Haiwan Bertukar Menjadi Manusia Di Thailand?
Mari kita beralih kepada subjek utama, atau yang perlu saya katakan objek, siri foto ini badan yang hebat berwarna dan berbentuk makhluk. Terdapat banyak perdebatan tentang apa yang makhluk ini mungkin dan ini adalah yang sebenarnya keindahan misteri, ketidakupayaan untuk menyelesaikan. Ia mungkin beberapa jenis haiwan yang aneh, malah kelihatan seperti makhluk mitos. Jujur saya tidak tahu apa yang perlu berfikir tentang kejadian ini. Foto-foto ini menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan.
Sumber: 2dayblogger
Mitsubishi jatuh jejambat, pemandu tak cedera
KUALA LUMPUR – Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah nasib seorang lelaki yang tidak cedera setelah kenderaan dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jejambat di Jalan Istana – Jalan Sungai Besi dekat sini semalam.Kejadian pada pukul 9 pagi itu membabitkan sebuah kenderaan Mitsubishi Lancer dipandu Hong Chee How, 21, yang dalam perjalanan dari Selayang menuju ke Serdang.
Katanya, nasib baik kenderaan tersebut tidak menghempap mana-mana kenderaan yang melalui Jalan Tun Razak menuju ke Sungai Besi.
Kosmo
Jumpa 6 batang jarum peniti dalam wafer coklat
TELOK KEMANG – Enam batang jarum peniti hampir mencederakan seorang lelaki yang asyik menikmati wafer berperisa coklat yang baru dibelinya di sebuah pasar raya di Telok Kemang, baru-baru ini.Saipol Bahar Mahat, 41, berkata, dia terasa seperti ada objek keras ketika mengunyah wafer berperisa coklat berkenaan.
“Saya baru kunyah dua kali dan terasa ada benda tajam, lalu saya keluarkan benda tersebut itu.
“Alangkah terkejutnya melihat sebatang jarum peniti dan kunyahan seterusnya, saya masih merasai ada lagi objek yang sama,” katanya.
“Saya membeli wafer coklat itu di sebuah pasar raya,” katanya.
Saipol berkata, dia segera menghubungi isterinya memaklumkan kejadian itu.
“Saya minta isteri buang semua wafer di dalam peti sejuk kerana khuatir anak saya yang berusia 4 tahun turut memakannya.
“Saya telah membuat laporan polis dan aduan kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) cawangan Port Dickson,” katanya.
Sinar
Dirempuh, diragut penyamun
ALOR GAJAH – “Kenapa ni? Kenapa ni? Itulah ayat yang pada mulanya disangka mangsa mahu membantunya selepas dirempuh kereta, sebaliknya hanya alasan si penyamun untuk bertindakkejam dengan meragutnya.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang sehari sebelum Aidilfitri itu, mangsa, Siti Zabedah Saad, 41, yang menunggang motosikal jenis Modenas dirempuh sebuah kereta Perodua MyVi bewarna hijau dari arah belakang.
Menurutnya, ketika itu dia dalam perjalanan pulang dan tidak sedar diekori kereta terbabit.
“Tiba-tiba sewaktu mahu masuk ke simpang jalan menuju ke rumah di sebuah taman di Rembia, saya dirempuh dari belakang menyebabkan saya hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan, sebelum terseret hampir 50 meter,” katanya, semalam.
Zabedah berkata, dua lelaki terbabit segera keluar dari kereta dan mendekatinya.
“Kedua-duanya berkulit gelap.
Mereka yang kelihatan panik berpura-pura bertanyakan keadaan saya.
“Sambil bertanya, mereka ragut rantai leher saya tetapi tidak sedar buah rantai tersebut tercampak jauh,” katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Cheng.
Menyedari dua lelaki terbabit bukan mahu membantunya, dia cuba bangun melawan penyamun terbabit.
“Ketika itu mereka masih lagi mencari-cari barangan untuk dicuri tetapi gagal. Walau sakit, saya kuatkan semangat mengejar mereka yang segera memecut kereta, tetapi malangnya motosikal saya rosak selepas dirempuh,”katanya.
Zabedah berkata, dia bernasib baik kerana dompet yang dibawa berisi empat bentuk cincin, seutas rantai tangan dan wang RM200 terselindung di sebalik motosikal yang terjatuh.
“Kebetulan ketika itu, sebuah kereta peronda polis melalui jalan berkenaan dan membantu membawa saya ke Hospital Alor Gajah mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan,” katanya yang cedera di kaki dan tangan sebelah kiri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Permai, Rembia sebelum dilanggar dan diragut dua lelaki menaiki kereta.
“Mangsa tercampak dan terseret selepas dilanggar dua lelaki terbabit yang kemudiannya berpura-pura bertanya keadaannya sebelum meragut rantai leher yang dipakai, dianggarkan bernilai RM2,500.
“Mangsa cedera dan membuat laporan polis di Balai Polis Rembia sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sinar
Sorok wang curi dalam seluar dalam
PETALING JAYA- Disebabkan terdesak hendak menggunakan wang untuk menyambut hari raya, seorang wanita yang bekerja di sebuah syarikat keselamatan cuba melarikan wang sebanyak RM1,800 dengan menyembunyikannya di dalam seluar dalamnya.Menurut sumber, suspek berusia 27 tahun berasal dari Kelantan itu turut dikesan meletak sebahagian wang tersebut di dalam tong sampah bagi memudahkannya menyeludup keluar wang tersebut dari bilik kiraan wang.
Menurut sumber itu lagi, suspek pada mulanya tidak mengaku bertanggungjawab ke atas kehilangan wang berkenaan namun setelah didesak, dia mengaku menyembunyikannya di dalam seluar dalam manakala separuh lagi wang di dalam tong sampah.
Suspek kemudiannya memberi alasan sengaja berbuat demikian kerana suka-suka namun bertindak menukar pengakuannya dan mengatakan terdesak mahu menggunakan wang untuk membeli barangan persiapan hari raya.
Pihak pengurusan tertinggi syarikat keselamatan itu mengambil keputusan menyerahkan kakitangannya terbabit kepada polis untuk tindakan selanjutnya manakala satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan wanita itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Sinar
Kisah pelarian Rohingya: ‘Myanmar tanah air kami’
PELARIAN Rohingya Islam yang berada di Malaysia masih menaruh harapan agar episod penindasan terhadap komuniti itu yang sudah berlangsung sejak sekian lama segera berakhir. Harapan mereka dapat kembali bersatu dengan keluarga masing-masing di Myanmar.Walaupun keganasan etnik yang berlaku sejak awal Jun lalu menyebabkan lebih 80 terbunuh manakala lebih 80,000 hilang tempat tinggal, beberapa anggota komuniti Rohingya yang ditemui di Kuala Lumpur masih berharap agar konflik itu segera berakhir.
Dalam pertemuan dengan Sinar Harian Online minggu lalu, Mohd Alam Shamsudin, 47, yang berasal dari daerah Mongdu di negeri Rakhien (Arakan) berkata, walaupun hak kewarganegaraan etniknya dinafikan, namun ia adalah tanah kelahiran mereka.
“Mana mungkin saya lupakan tanah air saya, tanah kelahiran saya dan kaum keluarga yang terpaksa saya tinggalkan demi keselamatan.
“Saya memutuskan untuk meninggalkan kampung halaman pada tahun 1989 dan menjadi pelarian ketika berusia 24 tahun kerana tidak tahan menanggung penderitaan akibat ditindas.
“Orang Rakhien ketika itu memang memandang orang Islam Rohingya dengan penuh kebencian dan setiap apa yang dilakukan oleh kami adalah salah di mata mereka, sebaliknya apa yang mereka buat adalah betul belaka,” katanya.
Ujar Mohd Alam, orang Rohingya bukan sahaja sukar mendapatkan status warganegara, malah mereka juga terpaksa menghadapi diskriminasi selain pergerakan yang dihadkan termasuk dalam isu perkahwinan serta anak.
Menyingkap bibit awal ketika berada di negara ini, Mohd Alam mengakui pernah ditangkap pihak polis kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah pada 1992.
“Saya gagal menunjukkan pasport seperti yang diminta pihak berkuasa kerana apa yang saya ada hanyalah surat daripada Pesuruhjaya Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCHR).
“Saya kemudiannya dihantar ke Penjara Kajang selama dua bulan sebelum dihantar ke Penjara Pudu selama lebih kurang tiga hari dan dihantar ke Hadyai, Thailand.
“Dari sana, saya berusaha masuk kembali masuk ke negara ini kerana di sana pelarian-pelarian ini dilayan dengan teruk sekali,” kata bekas pelajar sekolah tinggi ini.
Anak saudaranya, Mohd Alam yang turut berada di negara ini, Abd Rashid Azizulhuk, 37, berkata, walaupun pernah melalui beberapa episod sedih sepanjang menjadi pelarian, namun hatinya tetap bersemangat untuk meneruskan kehidupannya.
“Dari kampung, saya berjalan kaki ke Thailand yang memakan masa berhari-hari dan bekerja di kilang pengimpal selama sembilan bulan,” katanya. Duit yang dikumpul itulah dia gunakan untuk datang ke Malaysia pada 1993 dengan menaiki bas. Tambang ketika itu RM25.
“Pada awal ketibaan saya di sini, saya berhadapan dengan pelbagai kesukaran hidup termasuklah terpaksa menahan perut kerana tidak ada duit untuk makan selama beberapa hari, tidak dibayar upah selepas selesai membuat pekerjaan dan kesukaran berkomunikasi kerana sukar memahami bahasa Melayu.
“Saya juga pernah ditahan selama tujuh bulan dan 27 hari di kem tahanan pelarian di Sepang.
“Kini hidup saya lebih teratur kerana mempunyai kerja yang tetap dan di sini saya bekerja di sebuah kilang besi,” katanya ketika ditemui di rumah yang di sewa bersama kawan-kawan Rohingya di Kampung Cheras Baru, baru-baru ini.
Selain Mohd Alam dan Abd Rashid, turut tinggal serumah ialah Mohd Nesar Kamal Hussain, 40. Dia mengakui sering merindui kampung halamannya hanya mampu mengikuti setiap perkembangan yang berlaku di Arakan melalui televisyen ataupun akhbar.
Dia turut menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan ketegangan di negara itu terutamanya sepanjang bulan Ramadan lalu.
“Saya juga ada menelefon keluarga di kampung. Saya juga tidak boleh bayangkan kesukaran umat Islam di sana kerana walaupun mereka ada wang, belum tentu mereka boleh membeli apa-apa,” katanya.
Selain Mohd Nesar, Noor Mohammed, 46, yang berasal dari Sittwe, berhijrah ke Malaysia pada 1966 pada usia 28 tahun. Dia tidak dapat kembali ke Arakan.
“Pada tahun 1995, saya baru habis belajar dalam jurusan Tafsir, Fekah dan Hadis dari Madrasah Al-Jamiah Islamiah di Cittagong, Bangladesh.
“Ketika cuba masuk kembali Myanmar, saya telah dihalang oleh tentera dan dituduh sebagai ektremis Islam hanya kerana penampilan pakaian saya yang berjubah, berkopiah serta menyimpan janggut,” katanya.
Atas nasihat guru-gurunya, Noor kemudiannya datang ke Malaysia kerana mereka berpendapat adalah lebih selamat datang ke sini kerana sebuah negara Islam.
“Saya agak bernasib baik kerana mempunyai pasport kerana sudah lama tinggal di Bangladesh dan berjaya mendapat status Penduduk Tetap.
“Disebabkan saya mempunyai sijil agama dan kebetulan sebuah masjid di Sentul memerlukan imam, saya kemudiannya ditawarkan untuk bekerja di situ,” katanya yang bertindak sebagai imam hingga sekarang.
Bapa kepada dua orang cahayamata lelaki ini berkata, setiap kali menjelang Aidilfitri, lebih 200 orang Rohingya yang datang dari sekitar Kuala Lumpur termasuk Ampang, Sentul dan Selayang untuk solat di masjid itu.
Katanya, peluang inilah yang digunakan oleh sesama mereka untuk bertanya khabar sambil mengeratkan hubungan.
Mohamad Talib Mohd Muslim, 39, yang juga sepupu Noor, merupakan rakan sekuliah di madrasah yang sama ketika ditemui di rumahnya di Pangsapuri Sentul Utara berkata, jika diberi pilihan untuk memilih negara ketiga, dia tetap mahu tinggal di Malaysia kerana negara ini sangati aman dan damai.
Mohamad Talib yang sudah berkahwin dengan seorang wanita Indonesia tiga tahun lalu itu tiba di Malaysia 10 tahun lalu selepas tidak tahan dengan tekanan yang dihadapi di Myanmar.
“Saya bersama 100 orang yang lain datang ke sini dengan menaiki bot dari Myanmar dan tiba di Thailand. Dari sana saya dihantar ke Klang.
“Pada peringkat awal, saya terpaksa bertukar-tukar kerja kerana berhadapan dengan masalah komunikasi sehinggalah sekarang saya sudah bekerja sebagai penghantar ayam di Pasar Chow Kit.
“Walaupun dengan gaji RM45 sehari dan waktu bekerja dari 3 pagi hingga 8 pagi, saya gembira dan bahagia di sini,” kata pemegang kad pelarian UNHCR ini.
Penafian hak warganegara kumpulan ini bermula apabila Myanmar tidak mengiktiraf etnik Rohingya yang berketurunan Bengali sebagai rakyatnya kerana kumpulan itu hanya memasuki negara itu pada kurun ke-19 ketika pemerintahan British.
Rata-rata setiap anggota etnik Rohingya yang berada di Malaysia meletakkan harapan yang tinggi agar segala kerintangan yang dilalui akan berakhir dalam wakt terdekat.
Bila? Itu yang menjadi tanda tanya!
Sinar
Cemas kereta api terbalik
Gua Musang: Kira-kira 1,000 penumpang yang dalam perjalanan pulang menyambut Aidilfitri menaiki Ekspres Wau dari Kuala Lumpur ke Tumpat, menempuh detik cemas apabila dua daripada 14 koc terbalik di Kampung Sungai Yu, dekat Kuala Lipis, awal pagi semalam.
Penumpang terpelanting beberapa kali di dalam gerabak itu dalam keadaan bertindih antara satu sama lain, sebelum merangkak keluar menerusi cermin pintu gerabak yang dipecahkan.
11 penumpang cedera
Daripada tiga mangsa yang parah, seorang luka muka, manakala dua lagi masing-masing patah tangan dan patah pinggang serta dirawat di Hospital Gua Musang.
Kedua-dua koc penumpang yang terbalik itu ialah koc Kelas 1 dan koc tidur, dengan sebahagian besar penumpangnya dikatakan sedang tidur ketika kejadian.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ab Razak Hassan, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) punca kejadian itu.
Kita cuma dapat sahkan 11 penumpang cedera, namun identiti mereka belum diperoleh. Kereta api itu dapat teruskan perjalanan kira-kira dua jam kemudian, katanya.
Abdul Razak berkata, laporan kejadian dibuat kakitangan KTMB berusia 40 tahun di Balai Polis Merapoh, selepas dua jam berjalan keluar dari lokasi kemalangan itu.
Gerabak bergegar kuat
Penumpang, Nor Atikah Zakari, 21, berkata ketika kejadian beliau masih terjaga dan gerabak yang dinaikinya tiba-tiba bergegar dengan kuat dipercayai selepas terputus dari sambungan dengan lokomotif.
Dalam sekelip masa, saya terhumban bersama penumpang lain. Suasana tiba-tiba menjadi kelam kabut dengan semua penumpang berusaha menyelamatkan diri, katanya.
Berita Harian
Detik cemas bagi ibu dan bayi apabila kereta dilarikan
KEPALA BATAS – Seorang ibu dan bayi lelaki berusia lima bulan ketakutan di malam raya apabila keretanya dilarikan oleh seorang pemuda berdekatan Kompleks Dato Kailan di sini, kelmarin.Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa Nurul Izzah Khalid, 26, berkata, suaminya Musyrif Abu Bakar, 29, menghentikan kereta di simpang jalan berdekatan kompleks berkenaan untuk membeli ubat untuk anaknya di farmasi.
“Kejadian itu berlaku dengan pantas. Suami saya keluar dari kereta dan belum sempat saya nak menekan punat kunci pintu itu, seorang lelaki naik dan tekan minyak,” katanya ketika menceritakan saat-saat cemas ketika kejadian itu.
Nurul Izzah berkata, pemuda berusia dalam lingkungan 20-an itu naik marah apabila beliau mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi suaminya, serta mengugut untuk membunuh beliau dan bayinya jika tidak memberi telefon itu kepadanya.
Beliau, yang bekerja sebagai pembantu pegawai teknik di Telekom Malaysia (TM) Seberang Perai, berkata, anaknya Muhammad Qayyum selamat kerana berada dalam dakapannya ketika ditolak keluar dan pemuda itu melarikan keretanya jenis Proton Persona dengan nombor pendaftaran PKB 8386.
Katanya, wang tunai sebanyak RM200 dan semua barang keperluan untuk menyambut Aidilfitri yang disimpan dalam kereta itu turut dilarikan. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment