Saturday, August 25, 2012

MUNGKIN NI ZAMAN USTAZ2 KAWIN DENGAN ARTIS...KERANA MUNGKIN MEREKA MAMPU MENDIDIK KEARAH WANITA YANG BENAR2 SOLEHA

Detik manis Ustaz Don-Husna

Posted on the August 25th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

Senyuman bahgia pasangan pengantin baru, Don dan Husna.
PENCERAMAH popular, Don Daniyal Don Biyajid, 28, selamat dinikahkan dengan gadis sama negeri dengannya, Husna Mohd Zahry, 24, kelmarin.
Don Daniyal yang lebih dikenali dengan nama Ustaz Don dinikahkan di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Jelita Kuala Sungai Pinang Balik Pulau oleh jurunikah Pejabat Agama Daerah Barat Daya selepas solat Asar.


Majlis resepsi pengantin perempuan diadakan di rumahnya hari ini sementara sebelah lelaki dijangka pada 1 September di Dewan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).
Hampir 2,500 tetamu dijangka hadir memeriahkan majlis resepsi di sebelah pengantin perempuan.
Don yang ditemui Sinar Harian mengakui alam perkahwinan yang dilalui bersama Husna sama seperti pasangan suami isteri yang lain.
“Bagi saya tiada bezanya, apa yang pasangan lain rasakan itulah yang akan kami rasa, sama sahaja,” katanya.
Tidak sangka bermenantu pendakwah terkenal
Sementara itu bapa mertuanya, Mohd Zahry Shaikh Abdul Rahman berkata, Husna merupakan anak keempat daripada sembilan beradik dan masih belajar dalam bidang perubatan di Mesir.
Menurutnya, dia dan ahli keluarga yang lain tidak menyangka anaknya itu akan berkahwin dengan Ustaz Don, seorang pendakwah terkenal.
“Walaupun Husna masih belum menamatkan pelajarannya dalam bidang perubatan, namun ahli keluarga saya sudah merestui kerana faham perubatan sememangnya bidang yang memerlukan tempoh yang lama.
“Pada Oktober ini Husna akan kembali ke Mesir untuk menyambung pengajian tahun akhir,” katanya.
Bagi adik bongsu Ustaz Don, Don Asyraf, 24, hanya tersenyum manis ketika diajukan soalan tentang perkahwinan abangnya.
Katanya ringkas, dia berbangga kerana akhirnya ada wanita yang berjaya mendampingi abang sulungnya itu.
Sementara itu, salah seorang rakan terdekat kepada keluarga mertua Ustaz Don memberitahu dia sendiri tidak menyangka rakan rapatnya itu akan bermenantukan Ustaz Don.
Bersempena majlis bersejarah itu juga, kedai kek terkemuka dari Pulau Pinang, Melting Bites mencipta khas figurin wajah Ustaz Don bersama isterinya, Husna Zahry.
Pemilik Melting Bites, Khairul Mimi Mohd Kamil berkata, walaupun sudah hampir dua tahun berkecimpung dalam bidang pembuatan kek, cabaran untuk membentuk wajah Ustaz Don agak sukar.
Menurutnya, ia termasuk membentuk serban menggunakan ‘fondant’.
“Biasanya figurin yang saya buat wajahnya bulat-bulat, tetapi berbeza dengan Ustaz Don kerana wajahnya agak panjang dan saya perlu tiruskan figurin berkenaan.
“Menariknya lagi bentuk figurin ini sama seperti wajah Ustaz Don dan isterinya, Husna berpakaian ala-ala Timur Tengah,” katanya.
Idea untuk membuat kek tiga tingkat tersebut datang sendiri daripada isteri Ustaz Don.
Kek yang turut dihiasi dengan bunga-bungaan segar berkenaan mempunyai perasa coklat lembap dan juga ‘butter cream’.
Melting Bites yang sebelum ini pernah menghasilkan kek perkahwinan buat selebriti popular Farah AF juga memaklumkan tema kek perkahwinan Ustaz Don berwarna ungu lembut dan merah jambu.
Sementara jurugambar rasmi perkahwinan penceramah popular ini, Artmosphere Photography menganggap detik perkahwinan Ustaz Don begitu mudah dan tenang.
Pemilik dan jurugambarnya, Shafiq Khairy Mohd Shariff berkata, dia dan rakannya, Nadia Zahari Photography begitu seronok merakamkan detik manis penceramah popular berkenaan.
“Berbeza ketika majlis perkahwinan seorang pelakon popular yang mana lebih ramai jurugambar yang datang dan kami terpaksa berasak dengan media yang begitu ramai walaupun menjadi jurugambar perkahwinannya.
“Ketika majlis akad nikah Ustaz Don, yang ada hanyalah rakan-rakannya dan juga sanak-saudara, memang kerja mudah,” katanya.
Artmosphere Photography bersama dengan Nadia adalah jurugambar rasmi bagi majlis akad nikah dan juga majlis resepsi bagi pengantin perempuan di Balik Pulau.
Tema ‘Garden Fairytale’ pilihan keluarga pengantin perempuan
Bertemakan ‘Garden Fairytale’, Pengarah Kreatif The House of Red Gincu, Surianie Samsudin berkata, warna-warna lembut menjadi pilihan pengubahsuaian bilik pengantin dan juga pelamin.
Menurutnya, antara warna lain ialah ungu lembut dan merah jambu.
“Kami bertanggungjawab untuk mengubah pelamin bersanding dan juga pelamin untuk akad nikah, antara lain yang turut disediakan kami ialah gubahan meja makan tetamu kehormat, henna, serta tidak ketinggalan ialah bunga tangan semasa bersanding.
“Sementara bagi busana akad nikah, Ustaz Don dan Husna mengenakan pakaian mereka sendiri,” katanya.
Mempunyai butik di Air Itam, Surianie berkata, dia seronok berurusan dengan keluarga mertua Ustaz Don.
“Ini pertama kali saya berurusan dengan keluarga selebriti dan bagi saya ia adalah pengalaman yang manis,” katanya.
Sinar

Pelajar IPT bangga tiada dara

Posted on the August 25th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

KOTA BHARU: Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.
Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.
Malah, sesiapa yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.



DEDAH…Maisarah menceritakan pengalamannya kepada Zaimah ketika sesi kaunseling di RMP.
Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.
Harian Metro

Pengantin ke hospital untuk nikah

Posted on the August 25th, 2012 under Tempatan by admin

HARUN menikahkan pasangan pengantin Faris Marwan dengan Nurul Adina di Hospital Pakar Kuala Terengganu semalam.
KUALA TERENGGANU – Seorang jurunikah, Harun Nuh yang dimasukkan ke Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) di sini, kerana diserang asma tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai jurunikah apabila menikahkan sepasang pengantin ketika dia sedang dirawat di hospital tersebut petang semalam.
Harun, 85, yang berasal dari Bukit Tunggal di sini, dimasukkan ke KTS kira-kira pada pukul 12 tengah malam kelmarin dan dinasihatkan oleh doktor supaya berehat selama dua hari di hospital tersebut selepas dia diserang penyakit asma.
Menurut Harun, sebelum dimasukkan ke hospital, dia telah menyatakan persetujuan untuk menikahkan satu pasangan pada pukul 4 petang semalam di rumah pengantin perempuan di Kampung Tok Jembal di sini, namun malangnya dia yang diserang asma telah ditahan di wad.


“Justeru, saya telah memaklumkan kepada mereka untuk datang ke hospital untuk dinikahkan kerana masih belum mendapat pelepasan daripada pihak hospital,” kata bapa kepada 12 orang anak itu ketika ditemui di sini semalam.
Katanya, bakal pengantin tersebut, Faris Marwan Abdul Rahman, 22, dengan pasangannya, Nurul Adina Khaled, 25, bersetuju dengan cadangan itu dan telah datang ke hospital untuk melangsungkan upacara akad nikah.
Harun yang mempunyai pengalaman selama hampir 30 tahun sebagai jurunikah memberitahu, semalam merupakan pengalaman pertama dia menikahkan pasangan pengantin di hospital kerana sebelum ini majlis akad nikah di masjid, rumah atau surau.
“Ini merupakan satu pengalaman baharu yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat apabila terpaksa mengendalikan upacara akad nikah di hospital,” katanya.
Ketika majlis akad nikah dilangsungkan, Harun kelihatan masih menggunakan tiub yang disambungkan pada hidungnya bagi mendapatkan bantuan oksigen namun lafaz akad yang disebutnya lancar.
Dia yang merupakan bekas imam dan mengajar al-Quran di kampungnya turut melahirkan kesyukuran kerana majlis akad nikah tersebut dapat dilangsungkan dengan lancar.
Dalam majlis yang cukup sederhana itu, hanya dengan sekali lafaz pengantin lelaki, Faris Marwan sah bergelar suami kepada Nurul Adina.
Kosmo

Hati Rita sudah kosong

Posted on the August 25th, 2012 under Artis by admin
PERTEMUAN dengan aktres jelita Rita Rudaini, 36, untuk merakam suasana raya dirinya bersama dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang masing-masing berusia tiga dan satu tahun, berlangsung dalam keadaan cukup tenteram di kediaman Rita di Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Cuma sekali-sekala anak-anaknya meragam, mahu dipeluk dan didukung ibunya yang ketika itu sedang sibuk disolek oleh jurusolek Tiar Zainal.
Apabila semua sudah bersedia, tanpa disuruh ketiga-tiga mereka beraksi dengan penuh gaya terutama anak sulung Rita, Rayyan yang seperti tidak sabar menyambut raya tatkala disarungkan baju Melayu.


Qaqa pula tidak henti-henti berjalan di sekeliling rumah kerana baru sahaja pandai berjalan. Kata Rita: “Macam inilah anak-anak saya, tetapi saya seronok sebab dapat saksikan mereka membesar di depan mata saya sendiri.
“Setiap momen istimewa anak-anak seperti gigi pertama tumbuh, langkah pertama serta perkataan pertama yang disebut semuanya terpahat dalam ingatan saya.”
Sememangnya anak-anak Rita membesar dengan baik, namun jauh di sudut hatinya, Rita tahu anak-anaknya kehilangan sesuatu yang sangat besar iaitu kasih sayang dan belaian seorang ayah.
“Sekarang ini, sayalah ibu dan ayah untuk anak-anak saya sejak Aidil meninggalkan rumah tujuh bulan yang lalu. Anak-anak pun jarang bertanya tentang ayah mereka kerana sejak kecil lagi ayah mereka jarang menghabiskan masa bersama.
“Sebagai ibu, saya akan melakukan yang terbaik supaya anak-anak saya tidak rasa kekurangan walau sedikitpun berbanding orang lain disebabkan masalah rumah tangga saya dan Aidil,” luah Rita penuh serius.
Ketika di Malaysia sedang kecoh dengan isu rumah tangganya, sekitar Jun lalu Rita sempat menenangkan diri seketika ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah bersama anak sulungnya.
Akui Rita, pemergiannya ke Tanah Suci adalah untuk mengumpul kekuatan bagi menempuh hari-hari yang mendatang.
“Saya berdoa, jika perkara yang baik dekatkan dengan saya, jika perkara yang buruk harap dijauhkan selain berdoa yang terbaik untuk keluarga saya,” ucap Rita sedikit perlahan.
Naik turun mahkamah
Cukup panjang sejarah Rita dan suaminya di mahkamah, umpama main tarik tali, pada Oktober 2010, Aidil atau nama penuhnya, Aidil Zafuan Abd. Radzak, 25, membuat tuntutan hak penjagaan kekal terhadap anak sulung mereka dan permohonan perintah isteri kembali taat (nusyuz) yang turut difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban.
Kemudian pada 20 Januari lalu, Aidil telah keluar daripada kediaman mereka. Selepas itu, sekitar April lalu, Aidil menghantar permohonan cerai yang kemudiannya ditarik balik dan selepas itu membuat permohonan kembali taat.
Kata Rita: “Saya sendiri pening apatah lagi orang lain yang membaca rentetan kisah rumah tangga kami. Hakim telah menasihat Aidil untuk menyelesaikan kes ini secara baik sempena bulan Ramadan.
“Apa yang saya tahu, pada 25 September ini saya akan naik mahkamah sekali lagi berhubung hak penjagaan anak-anak walaupun pada dasarnya kami belum lagi bercerai.”
Ditebak soalan masih adakah kasih dan cinta buat suaminya itu, dia termenung seketika, mungkin untuk bertanya kepada hatinya sebelum akhirnya dia nekad menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Jujur, hati saya sudah kosong untuk dia. Air mata saya sudah kering untuk menangis, sudah tidak ada apa lagi,” akuinya.
Ditanya adakah itu bermakna dia sudah bersedia untuk hidup sendirian sebagai ibu tunggal andai itulah takdir yang tertulis untuknya, Rita mengiakannya.
“Saya sudah sangat bersedia untuk segala kemungkinan, diceraikan atau tidak diceraikan. Saya tidak takut untuk menjadi ibu tunggal kerana selama ini pun saya menjalani hidup sendirian dengan anak-anak.
“Sebelum ini ya, saya takut. Saya menangis sekarang tidak lagi kerana saya sudah menerima nasib yang menimpa saya. Ketika pertama kali berlaku krisis rumah tangga, keluarga saya menasihatkan saya untuk berbaik semula dengan Aidil.
“Namun, apabila kejadian yang sama berulang untuk kali kedua, keluarga menyerahkan segala keputusan kepada saya. Mereka hanya mahu lihat saya bahagia,” tutur sambil mendukung anak bongsunya itu.
Walaupun apa yang terjadi antara dirinya dengan suami, Rita akur Aidil tetap bapa kepada anak-anaknya dan dia tidak pernah menghalang suaminya itu untuk berjumpa dengan mereka.
“Saya tidak mahu dipersalahkan jika anak-anak tidak kenal ayah mereka sendiri, jadi saya tidak pernah halang mereka untuk berjumpa.
“Setakat hari ini, Aidil hanya bertanya khabar tentang anak-anak kami menerusi panggilan telefon sahaja. Jika dia ingin datang ke rumah jumpa anak-anak, silakan, saya tidak kisah,” tegas Rita.
Azam baharu
Sudah terbiasa barangkali, ujar Rita, tahun ini merupakan kali kedua dia meraikan Aidilfitri tanpa insan bergelar suami di sisi. Tidak janggal mahupun sunyi, kata Rita, anak-anak serta keluarga sudah cukup untuk membuatkannya bahagia.
“Aidil sudah meninggalkan rumah selama tujuh bulan, jadi saya dan anak-anak sudah membiasakan diri tanpa kehadiran dirinya.
“Raya mahupun hari-hari lain tidak ada perbezaan buat saya. Apa yang penting, saya mahu beraya sakan tahun ini. Suami ada ataupun tiada, sama sahaja,” katanya yang mempunyai empat pasang baju raya tahun ini.
Rita yang pulang ke kampungnya di Kangar, Perlis selama seminggu untuk beraya, memberitahu, selama empat tahun berkahwin dengan Aidil, dia lebih banyak menjaga kepentingan hati orang lain daripada diri sendiri.
Tidak mahu berterusan meratap kalah kepada dugaan yang diberi kepadanya, Rita mempunyai azam baharu demi masa depan dirinya dan anak-anak.
“Memang selama ini saya selalu pentingkan orang lain sehingga tidak menjaga hati dan perasaan sendiri. Tahun ini, saya berazam untuk gembirakan diri sendiri dan anak-anak terlebih dahulu berbanding orang lain,” ujarnya yang pada tahun ini memakai busana berwarna ungu sedondon dengan warna baju anak-anaknya di pagi raya.
Penggemar laksa dan ketupat palas yang merupakan menu wajibnya di hari raya berkata, dia mempunyai pilihan dalam hidupnya dan kini memilih untuk hidup lebih bahagia walaupun masalahnya setinggi gunung.
“Tahun ini saya lebih bahagia dan lebih ceria, orang sekeliling pasti berasa kasihan pada saya tetapi tidak perlu kerana sekarang saya benar-benar bahagia dengan kehidupan saya.
“Allah maha adil, apa yang berlaku sekarang pasti ada hikmah pada kemudian hari, jadi apa yang boleh saya lakukan pasrah, berdoa dan hadapi hari-hari mendatang dengan tenang,” luahnya.
Kosmo

Rozita Che Wan: Syukur Ayu Sudah Berhijab

Posted on the August 25th, 2012 under Artis by admin

  • Share

KUALA LUMPUR, 22 OGOS 2012: Pelakon, Rozita Che Wan melafazkan rasa kesyukuran melihat adiknya iaitu pelakon Ayu Raudhah yang sudah berhijab sebaik pulang dari mengerjakan umrah.
Malah, pelakon ini memberitahu dia pernah meluahkan pandangan terhadap adiknya itu mengenai pemakaian tudung.
“Syukur Alhamdulillah, Ayu sudah pun bertudung. Dari dulu lagi, saya pernah cakap dengan dia supaya bertudung. Saya ada kata kepadanya, adik kamu lebih cantik apabila mengenakan tudung.


“Sekarang ini, dalam adik-beradik saya semua, hanya saya seorang saja yang masih belum bertudung lagi. Setakat ini, tidak ada pula suara sumbang yang mengata saya tentang ini. Berani mereka nak carut saya.
“Lagi pun, kesemua adik-beradik saya bertudung bukan kerana paksaan. Insya-Allah, saya memang nak sangat bertudung. Mungkin, saya bertudung selepas berkahwin nanti. Tetapi saya tidak tahu bila saya akan berkahwin,” katanya ketika dihubungi murai.com.my.
Menyentuh mengenai sambutan Aidilfitri tahun ini, Rozita berasa sedih kerana adik-beradik yang lain tidak dapat bersama beraya pada hari raya pertama. Namun, pelakon ini tidak boleh melupakan saat manis yang berlaku pada pagi lebaran tahun lalu.
“Pagi raya tahun ini, mungkin tiada gelak ketawa seperti tahun yang lalu. Kakak dan Ayu tidak beraya bersama. Tahun lalu, kami semua tergelak besar apabila Zaquan memakai baju Melayu singkat.
“Kakak saya pula telah menggosok baju anaknya sampai lengan baju melayu itu koyak. Apapun, tahun ini saya pulang ke kampung secara konvoi dengan adik ipar saya, Mazlan Pet Pet,” ujarnya.
Berjaya mengadakan majlis rumah terbuka pada hari raya ketiga di Alor Setar Kedah, Rozita memberitahu, Ayu sempat pulang ke kampung pada hari raya kedua.
“Kami sekeluarga buat majlis open house pada raya ketiga. Waktu itu, Ayu dah balik kampung. Pada hari raya keempat iaitu hari ini pula, saya sekeluarga akan menemani Ayu menonton bola kerana Zaquan ada games di Alor Setar.
“Saya tidak menjemput semua lelaki yang pernah dikaitkan dengan saya. Mereka pun bukannya boyfriend saya. Di sini pun nanti, dah ramai tetami yang akan datang.
“Saya pun akan membuat open house di rumah saya di Kuala Lumpur. Mungkin pada 14 September nanti,” jelasnya.
Rozita bakal mengambil cuti panjang sehingga 25 Ogos 2012. Selepas itu, dia akan menyambung penggambaran drama sehingga penghujung tahun ini.
Murai

Siti Saleha Simpan Niat Berhijab

Posted on the August 25th, 2012 under Artis by admin

  • Share

“Saya seronok dan bersyukur apabila dapat tahu ramai artis wanita kita mula mengenakan hijab. Saya rasa ia satu perkembangan yang baik. Saya tumpang gembira kerana mereka berubah menjadi lebih baik. Saya percaya peluang mereka dalam bidang seni tetap ada kerana rezeki ada di mana-mana. Saya juga mempunyai seorang rakan yang mengambil keputusan berhijab secara kekal. Saya lihat kehidupannya ketika ini lebih gembira,” ujar Siti Saleha mengulas tentang perubahan imej beberapa artis wanita akhir-akhir ini.
Ditanya sama ada dia menyimpan niat yang sama, Siti Saleha memberitahu dia tidak menolak kemungkinan itu namun memerlukan masa untuk berubah.
“Saya sebenarnya tidak ada masalah mengenakan hijab kerana sudah terbiasa memakainya ketika bersekolah iaitu semenjak di tingkatan dua lagi. Malah, saya juga sudah beberapa kali menjayakan watak berhijab seperti dalam filem ‘Pencinta’, drama ‘Ustaz Amirul’ dan ‘7 Hari Di Neraka’. Setiap kali mengenakan hijab, saya tidak pernah merungut atau mengeluh kerana tidak selesa atau berasa panas. Saya boleh melakukannya. Cuma, belum sampai masanya untuk saya kekal dengan imej muslimah. Saya perlukan masa kerana tidak mahu berubah semata-mata terikut dengan perubahan orang lain atau didesak oleh sesiapa. Biarlah perubahan itu benar-benar ikhlas ” ulas Siti Saleha lagi.


Berbicara tentang projek terbarunya, pelakon kelahiran Essex, England ini memberitahu dia kini sedang mempertimbangkan tawaran berlakon untuk sebuah filem aksi drama. Jika dia bersetuju, Siti Saleha perlu belajar bercakap dialek utara.
“Ini pertama kali dapat tawaran yang memerlukan saya bercakap dialek utara. Bimbang juga kalau tidak boleh bertutur dengan baik. Mujur pengurus saya ketika ini orang Utara, jadi sekurang-kurangnya bolehlah saya belajar dengan dia,” ujar Siti Saleha teruja.
Selain itu, Siti Saleha juga mengakui dia sangat berminat dengan projek terbaru ini kerana difahamkan dia akan bergandingan dengan seorang hero yang diseganinya. Menurut Siti Saleha, jika semuanya berjalan lancar, penggambaran filem berjudul ‘Manisnya Cinta’ itu akan bermula pada Oktober hadapan.
Gua

Tertidur di pesawat, penumpang ‘makan angin’ 18 jam

Posted on the August 25th, 2012 under Luar Negara by admin

  • Share

Pakistan International Airlines (PIA).
LAHORE – Gara-gara tertidur, seorang penumpang Pakistan International Airlines (PIA), yang sepatutnya turun di Paris terpaksa patah balik ke Lahore sebelum meneruskan penerbangan ke ibu negara Perancis itu.
Penumpang itu hanya tersedar dari tidur apabila pesawat hendak mendarat di Lahore, tempat dia berlepas pada hari sebelumnya.


Patrice Christine Ahmed, seorang warganegara Perancis, berlepas dari Lahore menggunakan PIA, Selasa lepas dan sepatutnya terbang ke Paris melalui Milan, Itali.
Setibanya di Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris, dia sedang tidur dan tidak dikejutkan oleh krew penerbangan semasa pesawat melakukan singgah selama dua jam.
Apabila tersedar, dia mendapati dirinya kembali ke Lahore.
Patrice, yang berkahwin dengan lelaki Pakistan, tidak memberitahu krew kabin mengenai situasinya dan kesilapan itu hanya dapat dikesan apabila pegawai imigresen mendapati visanya telah tamat setibanya di Lahore pada pagi Rabu.
Dia telah mengembara selama 18 jam dan melalui perjalanan sejauh 12,000 kilometer.
Berikutan itu, keluarga wanita tersebut merancang semula perjalanannya ke Paris tetapi menggunakan syarikat penerbangan berbeza.
Jurucakap syarikat penerbangan sedang menyiasat kejadian itu, tetapi menjadi tanggungjawab penumpang untuk mendarat di destinasi mereka.
Sinar

RAMAI BOLEH ISI KOD...BIASALAH ORANG SUKA YANG CANTIK2...ALLAH JUGA SUKA YANG CANTIK2...CANTIK YANG BAIK SEKALI IALAH CANTIK SEGI AGAMA DAN AKHLAKNYA

Pengantin ke hospital untuk nikah


HARUN menikahkan pasangan pengantin Faris Marwan dengan Nurul Adina di Hospital Pakar Kuala Terengganu semalam.



KUALA TERENGGANU - Seorang jurunikah, Harun Nuh yang dimasukkan ke Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) di sini, kerana diserang asma tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai jurunikah apabila menikahkan sepasang pengantin ketika dia sedang dirawat di hospital tersebut petang semalam.
Harun, 85, yang berasal dari Bukit Tunggal di sini, dimasukkan ke KTS kira-kira pada pukul 12 tengah malam kelmarin dan dinasihatkan oleh doktor supaya berehat selama dua hari di hospital tersebut selepas dia diserang penyakit asma.
Menurut Harun, sebelum dimasukkan ke hospital, dia telah menyatakan persetujuan untuk menikahkan satu pasangan pada pukul 4 petang semalam di rumah pengantin perempuan di Kampung Tok Jembal di sini, namun malangnya dia yang diserang asma telah ditahan di wad.
"Justeru, saya telah memaklumkan kepada mereka untuk datang ke hospital untuk dinikahkan kerana masih belum mendapat pelepasan daripada pihak hospital," kata bapa kepada 12 orang anak itu ketika ditemui di sini semalam.
Katanya, bakal pengantin tersebut, Faris Marwan Abdul Rahman, 22, dengan pasangannya, Nurul Adina Khaled, 25, bersetuju dengan cadangan itu dan telah datang ke hospital untuk melangsungkan upacara akad nikah.
Harun yang mempunyai pengalaman selama hampir 30 tahun sebagai jurunikah memberitahu, semalam merupakan pengalaman pertama dia menikahkan pasangan pengantin di hospital kerana sebelum ini majlis akad nikah di masjid, rumah atau surau.
"Ini merupakan satu pengalaman baharu yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat apabila terpaksa mengendalikan upacara akad nikah di hospital," katanya.


HOSPITAL Pakar Kuala Terengganu.



Ketika majlis akad nikah dilangsungkan, Harun kelihatan masih menggunakan tiub yang disambungkan pada hidungnya bagi mendapatkan bantuan oksigen namun lafaz akad yang disebutnya lancar.
Dia yang merupakan bekas imam dan mengajar al-Quran di kampungnya turut melahirkan kesyukuran kerana majlis akad nikah tersebut dapat dilangsungkan dengan lancar.
Dalam majlis yang cukup sederhana itu, hanya dengan sekali lafaz pengantin lelaki, Faris Marwan sah bergelar suami kepada Nurul Adina.

Digigit buaya waktu buang air



PAIE dirawat di Hospital Umum Sarawak kerana cedera di punggung akibat digigit buaya di Sungai Santubong, Kuching semalam.



KUCHING – Kejadian serangan buaya di Sarawak berterusan apabila seorang lagi mangsa hampir dibaham reptilia ganas tersebut di Sungai Santubong, Pending Industrial Estate di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, seorang buruh binaan warga Indonesia yang dikenali sebagai Paie, 32, terpaksa bergelut selama satu minit dengan seekor buaya dipercayai daripada speses jejulong sebelum berjaya melepaskan diri.
Lebih malang, lelaki yang berasal dari Kepulauan Jawa itu dikatakan sedang mencangkung di tebing sungai untuk membuang air besar, namun belum sempat melepaskan ’hajat’, punggungnya telah digigit buaya sepanjang kira-kira dua meter.
Paie yang ditemui di Hospital Umum Sarawak memberitahu, sebelum kejadian, dia berseorangan turun ke tebing sungai berhampiran rumah kongsi untuk membuang air besar.
“Saya baru mencangkung dan tiba-tiba terasa ada sesuatu menerkam punggung saya dari arah belakang dengan begitu kasar sekali.
“Selepas menyedari ia seekor buaya, saya berpaut pada sebatang besi dan cuba meronta-ronta bagi melepaskan diri,” katanya.
Akibat serangan reptilia berkenaan, Paie mengalami kecederaan dan luka di punggung kanan dan rusuk sebelah kiri.


BUAYA jenis jejulong yang menyerang Paie ketika sedang membuang air besar di Sungai Santubong, Kuching semalam. - Gambar hiasan



Paie memberitahu, dia bernasib baik dapat berpaut pada batang besi di sebelahnya dan bertahan ketika cuba ditarik buaya ke dalam sungai.
Katanya, mungkin disebabkan rontaan dan pautan pada besi menyebabkan buaya tersebut mengalah dan melepaskan gigitan sebelum dia melompat ke daratan bagi menyelamatkan diri.
“Meskipun saya dapat menyelamatkan diri, luka akibat gigitan buaya menyebabkan saya tidak berdaya ekoran kehilangan banyak darah sebelum rebah.

Lelaki bunuh abang ipar diburu

MELAKA - Polis masih mencari seorang lelaki berusia 41 tahun yang disyaki menikam abang iparnya sehingga mangsa maut di sebuah rumah di Kampung Serkam Pantai pada Rabu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, lelaki yang sudah dikenal pasti itu dipercayai masih berada di dalam negara dan polis berharap suspek tampil menyerah diri bagi membantu siasatan kejadian tersebut.
"Polis sudah melancarkan gerakan mencari lelaki berkenaan di lokasi yang dipercayai menjadi persembunyian suspek tetapi belum berhasil," kata beliau.
Selain itu, menurut beliau, polis juga meminta kerjasama isteri suspek itu supaya menasihati suaminya menyerah diri jika pasangan tersebut masih berhubungan.
Bagaimanapun, Raja Shahrom berkata, setakat ini belum ada perkembangan mengenai suspek.
Tambah beliau, suspek yang bekerja sebagai pemandu di sebuah kementerian kerajaan di Putrajaya menghilangkan diri dengan memandu kereta jenis Proton Iswara sejurus menghantar abang iparnya yang ditikam ke Hospital Melaka pada hari kejadian.
Kosmo! semalam melaporkan niat murni seorang jurukimpal yang menegur adik iparnya yang didakwa kerap memukul isteri berakhir dengan tragedi apabila mangsa ditikam oleh adik ipar itu.
Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, mangsa Rashid Ahmad (gambar), 46, meninggal dunia di Hospital Melaka selepas mengalami kecederaan parah di pinggang kirinya.
Sementara itu, adik mangsa, Mohd. Radzi Ahmad, 29, berkata, arwah abangnya yang tinggal di Muar, Johor merupakan seorang yang baik dan sentiasa menjaga tutur kata setiap kali bercakap dengan orang lain.
"Tidak sangka teguran terhadap adik ipar (suspek) membuatkan lelaki itu berang sehingga sanggup menikam arwah," katanya yang sedih dengan tragedi tersebut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka melalui nombor telefon 06-285 4222.

Nyaris kudung angkara cemburu

KUALA LUMPUR - Hajat seorang lelaki menziarahi bekas kekasihnya pada hari pertama Aidilfitri berakhir dengan mangsa nyaris kehilangan tangan kirinya selepas diserang dengan pedang samurai oleh kekasih baharu gadis itu.
Kejadian pada pukul 7.30 malam di sebuah rumah Flat Sri Melaka di sini pada Ahad lalu berlaku ketika mangsa yang berusia 46 tahun baru sampai ke rumah keluarga bekas kekasihnya untuk beraya.
Kekasih baharu gadis itu pula secara kebetulan masih berada di rumah tersebut ketika mangsa tiba.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, pertembungan kedua-dua lelaki itu membangkitkan rasa cemburu kekasih baharu gadis itu sehingga mencetuskan pertengkaran antara mereka.
"Tanpa diduga perang mulut yang berlangsung beberapa minit berakhir dengan suspek mencapai pedang samurai yang dijadikan hiasan di rumah keluarga gadis tersebut lalu menetak tangan kiri mangsa.
"Tetakan tersebut menyebabkan tangan kiri mangsa dari pergelangan tangan hampir putus," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras (IPD) di sini.
Menurut beliau, selepas mangsa cedera, suspek bersama gadis itu melarikan diri manakala mangsa yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Cheras untuk rawatan.
Mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan tetap kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan tangan yang hampir putus juga berjaya disambung semula.
Kata beliau, siasatan mendapati motif kejadian tersebut berpunca rasa cemburu suspek terhadap mangsa.
Mohan memberitahu, sejak kejadian tersebut, pasangan kekasih yang masing-masing berumur 30 dan 22 tahun itu menghilangkan diri.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan parah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Sehubungan itu, polis mencari seorang pekerja di sebuah syarikat swasta, Mohd. Ifendi Mohd. Nafiah, 30, dan Hazirah Abdul Aziz, 22, merupakan seorang pekerja am tampil membantu siasatan mengenai kejadian tersebut.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai Mohd. Ifendi dan Hazirah juga diminta menyalurkan maklumat bagi menyelesaikan kes tersebut dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Cheras di talian 03-91452222.

5 penjenayah pecah kondo ditahan



JAUTEH (dua dari kiri) menunjukkan peta panduan perjalanan dan barang rampasan geng pecah rumah pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, Sabah semalam.



KOTA KINABALU - Hanya berpandukan peta panduan perjalanan, lima penjenayah menggunakan kemudahan itu menyamar sebagai pelancong dan melakukan kegiatan pecah rumah membabitkan kondominium dan apartmen di bandar raya ini sejak sebulan lalu.
Antara lokasi jenayah membabitkan lima suspek termasuk dua wanita itu tertumpu di Kondominium Gress Garden, Kondominium Kristal, Kondominium Signal Hill dan dua apartmen iaitu Noble Court dan Millenium.
Dalam tempoh sebulan lalu, kumpulan tersebut dipercayai sudah terlibat dalam 14 kes pecah rumah membabitkan kerugian RM439,000.
Empat suspek berasal dari Semenanjung manakala seorang suspek wanita merupakan warga China dipercayai teman wanita kepada salah seorang anggota geng tersebut.
Modus operandi kumpulan tersebut mudah, iaitu mereka hanya mengetuk pintu rumah mangsa secara rambang sebelum menanyakan rumah rakan mereka yang kononnya tinggal di kawasan tersebut.
Setelah mangsanya menjawab pertanyaan tersebut, suspek yang biasanya bergerak antara dua dan tiga orang terus mengeluarkan pemutar skru dan mengugut mangsa menyerahkan barangan bernilai milik mereka.
Selain itu, kumpulan penjenayah tersebut turut menggunakan pemutar skru untuk mengumpil rumah lain yang tiada penghuni.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, kelima-lima suspek berusia 34 hingga 53 tahun diberkas di dua bilik sebuah hotel di sini pukul 4.50 pagi, 22 Ogos lalu.
"Hasil pemeriksaan di dalam dua buah bilik hotel didiami suspek menemui wang bernilai RM847, sebuah iPad, enam buah telefon bimbit termasuk jenis Nokia dan Sony Ericsson, 15 dompet dan beg tangan pelbagai jenama, beberapa barangan kemas seperti cincin dan rantai emas, buku panduan perjalanan dan sejumlah mata wang asing.
"Turut ditemui pemutar skru dan pemotong besi," kata beliau pada sidang akhbar di sini.
Menurut beliau, kesemua barang rampasan tersebut bernilai RM150,000.

Jualan rokok tiruan berleluasa di Kota Kinabalu



SALAH seorang penjual rokok haram dan tiruan melakukan kegiatan itu secara terbuka di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.



KOTA KINABALU - Kegiatan penjualan rokok haram dan tiruan di bandar raya ini semakin berleluasa sehingga mencetuskan rasa kurang senang orang ramai.
Dengan menjadikan kawasan perhentian bas, kaki lima dan jalan sebagai lokasi berniaga, peniaga rokok tiruan yang terdiri daripada kanak-kanak dan golongan wanita licik mencari pelanggan mereka malah tinjauan Kosmo! turut mendapati, kebanyakan daripada peniaga itu terdiri daripada warga asing dan mereka berniaga seawal pukul 6 pagi hingga larut malam.
Seorang penjual kanak-kanak berusia 12 tahun dikenali Azim mengaku menjual rokok haram dan tiruan sejak dua tahun lalu.
Katanya, hasil jualan sehari adalah antara RM50 hingga RM100 dan jumlah itu akan bertambah pada hujung minggu.
"Dalam sehari, boleh dapat untung RM30 dan ia sudah cukup besar memandangkan perniagaan ini banyak persaingan," katanya yang turut mengaku tidak pernah bersekolah.
Jelas Azim, rokok berjenama yang biasanya dijual pada harga RM10 sekotak boleh dibeli dengan harga RM2 hingga RM4 sahaja.
Selain itu, turut dijual pelbagai rokok keretek yang diseludup dari Indonesia.
Apa yang pasti, modus operandi kumpulan itu cukup licik iaitu menyembunyikan semua rokok tersebut di sebalik pintu, tangga, bawah kereta dan belukar bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Paling penting, kumpulan itu juga mempunyai seorang 'mata-mata' yang bertindak mengesan kehadiran pihak berkuasa.

97 mayat tidak dituntut di HKL



SITI AISYAH MOHAMAD
PEMBANTU Perawatan Kesihatan HKL, Mazlan Mohd. Amin sedang menguruskan jenazah yang tidak dituntut oleh waris sebelum dikebumikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di HKL baru-baru ini.



KUALA LUMPUR – Sebanyak 97 mayat dengan 41 daripadanya beragama Islam terbiar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini selepas tidak dituntut oleh keluarga atau waris masing-masing sepanjang tahun lalu.
Angka tersebut menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2010 apabila terdapat sebanyak 72 mayat tidak dituntut di hospital itu.
Ketua Jabatan Perubatan Forensik HKL, Dr. Mohd. Shah Mahmood (gambar kecil) berkata, peningkatan jumlah mayat yang tidak dituntut itu bagaimanapun satu fenomena biasa berikutan pertambahan jumlah penduduk.
Katanya, bagi bulan Januari hingga Ogos tahun ini, kira-kira 50 hingga 60 mayat tidak dituntut selepas dua minggu kematian didaftarkan.
“Jika dalam tempoh ditetapkan tiada juga waris datang menuntut, mayat akan disempurnakan mengikut pegangan agama masing-masing,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik HKL baru-baru ini.
Mohd. Shah memberitahu, kebanyakan mayat yang tidak dituntut merupakan kes kematian tanpa pengenalan diri, reput atau terbakar hingga sukar untuk membuat pengecaman.
“Pesakit yang meninggal di dalam wad tidak mempunyai masalah dituntut oleh keluarga. Bagaimanapun, kes tidak dituntut biasanya mempunyai kaitan dengan penguatkuasaan polis seperti mayat yang dijumpai di dalam semak dan sebagainya,” jelasnya.

Hati Rita sudah kosong





PERTEMUAN Kosmo! dengan aktres jelita Rita Rudaini, 36, untuk merakam suasana raya dirinya bersama dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang masing-masing berusia tiga dan satu tahun, berlangsung dalam keadaan cukup tenteram di kediaman Rita di Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Cuma sekali-sekala anak-anaknya meragam, mahu dipeluk dan didukung ibunya yang ketika itu sedang sibuk disolek oleh jurusolek Tiar Zainal.
Apabila semua sudah bersedia, tanpa disuruh ketiga-tiga mereka beraksi dengan penuh gaya terutama anak sulung Rita, Rayyan yang seperti tidak sabar menyambut raya tatkala disarungkan baju Melayu.
Qaqa pula tidak henti-henti berjalan di sekeliling rumah kerana baru sahaja pandai berjalan. Kata Rita: "Macam inilah anak-anak saya, tetapi saya seronok sebab dapat saksikan mereka membesar di depan mata saya sendiri.
"Setiap momen istimewa anak-anak seperti gigi pertama tumbuh, langkah pertama serta perkataan pertama yang disebut semuanya terpahat dalam ingatan saya."
Sememangnya anak-anak Rita membesar dengan baik, namun jauh di sudut hatinya, Rita tahu anak-anaknya kehilangan sesuatu yang sangat besar iaitu kasih sayang dan belaian seorang ayah.
"Sekarang ini, sayalah ibu dan ayah untuk anak-anak saya sejak Aidil meninggalkan rumah tujuh bulan yang lalu. Anak-anak pun jarang bertanya tentang ayah mereka kerana sejak kecil lagi ayah mereka jarang menghabiskan masa bersama.
"Sebagai ibu, saya akan melakukan yang terbaik supaya anak-anak saya tidak rasa kekurangan walau sedikitpun berbanding orang lain disebabkan masalah rumah tangga saya dan Aidil," luah Rita penuh serius.
Ketika di Malaysia sedang kecoh dengan isu rumah tangganya, sekitar Jun lalu Rita sempat menenangkan diri seketika ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah bersama anak sulungnya.
Akui Rita, pemergiannya ke Tanah Suci adalah untuk mengumpul kekuatan bagi menempuh hari-hari yang mendatang.
"Saya berdoa, jika perkara yang baik dekatkan dengan saya, jika perkara yang buruk harap dijauhkan selain berdoa yang terbaik untuk keluarga saya," ucap Rita sedikit perlahan.
Naik turun mahkamah
Cukup panjang sejarah Rita dan suaminya di mahkamah, umpama main tarik tali, pada Oktober 2010, Aidil atau nama penuhnya, Aidil Zafuan Abd. Radzak, 25, membuat tuntutan hak penjagaan kekal terhadap anak sulung mereka dan permohonan perintah isteri kembali taat (nusyuz) yang turut difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban.
Kemudian pada 20 Januari lalu, Aidil telah keluar daripada kediaman mereka. Selepas itu, sekitar April lalu, Aidil menghantar permohonan cerai yang kemudiannya ditarik balik dan selepas itu membuat permohonan kembali taat.
KATA Rita, anak-anaknya sudah membiasakan diri menjalani rutin kehidupan seharian tanpa kehadiran insan bergelar bapa, sejak Aidil keluar dari rumah tujuh bulan lalu.


Kata Rita: "Saya sendiri pening apatah lagi orang lain yang membaca rentetan kisah rumah tangga kami. Hakim telah menasihat Aidil untuk menyelesaikan kes ini secara baik sempena bulan Ramadan.
"Apa yang saya tahu, pada 25 September ini saya akan naik mahkamah sekali lagi berhubung hak penjagaan anak-anak walaupun pada dasarnya kami belum lagi bercerai."
Ditebak soalan masih adakah kasih dan cinta buat suaminya itu, dia termenung seketika, mungkin untuk bertanya kepada hatinya sebelum akhirnya dia nekad menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Jujur, hati saya sudah kosong untuk dia. Air mata saya sudah kering untuk menangis, sudah tidak ada apa lagi," akuinya.
Ditanya adakah itu bermakna dia sudah bersedia untuk hidup sendirian sebagai ibu tunggal andai itulah takdir yang tertulis untuknya, Rita mengiakannya.
"Saya sudah sangat bersedia untuk segala kemungkinan, diceraikan atau tidak diceraikan. Saya tidak takut untuk menjadi ibu tunggal kerana selama ini pun saya menjalani hidup sendirian dengan anak-anak.
"Sebelum ini ya, saya takut. Saya menangis sekarang tidak lagi kerana saya sudah menerima nasib yang menimpa saya. Ketika pertama kali berlaku krisis rumah tangga, keluarga saya menasihatkan saya untuk berbaik semula dengan Aidil.
"Namun, apabila kejadian yang sama berulang untuk kali kedua, keluarga menyerahkan segala keputusan kepada saya. Mereka hanya mahu lihat saya bahagia," tutur sambil mendukung anak bongsunya itu.
Walaupun apa yang terjadi antara dirinya dengan suami, Rita akur Aidil tetap bapa kepada anak-anaknya dan dia tidak pernah menghalang suaminya itu untuk berjumpa dengan mereka.
"Saya tidak mahu dipersalahkan jika anak-anak tidak kenal ayah mereka sendiri, jadi saya tidak pernah halang mereka untuk berjumpa.
"Setakat hari ini, Aidil hanya bertanya khabar tentang anak-anak kami menerusi panggilan telefon sahaja. Jika dia ingin datang ke rumah jumpa anak-anak, silakan, saya tidak kisah," tegas Rita.
Azam baharu
Sudah terbiasa barangkali, ujar Rita, tahun ini merupakan kali kedua dia meraikan Aidilfitri tanpa insan bergelar suami di sisi. Tidak janggal mahupun sunyi, kata Rita, anak-anak serta keluarga sudah cukup untuk membuatkannya bahagia.
"Aidil sudah meninggalkan rumah selama tujuh bulan, jadi saya dan anak-anak sudah membiasakan diri tanpa kehadiran dirinya.
"Raya mahupun hari-hari lain tidak ada perbezaan buat saya. Apa yang penting, saya mahu beraya sakan tahun ini. Suami ada ataupun tiada, sama sahaja," katanya yang mempunyai empat pasang baju raya tahun ini.
Rita yang pulang ke kampungnya di Kangar, Perlis selama seminggu untuk beraya, memberitahu, selama empat tahun berkahwin dengan Aidil, dia lebih banyak menjaga kepentingan hati orang lain daripada diri sendiri.
Tidak mahu berterusan meratap kalah kepada dugaan yang diberi kepadanya, Rita mempunyai azam baharu demi masa depan dirinya dan anak-anak.
"Memang selama ini saya selalu pentingkan orang lain sehingga tidak menjaga hati dan perasaan sendiri. Tahun ini, saya berazam untuk gembirakan diri sendiri dan anak-anak terlebih dahulu berbanding orang lain," ujarnya yang pada tahun ini memakai busana berwarna ungu sedondon dengan warna baju anak-anaknya di pagi raya.
Penggemar laksa dan ketupat palas yang merupakan menu wajibnya di hari raya berkata, dia mempunyai pilihan dalam hidupnya dan kini memilih untuk hidup lebih bahagia walaupun masalahnya setinggi gunung.
"Tahun ini saya lebih bahagia dan lebih ceria, orang sekeliling pasti berasa kasihan pada saya tetapi tidak perlu kerana sekarang saya benar-benar bahagia dengan kehidupan saya.
"Allah maha adil, apa yang berlaku sekarang pasti ada hikmah pada kemudian hari, jadi apa yang boleh saya lakukan pasrah, berdoa dan hadapi hari-hari mendatang dengan tenang," luahnya.

10 orang ditembak di New York


SATU mayat ditutup dengan kain di luar bangunan Empire State di New York semalam.



NEW YORK - Dua maut dan lapan lagi cedera dalam kejadian tembakan di luar Bangunan Empire State di bandar raya ini semalam, kata polis.
Bangunan pencakar langit itu merupakan antara lokasi pelancongan popular di bandar raya ini.
Antara yang maut ialah lelaki yang melepaskan tembakan tersebut.
Menurut polis, lelaki itu dikenali sebagai Jeffrey Johnson, 53, bekas pekerja syarikat Hazan.
Seorang saksi pula berkata, lelaki bersenjata itu bertindak melepaskan tembakan rambang ke arah orang awam.
Serangan itu berlaku pada waktu pagi di luar bangunan mercu tanda tersebut ketika orang ramai dalam perjalanan ke tempat kerja.
Stesen televisyen tempatan, NY1 melaporkan empat mangsa yang terkena tembakan tidak mengalami luka serius.
Punca kejadian masih belum diketahui.
Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg menjelaskan, beberapa mangsa mungkin terkena tembakan peluru polis. - Agensi

Temuduga untuk jadi calon isteri lelaki kaya



SEBAHAGIAN wanita berbual semasa mereka menunggu giliran untuk ditemu duga oleh dua kakitangan Kelab Usahawan Bujang China di Beijing pada Ahad lalu.



BEIJING - Sejumlah wanita muda di China yang bergaya dengan pelbagai fesyen dan kasut duduk di atas bangku dan memegang dokumen mengandungi maklumat tentang berat badan serta ketinggian mereka.
Mereka merupakan sebahagian daripada lebih 1,000 wanita yang menghadiri proses tapisan kendalian para kakitangan Kelab Usahawan Bujang China di sini untuk menjadi 50 calon yang dibenarkan berkenalan dengan 32 lelaki kaya.
Lelaki kaya itu mungkin bakal menjadi suami mereka.
Seorang peserta wanita menyatakan, dia sanggup menangis di dalam sebuah kereta BMW daripada duduk di tempat duduk belakang basikal.
Terdapat juga seorang lagi peserta wanita yang mahu meminta wang sebanyak AS$31,000 (RM96,069) sebagai syarat untuk berjabat tangan dengan seorang lelaki.
Wanita-wanita itu perlu berumur 20 hingga 28 tahun, mempunyai ketinggian 165 sentimeter, cantik dan lemah lembut dan sekurang-kurangnya mempunyai pendidikan kolej.
Pada Ahad lalu, wanita-wanita itu dinilai oleh pihak pengendali temu duga seperti bagaimana mereka mengendalikan tekanan dan apakah yang mereka mahu daripada seorang lelaki.
Kelab itu mengenakan syarat kepada para lelaki kaya yang mahu menyertai proses pencarian jodoh itu perlu mengesahkan kekayaan mereka dan membayar yuran sebanyak AS$31,000. - AFP

Bas terbalik akibat taufan Tembin



SEBUAH bas terbalik di sebatang jalan raya di daerah Pingtung, selatan Taiwan semalam. - AFP



TAIPEI - Beberapa buah bas dan kenderaan terbalik ekoran angin kencang yang dibawa taufan Tembin di sebatang jalan raya di daerah Pingtung, selatan Taiwan semalam.
Taufan itu menyebabkan sejumlah pokok tumbang, bumbung rumah ditiup angin dan ribuan penduduk dipindahkan.
Setakat ini tiada angka kecederaan dan kematian didedahkan pihak berkuasa. -Agensi

Tiga maut jejambat runtuh di China



SEBUAH trak terbalik di jejambat yang runtuh.



BEIJING - Tiga orang terbunuh dan lima lagi cedera apabila jejambat sebanyak lapan lorong runtuh di timur laut China semalam, sembilan bulan selepas siap dibina, lapor agensi berita China News Service.
Jejambat itu merupakan sebahagian daripada laluan ke sebuah lapangan terbang di bandar Harbin.
Ia dibuka pada November tahun lalu selepas dua tahun siap dibina dengan kos AS$300 juta (RM930.39 juta).


BEBERAPA buah kenderaan terhumban dari sebuah jejambat yang runtuh di Harbin semalam.



Dua orang mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mati kemudian.
Pihak berkuasa akan menyiasat reka bentuk dan ciri-ciri pembinaan semasa melakukan siasatan bagi mengetahui punca kejadian.
Ribuan orang memberi komen tentang runtuhan itu di laman Sina Weibo.
"Cuba bayangkan beberapa pegawai korup mengambil empat perlima daripada dana projek," kata seorang pengguna laman itu. - AFP

Ragam peserta pertandingan muka terhodoh



WAJAH hodoh yang dilakukan seorang peserta wanita.



BILBAO, Sepanyol - Sejumlah peserta menghadiri pertandingan muka terhodoh di sini kelmarin.
Pertandingan itu dikendalikan oleh kumpulan yang dikenali sebagai rakan-rakan konsert dan bar.
Ia diadakan sejak tahun 1978. - Reuters

Peraga kasut sejauh 2.819km



GAMBAR menunjukkan seorang wanita memperagakan kasut di Pelabuhan Darling, Sydney semalam.



SYDNEY - Syarikat dari Scandinavia, ECCO mencipta rekod dunia apabila model-modelnya berjalan sejauh 2.812 kilometer (km) untuk memperagakan kasut di sekitar Pelabuhan Darling di sini.
Model-model itu memperagakan pelbagai jenis kasut keluaran syarikat tersebut.
Mereka mencipta rekod untuk kategori peragaan jarak paling jauh di dunia.
Rekod itu mengatasi 2.69km yang dibuat di Turki pada tahun 2011. - AFP

21 orang terbunuh di Mayadin akibat serangan tentera Syria

BEIRUT - Seramai 21 maut, kebanyakannya wanita apabila bangunan kediaman dibom tentera Syria di bandar Mayadin, timur negara itu semasa pertempuran dengan kumpulan pemberontak, kata pertubuhan Pemantau Untuk Hak Asasi Syria.
Menurut seorang pengarah pertubuhan itu, Rami Abdel Rahman, sebuah bangunan runtuh akibat bedilan tentera tersebut.
Beliau berkata, 12 wanita terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam serangan itu.
Mayadin yang didiami 55,000 penduduk terletak di wilayah Deir Ezzor.
Sementara itu, tentera Syria turut meneruskan serangan di bandar Aleppo semalam bagi mementang kumpulan pemberontak.
Beberapa aktivis melaporkan serangan itu berlaku di beberapa buah daerah.
Sejumlah rumah musnah dalam serangan itu, kata para aktivis pertubuhan tersebut.
Serangan bom turut berlaku di bandar Aazaz di utara Syria.
Sekurang-kurangnya 50 mayat yang tidak dikenal pasti ditemui mati ditembak dalam tempoh 24 jam di Aleppo dan Damsyik.
Dalam perkembangan yang sama, tiga orang terbunuh dalam pertempuran memasuki hari kelima antara penduduk Sunah dengan Syiah Alawi di bandar Tripoli, Beirut kesan daripada pergolakan di Syria.
Kebangkitan rakyat di Syria kebanyakannya dilakukan oleh penduduk Sunah yang menentang kepimpinan Presiden Bashar Al-Assad.
Bashar merupakan penganut Muslim mazhab Syiah.
Kira-kira 24,500 telah terbunuh sejak kebangkitan rakyat berlaku di Syria pada Mac tahun lalu.
Para pemberontak itu mahu Bashar meletakkan jawatan kerana gagal untuk melaksanakan pembaharuan dalam bidang politik dan hak asasi manusia. - Agensi

Mahkamah putuskan Samsung tidak tiru iPhone



GAMBAR menunjukkan iPhone 4S (kiri) dan telefon
bimbit Galaxy keluaran Samsung.



SEOUL - Mahkamah Daerah Tengah Seoul semalam memutuskan syarikat Samsung tidak meniru telefon bimbit syarikat Apple dari Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, hakim di mahkamah itu memutuskan Samsung menceroboh teknologi Apple berhubung dengan skrin sentuh pada telefon bimbit.
Mahkamah tersebut mengarahkan sebahagian penjualan produk Apple termasuk komputer teblet iPad dan telefon bimbit daripada kedua-dua syarikat itu dihentikan.
Namun, keputusan itu tidak menjejaskan generasi terbaharu telefon bimbit keluaran Apple.
Keputusan itu hanya melibatkan pasaran di Korea Selatan.
Mahkamah mengarahkan Apple tidak menjual telefon iPhone 3GS, iPhone 4, iPad 1 dan iPad 2 di negara ini.
Menurut mahkamah, produk itu melanggar dua daripada lima paten Samsung.
Mahkamah juga mengarahkan setiap syarikat saling membayar ganti rugi.
Samsung diarah membayar Apple sebanyak 25 juta won (RM68,324).
Apple pula perlu membayar kepada Samsung sebanyak 40 juta won (RM109,335). - AP

Pembunuh kejam dipenjara 21 tahun



BREIVIK



OSLO, Norway - Seorang pembunuh kejam, Anders Behring Breivik tersenyum angkuh apabila sebuah mahkamah di sini semalam mendapati dia waras semasa melakukan pembunuhan dan dihukum penjara selama 21 tahun.
Breivik membunuh 77 orang dalam kejadian tembakan dan serangan bom di Norway pada 22 Julai tahun lalu.
Ketika memasuki ruang mahkamah selama beberapa minit sebelum hukuman dijatuhkan, Breivik sempat menunjukkan tumbukannya menerusi tangan kanannya.
Breivik, 33, yang merupakan anak seorang diplomat didakwa melakukan kejadian itu kerana menentang imigrasi penduduk Muslim yang menyebabkan penduduk Eropah berpecah-belah. - Agensi

SEMANGAT ISLAM SANGAT2 DITUNTUT


Bahana bangga tiada dara

Oleh Azlan Hafeedz
am@hmetro.com.my
DEDAH...Maisarah menceritakan pengalamannya kepada Zaimah ketika sesi kaunseling di RMP.
DEDAH...Maisarah menceritakan pengalamannya kepada Zaimah ketika sesi kaunseling di RMP.
KOTA BHARU: Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.
Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.
Malah, sesiapa yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.

Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.

Don kahwin

Oleh Elrafaei Sapi dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
am@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Pendakwah muda popular, Don Daniyal Don Bijayid, 28 selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Husna Zahry Rafie, di Balik Pulau, Pulau Pinang, malam kelmarin.
Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) itu yang menjadi perhatian ramai melalui program 30 Minit Ustaz Don di saluran TV Al-Hijrah diijabkabulkan dalam majlis sederhana di rumah pengantin wanita, tanpa mengundang wakil media.

Menurut sumber terdekat dengan anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu, majlis hanya dihadiri keluarga terdekat, saudara-mara dan kenalan rapat berikutan penceramah muda berkenaan enggan menghebahkannya kepada umum.
“Majlis persandingan dijadual di rumah pengantin wanita hari ini (semalam) dan selain satu lagi majlis di dewan Kuis di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor pada 1 September depan.

“Persandingan kali kedua pasangan itu dibuat di Dewan Kuis bagi memudahkan kenalannya di sekitar Lembah Klang dan penuntut Ustaz Don di Kuis hadir,” katanya.

Ustaz Don yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir sebelum ini bertunang dengan Husna, penuntut tahun kelima jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir, 6 Mac tahun lalu.
Dalam satu kenyataan menerusi paparan facebook seorang personaliti Al-Hijrah, Amin Idris, Ustaz Don dipetik berkata dirinya hanya bersederhana dan mementingkan pengisian selepas berkahwin.

Wartawan yang memantau laman facebook, twitter dan blog mendapati pasangan itu menerima ucapan tahniah daripada peminat yang ternyata gembira dengan perkhabaran terbabit.
Di status laman facebook miliknya, Ustaz Don turut memuat naik gambar perkahwinannya sebelum 7,780 peminatnya menyukai dan 600 mengucapkan tahniah kepadanya.

Barakallahu lakuma wa baraka Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir...

Gambar Perkahwinan Ustaz Don Daniyal & Husna

Alhamdulillah.. Selamat sudah majlis akad nikah Ustaz Don Daniyal dan Zaujahnya iaitu Husna.. Don Daniyal Don Biyajid, 28 selamat dinikahkan petang semalam di Balik Pulau, Pulau Pinang. Hensem gitu Ustaz Don.. Simple.. Hanya dengan memakai Jubah sahaja.. Begitu juga dengan Zaujah nya.. 

Majlis kenduri sebelah pengantin perempuan diadakan esok sementara majlis perkahwinan Ustaz Don akan diadakan pada 1 September 2012 di Dewan Kuis.

Kita doakan semoga bahagia dunia akhirat..


Terima kasih Artmosphere Photography untuk gambar ini.. Sangat cantik.. Syukran Jazilan... http://goo.gl/91zsa

Semangat Asyiem Songkok

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my
PASANG...Pak Asyiem memasang bendera Malaysia di halaman rumahnya sempena Hari Kemerdekaan.
PASANG...Pak Asyiem memasang bendera Malaysia di halaman rumahnya sempena Hari Kemerdekaan.
KUALA LUMPUR: Biarpun termengah-mengah akibat penyakit asma yang kerap berulang, namun Hashim Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Asyiem Songkok tekad meneruskan tradisi Merdeka yang diciptanya sejak lebih 29 tahun lalu.
Hashim, 55, pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang cukup popular dengan semangat patriotik di kalangan penduduk Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam, di sini, memang tidak pernah ketinggalan mencipta keunikan setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan.

Menurutnya, walaupun keadaan diri kurang sihat, tetapi itu tidak menghalang untuk dia terus bersemangat menghias rumah dan keretanya menggunakan Jalur Gemilang.
“Berbeza dengan tahun sebelumnya, saya terpaksa mengehadkan pergerakan kerana masalah kesihatan. Jadi buat masa ini, hanya rumah yang sempat dihias dengan Jalur Gemilang, sementara kereta akan dihias minggu depan,” katanya.

Hashim yang berasal dari Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, berkata, minat memasang bendera wujud sejak dia memperoleh bendera Malaysia pada 1983.

“Ketika itu, hendak mendapatkan sehelai bendera bukan perkara mudah...bila sudah ada, saya pacak pada tiang dan pasangkan pada kereta.
“Bila tamat sambutan Hari Merdeka, saya akan bersihkan bendera berkenaan dan simpan untuk kegunaan tahun seterusnya,” katanya.

Beliau berkata, semangat menyambut Hari Merdeka tambah berkobar apabila berjaya membeli songkok bercorak Jalur Gemilang di Jalan Masjid India pada 1993.
“Pernah suatu ketika, saya mempunyai tujuh songkok bercorak Jalur Gemilang untuk digayakan sepanjang Bulan Merdeka. “Tapi kerana terlalu ramai yang berkenan, saya jadikan ia cenderamata kepada individu tertentu dan hanya tiga songkok yang masih tersimpan kemas untuk digunakan.

“Songkok berkenaan saya pakai setiap hari, bermula 1 Ogos setiap tahun, mengikut jumlah tahun merdeka...kalau tahun ini ulang tahun Kemerdekaan ke-55, jadi saya akan pakai selama 55 hari,” katanya yang berbuat demikian bagi menyemai semangat cintakan negara ke dalam dirinya dan generasi muda.

Mengenai corak dan reka bentuk hiasan yang akan dibuat pada keretanya, Hashim berkata, dia sudah menyiapkan grafik bersesuaian dengan tema Hari Merdeka tahun ini.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan kesihatan saya...kalau asma berkurangan, dapatlah saya usahakan apa yang dirancang, tapi kalau sebaliknya, cukuplah sekadar menghias rumah dan bergaya dengan baju Melayu bercorak Jalur Gemilang sepanjang Bulan Merdeka,” katanya.

Sementara itu, kunjungan Harian Metro ke rumahnya semalam, mendapati bahagian luar dan dalam rumahnya dipenuhi dengan bendera yang dihias dalam pelbagai bentuk seperti langsir tingkap serta pintu.

Selain hiasan dan gambar, beliau juga sempat menunjukkan koleksi baju Melayu serta samping yang diperbuat daripada Jalur Gemilang.

Menurut Hashim, dia sudah berhabis hampir RM50,000 semata-mata untuk menghias keretanya menggunakan teknik semburan ‘air brush’, membeli Jalur Gemilang, menempah songkok serta pakaian khas sejak 1999, namun semuanya berbaloi dan memuaskan hatinya.

Lebih sayang anak patung dari suami



ALICE menukar lampin anak patungnya.
ALICE menukar lampin anak patungnya.
LONDON: Apabila ibu kepada lima anak, Alice Winstone diberitahu dia tidak lagi boleh mendapat anak kerana masalah kesihatan, dia tetap berazam memenuhi kediamannya dengan bayi.
Wanita berusia 39 tahun itu sangat terdesak untuk menjaga bayi hingga dia membelanjakan puluhan ribu ringgit membeli 50 anak patung bayi yang seolah-olah hidup memenuhi seluruh kediamannya.

Alice meluangkan selama tujuh tahun dan membelanjakan lebih 12,000 pound (RM58,879) memenuhi kediamannya dengan anak patung vinil ‘Reborn Dolls’, walaupun tiga daripada lima anak kandungnya masih tinggal di kediaman sama.
Ketaksubannya pada bayi palsu yang berharga 1,200 pound (RM5,891) setiap satu, menyaksikan dia membelanjakan 50 pound (RM245) sebulan dan memaksa suaminya yang telah lama menderit, Chris untuk berpindah keluar dari kediaman mereka di Cardigan, Wales Tengah.

Alice membeli bayi palsunya yang pertama, anak patung bergelar Emmy dengan harga 180 pound (RM 883) selepas melihatnya di muka belakang sebuah majalah dan ‘jatuh hati’ dengan anak patung berkenaan.

Alice berkata, walaupun Chris meraguinya, dia hairan kerana berasakan mempunyai ikatan yang rapat dengan anak patung.
Alice diberitahu selepas dia hamilkan anak bongsunya, Jessica, kini 12 tahun, dia mengalami masalah gangguan darah menyebabkan kehamilan seterusnya tidak selamat.

Masalah kesihatan itu turut menyebabkan dia tidak bekerja, sebaliknya menjaga 50 bayi palsu selama 24 jam sehari sejak dia mendapatkan mereka. Alice menukar, mencuci, menidurkan dan memberi makan anak patung berkenaan - malah, memabawa beberapa anak patung kegemarannya keluar bersiar-siar dengan kereta. Dia mengaku lebih suka menjaga anak patungnya daripada melakukan hubungan seks bersama suaminya yang keluar dari kediaman mereka lima tahun lalu ekoran terlalu banyak koleksi anak patung di rumah mereka.
Alice begitu bimbang mengenai keselamatan anak patungnya itu setiap kali anak kandung atau kucingnya berada berdekatan mereka. — DM

Restoran di London perkenal menu makanan zombie

LONDON- Otak yang menjadi makanan zombie dan biasanya hanya dilihat dalam filem kini akan disajikan di London.
Sebuah kedai makanan membuat menu istimewa bertemakan otak untuk mempromosikan drama bersiri televisyen Walking Dead.

“Saya tidak sabar untuk memperkenalkan menu ini kepada masyarakat. Ini adalah kesempatan yang baik untuk memperkenalkan makanan Barat yang luar biasa,” kata Mark Jankel, tukang masak yang menyajikan makanan zombie itu, sebagaimana dipetik daripada akhbar, The Sun.
Beberapa menu yang akan disajikan ialah Otak Goreng Rangup, Burger Otak, Otak Dibungkus Salad dan Nuget Kaki dan Tiroid. Makanan yang bentuknya mirip otak manusia itu dijual di Camden Lock Market mulai hari ini dan Lower Marsh Market, Waterloo esok. - Agensi

Kim belanja RM309,000 beli mangkuk tandas

LOS ANGELES: Selebriti, Kim Kardashian dilaporkan membelanjakan (RM309,057) untuk membeli mangkuk tandas yang boleh berfungsi secara automatik.
Bintang realiti televisyen berusia 31 tahun itu dikatakan bimbang tetamu yang berkunjung ke kediamannya tidak akan mengepam tandas selepas menggunakannya. Dia dilaporkan menyelesaikan masalah itu dengan membelanjakan sejumlah wang untuk tandas yang boleh mengepam secara automatik.

Satu sumber memberitahu US magazine: “Kim bimbang orang menggunakan tandasnya dan lupa untuk mengepam. Dia juga suka menjadi wanita pertama di kawasan kejiranannya yang mempunyai tandas lebih mahal daripada kediaman lain.” - Agensi

BILA DAH BERLAKU TELAH JADI TAKDIR...TAKDIR DARI ALLAH SWT...BANYAK KES MAKA HUKUM HUDUD PENYELESAIAN YANG TERBAIK

‘Monyet Ceria’ bawa bencana

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my

JUDI...permainan Funky Monkey atau Monyet Ceria.
JUDI...permainan Funky Monkey atau Monyet Ceria.
KUALA LUMPUR: Permainan judi mesin slot ‘Funky Monkey’ atau lebih dikenali sebagai ‘Monyet Ceria’ kini antara yang menjadi kegilaan kebanyakan kaki judi di sekitar ibu kota untuk bertaruh bagi memenangi wang tekaan.
Berselindung di sebalik kafe siber dan pusat komputer, pihak yang menjalankan perjudian itu kini mempertaruhkan permainan Monyet Ceria sebagai permainan utama kepada pelanggan sebelum mereka tewas ribuan ringgit.

Tinjauan di beberapa pusat siber di Kepong, Cheras, Bangsar dan pusat bandar raya mendapati permainan itu menjadi pilihan utama pelanggan dengan tekaan hanya bermodal RM1, mereka layak memenangi sehingga RM800.
Bukan hanya dikunjungi pelanggan dewasa, malah permainan terbabit turut disukai pelajar dan remaja yang terjebak gejala sosial itu selepas diajak rakan.

Wartawan yang memasuki pusat judi di Kepong dan pusat bandar selama enam jam difahamkan premis terbabit dibuka 24 jam sehari dengan menawarkan pelbagai permainan judi untuk dipertaruh.

Selain Funky Monkey antara menjadi pilihan ialah Rockin Roller, Nepiunes Kingdom, Safari, Haunted House, Magic Scots dan Real Classic.
Melalui perbualan bersama penjaga premis judi di Kepong, difahamkan pemilik perniagaan itu meraih hampir ratusan ribu ringgit sehari selepas pusat judi terbabit dikunjungi ramai pelanggan.

“Sekarang ini, ramai bertaruh Funky Monkey, ada yang menang dan ada yang kalah. Kalau beli seringgit boleh menang RM800, kalau RM2 dapat RM1,600, kalau beli banyak, puluhan ribu boleh menang,” katanya.
Funky Monkey adalah permainan judi memerlukan setiap barisan slot menyamai urutan objek dikehendaki antaranya 1Bar, 2Bar, 3Bar, objek pisang, cermin mata, kelapa muda, pokok dan gendang.

Bagi hadiah terbesar, sekiranya semua gendang menyamai garisan slot, tekaan RM1 mampu memenangi RM800 dan seterusnya. Namun, kebanyakan pelanggan ditemui dan bertaruh hanya menggelengkan kepala selepas kalah ribuan ringgit.

Pelanggan dikenali sebagai Pak Kadir, 52, yang juga pemandu bas berkata, setiap hari dia mengunjungi pusat judi dan bermain Funky Monkey selepas ketagih sejak setahun lalu.

“Kalau diikutkan bermain judi komputer ini, puluhan ribu saya kalah, tetapi apakan daya sukar meninggalkan tabiat buruk ini. Setiap hari mesti bertaruh walau sekali,” katanya.

Pak Kadir ketika ditemui di sebuah premis di Kepong berkata, sepanjang berjudi, dia banyak kalah berbanding menang.

Rumah hakim dipecah masuk



KUALA LUMPUR: Seorang hakim Mahkamah Tinggi kerugian lebih RM100,000 apabila rumahnya di Bukit Setiawangsa dipecah masuk ketika mangsa sekeluarga bercuti sempena Aidilfitri di kampung.
Kejadian disedari keluarga hakim wanita berusia 50-an yang bergelar Datuk itu, yang tiba di rumahnya dari utara jam 5 petang kelmarin.

Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang ditemui di rumahnya semalam, mereka sekeluarga pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri pada Sabtu lalu dan sebaik pulang ke rumah mendapati pintu pagar automatik sudah terbuka, manakala pintu depan rumahnya mempunyai kesan diumpil.
Pelbagai perkakas elektrik, barangan berharga seperti jam, barang kemas dan komputer serta sebuah kereta Perodua Myvi dilarikan perompak, namun beliau enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Duit raya hangus bersama rumah



BATU PAHAT: Lima sekeluarga kerugian lebih RM30,000 termasuk RM3,000 duit raya apabila rumah mereka di Kampung Seri Dalam, Parit Raja di sini, musnah dalam kebakaran, malam kelmarin.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 10.30 malam itu, semua empat penghuni rumah berkenaan berjaya menyelamatkan diri, manakala ketua keluarga berada di gerainya di kampung berhampiran. Mangsa, Rahman Masri, 48, berkata, ketika kejadian dia berada di warungnya di Kampung Lapis Baru, di sini, sebelum jirannya menelefon dan memberitahu rumahnya terbakar.

“Saya hanya mampu fikirkan keselamatan ibu dan tiga anak yang berada di rumah.
“Saya bergegas pulang untuk mengetahui keadaan mereka.

“Alhamdulillah, sebaik tiba di pekarangan rumah, saya dapati tiga anak dan ibu selamat namun sedih melihat rumah kami hangus,” katanya.

Menurutnya, dia difahamkan ketika kejadian anak bongsunya mengulang kaji pelajaran di ruang tamu sebelum terhidu bau asap dari dapur.

“Kami sekeluarga tidak sempat menyelamatkan apa-apa termasuk duit raya ibu dan anak-anak kira-kira RM3,000.
“Kami sedih kerana ia berlaku ketika kami menyambut Aidilfitri namun reda dan syukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku.

“Ketika ini, kami menumpang di rumah saudara terdekat dan berharap ada pihak menghulurkan bantuan bagi meringankan beban kami,” katanya.

Nasib malang keluarga Rahman mendapat perhatian apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Raja, Datuk Ab Aziz Kaprawi yang menghulurkan bantuan.


Putus nyawa lepas 15 hari

Oleh Mohammad Ishak
am@hmetro.com.my

JERTIH: “Saya sudah melarang arwah supaya tidak bermain basikal berhampiran periuk mengandungi air soya panas yang baru dimasak, tetapi tidak dihiraukannya,” kata Normeliza Mohamad, 29, ibu kepada Wan Mohd Fariss Mirza Wan Faizol, 21 bulan, yang melecur teruk akibat termasuk ke dalam periuk berisi air soya panas di rumahnya di Taman Setia, Balakong, Kajang, pada 9 Ogos lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, Wan Mohd Fariss terjatuh ke dalam periuk berkenaan selepas basikal ditolaknya tersangkut di hujung tikar ketika bermain berhampiran periuk itu di ruang tamu rumah.

Bagaimanapun kanak-kanak itu meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ketika menjalani rawatan selepas kesan lecurnya dijangkiti kuman, kelmarin.

Normeliza yang ditemui di rumah ibu bapanya di Kampung Jabi, dekat sini, semalam berkata, sebelum kejadian dia yang berniaga di bazar Ramadan memasak air soya di luar rumah sebelum membawanya masuk ke ruang tamu sebaik selesai.

Disambar buaya ketika buang air

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

KUCHING: Seorang buruh binaan yang sedang membuang air besar nyaris maut dibaham buaya dalam kejadian di bawah jambatan merentasi Sungai Sarawak berdekatan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, pagi semalam.
Sebelum kejadian jam 8 pagi itu, lelaki warga Indonesia berkenaan yang dikenali sebagai Pai, 32, dari Pulau Jawa, tiba-tiba sakit perut sebelum membuat keputusan ke bawah jambatan berkenaan bagi membuang air besar.

Dia yang bekerja di sebuah tapak pembinaan berdekatan berkata, berikutan perutnya semakin memulas, dia tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa mencangkung di tepi sungai di bawah jambatan berkenaan.
“Hanya beberapa minit selepas membuang air besar, secara tiba-tiba buaya dianggarkan sepanjang lebih dua meter menyambar pinggang saya dari belakang.

“Pada mulanya saya terkejut dan panik kerana tidak tahu apa sebenarnya berlaku dan hanya beberapa saat kemudian baru saya sedar ia seekor buaya,” katanya ketika ditemui di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Menurutnya, ketika bergelut untuk cuba melepaskan diri dari gigitan buaya berkenaan, dia mendapat kudrat untuk melawan dengan menumbuk sekuat hati mata haiwan berkenaan.
“Nasib memihak kepada saya apabila buaya berkenaan melepaskan gigitan sebaik tumbukan saya mengenai sebelah matanya,” katanya.

Pai berkata, sebaik buaya itu melepaskan gigitan, dia terus berlari meminta pertolongan rakan sekerjanya dalam keadaan tubuh berlumuran darah akibat serangan haiwan ganas itu.
“Apabila terlepas daripada mulut buaya, saya seperti mendapat kekuatan luar biasa untuk lari meminta pertolongan walaupun pinggang saya terasa amat sakit.

“Saya bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu. Inilah pengalaman yang tidak akan saya lupakan dalam hidup saya.” katanya, Pai kemudiannya dihantar ke HUS untuk rawatan dan keadaannya kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Lorong rahsia bolos diri

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Rumah yang dihuni suspek utama disyaki membakar Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, yang diserbu polis awal pagi kelmarin, didapati memiliki lorong rahsia di bahagian belakang yang dihadang zink dan dahan pokok serta ditaburi paku.
Rumah itu terletak di bahagian paling hujung dalam satu deretan mengandungi lima unit kediaman di kawasan rumah panjang di Setapak Jaya, di sini, diserbu polis jam 3.30 pagi kelmarin. Semalam, wartawan dan jurugambar Harian Metro berkesempatan meninjau rumah itu yang menjadi tempat persembunyian suspek berusia 18 tahun yang juga teman lelaki Nurul Firzanah sebelum dicekup bersama lima rakan berusia 18 hingga 20 tahun, empat daripadanya perempuan. Tinjauan mendapati lorong rahsia itu hanya selebar dua meter selain dibina zink sebagai penghadang, dipercayai untuk memudahkan mereka bersembunyi dan melarikan diri sekiranya diserbu polis.

Seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Lee, 72, yang tinggal berhampiran rumah persembunyian itu berkata dia tidak mengenali suspek, namun menyedari lelaki itu sering datang ke rumah terbabit sejak dua bulan lalu.
“Setahu saya rumah itu dihuni seorang wanita bersama tiga anaknya kira-kira empat tahun lalu. Bagaimanapun, saya tidak rapat dengan mereka dan hanya bertegur sapa jika terserempak.

“Saya selalu lihat rumah itu sering didatangi ramai orang tak kira masa dan saya juga tak pasti apa pekerjaan wanita itu,” katanya.

Menurutnya, ketika serbuan polis awal pagi kelmarin, dia mendengar bunyi bising dan melihat banyak kereta polis namun dia tidak mengetahui apa sebab mereka ditahan.