Nyawa melayang tuntut RM30
KUALA LUMPUR: Cuma RM30. Itulah nilai nyawa seorang tukang rumah apabila mati dibelasah dengan kayu oleh dua lelaki yang dikatakan tidak berpuas hati mangsa menuntut hutang itu.
Mangsa, Mohamad Khairul Anuar Osman, 28, dibelasah kedua-dua suspek di rumah sewanya di Taman Perindustrian Maju Jaya, Puchong Utama, di sini, kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin.
Dia meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 4 pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua berkata, ketika mangsa berehat di ruang tamu rumah, dia didatangi suspek, seorang daripadanya rakan sekerjanya berusia 55 tahun dan seorang lagi berusia 53 tahun yang tidak dikenalinya.
“Suspek kemudian melarikan diri bersama senjata digunakan apabila melihat mangsa mengalami kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi semalam.
Harian Metro
Daging babi bertabur di taman tumpuan Muslim
NEW YORK – Polis New York giat melakukan siasatan terhadap penemuan cebisan dipercayai daging babi di sebuah taman di New York yang menjadi lokasi pertemuan saudara Islam di bandar terbabit.Jurucakap Majlis Hubungan Amerika-Islam New York, Cyrus McGoldrick berkata, kawasan New Diro Beach Park, Pulau Staten itu sering dikunjungi kira-kira 1, 500 umat Islam termasuk mengadakan majlis muzakarah.
Dipercayai kejadian terbabit mempunyai kaitan dengan pengharaman penjualan daging babi di beberapa pasaran secara terbuka terutama di kawasan penduduk umat Islam.
Insiden ini adalah yang terbaru dalam peristiwa sentimen anti-Islam sejak beberapa minggu lalu, selepas sebuah masjid di Missouri dibakar diikuti sebuah sekolah swasta Islam di luar Chicago dibaling dengan molotov cocktail.
Manakala bulan lalu, beberapa kaki babi digantung di sebuah masjid di bandar selatan California sehingga mencetuskan ketegangan antara umat Islam dan polis tempatan.
Sinar
Ibu bunuh dua anak
CHIANG MAI – Seorang wanita di daerah Mae Ai didakwa membunuh dan mengerat tubuh dua anaknya semasa suaminya tiada di rumah.Kelmarin, polis memaklumkan mereka menerima laporan berhubung perbuatan kejam yang sanggup dilakukan oleh seorang ibu terhadap dua anak lelakinya berumur setahun dan lima tahun itu pada minggu lalu.
“Wanita itu tidak memberi kerjasama semasa disoal siasat polis. Hasil siasatan terhadap latar belakang suspek menunjukkan dia pernah dirawat kerana mengalami masalah mental pada 2007.
Pihak hospital juga mengesahkan semasa insiden itu, suspek mungkin mengalami halusinasi,” jelas jurucakap polis tersebut lagi.
Sementara itu, suami kepada wanita itu menyatakan isterinya berhenti mengambil ubat sejak dua bulan lalu.
Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa juga menolak khabar angin tersebar di dalam laman media sosial yang mendakwa wanita itu memakan anaknya sendiri kerana tiada bukti menunjukkan dia melakukan perbuatan tersebut.
Suspek kini dihantar ke Hospital Suan Prung untuk mendapatkan rawatan.
Sinar
Dikuasai Ajaran Sesat, Sanggup Bunuh, Lapah Dan Makan Manusia!
Tiada apa yang mustahil dilakukan di dunia ini ketika ini.
Kalau dahulu, kita biasanya disajikan dengan berita-berita tentang penangkapan haiwan-haiwan secara haram untuk dijadikan sebagai makanan di sesebuah restoran.
Ada yang percaya, dengan memakan haiwan-haiwan seperti ular, biawak, kepala harimau dan bermacam-macam lagi mampu memberikan khasiat dari segi kesihatan tubuh badan.
Berbeza dengan apa yang berlaku di negara Thailand.
Mereka akan membunuh manusia lain, menyembelih selepas dibunuh dan dilapah daging-daging manusia itu seperti melapah daging lembu atau kerbau.
Selepas itu, mereka akan masak dan akan juga menikmati masakan mereka beramai-ramai dengan meriah sekali.
Kegiatan membunuh, melapah dan memakan daging manusia adalah merupakan ajaran ritual yang diamalkan oleh rakyat di negara itu.
Dipercayai kegiatan itu merupakan ajaran sesat yang mesti dilakukan setiap kali proses memuja iblis atau syaitan dilakukan.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Foto: billyinfo.blogspot.com
Tengkorak berusia antara 43,000 hingga 63,000 tahun ditemui
CHICAGO – Satu tengkorak yang ditemui di dalam sebuah gua di Laos mungkin merupakan fosil manusia yang paling tua pernah ditemui di Asia Tenggara, menurut satu kajian yang disiarkan kelmarin.Tengkorak yang ditemui di kawasan pergunungan Annamite itu dipercayai berusia antara 46,000 hingga 63,000 tahun.
Tengkorak itu ditemui pada kedalaman lebih dua meter di gua tersebut pada tahun 2009.
Kajian tentang tengkorak itu disiarkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences. – AFP
No comments:
Post a Comment