Mek Long meninggal pada usia 80 tahun
7 Oktober 2012
Beliau meninggal akibat sakit tua di hadapan suaminya Hassan Awang, 70.
Anak lelaki mereka yang tinggal di Kuala Lumpur sempat pulang untuk menziarah jenazah Allahyarham yang disemadi di tanah perkuburan Kampong La selepas solat asar semalam.
Mek Long cacat penglihatan, begitu juga suaminya. Namun Mek Long semasa hayatnya dilaporkan berupaya memanjat pokok kelapa dan melakukan rutin harian yang lain seperti memasak, membasuh dan mengemas rumah.
"Pemergian Mek Long telah meninggalkan suaminya juga cacat penglihatan sebatang kara. Mereka sebelum ini saling bergantung antara satu sama lain.
"Mereka tinggal sendirian dengan makan minum mereka diuruskan oleh anggota keluarga yang tinggal tidak jauh daripada rumahnya," kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampong La, Zakaria Musa.
Mereka berdua menjadi ikon kepada penduduk kampung kerana kegigihan mereka menjalani kehidupan di usia tua tanpa mengharap bantuan sesiapa.
Namun kehidupan mereka tidak terlepas pandang oleh pihak berkaitan apabila mereka turut diberi bantuan di bawah Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (Karisma) untuk membaiki rumah mereka di samping bantuan lain.
- Bernama
36 pelatih PLKN Kem Cenderawasih Cador gaduh
7 Oktober 2012
Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang di Kem PLKN Cenderawasih Cador, Pengkalan Berangan, Marang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian tersebut berpunca apabila satu kumpulan pelatih menuduh ahli kumpulan lain mencuri barang, sehingga menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan kedua-dua kumpulan berkenaan.
“Kumpulan berkenaan seramai 27 orang kemudiannya bertindak menyerang kumpulan satu lagi yang terdiri daripada sembilan orang dan ada daripadanya bersenjatakan kayu, hingga menyebabkan kecederaan.
“Kesembilan mereka cedera dan lebam di badan. Ekoran kejadian itu, satu laporan polis dibuat, sebelum polis bertindak menahan 27 orang pelatih itu untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Jelas Manoharan, kesemua yang ditahan direman selama empat hari bermula semalam dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.
'Ubat kuat' umpama ‘pisang panas’
7 Oktober 2012
Pastinya banyak lelaki lebih tersenyum simpul kerana mereka boleh sahaja mendapatkan produk itu kerana ia semakin mudah didapati.
Bilangan dan jenisnya semakin bertambah hari demi hari menjadikan perniagaan itu boleh membawa keuntungan berlipat kali ganda, tambahan pula ia sudah mula dijual di pasaran terbuka.
Walaupun sudah beberapa kali negara dikejutkan dengan insiden buruk membabitkan penggunaan ubat atau produk yang boleh merangsang nafsu seks, tetapi masih ia tetap tidak menyedarkan banyak pihak.
Sinar Harian berpeluang meninjau ke kawasan menjadi lokasi utama untuk mereka yang memerlukan ubat atau makanan tambahan bagi meningkatkan tenaga batin.
Seorang peniaga yang hanya ingin dikenali sebagai Isa, 52, berkata, dia sudah lima tahun menjalankan perniagaan sepenuh masa menjual produk dan jamu untuk meningkatkan keupayaan tenaga batin.
Dia menganggap setiap lelaki perlu menitikberatkan soal tersebut kerana ia merupakan kunci kebahagiaan.
“Kebanyakan mereka datang untuk mendapatkan pertolongan tanpa mengira usia. Mereka bukan sahaja terdiri daripada golongan dewasa dan warga emas, malah membabitkan remaja serta golongan muda.
“Kebanyakan mereka sememangnya mempunyai masalah tenaga batin berikutan gemar melakukan oral seks. Muda-muda lagi sudah lemah kerana terlalu kerap melakukannya. Sekiranya tidak berubat secara tradisional, perkara itu pasti memberi kesan buruk pada kehidupan mereka,” katanya.
Dia berkata, kebanyakan golongan dewasa pula mengalami masalah mati pucuk berpunca daripada pengambilan makanan.
“Orang sekarang makan macam-macam. Benda yang boleh melemahkan pun turut dimakan, tetapi tidak pula mahu makan ubat atau jamu untuk meningkatkan keupayaan batin.
“Jika hendak dibandingkan dengan orang zaman dahulu, ubat-ubatan, jamu dan akar kayu memang tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, jumlah kes penceraian amat berbeza berbanding zaman dahulu,” katanya.
Isa berkata, ubat-ubatan tradisional ditambah dengan senaman dan urutan khas untuk meningkatkan tenaga batin adalah warisan keluarganya yang dipelajari semenjak berusia 14 tahun lagi.
“Saya berniat membantu mereka yang sangat memerlukan untuk bersama orang tersayang. Jika mereka bahagia, saya tumpang gembira. Pembuatan ubat-ubatan ini dilakukan sendiri. Semua akar kayu yang mempunyai 1,001 khasiat ini diperoleh di dalam hutan tebal di Gua Musang,” katanya.
Menurutnya, mereka tidak perlu khuatir untuk memperoleh ubat-ubatan tersebut memandangkan semua produk itu akan digunakannya terlebih dahulu.
“Sebelum menjual di pasaran, saya sendiri akan makan untuk beberapa kali dan melakukan pelbagai proses.
“Jadi, semua ubat sama ada untuk menyembuhkan penyakit, meningkatkan tenaga batin dan sebagainya boleh dikatakan terjamin penyembuhannya. Malah untuk merasakan kehebatan malam anda, terdapat beberapa senaman dan urutan untuk meneguhkan tenaga batin serta memantapkannya,” katanya.
Lebih tertarik tingkat tenaga batin
Sementara itu, seorang lagi penjual yang ingin dikenali sebagai Zailan, 34, lebih gemar menjual produk berasaskan alam semula jadi untuk membantu mereka yang memerlukan peningkatan tenaga batin.
“Saya lebih berminat menjual madu lebah kelulut berasaskan produk pemakanan daripada sumber alam semula jadi. Antara keunikan dan kebaikan khasiat dimilikinya adalah meningkatkan tenaga batin dan sangat sesuai buat sesiapa yang semakin hilang tenaga kelakian mereka.
“Malah, ia boleh menyembuhkan penyakit lain antaranya kencing manis, strok, hati, darah tinggi dan batu karang. Namun pelanggan lebih tertarik untuk membeli produk ini bagi meningkatkan tenaga batin,” katanya.
Zailan berkata, kira-kira 50 peratus pelanggan membeli produk itu disebabkan mereka mempunyai masalah tenaga batin.
“Kebanyakan warga emas lebih suka menggunakan kaedah pemakanan menggunakan khasiat alam semula jadi.
“Bagi golongan muda, mereka mungkin lebih gemar mendapatkan pil memandangkan ia lebih komersial untuk meningkatkan tenaga batin. Namun setakat ini, maklum balas daripada pengguna amat memuaskan,” katanya.
Tempoh seronok hanya sementara
Sementara itu, Sinar Harian sempat menemu bual seorang pengamal ubatan yang mengeluh mengenai penggunaan ubat yang boleh memberi kesan sampingan.
Katanya, dia tidak bersetuju dengan penjualan ubat kuat memandangkan terdapat kesan sampingan apabila umur semakin meningkat.
"Penggunaan tidak stabil dan sukatan tidak tepat boleh memberikan kesan buruk kepada pengguna. Ini kerana ada sesetengah pengguna yang terdesak lalu mengambil ubat kuat secara berlebihan untuk tampil hebat bersama pasangan.
“Mengikut pengalaman saya, keadaan jantung kadangkala tidak stabil pada waktu pemakanan khususnya boleh menyebabkan kematian,” katanya.
Menurutnya, selepas pengambilan ubat itu, tenaga kelakian yang asalnya masih cergas akan menjadi lesu hingga memaksa dirinya mengambil ubatan secara berterusan setiap kali ingin melakukan hubungan seks walaupun sudah tahu akan berdepan risiko.
Bagaimanapun, dia mengakui ubat itu bolah menguatkan seks, tetapi bukan untuk tempoh lama, tambahan pula mereka akan kembali lemah di samping berdepan pelbagai penyakit.
“Melalui berita di media, ramai tahu keburukannya. Tetapi tidak diendahkan disebabkan perasaan ingin mencuba.
“Ubat kuat hanyalah untuk sementara berikutan ia akan membuatkan anda bertambah merana. Sekiranya ada berminat, mereka boleh menggunakan produk berasaskan sumber semula jadi,” katanya.
Risiko ubat kuat: Lelaki perlu buang ego
7 Oktober 2012
Sekarang ini terlalu banyak ubat kuat yang berada di pasaran. Bolehkah doktor terangkan jenis-jenis ubat tersebut?
Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh didapati di hospital, klinik dan farmasi yang diluluskan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan antaranya Viagra (Sildenafil Citrate), Cialis (Taladafil) dan Levitra (Vardenafil HCI). Ubat-ubat ini biasanya diambil oleh pesakit yang mengalami masalah disfungsi erektil yang akan membantu hubungan kelamin.
Bagi pesakit yang mahu mengambil ubat-ubat ini, perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan untuk mengetahui tahap kesihatan seseorang itu bagi memastikan mereka sesuai untuk mengambil ubat tersebut atau tidak kerana bukan semua pesakit boleh mengambil ubat ini.
Bagi mereka yang mempunyai penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis atau penyakit buah pinggang, mereka boleh mengambil ubat tersebut tetapi dengan dos tertentu dan pada tahap kesihatan yang dibenarkan.
Kebanyakan mereka yang menghadapi masalah hubungan kelamin lebih selesa mengambil ubat yang berada di pasaran yang belum dijamin selamat terutamanya yang didakwa diperbuat daripada herba. Apa pandangan doktor mengenai perkara ini?
Mereka yang membeli ubat ini di pasaran bukan kerana hanya terpengaruh dengan pujukan iklan atau rakan, tetapi beranggapan ubat yang dibuat secara tradisional ini selamat. Sebenarnya, mereka malu dan segan untuk berjumpa doktor kerana mereka fikir penyakit mereka ini terlalu sensitif untuk dibualkan. Lagipun, lelaki ini mempunyai ego, jadi memang sukar untuk mereka merendahkan maruah mereka sendiri walaupun untuk kebaikan mereka.
Tidak dinafikan, memang terlalu banyak ubat yang terdapat di pasaran sama ada yang dijual melalui internet, kaki lima atau majalah dan tidak kurang juga ada yang dijual di kedai ubat-ubatan. Ini termasuklah ubat yang dijual dalam bentuk pil, kapsul, minuman dan sebagainya.
Namun, ada sebahagian daripadanya yang belum dijamin selamat berikutan mungkin tidak mendapat kelulusan KKM.
Ada juga ubat yang diperbuat daripada herba atau tradisional, namun sebagai pengguna, mereka sendiri tidak dapat memastikan samada kandungan dalam dalam ubat tersebut tidak bercampur dengan bahan kimia lain. Lagi pun, sekarang ini masih belum ada lagi kajian saintifik mengenai kandungan ubat tradisional ini yang boleh menjamin keselamatannya.
Apa yang membimbangkan kepada mereka yang mengambil ubat-ubat ini tanpa nasihat daripada doktor atau yang tidak diluluskan KKM, ia boleh memberikan kesan negatif dalam jangka masa pendek atau panjang bergantung kepada kesesuaian ubat itu kepada pesakit.
Memang ubat-ubatan ini mampu memberikan keupayaan luar biasa dalam masa yang singkat dan ini sekali gus akan menyelesaikan masalah dalam hubungan kelamin mereka. Tetapi, jika ubat-ubat itu dicampurkan dengan bahan kimia yang berbahaya, ia mungkin akan memudaratkan pesakit dengan kesan sampingan lain.
Apakah masalah atau kesan yang terpaksa ditanggung pesakit sekiranya mengambil ubat tanpa kelulusan KKM?
Ada juga yang boleh pitam atau pengsan atau mengalami tekanan darah rendah. Ini bergantung kepada daya ketahanan pesakit itu.
Kemungkinan ada yang akan menghadapi kegagalan buah pinggang untuk berfungsi seperti biasa. Selain itu, seseorang itu juga mungkin menghidapi priapism iaitu masalah ketegangan alat kelamin yang tidak normal selama empat jam atau lebih. Sekiranya, ia tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan tisu pada alat sulit dan menyebabkan impotens iaitu mati pucuk selama-lamanya.
Kesan atau komplikasi kerap kali berlaku apabila ubat-ubat kuat yang diambil itu telah dicampurkan pelbagai bahan yang terlarang yang hanya boleh dikenal pasti sekiranya di diperiksa di makmal.
Jika impotens berlaku, ubat yang diluluskan KKM pun tidak mampu untuk mengembalikan kesihatan pada zakar. Justeru, saya harap, mereka yang ada masalah dalam hubungan kelamin mesti berjumpa dengan doktor. Setakat ini, hanya mereka yang berumur 60 tahun ke atas sahaja yang berani menyuarakan masalah mereka, sedangkan yang masih muda lebih suka memilih cara mudah dengan membeli ubat di pasaran.
Apakah saranan doktor dalam penjagaan penyakit ini?
Kesihatan perlu dijaga dari usia muda lagi yang melibatkan gaya hidup sihat yang termasuk cara pemakanan, kesihatan fizikal dan minda. Namun, mereka yang mengidap penyakit ini sememangnya tidak boleh dijangka.
Namun, sekiranya berhadapan dengan masalah itu, seharusnya pesakit buang ego mereka dahulu dan terus berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat. Selalunya, kita akan memeriksa tahap kesihatan mereka terlebih dahulu sebelum mengesyorkan jenis ubat yang perlu diambil.
Sekiranya mereka mempunyai penyakit lain, kita akan menyarankan pengambilan ubat mengikut dos-dos yang tertentu. Jadi, mereka perlu mengambil ubat ini dengan mengikut arahan doktor kerana ada jenis ubat yang boleh bertahan 24 jam dan ada yang 48 jam. Dalam tempoh itu, pesakit tidak perlu mengambil ubat lain, dan hanya perlukan rangsangan daripada pasangan untuk membantu menegangkan zakar sebelum melakukan hubungan kelamin.
Isu GO-KL: Mogok kedua pemandu teksi
7 Oktober 2012
Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Bestari Kuala Lumpur, Mohamed Asharaf Yasin berkata, kenyataan tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan ketika belum ada sebarang kata putus dengan perbincangan yang berlangsung.
Menurutnya, pertemuan pada 2 Oktober lalu juga dijanjikan pertimbangan sembilan perkara yang dinyatakan, namun tiada sebarang keputusan sehingga kini.
“Apabila kenyataan tersebut dikeluarkan, ia seolah-olah tidak menghormati perbincangan yang berlangsung sebelum ini.
“Kenyataan yang dibuat tidak menggambarkan kerjasama bersama kami sebagai pemandu teksi,” katanya kepada Sinar Harian sambil menyifatkan perkhidmatan bas percuma Go-KL yang turut ditawarkan oleh warga asing membuatkan mereka tambah terjejas.
Persatuan Pemandu Teksi Bestari Kuala Lumpur, adalah pihak bertanggungjawab dalam insiden mogok lebih 200 pemandu di Bukit Bintang, 1 Oktober lalu.
Mogok selama lima jam itu berakhir dengan jaminan pihak SPAD untuk mengadakan perbincangan lanjut berhubung perkara-perkara berbangkit yang membawa kepada tindakan nekad itu.
Mohamed Asharaf berkata, pihaknya berharap agar perkara yang dinyatakan dipertimbangkan sewajarnya sebelum sebarang keputusan diambil.
“Jika isu-isu berbangkit tidak dapat diselesaikan pihak bertanggungjawab, kami tidak teragak-agak untuk membuat perkara sama (mogok), malah lebih besar daripada sebelum ini.
“Kami tertekan dengan situasi yang berlaku, kerana itu kami mahu pihak bertanggungjawab selesaikan masalah kami,” katanya.
Difahamkan, pihaknya telah menghantar memorandum bantahan kepada pihak SPAD berhubung perkara itu, kelmarin.
Dalam masa sama, persatuan tersebut membuat laporan polis berhubung artikel yang disiarkan sebuah akhbar tempatan (bahasa Inggeris) rentetan daripada mogok berlangsung yang disifatkan mereka menggambarkan imej buruk pemandu teksi.
Dalam laporan tersebut turut menyatakan pihak persatuan mahu permohonan maaf dibuat ke atas mereka serta membuat penarikan balik artikel terbabit sebelum mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.
Barah hidung: Keadaan Ezmi bertambah baik
7 Oktober 2012
Bapanya, Md Jan Nipang, 66, berkata, Mohd Ezmi mula menampakkan reaksi positif dan lebih ceria berbanding hari sebelumnya.
“Alhamdulillah, nampak perubahan ketara pada dirinya terutama luka di wajahnya yang mula kemerahan.
“Bila rakan pasukannya datang pun dia nampak ceria dan bersemangat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Dalam pada itu, Exco Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi turut melawat Mohd Ezmi di samping memberikan sumbangan dan kata-kata semangat.
Menurutnya, rawatan tradisional Islam yang dijalankan selama lebih tiga minggu bersama pengamal perubatan daripada Felda Gedangsa jelas memperlihatkan perubahan positif.
Katanya, kaedah rawatan digunakan juga bersesuaian dengan Mohd Ezmi dan luka pada mukanya beransur pulih.
Ditanya mengenai keadaan rumah tangga anak sulungnya itu, Md Jan berkata, semuanya sudah ketentuan Ilahi dan sememangnya jodoh mereka sementara saja.
“Sebenarnya, mereka berpisah pada 2010 sebelum keadaan ini menimpanya lagi dan bukan disebabkan penyakit dialami.
“Malah, bekas isterinya sering datang melawatnya dan pernah membersihkan sendiri luka pada wajahnya,” katanya sambil menyifatkan bekas isteri Mohd Ezmi seorang wanita yang baik dan bertanggungjawab.
Difahamkan, bekas isteri Mohd Ezmi seorang pramugari di syarikat penerbangan utama negara dan dia turut menyediakan keperluan dua anak mereka berusia tujuh dan 10 tahun.
Bekas pemain Selangor Ezmi mungkin disihir
7 Oktober 2012
Pengamal perubatan Islam, Mohd Habib Ahmad yang merawat bekas pemain bola sepak Selangor itu berkata, sel tisu hidung Mohd Ezmi sudah mulai tumbuh kemerahan dan menyifatkan perubahan ketara itu satu petanda baik untuk pulih.
“Saya menggunakan wap rebusan daun sirih untuk membunuh kuman dan virus, manakala nanah dicuci dengan roti kemudian setelah bersih luka disapu dengan air garam serta pati ibu kunyit.
“Alhamdulillah, setelah lebih tiga minggu merawat Mohd Ezmi kesan lukanya sudah mula surut dan daging baru juga tumbuh kemerahan,” katanya ketika ditemui semalam.
Mohd Habib yang juga peneroka Felda Gedangsa berkata, tindak balas positif itu sebenarnya memberi petanda berbeza dengan tanggapan Mohd Ezmi menghidap barah.
"Kemungkinan besar Mohd Ezmi terkena sihir.
"Ulat yang memakan daging pada hidung Mohd Ezmi pernah dibuang di dalam tandas tetapi hanya selang sehari ulat kembali semula dengan jumlah yang sama," katanya.
Namun, katanya, setelah dibacakan ayat al-Quran dan menghembusnya pada ubun-ubun Mohd Ezmi, ulat itu mudah dibersihkan dan setelah dimasukkan ke dalam botol lalu dibuang ke sungai ia tidak lagi kembali.
“Selepas itulah sel tisu muka dan hidung Mohd Ezmi kelihatan bersih dan kemerahan.
“Jadi, ini berkemungkinan satu perbuatan khianat,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Habib berkata, dia tidak dapat membantu memulihkan sel tulang hidung Mohd Ezmi kerana sudah rosak dipercayai kesan kimoterapi.
"Kita akan teruskan rawatan terhadap Mohd Ezmi bagi memastikan dia pulih sepenuhnya dan terhalang daripada gangguan berulang," katanya.
سُوۡرَةُ البَقَرَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَـٰنَۖ وَمَا ڪَفَرَ سُلَيۡمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَڪَيۡنِ بِبَابِلَ هَـٰرُوتَ وَمَـٰرُوتَۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٌ۬ فَلَا تَكۡفُرۡۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡۚ وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَٮٰهُ مَا لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنۡ خَلَـٰقٍ۬ۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦۤ أَنفُسَهُمۡۚ لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُونَ (١٠٢) Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. / (102)
سُوۡرَةُ یُونس
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
فَلَمَّآ أَلۡقَوۡاْ قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئۡتُم بِهِ ٱلسِّحۡرُۖ إِنَّ ٱللَّهَ سَيُبۡطِلُهُ ۥۤۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُصۡلِحُ عَمَلَ ٱلۡمُفۡسِدِينَ (٨١) Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (81)
No comments:
Post a Comment