Penduduk Palestin bina khemah di E1
|
AL-TUR, Wilayah Palestin - Sejumlah aktivis Palestin mula membina khemah-khemah di sebuah kawasan dikenali sebagai E1 yang terletak di Tebing Barat, timur Baitulmuqaddis.
Pihak berkuasa Israel sebelum ini mengumumkan akan membina beribu-ribu kediaman peneroka haram Yahudi di lokasi itu.
"Kami mendirikan 20 khemah dan memiliki peralatan yang mencukupi bagi membolehkan kami tinggal di kawasan itu untuk tempoh yang lama," kata jurucakapnya, Abir Kopty.
Protes tersebut dianjurkan oleh aktivis-aktivis Jawatankuasa Koordinasi Perjuangan Popular.
Kopty memberitahu agensi berita AFP bahawa lebih 200 penduduk Palestin kini berkhemah di tapak berkenaan yang mereka namakan Bab Al-Shams.
Tanah tersebut terletak di antara hujung timur Baitulmuqaddis yang ditakluki Israel dan penempatan Maaleh Adumim.
"Kami akan tinggal di sini sehingga kami dapat memastikan penduduk Palestin (pemilik-pemilik tanah berkenaan) mendapat hak mereka untuk membina (rumah) di tanah mereka," tambahnya.
Seorang jurucakap Pentadbiran Awam Israel menyatakan, beberapa pegawai yang diiringi polis mengeluarkan perintah untuk mengusir aktivis-aktivis itu dari tapak berkenaan.
Enam minggu lalu, Israel mengumumkan rancangan membina beribu-ribu rumah peneroka Yahudi di kawasan E1 yang telah mencetuskan bantahan masyarakat antarabangsa. - AFP
Pemandangan unik bilik tandas
LONDON - Bangunan paling tinggi di Eropah Barat, Shard menyediakan bilik tandas yang unik kepada para pengunjung, menurut beberapa laporan kelmarin.
Bangunan setinggi 309 meter itu mengandungi bilik tandas yang mempunyai pemandangan bandar raya London.
Tingkap besar diletakkan di dalam bilik tandas tersebut supaya para pengguna boleh menyaksikan pemandangan di ibu kota United Kingdom ini.
Menurut akhbar dalam talian, MailOnline, tandas tersebut terletak di tingkat 68 dan 69.
Bangunan berkenaan mempunyai 95 tingkat.
Ia akan dibuka kepada para pengunjung pada bulan depan.
Terdapat 10 unit apartmen di dalam bangunan tersebut yang setiap sebuah berharga £50 juta (RM243 juta).
Bangunan tersebut juga menempatkan ruang pejabat, restoran dan Hotel Shangri-La dijangka dibuka pada musim panas ini. - Agensi
Buaya kawal ganja di dalam rumah
ALAMEDA, Amerika Syarikat - Anggota-anggota pihak berkuasa di California Utara telah membuat penemuan yang mengejutkan dalam serbuan dadah di bilik sebuah rumah di Lembah Castro di sini pada Selasa lalu.
Mereka menemui seekor buaya sepanjang 1.53 meter yang mengawal 15.4 kilogram ganja yang bernilai AS$100,000 (RM302,000).
Buaya spesies Caiman itu diletakkan di dalam sebuah tangki untuk menjaga ganja tersebut.
Haiwan itu pada kebiasaannya ditemui di kawasan berpaya di Amerika Selatan dan Amerika Tengah.
"Pada kebiasaannya, kita akan melihat anjing digunakan untuk mengawal dadah yang disembunyikan di dalam rumah," kata seorang pegawai Pejabat Syerif Alameda, Sarjan J.D. Nelson kelmarin.
Pemilik reptilia itu, Assif Mayar telah ditangkap pada Selasa lalu dan dituduh memproses ganja untuk dijual.
Mayar, 32, tidak membuat pengakuan semasa perbicaraannya berlangsung di Mahkamah Tinggi Alameda.
Dia kini ditahan dengan ikat jamin sebanyak AS$20,000 (RM60,400).
Mayar akan dibicarakan semula pada 15 Januari ini.
Buaya itu kemudian dihantar ke sebuah zoo. - Agensi
Ribut debu merah di Australia Barat
SYDNEY - Ribut debu merah berlaku di laut dekat pantai Australia Barat pada Rabu lalu.
Debu itu ditiup angin kencang dari Lautan Hindi semasa ia bergerak dekat pantai bandar Onslow, Australia Barat.
Seorang pekerja sebuah kapal tunda, Brett Martin sempat merakamkan gambar-gambar ribut debu merah itu yang bergerak 25 batu nautika dari pantai bandar tersebut. - Agensi
Lelaki kudung pertama menyelam di kolam renang paling dalam
BRUSSELS, Belgium - Seorang pengembara dari Perancis, Philippe Croizon menjadi manusia pertama di dunia yang kudung kaki dan tangan menyelam ke dalam sebuah kolam renang paling dalam di dunia kelmarin.
"Ini merupakan detik-detik yang amat gembira buat saya," katanya selepas dia menyelam di dalam kolam renang tersebut di sini.
g sedalam 33 meter itu.
Croizon yang merupakan seorang pekerja kilang besi, kehilangan semua kaki dan tangannya selepas dia terkena renjatan elektrik pada tahun 1994.
Ketika kejadian, dia cuba mengalihkan sebuah antena televisyen di atas bumbung.
Lelaki berusia 44 tahun itu menggunakan sepasang sirip renang pada kaki palsunya.
Croizon akan berenang di Tasik Titicaca.
Tasik tertinggi di dunia itu terletak di sempadan Peru dan Bolivia. - AFP
Artis masuk perangkap SPRM
|
IPOH - Perbuatan seorang bekas ahli kumpulan rock tanah air sekitar tahun 1990-an dan rakannya yang cuba menipu pengurus sebuah kolej swasta di sini berbalas apabila mereka didenda RM10,000 dan dipenjara sehari oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Julie Lack Abdullah turut memerintahkan bekas ahli kumpulan rock Scan, Rustam Affandi Abdul Majid, 40, dan Addy Sany Ariffin, 42, dipenjara tiga bulan lagi jika gagal menjelaskan denda berkenaan. Mereka membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, kedua-duanya didakwa cuba menipu seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nor Azlizan Mohd. Ali, 29, yang menyamar sebagai pembiaya dan rakan kongsi lelap Kolej Crew Skills International (M) Sdn. Bhd.
Kolej berkenaan menawarkan latihan teori dan praktikal untuk tukang masak pelajar-pelajar luar negara.
Kedua-dua tertuduh didakwa cuba memperdayakan mangsa dengan kononnya boleh membantu mendapatkan kelulusan Lesen Pusat Bertauliah daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi kolej berkenaan.
Kerandut buah zakar tercucuk besi
|
GEORGE TOWN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera selepas kerandut buah zakarnya terkena bucu cerucuk besi di kawasan pembinaan longkang di Kampung Masjid, Jalan Perak ketika bermain bersama rakannya semalam.
Dalam kejadian pukul 6 petang itu, Mikhail Irfan Muhamad Sofian menerima empat jahitan pada kerandut buah zakarnya selepas terjatuh atas cerucuk besi yang terpacak di kawasan pembinaan itu.
Berikutan kemalangan itu, datuknya Zainol Sulaiman, 61, membuat laporan polis dan mahu pihak pemaju mengambil perhatian dan langkah keselamatan supaya kejadian tersebut tidak berulang.
"Cucu saya dan rakannya biasa bermain di kawasan berkenaan.
"Sudah empat bulan cerucuk besi yang panjangnya hampir 20 sentimeter itu terpacak di situ tapi semalam nasibnya malang kerana terjatuh dan terkena bucu besi," ceritanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Zack bebas tuduhan edar ganja
SHAH ALAM - Pemain bass kumpulan New Boyz, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani atau Zack New Boyz dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan mengedar ganja seberat 1,321 gram, tiga tahun lepas tanpa dipanggil membela diri.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat banyak kelemahan dalam siasatan polis yang membawa kepada kegagalan pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie.
Zack, 33, didakwa mengedar dadah jenis ganja seberat 1,321 gram di satu unit sebuah kondominium di Persiaran Surian, Petaling Jaya dekat sini, pada pukul 9.20 malam, 26 Januari 2010.
Bapa kepada dua orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Isu akidah cabar umat Islam
KUANTAN - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, umat Islam hari ini berdepan dengan cabaran yang menyentuh akidah dan soal kedudukan umat Islam disebabkan isu-isu yang dikaitkan dengan agama itu.
Katanya, walaupun umat Islam di negara ini boleh dikatakan antara yang berjaya di dunia, mereka perlu berdepan dengan usaha pihak tertentu yang cuba menyentuh isu sensitif berkaitan agama Islam.
"Cabaran yang dihadapi umat Islam di Malaysia amat besar sekali walaupun kepimpinan negara sentiasa mendukung perjuangan untuk memartabatkan Islam.
"Tapi kita sedar dalam masyarakat kita ada pelbagai kumpulan, kepimpinan dan badan pertubuhan politik sehingga boleh mempolitikkan agama," katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 hadirin selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Makmur Batu 10 di sini semalam.
10 Perkara yang Membatalkan Syahadat
July 5, 2008 at 11:37 pm (Islam dan Ibadah)
Assalamualikum Warohmatullah Wabarokatuh.Wahai saudaraku, pernahkah kita mendengar atau belajar tentang hal-hal yang membatalkan sholat, membatalkan puasa, membatalkan zakat, atau mungkin haji. Ada juga perkara-perkara yang membatalkan wudlu. Namun seringkah kita belajar tentang perkara-perkara yang membatalkan syahadat ??
Syahadat adalah pondasi dalam Islam yang juga merupakan rukun islam yang pertama. Batalnya syahadat berakibat fatal bagi batalnya keislaman seseorang. Untuk itu setiap mukmin diperintahkan untuk membaca syahadat minimal 9 kali atau dalam setiap 5 kali sholat setiap hari agar pondasi keislaman seorang muslim tetap terjaga. Batalnya syahadat berakibat fatal terhadap batalnya keislaman seseorang.
Nah, apasaja perkara-perkara yang membatalkan syahadat. Para fuqoha’ dalam kitab-kitab fikih telah menulis bab khusus yang diberi nama “Riddah” (kemurtadan). Dan yang terpenting adalah 10 hal, yaitu :
1. Syirik Kepada Allah,
Firman Allah :Termasuk didalamnya menyembelih karena selain Allah, misalnya untuk kuburanyang dikeramatkan atau untuk jin dan lain-lain.
2. Orang yang menjadikan antara dia dan Allah perantara-perantar.
Ia berdoa kepada mereka, meminta syafaat kepada merekadan bertawakkal kepada mereka. Orang seperti ini kafir secara ijma’. Kejadian ini pernah terjadi pada zaman Rosulullah SAW yaitu yang telah dilakukan oleh kaum kair Quraisy. Salah jika menganggap kaum Quraisy sepenuhnya berTuhan kepada Latta, ‘Uzza, Manat, serta Huban. Mereka hanyalah Ghoroniq buatan kaum mereka sendiri dengan dalih para ghoroniq inilah yang akan menyampaikan do’a-do’a serta permohonan mereka kepada Allah. Tuhan mereka hanyalah pemberi syafaat kepada mereka. Tampaknya hal ini juga banyak terjadi di kalangan masyarakat di negeri kita saat ini yaitu generasi-generasi jahiliyah modern.3. Orang yang tidak mau mengkafirkan orang musyrik dan orang yang masih ragu terhadap kekufuran mereka atau membenarkan madzhab mereka, dia itu kafir.
4. Orang yang meyakini bahwa selain petunjuk Nabi Muhammad SAW lebih sempurna dari petunjuk beliau.
Seperti orang-orang yang mengutamakan hokum thaghut di atas hukum Rosulullah SAW, mengutamakan hukum atau perundang-undangan manusia di atas hukum Islam, maka dia kafir.5. Siapa yang membenci sesuatu dari ajaran yang dibawa oleh Rosulullah SAW sekalipun ia juga mengamalkannya, maka ia kafir
6. Siapa yang menghina sesuatu dari agama Rosul SAW atau pahala maupun siksanya, maka ia kafir.
Hal ini ditunjukkan oleh firman Allah :7. Sihir
diantaranya sharf dan ‘athf (barangkali adalah amalan yang membuat suami benci kepada istrinya atau membuat wanita cinta kepadanya/pelet). Barangsiapa melakukan atau meridhoinya, maka ia kafir. Firman Allah :8. Mendukung kaum musyrikin dan menolong mereka dalam memusuhi umat Islam.
Firman Allah :9. Siapa yang meyakini bahwa sebagian manusia ada yang boleh keluar dari syari’at Nabi Muhammad SAW seperti halnya Nabi Khidir boleh keluar dari syariat Nabi Musa maka ia kafir. Sebagaimana diyakini oleh ghulat sufiyah (sufi yang berlebihan / melampaui batas) bahwa mereka dapat mencapai suatu derajatatau tingkatan yang tidak membutuhkan untuk mengikuti ajaran Rosulullah SAW.
10. Berpaling dari agama Allah, tidak mempelajarinya dan tidak pula mengamalkannya.
Firman Allah :Syaikh Muhammad at Tamimi berkata, “tidak ada beda dalam hal yang membatalkan syahadat ini antara orang yang bercanda, yang serius (bersungguh-sungguh) maupun yang takut, kecuali orang yang dipaksa. Dan semuanya adalah bahaya yang paling besar serta yang paling sering terjadi. Maka setiap muslim wajib berhati-hati dan mengkhawatirkan dirinya serta mohon perlindungan kepada Allah SAW dari hal yang bisa mendatangkan murka Allah dan siksaNya yang pedih.”
Jadi pertahankanlah keislaman kalian wahai saudaraku sekalipun nyawa terpisah dari jasad.
Selamat berjuang wahai saudaraku, semoga Allah SWT melindungi . . .
Referensi : Kitab Tauhid (Dr. Shalih bin Fauzan bin Abdullah al Fauzan)
12,000 orang bantah teroka hutan Tasik Pedu
|
KUALA NERANG - Lebih 12,000 orang berhimpun secara aman di Charok Batang Padi berhampiran Tasik Pedu di sini semalam bagi membantah penerokaan kawasan hutan yang mengundang bencana alam dan menjejaskan sumber air negeri ini pada masa depan.
Kumpulan itu yang menaiki 238 buah bas dari seluruh negeri Kedah, selain penduduk Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor berhimpun selama tiga jam di kawasan tersebut bermula pukul 3 petang.
Mereka turut menyatakan kebimbangan terhadap aktiviti pembalakan di situ menerusi sepanduk tertera tulisan Pembalakan Tanpa Kawalan Kerajaan Negeri Akibatkan Hakisan, Pertanian di Kawasan Takungan Akibat Rakyat Minum Air Racun dan Baja serta Kawasan Tasik Pedu Untuk Tadahan Hujan, Bukan Untuk Pembalakan.
Selain berhimpun secara aman, peserta bantahan itu turut meninjau kawasan hutan yang telah digondol atas alasan untuk melaksanakan projek ladang buah-buahan.
Pengerusi Gerakan Protes Aman Pembalakan Tasik Pedu, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, perhimpunan itu mencapai matlamat menerusi sambutan luar biasa dalam kalangan penduduk negeri ini dan luar yang mahu meninjau sendiri kerakusan kerajaan negeri menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan tersebut.
Kenderaan JPJ diterbalik, dibakar
SITIAWAN – Sebuah kenderaan pacuan empat roda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) remuk dan rentung angkara tindakan agresif orang awam yang berang selepas kenderaan itu didakwa menjadi punca kepada kemalangan membabitkan lapan buah kenderaan lain di Jalan Ipoh-Lumut dekat Pekan Ayer Tawar di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, beberapa saksi mendakwa Toyota Fortuner dinaiki tiga anggota penguat kuasa JPJ yang dalam perjalanan dari arah Sitiawan secara tiba-tiba menyeberangi pembahagi jalan untuk menahan sebuah lori membawa muatan buah kelapa sawit di laluan bertentangan.
Tindakan yang diambil pemandu kenderaan JPJ itu menyebabkan lapan buah kenderaan lain yang mengekori dan berada di tepi lori membawa buah kelapa sawit berkenaan berlanggar semasa sendiri selain ada kenderaan yang terbabas kerana panik dengan kemunculan mendadak kenderaan JPJ itu.
Lapan buah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu ialah Proton Waja, Proton Wira, pacuan empat roda Suzuki Jimmy, Perodua Kancil, sebuah motosikal, dua buah bas sekolah dan sebuah lori lain.
Sudah jatuh ditimpa tangga
|
MELAKA – Sebelum ini, Eddie Tie Zainal, 31, boleh melakukan pelbagai pekerjaan bagi menyara diri serta ibunya yang sudah berusia.
Kehidupannya bagaimanapun berubah dua tahun lalu apabila dia disahkan menghidap kencing manis tahap kritikal.
Lebih memeritkan apabila doktor di Hospital Melaka di sini memberitahu, kaki kanannya tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong hingga ke paras betis.
Pada bulan September lalu, sebelah lagi kakinya juga terpaksa dipotong di paras sama walaupun dia merayu kepada doktor agar tidak memotong satu-satunya kakinya yang masih tinggal.
Menurut Eddie, sejak detik itu, dia sukar mendapat pekerjaan kerana terpaksa bergantung pada kaki palsu untuk bergerak.
“Pernah satu ketika, saya memohon bekerja di sebuah stesen minyak, namun saya diminta mengejar sebuah kereta sebelum diterima bekerja. Saya tak faham apa keperluan mengejar kereta dengan kerja di stesen minyak.
“Permohonan saya yang lain juga banyak dipandang sepi apabila mereka mengetahui keadaan kaki saya,” katanya.
Menurutnya, dia akhirnya diterima bekerja di sebuah kilang kecil memproses cendawan sebelum bekerja pula di sebuah stesen minyak berhampiran rumahnya.
Bas ekspres tidak guna platform
KAJANG – Kebanyakan pemandu bas ekspres yang beroperasi di Kompleks Perhentian Kajang di Jalan Reko di sini didakwa tidak menggunakan platform yang disediakan di kompleks tersebut.
Sebaliknya, pemandu bas ekspres terbabit hanya berhenti di tepi jalan utama kompleks berkenaan.
Para pemandu bas ekspres itu dipercayai tidak menggunakan platform yang disediakan kerana ingin mudah bergerak selepas mengambil dan menurunkan penumpang.
Keadaan tersebut dipercayai telah berlarutan sejak sekian lama tanpa sebarang tindakan oleh pihak pengurusan kompleks tersebut serta pihak berkuasa terlibat.
Kompleks berkenaan yang dibina pada tahun 1999 dengan belanja sebanyak RM17 juta itu mempunyai 16 platform.
Seorang penumpang bas, Azhan Kamaruddin, 37, berkata, dia mendapati penumpang bas ekspres terpaksa berdiri di tepi jalan utama tersebut untuk naik atau turun dari bas tersebut.
Menurutnya, keadaan tersebut membahayakan penumpang memandangkan jalan utama itu agak sesak terutamanya pada musim cuti sekolah dan perayaan.
Rokok seludup dilonggok secara terbuka
ALOR SETAR – Sindiket penyeludupan dikesan tidak lagi menyorok barangan seludup mereka sebaliknya melakukan kegiatan itu secara terbuka dengan melonggokkan 80 kotak besar berisi rokok seludup di belakang deretan kedai di Kepala Batas, Jitra dekat sini semalam.
Bagaimanapun modus operandi itu ternyata menjerat mereka apabila berjaya dihidu Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Kuala Kedah yang merampas 3,981 karton rokok bernilai RM401,284 termasuk cukai kira-kira pukul 4.30 pagi.
Komander UPP negeri, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, rokok jenama One itu dipercayai dibawa dari negara jiran kerana tiada label menunjukkan ia dikilangkan di negara ini.
Katanya, rokok itu dipercayai bagi pasaran tempatan untuk edaran peniaga pasar malam dan kedai runcit di kawasan kampung.
“Kesemua kotak rokok itu dilonggokkan di atas jalan berturap di belakang kedai yang agak sunyi.
“Sekotak rokok berisi 20 batang itu dijual pada harga RM3 berbanding rokok berjenama RM10. Ini merupakan rampasan terbesar UPP untuk tahun ini dengan nilai rokok RM39,810 dan cukai RM361,474,” katanya.
Tambah beliau, pihaknya yang menerima maklumat awam menunggu sehingga pukul 8 pagi di lokasi itu, namun tiada pihak yang datang mengambil rokok tersebut.
No comments:
Post a Comment