Friday, September 16, 2011

RELAX AJE LANGGAR HUKUM ALLAH...NIKAH IKUT ISLAM...AURAT ISTERI TAK JAGA....DUA2 MACAM RASA TAK BERDOSA....NI KESAN ULAMAK BISU BANYAK...ISLAM TERPINGGIR...ADAT MENGATASI IBADAH KEPADA ALLAH SWT....NI KESAN MAJLIS2 ILMU ISLAM DIPINGGIRKAN JUGA....MEREKA LUPA AKHIRAT DAN HARI PEMBALASAN...

Azad, Eira nikah malam tadi



PASANGAN BAHAGIA...Azad dan Eira pada majlis pernikahan mereka, malam tadi.
PASANGAN BAHAGIA...Azad dan Eira pada majlis pernikahan mereka, malam tadi.
PUTRAJAYA: Lebih tiga tahun menyemai cinta, pasangan dramatis dan pelakon popular, Eira Syazira, 27, bersama Azad Jazmin, 35, akhirnya bernikah di rumah keluarga Eira di Putrajaya, di sini, malam tadi.
Akad nikah dilakukan ayah Eira sendiri, Shuhaimi Acheh pada jam 8.50 malam dan dengan sekali lafaz Eira Syazira sah milik Azad dengan disaksikan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abdul Manaf Mat.

Hadir sama keluarga Azad dan ibu bapanya, Jeffri Abdullah dan Rosidah Kadir.
Eira ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana majlis berjalan lancar dan mengharapkan alam rumah tangga mereka berkekalan selama-lamanya. “Alhamdulillah apa yang kami berdua impikan selama ini berjaya direalisasikan walaupun persiapan dilakukan pada saat akhir dan kami bertuah kerana keluarga banyak membantu.

“Kerjaya kami berdua sebagai anak seni memang memberi ruang yang besar untuk pelbagai spekulasi, namun semuanya berjaya kami tepis dengan keputusan mendirikan rumah tangga ini.

“Apa yang penting sekarang percaturan kami berdua untuk membina keluarga bahagia dan terus menyokong antara satu sama lain. Saya sendiri akan berusaha untuk menjadi isteri yang baik dan memastikan agar ikatan ini berkekalan,” katanya yang menerima mas kahwin RM300, tetapi wang hantaran dirahsiakan.

Pasangan itu mengenakan busana putih rekaan Hairi Tajuddin dan Wanpa malam tadi. Eira menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang kepada Azad yang ditaja sepenuhnya Zaha Wedding Planner dan Ari Wedding Couture.

Selain jam tangan, tas tangan lelaki, kasut dan tali pinggang, pihak Eira turut menghantar jambangan coklat, gubahan buah-buahan, sejadah dan al-Quran, sirih junjung, satu set barangan sukan dari jenama pasukan bola sepak kegemaran Azad, Chelsea dan sepersalinan baju Melayu berwarna putih. Malah, sebentuk cincin yang dirahsiakan harganya juga dikirimkan buat Azad. Manakala pihak Azad membalas dengan beg tangan berjenama Tod’s, jam tangan Fossil, sepasang kasut, buah-buahan dan coklat, telekung, sejadah, al-Quran, sirih junjung, iPad2 serta sebentuk cincin berlian.
Azad pula yang tampil segak tidak henti melahirkan rasa syukur kerana akhirnya mereka berdua disatukan dengan ikatan suami isteri. “Eira seorang yang penyayang, penyabar dan sentiasa memahami saya dalam apa juga situasi. Jujurnya dialah insan yang tidak henti menyokong kerja dan apa saja masalah yang membebankan saya. Lantas saya percaya Eira adalah permaisuri terbaik buat saya kerana dialah yang melengkapkan hidup saya,” katanya yang merisik serta bertunang pada pertengahan Mei lalu.

Pasangan itu akan melangsungkan majlis resepsi pada 19 November ini di kediaman keluarga Eira di Presint 14, Putrajaya dan 26 November pula di sebelah lelaki di Dewan Merin, Georgetown, Pulau Pinang.

Jahit timah dalam sotong

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my

BUKTI...Mohd Shukri menunjukkan ketulan timah yang ditemui dalam sotong yang dibeli.
BUKTI...Mohd Shukri menunjukkan ketulan timah yang ditemui dalam sotong yang dibeli.
KUALA LUMPUR: Sotong batu ladung. Itu kejutan diterima seorang kakitangan sebuah sekolah di sini, selepas mendapati lebih 10 kilogram (kg) sotong kering yang dibeli bagi majlis kenduri kahwin anak keduanya mengandungi bahan tambahan berbentuk ketulan timah, seberat 2kg yang dijahit pada beberapa bahagian sotong itu.
Mohd Shukri Taib, 56, berkata dia membeli sotong kering berkenaan secara borong di sebuah kedai pemborong makanan kering di Selayang, di sini, pagi kelmarin.

Menurutnya, selepas membawa pulang makanan kering itu, dia bersama isteri mula menyiang sotong itu menjadi kepingan kecil dan terkejut apabila mendapati beberapa bahagian sotong yang bersaiz besar sukar dikerat terutama pada bahagian ekor dan kepala.
“Selepas membelek sotong itu, saya terkejut apabila menjumpai dua biji batu ladung (pemberat yang digunakan untuk memancing) terselit di celah ekor manakala dua lagi di kepala.

“Lebih mencurigakan, ketulan itu seolah-olah sengaja diletakkan kerana ia dijahit dengan rapi menggunakan tali tangsi,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Selepas menjumpai ‘bahan tambahan’ itu, Mohd Shukri dan isteri memeriksa semua sotong yang belum disiang dan mendapati semuanya mengandungi ketulan timah.

Mohd Syukri berkata, sebelum ini keluarganya sudah biasa membeli barang makanan kering di kedai berkenaan, tetapi dalam kuantiti yang kecil.

“Boleh dikatakan saya pelanggan tetap kedai itu dan kerap membeli barang makanan kering seperti sotong, ikan masin atau udang kering, namun ini kali pertama saya membeli dalam kuantiti yang banyak.
“Saya mengesyaki ketulan timah itu hanya diletakkan pada makanan kering yang dijual secara pukal bagi mengelak taktik itu dikesan pembeli yang hanya menyedari perkara ini selepas pulang ke rumah,” katanya yang turut membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Katanya, boleh dikatakan setiap sotong kering bersaiz sederhana dan besar mengandungi tiga hingga empat ketulan timah dan tidak dapat dilihat pembeli sekiranya tidak dibelek dengan teliti.

Menurut Mohd Shukri, dia membeli makanan kering itu pada harga RM44 sekilogram dan nilai keseluruhan bagi satu bungkusan besar yang dibeli berjumlah RM455 dengan berat lebih 10 kilogram.

“Saya enggan menuduh, namun musykil dengan tindakan menyelit ketulan timah itu pada sotong kering berkenaan. Saya mengesyaki ia mungkin sengaja dijahit bagi menipu berat sebenar sotong kering itu yang mungkin tidak mencecah nilai yang tertera,” katanya.

Katanya, selepas ditimbang semula, berat sebenar sotong itu kira-kira lapan kilogram manakala berat ketulan batu yang ditemui dianggarkan dua kilogram.

Mohd Shukri berkata, dia bukan sahaja tertipu, malah terpaksa berbelanja lebih untuk membeli sotong tambahan untuk kenduri anaknya.

Sementara itu, Pengarah Penguat kuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berdasarkan aduan yang diterima bagi mengenal pasti punca ketulan batu itu diselit pada sotong berkenaan.

“Kita akan menyiasat kes itu kerana berdasarkan maklumat kemungkinan wujud unsur penipuan timbangan bagi makanan kering yang dijual,” katanya.

Amah kebas barang kemas

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 33 tahun kerugian kira-kira RM10,000 apabila barang kemas milik isterinya dilarikan pembantu rumah warga Indonesia di rumahnya di Taman Danau Kota, di sini, kelmarin.
Mangsa menyedari kejadian itu kira-kira jam 5.30 petang apabila pemeriksaan di biliknya mendapati barang kemas di dalam almari lesap.

Menurut sumber, sebelum kejadian itu, mangsa melihat pembantu rumahnya berusia awal 20-an membawa beg plastik hitam dan meninggalkan rumah berkenaan kira-kira jam 4 petang.
“Pada mulanya mangsa menyangkakan pembantu rumahnya mahu membuang sampah, namun mula syak apabila dia tidak pulang selepas sejam kemudian,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.


‘Saya nekad lawan perompak’



KUALA TERENGGANU: “Walaupun penjenayah itu mengugut mahu membunuh saya, ia tidak melemahkan semangat saya untuk mempertahankan diri daripada menjadi mangsanya apatah lagi mengenangkan anak yang pernah diragut,” kata Rohani Sulong, 48, mangsa rompakan di kedai runcit di Kampung Kuala Bekah, Chabang Tiga, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Rohani yang cedera di kedua-dua tangan dipercayai terkena pisau selain lebam di kepala dan belakang badan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), manakala anaknya, Nor Fatiha Mohd Bidin, 22, menerima jahitan di jari tangan kiri akibat terkena pisau.

Ketika menceritakan detik cemas itu, ibu enam anak itu berkata, dia didatangi suspek berumur 32 tahun yang kononnya mahu membeli penyedut minuman sebelum dia memaklumkan tidak menjual barang berkenaan.
Katanya, suspek kemudian memaklumkan ingin membeli gula-gula 20 sen. Ketika itu, Rohani memaklumkan dia mula berasa tidak sedap hati dan sangkaannya tepat apabila suspek meragut rantai di leher ketika dia ingin memulangkan baki wang kepada penjenayah itu.

“Ketika itu, sebelah tangannya mengambil duit, manakala sebelah lagi cuba meragut rantai saya. Saya nekad melawannya dengan cuba memegang rantai sebelum berlaku pergelutan.

“Dalam pergelutan itu, penjenayah terbabit meminta rakannya yang berada di luar untuk membantu sebelum penjenayah itu ditahan anak saudara dengan bantuan orang kampung,” katanya yang ditemui di HSNZ di sini, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang penjenayah yang cuba merompak sebuah kedai runcit di Kampung Kuala Bekah, Chabang Tiga, di sini, bernasib malang apabila menerima rawatan di HSNZ selepas cedera ketika bergelut dalam usaha melarikan diri sebaik perbuatannya disedari, petang kelmarin.

Penyamun teruk dibelasah


ROHANI (kanan) bersama Nur Fatihah menunjukkan rantai yang cuba diragut penyamun ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu kelmarin.


KUALA TERENGGANU – Seorang penyamun bernasib malang apabila dia terpaksa bergelut dengan dua wanita manakala rakannya yang menunggu di luar sebuah kedai runcit yang cuba disamun hanya melihat rakannya meminta tolong sebelum menghilangkan diri.
“Tolong aku... tolonglah aku...,” itu rayuan penyamun yang bersenjatakan pisau namun teruk dibelasah wanita dua beranak.
Mendengar rayuan rakannya itu, rakannya yang menunggu dengan motosikal terus meninggalkan suspek itu.
Kejadian berlaku pukul 3.15 petang di Kampung Kuala Bekah dekat sini kelmarin apabila suspek cuba meragut rantai leher emas dipakai Rohani Sulong, 49, pemilik kedai runcit di situ.

No comments:

Post a Comment