Sunday, June 12, 2011

HEBAT DAN BERUNTUNG JIKA MASUK SYURGA...SETAKAT DUNIA...TAK HEBAT MANA...RAMAI YG HEBAT DIDUNIA...JANGAN KECUNDANG DIAKHIRAT DAH LAH......

Gagal kawal nafsu

Oleh SHAMRAN SARAHAN
shamss@hmetro.com.my

NASIHAT... Raimi diberi nasihat mengenai disiplin sebagai pemandu teksi oleh Presiden Pengusaha Teksi Dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan, Selangor (Perpekli) Datuk Aslah Abdullah.
NASIHAT... Raimi diberi nasihat mengenai disiplin sebagai pemandu teksi oleh Presiden Pengusaha Teksi Dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan, Selangor (Perpekli) Datuk Aslah Abdullah.
KUALA LUMPUR: Jadi hamba pelayan pelanggan (GRO). Itu istilah tepat menggambarkan kebodohan sebilangan pemandu teksi yang sanggup menjadi pak turut kepada GRO di ibu kota semata-mata untuk mendapatkan pendapatan tambahan dan memuaskan nafsu serakah.
Tugas mereka hanya perlu menghantar pergi balik GRO berkenaan ke lokasi kerja dan rumah, selain turut menyediakan penghantaran ke hotel tertentu jika menerima ‘langganan luar’.
Sebagai upah, pemandu teksi terbabit diberi wang ‘ekstra’ tambang teksi, tetapi selalunya mereka hanya dibayar dengan habuan seks.

Akibat jerat GRO ini, ramai pemandu teksi kehilangan pendapatan harian yang sepatutnya mereka peroleh, malah ada yang lingkup sehingga teksi ditarik balik oleh syarikat sewaan teksi kerana gagal membayar sewa harian.


Hal ini didedahkan seorang pemandu teksi yang hanya ingin dikenali sebagai Ramli Ahmad, 38, yang mengakui turut menjadi mangsa ‘dipermainkan’ GRO sehingga dia kehilangan teksi sewaan, manakala rumah tangganya porak peranda.



Seorang maut, 2 parah

Oleh JUNAIDI LADJANA
djuns@hmetro.com.my

SELAMAT... Awang Ahmad bersama isterinya melawat Mohd Fadli yang cedera di hospital Duchess Of  Kent, Sandakan.
SELAMAT... Awang Ahmad bersama isterinya melawat Mohd Fadli yang cedera di hospital Duchess Of Kent, Sandakan.
SANDAKAN: Tidak tahan mendengar tiga anak saudaranya berbuat bising, seorang lelaki berusia 20-an merodok dan mengelar tiga kanak-kanak itu menggunakan pisau hingga menyebabkan seorang maut di pangsapuri Majlis Pembandaran Sandakan, Jalan Batu Sapi, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari, Mohd Khairadri Awang Ahmad, 6, ditemui mati dalam keadaan ngeri akibat cedera parah di perut, dipercayai dirodok dengan senjata tajam.

Abangnya, Mohd Fadli Zairi, 12, turut dikelar di dada manakala kakaknya, Nur Salinah, 10, cedera di pergelangan tangan. Kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Duchess of Kent dan dikatakan masih trauma.
Difahamkan, ibu bapa mangsa tiada di rumah ketika kejadian kerana bekerja dan meninggalkan anak mereka bersendirian, sementara suspek menetap di tingkat bawah rumah pasangan itu.

Suspek dikatakan berehat di rumahnya manakala tiga beradik itu bermain di rumah mereka.

Bagaimanapun, suspek yang terganggu dengan perbuatan anak buahnya yang nakal itu menegur mereka supaya tidak berbuat bising.

Namun, arahan lelaki berkenaan hanya bertahan seketika apabila ketiga-tiga beradik itu kemudian mengulangi perbuatan sama dengan berbuat bising.

Keadaan itu menyebabkan suspek berang dan terus menuju ke rumah mangsa di tingkat atas lalu memarahi mereka.
Selepas dimarahi, suspek secara tiba-tiba menuju ke dapur dan mengambil sebilah pisau sebelum menikam dan mengelar tiga beradik itu.

Selepas merodok perut Mohd Khairadri, suspek mengelar Mohd Fadli di dada manakala Nur Salinah dikelar di pergelangan tangan.

Bagaimanapun, Mohd Fadli dan Nur Salinah sempat melarikan diri dan meminta bantuan jiran bersebelahan rumah.

Terkejut melihat kedua-dua beradik itu berlumuran darah, jiran terbabit terus menuju ke rumah mangsa dan melihat Mohd Khairadri terbaring berlumuran darah dalam keadaan tidak bermaya manakala suspek melarikan diri.

Jiran mangsa kemudian membawa tiga kanak-kanak itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum Mohd Khairadri disahkan meninggal dunia.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan suspek ditahan kira-kira jam 8 pagi semalam di stesen minyak di Jalan Karamunting.

“Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.



Cikgu Shida hebat

Laporan dan foto MOHD IDRIS SULAIMAN
am@hmetro.com.my

BERBAKAT... Cikgu Shida berlakon dalam telemovie WWW.Cikgu Shida.Com.
BERBAKAT... Cikgu Shida berlakon dalam telemovie WWW.Cikgu Shida.Com.
PARIT: “Bukan sekadar ‘miming’, malah dia juga bakal menjadi pelakon hebat,” begitulah reaksi awal pengarah telemovie WWW.Cikgu Shida.Com, Isqandar Jebat ketika ditanya mengenai penampilan sulung ratu miming, Roshida Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Cikgu Shida yang berjaya menambat hati hampir dua juta peminat laman web Youtube kerana aksi gila-gilanya.
Malah, gelagat kelakar dan penampilan bersahaja Cikgu Shida yang melakonkan pelbagai watak ketika sesi penggambaran turut ‘memecahkan perut’ kru hingga terpaksa dihentikan buat seketika.
Telemovie WWW.Cikgu Shida.Com menampilkan pelbagai watak Cikgu Shida bermula daripada penarik kereta, gadis kampung cantik, menjadi bomoh serta ketua kampung, bakal menemui penonton untuk tayangan Aidilfitri tahun ini melalui saluran Astro.

Cikgu Shida ketika ditemui di lokasi penggambaran berkata, dia penat namun penampilan pertama dalam bidang lakonan sungguh menyeronokkan.


“Mana tak penatnya, kadangkala ‘shooting’ (penggambaran) habis jam 3 pagi. Besok ‘scene’ (babak) baru kena hafal dialog lagi.

“Mujur tuan director (pengarah) orangnya baik... asyik-asyik ‘cut’ (potong). Mungkin dia tak tahan melihat aksi (kelakar) saya,” katanya menceritakan detik awal babak pertama menjadi penarik kereta.

No comments:

Post a Comment