6 rumah musnah dalam kebakaran
Kuala Lumpur: Enam buah rumah berhampiran Masjid Zaid Bin Haritshah di Jalan Gombak musnah dijilat api dalam kebakaran tengah hari tadi.
Kejadian jam 12.25 tengah hari itu menyebabkan enam rumah yang dijadikan 36 buah bilik sewa didiami kira-kira 50 penghuni hangus dijilat api.
“Lapan jentera bomba dengan kekuatan anggota seramai 50 orang dikejarkan ke lokasi kejadian dan mengambil masa kira-kira setengah jam untuk memadamkan kebakaran,” katanya.
Tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat itu berjaya mengawal api daripada merebak ke sebuah masjid dan deretan rumah kedai di kawasan berkenaan.
Katanya, siasatan awal mendapati kejadian itu mungkin berpunca daripada kebocoran gas di dalam salah sebuah rumah berkenaan sebelum berlaku letupan dan kebakaran.
“Kemungkinan ada mangsa yang sedang memasak untuk makan tengah hari tidak menyedari berlaku kebocoran gas, namun siasatan lanjut masih dijalankan untuk kenal pasti punca sebenar dan jumlah kerugian,” katanya.
Katanya, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berikutan kebanyakan penghuni tiada di rumah dan sebahagiannya sempat melarikan diri.
Kebakaran itu juga menyebabkan jemaah di dalam masjid berkenaan terpaksa menunaikan solat Jumaat dalam kepulan asap tebal.
Murah hati derma susu badan
Putrajaya: Simpati terhadap tiga ibu yang tidak mampu memberi susu badan kepada anak masing-masing akibat masalah kesihatan, seorang wanita bermurah hati menjadikan ketiga-tiga bayi mereka sebagai anak susuannya.
Tanpa mengharapkan sebarang balasan, Nurul Uyun Mazlan, 30, berkata, naluri keibuannya mendorong dia berbuat demikian walaupun sudah mempunyai dua cahaya mata, Dania Alisha Almaduddin, 3, dan Dania Maisarah, tiga bulan.
Pendakwah bebas, Zawiyah Hassan berkata, menderma susu badan kepada bayi yang memerlukannya, bukan saja dibenarkan syarak, malah dianggap perbuatan mulia dan mendapat ganjaran pahala, sama seperti amalan bersedekah.
BALQIS (depan) antara penerima susu perahan Nurul Uyun.
“Sedangkan niat berbuat kebaikan pun sudah dapat pahala, inikan pula menderma susu tanpa mengharap balasan. Apatah lagi susu didermakan itu boleh membantu bayi mendapatkan khasiat penting untuk tumbesarannya.
Jaga hubungan
Menurutnya, sebaik-baiknya seseorang bayi disusukan ibu kandung dan khidmat ibu susuan diharuskan jika ibu ada masalah kesihatan sehingga mereka tidak boleh menyusukan bayi yang dilahirkan. “Selain itu, keluarga anak susuan dan keluarga ibu susuan perlu sentiasa menjaga hubungan kekeluargaan supaya perubahan dalam susur galur keluarga dapat diketahui bagi mengelakkan berlaku perkahwinan antara saudara susuan.
“Bagi mengelakkan masalah, lebih afdal ibu yang tidak mempunyai susu mencari keluarga terdekat sebagai ibu susuan sekiranya ada. Ini penting untuk memastikan kesihatan bayi terjamin dan salasilah hubungan kekeluargaan terpelihara,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
34 terkorban
Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya 34 tebusan dan 15 anggota militan terkorban dalam operasi tentera bagi menyelamat tebusan yang ditawan sekumpulan militan di pangkalan gas In Amenas, Algeria kelmarin dengan lima rakyat Malaysia dikatakan antara sebahagian tebusan terbabit.
Jurucakap Kedutaan Malaysia di Algeria yang dihubungi dari sini malam tadi berkata, setakat ini pihaknya masih belum mengetahui nasib lima rakyat Malaysia itu yang juga pekerja syarikat gas dan minyak antarabangsa berpangkalan di Singapura.
“Berdasarkan laporan media tempatan di sini (Algeria) berlaku operasi besar-besaran untuk menyelamatkan kesemua tebusan oleh tentera dan terdapat juga laporan berhubung mangsa tebusan terutamanya warga asing yang terkorban dalam operasi itu.
“Namun setakat, tiada sebarang maklumat yang diperoleh daripada Kementerian Luar Negara Algeria berhubung nasib warga negara kita yang dipercayai turut menjadi tebusan,” katanya.
Parah ditimpa dinding
Kuala Lumpur: Dua lelaki warga Indonesia yang menjalankan kerja pengubahsuaian sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Ehsan, Kepong, di sini, cedera termasuk seorang parah selepas dihempap runtuhan dinding, pagi semalam.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, kejadian berlaku jam 8.30 pagi apabila dinding rumah teres berkenaan runtuh tiba-tiba ketika hendak dirobohkan sebelum menghempap kedua-dua pekerja terbabit.
Katanya, enam anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan Mohamad Ali mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan seorang daripada mangsa yang tersepit di celah runtuhan dinding itu.
ANGGOTA bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Seorang mangsa cedera ringan kerana sempat melarikan diri dan cedera di kaki manakala rakannya parah kerana tersepit,” katanya.
Kakitangan awam layari laman lucah dipecat
Setakat ini, 55 kakitangan Pejabat Kerajaan Wales disahkan memuat turun gambar serta video lucah di meja masing-masing. Ekoran penemuan itu, pihak berkuasa mengenakan tindakan disiplin ke atas kakitangan terbabit, malah seorang daripada mereka - berjawatan pengurus kanan - diarah bersara kerana menikmati gambar lucah kanak-kanak pada 2008. Dua tahun kemudian, polis dipanggil apabila seorang kakitangan kerajaan didapati melihat gambar lucah ekstrem.
Media melaporkan, dia juga dipecat kerajaan. Justeru, kerajaan dicadangkan supaya mengharamkan capaian laman sesawang lucah itu dari pejabat kerana ia menghalang kakitangan awam untuk menjalankan tugas mereka. Peguam pekerja, Leanne Thomas, berkata lebih seorang daripada empat pekerja mengaku menonton kandungan lucah di Internet di tempat kerja. “Apabila ia membabitkan kandungan lucah, sesebuah pertubuhan itu seperti berada di atas bom jangka,” katanya. - TS
Filipina kuat kuasa akta kawal kelahiran
Bagaimanapun ia sudah terlambat bagi seorang suri rumah, Rosalie Cabenan yang telah melahirkan anak sebanyak 22 kali. Kelihatan lemah dengan wajah penuh kedutan, Rosalie, 48, menderita penyakit batu karang dan kerap keletihan kerana tubuhnya tidak mempunyai masa secukupnya untuk pulih daripada kehamilan yang berterusan.
“Kami hanya ingin tiga anak, tetapi mereka terus datang dan datang lagi,” katanya kepada media minggu ini di kedaiman usangnya di Baseco, penempatan setinggan yang besar di Manila, di mana lebih 60,000 penduduk bersaing mendapatkan ruang kediaman.
Seorang penganut Katolik yang taat dan masih pergi ke upacara keagamaan dua kali seminggu, Rosalie bagaimanapun menyesal kerana mengikut prinsip gereja dengan tegas dan berkata, dia mengalu-alukan Undang-Undang Keibubapaan yang berkuat kuasa semalam.
“Saya beritahu wanita lain sekarang, tolong jangan jadi seperti saya. Saya ada ramai sangat anak dan kadangkala saya tidak tahu apa yang patut dilakukan dan hanya menangis apabila mereka bergaduh,” katanya. - Manila Times
No comments:
Post a Comment