Friday, September 16, 2011

BILA ADA SIMISKIN@PEMINTA SEDEKAH DLL...MANA PUSAT ZAKAT...DAN KEMENTERIAN KEBAJIKAN...JANGAN JAWATAN NAK...KERJA TAK BEBERAPA NAK...FITNAH SELURUH BADAN@KEMENTERIAN TERSEBUT...

Mati bertembung kereta penyeludup


KEADAAN dua buah kereta selepas bertembung dan mengorbankan seorang warga emas di Kilometer 15.8, Jalan Padang Besar-Kangar, Perlis kelmarin.


PADANG BESAR – Seorang warga emas terkorban manakala dua lagi cedera parah apabila kenderaan yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta yang dipercayai dinaiki dua penyeludup minyak di Kilometer 15.8, Jalan Padang Besar-Kangar, di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 4.40 petang, Manis Ismail, 60, meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya, Hasnah Ismail, 57, dan ibu saudara Manis, Mek Saad, 68, cedera parah dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.
Sebelum kejadian, tiga bersaudara itu menaiki kereta Perodua Kancil dan dalam perjalanan dari arah Padang Besar menuju ke Kangar manakala kereta Proton Iswara dinaiki dua remaja dipercayai penyeludup minyak dalam perjalanan dari arah bertentangan.

Mengemis ala Jakarta, New Delhi


SEORANG pengemis membahayakan diri mengemis di laluan yang sesak di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Golongan pengemis kini menjadikan bandar raya Shah Alam tidak ubah New Delhi di India atau Jakarta di Indonesia apabila mereka kini berani mengemis di jalanan sebagaimana di dua kota berkenaan.
Mereka dikesan mengemis dengan menjual pen bagi menarik simpati pemandu dan orang ramai yang lalu lalang di persimpangan lampu isyarat Jalan Monfort, Seksyen 13 di sini semalam.
Tinjauan Kosmo! mendapati, seorang wanita berusia lingkungan 50-an tiba-tiba muncul di celah laluan yang sesak dan mengetuk tingkap beberapa kereta sambil memegang sejumlah batang pen kepada pemandu untuk dijual.

Premis simpan minyak terbakar


anggota bomba melintasi api yang sedang marak membakar stor minyak enjin dekat Pelabuhan Klang semalam.


PELABUHAN KLANG – Sederet lima buah rumah kedai di kawasan perindustrian Bandar Armada Putra musnah dalam satu kebakaran di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang di Lorong Sungai Chandong 12A di sini, dipercayai membabitkan premis yang digunakan sebagai stor penyimpanan minyak enjin.
Seorang saksi warga Nepal yang berkerja di premis berhampiran, Arjun Ramm, 32, berkata, dia terbau asap dan menyangka ia berpunca daripada sampah dibakar.
"Selepas keluar kedai, saya dapati api telah mula menjulang tinggi kemudian terdengar pula lebih 10 letupan menyebabkan saya memanggil rakan sekerja lain menyelamatkan diri," katanya.

Ibu tunggal derita sakit rayu anak pulang




JOHOR BAHRU – Seorang ibu tunggal kini hidup tertekan ekoran kehilangan anak perempuannya berusia 16 tahun sejak Rabu lalu dipercayai melarikan diri dari rumah.
Lebih membimbangkan, Hong Chee Fen, 39, dari Taman Saujana, Kota Tinggi turut menghidap penyakit kanser pangkal rahim dan kehilangan anaknya, Hng Wei Nee (gambar) menjejaskan lagi kesihatannya.
Chee Fen berkata, dia menyedari anaknya hilang apabila tidak lagi menjawab panggilan telefonnya sejak Rabu lalu.
“Pada hari itu, dia tinggal berseorangan di rumah dan saya berada di salun rambut milik saya tidak jauh dari rumah.
“Pada pukul 6.30 petang, saya telefon dia sebab hendak hantar makanan malam tetapi telefon bimbitnya tidak berjawab lalu saya terus pulang ke rumah,” katanya pada sidang akhbar di Kelab Akhbar Cina di sini semalam.

Taktik pengusaha lepas tangan

KUALA LUMPUR – Beberapa persatuan pengguna menganggap cadangan mengenakan insurans perlindungan kepada pengguna bas ekspres sebagai helah peng- usaha menyembunyikan kecuaian pemandu mereka sekiranya berlaku kemalangan jalan raya.
Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, cadangan tersebut hanya membuatkan pemandu mudah leka dan meletakkan risiko kemalangan pada bahu pengguna.
“Untuk apa dikenakan insurans lagi kepada pengguna sedangkan sebagai syarat dalam Akta Pengangkutan Jalan sendiri pengguna sudah dilindungi insurans berkelompok yang disediakan oleh syarikat bas.
“Jadi, kesemua kos itu hanya dibebani kepada pengguna daripada pengusaha atau pemandu bas, terutamanya bila tiba musim perayaan yang banyak berlaku kes kemalangan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Saya pilih keluarga – Hafizuddin

KUALA LUMPUR – Mohd. Hafizuddin Johari, 20, yang cedera disimbah asid di Kangar, Perlis baru-baru ini akhirnya mengambil keputusan untuk tinggal bersama ibu bapanya.
Bapa kepada pemuda itu, Mohd. Johari Abdul Razak, 45, berkata, Hafizuddin telah memberitahu kepada ibunya bahawa dia tidak berniat lagi untuk melarikan diri dari keluarganya.
Malah katanya, setakat ini anaknya itu tidak menyatakan keinginan untuk kembali semula ke pangkuan kekasihnya, seorang pondan yang dikenali Natasha Farisya atau nama sebenarnya, Tabri Rashid Abu Hassan, 28.
“Dia hanya mahu tinggal di rumah dan berehat sehingga kecederaan yang dialami akibat disimbah asid sembuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

DUNIA


Karavan boleh bertukar menjadi bot


KARAVAN ciptaan Daniel Starub boleh menjadi sebuah bot.


BERLIN, Jerman - Orang ramai tidak lagi perlu memilih sama ada mahu berkhemah atau belayar ketika pergi bercuti selepas seorang pereka Jerman, Daniel Straub mencipta karavan yang boleh bertukar menjadi sebuah bot, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Karavan yang diberi nama Sealander itu ditarik kenderaan lain di atas jalan raya tetapi ia dipandu secara berasingan dengan menggunakan sebuah motor elektrik apabila berada di dalam air.
Selain dua tempat tidur, karavan, Sealander turut dilengkapi sebuah dapur, tandas dan meja makan.
Straub yang mengambil masa dua tahun untuk menguji karavan ciptaannya sebelum ia memasuki fasa pengeluaran memberitahu: "Mereka yang pergi bercuti boleh berkhemah pada malam hari dan pada waktu siang, mereka boleh belayar di tasik untuk aktiviti memancing".
Karavan unik itu dijadualkan memasuki pasaran tahun depan pada harga £13,000 (RM63,495). - Agensi

No comments:

Post a Comment