Friday, June 22, 2012

BILA ALLAH NAK BERI HIDAYAH....BILA ALLAH NAK MENANGKAN ISLAM...TIADA SAPE BOLEH BANTAH...ITU HAQ ALLAH TAK BOLEH DIGANGGU GUGAT...

Air mandian misteri berwarna keruh ditemui di bilik anak

Posted on the June 22nd, 2012 under Tempatan by admin

Hasan menunjukkan sebungkus uncang teh dan ‘air mandian misteri’ berwarna keruh yang ditemui di bilik tidur anak gadisnya itu.
MARANG – Kebimbangan seorang bapa selepas anak gadisnya berkelakuan pelik dan sering berkurung di dalam bilik sejak lebih seminggu lalu, akhirnya terjawab apabila dia menemui beberapa peralatan termasuk ‘air mandian misteri’ di bilik tidur anaknya itu.
Antara peralatan lain disimpan adalah uncang teh, uncang mengandungi beras, gula dan kertas tertulis ayat al-Quran, cecair jernih diisi di dalam botol mineral untuk diminum dan air berwarna keruh diletakkan di dalam botol plastik digunakan sebagai air mandian.






Hasan Tayib, 48, mendakwa, anak gadisnya juga turut memakai tangkal di leher diberikan seorang bomoh ‘misteri’ namun hanya sebahagian dari peralatan itu ditemuinya manakala selebihnya dilihat oleh isterinya, Latifah Sulong, 44.
Hasan berkata, anak kelima dari enam beradik itu baru berusia 15 tahun dan masih belajar di sebuah sekolah di sini, dipercayai menjadi mangsa bomoh terbabit yang diperkenalkan seorang lelaki berumur 40-an tidak dikenalinya tetapi dikenali anak gadisnya itu.
Menurutnya, perkara itu terbongkar apabila dia mengekori anak gadisnya ke sekolah awal pagi semalam, sebelum dia mendapati sebuah kereta sedang menunggu berdekatan rumah mereka dipercayai untuk membawa anak gadisnya itu ke satu tempat.
“Perkara pertama terlintas difikiran tentulah yang buruk-buruk. Hati bapa mana yang tidak risau. Tambah pula, gejala anak gadis lari dari rumah melibatkan lelaki yang berusia menjadi perkara biasa dan ia memang membimbangkan kami.
“Saya kemudiannya menunggang motosikal ke arah kereta itu sebelum melihat seorang lelaki tidak dikenali berusia sekitar 40-an berada di dalam kenderaan itu lalu bertanyakan kepadanya kenapa menjemput anak perempuan saya di situ,” katanya.
Hasan turut mendakwa rawatan itu membuatkan anak gadisnya mengikut telunjuk lelaki berusia 40-an itu.
Hasan yang ditemui di rumahnya di Gong Merawang di sini, berkata, lelaki itu memberitahu, dia menjemput anak gadisnya itu untuk pergi menemui seorang bomoh di sebuah kampung di daerah itu untuk berubat kerana mengidap sakit dalaman.
“Saya hairan kerana anak saya tidak pernah mengadu sakit dan jika sakit sekalipun dia (anak) ada penjaga iaitu kami. Selepas itu berlaku sedikit pertengkaran dan saya kemudiannya mengambil anak saya dan meminta lelaki itu beredar,” katanya.
Susulan kejadian itu, Hasan kemudiannya menghantar anaknya ke sekolah sebelum pulang semula ke rumah dan menemui beberapa peralatan termasuk ‘air mandian misteri’ di bilik tidur anaknya yang dikatakan digunakan untuk merawat penyakit ‘misteri’ anaknya.
Sementara itu, mungkin tidak ramai sedar bahawa gadis bawah 18 tahun sebenarnya masih lagi tertakluk kepada Akta Kanak-Kanak kerana pada usia itu mereka memerlukan perlindungan, belaian kasih sayang keluarga dan perhatian.
Justeru soal siapa salah tidak seharusnya berbangkit sebaliknya jalan penyelesaian yang mesti dicari. Malah bagi Hasan dan Latifah, mereka tidak malu untuk berkongsi beban ditanggung agar ia tidak berakhir dengan padah termasuk anaknya itu lari mengikut kekasih.
Mereka juga menyifatkan naluri ibu bapa sangat sensitif untuk menyimpulkan apa sebenarnya telah menimpa anak gadis mereka itu namun mereka tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis jika anak gadis mereka terus diganggu lelaki terbabit.
Sinar

Ibu paksa dua anak jual tubuh

Posted on the June 22nd, 2012 under Tempatan by admin

GEORGETOWN: Ibu durjana. Itu gelaran paling sesuai untuk seorang wanita yang menjadikan dua anak gadisnya berusia 16 dan 17 tahun sebagai hamba seks dengan melacurkan mereka sejak dua bulan lalu dengan alasan untuk menampung kehidupan.
Perbuatan terkutuk wanita berusia 35 tahun itu terbongkar apabila dia bersama teman lelakinya yang juga orang tengah dalam memperdagangkan tubuh dua beradik terbabit, dicekup dalam Ops Noda di sebuah hotel di Bayan Lepas, dekat sini, awal pagi semalam.
Difahamkan, wanita itu sebelum ini pernah ditahan dan ditempatkan di sebuah pusat pemulihan akhlak kerana melakukan perkara sama, namun dia dibebaskan Disember tahun lalu.






Nyata, dia rupa-rupanya masih belum insaf dan kali ini bersekongkol dengan teman lelakinya berusia 27 tahun untuk melacurkan dua anaknya dengan menjadikan hotel berkenaan sebagai lokasi mencari pelanggan.
Harian Metro


Mimpi Buat Aeril Zafrel Berhijrah

Posted on the June 22nd, 2012 under Artis by admin
KUALA LUMPUR, 21 JUN 2012: Tidak mahu tersasar jauh, pelakon, Aeril Zafrel akui dia kini dalam proses serta usaha membersihkan hati serta mendalami ilmu agama.
Bukan kerana paksaan tetapi Aeril Zafel berkata, keputusan itu dibuat selepas mimpi malamnya sering didatangi oleh arwah ibunya yang menegur kesilapan yang dilakukan.
“Sebelum ini saya sudah beberapa kali didatangi oleh arwah ibu saya dalam mimpi.






“Dalam mimpi itu, dia sering menegur kelakukan saya yang banyak membuat silap supaya tidak terus hanyut.
“Saya pun sedar jika saya tidak berubah dari sekarang, mungkin saya akan lebih tersasar jauh.
“Jadi kini saya lebih mendekatkan diri dengan Tuhan serta mendoakan yang terbaik buat arwah supaya kuburnya tidak akan gelap dan sempit.
“Namun penghijrahan saya bukan sahaja kerana mimpi itu tetapi kerana keinsfan diri saya yang mengenangkan atas kesilapan yang lalu,” katanya yang ditemui ketika tayangan perdana filem HACKS (Hanya Aku Cinta Kau Seorang), kelmarin.
Sudah tiga bulan Aeril Zafrel mempelajari dan menghadiri kelas agama di beberapa tempat pusat pembelajaran agama di dalam Malaysia.
Bercakap mengenai batas yang akan perlu dijaganya selepas membuat keputusan berhijrah, Aeril Zafrel memberitahu HACKS merupakan filem terakhir dia menampakkan separuh anggota badannya.
“Saya dinasihati oleh seorang ustaz supaya tidak akan membuka baju untuk ditayangkan kepada umum.
“Jadi saya membuat keputusan untuk tidak akan menaangkan badan saya lagi selepas ini,” jelasnya.
Namun, Aeril Zafrel berkata dia masih lagi boleh terima jika perlu bersentuhan dengan bukan muhrim kerana tidak mahu terlalu drastik menunjukan penghijrahnnya.
“Saya akui banyak lagi kesilapan yang perlu saya perbaiki dan ramai yang sudah mengenali siapa saya sebenarnya dahulu.
“Jadi saya tidak mahu nampak terlalu poyo apabila mengambil keputusan untuk berhijrah.
“Biarlah ianya berlaku secara perlahan kerana saya juga perlu memenuhi beberapa tuntutan kerja sebagai seorang pelakon,” luahnya lagi.
Aeril yang bakal muncul dengan filem HACKS mulai 21 Jun ini telah digandingkan bersama pelakon, Nuremy Ramli.
Filem terbitan Metrowealth (MIG) dan menerima garapan daripada pengarah Ahmad Rusli Khadri atau Ollynn itu secara ringkas mengisahkan mengenai seorang wanita yang tidak mempercayai cinta kerana sering dikecewakan oleh lelaki.
Namun cinta yang wujud diantara sahabat sehidup semati terpaksa dipendam dek kerana menyangka sahabat baiknya itu homoseksual.
Bagaimanakah kesudahan cinta plantonik mereka? Saksikan kesudahannya dalam HACKS yang akan mula ditanyangkan pada 21 Jun ini.
Murai

22 pelajar histeria, lembaga panjat belakang

Posted on the June 22nd, 2012 under Tempatan by admin

Lokasi berlaku kejadian pelajar diserang histeria.
POKOK SENA – Suasana di sebuah sekolah menengah di sini semalam kecoh apabila 22 pelajar perempuan diserang histeria.
Kejadian dikatakan bermula kira-kira jam 10.15 pagi ketika sekumpulan pelajar yang baru menamatkan latihan sukan di padang sekolah sedang berjalan menuju ke arah kantin.






Pelajar tingkatan empat, Muhammad Nabil Fikri Abdul Rahim berkata, pada masa itu, seorang pelajar perempuan daripada tingkatan yang sama dengannya, tiba-tiba jatuh pengsan dan terus meracau.
“Dia jatuh di sebelah pondok pengawal,” katanya.
Selang beberapa minit kemudian, sekumpulan pelajar perempuan yang berada di kantin tiba-tiba turut meracau.
Kejadian histeria itu turut melibatkan beberapa individu lain di pelbagai lokasi termasuk di blok bangunan yang lain juga di pintu masuk sekolah.
Ia dikatakan melibatkan 22 pelajar kesemuanya.
“Keadaan kelam kabut itu berlarutan sehingga jam 1.30 petang,” katanya.
Menurutnya, dalam situasi kelam kabut itu, dia sendiri terdengar seorang daripada mangsa yang meracau menyebut “nak pi (pergi) kat adik” yang dirujuk kepada pelajar yang mula-mula diserang histeria di sebelah pondok pengawal.
“Walhal mereka bukan adik-beradik dan tidak ada apa-apa hubungan pun,” katanya. Menurutnya, daripada cakap- cakap yang didengar, kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan gangguan makhluk halus yang marah apabila tempat mereka yang kononnya dikatakan terletak dalam kawasan sekolah itu diceroboh.
“Petang kelmarin (sehari sebelum), ada kawan yang mendakwa melihat satu lembaga tidak dikenali memanjat belakang seorang pelajar lelaki yang sedang menjalani latihan sukan di padang.
“Pelajar lelaki itu jatuh dan mengadu belakangnya terasa berat namun orang lain tidak nampak apa-apa,” katanya.
Muhammad Nabil berkata, kejadian yang melibatkan pelajar lelaki itu bagaimanapun berakhir begitu sahaja.
“Tidak sangka pula ia akan jadi macam ini hari ini,” katanya.
Difahamkan, itu kejadian yang seumpamanya berlaku sejak sekolah itu dibuka pada 14 Jun 2010.
Sementara itu, pengawal keselamatan sekolah, Kamariah Abd Ghani, 54, berkata, ketika kejadian, dia sedang bertugas dan turut melihat 20 pelajar diserang histeria dalam kawasan sekolah manakala dua lagi di luar pintu pagar sekolah.
“Semua pelajar berkenaan terdiri daripada tingkatan satu hingga lima, manakala seorang pelajar tingkatan tiga turut dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kerana terlalu lemah manakala mangsa lain diarahkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya.
Sinar

Kerani cederakan kemaluan murid dengan playar

Posted on the June 22nd, 2012 under Tempatan by admin

REMBAU: Tindakan seorang kerani sekolah mengacah dua murid dengan playar supaya tidak membuat bising disebabkan guru tiada dalam kelas, mengundang padah apabila seorang murid mendakwa kemaluannya cedera terkena alat pertukangan itu.
Menurut sumber, kejadian berlaku jam 9.40 pagi kelmarin apabila kerani lelaki berusia 34 tahun itu masuk ke kelas tahun lima sebuah sekolah kebangsaan di daerah ini, untuk mengambil buku daftar kedatangan murid.
Difahamkan, ketika itu guru tiada di dalam kelas dan disebabkan keadaan terlalu bising, kerani itu meminta murid supaya diam tetapi tidak diendahkan.
“Niatnya untuk bergurau dengan menggunakan playar bagi menakut-nakutkan murid akhirnya mendatangkan kecederaan kepada seorang murid yang mendakwa buah zakarnya dikepit dengan alat itu,” katanya.

Pemain bola sepak Philippe Senderos peluk Islam

Posted on the June 22nd, 2012 under Agama,Sukan by admin

  • 4523Sh

LONDON: Pemain bola profesional Swiss yang kini bermain dengan kelab bolasepak British Fulham, Philippe Senderos telah memeluk Islam, lapor PressTV.
Senderos mengucap dua kalimah Syahadah di Pusat Islam, bandaraya Menchester, sebuah pusat dakwah Islam.
Philippe Senderos (gambar atas kanan), sebelum ini bermain dengan Arsenal, kini adalah salah seorang pemain negaranya, Switzerland.






Senderos, seorang pelajar theology, telah menunjukkan minatnya kepada Islam dengan banyak menghabiskan masa membaca buku-buku agama di luar padang bola.
“Saya sangat minat dengan agama-agama di dunia dan banyak membaca buku-buku mengenai,” kata Senderos dalam satu wawancara dengan Majalah Arsenal.
“Jika saya bukan pemain bola, bola jadi saya sudah menjadi paderi,” tambahnya.
Harakahdaily.net
British footballer Philippe Senderos converts to Islam
The Swiss professional footballer, Philippe Senderos who plays as a defender for the British Premier League club Fulham has embraced Islam and converted to the Shia Muslim religion.
He declared his faith in Islam in the English city of Manchester, in an Islamic center dedicated to propagating the Islamic religion and the teachings of the Ahlul-Bayt (peace be upon them).
Philippe Senderos formerly played for English football giants, Arsenal, and now plays for his country’s national team, Switzerland.
Philippe, a theology graduate, showed much interest in world religions and spent most of his time outside football reading up on religious
matters before he embraced Islam.
“I am very interested in world religions and read a lot of books about that subject”, Senderos once said in an interview with Arsenal Magazine.
“If I wasn’t playing football, I would probably have become a priest”, he added.
Senderos has finally sought knowledge to his benefit and found guidance in the religion of Islam.
PressTV

Pelakon Geofrey Peluk Islam

Posted on the December 4th, 2011 under Artis by admin

Rayyan melafazkan dua kalimah syahadah di sebuah masjid di Kampung Jijan berdekatan Sepang pada minggu lalu. - Foto ihsan RAYYAN
PETALING JAYA: Pelakon baru berketurunan Australia, Geofrey Perrin Williams atau nama Islamnya Jufri Rayyan Williams, 27, berasa lebih bertanggungjawab selepas memeluk Islam pada bulan lepas.
Dia pernah muncul dalam beberapa buah drama tempatan seperti Habil dan Qabil, Cikgu Kemisah Kirby, Jangan Bunuh Matahariku, Jodoh Oh Jodoh, Durja Ningsun, Ar Rayyan dan Lilin Cinta.






Menurut pelakon yang selesa menggunakan nama Islamnya, Rayyan, tanggungjawabnya lebih besar memandangkan banyak perkara yang perlu diambil berat agar semua perkara yang dilakukan diterima oleh Allah.
“Saya sudah buka pintu yang tak pernah buka sebelum ini. Sebaik saya melangkah sekaki ke depan, saya rasa seperti sudah masuk ke dunia baru.
“Saya bersyukur kerana mendapat hidayah untuk memeluk Islam dan merasa tenang walaupun tanggungjawab saya menjadi lebih besar selepas ini.
“Saya bimbang jika ada yang akan gelakkan saya kerana saya masih kekok untuk membaca al-Quran melainkan hanya tahu mengucap dua kalimah syahadan dan membaca Al-Fatihah,” katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun dia tidak malu untuk mendapat tunjuk ajar daripada abangnya, Nordin Abdullah yang telah lama memeluk Islam pada tahun 1992 dan bapa kepada kekasihnya, pramugari Air Asia X, Juiza.
“Saya masih belajar untuk solat melalui abang dan ayah kekasih saya. Selain itu, saya ada merujuk buku-buku agama seperti buku panduan solat untuk mualaf yang diberikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
“Setiap bulan, saya perlu melapor di Jawi untuk menilai sejauh mana progresif saya mendalami Islam,” katanya.
Jelas Rayyan, banyak perkara yang membuatkan dirinya nekad memeluk Islam.

“Saya memeluk Islam kerana banyak sebab. Pertama, saya menjadikan abang saya, Nordin yang telah lama memeluk Islam sebagai contoh. Walaupun saya mempunyai kekasih berketurunan Melayu dan beragama Islam, tetapi saya memeluk Islam bukan kerana dia.
“Setiap kali berlakon, saya selalu melakonkan watak mualaf dan semua itu membuatkan saya perlu membuat kajian untuk menghayati watak itu dan menimbulkan rasa ingin tahu tentang Islam.
“Selain itu, saya mempunyai beberapa orang kawan iaitu Shahirah Alaiza yang menjadi kawan di pejabat lama dulu dan pelakon Adzriefaiz Azlan yang banyak berkongsi pengetahuan tentang Islam seperti kelebihan dan pantang larang orang Islam. Jadi, semua itu membuka mata saya,” jelasnya panjang lebar.
Mengenai reaksi keluarga setelah dia memeluk Islam, Rayyan agak bertuah kerana mempunyai ahli keluarga terutama ibu dan bapa yang memahami dan memberi sokongan kepada keputusannya itu.
“Ibu saya bertanyakan kepada saya sama ada saya akan berkahwin dengan kekasih saya dalam masa terdekat ini. Tetapi saya tak nak komen apa-apa lagi walaupun kami serius berkawan sejak lebih setahun lalu.
“Bagaimanapun, abang saya, Nordin dan kedua ibu bapa saya sangat gembira apabila saya memaklumkan berita ini,” ujarnya lagi.
Rayyan melafaz dua khalimah syahadah di sebuah masjid di Kampung Jijan berdekatan Sepang seminggu sebelum mendaftar dan sekali lagi melafaz dua kalimah syahadah di pejabat Jawi pada 30 November lalu.
Menyentuh tentang karier seni, Rayyan masih aktif berlakon seperti biasa dan baru selesai menjalani penggambaran drama Tok Ayah dan Jangan Bunuh Matahariku musim kedua serta muncul dalam filem Azura dan filem Hong Kong, Viral Factor.
Selain itu, dia akan menjalani penggambaran sekuel drama Cikgu Kemisah Kirby pada Isnin ini dan selepas itu mendapat tawaran untuk berlakon sebuah telefilem.
mStar

Tertarik dengar laungan azan

Posted on the May 21st, 2012 under Agama,Tempatan by admin

PENDANG – `Penghijrahan’ seorang wanita di Kampung Lubuk Batu Kubur Panjang, Pendang di sini amat bermakna bagi dirinya selepas memeluk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah.
Mualaf, Syafiqah Foo Abdullah, 32, mengakui dirinya sentiasa berasa sangat tenang terutamanya selepas menunaikan solat.
Syafiqah kini menjalani kehidupan bahagia bersama suaminya, Abdullah Hanafi, 37, dan lima anak mereka iaitu Nur Batrisyia Abdullah, 11; Nur Nusratina, 9; Nur Nayli Balqis; Muhammad Darwisy, 2; dan Nur Syasya Zulaikha, 1.






Anak sulung daripada dua beradik itu berasal dari Paya Terubong Balik Pulau, Pulau Pinang memeluk Islam pada 19 Oktober 2000.
Berkongsi pengalaman penghijrahannya, menurutnya dia sering mendengar laungan azan setiap kali melalui satu kawasan bukit ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja menaiki bas, menyebabkannya berfikir panjang mengenai keistimewaan Islam.
“Setiap kali melalui kawasan bukit itu telinga saya pasti mendengar azan yang merdu dan halus kira-kira jam 10 malam, sedangkan kawasan itu tiada masjid serta berjauhan dengan masjid-masjid lain.
“Keadaan itu menyebabkan saya berfikir panjang dan merujuk kepada seorang lelaki yang baru dikenali (suami) mengenai kejadian itu dan rakan saya memaklumkan bahawa kemungkinan kejadian yang dialami itu adalah hidayah kepada saya untuk memeluk Islam,” katanya kepada Sinar Harian.
Justeru, Syafiqah Foo yang ketika itu bekerja sebagai kerani akaun di sebuah salun rambut mengambil keputusan memeluk Islam, walaupun ditentang kedua ibu bapanya, namun keindahan Islam membuatkannya berusaha bersungguh-sungguh memeluk agama itu.
Katanya, minat dan kesungguhan memeluk Islam membawanya seorang diri ke Pejabat Agama Islam Pulau Pinang untuk mengucap dua kalimah syahadah dan seterusnya membuat laporan polis kerana bimbang kedua ibu bapanya mendakwa dia melarikan diri dari rumah.
“Saya dibawa ke sebuah rumah transit di Pematang Tok Gelam kira-kira setahun untuk belajar lebih mendalam mengenai agama Islam.
“Hubungan dengan seorang lelaki yang menjadi tempat saya merujuk sebelum memeluk Islam membawa hubungan kami semakin rapat selepas saya memeluk Islam dan takdir ALLAH kami berkahwin di Mahkamah Balik Pulau,” katanya.
Bawa isteri jumpa keluarga
Penghijrahan Syafiqah Foo tidak pernah dipaksa mana-mana pihak kerana ia dilakukan atas kehendak hatinya sendiri.
Abdullah berkata, selepas bernikah, dia mengambil keputusan membawa isterinya berjumpa dengan keluarga mentuanya walaupun menyedari mentuanya masih memendam rasa marah terhadap isteri kerana memeluk Islam.
“Saya berhadapan dengan mereka (mentua) dan berjanji akan menjaga anak mereka (isteri) dengan baik dan membimbing anak saya dengan agama Islam dengan baik. Saya bersyukur selepas itu hubungan kami baik sehingga kini dan mentua serta saudara-mara yang beragama Buddha dapat menerima kami dan agama Islam.
“Walaupun berlainan agama namun kami sekeluarga tetap pulang ke rumah mentua pada hujung minggu atau sambutan perayaan dan mereka memahami adab dalam Islam seperti dari segi makan dan solat,” katanya.
Dapat terima cara Islam
Dalam pada itu, Syafiqah berkata, dia sangat bahagia dan tenang kerana keluarganya dapat menerima dirinya yang berlainan agama, malah ibu bapanya tidak pernah segan silu berjalan bersamanya walaupun dia bertudung.
“Ibu menghormati agama Islam dan menyediakan ruang solat yang bersih kepada saya serta sediakan makanan yang halal untuk orang Islam,” katanya.
Syafiqah berkata, dia dapat menerima cara Islam dengan mudah seperti belajar membaca Al-Quran, menunaikan solat dan berpuasa dengan bimbingan kuat daripada suaminya yang sentiasa sabar dan bersungguh-sungguh ketika mengajarnya.
Katanya, suaminya sentiasa mengingatkan dirinya dan anak-anak mengenai perkara perlu dilakukan dan tidak boleh dilakukan di dalam Islam serta sentiasa mengingatkan waktu solat serta sentiasa menutup aurat.
Didikan agama pada anak-anak
Walaupun anak-anak dihantar ke sekolah Cina, namun pendidikan agama tidak pernah diabaikan dengan didikan agar membaca al-Quran walaupun Abdullah sibuk dengan kerja sebagai mekanik kereta.
Abdullah berkata, semua anak-anaknya fasih berkomunikasi dalam bahasa Cina termasuk anak bongsu yang memahami apabila ibunya bercakap dalam bahasa Cina.
“Hubungan anak-anak dengan nenek sebelah isteri juga sangat rapat, namun dia sentiasa mengingatkan anak-anak berkaitan perbezaan agama antara nenek mereka, agar semua anaknya memahami.
“Anak-anak faham jika nenek mereka sedang sembahyang atau pergi ke gereja mereka tidak akan ikut kerana semua telah memahami Islam,” katanya.
Sinar

Pelajar Islam tak tahu mengucap

Posted on the April 30th, 2012 under Tempatan by admin

Gambar Hiasan
PUTRAJAYA: Sungguh mengejutkan apabila kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sekolah di Kuala Lumpur, mendapati ada di kalangan pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan agama, termasuk tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.
Ketua pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, kajian itu dibuat tahun lalu membabitkan lima kelas di sekolah itu dan hasil kajian mendapati hanya pelajar di tiga kelas yang mempunyai pengetahuan agama.
“Sementara pelajar dalam dua kelas lagi tidak mempunyai pengetahuan mengenai agama Islam, termasuk ada yang mengaku tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.






“Keputusan kajian ini mengejutkan kami, jika mengucap dua kalimah syahadah pun tak boleh, macam mana mereka nak solat,” katanya ketika merasmikan Penutup Program Pengukuhan Akhlak ‘Smart Solat’ Remaja di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, kelmarin.
Program itu dianjurkan Pertubuhan Pembangunan dan Transformasi Insan Malaysia (P-TIM) yang bertujuan mengajak golongan remaja dan belia menguasai dan memahami asas solat.
Othman berkata, pada 1995, kajian seumpama itu pernah dilakukan terhadap 6,779 pelajar Melayu yang gagal subjek agama dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Katanya, keputusan kajian juga mengejutkan apabila 1,616 gagal mengucap, 1553 gagal dalam aspek Rukun Islam dan 1,901 lagi gagal dalam aspek Rukun Iman.
“Ini kajian yang dilakukan pada 1995 dan sekarang kita percaya mereka ini sudah dewasa dan mungkin sudah mempunyai keluarga dan anak, dan sekiranya mereka tidak berubah tidak mustahil anak mereka mewarisi sifat sama,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata selain penguatkuasaan undang-undang, isu keruntuhan akhlak di kalangan remaja di negara ini mampu ditangani melalui pendekatan pendidikan solat.
Katanya, senario gejala sosial di kalangan remaja dan belia ketika ini menakutkan, kebanyakan mereka terbabit dengan penyalahgunaan dadah, merokok, melepak di pasar raya, bohsia, ponteng sekolah, zina dan menonton video lucah. “Kebanyakan remaja yang bermasalah menghadapi masalah solat, iaitu mereka tidak solat di rumah, apatah lagi di masjid atau surau.
“Namun, lebih menyedihkan anak ini tidak pernah nampak ibu bapa mereka bersolat. Walaupun mereka bukan anak kami tetapi atas nama kemanusiaan, kami sangat bersimpati dengan mereka,” katanya.
Justeru, katanya program Smart Solat yang dianjurkan P-TIM sangat bertepatan dengan waktunya bagi membina benteng ampuh dalam diri anak menangani masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja dan belia.
“Bila anak solat dengan sempurna, Insya-Allah mereka terpelihara daripada melakukan perkara negatif dan mereka boleh menjaga diri “Ini kesan suntikan iman yang membajai hati dan sanubari anak kita yang disebut sebagai taqwa,” katanya.
Harian Metro

RIBA ITU HARAM...APA TINDAKAN KERAJAAN UNTUK MENGATASI RIBA INI...ZINA JUGA HARAM...APA TINDAKAN KERAJAAN UNTUK MENGATASINYA...SEMUA PEMIMPIN AKAN DITANYA DIAKHIRAT NANTI...TERMASUK MUFTI2....BOLEH TIDUR KE...ATAU BUAT TAK TAU JE....

Perut terburai angkara dendam


ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat Cheng Feng dan anak lelakinya yang cedera parah akibat terkena letupan bom buatan sendiri di Sungai Petani, Kedah semalam.


SUNGAI PETANI - Malang menimpa seorang suri rumah dan anak lelakinya apabila mereka menjadi mangsa keadaan selepas bom buatan sendiri yang disyaki ditujukan kepada suaminya meletup hingga menyebabkan perut wanita itu terburai, kedua-dua belah mata buta dan tangannya putus semalam.
Bom yang dihantar sebagai hadiah tersebut dibungkus di dalam bekas sebesar kotak pensel berukuran kira-kira 11 x 24 sentimeter oleh pihak yang disyaki berdendam dengan suami mangsa kerana persaingan perniagaan.
Bahan peledak itu dihantar ke dalam kawasan rumah mangsa di Jalan Angsana Sari 5, Taman Angsana Sari di sini kelmarin.

Syarikat kenakan bunga 50 peratus

SERI ISKANDAR - Tindak-tanduk sebuah syarikat peminjam wang berlesen yang menjalankan operasi seperti ah long dengan mengenakan kadar faedah tidak masuk akal kepada ratusan pelanggan di sini terbongkar apabila seorang pekerjanya dicekup kelmarin.
Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, seorang lelaki berusia 24 tahun yang dalam keadaan mencurigakan diberkas ketika sedang mengutip wang di pekan Parit di sini oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supritendan Mohd. Fakri Che Sulaiman berkata, berdasarkan siasatan awal, syarikat peminjam wang itu mengenakan kadar faedah antara 40 hingga 50 peratus bagi setiap pinjaman yang diluluskan.
"Tangkapan dibuat ekoran aduan orang ramai yang mendakwa diugut oleh suspek dan syarikat terbabit kerana lewat menjelaskan bayaran harian.
"Syarikat berkenaan didapati mengenakan kadar faedah melebihi 18 peratus ditetapkan pihak berkuasa," katanya di sini semalam.
Kejadian mengerikan pada pukul 8.20 pagi itu berlaku ketika Tan Cheng Fang, 48, baru sahaja pulang dari sebuah pasar berdekatan bersama anak saudara lelakinya yang berusia 11 tahun. Cheng Fang merupakan isteri pemilik sebuah kilang membuat mi di sini.

Kembali ke pangkuan keluarga


Zaki Amiruddin ZARINA (kiri) memeluk ibunya, Maimunah sejurus tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah, Sepang, Selangor semalam.


SEPANG – Penantian anggota keluarga Zarina Othman, 47, rakyat Malaysia yang terlantar di Rumah Sakit Jiwa di Banda Aceh, Indonesia berakhir apabila wanita itu dibawa pulang semalam.
Kakak kepada Zarina, Zaitun Othman, 50, berkata, adiknya itu telah hilang tanpa jejak sejak dua tahun lalu sehinggalah media tempatan melaporkan berita mengenai seorang rakyat Malaysia ditemui di Banda Aceh pada awal bulan ini.
Menurutnya, keluarganya yang tinggal di Lanchang, Pahang seolah-olah tidak percaya apabila dilaporkan Zarina berada di Indonesia memandangkan adiknya itu tidak pernah ke negara jiran itu sebelum ini.
“Kami sekeluarga bimbang sejak kehilangan Zarina pada tahun 2010 kerana dia mempunyai masalah

2.6 juta penduduk hidap diabetes

KUALA LUMPUR - Sejumlah 2.6 juta penduduk Malaysia didapati menghidap diabetes susulan pendedahan oleh Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) tahun lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, keputusan kaji selidik itu mencemaskan dan membimbangkan di sebalik usaha bersepadu yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan sejak bertahun-tahun.
"Perangkaan daripada NHMS menunjukkan pesakit diabetes di Malaysia meningkat kepada 31 peratus dalam hanya lima tahun berbanding peningkatan 11.6 peratus pada 2006 bagi setiap orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas," katanya.
tekanan perasaan,” katanya.

Duit mesin ATM RM80,000 kena rompak


Keadaan mesin ATM yang dirompak di pasar raya Giant, Taman Melawati. Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Sekumpulan perompak telah melarikan wang berjumlah RM80,000 dalam sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di pasar raya Giant di Taman Melawati di sini semalam.
Perompak dipercayai lebih daripada seorang itu dianggap polis sebagai profesional kerana semasa mesin ATM itu dipecah, alat penggera ATM terbabit tidak berbunyi manakala pengawal keselamatan yang bertugas pula tidak menyedari kejadian tersebut.
Pasar raya itu mempunyai dua mesin ATM daripada dua buah bank namun sebuah lagi mesin ATM tidak diusik perompak.
Sumber polis berkata, pengawal keselamatan di pasar raya tersebut hanya menyedari mesin ATM itu dirompak pada pukul 5.15 pagi setelah ternampak kesan pecah pada ATM tersebut.
"Pengawal keselamatan berkenaan mendakwa perompak mungkin memecah mesin ATM tersebut ketika dia (pengawal keselamatan) membuat rondaan di kawasan lain pasar raya," kata sumber itu.

Jadi pelajar untuk melacur


SEBAHAGIAN daripada GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Sekumpulan 33 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing yang turut menawarkan khidmat seks kepada pelancong di sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang di sini dicekup semalam.
Kesemua pelacur, masing-masing 15 wanita Uzbekistan, Tajikistan (15), Kyrgyzstan (1) dan Thailand (2) ditahan dalam serbuan oleh polis Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 1.30 pagi.
Ketika ditahan, kesemua warga asing yang berusia 23 hingga 36 tahun itu menunjukkan pas pelajar beberapa buah kolej swasta di ibu negara.
Bagaimanapun, Ketua Penolong Pengarah D7 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, semakan polis dengan pihak pengurusan kolej-kolej terbabit mendapati kumpulan warga asing itu tidak pernah menghadiri sesi pembelajaran walaupun mendaftar masuk ke negara ini untuk belajar.
"Kumpulan warga asing itu hanya memohon untuk mendapatkan kad perakuan pelajar untuk bekerja sebagai GRO atau pelacur dan bukan untuk belajar," kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman.

Taliban serbu hotel, 18 terbunuh

PEMANDANGAN perkarangan Hotel Spozhmai di pinggir Kabul selepas serangan kumpulan Taliban berakhir semalam.


KABUL - Sekumpulan empat orang militan Taliban bersenjata api dan pelancar roket menyerang sebuah hotel tepi tasik di sini dan menjadikan berpuluh-puluh orang termasuk wanita serta kanak-kanak sebagai tebusan.
Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam serangan nekad tersebut.
Pemerintah mengambil masa 12 jam untuk mengisytiharkan serangan ke atas Hotel Spozhmai yang berakhir dengan kesemua empat militan itu dibunuh.
Terdahulu, pasukan keselamatan berjaya membebaskan sejumlah tebusan di hotel sama.
Komander Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai pasukan tentera Perjanjian Pertubuhan Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan berkata, rangkaian Haqqani yang merupakan cabang kumpulan Taliban, bertanggungjawab melancarkan serangan ganas ala komando itu.
Rangkaian Haqqani dipercayai mempunyai hubungan dengan pergerakan Al-Qaaeda.
Kejadian yang bermula malam kelmarin itu merupakan serangan terbaharu ke atas hotel dan beberapa kepentingan pemerintah serta Barat di sini.
Spozhmai menjadi lokasi tumpuan golongan elit di sini dengan hotel berkenaan dipenuhi pengunjung termasuk sejumlah keluarga kelmarin, menjelang cuti hujung minggu pada keesokan harinya di Afghanistan.
Kumpulan militan tersebut menyerbu masuk ketika para pengunjung berkumpul untuk makan malam di hotel berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kabul, Mohammad Zahir berkata, sekurang-kurangnya seorang militan meletupkan jaket berisi bom yang dipakainya.
Seorang saksi, Sharifullah, 30, memberitahu, dia pergi ke hotel berkenaan untuk makan malam dengan seorang rakan.
"Saya melihat tiga lelaki bersenjata memasuki kawasan di mana orang ramai dan keluarga berkumpul. Sejurus selepas itu, tembakan dilepaskan dengan para pengunjung panik dan mula menjerit," katanya.
"Saya terjun ke dalam sebatang parit dan melihat peluru mengenai seorang bapa, anak lelaki dan isterinya yang duduk di sekeliling meja berhampiran. Saya tidak pasti sama ada mereka selamat," tambahnya.
Kementerian Dalam Negeri Afghanistan menyatakan serangan tersebut berakhir pada pukul 11 pagi semalam apabila penyerang keempat dibunuh. - AFP

Bunga mayat mekar selepas sembilan tahun


BEBERAPA pengunjung melihat Titan Arum atau bunga mayat mekar semalam.


COPENHAGEN, Denmark - Sejumlah pelawat yang mengunjungi Taman Botani di sini semalam dikejutkan dengan bau mayat mereput.
Bau busuk itu sebenarnya berpunca daripada tumbuhan Titan arum atau nama saintifiknya, Amorphophallus Titanum.
Spesies tersebut turut dikenali sebagai bunga mayat kerana mengeluarkan bau busuk apabila mekar.
Bunga tersebut berkembang sekali sejak sembilan tahun lalu. - Agensi

Pesawat solar rentas padang pasir


PESAWAT Solar Impulse yang dikendalikan oleh Andre Borschberg berlepas dari Rabat, Maghribi kelmarin.


RABAT, Maghribi - Sebuah pesawat yang menggunakan tenaga solar berjaya menamatkan penerbangan merentasi padang pasir di Maghribi semalam selepas berlepas dari Rabat kelmarin.
Pesawat buatan Switzerland, Solar Impulse yang dikendalikan seorang juruterbang, Andre Borschberg selamat mendarat di Ouarzazate, Maghribi 26 minit selepas tengah malam.
Ia merupakan pengembaraan peringkat akhir Borschberg, 59, yang bermula dari negara asalnya, Switzerland sebelum terbang ke Sepanyol dan berakhir di Maghribi.
"Pengembaraan kami menunjukkan terdapat cara lain untuk menjimatkan tenaga, menyelamatkan alam sekitar serta planet," katanya.
Saiz sayap pesawat berteknologi tinggi itu menyamai panjang pesawat komersial Airbus A340. Namun, ia ringan seperti sebuah kereta.
Pesawat yang berada lebih 17 jam di udara itu dipacu empat motor elektrik yang dijana oleh 12,000 sel solar pada kedua-dua sayapnya. - AFP

SANGGUP MENERIMA SEKSAAN ALLAH DEMI RM50.OOO...AGAMA DIANUT KENA DITUNTUT...ILMU TAK BOLEH DATANG DENGAN SENDIRI...JANGAN MENYESAL KEMUDIAN....

Tragedi buka kotak bom

Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my

SIASAT...anggota polis memeriksa tempat berlakunya letupan bom 
di hadapan rumah mangsa.
SIASAT...anggota polis memeriksa tempat berlakunya letupan bom di hadapan rumah mangsa.
SUNGAI PETANI: “Apabila keluar rumah sejurus mendengar letupan kuat, saya terkejut melihat jiran saya terbaring berlumuran darah dengan sebahagian perut terburai dan cebisan dagingnya berselerak.”
Demikian kata saksi juga jiran kepada Tan Ching Fang, 48, yang parah akibat satu letupan selepas dia membuka bungkusan dipercayai mengandungi bom buatan sendiri di depan banglo miliknya di Taman Angsana Sari, di sini, semalam.
Saksi itu hanya mahu dikenali sebagai Ismail, 40-an, berkata kejadian berlaku jam 8.20 pagi dan mangsa adalah isteri kepada seorang pengusaha kilang mi di sini.

Mangsa dikatakan mengambil bungkusan sebesar kotak pensel di tepi pintu pagar rumahnya dan sebaik dia mengangkat bungkusan itu satu letupan kuat berlaku.

‘Isteri saya cuma Erra’

Oleh Abie Abdullah
abie.headlines@gmail.com

PETALING JAYA: Selepas berbulan berdiam diri, akhirnya suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin tampil menjelaskan mengenai desas-desus kononnya dia berkahwin dua dan menafikan segala cerita itu.
“Demi Allah, isteri saya hanya Erra seorang. Kalau betul saya kahwin lagi, mestilah sekarang sudah ada gambar-gambar upacara itu dikeluarkan di Internet.
“Saya pernah dengar pasal gosip ini sejak tahun lalu, tetapi saya anggap ia tidak serius dan sebahagian mainan dunia hiburan.

“Tetapi lama-kelamaan ia semakin besar dan saya ingin jelaskan yang gosip saya menduakan Erra sama sekali tidak betul. Yang penting Erra, keluarga saya, keluarga mentua tahu perkara sebenar.


“Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil,” kata Emran.

Bakar awek hidup-hidup

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

HITAM...ruang hadapan rumah mangsa yang terbakar, semalam.
HITAM...ruang hadapan rumah mangsa yang terbakar, semalam.
KUALA LUMPUR: Pertengkaran sepasang kekasih berakhir tragedi apabila lelaki berusia 35 tahun menyimbah petrol sebelum membakar teman wanitanya hingga menyebabkan 90 peratus tubuh mangsa melecur, awal pagi semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi itu turut menyebabkan ruang tamu rumah flat mereka di Taman Segar, Cheras di sini, musnah apabila api merebak.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, lelaki terbabit dan mangsa yang berusia 23 tahun dikatakan tinggal bersama di rumah itu sejak lebih setahun lalu.

Menurutnya, polis sebelum itu menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai pertengkaran pasangan terbabit di rumah mereka di Blok C yang mengganggu ketenteraman penduduk lain.

Botak demi RM50,000

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my

BERI SOKONGAN...rambut Ras Adiba dipotong Winnie.
BERI SOKONGAN...rambut Ras Adiba dipotong Winnie.
KUALA LUMPUR: Bukan mudah bagi seorang wanita yang sudah sebati berambut panjang membotakkan kepalanya secara tiba-tiba, tetapi itulah yang dilakukan personaliti televisyen, Ras Adiba Mohd Radzi.
Menurutnya, beliau mengambil keputusan drastik itu bukan untuk menarik perhatian mana-mana pihak, sebaliknya demi menyatakan sokongan dan keprihatinannya terhadap penghidap kanser.

Malah, keberaniannya yang mencukur habis rambut panjang mengurai dan meninggalkan hanya sedikit sisa, memperlihatkan jiwa kentalnya sebagai personaliti wanita pertama berbuat demikian.
“Saya mendapat jemputan daripada Majlis Kanser Nasional (Makna) untuk terbabit dalam kempen Jom Botak ini sebagai menyatakan sokongan kami kepada pesakit kanser khususnya kanak-kanak.

“Kalau bercakap berdasarkan pengalaman sendiri, saya memiliki ahli keluarga yang juga penghidap kanser. Ayah tiri saya meninggal dunia kerana barah kolon manakala pak cik dan beberapa rakan menjalani rawatan atas sakit dihadapi.

“Mereka orang terdekat dengan saya dan saya melihat mereka sangat tabah dan kuat. Bayangkan bagaimana mereka melalui hari-hari mereka dan saya berasa cukup hormatkan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Ras Adiba membotakkan kepalanya di salun A Cut Above, di sini dan rambutnya dipotong pemilik salun itu sendiri, Winnie Loo.

Beliau berkata, dia tidak kisah jika kerjayanya terjejas kerana beliau percaya kepada niat yang baik membantu mereka yang menderita dan dalam kesusahan.
“Ini adalah sebahagian daripada usaha saya tapi apalah sangat jika dibandingkan dengan kesengsaraan yang pesakit hadapi khususnya kanak-kanak.

“Jadi saya berharap lebih ramai masyarakat menunjukkan rasa prihatin mereka dan bersama-sama kami nyatakan sokongan terhadap pesakit kanser. Saya berharap dapat mengumpul sumbangan peribadi RM50,000 untuk tabung Makna.

Sementara itu, Ketua Projek Kempen Jom Botak, Datuk Dr Arunan Selvaraj berkata, kempen itu bermula sejak sebulan lalu dan baru-baru ini, pihaknya menjayakan rakaman klip video bagi meraih sokongan masyarakat.

Orang ramai boleh melayari www.jombotak.makna.my untuk maklumat lanjut.

‘Saya tidak tahu-menahu’



REMBAU: “Saya tidak tahu-menahu mengenai hal ini dan buat masa ini tidak boleh memberi sebarang komen,” kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli ketika diminta mengulas kejadian kerani sebuah sekolah di daerah ini yang didakwa mencederakan murid menggunakan playar.
Bagaimanapun, menurutnya, pihaknya berjanji untuk segera berhubung dengan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) bagi mengetahui kejadian sebenar sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

“Saya tidak tahu mengenai hal itu tetapi akan berhubung dengan JPNS untuk mengetahui keadaan sebenar,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Dalam perkembangan sama, Pengarah JPNS, Datuk Abdul Halim Abdul Razak gagal dihubungi untuk mendapatkan maklum balas berhubung insiden itu dan panggilan ke pejabatnya hanya dijawab pegawai bertugas yang memaklumkan beliau berkursus.

Nenek diacu parang lelaki bertopeng

KLANG: Seorang nenek berusia 62 tahun berdepan detik ngeri apabila lehernya diacu parang oleh empat lelaki bertopeng yang merompak rumahnya di Taman Desawan, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, wanita terbabit yang berada di luar rumah tiba-tiba didatangi empat lelaki memakai topeng hitam masing-masing bersenjatakan parang.

Seorang daripada suspek kemudian mengacukan parang ke leher mangsa sebelum membawa mangsa ke dalam rumah. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata sebaik memasuki rumah, mangsa bersama seorang anak perempuan dan orang gajinya yang berada dalam rumah diikat sebelum semua suspek menggeledah rumah.
“Suspek kemudian melarikan barang kemas bernilai lebih RM20,000 dan wang tunai RM1,000. Selain itu suspek turut melarikan sebuah kereta Mitsubishi dan BMW,” katanya di sini, semalam. Mohamad berkata, kereta Mitsubishi berkenaan bagaimanapun ditinggalkan tidak jauh dari rumah mangsa.

Beliau berkata, polis kini sedang mengesan empat lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an dipercayai suspek kes terbabit.

Dalam kejadian itu, mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan samun bersenjata.

Minta tolong badan berdarah

Oleh Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my

KLANG: “Saya nampak pemilik restoran itu meminta tolong dengan badannya dipenuhi darah. Bimbang dengan kejadian itu, saya turut melarikan diri,” saksi kejadian seorang lelaki warga emas maut ditetak ketika cuba menghalang dua lelaki merompak restorannya di Lorong Tapah off Jalan Goh Hock Huat, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, mangsa, Tan Ah Kang, 62, dikatakan baru saja membuka restorannya sambil dibantu seorang pekerja wanita warga Indonesia. Saksi itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ali, 30-an berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja di kedai makan yang terletak bertentangan dengan restoran mangsa.

“Sebelum ini saya mendengar suara orang menjerit sebelum ternampak mangsa dalam keadaan berlumuran darah serta meronta-ronta kesakitan.
“Bimbang penjenayah itu mengapa-apakan kami, saya bersama beberapa pekerja lagi lari menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, selepas mangsa membuka restorannya, tiba-tiba seorang lelaki memakai kemeja-T warna merah meluru ke arah kaunter dan cuba membuka laci kaunter berkenaan, tetapi gagal kerana dikunci.

“Suspek kemudian memaksa mangsa membuka laci berkenaan untuk mengambil wang, tetapi mangsa enggan menyebabkan berlaku pergelutan,” katanya.

Mohamad Shukor berkata, seorang lagi suspek lelaki yang memakai baju berwarna biru kemudian menetak kepala mangsa sebelum mangsa rebah di kawasan belakang restoran berkenaan.

Katanya, kedua-dua suspek yang gagal mengambil wang kemudian melarikan diri bersama seorang lagi suspek yang menunggu dalam sebuah kereta di lorong belakang restoran berkenaan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. “Pekerja wanita itu tidak dicederakan dan kita akan meneliti rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di restoran itu bagi mengesan kedua-dua suspek,” katanya.

Mayat Tan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk dibedah siasat. Sementara itu, penduduk berhampiran yang mahu dikenali sebagai Nora, 20, berkata dia yang tinggal di rumah kedai di tingkat atas restoran mangsa terjaga dari tidur apabila terdengar suara orang menjerit meminta tolong, tetapi tidak berani meninjau apa yang berlaku. Dia yang ketika itu sedang tidur bersama anak lelakinya yang berusia setahun hanya berdoa tidak berlaku apa-apa berikutan lokasi kejadian adalah ‘kawasan panas’ dan kerap berlaku jenayah.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu pemilik restoran itu meninggal dunia akibat dibunuh kira-kira jam 8 pagi. Saya memang mengenali mangsa dan dia seorang yang baik,” katanya.

Buntu anak, isteri ghaib

SENAWANG: “Saya pelik dengan cara kehilangan isteri dan dua anak apabila meninggalkan motosikal dan kunci serta kasut sekolah berlainan pasang di tepi jalan,” kata pekerja kilang getah, Mohd Zaidi Abdul Aziz, 29, yang buntu memikirkan nasib isteri dan dua anak lelakinya yang menghilangkan diri sejak kelmarin.
Mohd Zaidi dari Pasir Besar, Gemas berkata, dia menyedari kehilangan isterinya, Nor Azura Ghazali, 31, apabila wanita itu tidak pulang ke rumah selepas disuruh mengisi minyak motosikal dan menghantar anak, Mohd Alif Izwan, 10, dan Mohd Haikal Izwan, 7, ke sekolah kira-kira 7 pagi.

Berikutan itu, dia kemudian keluar mencari isteri yang dikahwini hampir tujuh tahun lalu di sekitar Gemas, namun gagal sebelum pergi ke Sekolah Kebangsaan Pasir Besar.
“Saya terkejut apabila diberitahu guru yang kedua-dua anak sudah diambil isteri kira-kira jam 8 pagi dan bergegas pulang, namun hampa kerana mereka tiada di rumah.

“Saya tidak tahu apa motif isteri menghilangkan diri bersama anak masih kecil sedangkan sebelum ini kami tidak mempunyai sebarang masalah. Puas saya cari mereka termasuk bertanya di rumah rakan isteri, namun gagal,” katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Taman Widuri Indah, di sini, semalam. Menurutnya, kira-kira jam 11 malam hari sama, dia terkejut apabila dihubungi saudaranya memberitahu mereka menemui motosikal Honda C70 miliknya yang dipercayai ditinggalkan isteri bersama kunci di tepi jalan berhampiran kedai makan di Pasir Besar.

“Apabila pergi, saya terkejut melihat motosikal dan dua pasang kasut sekolah anak berlainan pasang ditinggalkan di tepi jalan.

“Saya sempat bertanya kepada pekerja kedai makan berhampiran yang mendakwa melihat isteri dan anak tergesa-gesa turun daripada motosikal sebelum menaiki sebuah teksi.

Katanya, dia risau keselamatan keluarganya berikutan ketika keluar, isterinya turut membawa wang agak banyak. “Lebih merisaukan, anak bongsu menghidap asma kronik yang memerlukan rawatan sebulan sekali di hospital dan isteri keluar rumah sehelai sepinggang tanpa membawa ubat.
“Pagi itu (kelmarin), isteri memakai kemeja-T merah jambu dan jean biru serta bertudung putih manakala kedua-dua anak memakai seragam sukan,” katanya yang turut membuat laporan di Balai Polis Gemas, kira-kira jam 8 pagi semalam.

Orang ramai yang pernah melihat atau mempunyai maklumat mengenai tiga beranak itu diminta menghubungi Mohd Zaidi di talian 013-6344360. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes itu.

Tergamam suami hancur digilis

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

IPOH: “Saya tergamam sebaik dimaklumkan sebahagian tubuh arwah suami hancur dilenyek lori balak selepas kemalangan itu,” kata Yoon Mohd Sabar, 65, isteri kepada arwah Idris Othman, 58, yang maut digilis serta diseret lori balak, tengah hari semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab itu, motosikal dinaiki Idris bergesel dengan lori berkenaan sebelum hilang kawalan dan terpelanting ke bawah lori.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Seri Murni, Pasir Puteh, di sini, menuju ke bandar raya Ipoh untuk membayar bil utiliti dan pinjaman kereta.
Kejadian ngeri berhampiran Perpustakaan Tun Razak itu menyebabkan mangsa maut serta-merta di lokasi kejadian selepas diseret sejauh lima meter di lokasi kejadian.

Yoon berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan jirannya jam 1 tengah hari.

“Arwah baru saja menamatkan perkhidmatan sebagai pekerja am rendah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Hulu Kinta pada Februari lalu sebelum menguruskan gerai menjual buah di pekan Pasir Puteh,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, petang semalam.

Sementara itu, Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, mangsa cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan sebelum dibawa ke HRPB untuk bedah siasat.

Katanya, mangsa dipercayai cuba memotong lori itu sebelum bergesel dengan kenderaan itu menyebabkannya tercampak ke bawah lori.
“Kemalangan menyebabkan kesesakan teruk terutama bagi orang awam yang mahu menuju ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat Jumaat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kami turut merekodkan percakapan pemandu lori berusia 45 tahun itu bagi siasatan lanjut,” katanya.

Kepala retak

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Shahrul Redzuan Zulkifli
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan kini koma selepas mengalami pendarahan dalam otak dipercayai terjatuh di pusat asuhan kanak-kanak di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh, Isnin lalu.
Ibu angkatnya, Nazila Ahmad, 33, berkata, kecederaan dialami bayinya Nur Iris Arissa Mohd Amin diumpamakan doktor seperti tercampak keluar dari kereta yang terbabit dalam kemalangan dan peluang bayinya pulih sepenuhnya kabur.

Difahamkan, bayi malang itu baru sebulan diletakkan di bawah penjagaan pusat asuhan berkenaan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB) sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menceritakan kejadian itu, Nazila berkata, dia menghantar Arissa ke pusat asuhan berkenaan jam 8 pagi sebelum ke tempat kerjanya di sebuah syarikat swasta di Jalan Duta, di sini.

Rantai emas RM13,000 kena rentap



KAJANG: Seorang wanita berputih mata apabila rantai emas bernilai RM13,000 miliknya disamun ketika sedang menunggu keretanya dibaiki di sebuah bengkel di Semenyih, kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun berada di depan bengkel berkenaan apabila tiba-tiba didatangi seorang lelaki dari arah belakang yang terus memegang baju mangsa sebelum mengarahkannya berdiam diri.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata suspek merentap rantai emas dipakai mangsa menyebabkan wanita itu segera berpaling bertujuan untuk melawan dan merampas kembali rantainya.
“Bagaimanapun, suspek mengacukan parang dan memberi amaran agar mangsa tidak melawan jika tidak mahu dicederakan,” katanya.

Menurutnya, mangsa menjerit meminta tolong dan didengari pekerja bengkel yang cuba membantu, namun suspek bertindak agresif dengan melibas parang ke arah pekerja itu.

Balasan segera

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

SUNGAI BULOH: “Belumpun seminit lelaki itu meragut rantai saya, Tuhan sudah ‘bayar tunai’ perbuatan jenayahnya apabila dia terbabit kemalangan dengan sebuah kereta menyebabkan mukanya cedera parah,” kata Nurul Ashikin Asri, 20, mangsa ragut di Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor, berhampiran Kampung Paya Jaras Hulu, di sini, Selasa lalu.
Beliau berkata, ketika kejadian, dia menunggang motosikal dari rumahnya di Kampung Kubu Gajah ke Bandar Baru Sungai Buloh apabila dihampiri seorang lelaki yang turut menunggang motosikal, kira-kira jam 2.30 petang.

“Saya menyedari diekori lelaki berpakaian serba hitam itu sejak bertolak dari rumah, namun tidak mengesyaki apa-apa sebelum meneruskan perjalanan ke rumah kawan untuk membantunya membuat kuih.
“Tiba di tempat kejadian, tiba-tiba lelaki itu menghimpit saya dan menarik rantai emas dari arah belakang,” katanya.

Katanya, dia cuba mempertahankan rantai emas pemberian ibunya itu berharga kira-kira RM800 dan sempat memegang tangan lelaki terbabit.

“Tetapi, lelaki itu terus merentap rantai saya dengan kasar menyebabkan leher saya digores kukunya hingga berdarah.

“Sebaik mendapat rantai, lelaki terbabit terus memecut namun kira-kira 25 meter dari tempat kejadian, dia terbabit kemalangan,” katanya.

Nurul Ashikin berkata, motosikal ditunggang peragut itu gagal mengelak sebuah Perodua Kancil yang sedang membelok ke kanan sebelum merempuh belakang kenderaan itu.
“Saya nampak lelaki itu tercampak hingga menyebabkan cermin belakang kereta itu pecah sebelum tercampak pula ke tanah.

“Lelaki itu cuba bangun untuk melarikan diri, tetapi tidak berdaya untuk bergerak kerana cedera parah sebelum rebah semula, manakala motosikalnya rosak teruk,” katanya.

Pembantu jualan itu kemudian berhenti di tempat kemalangan sebelum menemui semula rantai emasnya dan orang ramai mula mengerumuni untuk membantu sebelum masing-masing terkejut apabila dimaklumkan mangsa kemalangan itu adalah peragut.

“Muka lelaki itu cedera parah dan matanya pula tertusuk kaca. Bagaimanapun, pemandu Perodua Kancil berusia 40-an tidak cedera.

“Kira-kira setengah jam selepas kemalangan, ambulans dan anggota polis peronda bermotosikal tiba dan lelaki terbabit dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelong.

Nurul Ashikin berkata, dia difahamkan anggota polis yang melakukan siasatan di tempat kejadian menemui kekunci Allen yang diubahsuai dalam beg galas lelaki terbabit, manakala pemeriksaan lanjut terhadap motosikal itu mendapati nombor pendaftaran digunakan palsu dan nombor enjin serta casis pula dikikis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan menerima laporan.

Thursday, June 21, 2012

KAN ELOK BERBAIK SEMULA DEMI MARUAH DAN ANAK2...SAPE TAK BUAT SILAP...SYAITAN MEMANG KITA BERCERAI-BERAI...

Rita Rudaini Bakal Tuntut Tunggakan Nafkah

Posted on the April 21st, 2012 under Artis by admin

PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini bakal membuat tuntutan tunggakan nafkah terhadap suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak yang dianggarkan berjumlah ratusan ribu ringgit.
Laporan Utusan Malaysia pada Sabtu menyebut, Rita akan membuat tuntutan untuk kesemua nafkah tertunggak selama empat tahun yang sebelum ini diabaikan oleh Aidil.





Tuntutan itu termasuklah nafkah sara hidup bagi dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna , 1.
“Sepanjang pernikahan, Rita lebih banyak menanggung keluarga, Aidil hanya sekali sekala sahaja mengeluarkan belanja buat anak-anak dan isteri,” katanya.
Dalam sebutan kes perceraiannya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya yang akan berlangsung pada 30 April ini, pelakon itu dikatakan bakal membuat tuntutan balas tersebut terhadap pemain bolasepak kebangsaan itu.
Pelakon jelita berusia 36 tahun itu sedang berhadapan dengan tuntutan perceraian daripada Aidil, 25.
mStar

Rita tuntut nafkah ratusan ribu daripada Aidil Zafuan

Posted on the April 21st, 2012 under Artis,Tempatan by admin
KUALA LUMPUR: Dramatis terkenal, Rita Rudaini Mokhtar, 36, akan membuat tuntutan berjumlah ratusan ribu ringgit terhadap suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25, berhubung nafkah yang diabaikan sejak berkahwin.
Bagaimanapun, Rita enggan menyatakan jumlah berkenaan kerana menyifatkannya terlalu peribadi untuk didedahkan.





Rita melalui peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain daripada firma guaman Zaidi Zain & Associates akan menyerahkan surat tuntutan kepada peguam Aidil dalam masa terdekat.
“Saya akui Aidil sering mengabaikan tanggungjawab selama lebih empat tahun kami mendirikan rumah tangga. Selepas berbincang dengan peguam, saya tampil dengan tuntutan nafkah yang diabaikan selama ini.
“Aidil adalah seorang suami yang lupa tanggungjawab jika tidak diingatkan.
“Saya pula banyak berkorban untuk menyara hidup anak-anak. Bayangkan, Aidil hanya menghulurkan duit RM1,500 selepas lebih tiga bulan meninggalkan saya dan anak-anak.
“Jumlah yang dituntut ini dihitung daripada hari pertama kami berkahwin pada 25 Februari 2008. Saya bukan mata duitan.
“Kalau saya mahu hidup mewah, saya tidak akan berkahwin dengan pemain bola.
“Saya berkahwin atas dasar cinta dan ikhlas untuk hidup bersamanya, tetapi, hidup saya dipersiakan.
“Apa yang saya tuntut adalah hak saya sebagai isteri dan hak dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 1, yang selepas ini membesar tanpa perhatian dan kasih sayang seorang bapa,” katanya.
Krisis rumah tangga Rita dan Aidil tidak pernah reda sejak dua tahun lalu. Akhirnya, Aidil menerusi peguamnya memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Petaling Jaya dua minggu lalu.
Berita Harian

Aidil Hanya Beri RM1,500 Untuk 3 Bulan

Posted on the April 24th, 2012 under Artis by admin
KUALA LUMPUR – Pelakon wanita tanahair, Rita Rudaini mendedahkan bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, hanya memberikan wang sebanyak RM1,500 kepadanya selepas tiga bulan keluar dari rumah meninggalkannya dan anak-anak.
Rita berkata, dia banyak berkorban menyara kehidupan anak-anaknya selama ini dan akan menuntut nafkah berjumlah ratusan ribu dari Aidil Zafuan bermula dari sejak diijabkabulkan empat tahun lalu.





“Selepas berbincang dengan peguam, saya tampil dengan tuntutan nafkah yang diabaikan selama ini. Aidil adalah seorang suami yang lupa tanggungjawab jika tidak diingatkan.
“Bayangkan, Aidil hanya menghulurkan duit RM1,500 selepas lebih tiga bulan meninggalkan saya dan anak-anak. Jumlah yang dituntut ini dihitung daripada hari pertama kami berkahwin pada 25 Februari 2008,” katanya yang dipetik dari laman blog hiburan terkenal, Beautifulnara.com.
Bagaimanapun, Rita menafikan bahawa tuntutannya itu membayangkan dirinya sebagai mata duitan dan hanya menuntut haknya sebagai isteri dan dua anak mereka yang bakal membesar tanpa kasih sayang dan sentuhan bapa kandung mereka.
“Saya bukan mata duitan. Kalau saya mahu hidup mewah, saya tidak akan berkahwin dengan pemain bola. Saya berkahwin atas dasar cinta dan ikhlas untuk hidup bersamanya, tetapi, hidup saya dipersiakan.
“Apa yang saya tuntut adalah hak saya sebagai isteri dan hak dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 1, yang selepas ini membesar tanpa perhatian dan kasih sayang seorang bapa,” katanya lagi.
Aidil Zafuan sebelum ini telah memfailkan penceraian mereka di Mahkamah Syariah Petaling Jaya dan Rita bakal membuat tuntutan balas terhadap pemain bola sepak negara itu pada 30 April ini.
Proses penceraian Aidil dan Rita yang bernikah di selatan Thailand itu bagaimanapun dikritik hebat oleh para peminat industri hiburan tanahair yang kasihan terhadap anak-anak pasangan selebriti itu pada masa akan datang. – Mynewshub.my

Aidil Zafuan Nafi Tak Jenguk Anak

Posted on the April 12th, 2012 under Artis by admin
PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25, sudah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya yang juga pelakon terkenal, Rita Rudaini Mokhtar, 36, melalui peguamnya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, kelmarin.
Aidil dalam laporan Berita Harian berkata, tindakan itu terpaksa dilakukannya sebagai jalan penyelesaian terhadap kemelut rumah tangganya yang berlaku sekian lama sehingga menjadi perhatian ramai walaupun mengakui ia bukan keinginannya.
“Memang saya ada failkan sesuatu (permohonan cerai) melalui peguam di Mahkamah Petaling Jaya, semalam (kelmarin). Saya pun sudah maklumkan dengan dia (Rita) mengenai perkara itu dan Rita meminta supaya dipercepatkan.





“Saya serahkan kepada peguam menguruskan perkara itu,” katanya di Seremban, semalam.
Pemain pertahanan yang kini beraksi dengan pasukan Tentera dalam saingan Liga Malaysia itu memberitahu, sudah memaklumkan mengenai perkara itu kepada Rita melalui SMS.
Dalam pada itu, bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan itu turut menafikan dakwaan mengatakan dia mengabaikan tanggungjawab keluarga terutama dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 3 dan Airit Rafqa Arjuna, 11 bulan.
“Saya terkejut apabila dia (Rita) mengatakan saya tidak menjenguk anak-anak. Semuanya tidak benar. Minggu lalu saya baru pulang, malah setiap hari saya menghantar SMS kepadanya bertanyakan khabar anak tetapi dia (Rita) tidak balas.
“Saya masih waras dan tidak akan meninggalkan mereka (anak-anak) begitu saja, saya tahu akan tanggungjawab sebagai bapa mereka,” katanya.
Mengulas lanjut hubungannya dengan keluarga Rita, Aidil yang juga abang kembar kepada seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha, berkata dia tidak mempunyai masalah dengan keluarga mentuanya dan mereka bukan penyebab dia memfailkan permohonan cerai.
Sementara itu, bapa mereka, Abd Radzak Salleh, 62, berkata dia tidak mengetahui apa-apa mengenai tindakan anaknya itu walaupun mengakui keadaan rumah tangga mereka berdua bermasalah sejak sekian lama.
mStar

Rita Rudaini sedih dikaitkan dengan Datuk R

Posted on the April 22nd, 2012 under Artis by admin

KETIKA berdepan dugaan rumah tangga yang sungguh mencengkam, dramatis popular, Rita Rudaini Mokhtar, 36, dikejutkan pula dengan gosip kononnya majlis ulang tahun kelahirannya pada 11 April lalu, ditaja seorang Datuk dikenali dengan panggilan Datuk R.
Dalam gosip bertajuk Majlis Sambutan Hari Jadi Aktres Popular ditaja Datuk R? yang disiarkan di Internet, jelas ia ditujukan kepada Rita walaupun tidak dinyatakan namanya.
Antaranya, aktres popular itu khabarnya sekarang dalam situasi rumah tangga tidak menentu berikutan niat si suami untuk menuntut perceraian. Hidup perlu diteruskan dan selebriti itu hadir ke sambutan hari lahirnya di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur. Aktres itu awalnya tidak tahu menahu akan majlis ini kerana diuruskan rakannya.





Menurut sumber yang terbabit dalam majlis sambutan itu, rupa-rupanya seluruh kos perbelanjaan menjayakan majlis penuh meriah itu ditanggung seorang VIP, Datuk R.
Datuk R juga pencetus idea di sebalik kek unik pada majlis hari lahir itu dikhabarkan bernilai hampir RM1,000. Bertuah badan aktres popular ini. Adakah ini calon pengganti? Ruangan Ping! minggu ini cuba mendapatkan penjelasan Rita siapa sebenarnya Datuk R dan apakah benar majlisnya baru-baru ini ditaja VIP itu.
Ternyata dakwaan itu dianggap melampau oleh pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Mami Jarum memandangkan ia ditimbulkan di saat dia berdepan permohonan cerai dibuat suaminya, pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abdul Razak, 25.
Sewaktu dihubungi, Rita mengakui benar-benar kecewa dengan dakwaan disiarkan beberapa portal hiburan tempatan itu.
Ibu kepada dua cahaya mata itu percaya, ia sengaja disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan merosakkan reputasinya, apatah lagi 30 April ini kesnya akan mula dibicarakan di Mahkamah Syariah, Petaling Jaya.
“Saya sedih kerana dakwaan itu sangat melampau. Sedangkan majlis yang saya buat itu dengan tujuan baik. Meraikan keluarga dan rakan yang selama ini banyak membantu saya membina karier sebagai pelakon. Perkara paling utama, saya mahu anak gembira di majlis yang dianjurkan.
“Mengapa sekarang baru timbul cerita saya ditaja Datuk yang saya sendiri tidak kenal siapa dimaksudkan kalau tidak tujuannya mahu mempengaruhi umum membabitkan kes perceraian bakal berlangsung? “Taktik seperti itu sangat hina dan menjijikkan. Tidak perlu hendak memburukkan saya dengan cerita bukan-bukan. Saya tidak pernah hadap duit orang sebab saya boleh cari duit sendiri. Selama ini saya menanggung hidup dengan hasil titik peluh sendiri, termasuk menyara keluarga dan anak,” katanya.
Tambah Rita, kenapa tidak pertama kali dia memandu kereta mewah, orang tidak sebut dirinya ditaja Datuk. Adakah kerana sebelum ini dia berstatus isteri orang? Kalau benar kerana itu, apa bezanya sekarang.
Katanya, walaupun permohonan cerai sudah difailkan, statusnya belum berubah dan tegasnya, dia sentiasa ingat perkara itu dan tidak sekali-kali melakukan perkara yang boleh menjejaskan maruah diri, keluarga dan agamanya.
“Tergamak orang menghina saya sedemikian rupa. Tidakkah penyebar cerita itu sedar implikasi yang bakal timbul apabila cerita saya ditaja datuk dihebahkan?” katanya.
Apabila ditanya apakah kemungkinan perkara itu sengaja ditimbulkan pihak tertentu dengan harapan ia dapat mempengaruhi keputusan perbicaraan yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Rita enggan mengulas lebih lanjut.
Katanya, dia tidak mahu kenyataannya mengganggu kes yang bakal dibicarakan.
“Saya serahkan segala-galanya kepada peguam dan mereka lebih tahu apa hendak dilakukan. Pada saya, cukup jika orang terdekat tahu apa sebenarnya berlaku.
“Saya juga berharap tiada pihak cuba mencampuri urusan perceraian yang bakal berlangsung dan bertindak ibarat lebih sudu daripada kuah sehingga mengganggu dan mempengaruhi perjalanan perbicaraan,” katanya.
Mengulas lebih lanjut mengenai majlis dianjurkan, kata Rita, semua perbelanjaan majlis diadakan itu datang dari simpanannya sendiri. Apatah lagi sepanjang hampir 15 tahun dalam bidang seni, Rita tidak pernah mengadakan majlis seperti itu.
Padanya, ia dibuat bagi menghargai orang yang banyak menyokongnya selama ini. Malah, sebahagian besar adalah mereka yang bersama dengannya sepanjang terbabit dalam dunia lakonan, termasuk penerbit, pengarah, rakan pelakon mahupun teman media.
“Disebabkan sibuk di lokasi, saya meminta bantuan Diana dan Linda Rafar untuk mengaturkan majlis. Pada majlis itu juga, kebetulan suami Diana, Zamarul Hisham kini giat dengan perniagaan coklat dan mereka berbesar hati menaja buah tangan buat tetamu dengan memberikan coklat,” katanya.
Mengenai kenyataan Aidil yang disiarkan satu akhbar baru-baru ini mengatakan mahu memberi hak penjagaan Aidit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna sepenuhnya kepada Rita, pelakon kelahiran Kangar, Perlis itu menegaskan, selama ini memang dia yang menjaga anaknya apabila ditinggalkan sendirian.
“Anak memang sepatutnya bersama saya kerana saya yang mengandungkan, melahirkan dan menjaga mereka saat senang dan susah. Sewaktu saya ditinggalkan tanpa nafkah, semua tanggungjawab saya lakukan sendirian.
“Dia mungkin lebih memahami perkara itu dan disebabkan itu juga, dia membuat kenyataan begitu. Saya enggan mengulas panjang mengenainya kerana dia lebih tahu apa sepatutnya dilakukan,” katanya.
Harian Metro

Rita, Alasan suami tidak masuk akal

Posted on the May 1st, 2012 under Artis by admin

RITA RUDAINI berjalan keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya semalam.
PETALING JAYA – Pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar berkeras tidak mahu diceraikan oleh suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak selepas mendakwa alasan yang diberikan lelaki itu bahawa mereka tidak lagi serasi dan tiada persefahaman sebagai tidak masuk akal.
Ketika prosiding di hadapan Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad, Rita, 36, yang diwakili peguam Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain memberitahu, dia tetap ingin mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berusia 25 tahun itu ekoran tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan suaminya.





Dakwa Zaidi, anak guamnya membantah perceraian tersebut kerana mahukan perbincangan secara baik diadakan terlebih dahulu.
“Mohd. Aidil tidak pernah berbincang secara bersemuka atau secara maya dengan anak guam saya sejak meninggalkan rumah pada 10 Januari lalu.
“Jika perceraian dipersetujui secara drastik, ia tidak adil bagi pihak anak guam saya kerana dia mengharapkan perkahwinan ini dapat diteruskan, kalau hendak bercerai pun, biarlah alasan itu berbaloi,” katanya.
Kosmo

Tuntutan Suami Macam ‘Budak-Budak’ Buat Rita Geli Hati

Posted on the May 17th, 2012 under Artis by admin

Wajah terbaru Rita Rudaini ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada Khamis.
PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar menyifatkan tuntutan nusyuz (perintah kembali taat) yang dituntut suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Rabu sebagai kelakar dan macam “budak-budak”
Rita,36, berkata, dia geli hati mendengar tuntutan itu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal kerana selama ini dia tidak pernah melanggar perintah suami ataupun membelakangkannya.





“Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa… memang betul-betul kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak.
“Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang buat (keluar rumah) senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang anak bersendirian,” katanya kepada mStar Online di luar mahkamah di sini, Rabu.
Dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Aidil Zafuan,25, menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya itu atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.
Aidil juga dalam tuntutan nusyuz itu mahu Rita dan anak-anak berpindah dari kediaman mereka sekarang di Damansara ke rumah yang baru didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya, dekat sini.
Beliau yang juga pemain bola sepak pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu juga memberitahu rumah berkenaan didiaminya secara percuma tajaan ATM dan Rita perlu berpindah untuk mengelak pembaziran kerana perlu membayar sewa rumah teres mewah yang didiami sebelum ini.
Aidil memberitahu jika Rita gagal mematuhi permintaannya itu (untuk berpindah), dia boleh dikenakan tindakan dalam tuntutan tersebut. Rita memberitahu, tidak ada sebab untuk dia berpindah kerana mereka pernah berkongsi suka dan duka di rumah yang didiami sekarang ini dan sudah tinggal sejak empat tahun lalu.
“Buat apa saya nak pindah? Sudah empat tahun kami tinggal bersama di Damansara. Kenapa dia tak balik rumah dan tinggal bersama saya serta anak-anak kalau dia suami yang bertanggungjawab?
“Sewa rumah sebanyak RM3,000 sebulan itu kami kongsi untuk bayar sama-sama. Bayangkan, bayaran yang separuh dia keluarkan itu pun dipertikaikan, apatah lagi nafkah anak-anak?” soal Rita.
Aidil tepis tuduhan punyai wanita lain
Dalam perkembangan berkaitan, Aidil turut menepis tuduhan kononnya dia mempunyai hubungan dengan wanita lain selepas bertindak meninggalkan rumah mereka Januari lalu seperti dilaporkan akhbar mingguan sebelum ini.
Aidil berkata, dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana individu sebaliknya lebih menumpukan perhatian kepada kariernya sebagai pemain bola sepak.
“Tuduhan itu adalah satu dakwaan yang mengarut kerana saya tidak berlaku curang dengannya, apalagi dengan kesibukan menjalani latihan bola sepak. Saya tiada masa untuk semua itu.
“Saya berpendapat Rita menuduh saya menjalinkan hubungan dengan wanita lain berdasarkan komen yang dibuat oleh peminat-peminatnya menerusi laman sosial Twitter,” katanya selepas prosiding selesai.
Dalam pada itu, Aidil juga berkata dia masih lagi menyayangi Rita walaupun hatinya sedikit tawar selepas membaca terlalu banyak kenyataan yang dibuat isterinya itu melalui media.
“Saya masih lagi menyayanginya, cuma hati saya sedikit tawar dengan kenyataannya yang telah keluar di media. Apa-apa pun, saya harap dia kembali kepada saya dengan syarat dia perlu menjadi isteri yang baik dan mendengar kata,” tuturnya.
Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan perkahwinan itu tidak mendapat restu keluarga.
Sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
mStar

Rita Tidak Mahu Ditinggalkan Macam Sampah

Posted on the May 18th, 2012 under Artis by admin
Umum mengetahui, bintang bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Radzak telah membuat permohonan agar isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar kembali taat kepadanya, di Mahkamah Syariah Daerah Petaling, petang Rabu. Menurut Aidil yang juga merupakan pemain bola sepak pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu, dia mahu Rita berpindah ke rumahnya yang terletak di USJ 1 kerana rumah tersebut telah disediakan oleh pihak majikannya secara percuma.
Ini sekaligus dapat mengurangkan kos hidup mereka kerana sewa rumah yang didiami Rita di Damansara sekarang agak mahal iaitu sebanyak RM3000 sebulan. Bagi Rita, dia mempunyai alasan tersendiri kenapa tidak mahu berpindah dan menganggap isu ini tidak patut ditimbulkan oleh Aidil.





“Kenapa saya perlu berpindah? Itu rumah kelamin kami. Kalau dia cakap mahal, sudah empat tahun kami duduk di situ. Kalau dia cakap tak payah bayar sewa, bagi saya sebab dia berkira rupanya, kedekut sangat ke dia? Kami kongsi bayar semuanya dalam rumah. Saya sendiri tak pernah merungut kerana saya tak sampai hati tengok dia bayar seorang diri.
“Berkira sangat ke dia? Sebab itulah nafkah isteri dan anak pun susah nak bagi. Dia pernah tahu tak saya bayar sewa selama lima bulan macam mana, duit saya bagi anak-anak makan saya dapat mana, semua dia tak nak ambil tahu. Dia tak malu ke saya bayar semua keperluan anak selama lima bulan? Kenapa perlu saya ikut arahan suami yang tak bertanggungjawab,” keluh ibu kepada dua anak ini.
“Sepanjang lima bulan meninggalkan rumah, dia hanya memberi saya RM1500. Saya banyak tanggungan, rumah, kereta, anak lagi dan saya bayar semuanya seorang diri. Saya tak tahulah, kalau saya tak kerja, macam mana nak bagi anak-anak makan, silap-silap kami kena halau dari rumah.
Sepatutnya dia tak boleh nak bebankan saya dan dia perlu tahu tanggungjawab dia sebagai seorang suami. Saya tak kisah, jika dia nak bagi atau tidak, tapi saya nak dia ingat, itu tanggungjawab dia, jika tak bagi, dia jawablah di akhirat nanti.”
Apabila ditanya mengenai dakwaan Aidil kononnya Rita tidak membenarkan dia berjumpa dengan anak-anak dengan mengambil access card rumah mereka, Rita memberitahu, “Bohong! Sebelum ini memang saya ambil access card, tapi dia masih boleh masuk. Saya beritahu pengawal mengenai kehadiran dia dan dia sendiri pun dah masuk, tak ada masalah pun.
“Kenapalah nak cakap pasal access card pula, jangan nak salahkan access card pula sekarang ini. Saya tak fahamlah dengan dia, cakap macam kartun. Dia cakap tak dapat jumpa anak? Kenapa dia tak dapat jumpa, sebab dia tak datang. Saya tak pernah menghalangnya menjalankan tanggungjawab sebagai bapa. Saya beritahu padanya, kalau nak tengok anak, datanglah.
“Memang saya kata padanya kalau nak datang biar masa saya ada rumah sebab saya pergi shooting, saya bawa anak-anak saya sekali. Jadi kalau dia datang, kami tak ada, dia nak tengok apa, pintu? Jangan cakap saya nak menafikan hak dia, saya masih menunggu sehingga sekarang di mana dia cakap saja nak datang tapi tak datang.”
Ditanya adakah Rita akan kembali kepada suaminya itu dan hidup aman seperti dulu, Rita sambil mengeluh menjawab, “Itu saya tak nak cakap apa-apa. Kita tunggu saja 18 Jun ini. Saya serahkan kepada peguam. Yang penting, saya akan lawan untuk hak saya serta anak-anak dan saya tak akan biarkan kami ditindas. Ini dah tiga kali dia buat saya macam ini, saya dah letih sangat.
“Saya cuma mahu pertahankan hak saya dan tak akan biarkan saya ditinggalkan macam sampah. Saya ikutlah, jika Allah tetapkan macam ini, saya redha. Cuma saya minta, jika dia betul-betul ikhlas, dia sedarlah. Saya harap dia matang dan ada pendirian supaya boleh jadi lelaki yang melindungi serta membimbing keluarga.”
Gua

Rita Rudaini Terkejut Suami Tidak Muncul Di Mahkamah

Posted on the June 18th, 2012 under Artis by admin

SHAH ALAM: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar terkejut apabila Aidil Zafuan Abd. Radzak tidak hadir ke mahkamah rendah syariah di sini, Isnin bagi sebutan kes nusyuz (perintah kembali taat) yang dikemukakan suaminya itu.
Rita yang baru pulang daripada mengerjakan umrah di Tanah Suci, Mekah pada 3 Jun lalu berkata, dia mendapat kekuatan untuk naik turun mahkamah apabila kes sering tertangguh kerana yakin Allah memberi kekuatan kepadanya dan keluarga
“Saya sanggup melalui tempoh masa yang lama turun naik mahkamah demi anak-anak. Dan tak rasa susah pun, semua ini kerana Allah yang sentiasa memberi semangat buat saya dan keluarga,” katanya.





Tambah pelakon itu, dia juga hairan kenapa Aidil tidak muncul di mahkamah pada Isnin tanpa sebarang alasan.
Terdahulu Mahkamah dimaklumkan oleh Peguam Syarie plaintif (Aidil), Ahmad Nazib Johari, memohon untuk menangguhkan kes pada pukul 12 tengah hari Isnin.
Bagaimanapun Peguam Syarie defendan, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain, tidak menerima sebarang surat memaklumkan penangguhan tersebut dan seterusnya akan mengemukakan bantahan terhadap permohonan nusyuz yang dituntut Aidil.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad bagaimanapun menetapkan 9 Julai depan bagi memberi peluang kepada Rita mengemukakan bantahan berkenaan.
Sementara itu, Rita berkata dirinya lebih tenang selepas mengerjakan umrah bersama 30 orang ahli keluarganya yang lain, termasuklah anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 4.
“Ini pertama kali saya membawa anak sama-sama mengerjakan umrah dan Alhamdulillah fikiran saya sangat tenang dan tidak memikirkan langsung tentang masalah ini (kes cerai).
“Malah, ketika hadir untuk sebutan kes hari ini, saya sangat tenang, tidak seperti sebelum ini. Saya berdoa supaya diri ini lebih kuat untuk mengharungi segala dugaan hidup agar dapat bahagia di samping anak-anak,” ujarnya.
Pada 16 Mei lalu, Aidil yang juga pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.
Aidil juga dalam mahu Rita dan anak-anak berpindah dari kediaman mereka ketika ini di Damansara ke rumah yang baru tajaan ATM yang didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya, dekat sini.
Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan perkahwinan itu tidak mendapat restu keluarga.
Sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
mStar

Rita tawar hati, serah segalanya pada ALLAH S.W.T

Posted on the May 20th, 2012 under Artis by admin
Keretakan rumah tangga aktres Rita Rudaini Mokhtar dan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak bukan lagi satu rahsia. Semenjak mendirikan rumah tangga pada Februari 2008, rumah tangga mereka sentiasa menjadi perhatian ramai apatah lagi ia tidak direstui keluarga Aidil pada mulanya.
Bahkan, rumah tangga yang dibina atas nama cinta itu hampir punah pada tahun 2010 namun dapat diselamatkan setelah Rita hamil anak kedua. Namun, segalanya berubah awal Januari lalu, setelah Aidil keluar rumah tanpa sebab dan terus meninggalkan Rita dan anak-anak sendirian.





Tindakan Aidil itu dipercayai berpunca dari ‘pergaduhan’ Rita dan adik kembarnya, Zaquan Adha di laman sosial Twitter yang turut mendapat perhatian umum. Tidak berakhir setakat itu sahaja, Rita menerima ‘hadiah’ paling perit dalam hidupnya apabila Aidil menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) beberapa hari sebelum hari jadi Rita memaklumkan dia sudah menfailkan penceraian di mahkamah.
Sekali lagi, kemelut rumah tangga pasangan ini mendapat perhatian media apabila Aidil menarik balik permohonan cerainya pada 16 April lalu dan meminta Rita kembali taat serta berpindah ke rumah Aidil yang telah disediakan majikannya di USJ1.
Rita pula merasakan tuntutan yang dibuat suaminya itu kelakar dan kebudak-budakan. Malah sehingga ke berita ini ditulis (Jumaat lalu), Rita memaklumkan kepada Zass menerusi SMS, tiada sebarang perbincangan yang di buat Aidil daripada permohonan cerai sehingga menarik balik permohonan itu.
“Dia tidak berjumpa saya untuk berbincang mengapa dia mahu bercerai dan mengapa dia menarik balik permohonan. Oleh sebab itu saya memohon Jawatankuasa Pendamai dari mahkamah untuk mengetahui alasan kukuh mengapa dia mahu menceraikan saya. Itu sahaja yang saya mahu,” jelasnya.
Malah, ketika ditanya sama ada dia masih mahu meneruskan perkahwinan ini, Rita berkata, “Saya serahkan segalanya kepada ALLAH S.W.T, saya terima qada dan qadar yang telah ditetapkan ALLAH S.W.T kepada saya.
“Buat masa ini apa yang boleh saya katakan, hati saya sudah tawar sebab ini bukan kali pertama dia berbuat demikian kepada saya dan anak-anak,” katanya.
Tunai umrah
Justeru, Rita mengambil keputusan untuk menunaikan umrah pada 22 Mei ini bersama keluarga dan saudara maranya termasuk membawa dua anaknya, Rayyan dan Arjuna untuk meminta petunjuk bagi perkahwinannya ini.
“Selain beribadat, saya mahu meminta petunjuk dari ALLAH S.W.T dan kami akan berada di sana semalam dua minggu. Saya harap akan mendapat jawapan dan lebih tenang sekembalinya saya di sini,” katanya.
Tawaran masih mencurah
Menyentuh tentang karier seninya, Rita berkata, dia kini sedang menyelesaikan penggambaran Ameera dan akan menyambung baki penggambaran sekembalinya selepas menunaikan umrah.
Kemudian Rita akan menyambung penggambaran Trilogi Cinta 2 sebanyak 40 episod dan seterusnya memasuki set penggambaran filem bersama Rosyam Nor.
“Alhamdulillah, rezeki saya murah dan tawaran tidak putus. Ini semua buat anak-anak.
Selepas penggambaran filem, saya akan masuk ke set penggambaran Sehangat Asmara di samping Adi Putra,” katanya yang turut membawa kedua anaknya ke lokasi setiap kali bekerja.
Sinar

Aidil Zafuan tarik balik hasrat cerai Rita Rudaini

Posted on the May 17th, 2012 under Artis by admin

PETALING JAYA – Mahkamah Rendah Syariah hari ini membenarkan permohonan pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak menarik balik hasrat untuk bercerai dengan isterinya, Rita Rudaini Mohamad@Mokhtar.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan Mohamad Aidil Zafuan berhubung penarikan permohonan cerai yang difailkannya pada 12 April lalu.
Beliau juga mengarahkan Mohamad Aidil Zafuan membayar kos kepada Rita, 36, sebanyak RM250.





“Kamu (Mohamad Aidil Zafuan) perlu membayar kerugian kepada Rita kerana menarik balik kes ini pada saat akhir iaitu sehari sebelum sebutan kes ditetapkan (15 Mei),” katanya.
Mohamad Aidil Zafuan, 25, yang diwakili peguam Ahmad Nazib Johari mengemukakan tiga alasan berhubung penarikan balik permohonan bercerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Menurut Ahmad Nazib, permohonan anak guamnya tidak diteruskan kerana Rita tidak bersetuju pada untuk bercerai pada prosiding 30 April lalu.
“Justeru, anak guam saya berhasrat untuk berbaik semula dan mengarahkan isterinya kembali taat dan tinggal di rumah yang disediakannya.
“Anak guam saya juga risau jika diwujudkan jawatankuasa pendamai akan ada campur tangan daripada pihak ketiga. Ini akan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.
Ahmad Nazib berkata, pihaknya membantah permohonan kos yang diminta Rita kerana ia bukan dari kesilapan anak guamnya sebaliknya Rita tidak bersetuju untuk bercerai.
Bagaimanapun, Rita yang diwakili peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Md Zain memberitahu mahkamah pihaknya hanya dimaklumkan mengenai penarikan balik itu beberapa jam sebelum prosiding bermula.
Mohd Zaidi berkata tuntutan itu dibuat kerana ia membabitkan masa dan perjalanan beliau, anak guamnya serta kos penerbangan bapa tiri Rita, Johari Jonid, 62.
“Saya dan Rita agak terkesima apabila Mohamad Aidil Zafuan ingin menarik permohonannya itu. Sepatutnya prosiding hari ini (semalam) adalah untuk melantik wakil ahli keluarga masing-masing bagi membentuk Jawatankuasa Pendamai.
“Kami sudah bersedia dan melantik bapa tiri Rita yang datang dari Kangar, Perlis sebagai menurut arahan mahkamah. Oleh itu, kos perjalanan itu harus dibayar pihak Mohamad Aidil Zafuan,” katanya.
Rita yang memakai jubah hitam dan bertudung merah jambu kelihatan tidak bertegur sapa dengan Mohamad Aidil Zafuan, sebaliknya masing-masing pulang bersama ahli keluarga yang hadir di mahkamah.
Mohamad Aidil Zafuan ketika ditemui berharap agar hubungannya dan Rita kembali pulih demi dua anak mereka.
Sementara itu, Ahmad Nazib berkata, permohonan kembali taat terhadap Rita telah difailkan semalam dan notis itu sudah diserahkan kepada peguam yang mewakili Rita.
“Rita akan memfailkan jawapan pembelaan mereka pada tarikh sebutan ditetapkan iaitu pada 18 Jun ini,” katanya.
Mengenai kos pembayaran RM250 yang diperintahkan mahkamah semalam, Ahmad Nazib bercadang mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah berhubung keputusan itu.
Pasangan itu berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 dan dikurniakan cahaya mata Airit Rayyan Rizqin,4 dan Airit Rafqa Arjuna, 2.
Perkahwinan mereka pada awalnya mendapat tentangan keluarga Mohamad Aidil Zafuan.