Sunday, January 1, 2012

SEDARLAH...KITA BUKAN SEMPURNA...TAK BOLEH DIUSIK...BAGAIMANA KUTUKAN ALLAH...BAGAIMANA KITA MENDAYUSKAN DIRI KITA...KITA KENA JUGA TAHU HUKUM AGAMA..KITA BUKAN KEBAL DARI SEGI HUKUM...

JAIS tahan 10 belia Melayu minum arak


SALAH seorang penguat kuasa JAIS mengambil butiran pengenalan seorang pengunjung pada Ops Mungkar di Petaling Jaya awal pagi semalam.


PETALING JAYA - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menahan 10 lelaki beragama Islam kerana kesalahan meminum arak dalam Ops Mungkar yang diadakan di sini pada awal pagi semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, operasi itu dibuat ekoran banyak pusat hiburan menganjurkan sambutan menyambut tahun baharu selain pihaknya menerima banyak aduan mengenai aktiviti itu.
"Jadi, kita telah menyerbu dua buah premis hiburan dan menahan seramai 23 orang belia Melayu. Kesemua mereka terdiri daripada sepuluh lelaki dan 13 wanita.
"Setelah diperiksa, 10 daripada mereka didapati meminum arak dan akan didakwa mengikut peraturan yang sedia ada," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Hasan yang mengetuai sendiri operasi yang bermula pukul 12 tengah malam hingga pukul 3 pagi itu memberitahu, kesemua individu terbabit takan diberi kaunseling khas di pejabat JAIS di Shah Alam pada 11 dan 12 Januari ini.
Difahamkan, rata-rata individu yang ditahan itu ialah pelajar institusi pengajian tinggi tempatan yang berusia antara 18 hingga 35 tahun.


r.

Ubat HKL bernilai RM1 juta hilang angkara orang dalam


POLIS masih memburu beberapa lagi individu yang dikatakan terlibat dalam kes kehilangan ubat-ubatan di HKL.


KUALA LUMPUR - Kehilangan bekalan ubat-ubatan bernilai RM1 juta di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak kebelakangan ini rupa-rupanya angkara orang dalam.
Hasil siasatan polis ekoran kejadian pada 25 Disember itu mendapati kemudiannya membawa kepada penahanan dua suspek yang juga kakitangan HKL di rumah mereka di sekitar ibu kota.
Menurut sumber, kedua-dua suspek yang ditahan Khamis lalu didapati sudah bekerja di bahagian farmasi HKL selama lebih dua tahun.
Mereka disiasat atas dakwaan melarikan pelbagai jenis ubat dan mengambil kesempatan sempena hari cuti umum untuk melarikan ubat-ubatan berkenaan.
"Suspek mengambil kesempatan pada cuti Krismas untuk melarikan ubat-ubatan tersebut kerana ketika itu kebanyakan kakitangan HKL bercuti," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Difahamkan, suspek melarikan ubat-ubatan tersebut sedikit demi sedikit bagi mengelak dikesan dan dipercayai menjualnya di pasaran gelap.


Mayat mangsa lemas berpelukan


JENAZAH salah seorang mangsa lemas dibawa untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Padang di Gerik semalam.


GERIK – Mayat tiga kanak-kanak termasuk dua beradik yang hanyut selepas sampan mereka terbalik di Sungai Perak berhampiran Kuala Kenderong dekat sini pada Khamis lalu dijumpai awal pagi semalam.
Mayat Muhammad Amir Fadlillah Ruzai, 11, dan adiknya, Muhammad Adham Hamiz, 8, ditemui terapung kira-kira 30 kilometer (km) dari lokasi kejadian pada kira-kira pukul 3 pagi.
Agak mengharukan apabila mayat mereka ditemui dalam keadaan berpelukan oleh seorang penduduk kampung yang sedang memeriksa pukatnya di tebing Sungai Perak berhampiran Titi Air Ganda dekat sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Supritendan Wan Jamil Wan Chik berkata, mayat Mohd. Saiful Haikal Dahari, 7, pula ditemui oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 9 pagi.
“Mayat tersebut dijumpai di kawasan Tasik Chenderoh iaitu kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa pertama dan kedua ditemui,” katanya di sini semalam.
Jenazah tiga kanak-kanak itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Padang di sini selepas solat Zuhur.
Kosmo! semalam melaporkan tiga kanak-kanak tersebut hilang selepas menaiki sampan milik bapa saudara mereka di Sungai Perak pada pukul 12 tengah hari Khamis lalu.


Dua lagi suspek bunuh Rozana ditahan


TUN HISHAN menunjukkan kad kredit milik Rozana yang dirampas daripada suspek di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Polis percaya kes pembunuhan kejam seorang kerani bank, Rozana Mohd. Yusak yang ditemui mati dengan 15 tikaman minggu lalu dianggap selesai dengan tertangkapnya dua lagi suspek lelaki.
Tangkapan terbaharu itu melibatkan seorang suspek berusia 20 tahun di sebuah hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada pukul 11 malam kelmarin dan seorang lagi berusia 23 tahun yang menyerah diri di Balai Polis Gombak pukul 4 pagi semalam.
Sebelum ini, polis telah menahan tiga suspek berusia di antara 19 dan 22 tahun di rumah Projek Perumahan Rakyat Pantai Ria, Lembah Pantai dan di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Ketiga-tiga suspek telah ditahan reman selama seminggu bermula kelmarin manakala dua lagi suspek terbaharu itu direman mulai semalam.
Difahamkan, salah seorang daripada lima suspek dipercayai teman lelaki mangsa yang berusia 19 tahun.


Chef Wan tidak tahan dicemuh tutup akaun Facebook


Laman Facebook milik Chef Wan yang akan ditutup hari ini.


SHAH ALAM - Selebriti masakan terkenal, Datuk Redzuawan Ismail, 53, atau lebih popular dengan panggilan Chef Wan menutup akaun Facebook miliknya iaitu Chef Wan Fan Club mulai hari ini kerana ia dijadikan tempat oleh segelintir pihak untuk mencemuhnya.
Menurut Chef Wan, dia berbuat demikian kerana sudah tidak tahan lagi dengan maki hamun orang ramai berikutan komennya sebagai juri dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) yang disiarkan Astro.
"Tujuan saya mewujudkan fan page Chef Wan Fan Club di laman sosial Facebook kira-kira empat bulan lalu adalah untuk berkongsi pengalaman dan pandangan bersama peminat sehingga ia berjaya mengumpulkan lebih 80,000 peminat.
"Namun, apa yang saya lihat ia sudah menjadi punca kepada wujudnya sifat hasad dengki, tikam belakang dan kutuk-mengutuk terutamanya terhadap diri saya. Oleh itu, lebih baik saya tutup terus akaun Facebook tersebut," ujarnya ketika ditemui selepas berakhir saingan program MLM di sini kelmarin.
Antara komen yang dilemparkan di akaun Facebook tersebut ialah Jangan bersikap prejudis wahai DCW berhati mulia. Harus terbuka dengan pemikiran yang bijak dan saksama dan Jangan jatuhkan maruah orang lain.. hati busuk!!!.

No comments:

Post a Comment