Saturday, January 12, 2013

CARILAH SUAMI ATAU MENANTU YANG BOLEH JADI IMAM SOLAT@SOLEH LAGI TAQWA

pix_topright

Suami 'ligat' tak sudah

Tiga kali terima talak dalam jangka masa setahun dan tempoh paling lama menjadi suami isteri ialah 29 hari, manakala paling singkat hanya 11 hari.
Itu pengalaman pahit dilalui seorang wanita apabila berkahwin dengan seorang lelaki kasanova yang sukar membuang tabiat buruk suka berfoya-foya itu, biarpun selepas beberapa kali diberi peluang.
Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Musliha, 34, berkata, dia dan bekas suaminya berkahwin pada 30 Disember 2011 hasil perkenalan singkat selama sebulan dan selepas dua kali rujuk, dia diberi talak kali ketiga pada 6 Januari lalu.

Menurutnya, lebih menyedihkan sepanjang tempoh perkahwinan singkat itu, dia turut menderita beberapa kali dipukul suaminya hingga memaksa dia membuat laporan polis.

Musliha yang juga peguam berkata, dia berkenalan dengan bekas suaminya itu pada November 2011 melalui Facebook (FB).

 pix_topright

Dua-dua tercampak

Konvoi lima bersaudara ke tempat kerja berakhir tragedi menyayat hati apabila dua daripadanya maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang lori yang rosak di lorong kecemasan, di Kilometer 276.2, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, kedua-dua mangsa dipercayai warga Indonesia itu menaiki motosikal Suzuki Shogun 120, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Sumber berkata, lebih menyayat hati adik mangsa dikenali sebagai Yasir, 20-an, yang berada di depan terkejut sebaik menyaksikan kakaknya terpelanting menerusi cermin sisi motosikal dinaiki dilihat meraung dan memeluk mayat itu.

Jurucakap polis berkata, mangsa lelaki dikenali sebagai Suhar, 32, dipercayai bekerja kontrak di Sungai Gadut, di sini, manakala isterinya, Rina Nigfih, 30-an, operator kilang di Shah Alam, dari Yogyakarta.

“Kedua-dua mangsa dari Kapar, Klang menghala ke Sungai Gadut, Seremban, dalam perjalanan ke tempat kerja suaminya.

 pix_topright

Rancang sembunyi di Thailand

Mohd Noor Mohd Mustafa, 28, atau Boy yang maut selepas ditembak mati bersama dalang Geng Joe Mafia, Mohd Fairuz Adam, 31, kelmarin dikatakan bertindak nekad melarikan diri daripada pihak berkuasa kerana sedang menghadapi perbicaraan berkaitan kes pembunuhan.
Berasal dari Kubang Ulu, Bukit Mertajam, Mohd Noor dipercayai merancang untuk melarikan diri ke negara jiran bersama-sama rakannya itu.
Ahmad Fairuz yang dipercayai mendalangi tindakan kumpulan tujuh tahanan memperdayakan empat anggota polis sebelum membelasah dan melarikan sebuah van Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Isnin lalu dikatakan ada tempat untuk mereka berlindung di Thailand kerana mempunyai saudara di negara jiran itu.

Menurut sumber, kedua-dua mereka itu juga dikatakan dalam perjalanan untuk mengambil tiga lagi rakan yang turut sama melarikan diri dari tahanan polis.

Katanya, Mohd Fairuz dan Mohd Noor dikatakan bertindak untuk mendapatkan kenderaan sebelum pergi mengambil tiga rakan mereka itu termasuk sepupu kepada Mohd Noor, Mohd Shahrimy Mohd Noor, 28; Hamzani Harun, 37, dan Hiss Ham Abdul Rahman, 39, di satu lokasi tidak diketahui.


pix_topright

Tonto mengganas

Sekumpulan kira-kira 40 lelaki dipercayai tonto bertindak ganas menterbalikkan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum membakar kenderaan berkenaan, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, tiga pegawai JPJ yang menaiki pacuan empat roda model Toyota Fortuner terselamat apabila sempat keluar dan lari ke arah Balai Polis Seri Manjung, di sini.
Timbalan Ketua Polis Manjung Deputi Superintendan Ahmad Mat Isa berkata, kejadian berlaku sebaik pacuan empat roda dari arah Ipoh itu berhenti di lampu isyarat berhampiran hadapan Sekolah Menengah Methodist, Air Tawar, di sini.

Menurutnya, ketika sedang menunggu lampu hijau, sebuah lori yang membawa muatan tandan sawit merempuh belakang kenderaan JPJ berkenaan.

Difahamkan, kemalangan itu turut menyebabkan sebuah lori, dua bas, empat kereta dan sebuah motosikal terbabit dalam nahas berkenaan.

 pix_topright

Amukan babun sesat

Seorang remaja perempuan bersama anak saudaranya berusia setahun terpaksa berkurung dalam bilik lebih sejam apabila rumah didiami mereka dikunjungi ‘tetamu tidak diundang’ iaitu seekor babun jantan yang mengamuk dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Taman Khong Lok, Batu 7, semalam.
Dalam kejadian jam 11.40 pagi, remaja berusia 17 tahun itu sedang berehat di tingkat bawah rumah sebelum terdengar bunyi mencurigakan dari satu bilik di tingkat atas.

Mangsa kemudian meninjau dengan membuka pintu bilik itu dan terkejut apabila mendapati seekor babun sedang menggeledah bilik berkenaan.
Pada masa sama, haiwan liar itu cuba menerkam remaja berkenaan, namun dia sempat menutup pintu bilik.

Mangsa membawa anak saudaranya keluar rumah untuk menyelamatkan diri, selain menghubungi kakaknya memaklumkan kejadian itu.

Pemilik rumah yang enggan dikenali berusia 30 tahun berkata, dia terkejut apabila dihubungi adiknya memaklumkan seekor babun menyerang mereka.
“Saya yang bimbang mengenai anak perempuan lantas menghubungi bomba memaklumkan kejadian itu.

“Saya difahamkan babun yang datang dari hutan berhampiran bukan saja merosakkan barangan dalam bilik, malah turut membuang najis,” katanya, semalam.
Katanya, adik perempuannya mendapati haiwan liar itu memasuki rumah sebaik terdengar bunyi cakaran pada pintu bilik.

“Mujur adik bertindak bijak apabila segera menutup pintu bagi mengelak haiwan itu keluar dari bilik dan bertindak liar.

“Saya kemudian memaklumkan kejadian itu kepada suami sebelum dia bergegas pulang untuk menyelamatkan adik dan anak kami,” katanya.

Menurutnya, sepasukan anggota Jabatan Perhilitan yang tiba berjaya menangkap haiwan berkenaan selepas berusaha hampir tiga jam.

Sementara itu, Pembantu Pusat Pemulihan Orang Utan, Elis Pambing berkata, haiwan liar itu ditangkap menggunakan jaring dan dihantar ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok.

“Babun ini dipercayai terpisah dari kumpulannya dan tersesat sebelum memasuki rumah mangsa dan ia agresif apabila diancam,” katanya.

‘Abang ajak main doktor-doktor’

Kajang: Walaupun baru berusia 14 tahun, tetapi seorang remaja lelaki sudah pandai mengadakan hubungan seks dengan adik perempuannya berusia 12 tahun, sejak setahun lalu.
Perbuatan tidak bermoral itu terbongkar selepas mangsa dihantar ke sebuah pusat kebajikan kerana mengalami kemurungan sebelum menceritakan kejadian dia dirogol kepada penjaga pusat berkenaan yang kemudian memberitahu ibu mangsa.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kajang, di sini, sebelum remaja lelaki itu ditahan kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi berkata, remaja lelaki itu kini direman selama empat hari bermula semalam.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa mengakui dirogol abangnya itu sejak setahun lalu.

“Mangsa mendakwa abangnya akan mengajaknya untuk bermain permainan ‘doktor-doktor’ sebelum merogolnya,” katanya.
Katanya, kejadian itu hanya disedari ibu mangsa selepas menghantar anak perempuannya yang murung ke sebuah pusat kebajikan.

“Disebabkan kemurungan, penjaga di pusat kebajikan itu mula memujuk mangsa menceritakan punca dia menyendiri sebelum mangsa memberitahu dia dirogol abangnya sejak setahun lalu.
“Terkejut dengan dakwaan berkenaan, penjaga pusat kebajikan itu membawa mangsa ke hospital sebelum doktor yang memeriksanya mengesahkan mangsa dirogol,” kata penjaga pusat kebajikan itu kemudian memaklumkan perkara menimpa kanak-kanak terbabit kepada ibunya.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat penjaga pusat kebajikan terbabit dan ibu mangsa untuk tindakan lanjut.

Ab Rashid berkata, sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu, pihak berkuasa menahan remaja terbabit dan dia (suspek) akan direman bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 (b) Kanun Keseksaan (KK).

Pelawak auta

Bermodalkan perwatakan alim, seorang pelawak tanah air didakwa memperdaya mangsanya sejurus melarikan diri selepas meminjam ribuan ringgit untuk kempen ‘politiknya’.
Pelawak daripada program rancangan realiti itu berjanji melangsaikan semua hutang selepas dibayar parti terbabit, namun sejurus masanya, dia memberi banyak alasan termasuk memaki-hamun dan menghilangkan diri.

Mendedahkan perkara itu, mangsa dikenali Saerah, 39, berkata, dia kerugian RM7,000 selepas pelawak terbabit meminjam wang daripadanya dengan alasan dijadikan modal berceramah di Teluk Intan, Perak.
Dia yang juga ibu tunggal berkata, dia mengenali pelawak itu melalui rakannya tahun lalu dan hubungan mereka erat apabila pelawak terbabit sering ke kedai makannya di daerah itu selepas menyampaikan ceramah.

Katanya, pada awal perkenalan, pelawak terbabit menunjukkan sikap baik, namun di sebalik itu, dia merancang memperdayakannya.

“Pada 30 September dan 20 Oktober lalu, lelaki itu meminta saya menempah bilik hotel berikutan dia dari Kedah dan diundang memberikan ceramah. Kerana percaya, saya melakukannya sebelum dijanji dibayar semula wang itu,” katanya.
Pada 21 September lalu, katanya, pelawak berkenaan meminjam RM4,500 selepas memaklumkan keretanya dimasukkan ke bengkel dan ia menyukarkannya menyampaikan ceramah.

“Atas dasar percaya dan diajak menyertai parti, saya memasukkan RM4,500 menerusi ATM di Teluk Intan dan dia berjanji membayarnya pada 2 atau 3 Oktober lalu. Pada 27 September, saya menghubunginya untuk mengingatkan pembayaran itu, namun malangnya telefonnya itu dipegang rakan di Kelantan,” katanya.
Menurut Saerah, melalui perbualan bersama rakannya, difahamkan pelawak itu dimasukkan ke hospital dan telefon itu dicagar RM780.

“Kerana sukar berkomunikasi dengan pelawak terbabit, saya mendahulukan wang RM780 kepada rakannya sebelum telefon itu diserahkan semula. Keesokan, pelawak itu menghubungi memaklumkan dia sudah sembuh, kesempatan itu saya meminta semula semua wang,” katanya.

Namun kata Saerah, lelaki itu memberi alasan dia tiada wang kerana tidak menerima undangan ceramah selain menerima sedikit bayaran hasil ceramah politiknya sebelum ini.

“Pada awal Oktober, pelawak itu memaklumkan dia akan ke ibu kota kerana ditawarkan berlakon. Ketika itu, saya sedikit gembira kerana kemungkinan wang saya dibayar, namun pada 4 Oktober lalu dia mendakwa dompet dan wang RM1,780 miliknya hilang,” katanya.

Menurutnya, insiden itu membuatkannya sangsi sama ada dipergunakan pelawak terbabit, namun terpaksa mengalah apabila lelaki itu sekali lagi meminjam RM1,500 untuk memperbaharui cukai jalan.

“Selepas berasa tertipu, akhir Oktober lalu saya meminta semula wang itu namun pelbagai alasan diberikan termasuk memaki hamun saya,” katanya.

Saerah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Teluk Intan pada jam 10 pagi, kelmarin.

Timbalan Ketua Polisnya, Superitendan Mohd Zaki Harun ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan itu dan siasatan dijalankan.

Selain polis, Saerah turut melaporkan kes itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jering, ibu pejabat parti politik itu dan Persatuan Seniman Malaysia.

Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, berikutan pelawak itu ahlinya dan terbabit kes penipuan, dia akan digantung keahlian.

Isteri dibogel geng lepak

Akibat tindakan suami menegur sekumpulan remaja yang gemar melepak di kawasan perumahan di Jalan Semarak di sini, menyebabkan isterinya dibogel sebelum gambarnya dirakam selain disamun wang tunai dan barangan kemas bernilai kira-kira RM10,000, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Siti, 32, sedang tidur di dalam biliknya manakala suaminya pula keluar berjumpa rakan.

Katanya, tiba-tiba dia terjaga sebaik terdengar bunyi cermin depan rumah dan pintu dipecahkan. Apabila keluar dari bilik, dia ternampak sekumpulan lima lelaki yang sering melepak di kawasan perumahannya berada di dalam rumah manakala tiga lagi berkawal di luar.
Menurutnya, selepas mereka ternampak dia berseorangan, dua daripada lelaki terbabit menyerangnya dengan topi keledar menyebabkannya separuh sedar.

“Tidak cukup dengan itu, saya turut dilibas dengan parang, namun sempat mengelak. Bagaimanapun, akibat ditumbuk, saya menjadi pening dan dalam keadaan separuh sedar itu, mereka membogelkan saya sebelum merakam gambar bogel selain cuba merogol saya.

“Saya melarikan diri meminta tolong dengan jiran dan bernasib baik, jiran sebelah terdengar jeritan saya dan membenarkan saya berlindung di dalam rumahnya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Beliau berkata, kumpulan lelaki itu mengejarnya hingga ke rumah jiran dan apabila jiran enggan membuka pintu seperti diarahkan mereka, motosikal dan cermin rumah jirannya dipecahkan.

Siti berkata, kumpulan itu tidak meninggalkan rumahnya begitu saja sebaliknya melarikan barang kemas, telefon bimbit pintar, iPad, dan wang yang disimpan di dalam tabung bernilai kira-kira RM10,000.
“Mereka turut mengugut akan menyebarkan gambar bogel saya di Internet sekiranya membuat laporan polis dan saya percaya kejadian ini berpunca daripada tindakan suami saya menegur kumpulan itu yang sering mengacau penduduk selepas mengambil minuman keras.

“Dengan bantuan jiran, saya membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sejuta umat Islam berkumpul

Lebih sejuta umat Islam berkumpul di tebing sungai, di sini, semalam untuk beribadah dan mendengar ceramah daripada tokoh agama pada hari pertama perhimpunan tahunan Islam yang kedua terbesar di dunia.
Jalan raya di Dhaka lengang apabila umat Islam berpusu-pusu ke Sungai Turaq di Tongi, kira-kira 40 kilometer ke utara Dhaka, tempat Perhimpunan Islam Sedunia diadakan selama tiga hari.

Nurul Islam, antara ketua penganjur berkata, khemah sepanjang lebih satu kilometer didirikan di kawasan terbuka di tebing sungai.
“Lebih sejuta orang sudah berada di sini. Tetapi kami berharap, jumlahnya akan menjangkau dua juta pada hari terakhir Ahad ini, seperti tahun lepas,” katanya.

Kereta api dan feri khas diatur untuk mengangkut jemaah ke majlis itu, sementara jurutera tentera mendirikan puluhan jambatan sementara dan memasang tangki air.

Peserta akan tidur sama ada di bawah khemah atau berdepan dengan cuaca sejuk di luar. Bangladesh, ketika ini berdepan musim sejuk pada suhu paling rendah sejak merdeka daripada Pakistan pada 1971.
Kira-kira 30,000 warga asing dari lebih 100 negara menyertai perhimpunan itu tahun ini,” kata Nurul Islam.

Friday, January 11, 2013

SEKULAR DAN BAGAIMANA GAJINYA...FIKIR2LAH

Sekular Dalam Pendidikan

Kasihan kepada rakyat Malaysia yang terpaksa menerima asuhan pendidikan sekular yang telah lama bermaharajalela. Kini, kesannya membarah dalam masyarakat hatta pada para sarjana dan mereka yang digelar cendekiawan. Kita perlu bekerjasama membantu menyedarkan masyarakat akan pelbagai penyelewengan ilmu dan falsafah dalam sistem pendidikan.

Masalah ini terjadi apabila kerajaan yang ada sekarang meneruskan dasar sekular British, oleh kerana itulah British mudah untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu kerana bakal pemerintahnya adalah anak murid British sendiri. Sehingga kini, sistem sekular yakni sistem yang mengasingkan ajaran agama dari pelbagai sudut kehidupan terus diamalkan seperti dalam pentadbiran (politik), undang-undang jenayah, pendidikan dan lain-lain.

Sistem Pendidikan Islamik

Secara ringkasnya, apa yang dimaksudkan pendidikan Islamik tanpa pengaruh sekular adalah pendidikan tersebut semestinya berteraskan aqidah Islamiyyah yang bermatlamat mengejar redha Allah SWT, mengejar apa yang digariskan Islam dan bukannya apa yang dikejar materialis atau nasionalis.

Subjek Pendidikan Islam perlu diangkat melebihi subjek-subjek lain bagi seorang penuntut Muslim, ertinya subjek Pendidikan Islam @ al-Quran & as-Sunnah perlu menjadi induk yang memayungi dan memantau segala teori dan amali dalam subjek-subjek lain di bawahnya seperti Sains, Pendidikan Jasmani, Biologi, dan lain-lain.

Kesemua subjek tersebut perlu dikaitkan dengan al-Quran dan as-Sunnah dengan bimbingan ulama. Ia tidak boleh dibiarkan bersendirian seperti layang-layang yang tidak punya tali atau anak-anak ayam yang ketiadaan ibu seperti yang berlaku dalam sistem pendidikan sekarang di mana subjek Pendidikan Islam hanya dianggap sama taraf malah lebih rendah dari subjek-subjek lain. Inilah yang dinamakan sekular apabila Islam / ilmu @ panduan Islam dianggap suatu serpihan atau sebahagian dari perbendaharaan keseluruhan ilmu.

Kesan Dipimpin Oleh Mereka Yang Benar-Benar Berilmu

Sejak dahulu lagi, mereka yang berjaya memimpin suatu masyarakat adalah mereka yang alim terutama dalam al-Quran dan as-Sunnah. Ini dibuktikan oleh Umar Abd Aziz, Sultan Muhammad al-Fateh, Salahuddin al-Ayyubi, dan sebagainya. Selain mahir dengan 'ilmu dunia', mereka juga merupakan Muslim yang taat malah boleh dikategorikan sebagai ulama.

Semua ilmu dunia sebenarnya berpunca daripada dua sumber ini yakni al-Quran & as-Sunnah. Jadi, sesiapa yang benar-benar memahami dan mampu mengamalkan ilmu yang terkandung di dalamnya maka dia / mereka akan berjaya. Jika kita menjumpai mereka ni, angkatlah mereka sebagai pemimpin, kelak kita akan dibawa ke arah kejayaan dunia akhirat. InsyaAllah.

Mulakan dengan pendidikan dari sumber yang sahih bukan dari worldview / perspektif tokoh-tokoh kafir. Mungkin ada sesetengah pendapat mereka benar, namun ia pasti tidak tepat jika tidak berpandukan pada Islam / tidak berpandukan pada al-Quran & as-Sunnah.

Nukilan,

Seorang Sahabat

Faizal Yusup menambah,

Ingatlah pendidikan akademik atau sekular ini sebenarnya berasaskan teori keraguan yang mencari kebenaran sedangkan asas pendidikan Islam pula adalah kebenaran yang tiada keraguan. Malah seperti yang pernah saya huraikan ramai ahli akademik yang mengkaji akhirnya bertemu dengan kebenaran di dalam Al Quran hingga menyebabkan mereka ini memeluk ugama islam.

Pendidikan sekular ini bagi saya hanya menajamkan mata kasar dan mata akal tetapi ia tidak menajamkan mata hati. Kita belajar perihal pokok dari pelbagai sudut akademik tetapi kita tidak mempelajarinya sebagai makhluk Allah SWT yang berkhidmat contohnya.

Salah satu cara untuk membezakannya antara ilmu dan pengetahuan atau untuk membezakan samaada input itu sekular atau sebaliknya tanyalah diri satu soalan ini.

“Adakah pengisian ini boleh digunakan lagi 100 tahun dari sekarang?”

Ini kerana pengisian ilmu dari Al Quran dan As Sunnah releven sepanjang zaman, ia menjangkaui zaman semenjak 1400 tahun dahulu hingga sekarang juga di masa-masa yang akan datang.

Penerapan nilai sekular ini hanya membawa kepada terbitnya pelbagai gejala sosial yang semakin meruncing di zaman ini disebabkan oleh masalah kekotoran hati dan ia hanya akan dapat dibendung oleh penerapan nilai Islam yang pastinya akan membaiki akhlak setiap insan bernama manusia.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…


Pendidikan Sekular

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pendidikan Sekular merupakan sistem pendidikan awam di dalam negara yang diperintah oleh kerajaan sekular atau pemisahan antara agama dan negara.
Sebagai contoh, pendidikan sekular akan sistem pendidikan awam Perancis, akan pergi jauh ban conspicuous religious symbols in schools.
Pada tahun 2009 satu badan baru yang ditubuhkan, Australian Secular Lobby, akan memperkenalkan pendidikan sekular di Australia.
Pedoman Sistem Pendidikan Sekular: Fesyen Untuk Meraih Manfaat, Bukan Untuk Menutup Aurat!!
Isnin, 07 Jun 2010 14:22
PARA pemenang bergambar bersama Naib Canselor UiTM Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid (kemeja batik)Elemen Rekaan Eksklusif
PADA setiap tahun, para pelajar Fakulti Seni Reka Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang telah menamatkan pengajian akan mempamerkan hasil rekaan masing-masing dalam satu pertunjukan fesyen khusus untuk mereka.

Mereka akan diberikan tema tertentu sebagai panduan dalam hasil rekaan pada setiap kali pertunjukan fesyen diadakan.

Tahun ini tema Elemen telah dipilih sempena Pertunjukan Fesyen Ijazah 2010 pelajar-pelajar Fakulti Seni Reka Fesyen UiTM yang diadakan baru-baru ini di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.

Elemen merupakan pertunjukan fesyen yang mempamerkan koleksi rekaan kreatif pelajar-pelajar semester akhir bagi memenuhi syarat program pengajian dua tahun Ijazah Seni Reka (Fesyen).

Bakat dan keupayaan pelajar yang memperoleh inspirasi daripada pelbagai sumber dan memilih elemen yang bersesuaian bagi projek rekaan mereka dapat dilihat daripada rekaan yang dipertontonkan.

Pertunjukan fesyen ini menggabungkan bakat, teori, rekaan, teknikal serta kebolehan pelajar-pelajar tahun akhir yang mengambil inspirasi daripada pelbagai sumber bagi menghasilkan koleksi mereka.

Setiap rekaan yang dilihat merupakan hasil titik peluh pelajar dan mempamerkan kepakaran pelajar bermain dengan elemen garisan, tekstur, perincian dan bagaimana mereka menggunakan teknik draping, pleating, ilusi dan drama yang mengangkat martabat fesyen sebagai satu hasil seni tulen.

Hasil rekaan memfokus pada satu kategori tertentu seperti koktel, kostum, kasual dan art-to-wear supaya pelajar dapat memberikan tumpuan pada setiap rekaan mereka.

Walaupun para pelajar diberi kebebasan bagi melahirkan hasil rekaan namun mereka tetap dipantau dan diberikan bimbingan daripada segi teknikal oleh pensyarah.

Paling penting hasil rekaan pelajar kelak mendapat pasaran daripada dunia fesyen tanah air mahu pun antarabangsa. Pun demikian, aspek estetik masih diutamakan supaya para pelajar tidak tersasar daripada rekaan yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat Malaysia.

Usaha yang dilakukan oleh universiti yang pernah memenangi Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2008 ini merupakan satu cara ke arah melahirkan lebih ramai pereka fesyen berwibawa negara pada masa hadapan.

Seramai 44 orang pelajar sesi Disember 2009 hingga Mei 2010 telah mengambil bahagian dan setiap seorang pelajar mempersembahkan sebanyak lima helai rekaan baju yang berbeza. Ini bermakna sebanyak 220 helai rekaan dapat disaksikan pada malam persembahan yang turut disaksikan oleh Naib Canselor UITM, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid, para pensyarah, ibu bapa dan bekas pelajar.

Sumber: Utusan Malaysia Online 02/06/2010

Pedoman Sistem Pendidikan Sekular: Fesyen Untuk Meraih Manfaat, Bukan Untuk Menutup Aurat!!

Luahan hati para aktivitis yang berada di atas Mavi Marmarra dalam misi bantuan ke Gaza yang menyaksikan kapal dengan misi ’Flotila Pembebasan – Life Line For Gaza (LL4G) bertukar menjadi tasik darah akibat serangan tentera Israel laknatullah cukup untuk membuat umat Islam dirundung kesedihan melihat kesengsaraan saudaranya. Malangnya, sebahagian remaja di negara 1Malaysia ini begitu teruja menyambut kejayaan mereka dalam merealisasikan aspirasi Barat iaitu kebebasan dan kepentingan manfaat. Keperitan yang dialami umat Islam di lain-lain belahan dunia seolah-olah tiada ada kena-mengena dengan mereka. Walhal Junjungan Mulia Muhammad Salallahu alaihi Wasallam telah mengingatkan: "Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim)” [Hadis Riwayat Thabrani].

Hal ini adalah sesuatu yang tidak mengejutkan dalam dunia Kapitalis, yang mana apabila suatu perkara membawa keuntungan, nilai-nilai lain akan diketepikan. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Taala telah mengkhabarkan kepada kita mengenai kenyataan ini. “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah”. [TQM Al-An’am(6): 116].

Realitinya, ideologi Sekular-Kapitalis lah yang sedang menjadi ikutan masyarakat dunia sekarang sehingga orang Islam sendiri sesat daripada syariat yang telah diciptakan oleh Penciptanya untuk panduan hidup manusia. Inilah yang berlaku kepada para belia harapan 1Malaysia di universiti assobiyah Melayu apabila mereka diberi kebebasan dalam melahirkan hasil rekaan pakaian. Rekaan mereka hendaklah menepati salah satu kategori samada koktel, kostum, kasual dan art-to-wear  yang secara jelas tidak bersumber daripada Al-Quran dan As-Sunah.

Padahal Allah SWT telah menetapkan cara berpakaian tertentu bagi umat Islam. Bagi muslimah, Allah Subhanahu wa Taala telah mensyariatkan beberapa perkara untuk dipenuhi dalam berpakaian. Antaranya adalah suruhan untuk memakai tudung (khimar) sebagaimana maksud firman Allah dalam Surah An Nur ayat 31: “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka”, [TMQ An-Nur (24):31]

Wanita juga diperintahkan untuk mengenakan jilbab dalam kehidupan umum (public life)  iaitu “Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka” [TQS Al-Ahzab (33) :59], serta larangan bertabarruj (berhias).

Dengan wujudnya pelbagai rekaan pakaian seperti yang dihasilkan oleh remaja-remaja ini, kaum Muslimah akan berpakaian kerana fesyen dan bergaya untuk kecantikan dan kemewahan dan bukan untuk menunaikan kewajipannya menutup aurat di hadapan laki-laki ajnabi. Perkara ini terbukti, sebagai contoh, baru-baru ini MEGA-Utusan Malaysia dan Butik MaMa telah menganjurkan Peraduan Muslimah Bergaya Bersama Ibu Tersayang yang telah membuka ruang kepada muslimah berfesyen untuk merebut hadiah lumayan iaitu berpeluang menghadiahkan ibu dengan wang tunai RM3,000 dan produk Butik MaMa bernilai RM500 serta peluang menjadi model tudung dan pakaian untuk butik tersebut bersama duta produk.(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Feminin&pg=fe_01.htm)

Apa yang anak-anak harapan ini lakukan adalah semata-mata untuk memenuhi kehendak duniawi mereka iaitu untuk memenuhi syarat program pengajian dua tahun Ijazah Seni Reka (Fesyen) di universiti itu. Dan sebagai kesan pemikiran kapitalis, mereka bercita-cita untuk menembusi pasaran dunia fesyen tanah air mahu pun antarabangsa dan seterusnya ke arah melahirkan lebih ramai pereka fesyen berwibawa negara pada masa hadapan.

Jadi, telah terang lagi bersuluh. Inilah produk keluaran sistem pendidikan Sekular yang melahirkan pelajar yang berorientasikan peperiksaan (exam-oriented student) semata-mata tanpa menitikberatkan pembentukan syakhsiyah Islam dalam diri setiap pelajar. Apa yang dititikberatkan adalah mereka perlu mencapai keputusan yang terbaik dalam peperiksaan untuk bersaing di pasaran kerja selepas tamat belajar.

Wahai umat Islam,
Bukalah matamu, celikkanlah mindamu,
Islam telah mengatur sistem pendidikannnya tersendiri. Sistem pendidikan Islam yang diterapkan kepada para pelajar hendaklah berteraskan aqidah Islam yang akan mencerminkan syakhsiyah Islam kepada setiap pelajar. Hasilnya, para pelajar akan meraih kecemerlangan yang seimbang dari segi akademik dan juga syakhsiyah Islamiyah kerana setiap ilmu yang diperolehinya akan digunakan untuk meraih redha Allah.

Wahai pemuda pemudi Islam sekalian!
Adakah kamu lupa pada tuntutan daripada Allah yang menciptakan kamu? Allah telah memberi peluang kepada kamu untuk berlabuh di dunia yang sementara ini bagi menyiapkan bekalan untuk hidup kekal di syurga nanti. Kesenangan-kesenangan duniawi itu hanya sebentar dan tidak kekal. Janganlah kamu terperdaya dengan kesenangan-kesenangan dunia, serta lalai dari memperhatikan urusan akhirat. "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" [TMQ Al-An’aam (6):32]

Allah telah melahirkan kamu ke dunia ini daripada rahim ibu kamu adalah untuk kamu mengabdikan dirimu kepada Allah Subhanahu wa Taala. "Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (beribadah) kepada-Ku." [TMQ. adz-Dzariyat (51): 56]

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. "[TMQ Al-Insaan (76):2]

Sedarlah bahawa kamu sekarang telah dibelenggu oleh rantai demokrasi dan telah diperolok-olokkan oleh idea kebebasan ciptaan akal si Kuffar Barat. Ambillah Islam sebagai manual kehidupan kamu dan berjuanglah untuk merealisasikannya dalam kehidupan seluruh umat manusia di dunia ini. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang disebut oleh Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam dalam hadis di bawah. Na’uzubillahi min zaalik!

"Aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap kematian kemudian dia (masih) bergembira, aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap neraka kemudian dia (masih) ketawa, aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap kadar ketentuan Allah kemudian dia (masih) kecewa, aku hairan (melihat) orang yang melihat bagaimana dunia memutar belitkan penghuninya kemudian dia (masih) tenang hati terhadap dunia, aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap wujudnya hari hisab kemudian dia (masih) tidak beramal." [HR Ibn Hibban]

Wallahua’lam
Artikel Islami
11 November 2002 - 10:54
SEKULERISME DALAM SISTEM PENDIDIKAN    
Oleh Muhammad yusran
Kondisi Realitas
Apa itu sekulerisme? Menurut Muhammad Qutb ( ancaman sekulerisme,1986) diartikan sebagai, Iqomatu al-hayati 'ala ghoyri asasina mina al-dini( membangun struktur kehidupan di atas landasan selain sistem Islam). Dan An-Nabhani mengartikan, "Pemisahan agama dengan kehidupan, ide ini menjadi aqidah(asas), sekaligus qiyadah fikriyah (kepemimpinan ideologis) serta sebagai qaidah fikriyah ( landasan berfikir)"(lihat:Nizhamul Islam Al Quds,1953) atas dasar berfikir ini, mereka berpendapat bahwa manusia sendirilah yang berhak membuat peraturan hidupnya, dan sesuai dengan hawa nafsu serta akalnya yang sangat terbatas itu.
Sangat ironis. Jelas kondisi ini menimpa sistem pendidikan itu sendiri, dan hampir di semua negara bahkan negeri-negeri kaum muslimin terhadap dunia pendidikan mereka ketika ini, akibat dari apa yang disebut westoxciation ( Racun Pemikiran Barat) yakni: pluralisme, sinkretisme, nasionalisme, liberalisme, kapitalisme, sekulerisme dan seabrek isme lainnya dan mencoba untuk melakukan imitasi bahkan subtitusi secara total atau melakukan pemblasteran ( perkawinan ) antara Sistem Barat ( Sekuler-Liberal ) dengan Sistem Islam yang suci, fitrah dan mulia itu. Fenomena dunia pendidikan menjadi topik perbincangan yang menyentuh berbagai kalangan dari masyarakat jelata, para profesional, akademisi, cendekiawan sampai birokrat namun tidak berdaya menyatukan konsep dan realitas, justeru SDM semakin carut-marut dan porak-poranda yang memiliki karakteristik pola fikir dan pola sikap yang tidak Islami.
Para pengambil kebijakan itu tidak mampu memberdayakan masyarakat lewat pendidikan sehingga banyak terjadi pengangguran, tawuran, pencurian, pergaulan bebas dan setumpuk masalah sadisme lainnya. Setidaknya dua fenomena pendidikan yang dihadapi negara-negara di dunia ketika ini: pertama, secara mikro ( prasarana & SDM ), kedua secara makro (sistem pendidikan). Yusuf Kalla bertutur "KKN telah merasuki sendi-sendi kehidupan contoh pendidikan : uang bangku, uang bangunan, lewat jendela. Alangkah naifnya sistem pendidikan "Indonesia", yang mengemban misi luhur untuk mendidik dan membudayakan ilmu dan menanamkan moral ternyata langkah awalnya, sudah di ajarkan mata pelajaran KKN sebagai mata kuliah/pelajaran perdana serta arogansi intelektual mahasiswa yang tidak kunjung sadar dan insyaf dalam meramu kegiatan OSPEK yang tidak Islami itu, sehingga berada di luar nilai-nilai luhur kemanusiaan yang dijunjung tinggi oleh Islam.
Realitas ini sepatutnya membuat umat mengurut dada, dan prihatin bukankah pendidikan adalah sokoguru pembangunan dan keberhasilan suatu umat?, bila anak-anak dan para pemuda tidak mendapatkan pendidikan yang layak, dapat dibayangkan generasi macam apa yang muncul di masa datang. Pertanyaan muncul apakah Islam mampu memberikan solusi bagi dunia pendidikan. Jargon umum yang mashur di masyarakat adalah sosok mahasiswa/sarjana sebagai "Agen of Change", sehingga sistem pendidikan suatu masyarakat cukup beragam sesuai dengan karakteristik kultur dan norma yang mendasari kehidupan masyarakat tersebut.
Kadang kita bangga ketika menengok corak dan karakteristik pendidikan Barat dan Eropa yang unik [baca:sekuler] dan maju, tapi tidak bisa dikesampingkan kebobrokan moral dan etika yang menghancurkan pranata-pranata kehidupan sosial manusia yang agung dan fitrah dari asalnya, dan masyarakat yang bertumpu pada nilai-nilai materialistik semata-mata, hanya akan melahirkan generasi yang berfikir materi semata "Profit Oriented" dan mejadikan manusia Economy Animal (Binatang Ekonomi). Kebingungan lain yang sering timbul adalah bagaimana mengaitkan agama dan pendidikan umum secara wajar.
Bagaimana mempersandingkan dan menggandengkan pelajaran agama dengan eksakta?. Bagaimana madrasah harus menghadapi Teori Darwin dalam bidang Biologi. Semua itu jelas akan terjadi bila tsaqofah sekuleris menggerogoti sistem pendidikan. Anekdot yang menggelikan dan bodoh adalah bagaimana mencetak generasi "Berotak Jerman dan berhati Mekkah". Istilah-istilah ini mencoba menjelaskan Islam yang hanya mengaburkan bahkan menghilangkan esensi pemikiran Islam yang murni, agung dan mulia.
Kondisi Ideal
Secara jelas dan pasti Islam menjadikan tujuan (Goyah) pendidikan adalah melahirkan "Kepribadian Islam" dan membekali dengan pengetahuan yang berkaitan dengan kehidupan ( lihat: An-Nabhani. Nizhamul Islam, Al-Quds 1953), sehingga metode penyampaian pelajaran dirancang sedemikian rupa untuk menunjang tercapainya tujuan dan setiap metodologi yang tidak berorientasi pada tujuan tersebut dilarang [baca:haram]. Dengan demikian pendidikan Islam tidak hanya "Transfer of Knowledge", tanpa memperhatikan ilmu pengetahuan yang diberikan itu, apakah dapat menumbuhkan pola fikir dan tingkah laku yang Islami atau tidak. Olehnya itu harus selalu terikat dengan Ide tentang kehidupan dan nilai-nilai kehidupan Islam yang selalu berputar pada lingkaran peningkatan Iman.
Apabila terdapat tsaqofah yang jika diajarkan mengakibatkan penyelewengan, penyimpangan dan memperlemah aqidah, maka haram mempelajarinya, sampai efek negatifnya hilang (sesuai kaidah fiqih). Dikotomi ilmu pengetahuan dalam Islan tidak ada, tetapi justeru muncul dalam masyarakat Sekulerisme-Liberalisme. Generasi muslim yang intelek dibidangnya masing-masing sesuai dengan kenginan dan kebutuhannya, sekaligus sebagai seorang yang faqih fid Din ( memahami Islam) dan berkepribadian Islam. Tidak ada pemisahan ilmu agama dan dengan ilmu tentang kehidupan dan tidak dikenal rohaniawan atau birokrat, ilmu adalah milik Allah SWT dan kita semua wajib mengamalkan sesuai dengan syariat Islam.
Konsepsi ini terbukti dan rill pada masa pemerintahan Khilafah Islamiyah. Tatkala Eropa terbelenggu dan terpasung oleh kebodohan, kejumudan dan hal-hal yang berbau mistis, kaum Muslim telah menikmati kamajuan sains dan ilmu pengetahuan yang belum pernah dijumpai dalam sejarah kemanusian sebelumnya. Jadi dalam kondisi sekarang ini, harus ada perubahan mendasar yaitu : "Perubahan Paradigma Pendidikan" meliputi: kebijakan pendidikan, kurikulum, metode pengajaran. Dan "Perubahan Konsepsi Ilmu" atau dengan istilah science Islamitation (Gerakan Islamisasi).
Proses Islamisasi memiliki empat tingkat kepentingan yang inheren dan berkorelasi erat, yakni:
  1. kepentingan aqidah,
  2. kepentingan kemanusiaan,
  3. kepentingan peradaban,
  4. kepentingan ilmiah.
Islam memposisikan pendidikan pada hukum wajib, jadi menyianyiakan dan mengabaikan pendidikan setiap manusia adalah kemungkaran, jadi jelasnya kemungkaran ini banyak diabaikan. Islam telah memberikan solusi praktis, tepat dan jelas. Mewajibkan negara berperan penuh dan bertanggungjawab dalam menyelenggarakan pendidikan umat dalam memahami Tsaqofah Islamiyah dan kemaslahatan umum rakyatnya, termasuk non-muslim yang dilindungi haknya untuk hidup damai dan sejahtera, jadi jelas kewajiban diujudkannnya Negara Khilafah Islamiyah yang akan menghimpun warna-warni serta potensi kaum muslimin dan menyatukan Dunia Islam serta akan mengatur tatanan hidup kemanusiaan dengan adil, bijaksana dan tidak melanggar fitrah manusia yang suci dan luhur sebagaimana Barat membangun manusia dengan sekulerisme-liberalismenya. Dengan Sistem Islam menjadikan hidup ini diliputi keberkahan dan kedamaian. Bila kewajiban[baca:pendidikan ideal] ini hanya mungkin dengan ditegakkannya sistem politik dan pemerintahan Islam, maka tegaknya sistem [baca: Daulah khilafah Islamiyah] Itu wajib adanya, sebagaimana kaidah syara'
" ma la yatimmul wa jibu illa bihi fahuwa wajib", [ Bila suatu kewajiban kecuali adanya sesuatu maka sesuatu itu wajib adanya] Wallahu Mustaan. Wa maa tau fiiqii illaa billaah
___________________________________________________________________
Penulis adalah Mahasiswa Ekonomi/Akuntansi UNIVERSITAS NEGERI MAKASSAR
KETUA UMUM FKI FIS-FOSDIK AL UMDAH UNM
SULAWESI SELATAN 



Malaysia – Negara Islam atau Sekular?

Assalamualaikum,
Ini adalah sebuah artikel berkenaan dengan definisi Negara Islam yang agak ilmiah dari Hizbut Tahir Malaysia. Artikel ini menjelaskan bahawa Malaysia sebenarnya bukan sebuah Negara Islam. Secara peribadi saya bersependapat dengan HTM dalam bab negara ini
Malaysia – Negara Islam atau Sekular?
Isu Malaysia sebagai
sebuah ‘Negara Islam’ mula diperkatakan dengan hangat apabila Dato’ Seri Dr.
Mahathir (Perdana Menteri Malaysia ketika itu) mengisytiharkannya secara terbuka
pada 29/09/01 semasa Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan ke-30 Parti Gerakan
Rakyat Malaysia. Bermula dari sini, ada pihak yang kerana ingin menjaga periuk
nasi hanya tunduk dan ‘yes sir’ sahaja kepada apa yang diumumkan.
Di samping itu, tidak kurang juga bilangan pihak yang menyanggah pernyataan
tersebut, termasuklah dari golongan bukan Islam sendiri. Yang pasti, perdebatan
mengenainya sehingga kini masih belum sampai ke penghujung. Baru-baru ini pula,
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjawab
pertanyaan dari wartawan mengatakan bahawa Malaysia bukan negara sekular tetapi
merupakan sebuah negara Islam dengan takrifnya yang tersendiri.
Menurutnya lagi, Malaysia tidak pernah berpegang kepada sekularisme tetapi
didorong oleh asas Islam kerana perlembagaan jelas menyebut bahawa Islam adalah
agama rasmi. Ketika diajukan soalan tentang kerajaan kelihatan sedang menuju ke
arah menjadikan Malaysia sebuah negara sekular, Najib berkata: “Saya perlu
betulkan anda. Kita tidak pernah menjadi sekular kerana sekular seperti yang
ditakrif oleh Barat bererti meminggirkan prinsip Islam daripada cara kita
mentadbir negara. Kita tidak pernah berpendirian sedemikian (kerana) kita
sentiasa didorong oleh pegangan kita kepada asas Islam. Tanggapan anda adalah
salah.” [UM 18/07/07]
Hasil dari kenyataan Najib tersebut, banyak pihak yang tidak berpuas hati dan
menyuarakan ketidaksetujuan mereka, termasuklah dari Parti Komponen Barisan
Nasional sendiri. Dalam reaksinya, Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan
memetik memorandum yang diserahkan oleh Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid
pada 27/09/1956 yang berbunyi “Agama Malaysia adalah Islam. Kepatuhan kepada
prinsip ini tidak boleh boleh meminggirkan rakyat bukan Islam yang memeluk dan
mengamalkan agama masing-masing dan tidaklah bermakna bahawa Malaysia bukannya
Negara Sekular”. Ong seterusnya memetik satu nota yang disediakan oleh Colonial
Office bertarikh 23/03/1957 semasa London Conference Talks yang berbunyi,
“Para anggota delegasi Parti Perikatan menekankan bahawa mereka tidak ada niat
untuk mewujudkan (negara) teokrasi Muslim tetapi bahawasanya Malaya akan menjadi
Negara Sekular”. “Ini adalah niat asal yang begitu jelas dan nyata oleh
ahli-ahli UMNO, MCA dan MIC”, kata Ong. Ahli Parlimen Kota Melaka, Wong Nai Chee
pula menyatakan bahawa sifat semulajadi Perlembagaan Persekutuan yang
sememangnya sekular menjadi asas kepada pembentukan bangsa semenjak 1957 dan
diimplementasikan semula pada 1963 (semasa penubuhan Malaysia). “Kedudukan
Perlembagaan bahawa Malaysia adalah Negara Sekular juga telah disahkan oleh
Mahkamah Agung pada tahun 1988 di dalam kes Pendakwaraya –vs- Che Omar”, tegas
Wong lagi. [The Star 19/07/07]
Kecelaruan Takrif
Mutakhir ini kita melihat hasrat umat untuk kembali semula kepada Islam semakin
meningkat. Arus kebangkitan Islam telah mengalir di mana-mana dan menyapu
apa-apa sahaja yang menghalang laluannya. Rata-rata umat Islam sudah mula nampak
bahawa keburukan yang membelenggu mereka selama ini adalah berpunca dari sistem
sekular yang busuk. Kebangkitan ini dapat dilihat telah menjadi ancaman kepada
mereka yang memegang tampuk kekuasaan.
Justeru, agar tidak ditolak oleh kebangkitan rakyat yang mahukan Islam, maka
golongan ini terpaksa merubah ‘haluan’ mereka agar nampak lebih ‘Islami’.
Tindakan ini perlu agar mereka dilihat sejalan dengan arus (Islam) yang menerpa
dan dalam masa yang sama mereka boleh kekal di kerusi pemerintahan. Padahal,
pada hakikatnya, mereka boleh terus kekal di kerusi pemerintahan hanya dengan
membuang sistem sekular dan menggantikannya dengan hukum-hakam Islam. Sekiranya
mereka melakukan perkara ini, InsyaAllah seluruh umat Islam akan mendokong
pemerintahan mereka. Malangnya mereka ternyata lebih rela membenarkan dunia yang
fana’ ini membelenggu mereka.
Dalam mengubah ‘haluan’ ini, pelbagai kekeliruan ditimbulkan dalam penggunaan
istilah seperti ‘sekular’ dan ‘Negara Islam’. Istilah-istilah ini ditakrif
mengikut kehendak sendiri tanpa bersandarkan fakta dan dalil yang sahih. Oleh
itu, kita menyaksikan pada hari ini banyak konsep, definisi dan istilah-istilah
Islam yang sebelum ini begitu jelas menjadi kabur, keliru, terseleweng dan yang
lebih teruk, hilang dari kamus kaum Muslimin.
Walaupun istilah hudud telah dikenali ramai, namun istilah-istilah seperti
ta’zir, ghanimah, jizyah, khumus, siyasah, kharaj, usyur, darul harb, darul
islam dan banyak lagi ternyata kabur, malah sebahagian dari umat Islam sendiri
langsung tidak memahaminya. Istilah seperti khalifah, syura, wali, jihad dan
sebagainya pula telah diselewengkan sehingga lari dari maknanya yang sebenar
dari segi syara’. Inilah juga apa yang telah terjadi dengan istilah Darul Islam
(Negara Islam) di mana ramai umara’ dan ulama sekarang memberikan maksud baru
Negara Islam yang begitu asing dari Islam, sehingga ada yang membolehkannya
diterjemah mengikut acuan sendiri.
Maksud ‘sekular’ juga telah dipolemikkan sehingga umat terjerat dengan pelbagai
tafsirannya. Ada yang cuba memesongkan maknanya dengan mengatakan bahawa ‘kita
mesti memahami istilah sekular bukan sebagaimana takrifan Barat’ yang
seolah-olah menjelaskan ‘sekular’ boleh ditakrifkan dengan maksud yang baik,
jika tidak mengikut Barat.
Ada yang mengatakan sekular bermaksud tidak mempercayai hari kiamat dan hisab di
akhirat. Manakala sebahagian umat Islam yang lain hanya nampak sekular membawa
erti politik yang dipisahkan dari agama. Justeru, adalah perlu untuk kita
mencerahkan kembali kekaburan penakrifan sekularisme dan Negara Islam
memandangkan telah berlaku pelbagai tafsiran mengikut kepentingan yang tersasar
jauh dari maksud sebenar istilah-istilah ini.
Malaysia Dan Sekularisme Sesungguhnya Barat adalah penganut dan pengembang
Ideologi (mabda’) Kapitalis yang menjadikan sekularisme sebagai akidah mereka.
Kelahiran mabda ini bermula pada saat kaisar (caesars) dan raja-raja di Eropah
menjadikan agama sebagai alat untuk memeras, menganiaya dan menghisap darah
rakyat. Para pemuka agama (gereja) waktu itu, dijadikan perisai untuk mencapai
keinginan mereka. Maka timbullah pergolakan sengit, yang kemudian membawa kepada
kebangkitan ahli falsafah dan cendekiawan.
Sebahagian mereka mengingkari adanya agama secara mutlak, sedangkan yang lainnya
mengakui adanya agama, tetapi menyeru agar ia dipisahkan dari kehidupan dunia.
Sampai akhirnya, pendapat majoriti dari kalangan ahli falsafah dan cendekiawan
itu lebih cenderung memilih idea untuk memisahkan agama dari kehidupan yang
kemudiannya menghasilkan usaha pemisahan antara agama dengan negara. Jika dahulu
agamalah yang menjadi penentu di dalam kehidupan, sekarang, telah disepakati
agar agama tidak diperhitungkan lagi dalam kehidupan ini. Maksudnya, seseorang
boleh menerima mahupun menolak agama (atau Tuhan) selama mana ia (agama) tidak
campurtangan dalam kehidupan.Pokoknya, agama itu harus dipisahkan dari kehidupan
dan kehidupan mesti ditentukan sendiri oleh manusia.
Idea ini dianggap sebagai kompromi (jalan tengah) antara pemuka agama yang
mengkehendaki segala sesuatu itu harus tunduk kepada mereka (atas nama agama)
dengan para ahli falsafah dan cendekiawan yang mengingkari adanya agama. Jadi,
idea sekularisme ini sama sekali tidak mengingkari atau menolak adanya agama,
cumanya ia tidak menjadikan agama berperanan dalam kehidupan. Ini menjadikan
agama hanya sekadar ‘formaliti’ belaka, kerana sekalipun mereka mengakui
kewujudannya, namun pada dasarnya mereka menganggap bahawa kehidupan dunia ini
tidak ada hubungannya dengan agama.
Justeru, kita menyaksikan bahawa sesiapa yang mahukan agama, maka mereka akan
pergi ke gereja-gereja untuk ‘berhubung’ dengan Tuhan mereka tetapi apabila
mereka (di luar gereja) melakukan aktiviti jual beli, mengambil riba,
sewa-menyewa, mencuri, membunuh, berzina dan sebagainya, maka segala peraturan
dalam hal ini ditentukan oleh mereka sendiri tanpa ada ketentuan atau ‘hubungan’
dengan Tuhan. Penentuan jenis hukuman, terpuji dan tercela, halal dan haram dan
sebagainya berada di tangan manusia dan boleh diubah mengikut kehendak manusia.
Dengan kata lain, mereka meyakini bahawa peraturan kehidupan tidak ada
‘hubungan’ dengan Tuhan, kerana agama hanyalah berperanan dalam mengatur
‘hubungan peribadi’ seseorang itu dengan Tuhannya sahaja. Setelah mereka sepakat
untuk memisahkan agama dari kehidupan, maka timbullah persoalan bagaimana untuk
mengatur kehidupan manusia, apakah yang harus dilakukan dan apakah tolok ukur
yang akan digunakan. Dari sini timbullah idea demokrasi yang dianut oleh
ideologi ini yang berasal dari pandangannya bahwa manusialah yang berhak membuat
peraturan (undang-undang). Menurut keyakinan mereka, rakyat adalah sumber
kekuasaan. Rakyatlah yang berhak membuat undang-undang dan setiap orang bebas
berpendapat dan berbuat sesuka hati di dalam mengatur kehidupan ini.
Oleh kerana ada terlalu ramai manusia dan ini menyukarkan proses untuk membuat
sesuatu peraturan atau mengambil keputusan, maka mereka menetapkan agar dilantik
wakil (rakyat) dan diambil suara majoriti di dalam apa jua keputusan. Dengan
ini, mereka boleh menggubal, meminda dan menghapuskan mana-mana undang-undang
semahu mereka berdasarkan kaedah atau kehendak majoriti tadi. Inilah konsep
sekular yang mereka terapkan di dalam negara mereka. Kemudian, apabila mereka
menjajah negeri-negeri umat Islam, konsep inilah yang mereka bawa dan terapkan
di dalam negeri umat Islam sehingga kita saksikan sekarang di seluruh dunia
Islam termasuk Malaysia, konsep sekularisme, iaitu konsep memisahkan agama dari
kehidupan ini (faslud deen’ anil hayah), telah diterapkan dengan baik dan
sempurnanya.
Terlalu banyak bukti yang menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara sekular dan
golongan bukan Islam benar-benar memahami akan hakikat ini. Sebab itulah mereka
boleh mendatangkan fakta yang tidak dapat disangkal membuktikan yang Malaysia
adalah sebuah negara sekular. Malangnya, dengan hanya pengisytiharan oleh
seorang pemimpin, banyak pihak cuba menegakkan benang yang basah.
Dalam ruangan yang serba sempit ini, kami paparkan sedikit bukti baik secara
normatif, empirik mahupun historis yang dapat disaksikan oleh setiap orang yang
mempunyai penglihatan dan pendengaran berkenaan hakikat Malaysia sebagai sebuah
negara sekular:
(i) Bukti Normatif: Perlembagaan Persekutuan yang digubal oleh sikafir Lord Reid
adalah bukti yang paling jelas meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara
demokratik, sekular dan berbilang agama dengan kedudukan Islam hanyalah sebagai
agama rasmi. Ini diperjelaskan lagi dari peristiwa semasa majlis sambutan
harijadi Tunku Abdul Rahman yang ke-81 pada tahun 1983 di mana beliau menegaskan
“Perlembagaan mestilah dihormati dan diikuti. Pernah adanya percubaan oleh
segelintir orang untuk cuba memperkenalkan undang-undang agama dan undang-undang
moral. Ini tidak dibenarkan. Negara ini mempunyai penduduk berbilang kaum dengan
pelbagai kepercayaan. Malaysia mesti terus kekal sebagai negara sekular dengan
Islam sebagai agama rasmi”.
Dari sudut ekonomi pula, sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia adalah sistem
ekonomi Kapitalis di mana riba menjadi tunjang kepada banyak aktiviti
perdagangan, khuususnya perbankan. Judi dan arak dibenarkan dengan hanya
memberikan satu tauliah yang dipanggil ‘lesen’. Hak umum rakyat yang wajib
disediakan secara percuma oleh pemerintah seperti pendidikan, kesihatan, petrol,
air, jalanraya dan lain-lain dikenakan bayaran sesuka hati oleh pemerintah.
Ada yang berdalih dengan mengatakan Malaysia adalah negara Islam dengan adanya
Bank Islam, pajak gadai Islam (ar-Rahn), universiti Islam dan sebagainya. Mereka
jahil bahawa penerapan ‘nilai-nilai’ Islam di dalam sistem Kapitalis tidak
sekali-kali menjadikan sistem itu Islam, sebagaimana jika kita melihat Ah Chong
atau Muthusami menutup aurat seperti yang dituntut oleh Islam tidaklah
menjadikan mereka Muslim.
(ii) Bukti Empirik: Bukti empirik pula boleh dilihat dengan jelas dari
peruntukan Perlembagaan dan undang-undang yang diterimapakai dan diterapkan di
negara ini. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa ia adalah
undang-undang tertinggi negara dan mana-mana undang-undang yang diluluskan
bertentangan dengan Perlembagaan, maka ia secara otomatik akan terbatal.
Peruntukan ini telah meletakkan Al-Quran di bawah (lebih rendah dari)
Perlembagaan dan dengan sendirinya menafikan kedudukan Al-Quran dan Hadis yang
sepatutnya menjadi undang-undang tertinggi (dan satu-satunya undang-undang) bagi
negara. Kewujudan dua sistem mahkamah (sivil dan syariah) mengukuhkan lagi
hakikat yang Malaysia adalah negara sekular (sila rujuk ‘SN117 Konflik Antara
Agama’ dan ‘SN125 Sijil Mati Untuk Lina Joy’ untuk penjelasan lanjut).
Dari sudut pemerintahan pula, sistem yang dilaksanakan adalah Demokrasi
berparlimen – sebuah sistem (sekular) yang dicedok sepenuhnya dari penjajah
British. Mengikut ajaran dan amalan sekular, segala undang-undang hendaklah
dibuat oleh manusia dan hak Allah sebagai As-Syari’ (Pembuat Undang-Undang)
hendaklah diketepikan. Jadi, jika majoriti manusia bersetuju untuk tidak
berhukum dengan hukum Allah, maka ini adalah sah menurut amalan
demokrasi-sekular. Pendek kata, undang-undang boleh digubal, dipinda atau
dihapuskan sesuka hati oleh manusia hanya dengan undi majoriti. Di sinilah
peranan agama dinafikan secara total di dalam menentukan kehidupan.
(iii) Bukti Historis: Hasil dari penjajahan kafir British ke atas Tanah Melayu
yang sebelumnya pernah berada di bawah pemerintahan Islam, undang-undang Barat
yang berasaskan sekular telah diperkenalkan. British telah memaksa umat Islam
menerima undang-undang mereka. Penggantian undang-undang ini tercatat dalam
sejarah penentangan hebat oleh para ulama di Tanah Melayu. Penentangan Naning
(1831-1832) yang dipimpin Dol Said bermula apabila penjajah memaksa kes jenayah
diselesaikan mengikut undang-undang British. Apabila Undang-undang 99
berteraskan Islam diketepikan penjajah, peristiwa ini telah memunculkan
penentangan di Perak.
Di Kelantan pula, penentangan berlaku apabila British melaksanakan undang-undang
berkenaan cukai hasil. Ia dipimpin Tok Janggut (Haji Mat Hassan) dan Engku Besar
Jeram dan dibantu oleh Haji Said, Penghulu Adam dan Ishak Merbau di Pasir Puteh.
Di Terengganu, gerakan dimulakan oleh Sultan sendiri, kemudian oleh Hj Abdul
Rahman Limbong, Haji Musa Abdul Ghani Minangkabau, Syed Saggot dan Tok Janggut
(Lebai Deraman).
Di Pahang, Dato’ Bahaman, To’ Gajah, Mat Kilau, Mat Kelubi, Panglima Muda
Jempul, Mat Lela dan lain-lain telah bangkit meniupkan jihad melawan British
yang telah memaksa pelaksanaan undang-undang British menggantikan undang-undang
Islam di Tanah Melayu. Namun, penjajah berjaya menguasai politik Tanah Melayu
dengan kelicikan dan kekuatan mereka. Sejak itu urusan pemerintahan diurus
dengan undang-undang British dan merekalah yang menentukan perjalanan
pentadbiran dan pemerintahan berdasarkan sistem sekular mereka yang diwarisi
sehingga ke hari ini.
Definisi ‘Dar’ (Negara) Islam
Istilah Negara Islam (Darul Islam) adalah istilah syara’. Negara Islam menurut
syara’ adalah suatu wilayah yang melaksanakan hukum–hakam Islam dan keamanan
wilayah tersebut berada di tangan Islam, iaitu di bawah kekuasaan dan kekuatan
kaum Muslimin, walaupun majoriti penduduknya bukan Islam. Oleh itu, untuk
menentukan keadaan sebuah wilayah, apakah termasuk Negara Islam atau Negara
Kufur, bukanlah negeri atau penduduknya yang diambil kira, tetapi undang-undang
di wilayah tersebut dan keamanannya.
Apabila hukum (undang-undang) yang diterapkan oleh suatu wilayah adalah Islam
dan keamanannya berada di tangan kaum Muslimin, maka wilayah seperti inilah yang
disebut Darul Islam atau Negara Islam. Sedangkan apabila hukum-hakam
(undang-undang) yang diterapkannya adalah undang-undang kufur dan keamanannya
tidak berada di tangan kaum Muslimin, maka wilayah demikian disebut Darul Kufur
atau Darul Harb.
Pengertian ‘dar’ ini diambil dari sebuah hadis riwayat Sulaiman ibnu Buraidah
yang di dalamnya tercantum: “Serulah mereka kepada Islam, maka apabila mereka
menyambutnya, terimalah mereka dan hentikanlah peperangan atas mereka, kemudian
ajaklah mereka berpindah dari negerinya (yang merupakan darul kufur) ke darul
muhajirin (darul Islam yang berpusat di Madinah) dan beritahulah kepada mereka
bahawa apabila mereka telah melakukan semua itu, maka mereka akan mendapatkan
hak yang sama sebagaimana hak kaum muhajirin dan juga kewajiban yang sama
seperti halnya kewajiban kaum muhajirin.” [HR Muslim].
Hadis ini menyatakan dengan jelas wujudnya pembezaan antara Darul Islam dan
Darul Kufur. Hadis ini menunjukkan bahawa apabila mereka tidak berpindah, maka
hak mereka tidak sama dengan kaum muhajirin iaitu orang-orang yang telah berada
di Darul Islam. Dengan demikian, hadis ini sesungguhnya telah menjelaskan
perbezaan hukum (undang-undang) antara orang yang telah berhijrah dan yang
tidak. Darul Muhajirin adalah Darul Islam pada zaman Rasulullah dan selainnya
adalah Darul Kufur. Dari sinilah diambil istilah Darul Islam dan Darul Kufur
atau Darul Harb.
Jadi, penambahan kata Islam, kufur atau harb pada “Dar” adalah mewakili sistem
hukum (undang-undang) dan pemerintahannya. Oleh kerana itu untuk menggunakan
istilah ‘dar’ atau ‘negara’, ianya selalu dikaitkan dengan penguasa iaitu
berkenaan: (1) pemeliharaan kepentingan umat mengikut undang-undang tertentu dan
(2) kekuatan (negara) yang menjaga/membela rakyat serta melaksanakan
undang-undang tersebut, iaitu faktor keamanannya. Dari sinilah dua syarat yang
disebutkan di atas ditekankan. Selain itu mengenai syarat penerapan hukum-hukum,
ia digali dari dalil al-Quran dan juga Sunnah.
Firman Allah: “Barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan
Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir” [TMQ al-Mai’dah (5):44]. Dalam
Hadis riwayat ‘Auf ibnu Malik mengenai kedudukan pemimpin-pemimpin zalim,
tercatit sebahagian di dalamnya: “…ditanyakan oleh para sahabat: ‘Wahai
Rasulullah tidakkah kita perangi saja mereka itu dengan pedang?’ Baginda
menjawab: ‘Tidak selama mereka masih menegakkan solat (maksudnya menerapkan
hukum-hukum Islam) di tengah-tengah masyarakat”.
Terdapat juga hadis riwayat Ubadah ibnu Samit mengenai bai’at aqabah, di mana
katanya: “Dan hendaknya kami tidak menentang kekuasaan penguasa kecuali (sabda
Rasulullah:) ‘Apabila kalian melihat kekufuran yang bersifat terang-terangan,
yang dapat dibuktikan berdasarkan keterangan dari Allah.”. Di dalam riwayat Imam
Thabrani disebut ‘kekufuran yang jelas’ (surahan). Manakala syarat keamanan
mestilah keamanan Islam, yakni di bawah kekuasaan kaum Muslimin, ini diistinbat
dari firman Allah: “Dan Allah (selama-lamanya) tidak memberi hak bagi
orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang mukmin” [TMQ an-Nisa’ (4):141].
Ayat ini bermaksud tidak boleh memberi ruang kepada orang-orang kafir untuk
berkuasa atas orang-orang Mukmin. Ini adalah kerana dengan memberikan kekuasaan
kepada mereka bererti menjadikan keamanan kaum Muslimin berada di bawah
kekuasaan mereka (kufur) bukan di bawah kekuasaan Islam. Keadaan ini boleh
dilihat di negara kaum Muslimin saat ini seperti Pakistan, Afghanistan, Arab
Saudi, Kuwait, Libya dan banyak lagi yang mana pemimpin mereka nyata-nyata
tunduk di bawah rejim kafir Amerika.
Walaupun (kerana keterbatasan ruang) kami tidak dapat mengungkapkan semua nas,
namun berdasarkan nas yang qat’i dari al-Quran dan Hadis, ternyata pada hari
ini, tidak ada satu negarapun di dunia ini, termasuk Malaysia yang layak disebut
negara Islam. Namun perlu difahami bahawa istilah negara sekular atau negara
kufur bukanlah membawa maksud penduduknya juga semua sekular atau kufur. Istilah
ini merujuk kepada ‘negara’ bukan ‘individu’nya. Adapun untuk individu, perlu
dilihat kepada akidah dan pemikiran yang dimilikinya untuk menentukannya samada
ia adalah seorang Muslim, kafir atau sekular.
Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Kita mengetahui bahawa Negara Islam adalah Negara Khilafah
dan inilah bentuk negara dan pemerintahan yang diwariskan oleh Nabi Sallallahu
‘alaihi wa Sallam kepada para sahabat baginda serta generasi sesudah mereka
hingga ke hari kiamat. Kita juga mengetahui bahawa Negara Khilafah ini telah
runtuh kira-kira 83 tahun yang lalu, tepatnya pada tanggal 3 Mac 1924 dan sejak
itu hingga sekarang, Negara Khilafah ini masih belum muncul kembali.
Sedarlah wahai saudaraku bahawa tidak ada satu negara kaum Musliminpun,
termasuklah Malaysia, yang boleh diberi status Negara Islam. Seluruh tanah kaum
Muslimin telah mewarisi bentuk pemerintahannya dari penjajah kuffar, bukannya
diwarisi dari Rasulullah. Justeru itu, bangkitkanlah kalian untuk menunaikan
kewajiban kalian mengembalikan semula, melalui tariqah Rasulullah, Negara
Khilafah yang merupakan satu-satunya Negara Islam yang sebenar.
Wallahu a’lam. SN Keluaran 27/7/07


Responses

Assalamualaikum,
Ana juga ingin berkongsi artikel mengenai isu Demokrasi dan pemerintahan Islam yg dicopy & paste dri sebuah lamam web Indonesia. Moga dimenfa’atkan bersama.
ANTARA DEMOKRASI DAN PEMERINTAHAN ISLAM
Pelbagai persoalan telah timbul di akhir-akhir ini berhubung dengan persoalan Demokrasi dan isu bentuk pemerintahan Islam yang sebenar. Begitu pula masih ramai lagi umat Islam yang masih tidak dapat melihat bentuk pemerintahan Islam itu sendiri. Ini adalah disebabkan Sistem Pemerintahan Islam ‘ala minhaj an nubuwwah tidak lagi wujud setelah telah dihapuskan sejak 1924 lagi hinggalah ke saat ini. Begitu pula AJ sering dihujani dengan komentar pembaca berhubung dengan persoalan ini. Maka insyaAllah, Isu kali ini akan menyentuh soal politik pemerintahan Islam supaya ianya akan membuka kerangka pemikiran kita terhadap bentuk sistem pemerintahan masa kini.
Realiti
Jelas jika dilihat kepada realiti kini seolah-olah umat Islam seperti kehilangan arah untuk menentukan bentuk sistem pemerintahan yang akan dilaksanakan. Masing-masing kini memandang ke arah “Sistem Demokrasi” yang mana ia sebenarnya menipu diri umat Islam. Ini adalah kerana jelas HARAM hukumnya kita mengambil, menerapkan dan menyebarluaskannya serta menerima pakai sistem demokrasi sebagai sistem pemerintahan negara.
Perlu diketahui demokrasi adalah berasal dari ciptaan manusia itu sendiri dan tidak akan mampu memberikan penyelesaian kepada seluruh permasalahan kehidupan manusia di dunia hari ini dan masa-masa yang akan datang.
Maka di sini, kami akan membentangkan apakah bentuk sistem pemerintahan yang sepatutnya diperjuangkan oleh umat Islam pada hari ini? dan bukannya terus ditipu oleh kuasa kuffar Amerika dengan meniupkan hembusan racun demokrasi yang berjaya menggerakkan lebih 100 juta rakyat Indonesia untuk mengundi bagi terus mengekalkan sistem pemerintahan kufur demokrasi di Indonesia.
Bentuk Pemerintahan Islam
Sistem pemerintahan Islam adalah suatu sistem yang unik sama sekali berbeza dengan sistem-sistem pemerintahan yang ada di dunia masa kini. Ianya berbeza baik dari segi asas yang menjadi landasan berdirinya, pemikiran, konsep, tolok ukur serta hukum-hukum yang digunakan untuk memelihara kepentingan umat. Secara jelasnya sistem pemerintahan Islam bukanlah dalam bentuk:
i. Pemerintahan Beraja.
ii. Pemerintahan Republik/Demokrasi.
iii. Pemerintahan Kekaisaran.
iv. Pemerintahan Persekutuan.
Tegasnya sistem pemerintahan di dalam Islam adalah sistem Khilafah dan ini telah disepakati dari Ijma’ Sahabah terhadap kesatuan Khilafah, kesatuan negara serta ketidakbolehan berbai’at selain kepada seorang Khalifah sahaja pada satu-satu masa.
Rukun-rukun Pemerintahan Islam
Sistem pemerintahan Islam tertegak di atas empat rukun seperti di bawah ini:
i. Kedaulatan di tangan syara’
ii. Kekuasaan adalah milik ummat.
iii. Mengangkat seorang khalifah hukumnya adalah fardhu bagi seluruh kaum muslimin.
iv. Hanya Khalifah yang berhak melakukan tabanni (menerima pakai) terhadap hukum-hukum syara. Khalifah juga berhak membuat undang-undang dasar dan semua undang-undang yang lain.
Kedaulatan di tangan Syara’
Prinsip ini menjelaskan kepada kita bahawa kedaulatan bukanlah berada di tangan ummat sebagaimana yang berlaku di dalam sistem demokrasi. Ini jelas dengan memandang kepada keadaan di mana semua urusan dan aspirasi individu adalah ditangani dan diatur oleh syara’ bukanlah individu itu sendiri dengan sesukanya. Seluruh perbuatan dan tindakan setiap individu adalah terikat dengan perintah dan larangan Allah swt. Dalil yang berkaitan dengan hal ini adalah sebagaimana firman Allah swt:
“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihan” (An-Nisa: 65)
“Hai orang-orang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul-Nya dan Ulil amri di antara kamu kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Kitab) dan Rasul (Sunnahnya), jika kalian benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian” (An-Nisa: 59)
Pengertian “Kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul” adalah “Kembalikan kepada Hukum Syara’”. Oleh yang demikian, yang “berautoriti” ditengah-tengah umat dan individu serta yang menangani dan mengendalikan aspirasi umat dan individu itu adalah apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah saw. Di mana umat dan individu itu kesemuanya wajib tunduk kepada syara. Kerana itulah kedaulatan di tangan syara’.
Kekuasaan di Tangan Umat
Adapun prinsip kedua iaitu kekuasaan di tangan umat diambil dari fakta bahawa syara’ telah menjadikan pengangkatan Khalifah oleh umat, dimana seorang Khalifah hanya memiliki kekuasaan melalui bai’at. Dalil bahawa syara’ telah menjadikan pengangkutan Khalifah oleh umat adalah tegas sekali di dalam hadith-hadith tentang bai’at. Imam Muslim telah meriwayatkan dari Ubadah bin Shamit yang berkata:
“Kami telah membai’at Rasulullah saw untuk setia mendengar dan menta’ati perintahnya, baik dalam keadaan susah maupun baik dalam keadaan yang kami senangi ataupun tidak kami senangi”.
Dari Jarir bin Abdillah yang berkata:
“Aku memba’at Rasulullah saw untuk mendengar dan menta’ati (perintah)-Nya dan aku akan menasihati tiap kaum Muslimin”.
Bai’at tersebut diberikan oleh kaum Muslimin kepada Khalifah, bukan oleh Khalifah kepada kaum Muslimin, kerana merekalah yang sebenarnya mengangkat Khalifah sebagai penguasa mereka.
Kenyataan ini menunjukkan bahawa kekuasaan di tangan umat. Nabi saw sekalipun beliau adalah Rasul namun beliau tetap mengambil bai’at dari umat, menunjukkan bahawa bai’at adalah untuk mendapatkan kekuasaan dan pemerintahan, bukan bai’at terhadap kenabian. Beliau telah mengambil bai’at tersebut baik dari lelaki maupun wanita dan beliau tidak mengambil bai’at dari anak-anak kecil yang belum baligh kerana kaum musliminlah yang mengangkat seorang Khalifah dan membai’at mereka dengan Kitabullah dan Sunah Rasul-Nya, di samping Khalifah mendapatkan kekuasaan hanya dengan adanya bai’at tersebut, maka semuanya tadi telah menjadi dalil yang tegas bahawa kekuasaan adalah milik umat di mana umat boleh memberikannya kepada siapa sahaja yang dikehendakinya.
Mengangkat Seorang Khalifah Hukumnya Fardhu Bagi Seluruh Kaum Mulimin.
Prinsip yang ketiga adalah mengangkat seorang Khalifah hukumnya merupakan suatu kefardhuan bagi seluruh kaum muslimin. Ini adalah berdasarkan hadith Imam Muslim telah diriwayatkan oleh Nafi’ yang berkata:Abdullah bin Umar berkata kepadaku:
Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Siapa sahaja yang melepaskan tangan dari keta’atan, ia akan bertemu dengan Allah di hari kiamat tanpa mempunyai hujah dan siapa sahaja yang mati sedangkan di atas pundaknya tiada bai’at, maka ia mati dalam keadaan mati jahiliyah”.
Sedangkan Khalifah itu mesti seorang sahaja, ini didasarkan kepada hadith yang diriwayatkan dari Abi Said Al Khudri dari Nabi saw yang bersabda:
“Apabila dibai’at dua orang Khalifah, maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya”.(H.R Imam Muslim)
Hadith ini dengan tegasnya mengharamkan kaum muslimin untuk memiliki Khalifah lebih dari satu orang.
Hanya Khalifah Yang Berhak Melakukan Tabanni (Menerima Pakai) Terhadap Hukum-Hukum Syara’.
Prinsip yang keempat adalah, bahawa hanya Khalifah sahaja yang berhak melakukan “Tabanni” (menerima pakai) terhadap hukum-hukum syara’. Perinsip ini ditegaskan berdasarkan dalil dari ijma’ sahabah. Ijma’ sahabah telah menetapkan, bahawa hanya Khalifah yang berhak untuk menerima pakai hukum-hukum syara’. Berdasarkan ijma’ ini diambil kaedah ushul fiqih yang sangat popular.
“Perintah imam (Khalifah) menghapuskan perselisihan (di kalangan fuqaha)”.
“Perintah imam (Khalifah) berlaku, baik secara lahir mahupun batin”.
“Bagi seorang Sulthan (Khalifah diperbolehkan untuk mengambil keputusan hukum sesuai dengan masalah yang terjadi”.
STRUKTUR DAULAH ISLAM
Seperti yang telah dijelaskan seblum ini, Daulah Islam berdiri di atas lapan struktur iaitu:
1. Khalifah (ketua negara).
2. Mu’awin Tafwidh.
3. Mu’awin Tanfidz.
4. Amirul Jihad.
5. Wali.
6. Qadhi.
7. Mashalih Daulah.
8. Majlis Umat.
Dalil struktur di atas adalah af’al (perbuatan) Rasulullah saw. Ini adalah sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh baginda dalam membangun dan membina sturktur negara dengan bentuk dan model seperti di atas semasa berdirinya Daulah Islam di Madinah. Di antara fokus yang perlu dilihat dan diperhatikan di dalam membahas struktur Daulah Islam seperti yang dinyatakan di atas ialah: Nabi Muhammad saw selain sebagai seorang Rasul yang membawa risalah Islam ke seluruh alam ini, juga adalah merupakan seorang ketua negara yang berkuasa dan memerintah dengan melaksanakan dan menerapkan seluruh hukum-hukum Allah swt yang diturunkan kepada beliau. Allah swt berfirman:
“Maka putuskanlah perkara atau urusan mereka menurut apa yang Allah swt turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu”. ( Al Maa-idah: 48)
Dalil tentang keberadaan para Mu’awin (pembantu Khalifah samaada dibidang pemerintahan dan pentadbiran iaitu Mu’awin Tafwidh ataupun Mu’awin Tanfidz) adalah jelas dari tindakan Rasulullah saw yang telah memilih Abu Bakar r.a dan Umar bin Khatab r.a sebagai Mu’awin beliau. Imam Al-Hakim dan At Tirmidzi telah meriwayatkan dari Abi Sa’id Al Khudri yang mengatakan, bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Dua wazir (pembantu)-ku (yang aku pilih) dari penduduk bumi ini adalah Abu Bakar dan Umar”.
Perlu diketahui bahawa Mu’awin adalah orang yang diberi kuasa untuk membantu Khalifah di dalam melaksanakan semua aktiviti secara umum, bahkan tidak dibenarkan untuk mengkhususkannya dalam bidang tertentu sahaja.
Dalil tentang wali adalah dilihat dari tindakan Rasulullah saw yang telah mengangkat para wali di wilayah-wilayah tertentu. Rasulullah saw pernah mengangkat Utab bin Usaid untuk menjadi wali di Mekah setelah pembukaan Kota Mekah dan setelah Badzan bin Sasan memeluk Islam, beliau mengangkatnya untuk menjadi wali di Yaman, begitu juga di wilayah-wilayah lain yang berada di bawah kekuasaan Islam. Dalil tentang qadhi adalah di rujuk dengan perbuatan Rasulullah saw yang telah melantik para qadhi untuk memberikan keputusan (terhadap sengketa yang terjadi) ditengah-tengah masyarakat. Rasulullah saw pernah mengangkat Ali bin Abi Thalib untuk menjadi qadhi di Yaman, Mu’ads bin Jabal dan Abu Musa sebagai qadhi dan wali sekaligus di Yaman. Imam At Tabrani telah mengeluarkan satu hadith dari Masruq yang menyatakan:
“Orang-orang yang memegang jawatan qadhi pada zaman Rasulullah saw ada enam: Umar, Ali, Abdullah bin Mas’ud, Ubai bin Ka’abm, Zaid bin Tsabit dan Abu Musa Al Asy’ari”.
Dalil tentang jabatan untuk mengurus Mashalih daulah (kepentingan-kepentingan negara) adalah dilihat kepada tindakan Rasulullah saw yang pernah mengangkat para penulis untuk mengurus kepentingan tersebut. Rasulullah saw pernah mengangkat Mu’aiqih bin Abi Fatimah sebagai penulis ghanimah (harta hasil rampasan perang). Huzhaifah bin Al Yaman dilantik menjadi penulis hasil penduduk Hijaz bahkan, beliau juga pernah mengangkat selain kedua orang tersebut untuk mencatat kepentingan-kepentingan yang lain dan masih banyak lagi yang lainnya.
Dalam masalah kuasa Amirul Jihad (Panglima Perang), Rasulullah saw, sendiri secara langsung pernah menjadi panglima yang memimpin dan mengurusi urusan pasukan perang. Baginda juga pernah mengangkat panglima perang dalam beberapa peperangan untuk melaksanakan tugas-tugas sebagai ketua pasukan perang. Rasulullah saw pernah mengirim Abdullah bin Jahsy untuk pergi bersama sekelompok kaum muslimin mencari maklumat tentang orang-orang Quraisy lalu disampaikan kepada baginda. Baginda juga pernah mengutus Abu Salamah bin Al Asad sebagai komander perang yang berjumlah 150 orang dan Rasulullah saw sendiri yang menyerahkan panji perang kepadanya. Di mana utusan perang ini terdiri dari mereka yang menjadi pahlawan kaum muslimin yang terbaik. Mereka diantaranya ialah Abu Ubaidah Al Jarah, Saad bin Abi Waqqas dan Usaid bin Hudhair.
Adapun dalil tentang Majlis Umat yang fungsinya adalah syura (bermusyawarah) dan “Muhasabah lil hakim” (menegur tindakan penguasa) sebenarnya dalam hal ini Rasulullah saw tidak memiliki lembaga khusus yang tetap, tetapi baginda meminta pendapat kaum muslimin ketika beliau memerlukannya. Beliau pernah mengumpulkan mereka pada saat perang Uhud lalu meminta pendapat mereka. Baginda juga mengumpulkan mereka ketika ada kes “haditsu ifki” (berita bohong tentang tindakan “serong” Aisyah) lalu beliau meminta pendapat mereka, bahkan baginda juga mengumpulkan mereka diluar keperluan tersebut. Walaupun beliau mengumpulkan kaum muslimin dan meminta pendapat mereka, namun beliau dalam musyawarahnya selalu mengajak orang-orang tertentu untuk bermusyawarah. Mereka adalah pimpinan dan tokoh masyarakat iaitu Hamzah, Abu Bakar, Ja’far, Umar, Ali, Ibnu Mas’ud, Salman, Amar, Hudzaifah, Abu Dzar, Miqdad dan Bilal. Fungsi mereka saat itu adalah layaknya sebagai lembaga syura Rasulullah saw kerana pengkhususan beliau yang selalu meminta pendapat mereka.
Khatimah
Dari sini jelas kepada kita, bahawa Rasulullah saw telah membangunkan struktur yang khas bagi sebuah negara, dengan bentuk dan aturan yang tertentu pula. Baginda sering menjalankan pemerintahannya sesuai dengan bentuk dan model tersebut. Setelah itu pimpinan Khalifah yang datang selepas kewafatan baginda terus mengikuti apa yang telah baginda tempuhi. Para Khalifah tersebut memimpin sebuah negara dan pemerintahan yang menyamai dengan struktur yang telah dibangun oleh Rasulullah saw di mana semuanya itu dilihat dan didengarkan oleh para sahabat. Sistem pemerintahan inilah yang telah berjalan selama khilafah Islamiyyah masih wujud walaupun di saat-saat akhir kekhilafahan telah wujud usaha ‘pengkompromian’ antara sistem pemerintahan Islam dengan bentuk yang lain. Oleh sebab itu adalah menjadi kewajipan kepada setiap individu muslim untuk berusaha menegakkan kembali sistem pemerintahan ini dengan thariqah (method) yang berlandaskan kepada ketetapan syara’ sebagai mana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat. Apa yang pastinya thariqah yang sebenar kepada usaha megembalikan kehidupan Islam ini bukanlah dengan memilih jalan demokrasi dalam versi mana sekalipun. Akhirul qalam, Demokrasi tidak berkaitan dengan Sistem pemerintahan Islam. Wallahu ‘alam.

Apa Itu Sekulerisme ?


Apa Itu Sekulerisme ?
Oleh Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin
Pertanyaan:
Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin dita : Apa itu sekulerisme? Dan bagaimana hukum Islam terhadap para penganutnya?
Jawaban
Sekulerisme mrpk aliran baru dan gerakan yg rusak, bertujuan untuk memisahkan urusan dien dari negara, berjibaku di atas keduniawian dan sibuk dgn kenikmatan dan kelezatan serta menjadikan sebagai satu-satu tujuan di dalam kehidupan ini, melupakan dan melalaikan rumah akhirat dan tdk melirik kpd amalan-amalan ukhrawi ataupun memperhatikannya. Sabda Rasulullah berikut ini sangat tepat dilabelkan kpd seorang sekuler,
“Arti : Celakalah budak dinar, budak dirham dan budak khamishah (sejenis pakaian teruntuk dari sutera atau wol, berwarna hitam dan bertanda); jika diberi, dia rela dan jika tdk diberi, dia mendongkol. Celaka dan merugilah (sia-sialah) dia dan bila duri mengenainya, maka dia tdk mengeluarkannya” [Al-Bukhari, al-Jihad (2883)]
Setiap orang yg mencela sesuatu dari ajaran Islam baik melalui ucapan ataupun peruntukan maka sifat tersebut dpt dilekatkan padanya. Barangsiapa menjadikan undang-undang untukan manusia sebagai pemutus dan membatalkan hukum-hukum syari’at, maka dia ialah seorang sekuler. Siapa yg membolehkan semua hal yg diharamkan seperti perzinaan, minuman keras, musik dan transaksi ribawi dan meyakini bahwa melarang hal itu berbahaya bagi manusia dan mrpk sikap apatis terhadap sesuatu yg memiliki mashalahat terhadap diri, maka dia ialah seorang Sekuler. Siapa yg mencegah atau mengingkari penegakan hukum hudud seperti hukum bunuh terhadap si pembunuh, rajam, cambuk terhadap pezina atau peminum khamar, potong tangan pencuri atau perampok dan mengklaim bahwa penegakan menyalahi sikap lemah lembut dan mengandung unsur kesadisan dan kebengisan, maka dia masuk ke dalam sekulerisme.
Sedangkan hukum Islam terhadap mereka, maka sebagaimana firman Allah Swt tatkala memberikan sifat kpd orang-orang Yahudi,
“Arti : Apakah kamu beriman kpd sebagian dari Al-Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebagian yg lain? Tiialah balasan bagi orang yg beruntuk demikian daripadamu melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia. ” [Al-Baqarah :85].
Barangsiapa menerima sesuatu yg setara dari ajaran agama seperti Ahwal Syakhshiyyah (Undang-Undang Perdata), sebagian ibadah dan menolak apa yg tdk sejalan dgn hwa nfsu (**) nya, maka dia masuk ke dalam makna ayat ini.
Demikian juga firmanNya.
“Arti : Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya kami berikan kpd mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dgn sempurna dan mereka di dunia itu tdk akan dirugikan. Itulah orang-orang yg tdk memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yg telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yg telah mereka kerjakan.” [Hud:15-16]
Maka, tujuan utama kaum sekuler ialah menggabungkan dunia dan kenikmatan pelampiasan hwa nfsu (**) sekalipun diha-ramkan dan mencegah dari melakukan kewajiban, maka mereka masuk ke dalam makna ayat di atas dan juga ayat berikut,
“Arti : Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan bagi di dunia itu apa yg Kami kehendaki bagi orang yg Kami kehendaki dan Kami tentukan bagi neraka Jahannam; ia akan memasuki dalam keadaan tercela dan terusir.” [Al-Isra :18]
Dan banyak lagi ayat-ayat dan hadits-hadits semisalnya, wallohu a’ lam.
[Fatawa Fi at-Tauhid, dari fatwa Fadhilatusy Syaikh Ibn Jibrin, h.39-40]
[Disalin dari buku Al-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini-2, Darul Haq]
Sumber Apa Itu Sekulerisme ? : http://alsofwah.or.id