728 berlindung di pusat banjir
Kota Tinggi: Seramai 728 orang membabitkan 148 keluarga terpaksa dipindahkan ke tiga pusat pemindahan semalam, berikutan banjir setinggi 0.5 meter akibat hujan berterusan sejak petang kelmarin.
Tiga pusat pemindahan dibuka ialah Dewan Kampung Baru Teluk Ramunia, Dewan Kampung Sungai Emas serta Dewan Kota Kecil, dan dijangka lebih banyak pusat pemindahan akan dibuka jika hujan berterusan.
Hujan lebat bermula jam 7 malam kelmarin menyebabkan beberapa kawasan rendah, termasuk di Taman Aman, Taman Mawai dan Kampung Batu 1, Mawai, di sini, dinaiki air, menyebabkan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai, Kota Kecil, di sini.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Sabariah Salim berkata, pada jam 1 tengah hari semalam, seramai 200 orang, termasuk kanak-kanak serta membabitkan 40 keluarga, berdaftar di pusat pemindahan itu.
KAWASAN komersial di Taman Aman, Kota Tinggi dinaiki air sejak pukul 6 pagi.
“Angka itu dijangka bertambah kerana ada keluarga menunggu hingga saat akhir untuk meninggalkan rumah.
Perkosa, cabul dua zuriat
Kuala Lumpur: “Ayah sayang Ina macam ayah sayangkan ibu. Ayah tak mahu berjauhan dengan Ina kerana wajah Ina sama macam ibu,” itu ungkapan yang sering didengar Harlina, 19, (bukan nama sebenar) setiap kali ‘dijamah’ bapanya.
Dia mendakwa menjadi mangsa noda bapanya sejak berusia 13 tahun, iaitu beberapa bulan selepas ibunya meninggal ketika melahirkan adik bongsunya, tujuh tahun lalu.
“Ayah beri alasan dia tak inginkan wanita lain selepas ibu. Dia seolah-olah tak dapat terima hakikat ibu sudah tiada. Taksub dengan perasaan cinta terhadap ibu menyebabkan saya pula menjadi mangsa.
“Malah, ayah pernah bercakap seorang diri, seolah-olah berbual dengan ibu. Dia hilang pedoman dan kurang siuman dengan pemergian ibu hinggakan adik bongsu langsung tidak dipedulikan, menyebabkan kami hilang tempat bergantung.
INA tidak dapat memaafkan perbuatan bapanya.
“Memang tak dapat dinafikan wajah saya saling tidak tumpah seperti ibu membuatkan ayah berasa saya pengganti ibu,” kata anak sulung daripada empat beradik ini.
Serbu ‘kompleks goyang’
Ampang: Bukan sekadar dibelai wanita pelayan pelanggan (GRO), beberapa pengunjung sebuah kompleks pusat hiburan tiga tingkat di Pandan Indah, di sini, didapati turut khayal, dipercayai kerana mengambil dadah, ketika diserbu polis awal pagi semalam.
Serbuan itu sekali gus membuktikan gelaran ‘kompleks goyang’ yang diberikan penduduk tempatan kepada pusat hiburan berkenaan ada kebenarannya.
Dalam operasi jam 1 pagi, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, mengepung pintu depan dan belakang premis tiga tingkat itu bagi menghalang pelanggan dan pekerja pusat hiburan terbabit meloloskan diri. Hasilnya, 54 pelanggan dan 25 GRO warga Vietnam ditahan.
Pegawai Turus D7 IPK Selangor Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam selain intipan pihaknya sejak dua minggu lalu.
SEBAHAGIAN GRO yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan tiga tingkat di Pandan Indah, semalam.
Katanya, semua yang ditahan dibawa ke IPD Ampang dan daripada 54 pelanggan yang menjalani ujian saringan air kencing, 11 lelaki dan seorang wanita didapati positif dadah serta dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Mayat sangkut kayu
Baling: Mayat seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Sungai Kuala Pegang, Khamis lalu, ditemui penduduk tersangkut pada sebatang kayu, lima kilometer daripada tempat mangsa terjatuh, semalam.
Mohd Fazrul Fitri Zaini, 7, ditemui penduduk berhampiran Kampung Kuala Balut, dekat sini, jam 12.30 tengah hari dalam keadaan kakinya tersangkut pada kayu penahan ikan di sungai itu.
Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Baling Abdul Kudus Abd Malik berkata, kanak-kanak itu gagal dikesan sejak dilaporkan hilang minggu lalu walaupun usaha mencari dilaksanakan di sekitar lokasi mangsa dikatakan terjatuh.
Beliau berkata, usaha mencari Mohd Fazrul Fitri akhirnya membuahkan hasil selepas sekumpulan penduduk kampung menemui mayatnya tersangkut tidak jauh dari lokasi dia terjatuh.
ANGGOTA keluarga sebak melihat mayat Mohd Fazrul Fitri.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Baling (HB) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya dan difahamkan, arwah akan dikebumikan di Kampung Kuala Pegang petang ini (semalam),” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Dentuman dalam gelap
Alor Gajah: “Saya dibantu beberapa pelanggan lain membantu mengangkat mangsa yang terperosok di dalam longkang dan melihat beberapa jarinya turut bergerak laju seperti memberi satu isyarat.
“Tidak lama selepas dibawa ke tebing, mangsa didapati kaku dan kami segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk tindakan lanjut,” kata Mohd Zaki Sazali, 21, saksi kemalangan maut membabitkan seorang penuntut Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) di Jalan Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, malam kelmarin.
Selain mengorbankan nyawa Aidil Tarmizzi Bahrin, 19, kejadian jam 10.40 malam itu menyebabkan rakan sekuliahnya, Muhammad Hatta Hasan, 21, cedera selepas motosikal Suzuki RG dinaiki hilang kawalan lalu terbabas.
Difahamkan, setibanya di selekoh di kawasan itu, motosikal ditunggang mangsa terhumban ke longkang dan mengakibatkan kedua-dua mereka tercampak.
Aidil yang berasal dari Cheras dipercayai terbunuh di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala.
Wanita mati terkena peluru
Klang: Seorang anggota polis nyaris maut selepas pemandu sebuah kereta Proton Waja yang dilaporkan dicuri cuba merempuhnya, menyebabkan anggota itu terpaksa melepas tembakan di Taman Sejati, di sini, malam kelmarin.
Akibatnya, seorang wanita berusia 22 tahun yang juga penumpang kereta itu mati terkena tembakan anggota polis terbabit manakala pemandunya, seorang lelaki berusia 31 tahun, berjaya ditahan.
Hasil pemeriksaan lanjut di dalam kereta itu, parang dan satu paket serbuk putih, dipercayai dadah, ditemui di tempat tempat duduk penumpang sebelah kiri. Semuanya bermula apabila kereta itu dikesan anggota kereta peronda dalam keadaan mencurigakan di Jalan Batu Tiga Lama, di sini, jam 7.35 malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, sebaik tiba di Taman Menara, suspek memberhentikan keretanya seolah-olah kehabisan minyak, menyebabkan polis menghampiri untuk membuat pemeriksaan.
Namun, tiba-tiba suspek mengundurkan kereta dan cuba melanggar anggota terbabit, menyebabkan polis terpaksa melepaskan satu das tembakan amaran tetapi suspek terus memecut laju.
Anggota forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian satu kes tembak selepas anggota polis mengejar suspek.
“Tindakan suspek memaksa polis melepaskan beberapa das tembakan, menyebabkan kereta itu berhenti dan suspek berjaya ditahan.
“Pemeriksaan kemudian mendapati seorang wanita yang berada di tempat duduk penumpang depan cedera terkena tembakan,” katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian, malam kelmarin.
Mohd Adnan berkata, polis kemudian menghubungi ambulans dan pemeriksaan ke atas wanita terbabit mengesahkan dia meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat, manakala suspek dibawa ke hospital sama untuk pemeriksaan lanjut.
Katanya, siasatan awal forensik mendapati mangsa meninggal akibat terkena satu das tembakan. Bagaimanapun, siasatan terperinci akan dijalankan.
Tambahnya, polis akan menyiasat hubungan sebenar antara suspek dengan mangsa serta motif suspek melarikan diri ketika cuba ditahan bagi melakukan pemeriksaan.
“Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu terbabit mempunyai enam rekod jenayah lampau membabitkan kes samun, melarikan orang dan kesalahan berkaitan dadah, manakala mangsa tiada rekod jenayah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 379(A) KK dan kesalahan dadah,” katanya.
Hilang hormat kepada lelaki
Menurut Ally, 19, rasa hormatnya kepada kaum Adam makin menipis setiap kali dia mengingati kenangan pahit itu.
“Saya benci berada dekat lelaki. Membayangkan kejadian saya diperkosa dan didera bapa sebelum kenalan rapat pula menjadi dalang rancangan rogol beramai-ramai membuatkan saya jijik dan benci pada lelaki.
Menceritakan kembali saat dirinya diperkosa bapa sendiri, Ally berkata, bapanya penagih dadah yang bercerai dengan ibunya ketika dia berusia enam tahun.
“Satu hari ayah datang menjemput saya pulang sebaik tamat sekolah. Ayah kata saya perlu tinggal bersamanya dan saya bersetuju kerana dia bapa kandung saya. Bagaimanapun, sepanjang beberapa bulan dengannya, saya didera dan kemuncaknya saya dirogol.
“Meskipun masih mentah, rasa malu diperlakukan kurang sopan oleh bapa sendiri dirasai ketika itu. Malah, rasa sakit ketika diratah sepuas-puasnya ayah masih terbayang hingga kini.
“Tiada langsung rasa simpati, sebaliknya ditampar setiap kali menangis ketika minta bapa melepaskan saya. Paling saya tidak tahan, dia mencucuh puntung rokok pada kemaluan saya,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, dia bernasib baik apabila diselamatkan bapa saudara sebelah bapanya ketika hampir dijual untuk melangsaikan hutang judi si ayah.
“Mujur pak cik menemui dan menyelamatkan saya,” katanya.
Tidak cukup dengan penderitaan dirogol bapa sendiri, hidup Ally semakin kelam apabila diperkosa beramai-ramai akibat perangkap kenalan lelaki ketika masih belajar di sekolah menengah.
“Saya terlalu naif apabila sekali lagi meletakkan kepercayaan pada lelaki. Saya terperangkap dengan sandiwaranya. Dia begitu baik dan sering membantu saya ketika dalam kesusahan, tetapi kemudian sanggup berpakat dengan beberapa rakannya untuk merogol saya.
“Bukan seorang, tetapi tujuh lelaki memperkosa saya berkali-kali tanpa belas kasihan,” kata penghuni Rumah Perlindungan Baitul Ehsan, di sini.
Kesucian Qeeya diragut sepupu sendiri
Disebabkan percayakan sepupu yang rapat sejak kecil, Qeeya, 16, tiada masalah melepak di bilik lelaki itu sambil menonton filem di komputer riba ketika menumpang di rumah ibu saudaranya, setahun lalu.
“Saya mengenalinya sebagai orang baik dan mempunyai pegangan agama kuat. Mustahil dia melakukan perkara sedemikian terhadap saya, malah dia juga bertunang.
“Dia memperkosa saya ketika ibu bapanya tidur di bilik mereka,” katanya.
Bercerita lanjut, Qeeya berkata, sepupunya pada mulanya mengajak untuk ‘bermain’.
Bagaimanapun, dia tidak mengendahkan gurauan itu kerana tidak terfikir sepupunya sanggup melakukan perkara terkutuk berkenaan di rumahnya.
“Terkejut juga dia berkata ingin ‘bermain’, sedangkan ibunya berada berhampiran. Saya mengabaikan dan menyambung menonton video di komputer riba yang berada dalam biliknya.
“Tidak lama kemudian dia kunci pintu bilik dan terus merogol saya. Puas saya meronta-ronta melepaskan diri, tapi tenaga lelakinya membuatkan saya gagal.
“Lebih menyakitkan hati, dia memutar belit cerita mendakwa saya menggoda dan memaksa mengadakan hubungan, tambahan pula saya berada dalam biliknya,” katanya.
Malu dengan kejadian itu, Qeeya melarikan diri kerana takut perkara itu sampai ke pengetahuan keluarga sebelum mendapatkan perlindungan di Rumah Perlindungan Baitul Ehsan, Sabak Bernam.
Sering alami mimpi ngeri
Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Noraini Mohd Hashim berkata, apabila simptom seperti itu dikesan selepas kanak-kanak diselamatkan dan dibawa ke tempat lebih selesa, JKM akan memberi khidmat sokongan bagi membantu keluarga dan kanak-kanak terbabit melalui kaunseling, penempatan sementara di institusi jika perlu dan merujuk kepada agensi yang boleh membantu seperti psikiatrik.
Antara punca dikenal pasti menyumbang ke arah fenomena ‘haruan makan anak’, terutama dalam institusi kekeluargaan, adalah keperluan seksual tinggi, ketagihan alkohol, kecenderungan seks kepada kanak-kanak (pedophilia), isteri tidak berfungsi dan kemarahan yang memuncak berpunca daripada kejadian lampau.
“Peranan kami di JKM lebih kepada menyelamatkan kanak-kanak, membuat laporan polis jika penjaga tidak melaporkannya, merujuk kepada laporan perubatan sama ada kanak-kanak berkenaan mengalami penderaan atau tidak.
Mangsa sumbang mahram hadapi konflik
Katanya, kesan penderaan seksual itu sungguh mendalam bukan saja dari segi fizikal, malah emosi dan mental, kerana perkara sedemikian sukar diterima secara logik oleh mereka.
“Mungkin satu ketika dulu anak gadis ini terlalu muda untuk memahami apa yang berlaku hinggalah usianya menginjak dewasa lalu terpaksa berdepan konflik jati diri.
“Tidak hairan terkeluar ayat seperti ‘semua lelaki jahat’ dan ‘aku benci bapa’ serta sebagainya merujuk kepada perasaan itu,” katanya.
Beliau berkata, bagi membantu gadis yang menjadi mangsa kepada masalah sosial itu, usaha membimbing dengan menanam ciri positif boleh membantu mangsa daripada terus hanyut dalam gangguan perasaan.
“Dia diselubungi perasaan kotor serta jijik yang hanya melihat dirinya tidak suci serta mengabaikan perkara baik pada dirinya.
“Oleh itu, senaraikan ciri positif yang ada padanya dan beritahu padanya berkali-kali sehingga dia menyedari kelebihan itu. Insya-Allah dia akan mula menyayangi hidupnya dan lebih kuat untuk meneruskan kehidupan,” katanya.
Lindungi mangsa sumbang mahram
Pengurus Bahagian Perhubungan Korporat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Rohana Hassan berkata, ia selaras dengan fungsi rumah itu yang diwartakan sebagai pusat perlindungan bagi membantu, menjaga serta memperkasa hal ehwal wanita Muslim di Selangor.
“Baitul Ehsan sangat penting dan diletakkan di bawah pengurusan Ar Riqab, MAIS khusus dalam merawat, memulih mahupun memberi perlindungan berlandaskan ajaran Islam.
“Bukan sekadar memberi tempat berteduh, anak gadis yang menjadi mangsa akan diberi penekanan aspek rohani serta mengasuh akhlak selama enam bulan berada di sini supaya mereka keluar dengan bekalan yang mampu melindungi diri daripada terbabit dengan maksiat,” katanya.
Beliau berkata, kebanyakan mangsa membabitkan gadis berusia awal belasan tahun, sekali gus sangat perlu membantu mereka.
Drama padang pasir Sahara
Sumber keselamatan Algeria berkata, tujuh warga asing dijadikan tebusan kumpulan berkenaan, membabitkan tiga warga Belgium, dua Amerika Syarikat dan masing-masing seorang dari Jepun dan Britain.
Seorang anggota keselamatan mendakwa ada 10 warga asing masih menjadi tebusan di kompleks loji gas di Padang Pasir Sahara di timur laut Algeria itu. Kawasan berkenaan terletak berhampiran sempadan Libya. Kata sumber itu, selain 10 warga asing terbabit, lebih ramai pekerja loji berkenaan masih gagal dikesan, termasuk sekurang-kurangnya 10 warga Jepun dan lapan Norway. “Tiada sebarang perubahan sejak semalam (kelmarin) dan situasi di loji itu masih sama,” katanya. Sementara itu, media Algeria menyelar pihak berkuasa negara itu yang enggan memberikan butiran mengenai insiden berkenaan.
Agensi berita ANI pula mendapat banyak maklumat daripada kumpulan yang menyerang loji berkenaan. Jurucakap kumpulan itu berkata, 34 tebusan maut apabila komando Algeria menyerbu loji berkenaan kelmarin, sehari selepas mereka menawannya.
Bagaimanapun, agensi berita Algeria, APS, mendakwa operasi ketenteraan itu mengorbankan 12 tebusan dan 18 penculik.
Namun, kata APS, 100 daripada 132 tebusan warga asing telah berjaya dibebaskan. - AFP
Kadar kes rogol lonjak 23 peratus
Statistik itu dikeluarkan menjelang bermulanya perbicaraan enam suspek yang menculik, merogol dan membunuh seorang mahasiswa perubatan bulan lalu.
Pesuruhjaya Polis Delhi Neeraj Kumar, berkata kadar kes rogol yang disabitkan di daerah itu jauh lebih tinggi berbanding apa yang dicatatkan di peringkat kebangsaan. “Tetapi kami tidak memandang ringan isu ini dan kita perlu berusaha lebih gigih,” katanya.
No comments:
Post a Comment