Saturday, January 5, 2013

DAH DEKAT BELANJA KAHWIN...BULAN2 RM 700...ADA BAIK SEORANG JE BEKERJA...BANYAK FAEDAH DAN UNTUNGNYA

Kos amah Indonesia RM6,700

SEBAHAGIAN rakyat Malaysia memerlukan khidmat pembantu rumah asing untuk
melakukan kerja-kerja rumah. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) mengumumkan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia ditetapkan pada harga RM6,700, berkuat kuasa serta-merta.
Struktur kos baharu itu tidak termasuk tambahan RM1,000 sebagai pinjaman kepada pembantu rumah untuk berkongsi yuran Penempatan Tenaga Kerja Indonesia Sektor Domestik di Indonesia.
"Kos sebenar majikan hanya RM6,700. Struktur kos itu dicapai selepas rundingan berpanjangan dengan rakan kami, Asosiasi Perusahaan Jasa Tenaga kerja Indonesia (Apjati) sejak beberapa bulan kebelakangan ini," kata Presiden Papa, Jefrrey Foo (gambar kecil) pada sidang media di sini semalam.
Di bawah memorandum persefahaman (MoU) sebelum ini antara kerajaan Indonesia dan Malaysia, bayaran kepada agensi pembantu rumah asing Indonesia ditetapkan sebanyak RM4,511 iaitu RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pembantu rumah berkenaan.
Foo berkata, struktur kos baharu sebanyak RM6,700 itu adalah munasabah selaras dengan permintaan dan bekalan pasaran.
Beliau meramalkan bahawa struktur kos baharu itu boleh menarik lebih 10,000 pembantu rumah Indonesia ke Malaysia.
Beliau juga percaya cadangan yuran baharu itu akan diterima oleh kerajaan kedua-dua negara itu.
"Kami mengakui dan menghargai niat baik Kementerian Sumber Manusia dalam membenarkan Papa mencadangkan dan mamatuhi struktur harga yang adil," katanya.
Foo berkata, proses pengambilan pembantu rumah Indonesia melalui anggota persatuan itu akan dilakukan mengikut prosedur yang betul dan dikawal selia.
"Kami akan melibatkan rakan kami di Indonesia (Apjati) dalam mengenal pasti calon-calon yang sesuai yang akan direkrut dan dilatih.
"Kami menjangka sambutan yang baik daripada mereka dalam beberapa bulan akan datang," katanya.
Sementara itu, Foo berkata Apjati akan membuka sebuah pejabat perwakilan asing di Malaysia bulan depan bagi memantau kebajikan dan keselamatan pekerja mereka di negara ini. - Bernama

Rayu kerajaan kuat kuasa umur persaraan 60 tahun 1 Julai


MOHAMED SHAFIE (tengah) bersama-sama ahli UNI-MLC berkumpul selepas mereka menyerahkan memorandum had umur persaraan sektor swasta kepada pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) bimbang kira-kira 500,000 pekerja swasta bakal ditamatkan perkhidmatan jika kerajaan bertegas untuk menguatkuasakan had umur persaraan minimum 60 tahun mulai 1 Julai depan.
Sehubungan itu, Presiden UNI-MLC, Mohamed Shafie BP Mamal memohon agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan untuk menyelesaikan kemelut berkenaan dengan segera.
Beliau berkata, masalah tersebut boleh diatasi jika kerajaan menukarkan kembali tarikh penguatkuasaan umur persaraan tersebut pada 1 Januari, bukannya 1 Julai sebagaimana diumumkan baru-baru ini.
"Kira-kira 500,000 ataupun setengah juta pekerja sektor swasta yang akan bersara dalam tempoh enam bulan iaitu Januari hingga Jun dengan kadar 100,000 orang tamat perkhidmatan setiap bulan merangkumi syarikat kecil dan besar.
"Justeru kita mahukan tarikh kuat kuasa dan pelaksanaan itu mestilah disatukan agar mereka yang telah bersara pada 1 Januari hingga Jun dapat terus diambil bekerja," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai kira-kira 300 anggota UNI-MLC menyerahkan Memorandum Tuntutan Penyelarasan Had Umur Bersara 60 Tahun kepada Pegawai Khas di Pejabat Perdana Menteri, Mohd. Samsi Kamarudin di sini semalam.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam sebelum ini berkata, umur persaraan 60 tahun bagi sektor swasta dijangka dilaksanakan enam bulan selepas undang-undang berkenaan diwartakan.
Dinamakan Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012, ia telah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 27 Jun tahun lalu, diikuti Dewan Negara pada 17 Julai.
Rang undang-undang itu kemudian telah diwartakan pada 16 Ogos.
Mohamed Shafie menjelaskan, golongan pekerja di sektor swasta sebenarnya kecewa dengan keputusan kerajaan yang menetapkan tarikh kuat kuasa umur persaraan pada 1 Julai kerana ia bakal menjejaskan pekerja dan tanggungan mereka.
"Sepatutnya pekerja diberi opsyen sama ada untuk terus bekerja sehingga 60 tahun atau menamatkan perkhidmatan pada usia 55 tahun," ujarnya.

Laluan ditimpa banjir lumpur masih ditutup


KEADAAN jalan di Putra Heights, Subang Jaya yang masih ditutup semalam ekoran dilimpahi banjir lumpur kelmarin.


PETALING JAYA - Laluan persimpangan Persiaran Putra Bahagia dan Persiaran Putra Perdana, Putra Heights, Subang Jaya dekat sini yang dipenuhi banjir lumpur yang membuak keluar dari kolam tadahan di kaki Bukit Cermin kelmarin masih ditutup bagi kerja-kerja pembersihan.
Tinjauan Kosmo! di tempat kejadian semalam mendapati laluan sepanjang 50 meter itu masih diliputi dengan lumpur yang bertakung di jalan raya,
Kerja-kerja pembersihan dijangka siap menjelang hari ini sebelum laluan itu dapat dibuka semula.
Lokasi banjir lumpur tersebut yang terletak kira-kira 500 meter dari kawasan perumahan Putra Heights menyebabkan laluan di jalan Persiaran Putra Perdana tidak dapat digunakan.
Bagaimanapun, penduduk boleh menggunakan laluan alternatif dengan melalui jalan di Seksyen 27, Taman Alam Megah, Shah Alam dan Lebuh Raya Elite.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Asmawi Kasbi berkata, ekoran kejadian itu pemaju projek perumahan di Bukit Cermin diarahkan melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan terbabit termasuk membersihkan longkang yang dipenuhi lumpur.
Menurut beliau, Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) sedang menyiasat punca kejadian itu selain pihak pemaju pula diminta mengemukakan laporan dan pelan tindakan bagi mengelakkan kejadian sama daripada berulang.
"Pembangunan projek perumahan Kingsley Hill di situ mengikut garis panduan yang diluluskan MPSJ," kata beliau ketika ditemui semasa membuat lawatan ke lokasi kejadian semalam.
Dalam pada itu, Asmawi berkata, MPSJ turut mengarahkan pemaju Kingsley Hill Sdn. Bhd. yang sedang melaksanakan projek pembinaan pelbagai jenis rumah itu supaya membayar ganti rugi kepada tujuh pemilik kenderaan yang ditimpa banjir lumpur.
Jarak projek pembinaan kawasan perumahan Kingsley Hill dengan laluan ditimpa banjir lumpur kira-kira 50 meter.
Semalam Kosmo! melaporkan, dalam kejadian pada pukul 6 petang, tujuh buah kenderaan yang melalui laluan berkenaan ditimpa banjir lumpur yang mengalir secara tiba-tiba dari kolam tadahan di kaki Bukit Cermin.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila timbunan tanah yang digunakan untuk membuat tebing sebuah kawasan pembinaan di Bukit Cermin runtuh lalu memasuki ke dalam takungan terbabit sebelum melimpah hingga ke jalan.

Balasan pukul wartawan


AH CHYE diiringi anggota polis ke Mahkamah Majistret George Town semalam bagi menghadapi pertuduhan mencederakan seorang wartawan.


GEORGE TOWN - Anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS), Lim Ah Chye, 52, didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam setelah mengaku bersalah memukul seorang wartawan akhbar Cina.
Majistret Norhayati Ibrahim memerintahkan tertuduh didenda RM1,000 atau penjara satu bulan untuk tuduhan pertama kerana menyebabkan kecederaan ke atas Ang Kean Siang, 32, pada 30 Disember 2012 pada pukul 1.40 pagi.
Tertuduh yang bekerja sebagai tukang cat juga didenda RM2,000 atau penjara dua bulan untuk tuduhan kedua kerana dengan niat menyebabkan kerugian kepada mangsa sebanyak RM1,200.
Ah Chye didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di hadapan kontena PPS di Lorong Perak ketika mangsa membuat liputan mengenai kejadian seorang wanita ditemui mati di pangsapuri di Jalan Perak di sini.
Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Raya, Mohd. Khairul Fairoz manakala Ah Chye diwakili peguam Sukhindarpal Singh.
Tertuduh membayar denda itu.
Ah Chye semasa dibawa keluar dari mahkamah kelihatan tersenyum memandang orang ramai sebelum tergesa-gesa meninggalkan mahkamah bagi mengelakkan gambarnya dirakam wartawan.
Dalam kejadian, Kean Siang daripada akhbar Guan Ming Daily cedera di mulut dan badan selepas dibelasah sekumpulan anggota PPS ketika membuat liputan berita di Jalan Perak.
Kean Siang yang juga Penolong Ketua Meja Jenayah akhbar tersebut mendakwa diugut dan dipukul empat lelaki selain ditendang di bahagian kemaluan manakala kameranya pula dihempas sehingga rosak.
Beliau yang cedera dan lebam di bibir mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini.
Berikutan kejadian itu, tertuduh pada sidang akhbar kelmarin memohon maaf kepada Kean Siang dan mengaku kesalahannya serta memberikan angpau kepada Kian Siang sebagai tanda rasa bersalah.
Tertuduh mendakwa dia tidak tahu Kean Siang sedang menjalankan tugas.
Bagaimanapun, Kean Siang menolak angpau diberi Ah Chye tetapi memberitahu memaafkan lelaki itu.
Sementara itu, Kean Siang ketika dihubungi enggan mengulas mengenai hukuman yang dikenakan terhadap tertuduh.
"Sejak hari kejadian, saya serahkan kes ini sepenuhnya untuk siasatan polis dan menerima apa jua keputusan yang ditentukan mahkamah," ujarnya.
PPS ditubuhkan kerajaan negeri Pulau Pinang pada 17 September 2011 untuk memberi kesedaran kepada orang ramai berhubung aspek keselamatan selain membantu polis menjalankan rondaan menjaga keselamatan.

Jarum tertinggal di paha anak

MOHD. ZAHRIN (kiri) menunjukkan laporan polis sambil memegang jarum di George Town semalam. Gambar kecil jarum yang tertinggal di paha Muhammad Danish.


GEORGE TOWN – Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah klinik kesihatan di sini bertindak cuai sehingga meninggalkan jarum suntikan sepanjang tiga sentimeter di paha kiri anaknya yang mendapatkan rawatan di situ kelmarin.
Mohd. Zahrin Tumin, 30, berkata, isterinya, Norashilla Razak, 26, telah membawa anaknya, Muhammad Danish yang berusia lima bulan ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di Jalan Perak di sini untuk mendapatkan suntikan pada pukul 12 tengah hari.
Bagaimanapun, katanya, dia yang berada di tempat kerja telah menerima panggilan telefon daripada isterinya pada pukul 12.30 tengah hari yang memberitahu anaknya menangis ketika dalam perjalanan pulang dari klinik kesihatan tersebut.
“Apabila diberitahu anak saya tidak berhenti menangis, saya menyangka ia adalah perkara biasa apabila dicucuk dan meminta isterinya menuam bekas suntikan berkenaan bagi meredakan kesakitan.
“Tetapi saya dikejutkan dengan satu lagi panggilan telefon tidak lama kemudian daripada isterinya yang memberitahu terdapat sebatang jarum terlekat di tempat suntikan di paha anak saya itu.
“Risau sesuatu yang buruk berlaku saya bergegas pulang walaupun dihalang oleh majikan,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Jelutong di sini semalam.
Menurutnya lagi, sebaik tiba di rumah dia terus mendapatkan anaknya itu dan melihat ada sebatang jarum di paha anaknya lalu mencabutnya untuk mengelakkan sebarang kecederaan lain.
“Tidak puas hati dengan keadaan itu, saya menelefon klinik kesihatan terbabit untuk mendapatkan penjelasan namun saya diberikan alasan yang tidak masuk akal seolah-olah mereka lepas tangan,” ujarnya dengan nada kecewa.
Berikutan itu, beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Jelutong kelmarin mengenai kejadian terbabit dan kini menunggu jawapan dari pihak pusat kesihatan itu.

Restoran rosak angkara mercun


BEBERAPA pekerja membersihkan sisa letupan dipercayai mercun yang merosakkan pintu masuk dan meja sebuah restoran di Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM - Sebuah restoran di Pusat Perniagaan Gemilang, Jalan Song Ban Kheng di sini menjadi mangsa khianat apabila pintu premis berkenaan musnah dalam satu letupan dipercayai menggunakan mercun.
Kejadian pukul 5 pagi semalam itu disedari seorang pekerja restoran berkenaan yang terdengar bunyi letupan kuat dari rumahnya di pangsapuri yang dijadikan asrama pekerja kira-kira 250 meter dari tempat kejadian.
Menurut pemilik premis tersebut, Low, 40-an, dia mendapat berita mengenai kejadian itu pada pukul 5.20 pagi selepas dihubungi pekerjanya.
"Apabila tiba di kedai, pintu gelongsor jenis besi di bahagian tepi kedai sudah terkopak dan sisa bahan letupan dipercayai mercun bertaburan.
"Letupan ini juga menyebabkan empat buah meja rosak apabila bahagian atas yang diperbuat daripada kaca pecah dan saya anggarkan kerugian RM5,000," katanya ketika ditemui.
Jelasnya, dia tidak mengetahui motif kejadian itu kerana tidak mempunyai musuh dalam perniagaan dan akan meneliti kandungan rakaman televisyen litar tertutup di premis berkenaan bagi mengenal pasti individu terlibat.
Katanya, dia membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah sejurus kejadian

Bebas selepas dua hari tidur jel


ZARINA ketika menunggu adiknya membayar wang jaminan di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Selepas dua hari bermalam di Penjara Kajang, pelakon dan model kontroversi Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul akhirnya bebas setelah dijamin keluar oleh adik perempuan tirinya semalam.

Ahli politik ditampar wanita kerana merogol


AP
SEORANG wanita menampar Brahma yang tidak berbaju.


NEW DELHI - Belumpun reda kemarahan rakyat ekoran kes rogol lima lelaki ke atas seorang gadis baru-baru ini, polis di negeri Assam, timur laut India menangkap seorang pemimpin parti Kongres yang memerintah negara ini, Bikram Singh Brahma kerana kesalahan yang sama kelmarin.
Dia ditangkap kerana didakwa merogol seorang ibu yang mempunyai dua anak di sebuah kampung di Santipur di daerah Chirang di negeri berkenaan.
Imej yang disiarkan di televisyen India menunjukkan beberapa wanita mengepung Brahma dan mengoyak bajunya.
Seorang wanita turut menampar muka ahli politik itu.
Menurut polis, Brahma memasuki rumah wanita tersebut dan merogolnya pada pukul 2 pagi waktu tempatan.
Seorang pegawai polis, G.P. Singh berkata, ekoran jeritan wanita itu, beberapa orang di kampung tersebut keluar dari rumah dan menangkap Brahma.
Ketika kejadian, Brahma sedang melawat kampung tersebut.

REUTERS
BRAHMA yang tidak berbaju dipukul oleh seorang wanita dengan sebatang kayu.


Kejadian itu berlaku selepas seorang pelajar wanita berusia 23 tahun dirogol oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah bas di New Delhi pada 16 Disember tahun lalu.
Pelajar itu meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura pada minggu lalu akibat kecederaan dalaman selepas dia dipukul dengan batang besi dan dicampak keluar dari bas itu.
Lima lelaki telah didakwa kelmarin kerana merogol dan membunuh pelajar tersebut.
Mereka yang didakwa itu ialah pemandu bas tersebut, Ram Singh dan adiknya, Mukesh Singh.
Mukesh bertugas sebagai pencuci bas tersebut.
Turut didakwa ialah seorang penjaja buah-buahan, Pavan Gupta dan pengajar kecergasan, Vinay Sharma.
Seorang lagi pencuci bas, Akshay Singh juga didakwa melakukan perbuatan itu.
Kesemua mereka berdepan hukuman mati jika disabit kesalahan.
- Agens

Ratusan ribu berhimpun di Bandar Gaza


REUTERS
RATUSAN penyokong pergerakan Fatah berhimpun di Bandar Gaza semalam.


BANDAR GAZA - Ratusan ribu penyokong Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah mengadakan perhimpunan besar-besaran buat kali pertama di sini semalam, lapor seorang jurucakap pergerakan Fatah.
Perhimpunan julung-julung kali itu diadakan sejak Hamas merampas kuasa di wilayah itu pada tahun 2007.
Hamas yang sedang merancang untuk bergabung dengan Fatah itu telah memberi kebenaran untuk perhimpunan tersebut.
Ia diadakan sebagai kemuncak kepada sambutan ulang tahun ke-48, penubuhan Fatah yang menentang Israel.
Sambutan ulang tahun tersebut telah berlangsung sejak seminggu lalu.
Para peserta perhimpunan itu mengibarkan bendera Palestin dan Fatah serta membawa beberapa gambar Abbas, lapor seorang koresponden AFP.
"Peserta-peserta perhimpunan itu merupakan kumpulan yang menyokong Abbas yang mentadbir Palestin dan mahu menunjukkan Fatah masih berada di barisan hadapan perjuangan," kata seorang pemimpin tempatan Fatah, Selim al-Zaraei.
- Agensi

Ramai wanita India minat belajar cara mempertahankan diri


AFP
SEORANG wanita mengikuti kelas mempertahankan diri di New Delhi pada Rabu lalu.


NEW DELHI - Lebih ramai wanita di India mula menunjukkan minat untuk menghadiri kelas yang mengajar cara untuk mempertahankan diri bagi mengelak mereka menjadi mangsa rogol dan keganasan kaum lelaki.
Jumlah itu meningkat selepas hampir tiga minggu kejadian seorang pelajar wanita berusia 23 tahun dirogol oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah bas di sini.
Pelajar wanita itu kemudian mati di sebuah hospital di Singapura pada minggu lalu kerana kecederaan dalaman yang teruk selepas dia turut dipukul dengan batang besi.
Pada Khamis lalu, lima lelaki berumur 19 hingga 35 tahun didakwa secara rasmi kerana melakukan pembunuhan dan merogol pelajar wanita tersebut.
Seorang pengajar seni mempertahankan diri, Amuj Sharma berkata, dia dihujani dengan panggilan telefon daripada kaum Hawa yang berminat minat untuk mengikuti kelas yang ditawarkan di Institut Invictus Survival Science di selatan Delhi.
"Terdapat peningkatan permintaan untuk belajar tentang cara dan nasihat untuk mempertahankan diri dan latihan perlindungan peribadi," katanya.
Sharma mengajar pelajar-pelajarnya cara untuk menumbuk, menendang dan membebaskan diri ketika ditangkap oleh para penyerang.
Sebuah akhbar dalam minggu ini turut melaporkan, terdapat beberapa wanita yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen senjata api selepas kejadian rogol itu berlaku.
Sementara itu, seorang pemilik kedai di sini memberitahu, jualan alat penyembur lada turut meningkat.
"Kami hanya dapat menjual beberapa botol dalam tempoh sebulan. Bagaimanapun, kini lebih ramai wanita telah datang ke kedai saya untuk membeli penyembur tersebut," kata pemilik kedai itu, Jai Shankar. - AFP

Kastam Hong Kong rampas 779 gading gajah


AFP
SEJUMLAH gading gajah yang dirampas oleh anggota-anggota kastam dipamerkan pada sidang akhbar di Hong Kong semalam.


HONG KONG - Pihak berkuasa Hong Kong semalam mendedahkan lebih satu tan gading gajah bernilai kira-kira AS$1.4 juta (RM4.26 juta) dari Kenya berjaya dirampas di sini.
Ia merupakan rampasan ketiga terbesar di pulau ini dalam tempoh kurang tiga bulan.
Pihak kastam menyatakan, rampasan itu melibatkan 779 gading gajah seberat 1.3 tan yang ditemui kelmarin.
Ia disembunyikan bersama batu-batu di dalam lima kotak kayu.
Menurut kastam, kotak kayu tersebut diletakkan di dalam sebuah kontena yang mengandungi perkataan bagi menunjukkan ia merupakan batu-batu arkeologi.
Seorang pegawai kastam, Clare Kwan memberitahu para pemberita, kontena itu disiasat kerana jarang batu-batu arkeologi datang dari Kenya.
Pihak kastam enggan menyatakan destinasi kontena itu akan dihantar.
Kontena yang dihantar menerusi sebuah kapal itu melalui Malaysia sebelum tiba di sini.
Tiada tangkapan dibuat setakat ini berhubung penyeludupan itu. - Agensi

Pertandingan main bola berminyak


AFP
SEORANG lelaki cuba memasukkan bola ke dalam sebuah raga di Yangon semalam.


YANGON - Beberapa lelaki bermain permainan bola berminyak di sini sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Myanmar kali ke-65 di sini semalam.
Bola itu disapu dengan minyak kelapa dan pemenang dikira berdasarkan jumlah bola tersebut berjaya dimasukkan ke dalam sebuah raga.
Badan setiap pemain perlu disapu dengan minyak enjin.
Myanmar memperoleh kemerdekaan pada 4 Januari 1948 selepas dijajah Britain. - Agensi

Kubu kuat kumpulan anti-Bashar diserang

DAMSYIK - Pesawat pejuang dan tentera rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad semalam bertindak menggempur beberapa kubu kuat kumpulan penentang sekitar bandar ini, kata beberapa pemerhati.
Serangan itu dilakukan sebagai tindak balas ke atas serangan bom kereta yang mengorbankan 11 orang penganut Syiah Alawi di kawasan kejiranan Massaken Barzeh.
Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Untuk Syria berkata, pesawat pejuang mengebom Duma yang terletak di timur Damsyik dan pihak tentera rejim membedil barat daya Daraya dengan menggunakan meriam.
Pertempuran antara kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan dengan tentera Bashar bermula sejak Mac 2011 itu dipercayai telah mengorbankan 60,000 nyawa. - Agensi

Jurutera kompter didakwa jadi perisik Israel

ADEN, Yemen - Seorang lelaki di sini yang didakwa menjadi perisik Israel bakal dibicarakan di sebuah mahkamah di sini, kata satu sumber rasmi semalam.
Sebuah akhbar melaporkan, lelaki itu, Ibrahim al-Dharahi, 24, yang merupakan seorang jurutera komputer telah ditangkap tiga minggu lalu di bandar Taiz selepas dia diawasi selama beberapa minggu.
Satu sumber kehakiman yang memberitahu akhbar itu berkata, Ibrahim telah dibawa ke Aden untuk disoal siasat.
Dia dituduh menjadi seorang ejen yang bekerja dengan agensi perisikan Israel, Mossad.
Kes tersebut akan dirujuk ke sebuah mahkamah dalam tempoh masa beberapa hari, kata sumber itu kepada akhbar September26. - Reuters

ISLAM MENGAWAL SEX DENGAN HARUS BERPOLIGAMI SERTA HUKUM REJAM DAN 100X SEBATAN...SIFATNYA MENDIDIK DAN MENGHUKUM....BERKONGSI SERTA TOLONG MENOLONG DAN BERTOLAK ANSUR....CUMA SYAITAN JADI PENGHASUT

Lima das tembakan jarak dekat

Oleh Na'imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my
pix_middle
PETALING JAYA: Baru dua hari sampai dari kampung, seorang lelaki menemui ajal selepas ditembak dari jarak dekat ketika sedang menaiki motosikal berdekatan kediaman saudaranya di Gugusan Dahlia, di Kota Damansara di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia 44 tahun dikatakan hendak pulang ke rumah saudaranya dengan menaiki motosikal milik sebuah syarikat keselamatan dekat sini sebelum di tembak oleh suspek yang dipercayai menaiki sebuah kereta berwarna gelap.

Menurut saksi di tempat kejadian yang enggan dikenali, ketika kejadian mangsa sedang menunggang motosikal seorang diri sebelum dipintas sebuah kereta yang kemudiannya berpatah balik.
"Saya terdengar beberapa bunyi letupan sebelum terlihat mangsa sudah rebah manakala kenderaan berkenaan terus memecut laju.

"Sekurang-kurangnya lima das tembakan dilepaskan suspek," katanya kepada wartawan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa yang baru dua tiga hari tiba dari Kedah menumpang di rumah saudaranya di kawasan berkenaan dengan tujuan mencari kerja.
"Kita percaya suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dan dua daripadanya kena tepat di dada manakala satu lagi mengenai tangan kanan mangsa.

"Hasil pemeriksaan awal, polis menemui kelongsong peluru 9 mm di tempat kejadian dan mayat mangsa di bawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat," katanya. Arjunaidi berkata, kes pembunuhan itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

‘Pecah dara’ pelacur

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
am@hmetro.com.my

TUNGGU...pelacur menunggu pelanggan di hadapan bilik di pusat pelacuran terbabit.
TUNGGU...pelacur menunggu pelanggan di hadapan bilik di pusat pelacuran terbabit.
KAJANG: Tidak cukup dengan memanipulasi wanita warga asing dengan menjadikan mereka pelacur, satu sindiket pelacuran di bandar ini bertindak lebih berani apabila dengan bangga mempromosikan pelacur yang mereka dakwa masih dara.
Dengan caj dikenakan RM5,000, pelanggan yang melanggan ‘pelacur dara’ itu turut diberi kebebasan membawanya ke mana saja selama tiga hari.
Sindiket itu yang beroperasi di tingkat satu sebuah hotel di sini menawarkan pelacur dari Vietnam yang berusia 17 sehingga 21 tahun.

Aktiviti tidak bermoral sindiket itu terbongkar hasil penyamaran wartawan Harian Metro selepas mendapat maklumat orang awam.

Seperti biasa, sindiket itu berselindung di sebalik perniagaan spa dan refleksologi, namun ada ruangan berasingan disediakan untuk kegiatan pelacuran.

Mayat dalam tong dram

Oleh Junaidi Ladjana dan Fardy Bungga
hmkk@hmetro.com

NGERI...mayat Nureffa Sahira ditemui dalam tong dram, kelmarin.
NGERI...mayat Nureffa Sahira ditemui dalam tong dram, kelmarin.
SEMPORNA: Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun sejak lima hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah ladang sawit di Kampung Salimbangun, dekat sini, kelmarin.
Mayat Nureffa Sahira Ringkasan ditemui dalam tong dram dengan badannya berlipat, dipenuhi ulat dan mulai reput, kira-kira 500 meter dari kediaman mangsa.
Mayat kanak-kanak itu ditemui jam 2 petang oleh penduduk kampung yang melakukan gerakan mencari sejak mangsa dilaporkan hilang 31 Disember lalu.

Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, kanak-kanak itu yang juga anak tunggal disedari hilang dari rumahnya apabila tidak pulang selepas bermain di pekarangan kediamannya itu.

Berikutan itu, katanya, usaha mencari mangsa dilakukan ahli keluarganya dengan bantuan penduduk kampung, namun gagal.

Batu terjulur keluar siling

Oleh Hadzlan Hassan
am@hmetro.com.my

BIMBANG...Selvakuna menunjukkan dinding rumahnya yang condong.
BIMBANG...Selvakuna menunjukkan dinding rumahnya yang condong.
BESTARI JAYA: Kira-kira 80 penghuni Taman Pancaran, Ijok, dekat sini, kini dihantui kebimbangan selepas bumbung rumah mereka seperti tidak stabil hingga ada antaranya runtuh menyebabkan nyawa mereka kini terancam.
Setakat ini, hanya dua rumah mengalami kerosakan teruk kerana konkrit di bahagian siling mula runtuh.

Penghuni, K Mayavan, 80, berkata, kejadian disedari jam 10 pagi kelmarin, ketika dia berada di luar rumah.

 Mulanya saya terdengar seperti guruh dan bunyi kuat sedangkan ketika itu cuaca terang-benderang lalu saya menyangka jiran sedang memindahkan barang.

“Bagaimanapun, sebaik mahu masuk ke rumah saya terkejut melihat debu memenuhi ruang tamu selain benjolan batu besar terjulur keluar dari siling,” katanya.

Ekoran itu, beliau segera mendapatkan bantuan rakan sebelum mereka membuat laporan polis yang kemudian datang bersama sepasukan anggota bomba bagi melihat kejadian.
“Rupa-rupanya bukan rumah saya sahaja, malah satu deret rumah di sini mengalami masalah sama apabila struktur bumbung mula condong, sekali gus mengancam keselamatan penghuni.

“Bila-bila masa saja rumah ini boleh runtuh jadi kami takut untuk masuk dalam rumah,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi penghuni, A Selvakuna, 51, berkata, ketika kejadian, dia tiada di rumah dan terkejut sebaik melihat orang ramai memenuhi laluan masuk ke lorong kawasan rumahnya.

“Saya ingatkan kawasan ini ada kebakaran, tetapi terkejut apabila melihat bumbung rumah saya menyondong ke kiri dan kelihatan seperti mahu runtuh,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang melawat kawasan berkenaan semalam berjanji membantu membaiki bumbung rumah penduduk melalui Unit Perancangan Ekonomi (Upen).

“Kami ketepikan dulu soal bagaimana kejadian ini sebaliknya cuba atasi masalah penduduk, hari ini (semalam) juga kami akan hulurkan bantuan kecemasan RM500 bagi meringankan beban mereka,” katanya.

Beliau juga memberitahu Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) akan memantau keadaan dan menghantar pakar bagi meneliti tahap keselamatan rumah mangsa hari ini.

Mangsa samun dipaksa berbogel



TAIPING: Sekumpulan empat perompak tidak sekadar melarikan barang kemas malah turut membuli dua wanita disamun apabila mangsa dipaksa menanggalkan semua pakaian hingga bogel.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi kelmarin suspek bersenjatakan parang panjang bertindak menyerbu ke sebuah rumah didiami dua wanita itu di Taman Paduga Setia, Kampung Boyan, di sini.

Sumber polis berkata, penjenayah dikatakan memanjat pagar rumah mangsa sebelum menyeluk tangan melalui jeriji pintu hadapan untuk mendapatkan kunci pintu berkenaan.
“Difahamkan seorang mangsa yang berusia 50 tahun sedang memasak di dapur sebelum terdengar bunyi pintu hadapan rumahnya dibuka seseorang.

“Mangsa yang meninjau ke bahagian ruang tamu rumah terkejut apabila mendapati empat lelaki bersenjatakan parang menceroboh masuk ke dalam rumah,” katanya.

Menurutnya, penjenayah kemudian memaksa mangsa dan ibu mentuanya yang berusia 75 tahun supaya menanggalkan semua pakaian.
“Mangsa kemudian diikat penjenayah yang bertindak merampas barang kemas dipakai mangsa. Malah penjenayah turut menyelongkar rumah berkenaan bagi mendapatkan wang tunai dan barang kemas lain.

“Pada masa sama, anak lelaki wanita warga emas itu yang berusia 40-an kebetulan pulang ke rumah. Dia turut ditahan dan diugut dengan parang oleh penjenayah sebelum rantai emas dipakai turut dirampas,” katanya. Difahamkan ketiga-tiga mangsa diikat kaki dan tangan menggunakan kain dan wayar.
“Penjenayah yang memperoleh barangan kemas dan wang tunai dianggarkan RM20,000 segera melarikan diri dipercayai dengan menunggang motosikal.

“Mangsa dapat membuka ikatan kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Taiping berhubung kes rompakan itu,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah ketika dihubungi mengesahkan kejadian selain memaklumkan suspek turut melarikan wang RM1,500 dan dua telefon bimbit milik

Cabul tiga generasi

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
jamilulanbia@yahoo.com.my

KERIAN: Lima ahli keluarga kepada dua kanak-kanak perempuan berusia lima dan tujuh tahun ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes penderaan seksual dua kanak-kanak itu.
Ia terbongkar apabila dua kanak-kanak terbabit menceritakan kejadian itu kepada ibu mereka pada 27 Disember lalu sebelum wanita terbabit yang sudah bercerai dengan suaminya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, pada hari sama.

Episod malang dua kanak-kanak terbabit dipercayai bermula apabila dijaga bapa mereka berikutan ibu kanak-kanak terbabit bekerja dan lelaki berkenaan membawa dua anaknya itu ke rumah keluarganya.

Kedua-dua mangsa mendakwa didera secara seksual dengan alat sulit mereka dicederakan termasuk menggunakan pelbagai objek keras.

Mangsa mendakwa kejadian itu turut membabitkan bapa mereka, datuk, sepupu dan ibu saudara yang diamanahkan menjaga mereka ketika ketiadaan ibu mereka yang bekerja.

Bukan lagi paling gemuk



MASON, lelaki paling gemuk di dunia sebelum menjalani pembedahan pintasan gastrik.
MASON, lelaki paling gemuk di dunia sebelum menjalani pembedahan pintasan gastrik.
LONDON: Bekas lelaki paling gemuk di dunia semalam meraikan kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 292 kilogram.
Paul Mason berjaya mengurangkan dua per tiga daripada 445 kilogram berat badannya sebelum ini selepas menjalani pembedahan pintasan gastrik




Pembedahan itu mengurangkan perutnya kepada saiz sebiji telur.

Bekas posmen dari Ipswich, Suffolk itu semalam berkata: “Perjalanan saya masih jauh.”

Dia berikrar untuk menjadi lelaki yang paling gemuk di dunia kepada lelaki yang paling banyak turun berat badan.

Bil perubatan untuk membantu Mason menurunkan berat badan dipercayai mencecah �1 juta (RM5 juta).

Mason, 51, mengaku: “Saya malu digelar lelaki paling gemuk di dunia kerana sedar saya yang menyebabkan diri saya dalam keadaan seperti itu.

“Kini, saya yakin akan menjadi orang paling berjaya melangsingkan badan di dunia. Tetapi, perjalanan saya masih jauh.

“Saya mahu mencapai antara 88 hingga 95 kilogram, berat badan yang sihat untuk seseorang dengan ketinggian 1.98 meter.

“Saya bangga kerana dapat menunjukkan kepada orang lain yang mempunyai masalah berat badan mengenai apa yang boleh mereka capai,” katanya.

Mason pernah satu ketika makan makanan 20,000 kalori sehari, kira-kira 10 kali ganda daripada tahap yang disyorkan.

Dia kini mengubah amalan pemakanannya kepada sayur dengan jumlah yang kecil.

Lelaki itu sekarang seberat 152 kilogram selepas kehilangan dua per tiga daripada beratnya dulu sama berat dengan tiga petinju heavyweight.

“Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) berkata, berat bedan saya perlu stabil selama dua tahun sebelum mereka menimbang untuk menjalankan pembedahan membuang kulit saya yang menggeleber.

“Tetapi saya mahu menjalani pembedahan itu secepat mungkin kerana ia akan membolehkan saya bergerak lebih bebas dan membantu menurunkan lebih banyak berat badan saya,” katanya.

Mason berkata, dia menghadapi masalah kecelaruan makan kesan daripada dibuli ketika zaman kanak-kanak.

Masalah itu bertambah buruk dengan kematian bapanya pada 1986.

Anggota bomba terpaksa memecahkan dinding depan rumahnya dan menggunakan forklif untuk mengusungnya masuk ke ambulans apabila dia perlu menjalani pembedahan hernia ketika berat badannya 355 kilogram. - TS

Ahli Parlimen India dituduh merogol dibelasah penduduk kampung



NEW DELHI: Sorang tokoh politik India dipukul oleh penduduk kampung selepas didakwa merogol seorang wanita di rumah mangsa pada jam 2 pagi, semalam.
Anggota Parlimen dari Parti Kongres bagi negeri Assam, Bikram Singh Brahma, dituduh merogol seorang wanita di Kampung Santipura di daerah Chirang sebelum ditangkap oleh penduduk kampung. Kejadian itu adalah jenayah seks terbaru di India yang baru-baru ini dikejutkan dengan kes rogol beramai-ramai pelajar berusia 23 tahun. Enam lelaki kini dibicarakan berhubung kes itu.

“Penduduk kampung memukul pemimpin Kongres tempatan, Bikram Singh Brahma yang didakwa merogol seorang penduduk,” kata Superintendan Polis Chirang, Kumar Sanjeev Krishna.
Dia dikatakan melawat Kampung Santipura di sempadan Bhutan apabila memasuki rumah wanita itu dan merogol mangsa.

Brahma kemudian dipukul oleh penduduk lelaki dan wanita selepas mereka mengoyakkan pakaiannya sebelum diserahkan kepada polis dan ditahan. - DM

Aktiviti porno kanak-kanak dibongkar



WASHINGTON: Satu operasi polis antarabangsa membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak membawa kepada penahanan 245 orang dan berjaya menyelamatkan 123 kanak-kanak kebanyakannya di Amerika Syarikat (AS), kata agensi keselamatan negara itu semalam.
Pengarah Penguatkuasaan Imigresen Dan Kastam AS, John Morton, berkata 23 suspek ditahan di enam negara berasingan.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh mendedahkan identiti negara terbabit atas alasan operasi yang sangat sensitif,” katanya. Menurut Morton, 13 daripada kanak-kanak yang diselamatkan itu ditemui di luar AS sepanjang Operasi Bunga Matahari selama lima minggu bermula 1 November tahun lalu.
Katanya, operasi berkenaan dijalankan bagi mengenal pasti individu yang memiliki, memperdagangkan atau menghasilkan bahan lucah membabitkan kanak-kanak. “Antara kanak-kanak yang diselamatkan, 45 orang berusia bawah 12 tahun, termasuk tiga daripadanya belum mencapai usia tiga tahun,” katanya.

Kata Morton, 70 daripada mangsa adalah perempuan dan 43 lelaki.

Daripada jumlah itu, katanya, 23 orang dianggap mencapai usia dewasa.
Operasi itu dinamakan Bunga Matahari sebagai mengenang ulang tahun pertama siasatan polis Denmark terhadap seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang merancang untuk merogol budak berusia 11 tahun.

Siasatan itu bermula setahun lalu selepas polis mengesan rancangan remaja terbabit di Internet. Suspek berjaya ditahan hasil penelitian sekeping gambar dimuat naik menunjukkan papan tanda sebuah lebuh raya yang memaparkan sekuntum bunga matahari. Penemuan itu membolehkan polis mengesan alamat suspek dan menyelamatkan budak perempuan berkenaan. - AFP

Mahasiswa dirogol bergilir-gilir dalam bas: 5 lelaki berdepan hukuman mati



NEW DELHI: Lima lelaki yang didakwa merogol seorang mahasiswa universiti selama berjam-jam dalam sebuah bas ketika kenderaan itu dipandu di sekitar ibu negara India, kini berdepan tuduhan membunuh, merogol serta beberapa tuduhan lain.
Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum mati. Pendakwa, Rajiv Mohan, memfailkan tuduhan berkenaan semalam.

Selain merogol, lima lelaki terbabit juga didakwa melakukan pencemaran bahan bukti, menculik, membunuh serta beberapa tuduhan lain.
Kertas tuduhan tidak didedahkan dan Rajiv memohon supaya perbicaraan itu dijadual hari ini dijalankan secara tertutup. Tertuduh dikenali sebagai Ram Singh seorang pemandu bas; adiknya, Mukesh Singh (tukang cuci bas di syarikat sama); Pavan Gupta, (penjaja buah-buahan); Akshay Singh (tukang cuci bas) dan Vinay Sharma (jurulatih kecergasan).

Tertuduh keenam, seorang remaja berusia 17 tahun dijangka dibicarakan di mahkamah juvana yang menyediakan hukuman maksimum penjara selama tiga tahun.

Pemilik bas berkenaan juga ditahan dan didakwa kerana menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan permit mengendalikan perkhidmatan bas persendirian.
Semua tertuduh tidak hadir di mahkamah.

Pihak berkuasa berkata, mereka akan memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman mati.
Rancangan itu mendapat sokongan bapa mangsa.

Katanya, hukuman paling berat perlu dikenakan ke atas pesalah yang merogol anaknya. “Jika ada undang-undang baru digubal, ia patut dinamakan sempena anak saya,” katanya.

Serangan ke atas wanita berusia 23 tahun itu menyebabkan mangsa mati kerana kecederaan dalaman yang parah.

Insiden itu juga mencetuskan perdebatan mengenai layanan pihak berkuasa terhadap wanita di seluruh India serta mendorong demonstrasi harian bagi mendesak kerajaan bertindak tegas.

Sementara itu, Persatuan Peguam India berkata, ahli badan itu tidak sepatutnya memberikan sebarang khidmat membela tertuduh kerana kekejaman yang mereka lakukan. Mahkamah dijangka melantik peguam bela untuk mewakili semua tertuduh dalam perbicaraan nanti. - AP

Friday, January 4, 2013

PILIHLAH AGAMA BUKAN KECANTIKAN ATAU HARTANYA

Lebih 500 tahanan muslimah sunni Iraq dirogol rejim Syiah

Posted on the January 4th, 2013 under Luar Negara by admin

Syeikh Al-Dhari mengingatkan bahawa ketika ini lebih dari 5000 muslimah sunni masih berada di penjara-penjara rejim Syiah Iraq. Bukan hanya 400 muslimah sunni, seperti digembar-gemburkan oleh rejim Al-Maliki. Di penjara Al-kazhimiyah sahaja, terdapat lebih dari 500 tahanan muslimah sunni yang melahirkan bayi akibat diperkosa secara brutal oleh tentera dan warden rejim Syiah Iraq.
Syeikh Al-Dhari menyebutkan bahawa PM Al-Maliki tidak akan melepaskan para muslimah sunni yang ditahan dalam penjara-penjara kerana akan menyebabkan terbongkarnya kebiadaban rejim Syiah Iraq boneka NATO dan Iran tersebut.
Siri demonstrasi rakyat Iraq yang selama tiga minggu terakhir berlangsung di sebahagian besar daerah dan bandar, menurut Al-Dhari gerakan rakyat bukan gerakan kelompok tertentu.
Suku bangsa Bersatu, Kurdistan dan Turkman bersatu dalam aksi-aksi demo tersebut. Bahkan beberapa bandar dengan majoriti penduduk Syiah seperti Karbala juga menghantar beribu-ribu warganya untuk bergabung dengan para penunjuk perasaan muslim sunni.
Detik Islam

Isu Mat Yo: Tunku Ismail mahu Annuar henti drama

Posted on the January 4th, 2013 under Sukan by admin

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menghentikan drama dan politik melibatkan Norshahrul Idlan Talaha yang turut dikenali sebagai Mat Yo.
Justeru, baginda mahu Annuar lebih bersikap matang dan profesional dalam mengendalikn pasukan bola sepak.
Tunku Ismail memberi jaminan Mat Yo akan membayar harga tebus kontrak seperti diminta Kafa.

“Jangan panjang-panjangkan cerita. Dia (Mat Yo) akan bayar (harga tebus kontrak) pada hari ini. Anda (Annuar) perlu matang. Dalam sukan bola sepak, mesti ada pemain yang datang dan pergi. Anda perlu terima dan bersikap profesional.
“Sebagai contoh, jika satu hari nanti Safee Sali mahu keluar dari pasukan, saya akan terima. Beliau (Annuar) sepatutnya berterima kasih kepada Mat Yo atas sumbangan diberikan dan bukannya bercakap benda kurang menyenangkan terhadap pemain ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di salah sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.
Semalam, Annuar antara lain berkata, bekas penyerang Kelantan itu belum membayar harga tebus kontrak seperti yang diminta oleh Kafa walaupun telah menandatangani kontrak baharu bersama pasukan Johor Darul Takzim.
Annuar berkata, mengikut peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mat Yo sepatutnya membayar harga tebus kontrak tersebut dalam tempoh 30 hari selepas didaftarkan dengan pasukan baharu.
“Kita tak bantah keputusan beliau untuk menamatkan kontrak secara sebelah pihak, tapi sampai hari ini Mat Yo belum membayar harga tebus kontrak tersebut sehingga Kafa terpaksa membuat tuntutan kepada Jawatankuasa Status FAM.
“Dalam kes ini kita telah mengemukakan afidavit kepada jawatankuasa berkenaan dan berharap agar mereka dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin,” katanya.
Annuar, yang tidak mendedahkan nilai harga tebus kontrak itu, berkata penyerang yang pernah mencipta nama sebagai salah seorang tonggak utama pasukan kebangsaan itu juga masih mempunyai baki kontrak bernilai RM400,000 bersama Kafa.
Polemik perpindahan Mat Yo menjadi isu hangat diperkatakan dalam kancah sukan bola sepak negara selepas menamatkan kontrak secara sebelah pihak walaupun masih berbaki 13 bulan bersama Kafa selepas dilamar pasukan dari selatan, Johor Darul Takzim pada musim lepas.
Mengulas mengenai jumlah baki kontrak bernilai RM400,000 bersama Kafa seperti yang dinyatakan Annuar, Tunku Ismail berkata, Mat Yo akan menjelaskan bayaran harga tebus kontrak sebanyak RM250,000 seperti ditetapkan oleh FAM.
“FAM sudah menetapkan bahawa beliau (Mat Yo) perlu membayar sebanyak RM250,000. Jadi Mat Yo menerusi peguam yang dilantik akan berbuat sedemikian seperti diarahkan FAM. Janganlah ambil kesempatan.
“PBNJ sendiri sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan FAM malah begitu juga pemain kami. Janganlah bersikap kebudak-budakan dan cakap belakang-belakang,” katanya.
Justeru, Tunku Mahkota Johor mengalu-alukan mana-mana pihak termasuk Annuar untuk berdepan dengan beliau sekiranya mahu menuntut sebarang penjelasan mengenai pelbagai perkara.
“Rumah saya sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja datang jika ada sebarang masalah. Bersikap profesional dalam sukan dan janganlah membangkitkan isu bukan-bukan.
“Hentikanlah drama dan politik anda. Jangan jadikan sukan bola sepak seperti berkempen dalam politik. Jika tidak suka, datang jumpa dan cakap depan-depan,” katanya.
Sinar

Rebecca mahu lelong dara untuk bantu rawat ibu uzur

Posted on the January 4th, 2013 under Luar Negara by admin


BRASILIA: Seorang remaja Brazil mahu melelong daranya supaya wang yang diperoleh itu dapat membantu merawat ibunya yang uzur.
Menurut media tempatan, Rebecca Bernardo, 18, sedia mengorbankan daranya untuk mengadakan hubungan seks dengan mana-mana lelaki yang menawarkan bidaan tertinggi. Kini menuntut di sekolah menengah, Rebecca berkata, dia mendapat idea menjual kehormatan dirinya selepas membaca kisah Catarina Migliorini sebelum ini. Catarina menerima bayaran RM2.5 juta kerana menjual daranya akhir November tahun lalu. Sejurus selepas menawarkan daranya, Catarina mendapat bidaan daripada lelaki seluruh dunia.
Justeru, Rebecca berkata, dia berharap keadaan sama berlaku terhadap dirinya. “Wang yang diperoleh nanti akan digunakan merawat ibu saya yang terlantar akibat strok,” katanya.
Sebelum ini, kata Rebecca, dia cuba menjual barangan kosmetik dan menjadi pelayan tetapi wang diperolehnya tidak mencukupi. Sementara itu, jiran Rebecca berkata, gadis terbabit tidak pernah tahu siapa bapanya.

Kata mereka, kakak Rebecca pula mati tahun lalu.
“Tiada sesiapa lagi yang boleh membantu kerana Rebecca tinggal bersama ibunya di rumah.
“Strok menyebabkan ibu Rebecca cuma mampu terbaring.
“Bagi kami, tindakan Rebecca itu boleh dianggap sebagai pilihan terakhir dia untuk membantu ibunya,” katanya. Setakat ini bidaan tertinggi untuk dara Rebecca ialah RM170,000. – TS
Gangguan seksual ancam keselamatan
Wartawan Sinar Harian
4 Januari 2013
Gangguan seksual ancam keselamatan
Pakaian dalam yang di tayang di tepi hutan berhampiran Indera Mahkota 2.
KUANTAN- Bukan sahaja menyakitkan pemandangan, malah keadaan pakaian dalam wanita yang di tayang di tepi hutan berhampiran Indera Mahkota Dua di sini menjadikan keselamatan penduduk turut terancam.

Penduduk Zaliah (bukan nama sebenar), 25 berkata, dia terkejut apabila melihat beberapa helai pakaian dalam wanita ‘dipamer’ di dahan pokok dan papan tanda.

Menurutnya, sebagai wanita, dia sememangnya rasa terganggu dengan situasi tersebut apabila ada individu yang mungkin telah mencuri pakaian dalam tersebut semata-mata untuk kepuasan nafsu mereka.

“Saya tinggal di rumah sewa bersama empat rakan yang lain dan laluan tempat pakaian dalam ini di tayang merupakan laluan utama saya ke tempat kerja.

“Memang terkejut melihat keadaan ini dan pada masa yang sama saya rasa keselamatan kami sebagai wanita turut terancam.

“Apa muslihat individu tersebut menayangkan pakaian dalam ini jika tidak berunsurkan gangguan seksual,” katanya.

Sehubungan itu, dia kini lebih berhati-hati untuk menyidai pakaian di luar rumah sejurus insiden tersebut.

Bagi Haslinda (bukan nama sebenar), 23 berharap agar pihak berkuasa seperti polis dan rondaan SRS dapat dilaksanakan dengan lebih teliti lagi.

“Kawasan ini adalah kawasan perumahan, dan kami bimbang jika keadaan ini berlanjutan, akan ada masalah lain pula yang timbul.

“Jika si pelaku ini tidak ditangkap, mungkin ada yang menjadi mangsa rogol pula.," katanya.
Tidak tidur sejak 13 tahun
Wartawan Sinar Harian
4 Januari 2013
Tidak tidur sejak 13 tahun
Ibrahim tidak pernah tidur sejak 13 tahun lalu apabila jatuh sakit dan banyak menghabiskan masa di biliknya.
MACHANG - Bekas imam, Ibrahim Nor, 73,  tidak pernah tidur dan menghabiskan masa dengan merangkak mengelilingi ruang rumahnya pada waktu malam sejak sakit, 13 tahun lalu.

Isterinya, Rokiah Mustafa, 60, berkata,  Ibrahim tidak mampu berjalan dan melihat dengan baik sejak sakit dan banyak menghabiskan masa dengan duduk di biliknya pada waktu siang.

Katanya, pertuturan bekas imam Madrasah Kampung Laklok itu juga tidak jelas dan banyak menggunakan bahasa isyarat jika ingin memberitahu sesuatu.

“Makcik juga tidur-tidur ayam, bimbang pakcik akan membuka pintu dan keluar dari rumah pada waktu malam. Makcik sendiri tidak tahu apa penyakitnya namun dia tidak mampu menguruskan diri dan bergantung sepenuhnya kepada keluarga.

“Kami tidak mempunyai anak, mujur ada anak saudara yang menolong saya enjaganya. Sebelum sakit, pakcik pernah beritahu dia dipatuk ular tetapi apabila makcik memeriksanya, tiada kesan patukan malah dia juga sihat seperti biasa namun lebih kurang dua minggu selepas itu, dia mula sakit dan tidak mampu menguruskan diri sendiri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Laklok, di sini, semalam.

Rokiah berkata, mereka sekeluarga bergantung hidup kepada hasil jualan pertanian suaminya dan hilang punca rezeki sejak Ibrahim  sakit.

Katanya, bagi mencari sesuap nasi, dia turut mengambil upah menjual ubat-ubat  tradisional dengan menjaja di sekeliling kampung dan kawasan sekitar.

“Selain itu, wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan, turut membantu meringankan kesusahan kami memandangkan kesihatan makcik juga tidak berapa baik dan tidak mampu keluar menjual ubat setiap hari.

“Kalau makcik sihat dan ada orang tolong jagakan pakcik, makcik  akan keluar menjual ubat.  Makcik juga bimbang apabila kami tidak dapat membuka  uku akaun sebagaimana yang diminta JKM bagi menyalurkan bantuan bulanan kepada pakcik.

"Makcik tiada kenderaan lagipun susah nak bawa pakcik ke bank untuk buka buku akaun. Makcik berharap perkara ini dapat diselesaikan segera agar bantuan itu dapat diteruskan seperti biasa,” katanya.

Dalam pada itu, Rokiah berharap ada pihak yang sudi membantu mengubati penyakit suaminya termasuk melalui perubatan alternatif.

Katanya, pelbagai usaha yang dilakukan bagi mengubati penyakit suaminya yang pelik, namun masih belum berhasil tambahan pula,  wang yang ada hanya cukup untuk keperluan harian.
'Saya hanya mahu beruk'
Wartawan Sinar Harian
4 Januari 2013
'Saya hanya mahu beruk'
Patimah melihat ular sawa yang kekenyangan setelah menelan beruknya.
KUALA NERUS – “Saya tidak mahu minta apa-apa, tapi hanya perlukan seekor beruk untuk meneruskan hidup,” demikian kata Patimah Yong, 63, yang nyata masih lagi bersedih setelah beruknya yang menjadi sumber rezeki  ditelan ular sawa kelmarin.

Lebih menyedihkan, dia hanya menyedari kematian beruk itu kira-kira jam 8 pagi kelmarin ketika anak bongsunya ingin keluar ke tempat kerja dan terkejut melihat seekor ular sawa yang kekenyangan tergantung pada rantai besi setelah menelan beruk yang diletakkan di hadapan rumah.

Malah dia juga tidak menolak kemungkinan bunyi bising monyet hutan pada malam kejadian merupakan petanda buruk yang akan menimpa beruk peliharaannya yang dipanggil Hitam.

Menurut Patimah lagi, kehilangan beruk yang lebih empat tahun ‘berkhidmat’ sebagai pemetik kelapa sememangnya memberi kesan baginya, kerana mereka sekeluarga kini hilang punca pendapatan.

“Selepas ini saya tidak tahu lagi bagaimana untuk meneruskan hidup, kerana tidak mampu untuk membeli beruk yang lain sebagai ganti.

“Ini kerana, harga seekor beruk yang terlatih dan boleh memetik kelapa mencecah ribuan ringgit dan saya juga tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan kepada pelanggan tetap yang ingin mendapatkan bekalan kelapa selepas ini,” kata ibu tunggal kepada lima cahaya mata di kediamannya di sini, semalam.

Jelas wanita gigih itu lagi, kebanyakan pengusaha kuih dan makanan di sekitar kawasan berkenaan sememangnya mendapatkan bekalan kelapa darinya seminggu sekali.
Patimah berkata, Hitam antara 10 beruk yang pernah dimilikinya sebelum ini.

“Antara semua beruk yang saya pernah miliki sebelum ini, Hitamlah antara yang paling rapat dan mudah diajar dengan mampu memetik sehingga 200 biji kelapa sehari,” katanya yang kini tinggal bersama anak bongsu dan menantunya.

Katanya lagi, kini dia sekeluarga hanya mampu menunggu buah kelapa yang gugur untuk dijual, sementara menanti rezeki membeli beruk yang lain.
Kecewa kemudahan tidak sempurna
Wartawan Sinar Harian
4 Januari 2013
Kecewa kemudahan tidak sempurna
Akmal menunjukkan keadaan almari tanpa pintu yang sempat dirakam menggunakan telefon bimbit semasa menghantar anaknya ke asrama terbabit.
Kecewa kemudahan tidak sempurna
Gambar dirakam Akmal menunjukkan ada sebahagian almari tidak mempunyai pintu.
BERA - Kemudahan dalam bilik asrama sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan di sini membuatkan ibu bapa dan penjaga bimbang dengan keadaan anak-anak mereka.

Mereka mendakwa keadaan almari tidak sempurna kerana pintunya rosak boleh menyebabkan berlaku kecurian barangan peribadi.

Wakil penjaga yang mahu dikenali sebagai Akmal, 51, berkata, perkara itu dibangkitkan bukan mahu mengaibkan Pejabat Pelajaran Daerah atau sekolah berkenaan, sebaliknya bertujuan menjamin keselesaan anak-anak yang tinggal di asrama.

Katanya, bagi pelajar yang mendapat almari tanpa pintu, sudah pasti mereka bimbangkan tahap keselamatan barang masing-masing semasa tiada di dalam bilik.

“Sedangkan almari terbuka memberi peluang kepada orang lain untuk mencuri, inikan pula dengan keadaan almari tanpa pintu.

“Kalau boleh, kita minta pihak berkenaan mengatasi masalah tersebut secepat mungkin,” katanya selepas menghantar anak lelakinya ke asrama sekolah terbabit.

Dia berkata, ibu bapa dan penjaga yang menghantar anak mereka ke bilik asrama sekolah berkenaan terkejut apabila mendapati terdapat kemudahan tidak lengkap termasuk tilam serta kipas.

Menurutnya, ada beberapa tilam didapati patah dua, tetapi masih digunakan dan disarung menggunakan kain PVC supaya tilam itu tidak beralih, sementara 80 peratus daripada kipas yang ada pula tidak berfungsi.

“Kami sebagai ibu bapa tidak menafikan keadaan tersebut berlaku disebabkan tindakan nakal sesetengah pelajar, tetapi perkara ini seharusnya  dipantau sebaik mungkin.

“Ini adalah teguran untuk kebaikan semua dan bukan bertujuan menjatuhkan sesiapa kerana bagi saya, keadaan selesa membuatkan anak-anak dapat belajar dengan baik,” katanya.
Terlantar akibat sakit misteri
IZWAN ROZLIN
4 Januari 2013
Terlantar akibat sakit misteri
Ina menyuapkan makanan kepada suaminya.
Terlantar akibat sakit misteri
Presiden Ikatan Insan Muslim Malaysia, Amir Amsa Alla Pitchay melawat dan menyerahkan sumbangan kepada Ali.
KUALA LUMPUR – Seorang bekas juruteknik kini terlantar sakit selepas dia mendakwa disihir bekas isterinya gara–gara enggan menyerahkan harta yang dimilikinya.

Mangsa yang dikenali sebagai Ali, 43, dikatakan kerap meracau hampir setiap hari tidak kira malam atau siang selepas bercerai dengan isterinya seorang warga Filipina, dua tahun lalu.

Isterinya yang ingin dikenali sebagai Ina, 31, berkata, kejadian pelik menimpa suaminya pada mulanya dianggap biasa namun semakin teruk hingga menyebabkan dia terpaksa membawa suami merawat di pusat rawatan alternatif Islam.

“Pada mulanya ingat dia hanya sakit biasa kesan daripada kencing manis atau sebab kaki kanannya yang sudah dipotong, tetapi selepas diberitahu ada 28 jin yang kini mengekori dan mengganggunya, saya beristighfar panjang dan kini hanya mampu berdoa agar dijauhi perkara tidak baik,” katanya yang tinggal di Cheras.

Menurutnya, sejak akhir-akhir ini suaminya mula bercakap seorang diri dan apabila ditegur, suaminya akan marah dan suara bertukar daripada lembut menjadi garau dan keras.

“Dulu boleh bangun dan duduk, tapi sekarang tidak boleh langsung, badannya seolah-olah berat sangat hingga pada waktu malam tiba-tiba boleh jatuh dari katil,” katanya.

Ali yang bersetuju untuk berkongsi kisahnya dengan Sinar Harian menyerahkan segalanya kepada isterinya, Ina berikutan dia tidak mampu bercakap panjang untuk menceritakan segalanya semenjak kaki kanannya terpaksa dipotong akibat kencing manis sejak lebih setahun lalu.

Perkahwinan selama 18 tahun yang dibina atas dasar suka sama suka bersama wanita Filipina itu berubah sebaik sahaja bekas isterinya mendapat status pemastautin tetap (PR) Malaysia.

Meskipun sudah lama berkahwin, Ali yang turut mempunyai penyakit buah pinggang tidak dikurniakan anak menyebabkan pasangan itu mengambil seorang anak angkat perempuan  yang kini belajar dalam tingkatan 2.

“Punca kaki Ali terpaksa dipotong adalah kerana terpijak paku dan kebetulan dia ada kencing manis jadi keadaan kecederaan melarat dan bagi mengelak virus menyerang organ lain, kaki kanannya terpaksa dipotong pada pertengahan 2011,” katanya.

Dipaksa serah geran tanah

Ina berkata, sejak itu bekas isteri suaminya itu mula menunjukkan sikap dingin dan  memberontak hingga memaksanya menyerahkan wang termasuk gaji bulanan dan harta benda yang lain termasuk geran tanahnya.

“Keadaan semakin menjadi-jadi apabila Ali yang kurang upaya turut ditampar dan dicekik hampir setiap hari kerana enggan menyerahkan hartanya,” katanya.

Menurutnya, bekas isterinya itu juga membiarkan Ali kebuluran sehinggalah anaknya pulang dan memberi ayahnya makan.

Dia berkata, anak angkat yang ketika itu masih bersekolah rendah turut dipukul hanya kerana mahu menjaga ayahnya.

“Keadaan itu menyebabkan saya sebagai seorang sepupu mengambil keputusan membawa Ali dan anaknya pindah ke rumah saya dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk berkahwin selepas Ali  sah bercerai dengan isterinya Februari tahun lalu bagi membolehkan saya menjaga Ali sepenuh masa," katanya.

Insurans ditukar tanpa pengetahuan

 Perkahwinan yang dibina bersama Ali rupa-rupanya tidak disenangi bekas isterinya sehinggakan insurans Ali  sudah ditukarkan kepada namanya sebagai pemegang polisi.

“Keseluruhan insurans itu bernilai RM50,000 masih tergantung dan gagal dituntut kerana nama pemegang polisi sudah ditukar malah bekas isterinya juga mahu sebuah apartmen milik Ali yang kini disewakan,” katanya.

Ina berkata, wang hasil sewaan apartmen itu ketika ini digunakan untuk menampung kos kehidupan keluarganya memandangkan suaminya itu sudah tidak mampu bekerja malah gaji yang diterima juga sudah dihentikan majikannya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak dua bulan lalu selepas hampir setahun lebih tidak bekerja.

“Sekarang hanya harap pada bantuan Baitulmal RM200 sebulan dan sedikit wang hasil sewa apartmen,” katanya.

Menurutnya, dia kini mengharapkan ihsan ibunya untuk membantu perbelanjaan keluarga termasuk anak perempuannya berusia empat tahun termasuk membeli barangan keperluan suaminya yang mencecah RM1,000 sebulan.

“Lampin, susu dan setiap bulan perlu buat pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan ia memerlukan kos,” katanya.

Jelasnya, sewa rumah juga sudah tertunggak hampir setahun dan gagal diselesaikan kerana kekangan kewangan.
Empat berdepan hukuman mati
Wartawan Sinar Harian
4 Januari 2013
Empat berdepan hukuman mati
Dua daripada empat tertuduh menutup wajah mereka sebaik saja keluar dari mahkamah, semalam
JASIN - Empat lelaki termasuk dua penjawat awam dan seorang pengawal keselamatan dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dakwaan membunuh seorang pekerja kedai tayar, bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dari keempat-empat mereka, Abdul Razak Sha’ari, 27, Norizan Abd. Rahman, 26, Shahril Nizam Abdollah, 30, dan Mohd Ramza Salim, 37.

Mereka bersama seorang lagi yang masih bebas, didakwa mencapai niat bersama melakukan pembunuhan dan menyebabkan kematian Mohd Fazrinnizam Ramli, 25, di sebuah rumah di Jalan Tamban, Taman Merlimau Baru, dekat sini, antara jam 6.30 pagi dan 10.30 pagi pada 18 Disember lalu.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof di hadapan Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff. Manakala kesemua tertuduh diwakili peguam bela, Andrew Loundres.

Siti Suriatey kemudian menetapkan 22 Februari depan sebagai tarikh sebu-tan semula kes.
Jual lambang Diraja palsu
NURUL FATIHAH SULAINI
4 Januari 2013
Jual lambang Diraja palsu
Tengku Zainol Rashid menunjukkan lambang kereta yang asal (kiri) berbanding lambang kereta palsu (kanan).
ALOR SETAR - Penjualan lambang kereta palsu Persatuan Kerabat Diraja Kedah dikesan di negeri ini dengan menggunakan gelaran ahli bersekutu sejak akhir-akhir ini.

Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK), Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata, satu-satu logo berkenaan dijual dengan harga sehingga RM5,000 dipercayai dari pasaran gelap.

Katanya, sindiket menjual lambang kereta palsu dipercayai licik dengan mengambil kesempatan menjualnya pada harga yang tinggi.

Tengku Zainol Rashid berkata, melalui satu operasi yang dilakuka, mereka berjaya mengesan seorang mangsa di Sungai Petani memakai lambang palsu dengan tertera lambang ahli bersekutu.

“Kita mula menjalankan operasi semenjak 30 Disember lalu setelah menerima banyak laporan berhubung penyalahgunaan lambang kereta palsu di beberapa kawasan dan sudah mengarahkan semua ahli bekerjasama terlibat dalam operasi berkenaan.

“Sekiranya ahli dapat mengesan ada kenderaan yang disyaki menggunakan lambang kereta palsu mereka akan mengambil gambar untuk dihantar kepada kita bagi memastikan status sebenar lambang itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, lambang berkenaan sepatutnya mempunyai nombor keahlian persatuan dan hanya boleh digunakan oleh ahli persatuan sahaja, bukan sewenang-wenangnya.

Menurutnya, bagi mengelakkan terus ditipu mereka yang tidak bertanggungjawab, beliau menggesa orang ramai supaya lebih berwaspada dengan sindiket itu serta tidak mudah terpedaya.

Sementara itu, Tengku Zainol Rashid berkata, mereka juga dalam proses untuk mengemaskini maklumat sebelum membuat laporan polis berhubung penyalahgunaan lambang kereta terhadap individu bukan ahli persatuan di negeri ini.

“Kita akan menyerahkan mereka kepada pihak polis untuk diambil tindakan sewajarnya kerana tidak mahu perkara itu boleh menjejaskan imej Kerabat Diraja Kedah,” katanya.
Kasih ibu angkat
ROSDALILAH ZAHARI
4 Januari 2013
Kasih ibu angkat
Foong Keng mengelap muka anak angkatnya yang lumpuh sejak dua tahun lalu.
IPOH - Keadaan seorang lelaki berusia 27 tahun yang lumpuh hampir seluruh badan dan hanya mampu terlantar di atas katil amat menyayat hati selepas dia diserang sawan tarik pada kira-kira dua tahun lalu.

Namun lelaki terbabit, Wong Han Tan, beruntung kerana mempunyai seorang ibu angkat warga emas, Lau Foong Keng, 77, yang tidak jemu menjaganya siang dan malam tanpa mengenal erti penat sejak dia ditimpa musibah itu.

Foong Keng berkata, walaupun mereka tidak mempunyai ikatan kekeluargaan, namun dia menganggap Han Tan sebagai anak lelakinya sendiri kerana sudah memeliharanya sejak  kecil.

“Dulu kehidupan kami lebih teratur kerana suami bekerja sebagai pengamal perubatan tradisional dan saya membantunya untuk menjalankan perniagaan tersebut.

“Namun, selepas suami saya meninggal pada tahun 1997, kehidupan kami berdua sedikit terjejas.

“Tetapi saya dan anak angkat masih meneruskan perniagaan yang dijalankan suami secara kecil-kecilan bagi menampung kehidupan harian,” katanya yang kini tinggal di rumah adiknya, di Taman Harilela, di sini, semalam.

Bagaimanapun, warga emas itu berkata, kehidupan mereka bertambah rumit apabila anak angkatnya dimasukkan ke hospital pada April 2011.

“Selama 10 hari dia dirawat, doktor tidak dapat mengenal pasti apakah penyakit sebenar yang dihadapinya namun dipercayai ada kaitan dengan penyakit sawan tarik yang dialami sejak kecil.

“Sejak keluar dari hospital sehingga ke hari ini, saya perlu menjaganya dengan penuh tanggungjawab memandangkan dia tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya berbaring di katil,” katanya yang hanya memperoleh pendapatan RM120 setiap bulan hasil membuat minyak urut.

Menurutnya, setiap bulan dia memerlukan sekurang-kurangnya RM1,000 untuk membeli makanan, minuman, kain lampin serta peralatan lain untuk kegunaan anaknya.

“Saya ada menerima bantuan segera RM500 dan tilam daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada November tahun lalu namun selepas itu kami tidak menerima sebarang bantuan daripada mereka.

“Selain itu, saya ada memohon supaya anak saya ditempatkan di pusat jagaan orang kurang upaya (OKU) tetapi masih juga tidak menerima jawapan sehingga ke hari ini,” luahnya yang berharap agar anaknya sembuh dengan segera.

Oleh itu, Foong Keng berharap, agar pihak yang berkenaan dapat membantunya supaya anaknya mendapat penjagaan sempurna.

Sementara itu, Pengerusi Rukun Tetangga (RT) Bercham, Tan Swee Kong berkata, beliau mendapat tahu mengenai nasib warga emas dan anak angkatnya daripada jiran berhampiran mereka.

“Selepas mendapat tahu mengenai perkara tersebut, saya dan beberapa ahli RT yang lain datang membawa bantuan seperti tilam dan wang untuk kegunaan dua beranak itu.

“Kami juga sudah cuba mendapatkan bantuan daripada JKM serta memohon agar Han Tan dimasukkan ke pusat jagaan OKU memandangkan ibu angkatnya sudah tua dan uzur.

“Sehubungan itu, saya berharap agar mereka mendapat bantuan segera daripada pihak berkenaan dalam masa terdekat,” katanya.

5 Panduan Memilih Calon Isteri Menurut Islam


Institusi kekeluargaan penting di dalam Islam. Oleh kerana itulah Allah mengharamkan zina dan menyuruh umatnya berkahwin kerana dengan berkahwin seseorang itu terikat dan bertanggungjawab untuk menjaga keluarga mereka. Jika runtuh institusi kekeluargaan, maka runtuhlah juga tempat untuk anak-anak bergantung. Mereka hilang pembimbing dan akhirnya terjerumus dalam lubang kejahilan. Masalah ini akhirnya akan menyebabkan keruntuhan akhlak dan masalah sosial yang lebih buruk. Oleh itu berkahwinlah. Kerana ia dituntut oleh agama.
Jika anda masih belum berkahwin terdapat beberapa panduan yang digariskan dalam Islam yang seharusnya anda jadikan panduan dalam memilih isteri. Panduan yang diberikan oleh yang maha tinggi tentulah untuk kesejahteraan manusia seluruhnya. Berikut merupakan beberapa cara memilih isteri yang boleh anda jadikan panduan:

1. Pilihlah isteri yang beragama

Pada kebiasaannya kebanyakkan masa suami digunakan mencari nafkah untuk keluarga. Oleh itu kebanyakkan masa anak-anak akan dihabiskan dengan ibu mereka. Ibulah yang banyak mencorak anaknya, mengajarkan perkara-perkara yang tidak mereka ketahui. Disinilah nampaknya kepentingan seorang isteri yang mempunyai agama. Seorang isteri yang beragama juga tahu apakah yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam Islam. Mereka tahu had-had pergaulan bagi mengelakkan fitnah dan kemarahan suaminya. Alangkah indahnya mempunyai isteri yang beragama.

2.  Pilihlah isteri dari keluarga yang baik

Manusia yang berada didalam persekitaran yang baik selalunya akan menjadi baik. Mereka akan sedikit sebanyak mengikut personaliti individu terdekat dengan mereka iaitu keluarga. Jadi memilih isteri dari kalangan keluarga yang baik adalah penting dalam Islam. Ini kerana anak-anak mereka akan mengikut personaliti ibu dan bapa mereka. Dengan memilih seorang isteri dari keluarga yang baik seorang suami sebenarnya telah melakukan ikhtiar agar kebaikan keluarga mereka terus-menerus terpelihara sehingga ke anak cucu. InsyaAllah.

3. Pilihlah isteri kerana rupa paras

Perlu diingat disini bahawa rupa paras adalah subjektif. Ia bergantung pada individu itu sendiri. Oleh sebab itulah Allah menciptakan manusia dalam rupa paras dan warna kulit yang berbeza. Bagi si A mungkin wanita yang bertubuh kurus dianggap cantik manakala si B beranggap wanita yang bertubuh gempal lebih memikat hati mereka. Ini termasuklah bentuk muka, ketinggian, warna kulit dan sebagainya. Setiap manusia mempunyai definisi kecantikan mereka sendiri. Rupa paras isteri anda tidak seharusnya cantik pada pandangan orang lain, tetapi kecantikannya haruslah sesuatu yang menyejukkan mata anda. Bak kata orang, yang sedap mata memandang.

4. Pilihlah isteri yang pandai menjaga kehormatan

“Malu itu perisai orang beriman” mungkin anda pernah mendengar lirik dari lagu terkenal itu. Tetapi persoalannya, berapa ramaikah wanita yang benar-benar mempunyai rasa malu dalam diri mereka? Kini semakin ramai wanita yang semakin nipis malunya. Mereka menjerit-jerit, berkata-kata kesat tanpa segan silu, berpakaian tidak senonoh untuk menarik perhatian lelaki, dan bergaul bebas seperti manusia tidak beragama. Kerana inilah Islam mengajar kita memilih seorang isteri yang pandai menjaga kehormatan diri mereka dengan tidak berkelakuan tidak senonoh. Seorang isteri yang pandai menjaga kehormatan akan menyenangkan hati suami.

5. Pilih dari keturunan yang subur

Tiada yang lebih menggembirakan pasangan suami isteri melainkan kehadiran zuriat dalam hidup mereka. Kehadiran cahaya mata dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan menjadikan ikatan mereka lebih bermakna. Oleh itu Islam juga mengajar kita supaya memilih isteri dari keluarga yang subur agar boleh memberikan zuriat yang banyak kepada kita kelak. Pilihlah isteri yang boleh melahirkan zuriat yang menjadi penyambung keturunan kita.
Itulah beberapa kaedah memilih isteri yang boleh anda gunakan sebagai panduan. Yang terpenting dalam 5 panduan ini tentulah yang pertama iaitu memilih isteri yang beragama. Kerana dengan memilih isteri yang beragama anda sebenarnya telah melengkapkan yang selainnya. Isteri yang beragama akan membuatkan dirimu tenang dan damai. Semoga bertemu lagi dalam artikel seterusnya. Jangan lupa untuk “like” page FB ZonLelaki. Assalamualaikum!


Tips & Panduan Memilih Calon Isteri Menurut Islam

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata-kata yang biasa kita dengar saban hari.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Mana yang betul antara ciri-ciri memilih isteri mengikut garis panduan masyarakat/selera perut @ mengikut panduan AGAMA ISLAM?

Masyarakat kita semakin hari semakin keliru dalam memilih pasangan. Sama ada yang wanita mahupun yang lelaki. Rata-rata semakin membina tembok pemisah antara agama dan kehidupan. Sedangkan Islam itulah cara hidup kita.. AlQuran & hadith itulah manual pengguna utk kita menjalani hidup sehari-hari.

Dalam persoalan ini, apabila seorang pemuda telah menemukan atau hendak menemukan seorang calon isteri yang dipandangnya sepadan dan berkenan di hati, hendaklah ia memeriksa sifat yang terpuji dan kriteria pegangan agama yang ada padanya. Janganlah kita hanya memfokuskan semata-mata kepada karektor duniawi, kekayaan, kecantikan, kedudukan atau mesti pandai memasak. Kerana di dalam suatu hadis Rasulullah s.a.w., seseorang wanita itu sebaiknya dipilih untuk dinikahi adalah kerana berdasarkan agamanya yang baik dan bukannya karena pandai memasak

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:

“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Secara umumnya, mereka yang baik agamanya dan lebih taqwanya adalah mulia dan dipandang tinggi di sisi Allah s.w.t.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia d iantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu...” (al-Hujuraat 49: 13)

Tak ada pun kata mesti pandai memasak... betul tak?

Dengan merujuk pula kepada firman Allah s.w.t. berikut:

“Maka wanita yang solehah, ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) ketika suaminya tiada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka)." (Surah an-Nisaa’ 4: 34)

Sufyan ats-Tsauri berkata (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dalam Tafsirnya (5/38) dengan sanad yang shahih): Kalimah “Qaanitaat” membawa maksud wanita yang taat kepada Allah dan kepada suaminya.”

Nabi pernah ditanya tentang sebaik-baik wanita, yang mana Baginda bersabda:

“Iaitu yang taat apabila diperintah, yang menyenangkan apabila dipandang serta menjaga diri dan harta suaminya.” (Hadits bertaraf sahih, diriwayatkan oleh imam Ahmad (4/341))

Bertepatan dari anjuran hadis Rasulullah ini, maka keutamaan kita dalam memilih calun isteri adalah menjurus kepada wanita yang baik urusannya dalam menjaga kehormatan dirinya dan harta suaminya, sama ada ketika berada di sisi suami, keluarga ataupun di ketika waktu ketiadaan suaminya, secara zahir dan batin yang didasari hati yang bersih serta suci lantaran kesan pegangan agamanya.
Dari kalangan tabi’in, Qatadah bin Di’aamah As-Saduusi pula berkata: “(Wanita yang sepatutnya menjadi pilihan) Adalah yang menjaga apa-apa yang telah Allah serahkan agar dijaga dari hak-hak suaminya. Menjaga dirinya saat suaminya tidak berada di sisinya.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir (5/39) dengan sanad yang shahih)

Telah disebutkan di atas tentang sifat sebaik-baik wanita iaitu,

“Serta menjaga diri dan harta suaminya.”

Abdullah bin Amru r.a. berkata: “Mahukah kalian aku beritahu tentang tiga jenis manusia yang celaka:
  1. Imam yang zalim, bila engkau berbuat baik kepadanya ia tidak berterima kasih, jika engkau berbuat salah kepadanya ia tidak memaafkan.
  2. Tetangga/jiran yang jahat, jika ia melihat kebaikan padamu ia tutup-tutupi, jika melihat keburukan padamu ia menyebarkannya.
  3. Isteri yang buruk tabiatnya, jika engkau berada di sisinya ia membuatmu gusar/tidak senang. Dan bila engkau tidak berada di sisinya ia berkhianat.”
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam kitab Al-Mushannaf (3/559) dengan sanad yang shahih) 

Seterusnya, carilah wanita yang memiliki sifat-sifat yang penyayang. Semua ini mampu memberi infect atau kesan yang baik kepada anak-anak kelak serta kepada hati suami yang utamanya. Dalam hal ini,

Nabi s.a.w bersabda: “Nikahilah oleh kalian wanita yang penyayang lagi subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kalian yang banyak di hadapan umat-umat lain pada hari Kiamat.” (Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Khathib al-Baghdaadi dalam Tarikh Baghdad (12/377))

“Sebaik-baik wanita yang menunggang unta adalah wanita-wanita yang solehah dari suku Quraisy, mereka adalah wanita yang paling sayang kepada anak-anak sewaktu masih kecil dan yang paling menjaga hak dan harta suami.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhaari (3/240))

Seterusnya, carilah wanita yang memiliki sifat-sifat yang penyayang. Semua ini mampu memberi infect atau kesan yang baik kepada anak-anak kelak serta kepada hati suami yang utamanya. Dalam hal ini,

Nabi s.a.w bersabda: “Nikahilah oleh kalian wanita yang penyayang lagi subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kalian yang banyak di hadapan umat-umat lain pada hari Kiamat.” (Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Khathib al-Baghdaadi dalam Tarikh Baghdad (12/377))

“Sebaik-baik wanita yang menunggang unta adalah wanita-wanita yang solehah dari suku Quraisy, mereka adalah wanita yang paling sayang kepada anak-anak sewaktu masih kecil dan yang paling menjaga hak dan harta suami.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhaari (3/240))

Dari sudut ini, kelangsungan hidup manusia dan generasi soleh/solehah akan dapat diteruskan melalui kelahiran zuriat-zuriat yang baik. Lantas, dari zuriat yang soleh/solehah (muslim ini) ia berupaya untuk menjaga aspek keturunan dari generasi ke generasi untuk membentuk masyarakat yang menegakkan syari’at Allah, meninggikan agama, memakmurkan alam semesta, dan memperbaiki kehidupan di muka bumi. (Rujuk: Menjaga Kehormatan Muslimah, sheikh Bakr Abdullah Abu Zaid, Daar an-Naba', m/s. 150-151)
“Dan para wanita itu mempunyai hak yang seimbang seperti kewajiban yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang ma’aruf (dan tidak dilarang oleh syara’); Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (al-Baqarah 2: 228)

Melalui ayat ini, dapat kita simpulkan bahawa terdapat hubungan antara kelebihan kaum wanita dengan kekuatan kaum lelaki sehingga keduanya akan saling melengkapi dengan masing-masing diberikan keistimewaan, keutamaan, dan tanggungjawab masing-masing.

Akhir sekali, suatu yang perlu di-ambil perhatian. Bahawasanya Allah dan Rasul-Nya melarang lelaki ataupun sebaliknya untuk menikahi atau mengahwini pasangan yang terdiri dari kalangan penzina. Tetapi pilihlah wanita yang mulia, suci dan terjaga kehormatannya sebagaimana yang dinyatakan di awal tulisan ini tadi,

“...yang ta’at kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) .” (an-Nisa’ 4: 34)

Persoalan ini juga dijelaskan oleh Allah s.w.t. sebagaimana di dalam firman-Nya yang berikut:

“Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin.” (an-Nuur 24: 3)

Dalam suatu riwayat, sebelum turunnya ayat ini seorang sahabat bernama Abu Martsad al-Ghanawi r.a. datang menemui Rasulullah s.a.w. meminta restu/keizinan untuk menikahi seorang wanita pelacur yang dahulunya semasa jahiliyyah adalah bekas kekasihnya (wanita itu bernama ‘Anaq). Dan sehinggalah turunnya ayat di atas (Surah an-Nuur 24: 3) Rasulullah s.a.w. menjelaskan “Jangan dinikahi wanita itu!” (Diriwayatkan oleh imam yang empat kecuali Ibnu Majah)

Ini antaranya adalah kerana wanita penzina dan pelacur itu boleh mengganggu urusan kebahagian sesebuah rumahtangga dan institusi kekeluargaan pasangan suami isteri. Malah status pelacur/penzina ini sendiri menurut Ibnu Umar r.a. adalah merupakan antara manusia yang celaka sebagaimana riwayat ini (telah dijelaskan di awal tulisan), “wanita yang apabila engkau tidak berada di sisinya ia berkhianat.”

Manakala menurut Hasan al-Basri rahimahullah; “Tidaklah halal dinikahi wanita penzina dan wanita simpanan.” (Diriwayatkan oleh Sa’id bin Mashur dalam as-Sunan (5/8) dengan sanad yang sahih)

Adapun begitu, andainya dia (wanita yang awalnya seorang penzina) merupakan dari kalangan wanita yang sudah bertaubat dan sudah meninggalkan perbuatan pelacuran, maka keharaman itu terhilang dan termansuh sebagaimana menurut Abdullah bin Abbas r.a.: “Awalnya zina akhirnya nikah, awalnya haram akhirnya halal.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah (3/529) dengan sanad yang sahih)

Dan daripada firman Allah s.w.t.:

"...kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (an-Nuur 24: 5)

Shilah bin Asyyam rahimahullah berkata: “Tidak mengapa menikah keduanya samaada wanita atau pemuda dengan penzina yang telah bertaubat kepada Allah. Allah lebih berhak menerima taubat keduanya. Jika keduanya adalah penzina dan belum bertaubat, maka lelaki yang buruk pasangannya juga adalah dengan wanita yang buruk pula. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi syaibah (3/528) dengan sanad yang sahih)

Sebagai kesimpulan, membuat pilihan calon isteri bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang remeh. Ia amat berat pada hakikatnya kerana ia bakal menjaga urusan dalam kekeluargaan yang diketuai oleh seorang lelaki bernama suami. Dan bakal menjadi pembimbing anak-anak atau zuriat yang kelak bakal dilahirkan. Kriteria-kriteria yang baik berserta kebijaksanaan dalam pelbagai bidang ilmu tertentu dan persoalan keagamaan perlu dilihat sebagai keutamaan supaya segala perjalanan kehidupan di masa mendatang bakal ter-urus dengan baik dan tersusun. Supaya kelak, kehidupan anda bersama keluarga bakal mengecapi suasana yang aman bahagia dan tenteram. Lantas mampu melahirkan masyrakat yang berhubungan dengan harmoni.

Antara ciri-ciri yang lain bagi calon isteri yang baik secara umum adalah seperti berilmu, sentiasa bersyukur, tahu menjaga hubungan yang baik dengan kaum keluarga kedua belah pihak, memiliki daya kepimpinan terhadap pengurusan rumahtangga dengan baik, memahami kehendak/keperluan suami, batas pergaulannya terjaga, dan sentiasa menjaga penampilan yang baik.
Kebahagiaan manusia ada tiga: Wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yang baik. Sedangkan kesengsaraan manusia ialah: Wanita yang buruk (perangainya) , tempat tinggal yang buruk, dan kenderaan yang buruk.” (Hadis Riwayat Ahmad (1/168), dengan sanad yang sahih)

Dan mereka berkata (berdoa): "Wahai Tuhan kami, anugerahilah kepada kami isteri-iesteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. (al-Furqan 25: 74)

Dan sebaik-baik wanita itu adalah mereka yang soleh dalam agamanya, sebagaimana hadis berikut:

“Dunia itu seluruhnya adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab ar-Ridha)
Zarina Anjoulie dijamin adik tiri

4 Januari 2013
Zarina Anjoulie
Zarina Anjoulie
PETALING JAYA - Pelakon dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, lebih dikenali sebagai Zarina Anjoulie dijamin adik perempuan tirinya hari ini selepas dua hari berada dalam Penjara Kajang.
Pelakon berkenaan yang dijamin adik tirinya itu keluar dari bilik lokap kompleks mahkamah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi kelihatan tenang, memakai baju-T warna kelabu dan bercermin mata gelap.
Zarina bersama rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, didakwa di Mahkamah Majistret di sini Rabu lepas memiliki dua biji pil Eramin 5 anggaran seberat 0.6 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, pukul 5.30 petang pada 30 Dis lalu.
Kedua-duanya pelajar sebuah kolej swasta, dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh, yang mengaku tidak bersalah, dijamin RM2,000 sementara menunggu sebutan semula kes pada 8 Feb depan.
Hanya Mohamad Fakhruzaim dapat mengemukakan penjamin manakala Zarina Anjoulie terpaksa dihantar ke penjara kerana tiada ahli keluarga yang hadir untuk menjaminnya.
Nazri memerintahkan kedua-dua tertuduh hanya boleh dijamin oleh ahli keluarga sahaja.- Bernama
Penarik kereta tak serik
Wartawan Sinar Harian
4 Januari 2013
Penarik kereta tak serik
Mohamad Nasir (kiri) memeriksa kereta curi yang dikesan selepas menahan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Salleh, 2 Januari lalu.
MUAR - Seorang penarik  kereta yang mempunyai tiga rekod  jenayah lampau ditahan polis  kelmarin, kerana memiliki sebuah  Perodua Kancil yang dilaporkan  hilang di Taman Soga, Batu Pahat, 25 Disember lalu.

Perbuatan suspek terbongkar selepas sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar membuat serbuan di sebuah rumah di Jalan Salleh, di sini, kira-kira jam 11.45 malam, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, tiga rekod jenayah lampau itu bersangkutan dengan Seksyen 411 Kanun Keseksaan, Seksyen 379 dan Seksyen 29(1) kanun sama.

Menurutnya, suspek berusia 25 tahun dan berasal dari Batu Pahat itu, dipercayai  baru beberapa bulan  menyewa rumah berkenaan.

Tambahnya, pihaknya tidak  menolak kemungkinan kereta itu  untuk dijual berdasarkan pekerjaan suspek sebagai penarik kereta.

“Suspek ditahan reman sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di IPD Muar di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Nasir memberitahu, statistik kecurian motosikal di daerah ini pada tahun lalu meningkat sebanyak 43 peratus, berbanding 2011.

Katanya, kecurian kerap berlaku dalam kawasan kediaman sama ada di perumahan mahupun perkampungan terutama pada waktu puncak antara jam 12 malam hingga enam pagi.

“Lokasi kedua tertinggi berlaku kecurian motosikal adalah di tempat awam sama ada di dalam bandar ataupun pekan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya memasang kunci pendua pada motosikal masing-masing semasa di rumah ataupun di tempat awam,” katanya.

Menurutnya, sikap penunggang yang lalai membiarkan kunci ditinggalkan, menjadi penyumbang kepada peningkatan kejadian kecurian motosikal.

Selain itu, Mohamad Nasir turut mengingatkan orang ramai supaya berwaspada ketika melaksanakan urusan pengeluaran wang di bank menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina, tidak lama lagi.

“Mereka perlu segera menghubungi pihak berkuasa atau ke balai polis berhampiran sekiranya diekori individu tidak dikenali selepas berurusan di bank,” katanya.