Sunday, June 12, 2011

SEGALANYA MILIK ALLAH...MEMILIKINYA BEREBUT...TAPI TAAT PADA ALLAH ENGGAN...MENENTANG ADA LAGI...ADALAH...BEGITULAH MANUSIA LUPA ASAL USUL MEREKA...SEDANGAN KITA AKAN KEMBALI KEPADANYA DAN AKAN DIHITUNG SEGALA AMALAN..

Peluru berpandu di Spratly






TAIPEI - Taiwan merancang untuk mengerahkan pasukan bot peluru berpandu dan kereta kebal ke Kepulauan Spratly di Laut China Selatan yang dituntut beberapa negara termasuk Malaysia berikutan ketegangan di perairan berkenaan terus memuncak, kata seorang jurucakap tentera semalam.
Selain Malaysia, keseluruhan atau sebahagian Kepulauan Spratly yang kaya dengan simpanan minyak mentah itu juga dituntut oleh Taiwan, Vietnam, Brunei, Filipina dan China.
Kementerian Pertahanan Taiwan dalam satu kenyataan memberitahu, negara itu bimbang pasukan pengawal pantainya yang ditempatkan di kepulauan berkenaan dan gugusan pulau Pratas tidak memiliki senjata berat sekiranya berlaku konflik.
"Pada masa ini, pasukan pengawal pantai kami di Nansha (Spratlys) dan Tungsha (Pratas) cuma dilengkapi senjata ringan," jelas jurucakap Kementerian Pertahanan Taiwan, David Lo kepada agensi berita Associated French Press (AFP).


Yu kemejan masuk jaring nelayan



ORANG ramai melihat ikan yu kemejan yang berjaya ditangkap oleh nelayan di perairan Kampung Chempaka, Kuantan semalam.



LUMAYAN. Nelayan pantai Kampung Chempaka, Kuantan membawa pulang hasil tangkapan yang mengejutkan semalam.
Manakan tidak, kepulangan mereka menarik perhatian ramai dengan kejayaan menaikkan seekor yu kemejan sepanjang hampir dua meter seberat 200 kilogram yang terperangkap dalam jala.
Kemunculan ikan itu mengejutkan kerana ia spesies yang jarang ditemui, apatah lagi pada saiz sebesar itu.
Seorang daripada nelayan itu menganggarkan nilai ikan berkenaan di pasaran mencecah RM2,000.

Tenggiling terselamat jadi sajian



SEBAHAGIAN 35 ekor tenggiling yang dirampas Perhilitan Pulau Pinang dalam serbuan di Mak Mandin, Butterworth kelmarin.



GEORGE TOWN – Cubaan sekumpulan lelaki menyeludup 35 ekor tenggiling Malaysia ke Thailand tidak berhasil apabila salah seorang daripada mereka ditahan ketika memindahkan haiwan tersebut ke dalam but sebuah kereta, berhampiran Tokong Cina di Mak Mandin, Butterworth dekat sini pagi kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira pukul 4 pagi oleh tiga pegawai dari Unit Penguatkuasaan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, suspek berusia dalam lingkungan 40-an itu berjaya dicekup manakala empat rakannya sempat meloloskan diri.
Ketua Unit Penguatkuasaan negeri, Khairul Nizam Yahaya berkata, sindiket penyeludupan tenggiling yang dianggarkan bernilai RM50,000 itu berjaya ditumpaskan hasil intipan yang dilakukan sejak dua minggu lalu.
Menurut beliau, siasatan mendapati kumpulan itu tidak menggunakan sebarang premis untuk dijadikan stor simpanan sebaliknya cuma menggunakan dua buah kenderaan dalam proses pemindahan hidupan liar itu.

No comments:

Post a Comment