Sunday, January 13, 2013

ORANG TAK BOLEH...DIA BOLEH...ORANG TAK BOLEH TUDING...IA BOLEH...LAWAK2

Artis masuk perangkap SPRM


RUSTAM AFFANDI (kanan) dan Addy Sany berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh semalam.



IPOH - Perbuatan seorang bekas ahli kumpulan rock tanah air sekitar tahun 1990-an dan rakannya yang cuba menipu pengurus sebuah kolej swasta di sini berbalas apabila mereka didenda RM10,000 dan dipenjara sehari oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Julie Lack Abdullah turut memerintahkan bekas ahli kumpulan rock Scan, Rustam Affandi Abdul Majid, 40, dan Addy Sany Ariffin, 42, dipenjara tiga bulan lagi jika gagal menjelaskan denda berkenaan. Mereka membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, kedua-duanya didakwa cuba menipu seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nor Azlizan Mohd. Ali, 29, yang menyamar sebagai pembiaya dan rakan kongsi lelap Kolej Crew Skills International (M) Sdn. Bhd.
Kolej berkenaan menawarkan latihan teori dan praktikal untuk tukang masak pelajar-pelajar luar negara.
Kedua-dua tertuduh didakwa cuba memperdayakan mangsa dengan kononnya boleh membantu mendapatkan kelulusan Lesen Pusat Bertauliah daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi kolej berkenaan.

Adik istimewa ‘Korea mari’

Oleh FIRDAUS SAHAT dan SHAMRAN SARAHAN
Kuala Lumpur: Membimbangkan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan mudah dengan mengambil kesempatan terhadap populariti budaya Korea seperti K-Pop dan K-Drama dalam kalangan masyarakat Malaysia terutama golongan muda dengan menawarkan 'adik' istimewa dari negara berkenaan.
Tarikan terbaru itu jika tidak dibendung dikhuatiri boleh menyesatkan golongan muda yang makin terikut-ikut dengan budaya Korea.
Siasatan wartawan Metro Ahad mendapati pihak terbabit cuba mempromosikan pakej terbaru itu dengan menonjolkan keistimewaan gadis Korea berkenaan seperti memiliki payu dara besar selepas melakukan suntikan hormon, cantik selain bekerja sambilan (freelance) sekali gus masih 'bergetah'.

Bagaimanapun, bayaran untuk khidmat gadis Korea itu lebih mahal iaitu sekurang-kurangnya RM600 sejam berbanding pekerja seks dari negara lain kira-kira RM200 sejam.
FotoPENDATANG asing dari Korea, China dan Indonesia berbaris ketika diperkenalkan kepada pelanggan.

Difahamkan, harga mahal itu tidak mengejutkan kerana gadis Korea masih baru di pasaran kerana mereka sebelum ini lebih gemar bekerja di pusat hiburan dan karaoke milik warga negara itu dan hanya menawarkan khidmat sesama mereka.

Taktik tarik pelanggan

Kuala Lumpur: Polis percaya kemunculan gadis Korea sebagai pekerja seks sambilan di sebuah pusat spa dan kesihatan di sini sebagai usaha terkini sindiket pelacuran mempelbagaikan tawaran kepada lelaki hidung belang.
Sindiket itu yakin mereka mampu memperoleh keuntungan berlipat kali ganda berikutan budaya Korea makin meresap dalam kalangan rakyat Malaysia terutama generasi muda berbangsa Cina dan Melayu, sekali gus memungkinkan permintaan terhadap gadis Korea sentiasa ada walaupun harganya hampir tiga kali ganda lebih mahal berbanding gadis negara lain.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, setakat ini pihaknya belum mendapat aduan dan pengesahan mengenai perkara itu.
“Selama ini saya belum pernah dapat laporan mengenai kes pelacuran membabitkan gadis Korea, sama ada gadis pengiring (escort girl) ataupun yang bekerja sambilan di premis pelacuran yang berselindung di sebalik pusat spa.

“Mungkin ini taktik baru sindiket (pelacuran) untuk cuba meneruskan aktiviti mereka. Kita akan siasat perkara ini,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Hangat diperkata dalam Internet

Kuala Lumpur: Kemunculan gadis Korea sebagai pekerja seks di negara ini makin mencuri perhatian dan hangat diperkatakan di beberapa forum di Internet sejak kebelakangan ini.
Berdasarkan tinjauan Metro Ahad dalam sebuah forum yang aktif membicarakan mengenai aktiviti pelacuran di ibu kota, beberapa lokasi di sini didapati memang ada menawarkan khidmat seks membabitkan gadis Korea, namun ia eksklusif untuk warga negara itu saja. Mereka juga dikatakan berselindung di sebalik pusat karaoke dan bar yang dibuka khas untuk warga Korea dan premis ini langsung tidak menerima warga tempatan memasuki premis mereka. Begitupun, daripada maklumat menerusi forum terbabit, ada juga wanita Korea yang menjalankan aktiviti itu secara eksklusif melalui pakej istimewa kunjungan ke pusat spa dan hotel tertentu untuk warga tempatan. Rata-rata mereka menjalankan aktiviti haram itu secara bersendirian dan sebilangannya menggunakan khidmat orang tengah warga tempatan untuk mendapatkan pelanggan Bagaimanapun, tawaran untuk khidmat seks itu didakwa terlalu mahal dengan langganan selama sejam serendah RM600 dan ia boleh mencecah ribuan ringgit bergantung dengan wanita dipilih. Melalui maklumat peroleh ini, Metro Ahad berjaya mendapatkan nombor telefon orang tengah yang boleh menghubungkan wartawan dengan wanita berkenaan. Begitupun, orang tengah berkenaan ketika dihubungi meminta wartawan membayar sebanyak RM450 sebagai upah sebelum mengatur pertemuan dengan gadis Korea berkenaan. “Ini bukan perempuan biasa, bukan murahan punya. Semua perempuan Korea yang kelas-kelas.

“Satu malam paling murah lebih kurang RM1,500, lagi lawa lagi mahal,” katanya ketika dihubungi wartawan.

 pix_topright

Nangis buku rentung

Oleh MUHAMAAD RAZIS ISMAIL
Kota Bharu: “Kedua-dua cucu saya menangis malam selepas kejadian itu kerana buku dan pakaian sekolah mereka hangus,” kata Rakiah Abdullah, 56, nenek kepada dua mangsa kebakaran membabitkan empat rumah di Kampung Paloh, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, tiga keluarga termasuk keluarga Rakiah tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang disewa sejak dua tahun lalu musnah dijilat api.
Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Rakiah berkata, dua cucunya, Nor Nabilah Hidayah Adnan, 15, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab Satu dan Nur Imanina Maisarah Adnan, 10, bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar, tidak dapat menahan kesedihan apabila tidak dapat menyelamatkan peralatan sekolah mereka.

“Ibunya memperuntukkan lebih RM500 untuk membeli buku dan pakaian anak mereka.

 pix_topright

Durian gincu, kopi gesek

Oleh HADZLAN HASSAN
Medan: Selain mencari isteri bulanan, segelintir lelaki Malaysia dikesan berkunjung ke sini untuk menikmati khidmat pemuas nafsu dikenali sebagai 'durian gincu' dan 'kopi gesek'.
Pakej 'durian gincu' terletak di Kisaran berhampiran Tanjung Balai manakala kedai 'kopi gesek' di Kampung 50 berhampiran Tebing Tinggi dekat sini.

Seorang penduduk, Suhanto Norman, 33, berkata kedua-dua premis berkenaan sebenarnya menyediakan perkhidmatan pemuas nafsu kepada lelaki dan durian gincu sebenarnya lebih sinonim dengan rakyat Malaysia.
"Tidak ramai rakyat Malaysia yang tahu mengenai kedai kopi gesek ini kerana mereka yang turun di Tanjung Balai tidak akan terus ke Medan, begitu juga sebaliknya dan biasanya kedai kopi ini dikenali penduduk tempatan terutama dalam kalangan pemandu lori atau pemandu bas," katanya.

Suhanto berkata demikian ketika ditanya lokasi pilihan warga Malaysia, terutama bagi lelaki yang sering ke Medan jika tidak mempunyai urusan kerja, perkahwinan atau perniagaan. Muka depan Metro Ahad minggu lalu melaporkan ramai lelaki Malaysia gemar memilih wanita dari Medan sebagai pasangan hidup dan akhirnya ada antara mereka menjadi isteri bulanan kerana sering ditinggalkan.

Wartawan yang sempat singgah di kedai kopi gesek mendapati, kawasan berkenaan biasanya menjadi persinggahan 'abang lori' dan pemandu kereta yang memandu sendirian antara Medan ke pelabuhan terbabit.
Apa yang menarik, setiap kedai biasanya mempunyai dua penjaga dan sebaik pelanggan masuk dan memesan minuman, penjaga pondok gerai diperbuat daripada pohon nipah dan disuluh lampu malap itu akan bersiap-siap selain memainkan muzik dangdut.

Ditanya mengapa muzik lambat dimainkan, penjaga pondok itu berkata, ia untuk menjimatkan sewa kerana setiap malam mereka perlu membayar 60,000 rupiah (kira-kira RM20).
Terdapat kira-kira 15 pondok kopi gesek dan setiap satu dilengkapi dua bilik kecil dan ketika kunjungan ke sebuah premis berkenaan, seorang wanita didapati sedang memangku bayi keluar dari bilik kecil lalu bertanyakan sama ada ingin ditemani minum atau tidak.

Tanpa segan silu dan usul periksa, dia mendakwa mempunyai ramai wanita lain dan boleh dipanggil bila-bila masa untuk melayan wartawan dan dua rakan lain di bilik kecil dengan caj 150,000 rupiah (kira-kira RM50) untuk sekali perkhidmatan.

Pada masa sama, seorang lagi wanita keluar dari bilik bersebelahan dan dia mengaku mereka berdua boleh melayan kami bertiga dan menggunakan bilik bergilir-gilir sebelum pelawaan ditolak secara baik dan dikenakan caj 50,000 rupiah (kira-kira RM18) untuk secawan kopi jahe (halia) dan dua cawan kopi.

Sementara itu, seorang rakyat Malaysia yang hanya mahu dikenali sebagai Mie berkata, durian gincu pula mempunyai konsep sama tetapi kebanyakan wanita yang ditawarkan lebih muda serta bergaya dan ia biasanya ada ketika musim durian.

"Jika saudara melalui Kisaran dan melihat wanita cantik menjual durian, jangan terkejut ada kalanya buah yang dijual sudah pecah serta berbau dan ia fenomena biasa di sini.

"Tapi sebagai orang baru di sini saya nasihatkan anda jangan cuba berurusan dengan mereka kerana pihak berkuasa di sini sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan," katanya yang sering berulang-alik ke Medan melalui Tanjung Balai kerana mempunyai isteri di Tebing Tinggi, dekat sini.


Lemas lepas nahas

Oleh SHAMSUL MUNIR SAFINI
Arau: “Saya sedih hasrat ayah mahu menjamah pulut kuning tidak kesampaian selepas dia maut akibat lemas selepas terbabit dalam kemalangan. Sebelum itu, arwah sempat berpesan supaya saya menyimpan pulut berkenaan untuknya sebelum keluar dari rumah.”
Itu luahan sedih Jasniza Jis Fazil, 20, selepas menerima berita kematian bapanya, Jis Fazil Jaafar, 43, yang maut dalam kemalangan sebelum tercampak ke sungai berhampiran mengakibatkan bapanya lemas di Jalan Tambun Tulang, di sini, awal pagi semalam.
Katanya, dia menyimpan pulut kuning yang diperolehinya daripada kenduri tahlil jirannya selepas bapanya memesan agar menyimpan sebahagian daripada makanan berkenaan.

“Saya sedih dan terkilan kerana hasrat ayah untuk menjamah makanan itu tidak kesampaian selepas dia maut akibat lemas ketika terbabit dalam kemalangan.
Foto

“Selepas mengetahui kejadian yang menimpa ayah, saya bergegas ke tempat kejadian sebelum mendapati ayah sudah tiada,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

 pix_topright

Porsche ragut nyawa gadis

Oleh RUDY SYAREME SHERIFFUDIN
Georgetown: Kegembiraan dua sahabat bersiar-siar pada malam minggu bertukar tragedi apabila seorang daripadanya meninggal dunia selepas kereta jenis Porsche 911 yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Jalan Kelawei/Jalan Cantonment, di sini, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6 pagi apabila kereta dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun bersama seorang gadis berusia 24 tahun dari arah Tanjung Tokong, dekat sini, menghala ke pusat bandar terbabas dan melanggar sebatang pokok.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan setibanya di kawasan terbabit lalu merempuh pokok di bahu kanan jalan.
Menurutnya, rempuhan berkenaan menyebabkan kereta remuk teruk terutama di bahagian hadapan.

Katanya, kejadian itu juga menyebabkan penumpang wanita maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

“Pemandunya mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital, manakala penumpang yang maut dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat.
FotoELIZABERTH maut
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan berbahaya sehingga menyebabkan kematian dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun atau denda tidak kurang RM5,000 atau tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Menurutnya, polis minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu agar dapat menghubungi Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di talian 04-2181872 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 pix_topright

Britney Spears putus tunang

Los Angeles: Bintang pop Britney Spears semalam memutuskan pertunangannya dengan Jason Trawick dan menarik diri daripada menjadi juri selebriti dalam rancangan mencari bakat nyanyian, X Factor.
Britney, 31, dan Trawick, 41, yang juga bekas ejennya bertunang pada Disember 2011. “Trawick dan saya memutuskan untuk membatalkan pertunangan kami. Saya akan sentiasa memujanya dan kami akan kekal sebagai kawan baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasangan itu mula berpacaran pada Mei 2010, selepas beberapa tahun berdepan dengan kerumitan hidup, termasuk kehilangan hak penjagaan dua anaknya, memasuki pusat rawatan dan mencukur rambutnya.
Dalam satu kenyataannya, Trawick berkata: “Apabila episod ini berakhir buat kami, episod baru akan bermula. Saya selalu akan menyayangi dan mengingati Britney serta anak lelakinya. Kami akan terus menjadi teman rapat selamanya,” katanya.

Trawick adalah calon suami ketiga buat Britney. Sebelum ini dia menceraikan Kevin Federline pada 2006 dan mempunyai dua anak bersama penari itu.

Britney juga pernah berkahwin dengan kawan zaman kanak-kanaknya, Jason Alexander di Las Vegas pada 2004. Perkahwinan itu bertahan hanya 55 jam sebelum penyanyi itu membatalkannya. Britney dan Trawick mengumumkan perpisahan mereka pada hari sama penyanyi “Toxic” itu mengesahkan pengunduran diri daripada rancangan X Factor hanya selepas setahun menjadi juri rancangan nyanyian terbitan Fox itu. Dia memberitahu sudah sampai masanya untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian. - Reuters

Pengguna Facebook perlu bayar hantar mesej

New York: Rangkaian laman sosial Facebook kini menguji satu sistem yang mengenakan bayaran kepada pengguna untuk menghantar mesej kepada mereka yang bukan dalam kelompok rakan pengguna.
Laman sosial itu semalam mengesahkan percubaan perkhidmatan baru itu sudah bermula, tetapi hanya sebilangan kecil pengguna Facebook mempunyai akses yang dikenakan bayaran itu untuk menghantar mesej secara langsung.

Pada masa ini, setiap pengguna boleh menghantar mesej kepada pengguna lain secara percuma. Bagaimanapun, jika ia tidak dihantar kepada rakan atau kawan kepada rakan itu, mesej berkenaan akan pergi kepada fail lain penerima. Ia dijelaskan Facebook sebagai ‘tempat mesej yang kurang penting’, yang diperkenalkan pada 2010. Bagaimanapun, perkhidmatan baru ini menawarkan akses terus ke dalam kotak penerima, dengan syarat penghantar bersedia membayar yuran dikenakan.
Facebook pada asalnya mengetengahkan idea mengenakan bayaran untuk penghantaran mesej sebelum Krismas, apabila ia mencadangkan perkhidmatan itu dikenakan bayaran AS$1 (RM3) untuk setiap penghantaran mesej. - Daily Mail

3 lagi mayat ditemui

Beijing: Operasi mencari tiga lagi mangsa yang hilang akibat kejadian tanah runtuh di barat daya China berakhir semalam apabila semua mayat ditarik keluar dari kawasan lumpur.
Penemuan itu menjadikan jumlah kematian akibat bencana berkenaan kepada 46, termasuk 19 kanak-kanak. Pihak berkuasa di Yunnan berkata, tiga mayat terakhir itu ditemui pagi semalam selepas usaha mencari tanpa henti membabitkan lebih 1,000 petugas penyelamat dilakukan di desa terpencil Gaopo. Agensi berita kerajaan, Xinhua melaporkan mereka yang tertimbus termasuk 27 orang dewasa dan 19 kanak-kanak.

Dua lagi mangsa dirawat di hospital selepas kejadian itu yang berlaku pagi kelmarin turut menimbuskan 16 kediaman. Petugas yang berjaga sepanjang malam dan berdepan dengan suhu tahap beku menggunakan lampu serta peralatan pengesan khas untuk mencari mangsa.
Tentera, polis, anggota bomba dan kakitangan penyelamat lombong menyertai operasi mencari yang menggunakan 20 mesin pengorek dan trak itu. Penduduk, Li Yongju, 50, berkata, dia mendengar bunyi tanah runtuh ketika membersihkan kawasan belakang rumahnya sebelum bergegas bersama penduduk lain ke tempat kejadian sambil membawa penyodok dan cangkul. “Kami menarik beberapa orang, seorang daripadanya bernafas dengan lemah. Dia mati tidak lama kemudian, ” katanya sebagaimana dipetik daripada agensi berita Xinhua. Beberapa anggota keluarga saya, termasuk nenek, abang, bapa dan ibu saudara mati dalam kejadian ngeri berkenaan,” katanya ketika ditemui.

Korban selesema di AS meningkat

Chicago: Jumlah kematian akibat selesema yang mencengkam Amerika Syarikat mencapai tahap epidemik.
Pihak berkuasa kesihatan berkata, ia mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya beberapa minggu sebelum reda.

Selesema atau pneumonia bertanggungjawab atas 7.3 peratus kematian dilaporkan di 122 bandar raya yang dipantau Pusat untuk Pengawalan dan Perlindungan Penyakit (CDC) yang berakhir pada 5 Januari lalu.
Jumlah itu mengatasi paras epidemik pada 7.2 peratus. “Kebanyakan bahagian di negara ini menyaksikan banyak kes selesema,” kata Pengarah CDC, Tom Frieden dalam sidang media. - AFP

‘Asyik tuding jari saja’

Semenyih: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membidas sikap kerajaan Selangor yang suka menuding jadi dan menyalahkan pihak lain berhubung krisis air yang berlaku di negeri itu tanpa menyelesaikan masalah berkenaan.
Katanya, beliau kesal dan sedih melihat bebanan yang terpaksa dialami rakyat negeri itu, terutama penghuni flat kerana terpaksa turun naik untuk mengambil air dengan baldi bagi memenuhi keperluan harian mereka. “Saya sedih tengok orang flat, angkat baldi air ke tingkat atas, tingkat dua bolehlah, kalau tingkat 10 macam mana? Kalau orang muda boleh, kalau dah tua macam mana nak angkat baldi? Susah rakyat,” katanya.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, kerajaan Selangor hanya salahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Kita (kerajaan BN) tak boleh (selesaikan masalah air) sebab mereka (kerajaan Selangor) tak bagi ‘development order’. Kita nak buka stesen pam tambahan, mereka (kerajaan Selangor) tak bagi kelulusan,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) Negeri Selangor Bersama Perdana Menteri di Dataran Tesco Bandar Rincang, Semenyih, di sini, semalam.

Justeru, katanya, apa yang harus dilakukan kerajaan pakatan pembangkang itu adalah mencari jalan penyelesaian terbaik bersama-sama Kerajaan Pusat terhadap masalah yang semakin meruncing dan pastinya akan memberi impak pada masa akan datang.
Katanya, sekiranya masalah air tidak diselesaikan segera, malapetaka lebih serius akan menimpa khususnya di Lembah Klang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada tahun depan dan seterusnya.

Najib berkata, pembangunan dan pelaburan di Selangor juga terbantut dan tidak dapat dilaksanakan seperti dijadualkan berikutan masalah air di negeri itu.
“Kita sedar berbilion-bilion ringgit pelaburan di Selangor mungkin tak jadi kalau tak selesaikan masalah air. Pelabur menunggu nak buka kilang di Selangor tetapi tertangguh kerana masalah air.

“Pemaju yang nak buka kawasan perumahan pun tertangguh,” katanya.

Perdana Menteri berkata, akses kepada air berkualiti adalah hak asasi setiap manusia dan sehubungan itu beliau memberi jaminan sekiranya BN diberi mandat pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, masalah air dan pelbagai masalah lain akan diselesaikan secepat mungkin.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Timbalan Menteri Kewangan dan Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan; Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz dan Presiden IPF, Datuk M Sambanthan. - Bernama

HKR112 melanggar syarat himpunan aman bila dikata membawa kanak2 bawah 15,, tapi Himpunan <esra Rakat dengan PM boleh pula , apakah  undang2 di Malaysia  ini hanya untuk PR sahaja,
HKR112 melanggar syarat himpunan aman bila dikata membawa kanak2 bawah 15,, tapi Himpunan

Tetap bawa budak

Oleh: Yusri Abdul Malek, Zaiti Satibi, Mohd Firdaus Ibrahim, Muhammad Apendy Ishak, Kalidevi Mogan Kumarappa, Asmah Rusman, Siti Nor Hidayatidayu Razali, Raja Noraina Raja Rahim, Muhaamad Hafis Nawawi, Siti Na'imah Mohamed
Kuala Lumpur: Biarpun mengetahui risiko bakal dihadapi ketika menyertai demonstrasi, ratusan ibu bapa masih berdegil dengan membawa anak masing-masing menyertai perhimpunan di Stadium Merdeka, semalam.
Malah, ada dalam kalangan mereka sudah berhimpun di kawasan tertentu sejak awal pagi lagi. Ini menyebabkan sesetengah kanak-kanak itu terlelap ketika didukung bapa kerana keletihan.

Tinjauan wartawan Harian Metro di beberapa lokasi seperti di KLCC, Kelab Sultan Sulaiman, Pasar Seni, Brickfields, Jalan Sultan dan Dataran Merdeka mendapati ramai kanak-kanak turut berarak bersama peserta dewasa menuju ke stadium seolah-olah seperti pergi ke pesta atau pasar malam.
Ada ibu bapa yang sanggup mendukung bayi mereka yang sedang tidur tanpa menghiraukan keadaan cuaca yang agak panas.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Norani Mohd Hashim pernah menasihatkan ibu bapa agar tidak membawa anak masing-masing yang berusia bawah 12 tahun menyertai perhimpunan itu kerana ia bertentangan dengan subseksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Mengikut peruntukkan akta itu, ibu bapa boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Tinjauan juga mendapati ada ibu bapa yang memakaikan kemeja-t berslogan perhimpunan terdahulu seperti Bersih dan Anti Lynas kepada anak mereka.

No comments:

Post a Comment