Saturday, March 31, 2012

BILA ZINA JADI PERKARA BIASA@LUMRAH..DIMANA FIKIRAN WARASNYA...SYAITAN MEMANG KERJA HENDAK MENYESATKANNYA...

Tak sempat pakai baju

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Dua pelanggan lelaki yang sedang asyik berurut badan ke badan (B2B) di satu premis yang berselindung di sebalik pusat rawatan refleksologi dan urutan kaki di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, tidak sempat menyarung pakaian ketika diserbu sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, malam kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 10.45 malam itu, dua pelanggan terbabit berusia 30 hingga 40-an ditemui berbogel dalam bilik berasingan yang disediakan khas untuk mereka yang ingin menikmati urutan istimewa itu pada harga RM150 untuk sekali perkhidmatan.

Pegawai Operasi D7 Bukit Aman, Inspektor Wiryanty Abdul Wahid berkata, premis itu diserbu kerana didapati menyalahgunakan lesen perniagaan untuk urutan kaki sebaliknya menawarkan khidmat B2B kepada pelanggan, di samping turut menawarkan khidmat seks pada kadar bayaran mengikut persetujuan antara tukang urut dan pelanggan.
“Serbuan itu menahan empat wanita warga Thailand berusia antara 21 hingga 37 tahun dan seorang wanita warga China berusia 49 tahun, manakala seorang penjaga premis iaitu lelaki tempatan berusia 42 tahun turut ditahan.

“Malah, polis turut menahan dua pelanggan lelaki terbabit untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di sebuah pusat rawatan refleksologi dan urutan kaki di Desa Sri Hartamas, di sini, turut berjaya menahan empat wanita warga Filipina dan dua wanita warga Thailand berusia antara 26 hingga 35 tahun kerana menawarkan khidmat seks. Dalam serbuan jam 10.30 malam itu yang diketuai Pegawai Operasi D7 Bukit Aman, Inspektor Mohd Jais Mohamad, mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen dan papan tanda perniagaan tetapi menjadi tumpuan pelanggan.

Bawa anak pergi ‘dangdut jamban’

Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my

SERBU...anggota penguat kuasa MPK menyerbu premis terbabit.
SERBU...anggota penguat kuasa MPK menyerbu premis terbabit.
PELABUHAN KLANG: Bagi mengaburi mata isteri yang dalam pantang mengenai aktiviti malamnya, seorang lelaki membawa anak perempuannya berusia enam tahun beberapa kali untuk berhibur di sebuah premis dangdut yang dikenali sebagai ‘dangdut jamban’ di Lorong Kem, di sini.
Malah, lelaki berusia 40-an terbabit turut meneguk minuman keras di hadapan anaknya.
Lelaki terbabit mengakui menjadikan premis berkenaan sebagai rumah kedua kerana mengunjunginya empat hingga lima kali dalam seminggu.

Premis berkenaan dipanggil ‘dangdut jamban’ berikutan keadaan premis yang usang, berbau busuk selain persekitaran yang kotor kerana dipenuhi botol minuman keras, bekas makanan dan puntung rokok.


Premis itu digemari pelanggan ‘senja’ turut dijadikan ‘port’ berhibur sambil berkaraoke selain menikmati minuman keras yang dihidangkan pelayan gebu warga asing yang turut melakukan aksi ghairah.

Bagaimanapun, keseronokan semua pelanggan tidak berpanjangan apabila diserbu Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Klang (MPK) jam 10.30 malam, kelmarin.

Difahamkan, pemilik premis yang juga penjawat awam menjalankan perniagaan itu tanpa lesen sah sejak setahun lalu walaupun diserbu pihak berkuasa awal tahun lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Penguat Kuasa MPK, Shahrul Hazri Abd Majid berkata, premis berkenaan menjadi tumpuan kerana memiliki tarikannya tersendiri dengan menyediakan rangkaian lagu karaoke dangdut terkini.

“Premis ini beroperasi dari jam 8 malam hingga 3 pagi setiap hari dan semakin rancak dipenuhi pelanggan setiap kali terutama pada hujung minggu.

“Ketika serbuan, terdapat lima pelanggan dan tiga pelayan wanita warga Indonesia sibuk menyediakan minuman keras kepada pelanggan,” katanya.

Semua pelanggan diambil keterangan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1995 Pindaan 1998, 2001 kerana menjalankan aktiviti perniagaan hiburan tanpa lesen daripada pihak berkuasa.

Janin tanpa kepala

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Kejam apabila janin berusia empat bulan tanpa kepala yang dipercayai dibuang sebelum dipam dari mangkuk tandas kediaman penduduk dijumpai di dalam loji kumbahan berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang, di sini, semalam.
Kejadian disedari kira-kira jam 11.30 pagi oleh seorang pekerja membersih tangki kumbahan milik Indah Water Konsortium (IWK) apabila terlihat satu janin manusia tersangkut di perangkap sampah sebelum memaklumkan kepada polis.

Janin itu pada awalnya disangka bangkai kucing ditemui tanpa kepala sebesar tapak tangan dalam keadaan belum cukup sifat kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, hasil pemeriksaan Unit Forensik mengesahkan janin berusia empat bulan itu dibuang dalam tempoh 48 jam lalu yang digugurkan daripada kandungan ibunya.

“Janin itu ditemui tanpa kepala dan kami juga tidak dapat mengetahui jantinanya,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan janin itu digugurkan penduduk tempatan di kawasan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Zakaria meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tampil menghubungi Rakan Cop Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 bagi membantu siasatan atau tampil ke balai berdekatan.

Terkejut lihat rakan tersepit pokok



SUNGAI PETANI: “Sebaik tiba saya terkejut melihat Mohd Jalil berada di bawah batang pokok kekabu dengan kepala terbenam ke dalam tanah manakala tiga rakannya terduduk lemah di depan mayat arwah yang tersepit itu,” kata Mohd Amron Mat Tahar, 22, antara penduduk terawal membantu mengeluarkan mayat Mohd Jalil Abd Hamid, 53, yang ditimpa pokok kekabu ditebang bersama rakannya, petang kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang di Kampung Pantai Prai, Sidam Kiri di sini, ketika Mohd Jalil, peniaga roti canai, mengambil upah menebang dua pokok durian dan sebatang pokok kekabu bersama tiga rakan.

Bagaimanapun, ketika cuba menarik pokok kekabu sebesar dua pemeluk itu, ia tiba-tiba tumbang ke arah mangsa yang tidak sempat melarikan diri lalu menghempapnya menyebabkan dia mati di tempat kejadian.

Wanita kena ragut dalam klinik

CHUKAI: “Bagi mengelak anak berusia tujuh bulan dan lima tahun cedera, saya terpaksa melepaskan beg berkenaan sebelum peragut terbabit melarikan diri bersama beg tangan saya dengan sebuah motosikal,” kata Nor Azra Saliha Zainal, 29, dari Kampung Bukit Mentok, di sini, semalam.
Mangsa berkata, kejadian berlaku ketika dia berada di hadapan kaunter sebuah klinik homeopati di Jalan Air Putih, di sini untuk membuat bayaran rawatan anak berusia tujuh bulan kira-kira jam 4.30 petang, kelmarin.

Katanya, sebelum kejadian, dia menyedari seorang lelaki berbadan gemuk memakai baju putih dan seluar jean serta memakai topi keledar berpenutup muka penuh masuk ke klinik berkenaan sebelum menghampirinya dan melarikan beg tangan diletakkan di atas kaunter berkenaan.
“Saya menyangkakan lelaki terbabit masuk ke klinik itu untuk mengambil ubat kerana ketika masuk dia terus ke kaunter sebelum menarik beg duit yang berada di tangan saya selepas selesai membuat bayaran rawatan.

“Terkejut dengan tindakan lelaki terbabit, saya panik dan berusaha mempertahankan beg mengandungi wang tunai RM250 dan rantai emas milik anak serta dua bentuk cincin emas yang keseluruhannya bernilai lebih RM5,000 daripada dilarikan lelaki terbabit.

“Selepas beberapa saat berlaku tarik-menarik, saya kemudian terpaksa melepaskan beg itu kerana bimbang anak yang saya dukung terjatuh selain mengelak seorang lagi anak dicederakan lelaki terbabit,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Nor Azra berkata, lelaki terbabit ke klinik berkenaan dengan menaiki sebuah motosikal ditunggangi rakannya yang menunggu di atas kenderaan itu di luar klinik berkenaan.

Menurutnya, dia yang panik gagal mengecam jenis dan nombor pendaftaran motosikal berkenaan.
Katanya, orang awam yang berada di bengkel kereta berhampiran tempat kejadian cuba mengejar dua lelaki terbabit tetapi gagal.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, mangsa membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Chukai, di sini, kira-kira jam 5.25 petang dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana ragut.

Friday, March 30, 2012

CANTIK TENTU ORANG BEREBUT...WANITA SOLEHA PILIHAN ISLAM..TAQWA...YANG MAMPU BAWA SUAMI KE SYURGA BUKAN SEBALIKNYA

Jilat 3 penculik

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan mengalami detik hitam selama tiga jam selepas diculik sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika menunggu bas di Jinjang, di sini, sebelum dipukul dan dipaksa melayani nafsu pelik mereka di sebuah bilik hotel di Balakong, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa sepanjang tempoh berkenaan, dia dipaksa berbogel, dipukul dan ditendang serta diarah melakukan onani selain menjilat kaki semua lelaki menculiknya.
Malah, setiap aksinya itu dirakamkan kumpulan terbabit, namun mangsa mengakui tidak dirogol.

Apa yang membimbangkan apabila mangsa mendakwa dia diugut kumpulan terbabit supaya ‘menggantikan’ rakan perempuannya untuk mereka jika enggan rakaman videonya itu disebarkan kepada umum sebelum dibebaskan.


Mangsa sudah membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, selepas dinasihatkan keluarga dan pihak sekolah.

Godam e-mel songlap duit

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan Internet didalangi warga Afrika atau lebih dikenali sebagai ‘African Scam’ kini dikesan menggunakan modus operandi baru dengan menggodam e-mel syarikat penjual barangan antarabangsa bagi mencuri maklumat pelanggan perniagaan mereka sebelum digunakan untuk berurusan seperti syarikat asal.
Pelanggan berkenaan yang diperdaya diarah membuat bayaran pembelian dalam satu akaun baru menggunakan nama warga tempatan di Malaysia sebelum wang dibayar itu dikeluarkan dan dipindahkan pula ke akaun bank milik sindiket terbabit.
Taktik terbaru didalangi warga Nigeria itu tidak lagi menjadikan negara ini sebagai sasaran untuk mencari mangsa, tetapi lebih kepada pusat pengumpulan wang hasil penipuan syarikat dari seluruh dunia dengan menjadikan wanita tempatan sebagai ‘keldai akaun’.

Difahamkan setakat ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sudah mengesan enam kes sejak Januari lalu membabitkan pelbagai syarikat antarabangsa, termasuk dari Itali, Amerika Syarikat (AS) dan Indonesia dengan anggaran kerugian bernilai jutaan ringgit.


Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, JSJK Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din berkata, sindiket terbabit memintas e-mel syarikat perniagaan antarabangsa dengan mencuri maklumat aktiviti perniagaan antara syarikat penjual dan pembeli

‘Ini semua fitnah’

Oleh Nurul Huda Kosnon
nurulhuda@hmetro.com.my

NAFI...Rozita tolak dakwaan ada  hubungan dengan Datuk K.
NAFI...Rozita tolak dakwaan ada hubungan dengan Datuk K.
KUALA LUMPUR: “Saya bukan bakal isteri baru Datuk K,” kata selebriti terkenal, Rozita Che Wan yang menepis dakwaan akan berkahwin dengan Datuk Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K seperti didakwa laman blog dan portal hiburan.
Rozita berkata, dakwaan terbabit sama sekali tidak masuk akal kerana dia tidak menjalin hubungan dengan mana-mana individu termasuk Datuk K seperti yang dimaksudkan.
“Sejak saya putus hubungan dengan seorang jejaka Singapura yang dikenali dengan nama ‘S’ dua tahun lalu, saya masih belum bertemu dengan jejaka pilihan hati.

“Saya dan anak sangat meminati Datuk Siti (Nurhaliza). Saya tidak mahu dakwaan berkenaan boleh menyebabkan hubungan baik saya sebelum ini dengan Datuk Siti terus dingin, lagi-lagi kami sama-sama artis,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.


Rozita, 39, berkata, dia kecewa dan kesal dengan gosip terbaru yang dilemparkan laman blog dan portal hiburan itu kerana ia adalah penyebaran fitnah ke atas dirinya.

Wednesday, March 28, 2012

JAGALAH AGAMA ALLAH...ALLAH LINDUNGI DAN JAGA KITA DAN KELUARGA KITA...

‘Saya sangka dia main-main’

Oleh Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my

REMUK...kenderaan mangsa yang terbabit kemalangan di tempat kejadian, semalam. Gambar kecil, Khairul Hisham.
REMUK...kenderaan mangsa yang terbabit kemalangan di tempat kejadian, semalam. Gambar kecil, Khairul Hisham.
PUTRAJAYA: “Saya mendapat tahu kejadian ini daripada seorang rakan dan pada mulanya saya ingatkan dia main-main. Namun, saya ke tempat kejadian dengan seorang rakan untuk mengetahui perkara sebenar,” kata isteri Khairul Hisham Janarudin, 37, yang terbunuh dalam kemalangan di Persiaran Selatan dekat Desa Pinggiran Putra di sini, semalam.
Suaminya ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Hulu Langat maut selepas kenderaan pelbagai guna Toyota Estima dinaiki bersama empat rakannya terbabas dan merempuh tiang lampu dari arah Dengkil-Putrajaya.

Kemalangan pada jam 5 petang itu turut meragut nyawa Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda Umno bahagian itu, Saifuddin Kandar, 39, selepas masing-masing dipercayai tercampak dari kenderaan berkenaan.
Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan.

Tiga lagi rakan mereka cedera termasuk seorang dilaporkan parah.

Mereka ialah Ahmad Zarani Md Zam, Yazid Ghazali dan Razip Rashid, masing-masing berusia 30-an, kini dirawat di Hospital Putrajaya.

Difahamkan kejadian itu berlaku selepas mereka berlima dalam perjalanan pulang selepas menghantar seorang rakan yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno bahagian itu, Al Dita Aladin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan umrah.

Isteri Khairul Hisham yang enggan dikenali ketika ditemui di pekarangan Hospital Serdang, dekat sini, berkata, dia tidak mengetahui suaminya keluar rumah untuk menemui rakannya.
“Kali terakhir saya bertemu arwah petang semalam (kelmarin) ketika berada di rumah. Walaupun masih terkejut, saya reda dengan pemergiannya,” katanya yang bakal menimang cahaya mata kelima dua bulan lagi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman yang mengesahkan kemalangan berkenaan berkata, polis masih menyiasat punca kejadian itu.

“Polis akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

Pondan bercoli mengerang

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

KUCHING: “Sakit...sakit...” itulah rintihan didengari pengguna jalan raya sebaik mendapati kereta Perodua Kancil dinaiki seorang pondan terbabas dan merempuh pagar sebuah kem tentera di Kota Sentosa, di sini, malam kelmarin.
Bagaimanapun, kehadiran orang ramai bagi membantu individu terbabit mengundang kejutan apabila mendapati pondan itu yang hanya memakai coli dan berseluar dalam tersepit di tempat duduk depan dalam kejadian jam 12.20 tengah malam.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa, 26, dari Jalan Pengkalan Kuap, Kota Samarahan berseorangan ke Kota Sentosa.

Sumber berkata, kejadian itu menyebabkan kereta berkenaan nyaris terbalik sebelum orang ramai menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan.


Menurutnya, pelbagai pihak tertanya-tanya motif mangsa yang hanya memandu dengan memakai pakaian dalam.

‘Perbuatan tidak bertamadun’

IPOH: “Ia perbuatan tidak bertamadun dan memalukan agama dan bangsa,” selar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengulas pendedahan pesta maksiat membabitkan ratusan remaja ketika satu majlis perkahwinan di Parit, Sabtu lalu, yang disiarkan Harian Metro (HM), semalam.
Persembahan kugiran itu yang disertai pondan menarik perhatian belia lelaki dan perempuan untuk menari beramai-ramai sambil berpelukan sehingga larut malam.

Harussani yang dihubungi berkata, perbuatan sedemikian boleh menghancurkan akhlak dan menghina adat serta budaya masyarakat Melayu dan berharap ibu bapa memainkan peranan mengawal tingkah laku anak masing-masing tidak mengharapkan kerajaan memantaunya.
Sementara itu, pejabat HM cawangan Ipoh di sini, menerima banyak panggilan daripada orang ramai dan penduduk setempat berhubung pendedahan pesta maksiat itu semalam.

Rata-rata mengutuk perkara berkenaan dan tidak kurang pula malu kerana membabitkan masyarakat Melayu dan lebih menyedihkan mereka adalah remaja, belia dan pelajar.

HM semalam melaporkan lebih 500 remaja lelaki dan perempuan menjadikan persembahan kugiran sempena majlis perkahwinan di sebuah kampung di Parit sebagai pentas menari dan mabuk sambil berpelukan dan bercumbuan.

Mayat bayi dalam beg

CHUKAI: Mayat seorang bayi lelaki yang dibungkus dalam beg plastik dan diletakkan dalam sebuah beg pakaian ditemui di kawasan pelupusan sampah di Jalan Ibok, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, mayat bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui oleh pekerja pemungut sampah kira-kira jam 5.45 petang kelmarin.

“Mayat itu dijumpai dalam beg serta plastik sebaik saja lori pengangkut sampah Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) membuangnya bersama sampah di kawasan itu.
“Mayat bayi yang cukup sifat dan bertali pusat itu masih berkeadaan baik serta diletakkan bersama uri dengan kesan darah, berkemungkinan baru dilahirkan beberapa jam selepas ditemui,” katanya.

Menurutnya, mayat bayi itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang untuk dibedah siasat dan polis akan melancarkan gerakan mengesan mereka terbabit dalam pembuangan mayat bayi itu.

Beliau juga meminta kerjasama mana-mana hospital atau klinik swasta yang menerima pesakit baru melahirkan anak atau mencurigakan agar memaklumkannya kepada Ibu Pejabat Daerah Kemaman atau terus menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Jamil Sahak di talian 014-8007222.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Sementara itu, seorang pekerja kontrak di kawasan pelupusan sampah itu, Siti Nordiani Bukhari, 26, berkata mayat bayi itu dibungkus dalam plastik dalam keadaan mengiring tanpa dibalut dengan sebarang pakaian ketika ditemui.
“Saya amat terkejut kerana menyangka terdapat barang berharga pada mulanya kerana ia agak berat tetapi rupa-rupanya mayat seorang bayi yang comel dan sempurna,” katanya.

Janda seksi tinggal anak untuk berkaraoke

LANGKAWI: Seorang janda sanggup meninggalkan anak tunggalnya berusia setahun dalam jagaan ibunya untuk berhibur di sebuah pusat karaoke bersama adik perempuannya dan rakan sebelum dicekup pihak berkuasa, kelmarin.
Wanita berusia 20-an itu dan adiknya berusia belasan tahun dikatakan baru mengenali seorang lelaki dan berkaraoke dalam bilik tertutup rapat ketika serbuan dilakukan anggota Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal), kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin.

Malah, kedua-dua beradik itu didapati berpakaian seksi sehingga menimbulkan syak mereka berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.
Pegawai Penguat Kuasa Padal, Rosyadah Ramli berkata, wanita berstatus ibu tunggal itu antara lapan orang berusia antara 20 dan 25 tahun yang ditahan dalam operasi cegah maksiat di sebuah pusat karaoke di Kuah, dekat sini.

Beliau berkata, pihaknya yang membuat pemeriksaan di tiga bilik karaoke itu menemui janda terbabit menyanyi bersama adiknya dan seorang lelaki berusia 20-an.

Katanya, pemeriksaan di bilik kedua pula menemui sepasang kekasih bersama seorang rakan dan sebuah bilik lagi terdapat seorang lelaki dan dua wanita.

“Hasil pemeriksaan mendapati mereka mengaku bukan pasangan mahram atau suami isteri menyebabkan semuanya ditahan untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat disiasat mengikut Seksyen 9(3) dan (4) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak, dan turut disiasat mengikut Seksyen 5 enakmen yang sama,” katanya.
Semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuah untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan dan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Langkawi untuk dibicarakan.

Hakim Syarie, Syeikh Bisyamudin Adha Baharom menjatuhi hukuman denda terhadap enam daripada mereka sebanyak RM200 seorang manakala dua lagi dikenakan denda RM280 kerana duduk di bilik gelap dalam keadaan mencurigakan.

Awas! Lelaki asid kembali

Oleh Zaitie Satibi dan Siti Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Kejadian menyimbah asid yang pernah menggemparkan warga kota, terutama wanita yang dilakukan lelaki bermotosikal tahun lalu muncul semula selepas satu kejadian dikesan di Rawang dan Serdang, kelmarin dan Isnin lalu.
Dalam kejadian jam 7 pagi di Rawang kelmarin, seorang guru wanita cedera di muka dan separuh badan akibat disimbah dengan cecair dipercayai asid oleh dua lelaki yang meragut rantai emasnya ketika menunggu bas di pondok menunggu bas di Batu 17, di sini.

Mangsa, S Rani, 47, yang ingin ke tempat kerja tiba-tiba ditegur dua lelaki yang turut bersamanya menunggu bas.

Menurut saksi, Nur Aqilah Osman, 14, ketika kejadian dia menunggu bas untuk ke sekolah apabila ternampak kedua-dua lelaki terbabit bercakap dengan mangsa.

“Ketika wanita itu sedang bercakap dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba mereka meragut rantai emasnya dan dia cuba melawan, tetapi disimbah asid daripada botol yang dibawa seorang daripada lelaki itu,” katanya.

Dia berkata, lelaki terbabit turut menyimbah sisa asid kepadanya menyebabkan bahagian belakangnya melecur.


“Tanpa menghiraukan tudung, pakaian serta beg sekolah yang terbakar terkena asid, saya terus berlari pulang ke rumah untuk meminta bantuan kerana tidak tahan perit,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 16 itu.

Sebelum kejadian, dia berkata, dua lelaki terbabit dilihat bersandar di palang pondok menunggu bas itu sebelum mereka menegur seorang wanita berumur.

Malah, gadis itu juga nampak seorang daripada lelaki terbabit memegang botol, tetapi menyangkakan ia minuman. Nur Aqilah ketika ditemui di rumahnya di sini, malam tadi, berkata mangsa menjerit meminta tolong sambil memegang mukanya yang kemerahan akibat terbakar manakala dia dan rakan sekolah hanya mampu melihat kerana bimbang dicederakan penjenayah terbabit.

“Saya dan rakan cuba lari tetapi lelaki terbabit menyimbah baki asid ke arah kami dan dua lagi orang awam di pondok bas itu sebelum beredar dengan selambanya.

“Cecair itu kena pada belakang bahu saya dan tangan seorang wanita lain,” katanya.

Bapa Aqilah, Osman Delisali, 50, menghantarnya ke Hospital Selayang (HS) untuk rawatan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dengan bantuan jiran.

Osman berkata, dia sedang bersiap-siap untuk menghantar adik Nur Aqilah ke sekolah apabila tiba-tiba melihat anak keempat daripada lapan beradik itu pulang dalam keadaan tubuh berasap.

“Saya kehairanan dan bertanya kenapa dia balik rumah semula, tetapi Nur Aqilah menjerit sambil menceritakan disimbah asid ketika sedang menunggu bas ke sekolah.

“Tanpa membuang masa, saya segera mencurah air ke tubuhnya bagi mengurangkan kepedihan,” katanya.

Katanya, dia lega apabila doktor yang merawat memaklumkan kecederaan itu tidak serius dan boleh sembuh dengan menyapu krim khas untuk kulit terbakar.

“Mujur anak saya mengelak dan hanya cedera ringan. Saya tidak dapat bayangkan kesakitan dan kesan buruk yang terpaksa dilaluinya jika kecederaannya serius seperti yang menimpa seorang lagi mangsa,” katanya yang bekerja sebagai tukang mesin rumput.

Sementara itu, dalam kejadian di Serdang pula, seorang kontraktor, S Thinagaran, 19, melecur sebelah muka kanan dan rabun sebelah mata selepas terkena asid disimbah dua lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Kinrara Mas, selepas selesai menjalankan tugas di Rawang. “Walaupun dalam keadaan kesakitan selepas muka terbakar akibat dibaling cecair asid dua lelaki bermotosikal, saya sempat memandu kereta sejauh lima kilometer ke klinik di Kinrara untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Dalam kejadian jam 7 malam Isnin lalu, mangsa berkata, dia tidak mengenali dua lelaki berusia 20-an yang menaiki motosikal jenis Modenas Kriss yang tiba-tiba membaling cecair dipercayai asid ke arahnya.

Katanya, dia hanya sempat melihat dua lelaki memakai topi keledar memegang botol mineral sebelum berpaling ketika ke arah mereka selepas namanya dipanggil.

“Sebaik menoleh, mereka terus membaling cecair itu ke muka saya hingga menyebabkan terbakar dan menggelupur kesakitan sebelum berlari masuk ke dapur untuk membasuh muka,” katanya.

Katanya, dalam keadaan kesakitan dan mata sebelah kanan menjadi rabun, dia memandu ke klinik berhampiran manakala ayahnya mengikut dengan kereta lain.

Selepas mendapat rawatan awal, dia dibawa ke Pusat Perubatan Subang Jaya untuk rawatan lanjut yang mengesahkan muka sebelah kanannya terbakar akibat terkena asid.

Thinagaran berkata, dia tidak tahu motif sebenar dua lelaki itu yang berkemungkinan bermusuh dengannya akibat pergaduhan setahun lalu dan masih menyimpan dendam terhadapnya.

“Ayah saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Puchong untuk siasatan lanjut dan mahu dua lelaki itu diambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Tahan sakit perkosa janda

Oleh D J Dolasoh
am@hmetro.com.my

KUALA KANGSAR: Walaupun kakinya berdarah akibat luka terkena objek tajam ketika memanjat bumbung bagi memecah masuk rumah seorang janda di di Taman Wai Thong, di sini, ia tidak menghalang seorang lelaki merogol wanita berkenaan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, suspek yang cedera memecah masuk rumah mangsa melalui siling dan mengejutkan wanita berkenaan yang tidur di dalam bilik sebelum merogolnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Mohamad berkata, mangsa tersedar selepas terdengar suara lelaki mengarahkan dia membuka selimut sambil mengacukan pisau.

“Wanita itu yang tidak berapa sedar kerana terbangun dari tidur enggan mengikut arahan lelaki bertopeng itu, tetapi kerana terlalu takut dengan ugutan, dia akur membuka selimut dan menanggalkan pakaiannya.


“Mangsa juga terdengar lelaki terbabit seperti kesakitan kerana terdapat luka pada tubuhnya, tetapi merogol mangsa tanpa menghiraukan kesakitan dan rayuan mangsa,” katanya di sini, semalam.

Ayah Pin halimunan

Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Pemimpin Kerajaan Langit iaitu Ariffin Muhamad, 75, yang lebih dikenali dengan gelaran Ayah Pin dipercayai belajar ‘ilmu selisih’ bagi mengelakkan dirinya bertembung dengan pihak berkuasa.
Adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, berkata, sebelum ini dia pernah mendengar Ayah Pin belajar ilmu kebal tetapi sukar dipastikan kesahihannya kerana dia sendiri jarang berjumpa dengan abang sulungnya itu.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak tahu sama ada abangnya itu benar-benar mempunyai kebolehan atau berguru dengan orang lain. “Seingat saya, kali terakhir berjumpa dengannya kira-kira dua atau tiga bulan lalu iaitu sebelum Ayah Pin diserang penyakit angin ahmar yang menyebabkan dia lumpuh sebelah badan.
“Mengenai dia belajar ilmu selisih sukar dibuktikan, namun mungkin ada kebenarannya kerana setiap kali dia ingin ditemui pihak berkuasa, kelibatnya tidak kelihatan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Abdul Rahman yang turut dikenali sebagai ‘Pak Da’ di kampungnya memberitahu, setiap kali bertemu abangnya itu, dia kerap kali menasihatkannya supaya kembali ke jalan yang benar tetapi Ayah Pin lebih gemar mendiamkan diri dan tidak marah.

Katanya, dia percaya abangnya itu sukar untuk berubah kerana tertarik dengan segala kemewahan dikecapinya sekarang selaku ‘ketua’ kepada ribuan pengikutnya yang masih setia sehingga menyukarkannya meninggalkan amalan terpesong itu.

Bagaimanapun, Abdul Rahman berkata, dia percaya Ayah Pin sudah semakin hilang pengaruhnya.

“Jika hendak diikutkan, mengapa dia sanggup datang dari jauh berurut di kampung halamannya dan kenapa tidak hanya memanggil tukang urut ke tempatnya saja,” katanya.
Difahamkan, meskipun markas ‘Kerajaan Langit’ pimpinannya di Batu 13, Hulu Besut, Terengganu sudah berkubur, namun masih ada pengikutnya yang setia.

Menurut maklumat diterima, Ayah Pin juga pernah mendakwa, sebulan yang lalu dia dapat mengumpul RM20,000 hasil sumbangan pengikutnya yang kini dikatakan berada di seluruh negara serta di luar negeri.

BILA GULONGAN ARTIS AGAK SUKAR PAKAI TUDUNG@TUTUP AURAT...SUSAHKAH NAK TAAT PADA ALLAH...JANGAN KITA KESAL DIAKHIRAT NANTI...BILA DAH BERUMUR MASIH LEKA DENGAN DUNIA..LUPA PADA MATI...JAUH DARI SURAU DAN MASJID...MAKA RAHMAT ALLAH JUGA JAUH...

Si tua berjoget sampai 5 pagi

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop dan Shuhada Mansor
am@hmetro.com.my

ASYIK...pelanggan di kedai makan terbabit menari dangdut.
ASYIK...pelanggan di kedai makan terbabit menari dangdut.
GOMBAK: Joget hingga pagi. Itu ‘menu tambahan’ disediakan sebuah kedai makan di Batu 12 Jalan Gombak-Karak, di sini, yang menjadikan nyanyian dan tarian sebagai tarikan, terutama pada hujung minggu hingga menjadi tumpuan golongan berumur untuk berhibur.
Diibaratkan seperti ‘dangdut rimba’, lokasi kedai makan yang menjadi tumpuan golongan berusia lebih 40-an itu juga dipercayai tiada lesen perniagaan kedai makan selain lesen hiburan walaupun beroperasi sejak beberapa tahun lalu.
Kedudukan kedai makan itu yang agak jauh dari rumah penduduk dan berhampiran kawasan hutan menjadikan ia ‘syurga’ buat pelanggan untuk berhibur tanpa gangguan. Malah, pemilik kedai turut menyediakan penari sebagai daya penarik.

Kedai terbabit beroperasi mulai jam 7 malam dan ditutup jam 4 atau 5 pagi setiap hari.


Melalui intipan wartawan Harian Metro di kedai itu mendapati premis terbabit mempunyai tarikannya tersendiri dengan menyediakan rangkaian lagu karaoke, termasuk lagu Hindustan dan dangdut yang digemari golongan berumur.

Rasa dada terbakar

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my

TRAUMA...Syazwan kini takut meneguk minuman daripada botol.
TRAUMA...Syazwan kini takut meneguk minuman daripada botol.
KANGAR: “Dada saya seperti dibakar, malah hampir keseluruhan mulut serta tekak tiba-tiba menjadi panas kerana terminum cecair berkenaan,” kata Mohd Syazwan Abdul Rohim,17, selepas terminum pencair cat yang disangka air minuman ringan.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7 malam Isnin lalu, apabila Mohd Syazwan yang dahaga sebaik pulang dari bengkel sekolahnya di Arau di sini, mencapai satu botol di atas katilnya yang disangka minuman ringan lalu minum sebelum dadanya berasa panas.
Mohd Syazwan berkata, dia meneguk cecair berkenaan dua kali sebelum dada serta mulutnya tiba-tiba terasa panas dan sakit sehingga menyebabkannya berada dalam keadaan separuh sedar.

Menurutnya, ketika itu dia berasa begitu haus sebelum menyedari minuman yang diteguk itu adalah pencair cat.


“Dada saya terus terasa panas manakala mulut serta tekak berasa seperti terbakar akibat kesan cecair berkenaan sehingga saya menggelupur kesakitan.

“Saya cuba menjerit meminta pertolongan rakan, namun gagal kerana sukar bertutur akibat kesakitan.

“Nasib baik ada rakan ternampak lalu meminta bantuan dan saya ke rumah warden asrama sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk rawatan,” katanya ketika ditemui di HTF di sini, semalam.

Liyana Jasmay kini tunangan orang



SEPADAN...Liyana bersama, Fathudin selepas majlis pertunangan mereka, semalam.
SEPADAN...Liyana bersama, Fathudin selepas majlis pertunangan mereka, semalam.
HULU KLANG: Penyanyi dan pelakon Liyana Jasmay, 24, selamat mengikat tali pertunangan dengan jirannya yang juga ahli perniagaan Fathudin Mazlan, 28, dalam majlis ringkas yang berlangsung di kediaman keluarganya jam 8.30 malam di Tropika Kemensah, di sini, malam tadi.
Liyana, anak bongsu daripada empat beradik tampil menawan dengan gaun labuh warna krim rekaan, Rizman Ruzaini.

Pihak lelaki memilih tema warna kelabu menyerahkan sebentuk cincin pertunangan dan lima dulang hantaran yang dibalas tujuh oleh pihak perempuan iaitu kain songket, butang baju Melayu, set haruman, senaskhah al-Quran, kek dan manisan.
Keluarga perempuan pula memilih tema warna merah jambu pada majlis meriah yang dihadiri lebih 200 anggota keluarga terdekat kedua belah pihak itu.

Tidak ketinggalan, majlis pertunangan itu juga disemarakkan dengan barisan artis terkenal yang juga rakan baik Liyana iaitu Lisa Surihani, Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Tam Suhaimi dan ramai lagi.

APA KOMEN MUFTI PERAK..BAGINYA TAK PATUT BERDIAM DIRI..KERANA INI MERUPAKAN ANAK BUAH@RAKYAT PERAK YANG PATUT DIBIMBING...SERTA DIAJAR HUKUM2 AGAMA...

Pesta maksiat rai pengantin

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

TIDAK SENONOH...remaja lelaki dan wanita menari bersama dalam keadaan berahi.
TIDAK SENONOH...remaja lelaki dan wanita menari bersama dalam keadaan berahi.
PARIT: Ibarat pesta maksiat apabila ratusan remaja lelaki dan perempuan menjadikan persembahan kugiran sempena majlis perkahwinan di sebuah kampung, di sini sebagai pentas untuk menari dalam keadaan mengghairahkan sambil berpeluk dan bercumbuan.
Lebih menghangatkan suasana apabila pihak penganjur turut menjemput sekumpulan 10 mak nyah sebagai ‘perempuan joget’ bagi merancakkan persembahan di Kampung Parit 13 di sini, malam kelmarin.
Majlis yang mendapat jolokan ‘disko desa’ itu mendapat sambutan lebih 500 remaja Melayu termasuk sekumpulan Mat Rempit yang sanggup datang dari jauh termasuk dari Ipoh, Manjung, Batu Gajah dan Kuala Kangsar semata-mata mahu menyertai majlis gila itu.

Lebih memalukan ada sekumpulan remaja menari dalam keadaan mabuk selepas meneguk arak kerana mahu mendapatkan lebih keseronokan ketika menari.


Pengunjung yang hadir dihiburkan dengan lebih 20 lagu dinyanyikan silih berganti oleh beberapa penyanyi wanita dan lelaki kugiran berkenaan tanpa henti selama hampir tiga jam.

Pintu khas pusat urut

Oleh Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my

RAMPAS...anggota penguat kuasa MPK menyita barangan di pusat urut terbabit dalam serbuan, kelmarin.
RAMPAS...anggota penguat kuasa MPK menyita barangan di pusat urut terbabit dalam serbuan, kelmarin.
KLANG: Sebuah pusat urut haram di Taman Bayu Perdana, di sini, dikesan menyediakan pintu khas bagi memudahkan pelanggannya melarikan diri jika diserbu pihak berkuasa.
Taktik itu dikesan dalam serbuan bersepadu yang dijalankan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK), kelmarin.

Serbuan jam 3 petang itu juga membongkar misteri satu papan tanda setinggi tiga tingkat bangunan di sebuah bangunan blok tepi di Jalan Batu Unjur 7 digunakan untuk melindungi aktiviti pusat urut terbabit.
Pengarah Jabatan Penguat kuasa MPK, Andry Arman Masrom berkata, pusat urut yang eksklusif itu difahamkan beroperasi sejak beberapa bulan lalu dan lokasinya strategik kerana terletak di tempat tersembunyi.

“Pusat terbabit dilengkapi pelbagai kemudahan eksklusif seperti spa, jakuzi, kafe dan bilik sauna untuk menarik perhatian pelanggan kaya yang inginkan belaian manja gadis muda warga Thailand dan China.

“Pemilik premis adalah lelaki tempatan berumur 40 tahun dan berasal dari Klang. Soal siasat mendapati terdapat sebuah lagi premis sama beroperasi di Taman Sentosa,” katanya.

Menurutnya, dalam serbuan itu, lebih 10 lelaki tempatan dipercayai pelanggan berada di dalam premis manakala tukang urut dipercayai wanita warga Thailand dan China sudah melarikan diri sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Katanya, pusat urut itu juga dilengkapi satu lorong kecil dipanggil ‘lorong tikus’ bagi memudahkan pelanggan dan pekerja tukang urut melarikan diri jika diserbu.
“Laluan ini terletak antara papan tanda dan tingkap bangunan premis yang menyambungkan ke bahagian bumbung premis bersebelahan,” katanya.

Andry berkata, seramai 19 anggota terbabit dalam operasi berkenaan yang turut melakukan serbuan di Pelabuhan Klang, Bukit Tinggi dan Bandar Baru Klang.

“Kami akan melipatgandakan operasi seperti ini bagi memastikan tiada pihak yang menjalankan perniagaan secara haram, terutama membabitkan rumah urut.

“Pemantauan dari semasa ke semasa dan risikan serta maklumat awam banyak membantu kami menangani isu berkaitan pusat urut haram yang beroperasi di kawasan ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, pusat urut itu disita mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3, Pusat Kecantikan dan Penjagaan MPK 2007 kerana beroperasi secara haram.

Pantau segera

PARIT: Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria menegaskan program hiburan melalaikan amat ditegah dan bertentangan dengan masyarakat Melayu yang patuh kepada agama Islam dan adat ketimuran.
“Justeru, program yang melampaui batas agama dan menimbulkan kerisauan masyarakat perlu dijauhkan dan dipantau segera.

“Saya harap pihak berkaitan, termasuk polis dan Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) memantau perkara ini. Malah, masyarakat setempat juga berperanan menegah dan menghalang daripada terus menular,” katanya mengulas berhubung program hiburan disertai ratusan remaja Melayu di Kampung Parit 13, di sini, malam kelmarin.
Beliau juga menyarankan remaja Islam menjauhi program tidak berfaedah kerana boleh mendekatkan mereka dengan dosa.

Pengerusi Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Ekor Bota, Megat Aznam Megat Panjang, terkejut apabila dimaklumkan aktiviti maksiat itu oleh ahli JKKK lain yang turut sama memantau majlis berkenaan malam kelmarin.

“Perkara itu tidak boleh dibiarkan kerana jelas mencemarkan imej penduduk di mata penduduk kampung berdekatan. Ia juga umpama memijak kepala kami di kampung sendiri.

“Saya dimaklumkan tiada seorang pun penduduk kampung menyertai majlis berkenaan, sebaliknya mereka datang untuk memantau keadaan bagi mengelak perkara tidak diingini termasuk aktiviti maksiat dan pergaduhan,” katanya.

Pihaknya akan mengadakan mesyuarat peringkat JKKK pada 1 April depan bagi mengelak aktiviti sama berulang pada masa depan.

Terjaga tanpa isteri di sisi

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

SEREMBAN: “Sebaik terjaga daripada tidur, saya berasa pelik apabila mendapati isteri tiada di sisi,” kata Mohd Shukri Mohd Jamil, 40-an, suami kepada seorang pemilik kedai makan yang ditemui mati di tepi Sungai Linggi, Rantau di sini, dipercayai dibunuh, semalam.
Difahamkan, mayat Ruzina Jaafar, 40, ditemui terbaring berpakaian lengkap dalam semak berdekatan sungai itu oleh seorang bidan yang sedang mencari akar kayu, kira-kira jam 8 pagi.

Ibu kepada lima anak itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke kawasan berkenaan.

Menurut Mohd Shukri, kali terakhir dia menemui isterinya ketika itu sedang berniaga di kedai makan di Simpang Pertang, Jelebu, kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.


“Saya pulang awal kerana mahu menghantar tiga anak pulang ke rumah untuk bersekolah esoknya. Saya terlelap sebelum terkejut melihat isteri yang hidup bersama selama 20 tahun, tiada di sisi sebaik bangun kira-kira jam 7 pagi tadi (semalam),” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, semalam.

Baling rim kereta

Oleh Ahmad Ismail
am@hmetro.com.my

SEGAMAT: Rim kereta dijadikan senjata. Itulah terjadi kepada seorang penjenayah yang cedera teruk di muka akibat dilempar dengan rim kereta oleh pelanggan sebuah gudang di Pekan Labis.
Kejadian berlaku apabila beberapa pelanggan bergegas masuk ke gudang sebelum seorang daripada mereka membaling rim berkenaan ke arah penjenayah terbabit menyebabkan dia bersama dua rakan melarikan diri dengan memanjat dinding zink premis berkenaan.

Menceritakan kejadian terbabit, pengusaha gudang komponen kenderaan terpakai itu, Lau Sau Yung, 52, berkata, ketiga-tiga penjenayah bersenjatakan gergaji serta pisau itu bertempiaran lari apabila melihat seorang daripada mereka cedera teruk di muka akibat terkena rim itu.

“Ini kali ketiga gudang saya diceroboh sejak Februari lalu. Lemparan rim daripada pelanggan membantu menyelamatkan saya daripada kerugian,” katanya di sini, semalam.


Dia berkata, tiga penjenayah itu menceroboh gudangnya melalui pintu belakang pada jam 3 petang, Isnin lalu sebelum mengikat seorang saudaranya.

BILA PUSAT ZAKAT TAK MEMBERI KEPADA ASNAF YANG PATUT DAPAT..BILA SIKAYA...KAYA SANGAT...SIMISKIN TAK DIBANTU SERTA TAK DIPENDULIKAN...

Ditemui selamat di Selangor


Wan Chik



KUALA TERENGGANU - Misteri kehilangan warga emas, Wan Chik Abdullah, 78, dari rumahnya di Kampung Bonggol Belukar di sini 11 hari lalu terjawab apabila dia kini selamat di rumah anaknya di Taman Tenaga, Puchong, Selangor.
Perkara itu dimaklumkan oleh anak bongsunya Azman, 43, yang mendapat pengesahan mengenai perkara itu daripada abangnya, Mustapa, 48, yang tinggal di taman berkenaan.
Ketika dihubungi Kosmo! semalam, Azman berkata, selepas berita kehilangan ibunya pada 16 Mac lalu disiarkan oleh Kosmo! kelmarin, seorang wakil sebuah rumah kebajikan di Puchong telah menghubunginya pada pukul 8 pagi semalam.
Katanya, dalam perbualan menerusi telefon itu, pegawai tersebut memaklumkan bahawa ibunya telah ditemui oleh polis dalam keadaan keseorangan di Puchong Perdana dengan sekeping tiket di tangan.
"Pegawai itu memaklumkan, emak kemudian telah dihantar oleh polis ke rumah tersebut untuk dijaga buat sementara waktu selepas mereka gagal mengesan ahli keluarganya
"Saya ucapkan terima kasih kepada Kosmo! kerana dengan tersiar berita kehilangan ibu saya di akhbar ini, maka ibu saya berjaya ditemui semula," katanya ketika dihubungi semalam.

Mahkamah tutup kes



SAFEE bergambar bersama isteri, Sabrina (kiri) dan dua anaknya, Nur Syaza Syaqina (dua dari kiri) serta Nursyasya Safirna.



SHAH ALAM - Jutawan bola sepak negara, Safee Sali yang kini bermain untuk Pelita Jaya FC di Indonesia semalam menarik balik permohonan kembali taat yang difailkan terhadap isterinya, Sabrina Yusof di Mahkamah Rendah Syariah di sini November tahun lalu.
Permohonan itu dikendalikan oleh peguam syarie, Norrasyada Osman yang mewakili Safee atau nama sebenarnya, Mohd. Safee Mohd. Sali di hadapan Hakim Syarie Atras Mohamad Zain.

Habuan seks, wang makan diri

MELAKA - Perbuatan seorang kakitangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang meminta rasuah berbentuk seks dan wang daripada seorang wanita sebagai upah untuk dilepaskan daripada kes khalwat memakan diri apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Bagaimanapun, Zullias Rasid Manan, 37, yang merupakan pekerja rendah am MAIM mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.
Mengikut pertuduhan pertama, Zullias didakwa meminta wang RM1,500 daripada wanita itu sebagai upah untuk menyelesaikan kes tangkapan atas kesalahan syariah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat letak motosikal di belakang Dataran Pahlawan berhadapan dengan sebuah sekolah, Banda Hilir di sini pada pukul 6 petang, 19 Januari 2010 lalu.
Dalam permohonannya, Norrasyada memberitahu, anak guamnya itu tidak dapat hadir ke mahkamah dan bersetuju untuk menarik balik permohonan tersebut selepas bersetuju menyelesaikan masalah rumah tangga mereka di luar mahkamah.
Atras kemudian membenarkan permohonan itu dan memutuskan agar kes itu ditutup.
Sabrina yang diwakili peguam syarie, Junaidah Bakar juga tidak hadir pada prosiding semalam dan dia dikatakan berada di Kuching, Sarawak.

Duda didakwa tikam janda muda

KOTA BHARU – Perbuatan seorang pembantu hospital yang menikam bekas isterinya dengan sebilah gunting di tempat letak kereta sebuah pasar raya pada Jun tahun lalu memasuki episod baharu apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan mencederakan wanita itu.
Muhammad Roofeza Dollah @ Abdullah, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Muhammad Roofeza didakwa telah menyebabkan cedera parah ke atas bekas isterinya, Hazita Mohamed (gambar kecil), 28, dengan menikam wanita itu menggunakan sebilah gunting pada pukul 4 petang, 20 Jun tahun lalu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara 20 tahun atau sebat atau denda.

Perompak dicekup selepas terpijak paku

PETALING JAYA - Drama cubaan melarikan diri lima perompak yang bersenjata pisau selama dua hari selepas menyamun barang kemas dan wang tunai milik dua beranak di sebuah rumah dekat Jalan 17/3 di sini berakhir dengan empat daripada mereka dicekup polis.
Dalam kejadian pukul 2.45 pagi semalam, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad berkata, suspek cuba melarikan diri dengan melompat sekurang-kurangnya enam buah rumah untuk mengelak di tahan polis.
"Suspek cuba melarikan diri daripada ditahan polis apabila menyedari mereka telah dikepung 26 anggota polis dan 17 buah kereta peronda di situ.
"Suspek yang semakin takut ditahan melompat dari sebuah ke sebuah rumah iaitu tidak kurang dari enam buah rumah untuk elak dicekup," katanya.

Hidup merempat di Watt Siam



AZMI (meriba salah seorang anak Noriza) bermesra dengan anak-anak Noriza (belakang, dua dari kanan) di rumah mereka di Watt Siam, Baling di Kedah semalam.



BALING - Seorang ibu dan lapan orang anaknya terpaksa menyewa sebuah rumah di dalam kawasan Watt Siam di Kampung Watt Baling di sini kerana dihimpit kemiskinan hidup sejak dua tahun lalu.
Keluarga berkenaan, Noriza Hassan, 35, berkata, dia terpaksa menyewa rumah di kawasan itu kerana tidak memiliki rumah sendiri selepas suaminya menghilangkan diri sejak dua tahun lalu.
Tambah wanita itu, dia terpaksa membesarkan lapan orang anaknya yang berusia antara tiga hingga 18 tahun dengan bergantung pada wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan untuk keperluan harian.
"Saya tidak mampu bekerja kerana anak masih kecil dan bersekolah tetapi mujurlah JKM menyalurkan bantuan sebanyak RM400 sebulan melalui Bantuan Kanak-Kanak (BKK) bagi menampung keperluan hidup.
"Saya juga terpaksa menyerahkan dua anak saya kepada JKM bagi meneruskan persekolahan agar mereka tidak tercicir dalam persekolahan," katanya.

Usah ganggu Nazatul

SHAH ALAM – “Saya tidak mahu komen apa-apa kerana yang penting anak saya selamat.”Demikian kata Norazura Roski, 37, ibu kepada remaja perempuan, Nazatul Fardiana Mohd. Farizwan, 14, yang mendakwa diculik dan dibawa ke Thailand bersama lima remaja warga Myanmar baru-baru ini.
Malah, Norazura yang dihubungi turut tidak membenarkan mana-mana wartawan untuk datang ke rumahnya yang terletak di Seksyen 8 di sini untuk ditemu bual selepas pihak polis mendedahkan kejadian culik itu sebenarnya adalah drama semata-mata.
“Saya tidak mahu apa-apa publisiti, asalkan anak saya selamat, jangan besar-besarkan cerita ini lagi.
“Anak saya tidak ada di rumah, dia sekarang selamat dan berada di tempat lain,” katanya yang terus mematikan telefon bimbitnya.

27,000 liter diesel dirampas



AZMI (kanan) bersama anggota pasukan Polis Marin memeriksa bot yang diubah suai untuk mengangkut minyak diesel ke negara jiran di Tok Bali, Pasir Puteh semalam.



PASIR PUTEH – Pasukan Polis Marin Wilayah 3 merampas 27,000 liter minyak diesel bernilai RM48,600 selepas menahan tiga lelaki Thailand dan dua lelaki warga tempatan di pangkalan kecil Tok Bali, dekat sini awal pagi semalam.
Komandernya, Asisten Komisioner Azmi Ibrahim berkata, tiga warga Thailand tersebut ialah seorang tekong bot bersama dua awak-awak manakala dua lelaki tempatan merupakan pemandu dan kelindan lori tangki minyak yang berusia dalam lingkungan 44 hingga 55 tahun.
Menurut beliau, mereka ditahan ketika sedang memindahkan minyak tanpa sebarang dokumen pembelian di pangkalan persendirian yang tersorok daripada pandangan umum pada pukul 1.30 pagi dan dipercayai cuba menyeludup keluar barangan bersubsidi itu ke negara jiran.

Empat penguat kuasa KPDNKK didakwa



EMPAT anggota penguat kuasa KPDNKK menutup wajah mereka dengan jaket ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam.



JOHOR BAHRU - Empat penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meminta rasuah bayaran bulanan daripada seorang pengusaha gas, tahun lepas.
P. Ramesh, 44, Saberi Mohd. Zain, 34, Nik Sarulazizie Nik Mohamed, 36, dan Mohd. Armey Zahari, 32, yang bertugas di KPDNKK Johor Bahru didakwa dengan niat bersama meminta rasuah bayaran bulanan daripada Heng Kok Liang, 38, sebagai dorongan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas lelaki itu yang melakukan aktiviti pemindahan gas subsidi kepada gas industri secara haram.
Keempat-empat mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Singgah Selalu, Plaza Kotaraya di sini, kira-kira pukul 4 petang, 2 Ogos tahun lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Peniaga kecewa suspek kes curi tidak didakwa



FIDEL FIRAIDI (kiri) dan Sobri (dua dari kiri) bersama beberapa anggota BGP 3R menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Alor Setar semalam.



ALOR SETAR - Seorang pemilik sebuah syarikat kontraktor di sini yang mengalami kerugian kira-kira RM50,000 selepas lebih 20 mesin dan alat pertukangan miliknya lesap dicuri awal bulan ini, kecewa apabila suspek kes itu masih belum dihadapkan ke mahkamah.
Fidel Firaidi Mustapa, 49, yang merupakan pemilik Fidel Carpen Enterprise mendakwa, kes telah disiasat polis dan seorang daripada tiga suspek berjaya dikenal pasti namun kes itu tidak dapat dibawa ke muka pengadilan dengan alasan bukti tidak mencukupi.
"Saya hairan kes ini tidak dapat diteruskan sedangkan suspek berjaya dikesan selain sebahagian barang curi juga ditemui semula di sebuah premis di Jalan Datuk Kumbar," katanya selepas membuat laporan polis berhubung kegagalan kes dikemukakan ke mahkamah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini semalam.

Penganggur berdepan hukuman mati

KOTA BHARU – Seorang penganggur berdepan hukuman gantung sampai mati apabila dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam dengan dua pertuduhan mengedar dadah jenis heroin dalam dua kejadian berasingan di sebuah rumah di Kedai Mulong, di sini pada bulan ini.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan bagi kedua-dua pertuduhan semasa tertuduh, Rosli Mohammad, 42, dihadapkan di dua Mahkamah Majistret berasingan semalam.
Terdahulu, ketika dihadapkan di depan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor, Rosli didakwa mengedar dadah disyaki jenis heroin seberat 40.5 gram di sebuah rumah di Kampung Binjai 1, Kedai Mulong, di sini pada pukul 11.55 pagi, 18 Mac lalu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam.

Strauss-Kahn dituduh terlibat sindiket pelacuran



GAMBAR menunjukkan Strauss-Kahn mengelak wajahnya dirakamkan jurugambar semasa dia berada di dalam sebuah kereta di Lille kelmarin.


LILLE - Bekas Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn dituduh terlibat dengan sindiket pelacuran sebuah hotel di Perancis.
Menurut seorang peguamnya, Richard Malka, Strauss-Kahn yang berusia 62 tahun dan telah berkahwin, memang terlibat dalam perlakuan seks tetapi dia tidak melanggar undang-undang.
Dia telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak AS$133,513 (RM408,255).
Pelacur-pelacur yang disoal siasat memberitahu, mereka mengadakan hubungan seks dengan Strauss-Kahn pada tahun 2010 dan 2011 di sebuah hotel mewah di Paris, di sebuah restoran di ibu negara Perancis dan juga di Washington DC, tempat dia tinggal semasa bekerja dengan IMF.
Dua lelaki yang mempunyai kaitan dengan Strauss-Kahn berhubung kes tersebut kini ditahan di sebuah penjara.
Kedua-dua lelaki itu ialah seorang pengarah sebuah syarikat bekalan perubatan, Fabrice Paszkowski dan bekas pengarah sebuah anak syarikat utiliti, David Roquet.
Kedua-dua mereka dituduh membiayai pelacur.
Strauss-Kahn meletakkan jawatan sebagai ketua IMF pada 18 Mei tahun lalu berhubung skandalnya dengan seorang pekerja di sebuah hotel di New York.
Pekerja wanita itu mendakwa Strauss-Kahn melakukan serangan seks terhadapnya pada 15 Mei tahun lalu.
Namun, dakwaan itu kemudian digugurkan oleh pendakwa raya yang meragu keterangan pekerja wanita tersebut. Strauss-Kahn dilahirkan dalam keluarga Yahudi dan sebelum ini disebut akan bertanding pada pilihan raya presiden Perancis. - Agensi

HANYA RM 25..SEDANG PERBUATANNYA MEMALUKAN KELUARGA...ISLAM SERTA MENGABAIKAN HUKUM ALLAH...ADAKAH DENGAN DENDA RM 25 BOLEH MENGHUKUM DAN MENDIDIK MEREKA...

Tiga penari tiang didenda RM25


Nooranishah (kiri) bersama Faiqah dan Nurul Huda ketika ditahan atas kesalahan mempamerkan tarian tiang dan berpakaian tidak sopan di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu.



SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.
Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.
Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.
Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.

Tekanan keluarga punca remaja lari dari rumah

KUALA LUMPUR - Tekanan keluarga serta pernah dihalau menjadi faktor pendorong bagi golongan remaja bertindak untuk melarikan diri dari rumah, menurut dapatan satu kajian yang dikeluarkan semalam oleh sebuah badan sosial.
Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof. Mohamed Fadzil Che Din berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan pada tahun 2010 itu, didapati sebanyak 37.2 peratus daripada 379 remaja yang pernah melarikan diri dari rumah menyatakan mereka berbuat demikian kerana pernah dihalau keluar rumah selepas melakukan kesalahan.
"Kajian ini yang dijalankan ke atas remaja berusia 12 hingga 18 tahun, masing-masing 42.7 peratus lelaki dan 57.3 peratus perempuan, turut mendapati faktor lain berpunca daripada rasa ingin bebas daripada kongkongan, pernah bergaduh dengan anggota keluarga dan rakan selain daripada pengaruh ajakan rakan-rakan," katanya kepada Bernama di sini semalam.
Katanya, daripada jumlah tersebut, remaja berusia lingkungan 16 hingga 18 tahun mencatatkan peratusan tertinggi bagi kes lari rumah iaitu 67.8 peratus diikuti dengan 14 hingga 15 tahun (27.9 peratus) dan 12-13 tahun (4.3 peratus).
Katanya, bagi golongan remaja seperti ini mereka berpotensi bertindak secara berani untuk melarikan diri dari rumah secara berulang setelah sekali mereka berbuat demikian.

Pelakon drama bebas tuduhan curi


FARID


PUTRAJAYA - Pelakon drama bersiri popular Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Wu Abdullah kini bebas selepas Mahkamah Rayuan di sini semalam mengekalkan keputusan yang membebaskannya daripada dakwaan mencuri dua buah buku dari kedai buku MPH Bookstore, tiga tahun lalu.
Tiga anggota panel hakim yang dipengerusikan Datuk Abdul Malik Ishak, Datuk K. N. Segara dan Datuk Aziah Ali sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepaskan dan membebaskan pelakon yang lebih dikenali sebagai Detektif Lim dalam drama Gerak Khas.
Hakim Abdul Malik berkata, tidak terdapat bukti bahawa aktor berumur 46 tahun itu dilihat mengambil dua buah buku dari rak buku di kedai buku tersebut.
Beliau juga berkata, identiti buku didakwa Farid curi juga diragui kerana pegawai penyiasat tidak menyimpan buku dalam sampul surat di stor di pejabat polis sebaliknya mengembalikan buku tersebut kepada penyelia kedai buku itu.
Selain itu, hakim itu berkata, identiti kedua-dua barang kes turut diragui kerana ia tidak ditanda sewaktu diterima daripada pengawal keselamatan MPH manakala beg sandang pelakon itu yang didakwa digunakan untuk menyembunyikan buku-buku, juga tidak dikemukakan ketika perbicaraan.
"Berdasarkan alasan-alasan itu, mahkamah sebulat suara menolak rayuan pendakwaan. Ini bermakna keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan. Kamu, Farid Hisham Wu Abdullah dilepaskan dan dibebaskan," kata Hakim Abdul Malik kepada Farid yang ketika itu kelihatan menangis.

Detektif Lim menangis selepas menang kes

PUTRAJAYA - Selepas tiga tahun menanggung malu kerana menghadapi tuduhan mencuri dua buah buku, Detektif Lim semalam menangis gembira sebaik mendengar keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskannya daripada dakwaan itu.
Pelakon drama Gerak Khas atau nama sebenarnya Farid Amirul Hisham Wu Abdullah berkata, dengan keputusan itu, dia berharap orang ramai akan kembali yakin kepadanya.
"Paling penting, ibu bapa saya boleh tidur lena," katanya ketika ditemui di luar mahkamah semalam.
Menurut pelakon itu, pendapatan dan kredibilitinya terjejas berikutan kes itu sehingga dia terpaksa bekerja sebagai atendan pam di sebuah stesen minyak di Alor Gajah, Melaka selama setahun kerana tidak mendapat sebarang tawaran kerja.
Bagaimanapun kata Farid, dia bernasib baik kerana selepas itu diambil bekerja sebagai penolong pengarah bagi program televisyen 26 siri Titisan Darah Pahlawan yang dijangka disiarkan pada Hari Kebangsaan ini.
Sementara itu, penerbit dan pengarah drama bersiri Gerak Khas, Datuk Yusof Haslam berharap penerbit drama atau filem tempatan tidak menyisihkan Farid kerana dia terbukti tidak bersalah.
Beliau berkata, Farid perlu diberi ruang untuk kembali mewarnai dunia lakonan selepas ini.
"Saya harap penerbit drama dan filem tidak merekodkan perkara ini atau terus memberi tanggapan negatif kerana setiap yang berlaku mempunyai hikmah," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Yusof berkata, beliau sendiri memberi peluang kepada Farid dengan mengambilnya bekerja di belakang tabir selepas direhatkan daripada berlakon dalam drama Gerak Khas.

Mangkuk tandas meletup


Keadaan Sakereen yang cedera di paha dan belakang badan selepas mangkuk tandas di stesen LRT di Sri Rampai, Wangsa Maju meletup semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang pemuda cedera di beberapa bahagian badan selepas mangkuk tandas di stesen transit aliran ringan (LRT) Sri Rampai di Wangsa Maju di sini meletup semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1.20 petang, Muhd. Sakereen Basri, 22, seorang penganggur, baru duduk atas mangkuk tandas itu.
Akibat letupan yang menyebabkan sebahagian kecil mangkuk tandas itu pecah, mangsa mengalami calar di kedua-dua belah paha dan luka di belakang badan akibat terkena serpihan mangkuk tandas yang pecah. Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pemeriksaan polis menemui kesan serpihan mangkuk tandas yang pecah serta cebisan kertas selain terdapat bau belerang di tempat kejadian.
"Cebisan kertas itu dipercayai digunakan untuk membalut bahan letupan yang disyaki mercun yang diletakkan di sekitar kawasan mangkuk tandas tersebut," kata beliau yang mengesyaki kejadian itu adalah perbuatan khianat.

Rebat elektrik dilanjut sehingga akhir tahun



FAH KUI (dua dari kanan) melihat enjin kereta elektrik selepas majlis Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Putrajaya semalam.



PUTRAJAYA - Kerajaan melanjutkan tempoh bagi rebat elektrik RM20 dan ke bawah sehingga hujung tahun ini, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Beliau berkata, seramai 1.08 juta pengguna domestik di seluruh negara yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 dan ke bawah sebulan akan terus menikmati rebat itu.
"Ini merupakan salah satu usaha dan keprihatinan kerajaan dan kementerian ini untuk memberi tumpuan dalam meringankan beban kewangan rakyat dengan melanjutkan tempoh bagi rebat elektrik sehingga Disember tahun ini.
"Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM141 juta setahun bagi membiayai pemberian rebat ini," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian itu bagi tahun 2011 di sini semalam.
Fah Kui berkata, kerajaan telah memperkenalkan program pengecualian daripada membayar bil elektrik bulanan sebanyak RM20 dan ke bawah bermula Oktober 2008 khusus kepada pengguna domestik daripada golongan berpendapatan rendah.

Mayat bayi lelaki dikerumuni anjing liar



KEDUDUKAN beg plastik (dalam bulatan) berisi mayat seorang bayi yang dijumpai di tempat pelupusan sampah di Chukai, Kemaman kelmarin.



KEMAMAN - Sekumpulan pekerja di Pusat Pelupusan Sampah Kampung Mak Chili, Chukai di sini kelmarin terkejut apabila menemui mayat seorang bayi lelaki masih bertali pusat di dalam plastik hitam yang dikerumuni sekumpulan anjing liar.
Mayat bayi itu pada mulanya ditemui oleh seorang pengangkut sampah yang hanya dikenali sebagai Umi Khaltom, 55, pada pukul 5.50 petang yang berasa curiga apabila melihat sebuah bungkusan plastik hitam yang dikerumuni anjing liar.
Panik dengan situasi itu, pekerja berkenaan yang pada mulanya menyangka ia adalah bangkai haiwan terkejut apabila mendapati ia merupakan mayat bayi lelaki cukup sifat berada dalam bungkusan surat khabar yang dimasukkan ke dalam plastik.
Difahamkan, mayat bayi malang itu baru sahaja dilahirkan berdasarkan keadaan tali pusatnya yang masih ada kesan darah ketika ditemui.

Pelajar sakit perut minum susu percuma



SEBAHAGIAN pelajar yang mengalami keracunan selepas didakwa meminum susu soya dirawat di Hospital Pulau Pinang semalam.



GEORGE TOWN - Sebanyak 66 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Mutiara Perdana, Bayan Lepas, di sini mengalami sakit perut dan muntah selepas didakwa meminum susu soya yang diedarkan secara percuma di sekolah itu semalam.
Mereka antara 481 pelajar tahun empat hingga enam yang terlibat dalam program edaran susu percuma anjuran sebuah syarikat pengeluar susu soya tempatan di dewan sekolah berkenaan, kira-kira pukul 9 pagi.
Ia merupakan program kedua bagi mempromosikan susu soya keluaran syarikat terbabit selepas SK Bandar Perda, Seberang Perai Tengah (SPT) kelmarin.
Kesemua pelajar terbabit dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) serta klinik kesihatan di Bayan Baru dan Bayan Lepas untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Difahamkan, susu soya kotak itu diberikan bersama satu cenderamata berupa magnet kepada pelajar-pelajar terbabit dan kebanyakan pelajar terus meminumnya sebaik diedarkan.
Seorang pelajar, Qayyum Roslan, 12, berkata, dia mula berasa sakit perut selepas setengah jam meminum susu itu manakala dua rakannya muntah sebelum segera mengadu kepada guru kelas masing-masing.
"Saya ingatkan kami sahaja yang sakit tetapi ramai lagi rakan-rakan di kelas lain mengadu perkara yang sama.
"Malah, suasana di sekolah menjadi kecoh apabila ada pelajar perempuan dilihat menangis teresak-esak disebabkan tidak tahan sakit," katanya ketika ditemui Kosmo! di sekolah terbabit semalam.

Jerat cinta Internet meningkat

SHAH ALAM - Kes penipuan cinta di Internet di negeri Selangor meningkat dengan 239 kes dilaporkan sepanjang tahun lalu berbanding 188 kes pada 2010 melibatkan nilai kerugian antara RM2,000 hingga RM60,000 setiap mangsa.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Selangor, Superintendan Ng Keok Chai berkata, kebanyakan mangsa merupakan wanita bujang dan janda berumur 35 tahun ke atas yang sedang mencari teman hidup.
Menurutnya, berdasarkan siasatan, majoriti suspek melibatkan warga Afrika yang memperdaya mangsa dengan menggunakan kata-kata indah dan janji manis ketika berkenalan melalui Facebook atau Twitter bagi menawan hati.
"Setelah dapat meyakinkan mangsa, suspek berpura-pura mengirim hadiah bernilai jutaan ringgit kepada mangsa dan kemudian menyamar pula sebagai pegawai kastam dengan mendakwa barangan itu telah ditahan dan perlu dibayar cukai.

BIMBING KEJALAN TAQWA..JANGAN KITA JADI SUAMI YANG DAYUS...

Mulut herot

Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my

DI SINI...Wan Abdullah menunjukkan pondok tempat dia mengurut Ayah Pin.
DI SINI...Wan Abdullah menunjukkan pondok tempat dia mengurut Ayah Pin.
BACHOK: Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.
Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut.
Setiap kali datang berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.

Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.


Abdul Rahman berkata, abangnya itu diserang angin ahmar ketika minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut bulan lalu.

Balik rumah tubuh berasap

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

PEDIH... Safiah Sharif, 48, menunjukkan kesan simbahan asid di bahu anaknya, Nur Aqilah.
PEDIH... Safiah Sharif, 48, menunjukkan kesan simbahan asid di bahu anaknya, Nur Aqilah.
TERBAKAR... Nur Aqilah menunjukkan tudungnya yang berlubang akibat terkena simbahan asid.
TERBAKAR... Nur Aqilah menunjukkan tudungnya yang berlubang akibat terkena simbahan asid.
RAWANG: "Tanpa menghiraukan tudung dan pakaian serta beg sekolah yang terbakar, saya lari pulang ke rumah untuk meminta bantuan kerana tidak tahan perit," kata Nur Aqilah Osman, 14, mangsa simbahan asid di pondok menunggu bas di pekan Batu 17 di sini, kira-kira jam 7 pagi semalam.
Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 16 itu, dia sedang menunggu bas untuk ke sekolah bersama seorang rakannya apabila terkena asid yang disimbah dua lelaki meragut rantai emas seorang guru wanita yang turut menunggu bas.
"Sebelum kejadian, dua lelaki terbabit dilihat bersandar di palang pondok menunggu bas itu sebelum mereka menegur seorang wanita berumur. Malah, saya juga nampak seorang daripada lelaki terbabit memegang botol tetapi menyangkakan ia minuman.

"Ketika wanita itu sedang bercakap dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba mereka meragut rantai emasnya dan dia cuba melawan tetapi disimbah asid dari botol yang dibawa seorang daripada lelaki itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, malam tadi.




Awal, Scha bernikah 4 Mei

SERASI...Awal dan Scha pada majlis pengumuman perkahwinan mereka, semalam.
SERASI...Awal dan Scha pada majlis pengumuman perkahwinan mereka, semalam.
KUALA LUMPUR: Pasangan pengacara dan pelakon popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya akhirnya menamatkan spekulasi tarikh perkahwinan mereka apabila mengumumkan akan bernikah pada 4 Mei nanti.
Pada sidang media pengumuman itu diadakan di sini semalam, pasangan ini memilih Hotel Pullman, Putrajaya sebagai lokasi acara pernikahan manakala persandingan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Mei.

Awal berkata, perkenalan selama dua tahun enam bulan sejak digandingkan mengacara program realiti, Sehati Berdansa memberi keyakinan padanya melamar bakal isterinya itu.
Katanya, dia bertindak melamar Scha secara langsung ketika mengacara program hiburan Propaganza pada Ahad lalu.

Awal menghantar rombongan merisik pada 30 Mei tahun lalu yang juga hari ulang tahun Scha ke-28.

“Scha tak mahu bertunang dan saya melamarnya bukan mengikut budaya barat tetapi mahu bertanya padanya sama ada sudi berkahwin dengan saya.

“Kami juga bukan mahu berteka-teki mengenai tarikh kahwin tetapi memberi laluan pada rakan artis lain berkahwin sebelum mengadakan sidang media ini,” katanya.

Monday, March 26, 2012

BILA KAYA SANGAT..JADI INTIPAN PENCURI...ISLAM SURUH BERSEDERHANA...

Parang di muka Mawi

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my

DIROMPAK...kediaman Mawi di Bangi Golf Resort yang dimasuki perompak.
DIROMPAK...kediaman Mawi di Bangi Golf Resort yang dimasuki perompak.
DICEROBOH...Mawi menunjukkan tingkap belakang rumahnya yang digunakan perompak untuk memecah masuk.
DICEROBOH...Mawi menunjukkan tingkap belakang rumahnya yang digunakan perompak untuk memecah masuk.
KAJANG: Juara Akademi Fantasia ke-3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi hanya memikirkan keselamatan bayinya, Cahaya Malaika yang berusia sebulan sebaik dikejutkan perompak yang mengacukan parang ke mukanya.
Dia yang baru melelapkan mata sebaik tiba di kediamannya di Bangi Golf Resort, di sini, pada jam 2 pagi semalam selepas menyertai Konsert Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 di Pasir Gudang, Johor, bimbang empat lelaki bersenjatakan parang itu mencederakan anak sulungnya itu.
Bagaimanapun, Mawi berkata, dia bersyukur apabila melihat perompak terbabit tidak mengapa-apakan anaknya yang tidur nyenyak.

Menceritakan detik cemas itu, Mawi, 31, berkata, empat lelaki warga asing terbabit dipercayai memecah masuk banglonya melalui tingkap tepi yang tidak mempunyai gril selain menggunakan tangga untuk memanjat pagar.


Menurutnya, dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, dia, isteri, Nor’Ashikin Rahmat, 32, atau Ekin serta ibu mentuanya, Fatimah Saad, 55, tidur sebilik manakala nenek mereka, Salmah Sahan, 77, berada di bilik sebelah manakala seorang pembantu rumah di tingkat bawah.




Ibu terkilan

Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com

SAYU...Roselyn (kiri) bersama keluarga di luar kamar mahkamah, semalam.
SAYU...Roselyn (kiri) bersama keluarga di luar kamar mahkamah, semalam.
JOHOR BAHRU: “Jauh di sudut hati, saya berasa terkilan dengan keputusan terhadap seorang daripada suspek pembunuhan Dirang apabila dia hanya dipenjara sebulan.
“Bukan mahu mempertikaikan keputusan mahkamah, tetapi sebagai ibu kepada mangsa pembunuhan kejam, saya mengharapkan keadilan yang sewajarnya atas kematian Dirang,” kata Roselyn Alan, 25, ibu kepada kanak-kanak yang dibunuh dan dibakar itu atau nama sebenarnya Nurul Nadirah Abdullah, 5, Roselyn ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret pada sesi pendakwaan dua daripada tiga suspek kes pembunuhan anaknya itu, semalam.

Selepas hampir sebulan kejadian bunuh dan bakar Dirang, akhirnya seorang buruh kontrak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan membunuh kanak-kanak malang itu.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh, Muidin Maidin, 24, didakwa membunuh Dirang di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai di sini, antara jam 11 pagi hingga 7 malam, 1 Mac lalu.

Muidin dituduh mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh digantung sampai mati.

Tertuduh hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan Mohd Isa menetapkan 4 Mei depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

Di kamar sama, seorang lagi suspek dijatuhi hukuman penjara sebulan daripada tarikh dia ditangkap iaitu 2 Mac lalu serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.
Razmin Mosum, 34, mengaku bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dadah jenis methamphetamine ke dalam badannya di Pejabat Bahagian Siasatan, Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, kira-kira pada jam 8.40 malam, 2 Mac lalu.

Razmin dituduh mengikut Seksyen 15 (1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952, jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda hingga RM5,000.

Tertuduh turut diperintahkan melapor diri sebulan sekali ke Balai Polis Masai. Pada prosiding semalam, pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, M Vinodharan, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 1 Mac lalu, negara digemparkan dengan kehilangan Dirang, ketika kanak-kanak berkenaan keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, sebelum disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dan dibakar, 11 hari kemudian.

Kematian Dirang disahkan melalui ujian deoksiribunuklik (DNA) yang dijalankan terhadap rangka manusia ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai pada 8 Mac lalu dan ia sepadan dengan DNA ibunya.

Lesap lepas tetak kawan

Oleh Azahar Hashim
am@hmetro.com.my

ANGKAT...mayat mangsa diusung, kelmarin. Gambar kecil, Maung Thang diburu polis.
ANGKAT...mayat mangsa diusung, kelmarin. Gambar kecil, Maung Thang diburu polis.
KULIM: Seorang buruh warga Myanmar ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan di kepala dan tengkuk manakala telinga kirinya dihiris dipercayai akibat pergaduhan di Taman Kemuning di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, Toe Naing Tum, 22, mati serta-merta dipercayai dicederakan dengan mengggunakan senjata tajam dalam sebuah rumah di taman berkenaan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Law Tiang Huat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai memaklumkan berlaku pergaduhan di sebuah rumah menyebabkan seorang lelaki cedera parah.

Menurutnya, sepasukan anggota polis ke tempat kejadian dan menemui seorang lelaki terlentang berlumuran darah dipercayai sudah mati.


“Pemeriksaan awal mendapati mangsa ditetak dengan senjata tajam dipercayai pisau di kepala dan leher selain hirisan di telinga.

“Siasatan polis turut menemui sebilah pisau di tempat kejadian dipercayai ditinggalkan suspek,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.

DUNIA PENUH DENGAN CERITA2 PELIK...BILA DUNIA SUDAH TUA...BERADA AKHIR ZAMAN...MANUSIA KIAN LUPA JALAN PULANG

Hon khas untuk kereta Audi di India

GAMBAR fail menunjukkan ruang dalam sebuah kereta Audi yang dipamerkan di Hyderabad, India pada 9 Ogos tahun lalu.


NEW DELHI, India - Pembuat kereta Jerman, Audi membuat hon khas untuk kenderaan jenama berkenaan yang dijual di India.
Ia dicipta kerana pemandu tempatan kerap membunyikan hon itu semasa mereka menempuh kesesakan lalu lintas pada setiap hari.
"Jelas di India, hon kereta perlu berada dalam kategori tersendiri," kata Pengarah Audi India, Michael Perschke kepada akhbar Mint semalam.
"Jika anda menggunakan hon kereta Eropah ia akan rosak dalam tempoh seminggu atau dua minggu. Di India, pemandu membunyikan hon pada setiap hari sama seperti kegunaan hon selama setahun di Jerman," tambahnya.
Menurutnya, hon berkenaan dibuat khusus untuk pemanduan di India yang merupakan pasaran memberangsangkan buat Audi dan jenama kereta Barat lain.
"Hon ini diuji dengan ia dibunyikan berterusan selama dua minggu," ujarnya.
Pemandu di negara berkenaan kerap menempuh kesesakan lalu lintas ekoran jalan raya yang kerap rosak selain gangguan daripada kereta lembu, lembu dan beca. - AFP

Penunjuk perasaan Tibet bakar diri


Dia menjerit semasa api membakar baju dan seluarnya.


NEW DELHI - Seorang penduduk Tibet, Janphel Yeshi yang membakar dirinya berlari ke sebatang jalan di New Delhi semalam.
Dia melakukan perbuatan itu bagi menyatakan bantahan terhadap Presiden China, Hu Jintao yang akan melawat India.
Penduduk Tibet tersebut, Janphel Yeshi, 27, melakukan perbuatan itu di Jantar Mantar yang merupakan tempat perhimpunan awam dan demonstrasi.
Beberapa saksi berkata, dia yang memakai baju dan seluar panjang menjerit semasa api membakar tubuhnya.
Menurut seorang ahli perniagaan Tibet, Nyima Tashi, Yeshi kemudian terjatuh selepas dia berlari.
"Kami semua terkejut," katanya yang berusia 39 tahun.
"Salah seorang penyokong kami membaling sehelai kot ke arahnya sebagai usaha untuk memadamkan kebakaran.
"Polis kemudian menghantarnya ke hospital," tambahnya.
Tashi berkata, dia pernah melihat Yeshi menghadiri perhimpunan bagi menuntut kebebasan Tibet.
"Kami menentang penguasaan China ke atas Tibet, kekurangan kebebasan agama dan hak asasi," jelasnya.
Seorang pegawai polis berkata, 85 peratus tubuhnya melecur.
Menurut Dr, R.K. Doshi di Unit Kecemasan Hospital Ram Manohar Lohia, beberapa kakitangan perubatan berusaha untuk menyelamatkan nyawa Yeshi.
"Keadaan dirinya amat kritikal. Peluang untuknya hidup amat tipis," katanya.
Sebilangan aktivis Tibet berkata, Yeshi merupakan penganggur yang telah merancang untuk melakukan perbuatan tersebut sejak beberapa hari lalu.
Menurut mereka, lelaki itu tiba di lokasi penunjuk perasaan dengan membawa botol mengandungi minyak tanah yang digunakan untuk membakar dirinya.
Dia melarikan diri dari Tibet pada tahun 2006 dan tinggal di sini sejak dua tahun lalu. - Agensi

Kes culik Nazatul hanya drama

ZAHEDI menunjukkan gambar Nazatul Fardiana pada sidang media di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Remaja perempuan, Nazatul Fardiana Mohd. Norizwan (gambar kecil) yang didakwa diculik ke Thailand sebenarnya merupakan perancang utama ‘kes penculikannya’ dengan mereka-reka situasi tersebut bagi membebaskan dirinya bersama lima lagi remaja warga Myanmar ketika ditahan oleh negara itu di Bangkok, 11 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, maklumat itu diperolehi berdasarkan keterangan konsisten daripada lima warga Myanmar tersebut yang dibawa ke negara ini untuk diambil keterangan sejak Khamis minggu lalu.
Menurut Zahedi, lima warga Myanmar tersebut iaitu Muhd. Yunus Abdul Rahim, 17; Muhd. Nur Abdul Rahim, 14; Abdul Aziz Normal Hakim, 14; Ramzabi Hussin, 14, dan Janetbi Hussin, 14, memberitahu, Nazatul mencetuskan idea mengatakan mereka diculik ketika itu kerana tidak mahu dimarah oleh ibu mereka.
“Berdasarkan keterangan, kita dapati hubungan mereka akrab dan saya tidak nafikan mereka terlibat dalam kegiatan meminta sedekah di kawasan itu secara tidak sah dan hasil kegiatan itu digunakan untuk diri mereka sendiri.
“Walaupun berdasarkan keterangan mereka yang mendakwa, misi adalah untuk melarikan diri daripada lelaki bernama Shah dan Sadiq, kita percaya kegiatan mengutip sedekah itu didalangi oleh mereka sendiri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, semalam.
Zahedi turut menghuraikan kronologi perjalanan semua remaja itu dalam tempoh mereka ‘hilang’ ketika mereka ditemui merayau-rayau di Terminal 1, Seremban sebelum dibawa ke IPD Seremban, 31 Januari lalu dan ketika itu, Nazatul turut mengaku dirinya adalah warga Myanmar.

Mawi diikat, Ekin diacu pisau


MAWI menunjukkan tangga aluminium yang digunakan empat perompak untuk memanjat tembok rumahnya di Bangi Golf Resort, Bangi, Kajang semalam.


BANGI – Penyanyi terkenal Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi kerugian RM10,000 apabila banglonya dipecah masuk empat perompak Indonesia bersenjatakan parang serta pisau dalam kejadian yang mengambil masa selama 20 minit di Bangi Golf Resort di sini semalam.
Kejadian mencemaskan itu berlaku pada pukul 4 pagi ketika Mawi, isterinya, Nora’asikin Rahmat atau lebih dikenali sebagai Ekin; ibu mertuanya, Fatimah Saad, 55; neneknya, Salmah Sehan, 77; anak mereka, Cahaya Malaika dan seorang pembantu rumah sedang tidur di dalam banglo tersebut. Bagaimanapun, kesemua mereka tidak cedera.
Banglo tersebut mempunyai lima bilik.
Difahamkan, dua jam sebelum kejadian, Mawi baru tiba dari Johor Bahru untuk mempromosikan majlis Anugerah Bintang Popular yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Mengimbau semula kejadian itu, Mawi memberitahu, dia terjaga selepas pintu biliknya diketuk kuat oleh perompak tersebut sebelum Ekin bangun untuk membuka pintu kerana menyangka Salmah yang berbuat demikian.
Katanya, apabila pintu dibuka, tiga daripada empat perompak yang memakai serba hitam dan bertopeng itu terus mengacukan pisau ke leher isterinya dan meminta barang kemas.
“Suspek kemudian menolak Ekin ke atas katil sebelum mengikat tangan dia dan ibu mertua saya menggunakan wayar pengecas telefon bimbit. Salah seorang suspek pula mengikat kaki dan tangan saya sebelum menutup muka saya dengan baju.
“Mereka kemudian mula menggeledah bilik sebelum melarikan rantai nenek, wang, serta empat buah telefon bimbit jenis BlackBerry dan Nokia yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM10,000,” cerita juara Akademi Fantasia musim ketiga itu.

Muidin dituduh bunuh Dirang


IMBAS semula... Nenek Dirang, Milnah Jul, sebak apabila mengetahui cucunya dibunuh sebelum dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusai Damai, Masai 8 Mac lalu.


JOHOR BAHRU – Kematian tragis Nurul Nadirah Abdullah atau lebih mesra dipanggil Dirang yang dicekik sebelum mayatnya dibakar penjenayah pada awal bulan ini memasuki episod baharu apabila seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh.
Buruh binaan, Muidin Maidin, 24, dituduh membunuh Nurul Nadirah, 5, di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai di sini antara pukul 11 pagi dan 7 malam 1 Mac lalu iaitu pada hari yang sama Dirang dilaporkan hilang ketika pergi membeli mi segera dan telur.
Muidin didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan dia hanya mengangguk sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Isa Mohamed.
Mohd. Isa menetapkan 4 Mei depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.
Kosmo! sebelum ini melaporkan Dirang hilang dipercayai diculik pada 1 Mac lalu ketika keluar ke sebuah kedai runcit di kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.
Polis kemudian menahan empat individu termasuk bapa Dirang dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes tersebut. Bagaimanapun, bapa kanak-kanak itu, Hendry Yondot, 30-an, dibebaskan selepas siasatan mendapati dia tidak terlibat.

Panjat dinding hotel ugut terjun


MOHAMAD menunjukkan parang dan beberapa peralatan curi kereta yang dirampas daripada tiga lelaki pada sidang akhbar di Klang, Selangor semalam.


KLANG – Ketua kumpulan pencuri kereta mewah bergelar Geng Robert Tee yang mengugut hendak terjun dari dinding Hotel Crystal Crown, Pandamaran di sini bagi mengelakkannya dari ditangkap Sabtu lalu dapat dicekup selepas dipujuk selama setengah jam.
Kejadian pukul 5.20 petang itu berlaku selepas suspek berusia 34 tahun yang memandu sebuah kereta curi jenis BMW tersebut tidak dapat melarikan diri sebaik tiba di tempat letak kereta tingkat empat hotel berkenaan. Mereka bergiat sejak 2008.
Suspek kemudian terus memanjat tembok dinding bangunan sebelum berpaut pada plat nama hotel sebelum berdiri pada huruf C dan mengugut hendak terjun. Bagaimanapun, selepas dipujuk oleh polis dan anggota keluarganya, suspek kemudian menyerah diri.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, sebelum itu, pihaknya telah menahan dua ahli kumpulan tersebut yang berusia 33 dan 34 tahun di tingkat dua hotel yang sama.

Mati kena tetak, telinga hampir putus dihiris


ANGGOTA polis mengangkat mayat Teo Naing yang mati dipercayai dibunuh rakan serumahnya di Kulim, Kedah semalam.


KULIM - Seorang lelaki Myanmar menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila dia bukan sahaja ditetak di tengkuk malah, telinganya hampir putus dihiris di sebuah rumah di Taman Kemuning di sini semalam.
Kejadian pukul 2.30 petang itu menyebabkan Teo Naing, 22, mati di dalam rumah sewa tersebut selepas dia dipercayai dibunuh oleh rakan serumahnya yang kini telah melarikan diri.
Difahamkan, Teo Naing yang bekerja sebagai buruh binaan tinggal di rumah tersebut bersama empat rakan senegaranya. Salah seorang merupakan abang mangsa.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, mayat mangsa ditemui berlumuran darah oleh anggotanya sebaik bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat daripada penyelia Teo.
"Sebelum mayat Teo ditemui, jiran mangsa ada terdengar pertengkaran di dalam rumah tersebut. Dia kemudian memaklumkan kepada penyelia mangsa.
"Penyelianya yang datang kemudian terkejut apabila menemui mayat mangsa berlumuran darah di dalam rumah itu manakala rakan-rakannya telah melarikan diri," katanya ketika ditemui semalam.

Lelaki guna wang palsu bayar tol


DIN menunjukkan wang RM100 palsu yang digunakan suspek untuk membayar tol pada sidang akhbar di Batu Pahat semalam.


BATU PAHAT - Orang ramai khususnya peniaga diminta berhati-hati dengan penipuan melibatkan penggunaan wang kertas RM100 palsu yang dikesan diguna untuk membayar tol lebuh raya baru-baru ini.
Bahagian hadapan wang yang digunakan itu berjaya melepasi mesin pengimbas tetapi selepas imbasan dilakukan bahagian belakang wang itu disahkan palsu.
Difahamkan, wang itu dicetak menggunakan pencetak beresolusi tinggi sehingga sukar dibezakan dengan wang tulen.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, penipuan itu dilaporkan seorang petugas di Plaza Tol Yong Peng di sini selepas kejadian pada pukul 5 petang, 15 Mac lalu.
"Pada hari kejadian, petugas terbabit menerima wang RM100 daripada seorang lelaki yang memandu kereta Proton Waja untuk membayar tol.
"Apabila mangsa menggunakan mesin pengimbas, bahagian hadapan wang berkenaan tiada masalah tetapi imbasan pada bahagian belakang mendapati ia adalah palsu," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ibu gadai nyawa selamatkan anak


ROSMAWATI mendukung anaknya, Nor Shahirah di depan rumah mereka yang rosak dihempap pokok mempelam di Kampung Kemunting Lama, Jitra semalam.


JITRA - Seorang ibu nekad menggadai nyawa bagi menyelamatkan anak perempuannya berusia empat tahun dalam kejadian ribut yang menyebabkan dinding rumah yang didiaminya runtuh di Kampung Kemunting Lama di sini petang kelmarin.
Mangsa, Rosmawati Abdullah, 38, memberitahu, dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, anaknya, Nor Shahirah Nazaruddin ketika itu dilihat berlari untuk menutup pintu hadapan rumah, namun dia dengan pantas memeluk dan membawanya ke dalam rumah kerana bimbang dengan keadaan ribut yang agak luar biasa itu.
"Nasib baik saya sempat melarikan Nor Shahirah yang mahu menutup pintu hadapan sebelum tiba-tiba sebatang pokok mempelam tumbang menimpa atap menyebabkan dinding dan bahagian hadapan rumah ranap," katanya.
Ceritanya, turut berada di rumah ketika kejadian ialah lima anggota keluarga yang lain termasuk ibu dan bapanya.
"Semasa mendukung Nor Shahirah berlari ke arah bilik, kami turut terjatuh akibat gegaran yang kuat itu, mujur kami sekeluarga tidak cedera," katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima lawatan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharum di sini semalam.