ubatan itu ditemui semula di dalam sebuah tong sampah besar berhampiran bangunan pejabat kerajaan di Jalan Duta di sini pada Ahad lalu.
Ubat-ubatan tersebut ditemui pada pukul 7.30 malam hasil soal siasat terhadap tiga lelaki termasuk seorang tukang cuci warga Indonesia yang ditahan pada 29 Disember dan 1 Januari lalu. Mereka yang ditahan berusia 21 hingga 36 tahun.
Ketika ditemui, kesemua 16 jenis ubat-ubatan untuk kegunaan pesakit berkaitan penyakit saraf seperti sawan itu dimasukkan ke dalam 27 beg pakaian besar.
Difahamkan, semasa ubat-ubatan itu ditemui tiada sampah atau bahan buangan lain dalam tong sampah tersebut.
Jarak HKL dengan tong sampah tersebut dianggarkan kira-kira 10 kilometer. Tong sampah yang diletakkan di kawasan terpencil itu dipercayai menjadi tempat ubat-ubat itu disembunyikan.

DALAM tong sampah di Jalan Duta inilah ubat-ubatan dari HKL dipercayai ditemui semula pada Ahad lalu.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, tiga lelaki yang ditahan itu termasuk dua kakitangan yang bertugas di HKL.
Susulan penahanan dua lelaki itu, polis menahan seorang lagi kakitangan Farmasi Neuro Sains Hospital Temerloh, Pahang pada 1 Januari lalu.
“Tukang cuci dan kakitangan Farmasi Neuro Sains HKL itu ditahan di tempat mereka bekerja manakala staf dari Temerloh itu ditahan di satu lokasi di ibu negara,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Akhbar pada Ahad lalu melaporkan, seorang kakitangan HKL membuat laporan polis pada 27 Disember lalu selepas mendapati sejumlah besar ubat-ubatan di HKL berkurangan ketika dia membuat pemeriksaan stok pada pukul 7.25 pagi hari sama.
Polis kemudian menahan dua lelaki yang bertugas di HKL.

No comments:

Post a Comment