‘Saya rasa van bergegar’
Bukit Beruntung: “Saya dengar dentuman kuat dari luar dan van dinaiki bergegar,” kata mangsa kemalangan, Muhd Izz Sirhan Salahuddin, 12, menceritakan detik cemas kemalangan membabitkan van sekolah dengan sebuah lori 10 tan, semalam.
Kejadian berlaku pada jam 2.15 petang di Jalan Bukit Beruntung ke Rawang berhampiran persimpangan lampu isyarat berdekatan Pusat Perniagaan Adenium dekat sini ketika dia bersama lima rakannya dalam perjalanan dari Taman Melur ke Sekolah Rendah Agama (SRA) Bukit Sentosa Fasa 3 di sini.
Van sekolah dipandu pemuda berusia 20-an itu merempuh lori yang dipercayai membuat pusingan ‘U’ di persimpangan itu. Katanya, dua rakannya dikenali Meor Muhammad Nur Hakim Meor Muhammad Ridzwan dan Muhammad Danish Azhar berumur 11 tahun cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) dan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) dengan bantuan orang ramai.
“Saya cedera di kepala. Manakala tiga rakan lain berumur 11 tahun tidak cedera dibenarkan pulang ke rumah selepas dirawat di sebuah klinik swasta,” katanya yang ditemui Harian Metro, di sini, semalam.
Saksi kejadian, Muhd Fauzi Misnan, 44, berkata, ketika kejadian dia menjamu selera di sebuah restoran berhadapan tempat kejadian.
Katanya, dia bergegas ke lokasi apabila mendengar suara kanak-kanak meraung kesakitan dan mendapati mereka berlumuran darah di muka,” katanya.
“Saya terharu dengan tindakan pantas orang ramai membantu menyelamatkan mangsa yang tersepit pada dinding van sekolah itu.
“ Kasihan mendengar ada yang merintih dan menangis setelah terbabit dengan kemalangan itu,” katanya yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi yang dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Gegendang telinga koyak
Pasir Puteh: “Saya bersyukur dengan keputusan yang memihak kepada saya. Bagaimanapun, saya tidak menyimpan dendam terhadapnya,” kata seorang penjawat awam, Aida Rohayu Mohamad, 39, selepas Mahkamah Sesyen Pasir Mas, dekat sini, membenarkan tuntutan saman terhadap bekas suaminya di sini, semalam.
Dalam keputusan itu, Hakim Irwan Suainbon, memerintahkan Sakri Latif, 43, membayar ganti rugi am dan khas berjumlah RM30,002 kepada bekas isterinya itu selepas membenarkan saman plaintif terhadap lelaki itu yang didakwa menamparnya hingga gegendang telinganya koyak pada 2007.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia bersyukur kerana perjuangannya untuk mendapatkan kebenaran di mahkamah akhirnya menemui kejayaan.
Aida Rohayu berkata, dia terpaksa memfailkan saman berkenaan terhadap bekas suaminya selepas hampir lima tahun kejadian itu berlaku selain mendapati kecederaan yang dialaminya berada tahap teruk.
“Tindakannya itu memberi kesan jangka masa panjang kepada telinga kiri saya sehingga menjalani pembedahan sebanyak dua kali.
SUAMI Aida, Ariffin Abdullah menunjukkan kecederaan yang dialaminya.
"Sehingga kini, saya terpaksa mendapatkan rawatan susulan setiap
tiga bulan di HRPZ II selain terpaksa menahan daripada bersin dan batuk
untuk mengelakkan gegendang telinga kembali terkoyak,” katanya.Bagaimanapun, Aida Rohayu berkata, dia sama sekali tidak menyimpan dendam dan tidak akan menghalang hubungan dua anaknya yang berusia 14 dan 15 tahun hasil perkahwinannya dengan bekas suaminya itu.
“Walaupun dua anak hasil perkongsian hidup tinggal bersama saya, saya tidak akan menghalang hubungan mereka,” katanya yang sudah berkahwin semula dan mempunyai seorang anak.
Terseliuh 10 kali sehari
Menurut Lauren Harry, pada hari tertentu sendinya boleh terseliuh sehingga 10 kali.
Antara lain, kata Lauren, 20, ia berlaku akibat bersin atau terhenjut di dalam kenderaan akibat brek mengejut.
“Ketika berusia 15 tahun, saya terjatuh menyebabkan bahu cedera. “Sejak itu, bahu dan sendi saya yang lain, termasuk lutut dan jari, sering terseliuh,” katanya. Keadaan itu menyebabkan dia gagal menamatkan pendidikan peringkat AS.
Kata Lauren, setakat ini dia menjalani lima pembedahan berasingan di Hospital Wrightington Lancashire, untuk memberi kestabilan pada bahunya.
Bagaimanapun, katanya, masalah itu masih berterusan. “Bahu saya terseliuh 10 kali sehari kerana saya terbatuk, bersin atau tersepak sesuatu,” katanya.
Lauren yang kini bertugas sebagai kakitangan restoran makanan segera di Chester berkata, baru-baru ini semua jari tangannya terseliuh kerana membuka pintu tempatnya bekerja. Di rumah, kata Lauren, dia juga tidak boleh bergurau dengan adik-beradiknya tanpa mengalami kesakitan akibat terseliuh. - Daily Mail
Janin kekasih dalam kereta
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, anggota berkenaan menahan sebuah kereta dinaiki dua lelaki selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum diarahkan berhenti untuk pemeriksaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, janin itu ditemui dalam keadaan berbalut dengan tuala kecil dipercayai untuk dibuang atau ditanam.
“Suspek berusia 26 tahun dan rakannya kini ditahan bagi membantu siasatan, malah teman wanitanya turut dipanggil ke balai polis untuk diambil keterangan,” katanya.
Bapa perkosa, cabul dua anak kandung
Kuala Lumpur: “Ayah sayang Ina macam ayah sayangkan ibu. Ayah tak mahu berjauhan dengan Ina kerana wajah Ina sama macam ibu,” itu ungkapan yang sering didengar Harlina, 19, (bukan nama sebenar) setiap kali ‘dijamah’ bapanya.Dia mendakwa menjadi mangsa noda bapanya sejak berusia 13 tahun, iaitu beberapa bulan selepas ibunya meninggal ketika melahirkan adik bongsunya, tujuh tahun lalu.
“Ayah beri alasan dia tak inginkan wanita lain selepas ibu. Dia seolah-olah tak dapat terima hakikat ibu sudah tiada. Taksub dengan perasaan cinta terhadap ibu menyebabkan saya pula menjadi mangsa.
“Memang tak dapat dinafikan wajah saya saling tidak tumpah seperti ibu membuatkan ayah berasa saya pengganti ibu,” kata anak sulung daripada empat beradik ini.
Hilang hormat kepada lelaki
Sabak Bernam: Diperkosa bapa kandung ketika berusia lapan tahun dan dirogol beramai-ramai oleh kenalan lelaki membuatkan gadis ini membenci lelaki.
Menurut Ally, 19, rasa hormatnya kepada kaum Adam makin menipis setiap kali dia mengingati kenangan pahit itu.
“Saya benci berada dekat lelaki. Membayangkan kejadian saya diperkosa dan didera bapa sebelum kenalan rapat pula menjadi dalang rancangan rogol beramai-ramai membuatkan saya jijik dan benci pada lelaki.
“Semua lelaki mempunyai pemikiran sama biarpun saya cuba menafikannya berkali-kali. Mungkin saya tak bernasib baik dikelilingi lelaki bernafsu binatang,” katanya.
Menceritakan kembali saat dirinya diperkosa bapa sendiri, Ally berkata, bapanya penagih dadah yang bercerai dengan ibunya ketika dia berusia enam tahun.
“Satu hari ayah datang menjemput saya pulang sebaik tamat sekolah. Ayah kata saya perlu tinggal bersamanya dan saya bersetuju kerana dia bapa kandung saya. Bagaimanapun, sepanjang beberapa bulan dengannya, saya didera dan kemuncaknya saya dirogol.
“Meskipun masih mentah, rasa malu diperlakukan kurang sopan oleh bapa sendiri dirasai ketika itu. Malah, rasa sakit ketika diratah sepuas-puasnya ayah masih terbayang hingga kini.
“Tiada langsung rasa simpati, sebaliknya ditampar setiap kali menangis ketika minta bapa melepaskan saya. Paling saya tidak tahan, dia mencucuh puntung rokok pada kemaluan saya,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, dia bernasib baik apabila diselamatkan bapa saudara sebelah bapanya ketika hampir dijual untuk melangsaikan hutang judi si ayah.
“Mujur pak cik menemui dan menyelamatkan saya,” katanya.
Tidak cukup dengan penderitaan dirogol bapa sendiri, hidup Ally semakin kelam apabila diperkosa beramai-ramai akibat perangkap kenalan lelaki ketika masih belajar di sekolah menengah.
“Saya terlalu naif apabila sekali lagi meletakkan kepercayaan pada lelaki. Saya terperangkap dengan sandiwaranya. Dia begitu baik dan sering membantu saya ketika dalam kesusahan, tetapi kemudian sanggup berpakat dengan beberapa rakannya untuk merogol saya.
“Bukan seorang, tetapi tujuh lelaki memperkosa saya berkali-kali tanpa belas kasihan,” kata penghuni Rumah Perlindungan Baitul Ehsan, di sini.
Harian Metro
Wartawan Al-Jazeera mati ditembak
BEIRUT – Seorang wartawan agensi berita Al-Jazeera, Mohammed Hourani terbunuh apabila ditembak oleh penembak curi di Basra al-Harir, wilayah Daraa, Syria kelmarin.“Mohammed Hourani ditembak mati di Basr al-Harir ketika beliau membuat liputan mengenai pertempuran antara penentang Presiden Bashar Al-Assad dengan tentera kerajaan,” lapor Al-Jazeera.
Pada Khamis, seorang wartawan perancis, Yves Debay mati ditembak di Aleppo, jelas Pasukan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.
Berdasarkan kepada pengiraan agensi berita AFP dan kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di Paris, Reporters Without Borders, sekurang-kurangnya 20 orang wartawan profesional telah terbunuh dalam konflik di Syria yang sudah berlarutan selama 22 bulan. – AFP
Rita tetap saman suami
“November lalu saya sudah berjaya membatalkan perintah kembali taat atau nusyuz yang difailkan oleh Aidil (suami). Sekarang ini, saya ada satu lagi saman ke atas Aidil berkenaan bayaran nafkah bulanan diri saya dan anak-anak.
“Tapi, lepas dia gagal dengan tuntutan kembali taat di Petaling Jaya, Aidil ada failkan semula kes baharu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban. Kali ini dia kemukakan permohonan cerai dan penjagaan anak.
Rita memfailkan tuntutan nafkah daripada Aidil pada 8 November lalu dan kes itu akan disebut semula pada 23 Januari ini (Rabu).
Pada November lalu juga, Rita berjaya dalam permohonannya untuk membatalkan perintah kembali taat yang difailkan oleh Aidil Zafuan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.
Krisis rumah tangga Rita dengan pemain bola sepak kebangsaan itu bermula apabila lelaki berusia 26 tahun itu bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara, Kuala Lumpur ketika aktres itu pulang ke kampung halamannya di Arau, Perlis bersama anak-anak.
Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki sehingga menyebabkan perkahwinan tersebut timbul pelbagai masalah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang putera iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.
Berbalik kepada statusnya kini yang secara rasminya masih bergelar isteri kepada Aidil, Rita tidak pernah menghukum semua lelaki sebagai sama.
“Bukan semua lelaki tidak baik. Pasti ada di luar sana yang bertanggungjawab dan menyayangi isteri masing-masing sepenuh hati. Jika pada masa akan datang ditakdirkan bertemu lelaki lain, orang itu mesti lebih menyayangi anak-anak berbanding diri saya,” katanya sambil menyuarakan rasa kagum terhadap karakter Zainal Arief (Adi Putra) menerusi drama Sehangat Asmara yang akan memulakan siaran di saluran Mustika HD bermula esok.
“Walaupun mendapat tentangan keluarga, Zainal sangat cintakan isterinya Kamelia. Dia sanggup tunggu sehingga lapan tahun untuk memenangi semula hati Kamelia. Saya juga mahukan lelaki seperti Zainal Arief,” katanya.
Menjadi Kamelia Najwa, Rita melakonkan watak wanita yang berdepan krisis rumah tangga dan berlawan kes perebutan anak dengan suaminya, Zainal. Seolah-olah melakonkan realiti sendiri di kaca televisyen, Rita diasak tentang keterbukaannya itu.
“Saya wanita dan ibu yang mengalami situasi yang dialami Kamelia, sudah tentu ia memudahkan saya untuk menghayati karakter. Bagaimanapun, saya mulanya sedikit kekok dengan Adi. Saya risau takut-takut dilabel gatal pula bila pegang-pegang Adi, manalah tahu,” katanya ketawa tanpa menafikan kaitan karakter Kamelia dengan dirinya.
Tambah Rita: “Dalam drama itu, kami cuma bahagia masa bercinta sahaja, masuk episod kahwin, saya terus kena menangis di lokasi.”
Dalam perkembangan terbaharu, Rita kini kembali berkongsi lokasi dengan pelakon Lisdawati setelah mereka bergaduh di satu lokasi penggambaran, tujuh tahun lalu. Timbul sedikit isu, apabila Rita dibidas oleh Fauzi Nawawi (suami Lisdawati) sebagai bersifat tidak matang kerana membuat permintaan agar lelaki itu tidak berada di lokasi jika ada penggambaran membabitkan Rita. Dalam drama Kerana Sarah itu, Rita melakonkan watak heroin manakala Lisdawati watak pembantu.
“Pernah ada satu babak, saya dan Lisda kena berlaga bahu. Kami tetap buat sebab Lisda dan saya sudah tiada apa-apa masalah. Masing-masing buat hal sendiri di lokasi. Tentang Fauzi, saya memang tak mahu dia ada di lokasi ketika saya ada,” tutup Rita enggan membuka kisah lama.
Kosmo
No comments:
Post a Comment