Saturday, January 12, 2013

CARILAH SUAMI ATAU MENANTU YANG BOLEH JADI IMAM SOLAT@SOLEH LAGI TAQWA

pix_topright

Suami 'ligat' tak sudah

Tiga kali terima talak dalam jangka masa setahun dan tempoh paling lama menjadi suami isteri ialah 29 hari, manakala paling singkat hanya 11 hari.
Itu pengalaman pahit dilalui seorang wanita apabila berkahwin dengan seorang lelaki kasanova yang sukar membuang tabiat buruk suka berfoya-foya itu, biarpun selepas beberapa kali diberi peluang.
Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Musliha, 34, berkata, dia dan bekas suaminya berkahwin pada 30 Disember 2011 hasil perkenalan singkat selama sebulan dan selepas dua kali rujuk, dia diberi talak kali ketiga pada 6 Januari lalu.

Menurutnya, lebih menyedihkan sepanjang tempoh perkahwinan singkat itu, dia turut menderita beberapa kali dipukul suaminya hingga memaksa dia membuat laporan polis.

Musliha yang juga peguam berkata, dia berkenalan dengan bekas suaminya itu pada November 2011 melalui Facebook (FB).

 pix_topright

Dua-dua tercampak

Konvoi lima bersaudara ke tempat kerja berakhir tragedi menyayat hati apabila dua daripadanya maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang lori yang rosak di lorong kecemasan, di Kilometer 276.2, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, kedua-dua mangsa dipercayai warga Indonesia itu menaiki motosikal Suzuki Shogun 120, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Sumber berkata, lebih menyayat hati adik mangsa dikenali sebagai Yasir, 20-an, yang berada di depan terkejut sebaik menyaksikan kakaknya terpelanting menerusi cermin sisi motosikal dinaiki dilihat meraung dan memeluk mayat itu.

Jurucakap polis berkata, mangsa lelaki dikenali sebagai Suhar, 32, dipercayai bekerja kontrak di Sungai Gadut, di sini, manakala isterinya, Rina Nigfih, 30-an, operator kilang di Shah Alam, dari Yogyakarta.

“Kedua-dua mangsa dari Kapar, Klang menghala ke Sungai Gadut, Seremban, dalam perjalanan ke tempat kerja suaminya.

 pix_topright

Rancang sembunyi di Thailand

Mohd Noor Mohd Mustafa, 28, atau Boy yang maut selepas ditembak mati bersama dalang Geng Joe Mafia, Mohd Fairuz Adam, 31, kelmarin dikatakan bertindak nekad melarikan diri daripada pihak berkuasa kerana sedang menghadapi perbicaraan berkaitan kes pembunuhan.
Berasal dari Kubang Ulu, Bukit Mertajam, Mohd Noor dipercayai merancang untuk melarikan diri ke negara jiran bersama-sama rakannya itu.
Ahmad Fairuz yang dipercayai mendalangi tindakan kumpulan tujuh tahanan memperdayakan empat anggota polis sebelum membelasah dan melarikan sebuah van Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Isnin lalu dikatakan ada tempat untuk mereka berlindung di Thailand kerana mempunyai saudara di negara jiran itu.

Menurut sumber, kedua-dua mereka itu juga dikatakan dalam perjalanan untuk mengambil tiga lagi rakan yang turut sama melarikan diri dari tahanan polis.

Katanya, Mohd Fairuz dan Mohd Noor dikatakan bertindak untuk mendapatkan kenderaan sebelum pergi mengambil tiga rakan mereka itu termasuk sepupu kepada Mohd Noor, Mohd Shahrimy Mohd Noor, 28; Hamzani Harun, 37, dan Hiss Ham Abdul Rahman, 39, di satu lokasi tidak diketahui.


pix_topright

Tonto mengganas

Sekumpulan kira-kira 40 lelaki dipercayai tonto bertindak ganas menterbalikkan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum membakar kenderaan berkenaan, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, tiga pegawai JPJ yang menaiki pacuan empat roda model Toyota Fortuner terselamat apabila sempat keluar dan lari ke arah Balai Polis Seri Manjung, di sini.
Timbalan Ketua Polis Manjung Deputi Superintendan Ahmad Mat Isa berkata, kejadian berlaku sebaik pacuan empat roda dari arah Ipoh itu berhenti di lampu isyarat berhampiran hadapan Sekolah Menengah Methodist, Air Tawar, di sini.

Menurutnya, ketika sedang menunggu lampu hijau, sebuah lori yang membawa muatan tandan sawit merempuh belakang kenderaan JPJ berkenaan.

Difahamkan, kemalangan itu turut menyebabkan sebuah lori, dua bas, empat kereta dan sebuah motosikal terbabit dalam nahas berkenaan.

 pix_topright

Amukan babun sesat

Seorang remaja perempuan bersama anak saudaranya berusia setahun terpaksa berkurung dalam bilik lebih sejam apabila rumah didiami mereka dikunjungi ‘tetamu tidak diundang’ iaitu seekor babun jantan yang mengamuk dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Taman Khong Lok, Batu 7, semalam.
Dalam kejadian jam 11.40 pagi, remaja berusia 17 tahun itu sedang berehat di tingkat bawah rumah sebelum terdengar bunyi mencurigakan dari satu bilik di tingkat atas.

Mangsa kemudian meninjau dengan membuka pintu bilik itu dan terkejut apabila mendapati seekor babun sedang menggeledah bilik berkenaan.
Pada masa sama, haiwan liar itu cuba menerkam remaja berkenaan, namun dia sempat menutup pintu bilik.

Mangsa membawa anak saudaranya keluar rumah untuk menyelamatkan diri, selain menghubungi kakaknya memaklumkan kejadian itu.

Pemilik rumah yang enggan dikenali berusia 30 tahun berkata, dia terkejut apabila dihubungi adiknya memaklumkan seekor babun menyerang mereka.
“Saya yang bimbang mengenai anak perempuan lantas menghubungi bomba memaklumkan kejadian itu.

“Saya difahamkan babun yang datang dari hutan berhampiran bukan saja merosakkan barangan dalam bilik, malah turut membuang najis,” katanya, semalam.
Katanya, adik perempuannya mendapati haiwan liar itu memasuki rumah sebaik terdengar bunyi cakaran pada pintu bilik.

“Mujur adik bertindak bijak apabila segera menutup pintu bagi mengelak haiwan itu keluar dari bilik dan bertindak liar.

“Saya kemudian memaklumkan kejadian itu kepada suami sebelum dia bergegas pulang untuk menyelamatkan adik dan anak kami,” katanya.

Menurutnya, sepasukan anggota Jabatan Perhilitan yang tiba berjaya menangkap haiwan berkenaan selepas berusaha hampir tiga jam.

Sementara itu, Pembantu Pusat Pemulihan Orang Utan, Elis Pambing berkata, haiwan liar itu ditangkap menggunakan jaring dan dihantar ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok.

“Babun ini dipercayai terpisah dari kumpulannya dan tersesat sebelum memasuki rumah mangsa dan ia agresif apabila diancam,” katanya.

‘Abang ajak main doktor-doktor’

Kajang: Walaupun baru berusia 14 tahun, tetapi seorang remaja lelaki sudah pandai mengadakan hubungan seks dengan adik perempuannya berusia 12 tahun, sejak setahun lalu.
Perbuatan tidak bermoral itu terbongkar selepas mangsa dihantar ke sebuah pusat kebajikan kerana mengalami kemurungan sebelum menceritakan kejadian dia dirogol kepada penjaga pusat berkenaan yang kemudian memberitahu ibu mangsa.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kajang, di sini, sebelum remaja lelaki itu ditahan kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi berkata, remaja lelaki itu kini direman selama empat hari bermula semalam.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa mengakui dirogol abangnya itu sejak setahun lalu.

“Mangsa mendakwa abangnya akan mengajaknya untuk bermain permainan ‘doktor-doktor’ sebelum merogolnya,” katanya.
Katanya, kejadian itu hanya disedari ibu mangsa selepas menghantar anak perempuannya yang murung ke sebuah pusat kebajikan.

“Disebabkan kemurungan, penjaga di pusat kebajikan itu mula memujuk mangsa menceritakan punca dia menyendiri sebelum mangsa memberitahu dia dirogol abangnya sejak setahun lalu.
“Terkejut dengan dakwaan berkenaan, penjaga pusat kebajikan itu membawa mangsa ke hospital sebelum doktor yang memeriksanya mengesahkan mangsa dirogol,” kata penjaga pusat kebajikan itu kemudian memaklumkan perkara menimpa kanak-kanak terbabit kepada ibunya.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat penjaga pusat kebajikan terbabit dan ibu mangsa untuk tindakan lanjut.

Ab Rashid berkata, sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu, pihak berkuasa menahan remaja terbabit dan dia (suspek) akan direman bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 (b) Kanun Keseksaan (KK).

Pelawak auta

Bermodalkan perwatakan alim, seorang pelawak tanah air didakwa memperdaya mangsanya sejurus melarikan diri selepas meminjam ribuan ringgit untuk kempen ‘politiknya’.
Pelawak daripada program rancangan realiti itu berjanji melangsaikan semua hutang selepas dibayar parti terbabit, namun sejurus masanya, dia memberi banyak alasan termasuk memaki-hamun dan menghilangkan diri.

Mendedahkan perkara itu, mangsa dikenali Saerah, 39, berkata, dia kerugian RM7,000 selepas pelawak terbabit meminjam wang daripadanya dengan alasan dijadikan modal berceramah di Teluk Intan, Perak.
Dia yang juga ibu tunggal berkata, dia mengenali pelawak itu melalui rakannya tahun lalu dan hubungan mereka erat apabila pelawak terbabit sering ke kedai makannya di daerah itu selepas menyampaikan ceramah.

Katanya, pada awal perkenalan, pelawak terbabit menunjukkan sikap baik, namun di sebalik itu, dia merancang memperdayakannya.

“Pada 30 September dan 20 Oktober lalu, lelaki itu meminta saya menempah bilik hotel berikutan dia dari Kedah dan diundang memberikan ceramah. Kerana percaya, saya melakukannya sebelum dijanji dibayar semula wang itu,” katanya.
Pada 21 September lalu, katanya, pelawak berkenaan meminjam RM4,500 selepas memaklumkan keretanya dimasukkan ke bengkel dan ia menyukarkannya menyampaikan ceramah.

“Atas dasar percaya dan diajak menyertai parti, saya memasukkan RM4,500 menerusi ATM di Teluk Intan dan dia berjanji membayarnya pada 2 atau 3 Oktober lalu. Pada 27 September, saya menghubunginya untuk mengingatkan pembayaran itu, namun malangnya telefonnya itu dipegang rakan di Kelantan,” katanya.
Menurut Saerah, melalui perbualan bersama rakannya, difahamkan pelawak itu dimasukkan ke hospital dan telefon itu dicagar RM780.

“Kerana sukar berkomunikasi dengan pelawak terbabit, saya mendahulukan wang RM780 kepada rakannya sebelum telefon itu diserahkan semula. Keesokan, pelawak itu menghubungi memaklumkan dia sudah sembuh, kesempatan itu saya meminta semula semua wang,” katanya.

Namun kata Saerah, lelaki itu memberi alasan dia tiada wang kerana tidak menerima undangan ceramah selain menerima sedikit bayaran hasil ceramah politiknya sebelum ini.

“Pada awal Oktober, pelawak itu memaklumkan dia akan ke ibu kota kerana ditawarkan berlakon. Ketika itu, saya sedikit gembira kerana kemungkinan wang saya dibayar, namun pada 4 Oktober lalu dia mendakwa dompet dan wang RM1,780 miliknya hilang,” katanya.

Menurutnya, insiden itu membuatkannya sangsi sama ada dipergunakan pelawak terbabit, namun terpaksa mengalah apabila lelaki itu sekali lagi meminjam RM1,500 untuk memperbaharui cukai jalan.

“Selepas berasa tertipu, akhir Oktober lalu saya meminta semula wang itu namun pelbagai alasan diberikan termasuk memaki hamun saya,” katanya.

Saerah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Teluk Intan pada jam 10 pagi, kelmarin.

Timbalan Ketua Polisnya, Superitendan Mohd Zaki Harun ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan itu dan siasatan dijalankan.

Selain polis, Saerah turut melaporkan kes itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jering, ibu pejabat parti politik itu dan Persatuan Seniman Malaysia.

Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, berikutan pelawak itu ahlinya dan terbabit kes penipuan, dia akan digantung keahlian.

Isteri dibogel geng lepak

Akibat tindakan suami menegur sekumpulan remaja yang gemar melepak di kawasan perumahan di Jalan Semarak di sini, menyebabkan isterinya dibogel sebelum gambarnya dirakam selain disamun wang tunai dan barangan kemas bernilai kira-kira RM10,000, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Siti, 32, sedang tidur di dalam biliknya manakala suaminya pula keluar berjumpa rakan.

Katanya, tiba-tiba dia terjaga sebaik terdengar bunyi cermin depan rumah dan pintu dipecahkan. Apabila keluar dari bilik, dia ternampak sekumpulan lima lelaki yang sering melepak di kawasan perumahannya berada di dalam rumah manakala tiga lagi berkawal di luar.
Menurutnya, selepas mereka ternampak dia berseorangan, dua daripada lelaki terbabit menyerangnya dengan topi keledar menyebabkannya separuh sedar.

“Tidak cukup dengan itu, saya turut dilibas dengan parang, namun sempat mengelak. Bagaimanapun, akibat ditumbuk, saya menjadi pening dan dalam keadaan separuh sedar itu, mereka membogelkan saya sebelum merakam gambar bogel selain cuba merogol saya.

“Saya melarikan diri meminta tolong dengan jiran dan bernasib baik, jiran sebelah terdengar jeritan saya dan membenarkan saya berlindung di dalam rumahnya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Beliau berkata, kumpulan lelaki itu mengejarnya hingga ke rumah jiran dan apabila jiran enggan membuka pintu seperti diarahkan mereka, motosikal dan cermin rumah jirannya dipecahkan.

Siti berkata, kumpulan itu tidak meninggalkan rumahnya begitu saja sebaliknya melarikan barang kemas, telefon bimbit pintar, iPad, dan wang yang disimpan di dalam tabung bernilai kira-kira RM10,000.
“Mereka turut mengugut akan menyebarkan gambar bogel saya di Internet sekiranya membuat laporan polis dan saya percaya kejadian ini berpunca daripada tindakan suami saya menegur kumpulan itu yang sering mengacau penduduk selepas mengambil minuman keras.

“Dengan bantuan jiran, saya membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sejuta umat Islam berkumpul

Lebih sejuta umat Islam berkumpul di tebing sungai, di sini, semalam untuk beribadah dan mendengar ceramah daripada tokoh agama pada hari pertama perhimpunan tahunan Islam yang kedua terbesar di dunia.
Jalan raya di Dhaka lengang apabila umat Islam berpusu-pusu ke Sungai Turaq di Tongi, kira-kira 40 kilometer ke utara Dhaka, tempat Perhimpunan Islam Sedunia diadakan selama tiga hari.

Nurul Islam, antara ketua penganjur berkata, khemah sepanjang lebih satu kilometer didirikan di kawasan terbuka di tebing sungai.
“Lebih sejuta orang sudah berada di sini. Tetapi kami berharap, jumlahnya akan menjangkau dua juta pada hari terakhir Ahad ini, seperti tahun lepas,” katanya.

Kereta api dan feri khas diatur untuk mengangkut jemaah ke majlis itu, sementara jurutera tentera mendirikan puluhan jambatan sementara dan memasang tangki air.

Peserta akan tidur sama ada di bawah khemah atau berdepan dengan cuaca sejuk di luar. Bangladesh, ketika ini berdepan musim sejuk pada suhu paling rendah sejak merdeka daripada Pakistan pada 1971.
Kira-kira 30,000 warga asing dari lebih 100 negara menyertai perhimpunan itu tahun ini,” kata Nurul Islam.

No comments:

Post a Comment