Tuesday, October 9, 2012

WARGA ASING OH WARGA ASING....MYANMAR OH MYANMAR

4 jam dalam neraka 10 setan

Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my

SUBANG JAYA: Empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas ‘diculik’ ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini.
Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira.
Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka.

“Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu.

“Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani,” katanya.

Ratapan ibu tengah jalan

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

PILU...Rosnah (dua dari kanan) ditenangkan selepas menatap jenazah Nurul Nabilah (gambar kecil).
PILU...Rosnah (dua dari kanan) ditenangkan selepas menatap jenazah Nurul Nabilah (gambar kecil).
MASJID TANAH: “Arwah sempat mencium pipi saya bertalu-talu dalam keadaan tergesa-gesa tanpa menjamah sarapan dan memberitahu sudah terlambat menghadiri kuliah,” kata Rosnah Sulong, 59, ibu kepada Nurul Nabilah Daud, 18, yang terbunuh dalam kemalangan di Kampung Durian Daun, di sini, semalam.
Kejadian jam 8 pagi itu berlaku ketika mangsa yang masih menuntut di Kolej Komuniti Masjid Tanah itu dalam perjalanan ke kolej terbabit.

Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 dari arah Lendu ke Masjid Tanah hilang kawalan ketika melalui satu selekoh lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.
Motosikal mangsa yang dipercayai terseret bertembung dengan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback dinaiki dua pekerja kontrak menyebabkannya meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Rosnah, dua hari sebelum kemalangan itu, mangsa menyatakan hasrat untuk tidur di rumah seorang rakannya sedangkan tidak pernah berbuat demikian sebelum ini.

“Tanpa membantah, saya memberi kebenaran kepadanya. Pagi tadi (semalam), ketika saya sedang mengaji, dia (arwah) memeluk dan mencium pipi saya sambil berkata perlu pergi segera.
“Saya tidak sangka ia ungkapan terakhir dan petanda dia mahu pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Sementara itu, pemandu kereta Iswara, Zaini Sidek, 42, berkata, ketika kejadian dia dan rakan sekerjanya, Omar Md Dom, 52, dalam perjalanan menuju ke tempat kerja mereka di kampung berkenaan.
“Saya terkejut apabila melihat motosikal mangsa terbabas akibat jalan licin dan terjatuh sebelum terseret di laluan bertentangan.

“Melihat keadaan itu, saya terus memaut stereng ke kiri dengan harapan dapat mengelak daripada bertembung dengan motosikal mangsa, namun gagal,” katanya. Menurutnya, dia memberhentikan kereta di bahu jalan dan berlari ke arah mangsa yang terbaring kaku di laluan bertentangan manakala motosikal itu dilihat tercampak 15 meter ke depan.

“Saya cuba mengejutkan mangsa tanpa menyentuh tubuhnya, namun tiada sebarang tindak balas,” katanya. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian berkenaan.

TAK BOGEL...HARAM TETAP HARAM

‘Saya tak bogel’

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my
Nabila Huda Suhaimi
Nabila Huda Suhaimi
KUALA LUMPUR: “Saya bukan berbogel, tetapi jika ada pihak yang tersinggung cara pemakaian saya di Anugerah Blockbuster, Sabtu lalu, saya mohon maaf,” kata pelakon, Nabila Huda Suhaimi, 27, mengulas isu pemakaiannya yang didakwa menyinggung perasaan segelintir masyarakat di negara ini.
Nabila dihubungi petang semalam menambah, dia tidak pernah menyangka gaun hitam rekaan Alia Bastaman, mendedahkan sebahagian bahu dan perutnya yang digayakan sewaktu menghadiri Anugerah Blockbucter anjuran Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan disiarkan di Astro Ria malam minggu lalu, menjadi berita hangat.
“Saya dipilih sebagai seorang penyampai trofi pada acara berkenaan dan untuk itu saya mendapatkan tajaan pakaian di saat akhir daripada Alia Bastaman. Tema malam itu adalah ‘letusan warna blok’, tetapi saya akhirnya memilih memakai gaun itu kerana ada beberapa koleksi pakaian Alia yang saya tidak sesuai dari segi saiz.

“Saya sedar ia sedikit terbuka pada bahagian bahu, perut dan terbelah di kaki namun, kerana saya menghormati penonton ketika ditugaskan menjadi penyampai saya menutup bahagian perut dengan ‘tube’ hitam.

“Terus-terang saya tidak menyangka hal ini menjadi isu kerana saya fikir ramai sedia maklum saya memang berani mencuba fesyen. Apapun saya sekali lagi memohon maaf dan berharap dapat memperbaiki penampilan saya pada masa akan datang.


Pemandu teksi maut di kubur

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my

pix_middle
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi sempat melarikan diri kira-kira 200 meter sebelum rebah dan meninggal dunia selepas diserang dan ditikam dalam kejadian di Tanah Perkuburan Kristian Jalan Kuari, Cheras, di sini, semalam.
Mangsa yang berusia 40-an ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan jam 7.30 malam dalam keadaan terbaring berlumuran darah dipercayai diserang sebelum dirompak.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, mangsa mati parah di perut akibat ditikam selain dipukul dengan objek tumpul di kepala.
Beliau berkata, pemeriksaan unit forensik di tempat kejadian menemui dua pisau pemotong sayur masing-masing berhampiran mayat mangsa dan dalam teksinya.

“Kami percaya mangsa diarahkan untuk memandu ke tanah perkuburan ini sebelum dirompak dan dicederakan. Kejadian itu dipercayai dilakukan lebih daripada seorang.

“Bagaimanapun, mangsa yang ketika itu parah cuba mendapatkan bantuan, tetapi gagal sebelum meninggal dunia,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.
Katanya, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dirompak kerana semua barang berharga dan beg duitnya tidak ditemui.

“Pemeriksaan dalam teksi mangsa mendapati terdapat kesan darah di tempat duduk pemandu dan polis percaya mangsa diserang ketika berada dalam teksi,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

‘Jiran aku ganas’

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya nampak jiran dikejar dengan parang oleh seorang lagi jiran lebih 50 meter dari rumahnya ke simpang jalan di Lorong Ikan Emas 4,” kata Ganesh, saksi kejadian seorang juruteknik ditetak jirannya di kepalanya awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, P Jayamurali, 44, mengalami kecederaan parah di kepala akibat ditetak jirannya yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mereka.
Menceritakan kembali kejadian itu, Ganesh berkata, ketika kejadian dia berada di rumahnya sebelum terdengar bunyi jeritan dari rumah jiran.

Menurutnya, apabila membuka pintu, dia ternampak jirannya itu yang dipercayai penagih dadah mengejar Jayamurali dari lorong masuk ke rumah mereka dengan parang.

“Akibat ketakutan, saya tidak keluar rumah dan hanya memerhati dari dalam rumah,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Mangsa belasahan 20 lelaki maut



SUNGAI PETANI: Gara-gara dipercayai tersalah identiti, seorang remaja lelaki yang dibelasah sekumpulan lebih 20 lelaki kerana disyaki terbabit kejadian ragut meninggal dunia selepas koma seminggu akibat parah di kepala dan badan, semalam.
Mangsa, Ku Ameerul Ashraf Ku Salim, 20, dari Taman Ria, di sini, disahkan meninggal dunia jam 9.40 pagi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, ketika menerima rawatan akibat menjadi mangsa belasahan dalam kejadian, Selasa lalu.

Kejadian berlaku jam 4 pagi selepas beberapa penduduk mengesyaki mangsa terbabit kejadian ragut di taman perumahan berkenaan tiga hari sebelum itu.
Ketika itu, mangsa dan empat rakannya berada di rumah seorang rakan terletak tidak jauh dari rumahnya sebelum muncul lebih 20 lelaki dan tiba-tiba menceroboh masuk ke rumah itu lalu memecahkan pintu sebelum membelasah rakan mangsa.

Bapa mangsa, Ku Salim Ku Long, 54, berkata, anak lelakinya berjaya melarikan diri dengan memanjat bumbung, tetapi terjatuh ke rumah bersebelahan yang juga kenalan ibunya sebelum keluar mengikut pintu belakang.

Menurutnya, sebaik keluar, arwah ditangkap kumpulan terbabit yang kemudian memukulnya dengan pelbagai objek, namun anaknya berjaya melepaskan diri kali kedua.
Katanya, arwah kemudian terjatuh dalam longkang sebelum ditemui seorang lelaki lalu memberitahu kumpulan terbabit sebelum mereka menariknya keluar dan memukulnya semula berulang-kali. Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Ong Aik Chang yang dihubungi mengesahkan mangsa meninggal dunia selepas koma ketika menerima rawatan di wad ICU HSAH.

Menurutnya, polis sudah menahan lapan lelaki bagi membantu siasatan kes itu yang sebelum ini dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan sebelum ditukar kepada Seksyen 302 kanun sama selepas mangsa meninggal dunia.
“Setakat ini, polis masih menyiasat sama ada mangsa terbabit kejadian ragut yang didakwa itu atau sebaliknya,” katanya.

No comments:

Post a Comment