Sunday, January 6, 2013

JANGAN SUSAHKAN URUSAN NIKAH KAHWIN...DITAMBAH HUKUM ALLAH DINAFIKAN....KESANNYA ZINA DAN BUANG ANAK...YANG TAKUT BERZINA MEMILIH WANITA YANG MUDAH DIKAHWINI...WALAU TERPAKSA KE MEDAN

pix_topright

Isteri bulanan

Oleh HADZLAN HASSAN
Asalkan berpoket tebal, segelintir keluarga wanita di sini sanggup bermenantukan lelaki Malaysia tanpa terlalu memikirkan faktor rupa dan usia, walaupun anak perempuan mereka dilayan umpama isteri bulanan selain berstatus isteri kedua, ketiga, malah keempat.
Yang penting, nasib anak gadis mereka terbela selain dapat menumpang sedikit kemewahan melalui bayaran nafkah yang dihantar secara bulanan iaitu kira-kira sejuta rupiah (RM320) dan perkahwinan itu didaftar secara sah di sini.
Bagaimanapun, tidak siapa tahu gelora si isteri yang hanya bertemu suami dua atau tiga bulan sekali, menyebabkan ada antara mereka sanggup berlaku curang atau digelar selingkuh oleh warga tempatan.

Senario merisaukan itu terbongkar berdasarkan siasatan wartawan Metro Ahad yang berkunjung ke Medan selama seminggu selepas mendapat maklumat, semakin ramai lelaki Malaysia berkunjung ke sini secara senyap-senyap untuk berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri pertama.

Lazimnya, perkahwinan pasangan seperti itu bahagia pada peringkat awal sebelum berdepan masalah selepas perkahwinan rahsia berkenaan diketahui isteri pertama.

‘Wanita Medan miliki pakej idaman ’

Kuala Lumpur Pakej dimiliki wanita Indonesia, terutama dari Medan, mencakupi senarai kriteria wanita idaman segelintir lelaki tempatan.
Tidak hairan, ada lelaki Malaysia sanggup berulang-alik ke Indonesia semata-mata untuk mencari jodoh menepati ciri-ciri diingini daripada gadis seberang.

Pakar Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, perawakan wanita Medan yang manis, lemah-lembut dan bersopan-santun menyebabkan ramai lelaki tempatan tewas dengan ‘X-factor’ atau kelebihan itu.
“Biarpun lelaki tempatan sentiasa mengikuti peralihan zaman dengan hidup gaya moden dan boleh menerima hakikat bahawa pemikiran serta tingkah laku wanita kini berbeza, mereka masih berfantasi memiliki pasangan yang patuh dan tidak pernah berkata tidak kepadanya.

“Lelaki mempunyai senarai panjang mengenai wanita idaman. Mereka mahukan isteri setia melayan dan tidak pernah mempertikaikan setiap tindak-tanduk mereka.

“Ibaratnya, lelaki mahukan layanan gah seperti raja di rumah, kepuasan itu mungkin diperoleh daripada pasangan dalam kalangan wanita Medan yang masih menebal sikap hormat kepada suami,” katanya mengulas isu berkaitan lelaki tempatan gemar mengahwini wanita Medan.
Beliau berkata, kelebihan berwajah ayu serta penerimaan keluarga wanita kerana percaya dengan kemampuan lelaki Malaysia menyara kehidupan keluarga membuatkan perkahwinan dua negara itu berjaya.

Bukan semua tidak bahagia

Medan Tidak semua lelaki Malaysia gagal mengecapi kebahagiaan berkongsi hidup dengan wanita Medan, sebaliknya mampu menikmatinya asalkan bijak bertindak sebagai ketua keluarga.
Ini dibuktikan pasangan Ismail Othman, 45, yang berasal dari Melaka dan Diana Osman, 39, dari Kampung Tanjung Putus, Kecamatan Padang Tualang, dekat sini.

Diana dan Ismail mendirikan rumah tangga 22 tahun lalu dan dikurniakan dua anak perempuan, Isliana, 18, dan Selina, 10, serta seorang anak lelaki, Mohd Danial, 13.
Ismail berkata, semua ahli keluarganya tinggal di Malaysia dan hanya pulang ke Medan jika ada urusan tertentu atau menyambut lebaran.

Dia yang tidak segan berkongsi cerita mengenai rumah tangganya berkata, pada peringkat awal, hasratnya mendapat tentangan keluarga yang kurang bersetuju dengan tindakannya memperisterikan wanita dari seberang kerana khuatir berdepan pelbagai masalah.

“Sebenarnya saya dua kali putus tunang dengan gadis tempatan sebelum berjumpa isteri. Ketika itu kami bekerja di kilang sama dan bermula dengan usik mengusik, timbul bibit percintaan.
“Saya masih ingat ketika hendak berkahwin, saya yang menguruskan semua urusan daripada perihal keperluan perkahwinan hinggalah urusan imigresen.

“Malah, ketika majlis pernikahan, saya datang ke sini seorang diri dengan hanya berpandukan kepada alamat diberikan isteri,” katanya.
Ketika itu Ismail membawa RM7,000 dan setiba di lapangan terbang pada waktu malam, dia berpura-pura keletihan serta mengaku pernah ke kampung isteri kerana bimbang ditipu pemandu teksi, sedangkan itulah kali pertama dia menjejakkan kaki ke Medan.

“Sepanjang perjalanan, saya hanya tidur dan sesekali membuka mata serta membiarkan pemandu teksi bertanyakan alamat kepada orang lain hinggalah saya tiba di rumah bakal mentua,” katanya.

Menurutnya, rumah isterinya jauh dari bandar, malah telegram yang dihantar tidak boleh sampai ke rumah, menyebabkan tiada siapa menjemputnya di lapangan terbang.

“Hanya ada satu telefon di sini, itupun enam kilometer dari sini, dan jika berutus surat, selepas seminggu baru kami dapat meluahkan rasa rindu masing-masing,” katanya.

Menurutnya, ada satu perkara yang dipelajarinya sepanjang berkongsi hidup dengan wanita Medan, iaitu si suami harus mempunyai pegangan agama teguh, selain memiliki kesabaran tinggi kerana jika kedua-dua elemen itu tidak dimiliki, rumah tangga boleh hancur.

“Saya mengahwini isteri kerana tahu dia hidup serba daif dan pasti dia tidak peduli jika kami hidup susah satu hari nanti. Bagaimanapun, segala-galanya berubah kerana selepas berumah tangga, saya dapat rasakan isteri tidak gemar hidup serba kekurangan.

“Apapun, saya bersyukur dengan limpahan rezeki diberikan Allah serta kesabaran dimiliki hingga membolehkan kami bahagia hingga ke hari ini,” katanya.

Menurutnya, ramai rakannya tidak dapat melayari alam rumah tangga dengan wanita Medan bagi tempoh lama kerana mereka akan berubah sikap selepas mempunyai anak dan mula mengejar kemewahan atau hiburan yang tidak dikecapi ketika hidup susah.

Kebanyakan lelaki Malaysia pilih gadis Jawa

Oleh NURUL HUSNA MAHMUD
metahad@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jumlah perkahwinan lelaki Malaysia dengan warga Indonesia makin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan kebanyakannya memilih gadis Jawa.
Angka itu belum membabitkan pernikahan melalui sindiket atau lebih dikenali sebagai perkahwinan ‘sirri’ atau ‘di bawah tangan’ di Indonesia.

Berikutan itu, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia menasihatkan lelaki Malaysia yang berhasrat mendirikan rumah tangga dengan gadis seberang supaya mengelak menggunakan khidmat sindiket bagi memastikan hak isteri dan anak terbela kemudian hari.
Atase Agamanya, Abdul Aziz Jusoh menyarankan lelaki Malaysia mendaftar perkahwinan mereka bersama wanita Indonesia dengan kedutaan.

“Tidak dinafikan, kami kerap menerima kedatangan lelaki Malaysia yang mahu mendapat kebenaran atau mendaftar perkahwinan mereka dengan wanita Indonesia.

“Sejak lima tahun lalu, angka direkodkan meningkat dan setakat ini mengikut taburan kawasan pula, majoriti mereka memilih wanita kepulauan Jawa.
“Prosedurnya mudah, tidak banyak bezanya dengan perkahwinan yang berlangsung di Malaysia. Pasangan perlu mengemukakan dokumen lengkap serta surat kebenaran dikeluarkan Atase Agama sebelum dinikahkan jurunikah bertauliah oleh jabatan agama di sana seperti prosedur perkahwinan di Malaysia.

“Selain itu, lelaki terbabit perlu menjelaskan status diri menerusi surat daripada jabatan agama negeri di Malaysia dan yang berkahwin pula perlu disertakan surat kebenaran isteri pertama,” katanya.
Abdul Aziz berkata, tidak dinafikan perkahwinan di luar kebenaran disebut sebagai perkahwinan ‘sirri’ atau ‘di bawah tangan’ yang dinikahkan ejen tertentu.

“Perkahwinan ‘sirri’ dilihat seperti fenomena perkahwinan sindiket di Malaysia. Ia tidak diperakui jabatan agama kerana kesahihan status perkahwinan mereka tidak jelas.

“Kita menyarankan pasangan yang berkahwin dengan cara sedemikian segera berhubung dengan pihak berkuasa agama di negeri masing-masing supaya status perkahwinan berkenaan dapat ditentukan.

“Ini kerana kita bimbang kegagalan menjelaskan status perkahwinan akan menjadi punca timbulnya masalah lain seperti hak isteri dan nasab anak, sekali gus menjejaskan institusi kekeluargaan Islam,” katanya.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan berkata, pihaknya sedia membantu memudahkan urusan pendaftaran perkahwinan dan kelahiran membabitkan pasangan terbabit.

“Pihak kedutaan sedia membantu pasangan terbabit sama ada dari segi visa sosial keluar masuk kedua-dua negara, pendaftaran anak dan waris pasangan mahupun perkahwinan kedua-duanya.

“Ia lebih baik kerana sekurang-kurangnya dapat mengelak perkara lebih serius timbul apabila prosedur berkaitan gagal dipenuhi,” katanya.

Urusan nikah tidak rumit



Urusan perkahwinan di sini, tidak kira sama ada di antara lelaki Malaysia dan wanita tempatan atau kedua-duanya dari Malaysia, bukan prosedur rumit.
Dengan perbelanjaan 1.5 juta hingga 2 juta rupiah (kira-kira RM320 hingga RM640), lelaki Malaysia, terutama yang ingin berpoligami dengan wanita Medan, boleh berbuat demikian secara sah di bandar ini.

Bagaimanapun, jika perkahwinan itu tidak dibuat permohonan melalui konsulat Malaysia di sini, jumlah itu mungkin bertambah kerana kos pembikinan pengeluaran kad kahwin secara tulen memerlukan prosedur tambahan.
Wartawan Metro Ahad yang menyamar sebagai bakal pengantin yang ingin berpoligami dengan wanita senegara bagaimanapun dimaklumkan, perkahwinan sesama warga Malaysia hanya boleh dilakukan jurunikah bertauliah.

Perbelanjaan perkahwinan sebegitu ialah 3.5 juta rupiah (kira-kira RM1,000) dan pengantin akan menerima dua buku pendaftaran kahwin dikeluarkan Kantor Urusan Agama (KUA) yang boleh diterima di seluruh Indonesia.

Harahap berkata, pengantin hanya perlu membawa empat keping gambar bersaiz pasport, wang dan mengisi borang surat izin waris.
“Seelok-eloknya isi borang di sini dulu dan tujuh hari sebelum majlis perkahwinan, serahkan pada saya. Jadi kamu boleh mengambil kad kahwin sejurus akad nikah dan selepas itu pergilah mana-manapun, kamu sudah bebas dan tidak lagi berbuat maksiat,” katanya.

Ditanya sama ada dokumen berkenaan boleh diterima pakai di luar Indonesia untuk urusan pendaftaran di pejabat agama, beliau berkata, soal pendaftaran Malaysia bukan lagi urusannya.
“Soal itu saya tak tahu kerana bagi saya, itu hak anda dan terserah bagaimana kamu hendak uruskan. Yang pasti, saya sudah lepaskan tanggungjawab sebagai jurunikah dan anda tidak lagi berbuat maksiat.

“Di sini, saya akan sediakan saksi dan walinya sekali asalkan kamu mengisi borang yang saya berikan kerana di situ tercatat segala butiran mengenai kedua-dua pengantin,” katanya.

Harahap berkata, jika perkahwinan itu dibuat melalui permohonan konsulat Malaysia di sini, ia akan direkodkan di KUA tetapi jika sebaliknya, ia hanya menjadi perkahwinan yang sah dari segi hukum.

“Seperti saya katakan tadi, saya tak boleh halang jika ada orang hendak berkahwin, tak kira untuk berpoligami atau tidak, asalkan pasangan setuju dan pengantin lelaki pula ada kemampuan.

“Kalau saya keberatan mengahwinkan mereka, bererti saya bersubahat jika mereka melakukan maksiat. Sebenarnya ia bukan soal wang, tapi dosa dan pahala.

“Selebihnya terserah kepada pengantin itu sama ada hendak mengekalkan ikatan perkahwinan itu atau tidak,” katanya.

Sementara itu, seorang ejen perkahwinan yang sering membawa warga Malaysia berkahwin di Medan, Harman Susanto mendakwa pernah menemui seorang lelaki yang berani berkahwin di Medan, padahal ketika itu lelaki berkenaan membawa isteri pertama bercuti.

“Ini berlaku awal tahun lalu dan memang saya tahu dia ingin kahwin di sini, tapi saya tak tahu dia akan membawa bersama isteri pertama.

“Ketika itu saya juga menjadi supirnya (pemandu). Selepas dua hari di sini, dia membawa isteri ke Pantai Cermin dan pulang pada tengah hari. “Akibat keletihan mereka terus pulang ke bilik tapitidak sampai 30 minit, lelaki itu hubungi saya dan mengajak saya berjumpa kadi.

“Rupa-rupanya dia turun dengan seorang wanita dari hotel sama dan wanita berkenaan rakyat Malaysia. “Saya sebenarnya terkejut dengan tindakan lelaki itu, tetapi syukur tiada apa berlaku hinggalah dia pulang,” katanya.

Harman berkata, lelaki berkenaan langsung tidak meraikan malam pertama dengan isteri barunya dan wanita berkenaan memahami statusnya sebagai isteri kedua.

“Kini saya difahamkan, isteri pertama lelaki itu masih belum tahu dia dimadukan di sini,” katanya.

Terserah kepada pasangan untuk kecapi bahagia



Medan Tepuk dada tanya selera, itu yang boleh dikatakan terhadap perkahwinan jarak jauh antara wanita Medan dengan lelaki Malaysia kerana ada antara mereka mampu mengecapi bahagia, begitu juga sebaliknya.
Metro Ahad sempat menemu bual beberapa wanita serta lelaki tempatan serta rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai kisah mengenai perkahwinan jarak jauh antara kedua-dua negara berkenaan.

“Saya mahu anak saya semula. Kami berpisah (tanpa bercerai) ketika usianya baru enam bulan dan kini umurnya lima tahun, pasti dia tidak mengenali saya lagi.

Sebelum pulang ke Medan, saya meminta anak saya dipulangkan tapi madu beritahu, anak saya adalah anak Malaysia.

Berang dengan tindakannya yang sering mengganggu saya di rumah sewa, saya nekad pulang dan meninggalkan anak serta suami di Malaysia.
pix_topright

Jutawan sapu jalan

Seorang jutawan hartanah bekerja sebagai tukang sapu jalan raya semata-mata kerana mahu mendidik anaknya erti kerja keras.
Yu Youzhen, 53, memiliki 17 blok rumah pangsa dan menjadi kaya hasil daripada ledakan harga hartanah.

Namun, daripada memanjakan diri dengan kekayaan yang dimilikinya dan menjalani kehidupan berfoya-foya di salun, spa atau kompleks beli-belah, wanita itu memilih bangun awal pagi enam hari seminggu untuk menyapu, membersih dan mengangkat sampah di sepanjang jalan raya yang sibuk di Wuhan, tengah China.
“Saya mahu menjadi contoh kepada anak saya. Saya tidak mahu duduk dan menghabiskan kekayaan saya,” kata Yu.

Dia juga tidak mahu memberi anaknya gambaran bawa dengan menjadi kaya serta menjalani kehidupan hasil daripada kekayaan itu adalah jalan mudah untuk hidup.

“Gaya hidup seperti itu hanya akan mengancam mereka dalam jangka panjang,” kata Yu.
Usahanya itu berjaya. Kedua-dua anaknya kini bekerja makan gaji. Anak lelaki menjadi pemandu bas dengan pendapatan RM1,000 sebulan sementara yang perempuan memperoleh gaji sebanyak RM1,500 dengan melakukan kerja yang tidak dinyatakan, lapor sebuah akhbar China.

Yu pula memperoleh pendapatan sebanyak RM550 sebulan sebagai tukang sapu.
“Saya sentiasa berasakan saya perlu melakukan sesuatu,” kata jutawan itu yang menjadi tukang sapu sejak 10 tahun lalu selepas mendapati kekayaan menjadikan hidupnya bosan.

Dia sebelum ini menanam sayur, mengangkat hasil tanaman itu dan menjualnya sendiri di pasar.

Apabila kerajaan komunis China melancarkan pembaharuan ekonomi pada hujungan 1980-an dan membenarkan petani berniaga, Yu dan suami berjaya mengumpul wang secukupnya untuk membina tiga blok rumah pangsa lima tingkat yang kemudian disewakan.

Mereka berjaya mengambil kesempatan terhadap ledakan harga hartanah dan meluaskan ‘empayar’ mereka hingga mampu memiliki 21 blok rumah pangsa.

Mereka sudah menjual empat blok. Hasil jualan itu dicampur dengan pendapatan menyewa 17 blok rumah pangsa serta gaji sebagai tukang sapu sudah pasti akan membolehkan dia menjalani kehidupan selesa pada masa akan datang.

Tercicir seluar

Oleh NA’IMAH MOHAMED dan MOHD HELMI IRWADI MOHD NOR
naimah@hmetro.com.my

Gelabah diserbu polis, seorang pelacur tercicir seluar ketika cuba melarikan diri dalam Ops Noda di sebuah spa dalam hotel di Jalan Semenyih, di sini, kelmarin.
Operasi dijalankan Unit Risikan dan Operasi Perancang Pencegahan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor itu diketuai Inspektor Emmi Shah Fadhil selepas melakukan risikan lebih dua minggu.

Harian Metro semalam melaporkan, sindiket pelacuran di hotel itu mempromosikan pelacur Vietnam yang didakwa masih dara pada harga RM5,000.
Semua pelacur perawan berusia antara 17 hingga 21 tahun itu ditawarkan menerusi e-mel. Semua urusan dibuat sindiket itu bersama ejen mereka di Vietnam.

Pelanggan diminta menunggu tiga hari bagi urusan transit sebelum dibenarkan membawa gadis ditempah ke mana saja selama tiga hari.

Polis menahan 32 wanita dipercayai pelacur, termasuk 16 warga tempatan, enam penjaga premis serta empat pelanggan.
Ketika diserbu, premis dilengkapi lebih 20 bilik kecil itu dipenuhi wanita yang menunggu pelanggan.

Jurucakap polis berkata, ketika pihaknya menyerbu hotel itu jam 9 malam, ada di kalangan wanita terbabit mengurut pelanggan atau melakukan hubungan seks.
“Hasil siasatan mendapati, spa itu menawarkan pakej perkhidmatan seks pada harga RM218 sejam dan pelacur dibayar RM25 untuk setiap pelanggan.

“Polis merampas buku log pelanggan, kondom serta wang RM5,600,” katanya.

Semakan polis mendapati 11 pelacur membabitkan warga Vietnam, dua China, dua Indonesia dan seorang Russia menyalahgunakan pas lawatan.

Katanya, rumah pelacuran itu beroperasi 24 jam sehari mengikut permintaan pelanggan.

“Semua ditahan berusia antara 20-an hingga 40-an dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut,” katanya.

Tingkat operasi hapus pelacuran

Kuala Lumpur Pihak berkuasa tempatan, terutama polis, digesa membasmi kegiatan pelacuran sehingga ke peratusan sifar kerana ia akan memberi imej buruk kepada negara dan masyarakat jika dibiar berlarutan.
Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pihak berkuasa tempatan dan dan polis perlu bekerjasama meningkatkan kawalan dan operasi berterusan bagi menangani masalah itu kerana dikhuatiri ia menular ke atas remaja dan kanak-kanak.

Lee berkata, beliau menyedari polis beberapa kali menyerbu hotel itu, namun kedegilan pemiliknya menyebabkan kegiatan masih berterusan.
“Semua maklum bahawa Kajang pusat tumpuan masyarakat membeli-belah. Kewujudan pusat urut dan pelacuran membuatkan penduduk tidak senang duduk. Lebih membimbangkan apabila kanak-kanak turut ke situ bersama keluarga,” katanya.

Menurutnya, beliau menyedari bukan mudah membendung masalah itu 100 peratus, namun menggesa pihak berkuasa mengadakan kawalan lebih kerap.

Lee turut memuji Harian Metro kerana berjaya membongkarkan pelbagai masalah jenayah di negara ini melalui penyamaran dilakukan.

Serbu sarang pelacuran di KL



Kuala Lumpur Dewan Bandaraya Kuala akan menggempur habis-habisan kegiatan pelacuran bagi menjaga imej ibu kota.
Timbalan Pengarah, Jabatan Penguatkuasaannya, Minhad Ahmad berkata demikian ketika mengetuai Operasi Bersepadu Premis Pelacuran di Jalan Petaling, di sini, semalam.

Sehubungan itu, katanya, operasi menutup dan memecahkan premis menjalankan aktiviti itu akan dijalankan lebih kerap tahun ini.
“Operasi akan lebih kerap dijalankan tahun ini dan kita menjangka melakukan sekurang-kurang dua operasi sebulan supaya kegiatan itu tidak dapat diteruskan.

“Dalam masa sama, kami akan mengesan pemilik premis supaya tindakan undang-undang dapat diambil dan kita akan bawa mereka ke mahkamah,” katanya.

Dalam operasi bermula jam 11 pagi yang turut mendapat kerjasama polis, imigresen dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKDK), tujuh premis yang dikenal pasti menjalankan pelacuran diserbu dan bilik yang digunakan untuk aktiviti tidak bermoral itu dimusnahkan. Seramai 162 kakitangan dari semua agensi terbabit dalam operasi itu. Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat kerana semua premis terbabit sudah kosong ketika diserbu. Ditanya sama ada maklumat operasi itu mungkin sudah dibocorkan, Minhad berkata, ia di luar pengetahuannya dan pihaknya tidak tahu menahu perkara itu.
“Kami hanya menjalankan rutin tugas seperti biasa dan operasi ini dijalankan mengikut rancangan sedia ada.

“Sebelum ini, lebih tujuh premis menjalankan aktiviti pelacuran di sini, namun angka itu makin berkurangan selepas serbuan kerap dijalankan sebelum ini,” katanya.

Isteri dalam pantang dibelasah suami cemburu

KANGAR: Seorang suami dilapor telah membelasah isterinya yang dalam pantang di rumah mereka di Kampong Repoh dekat sini awal pagi semalam, akibat cemburu.
Lelaki berumur 40 tahun itu bukan sahaja membelasah isterinya dengan lesung batu, kerusi dan bingkai gambar, malah membakar pakaian dan motosikal isterinya, yang baru 40 hari melahirkan anak kedua mereka.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi.

Si suami dikatakan baharu pulang dari Kuala Lumpur dan dia kini direman selama empat hari.

Mangsa yang berumur 27 tahun kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, di sini.

Abdul Rahman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan menggunakan api. - Bernama

Dituduh cuba upah ‘polis kanibal’ untuk culik wanita

New York Seorang lelaki New Jersey menawar untuk membayar RM15,000 kepada lelaki yang digelar ‘polis kanibal’ untuk menculik seorang wanita dan menghantar kepadanya untuk dirogol.
Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menahan Michael Vanhise (gambar), 23, dan menuduhnya bersekapat untuk melakukan penculikan bersama-sama Gilberto Valle III, anggota polis New York yang ditangkap Oktober lalu dan dituduh bersekongkol untuk menculik, menyeksa, memasak dan memakan wanita.

Dalam beberapa siri e-mel tahun lalu, Vanhise cuba meminta bayaran lebih rendah dan menggesa anggota polis itu memastikan ‘mangsa berkenaan tidak mati’ apabila dihantar kepadanya.
Dalam e-melnya pula, Valle menggesa Vanhise supaya tidak bimbang.

“Wanita itu pasti masih hidup apabila saya menghantarnya kepada anda,” kata Valle.

Vanhise mengaku kepada penyiasat bahawa dia menghantar e-mel berkenaan.
Vallenhise yang digelar ‘polis kanibal’ dituduh menyasarkan wanita yang nama mereka ditemui dalam fail bernama ‘Menculik dan memasak wanita’ pada komputernya. - APpix_topright

Kejam! Kejam! Kejam!

Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN
Sungguh zalim apabila seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui mati dalam tong sampah yang dipenuhi longgokan sisa tulang ayam, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam, bayi perempuan terbabit disumbatkan ke dalam beg berwarna biru sebelum dicampakkan di belakang sebuah restoran makanan segera di Jalan Onn Jaafar, di sini.

Lebih mengerikan apabila mayat bayi terbabit yang masih berdarah dan bertali pusat turut dimasukkan ke dalam beg itu bersama urinya.
Sumber polis berkata, bayi perempuan itu yang dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh beberapa jam ditemui seorang pengutip sampah yang mencari barangan terpakai di kawasan itu.

Menurutnya, pengutip sampah yang mengais tong sampah milik Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu dikatakan menemui beg itu sebelum membukanya.

“Bagaimanapun, dia terkejut sebelum menjerit ketakutan dan berlari dari lokasi mayat bayi itu ditemui. Tindakan lelaki itu menarik perhatian orang ramai yang menghubungi polis.
“Anggota polis forensik yang bergegas ke lokasi kejadian kemudian menemui mayat bayi berlumuran darah itu di dalam tong sampah,” katanya.

Bagaimanapun, polis belum dalam memastikan sama ada bayi itu mati akibat dibuang ke dalam tong sampah atau ketika dia dilahirkan.
“Ini kes pertama membabitkan bayi dibuang di bandar raya ini tahun ini. Polis menghantar mayat bayi itu ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, untuk bedah siasat.

“Setakat ini polis belum dapat mengenal pasti bangsa bayi itu. Orang ramai ada maklumat diminta menghubungi Balai Polis Ipoh di talian 05-2451500 untuk bantu siasatan,” katanya.

1 comment:

  1. saya dari malaysia.saya nak bertanya lanjut tentang berkahwin tanpa wali di indonesia.boleh bagi contact number atau email address..

    ReplyDelete