Tuesday, January 15, 2013

KES AIR INI JANGAN TIPU2LAH...AKHIR AKAN TAHU CERITA SEBENARNYA...JANGAN JADI MAINAN POLITIK....JANGAN JADI BUDAK2...RAKYAT TAHU BAGAIMANA TERTUBUH SYABAS

Isu air: 125,000 pengguna terjejas

SHAH ALAM: Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang dihentikan operasinya kira-kira tujuh jam sejak 1.30 tengah hari semalam apabila pencemaran air dikesan di sungai itu, dijangka mengakibatkan gangguan bekalan air selama lima hingga tujuh hari kepada pengguna di lima daerah.
Daerah terlibat ialah Petaling, Sepang, Klang, Kuala Langat, dan yang paling serius daerah Hulu Langat yang membabitkan kira-kira 125,000 pengguna di sekitar Bandar Baru Bangi, Kajang dan Sungai Chuah.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, pihaknya memandang serius masalah yang menimpa orang ramai dan sedang berusaha keras mencari jalan terbaik menanganinya.

Katanya selain pembekalan menerusi lori tangki, beliau mencadangkan supaya Syabas dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mencari alternatif lebih baik, mungkin pembekalan ke kawasan tertentu secara berjadual.

"..dalam erti kata lain, mungkin kawasan berkenaan seperti Bandar Baru Bangi, beri mereka jadual, hari ini ada (bekalan) mungkin esok tidak ada, atau dua hari tak ada, lusa ada, ini sekurang-kurangnya ada air yang datang dari paip rumah masing-masing, tak perlu tunggu lori tangki.

"Saya ingatkan Syabas untuk meneliti perkara ini dengan SPAN dan lihat bagaimana ia boleh dilaksanakan secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di Loji Pembekalan Air Sungai Semenyih di sini.

Semalam, Syabas dalam satu kenyataan berkata gangguan bekalan air dijangka membabitkan kawasan Petaling yang melibatkan 118,000 akaun, Hulu Langat (125,000), Sepang (65,000), Klang (19,000) dan Kuala Langat (22,000).

Ditanya mengenai kaitan keadaan semasa dengan isu berkaitan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2), Chin berkata pada pandangannya ketika ini pembekalan air di kawasan tertentu beroperasi dengan margin simpanan yang terlalu kecil.

"Satu peratus. Kalau kita beroperasi dengan margin simpanan sebegini kecil, bila berlaku kesilapan kecil sana dan sini atau berlaku kerosakan jentera, kita akan menghadapi masalah kerana tidak ada margin yang cukup. Dari satu segi projek Langat 2 projek akan memberi kita margin simpanan yang selesa bila disiapkan," katanya.

Isu bekalan air Lembah Klang yang banyak diperkatakan sejak 2008, menjadi genting apabila kerajaan negeri Selangor enggan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek Langat 2 yang menelan belanja RM8.65 bilion.

Projek yang merujuk kepada sebahagian daripada projek penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya itu mendapat persetujuan kerajaan negeri Selangor semasa ditadbir Barisan Nasional (BN), namun ia kini terbantut apabila Selangor dipimpin pakatan pembangkang.

Sementara itu, Chin berkata semua pihak terlibat perlu bekerjasama dan tidak menuding jari dalam usaha meringankan beban rakyat kerana air merupakan sumber yang amat penting bagi semua.

"Kita kena ada kerjasama lebih erat antara semua pihak berkepentingan, terutama yang mengendalikan atau jadi operator jentera ini. Kerajaan sama ada persekutuan atau negeri kena bekerjasama, tak boleh bertentangan antara satu sama lain dalam keadaan sekarang, kita kena selaras kemajuan kerja kita.

"Sama ada projek mitigasi atau apa jua, apabila berlaku gangguan seperti di Wangsa Maju dan Semenyih ini kita mesti selaraskan bagi membantu menyelesaikan masalah, kita kena pakai cara terbaik, terlicin untuk baik pulih apa yang sudah rosak, daripada menuduh satu sama lain," katanya. - Bernama

Jangan politikkan isu air


LAU (dua dari kanan) membantu penduduk mengambil air selepas menyerahkan tong air sumbangan Pusat Khidmat Rakyat Parti Gerakan di Lumayan Apartmen, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor diminta tidak menjadikan krisis bekalan air di Lembah Klang sebagai isu politik.
Pengerusi Biro Perkhidmatan dan Pengaduan Awam Gerakan, Wilson Lau berkata, sudah tiba masanya kerajaan negeri dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) duduk semeja berbincang mencari penyelesaian untuk membantu menyelesaikan krisis itu kerana ia lebih teruk berbanding tahun 2009.
“Jangan jadikan krisis ini sebagai isu politik kerana ia boleh memberi kesan kepada rakyat.
“Nanti mereka akan hilang keyakinan kepada badan yang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan bekalan air,” katanya selepas majlis penyerahan bantuan 100 tong air kepada penduduk di Lumayan Apartmen, Bandar Tun Razak di sini semalam.
Lau turut kecewa apabila krisis bekalan air dijangka berlarutan sehingga sambutan Tahun Baru Cina.
Baru-baru ini, Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail memberitahu, krisis itu akan berpanjangan memandangkan terdapat kekurangan air dirawat.
Selain itu, ia berlaku ekoran peningkatan permintaan air dan penangguhan program perbelanjaan modal yang turut merangkumi kerja pembaikan, menaik taraf atau pertukaran aset dan sistem pengagihan air oleh kerajaan negeri.
Tegas Lau, situasi itu tidak akan berlaku sekiranya kerajaan negeri menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat.
Sementara itu, Pengerusi Surau Lumayan Apartmen, Azeman Abdul Razak melahirkan rasa sedih apabila banyak aktiviti surau terpaksa dibatalkan ekoran ketiadaan air.
“Saya menyeru tidak kira mana-mana parti politik sekali pun, jangan jadikan rakyat mangsa keadaan,” katanya.

pix_topright

Khidmat suntik bergerak

Oleh Nurul Huda Kosnon dan Rosyahaida Abdullah
Kuala Lumpur: Tarikan untuk tampil cantik dengan kulit putih gebu dalam tempoh singkat menyebabkan ada wanita yang sanggup berbuat apa saja termasuk tidak mengikuti prosedur klinikal daripada doktor pakar atau profesional sehingga mendedahkan diri kepada risiko kesihatan.
Ini berikutan kewujudan pakej kecantikan wajah yang murah, mudah dan cepat ditawarkan oleh ‘pakar’ tidak bertauliah kepada sesiapa saja yang berminat untuk menjalani prosedur perubatan di tempat terbuka.
Kegiatan suntikan vitamin C, plasenta, kolagen, sel stem dan glutathione itu semakin laris di kalangan wanita namun tanpa disedari mereka sebenarnya terdedah kepada jangkitan HIV dan Hepatitis B.

Seorang wanita yang mendakwa dirinya pakar perunding kecantikan mendakwa mengaut keuntungan mudah dengan menjalankan perkhidmatan menyuntik produk kecantikan itu kepada sesiapa saja yang berminat di tempat terbuka.
FotoURUTAN gambar menunjukkan Suzy menyuntik pelanggannya di dalam kereta dan di rumah.

Perkhidmatan itu menarik minat golongan remaja, suri rumah dan kalangan VIP yang kebanyakan ingin melihat keberkesanan perkhidmatan dan produk itu dengan cepat, mengatasi masalah kulit bermasalah dan inginkan diri kelihatan kekal muda.

 pix_topright

Tebuan ragut nyawa bayi

Oleh Zuliaty Zulkiffli
Kuala Kedah: “Pada pagi hari kejadian, anak saya, Nur Aimi Khairun Nisa Mohd Nakhaie, 14 bulan, merengek seolah-olah mahu mengikut saya ke tempat kerja, tetapi saya berjanji kepadanya akan balik awal selepas semua kerja selesai.
“Itulah kali terakhir saya berbual dan menemuinya sebelum meninggal dunia akibat disengat tebuan,” kata Sarizan Murad, 38.
Sarizan yang juga jururawat di sebuah klinik kesihatan, di sini, tidak menyangka rengekan anaknya pada pagi Jumaat lalu, membawa petanda arwah akan meninggal dunia selepas disengat lebih 50 ekor tebuan ketika tidur dalam buaian di ruang dapur rumah neneknya di Kampung Sematang Pinang, dekat sini.

Sebelum kejadian, Nur Aimi dikatakan tidur selepas dimandikan neneknya, Aishah Md Ali, 64, yang menjaga bayi itu sejak arwah dilahirkan, kira-kira jam 9 pagi.
FotoAISHAH menunjukkan kesan sengatan tebuan.

Menurutnya, dia sering menghantar tiga anaknya termasuk arwah yang juga anak bongsu ke rumah ibu mentua yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya selepas dia dan suami ke tempat kerja.

Amukan pak cik

Oleh Raja Noraina Raja Rahim, Muhaamad Hafis Nawawi dan Shahrul Redzuan Zulkifli
Petaling Jaya: “Saya tidak sangka dia tergamak cuba membunuh dengan menetak saya beberapa kali kerana menegur sikapnya yang panas baran,” kata Herman, 26, yang cedera ditetak bapa saudaranya, petang Sabtu lalu.
Beliau mengalami kecederaan ditetak menggunakan senjata parang di tangan kanan, muka dan belakang badan hanya kerana bapa saudaranya yang berusia 40-an tidak berpuas hati selepas mendakwa cuba mencampuri urusan rumah tangganya.
Menurut Herman, serangan tanpa belas kasihan itu berlaku selepas isteri bapa saudaranya menghubunginya sambil menangis dan merayu meminta tolong kerana tidak tahan dimarahi berikutan tersalah membeli ubat.

Beliau berkata, dia menerima panggilan itu jam 10 pagi sebelum diminta datang ke rumah bapa saudaranya itu di Kampung Kayu Ara, dekat sini, selepas tidak tahan dimarahi suaminya yang tiba-tiba mengamuk.
FotoHERMAN menunjukkan tangan yang cedera ditetak bapa saudara yang panas baran.

“Pada mulanya, saya hanya menasihati ibu saudara agar bersabar kerana tidak mahu mencampuri urusan rumah tangganya tambahan ia hanya berpunca kerana tersalah membeli ubat.


Gegendang telinga koyak

Oleh Muhamaad Razis Ismail
Pasir Puteh: “Saya bersyukur dengan keputusan yang memihak kepada saya. Bagaimanapun, saya tidak menyimpan dendam terhadapnya,” kata seorang penjawat awam, Aida Rohayu Mohamad, 39, selepas Mahkamah Sesyen Pasir Mas, dekat sini, membenarkan tuntutan saman terhadap bekas suaminya di sini, semalam.
Dalam keputusan itu, Hakim Irwan Suainbon, memerintahkan Sakri Latif, 43, membayar ganti rugi am dan khas berjumlah RM30,002 kepada bekas isterinya itu selepas membenarkan saman plaintif terhadap lelaki itu yang didakwa menamparnya hingga gegendang telinganya koyak pada 2007.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia bersyukur kerana perjuangannya untuk mendapatkan kebenaran di mahkamah akhirnya menemui kejayaan.
“Perjuangan untuk mendapatkan kebenaran akhirnya menunjukkan hasil. Sebelum ini, saya terpaksa turun naik ke mahkamah dan terpaksa berdepan dengan pandangan serong masyarakat serta hanya mahkamah yang dapat menentukan kebenaran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Selinsing di sini, semalam.

Aida Rohayu berkata, dia terpaksa memfailkan saman berkenaan terhadap bekas suaminya selepas hampir lima tahun kejadian itu berlaku selain mendapati kecederaan yang dialaminya berada tahap teruk.

“Tindakannya itu memberi kesan jangka masa panjang kepada telinga kiri saya sehingga menjalani pembedahan sebanyak dua kali.
FotoSUAMI Aida, Ariffin Abdullah menunjukkan kecederaan yang dialaminya.
"Sehingga kini, saya terpaksa mendapatkan rawatan susulan setiap tiga bulan di HRPZ II selain terpaksa menahan daripada bersin dan batuk untuk mengelakkan gegendang telinga kembali terkoyak,” katanya.

Bagaimanapun, Aida Rohayu berkata, dia sama sekali tidak menyimpan dendam dan tidak akan menghalang hubungan dua anaknya yang berusia 14 dan 15 tahun hasil perkahwinannya dengan bekas suaminya itu.
“Walaupun dua anak hasil perkongsian hidup tinggal bersama saya, saya tidak akan menghalang hubungan mereka,” katanya yang sudah berkahwin semula dan mempunyai seorang anak.

 pix_topright

Dihenyak 10 lelaki

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Mohamad Naufal Mohamad Idris
Klang: Entah di mana silapnya, seorang lelaki ‘ditinju’ tanpa belas kasihan oleh 10 lelaki bersenjatakan kayu, besi dan batang paip dalam kejadian di Kampung Nelayan, di sini, malam kelmarin.
Akibatnya, dia terpaksa menanggung kesakitan kerana mengalami lebam dan luka di beberapa bahagian badan.

Dalam kejadian kira-kira 10.50 malam itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Amir, 23, berkata, ketika kejadian dia sedang bersembang dengan sepupu di hadapan rumah bapa saudaranya.
Katanya, tiba-tiba dua kereta berhenti di hadapannya sebelum 10 lelaki bersenjatakan kayu dan batang paip meluru ke arahnya.

Menurutnya, tanpa sempat berbuat apa-apa, lelaki terbabit terus memukul, menendang dan menumbuknya bertubi-tubi.

“Saya cuba mempertahankan diri, tapi tiba-tiba saya nampak seorang daripada lelaki itu mengambil besi kunci motosikal dan memukul saya,” katanya.
FotoBELAKANG mangsa calar akibat dihenyak menggunakan senjata.
“Akhirnya saya terpaksa membiarkan diri dibelasah kerana khuatir akan dicederakan lebih teruk,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, selepas beberapa minit membelasahnya, semua lelaki itu meninggalkannya yang sedang menahan kesakitan.
Namun, sebelum melarikan diri, mereka sempat menterbalikkan motosikal, merosakkan pintu dan tingkap rumah bapa saudaranya itu.

Amir berkata, dia bernasib baik kerana sepupunya berjaya menyelamatkan diri dengan menyorok di dalam rumah jiran.

Beliau berkata, sehingga kini, dia masih bingung dengan kejadian yang berlaku kerana dia tidak mempunyai musuh atau masalah dengan orang lain.

Katanya, selepas kejadian, dia bimbang untuk keluar rumah.

Pemilik rumah yang mahu dikenali sebagai Din, 67, berkata, dia bimbang kejadian itu pertama kali berlaku sejak tinggal di rumah 43 tahun lalu.

Katanya, dia sendiri tidak mempunyai musuh dengan sesiapa, malah hubungannya rapat dengan penduduk kampung.

“Saya syak kumpulan itu tersalah rumah dan menyerang anak saudara saya kerana dia juga tidak ada musuh.

“Namun, saya bersyukur kerana mereka tidak merosakkan rumah dan kecederaan yang dialami anak saudara saya juga tidak serius,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

No comments:

Post a Comment