Saturday, October 13, 2012

BINA MASJID SAJA TAK CUKUP....KALAU MASYARAKAT SETEMPAT TAK MENGUNJUNGINYA@SOLAT JEMAAH....SERTA HADIR KE MAJLIS2 PENGAJIAN YANG DIADAKAN


Planet dipenuhi berlian ditemui

Posted on the October 13th, 2012 under Luar Negara by admin
Gambaran artis disiar Universiti Yale menunjukkan Planet ‘55 Cancri e’.
‘55 Cancri e’ dua kali ganda lebih besar daripada Bumi
London: Sekumpulan ahli astronomi menemui sebuah planet dua kali lebih besar daripada Bumi dengan sebahagian besarnya adalah berlian, mengorbit bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar.
Planet berkenaan yang dipanggil ‘55 Cancri e’ mengorbit bintang seperti matahari dalam buruj Cancer.

Ia bergerak terlalu pantas hingga tempoh setahun di sana hanya mengambil masa kira-kira 18 jam.
Penemuan oleh sepasukan penyelidik Amerika Syarikat-Perancis, garis pusatnya juga dua kali ganda daripada Bumi manakala jisimnya lapan kali lebih besar.
Itu bermakna kepadatannya sama seperti Bumi, walaupun ada planet berlian sebelum ini mempunyai kepadatan lebih tinggi.
Planet berlian juga berkeadaan amat panas dengan suhu permukaannya mencecah 1,648 Celsius.
“Permukaan planet ini diliputi grafit dan berlian berbanding air dan granit,” kata penyelidik Yale, Nikku Madhusudhan.
Penemuannya itu akan diterbitkan dalam jurnal Astrophysical Journal Letters.
Dalam kajian itu, Olivier Mousis dari Institut de Recherce en Astrophysique et Planetologie di Toulouse, Perancis, menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya satu pertiga daripada jisim planet itu yang menyamai kira-kira tiga jisim Bumi, mengandungi berlian.
Penemuan berkenaan juga adalah yang pertama kali planet berlian dilihat mengelilingi bintang seperti matahari membolehkan kajian dijalankan dengan terperinci.
“Ini adalah gambaran pertama dunia batuan dengan asas kimia berbeza dari Bumi,” kata Madhusudhan.
Beliau juga berkata, penemuan planet yang kaya dengan karbon itu bermakna, planet berbatu yang jauh tidak lagi dianggap mempunyai persamaan dengan bumi dari segi juzuk kimia, keadaan dalaman, atmosfera atau biologinya.
Seorang ahli astronomi di Universiti Princeton, David Spergel juga berkata, adalah lebih mudah untuk mengenal pasti struktur asas dan sejarah sesuatu bintang jika jisim dan usianya diketahui.
“Planet adalah lebih kompleks. Planet lebih besar daripada Bumi kaya dengan berlian ini satu daripada contoh hasil penemuan yang bakal ditemui untuk kita memulakan penerokaan planet dekat dengan bintang,” kata Spergel. – Reuters

2 ditahan rogol kanak-kanak 6, 10 tahun

Posted on the October 12th, 2012 under Tempatan by admin
LEDANG – Tidak sedar diri, tepat buat seorang warga emas berusia 66 tahun apabila tergamak menjadikan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun sebagai pemuas nafsu serakahnya, sejak kira-kira enam bulan lalu.
Bagaimanapun, rahsia itu terbongkar selepas adik mangsa melihat mangsa ditindih suspek dengan kedua-duanya berbogel, sebelum memaklumkan kejadian itu kepada keluarganya.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, kejadian itu berlaku pada 9 Oktober lalu, di belakang kedai makan dan minuman di Jalan Panggung Lama, Tangkak.

Menurutnya, suspek adalah pelanggan tetap kedai milik bapa mangsa dan kenalan bapanya sejak sekian lama.
“Suspek ditangkap jam enam petang, hari sama dan direman sehingga Ahad ini.
“Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang di sini, semalam.
Dalam kes berlainan pada hari sama, seorang kanak-kanak berusia enam tahun dirogol sepupunya berumur 24 tahun dalam kebun getah belakang rumah mangsa di Kampung Anjung Batu, Tangkak.
Harun berkata, dalam kejadian jam 4.15 petang itu, kanak-kanak berkenaan sedang tidur atas sofa di beranda rumah, dan suspek yang kebetulan lalu di situ terangsang apabila melihat pakaian mangsa tersingkap.
“Semasa kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah dan suspek mendukungnya ke kebun getah lalu merogolnya,” katanya.
Jelasnya, ekoran itu pihaknya menahan suspek di sebuah rumah tidak bernombor di kampung yang sama kira-kira jam 4.50 petang dan ditahan direman sehingga Ahad ini.
Beliau berkata, siasatan juga mendapati lelaki tersebut mempunyai satu rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Masjid terbiar jadi sarang maksiat

Posted on the October 12th, 2012 under Tempatan by admin
Keadaan dalam masjid lama yang terbiar dan kotor. Gambar kecil: Ismail
MARANG – Penduduk di sini merayu pihak berkaitan agar membaik pulih semula atau merobohkan sebuah masjid lama di sini, agar tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab kerana keadaannya tidak terjaga.
Dakwa mereka, kemudahan lama di Binjai Rendah tidak lagi digunakan selepas masjid baru iaitu Masjid Haji Muda siap dibina lebih dua tahun lalu terletak bersebelahan masjid lama berkenaan sekaligus kemudahan itu terbiar dan mereput.

“Hampir keseluruhan bahagian dalam dan luar masjid didapati rosak berpunca daripada serangan anai-anai kerana tidak dijaga manakala siling dan palangnya pula sudah mula mereput,” kata penduduk berdekatan dikenali sebagai Abdullah, 40-an.
Menurutnya, keadaan kotor dan tidak terjaga itu juga menarik perhatian golongan tidak bertanggungjawab untuk melakukan perkara negatif termasuk melakukan maksiat kerana masjid lama berdekatan dengan jalan utama Kuala Terengganu ke Kuala Berang.
“Terbaru, sekumpulan penduduk berjaya menangkap dua pasangan remaja yang dipercayai ingin melakukan maksiat tetapi berjaya dicegah dan ditahan orang kampung,” katanya kepada Sinar Harian.
Tinjauan Sinar Harian di dalam masjid lama juga mendapati, kesemua kabel elektrik terdapat di dalam masjid putus dipercayai akibat dicuri manakala keadaan sekelilingnya amat kotor dan beberapa tempat di luar masjid pula berbau busuk kerana air bertakung.
Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Mohamad berpendapat, masjid lama itu tidak wajar dirobohkan kerana kemudahan itu masih elok dan kukuh malah jika diperbaiki ia dapat dijadikan tempat untuk belajar fardu ain atau diubah suai menjadi dewan serba guna.
“Sayang jika ia dirobohkan kerana struktur bangunan masjid lama masih kukuh,” katanya.
Dalam pada itu, Sinar Harian menghubungi Pengerusi Masjid Haji Muda Binjai Rendah, Ismail Sulaiman, 67, yang mengesahkan perkara itu, berkata, keadaan itu sudah mula berlaku apabila penduduk di situ mula menggunakan kemudahan masjid baru.
Menurutnya, sebelum ini masalah itu telah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa masjid dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Binjai Rendah dan dipanjangkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama kira-kira dua tahun lalu.
“Bagaimanapun, sehingga kini masalah ini masih belum dapat diselesaikan,” katanya.
Sinar

Pelik! Budak Kecil Ini Ketagih Makan Ubat Nyamuk

Posted on the October 11th, 2012 under Luar Negara by admin

Macam pelik, tetapi itulah hakikatnya yang terjadi kepada seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun bernama Abdillah Syarif. Kanak-kanak ini gemar memakan ubat nyamuk. Selera pelik ini sudah tentulah berbeza daripada selera kanak-kanak lain yang gemar akan makanan manis seperti kek dan coklat. Dalam sehari, Abdillah yang berasal dari Polewali Mandar, Sulawesi Barat, mampu menghabiskan sebungkus ubat nyamuk.
Ibu bapa Abdillah atau Adit sudah berusaha untuk menghentikan tabiat buruk anaknya itu tetapi bukan saja tidak berhasil, malah, ketagihannya kepada ubat nyamuk semakin bertambah. Tabiat aneh Adit menyebabkan anak keempat pasangan Syarifuddin dan Nurlina itu menjadi terkenal di desanya di Sabang Subik, Kecamatan Balanipa.
Adit mula gemar memakan ubat nyamuk ketika berusia lapan bulan. Pada mulanya, Adit yang belum pandai berjalan ketika itu, mendekati ubat nyamuk dan tiba-tiba memakannya. Hingga kini, dia jadi ketagih dan tiada sehari pun dilalui tanpa memakan ubat nyamuk. Dia juga melakukan tabiat itu secara diam-diam kerana takut dimarahi ibu bapanya.

“Enak dan manis,” katanya ketika ditanya sebab dia gemar memakan ubat nyamuk.
Usaha orang tuanya untuk menghentikan tabiat pelik anak mereka tidak berhasil. Walaupun sudah menyorokkannya di tempat lain, Adit akan mendapatkan ubat nyamuk dari rumah jiran mereka.
“Biasanya kalau tidak menemukan ubat nyamuk di rumah, dia akan mencurinya di rumah jiran,” kata Syarifuddin. Nurlina pula mengatakan tabiat Adit itu mungkin bawaan daripadanya.
“Dulu ketika hamilkan Adit, saya memang gemar mencium asap ubat nyamuk dan mungkin ia menurun kepada anak saya,” katanya.
Menurut doktor pakar pediatrik di Dinas Kesehatan Polewali Mandar, Sih Harjo Boko, Adit menghidap penyakit pica, iaitu kelainan keadaan pola makanan pada kanak-kanak.
Penyakit itu disebabkan kekurangan zat besi dalam diri kanak-kanak dan boleh pulih, bergantung pada keprihatinan ibu bapa menjaga anak mereka.

Wanita warga emas ditembak jiran kerana disangka kera

Posted on the October 11th, 2012 under Tempatan by admin
KUALA TERENGGANU – Seorang wanita warga emas di Jalan Sekolah Kampung Batu Tiong, Dungun di sini ditembak jiranya Selasa lepas kerana menyangka wanita itu seekor kera.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K. Manoharan berkata dalam kejadian kira-kira 11.45 pagi, wanita berusia 60 tahun itu sedang berada di depan rumahnya terdengar bunyi tembakan dan terasa sakit pada dadanya.
“Tembakan dilepaskan jiran mangsa yang juga seorang pengawal keselamatan. Setelah mendengar mangsa mengerang kesakitan, suspek berusia 60 tahun itu bergegas ke rumah mangsa sebelum menghantarnya ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan.
“Suspek marahkan sekumpulan kera yang selalu merosakkan tanamannya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Manoharan berkata akibat tembakan, mangsa mengalami cedera di dada terkena peluru penabur daripada senapang patah milik pengawal keselamatan berkenaan.
Beliau berkata ketika mangsa mendapatkan rawatan pihak hospital mendapati ada dua kesan terkena tembakan dan terbakar pada bahagian dada mangsa tetapi tiada kesan peluru termasuk ke dalam.
“Melihat kesan itu doktor yang merawat mangsa membuat satu laporan polis kira-kira jam 11.50 pagi semalam dan mangsa masih dirawat di hospital.
“Sehubungan kejadian itu, pihak polis memanggil suspek untuk siasatan lanjut dan merampas sepucuk senapang patah yang digunakan suspek,” katanya.
Manoharan berkata senjata api berkenaan milik sebuah syarikat keselamatan dan berlesen, yang sepatutnya digunakan untuk menjaga keselamatan diri dan harta ketika bertugas dan tidak boleh digunakan bagi tujuan persendirian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata 1960 kerana menyebabkan cedera dengan senjata tanpa alasan yang sah dan di bawah Seksyen 8(b) akta yang sama kerana gagal mematuhi syarat, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 jika disabitkan kesalahan. – Bernama

Peniaga pasar malam dipenjara kerana rogol pelajar

Posted on the October 12th, 2012 under Tempatan by
JOHOR BAHRU – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seroang peniaga pasar malam selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan merogol seorang pelajar berusia 13 tahun, Ogos lepas.
Hakim Zamri Bakar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan terhadap Roslan Zakaria, 30, yang didakwa melakukan kesalahan itu dalam dua kejadian berasingan di tempat yang sama.
Bagi tuduhan pertama, Roslan yang berasal dari Padang Serai, Kedah, didakwa melakukan kesalahan itu di rumah bernombor 200, Jalan Saujana, Plentong dekat sini pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 10 Ogos lepas.
Bagi tuduhan kedua, ia didakwa melakukan kesalahan yang sama pada waktu dan tempat yang sama pada 13 Ogos lepas.

Didakwa semakin intim dengan Aidil

Posted on the October 11th, 2012 under Artis by admin

Isu membabitkan hubungan cinta membabitkan Jue Aziz dan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.
Malah, khabar angin itu semakin bertiup kencang apabila suami kepada aktres Rita Rudaini itu dikatakan membeli seutas jam tangan dari sebuah pusat membeli-belah terkenal di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk memujuk Jue.
Lebih menguatkan desas-desus percintaan mereka, Aidil sekali lagi telah menghantar surat permohonan cerai kepada peguam Rita Rudaini dan sudah tekad untuk menceraikan isterinya yang dinikahi semenjak tahun 2009.
Malah, Zass sendiri sudah mendapat pengesahan dari Rita berkaitan surat tersebut dan aktres berkenaan enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, usaha Zass untuk menemu bual Jue berkaitan hubungan mereka tidak berhasil apabila pelakon yang turut membintangi filem Hantu Bonceng ini seperti cuba mengelak untuk ditemu bual.
Sinar

Mangsa dirogol 10 lelaki bukan warga tempatan

Posted on the October 11th, 2012 under Tempatan by admin
SHAH ALAM: Wanita berusia 28 tahun yang menjadi mangsa dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar di Puchong Perdana, Sabtu lalu bukan warga tempatan seperti yang didakwa sebaliknya warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah manakala 10 lelaki terbabit memegang status pelarian Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Adnan Abdullah berkata, wanita terbabit yang bekerja sebagai pencuci rumah kini masih dalam keadaan trauma dan sedang menjalani rawatan.
Harian Metro dalam muka depannya kelmarin melaporkan seorang wanita ‘diculik’ dua lelaki warga Myanmar ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa kemudian dibawa ke sebuah flat berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu. Mangsa kemudian diikat dan dirogol secara bergilir-gilir dan dilepaskan kira-kira jam 7 malam sebelum dibawa rakannya membuat laporan di Balai Polis Puchong.
Berdasarkan laporan mangsa, polis menahan tiga lelaki warga Myanmar berusia 20 hingga 30-an di flat berkenaan, Ahad lalu.
Adnan berkata, polis kini memburu tiga lagi rakan suspek dan masih menjalankan siasatan bagi mencari rakaman video perbuatan keji 10 suspek terbabit berikutan dakwaan mangsa yang mengatakan beberapa suspek turut merakamkan perbuatan itu dengan telefon bimbit.
“Kita belum menemui rakaman berkenaan di dalam telefon bimbit milik tiga suspek yang ditahan kerana telefon bimbit yang dimiliki mereka adalah model lama dan tidak mempunyai aplikasi rakaman video,” katanya.
Harian Metro

BILA PENCURI TERLALU BERANI...SEBAB TAK DE HUKUM POTONG TANGAN

Polis tangkap pencuri Porsche

GAMBAR fail menunjukkan Zainuddin mengedarkan gambar Mohd. Azri yang dicari bagi membantu siasatan.


KUALA LUMPUR – Kecekapan polis menyiasat kes kecurian sebuah kereta sport Porsche Panamera 4 bernilai hampir RM1 juta dari sebuah pusat pameran kereta Porsche di Jalan Bukit Bintang di sini kelmarin terbukti apabila suspek yang disyaki terlibat dapat diberkas kurang dari tempoh 24 jam.
Suspek berusia 31 tahun yang merupakan bekas tahanan Pusat Tahanan Simpang Renggam itu ditahan oleh polis Klang pada pukul 3 pagi di sebuah rumah di Kampung Pendamar, Pandamaran. Suspek kemudian diserahkan kepada polis daerah Dang Wangi di sini untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun, kereta mewah berwarna emas bernilai RM900,000 itu masih belum ditemui dipercayai telah diserahkan kepada pihak tertentu.
Difahamkan, sebaik dapat melarikan kereta itu pada pukul 9 pagi, seorang rakan suspek yang memandu sebuah kereta lain telah mengekorinya hingga ke satu kawasan berdekatan Hotel Flamingo, Ampang Jaya melalui Jalan Lingkaran Tengah 2.

Peniaga penipu guna timbang haram


OTHMAN memeriksa sebuah alat timbang dalam satu operasi di Pasar Besar Klang, Klang baru-baru ini.


SHAH ALAM – Segelintir peniaga yang menggunakan alat timbang tamat tempoh dan diubah suai dikesan begitu licik menyembunyikan kegiatan mereka dengan membawa lari atau menyorok alat timbang ‘haram’ itu sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Peniaga terbabit juga sepantas kilat akan menukar alat timbang lain yang sah mengikut peraturan lalu meneruskan perniagaan seperti biasa seolah-olah tiada kesalahan dilakukan.
Modus operandi para peniaga terbabit kini menjadi cabaran besar kepada pegawai dan anggota Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor ketika menjalankan operasi membanteras kegiatan itu di pasar besar-pasar besar seluruh negeri itu.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa PPDNKK negeri, Othman Nawang berkata, pihaknya terpaksa menggunakan ramai anggota setiap kali membuat serbuan di pasar besar bagi mengesan dengan cepat kesalahan yang dilakukan peniaga termasuk alat timbang.

Isteri didakwa bunuh suami


CHOOI THIN (kanan) diiring keluar dari Mahkamah Majistret Kajang semalam.


KAJANG - Kes pembunuhan seorang tauke kedai tayar dan rakan wanitanya di Cheras bulan lalu memasuki episod baharu apabila isterinya pula dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan tersebut.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada ahli perniagaan, Yau Chooi Thin, 29, selepas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.
Pada 4 Oktober lalu, empat lelaki turut didakwa di mahkamah yang sama atas tuduhan membunuh pasangan tersebut. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Ismail Ahmad, 58; S. Dheepak, 27; S. Sandrasagran, 37, dan V. Rajendra Prakash, 33.
Pada prosiding semalam, Chooi Thin didakwa bersama dua yang masih bebas membunuh Leong Kian Sheong, 37, dan rakan wanitanya, Vivien Wong, 20, di sebuah rumah No. 1, Jalan SP 6/3, Taman Segar Perdana, Batu 9 Cheras antara pukul 6.10 pagi dan 6.45 pagi, 13 September lalu.

Perompak DJ Best 104 didakwa


MUHAMAT ARAFI (depan) dan seorang remaja berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Seorang remaja bawah umur antara dua lelaki yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merompak seorang juruhebah stesen radio Best 104 bulan lalu.
Remaja berusia 17 tahun yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Muhamat Arafi Amin Wong, 21, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Hassan Abdul Ghani.
Kedua-dua tertuduh masing-masing dari Saleng, Kulaijaya dan Senai di sini itu didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas merompak dengan bersenjatakan pisau ke atas Julie Diana Omar Shariff, 34, di No. 53, Jalan Kasim Nor, Kampung Sungai Danga, Taman Perling di sini kira-kira pukul 1 pagi, 29 September lalu.
Dakwaan dilakukan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mangsa pukau hilang RM500,000




PETALING JAYA – Seorang ibu tunggal yang juga bekas eksekutif syarikat swasta di Amerika Syarikat mendakwa menanggung kerugian hampir RM500,000 selepas dipukau oleh seorang kenalan wanitanya.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Madam G, 55, (gambar) mendakwa, lebih malang lagi dia turut kehilangan sebuah kereta jenis Toyota Camry dan rumah yang akan dilelong oleh pihak bank.
Menceritakan kisah hitam yang dialaminya, wanita keturunan Punjabi itu mendakwa, dia terpaksa hidup dalam keadaan sengsara sejak tiga tahun lalu selepas tidak sedarkan diri dengan apa yang dilakukan.
Dakwanya, wanita terbabit telah melakukan manipulasi terhadap harta miliknya apabila dia berjaya mengeluarkan wang tunai melalui beberapa transaksi.
“Bukan setakat itu, dia turut berjaya memalsukan dokumen penjualan rumah saya di Sri Damansara tanpa persetujuan saya,” katanya pada sidang akhbar di Subang Jaya dekat sini semalam.

Turki hantar jet ke sempadan Syria

ASAP akibat serangan mortar dan senjata kelihatan semasa kumpulan pemberontak bertempur dengan tentera Syria di bandar Azmarin yang terletak di sempadan Turki kelmarin.


ANKARA - Turki menghantar sebuah jet semalam selepas sebuah helikopter tentera Syria membedil bandar Azmarin dekat sempadan negara itu, kata seorang pegawai kepada agensi berita AFP.
"Jet itu berlepas dari pangkalan Diyarbakir di tenggara Turki selepas rejim Syria menghantar sebuah helikopter untuk membedil Azmarin yang ditawan kumpulan pemberontak," kata pegawai tersebut.
Hubungan antara kedua-dua buah negara sejak kebelakangan ini tegang ekoran kebangkitan penduduk Syria yang menentang pemerintahan Presiden Bashar Al-Assad.
Kebangkitan rakyat yang menentang Bashar itu dilakukan menerusi pertempuran dengan tentera Syria di kebanyakan tempat di negara tersebut.
Kelmarin, pihak berkuasa Turki menahan sebuah pesawat penumpang Syria yang dalam penerbangan dari Moscow ke Damsyik kerana disyaki membawa kargo berisi komponen senjata.
Kargo itu kemudian dirampas sebelum pesawat tersebut yang membawa 35 penumpang dibenarkan meneruskan penerbangan selepas ditahan di Lapangan Terbang Esenboga 28 kilometer ke timur laut Ankara.
Bagaimanapun, sebuah akhbar Rusia, Kommersant melaporkan bahawa pesawat itu membawa radar dan bukannya senjata.
Menurut akhbar itu, pesawat tersebut membawa 12 kotak yang mengandungi radar untuk digunakan dalam sistem pertahanan peluru berpandu Syria.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, kumpulan pemberontak membunuh 14 askar Syria dalam satu serangan di sebuah pos tentera di wilayah Daraa semalam.
Enam anggota pemberontak turut terbunuh dalam serangan itu.
Kematian itu berlaku sehari selepas 92 askar Syria terbunuh yang merupakan angka kematian anggota tentera paling ramai dicatatkan sejak kebangkitan rakyat negara tersebut berlaku pada Mac tahun lalu.
Lebih 30,000 orang dilaporkan terbunuh sejak konflik di negara Syria itu berlaku. - Agensi

Juruterbang pamer kemahiran kendali jet F/A 18


'AWAN' terbentuk semasa jet F/A 18 terbang di Axalp kelmarin.


AXALP - Beberapa juruterbang tentera Switzerland menunjukkan kemahiran mereka mengendalikan jet F/A 18 buatan Amerika Syarikat di sini kelmarin.
Salah seorang juruterbang itu menghasilkan 'awan' pada satu demonstrasi yang disaksikan sejumlah orang.
'Awan' itu terbentuk apabila berlaku tekanan yang sangat rendah pada aliran udara di sekitar jet tersebut.
Axalp merupakan kawasan pergunungan yang menjadi destinasi pelancongan popular di negara ini. - Agensi

Bola mata gergasi ditemui di pantai AS


GAMBAR yang disiarkan Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan Ikan Florida kelmarin menunjukkan bola mata gergasi yang ditemui di Pantai Pompano, Florida.


PANTAI POMPANO, Florida - Beberapa saintis Amerika Syarikat (AS) cuba menyelesaikan misteri satu bola mata gergasi yang ditemui di sini.
Mata gergasi yang sebesar bola lisut itu ditemui oleh seorang lelaki semasa dia berjalan pada Rabu lalu.
Beberapa pegawai hidupan liar menyatakan mata itu mungkin milik sotong gergasi atau ikan paus kerana ia ditemui di pantai.
Mata tersebut kini disimpan di sebuah makmal Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan Ikan Florida (AS) untuk dikaji bagi menentukan sama ada ia milik haiwan hidupan laut.
Ia disimpan dalam larutan formalin bagi mengelak berlakunya proses pereputan. - Agensi

Kantoi ! Rompak Mesin ATM, Hanya Berlaku Di Malaysia Jarang Diluar Negara - Pakar Keselamatan

Kes mesin ATM dipecahkan jarang berlaku di negara lain dan kes yang berlaku di negara ini menghairankan para pakar keselamatan dalam dan luar negara dengan kejadian seperti ini mesti dibendung segera.



 Kementerian Kewangan mahu pihak bank yang mempunyai mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di kawasan berisiko tinggi berlaku rompakan supaya segera memindahkannya ke kawasan lebih selamat.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pihak bank juga diwajibkan mengadakan mesin ATM yang baru bertaraf piawaian antarabangsa yang sukar dipecahkan.

Pihak bank juga diwajibkan memasang sistem penggera yang dapat didengar dari jauh oleh pasukan keselamatan apabila ia dipecahkan, katanya.

"Di samping itu mereka juga perlu memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan kerap mengadakan rondaan oleh pasukan keselamatan," katanya kepada pemberita.

Awang Adek berkata, sehingga ini, sebanyak 17 kes rompakan mesin ATM telah dilaporkan dengan kerugian bernilai jutaan ringgit, yang sebilangan besarnya berlaku kerana pihak bank tidak melakukan ciri-ciri keselamatan yang mencukupi.

"Malah bangunan yang tempatkan mesin ATM itu juga tidak dibina dengan mempunyai unsur kekebalan menyebabkan ia mudah dipecahkan," katanya.

Beliau turut berkata, kes mesin ATM dipecahkan jarang berlaku di negara lain dan kes yang berlaku di negara ini menghairankan para pakar keselamatan dalam dan luar negara dengan kejadian seperti ini mesti dibendung segera. - Bernama

HUKUM ALLAH...PATUT IA DIREJAM

‘Anu’ bengkak pakai gelang

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

POTONG...alat yang digunakan bomba untuk menyelamatkan mangsa.
POTONG...alat yang digunakan bomba untuk menyelamatkan mangsa.
IPOH: Bidang tugas anggota pasukan bomba dan penyelamat kini bukan sekadar memadam kebakaran atau mengeluarkan mangsa kemalangan, malah turut meliputi kerja menyelamatkan lelaki gila seks gara-gara cincin, gelang besi atau nat skru tersangkut pada kemaluan mereka.
Dalam kes terbaru, minggu lalu khidmat anggota bomba dan penyelamat Ipoh ditagih pihak hospital bagi memotong nat besi yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki berusia 30-an.
Lelaki terbabit berbuat demikian kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya pemasangan gegelang seperti cincin dan nat pada kemaluan mampu meningkatkan keupayaan seksual serta memanjangkan zakar.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Mahir Mat Saad berkata, lelaki itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, selepas nat besi bersaiz lebih kurang syiling 50 sen yang disarungkan pada pada kemaluannya gagal dikeluarkan.

Menurutnya, tindakan lelaki itu menyebabkan aliran darah pada kemaluannya tersumbat sehingga alat sulitnya itu membengkak dan bertukar lebam hitam.

‘Bengkel’ kereta curi

Oleh Azahar Hashim
am@hmetro.com.my

BUKTI...anggota polis memeriksa sebuah kereta yang dilaporkan hilang di Bukit Mertajam dan ditemui di hadapan sebuah rumah di Taman PKNK.
BUKTI...anggota polis memeriksa sebuah kereta yang dilaporkan hilang di Bukit Mertajam dan ditemui di hadapan sebuah rumah di Taman PKNK.
KULIM: Tindakan seorang lelaki sering membawa rakan-rakannya membaiki kereta selain teman wanita pulang ke rumah keluarganya di Taman PKNK, dekat sini, membongkar rahsia kegiatan mencuri kereta apabila pihak berkuasa menyerbu rumah itu, kelmarin.
Dalam serbuan jam 6 petang itu, suspek berusia 27 tahun dikesan menjadikan rumahnya sebagai ‘bengkel’ membaiki kereta menimbulkan syak dalam kalangan penduduk setempat.
Menurut sumber, polis yang menerima maklumat daripada jiran suspek mengenai rakan-rakannya yang sering datang ke rumah itu menaiki pelbagai kereta.

Katanya, mereka akan menjalankan kerja mekanik di depan rumah hingga lewat malam dan kegiatan itu menimbulkan curiga penduduk di taman itu.

“Penduduk juga tidak selesa apabila melihat seorang wanita sering memasuki rumah itu dan disebabkan tidak tahan dengan tindak-tanduk lelaki terbabit, mereka membuat aduan kepada polis untuk menyiasat.

Safee cari ‘jalan keluar’

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

Mohd Safee Sali (gambar tengah)
Mohd Safee Sali (gambar tengah)
PENYERANG sensasi, Mohd Safee Sali menganggap peluangnya untuk beraksi bersama Harimau Malaya pada kejohanan Piala Suzuki AFF bulan depan masih belum tertutup sepenuhnya.
Biarpun dilarang daripada menyertai skuad kebangsaan selepas Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengenakan hukuman penggantungan ke atas kelabnya, Pelita Jaya FC, penyerang berusia 28 tahun itu kini berusaha untuk mencari jalan keluar.

“Sebagai pemain bola sepak, saya hanya mahu mewakili skuad kebangsaan. Kontroversi sebegini bukan petanda karier bola sepak saya sudah berakhir. Buat masa ini, saya kekal positif dan percaya peluang untuk beraksi dalam saingan Piala AFF Suzuki masih ada,” katanya.
Safee berkata, dia sudah mengadakan rundingan bersama pengurus peribadi, Zakaria Rahim, namun mengaku memerlukan sedikit masa untuk mencari jalan keluar daripada kemelut itu.

Malah pemenang Kasut Emas dengan ledakan lima gol ketika membantu Malaysia menjuarai Piala AFF dua tahun lalu itu juga enggan mengulas lanjut mengenai kemungkinan berpindah ke kelab lain dalam masa terdekat, termasuk ke kelab Australia, Brisbane Roar FC milik Bakrie Group yang juga majikannya di Pelita Jaya.

“Masih terlalu awal untuk memperkatakan hal itu, biarlah isu ini diselesaikan terlebih dulu,” katanya yang menjadi jutawan selepas menandatangani kontrak lanjutan dua tahun bernilai lebih RM2 juta bersama kelab Indonesia itu, awal tahun ini.
Semalam, Arena Metro melaporkan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan menerima salinan surat berhubung penggantungan 32 kelab Liga Super Indonesia (ISL) yang menyebabkan Safee digantung daripada aksi antarabangsa.

Bagaimanapun Zakaria yang dihubungi Arena Metro menyangkal perkara itu dan mengesahkan Safee sebenarnya tidak ada masalah untuk menyertai skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Alex Soosay pagi semalam.
“Sepatutnya sebarang penggantungan kelab atau pemain harus menerusi AFC tapi sampai ke hari ini AFC tidak mendapat sebarang surat. “Alex adalah salah seorang anggota jawatankuasa yang dibentuk bagi menyelesaikan kemelut bola sepak Indonesia ini dan beliau mengaku terkejut apabila ditunjuk senarai 32 kelab yang digantung itu.

“Berdasarkan persetujuan dicapai pada 20 September oleh jawatankuasa itu, kami membuat keputusan yang ISL dan IPL (Liga Premier Indonesia) boleh dijalankan serentak hingga 2014 dan pada 2015 negara itu perlu menganjurkan hanya satu liga profesional,” katanya.

Beliau menambah, surat Fifa yang dihantar PSSI kepada FAM itu mungkin yang dikeluarkan sebelum ketetapan itu dibuat.

“Fifa tidak menghantar surat terbaru, mungkin yang diterima FAM itu surat Fifa bertarikh 11 Januari 2011, itu perkara lama. Alex memberitahu pihaknya akan menghantar surat meminta penjelasan daripada PSSI dan bagi saya, buat masa ini Safee tidak ada masalah untuk bersama skuad kebangsaan,” kata Zakaria.

Ramai terperangkap bah



REDAH...kenderaan melalui jalan dinaiki air di Jalan Tun Abdul Razak.
REDAH...kenderaan melalui jalan dinaiki air di Jalan Tun Abdul Razak.
TERPERANGKAP...kesesakan jalan di Sungai Besi menghala Kuala Lumpur akibat banjir kilat, semalam.
TERPERANGKAP...kesesakan jalan di Sungai Besi menghala Kuala Lumpur akibat banjir kilat, semalam.
KUALA LUMPUR: Hujan lebat hampir satu jam sejak jam 4 petang semalam, menyebabkan beberapa kawasan di ibu kota dilanda banjir kilat menyebabkan banyak kenderaan terperangkap.
Antara lokasi yang terbabit ialah Jalan Kuching, Jalan Duta dan Jalan Tun Razak yang menyebabkan kesesakan lalu lintas dari Sungai Besi ke Kuala Lumpur.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, akibat banjir kilat itu kesesakan lalu lintas berlaku di beberapa jalan utama di sekitar bandar raya.
“Beberapa kenderaan turut terperangkap dalam banjir kilat di kawasan susur Jalan Kuching menuju ke Jalan Duta dan Jalan Segambut ke Jalan Duta namun berjaya dialihkan,” katanya.

Menurutnya, banjir kilat mula surut selepas jam 5.30 petang dan tiada laporan berhubung kejadian pokok tumbang atau kemalangan dilaporkan.

Beliau berkata, akibat hujan lebat, beberapa jalan termasuk dari Sungai Besi menuju Kampung Malaysia dan dari Kuchai Lama ke Persimpangan Kuchai sesak.

Simpati bawa musibah

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi dan Yusmizal Dolah Aling
am@hmetro.com.my

LAPOR...Madam G menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
LAPOR...Madam G menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
SUBANG JAYA: Terjerat dengan rasa simpati terhadap rakan sendiri, seorang wanita berusia 55 tahun terpaksa melalui sesalan seumur hidup selepas kehilangan hartanya bernilai hampir RM1 juta dan kehidupan terjejas gara-gara dipukau dalam tempoh tiga tahun.
Lebih malang, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Madam G turut dikurung dan dipaksa makan daging babi serta menelan hidangan mengandungi abu mayat setiap hari.
Namun nasib menyebelahi dirinya apabila penderitaan dihadapi disedari seorang jiran yang tinggal berdekatan, sekali gus membawanya keluar daripada neraka ciptaan rakannya yang bertopengkan syaitan itu.

Menurut Madam G, dia mula terpengaruh dengan lakonan rakannya yang juga adik kepada seorang penyanyi terkenal era 70-an sejak Februari 2009.

“Ketika itu saya langsung tidak menaruh prasangka buruk terhadap dirinya, apalagi kami diperkenalkan sendiri abangnya. Malah kami akrab dan wanita berkenaan sering mengadu masalah berkaitan keluarganya,” katanya pada sidang media Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Selangor (Cassa) di sini, semalam.

Angkara anak setan

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

GOMBAK: Satu keluarga di Selayang di sini, terkejut apabila menemui nota yang antara kandungannya berbunyi ‘sila hantar RM100,000 dekat Sogo bulan Disember ini’ selain anak lelaki berusia 13 tahun hilang bersama wang RM5,000 serta Proton Gen.2 milik bapanya, semalam, menyebabkan mereka mengesyaki dia diculik lalu membuat laporan di Balai Polis Selayang.
Menurut sumber polis, kehilangan remaja terbabit disedari bapanya berusia 40-an jam 7.20 pagi semalam.

“Bapa mangsa menyedari kehilangan anak lelakinya itu selepas terbaca nota berkenaan yang ditinggalkan di ruang tamu.
“Terkejut dengan penemuan nota berkenaan, bapa mangsa memeriksa kenderaannya dan mendapati keretanya lesap,” katanya.

Menurut sumber, bimbang dengan keselamatan anaknya, dia membuat laporan polis.

“Polis yang menerima maklumat itu menubuhkan pasukan khas dan hasil siasatan terhadap nota berkenaan timbul keraguan kerana tulisan nota itu sama dengan tulisan remaja lelaki terbabit.
“Polis mengesan remaja terbabit sebelum menemui Proton Gen.2 itu di sebuah pusat beli-belah jam 4 petang semalam, namun remaja itu tiada di situ,” katanya.

Menurut sumber, selepas sejam menunggu, remaja itu dilihat bersama tiga rakannya dan polis menahan mereka serta dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan lanjut.
“Hasil soal siasat mendapati semua remaja terbabit membeli tiga basikal Fixie dan berkunjung ke sebuah pusat beli-belah di ibu kota menggunakan wang dilarikan remaja terbabit.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan mengesahkan penahanan remaja terbabit dan siasatan lanjut dijalankan.

Mangsa tetak meninggal



PONTIAN: Selepas lapan hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, mangsa tetak, Dzolkifli Othman, 51, menghembuskan nafas terakhirnya malam kelmarin akibat parah di kepala dan badan.
Anak perempuan arwah yang enggan dikenali berkata, keluarganya reda dengan pemergian bapanya itu, namun tidak dapat menerima perbuatan dilakukan suspek yang juga abang angkat bapanya.

“Sampai bila pun, kami sekeluarga tidak memaafkannya dan kami berharap polis dapat mengesannya secepat mungkin untuk dihadapkan ke mahkamah,” katanya.
Dalam kejadian 4 Oktober lalu, arwah yang juga kerani bank parah di kepala, bahu dan paha selepas ditetak abang angkatnya yang juga lelaki warga asing dari Pemalang, Jawa, Tengah, Indonesia.

Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Jalan Parit Masjid di sini.

Jel 100 tahun

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
asnawi@hmetro.com.my

MELAKA: Perbuatan keji pemungut barangan lusuh menodai anak kandungnya mendapat pembalasan setimpal apabila dijatuhkan hukuman penjara keseluruhan berjumlah 100 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Tertuduh yang berusia 38 tahun mengaku bersalah kelmarin terhadap lima tuduhan melakukan sumbang mahram di depan Hakim Zaharah Hussain sebelum Zaharah menjatuhkan hukuman itu, semalam.

Zaharah berkata, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun bagi tuduhan pertama hingga keempat dengan lima sebatan serta penjara 20 tahun dan empat sebatan bagi tuduhan kelima mulai tarikh ditangkap terhadap tertuduh selepas lelaki itu disabitkan kesalahan dengan kelima-lima tuduhan dikenakan terhadapnya.

Menurutnya, tertuduh bernasib baik kerana ditangkap lebih awal dan dapat mengelak daripada terus melakukan perbuatan itu terhadap anak sendiri sambil berharap tertuduh insaf apabila berada di penjara nanti.

Bagaimanapun, Zaharah memerintahkan keseluruhan hukuman penjara itu berjalan serentak, bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara maksimum selama 20 tahun.

Samseng ugut Amir Khan



LELAKI itu menunjukkan beberapa kunci kereta Porsche yang didakwa milik Amir. Gambar kecil, Amir.
LELAKI itu menunjukkan beberapa kunci kereta Porsche yang didakwa milik Amir. Gambar kecil, Amir.
LONDON: Seorang penyangak bertopeng memuatnaikkan video ke laman YouTube untuk mengancam juara tinju dunia, Amir Khan.
Dia juga mendakwa ‘menumbangkan’ peninju itu apabila dia dilapor menyerang Amir dan adiknya baru-baru ini.
Polis melancarkan siasatan terhadap video itu yang menyusuli laporan mengenai Amir, 25 dan adiknya, Haroon, 20, membelasah enam samseng yang hendak merampas kereta mereka di Digbeth, Birmingham pada awal pagi Isnin lalu.

Pasangan adik beradik itu didakwa menjadi sasaran kumpulan enam orang itu.
Amir, bekas juara dunia light-welterweight dikatakan menumbuk bertalu-talu seorang penyangak berkenaan sebelum dia dan adiknya meninggalkan tempat kejadian.
Bagaimanapun, dalam video yang dimuatnaikkan pada laman Facebook, semalam, seorang lelaki bertopeng menceritakan kejadian itu dan mengancam Amir dan adiknya.

“Saya akan cabut kepala kamu. Anda tahu apa yang sebenar terjadi. Kami tahu apa yang terjadi. Kamu dibelasah. Lain kali kamu boleh bawa bala tentera.
Siapa peduli jika kamu Amir Khan. Anda bukan wira di sini,” kata lelaki itu.

Video itu yang kelihatan dirakam di ruang tamu sebuah rumah, disiarkan selepas laporan menyatakan, Amir dan adiknya menjadi sasaran perompak yang cuba mencuri kereta Range Rovernya berharga �100,000 (RM500,000).

Dalam video dua siri itu, lelaki bertopeng berkenaan menunjukkan barangan, termasuk beg, dompet dan kunci kereta yang dia dakwa milik Amir.

Polis West Midland melancarkan siasatan terhadap kejadian itu.

Mereka sebelum ini berkata, menerima laporan mengenai satu perkelahian tetapi tidak menemui sebarang tanda serangan.

“Kami mulanya berkata kami tidak menyiasat kejadian itu. Tetapi kini, kami mengkaji pendirian kami,” kata seorang jurucakap.

Polis berusaha mencari butir sebenar mengenai kejadian berkenaan. Wakil Amir enggan mengulas mengenai dakwaan itu. - DM

Peti sejuk serba lengkap



LONDON: Jika anda berminat memiliki peti sejuk untuk menempatkan koleksi magnet anda, ini mungkin bukan untuk anda.
Sebuah syarikat mengeluarkan peti sejuk canggih yang lebih mahal daripada dapur biasa.

Harganya mencecah sehingga $41,500 (RM124,500).
Unit Meneghini La Cambusa itu boleh dilengkapi dengan pembancuh kopi, pembuat ais, pantri yang dikawal suhu dan juga televisyen permukaan rata.

Kelihatan lebih kepada perabot antik, peti sejuk itu disasarkan untuk golongan berada. Peruncit di Britain, Robey’s mengaku, ia tidak dapat menjual banyak petik sejuk itu dalam seminggu.

Selain menyimpan makanan, model tiga pintu La Cambusa, turut mempunyai ruang yang boleh memenuhi keperluan pelanggan.
Jurang harga antara satu unit dengan unit lain berbeza dalam jumlah yang banyak kerana setiap satunya dibuat di Itali, berdasarkan tempahan.

Selepas membayar RM78,000 untuk rangka kayu, yang boleh dicat dengan lebih 500 warna, pelanggan kemudian perlu membayar harga tambahan untuk pemegang yang diperbuat daripada loyang, rak cermin dan unit peti sejuk dan peti beku.
Pelanggan juga boleh meminta peralatan lain dipasang pada peti sejuk itu.

Sistem pembancuh kopi Miele yang berharga kira-kira RM9,000 menjadi pilihan popular, begitu juga dengan televisyen permukaan rata. - DM

Guru tadika sumbat 19 kanak-kanak dalam kereta

JOHANNESBURG: Seorang guru tadika ditangkap membawa 19 kanak-kanak bersiar-siar dalam kereta kecil miliknya.
Melanie Minnie ditahan bersama-sama dengan enam kanak-kanak di dalam but kereta Renault Clio. Sekurang-kurangnya tiga murid lain duduk di depan dan baki 10 lagi di belakang.

Tidak pasti sama ada kanak-kanak itu memakai tali pinggang keledar dalam kejadian di Afrika Selatan itu.
Jurugambar, Nico van Heerden merakam imej kanak-kanak itu berhimpit-himpit di dalam kereta kecil berkenaan.

Murid itu, dari Sekolah Tadika Rietfontein di Gauteng, dalam perjalanan ke sebuah restoran burger tempatan.

Polis menahan guru itu kira-kira setengah kilometer dari restoran berkenaan selepas menerima laporan daripada orang awam.
Seorang jurucakap polis berkata, Melanie disaman RM500. - DM

Tidak haram kerja Jumaat



BANGKOK: Pihak berkuasa di tiga wilayah selatan Thailand, semalam bekerja keras memberi penerangan kepada penduduk tempatan bahawa bekerja pada hari Jumaat tidak melanggar ajaran Islam dan tidak sepatutnya takut dengan ancaman pemisah Islam.
Beberapa minggu lalu, kumpulan pemisah Islam menyebar risalah mengatakan bekerja pada hari Jumaat melanggar ajaran Islam.

Walaupun ketua agama setempat, Chula Ratchamontri, menafikan pandangan itu, ramai peniaga tempatan memilih menutup kedai mereka pada Jumaat.
Di Yala, anggota renjer pergi ke enam kampung di daerah Raman untuk menyebarkan risalah mengandungi kenyataan Chula. Komander Renjer, Kolonel Komkrit Rattanachaya, berkata orang ramai masih takut dengan keselamatan mereka.

“Kami harap, penduduk faham yang mereka boleh keluar untuk bersolat di masjid pada tengah hari dan menyambung kerja selepas itu. “Saya yakin mereka faham dan situasi akan kembali seperti biasa tidak lama lagi,” katanya.

Pegawai berseragam dan preman ditugaskan untuk mengawal keselamatan.
Timbalan Gabenor Pattani, Seree Srihatrai, mengetuai lawatan ke pasar di daerah Muang untuk bermesra dengan penduduk tempatan dan menjelaskan keadaan. Mereka juga menyebarkan risalah berisi janji untuk memastikan keselamatan penduduk yang membuka perniagaan mereka pada hari Jumaat. - Bangkok Post

Pencuri licik tumpas selepas mencuri kali ke-26



BANGKOK: Selepas berjaya mencuri dan melarikan telefon bimbit serta komputer tablet 25 kali, Pornthep Thassanawirun akhirnya tertangkap selepas mencuri buat kali ke-26.
Polis daerah Samut Prakan dilaporkan menahan lelaki berusia 22 tahun itu di rumahnya di daerah Muang kelmarin dan merampas 15 telefon bimbit dan satu komputer tablet.

Tangkapan itu dibuat selepas seorang wanita, Siriporn Ouisrithanapirom, membuat laporan polis dan memaklumkan mengenai seorang lelaki menunggang motosikal Suzuki yang berpura bertanyakan tempat sebelum melarikan telefon Blackberry miliknya.

Hasil tangkapan, polis menemui motosikal itu di rumah Pornthep. - BP

Thursday, October 11, 2012

YANG SERONOK...KAYA...HUTANG JUTA2...DIHAPUS...TAK PAYAH BAYAR...ADAKAH DIAKHIRAT MEREKA AKAN LEPAS SEBAGAIMANA DIDUNIA

196,014 minta bantuan AKPK


KEYAKINAN orang awam terhadap AKPK dalam menguruskan kewangan peribadi terus meningkat. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Keyakinan orang awam terhadap kemampuan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dalam mengurangkan beban pembayaran balik hutang terus meningkat apabila seramai 196,014 individu telah mendapatkan khidmat daripada agensi itu setakat Ogos lalu.
Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Korporat AKPK, Nor Fazleen Zakaria berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 80,664 individu telah menyertai program penjadualan semula pembayaran hutang yang dicadangkan oleh AKPK.
Bagaimanapun, katanya, berdasarkan statistik terbaru, punca utama penyusunan semula hutang bukan disebabkan penggunaan kad kredit.
Ia sebaliknya berpunca daripada sikap individu terbabit yang berbelanja melebihi kemampuan.
“Berdasarkan statistik terbaru, sebanyak 25 peratus atau 20,166 orang terpaksa dijadual semula pembayaran hutang mereka disebabkan berbelanja melebihi kemampuan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

SPRM soal siasat di aras bawah


PENGARAH SPRM negeri Pahang, Moh Samsudin Yusof (kiri) menerangkan mengenai lokap SPRM kepada kumpulan wartawan di Kuantan semalam.


KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengendalikan semua prosedur menyoal siasat saksi atau pemberi maklumat di aras bawah bangunan pejabat miliknya untuk mengelak kejadian kematian saksi semasa proses siasatan dilakukan.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaaffar berkata, siasatan juga dijalankan di bilik khas dilengkapi rakaman video.
“Kita mahu semua pihak puas hati, kita buktikan SPRM lakukan siasatan secara telus. Dalam bilik temu bual kamera video, setiap rakaman kenyataan saksi atau pemberi maklumat atau suspek akan dibuat tiga salinan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kompleks pejabat SPRM Pahang di sini semalam.

Wanita anggap diri pahlawan silam


MUHDALENA diiring keluar dari Mahkamah Sesyen Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Muhdalena Ahmad yang didakwa melakukan ugutan jenayah dan memiliki sebilah pedang di pekarangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Julai lalu didapati mengalami masalah kemurungan dan juga gejala psikotik iaitu delusi serta halusinasi.
Malah Muhdalena, 28, dikatakan mengalami dejavu apabila diselubungi mimpi-mimpi buruk dan kejadian pelik di mana tertuduh berasa dirinya seorang pahlawan dari zaman silam yang sedia bertempur pada bila-bila masa.
Demikian hujahan peguam yang mewakili tertuduh, M. Visvanathan pada hari pertama perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen di sini semalam sebagai sokongan supaya Muhdalena dihantar ke hospital psikiatri Ulu Kinta, Perak untuk pemeriksaan mental.
Hujahnya, laporan itu diperolehi daripada pakar psikiatri, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Putrajaya, doktor Umi Adzlin Silim yang membuat pemeriksaan awal ke atas ibu kepada dua anak itu.

Porsche di pusat pameran disamun


PUSAT pameran Porsche di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang diceroboh penjenayah hingga menyebabkan sebuah kereta mewah hilang semalam. Gambar kecil, Mohd. Azri yang dicari polis.


KUALA LUMPUR – Seorang penjenayah yang memasuki sebuah pusat pameran kereta di Jalan Bukit Bintang di sini dengan mudah berjaya melarikan kereta mewah Porsche Panamera 4 bernilai hampir RM1 juta dari premis itu semalam.
Imej rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat pameran Porsche itu menunjukkan seorang lelaki berpakaian kemeja putih lengan panjang dan bertopi dengan selamba memasuki premis berkenaan sebaik pusat pameran kereta itu dibuka pada pukul 9 pagi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, suspek itu kemudian naik ke tingkat atas pusat pameran kereta tersebut sebelum menggeledah sebuah meja dan mengambil satu sampul surat berisi kunci sebuah kereta Porsche.
“Lelaki itu kemudian dilihat keluar dari pusat pameran tersebut sambil menekan alat penggera kereta bagi mengetahui di mana kedudukan kereta yang ingin dilarikan.
“Selepas mengetahui lokasi kereta terbabit diparkir, lelaki itu terus memandu keluar sebuah Porsche Panamera warna emas bernilai RM900,000 yang diletak di luar pusat pameran itu,” kata beliau pada sidang akhbar itu di sini.
Menurut Zainuddin, enam buah lagi kereta Porsche pelbagai model lain yang berada di luar pusat pameran tersebut tidak diusik.
Difahamkan semasa kejadian di dalam pusat pameran itu terdapat beberapa buah kereta Porsche lain yang diletakkan di situ.

Dua peragut guna pedang dihukum penjara, sebat


MOHD. HANIFI dan Wan Mohamed Ramzan dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam selepas dijatuhi hukuman.


KOTA BHARU – Tindakan kejam dua penganggur yang meragut mangsa tanpa belas kasihan dibalas dengan salah seorang daripadanya dijel 14 tahun enam bulan dengan 20 sebatan manakala rakannya dihukum penjara empat tahun enam bulan dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd. Hanifi Hamzah, 25, selepas dia mengaku salah atas tiga tuduhan termasuk dua kesalahan ragut manakala rakannya, Wan Mohamed Ramzan Wan Nawawi, 32, juga mengaku salah atas satu tuduhan serupa, selain mereka turut dihukum atas satu tuduhan menghapuskan barang curi.
Kedua-dua sahabat itu merupakan penjenayah kes cubaan samun terhadap pembantu klinik, Rohairani Abdullah @ Ibrahim, 36, yang tangan kirinya hampir putus ditetak ketika beg tangannya cuba diragut.

Menghindari jenayah ragut

KEJADIAN ragut yang menyebabkan mangsa cedera teruk ataupun menyebabkan kematian membuatkan sesetengah masyarakat berasa gusar. - Gambar hiasan


MUTAKHIR ini, masyarakat dibimbangkan dengan kejadian ragut yang bukan sahaja menyebabkan mangsa kehilangan wang dan barangan berharga, malah telah menyebabkan kecederaan serius.
Lebih buruk, mangsa ragut juga berhadapan dengan kematian apabila peragut bertindak ganas dan tanpa belas kasihan.
Rentetan jenayah kejam ini hanyalah sekadar untuk mendapatkan beg tangan yang belum tentu mempunyai wang seperti yang diharapkan.
Walau bagaimanapun, kita boleh menghindar untuk tidak menjadi mangsa ragut dengan mengelak daripada berjalan seorang diri di lorong yang gelap, atau melewati kawasan yang mempunyai banyak kes jenayah.
Namun demikian, tanpa dapat diduga, ia tetap berlaku di tempat awam termasuklah di tengah-tengah kesesakan jalan raya atau ketika sedang membeli-belah.
Ia jenayah yang tidak boleh diramalkan kerana berlaku secara spontan, dan kita juga tidak bersedia untuknya. Oleh itu, di sini ada sedikit petunjuk psikologikal yang mungkin boleh membantu kita.
Dalam hampir semua kes ragut yang direkodkan, biasanya peragut terdiri daripada golongan lelaki manakala mangsanya pula ialah wanita.
Ini merupakan petunjuk yang mungkin tidak berlaku dalam jenayah lain. Dalam kes rompak dan samun, mangsa adalah sesiapa sahaja. Bagaimanapun, kejadian ragut ini hanya menyasarkan wanita sebagai mangsanya.
Jadi, ini menunjukkan kemungkinan peragut memiliki kepercayaan pertentangan di antara maskulin dan feminin yang mengandaikan lelaki lebih kuat manakala wanita pula ialah kumpulan yang lemah.
Kepercayaan seperti ini biasanya kuat di kebanyakan negara Asia, dan tidak di negara Barat.
Umumnya, walaupun seseorang penjenayah itu dianggap ganas tetapi kajian-kajian yang ada menunjukkan mereka juga sebenarnya tidaklah sepenuhnya seorang yang sangat berani.
Mereka sebenarnya mempunyai perasaan ketakutan. Mereka sentiasa mempunyai rasa risau untuk ditangkap atau diapa-apakan oleh orang lain.
Tidak seperti kejadian jenayah lain, ragut merupakan jenayah spontan. Ia tidak memerlukan perancangan yang sempurna seperti halnya mereka yang ingin merompak bank atau melakukan jenayah kolar putih.
Reaksi psikologikal
Sungguhpun begitu, peragut juga manusia yang bertindak atas reaksi psikologikal seperti kebanyakan manusia lain.

PERAGUT menyasarkan golongan wanita kerana mentafsirkan bahawa wanita tersebut ialah mereka yang lemah dan tidak akan melawan. - Gambar hiasan


Seseorang manusia yang membuat tindakan secara spontan biasanya bergantung kepada working memory yang ada dalam kotak fikir mereka. Misalnya, kita membuat keputusan untuk terus memecut atau tidak ketika lampu isyarat berwarna kuning, dengan 'membaca' beberapa petunjuk.
Ketika waktu malam di jalan yang tidak mempunyai kenderaan lain, manusia mungkin meneruskan kenderaan mereka sekalipun lampu sudah berwarna kuning.
Ini disebabkan oleh fungsi working memory yang membuat penilaian terhadap sesuatu perkara.
Dalam kes kejadian ragut, ada kemungkinan peragut juga menggunakan 'petunjuk' yang mereka miliki. Peragut menyasarkan golongan wanita kerana mereka telah mentafsirkan bahawa kemungkinan wanita tadi ialah mereka yang lemah dan tidak akan melawan.
Pentafsiran peragut akan berubah sekiranya wanita tadi ialah seorang anggota polis yang berpakaian seragam, atau mereka yang memakai pakaian seragam yang berkaitan dengan agensi keselamatan.
Golongan wanita seperti ini dianggap kuat dan mampu melawan mereka semula. Peluang untuk berlaku ragut juga mungkin berkurangan sekiranya wanita berjalan bersama dengan orang lelaki atau secara berkumpulan.
Mengenai tanda-tanda yang mungkin dijadikan petunjuk oleh peragut ini, pada kebiasaannya peragut akan merampas beg tangan yang dipunyai oleh wanita dengan andaian bahawa di dalam beg tangan tadi tersimpan wang yang banyak.
Pentafsiran tadi mungkin berubah sekiranya wanita yang ingin diragut berjalan tanpa membawa sebarang beg tangan atau barang kemas. Ini telah mengurangkan potensi wanita itu dianggap memiliki wang.
Sebab itulah, kita dapati banyak kejadian ragut biasanya berlaku di kawasan tumpuan orang ramai, seperti pusat beli-belah atau berdekatan bank kerana ia melengkapkan potensi bahawa wanita yang berada di situ mempunyai wang di dalam beg tangannya.
Potensi untuk seseorang wanita diragut juga semakin besar jika mereka dilihat lebih bergaya dibandingkan mereka yang berpakaian biasa sahaja, kerana mereka yang bergaya ini 'berpotensi' mempunyai wang.
Walaupun adalah mustahil untuk kita mengurangkan semua petunjuk ini semata-mata bagi melemahkan working memory peragut, bagaimanapun, kita mungkin boleh melakukan sesuatu agar tidak menjadi sasaran peragut.
Mereka yang dilihat lemah tetapi mempunyai wang yang banyak mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk diragut, dibandingkan dengan mereka yang dilihat 'kuat' dan tidak pula mempunyai wang yang banyak.
Sekiranya golongan wanita merasakan tidak mampu untuk mengubah semua 'petunjuk' ini ketika keluar rumah, ada baiknya jika mereka membawa bersama orang lain yang mungkin boleh membantu melemahkan persepsi peragut terhadap mereka.

Dijel 58 bulan angkara kad kredit


MASIH TERSENYUM... Dewi Susilawaty (bertudung) dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret Kuching semalam atas kesalahan memiliki kad kredit orang lain.


KUCHING – Seorang pembantu tadbir wanita dihukum penjara 58 bulan dan denda RM14,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku salah atas 29 tuduhan memiliki kad kredit pelbagai jenis yang menggunakan nama orang lain.
Tertuduh, Dewi Susilawaty Suaidi, 37, yang bekerja di Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak (KPP) kelihatan tenang selepas Majistret Maris Agan menjatuhkan hukuman tersebut.
Dewi Susilawaty mengaku memiliki 29 keping kad kredit pelbagai bank atas nama 16 wanita lain pada pukul 4.35 petang, 28 Ogos lalu di Taska Sichomel Alam Sanctuary, No. 4564, Lorong Sumber Alam 2D, Sumber Alam Sanctuary, Jalan Sultan Tengah di sini.
Antara kad kredit tersebut ialah empat kad kredit jenis Mastercard Citibank, Visa UOB, Mastercard Gold HSBC dan Visa Gold HSBC atas nama Nuraina Agnes Abdullah, 27; tiga keping kad kredit bank HSBC, Visa Citibank dan Visa Eon atas nama Suraya Hazemi, 32, serta kad kredit Visa Hong Leong Bank, Visa Citibank dan Mastercard Citibank atas nama Minizam Rosli, 38,
Pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa polis, Inspektor Yunus Sahak mengikut Seksyen 37 (1) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga bulan dan denda RM500 bagi setiap tuduhan.

Lelaki bakar diri untuk tuntut pampasan di Albania


BAJU dan seluar Beko terbakar semasa dia berlari di Tirana pada Isnin lalu.


TIRANA, Albania - Seorang lelaki yang pernah dipenjarakan ketika era pemerintahan komunis, Lirjak Beko membakar tubuhnya di sini pada Isnin lalu.
Beko, 47, mencurahkan minyak petrol ke arah seluar, baju dan tubuhnya sebelum dia menyalakan api.
Beberapa anggota polis dan rakannya kemudian berusaha memadamkan api pada tubuhnya dengan menggunakan sehelai selimut.
Menurut doktor, muka, kaki dan tangannya melecur dan dia berada dalam keadaan kritikal.
Beko melakukan perbuatan itu bagi menuntut pampasan daripada pemerintah selepas dia dipenjarakan pada era pemerintahan komunis.
Albania diperintah komunis dari 1940 hingga 1990.
Sebelum ini seorang lagi tahanan politik, Gjergj Ndreca turut membakar dirinya bagi menuntut pampasan itu. - Agensi

Jutawan China tawar ganti kereta buatan Jepun milik mangsa rusuhan


GUANGBIAO memegang basikal di atas bumbung sebuah kereta buatan China di Nanjing kelmarin.


NANJING - Seorang jutawan China, Chen Guangbiao berjanji untuk menggantikan kereta buatan Jepun milik 43 orang rakyat China.
Sebelum ini kereta milik 43 orang itu dirosakkan oleh sejumlah penunjuk perasaan di negara ini dalam isu tuntutan Kepulauan Senkaku di Laut China Timur.
Kerajaan Jepun memutuskan untuk membeli tiga daripada lima pulau kecil yang membentuk kepulauan itu daripada pemilik persendirian menyebabkan penduduk China berasa marah dan melancarkan tunjuk perasaan pada bulan lalu.
Menurut media negara ini semalam, Guangbiao menunjukkan 43 buah kereta buatan China yang dibelinya pada harga lebih AS$794,000 (RM2.4 juta) di sini pada Rabu lalu.
Jutawan berusia 44 tahun itu menawarkan kereta Geely buatan tempatan bagi menunjukkan perasaan patriotik terhadap negara.
"Saya melancarkan majlis ini (menawarkan kereta buatan China) untuk mengingatkan orang ramai bahawa semangat patriotik sepatutnya dikendalikan dengan rasional, kebijaksanaan dan disiplin," katanya.
Dia mempamerkan kereta yang telah dibelinya itu kepada orang ramai dan pemberita di sini kelmarin.
Menurut perangkaan industri, jualan kereta Jepun merudum ketika terdapat desakan supaya barang buatan negara tersebut diboikot ekoran isu tuntutan kepulauan yang tidak berpenghuni itu.
Guangbiao merupakan salah seorang daripada 400 individu yang kaya di negara ini.
Jumlah kekayaannya dianggarkan sebanyak AS$740 juta (RM2.27 bilion).
Dia memperoleh kekayaan menerusi sebuah syarikat kitar semula di Nanjing. - Agensi

Turki tahan pesawat Syria


GAMBAR menunjukkan sebuah pesawat penumpang Syria yang ditahan di Lapangan Terbang Esenboga, Ankara semalam.


ANKARA - Turki telah mengarahkan sebuah pesawat penumpang Syria yang dalam penerbangan dari Moscow untuk mendarat di Ankara semalam selepas menerima laporan bahawa pesawat itu disyaki membawa kargo berisi komponen senjata.
Tindakan Turki itu sekali gus meningkatkan lagi ketegangan antara dua buah negara jiran itu.
Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu berkata, pihak berkuasa menahan kargo yang terdapat di dalam pesawat penumpang Syria itu kerana disyaki berbahaya.
Pesawat itu dalam penerbangan menuju ke Damsyik.
Agensi media Anatolia memetik seorang pegawai pemerintah sebagai berkata, pihaknya mengesyaki pesawat tersebut membawa kargo senjata.
"Terdapat kargo yang haram di dalam pesawat itu yang sepatutnya dilaporkan selaras dengan peraturan penerbangan awam," kata Davutoglu.
Menurutnya, kargo itu akan ditahan buat sementara waktu.
Turki menghantar dua buah jet untuk mengarahkan pesawat Airbus A-320 itu mendarat di Ankara kerana disyaki membawa senjata dan peluru.
Menurut rangkaian berita NTV, kargo yang dirampas itu dipercayai komponen peluru berpandu.
Bagaimanapun, stesen televisyen TRT membuat spekulasi bahawa kargo tersebut mengandungi peralatan komunikasi yang menuju ke Damsyik.
Pesawat itu dibenarkan untuk meninggalkan Lapangan Terbang Esenboga di sini selepas sembilan jam ditahan.
Seramai 35 penumpang berada di dalam pesawat itu.
Menurut agensi berita Interfax, seramai 17 penumpang pesawat itu ialah warga Rusia termasuk kanak-kanak.
Kedutaan Rusia di Ankara telah menghubungi pemerintah Turki untuk mendapatkan penjelasan.
Bagaimanapun, Davutoglu menyatakan insiden tersebut tidak akan menjejaskan hubungan antara Turki dengan Rusia.
Ketika ini Syria dilanda pergolakan ekoran kumpulan pemberontak mahu menyingkirkan Presiden Bashar Al-Assad.
Pertempuran antara para pemberontak dan tentera Syria itu berlaku sejak Mac tahun lalu yang menyebabkan lebih 30,000 orang terbunuh. - Agensi

Seorang maut bangunan parkir runtuh di Miami

BANGUNAN tempat meletak kenderaan setinggi lima tingkat runtuh di Kolej Miami-Dade, Florida kelmarin.


MIAMI, Amerika Syarikat - Bangunan tempat meletak kenderaan yang masih dalam pembinaan runtuh kelmarin menyebabkan seorang pekerja terbunuh di sini, kata beberapa pegawai.
Menurut mereka, beberapa pekerja lagi cedera dalam kejadian tersebut.
Salah seorang pekerja itu berjaya diselamatkan selepas terperangkap di celah runtuhan.
Jurucakap Jabatan Bomba Miami-Dade, Griselle Marino berkata, pekerja itu diselamatkan selepas dia menggunakan telefon bimbit untuk memberitahu lokasinya kepada anggota pasukan penyelamat.
Bangunan parkir itu setinggi lima tingkat dan terletak di Kolej Miami-Dade.
Tiada pelajar yang berada di kawasan itu ketika kejadian tersebut berlaku pada waktu pagi.
Empat pekerja dihantar ke sebuah hospital termasuk seorang berada dalam keadaan parah.
Tiga lagi pekerja dirawat oleh anggota paramedik.
Punca kejadian masih belum diketahui. - Agensi

Hukuman Ahli Parlimen kekal

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini semalam mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya, Rosli Busro yang didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu berjumlah RM80,000 empat tahun lalu.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh Azman Teh pada 1 Mac lepas.
Akhtar turut menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula semalam.
Abdul Rahman dan Rosli diwakili peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dan Badrul Munir Mohd. Bukhari manakala Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Abdul Razak Musa dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Zaki Salleh mewakili pihak responden

Bebas tuduhan bunuh harimau


DARI KIRI: Yok Rayau, Hassan, Yok Mat dan Yok Kalong gembira selepas dibebaskan daripada tuduhan membunuh seekor harimau di Mahkamah Majistret Tapah semalam.


TAPAH – Penantian empat lelaki Orang Asli suku Semai yang berhadapan tuduhan membunuh seekor harimau belang di Hutan Rezab Tapah dekat sini sejak dua tahun lalu berakhir semalam apabila Mahkamah Majistret di sini membebaskan mereka.
Majistret Fairuz Adiba Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Berikutan itu, tertuduh, Yok Rayau Yok Senian, 50, Yok Kalong Bah Papee, 51, Yok Mat Bah Chong, 48, dan Hassan Bah Long, 33, dilepas tanpa perlu membela diri.
Mengikut kertas pertuduhan, keempat-empat lelaki yang bekerja mencari hasil hutan itu didakwa menembak mati seekor harimau belang tempatan menggunakan selaras senapang patah.
Harimau daripada spesies Panthera Tigris itu dilindungi dan disenaraikan di dalam Jadual Satu, Butiran 35, Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.

DIZAMAN NI LA @ KETIKA INI....PEMBANGKANG KUAT

‘Ulat Arab’ caj hingga RM5,000

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my

OPERASI...gelagat seorang ulat teksi Arab mencari penumpang.
OPERASI...gelagat seorang ulat teksi Arab mencari penumpang.
pix_topright
KUALA LUMPUR: Kemasukan pelancong dari Timur Tengah sepatutnya membawa rezeki melimpah kepada pemandu teksi Malaysia, namun keadaan sebaliknya berlaku apabila rezeki mereka dicuri dengan kehadiran ratusan ‘ulat teksi Arab’ yang bergiat aktif di kawasan tumpuan pelancongan negara ini tanpa kawalan pihak berkuasa.
Kegiatan dipercayai dijalankan pelajar dari Iran, Arab Saudi, Jordan dan Mesir itu hanya disediakan khas untuk pelancong dari negara asal mereka kerana faktor bahasa dan komunikasi.
Difahamkan, pendapatan tahunan diperoleh semua ulat teksi terbabit dianggarkan mencecah RM100 juta setahun dan ia merugikan pendapatan negara yang sepatutnya dikutip daripada sektor pelancongan.

Perkembangan ini didedahkan Presiden Persatuan Teksi Bestari Kuala Lumpur (Bukit Bintang), Mohamed Asharaf Yasin yang kesal apabila wujud 300 ulat teksi Arab di kawasan itu dengan menawarkan pakej perjalanan eksklusif untuk pelancong Timur Tengah.Menurutnya, pendapatan diraih pemandu teksi tempatan hanya RM4,000 sebulan, tetapi hasil dikaut setiap ulat teksi Arab yang beroperasi secara haram di Bukit Bintang, di sini, melebihi RM30,000 sebulan dengan menawarkan pakej perjalanan eksklusif kepada pelancong Timur Tengah dan mereka difahamkan sudah bertapak di ibu kota sejak 10 tahun lalu.

3 beranak gian bersama

Oleh Zaid Salim
am@hmetro.com.my

CHUKAI: Seorang ibu berusia 45 tahun ditahan bersama anak lelakinya berumur 29 tahun ketika masing-masing berkongsi dadah dalam sebuah bilik di rumah mereka di Jalan Cheteng, Kampung Tengah, Kijal, dekat sini, kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 12.05 tengah malam, polis turut menahan seorang lagi anak lelaki wanita terbabit berusia 24 tahun yang berada di bilik berasingan dalam keadaan khayal dipercayai baru melepaskan gian.
Tangkapan terhadap tiga beranak terbabit dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman yang melakukan serbuan susulan maklumat penduduk kampung mendakwa rumah terbabit menjadi ‘port’ penagih dadah di kampung itu.

“Wanita terbabit mendakwa baru pulang ke rumah dan masuk ke bilik berkenaan kononnya untuk melihat sama ada dua anaknya berada di rumah atau tidak. Dia juga mendakwa tidak mengambil dadah.

“Bagaimanapun, ujian air kencing terhadap wanita terbabit dan dua anaknya mendapati mereka positif methamphetamine sebelum ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.


10 lelaki bergelut buaya



GAGAH...empat lelaki duduk di atas Si Ganas ketika dipasang penanda.
GAGAH...empat lelaki duduk di atas Si Ganas ketika dipasang penanda.
KINABATANGAN: Lebih 10 tenaga lelaki dewasa termasuk sepasukan kakitangan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah diperlukan, sebelum berjaya menumpaskan seekor buaya gergasi sepanjang 5.2 meter yang ditemui di Sungai Kinabatangan, di sini, Ahad lalu.
Namun, buaya jantan yang digelar ‘Si Ganas’ itu ditangkap bukan kerana membaham atau mengganggu manusia, sebaliknya bagi membolehkan sepasukan penyelidik memasang penanda bertujuan memantau pergerakan sang bedal terbabit.

Dalam pemburuan itu, JHL bersama Tasik Girang Field Centre (DGFC) memasang jerat, sebelum umpan yang diberikan disambar reptilia berkenaan.
Sebaik ditangkap dan dibawa ke darat, buaya itu dipasang penanda yang membolehkan ia dijejaki menerusi satelit bagi tujuan penyelidikan.

Projek berkenaan dijalankan menerusi pembiayaan Zoo Chester dan DGFC.

Pengarah JHL Sabah, Dr Laurentius Ambu, berkata reptilia itu adalah buaya jantan ketiga ditandakan penanda satelit di Kinabatangan menerusi projek yang dijalankan Unit Menyelamat Hidupan Liar jabatan itu dan DGFC.
“Bagaimanapun, dua buaya yang ditandakan pada Jun 2011 dan Januari lalu tidak dapat dikesan selepas dua bulan ditanda.

“Kami berharap penanda pada Si Ganas dapat bertahan lama bagi membolehkan pergerakannya direkodkan,” katanya, di sini, semalam.
Laurentius berkata, lebih 10 lelaki diperlukan bagi ‘menawan’ Si Ganas sebaik memasuki perangkap dipasang sebelum diukur, dipasangkan penanda dan dilepaskan semula ke habitat asalnya.

Sementara itu, Pengarah DGFC yang juga Ketua Program Buaya Kinabatangan, Dr Benoit Goossens, berkata hasil pemantauan dalam tempoh tiga hari selepas ditanda dan dilepaskan, buaya berkenaan sudah bergerak sejauh kira-kira lima kilometer.

“Keadaan itu seolah-olah menunjukkan ia bukan haiwan pemastautin,” katanya.

Goosens berkata, pasukannyajuga menjalankan kaji selidik menerusi pemetaan lokasi bersarang yang menunjukkan penurunan habitat dan campur tangan manusia mempengaruhi tingkah laku buaya di lokasi berkenaan.

Pekerja haram di Putrajaya

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

DITAHAN...dua daripada 10 pekerja asing yang ditahan dalam operasi, semalam.
DITAHAN...dua daripada 10 pekerja asing yang ditahan dalam operasi, semalam.
pix_topright
KUALA LUMPUR: Walaupun medan selera beroperasi di dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya, namun masih ada majikan yang berani menggaji pekerja asing tanpa dokumen sejak awal tahun lalu.
Kegiatan itu terbongkar selepas Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Putrajaya membuat serbuan melalui Ops 6P Daya dan menahan 16 orang termasuk 10 warga asing dan enam majikan warga tempatan.

Serbuan selama satu jam bermula 11 pagi itu turut mengambil tindakan ke atas pemilik enam gerai makanan dan minuman kerana menggaji warga asing.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (II), Mohd Izzat Mohd Jamil berkata, melalui pemeriksaan berkenaan, pihaknya mendapati ramai majikan mengambil jalan mudah dengan menggaji warga asing tanpa dokumen sah walaupun mengetahui ia menyalahi undang-undang.

Katanya, pihaknya yang mendapat maklumat awam yang mengatakan ramai majikan di kawasan itu menggaji pekerja asing sejak awal tahun ini melakukan siasatan sebelum membuat serbuan.

“Kami membuat pemeriksaan ke atas 17 kedai serentak dan mendapati tujuh daripadanya terbabit pelbagai kesalahan iaitu mengambil pekerja asing tanpa dokumen sah.
“Kami menahan 16 orang termasuk 10 warga asing termasuk enam Indonesia, tiga (Thailand) dan seorang (Myanmar) serta enam majikan warga tempatan untuk siasatan lanjut,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, mereka kini ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Tiga penyakit akibat stres di tempat kerja



KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengenal pasti hilang pendengaran, penyakit kulit dan penyakit paru-paru sebagai penyakit berbahaya yang sering menghantui kalangan pekerja di abad ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, pekerja menghidap tiga penyakit itu akibat tekanan atau stres di tempat kerja.

“Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) juga sudah mengenal pasti tekanan di tempat kerja sebagai satu bencana paling utama dan perlu ditangani segera,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran Seminar Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2012 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.
Menurutnya, penyakit hilang pendengaran disebabkan bunyi bising di tempat kerja mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 867 kes pada tahun lalu, tetapi menurun 26 peratus berbanding 1,173 kes pada 2010.

Beliau berkata, mengikut Akta Kilang dan Jentera 1967, Peraturan-peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan Bising), pekerja tidak boleh terdedah melebihi 90 decibel secara berterusan atau melebihi had-had yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atau melebihi dos bising harian serta tiada pekerja boleh terdedah kepada paras bising melebihi 115 decibel pada bila-bila masa.

Menurut beliau, 102 kes penyakit kulit dilaporkan tahun lepas menurun empat peratus berbanding 106 kes pada 2010, manakala penyakit paru-paru mencatat 101 kes tahun lalu iaitu meningkat 37 peratus, berbanding 63 kes pada 2010. — Bernama

10 tahun tiada penyelesaian



KUALA LUMPUR: Lambakan ulat teksi Arab yang beroperasi secara haram di Bukit Bintang, di sini, disifatkan sebagai sesuatu merugikan kerajaan kerana hasil yang sepatutnya diraih penduduk tempatan dikaut warga asing.
Presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan, Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah yang kecewa dengan masalah itu yang berlarutan sejak 10 tahun lalu di Bukit Bintang belum menemui jalan penyelesaian.

Beliau ketika dihubungi mencadangkan supaya penggubalan akta baru dibuat kerajaan bagi menghalang kegiatan ulat teksi Arab selain pelaksanaan penguatkuasaan ketat oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
“Masalah ulat teksi bukan perkara baru untuk diperkatakan kerana masalah ini wujud sekian lama. Dikesalkan kerana kehadiran teksi sapu atau ulat Arab seperti mencantas pendapatan pemandu tempatan,” katanya.

Menurut Aslah, perkara itu pernah disuarakan persatuan teksi, namun masalah itu bagaikan tiada noktah.

“SPAD perlu lebih tegas menghalang kegiatan ulat teksi asing bukan hanya mengenakan hukuman ke atas pemandu tempatan,” katanya.
Aslah berkata, dengan hasil diperoleh ulat teksi terbabit, ia menjejaskan ekonomi Malaysia dan mengakibatkan aliran wang negara keluar.

“Lebih tepat pelancong pastinya menuding jari kepada kerajaan sekiranya berlaku kemalangan sedangkan mereka menggunakan prebet sapu. Tambahan pula pemandu asing tidak memiliki lesen memandu, insurans dan cukai jalan,” katanya.
Menurut Aslah, selain pakej perjalanan, ulat tiket asing turut menawarkan perkhidmatan pelacuran kepada pelancong selain kumpulan itu memilik persatuan, syarikat dan pejabat yang berpusat di ibu kota.

“Ini masalah rakyat dan perlu diselesaikan. Kehadiran ulat teksi diibaratkan mencuri hasil Malaysia,” katanya.

‘Ini Perdana Menteri baik’



SITTWE: “Ini adalah Perdana Menteri yang baik,”. Memang tidak menyangka perkataan itu dilafazkan pelarian Rohingya, Jilal Abdul Rahman, 35, sambil mengangkat tabik pada wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada kotak yang diangkat sukarelawan.
Bukan setakat tabik diangkat sebagai tanda hormat, air matanya menitis bagaikan ada sesuatu yang ingin diceritakan namun tidak dapat dilafazkan disebabkan kurang fasih dan tidak mahir berbahasa Inggeris.

Apabila melihat air mata mula membasahi pipinya, wartawan cuba mencari jurugambar, Supian Ahmad yang ketika itu sibuk mengambil gambar sukarelawan mengangkat kotak.
Namun apabila melihat jurugambar datang, dia melarikan diri dengan menutup mukanya dan tidak membenarkan gambarnya diambil kerana bimbang akan dibunuh.

Pada waktu itu, wartawan tidak dapat menggambarkan betapa bangganya menjadi rakyat Malaysia, masyarakat lain mampu menghormati Perdana Menteri kita dan Jalur Gemilang.

Sehinggakan ada pelarian Rohingya sanggup mengubah posisi kotak barangan bantuan dibawa Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang diangkat diatas bahu mereka supaya wajah Najib serta lambang 1Malaysia dapat dilihat semua rakan mereka.
Pengorbanan besar rakyat Malaysia dihargai Pelarian Rohingya. Apa tidaknya, 500 tan bantuan makanan dapat dikumpulkan atas sumbangan masyarakat yang prihatin dengan penderitaan yang ditanggung mereka akibat pertelingkahan kaum dan agama di wilayah Sittwe.

Bukan setakat barangan bantuan makanan yang dibawa, malah khidmat serta kepakaran doktor yang diketuai Ketua Pasukan Perubatan KP1M, Datuk Dr Mohammed Alwi Abdul Rahman bersama ubat-ubatan turut dibekalkan. Sukarelawan yang diketuai Presiden KP1M, Datuk Azeez Abdul Rahim tiba di Malaysia jam 11 malam tadi selepas misi berakhir Selasa lalu.

Jari berhias jadi identiti unik



ANTARA wajah yang pernah digunakan Von Tease ialah (dari kiri) Gaddafi, Hilter serta satu daripada watak filem fiksyen sains popular, Avatar.
ANTARA wajah yang pernah digunakan Von Tease ialah (dari kiri) Gaddafi, Hilter serta satu daripada watak filem fiksyen sains popular, Avatar.
ROME: Seorang artis menggunakan kreativitinya mencipta nama menggunakan jari yang dihias bagi membentuk pelbagai wajah orang terkenal.
Berasal dari Bologna, artis yang hanya mahu dikenali dengan nama samaran Dito Von Tease itu menggunakan jarinya bagi memaparkan wajah seperti Dalai Lama, Jesus, Muammar Gaddafi dan Hitler.

Dia memilih nama samaran Dito sempena nama seorang penari, Dita, serta perkataan bahasa Itali il dito (bermaksud jari).
Kata Von Tease, projek “Ditology” itu dilakukan bagi melihat kepada kepekaan terhadap identiti serta bagaimana seseorang menggunakan samaran - terutama apabila mereka meninggalkan “cap jari digital” dalam talian. “Ia bermula tiga tahun lalu ketika saya mencari imej asli sebagai gambar profil di Facebook,” katanya.

Menurut Von Tease, 33, dia memilih jari sebagai pengenalan kerana tidak mahu identitinya terdedah. Katanya di Itali, ada ungkapan agak popular, nascondermi dietro un dito, yang bermaksud “bersembunyi di balik jari.” “Ia adalah kiasan kepada tindakan bersembunyi yang tidak berkesan,” katanya. Von Tease berkata, dia menggunakan kiasan itu untuk menyatakan bahawa, semua manusia cuba menyembunyikan diri di balik imej yang direka sendiri.

Mengenai jarinya, Von Tease berkata, dia menghiasinya untuk memaparkan wajah sesiapa saja, terutama individu terkenal. Dia menukar watak jarinya setiap harian berdasarkan kepada berita dan perkembangan semasa, membabitkan isu sejarah, seni, muzik, televisyen dan politik. Untuk melengkapkan imej itu, Von Tease menukar warna kulit pada jarinya dan menambah gaya rambut, mekap dan ciri khusus yang dikaitkan dengan tokoh yang dipilih. - DM

Scotland Yard ‘tersilap’ sita kereta anak Raja Ajman



LONDON: Scotland Yard didakwa memulangkan sebuah kereta Ferrari FF yang dipamerkan di depan pejabat pihak berkuasa itu sebagai peringatan untuk pemandu degil sebaik saja mengetahui pemiliknya.
Kenderaan mewah bernilai �200,000 (RM984,024) itu dipamerkan bagi membuktikan pihak berkuasa tetap menyita kereta yang didapati melakukan kesalahan walau apa pun jenisnya. Namun, ia dikembalikan selepas polis menyedari ia dimiliki anak lelaki Sheikh Rashid Humaid al-Nuaimi, anak kepada pemerintah Ajman di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Insiden itu diketahui ramai selepas Sheikh Rashid bermegah-megah memaklumkannya di Facebook. “Duit Arab memang berkuasa,” katanya. Bagaimanapun, jurucakap polis berkata, kereta disita hanya dipulangkan selepas pemiliknya membayar denda dan menyediakan dokumen sebenar. “Berhubung kes Ferrari itu, ia telah dituntut pemiliknya” katanya. Sheikh Rashid memuat naik gambar Ferrari itu di Facebook bersama catatan: “Ferrari saya disita di London, kemudian mereka mengetahui siapa saya dan kereta itu dikembalikan.” Dalam komen pada pos itu, Sheikh Rashid berkata, dia tidak membayar insurans untuk keretanya. - DM

Sekolah rendah ketepi bahasa Inggeris

JAKARTA: Sebagai sebahagian pindaan kurikulum yang akan berkuat kuasa tahun depan, bahasa Inggeris tidak lagi menjadi subjek yang akan diajar di sekolah rendah di Indonesia, kata Timbalan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan, Musliar Kaslim.
Menurutnya pindaan itu bertujuan memberikan lebih banyak masa untuk murid menguasai bahasa Indonesia terlebih dulu sebelum mempelajari bahasa asing.

“Sekolah rendah tidak akan mempunyai pelajaran bahasa Inggeris kerana murid belum lagi belajar untuk memahami bahasa Indonesia,” kata Musliar semalam.
“Malah, sekarang sesetengah murid tadika mengambil kursus bahasa Inggeris. Itu dilarang oleh undang-undang Islam (haram). Saya kasihankan kanak-kanak berkenaan,” katanya. Dia menegaskan semua sekolah perlu melaksanakan perubahan dalam kurikulum mereka. Bagaimanapun, kementerian masih memikirkan sama ada sekolah persendirian akan dibenarkan untuk mengajar bahasa Inggeris kepada pelajar mereka sebagai subjek sampingan. “Namun, untuk sekolah awam ia dilarang sama sekali,” katanya sebagaimana dipetik oleh kompas.com. Bagi sekolah antarabangsa yang biasanya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utamanya, kementerian belum memutuskan apa yang patut dilakukan.

Selain mengetepikan bahasa Inggeris sebagai subjek, kementerian juga merancang untuk mengurangkan subjek sedia ada di sekolah rendah kepada enam iaitu agama, bahasa Indonesia, pendidikan sivik, seni dan kemahiran, pendidikan fizikal dan pengetahuan am. Rancangan pengurangan subjek itu, termasuk matemati, sains, pengajian sosial, kandungan tempatan dan pembangunan insan. Musliar berkata, sains dan pengajian sosial tidak akan diketepikan langsung daripada kurikulum baru, tetapi akan digabungkan dalam subjek lain seperti bahasa Indonesia. - kompas.com