Friday, June 17, 2011

JANGAN MENGAMBARKAN ISLAM ITU AGAMA TAK SEMPURNA...ISLAM AGAMA ALLAH...ISLAM BEGITU SEMPURNA SERTA LENGKAP SESUAI DENGAN SIFAT ALLAH MAHA AGONG...CUMA MANUSIA NAK BERCAKAP MEMBELA MANUSIA...SEBAB BERKEPENTINGAN...YANG SALAH PENGANUT DEGIL TAK MAHU BELAJAR@MENADAH KITAB SERTA BERAMAL...BAIK LELAKI ATAU PEREMPUAN...JIKA FAHAM SECARA SYUMUL@SEMPURNA ISLAM ITU...PERKARA2 BEGINI TAK TIMBUL..SIBUK PERTIKAI BERMACAM2 PERKARA...HUKUM HUDUD SENYAP SUNYI...HUKUM ADA...PENGUATKUASAAN JUGA PASTI ADA...MACAM UNDANG2 JALANRAYA...JIKA TIADA PENGUATKUASAAN...ORANG AKAN LANGGAR SEMACAM JE

Guru tahfiz buta huruf



KAHERAH: Ada ibu bapa yang terlalu ghairah mahukan anak menjadi tahfiz al-Quran sanggup meninggalkan zuriat berusia semuda 12 hingga 19 tahun berseorangan di bumi asing tanpa sebarang pengawasan.
Mereka sebaliknya menyerahkan keselamatan dan soal pendidikan anak bulat-bulat kepada pengurusan tahfiz yang beroperasi secara persendirian di negara ini.

Perkembangan kurang sihat itu menyebabkan pihak Pendidikan Malaysia di Mesir mengalami kesukaran jika berlaku kejadian tidak diingini seperti dilaporkan April lalu apabila empat pelajar Malaysia berusia 12 hingga 19 tahun didera mengakibatkan mereka pecah bibir dan lebam seluruh badan akibat dibelasah ustaz menggunakan batang paip PVC di pusat pengajian. Pengarah Pendidikan Malaysia di Mesir, Profesor Madya Su’adi Safei berkata, kejadian dimaklumkan sendiri waris pelajar itu yang menghubungi kedutaan dan keempat-empat pelajar berkenaan kemudian diselamatkan dan dihantar pulang sejurus proses siasatan dan dokumentasi selesai dijalankan kakitangannya.
Bagaimanapun, katanya, proses menyelamatkan pelajar berkenaan memakan masa kerana mereka tidak mempunyai maklumat berkaitan pelajar terbabit, namun semua mangsa selamat dihantar pulang Mei lalu.

“Walaupun mereka pelajar persendirian, kita tidak pernah lepas tangan sebaliknya menganggap bantuan dihulurkan sebagai satu khidmat sosial kerana mereka juga rakyat Malaysia dan sedang menghadapi masalah, jadi saya menghantar sepasukan pegawai ke sekolah berkenaan untuk menjalankan siasatan.

“Selepas disiasat, kami mendapati keempat-empat pelajar berkenaan memang dipukul seorang tenaga pengajar kerana gagal menghafaz beberapa juzuk yang diberikannya.

“Siasatan kami juga mendapati tenaga pengajar berkenaan buta huruf, jadi pelbagai persoalan timbul bagaimana dia boleh menjadi tenaga pengajar selain benarkah dia seorang tahfiz atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.

Beliau bagaimanapun enggan memaklumkan maklumat lengkap mengenai kes itu, sebaliknya memberitahu perkara hampir sama turut berlaku sekiranya ada antara pelajar masuk ke Mesir melalui ejen di Malaysia.
Menurutnya, kebanyakan ibu bapa menjadikan pembelajaran di Mesir hanya satu budaya kerana kemasyhurannya melahirkan cendikiawan Islam sedangkan pusat pengajian di Malaysia tidak kurang hebatnya.

“Ada waris memberitahu tujuan menghantar anak mereka ke Mesir untuk mendapatkan ‘aura syeikh’ yang berada di sini...saya amat berharap mereka mengubah persepsi itu kerana kita juga mempunyai universiti atau pusat tahfiz yang tidak kurang hebatnya,” katanya.

Menurutnya, perkembangan sama turut menimpa siswa yang masuk ke Mesir melalui ejen apabila 31 daripada mereka kini terkontang-kanting kerana menghadapi masalah untuk menduduki peperiksaan semester selepas melanjutkan pengajian di tahun kedua universiti masing-masing bulan ini.

Su’adi berkata, perkembangan itu berlaku kerana kebanyakan ejen yang membawa masuk siswa terbabit tidak menghantar fail peribadi pelajar kerana khuatir mereka ditolak sekiranya tidak memenuhi kriteria disyaratkan universiti.

Beliau berkata, walaupun tidak menjadi satu kemestian kerana pelajar terbabit masuk tidak melalui kementerian, pihaknya sentiasa bertindak secepat mungkin menyelesaikan masalah itu kerana tidak mahu mereka terkandas selepas setahun memasuki pusat pengajian berkenaan.

“Mereka pelajar kita yang sudah berada di sini, jika kami tidak membantu, siapa lagi boleh mereka harapkan,” katanya.

Hati terpikat pujuk rayu

Oleh Hariyati Ariffin

KERELAAN wanita muda sanggup berkongsi kasih mula mendapat perhatian dan dianggap trend kehidupan masa kini. Namun, wanita bersuami kurang senang dengan fenomena yang berlaku. Tetapi sebagai wanita yang beragama Islam mereka ‘terpaksa’ menerima hidup berpoligami kerana ia dibenarkan dalam agama.
Malangnya, dalam kerelaan isteri membenarkan poligami ada segelintir suami yang mengambil kesempatan dan menyalahgunakan ‘tiket’ menambah cawangan ini dengan alasan dibenarkan oleh agama hingga mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai suami.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, dipetik sebagai berkata: “Hukum berkahwin terbahagi kepada lima iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Seandainya ketika bermonogami (berkahwin seorang) lagi lelaki itu telah menunjukkan ciri-ciri tidak adil dan tidak berkemampuan baik dari segi kewangan dan kesihatan, maka hukumnya untuk berkahwin lagi adalah haram.”

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula berkata, walaupun poligami dibenarkan dalam Islam, namun ia sering disalahgunakan oleh segelintir lelaki. Mereka sepatutnya menilai kemampuan diri terlebih dulu dan bukan berkahwin kerana nafsu semata-mata.


Oleh itu, katanya, apabila ini terjadi, perceraian sering saja menjadi pilihan wanita daripada memilih untuk hidup bermadu. Islam sebenarnya tidak menggalakkan poligami apatah lagi, perceraian.

Mengulas isu poligami, di mana wanita muda lebih suka suami orang berbanding lelaki bujang, pensyarah Psikologi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohamed Yaakob berkata, berdasarkan konsep psikologi dan komunikasi, manusia hidup bersandarkan kepada beberapa keperluan.

Antaranya keperluan asas, keperluan keselamatan dan keperluan sosial. Dalam hal ini, wanita muda yang sanggup bermadu ingin memenuhi keperluan yang tiga tadi, terutamanya keperluan keselamatan dan sosial. Wanita muda apabila berjumpa suami orang, mereka lebih rasa selamat dan dapat memenuhi keperluan sosial mereka.

“Ini kerana lelaki yang sudah berkahwin lebih banyak pengalaman dalam memujuk rayu wanita muda dan bijak memenuhi kehendak keselamatan (financial security) dengan pelbagai hadiah dan bijak menjalankan modus operandi untuk memikat hati wanita. Kebiasaannya lelaki yang sudah berkahwin dan kukuh kedudukannya bijak memikat hati wanita muda,” katanya.

Mohamed berkata, mereka bukan saja bijak bercakap, memujuk rayu dan bersikap gentlemen, sentimental, malah penyabar, mempunyai ketrampilan dan berkarisma tinggi yang menjadi idaman wanita muda. Berbanding lelaki bujang yang baru tamat pengajian dan baru bekerja, kedudukan ekonomi mereka juga belum kukuh dan jika dikaji daripada sikap pula, mereka kurang arif mengenai cara-cara memikat wanita.

“Ada lelaki bujang yang tidak berkeyakinan dalam menjalinkan hubungan. Mereka kurang memahami kehendak wanita muda kerana mereka sama-sama muda dan kurang pengalaman. Ini menyebabkan hubungan mereka sering mengalami konflik,” katanya.

Menurut Mohamed, wanita muda suka dipujuk rayu dan meminati lelaki yang penyabar. Sedangkan lelaki bujang adakalanya tidak memahami kehendak wanita muda dan sikap tidak penyabar lelaki bujang kadangkala membuatkan wanita muda lebih suka berhubungan dengan suami orang yang lebih penyayang dan pandai memujuk rayu.

“Manusia memerlukan keseronokan sensory, istilah dalam psikologi yang merujuk kepada mendapat kepuasan hidup dan keseronokan (pleasure in life). Bagi lelaki yang sudah berkahwin dan ada yang sudah meningkat usia, keseronokan sensory ini amat penting dalam hidup mereka.

“Mereka mahu satu keseronokan sebagai pelarian kepada kebosanan yang sedang mereka alami. Umpamanya jika isteri sudah meningkat usia, mereka sudah tidak lagi seperti zaman muda. Wanita meningkat usia melalui fasa menopaus dan adakalanya malu untuk berjalan dan bermesra dengan suami dengan alasan sudah masuk usia senja” jelasnya.

Namun, kata Mohamed wanita sering salah tafsir kehendak lelaki kerana kaum Adam ini semakin mereka tua mereka memerlukan kasih sayang dan belaian isteri. Hormon testosteron (seks) dalam diri lelaki sentiasa ada berbanding wanita yang perlu dirangsang. Jika kaum Adam ini dibiarkan dalam dahaga kasih sayang, tidak mustahil suami seumpama ini mencari belaian dan kasih sayang daripada wanita muda yang sentiasa suka dibelai dan dimanja. Ini mungkin sebahagian daripada faktor mengapa wanita muda suka lelaki yang sudah berkahwin.

Walau bagaimanapun, Mohamed menegaskan lelaki yang sudah berkahwin dan ingin menambah cawangan dengan berkahwin wanita muda sebenarnya lebih kepada ‘lapar mata’. Beliau menjelaskan bahawa istilah lapar mata ini merujuk kepada keinginan yang membuak-buak sebelum mendapatnya tetapi apabila sudah memiliki ia hanya boleh dipandang saja kerana adakalanya kemampuan mereka terhad sama ada dari segi zahir mahupun batin.

Jika ini berlaku tidak mustahil konflik dan perceraian bakal terjadi. Tidak semua lelaki bersikap sedemikian. Kebanyakan lelaki lebih mementingkan keharmonian keluarga dan menjaga hati isteri yang dinikahinya berpuluh tahun lamanya. Lelaki yang suka kahwin dan cerai serta banyak menambah cawangan tidak peka pada perasaan isteri dan mereka juga tidak mempunyai sikap empati (memahami perasaan orang lain dalam hal ini isteri sendiri).

“Mereka lebih mementingkan diri sendiri dan keseronokan diri. Ada kes suami yang suka kahwin cerai, menyebabkan dia dibenci keluarga terutama anak-anak. Apabila usia tua dan tiada siapa yang peduli mereka menyalahkan anak-anak dan isteri sedangkan sewaktu sihatnya dia lupa tanggungjawab pada anak-anak dan isteri kerana terlalu asyik mencari keseronokan diri.

“Begitu juga bagi yang berkahwin ramai, ada kalanya nafkah anak-anak dan isteri tidak mencukupi dan lebih menyedihkan ada suami yang menyuruh isteri menyara kehidupan mereka sendiri sedangkan suami berseronok dan tenggelam dalam kehidupan tanpa tanggungjawab,” katanya.

Bagi Mohamed, bukan mudah menjadi ketua keluarga, lebih-lebih lagi yang mempunyai lebih daripada satu isteri. Mereka bukan saja perlu stabil dan kukuh dari segi ekonomi, kesihatan dan mental, tetapi juga harus mempunyai pegangan agama yang baik dan boleh membimbing isteri dan anak-anak.

Berkahwin memang nampak seronok tetapi tanggungjawab yang perlu digalas juga berganda sebagaimana bertambahnya isteri dan anak-anak. Senario kekeluargaan masa kini menurut Mohamed amat menyedihkan kerana banyak kes yang dipaparkan mengenai sikap tidak bertanggungjawab suami yang menyebabkan anak-anak dan isteri menjadi mangsa keadaan.

Ada juga kes kesibukan terlampau ibu bapa mencari rezeki menyebabkan anak-anak terbiar dan terjerumus dalam masalah sosial. Masyarakat perlu didedahkan kepada ilmu atau pendidikan kekeluargaan dan dengan pendidikan berkenaan ia boleh membimbing dan mencorak institusi kekeluargaan yang lebih berkualiti selain melahirkan masyarakat yang dapat menuju ke arah kesejahteraan secara total.

Justeru, kepada semua suami, menjadi nakhoda untuk sebuah kapal sudah terlalu sukar kerana kehidupan ini sering dilanda ombak dan badai kehidupan. Inikan pula mahu mengemudi dua atau tiga kapal pada waktu sama. Mungkin berkahwin lebih daripada satu adalah sunnah Nabi, tetapi bolehkah suami bersikap adil seperti Nabi?

Bagi wanita muda, tidak salah berkongsi kasih, tetapi haruslah diingat jika anda berada di tempat isteri yang terpaksa dimadukan, janganlah mencari kebahagiaan di atas penderitaan wanita lain. Mereka mungkin nampak reda tetapi di dalam hati Allah saja yang tahu. Sebenarnya masih ramai lelaki bujang yang berkualiti dan boleh menjadi suami baik jika di beri peluang.

Seperti kata pepatah Indonesia, suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian daripada kemerdekaannya. Itulah sebenarnya suami dan ayah yang terbaik. Selamat Hari Bapa buat semua yang bergelar bapa.


Penulis pensyarah UiTM Shah Alam

Masjid masih aktif aktiviti keilmuan



KAHERAH: Jika berada di Mesir, tidak lengkap rasanya jika tidak berkunjung ke pusat pengeluaran cendikiawan Islam Universiti al-Azhar yang sangat berjasa kepada umat Islam seluruh dunia. Disebabkana ingin mengetahui sama ada ia masih mengekalkan budaya atau proses pengajian, kami mengunjungi tempat asal bermulanya institusi pengajian tinggi berkenaan iaitu masjidnya yang masih dimakmurkan dengan aktiviti keilmuan.
Sistem pendidikan Universiti al-Azhar bermula di sebuah masjid yang didirikan panglima angkatan tentera El Muiz Lidinillah bernama Jauhar El Saqili selepas membuka kota Kaherah dan masjid yang didirikan pada 14 Ramadan 359 Hijrah (bersamaan 970 Masihi) adalah pusat pendidikan ilmu Islam berasaskan aliran Syiah ketika awal pembukaannya pada zaman dinasti Fatimiah.

Bagaimanapun, selepas kedatangan Sultan Salahuddin Al Ayyubi yang juga pengasas dinasti Ayyubi di Mesir, beliau menukar aliran pengajiannya daripada Syiah kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia kekal hingga hari ini.
Ketika menunaikan solat Maghrib di masjid berkenaan, saya kagum dengan cara rumah Allah itu dimakmurkan apabila melihat sekumpulan lelaki dewasa khusyuk mendengar ceramah agama manakala beberapa kumpulan anak muda mengadakan perbincangan sesama mereka sambil menadah kitab manakala yang lainnya bersandar di sekeliling masjid sambil menghafaz al-Quran.

Tidak ketinggalan pelajar perempuan yang menggunakan bilik kuliah di masjid berkenaan untuk mentelaah di masjid universiti yang mendapat nama sempena gelaran yang diberikan kepada anak perempuan Rasulullah, Fatimah al-Zahra.

‘Tok guru’ gagal periksa



KAHERAH: Rakyat Malaysia diminta berwaspada dengan pihak tertentu yang mendakwa lulusan Universiti Al-Azhar dan berceramah di masjid atau surau di kawasan perumahan kerana ada antara mereka belum layak bergelar lepasan pusat pengajian tinggi Islam terkenal itu kerana gagal dalam peperiksaan tahun akhir menyebabkan mereka pulang ke tanah air dan mencari pendapatan dengan melakukan pelbagai pekerjaan termasuk memberi ceramah.
Perkembangan itu berlaku kerana universiti berkenaan membuka pintu seumur hidup kepada pelajar tahun empat yang terkandas dalam peperiksaan menyebabkan ada antara pelajar mengaku graduan kerana pernah bertandang di Mesir dan lebih membimbangkan jika mereka menyalahguna kepercayaan diberikan masyarakat untuk kepentingan peribadi atau diperalat pihak tertentu menggunakan landasan agama.

Menurut sumber, Universiti Al-Azhar memberikan kelonggaran kepada siswa tahun akhir untuk menamatkan pengajian, namun ada pelajar kita mengambil kesempatan pulang ke tanah air sebelum mengaku graduan dan memberi ceramah.
“Jika mereka menyampaikan maklumat atau ilmu yang benar, kami berbangga dengan apa yang disebarkan, tetapi jika sebaliknya ia tindakan mengecewakan dan boleh dianggap sebagai pengkhianatan kepada universiti.

“Kami mempunyai maklumat mengenai perkara itu dan mengenali beberapa individu terbabit kerana mereka adakalanya muncul dalam ceramah politik dan mempunyai laman facebook atau blog. “Ini yang kami tidak mahu...mereka diperalatkan dan mungkin mereka tidak menyedarinya, namun sesuatu yang membimbangkan jika ceramah mereka diterima bulat-bulat oleh masyarakat,” katanya.

Sumber berkenaan turut memberitahu, ada juga graduan yang gagal menamatkan pengajian tidak pulang sebaliknya berada di Mesir dan menjadi ‘pensyarah’ kepada pelajar baru melalui usrah dan menjadi ‘tok guru’ kepada golongan terbabit yang kebanyakannya tidak tahu latar belakang senior mereka.

“Ini yang berlaku di Mesir apabila kebanyakan siswi kita tidak menghadiri kelas sekiranya tidak ditemani siswi lain dan mereka lebih gemar belajar melalui individu berkenaan yang dipanggil ‘tok guru’ sedangkan dia tidak mempunyai kelayakan kerana bukan graduan seperti disangka.

“Jika siswi kita sering belajar melalui cara itu, ada baiknya jika mereka melanjutkan pengajian di universiti tempatan seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau pusat pengajian lain yang mempunyai pensyarah lebih berkelayakan dan ada antara mereka lulusan Al-Azhar dan ia secara tidak langsung menjimatkan perbelanjaan,” katanya.
Menurutnya, pendekatan itu juga menyebabkan pelajar perempuan kita menjadi pasif yang pastinya mereka tidak akan mahir dalam penguasaan bahasa Arab kerana kurang bergaul dengan masyarakat tempatan.

Bagaimanapun, katanya, ada juga pelajar kita yang ikhlas dalam menuntut ilmu kerana akan kembali ke Mesir untuk menduduki peperiksaan selepas bekerja di Malaysia atau mana-mana negara dan akan memastikan berjaya menamatkan pengajian sebelum pulang dengan ijazah.

DATANG KESINI BERSUSAH PAYAH....DAH DATANG...AMBIL PELUANG BERZINA DLL...MENAMBAH DOSA@MAKSIAT YANG TELAH SEDIA ADA....HUKUM ALLAH TIADA BUNYI ATAU SUARA NAK DILAKSANAKAN....INGAT BUMI NI ALLAH YG PUNYA....ALLAH BOLEH APA SAJA UNTUK MENGHUKUM...MAKHLUK2 YG TAK SEDAR DIRI....DAH LAH SEGALA ALLAH BAGI FREE....TAPI MELAWAN ALLAH...

‘Jurukamera’ berahi

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail dan Hellinie Sina
am@hmetro.com.my

PILIH...pemain boleh memilih permainan elektronik berunsur seks di Internet sebelum memuat turun 
ke telefon bimbit.
PILIH...pemain boleh memilih permainan elektronik berunsur seks di Internet sebelum memuat turun ke telefon bimbit.
KUALA LUMPUR: Satu permainan elektronik yang diadaptasi daripada rancangan realiti seks terkenal di luar negara kini menjadi kegilaan remaja terutama pelajar untuk dimuat turun ke dalam telefon bimbit secara percuma.
Antara tarikan utama yang mendorong remaja memuat turun permainan itu disebabkan ia menggunakan visual manusia, bukan animasi seperti permainan elektronik lain.
Melalui permainan ini, pemain bertindak sebagai jurukamera program itu dengan merakamkan aksi lucah dan berahi tiga gadis yang menjadi peserta program realiti terbabit.

Pada peringkat permulaan, setiap pemain diwajib menjawab soalan dan menyelesaikan beberapa halangan untuk ke peringkat seterusnya.


Permainan itu cukup mudah dan memberahikan kerana setiap pemain disyaratkan menjawab satu soalan di setiap peringkat selain memujuk gadis dalam program terbabit. Sekiranya berjaya, gadis pilihan terbabit akan membuka pakaiannya satu persatu sehingga bogel.

Selagi kereta boleh muat

Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

TAHAN...anggota  Batalion 5, Rejimen Sempadan mengawasi   pendatang tanpa izin yang ditahan.
TAHAN...anggota Batalion 5, Rejimen Sempadan mengawasi pendatang tanpa izin yang ditahan.
BUKIT KAYU HITAM: Sekumpulan 22 warga Myanmar, membabitkan 17 lelaki dan lima wanita sanggup berasak-asak bagai ikan sardin dalam sebuah Perodua Kancil dan Proton Saga yang masing-masing dipandu lelaki warga tempatan dalam usaha menyeludup masuk ke negara ini.
Bagaimanapun, cubaan mereka dikesan anggota tentera daripada Batalion 5 Rejimen Sempadan Kem Bukit Kayu Hitam ketika dua lelaki tempatan itu memberhentikan kereta masing-masing di kawasan pagar sempadan kononnya kerana mengalami kerosakan, malam kelmarin.

Menyedari kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa, semua warga asing terbabit bertempiaran lari ke kaki bukit di kawasan sempadan berhampiran laluan Felda Bukit Tangga di sini, namun berjaya diberkas sejurus kemudian.
Difahamkan, semua warga Myanmar berusia 13 hingga 63 tahun itu menyorok di tempat duduk hadapan, belakang dan but kedua-dua kereta seperti sardin sehingga ada antara mereka sesak nafas.

Bagaimanapun, pemandu dua kereta itu memecut kenderaan masing-masing melarikan diri sejurus mengetahui helah mereka terbongkar.

Penolong Pegawai Memerintah Batalion 5 Rejimen Sempadan, Mejar Zanuddin Hussin berkata, sepasukan anggota tentera yang membuat rondaan di pagar sempadan kira-kira jam 11.40 malam ternampak Perodua Kancil dan Proton Saga diletak dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, seorang lelaki didapati sedang membuka but depan kereta dan berpura-pura menghidupkan dan memeriksa enjin kereta kononnya kereta rosak sebaik melihat kelibat anggota tentera melakukan rondaan. “Bagaimanapun, sebaik anggota menghampiri kereta itu, seorang demi seorang kelibat manusia melompat keluar dari but, tempat duduk belakang dan tempat duduk hadapan kereta lalu lari menuju ke ladang getah.

“Anggota tentera membuat serang hendap di kawasan itu dan menemui 14 warga asing iaitu tiga wanita dan 11 lelaki cuba menyembunyikan diri sebelum menahan lapan lagi rakan senegara mereka kira-kira jam 12.40 tengah malam untuk siasatan lanjut.
“Mereka dipercayai menyeludup masuk selepas memotong pagar kawad berduri sebelum menyusup ke ladang getah di Felda Bukit Tangga yang melalui pos sekatan jalan keselamatan,” katanya ketika ditemui di kem berkenaan di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya percaya semua pendatang berkenaan masuk secara haram ke negara ini, manakala kedua-dua pemandu kereta terbabit dipercayai bertindak sebagai orang tengah membawa warga asing terbabit.

Menurutnya, warga asing terbabit menunggu di satu kawasan seperti diarahkan sebelum menaiki dua kereta berkenaan untuk ke destinasi dituju.

“Kami tidak menolak kemungkinan ada warga tempatan menjadi dalang membawa masuk pendatang tanpa izin ke negara ini melalui lubang tikus di pagar keselamatan negara dan siasatan sedang dilakukan.

“Semua pendatang tanpa izin yang ditahan akan diserah kepada polis sebelum dihantar ke Jabatan Imigresen Kedah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Pengsan di bumbung

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Kasdi Ali
am@hmetro.com.my

MALU...suspek (kirI) dibawa turun anggota bomba dan polis selepas  berpura-pura pengsan atas bumbung rumah, semalam.
MALU...suspek (kirI) dibawa turun anggota bomba dan polis selepas berpura-pura pengsan atas bumbung rumah, semalam.
BAGAN SERAI: Lucu apabila seorang pencuri ala ‘Spiderman’ berpura-pura pengsan lebih 15 minit bagi mengelak diberkas ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di sini.
Namun taktik suspek mengundang rasa geli hati penduduk apabila didapati sengaja terkulai pengsan atas bumbung rumah yang ingin dicerobohi.

Suspek sebelum itu memecah genting dan siling rumah di Taman Serai Perdana di sini, namun tidak sempat masuk ke dalam kediaman berkenaan.
Penduduk, Lam Thee Mei, 34, berkata, kehadiran suspek sekitar jam 1.30 pagi semalam disedari jiran yang segera memaklumkannya kepada Ketua Pasukan Keselamatan Sukarelawan Bagan Serai, Oii Ding Soo.

Menurutnya, suspek yang berusia 30-an sebelum itu dilihat memanjat rumah itu selepas yakin penghuni rumah satu tingkat itu sudah tidur.

“Anggota keselamatan sukarelawan mengepung rumah berkenaan.

“Suspek yang menyedari dia sudah tiada peluang melarikan diri, merebahkan diri dan terbaring kaku di atas bumbung rumah berkenaan seolah-olah diserang sakit jantung,” katanya.

Menurutnya, penduduk yang tidak dapat berbuat apa-apa menghubungi polis dan bomba bagi menurunkannya dari atas bumbung berkenaan.
“Pihak bomba yang sampai kira-kira lima minit kemudian menggunakan tangga untuk naik ke atas bumbung itu sebelum suspek dapat dipujuk dan dibawa turun.

“Suspek yang berlakon seolah-olah hilang ingatan dan gila diserahkan kepada anggota polis yang membawanya ke Balai Polis Bagan Serai,” katanya.

Sementara itu pemilik rumah, Yew Thean Seng, 69, berkata, dia tidak berada di rumah ketika kejadian dan hanya mengetahui apa yang berlaku selepas dimaklumkan Oii.

Menurutnya, dia berterima kasih kepada jiran tetangga serta pasukan keselamatan sukarelawan yang bertindak pantas menghalang cubaan penjenayah menceroboh masuk kediamannya.

‘Awak dah 58...insaflah’

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my

KLANG: “Awak sudah 58 (tahun)...insaflah,” kata Majistret Nadia Othman kepada seorang warga emas yang cuba menipu mahkamah dengan mengemukakan seorang wanita didakwa isteri sebagai penjamin, di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Tertuduh, Idris Osman sebelum itu mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri enam tandan kelapa sawit berharga RM42, di Pulau Indah, awal pagi Selasa lalu. Bagaimanapun, Nadia membenarkan Idris yang memiliki 10 kesalahan lampau membabitkan curi basikal dan motosikal antara 1971 dan 1994 dibebaskan dengan ikat jamin RM8,000 sementara menanti tarikh jatuh hukum pada 24 Jun ini.

Nadia berkata demikian selepas seorang wanita berusia 30-an tampil untuk menjamin tertuduh gagal mengemukakan sijil nikah kepada mahkamah. “Kamu kata sudah nikah. Tetapi tiada surat nikah. Awak tahu apa hukuman menipu di mahkamah? “Bagaimana saya nak timbangkan permohonan kamu (untuk diikat jamin). Berapa banyak kesalahan kamu sudah lakukan? Kamu tidak ada rasa bersalah ke?” katanya. Terdahulu, Idris yang hadir dalam keadaan muka yang bengkak memberitahu mahkamah dia dibelasah, manakala keretanya sudah hancur kerana menjadi sasaran orang kampung. Dia juga mengaku bersekedudukan dengan wanita yang mahu menjaminnya itu. Mengikut pertuduhan, Idris bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa mencuri tandan kelapa sawit itu di tepi Jalan Tan Sri Muhamad Taib, Sungai Kembong, Pulau Indah, jam 3.30 pagi, 14 Jun lalu.

Sudah suratan ajal

Oleh Mohammad Ishak
am@hmetro.com.my

BESUT: Seorang gadis yang pernah menggemparkan orang ramai apabila lehernya disembelih seorang wanita baru dikenalinya di Kuala Lumpur tahun lalu, menemui ajal apabila lemas ketika berkelah bersama rakan, semalam.
Mangsa, Erma Sarmiela Mohamed, 20, berasal dari Kampung Keluat, Tanjung Pauh, Bachok, Kelantan dikatakan tergelincir ke dalam lubuk ketika bermain air di kawasan perkelahan tingkat tiga, Lata Tembakah, Hulu Besut, di sini, kira-kira jam 2 petang.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Zakaria yang dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata mayat Erma dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada anggota keluarganya.
Beliau berkata, Erma Sarmiela difahamkan tiba di Lata Tembakah kira-kira jam 11.30 pagi dan terus memasak makanan dibawa bersama rakannya.

Menurutnya, kira-kira jam 2 petang, mangsa yang dikatakan tidak tahu berenang bermain air di satu lokasi berhampiran bersama seorang rakan perempuan sebelum kedua-duanya tergelincir lalu terjatuh ke dalam air.

Rakannya, Khairil Azuan Haru, 20, berkata dia bersama tiga lagi rakan menemani mangsa berkelah di situ dengan menaiki sebuah kereta dari kampungnya kira-kira jam 9.30 pagi.

“Saya cuba menyelamat dan mengheret mangsa ke tepi tetapi tidak berjaya, malah saya hampir lemas ketika cuba menyelamatkannya,” katanya.

Bagaimanapun, Kamaruddin berkata, rakan perempuan yang terjatuh sama ke dalam air sempat diselamatkan orang ramai tetapi mangsa terlepas ke dalam lubuk air yang dalam.
Hasil bantuan orang ramai dan pasukan penyelamat daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mayat mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira jam 2.30 petang sebelum dibawa ke Hospital Besut.

Sementara itu, ayah mangsa Mohamed Bedollah, 56, ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Besut berkata, sebelum kejadian, anaknya yang sudah tidak bersekolah dan pernah bekerja di sebuah kilang di ibu negara meminta izinnya untuk berkelah dan membawa bekalan makanan termasuk ayam untuk dibakar di sana.

“Saya terkejut apabila menerima berita mengenai kematiannya daripada seorang anak lelaki kira-kira jam 3 petang tadi (semalam) sebelum bergegas ke Hospital Besut,” katanya.

Menurutnya, tahun lalu anaknya yang pernah bekerja di sebuah kilang di Kuala Lumpur nyaris maut apabila disembelih seorang wanita tidak dikenali menyebabkan dia trauma dan pulang ke kampung.

“Kejadian hari ini (semalam) benar-benar menyedihkan kami sekeluarga kerana rupa-rupanya ajalnya sampai di sini selepas kejadian dia disembelih tahun lalu benar-benar mencemaskan kami semua,” katanya.

Katanya, dalam kejadian itu anaknya menerima 23 jahitan di bahagian leher setelah seorang wanita yang berpura-pura menumpang tidur di rumahnya untuk mencari pekerjaan bertindak agresif ketika anaknya sedang tidur.

Mohamed berkata, biarpun sedih dengan insiden itu, dia reda dengan kejadian itu dan kehilangan anak perempuannya itu tragedi kedua akibat lemas dalam keluarganya selepas seorang anak lelakinya ditemui mati lemas dalam sebuah lubang air yang dikorek oleh jengkaut tidak jauh dari rumahnya tiga tahun lalu.

Amah bawa lelaki masuk bilik

Oleh Ahmad Ismail
am@hmetro.com.my
SEGAMAT: Seorang pembantu rumah warga Indonesia sanggup menyeludup masuk teman lelakinya yang juga warga Bangladesh untuk mengadakan hubungan seks di kediaman majikannya di Taman Bandar Putera IOI di sini, malam kelmarin.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 9.20 malam itu, kegiatan sumbang pasangan terbabit tergendala selepas majikan wanita berkenaan menyedari sesuatu yang tidak kena di bilik pembantu rumahnya.

Menurut pengawal keselamatan taman berkenaan dikenali sebagai P Subramonie, 53, pembantu rumah terbabit berusia 30 tahun manakala pasangannya pula lima tahun lebih muda.
“Saya dimaklumkan jiran majikan pembantu rumah terbabit mendengar salakan anjing dan terlihat basikal di luar kediaman berkenaan.

“Saya bergegas ke sana dan sejurus tiba, majikan pembantu rumah berkenaan pula memaklumkan mungkin ada seseorang di bilik wanita yang sudah bertugas di sana sejak dua tahun lalu itu,” katanya.

Subramonie kemudiannya mengetuk pintu bilik berkenaan dan terpaksa menunggu hampir 10 minit sebelum ia dibuka.

Katanya, wanita terbabit membuka pintu bilik itu tetapi lampunya dipadamkan.

“Saya menjenguk ke dalam bilik dan mendapati lelaki Bangladesh terbabit bersembunyi di belakang pintu dalam keadaan berseluar dalam saja.
“Pembantu rumah itu mengaku sudah tiga kali bertemu teman lelakinya sejak berkenalan setahun lalu tetapi baru pertama kali melakukan hubungan seks,” katanya.

Subramonie yang sudah dua tahun bertugas di sana kemudiannya menyerahkan pasangan terbabit kepada polis untuk tindakan lanjut.

Majikan pembantu rumah terbabit yang berusia 40 tahun dan enggan dikenali memaklumkan dia tidak sedar bila wanita itu membawa masuk teman lelakinya.

“Pembantu rumah ini sudah dua tahun bekerja di sini dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah.

“Dia hanya memasak serta membasuh baju, saya belum pasti apa tindakan akan dilakukan terhadapnya selepas ini,” katanya yang masih bujang dan tinggal di rumah itu bersama ibu juga abang yang sering keluar daerah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Majid Mohd Ali mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 kerana menceroboh tempat kediaman.

Libas rakan dengan parang

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

AMPANG: Amukan seorang lelaki yang cuba melibas parang hampir mencederakan rakannya dalam kejadian di Pandan Jaya, dekat sini, Selasa lalu.
Difahamkan, kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu berlaku apabila mangsa berusia 38 tahun bersama dua rakan lain bertemu lelaki itu untuk mengambil kembali keretanya, namun menerima libasan parang yang tidak dijangka.

Menurut sumber, mangsa yang tinggal di Desa Seri Jenaris, Kajang berjumpa dengan rakannya itu yang mahu menyerahkan semula kereta, namun didapati diceroboh dan mengalami kerosakan.

Katanya, mangsa yang tidak berpuas hati cuba bertanyakan keadaan keretanya, namun dimarahi lelaki itu yang menafikan berbuat demikian.


“Suspek yang berang dengan pertanyaan itu kemudian terus melibas parang ke badan mangsa, namun sempat dihalang abangnya yang menasihatkan mangsa pulang bagi mengelak berlaku kejadian buruk.

Berdoa setiap hari

Oleh Sufian Thauri Muhammed dan Rosli Ilham
am@hmetro.com.my

DUNGUN: “Orang mungkin sudah lupa tapi ingatan kami kepada Sharlinie masih kuat,” kata Mohd Nashar Mat Husin, 33, bapa kepada kanak-kanak hilang, Sharlinie, 8.
Dia yang ditemui di rumahnya di Kampung Padang Pulut di sini, kelmarin mengakui buntu memikirkan misteri kehilangan Sharlinie yang masih belum terjawab meskipun pelbagai usaha dilakukan untuk mencari kanak-kanak berkenaan sejak dilaporkan hilang pada jam 11.30 pagi, 9 Januari 2008.

Sharlinie disedari hilang oleh kakaknya, Sharliena, 11, ketika mereka pulang bersama-sama dari taman permainan kira-kira 200 meter dari rumah sewa mereka di Taman Medan, Petaling Jaya.
Menurut Mohd Nashar, ketika kejadian Sharliena terdengar bunyi orang berjalan menyebabnya menoleh ke belakang, tetapi tidak nampak sesiapa pun.

Bagaimanapun apabila berpaling semula ke hadapan, Sharliena terkejut apabila mendapati adiknya yang sebelum itu berjalan di depannya hilang. Kehilangan Sharlinie menggemparkan negara yang sebelum itu berduka dengan tragedi menimpa seorang lagi kanak-kanak yang diculik serta dibunuh, Nurin Jazlin Jazimin dan sehingga kini kes berkenaan masih belum selesai.

“Saya berharap pihak berkuasa dan orang ramai tidak melupakan kes anak saya. Kalau ada yang terjumpa dengannya atau mempunyai maklumat, saya berharap cepat-cepatlah hubungi polis.

“Saya juga sudah lama tidak mendengar perkembangan kes ini. Kali terakhir saya menghubungi Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya lebih setahun lalu dan dimaklumkan kes ini masih disiasat,” katanya yang turut memberitahu berdoa setiap hari supaya anaknya itu ditemui semula.

Tanpa berselindung, Mohd Nashar mengaku kadangkala air matanya tumpah apabila mengenangkan Sharlinie.
“Bila terasa sedih, saya cepat-cepat bermain dengan anak-anak yang lain untuk lari daripada kesedihan itu. Siapa yang tidak sedih kehilangan anak dengan cara itu.

“Sampai sekarang kami tidak tahu di mana dia berada dan pelbagai usaha sudah dibuat untuk mencarinya.

“Tetapi jauh di sudut hati saya yakin dia masih hidup,” katanya.

Menurutnya, keluarganya kini sudah mula dapat menerima kehilangan Sharlinie. Tinjauan Harian Metro di rumah Mohd Nashar mendapati terdapat tiga gambar Sharlinie ditampal dan digantung di dinding rumah termasuk satu pemberian cenderamata sebuah program televisyen yang dibingkaikan.

Namun, Mohd Nashar berkata, tidak banyak lagi barang anaknya yang tinggal untuk dijadikan kenangan.

“Barang milik Sharlinie yang tinggal hanyalah sehelai seluar jeans dan baju berwarna selain sepasang pakaian yang digunakannya ketika berusia tiga tahun.

“Barangan milik Sharlinie kurang dalam simpanan kami kerana kebanyakannya diberikan kepada bomoh yang mahu menjadikan pakaian sebagai ‘alat bantuan’ untuk mencarinya.

“Ada pengamal perubatan dan bomoh menghubungi kami meminta diposkan pakaian Sharlinie untuk tujuan mengesannya dan semua permintaan itu kami tunaikan,” katanya.

Tindakan salahi prosedur jejas laporan forensik



SHAH ALAM: Seorang pakar forensik memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, semalam, keputusan forensik kes kematian remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah dalam satu kejadian tembakan di Seksyen 11, di sini tahun lalu adalah tidak tepat.
Bekas Ketua Bahagian CSI Makmal Forensik Bukit Aman, Amidon Anan yang pernah terbabit dengan siasatan kes pembunuhan Canny Ong dan Altantuya Shaariibuu berkata, pendapatnya berdasarkan siasatan yang dilakukan dalam kes itu. “Secara keseluruhan, berpandukan kepada gambar, saya dapati pengamatan ilmu sains forensik, pengurusan tempat kejadian tidak banyak digunakan dalam siasatan kes ini.

“Saya tidak dapat mengaitkan penembak dengan kesan belerang tembakan, cermin dan tempat letak kepala (dalam kenderaan dipandu Aminulrasyid) secara tepat.
“Saya tidak dapat membuat keputusan kerana banyak amalan sains forensik tidak diguna pakai,” katanya pada perbicaraan kes Koperal Jenain Subi, 48, yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, jam 1.10 pagi, 26 April tahun lalu.

Bapa kepada empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Aminulrasyid disahkan maut akibat luka tembakan di kepala.

Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar dan Idham Abd Ghani. Tertuduh pula diwakili peguam bela, M Athimulan dan Salim Bashir. Terdahulu, menjawab soalan Salim, Amidon berkata, tindakan pasukan forensik mengutip peluru yang bertaburan di beberapa jalan di sekitar bandar ini beberapa hari selepas kejadian tembakan itu menyalahi prosedur operasi standard (SOP) makmal Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau berkata, tindakan tidak mengikut protokol menjejaskan laporan forensik. “Jika lambat dikutip kita tidak akan dapat memastikan peluru itu keluar daripada senjata api yang mana satu. Ini kerana garisan akan menafikan keberkesanan laporan forensik ini,” katanya.

Menurutnya, ada kelongsong peluru yang dikutip juga sudah kemek kerana digilis kenderaan lain.
Perbicaraan bersambung Jumaat depan.

Pelakon kemuka dokumen mohon gugur kes cabul



SELAYANG: Pelakon veteran popular di era 70-an, Mokhtaruddin Mohd Said, 56, yang menghadapi tuduhan mencabul remaja perempuan berumur 13 tahun, Mei lalu bercadang mengemukakan dokumen kepada Jabatan Peguam Negara.
Perkara itu dimaklumkan peguam bela S S Dev yang mewakili tertuduh pada prosiding sebutan kes itu di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Menurutnya, selepas proses penyerahan dokumen pada tarikh sebutan akan datang selesai, pihaknya akan meneliti dokumen berkenaan sebelum bantahan dibuat untuk menggugurkan pertuduhan terhadap anak guamnya.
Majistret Muhamad Najib Ismail kemudian menetapkan 29 Julai ini sebutan semula kes untuk penyerahan dokumen.

Pada 6 Mei lalu, pengasas Pondok Penyayang Raudah (PPR) itu mengaku tidak bersalah mencabul remaja perempuan berumur 13 tahun dengan mencium pipi dan memeluk pinggang mangsa tanpa kerelaan di asrama itu di No 336, Batu 11, Gombak dekat sini, pada jam 2.30 petang, 1 Mei 2011.

Difahamkan, mangsa yang turut menginap di asrama berkenaan membuat laporan polis pada 2 Mei lalu.

Mayat dalam teksi

Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Orang ramai yang lalu berhampiran sebuah teksi yang diletakkan di bahu jalan terkejut apabila menjumpai mayat lelaki dalam kenderaan itu di Taman Medan Baru, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mayat mangsa dikenali sebagai Wong Chee Leong, 32, berasal dari Seri Kembangan dan bekerja sebagai pemandu teksi ditemui kira-kira jam 7.30 malam. “Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sehari sebelum mayatnya ditemui dalam teksi berkenaan.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan percaya mangsa dibunuh lebih daripada seorang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.
Menurutnya, cop jari pada teksi berkenaan sudah diambil bagi membantu polis mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

“Barang milik mangsa tidak dilarikan tetapi polis menjumpai beg plastik mengandungi pakaian diletakkan dalam teksi berkenaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Jeritan amah penyelamat

Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com.my

JASIN: Jeritan seorang pembantu rumah berjaya menyelamatkan keluarga seorang pengarah urusan sebuah syarikat di sini, daripada menjadi mangsa empat penyamun termasuk tiga bersenjatakan pisau yang memecah masuk rumah mangsa di Kampung Umbai di sini, awal pagi semalam.
Begitupun, dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa yang menguruskan syarikat produk berasaskan herba itu mendakwa kerugian RM55,000 apabila sejumlah jam tangan, wang tunai dan telefon bimbit dilarikan penyamun.

Mangsa yang enggan dikenali berkata dia hanya menyedari rumahnya dimasuki penyamun dipercayai warga asing, selepas seorang daripada mereka mengejutkan dan mengacukan pisau ke lehernya.
Katanya, dia yang tergamam hanya mendiamkan diri sebelum isterinya berusia 32 tahun yang masih dalam pantang selepas melahirkan anak keempat sebulan lalu, terjaga daripada tidur dan seorang daripada penyamun itu mengikat tangannya serta bertanya di mana barangan berharga disimpan.

“Bimbang keselamatan tiga anak yang tidur bersama isteri di bilik berkenaan dia terus menunjukkan tempat simpanan itu.

“Mereka menyelongkar almari sambil melihat satu persatu barangan berharga iaitu jam tangan, telefon bimbit dan wang tunai.

“Saya bimbang mereka mengambil jam Rolex milik arwah ayah, satu-satunya barangan kesayangan, saya meminta mereka mengambil benda lain yang lebih berharga,” katanya di sini, semalam.

Pada masa sama, ibunya yang berusia 60 tahun turut diikat tangan dan seorang daripada penyamun mengambil gelang emasnya. Seorang perompak cuba mengikat tangan isterinya tetapi tidak jadi apabila diberitahu isterinya masih dalam pantang.
Dalam tempoh 15 minit tiga lelaki yang bertopeng itu berada di dalam bilik, tiba-tiba orang gaji menjerit apabila melihat seorang perompak berada di luar bilik.

“Mereka melarikan diri selepas mendengar jeritan itu dan saya bernasib baik kerana empat anak tidak diapa-apakan, termasuk anak sulung saya berusia lapan tahun yang bersama ibu saya ketika itu.

“Semua anak saya tidak menyedari kejadian berkenaan kerana mereka sedang tidur.

“Saya dapati jeriji tingkap di ruang makan dipotong kumpulan perompak itu dan selepas mendapati semuanya selamat, saya membuat laporan di Balai Polis Merlimau jam 6.15 pagi (semalam),” katanya.

Rugi RM100,000 bantu ‘kekasih’

Oleh Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my

KESAN...Govinden menunjukkan lakaran gambar badan suspek yang menyembunyikan dadah.
KESAN...Govinden menunjukkan lakaran gambar badan suspek yang menyembunyikan dadah.
BUKTI...dadah yang dirampas daripada suspek.
BUKTI...dadah yang dirampas daripada suspek.
SEPANG: Gara-gara mahu membantu ‘kekasih’ melepaskan diri daripada ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), seorang wanita berusia lewat 20-an kerugian RM100,000 selepas memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun individu terbabit yang dipercayai ahli sindiket penipuan wang menggunakan telefon.
Pengarah Kastam KLIA, Datuk M Govinden, berkata wanita terbabit terpedaya selepas menerima panggilan daripada individu yang dipercayai menyamar pegawai JKDM dan memintanya memasukkan wang sekiranya mahu melepaskan ‘kekasihnya’ yang dikenali ketika belajar di United Kingdom (UK).

“Suspek memberitahu wanita itu ‘kekasihnya’ yang berkunjung ke negara ini ditahan dan meminta dia membantu untuk melepaskannya.
“Kes ini berlaku pada bulan lalu dan terbaru seorang wanita berusia 50-an yang berasal dari Bangi, Selangor, menerima nasib sama selepas ditipu RM10,000 daripada seorang lelaki yang dikenali menerusi Internet.

“Wanita itu memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun suspek selepas menerima panggilan daripada seseorang yang menyamar pegawai JKDM,” katanya pada sidang media di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JKDM di Kompleks Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Govinden berkata, suspek mendakwa lelaki terbabit ditahan selepas membawa wang �200,000 (RM980,074) sebelum meminta bantuan wanita terbabit untuk melepaskannya.

“Berdasarkan rekod tahun lalu, sebanyak 33 kes membabitkan penipuan telefon yang dilakukan suspek dan sepanjang enam bulan pertama tahun ini sebanyak 15 kes sudah dikesan.

“Justeru, kami ingin menasihati orang awam supaya tidak mudah tertipu dan membuat aduan di talian 03-87768055 sekiranya mendapat panggilan seumpama itu,” katanya.
Sementara itu, pada Rabu lalu, JKDM menahan seorang lelaki warga India berusia 30-an di Balai Ketibaan, KLIA, selepas membawa empat bungkus serbuk putih yang disyaki dadah jenis ketamine.

“Pegawai kastam yang menjalankan pemeriksaan menjumpai dua bungkus dadah diselit pada badannya dan dua bungkus lagi diletakkan pada kaki.

“Berat kasar bagi semua serbuk putih itu berjumlah 2.8 kilogram dan dianggarkan bernilai RM56,000,” katanya.

KESEDIHAN...KETAKUTAN....PENIPUAN....PELANGGARAN HUKUM...NI LAH PERKARA2 SERING BERLAKU...FIKIRKANLAH...MUNGKIN KESAN BANYAKNYA DERHAKA KEPADA ALLAH SWT..

Ayah, adik mati serentak

Oleh Azahar Hashim
am@hmetro.com.my

BANDAR BAHARU: “Sebelum ayah keluar menghantar adik ke Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang Baru, saya sempat menatap wajah mereka, tetapi tidak kelihatan sebarang perubahan.
“Bagaimanapun, tidak sampai 10 minit, jantung saya bagai disentap apabila mendapat khabar duka mereka terbabit dalam kemalangan,” kata Mohd Naziri Mat Daud, 35, dari Kampung Sungai Itam Luar, Serdang, dekat sini, yang kehilangan dua orang tersayang serentak apabila bapanya, Mat Daud Taib, 62, dan adik perempuannya, Siti Hajar, 14, terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, motosikal Honda EX5 yang ditunggang mereka bertembung dengan sebuah lori pasir kosong di Batu 22 Jalan Terap, dekat sini, menyebabkan mereka mati serta-merta akibat kecederaan parah.
Mohd Naziri yang juga seorang kelasi berkata, menjadi rutin harian bapanya menghantar Siti Hajar ke sekolah setiap pagi sebelum melakukan pekerjaannya memetik buah kelapa sawit di ladang berhampiran rumah.

“Terkejut dengan perkhabaran itu, saya bergegas ke tempat kejadian yang tidak jauh dari rumah kami dan terasa hiba apabila melihat keadaan ayah dan adik yang sudah tidak bernyawa lagi serta keadaan motosikal mereka remuk.

“Saya tidak menyangka pertemuan dengan mereka pada pagi tadi (semalam) sebelum ayah dan adik pergi sekolah menjadi detik terakhir buat kami kerana mereka kini sudah pergi buat selama-lamanya,” katanya yang ditemui di bilik mayat Hospital Kulim, di sini.

Mohd Naziri berkata, biarpun berasa kecewa dan kesal dengan kejadian berkenaan, namun tetap reda dengan pemergian bapa dan adik perempuannya buat selama-lamanya kerana ia sudah menjadi ketentuan Ilahi.

Menurutnya, lori memang banyak menggunakan laluan berkenaan dan sudah beberapa kali berlaku kemalangan termasuk membabitkan kematian sehingga menimbulkan kebimbangan kepada penduduk kampung.
“Justeru, saya amat berharap pihak berkuasa terutama polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memantau laluan ini yang sering berlaku kemalangan bagi mengelak kejadian berulang,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Asisten Superintendan Azmi Mokhtar berkata kejadian dipercayai berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan ke pekan Serdang sebelum bertembung dengan lori pasir terbabit di Batu 22 Jalan Terap, di sini.

Menurutnya, lori terbabit dari Selama, Kedah dan dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain di hadapan sebelum hilang kawalan lalu merempuh motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa.

“Akibat rempuhan itu, mangsa bersama anaknya yang cedera parah di kepala dan badan mati serta-merta di tempat kejadian dan mayat mereka dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga.

“Pemandu lori berusia 37 tahun terbabit kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas pemilik kenderaan berat itu membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya.

Dera pelatih

Oleh Zarina Abdullah
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Keengganan pengurusan sebuah pusat pemulihan akhlak di Marang membenarkan seorang bapa membawa anaknya keluar dari pusat itu membongkar rahsia penderaan dialami penghuni di situ apabila ada antara mereka dirantai kaki dan dipukul dengan wayar elektrik.
Penderitaan penghuni berkenaan berakhir apabila mereka diselamatkan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Marang dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang meninjau pusat berkenaan pada jam 5 petang kelmarin.

Polis meninjau pusat itu selepas menerima laporan daripada lelaki terbabit yang tidak berpuas hati apabila permintaannya membawa keluar anak tidak dilayan pihak pengurusan pusat itu.

Sebaik menerima laporan, pihak polis mengesan pengurus, bapa pengurus berkenaan dan seorang rakan pengurus terbabit untuk membantu siasatan.


Hasil siasatan terhadap ketiga-tiga suspek berusia antara 28 dan 50 tahun itu, anggota polis dan pegawai JKM meninjau dua pusat pemulihan berkenaan yang terletak di Kampung Bukit Gasing yang menempatkan pelatih lelaki dan manakala wanita di Jalan Bukit Gasing, Marang pada jam 5 petang.

Anjing salak mayat bayi

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati ‘objek’ terapung yang disangka anak patung di dalam Sungai Segambut di sini, semalam sebenarnya mayat bayi lelaki yang cukup sifat dipercayai dibuang.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, penternak kambing dikenali sebagai Azmi, 40, berkata dia memeriksa ‘objek’ itu selepas diminta berbuat demikian oleh seorang pekerja pembersih sampah yang menemuinya.

“Saya terkejut apabila mendapati mayat bayi lelaki dalam keadaan telentang itu sudah kembung manakala kepalanya kemik selain masih bertali pusat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurut Azmi, dia tidak menyangka salakan sekumpulan anjing yang berkumpul di tepi sungai terbabit sejak malam kelmarin, rupanya petanda kejadian terbabit.

“Malam tadi (kelmarin) ketika mahu menutup kandang kambing, saya ternampak beberapa ekor anjing menyalak ke arah sungai seolah-olah ternampak sesuatu yang pelik.

“Namun, saya tidak memeriksa lanjut kerana beranggapan mungkin kumpulan anjing itu terserempak dengan biawak atau ular yang sering ditemui di perangkap sampah itu,” katanya.

Azmi berkata, sepanjang tinggal di kawasan itu sejak setahun lalu, ia kejadian pertama membabitkan penemuan mayat bayi di sungai yang terletak di belakang Masjid Al-Qurtubi, Taman Sri Segambut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan dan hasil siasatan awal, polis percaya mayat bayi berkenaan dihanyutkan dari hulu sungai lebih 24 jam sebelum itu.
Katanya, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.


Pijak, belasah dua beradik

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

GOMBAK: Seorang lelaki bertindak kejam apabila sanggup memukul, memijak dan mengacukan pisau ke leher dua beradik berusia tujuh dan lapan tahun di kediaman mereka di Bandar Country Homes, Rawang, sebelum menyamun mereka, kelmarin menyebabkan mereka kini trauma.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, dua kanak-kanak lelaki itu yang sedang menonton televisyen terkejut apabila tiba-tiba dua lelaki tidak dikenali meluru masuk ke dalam rumah sambil mengacukan pisau dan mengarahkan mereka diam jika tidak mahu diapa-apakan.

Menurut sumber, ketika kejadian ibu mangsa yang keluar sebentar ke kedai untuk membeli makanan terkejut apabila mendapati dua anaknya menangis manakala tangan mereka diikat.

“Ibu mangsa terus membuka ikatan anaknya sebelum memujuk mereka supaya berhenti menangis.


“Selepas membuka ikatan, dia kemudian bertanya apa yang berlaku dan terkejut apabila diberitahu rumah dimasuki dua lelaki yang tidak dikenali menyamun dan membelasah mereka,” katanya.

Nafi jual bayi

Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pembantu jururawat yang sebelum ini ditahan kerana disyaki terbabit dalam sindiket menjual bayi di sebuah hospital swasta, November tahun lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan memperdagangkan bayi berusia lapan bulan.
Tertuduh, Gulab Jan Abdul Jabir, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan jurubahasa hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain. Tertuduh yang masih bujang didakwa melakukan perbuatan itu bagi maksud eksploitasi di Hospital Taj, Batu 3, Jalan Ipoh dekat sini, jam 2.10 petang, pada 1 November 2010. Bagi perbuatan itu dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nor Amalina Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Gerard Lazarus.
Terdahulu Nor Amalina menawarkan ikat jamin RM50,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia selain pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah. “Kes ini satu kes yang serius dan ia wajar dikenakan jaminan tinggi,” kata Nor Amalina. Bagaimanapun, Gerard memohon jaminan itu dikurangkan kerana anak guamnya tidak lagi bekerja serta penjamin tertuduh tidak menyediakan wang jaminan mencukupi. “Tertuduh tidak pernah berkahwin dan tinggal bersama keluarga, dia kini ditanggung adik-beradiknya. Tertuduh tidak mempunyai kereta, malah pergi kerja dengan menaiki bas,” katanya. Selain itu, Gerard berkata, tertuduh memberi kerjasama sepanjang siasatan dan tiada sebab untuk tertuduh melarikan diri, justeru memohon mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jaminan yang rendah. Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia dan pasport tertuduh diserah kepada mahkamah dan menetapkan 18 Julai ini untuk sebutan.

Sebelum ini akhbar melaporkan seorang doktor bergelar Datuk ditahan bersama isteri serta anak perempuannya dan tiga kakitangan sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh pada 1 November lalu kerana terbabit dalam sindiket penjualan bayi selepas urusan jual beli seorang bayi perempuan bernilai RM21,000.

‘Khir Toyo desak saya’

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Pengarah Ditamas Sdn Bhd (Ditamas), Shamsuddin Hayroni memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, bahawa beliau terpaksa memberikan kenyataan palsu ketika kali pertama dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada 2009.
Saksi pendakwaan kedua itu mendakwa terpaksa berbuat demikian selepas menerima desakan daripada bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berhubung siasatan SPRM terhadap pemilikan dua lot tanah dan banglo di Seksyen 7, di sini.

Bagaimanapun, ahli perniagaan yang menjalankan pelbagai projek pembangunan hartanah di Selangor sejak 1995 itu berkata, beliau tidak melihat tindakannya pada ketika itu sebagai usaha untuk melepaskan diri daripada berdepan tindakan undang-undang.

Shamsuddin, 55, berkata demikian ketika pemeriksaan semula peguam bela, Kamarul Hisham Kamaruddin pada perbicaraan kes dakwaan salah guna kuasa Dr Mohamad Khir, semalam.


Saksi utama itu dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi daripada tuduhan bersubahat dengan Dr Mohamad Khir pada hari pertama perbicaraan kes itu, 6 Jun lalu.

Pulau Jemor lokasi ‘selamat’ maksiat

Oleh Amir Abd Hamid, Mohd Firdaus Ibrahim dan Meor Azlan Meor Kamarul Shahid
am@hmetro.com.my

KUALA SELANGOR: Pulau Jemor yang dulunya menjadi tapak Pusat Bioteknologi Marin dan Akuakultur Universiti Selangor (Unisel) kini terbiar dan menjadi lokasi ‘selamat’ bagi pasangan kekasih melakukan maksiat.
Ini kerana pulau yang terletak satu batu nautika dari pantai Jeram dan menempatkan dua chalet, makmal penyelidikan serta asrama dibuat menggunakan kontena untuk saintis berehat langsung tidak dijaga sejak setahun lalu dan hanya dikunjungi kaki pancing menyebabkan ia sesuai bagi pasangan kekasih yang hendak berbuat onar.

Malah, penemuan kondom dalam satu bilik asrama itu ketika wartawan Harian Metro membuat kunjungan ke pulau itu baru-baru ini membuktikan ada pasangan mengambil kesempatan melakukan maksiat di atas pulau itu sama ada memancing atau bersantai.
Tambahan pula, dalam asrama itu turut tersedia tilam dan selimut. Tinjauan juga mendapati pulau yang lengkap dengan jeti sepanjang 100 meter dan dibangunkan dengan kos RM1.5 juta itu langsung tidak dimanfaatkan sebagai lokasi penyelidikan dan peralatan yang digunakan untuk tujuan itu seperti tabung uji dibiarkan bersepah.

Janakuasa elektrik yang menggunakan diesel, panel solar dan alat penapis air laut yang berharga puluhan ribu ringgit bagi membekalkan tenaga elektrik serta air minuman juga rosak dan tidak lagi boleh digunakan. Di awal penubuhan pusat itu pada 2004, ia dimanfaatkan sepenuhnya dan bermatlamat mewujudkan 10 operator setahun bagi industri akuakultur di Selangor di kalangan nelayan pantai dan laut dalam.

Bagaimanapun, disebabkan masalah pembiayaan, ia tidak lagi digunakan sebagai pusat penyelidikan dan pulau itu diserahkan kepada swasta menjaganya dan dibuka kepada kaki pancing dengan kadar bayaran RM5 setiap kali memancing di pulau itu.

Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Unisel, Bestari Jaya di sini, Profesor Dr Mohd Nasir Saadon berkata, pihaknya sudah lama tidak membuat penyelidikan dan kajian di pulau itu kerana tiada peruntukan.

Malah, sejak setahun lalu, pulau itu terbiar dan tiada pengawal keselamatan ditempatkan bagi menjaga aset.
Beliau berkata, penyelidikan dilaksanakan di pulau itu dibuat pada peringkat awal selepas tempat itu disiapkan.

Bagaimanapun, beliau perlu membuka kertas kerja awal berkenaan penyelidikan itu bagi mendapatkan maklumat lengkap.

“Memang dah berhenti lama (penyelidikan dan kajian di Pulau Jemor). Kami hanya menjalankan penyelidikan ketika peringkat awal ia disiapkan pada Januari 2004 sebelum dihentikan setahun kemudian akibat kekurangan dana.

“Saya belum pasti status Pulau Jemor di bawah jagaan Unisel atau sebaliknya. Tetapi saya rasa tanah memang bukan milik Unisel,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali ketika dihubungi berkata, sepanjang pengetahuannya, Pulau Jemor dijadikan tempat penyelidikan saja dan tiada orang tinggal di situ.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Unisel berkata, pihak universiti berkenaan memang tidak mempunyai dana menjaga pulau terbabit.

“Mengenai laporan terdapat kegiatan tidak bermoral di bangunan terbiar yang ditinggalkan di Pulau Jemor, saya rasa penduduk setempat terutama di jeti bahagian tanah besar mempunyai peranan.

“Penduduk boleh memantau pergerakan kumpulan mencurigakan dan laporkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan,” katanya.

Apapun, katanya, adalah sesuatu yang merugikan apabila binaan dan kemudahan di pulau itu tidak dimanfaatkan.

“Selain itu, kita kena siasat dan periksa dulu status penjagaan Pulau Jemor sekarang sama ada bawah pihak berkuasa tempatan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) atau pejabat daerah setempat. Kita kena periksa dulu sebab kurang pasti,” katanya.

Laporan akhbar pada 4 Ogos 2004 memetik kenyataan Naib Canselor Unisel ketika itu, Prof Datuk Dr Abdul Aziz Ibrahim sebagai berkata, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Marin dan Akuakultur Pulau Jemor dan Pusat Bio-IT Selangor di Pusat Biovalley Malaysia, Cyberjaya adalah cetusan menjadikan Koridor Raya Maritim Selangor.

Projek di Pulau Jemor itu meliputi program hatchery, jeti, makmal, chalet, sistem bekalan air tawar, dan asrama untuk saintis. Pulau Jemor terletak di antara Pulau Angsa dengan Pulau Ketam.

Haram dagang organ

Oleh Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: “Niat murni wanita ini tidak boleh dihalalkan apatah lagi jika ia dilakukan untuk membayar hutang along,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Datuk Noh Gadut di sini, semalam.
Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam berkaitan hasrat seorang wanita dikenali sebagai Fatimah, 35, untuk menjual mata atau buah pinggangnya bagi membantu melunaskan kadar bayaran bunga akibat hutang along dipinjam suaminya bagi dijadikan modal perniagaan.

Kadar bunga terbabit ialah RM6,000 dan semuanya berjumlah RM54,000, ia dikira sejak September 2010.
Suami Fatimah yang dikenali sebagai Ahmad, 39, meminjam RM30,000 daripada along di Kuala Lumpur untuk memulakan perniagaan sewa lori bagi menambak tanah di tapak projek di Terminal Pengangkutan Tambang Murah (LCCT) di Sepang, Selangor, awal 2010 tetapi projek terbabit gagal. Noh berkata, biarpun hasrat wanita itu murni iaitu untuk membantu meringankan beban suami, namun menjual organ ditegah dan dilarang dalam Islam.

“Syariat membenarkan kita menerima organ diderma dengan syarat jangan ada unsur dagangan atau jual beli kerana ia kurniaan Allah SWT yang tiada nilainya.

“Contoh mudah ialah membina masjid dengan menggunakan wang curi, ia ditegah apatah lagi mahu menjual organ untuk melunaskan hutang along yang sememangnya membabitkan soal haram, penganiayaan, riba, penipuan serta pelbagai lagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay berkata, perbuatan menjual organ tidak wajar dilakukan kerana ia menjadi kesalahan besar dari segi perundangan di negara ini.

Katanya, perkara seperti itu memang ada berlaku di negara lain tetapi tidak pernah dilaporkan di negara ini.
“Masyarakat perlu sedar tiada jalan mudah memiliki kemewahan hidup tanpa bersaha, saya harap individu yang mahu memulakan perniagaan supaya menggunakan saluran betul seperti mendapatkan pinjaman daripada bank dan bukannya melalui ceti haram atau mereka yang tidak berkelayakan.

“Nasihat saya kepada Fatimah, jangan gadaikan organ untuk melangsaikan hutang terbabit tetapi cuba gunakan saluran seperti mendapatkan bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak lain yang berkaitan,” katanya.


Ahli JKKK wanita dicekup berjudi



KANGAR: Seorang wanita yang juga ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) sebuah kampung di Mata Ayer di sini, adalah antara empat kaki judi yang dicekup polis dalam serbuan pada Ahad lalu.
Dia bersama seorang lagi wanita termasuk dua lelaki berusia umur 40-an itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Perjudian, Kongsi Gelap dan Pelacuran (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau di Kampung Cikgu Ali, di sini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, berkata pihaknya menyerbu premis berkenaan kira-kira jam 10.30 malam ketika kawasan berkenaan dipenuhi hampir 10 pemain sedang leka bermain judi belangkas.

Ugut bunuh janda

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

AMPANG: Seorang lelaki berusia 20-an bukan saja mengugut untuk membunuh bekas isterinya sebaliknya turut melarikan anak lelaki mereka dalam kejadian di sebuah pejabat agama, di sini, kelmarin.
Difahamkan, lelaki terbabit sudah menceraikan isterinya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan talak tiga kira-kira sebulan lalu namun tidak berpuas hati apabila wanita itu merujuk kepada jabatan agama.

Menurut sumber polis, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, wanita berusia 32 tahun itu dikatakan pergi ke pejabat agama bersama anak lelakinya berusia empat tahun.
“Ketika dalam perjalanan, bekas suami mangsa dikatakan mengekori mangsa namun tidak berbuat apa-apa sehinggalah mangsa keluar dari pejabat agama sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

“Lelaki itu dikatakan menengking bekas isterinya di khalayak ramai selain memaki-hamun. Dia kemudian menarik tangan anak lelakinya dan membawa menaiki motosikal,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan bekas suaminya selain bimbang keselamatan anaknya, kemudian ke balai polis berhampiran membuat laporan.

Pada masa sama, mangsa turut memaklumkan bekas suaminya melalui SMS dia akan ke balai polis membuat laporan sekiranya lelaki itu enggan memulangkan semula anak mereka.

Berikutan itu, beberapa jam kemudian lelaki terbabit pergi ke balai polis itu dengan membawa semula anak lelakinya itu ke pangkuan bekas isteri.

Masjid masih aktif aktiviti keilmuan



KAHERAH: Jika berada di Mesir, tidak lengkap rasanya jika tidak berkunjung ke pusat pengeluaran cendikiawan Islam Universiti al-Azhar yang sangat berjasa kepada umat Islam seluruh dunia. Disebabkana ingin mengetahui sama ada ia masih mengekalkan budaya atau proses pengajian, kami mengunjungi tempat asal bermulanya institusi pengajian tinggi berkenaan iaitu masjidnya yang masih dimakmurkan dengan aktiviti keilmuan.
Sistem pendidikan Universiti al-Azhar bermula di sebuah masjid yang didirikan panglima angkatan tentera El Muiz Lidinillah bernama Jauhar El Saqili selepas membuka kota Kaherah dan masjid yang didirikan pada 14 Ramadan 359 Hijrah (bersamaan 970 Masihi) adalah pusat pendidikan ilmu Islam berasaskan aliran Syiah ketika awal pembukaannya pada zaman dinasti Fatimiah.

Bagaimanapun, selepas kedatangan Sultan Salahuddin Al Ayyubi yang juga pengasas dinasti Ayyubi di Mesir, beliau menukar aliran pengajiannya daripada Syiah kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia kekal hingga hari ini.
Ketika menunaikan solat Maghrib di masjid berkenaan, saya kagum dengan cara rumah Allah itu dimakmurkan apabila melihat sekumpulan lelaki dewasa khusyuk mendengar ceramah agama manakala beberapa kumpulan anak muda mengadakan perbincangan sesama mereka sambil menadah kitab manakala yang lainnya bersandar di sekeliling masjid sambil menghafaz al-Quran.

Tidak ketinggalan pelajar perempuan yang menggunakan bilik kuliah di masjid berkenaan untuk mentelaah di masjid universiti yang mendapat nama sempena gelaran yang diberikan kepada anak perempuan Rasulullah, Fatimah al-Zahra.

‘Tok guru’ gagal periksa



KAHERAH: Rakyat Malaysia diminta berwaspada dengan pihak tertentu yang mendakwa lulusan Universiti Al-Azhar dan berceramah di masjid atau surau di kawasan perumahan kerana ada antara mereka belum layak bergelar lepasan pusat pengajian tinggi Islam terkenal itu kerana gagal dalam peperiksaan tahun akhir menyebabkan mereka pulang ke tanah air dan mencari pendapatan dengan melakukan pelbagai pekerjaan termasuk memberi ceramah.
Perkembangan itu berlaku kerana universiti berkenaan membuka pintu seumur hidup kepada pelajar tahun empat yang terkandas dalam peperiksaan menyebabkan ada antara pelajar mengaku graduan kerana pernah bertandang di Mesir dan lebih membimbangkan jika mereka menyalahguna kepercayaan diberikan masyarakat untuk kepentingan peribadi atau diperalat pihak tertentu menggunakan landasan agama.

Menurut sumber, Universiti Al-Azhar memberikan kelonggaran kepada siswa tahun akhir untuk menamatkan pengajian, namun ada pelajar kita mengambil kesempatan pulang ke tanah air sebelum mengaku graduan dan memberi ceramah.
“Jika mereka menyampaikan maklumat atau ilmu yang benar, kami berbangga dengan apa yang disebarkan, tetapi jika sebaliknya ia tindakan mengecewakan dan boleh dianggap sebagai pengkhianatan kepada universiti.

“Kami mempunyai maklumat mengenai perkara itu dan mengenali beberapa individu terbabit kerana mereka adakalanya muncul dalam ceramah politik dan mempunyai laman facebook atau blog. “Ini yang kami tidak mahu...mereka diperalatkan dan mungkin mereka tidak menyedarinya, namun sesuatu yang membimbangkan jika ceramah mereka diterima bulat-bulat oleh masyarakat,” katanya.

Sumber berkenaan turut memberitahu, ada juga graduan yang gagal menamatkan pengajian tidak pulang sebaliknya berada di Mesir dan menjadi ‘pensyarah’ kepada pelajar baru melalui usrah dan menjadi ‘tok guru’ kepada golongan terbabit yang kebanyakannya tidak tahu latar belakang senior mereka.

“Ini yang berlaku di Mesir apabila kebanyakan siswi kita tidak menghadiri kelas sekiranya tidak ditemani siswi lain dan mereka lebih gemar belajar melalui individu berkenaan yang dipanggil ‘tok guru’ sedangkan dia tidak mempunyai kelayakan kerana bukan graduan seperti disangka.

“Jika siswi kita sering belajar melalui cara itu, ada baiknya jika mereka melanjutkan pengajian di universiti tempatan seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau pusat pengajian lain yang mempunyai pensyarah lebih berkelayakan dan ada antara mereka lulusan Al-Azhar dan ia secara tidak langsung menjimatkan perbelanjaan,” katanya.
Menurutnya, pendekatan itu juga menyebabkan pelajar perempuan kita menjadi pasif yang pastinya mereka tidak akan mahir dalam penguasaan bahasa Arab kerana kurang bergaul dengan masyarakat tempatan.

Bagaimanapun, katanya, ada juga pelajar kita yang ikhlas dalam menuntut ilmu kerana akan kembali ke Mesir untuk menduduki peperiksaan selepas bekerja di Malaysia atau mana-mana negara dan akan memastikan berjaya menamatkan pengajian sebelum pulang dengan ijazah.

Halau ibu dihasut isteri

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

SERDANG: Tidak mengenang jasa, apabila seorang anak sanggup menghalau ibu bapanya yang sudah tua keluar dari rumahnya di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, di sini, gara-gara termakan hasutan isteri yang baru dikahwini tiga bulan lalu.
Lelaki berumur 40 tahun itu dikatakan terlalu mengikut kata-kata isterinya berusia 20-an apabila selalu bertengkar dengan kedua-dua orang tuanya hampir saban hari sebelum menghalau kedua-duanya keluar sehelai sepinggang kira-kira jam 1 pagi, Ahad lalu.

Mangsa dikenali sebagai Chor, 69, berkata anak lelakinya itu sepakat dengan isterinya dengan menukar kunci menyebabkan dia dan isteri, May, 65, tidak dapat masuk ke rumah yang didiami sejak 10 tahun lalu.

Katanya, ketika kejadian dia yang bekerja sebagai pemandu bas sambilan pulang ke rumah bersama isteri, namun terkejut selepas mendapati kunci utama sudah ditukar hingga menyukarkan mereka memasuki kediaman itu.


“Dalam kegelapan malam, saya dan isteri dengan perasaan sedih cuba memasuki rumah itu dengan memanjat pagar tetapi tidak berjaya dan mengambil keputusan menumpang tidur di rumah anak bongsu yang tinggal kira-kira lima kilometer.

Thursday, June 16, 2011

ADAKAH INI CARA MEMULIAKAN WANITA...KENAPA KITA TAK RUJUK QURAN DAN HADIS....MENGKAJI KEPENTINGAN WANITA ITU DIMANA DIPANDANG SISI ALLAH....

Cabul gadis ‘suci dosa’

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Kasdi Ali
am@hmetro.com.my

DIHARAMKAN...Mohd Yusop menunjukkan senarai kumpulan yang difatwakan sebagai ajaran sesat di Perak.
DIHARAMKAN...Mohd Yusop menunjukkan senarai kumpulan yang difatwakan sebagai ajaran sesat di Perak.
IPOH: Seorang guru agama berusia 50-an yang mengajar tarekat memilih gadis muda bagi proses menyucikan dosa selain menentukan darjat di sisi Tuhan sebelum mencabul mangsa dengan kejadian terbaru membabitkan gadis 20-an yang mengikuti ajaran sesat lelaki terbabit bersama bapanya.
Namun, melucukan apabila lelaki dan wanita tua tidak perlu melalui proses itu kerana guru terbabit mendakwa pengikut terbabit sudah suci secara semula jadi, tetapi setakat ini gadis 20-an itu dipercayai menjadi mangsa.
Guru tarekat yang beroperasi di satu daerah di utara Perak itu dipercayai menggunakan alasan penentuan darjat seseorang yang paling hampir dengan Allah SWT atau ‘maqam’ untuk mencabul gadis yang menjadi muridnya.

Menurut sumber, kejadian terbaru membabitkan gadis berusia 20-an itu ketika dia bersama bapanya mengikuti aktiviti tarekat terbabit, baru-baru ini.


“Berdasarkan maklumat, sebelum kejadian gadis itu melakukan proses bersuluk (bersendirian dalam tempoh masa tertentu) dan selepas bersuluk, mangsa diarah berjumpa guru terbabit untuk menentukan maqam dan ketika itu mangsa dicabul,” katanya di sini, semalam.

Isteri derita

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

CUAI...Kamaruddin menunjukkan laporan polis dan kain pencuci yang dikeluarkan dari kemaluan isterinya.
CUAI...Kamaruddin menunjukkan laporan polis dan kain pencuci yang dikeluarkan dari kemaluan isterinya.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita terpaksa menderita berikutan kemaluannya dijangkiti kuman, didakwa akibat kecuaian pihak hospital tertinggal kain pencuci di dalam anggota sulitnya selepas bersalin anak sulung pada 19 Mei lalu.
Wanita itu yang melahirkan anak sulung lelaki di sebuah hospital di Selangor pada mulanya tidak berasa apa-apa perubahan malah turut dibenarkan keluar selepas dua hari berada di wad.
Bagaimanapun, selepas pulang dia berasa sakit di kemaluan malah air kencingnya turut berbau busuk menyebabkan mangsa mengesyaki sesuatu.

Suaminya, Kamaruddin Mohamad Ali, 29, berkata, isterinya mengadu sakit di bahagian itu, namun pada mulanya dia menyangka perkara itu normal kerana baru bersalin.


Menurutnya, dia menghantar isterinya pulang ke kampung di Pulau Pinang pada 24 Mei lalu supaya dijaga keluarganya.

Artis sertai Wataniah

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my

IKON BARU...(dari kiri) Shaheizy, Ana Raffali, Siti Nurhaliza, Intan Ladyana dan Nurul Hidayah.
IKON BARU...(dari kiri) Shaheizy, Ana Raffali, Siti Nurhaliza, Intan Ladyana dan Nurul Hidayah.
KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, akhirnya niat saya menyertai Rejimen Askar Wataniah (Raw) menjadi kenyataan.
“Selepas ini, saya akan meningkatkan stamina sebelum latihan asas sebenar bermula,” kata penyanyi wanita tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 32.

Menurut Siti, dia berminat menyertai Raw kerana latihannya dapat membentuk ketahanan mental dan fizikal.
“Biarpun pernah mengikuti aktiviti lasak, saya perlu bersedia meningkatkan latihan membentuk stamina.

“Kesediaan penuh penting kerana ia mampu membantu anggota Raw membina jati diri kukuh sebagai sukarelawan negara,” katanya selepas menandatangani borang di Majlis Penyertaan Selebriti dalam Askar Wataniah di bangunan Kementerian Pertahanan di sini, semalam.

Artis lain yang turut mengambil bahagian ialah Aizat Amdan, Intan Ladyana, Shaheizy Sam, Ana Raffali dan penerbit filem, David Teoh.

Selain artis, majlis terbabit turut mengesahkan penyertaan Nurul Hidayah yang juga anak perempuan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bagi Intan Ladyana, keputusan menyertai Raw dibuat selepas dia mengkaji tahap latihan dan kemampuan diri.

“Selepas mendapat penerangan berhubung latihan dan aktiviti yang dilalui sebagai anggota Raw, saya jadi teruja dan terus bersetuju.
“Di samping mengutip pengalaman dan menjalani latihan asas, saya juga mahu menyedarkan belia dan masyarakat luar artis juga boleh menyertai Raw,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pembabitan selebriti dan artis popular dalam Raw bukan saja mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap imej ketenteraan malah berupaya menarik lebih ramai individu menyertainya demi mempertahankan keamanan negara.

Katanya, kementerian menggalakkan penyertaan selebriti dalam Raw kerana golongan itu mempunyai pengaruh besar dalam kelompok masyarakat terutama remaja dan belia.

“Saya kagum dan berbesar hati dengan kesanggupan artis dan selebriti yang menyertai Raw untuk julung kalinya.

“Matlamat kementerian masih sama iaitu memberi pendedahan kepada warga selebriti mengenai aktiviti, latihan dan tugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di samping menarik perhatian golongan muda untuk menyertai Raw,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, pihaknya percaya penyertaan selebriti dalam Raw tidak sia-sia sebaliknya bakal muncul sebagai ikon baru golongan muda.

“Hari ini (semalam) kita sudah menyerahkan pakaian seragam kepada artis yang menyertai Raw.

“Mereka dijangka akan memulakan latihan asas selama 39 jam selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Bagaimanapun, sebagai memenuhi keinginan peminat mereka (artis dan selebriti), kita akan menjemput wakil media melaporkan kegiatan dan latihan pada hari pertama latihan dijalankan,” katanya.

Selain menjalani latihan asas, artis juga dipelawa mengembangkan idea dan berkongsi ilmu dengan anggota Badan Kesenian kementerian berkenaan.


Maut lepas dirawat bomoh wanita

Oleh Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my

MARANG: Impian seorang bapa melihat anaknya sembuh selepas menderita hampir empat tahun akibat penyakit misteri tidak kesampaian apabila anaknya menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan daripada bomoh wanita dari Thailand, semalam.
Faizul Harun, 26, disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Merchang di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam selepas menjalani rawatan lebih empat jam bermula jam 7.45 malam kelmarin dengan bomoh yang dikenali sebagai Kak Yah, 43, di rumah wanita berkenaan di Kampung Pulau Rusa, Merchang di sini.

Kejadian malang itu berlaku apabila mangsa tidak sedarkan diri selepas dipaksa minum air dalam jumlah banyak oleh bomoh berkenaan yang mendakwa bertujuan mengeluarkan makhluk halus daripada badan mangsa.

Selain dipaksa minum air dari sebuah tong yang mampu mengisi 10 liter cecair, Kak Yah turut memasukkan air ke dalam mulut mangsa menerusi getah paip kononnya untuk mengeluarkan makhluk halus yang enggan meninggalkan tubuh mangsa.


Bapa mangsa, Harun Senek, 56, dari Kampung Gong Beris di sini, berkata, mereka mendapatkan khidmat Kak Yah selepas dimaklumkan ahli keluarga lain wanita itu mampu mengubati penyakit buatan orang.

Bomoh Siam ragut nyawa pemuda



INILAH rumah yang didiami Kah Yah di Kampung Pulau Rusa, Merchang, Kuala Terengganu, tempat Faizal dirawat sehingga menemui ajal malam kelmarin.



KUALA TERENGGANU – Seorang bapa hanya mampu melihat anak lelakinya dipaksa minum air menggunakan hos getah oleh seorang bomoh Siam sehingga pemuda itu pengsan dan meninggal dunia ketika berubat di sebuah rumah di Kampung Pulau Rusa, Merchang dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 7.45 malam itu, Faizal Harun, 26, yang didakwa menghidap penyakit ganjil empat tahun lalu dibawa ke rumah bomoh dipanggil Kak Yah dari Thailand oleh ahli keluarganya untuk dirawat secara tradisional.
Semasa berada di rumah itu, mangsa disuruh melalui beberapa ritual perubatan selama empat jam. Antara ritual itu adalah upacara membaca mentera, bercakap-cakap dengan mangsa dan memberikan mangsa minum air kosong dalam jumlah yang banyak.
Sepanjang berubat mangsa diarahkan baring. Mangsa turut disuruh menggigit sebilah pisau. Dalam ritual itu mangsa pengsan dua kali kerana lemas minum air terlalu banyak.
Kemuncak ritual itu, mangsa dikatakan terpaksa dipegang beberapa ahli keluarganya sebelum mulutnya disumbat oleh bomoh itu dengan hos getah yang mengalirkan air.

YDP PBT wanita pertama di Selangor



SHAH ALAM: Ahli Institut Perancang Malaysia, Noraini Roslan, 46, dilantik Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), berkuat kuasa 1 Julai depan, menjadikan beliau wanita pertama menjawat jawatan YDP di Selangor.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ia juga menunjukkan komitmen kerajaan negeri terhadap kesamaan jantina dan keupayaan wanita.

“Noraini menerima tawaran sebagai YDP MDKS minggu lalu dan yakin beliau akan menjalankan tugas dengan cekap, telus dan bertanggungjawab.
“Pelantikan ini berdasarkan pengalaman beliau sebagai Pengarah Perancang Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) selama 21 tahun serta kelayakan pendidikan beliau,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, semalam.

Sementara itu, Noraini ketika dihubungi mengakui terkejut, namun berjanji akan melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin.

“Saya belum menerima surat rasmi daripada pejabat Menteri Besar, cuma diberitahu secara lisan mengenai pelantikan ini,” katanya.

Halau ibu dihasut isteri

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

SERDANG: Tidak mengenang jasa, apabila seorang anak sanggup menghalau ibu bapanya yang sudah tua keluar dari rumahnya di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, di sini, gara-gara termakan hasutan isteri yang baru dikahwini tiga bulan lalu.
Lelaki berumur 40 tahun itu dikatakan terlalu mengikut kata-kata isterinya berusia 20-an apabila selalu bertengkar dengan kedua-dua orang tuanya hampir saban hari sebelum menghalau kedua-duanya keluar sehelai sepinggang kira-kira jam 1 pagi, Ahad lalu.

Mangsa dikenali sebagai Chor, 69, berkata anak lelakinya itu sepakat dengan isterinya dengan menukar kunci menyebabkan dia dan isteri, May, 65, tidak dapat masuk ke rumah yang didiami sejak 10 tahun lalu.

Katanya, ketika kejadian dia yang bekerja sebagai pemandu bas sambilan pulang ke rumah bersama isteri, namun terkejut selepas mendapati kunci utama sudah ditukar hingga menyukarkan mereka memasuki kediaman itu.


“Dalam kegelapan malam, saya dan isteri dengan perasaan sedih cuba memasuki rumah itu dengan memanjat pagar tetapi tidak berjaya dan mengambil keputusan menumpang tidur di rumah anak bongsu yang tinggal kira-kira lima kilometer.

Tiga ditahan kurung, dera pelatih



INILAH asrama pelatih lelaki (kiri) dan perempuan yang didakwa menjadi tempat 13 penagih dadah dikurung dengan kaki mereka dirantai di Kampung Bukit Gasing, Marang semalam.



KUALA TERENGGANU - Polis menahan tiga lelaki termasuk pengurus sebuah pusat rawatan dan pemulihan akhlak penagih dadah bagi membantu siasatan berhubung kes mengurung dan merantai kaki 13 pelatih dalam kejadian di Marang dekat sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, perbuatan itu terbongkar selepas pihaknya menjalankan siasatan sebaik menerima laporan yang dibuat bapa salah seorang mangsa selepas gagal menemui anaknya di situ.
Katanya, sebaik diserbu, pihaknya menemui 11 lelaki berusia di antara 15 dan 36 tahun dikurung dan kaki mereka dirantai di sebuah rumah yang dijadikan asrama untuk penagih dadah di Kampung Bukit Gasing, Marang.
"Kita turut menyelamatkan dua wanita berusia 23 dan 24 tahun yang dikurung di sebuah rumah berasingan di Jalan Bukit Gasing berdekatan dengan asrama lelaki.
"Pemeriksaan awal mendapati kesemua 11 lelaki yang dikurung dan dirantai di rumah tersebut dipercayai turut didera, ditampar dan dirotan," katanya di sini semalam.



UMAT ISLAM MENGIKUTI
LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI




H.R. MUSLIM



Daripada Abu Said Al-Kudri ra berkata : Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :" Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya, " "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi SAW menjawab, " Siapa lagi kalau bukan mereka".

Umat Islam yang mengikut jejak langkah apapun "cara hidup" orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan orang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan terus mengikut mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah SAW ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mere hanya meniru "cara hidup" Yahudi dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah ! Selamatkan lah kami daripada mereka.


ade hadis Rasulullah saw mengatakan"kaum yg melantik wanita sbg pemimpin tidak beroleh kejayaan" hadis ini diterima oleh Bukhari,Ahmad,Nasa'i,dan Tarmizi juga seluruh ulamak Islam menerimanya dan mereka membuat satu keputusan wanita tidak layak menjadi pemimpin utk masyarakat. sy dapat sumber ini dri buku yg pernah sy baca FATWA MASA KINI JILID 1&2 PENTERJEMAHNYA USTAZ SIDI AHMAD,USTAZ SOFWAN HASBULLAH,USTAZ MASROUQ,USTAZAH ROSMAWATI ALI & USTAZAH SITI ZUBAIDAH ISMAIL ini adalah apa yg saya ketahui...

*bismillah maaf kpada semua kerana kelewatan menjawab persoalan ni. saya agak takut untuk menjawab persoalan yg agak besar ni (pada saya) kerana takut tersilap dalam memberi keterangan. kita harus berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang pendapat dsb. berkaitan hadis yg dibawa oleh sdri ayubalqisah, "tidak akan berjaya kaum yang melantik perempuan sebagai ketua mereka" hadis ini bermartabat sohih dan terdapat dalam kitab sohih bukhari dalam bab "surat Rasulullah s.a.w kepada maharaja kisra dan kaisar" setelah menyemak dan bertanya kepada syeikh saya berkaitan perkara tersebut, beliau menerangkan, hadis tersebut khusus untuk golongan kisra dan kaisar pada zaman dahulu, yang melantik perempuan sebagai pemimpin tertinggi mereka. kesan dari itu berlaku perpecahan dikalngan mereka dan kerajaan mereka telah hancur. maka segala perkataan nabi s.a.w telah terbukti kebenarannya. ulama' berbeza pendapat tentang perempuan sebagai pemimpin. pendapat pertama : tidak boleh sama sekali melantik perempuan dalam urusan kepimpinan negara samada peringkt yg tertinggi atau pun diperingkt bawahan, (sebagai ketua yg utama dalam sesebuah negara, sprti perdana menteri, presiden dsb) pendapat kedua : boleh melantik perempuan sebagai pemimpin di peringkt bawah sahaja (seperti menteri atau ketua dalam bidang kuasa yg kecil) bukan sebagai pemimpin nmbor satu dalam sesebuah negara @ kerajaan. secara kesimpulannya : perempuan tidak boleh menjadi pemimpin utama dalam sesebuah negara allah a'lam. harap ust2 lain (ust syed kadir, ust amin, us ghoni dll) dpd betulkn kalo saya silap

Assalamualaikum Warahmatullah. Saya cuba menambah sedikit jawapan yang telah diberikan oleh sahabat saya Ustaz Abdul Rahman di atas. Diharapkan dapat diambil manfaat. Pendapat Pertama: Pendapat ini adalah dari jumhur ulama. Jumhur ulama menentangnya secara mutlak. Firman Allah Taala bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahgian yang lain dan kerana mereka menafkahkan sebahgian harta mereka. (Surah an-Nisa: Ayat 34). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada wanita. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Berkata Syeikh Abu Ala Maududi adalah kedua-dua dalil di atas memutuskan bahawa jawatan pemimpin di dalam negara samada kepimpinan tertinggi, kementerian, ahli majlis syura atau jabatan yang pelbagai bentuk tidak diserahkan kepada wanita. Bekata Imam al-Baghawi adalah ulama telah bersepakat bahawa wanita tidak dibenarkan untuk menjadi pemimpin atau qadi kerana seorang pemimpin perlu keluar untuk menunaikan urusan jihad dan menyelesaikan urusan rakyat dan qadi pula perlu menampilkan diri untuk menyelesaikan perselisihan. Wanita pula adalah aurat dan tidak boleh menampilkan diri kerana tidak kemampuan untuk menunaikan kebanyakkan perkara. Selain itu jumhur ulama turut menggunakan ijma dan qias di dalam mengukuhkan dan menerangkan pendapat mereka ini. Pendapat Kedua: Pendapat yang membolehkan kepimpinan wanita dan ini adalah pandangan beberapa ulama kontemporari di antaranya Syeikh Dr. Yusof al-Qaradhawi. Pandangan beliau boleh dirujuk di dalam kitabnya: Fatwa Muasarah dan Fiqh Daulah. Dinukilkan dari Ibnu Hazm bahawa kepimpinan yang dilarang secara ijma ialah kepimpinan tertinggi sesebuah negara. Kesimpulannya: Saya lebih cenderung untuk mengatakan bahawa perempuan boleh menjadi pemimpin akan tetapi bukanlah pemimpin yang paling tinggi dan paling utama di dalam sesebuah negara. Namun adalah terlebih baik untuk diserah urusan memimpin kepada pihak lelaki dan jika tiada lelaki maka bolehlah diserahkan kepada perempuan. Wallahualam.

Hukum Wanita Memegang Tampuk Pemerintahan.

Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my

http://www.hanan.com.my/



Tarikh: Sabtu, 28 Februari 2004 @ 15:51:40
Topik: Umum


Benarkah tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncangkan dunia? Apakah Hukumnya Wanita Memegang Tampuk Pemerintahan?

Wanita dan politik

Dalam fikh Islami perbahasan ini boleh didapati dalam bab Wanita dan Wilayah Umum (al-a'mmah). Sejauhmana wanita boleh terlibat dalam politik? Bolehkah mereka memegang jawatan-jawatan penting dalam pemerintahan seperti hakim, menteri atau perdana menteri, presiden atau khalifah?Implikasi kepada persoalan ini ialah jika wanita memegang jawatan tersebut adakah syariat akan mengambil kira keputusan-keputusan yang keluar dari mereka? Apa jawatan yang boleh disandang dan apa pula jawatan yang tidak boleh disandang? Setakat mana pula penglibatan yang diizinkan kepada mereka ?Kajian ini akan menjelaskan perspektif pandangan Islam yang menjadi asas kepada tanggungjawab setiap individu masyarakat - lelaki dan wanita - dalam merialisasikan maksud syarak. Ia melupuskan pandangan "membahagikan tugas kemasyarakatan" dengan makna mengkhususkan peranan wanita kepada tugasan sosial dan lelaki dengan tugasan politik. Sebaliknya ia menampakkan di sana ada peranan bersama di samping perselisihan skop dalam arena kehidupan masyarakat dan kenyataan sejarah secara terangkum tidak dalam bentuk persamaan automatik ala barat. Ia juga tidak memisahkan dunia wanita dari dunia lelaki, sebaliknya saling memainkan peranan, secara bersepadu dan bertanggungjawab.


Hak Berpolitik

Untuk memahami dengan lebih jelas intipati perbahasan ini kita harus memahami terlebih dahulu apa itu "ahliah siasiah" (kelayakan politik):

Ahliah siasiah terbahagi kepada tiga kategori:

1. Ahliah (kelayakan) umum.
Ahliah ini mencakupi keahlian semua anggota masyarakat dalam perkara wajib ain, seperti baiah umum dan syura umum. Ahliah ini berhubung kait dengan penglibatan politik harian yang melibatkan masyarakat umum. Di atas tapak itu dibina asas tanggungjawab individu dalam menyuruh makruf dan mencegah mungkar, mempertahankan hak, mengawal neraca keadilan dan menjaga maqasid syarak.

2. Ahliah umum dan khusus.
Dua ahliah dalam satu masa. Contohnya semua perkara fardhu kifayah yang menjadi fardhu ahliah khusus ain seperti jihad. Walaupun jihad adalah kewajiban umum tetapi ia memerlukan persiapan dan latihan untuk meningkatkan keupayaan (kafaah) masyarakat umum. Oleh kerana itu ia menjadi umum dan khusus dalam masa yanag sama.

3. Ahliah khusus.
Iaitu kewajiban-kewajiban bersifat fardhu kifayah seperti tugas-tugas kepimpinan. Ia memerlukan kemampuan semulajadi, dan aspek-aspek kelayakan yang boleh dipelajari dan diusahakan dengan cara kajian, pengalaman dan tindakan. Ia tidak sesuai kepada semua orang, tanpa mengira perbezaan dari segi pencapaian akal.

Kelemahan Yang Menjejaskan

Di sana ada kelemahan yang dikategorikan sebagai kelemahan semulajadi dan kelemahan yang dikategorikan sebagai kelemahan jenis.(sifat keperempuananya)

Kelemahan semulajadi
Yang dimaksudkan dengan kelemahan semulajadi ialah kelemahan dari segi daya intelektual seperti bodoh, bebal, gila dan sebagainya. Perkara-perkara ini boleh menjejaskan ahliah. Tidak termasuk dalam perkara tersebut "kewanitaan" kerana wanita memikul tangungjawab syarie, jenayah, sivil dan tugas kepimpinan umum. Dengan itu kewanitaan tidak menjejaskan ahliah (kelayakan) khusus.

Kelemahan jenis Iaitu kelemahan fitrah yang mendatang secara berkala seperti haid, nifas dan ketika mengandung. Ia tidak menjejaskan ahliah. Ada juga kadang kadang kelemahan fitrah yang bersifat mendatang tetapi panjang tempohnya seperti ganguan masa mengandung, beranak dan menyusu, terperap dalam rumah, terputus dari dunia luar yang menyebabkan mereka terkongkong dan tidak peka dengan dunia luar. Kelemahan ini boleh di atasi dengan meningkatkan kesedaran. Di samping itu, ia sukar berlaku dalam suasana seperti hari ini.Walaubagaimana pun untuk memahami masalah ahliah politik bagi wanita tidak sempurna kecuali dengan mempastikan jenis-jenis keahlian, jenis-jenis wanita dan tabiat tanggungjawab syarie berkenaan (politik). Dengan erti kata lain mengetahui wanita mana, dalam bidang apa adalah kunci untuk memahami hukum penglibatan politik tertentu.


Definasi skop perbincangan.

Sebelum kita menghurai punca perselisihan ulama, terlebih dahulu perlu kita sepakat dalam mendifinisikan skop khilaf. Perbahasan ini secara tepatnya berlegar sekitar hak berpolitik bagi wanita dalam Islam. Ia bermaksud: Hak-hak yang pada kehendaknya memberi kepada anggota masyarakat hak untuk berkongsi dalam urusan pemerintahan dan negara seperti hak mengundi, menyertai pungutan suara, menjadi calon dalam parlimen, kepimpinan negara dan hak-hak perjawatan.Mazhab ulama dalam masalah ahliah (kelayakan) potitik wanita.
Dalam persoalan ini ada tiga mazahab di kalangan ulama:
Pertama: Kebanyakan ulama silam dan sesetengah ulama kini berpendapat bahawa wanita tidak ada ahliah sama sekali
Kedua: Kebanyakan ulama zaman kini berpendapat bahawa Islam tidak mengharamkan hak-hak politik bagi wanita kecuali menjadi presiden. Tetapi mereka mengganggap bahawa suasana tidak sesuai
Ketiga: Sebahagian ulama kini berpendapat bahawa Islam tidak mengharamkan sama sekali hak politik bagi wanita. Oleh kerana itu masalah-masalah adalah merujuk kepada persoalan sosial, ekonomi dan politik

Sebab berlaku perselisihan.

1. Firman Allah bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan. (Surah an-Nisa' 34)
Ulama berselisih pendapat dalam memahami kehendak ayat di atas. Ada yang mengatakan ia memberi erti bahawa al-qiwamah/kepimpinan adalah hak mutlak lelaki oleh faktor kekuatan aqal, jiwa dan tubuh badan.
Dijawab: Ada pula golongan yang mengatakan bahawa asas hubungan antara lelaki dan wanita adalah al-wala. Qiwamah yang dikhususkan kepada lelaki adalah dalam urusan rumah tangga sahaja bukan dalam urusan-urusan lain dari bab mengutamakan yang lebih layak bukan menafikan kelayakan daripada wanita.

2. Sunnah
a. Qauliah (kata-kata).
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tidak berjaya mana-mana kaum yang melantik wanita menjadi pemimpin.
Berdasarkan kaedah "pengajaran itu diambil dari lafaznya yang umum bukan sebabnya yang khusus". Hadis ini memberi erti bahawa mana-mana kaum melantik wanita menjadi pemimpin adalah kaum yang gagal. Menafikan kejayaan dalam konteks hadis ini bererti tegahan.
Dijawab: Hadis ini disanggah dengan cerita Balqis yang berjaya memimpin kaumnya, walaupun beliau seorang wanita. Ini mendorong setengah pihak mengkhususkan hadis kepada wilayah tertinggi iaitu khilafah. Ada juga golongan yang mengkhususkan kepada kes berkenaan sahaja dengan qarinah (bukti).
b. Fikliah (perbuatan).
Tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam sama ada di zaman nabi atau zaman-zaman selepasnya, perempuan dilantik menjadi qadi atau pemimpin wilayah. Jika ia diharuskan oleh syarak tentu sekali ia tidak akan di abaikan apa lagi jelas keperluan dalam kehidupan bermasyarakat.
Dijawab: Bahawa tidak berlaku perkara tersebut adalah disebabkan tabeat kehidupan masyarakat pada waktu itu. Ia tidak menjadi dalil untuk menafikan kelayakan wanita sebagai pemimpin.

3. Maslahah.
Setengah menganggap bahawa kepimpinan wanita bercanggah dengan kehendak maslahah daripada dua aspek:
a. Maslahah umat
Politik memelukan ketegasan dan ketangkasan. Sifat semulajadi wanita yang cenderung kepada sentimen mendedahkan umat kepada kemusnahan. Ini adalah mudarat yang terlarang. Disamping tanggungjawab sebagai pemimpin memerlukan….. adalah amat berat. Ia bertanggungjawab memelihara agama, menyelesaikan perselisihan, menjaga generasi, melaksanakan hudud, mengukuhkan pertahanan , jihad dan mengimamkan solat. Sesetengahnya ditegah daripada wanita melakukanya oleh syarak. Oleh itu penglibatan mereka dalam kepimpinan hendaklah dihadkan di bidang kemasyarakatan, pendidikan dan perubatan atau paling tinggi kementerian wanita.
b. Maslahah keluarga.
Wanita yang menceburkan diri dalam politik akan mengabaikan tanggungjawab rumahtangga dan akan menyebabkan runtuhnya rumahtangga. Kalau pun ia mampu dilakukan oleh setengah wanita, perkiraan dalam menghukum ialah kumpulan ramai dan yang kebiasaan bukan yang jarang-jarang berlaku.Dijawab: Bahawa itu semua berlaku atas andaian wanita yang tidak ada kelayakan. Kita sedang berbincang mengenai wanita yang layak. Lagi pun contoh dan gaya kepimpinan yang disebut adalah gaya pemerintahan individu, kita berbicara dalam dimensi pemerintahan yang mengamalkan syura dan melaksanakan syariah dengan kefahamannya yang betul. Mengenai kepentingan keluarga, memang benar perkiraan dengan keadaan yang biasa. Oleh kerana itu kita bercakap mengenai kepimpinan yang hukumnya fardhu kifayah tidak wajib kepada semua orang.

4. Saddu zariak (Menghindari Kemungkinan Lebih Buruk).
Pemimpin harus ke depan dan mengambil tanggungjawab. Ini bersalahan dengan kehendak syarak yang menetapkan bahawa wanita tempatnya di rumah dan membawa kepada percampuran yang membawa fitnah. Dijawab: Pandangan ini disanggah dengan menganggap bahawa arahan tinggal di rumah itu adalah perintah khusus kepada isteri-isteri nabi s.a.w. Ia tidak kena mengena dengan wanita umat ini. Sunnah amali menunjukkan mereka terlibat bersama lelaki dalam semua bidang kehidupan termasuk ibadah, muamalah, menuntut ilmu, jihad dan bidang-bidang perkerjaan. Yang dilarang oleh syarak ialah, mendedahkan aurat, mengucapkan kata kata yang menggoda, merenung atau bertentang mata, dan berkhalawat.

Kesimpulan.

Sesungguhnya kepimpinan umum memerlukan keupayaan khusus. Ada di kalangan wanita yang memiliki keupayaan tersebut dan layak untuk memikul tanggungjawab fardhu kifayah ini. Hujah untuk menafikan hak mereka tidak kuat. Walaubagaimana pun kita beranggapan bahawa bilangan wanita yang mampu memikul tanggungjawab rumahtangga dan kepimpinan tidak ramai. Walaubagaimanapun ketandusan ini tidak memberi makna bahawa penglibatan wanita di bidang politik dan kemasyarakatan lemah. Apa lagi bila dilihat dari perspektif penyertaan politik mengikut kaca mata Islam. Islam melihat penglibatan wanita di bidangnya yang khusus seperti mendidik anak dan menguruskan rumah tangga memberi kesan besar di bidang politik dan kenegaraan. Wallahu aalam

Haram Melantik Wanita Sebagai ‘Pemerintah’

Wanita tidak boleh menjadi Khalifah (pemimpin umat Islam). Dengan kata  lain, Khalifah harus laki-laki; dia tidak boleh seorang wanita. Berdasarkan  hadits yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah yang mengatakan: -Sungguh Allah SWT telah memberikan manfaat - dari kata-kata yang pernah  kudengar dari Rasulullah SAW - pada saat perang Jamal, setelah semula  hampir saja aku mengikuti tentara Jamal (yang dipimpin oleh Aisyah yang  mengendarai unta) dan berperang di pihak mereka.- Lalu ia melanjutkan :  -Ketika sampai berita kepada Rasulullah SAW bahwa bangsa Persia telah  mengangkat putri Kisra sebagai ratu, maka beliau bersabda: -Tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan kekuasaan  (pemerintahan) mereka kepada seorang wanita.-  Ikhbar (pemberitahuan) Rasulullah SAW dengan menafikan keberuntungan pada  orang yang menyerahkan kekuasaan mereka kepada seorang wanita adalah  menunjukkan larangan terhadap kepimpinan wanita. Sebab pernyataan tersebut  merupakan shiyagut thalah (bentuk-bentuk perintah). Ditambah, pemberitahuan  tersebut merupakan pemberitahuan yang berisi celaan (adz dzam) kepada  mereka yang menyerahkan kekuasaannya kepada seorang wanita, dengan cara  menafikan keberuntungan pada mereka, maka hal itu dapat dijadikan indikasi  (qarinah) bahwa celaan tersebut merupakan larangan yang pasti dan tegas.  Sehingga larangan mengangkat seorang wanita untuk jabatan kekuasaan di sini  disertai dengan indikasi yang menunjukkan tuntutan meninggalkan perbuatan  tersebut secara pasti. Jadi, mengangkat seorang wanita sebagai penguasa  adalah haram. Sedangkan yang dimaksud dengan larangan mengangkat seorang  wanita menjadi penguasa di sini adalah menduduki jabatan khalifah dan  jabatan-jabatan kekuasaan di bawahnya. Sebab, yang dibicarakan di sini  adalah pengangkatan putri Kisra sebagai ratu yang berkuasa. Jadi  persoalannya adalah khusus persoalan pemerintahan, bukan khusus mengenai  kejadian diangkatnya putri Kisra saja, tetapi juga tidak bisa diartikan  umum, mencakup segala hal. Oleh karena itu, larangan ini tidak mencakup  hal-hal lain selain pemerintahan.  

Sepakat para ulama mujtahid empat mazhab, bahwa mengangkat kepala negara seorang wanita adalah haram. Imam al-Qurthubi dalam tafsirnya al-Jaami’ li ahkami al-Qur’an mengatakan, "Khalifah haruslah seorang laki-laki dan para fuqaha telah bersepakat bahwa wanita tidak boleh menjadi imam (khalifah/kepala negara)". Secara rinci, terdapat sejumlah argumen sebagai dasar haramnya wanita menjadi kepala negara.
Pertama, terdapat hadits shahih yang melarang wanita sebagai kepala negara. "Tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan (pemerintahan) mereka kepada seorang wanita" (HR. Bukhari). Lafadz wallau amrahum dalam hadits ini berarti mengangkat seseorang sebagai waliyul amri (pemegang tampuk pemerintahan). Ini tidak mengherankan oleh karena hadits ini memang merupakan komentar Rasulullah SAW. tatkala sampai kepadanya berita tentang pengangkatan putri Kisra, Raja Persia.
Sekalipun teks hadits tersebut berupa kalimat berita (khabar), tapi pemberitaan dalam hadits ini disertai dengan celaan (dzam) atas suatu kaum atau masyarakat yang menyerahkan kekuasaan pemerintahan kepada seorang wanita, berupa ancaman tiadanya keberuntungan atas mereka. Celaan ini merupakan qarinah (indikasi) adanya tuntutan yang bersifat jazm (tegas dan pasti). Dengan demikian mengangkat wanita sebagai presiden secara pasti hukumnya haram.
Memang ada sementara kalangan yang meragukan keshahihan hadits ini. Mereka menunjuk salah seorang perawi hadits ini, Abu Bakrah, sebagai orang yang tidak layak dipercaya lantaran menurut mereka ia pernah memberikan kesaksian palsu dalam sebuah kasus perzinaan di masa Umar bin Khattab. Tapi pengkajian terhadap sosok Abu Bakrah sebagaimana disebutkan dalam kitab-kitab yang menulis tentang perawi (orang yang meriwayatkan) hadits seperti Tahdibu al-kamal fi Asmaa al-Rijal, Thabaqat Ibnu Sa’ad, Al Kamil fi Tarikh Ibnul Atsir menunjukkan bahwa Abu Bakrah adalah seorang shahabat yang alim, dan perawi yang terpercaya. Oleh karena itu, dari segi periwayatan tidak ada alasan sama sekali menolak keabsahan hadits tentang larangan mengangkat wanita sebagai kepala negara.
Di samping itu, ada juga yang menganggap bahwa larangan mengangkat wanita sebagai kepala negara tidaklah mencakup larangan untuk menjadi presiden oleh karena, katanya, jabatan presiden tidak sama dengan jabatan kepala negara dalam Islam, atau presiden bukanlah al-imamu al-azham sebagaimana dalam sistem pemerintahan Islam. Pendapat seperti ini sangatlah lemah. Mengapa? Karena teks hadits di atas sudah menjawab dengan sendirinya. Buran, putri Kisra yang diangkat sebagai ratu dalam sistem kekaisaran Persia memang tidak sama dengan sistem pemerintahan Islam. Bila dalam kasus Buran, Rasulullah mengharamkan, apa bedanya dengan sistem presiden sekarang yang juga sama-sama bukan sistem pemerintahan Islam?
Kedua, didalam al-Qur’an terdapat ayat yang mewajibkan kita taat kepada kepala negara. "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri diantara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul-Nya (as-Sunnah)" (An Nisa’ 59)
Dalam ayat ini, perintah taat kepada pemimpin dengan menggunakan lafazh ulil amri. Berdasarkan kaidah bahasa Arab, maka bisa dimengerti bahwa perintah kepada pemimpin yang dimaksud dalam ayat tadi adalah pemimpin laki-laki. Sebab, bila pemimpin yang dimaksud adalah perempuan, mestinya akan digunakan kata uulatul amri.
Ketiga, didalam al-Qur’an terdapat petunjuk yang sangat jelas bahwa laki-laki adalah pemimpin bagi kaum wanita. "Para lelaki menjadi pemimpin atas kaum wanita" (An-Nisa' 34). Benar, ayat ini memang berbicara tentang keluarga, dan kepemimpinan laki-laki atas wanita dalam sebuah rumah tangga. Lalu apa hubungannya dengan persoalan negara? Dengan pendekatan tasyri' min baabi al-aula (keharusan yang lebih utama), bila untuk mengatur rumah tangga saja lelaki harus menjadi pemimpin, apalagi "rumah tangga besar" dalam wujud sebuah bangsa atau negara tentu lebih diharuskan seorang laki-laki. Bila untuk mengatur urusan yang lebih kecil seperti urusan rumah tangga, Allah menetapkan laki-laki sebagai pemimpin atas wanita, maka terlebih lagi masalah negara yang lebih besar dan kompleks, tentu lebih wajib dise- rahkan kepada laki-laki.
Keempat, dalam sejarah pemerintahan Islam, baik di masa khulafaurrasyidin, Bani Umayah, Bani Abassiyah atau pemerintahan sesudahnya, tidak pernah sekalipun khalifah diangkat dari kalangan wanita. Memang di Mesir pernah berkuasa seorang ratu bernama Syajaratuddur dari dinasti Mamalik. Tapi kekuasaan yang diperolehnya itu sekadar limpahan dari Malikus Shalih, penguasa ketika itu yang meninggal. Setelah tiga bulan berkuasa (jadi sifatnya sangat sementara dan relatif tidak diduga) akhirnya kekuasaan dipegang oleh Emir Izzudin yang kemudian menikahinya. Jadi jelas sekali tidak ada preferensi historis dalam Islam menyangkut peran wanita sebagai kepada negara.
Kelima, kenyataan adanya presiden-presiden wanita di sejumlah negeri muslim (Benazir Bhuto di Pakistan, Begum Khalida Zia di Bangladesh) tidaklah cukup untuk menggugurkan larangan wanita menjabat kepala negara. Kenyataan di atas harus dipandang sebagai penyimpangan. Dan sebuah kenya-taan bukanlah hukum, apalagi bila kenyataan itu bertentangan dengan hukum itu sendiri. Sama seperti hukum shalat. Bila terlihat kenyataan cukup banyak di negeri ini orang tidak shalat, apakah lantas hukum shalat bisa berubah begitu saja menjadi tidak wajib? Terhadap kenyataan yang menyimpang, maka kewajiban kita justru untuk meluruskan bukan malah membuat penyimpangan yang lain.
Khatimah
 Demikianlah hukum Islam mengenai larangan mengangkat seorang wanita sebagai kepala negara. Penjelasan telah diberikan, berpulang kepada kita mau menerima atau tidak. Tapi, diluar itu ada beberapa hal yang mesti diperhatikan:
Pertama, bahwa risalah ini dibuat semata untuk menjelaskan kepada ummat Islam dengan penjelasan yang sejelas-jelasnya mengenai hukum Islam tentang larangan mengangkat seorang wanita sebagai kepala negara. Sekali lagi, lepas dari calon presiden Indonesia mendatang adalah Megawati atau yang lain. Andaipun calon itu misalnya adalah Aisyah Amini atau wanita muslimah lainnya, tetap saja kita harus menolak pencalonan itu berdasarkan ketentuan hukum Islam.
Kedua, kontroversi antara yang pro dan kontra presiden wanita kelihatannya bakal tidak akan menghasilkan titik temu bila sejak dari awal pijakan berpikirnya saja sudah berbeda. Pihak yang pro presiden wanita menggunakan alasan kesetaraan gender (jenis kelamin), bahwa baik lelaki atau perempuan harus diberikan hak politik yang sama termasuk kesempatan untuk menjadi presiden. Dalam hal ini mereka sama sekali tidak mempertimbangkan tuntunan agama, sekalipun diantara mereka mungkin banyak yang beragama Islam. Sementara, yang kontra mendasarkan pendapatnya pada ketentuan hukum Islam, disamping mungkin ada juga faktor lain.
Ketiga, sebagai seorang muslim seharusnya kita senantiasa mendasarkan pendapat-pendapat kita kepada tuntunan Islam. Termasuk partai-partai yang mengaku berasas Islam seperti PPP, PBB dan Partai Keadilan. PKB yang berintikan para ulama dan merupakan partai resmi yang dibidani PBNU (NU sendiri artinya adalah kebangkitan ulama) juga semestinya hanya melandaskan keputusan-keputusan politiknya pada ajaran Islam. Ulama macam mana bila ia tidak lagi berpegang pada syariat Islam? Bahkan PAN-pun, yang menyebut diri partai terbuka yang lintas agama, juga harus terikat kepada aturan Islam. Bukankah salah satu prinsip partai pimpinan tokoh reformasi Amien Rais adalah moral agama? Agama mana yang dimaksud bila bukan Islam, oleh karena konstituen (pendukung) utama partai ini adalah warga Muhammadiyah? Oleh karena itu, tidak layak sama sekali bila partai-partai itu, --sebenarnya termasuk juga Golkar yang sekarang ini dikemudikan oleh banyak alumni HMI-- dan juga semua kaum muslimin, mendukung pencalonan seorang wanita sebagai presiden. Bila kita tak acuh terhadap ketentuan hukum Islam mengenai hal ini, lantas dimanakah kemusliman kita hendak diletakkan !
Keempat, oleh karena itu melalui risalah ini diserukan kepada pimpinan partai-partai Islam atau yang berbasis umat Islam; para ulama, para kyiai atau ustadz dan semua kaum muslimin, termasuk umat Islam yang menjadi pendukung bahkan menjadi pengurus PDI Perjuangan, untuk menolak pencalonan seorang wanita sebagai presiden. Harus dipahami, bahwa seruan ini sama sekali tidak didasari kebencian kepada pribadi Megawati, tapi justru didorong oleh rasa kasih dan sayang kepada putri Bung Karno ini. Sebagai sesama muslim, kita tentu tidak menginginkan Megawati sebagai seorang muslimah terjerumus pada dosa dan kesalahan hanya lantaran dorongan orang-orang disekitarnya yang tidak tahu atau tidak mau tahu terhadap prinsip agama Islam.
Kelima, sebagai sebuah bangsa, kita ini sebenarnya sudah terlalu banyak melanggar aturan-aturan Allah. Lihatlah, berbagai tatanan kehidupan baik yang menyangkut aspek sosial, ekonomi, maupun pemerintahan, nyata-nyata tidak sesuai dengan syariat islam. Di bidang hukum, begitu banyak hukum-hukum sekuler yang diterapkan dan boleh jadi masih akan banyak lagi yang dilegalkan melalui keputusan parlemen. Masihkah kita akan menambah semua itu dengan maksiyat besar yang baru: mengangkat presiden wanita? Tidakkah cukup krisis ekonomi, krisis sosial, krisis politik yang mendera negeri ini lebih dari dua tahun lamanya menyadarkan kita untuk kembali kepada jalan yang benar? Krisis seperti apa lagi yang bakal terjadi bila kita tetap terus membangkang, tak acuh terhadap hukum-hukum Allah dan segala ancaman-Nya?
Bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang beriman !