Friday, September 16, 2011

BILA BUAT MAKSIAT@ZINA DLL KERANA UNDANG2 YG ADA TIDAK DIGERUNI...BANYAK PASARANA DISEDIAKAN UNTUK BUAT MAKSIAT...DAN HUKUM TAK SETIMPAL DOSA MORAL YANG DILAKUKAN...MAKA BERKEMBANGAN BAKA BENIH2...DARI ORANG TABIAT YG SUKA BERZINA...MAKA ANAK YANG LAHIR MEWARIS SIFAT2 IBUBAPA YG KAKI ZINA ...KESANNYA MAKIN BANYAK ORANG YG SUKA BERZINA

Bayar RM150 buat maksiat

GEORGETOWN: Bilik sebuah apartmen mewah di satu kawasan terpencil di Jalan Tengku Kudin, di sini, dikesan menjadi lokasi pasangan untuk memadu kasih.
Tiga bilik dalam apartmen terbabit disewakan kepada orang ramai dan pasangan mengambil kesempatan menyewanya untuk melakukan maksiat dengan bayaran antara RM120 hingga RM150.

Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar apabila tiga pasangan kekasih yang asyik bermadu asmara dalam apartmen mewah itu diserbu sepasukan anggota polis dari Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), semalam.
Ketiga-tiga pasangan kekasih berusia 20-an ditahan mendapati mereka berdua-duaan dalam bilik apartmen itu.

Berikutan itu, mereka ditahan kerana kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke IPDTL untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada JHEAIPP.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 27 (a)(b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Temui raifal mirip AK47

Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my

RAMPAS...Inspektor Jakariya Jupakal menunjukkan senapang tiruan yang menyerupai AK47 sambil diperhatikan Hamza (kiri) di Kota Kinabalu, semalam.
RAMPAS...Inspektor Jakariya Jupakal menunjukkan senapang tiruan yang menyerupai AK47 sambil diperhatikan Hamza (kiri) di Kota Kinabalu, semalam.
KOTA KINABALU: Mengejutkan apabila polis turut menemui sebutir bom dinamit buatan sendiri serta raifal mirip AK-47 dipercayai tiruan, selain pelbagai jenis dadah apabila menahan satu pasangan kekasih dalam serbuan di sebuah taman perumahan di Jalan Damai di sini, Isnin lalu.
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, polis merampas satu peluru AK-47, kanister dan satu bungkusan plastik mengandungi bebola kecil dipercayai digunakan sebagai peluru untuk rompakan bersenjata.

Selain itu, polis menemui beberapa peralatan pecah rumah termasuk kuku kambing, parang, pisau Rambo, pisau berbentuk sabit, pemutar skru dan pemotong besi dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan pecah rumah sekitar bandar raya ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu terhadap kenderaan jenis Nissan di Jalan Damai dan menahan seorang lelaki berusia 32 tahun serta wanita berusia 22 tahun kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah.

“Pada mulanya, serbuan itu bagi mengesan aktiviti pengedaran dadah, namun siasatan lanjut membawa kepada penemuan senjata api tiruan dan peralatan pecah rumah di rumah suspek.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemui beberapa jenis dadah termasuk pil Eramin 5 dan masing-masing satu peket dipercayai mengandungi ganja dan syabu selain peralatan termasuk alat penimbang digital, pembalut aluminium dan pemetik api dianggarkan bernilai RM1,150,” katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, semalam.

Beliau berkata, lebih mengejutkan, hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui pelbagai senjata dan peralatan pecah rumah dalam sebuah bilik di rumah sama.

“Antara senjata ditemui ialah bom buatan sendiri, raifal AK-47 dipercayai tiruan, pistol tiruan, lima gas bagi meledakkan peluru, pisau Rambo dan sebilah sabit. “Selain itu, polis merampas pelbagai peralatan pecah rumah seperti kuku kambing, pemotong besi dan pemutar skru yang disembunyikan dalam bilik berkenaan,” katanya.
Menurutnya, susulan penahanan lelaki tempatan itu serta kekasihnya, warga China berusia 22 tahun yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, polis menahan dua lagi lelaki dipercayai penjual senjata berkenaan.

“Lelaki terbabit masing-masing berusia 33 tahun ditahan pada Rabu dan Khamis lalu di sekitar Kota Kinabalu, namun tiada rampasan senjata dilakukan.

“Siasatan mendapati suspek pertama mempunyai kesalahan kes dadah lampau. “Kes itu disiasat mengikut Seksyen 36 (1), Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki senjata tiruan dan Seksyen 39A(1), Akta Dadah Berbahaya 1992 kerana memiliki dadah,” katanya.

Rakyat kita terbunuh serangan bom di Sungai Golok



SELATAN THAILAND: Seorang rakyat Malaysia terbunuh dalam tiga siri serangan bom membabitkan hotel dan kuil, dalam kejadian di Sungai Golok, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Sungai Golok, Kolonel Chakapon Phancon, berkata kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu menyebabkan lebih 30 individu parah.

“Semua mangsa dikejarkan Hospital Sungai Golok.
“Rakyat Malaysia yang terbunuh dalam kejadian itu tidak dikenal pasti identitinya setakat ini,” katanya.

Difahamkan, dua hotel yang menjadi sasaran serangan letupan bom itu ialah Hotel Parkson dan Hotel Merlin, dekat sini, yang berkedudukan kira-kira 50 meter antara satu dengan lain.

Selain itu, serangan disasarkan ke atas sebuah kuil.


Ubah tabiat pemandu

Oleh Jasni Majed

OPS Sikap ke-24 baru-baru ini mencatatkan jumlah kematian 280 orang sepanjang dua minggu operasi tersebut berlangsung. Purata kematian sehari lebih kurang 18.6 orang dan angka ini lebih kurang sama dengan catatan 2002 iaitu 18.7 kematian sehari.
Sebelum ini ada yang menyuarakan pendapat tentang Ops Sikap yang sudah tidak relevan lagi kerana usaha mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan yang drastik.

Setiap kali diadakan Ops Sikap selama dua minggu khasnya bagi perayaan Aidilfitri angka kemalangan di jalan raya meningkat daripada hari-hari biasa.

Cuma pada peringkat awal Ops Sikap dijalankan kita disogokkan sekejap dengan berita gembira kerana angka kematian tidak begitu banyak terutama pada hari pertama sampai hari ketiga operasi tersebut dijalankan .


Kejayaan Ops Sikap tidak boleh diukur berdasarkan sehari dua operasi berkenaan dijalankan kerana biasanya Ops Sikap bermula ketika orang masih bekerja dan masih menjalani rutin harian iaitu pergi ke tempat kerja, pergi belajar dan pergi ke kebun.

Bagaimanapun, bermula tiga hari sebelum perayaan Aidilfitri, angka kemalangan dan kematian meningkat kerana pergerakan kenderaan meningkat dalam satu-satu masa dan tujuan pergerakan kenderaan tersebut adalah untuk pulang ke destinasi masing-masing bagi menyambut hari raya, makan angin dan sebagainya.

Hal yang sama berlaku ketika sambutan Aidilfitri bermula sehinggalah hari terakhir cuti panjang perayaan kerana ramai yang bergerak ke sana-sini untuk berhari raya, bercuti dan pulang semula ke tempat kerja.

Pada masa ini, kita akan dapat melihat jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya yang agak tinggi dan menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak sehingga ada yang menganggap jalan raya sudah menjadi sungai maut.

Ops Sikap sebenarnya tetap relevan dan mesti diteruskan. Jika tidak diteruskan, di samping angka kemalangan dan kematian akan meningkat, perubahan sikap pengguna di jalan raya sukar ditangani.

Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Madya Dr Wong Shaw Voon, kerjasama pengguna jalan raya adalah faktor penentu utama dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

“Miros akan berusaha membantu mencari jalan penyelesaian demi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya. Kita sangat berharap pelbagai kaedah dicari kemudian dipraktikkan untuk memastikan angka kemalangan dan kematian pada musim perayaan dapat dikurangkan demi kebaikan bersama,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri berharap kempen kesedaran keselamatan jalan raya dimulakan di peringkat prasekolah lagi dan bukan hanya tertumpu kepada murid sekolah.

Ops Sikap wajar diteruskan kerana pengguna jalan raya semestinya diingatkan secara berterusan tentang peri pentingnya keselamatan di jalan raya yang bukan hanya untuk diri mereka sendiri tetapi sebagai tanda menghormati kepentingan pengguna jalan raya yang lain.

Pengguna jalan raya akan leka dan bertindak sesuka hati jika mereka tidak diawasi terutama pada musim perayaan. Oleh hal demikian, ketika Ops Sikap dilangsungkan, kita dapati kebanyakan pengguna jalan raya lebih berwaspada, menggunakan jalan raya dengan cara berhemah kerana ada mata yang memandang dan mahu mengambil tindakan ke atas mereka.

Khemah yang menempatkan anggota polis di beberapa lokasi terutama di lebuh raya dan jalan biasa pada musim Ops Sikap baru-baru ini setidak-tidaknya dapat memberi gambaran bahawa setiap gerak-geri pengguna jalan raya diperhatikan.

Selain itu, pelbagai slogan dan kempen yang dijalankan dari semasa ke semasa dirasakan sudah cukup untuk menyedarkan pengguna jalan raya mengenai pentingnya menjaga nyawa sendiri, keluarga dan orang lain ketika di jalan raya.

Seperti kata ramai pengkaji sosial, Ops Sikap sebenarnya tidak akan sampai ke mana-mana jika hanya sebelah pihak yang bekerja keras membendung peningkatan kes kemalangan dan kematian di jalan raya.

Oleh sebab punca utama kemalangan dan kematian di jalan raya adalah pengguna, oleh itu pengguna sendiri yang berhak menentukan turun naik kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

Tidak ada gunanya kempen dilancarkan siang dan malam jika pengguna tidak ambil kisah keselamatan mereka dan pengguna lain di jalan raya. Oleh itu, kerjasama pengguna jalan raya sangat penting demi memastikan penurunan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya menjadi kenyataan.

Sikap terburu-buru di jalan raya, tidak menghormati pengguna jalan raya lain, bebas keluar masuk dalam aliran trafik dan mementingkan diri sendiri adalah pencetus kepada tindakan sesetengah pemandu yang memandu laju di jalan raya dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Apa yang sering dilaung-laungkan pelbagai pihak tentang perubahan sikap yang gagal ditangani ini perlu diberi perhatian serius pengguna jalan raya. Kerajaan sudah menggesa institut latihan memandu menyediakan sistem latihan memandu terbaik bagi melahirkan pemandu berhemah. Hal ini disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertengahan 2010 yang mana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang merangka satu latihan terbaik untuk memastikan matlamat melahirkan pemandu yang cekap dapat dicapai.

Dalam pada itu, kita tidak boleh mengetepikan penunggang motosikal yang mencatat jumlah kemalangan dan kematian tertinggi pada setiap kali Ops Sikap diadakan.

Golongan ini perlu diberi penekanan tentang peri pentingnya menjaga keselamatan di jalan raya kerana cara mereka menunggang motosikal di jalan raya amat membahayakan.

Boleh dikatakan setiap kali Ops Sikap diadakan, lebih daripada 50 peratus kematian adalah di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal. Oleh sebab mereka ini terdiri daripada remaja, negara menghadapi kerugian besar.

Menekankan pendidikan mengenai keselamatan jalan raya sangat penting kepada anak-anak muda. Adalah elok jika penekanan ini diberi kepada pelajar dan bukannya kepada murid sekolah rendah dan prasekolah.

Memberi pendedahan dari segi teori saja tidak mencukupi kerana apa yang penting adalah praktikal. Apapun, kajian demi kajian mesti dilakukan untuk mengubah tabiat memandu bagi pemandu di negara kita supaya tidak terus dicap sebagai masyarakat kelas ketiga.

BILA ADA SIMISKIN@PEMINTA SEDEKAH DLL...MANA PUSAT ZAKAT...DAN KEMENTERIAN KEBAJIKAN...JANGAN JAWATAN NAK...KERJA TAK BEBERAPA NAK...FITNAH SELURUH BADAN@KEMENTERIAN TERSEBUT...

Mati bertembung kereta penyeludup


KEADAAN dua buah kereta selepas bertembung dan mengorbankan seorang warga emas di Kilometer 15.8, Jalan Padang Besar-Kangar, Perlis kelmarin.


PADANG BESAR – Seorang warga emas terkorban manakala dua lagi cedera parah apabila kenderaan yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta yang dipercayai dinaiki dua penyeludup minyak di Kilometer 15.8, Jalan Padang Besar-Kangar, di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 4.40 petang, Manis Ismail, 60, meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya, Hasnah Ismail, 57, dan ibu saudara Manis, Mek Saad, 68, cedera parah dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.
Sebelum kejadian, tiga bersaudara itu menaiki kereta Perodua Kancil dan dalam perjalanan dari arah Padang Besar menuju ke Kangar manakala kereta Proton Iswara dinaiki dua remaja dipercayai penyeludup minyak dalam perjalanan dari arah bertentangan.

Mengemis ala Jakarta, New Delhi


SEORANG pengemis membahayakan diri mengemis di laluan yang sesak di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Golongan pengemis kini menjadikan bandar raya Shah Alam tidak ubah New Delhi di India atau Jakarta di Indonesia apabila mereka kini berani mengemis di jalanan sebagaimana di dua kota berkenaan.
Mereka dikesan mengemis dengan menjual pen bagi menarik simpati pemandu dan orang ramai yang lalu lalang di persimpangan lampu isyarat Jalan Monfort, Seksyen 13 di sini semalam.
Tinjauan Kosmo! mendapati, seorang wanita berusia lingkungan 50-an tiba-tiba muncul di celah laluan yang sesak dan mengetuk tingkap beberapa kereta sambil memegang sejumlah batang pen kepada pemandu untuk dijual.

Premis simpan minyak terbakar


anggota bomba melintasi api yang sedang marak membakar stor minyak enjin dekat Pelabuhan Klang semalam.


PELABUHAN KLANG – Sederet lima buah rumah kedai di kawasan perindustrian Bandar Armada Putra musnah dalam satu kebakaran di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang di Lorong Sungai Chandong 12A di sini, dipercayai membabitkan premis yang digunakan sebagai stor penyimpanan minyak enjin.
Seorang saksi warga Nepal yang berkerja di premis berhampiran, Arjun Ramm, 32, berkata, dia terbau asap dan menyangka ia berpunca daripada sampah dibakar.
"Selepas keluar kedai, saya dapati api telah mula menjulang tinggi kemudian terdengar pula lebih 10 letupan menyebabkan saya memanggil rakan sekerja lain menyelamatkan diri," katanya.

Ibu tunggal derita sakit rayu anak pulang




JOHOR BAHRU – Seorang ibu tunggal kini hidup tertekan ekoran kehilangan anak perempuannya berusia 16 tahun sejak Rabu lalu dipercayai melarikan diri dari rumah.
Lebih membimbangkan, Hong Chee Fen, 39, dari Taman Saujana, Kota Tinggi turut menghidap penyakit kanser pangkal rahim dan kehilangan anaknya, Hng Wei Nee (gambar) menjejaskan lagi kesihatannya.
Chee Fen berkata, dia menyedari anaknya hilang apabila tidak lagi menjawab panggilan telefonnya sejak Rabu lalu.
“Pada hari itu, dia tinggal berseorangan di rumah dan saya berada di salun rambut milik saya tidak jauh dari rumah.
“Pada pukul 6.30 petang, saya telefon dia sebab hendak hantar makanan malam tetapi telefon bimbitnya tidak berjawab lalu saya terus pulang ke rumah,” katanya pada sidang akhbar di Kelab Akhbar Cina di sini semalam.

Taktik pengusaha lepas tangan

KUALA LUMPUR – Beberapa persatuan pengguna menganggap cadangan mengenakan insurans perlindungan kepada pengguna bas ekspres sebagai helah peng- usaha menyembunyikan kecuaian pemandu mereka sekiranya berlaku kemalangan jalan raya.
Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, cadangan tersebut hanya membuatkan pemandu mudah leka dan meletakkan risiko kemalangan pada bahu pengguna.
“Untuk apa dikenakan insurans lagi kepada pengguna sedangkan sebagai syarat dalam Akta Pengangkutan Jalan sendiri pengguna sudah dilindungi insurans berkelompok yang disediakan oleh syarikat bas.
“Jadi, kesemua kos itu hanya dibebani kepada pengguna daripada pengusaha atau pemandu bas, terutamanya bila tiba musim perayaan yang banyak berlaku kes kemalangan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Saya pilih keluarga – Hafizuddin

KUALA LUMPUR – Mohd. Hafizuddin Johari, 20, yang cedera disimbah asid di Kangar, Perlis baru-baru ini akhirnya mengambil keputusan untuk tinggal bersama ibu bapanya.
Bapa kepada pemuda itu, Mohd. Johari Abdul Razak, 45, berkata, Hafizuddin telah memberitahu kepada ibunya bahawa dia tidak berniat lagi untuk melarikan diri dari keluarganya.
Malah katanya, setakat ini anaknya itu tidak menyatakan keinginan untuk kembali semula ke pangkuan kekasihnya, seorang pondan yang dikenali Natasha Farisya atau nama sebenarnya, Tabri Rashid Abu Hassan, 28.
“Dia hanya mahu tinggal di rumah dan berehat sehingga kecederaan yang dialami akibat disimbah asid sembuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

DUNIA


Karavan boleh bertukar menjadi bot


KARAVAN ciptaan Daniel Starub boleh menjadi sebuah bot.


BERLIN, Jerman - Orang ramai tidak lagi perlu memilih sama ada mahu berkhemah atau belayar ketika pergi bercuti selepas seorang pereka Jerman, Daniel Straub mencipta karavan yang boleh bertukar menjadi sebuah bot, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Karavan yang diberi nama Sealander itu ditarik kenderaan lain di atas jalan raya tetapi ia dipandu secara berasingan dengan menggunakan sebuah motor elektrik apabila berada di dalam air.
Selain dua tempat tidur, karavan, Sealander turut dilengkapi sebuah dapur, tandas dan meja makan.
Straub yang mengambil masa dua tahun untuk menguji karavan ciptaannya sebelum ia memasuki fasa pengeluaran memberitahu: "Mereka yang pergi bercuti boleh berkhemah pada malam hari dan pada waktu siang, mereka boleh belayar di tasik untuk aktiviti memancing".
Karavan unik itu dijadualkan memasuki pasaran tahun depan pada harga £13,000 (RM63,495). - Agensi

RELAX AJE LANGGAR HUKUM ALLAH...NIKAH IKUT ISLAM...AURAT ISTERI TAK JAGA....DUA2 MACAM RASA TAK BERDOSA....NI KESAN ULAMAK BISU BANYAK...ISLAM TERPINGGIR...ADAT MENGATASI IBADAH KEPADA ALLAH SWT....NI KESAN MAJLIS2 ILMU ISLAM DIPINGGIRKAN JUGA....MEREKA LUPA AKHIRAT DAN HARI PEMBALASAN...

Azad, Eira nikah malam tadi



PASANGAN BAHAGIA...Azad dan Eira pada majlis pernikahan mereka, malam tadi.
PASANGAN BAHAGIA...Azad dan Eira pada majlis pernikahan mereka, malam tadi.
PUTRAJAYA: Lebih tiga tahun menyemai cinta, pasangan dramatis dan pelakon popular, Eira Syazira, 27, bersama Azad Jazmin, 35, akhirnya bernikah di rumah keluarga Eira di Putrajaya, di sini, malam tadi.
Akad nikah dilakukan ayah Eira sendiri, Shuhaimi Acheh pada jam 8.50 malam dan dengan sekali lafaz Eira Syazira sah milik Azad dengan disaksikan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abdul Manaf Mat.

Hadir sama keluarga Azad dan ibu bapanya, Jeffri Abdullah dan Rosidah Kadir.
Eira ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana majlis berjalan lancar dan mengharapkan alam rumah tangga mereka berkekalan selama-lamanya. “Alhamdulillah apa yang kami berdua impikan selama ini berjaya direalisasikan walaupun persiapan dilakukan pada saat akhir dan kami bertuah kerana keluarga banyak membantu.

“Kerjaya kami berdua sebagai anak seni memang memberi ruang yang besar untuk pelbagai spekulasi, namun semuanya berjaya kami tepis dengan keputusan mendirikan rumah tangga ini.

“Apa yang penting sekarang percaturan kami berdua untuk membina keluarga bahagia dan terus menyokong antara satu sama lain. Saya sendiri akan berusaha untuk menjadi isteri yang baik dan memastikan agar ikatan ini berkekalan,” katanya yang menerima mas kahwin RM300, tetapi wang hantaran dirahsiakan.

Pasangan itu mengenakan busana putih rekaan Hairi Tajuddin dan Wanpa malam tadi. Eira menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang kepada Azad yang ditaja sepenuhnya Zaha Wedding Planner dan Ari Wedding Couture.

Selain jam tangan, tas tangan lelaki, kasut dan tali pinggang, pihak Eira turut menghantar jambangan coklat, gubahan buah-buahan, sejadah dan al-Quran, sirih junjung, satu set barangan sukan dari jenama pasukan bola sepak kegemaran Azad, Chelsea dan sepersalinan baju Melayu berwarna putih. Malah, sebentuk cincin yang dirahsiakan harganya juga dikirimkan buat Azad. Manakala pihak Azad membalas dengan beg tangan berjenama Tod’s, jam tangan Fossil, sepasang kasut, buah-buahan dan coklat, telekung, sejadah, al-Quran, sirih junjung, iPad2 serta sebentuk cincin berlian.
Azad pula yang tampil segak tidak henti melahirkan rasa syukur kerana akhirnya mereka berdua disatukan dengan ikatan suami isteri. “Eira seorang yang penyayang, penyabar dan sentiasa memahami saya dalam apa juga situasi. Jujurnya dialah insan yang tidak henti menyokong kerja dan apa saja masalah yang membebankan saya. Lantas saya percaya Eira adalah permaisuri terbaik buat saya kerana dialah yang melengkapkan hidup saya,” katanya yang merisik serta bertunang pada pertengahan Mei lalu.

Pasangan itu akan melangsungkan majlis resepsi pada 19 November ini di kediaman keluarga Eira di Presint 14, Putrajaya dan 26 November pula di sebelah lelaki di Dewan Merin, Georgetown, Pulau Pinang.

Jahit timah dalam sotong

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my

BUKTI...Mohd Shukri menunjukkan ketulan timah yang ditemui dalam sotong yang dibeli.
BUKTI...Mohd Shukri menunjukkan ketulan timah yang ditemui dalam sotong yang dibeli.
KUALA LUMPUR: Sotong batu ladung. Itu kejutan diterima seorang kakitangan sebuah sekolah di sini, selepas mendapati lebih 10 kilogram (kg) sotong kering yang dibeli bagi majlis kenduri kahwin anak keduanya mengandungi bahan tambahan berbentuk ketulan timah, seberat 2kg yang dijahit pada beberapa bahagian sotong itu.
Mohd Shukri Taib, 56, berkata dia membeli sotong kering berkenaan secara borong di sebuah kedai pemborong makanan kering di Selayang, di sini, pagi kelmarin.

Menurutnya, selepas membawa pulang makanan kering itu, dia bersama isteri mula menyiang sotong itu menjadi kepingan kecil dan terkejut apabila mendapati beberapa bahagian sotong yang bersaiz besar sukar dikerat terutama pada bahagian ekor dan kepala.
“Selepas membelek sotong itu, saya terkejut apabila menjumpai dua biji batu ladung (pemberat yang digunakan untuk memancing) terselit di celah ekor manakala dua lagi di kepala.

“Lebih mencurigakan, ketulan itu seolah-olah sengaja diletakkan kerana ia dijahit dengan rapi menggunakan tali tangsi,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Selepas menjumpai ‘bahan tambahan’ itu, Mohd Shukri dan isteri memeriksa semua sotong yang belum disiang dan mendapati semuanya mengandungi ketulan timah.

Mohd Syukri berkata, sebelum ini keluarganya sudah biasa membeli barang makanan kering di kedai berkenaan, tetapi dalam kuantiti yang kecil.

“Boleh dikatakan saya pelanggan tetap kedai itu dan kerap membeli barang makanan kering seperti sotong, ikan masin atau udang kering, namun ini kali pertama saya membeli dalam kuantiti yang banyak.
“Saya mengesyaki ketulan timah itu hanya diletakkan pada makanan kering yang dijual secara pukal bagi mengelak taktik itu dikesan pembeli yang hanya menyedari perkara ini selepas pulang ke rumah,” katanya yang turut membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Katanya, boleh dikatakan setiap sotong kering bersaiz sederhana dan besar mengandungi tiga hingga empat ketulan timah dan tidak dapat dilihat pembeli sekiranya tidak dibelek dengan teliti.

Menurut Mohd Shukri, dia membeli makanan kering itu pada harga RM44 sekilogram dan nilai keseluruhan bagi satu bungkusan besar yang dibeli berjumlah RM455 dengan berat lebih 10 kilogram.

“Saya enggan menuduh, namun musykil dengan tindakan menyelit ketulan timah itu pada sotong kering berkenaan. Saya mengesyaki ia mungkin sengaja dijahit bagi menipu berat sebenar sotong kering itu yang mungkin tidak mencecah nilai yang tertera,” katanya.

Katanya, selepas ditimbang semula, berat sebenar sotong itu kira-kira lapan kilogram manakala berat ketulan batu yang ditemui dianggarkan dua kilogram.

Mohd Shukri berkata, dia bukan sahaja tertipu, malah terpaksa berbelanja lebih untuk membeli sotong tambahan untuk kenduri anaknya.

Sementara itu, Pengarah Penguat kuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berdasarkan aduan yang diterima bagi mengenal pasti punca ketulan batu itu diselit pada sotong berkenaan.

“Kita akan menyiasat kes itu kerana berdasarkan maklumat kemungkinan wujud unsur penipuan timbangan bagi makanan kering yang dijual,” katanya.

Amah kebas barang kemas

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 33 tahun kerugian kira-kira RM10,000 apabila barang kemas milik isterinya dilarikan pembantu rumah warga Indonesia di rumahnya di Taman Danau Kota, di sini, kelmarin.
Mangsa menyedari kejadian itu kira-kira jam 5.30 petang apabila pemeriksaan di biliknya mendapati barang kemas di dalam almari lesap.

Menurut sumber, sebelum kejadian itu, mangsa melihat pembantu rumahnya berusia awal 20-an membawa beg plastik hitam dan meninggalkan rumah berkenaan kira-kira jam 4 petang.
“Pada mulanya mangsa menyangkakan pembantu rumahnya mahu membuang sampah, namun mula syak apabila dia tidak pulang selepas sejam kemudian,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.


‘Saya nekad lawan perompak’



KUALA TERENGGANU: “Walaupun penjenayah itu mengugut mahu membunuh saya, ia tidak melemahkan semangat saya untuk mempertahankan diri daripada menjadi mangsanya apatah lagi mengenangkan anak yang pernah diragut,” kata Rohani Sulong, 48, mangsa rompakan di kedai runcit di Kampung Kuala Bekah, Chabang Tiga, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Rohani yang cedera di kedua-dua tangan dipercayai terkena pisau selain lebam di kepala dan belakang badan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), manakala anaknya, Nor Fatiha Mohd Bidin, 22, menerima jahitan di jari tangan kiri akibat terkena pisau.

Ketika menceritakan detik cemas itu, ibu enam anak itu berkata, dia didatangi suspek berumur 32 tahun yang kononnya mahu membeli penyedut minuman sebelum dia memaklumkan tidak menjual barang berkenaan.
Katanya, suspek kemudian memaklumkan ingin membeli gula-gula 20 sen. Ketika itu, Rohani memaklumkan dia mula berasa tidak sedap hati dan sangkaannya tepat apabila suspek meragut rantai di leher ketika dia ingin memulangkan baki wang kepada penjenayah itu.

“Ketika itu, sebelah tangannya mengambil duit, manakala sebelah lagi cuba meragut rantai saya. Saya nekad melawannya dengan cuba memegang rantai sebelum berlaku pergelutan.

“Dalam pergelutan itu, penjenayah terbabit meminta rakannya yang berada di luar untuk membantu sebelum penjenayah itu ditahan anak saudara dengan bantuan orang kampung,” katanya yang ditemui di HSNZ di sini, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang penjenayah yang cuba merompak sebuah kedai runcit di Kampung Kuala Bekah, Chabang Tiga, di sini, bernasib malang apabila menerima rawatan di HSNZ selepas cedera ketika bergelut dalam usaha melarikan diri sebaik perbuatannya disedari, petang kelmarin.

Penyamun teruk dibelasah


ROHANI (kanan) bersama Nur Fatihah menunjukkan rantai yang cuba diragut penyamun ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu kelmarin.


KUALA TERENGGANU – Seorang penyamun bernasib malang apabila dia terpaksa bergelut dengan dua wanita manakala rakannya yang menunggu di luar sebuah kedai runcit yang cuba disamun hanya melihat rakannya meminta tolong sebelum menghilangkan diri.
“Tolong aku... tolonglah aku...,” itu rayuan penyamun yang bersenjatakan pisau namun teruk dibelasah wanita dua beranak.
Mendengar rayuan rakannya itu, rakannya yang menunggu dengan motosikal terus meninggalkan suspek itu.
Kejadian berlaku pukul 3.15 petang di Kampung Kuala Bekah dekat sini kelmarin apabila suspek cuba meragut rantai leher emas dipakai Rohani Sulong, 49, pemilik kedai runcit di situ.

MEREKA BERANI DAN TAK SERIK2...SEBAB UNDANG2 YANG ADA TIDAK MENGHUKUM DAN MENDIDIK...ROTAN UNTUK ZINA TIADA...REJAM UNTUK ZINA TIADA...ROTAN UNTUK MINUM ARAK TIADA...PIHAK PENASIHAT SELESA DENGAN GAJI DAN PANGKAT SERTA KEMUDAHAN...MENYEBABKAN MULUT TERTUTUP...MAKA BERJAYA PENJAJAH DAN SYAITAN MEMESUNGKAN KEYAKINAN SERTA KETAATAN...AKHIRAT SEMUA PIHAK JAWAB...DIDAPATI SALAH DAN SABIT...NERAKALAH TEMPATNYA...

Pesta dadah, seks diserbu

Oleh Yusmawati Mhd Yusof dan Mohd Zaidi Ya’acob
am@hmetro.com.my

DITAHAN...sebahagian remaja lelaki yang ditahan, kelmarin.
DITAHAN...sebahagian remaja lelaki yang ditahan, kelmarin.
ALOR GAJAH: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dari Selangor serta negeri ini antara 87 ditahan ketika menyertai parti liar membabitkan pengambilan dadah di sebuah banglo dua tingkat di sebuah resort di sini, yang disewa kononnya bagi meraikan sambutan Hari Malaysia, malam kelmarin.
Difahamkan ketika pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Cif Inspektor Mohd Hisham A Rahman menyerbu banglo terbabit kira-kira jam 2.30 pagi, ramai peserta pesta itu berhibur dalam keadaan khayal.

Menurut sumber, dalam serbuan itu, polis menahan 87 orang termasuk 17 perempuan dan sebahagian daripada mereka pelajar IPT awam dan swasta berusia 18 hingga 35 tahun.
Katanya, ketika serbuan, ada antara mereka berada di kawasan kolam renang dan ruang tamu, manakala sebahagian lagi dalam tiga bilik di tingkat atas dan lebih mengejutkan ada peserta tidur berpelukan tanpa menyedari kehadiran polis.

Penyertaan untuk pesta ‘private party’ itu dikatakan percuma, tetapi jemputan melalui laman sosial, facebook dan SMS daripada kenalan masing-masing. Malah, ada antara peserta tidak mengenali antara satu sama lain.

Harian Metro difahamkan, banglo itu turut dilengkapi sistem audio yang dikendalikan seorang DJ yang dipercayai kenalan kepada penganjur pesta berusia 30-an bagi menghiburkan pengunjung mulai jam 10 malam.

Menurut sumber itu, beberapa peserta yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri, namun gagal kerana banglo terbabit dikepung.

“Polis merampas dadah jenis syabu dan ganja dipercayai digunakan peserta,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke balai polis berdekatan untuk menjalani ujian air kencing dan hasilnya 15 suspek didapati positif dadah.

Seramai 19 suspek termasuk tujuh wanita ditahan kerana memiliki dadah manakala selebihnya dibebaskan tanpa syarat.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman yang dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Difahamkan, turut ditahan dalam serbuan itu ialah seorang wanita yang sudah bertunang didapati memiliki dadah, manakala tunangnya dibebaskan tanpa syarat.

Kebanyakan pelajar yang menyertai parti berkenaan berasal dari Johor, Kuala Lumpur, Perlis serta Terengganu dan mereka terdiri daripada pelajar IPT, mekanik, penganggur dan jurujual.

Difahamkan, ketika siasatan awal, peserta parti itu cuba menyembunyikan identiti penganjur yang didakwa berada di Ipoh, Perak.

Malah, serbuan dianggotai empat pegawai dan 14 anggota JSJN IPK negeri itu dilakukan selepas mendapat maklumat risikan sejak awal Jun lalu dan penganjur didapati menggunakan facebook untuk menjemput peserta.

Tinjauan Harian Metro di banglo terbabit mendapati ia dipenuhi botol minuman keras selain penemuan kondom di luar pekarangan banglo itu.

Parti liar sambut merdeka


ANGGOTA polis mengambil sampel air kencing pengunjung yang ditahan di banglo sebuah pusat peranginan di Alor Gajah, Melaka semalam.


ALOR GAJAH – Sekumpulan 87 individu ditahan dalam keadaan mengaibkan apabila mereka didapati berada dalam keadaan khayal dan bercumbuan secara terbuka dengan alasan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 serta Hari Malaysia ketika menyertai parti sulit di sebuah banglo yang dicemari dadah dan arak semalam.
Parti liar di banglo sebuah pusat peranginan di sini itu diserbu pukul 2.30 pagi selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan tidak bermoral tersebut.
Serbuan itu diketuai oleh Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Cif Inspektor Mohd. Hisham A. Rahman bersama 14 anggota.
Daripada 87 individu berusia di antara 18 dan 35 tahun itu, tujuh daripadanya merupakan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita.

Thursday, September 15, 2011

BERSYUKURLAH...KITA SUSAH...ADA YANG LAGI SUSAH...MEMANG SEDIKIT ORANG BERSYUKUR DAN MASUK SYURGA...KEBANYAKAN ORANG MASUK NERAKA KERANA BONGKAK DAN SOMBONG....SEDANG SOMBONG ITU SELENDANG ALLAH....

Masih berumah di atas laut





DI bawah panas terik, kelihatan Darman Shah Nurshi, 20, yang berbaju-T rona merah sedang membersihkan perahu. Kekotoran yang melekat di dinding perahu digosok menggunakan berus sabut, manakala air yang bertakung di dalamnya dikaut dan dibuang ke laut.
Selesai membersihkan perahu, dia pantas meniti tiga anak tangga dan melabuhkan punggung di bawah pondok. Di situ, jejaka tersebut beralih pula pada proses menjahit pukat sambil dibantu oleh rakannya, Tarib Jahal, 55.
“Jika tidak turun ke laut, saya banyak menghabiskan masa membaiki perahu dan menjahit pukat. Setiap masa itu berharga dan tidak boleh dipersia-siakan begitu saja. Jika ke laut dalam keadaan perahu atau pukat yang rosak ia menjejaskan hasil tangkapan pula.
“Secara tak langsung, sikap sambil lewa ini turut merugikan hasil pendapatan keluarga. Saya tidak pernah malu menjadi nelayan pada usia muda. Meskipun rakan-rakan sebaya kebanyakannya mencari rezeki di bandar Sandakan atau berhijrah ke Kuala Lumpur tetapi, saya selesa dengan punca rezeki ini. Setidak-tidaknya saya mencari rezeki halal dan paling utama meneruskan pekerjaan warisan keluarga,” tutur Darman Shah yang memulakan aktiviti menangkap ikan seawal pukul 5 pagi.
Inilah situasi biasa yang dapat dilihat di perkampungan Pulau Nunuyan Laut yang terletak 48 kilometer dari Sandakan, Sabah. Selain Darman Shah, rata-rata penduduk di kampung berkenaan merupakan nelayan tegar yang sanggup meredah laut dalam bagi menangkap ikan dan hidupan laut yang lain.
Lazimnya, ikan jenahak, ikan kerapu, ikan merah, ikan senangin, udang dan ketam antara hasil tangkapan yang menjanjikan pulangan lumayan memandangkan ia antara hidupan laut yang paling digemari oleh penduduk di Sandakan.
Keturunan Bajau Laut


PEMANDANGAN perkampungan nelayan di Pulau Nunuyan Laut yang terletak 48 km dari Sandakan, Sabah.



Menggali asal usul, perkampungan nelayan di Pulau Nunuyan Laut atau sering dipanggil Pulau Nunuyan sahaja, ketua kampungnya, Halid Abdullah, 75, tidak lokek bercerita. Ujar Halid, majoriti penduduk di situ berketurunan Bajau Laut atau Banjar.
Ironinya, etnik Bajau Laut diiktiraf sebagai penduduk asli di Sabah malah, mereka ialah salah satu etnik awal di kepulauan Borneo sejak berabad-abad lama serta sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara.
“Dulu dan kini penempatan etnik Bajau terletak di tengah-tengah laut. Cuma yang membezakan, pada hari ini, kami tidak lagi tinggal di atas perahu besar dan berpindah randah berpandukan arah angin. Sebaliknya, kami membina rumah di atas air laut dengan menggunakan kayu bakau.
“Kami masih menggunakan perahu dan bot sebagai pengangkutan utama untuk ke bandar atau mencari rezeki di lautan. Bagi saya, fasa perubahan daripada rumah perahu ke rumah kayu yang didirikan di atas air menjanjikan nikmat kehidupan yang lebih baik. Paling penting, masa depan anak-anak terjamin kerana mereka berpeluang pergi ke sekolah,” jelas Halid mengenai etnik Bajau Laut yang menghuni perkampungan nelayan di Pulau Nunuyan Laut yang dipercayai berusia 300 tahun.
Terang Halid yang fasih berbahasa Melayu, pekerjaan utama penduduk di sana ialah nelayan memandangkan kehidupan mereka dikelilingi dengan laut. Biasanya, nelayan akan ke Laut Sulu, selama tiga hari untuk menangkap ikan. Paling singkat pun, mereka akan keluar mencari rezeki seawal pukul 5 pagi dan pulang pada pukul 8 malam.
Meskipun hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tetapi Halid sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup warga Pulau Nunuyan Laut. Selain memastikan fasiliti asas seperti elektrik, air, sekolah dan dewan serbaguna, Halid selalu menyarankan agar hasil tangkapan di laut dijual di pasar-pasar di bandar untuk memperoleh pendapatan yang lebih tinggi.
Rindu pukulan ombak


ANAK-anak Pulau Nunuyan Laut memiliki kemahiran berenang dan tidak takut pada air laut sejak dilahirkan.



Dalam pada itu, bertentang mata bersama Earni Huran, 21, serba sedikit membuka kisah anak-anak muda di Pulau Nunuyan Laut. Jelas, anak bongsu daripada tujuh orang adik-beradik itu salah satu bakat yang diwarisi anak-anak kampung secara turun-temurun ialah berenang.
“Kami tidak memerlukan pendidikan formal untuk mahir berenang kerana tradisi ini bagaikan dimiliki sejak lahir. Malah, menetap di rumah yang dibina di atas air laut yang kebarangkalian dipukul ombak besar pada bila-bila masa saja, sedikitpun tidak melemahkan semangat kami.
“Malah, kehidupan saya tak lengkap sekiranya tidak mendengar bunyi ombak dan bermain di kaki air. Setiap pagi, sepasang mata saya ini dihidangkan dengan pemandangan laut yang begitu mendamaikan sehingga saya sukar meninggalkan kampung untuk bekerja di bandar,” katanya yang gemar bermain bermain bola jaring dan futsal di gelanggang yang berhampiran surau.
Semangat kejiranan
Sementara itu, Samsainon Mohd. Nordin, 54, yang berniaga makanan secara kecil-kecilan di pekarangan rumahnya menyatakan, menetap di pulau terpencil yang hanya didiami 140 buah keluarga cukup mendamaikan. Jumlah penduduk yang kurang daripada 1,500 membuatkan hubungan persaudaraan dan semangat kejiranan sesama mereka begitu menebal.
“Kami mengenali antara satu sama lain dan saling bantu-membantu. Lazimnya, selesai berniaga atau melunaskan kerja-kerja rumah, kami akan berkumpul di depan rumah untuk bersantai bersama.
“Saya bersyukur dilahirkan dan dibesarkan di pulau ini meskipun pulau ini tidak terkenal seperti pulau-pulau lain di Sabah,” jelas Samsainon yang mampu meraih pendapatan sebanyak RM70 setiap hari.
Menyentuh mengenai kemudahan asas dan pendidikan di Pulau Nunuyan, nenek kepada dua orang cucu itu menyatakan, sumber bekalan elektrik dan air bersih antara kemudahan asas yang paling didambakan oleh penduduk kampung.


JIKA tidak ke laut Darman (kiri) menghabiskan masa membaiki perahu dan menjahit pukat.



Bagi penduduk yang berkemampuan, mereka berpeluang menikmati sumber air bersih dengan memasang unit pam air khas di tepi atau belakang rumah. Namun kepada mereka yang hidup serba kekurangan, air di perigi menjadi sumber air bersih.
Hal yang sama juga mengenai sumber bekalan elektrik. Para penduduk hanya berpeluang menerima bekalan elektrik di antara pukul 9 pagi hingga pukul 10 malam. Ini disebabkan alat jana kuasa elektrik milik konsesi Sabah Elektrik yang berpangkalan di hujung kampung hanya mampu menghasilkan kuasa elektrik dalam jumlah yang kecil.
“Namun begitu, aspek pendidikan di sini amat dititikberatkan. Ketua kampung khususnya sentiasa memastikan anak-anak di kampung ini mendapat pendidikan yang sewajarnya. Dia enggan membiarkan anak-anak muda menjadi nelayan atau penjual ikan seperti orang tua mereka,” terang Samsainon yang memberitahu di Pulau Nunuyan Laut hanya menempatkan sekolah rendah, manakala pelajar sekolah menengah perlu bersekolah di bandar Sandakan.
Menunggu bekalan elektrik
Berbicara mengenai bekalan elektrik di perkampungan nelayan berkenaan Hanihani Majais, 67, berkongsi cerita duka. Menetap seorang diri di teratak yang dibina di atas laut, secara tidak langsung mengundang kebimbangan memandangkan rumah yang baru didiami dalam tempoh setahun itu tidak mempunyai kemudahan elektrik.
Saban hari, ibu kepada seorang cahaya mata itu akan ditemani cahaya pelita dan menikmati kedinginan angin yang masuk melalui tingkap. Jika cuaca terlalu panas dan kering, wanita berkulit hitam manis itu terpaksa menyejukkan diri di luar rumah ataupun berteduh seketika di bawah rimbunan pohon.
“Kadangkala teringin juga mempunyai kipas angin dan lampu kalimantang di rumah tetapi, saya tak mampu kerana kos pemasangan tiang elektrik amat tinggi. Lagipun saya tidak bekerja dan hanya bergantung pada kiriman wang anak setiap bulan.


Golongan orang yang masuk Syurga Firdaus

NOTA TAZKIRAH JUMAAT: SYURGA FIRDAUS
Ustaz Jazlan

Sebagaimana Firman Allah swt di dalam Surah Al-Mu’minuun:

‘Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya,
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia,
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu),
Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela,
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas,
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya,
Dan mereka yang tetap memelihara solatnya,
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi,
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.


1khalifah

Himpunan Personal Pencerahan, Bimbingan, Tarbiyah dan Dakwah Islami

Posts Tagged ‘Tazkirah Jumaat

Golongan orang yang masuk Syurga Firdaus

NOTA TAZKIRAH JUMAAT: SYURGA FIRDAUS
Ustaz Jazlan
Jumaat 06 Mei 2011
Kompleks 3c Bandar Sunway
Sebagaimana Firman Allah swt di dalam Surah Al-Mu’minuun:

‘Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya,
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia,
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu),
Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela,
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas,
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya,
Dan mereka yang tetap memelihara solatnya,
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi,
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
Written by Live Admin

Taqwa kepada Allah

NOTA TAZKIRAH PAGI JUMAAT -BERTAQWA
Jumaat 22 April 2011
HQ, Laman Kenanga,
Allah swt berfirman: ‘Sekiranya penduduk itu beriman dan bertaqwa, maka dibuka pintu langit’.
Maka dengan keimanan dan ketaqwaan maka terjamin keselamatan dalam kehidupan manusia.
CARA MENINGKATKAN IMAN DAN TAQWA
1. Ikuti perintah dan jauhi segala larangan Allah.
2.Pendapat ulama ada mengatakan terdapat 1000 perintah untuk dipatuhi dan terdapat 1000 larangan mesti dijauhi. Berapa perintah dan larangan Allah telah kita patuhi dalam kehidupan kita sehingga kini?
3.Bersyukur kepada Allah, Bersyukurlah jangan menjadi kufur! Allah berfirman: ‘Ingatlah kepada Aku, aku ingat kepada kamu’.
4.Manusia itu akhsanul taqwim yakni yang paling baik/lawa/cantik kejadiannya. Allah beri pendengaran telinga, mata dan hati. Allah nyatakan didalam firmannya: ‘tetapi sedikit sekali orang yang bersyukur’.
BAGAIMANA CARA INGIN BERSYUKUR
1.Dengarkanlah kalam Allah selalu.
2.Dengarkanlah nasihat-nasihat yang baik dari ulama-ulama.
3.Jauhilah hiburan melalaikan dan melampau. contohnya ada yang suka mendengar muzik pagi petang siang malam, dalam rumah, dalam pejabat, waktu berehat santai. sayang sekali umur di habis pada perkara sia-sia.
4.Pandanglah dan rasakan nikmat kebesaran dan kejadian ciptaan Allah swt.
5.Pandanglah ibu bapa kita, ada pahala disana.
6.Bagi yang mngerjakan haji/umrah memandang kaabah mendapat pahala. Ada yang tidak dapat nampak kaabah yang besar itu, lantaran itu bersihkan jiwa dan anggota kita dari melakukan maksiat kecil dan besar.
HATI YANG HIDUP DAN HATI YANG MATI
Menurut Imam Hasan Al Basri dapatlah diketahui tanda-tanda bagi hati yang mati itu seperti:
1.Sentiasa melazimi melakukan dosa tetapi pada masa yang sama mengharap pula keampunan Allah swt.
2.Berilmu tetapi tidak di amalkan dalam kehidupan seharian.
3.Beramal tetapi tidak ikhlas.
4.Riya’, yakni melakukan kebaikan, kebajikan dan beramal kerana ingin di lihat orang atau di puji orang yakni amalnya ingin diperlihat kepada manusia.
5.Hari-hari makan rezki Allah tetapi tidak mahu bersyukur.
6.Mengucapkan zikir tetapi hanya di bibir tidak di hayati di dalam hatinya dan tidak di ikuti pengamalan dengan anggota tubuhnya.
BAGAIMANA ULAMA DAHULU BERSYUKUR
1.Ulama dahulu Merasa cukup dengan sedikit bekalan dunia dan memperbanyak bekalan akhirat. Tetapi kita sering mendapat rezki banyak tetapi merasa tidak pernah cukup, dan sibuk menumpuk kebendaan dan kekayaan.
2.Ulama dahulu mengamalkan konsep syukur di dalam diri dengan memandang di bawah. kita juga boleh mengikut konsep ini contohnya kalau kita memiliki kereta bersyukur kerana ada orang yang hanya bermotorsikal, kalau kita mempunyai motorsikal kita bersyukur kerana ada orang yang cuma berbasikal, jika ada basikal bersyukur kerana ada orang yang hanya berjalan kaki.
3.Ulama dahulu sering menziarahi kematian/kubur tetapi kita pergi kubur tidak mahu mengambil iktibar:
Hari ini kita menziarahi kematian orang esok orang menziarahi kematian kita,
Hari ini kita memandikan orang esok orang memandikan kita,
Hari ini kita mengafankan orang esok orang mengafankan kita,
Hari ini solatkan orang esok orang solatkan kita,
Hari ini pergi ziarah esok orang ziarah kita.
Bani Adam adalah bangsa yang mulia kerana di muliakan sampaikan di waktu mati di mandi, di beri pakaian kafan, di solat dan di tanamkan. Berilah khidmat terakhir kita sebaiknya kepada ibu dan bapa.
Saya akan mati,
kamu juga akan mati,
marilah selalu bermuhasabah diri kita sebelum ajal menjemput.
Selalulah ingati mati,
mudahan mudah membuat banyak amal bakti untuk di sana nanti,
negeri akhirat yang kekal abadi.
Ya Allah ampunilah dosa kami, dosa ibu bapa kami, dosa anak isteri kami yang kami ketahui atau tidak kami ketahui, berilah keluasan di dalam kubur kami dan jauhilah kesempitan dan himpitan kubur bagi kami, kubur itu gelap ya Allah, berilah cahaya untuk kami di dalam kubur kami. Ampunilah kami ya Allah!

Orang yang akan masuk surga

Artikel kali ini sedikit sok tau nih sobat hehe.. Lihat saja judulnya orang yang akan masuk surga. Padahal masuk surga atau tidaknya seseorang hanya allah swt yang tahu, tapi tidak apa-apa sobat saya hanya memberikan info walaupun saya bukan lulusan pesantren, dan mudah-mudahan bermanfaat info ini  karena allah swt sudah mengajarkan kepada kita melalui kitabnya agar kita menjadi orang yang selamat dunia dan akhirat. Laksanakan perintahnya dan jauhi larangannya, kan begitu sob hehe..

Nah inilah orang yang akan masuk surga itu seperti apa sobat. Tapi kalau ada yang kurang tolong di tambahkan ya sob? 

1- Orang yang berbuat baik kepada ibu bapaknya.
Ibu adalah orang yang melahirkan kita, maka pantaslah bagi kita untuk menghormati beliau, dan ayah  sebagai pencari nafkah untuk anak-anaknya menghidupi anaknya, memberikan pendidikan yang layak untuk anak-anaknya. Bahkan ada istilah surga itu di bawah telapak kaki ibu,  begitu pentingnya berbuat baik kepada orang tua sehingga ada istilah seperti ini atau agar kita masuk surga yang kita impikan.

2- Orang yang pandai bersyukur kepada allah swt atas segala nikmat yang di terimanya.
Allah swt sangat senang kepada orang yang selalu bersyukur dan menerima segala rizki yang di berikan allah swt, baik itu besar maupun kecil tanpa mengeluh. yang penting bersyukur maka nikmat akan di tambah oleh allah swt bahkan surganya nanti akan kita dapatkan, inilah ayat tentang bersyukur "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatku) maka sesungguhnya azabku sangat pedih (QS Ibrahim 14:7).

3- Orang yang beramal shaleh dengan mengharap ridha allah swt.
Beramal shaleh itu menjahui larangannya dan melaksanakan perintahnya,, perintah dan larangan allah swt sudah ada dalam kitab suci alqur'an,  itu adalah jalan bagi kita untuk menuju surga sobat. Beramal shaleh bisa dalam bentuk rukun islam kalimat sahadat shalat, puasa, berzakat, haji bagi yang mampu atau bahkan juga poin nomor satu dan dua, yang penting kita melaksanakan segala perintah allah swt.

4- Orang yang bertaubat atas kesalahan yang pernah dia lakukan.
Allah swt maha penyayang, Allah maha pengampun, jika kita betaubat dan benar-benar menyesali dan tidak akan melakukan lagi kesalahan yang pernah kita lakukan, allah pasti mema'afkan kita dan mudah-mudahan ridha memberikan surganya kepada kita dan mudah-mudahan kita benar-benar manjadi orang yang benar bertaubat atas kesalahan yang pernah kita lakukan.

5- Orang yang berserah diri hanya kepada allah swt.
Orang yang berserah diri bukan berarti dia tidak melakukan apa-apa atau diam seperti patung, itu mah orang konyol hehe. Justru  berserah diri orang yang percaya bahwa kerja kerasnya akan di ridhai allah dan akan di kabulkan allah semua keinginannya. Berserah diri itu percaya bahwa allah lah pelindung kita dan allah lah yang patut kita sembah, allah tidak akan merubah kita jika kita tidak mau merubah diri  kita sendiri sobat.

Nah inilah sedikit info dari saya yang tentu info ini hasil dari banyak membaca juga hehe, jika ada yang hendak menasehati atau memberikan masukan  saya siap menerima karena nasehat itu tentu sangat baik dan berguna bagi saya sobat, wasalam yah sobat.
 

Darjat, pangkat bukan jaminan masuk Syurga
2011/09/13

RASULULLAH SAW bersabda bahawa orang fakir masuk syurga lebih dulu selama beberapa waktu daripada orang kaya. Boleh jadi, hal ini tidak berlaku umum kerana sebahagian orang kaya ada yang termasuk orang sentiasa bersyukur, memuji, mengabdi dan membenarkan Allah SWT. Mereka memiliki keutamaan yang besar serta konsisten dalam ketaatan dan pengabdian.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Takutlah kepada Allah dalam hal orang fakir kerana pada hari kiamat, Allah SWT berfirman: Di mana makhluk pilihan-Ku? Malaikat menjawab: Wahai Tuhanku, siapakah mereka? Allah SWT berfirman: Orang fakir yang sabar dan rela terhadap takdir-Ku. Mereka akan Aku masukkan ke dalam syurga. Rasulullah SAW melanjutkan sabdanya: Kemudian orang fakir itu masuk syurga lalu makan dan minum, sementara orang kaya masih sibuk dalam penghitungan amal mereka.”
Imam Tirmizi meriwayatkan hadis dari Abu Sa’id Al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang fakir yang berjuang di jalan Allah akan masuk syurga sebelum orang kaya, dengan jarak 500 tahun.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Orang fakir akan masuk syurga lebih dulu. Dengan catatan mereka termasuk mengabdi kepada Allah, rela dan sabar terhadap kefakiran sehingga lisan mereka keluar kata pujian kepada Allah, bersyukur dan menghambakan diri kepada Allah. Mereka akan memperoleh kemuliaan pada hari kiamat, ketika mereka masuk syurga
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Orang fakir akan masuk syurga terlebih dulu daripada orang kaya, selama setengah hari akhirat, iaitu 500 tahun dunia.” (Hadis riwayat Tirmizi) Ia berkata hadis ini hasan sahih.

Hadis itu menunjukkan satu makna bahawa orang fakir akan masuk syurga lebih dulu. Dengan catatan mereka termasuk orang yang sabar, mengabdi kepada Allah, rela dan sabar terhadap kefakiran mereka selama hidup di dunia sehingga dari lisan mereka keluar kata-kata pujian kepada Allah bersyukur serta menghambakan diri kepada Allah.

Mereka inilah orang yang akan memperoleh kemuliaan pada hari kiamat, ketika mereka masuk syurga. Pada hari kiamat nanti Allah akan berfirman kepada orang yang sabar terhadap kefakirannya yang bermaksud: “Makan dan minumlah dengan nikmat kerana amal yang telah kamu kerjakan pada hari yang telah lalu.” (Surah Al-Haqqah, ayat 24)

Ertinya, kesusahan yang telah engkau peroleh di dunia kerana fakir, benar-benar terasa perih buat kamu. Hal itu bukan cita-cita dan keinginan kamu tetapi semata-mata kehendak Allah.
Berapa banyak ayat Allah yang mendorong orang mukmin rajin menabung dengan tabungan amal kebajikan. Allah akan melipatgandakan tabungan itu selama di dunia dan mereka dapat memetik hasilnya berupa pahala yang besar di akhirat nanti.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesiapa meminjami Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 245)

Banyak ayat al-Quran yang mengisyaratkan adanya kelebihan dan perbezaan darjat dalam segala sesuatu, bahkan antara para malaikat Al-Muqarrabun, Nabi dan Rasul. Demikian juga, antara manusia pada umumnya. Ini ketentuan Allah (sunnatullah) terhadap makhluk-Nya dan kesempurnaan hikmah dari Allah.

Hakikat kelebihan dan perbezaan darjat ini tidak terletak pada ketakutan seseorang kepada Allah. Hal ini terjadi semata-mata kerana ilmu dan keutamaan dari Allah. Sedangkan, kelebihan manusia adalah kerana amal, ilmu, ijtihad dan kesabarannya.

Antara nabi, ada yang dikenali sebutan Ulul Azmi, sedangkan sebahagian lain tidak memperoleh sebutan demikian. Sebahagian manusia ada yang menjadi pejuang (mujahid), mempunyai keutamaan tetapi sebahagian tidak memiliki semua itu.

Oleh itu, antara manusia ada memperoleh darjat dan kelebihan dari Allah yang berbeza dengan yang lainnya. Hal ini berdasarkan ketinggian darjat manusia dan amal perbuatannya selama di dunia.

Buku Bidadari, Syurga dan Penghuninya

t bukan jaminan masuk Syurga


2011/09/13

RASULULLAH SAW bersabda bahawa orang fakir masuk syurga lebih dulu selama beberapa waktu daripada orang kaya. Boleh jadi, hal ini tidak berlaku umum kerana sebahagian orang kaya ada yang termasuk orang sentiasa bersyukur, memuji, mengabdi dan membenarkan Allah SWT. Mereka memiliki keutamaan yang besar serta konsisten dalam ketaatan dan pengabdian.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Takutlah kepada Allah dalam hal orang fakir kerana pada hari kiamat, Allah SWT berfirman: Di mana makhluk pilihan-Ku? Malaikat menjawab: Wahai Tuhanku, siapakah mereka? Allah SWT berfirman: Orang fakir yang sabar dan rela terhadap takdir-Ku. Mereka akan Aku masukkan ke dalam syurga. Rasulullah SAW melanjutkan sabdanya: Kemudian orang fakir itu masuk syurga lalu makan dan minum, sementara orang kaya masih sibuk dalam penghitungan amal mereka.”
Imam Tirmizi meriwayatkan hadis dari Abu Sa’id Al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang fakir yang berjuang di jalan Allah akan masuk syurga sebelum orang kaya, dengan jarak 500 tahun.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Orang fakir akan masuk syurga lebih dulu. Dengan catatan mereka termasuk mengabdi kepada Allah, rela dan sabar terhadap kefakiran sehingga lisan mereka keluar kata pujian kepada Allah, bersyukur dan menghambakan diri kepada Allah. Mereka akan memperoleh kemuliaan pada hari kiamat, ketika mereka masuk syurga
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Orang fakir akan masuk syurga terlebih dulu daripada orang kaya, selama setengah hari akhirat, iaitu 500 tahun dunia.” (Hadis riwayat Tirmizi) Ia berkata hadis ini hasan sahih.

Hadis itu menunjukkan satu makna bahawa orang fakir akan masuk syurga lebih dulu. Dengan catatan mereka termasuk orang yang sabar, mengabdi kepada Allah, rela dan sabar terhadap kefakiran mereka selama hidup di dunia sehingga dari lisan mereka keluar kata-kata pujian kepada Allah bersyukur serta menghambakan diri kepada Allah.

Mereka inilah orang yang akan memperoleh kemuliaan pada hari kiamat, ketika mereka masuk syurga. Pada hari kiamat nanti Allah akan berfirman kepada orang yang sabar terhadap kefakirannya yang bermaksud: “Makan dan minumlah dengan nikmat kerana amal yang telah kamu kerjakan pada hari yang telah lalu.” (Surah Al-Haqqah, ayat 24)

Ertinya, kesusahan yang telah engkau peroleh di dunia kerana fakir, benar-benar terasa perih buat kamu. Hal itu bukan cita-cita dan keinginan kamu tetapi semata-mata kehendak Allah.
Berapa banyak ayat Allah yang mendorong orang mukmin rajin menabung dengan tabungan amal kebajikan. Allah akan melipatgandakan tabungan itu selama di dunia dan mereka dapat memetik hasilnya berupa pahala yang besar di akhirat nanti.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesiapa meminjami Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 245)

Banyak ayat al-Quran yang mengisyaratkan adanya kelebihan dan perbezaan darjat dalam segala sesuatu, bahkan antara para malaikat Al-Muqarrabun, Nabi dan Rasul. Demikian juga, antara manusia pada umumnya. Ini ketentuan Allah (sunnatullah) terhadap makhluk-Nya dan kesempurnaan hikmah dari Allah.

Hakikat kelebihan dan perbezaan darjat ini tidak terletak pada ketakutan seseorang kepada Allah. Hal ini terjadi semata-mata kerana ilmu dan keutamaan dari Allah. Sedangkan, kelebihan manusia adalah kerana amal, ilmu, ijtihad dan kesabarannya.

Antara nabi, ada yang dikenali sebutan Ulul Azmi, sedangkan sebahagian lain tidak memperoleh sebutan demikian. Sebahagian manusia ada yang menjadi pejuang (mujahid), mempunyai keutamaan tetapi sebahagian tidak memiliki semua itu.

Oleh itu, antara manusia ada memperoleh darjat dan kelebihan dari Allah yang berbeza dengan yang lainnya. Hal ini berdasarkan ketinggian darjat manusia dan amal perbuatannya selama di dunia.

Buku Bidadari, Syurga dan Penghuninya

ALLAH BOLEH BUAT APA SAHAJA...TENTU ADA HIKMAH...MUNGKIN BURUK PANDANGAN MANUSIA...TAPI ALLAH KURNIA SYURGA UNTUKNYA...KECUALI PERANGAINYA BURUK...MEMBUAT KEROSAKAN DIMUKA BUMI ALLAH SWT

Lahir dengan fizikal orang tua





DI sebalik senyuman menawan dan personaliti tersendiri, pemilik nama Ontlametse Phalatse tidak kelihatan seperti kanak-kanak sebayanya. Walaupun hanya berusia 12 tahun, kanak-kanak yang mempunyai cita-cita tinggi menjadi ahli psikologi itu kelihatan seperti orang dewasa.
Bahkan, doktor menjangkakan kanak-kanak malang itu hanya mempunyai jangka hayat kira-kira dua tahun lagi untuk meneruskan sisa kehidupan apabila didiagnosis menghidap progeria.
"Saya menggelar diri saya sebagai wanita pertama kerana merupakan kanak-kanak kulit hitam pertama yang mempunyai penyakit ini.
"Adakah anda mengetahui kanak-kanak kulit hitam lain yang mempunyai penyakit serupa dengan saya," ujar kanak-kanak itu ketika ditemui di rumahnya di Hebron berdekatan Pretoria di Afrika Selatan.
Ontlametse merupakan kanak-kanak kulit hitam tunggal yang masih hidup didiagnosis progeria. Ia merupakan penyakit yang jarang ditemui dan keadaan genetik mati sehingga mempercepatkan proses penuaan. Dikatakan pesakit itu hanya ditemui seorang dalam lapan juta kelahiran.
Selain daripada Ontlametse, dua kanak-kanak kulit hitam pernah didiagnosis mempunyai progeria tetapi, telah meninggal dunia di Amerika Syarikat dan Belanda.
Tidak ada siapa yang mengetahui jumlah sebenar kanak-kanak mempunyai progeria.
Bagaimanapun, pakar-pakar menganggarkan terdapat kira-kira 200 hingga 250 kanak-kanak menjalani kehidupan sebagai progeria pada satu masa.
Ibu Ontlametse, Bellon Phalatse berkata, bayinya kelihatan normal sewaktu dilahirkan tetapi, menyedari sesuatu tidak kena dengan anaknya itu.
Bayi tersebut sering menderita akibat ruam dan apabila mencecah usia tiga bulan Bellon menyangka dia mempunyai penyakit kulit.
"Sebelum sempat menyambut ulang tahun pertama, rambutnya mula gugur, kuku kelihatan tidak normal dan mempunyai masalah kulit malah, sering mengunjungi doktor," kata ibunya.
Tatkala usia baru mencecah tiga tahun, nasib malang terus membelenggu kanak-kanak malang itu apabila bapanya meninggalkan keluarga.
Walaupun, sering kali sakit, Ontlametse telah mendaftar memasuki alam persekolahan ketika berusia 6 tahun.
Nasib malang Ontlametse

BELLON tetap menyayangi anaknya biar pun dilahirkan dengan penyakit yang menyebabkan kepalanya botak, mata tersembul dan kulit berkedut nipis seperti seorang lelaki tua.


Bagaimanapun, langit tidak selalu cerah, apabila keadaan fizikal yang kecil dan kurus telah menyebabkan dia sering kali menjadi subjek penghinaan oleh rakan sekelas serta guru kerana disangka menghidap AIDS.
Afrika Selatan mempunyai catatan tertinggi penduduk hidup dengan AIDS berbanding negara lain tetapi penyakit tersebut masih memberi stigma kepada gaya sosial penduduk.
"Ia sangat teruk, saya tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan apa yang terpaksa diharungi oleh kami," kata Bellon.
Hanya pada dua tahun lalu, keadaan mula berubah apabila seorang kawan doktor mencadangkan agar Ontlametse menjalani ujian progeria dan memberi buku mengenai penyakit tersebut.
Walaupun mempunyai latarbelakang berbeza, kanak-kanak yang mempunyai progeria kelihatan seakan-akan sama.
Kanak-kanak itu kecil, mempunyai kepala yang besar dan botak, mata seperti tersembul serta tangan berbonjol-bonjol.
Mereka juga menderita akibat kulit nipis sekali gus kelihatan rangkaian urat biru di kepala bagi kanak-kanak berkulit cerah.
Bellon berkata, apabila urat anaknya membonjol, secara semula jadi naluri hati ibunya mengetahui Ontlametse mempunyai progeria dan doktor mengesahkan diagnosis tersebut.
"Kini, saya sangat gembira kerana telah memahami apa yang menyebabkan progeria," kata Bellon.
Kebanyakan kanak-kanak dengan penyakit itu akan meninggal dunia apabila berusia 13 tahun tetapi, diagnosis tersebut memberi pemahaman dengan lebih mendalam untuk memastikan Ontlametse hidup dengan lebih lama.
Pemeriksaan di AS
Dalam pada itu, setiap kali musim cuti persekolahan, Ontlametse dan ibunya akan berlepas ke Amerika Syarikat (AS) untuk mengikuti pemeriksaan dan penyelidikan ditaja Pertubuhan Penyelidikan Progeria di Hospital Kanak-Kanak Boston.
Penyelidikan dilakukan memberi peluang kepada dia menerima ubat terkini yang masih belum berada di pasaran lagi.
Apabila berada di negara asal, mereka berdepan kesukaran mendapat diet sihat yang diperlukan kanak-kanak itu.
Bellon yang tidak bekerja hanya bergantung harap kepada elaun hilang upaya yang diberikan kerajaan sebagai sumber rezeki keluarganya.
"Kadangkala apabila ibu mempunyai wang, dia akan membeli daun selada dan timun untuk dijadikan salad sebagai hidangan kami," katanya.
Peka terhadap kepalanya yang botak, Ontlametse akan sentiasa memakai topi apabila berada di sekolah. Salah satu senarai permintaan kanak-kanak malang itu adalah mempunyai rambut palsu yang direka khusus untuk dirinya.
Dia mempunyai dua orang kawan baik di dalam bilik darjah tetapi, tidak semua rakan kelasnya memberi layanan baik terhadapnya.
"Saya tidak kisah apa yang orang memperkatakan tentang diri saya. Saya juga manusia seperti mereka," katanya sambil menggerak-gerakkan tangan yang mempunyai artritis, jari-jemari kelihatan berbonjol dan kuku pudar.


PADA usia 12 tahun, saiz fizikal Ontla metse ternyata berbeza dengan rakan sekelasnya.



Tidak seperti di sekolah, tatkala berada di dalam rumah berbatu-bata yang terletak di bandar kecil Hebron kira-kira 80 kilometer utara Johannesburg, Ontlametse pasti akan menanggalkan topi.
Seperti kanak-kanak sebaya dengannya, dia akan melakukan kerja rumah, membaca, menonton televisyen dan membuat kerja harian.
Bagaimanapun, dia tidak dapat melakukan aktiviti fizikal sukan kerana akan memenatkannya.
Ontlametse yang mempunyai semangat kuat menyimpan cita-cita ingin bergelar sebagai ahli psikologi pada suatu hari nanti,
"Saya ingin membantu menyelesaikan masalah orang lain agar mereka dapat menerima keadaan diri seadanya kerana saya menerima siapa diri saya," katanya.
Bagaimanapun, untuk melihat dia hidup begitu lama memerlukan satu keajaiban.
Kanak-kanak yang mempunyai progeria akan meninggal dunia ketika berusia antara 8 hingga 21 tahun akibat serangan jantung.
Mereka juga akan menderita akibat tekanan darah tinggi, strok, angina dan hati membesar.
Mengenal pasti penghidap progeria
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pertubuhan Penyelidikan Progeria, Audrey Gordon berkata, terdapat beberapa lubang hitam dalam peta di pejabatnya bertaburan dengan penanda berwarna menunjukkan penemuan kanak-kanak hidup bersama progeria.
"Kita mengetahui terdapat kanak-kanak yang menghidap progeria di Afrika, China dan Rusia tetapi, tidak dapat berhubung dengan mereka," ujarnya lagi.
Dia berkata, penyelidikan mengenai progeria memperoleh banyak kejayaan selepas keluarganya menubuhkan pertubuhan tersebut pada tahun 1999 selepas anak saudaranya didiagnosis menghidap penyakit tersebut.
Pada tahun 2003, pertubuhan berkenaan menjadi pemangkin dalam penemuan gen progeria.
Dia berharap dapat membantu dalam memberi jawapan mengenai proses penuaan semula jadi dan penyakit kardiovaskular.
Sementara itu, saintis pertama yang menemui gen tersebut dan kini bertindak sebagai Pengarah Institut Kesihatan Kebangsaan, Dr. Francis Collins berkata, kanak-kanak yang menghidap progeria muncul secara mengejut.
"Tiada sejarah keluarga, tiada amaran, tiada sebab menunjukkan ia akan berlaku," katanya.

MENIPU@PENIPU NI..TAK KIRA PANGKAT PALING BESAR ATAU PANGKAT PALING KECIL...MALAH TAK DE KERJA PUN MENIPU...LELAKI ATAU WANITA...ERTI@FAHAM AGAMA ATAU TIDAK....HUKUM DUNIA MEMANG ADA...BERBALOI ATAU TAK...MUNGKIN LEPAS KALAU ADA KRONI2...DIAKHIRAT MEREKA2 NI MEMANG TAK LEPAS...MEREKA NAK LARI MANA...MAKA BERTAUBATLAH...BERTAKWALAH....

Sindiket tipu 10 usahawan

Oleh Yusmizal Dolah Aling dan Nurul Nafisah Mazlan
am@hmetro.com.my

ADU...Khairul Anwar melihat laporan Rosnani (tengah), semalam.
ADU...Khairul Anwar melihat laporan Rosnani (tengah), semalam.
KUALA LUMPUR: Satu sindiket diketuai seorang wanita licik dikesan menjadikan kaum hawa yang juga ahli perniagaan di seluruh negara sebagai sasaran dengan menawarkan projek bernilai jutaan ringgit membabitkan Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bermodalkan muzium PDRM itu sendiri sebagai pejabat operasi dan penyerahan tawaran tender, sindiket terbabit dipercayai didalangi ‘orang dalam’ memperdaya usahawan wanita yang tertarik pelbagai projek kerajaan dengan kes terbaru membabitkan penipuan RM10 juta.

Kegiatan mengaut untung mudah itu dipercayai dijalankan beberapa individu termasuk ‘pegawai’ PDRM sejak hujung tahun lalu dengan semua mangsa wanita yang pernah mendapat projek daripada agensi kerajaan dan berminat untuk menjalinkan usaha sama dengan PDRM.
Tidak cukup dengan itu, individu terbabit turut mengaitkan bekas Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Robiah Abdul Ghani kononnya semua projek membabitkan muzium akan diluluskannya selain mendapat pulangan berlipat kali ganda.

Mangsa, Rosnani Sengari, 45, berkata dia diperkenalkan kepada suspek oleh jiran rakan kongsinya yang mendakwa mempunyai saluran tertentu untuk mendapatkan peluang perniagaan termasuk kerja pembinaan di muzium berkenaan.

Katanya, dalam pertemuan di rumah suspek di Senawang, Negeri Sembilan, wanita itu memperkenalkan dirinya pembantu khas kepada seorang pegawai kanan polis yang juga kurator muzium itu.

“Pada pertemuan singkat itu, suspek menunjukkan senarai barangan untuk dibekalkan kepada PDRM dan meminta saya datang ke muzium di Jalan Perdana untuk sesi penerangan selain urusan menandatangani dokumen berkaitan berhubung tender terbabit. “Wanita itu memaklumkan semua barangan akan dibeli PDRM dan saya diminta menyediakan bayaran RM70,000 sebagai modal untuk proses terbabit. “Selepas itu, saya dibawa berjumpa seseorang dikenali sebagai Hasbullah di sebuah bengkel tempat projek sepatutnya dijalankan,” katanya ketika ditemui selepas membuat aduan kepada Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat di pejabatnya, semalam.

Rosnani berkata, kerana yakin akan mendapat tender terbabit, dia menyerahkan wang secara berperingkat selama dua minggu kepada suspek dengan nilai keseluruhannya RM870,000 secara tunai dan cek.
Selepas itu, katanya, wanita terbabit menyerahkan dokumen pesanan kerajaan daripada bahagian logistik Bukit Aman berjumlah RM1.7 juta untuk membekalkan peralatan muzium terbabit menyebabkan dia yakin berurusan dengan pihak yang betul. “Awal Januari lalu, dia bertemu saya dan seorang lagi rakan niaga dan menyerahkan surat lantikan bagi kerja membaik pulih dan menaik taraf muzium polis berjumlah RM4.5 juta. Melihat ia ditandatangani Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman, saya bertambah yakin biarpun pada masa sama menantikan hasil ‘pelaburan’ awal seperti dijanjikan,” katanya.

Namun, katanya, impian untuk mendapatkan semula modal dikeluarkan tidak menjadi kenyataan selepas tidak menerima bayaran yang sepatutnya menyebabkan dia mula mengesyaki sesuatu tidak kena.

Katanya, dia dan beberapa mangsa lain menghubungi wanita itu, tetapi hampa sebaik dimaklumkan bayaran berkenaan masih di dalam proses dan mula memberikan pelbagai helah setiap kali dihubungi.

Media juga berpeluang mendengar penjelasan suspek yang dihubungi ketika sidang akhbar berkenaan dan dia hanya memaklumkan tidak dapat berbuat apa-apa sebelum menamatkan perbualan.

Bagi menyelesaikan bebanan hutang semasa termasuk pinjaman lain, Rosnani terpaksa membuat pinjaman kepada along dengan kadar faedah antara RM20,000 hingga RM30,000 sebulan menyebabkan hubungan dengan ahli keluarga termasuk suaminya mula menghadapi masalah.

Sementara itu, Khairul Anwar berkata, pihaknya menerima beberapa aduan daripada pengadu mengenai perkara itu yang ditipu suspek sama dan hasil maklumat awal mendapati, ia dilakukan individu sama yang memperdaya usahawan khususnya wanita dengan tawaran projek kerajaan.

Sehubungan itu, katanya, SukaGuam akan membawa masalah itu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk tindakan susulan selain bertindak menjadi peguam kepada mangsa demi memastikan mereka mendapat pembelaan sewajarnya.

“Berdasarkan kes, kami dimaklumkan ada 10 mangsa yang ditipu sindiket terbabit dengan menjadikan PDRM sebagai sasaran penyamaran. Saya akan merujuk kes ini kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil bagi membantu mangsa. SukaGuam juga tidak mengenakan sebarang caj kepada mereka,” katanya.

‘Suami saya orang kaya’

Oleh Kasdi Ali dan Mohd Husni Mohd Noor
am@hmetro.com.my

IPOH: “Suami saya orang kaya, tiada sebab dia perlu merompak,” kata isteri kepada seorang ahli perniagaan yang maut selepas ditembak mati oleh polis awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 12.02 tengah malam itu, Kathir Oli Fakir Mohd, 31, maut ditembak di dada kirinya oleh polis di sebuah pub di Jalan Mustafa Albakry, Pekan Baru di sini.

Kejadian berlaku selepas mangsa bersama tiga lelaki lain dikatakan masuk ke dalam sebuah pub berkenaan sebelum berlaku pergaduhan disusuli kejadian tembakan di luar premis.
Isteri mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi seorang rakan suaminya beberapa minit selepas kejadian.

Dia yang berusia 33 tahun, bergegas ke lokasi kejadian dan mendakwa polis tidak membenarkannya mendekati mayat suaminya di belakang kereta Mercedes Benz milik mereka.

“Saya diberitahu suami bergelut dan ditembak polis kerana mahu melakukan rompakan di pub berkenaan.

“Saya tidak percaya semua itu kerana kami bukan orang susah. Kami mempunyai syarikat lori, pengangkutan, binaan dan pelbagai perniagaan lain,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun, pagi semalam.

Menurutnya, keluarganya tidak pernah menghadapi masalah kewangan malah Kathir didakwanya tidak pernah mempunyai sebarang rekod jenayah.
“Kali terakhir dia ada menghubungi saya jam 10 malam kelmarin dan memberitahu ingin keluar makan bersama dua rakan dan dua pekerjanya. “Saya tidak percaya dia pergi merompak pub itu. Ada kemungkinan dia mangsa keadaan atau kecuaian,” katanya yang mempunyai empat cahaya mata hasil perkahwinan dengan mangsa.

Menurutnya, dia akan mendapatkan khidmat peguam bagi mendapatkan keadilan selain mengetahui punca sebenar kematian suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, mangsa bersama tiga suspek menyerang anggotanya sehingga cedera di bahagian muka, mata dan calar-calar di badan.

Beliau berkata, sebelum kejadian, anggota polis berkenaan yang kebetulan berada sekitar lokasi kejadian mendengar jeritan pekerja wanita di pub berkenaan dan mendapati empat lelaki cuba menyamun pusat hiburan berkenaan.

“Sebaik tiba di pub, anggota polis diserang dengan parang sebelum berlaku pergelutan. Malah, lebih mengejutkan dua daripada suspek cuba merampas pistol anggota berkenaan.

“Bagi mempertahankan diri dan nyawa, anggota berkenaan mengeluarkan pistol dan melepaskan satu das tembakan yang mengenai dada mangsa,” katanya, semalam.

Katanya, anggota berkenaan turut menahan dua suspek lain manakala seorang lagi cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan selepas itu.

Mohd Shukri berkata, pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan manakala, tiga suspek ditahan reman selama seminggu malah dan polis juga sedang menyemak sama ada semua suspek mempunyai rekod jenayah


Pian cabar blogger

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Pelakon komedi, Pian Cecupak atau nama sebenar Mohd Rafiq Abdul Rahman, 41, membuat laporan polis terhadap dua pengendali blog hiburan yang didakwa memfitnah kononnya dia masih menggunakan kolagen dan dua anaknya malu menerima dia sebagai bapa.
Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul jam 6.30 petang, kelmarin.

Pian yang ditemui semalam berkata, dia percaya fitnah itu disebabkan pembabitannya semula dalam dunia lakonan apabila menjayakan program Lawak Minggu Ini episod kelima bersama Apek dan Yassin yang disiarkan di saluran Astro, 2 September lalu.
Pian sebelum ini secara terbuka mengakui menggunakan suntikan kolagen, namun selepas berdepan beberapa kesukaran dia mengeluarkan kenyataan mahu menghentikan amalan itu serta berjanji tidak mengulanginya.

“Dalam program Lawak Minggu Ini, saya berlakon sebagai pondan dan menghias muka dengan solekan tebal. Mungkin sebab itu ada yang menuduh saya kembali menggunakan suntikan kolagen.

“Demi Allah, saya tidak mengenakan kolagen lagi. Saya sudah berubah 100 peratus dan tolong jangan kaitkan saya dengan suntikan itu kerana saya berusaha membuang kolagen daripada muka,” katanya.

Pian berkata, dia berubah demi dua anak, Nor Azira Fazlin, 14, dan Nor Lina Fazrin, 12.

“Saya menafikan dakwaan pemilik dua blog itu kononnya saya menggunakan kolagen, malah fitnah anak malu menerima saya sebagai bapa tidak benar,” katanya.
Menurutnya, dia pernah melakukan kesilapan sebelum ini, namun berharap orang ramai tidak membuat andaian melulu dan menghina kerana sudah insaf.

Katanya, maruahnya tercemar apabila dia dikritik hebat di laman facebook miliknya dan blog berkenaan serta kesal apabila bekas pembantu peribadinya, Mohd Salim Alias, 38, turut difitnah.

Katanya, gambar disiarkan di blog itu diambil lima tahun lalu, malah pemilik blog berkenaan tidak meminta kebenaran untuk menyiarkannya. Pian yang kini mendapat rawatan membuang kolagen daripada dua doktor pakar di sebuah pusat kecantikan di Melawati, Ampang mencabar individu membawanya ke hospital memeriksa sama ada masih menggunakan kolagen atau tidak.

Pencuri ‘murah hati’ ditahan



SERDANG: Seorang lelaki yang aktif mencuri motosikal sejak 14 tahun lalu, malah menghadiahkan hasil curi berkenaan kepada saudara dan rakannya ditahan polis di Serdang Perdana, Isnin lalu.
Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan jam 5 petang ketika cuba mencuri motosikal di sebuah pasar raya oleh polis dari Seri Kembangan.

Difahamkan, suspek aktif melakukan kegiatan mencuri motosikal sejak berusia 13 tahun dengan jumlah kecurian melebihi 150 kenderaan.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Razak Elias berkata, perlakuan suspek yang mencurigakan ketika menunggang motosikal Yamaha Lagenda membongkar kegiatannya.

‘Saya ambil baju’

Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Pelakon Razak Ahmad memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, dia datang mengambil baju tajaan di premis ahli perniagaan berstatus isteri orang, Selamah Sahudin, 45, sebelum ditangkap khalwat bersama wanita itu, lima tahun lalu.
Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad, (gambar), 44, memberitahu slot rancangan membabitkan dirinya di Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu bermula pada jam 4 pagi menyebabkan dia terpaksa ke premis perniagaan wanita itu bagi mengambil baju sesuai, jam 1 pagi, 1 April 2006.

“Ketika itu, saya terbabit dengan RTM bagi menjayakan program ‘60 jam siaran tanpa henti’ untuk disenarai dalam Malaysia Book of Records dan pakaian itu diperlukan untuk rancangan berkenaan.
“Dia (Selamah) menyuruh mengambil baju di premis berkenaan di Seri Kembangan. “Sebelum ini, Selamah juga pernah beberapa kali menjadi penaja pakaian saya bagi program rancangan di televisyen,” katanya ketika memberi keterangan bela diri terhadap pertuduhan khalwat dihadapinya.

Dia memberitahu mencuba tiga pasang baju masing-masing mengambil masa sehingga 15 minit selain berkata sempat membuat latihan bagi slot membaca al-Quran dan berzanji di ruang tamu rumah itu selain keadaan malam itu panas menyebabkan dia berpeluh-peluh, ceritanya sebak.

“Saya disuruh menukar pakaian di dalam sebuah bilik yang mempunyai katil, namun tiada lampu kerana terbakar,” katanya.

Katanya, sementara menunggu Selamah menggosok pakaian, dia duduk di birai katil hanya memakai singlet dan berseluar sebelum terdengar pintu hadapan digoncang kuat beberapa kali.

“Saya hanya duduk dalam bilik sebelum Selamah beritahu suaminya datang ke rumah itu,” katanya. Razak berkata, dia bukan saja dimarahi suami Selamah, malah lelaki itu mengarahkan polis merampas telefon bimbitnya kerana dituduh mengandungi bukti.
Mahkamah menetapkan 6 Oktober depan untuk tertuduh disoal balas pendakwa.

Sebelum ini, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad mengarahkan Razak membela diri selepas berpuas hati pendakwaan diwakili Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli membuktikan pertuduhan khalwat itu.

Pada 14 September 2006, pelakon drama bersiri ‘Geng Mengaji’ itu tidak mengaku bersalah berkhalwat dengan Selamah, di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, dekat sini, jam 2.15 pagi, 1 April 2006.

‘Bersihkan nama arwah’



SHAH ALAM: “Apabila saya terkenangkan Aminulrasyid, saya akan pandang pokok dirempuh kereta dipandunya pada masa kejadian.
“Kalau terlalu sedih dan rindu, saya akan pergi ke tempat dia selalu kunjungi. Kedai mamak dia selalu melepak dan padang di tempat dia main bola sepak,” kata Norsiah Mohamad, 62, ketika ditemui di Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Ibu tunggal itu dilihat mengalirkan air mata sebaik Hakim Latifah Mohd Tahar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Koperal Jenain Subi, 49, yang didapati bersalah menyebabkan kematian anak bongsunya, Aminulrasyid Amzah, 15, jam 1.10 pagi, 26 April tahun lalu.

Mangsa maut akibat luka akibat tembakan di kepala dalam kejadian berhampiran simpang jalan memasuki rumahnya di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini. Norsiah berkata, keluarganya berasa lega dengan keputusan mahkamah sekali gus membuktikan anaknya bukanlah penjenayah seperti didakwa sesetengah pihak. Katanya, meskipun akur dengan ketentuan Allah, naluri keibuannya sering kali terusik apabila teringatkan arwah yang meninggal dunia lebih setahun lalu. “Apabila singgah di padang melihat budak sebaya arwah bermain. Macam terbayang-bayang anak saya yang menyepak bola.
“Kalau ada kawan Aminulrasyid bermain atau berlari akan datang dan bertanya, ‘Auntie rindu Aminul?’ sebelum mereka berbual dengan saya,” katanya.

Menurutnya, zikir dan doa kini menjadi peneman setia sebagai penenang jiwa terutama apabila merindui kenangan bersama Aminulrasyid.

“Apabila saya amalkan zikir, hati saya tenang. Sekarang ini, saya sibukkan diri dengan cucu saya untuk melupakan kesedihan dan kerinduan.

“Tetapi apabila anak saya, Tuty Shahniza Anom, 37, membawa cucu saya pulang, saya mula teringatkan arwah,” katanya.

Menyentuh peribadi Aminulrasyid, Norsiah berkata, arwah paling rapat dengannya memandangkan anaknya yang lain sudah besar..
“Dia seorang anak yang baik, suka bermain bola sepak dan ragbi,” katanya.

Wanita itu juga sempat menunjukkan tiga keping gambar Aminulrasyid yang disimpan dalam dompetnya dan dibawa ke mana-mana pada setiap masa sebagai pelepas rindu.

“Gambar ini diambil di sekolah arwah beberapa hari sebelum dia meninggal dunia,” katanya. Sementara itu, pada sidang media selepas prosiding semalam, Norsiah meminta nama anaknya dibersihkan dan tidak dikaitkan sebagai penjenayah. “Tolong bersihkan nama anak saya, itu saja. Dia bukan penjenayah, itu saja yang saya pinta,” katanya. Manakala bapa saudara Aminulrasyid, Kamaruddin Arshad berkata, keluarga mereka menghormati keputusan mahkamah tetapi berbincang sama ada mengambil sebarang tindakan susulan keputusan itu. “Kami bersyukur kerana kematian Aminulrasyid terbela akhirnya,” katanya. Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani berkata, pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan semalam.

Lebam di muka bayi

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

KLANG: “Luluh hati saya melihat zuriat sulung yang dilahirkan cedera padahal sepanjang tempoh kandungan selama ini doktor mengesahkan bayi saya dalam keadaan sempurna dan sihat,” kata Ibrahim Umran, 23.
Dia mendakwa berlaku kecuaian hingga mengakibatkan kecederaan di muka bayi perempuannya termasuk lebam dipercayai semasa kelahiran pada jam kira-kira 10.15 malam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, di sini, Isnin lalu.

Ibrahim berkata ketika kejadian dia di luar bilik pembedahan bersalin menunggu isterinya, Siti Aishah Abdullah, 23.
“Sebelum itu saya sudah terkejut apabila pihak hospital menelefon memberitahu akan bedah perut isteri saya. Saya jangka isteri akan bersalin normal kerana bukaan sudah 8 sentimeter.

“Pihak hospital hanya memberitahu isteri sudah turunkan tanda tangan dan saya terus berdebar menunggu di luar bilik pembedahan.

“Selepas menunggu dengan penuh debaran, dua jururawat wanita membawa keluar bayi dan saya sangat terkejut mendapati banyak lebam di bahagian muka zuriat sulung saya itu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Dia yang berkahwin pada Disember tahun lalu meluahkan rasa sedih apabila melihat bahagian atas mata bayinya itu turut lebam.

Akibat kejadian juga, bayinya itu terpaksa menggunakan peralatan khas untuk menyusu.
Apa yang dikesalkan, katanya, apabila ditanya kepada jururawat berkenaan mengapa bayinya berkeadaan sedemikian, mereka hanya menjawab tidak tahu.

Menurutnya, dia meminta untuk menemui doktor yang melakukan pembedahan itu tetapi pelbagai alasan diberikan kakitangan hospital.

Mengulas lanjut, Ibrahim yang bekerja sebagai pemandu lori menyatakan seorang doktor lain datang menemuinya untuk memberikan penjelasan.

“Mula-mula saya ingatkan bayi saya itu mungkin terjatuh atau terkena benda panas sebab ada kesan menggelembung pada pipi kiri, saya rasa geram dengan keadaan itu.

“Saya kata pada doktor itu, apa yang akan dilakukannya jika berlaku kepada bayi dia. Doktor itu menjawab mungkin dia juga akan membuat laporan.

“Doktor itu meminta saya bersabar dan berkata kesan lebam dan luka itu akan sembuh dalam masa dua minggu,” katanya yang membuat laporan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, di sini, pada hari sama kelahiran bayinya.

Menurutnya, doktor berkenaan juga mengakui kemungkinan luka di wajah bayinya itu disebabkan terkena tangan.

Sehubungan itu juga, Ibrahim sudah menemui peguam untuk mendapatkan nasihat.

Menurutnya, peguam menasihatkan menunggu sehingga tempoh dijanjikan itu dan jika bayinya yang kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonate (NICU) HTAR masih belum pulih, tindakan susulan boleh diambil.

Sementara itu, isterinya Siti Aishah yang baru memeluk Islam tahun lalu masih lemah dan masih berada di wad hanya berharap bayi sulung mereka yang dilahirkan seberat 3.9 kilogram itu, sihat dan tidak ada masalah kemudian hari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Jurucakap pihak hospital yang dihubungi pula, berkata pihaknya akan menyiasat kes berkenaan dengan mendapatkan maklumat dari bahagian bersalin sebelum memberikan ulasan lanjut.